Friday, May 15, 2015

Ikatan Hendak Pulihkan Aspirasi Tunku

A Kadir Jasin

SEBUAH parti pelbagai kaum baru yang berteraskan perjuangan dan idealisme Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, serta generasinya dilancarkan hari ini.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Parti itu diberi nama Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau singkatannya Ikatan. Ia diasas dan dipengerusikan oleh bekas menteri dan bekas Setiausaha Agung Umno, (Tan Sri) Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Antara misinya adalah “menghidupkan kembali sumpah janji dan idealisme Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas kemerdekaan agar seluruh rakyat Malaysia hidup sebagai satu negara bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan bahagia.”

Majlis pelancaran mengambil tempat di hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor dengan dihadiri oleh ahli dewan tertinggi Ikatan, penyokong, wakil badan-badan bukan kerajaan dan kawan-kawan Abdul Kadir.


Abdul Kadir di sidang akhbar selepas melancarkan Ikatan - FMT

Dalam ucapannya, Abdul Kadir yang berpendidikan undang-undang menceritakan asal-usul politik pelbagai kaum Malaysia dan percubaan mewujudkan parti pelbagai kaum bagi menggantikan Perikatan (pendahulu Barisan Nasional) tetapi gagal akibat perebutan jawatan.

Parti itu dikenali sebagai Alliance Direct Membership Organisation atau Admo.

Beliau juga menceritakan kesukaran mendaftarkan Ikatan yang mengambil masa hampir tiga tahun dan memaksa beliau mendakwa kerajaan di mahkamah. Katanya, hatta selepas mahkamah mengeluarkan perintah bahawa tidak ada alasan untuk menolak permohonan Ikatan, pihak kerajaan masih melengah-lengahkannya sehinggalah beliau menemui menteri bertanggungjawab (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi).

Abdul Kadir berkata, Ikatan tidak akan menyokong mana-mana pihak sama ada BN atau Pakatan Rakyat dan matlamatnya bukan untuk pilihan raya tetapi untuk kebaikan rakyat jelata.

Wallahuaklam.

20 comments:

Pompuan said...

Hmmm another party that will bite the dust. ADMO died a natural death with the demise of Datin Peggy Taylor. Let it rest in peace.
Do somethinng better with the tons of money you have uncle bow-tie Pak Kadiak. How about imitating peace overtures betweenKu Li factions and Najib factions and Tun M factions in UMNO? You will leave a better legacy to the party.
Your smile can melt many a woman's heart. How about using that charm to unite the bickering Umno leaders now?
Seriously, reviving Tunku's politics will.not endear the Malays like it did to the nons. Kita tak naklah lagi kepada prinsip biak pi yg buat Melayu terus di takok lama. Kaum lain je maju.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Kalau la ada sesiapa yg boleh nasihatkan Datuk Kadir Sheikh Fadzil tu agar jangan buang2 duit dan tenaga.

Kalau pun masih banyak duit, ada bermacam cara untuk berbakti pd rakyat.

Ibu2 tunggal yg kematian suami kerana kemalangan motorsikal lebih wajib dibantu.

Atas faktor umur dan faktor karisma, rasanya Datuk Kadir ni akan kalah sebelum berperang.

Susah kalau manusia tak ukur baju dibadan sendiri.

Suka syok sendiri.

Sedangkan Ku Li pun sedar diri.

Rosiah Ismail said...

Assalamulaikum Pak kadir. IKATAN ditubuhkan matlamat nya bukan untuk pilihanraya tapi untuk kebaikan rakyat dan tidak memihak BN atau PR pening juga kalau kita fikirkan cakap jenis orang macam ini ia berbelit-belit lidah untuk mengolah nya. Kalau tubuhkan parti bukan untuk pilihanraya untuk apa mungkin untuk suka2 sahaja jadi lebih baik tak payah tubuh la duit yang ada boleh sedekahkan untuk buat surau atau bantu anak2 yatim.....saya anggap parti IKATAN tak ubah macam perti nyamok sahaja. SEKIAN

ADUHAI said...

Salam, Dato AKJ

Kalau Datuk Bow Tie ni, dia buat apa pun jadi katun. Tak minat dan tak ada berahi langsung nak sertai.

Sekian, harap maklum

nor ishak ismail said...

Kata Pak Kadir, IKATAN tidak menyokong BN atau PR tapi memperjuangkan legasi dan aspirasi Tunku.....agaknya Abdul Kadir nak jadi "manusia yang tergumbira sekali didunia" lah tu macam Tunku......kira-kira OK la tu....mengembirakan diri dgn cara bergini adalah peringkat tertinggi (nirvana) didalam teori harieki "Kehendak Maslow".

Abdul Kadir sebagai bekas orang besar UMNO tentu ada banyak duit, nafsu pun masih ada mungkin badan dah tak larat. Jadi boleh lah gunakan sumber ini menubuhkan parti semata-mata untuk mengenangkan masa-masa lalu.

Macam Shahidan lain pula ceritanya, dah tau orang politik tak boleh jadi Presiden Sukan tapi dia nak sondol juga......ha ini tak elok lebih-lebih lagi pada pandangan budak-budak sukan tersebut.....maknanya duit kalau ada semua boleh sondol.....Kalau Shahidan terpingin sangat nak jadi presiden saya sarankan ikut cara Abdul Kadir kita. Tubuhkan parti dan jadi presiden parti (mungkin parti memperjuangkan sukan). Saya tahu Shahidan pun ada berlori-lori duit.

Abdul Kadir tak perlu risau (walaupun dah pencen drp jawatan menteri). Malaysia ini tidak seperti negara kafir Korea atau Jepun dimana orang atau pemimpin politik yang dah pencen tak kira ianya dipencenkan kerana kalah pilihanraya atau letak jawatan. Tetapi salah laku mereka masa lalu tetap akan disiasat (sehingga ke akar umbi - meminjam drp kata-kata orang UMNO) jika bersabit kesalahannya akan tetap dihukum.

Manoharan Mano said...

Datuk... ....hope you continue with your blogging pastime.....don't get associated with these seasonal political parties

Pompuan...just cannot imagine that you have failed to see the utter failure of your community these past 40 odd years at the hands of a party that claims to protect the Malays. I feel sorry for you and your children.

maae said...

Bangsa Malaysia ? Pelik ni... macam Malaysian Malaysia yang tidak berpaksi kepada realiti pun.

Tanya dulu, bangsa Malaysia mana mana ?

1. Tanya sama bangsa Cina...

2. Tanya sama bangsa India..

3. Tanya pada semua kaum pribumi Malaysia...

4. Tanya pada saudara baru Islam / muallaf ...

5. Tanya pada Persatuan Muslim India....

6. Tanya pada Persatuan Cina Muslim..

Maka jawapan nya :- Mereka mahukan identiti dan budaya masing-masing. Mereka mahukan negara asal. Jika tidak mereka sudah lama duduk sama rendah, berdiri sama tinghi dengan Bumiputera Melayu !

Akhir nya :-

7. Tanya pada hud-hud untuk Melayu "Tanah Melayu" - erti Malaysia yang di tubuhkan... Jawapan nya :- Sejarah Melayu Nusantara itu benar. Sejarah pendatang itu benar. Sejarah penjajahan itu benar. Maka sejarah Islam di Malaysia itu berpaksikan kebenaran kepada Melayu yang telah memberi ruang kepada semua bangsa sebagai warganegara yang boleh saja mencari rezeki masing- masing tanpa kekangan.

Maka benar nya, Pemimpin Melayu itu sentiasa takut dengan bayang sendiri yang masih gagal melestarikan Bangsa sendiri ! Masih tercari-cari.

Teringat lagu M.Nasir. Dulu beliau warga Singapura dan kini Melayu Malaysia... tanya beliau kenapa pilihan ini !

Zed-85 said...

Sallam Dato’,

Berkenaan dengan parti ikatan tidak berat sebelah, seingat saya, semasa PRU13, Datuk Kadir Sheikh Fadzir menyebelah kepada Anwar.

Pendekatan baru Pakatan Rakyat untuk PRU-14 mengarah kepada satu lambang PR dan kerjasama parti komponen seperti BN.

Kalau hendak kira bilangan komponen parti, BN ada banyak iaitu 13.

Pakatan Rakyat pula hanya ada 3.

BN lebih dominan di kawasan pendalaman dan juga Sabah dan Sarawak. Setakat ini, ibu-negeri yang BN menang hanya di Parlimen Johor Bahru dan di Kangar.

PR adalah lebih kuat di bandar besar dan semi-bandar.

Parti Ikatan yang baru besar kemungkinan lebih banyak ahli orang melayu dan ini, mungkin ada “appeal”, untuk bersaing dengan BN di kawasan-kawasan luar bandar.

Tengku Razaleigh yang terdahulu menggabungkan parti pembangkang utama seperti PAS dan DAP untuk bertanding di pilihanraya. Melainkan di Kelantan, ia tidak berjaya.

Anwar lebih berjaya dengan Pakatan Rakyat.

Zaman sekarang, rakyat Malaysia termasuk orang melayu sudah lebih terbuka dengan sistem 2 parti

Dengan kemelut pentadbiran dan juga masalah ekonomi, mengubah lanskap politik mungkin adalah satu penyelesaian.

Umar Abdul Aziz said...

Sdr Nor Ishak Ismail.

Saya setuju pendapat sdr Tok Kadiak tu kemaruk nak jadi presiden parti politik.

Terfikir jugak saya dari mana org yg tak cemerlang spt ni nak dpt penyokong kalau bukan dgn umpan fulus.

Sementara ada duit panggil jawatankuasa penaja kenduri2 bolehlsh nampak merish gegak gumpita seolah ada penyokong.

Ustaz ada pesan kadang2 wang tak berkat ada saja cara untuk Allah tarik balik.

Kalau ada pun org berwang tapi tiada karisma yg boleh buat kerja gila tabur2 wang syok sendiri demi nak jadi presiden adalah TDZ.

Tapi dia peguam pandai cari dan pandai simpan duit.

Kalau setakat Tok Kadiak Bow tie tu ada puluh2 juta rgt, lebih baik tolong anak yatim atau ibu tunggal.


Berkenaan Shahidan Kassim. Spt srr nor ishak , saya yakin duit Shahidan tak habis tujuh keturunan.

Begitu jugak Rafidah, Nazri, isa samad.

TDZ dan Taib Mahmud tentunya berada di liga lebih atas lagi.

Penyebab utama kenapa ramai Melayu miskin.

Kata org saya ada sixth sense.



Pompuan said...

Manoharan Mano
You don't have to lecture me on UMNO. You better lecture yourself on where MIC is heading. Palanivel is hanging on to dear life. Bragging about himself when he's there at the largesse of Samy Vellu. And yet he's on denial mode.
But I gather that you are a DAP voter. More's the pity. Indian community the least of their priorities. Or you are a devoted PKR follower. So laughable. Only championing Anwar and family.
At least UMNO had done lots for the Malays and the nons like you. In fact under Najib, there are more non-Malays getting scholarships than the deserving Malays.
If you are talking about political parties, the players are only UMNO, PAS and DAP. The rest are irrelevant. So I jolly well know where UMNO is heading. Lucky for the MIC and MCA candidates who won by Malay votes. You sounded so proud of your race. Look around and you get your bearings. So stop patronizing me..

zainal abidin awang kechik said...

di satu pagi
dia bangun dari lena panjang
dia buat keputusan dengan kehandak Ilahi
dan dia bersara..


salam

Dia yang rakyat mahu dia bersara


salam

Zed-85 said...

Saudara Maee,

Sebenarnya "Bangsa Malaysia" ada dalam wawasan 2020. Cuba baca wawasan 2020. Zaman sekarang, maklumat di hujung jari.

Nak fanatik pada bangsa sangat pun tidak boleh juga.

Dalam penjara pun ada 1Malaysia, Melayu, cina dan india. Semua bangsa ada yang baik dan ada yang tidak baik.

Sayang pada bangsa kena ada tapi kalau nak benci sangat pada bangsa lain pun tak baik juga.

Cuba tengok Bangsa Malaysia di Wawasan 2020.

Umar Abdul Aziz said...

Pompuan.

Gandingan BN saya rasa layak digelar pasukan penyamun tarbus.

Cuma pemain handalannya tentulah UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan PBB.

Dan di antara mereka yg paling rakus kalau berdasar sedikit sumbangan kerusi Parlimen tentulah MCA yg nampak sangat baik dikaca mata mereka yg senang di tipu.

Akan tetapi kalau berdasar jatah harta rampasan seperjuangan tentulah jatuh kpd ketua2 UMNO.

Berdasar komen pompuan, sdri tidak anggap PRK sebagai parti relevant .

Ini sangat tidak tepat memandangkan PKR mendapat kerusi Parlimen malah lebih besar dari PAS sendiri. Dan PKR terbukti semakin kuat walapun Anwar dah 2 kali dipenjara..

Menurut saya, Najib atau Mahathir sangat takut dgn pengaruh Anwar berbanding pengsruh Hadi Awang. atau LKS.

Berbanding dgn UMNO, semua pemimpin PR termasuk PKR sangat terserlah kehebatan mereka dalam banyak perkara betbanding pemimpin UMNO yg menang hebat tayang harta atau hebat ilmu angguk terhadap presiden.

Sepatutnya ketua2 UMNO lah yg pompuan harus tegur sebagai berjuang untuk Najib dan famili.

Tak pasal2 Pompuan tembak PKR hanya berjuang pasal Anwar. Org macan Rafizi, Saifudin dan Azmin jauh lebih ada maruah dan akal untuk itu semata2.

Saya sering mendengar MAP menggunakan hujah ulang tayang spt itu. Soalnya org cerdik tak mudah terima bulat2.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Sdr Zed85

Kalau boleh saya carikan perbandingan Tok Kadiak mantan menteri dgn mantan menteri dalam liga yg sama maka mungkin Tan Sri Muhammah Taib bekas menteri besar Selangor yg keluar UMNO untuk bersama PAS adalah petbandingan yg paling hampir.

Soalnya walaupun kedua2 mereka dah tidak friendly dgn Najib tetapi sumbangan Tok Mat Tyson memperkuatkan PR dalam pentas kempen PK sangat dirasakan.

Tindakan KDN memperalatkan ROS untuk mempersulitkan PR di institusikan secara rasmi spt BN menunjukkan BN takut pd sistem dua parti.

mdcasa said...

Mamak Kadiaq ni apa dia buat di Kulim/Bandar Bharu selama lebih 20 tahun jd ahli parlimen dan ketua bahagian UMNO. Boleh passing kat adik pulak jd ketua bahagian. Suka claim credit benda yg diusaha oleh org lain. Dah kaya raya hasil kononnya perjuangan, dok diam2 la.tak org menyampah tengok.

maae said...

Siapa Bangsa Malaysia ?

Anda huraikan untuk saya. Jika Nabi Muhammad SAW itu keturunan yahudi, apa terjadi sekarang ? Tidak kah Islam tiada beza nya dari agama dan fahaman yang lain ?

Bukan kah saya sudah gariskan soalan. Tanya lah yang berkenaan. Indonesia telah "mewajibkan" kewarganegaraan mematuhi kriteria kenegaraan mereka selepas darurat permusuhan kaum. Sehingga nama-nama juga di daftar mengikut tempatan. Kini mereka bangga sebagai Bangsa Indonesia. Juga cina, yahudi, nasrani dll. malah "bule" yang ingin menjadibwargan Kenapa tidak ? Mereka sudah berganding bahu dan bersatu hati malah menghormati bangsa melayu majorit rakyat Indonesia. Sama di Malaysia ?

13May69 satu masa terbaik peralihan. Sayang nya, dasar Bangsa Malaysia itu tidak di wujudkan kerana kekangan ekonomi dan pengaruh British masih berkuatkuasa dari segi dagangan, perundangan dan matawang.

Wawasan 2020 itu satu objektif. Tun M sendiri sudah berubah cita bila objektif sasaran beliau sudah terkeluar sasaran. Cuma zaman Najib, mungkin tidak bertepatan kapsul pusaka yang di tanam oleh Tun M. Lihat saja sampai waktu nya.

ahmad solihin said...

pelik kadir ni

msh said...

mamak kadiag ini memang pelik...

masa dlm Umno pun dia rumbu...

bila dah takdak jawatan dia jadi lagi rumbu terus bercelaru..

tujuan 'Ikatan' pun main ikut sedap hati antara geng2 elitis dia...
sebab itu 'launcing' pun di 5 star Hotel.....tapi untuk semua rakyat...
mcm mana tu?

rakyat marhain gerenti gayat tmpat mcm tu...

rakyat yg mcm mana nak pi hotel mcm tu.....nak parking 4 jam dgn GST dan jadi RM12...

ikatan dia kata untuk semuat rakyat?

cuba dia tanya....brapa kerat Melayu yg dia boleh kumpul dari 18juta dan berapa ekor Cina dari 7juta juga brapa india dan mamak yg nak bercampur.

kot dia dpt wahyu lagi tak.

bijan razak said...

What have UMNO done to help malays n non malays pompuan?

Robbing rakyat money??? 1mdb, mfc??

Dont be such a dimwit my dear...

yana said...

Salam Datuk AKJ,

I think this is another don quixote so idealistic to achieve what he thinks best for malaysians, yet his ideals seem to be quite unrealistic for today's malaysians. Tan sri abdul kadir seems to be going backwards to the pre-merdeka or just after times when the people were still 'baharu belajar berjalan'... Now the people sudah 'berlari' ramai yang sudah jadi sprinters... Akibat 'kemajuan' ini keadaan perkauman juga telah jadi semakin besar jurangnya. Saya skeptikal kalau parti baharu ini dapat 'mengikat' bangsa malaysia... hehehe saya risau bow tie Tan Sri Kadiag yang akan mengikat leheg :D Jangan marah tan sri :D

Terima kasih Datuk A.Kadir Jasin. Doa saya selalu untuk Datuk.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).