Wednesday, May 06, 2015

Pejabat PM Kata Saya Tak Tahu Adat


A Kadir Jasin

ALHAMDULILLAH. Doa kita dijawab dan suara kita didengar.


[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

 
Encik Rizal Kata saya kutip maklumat di tepi jalan
Salah seorang daripada ramai pegawai khas Perdana Menteri, Rizal Mansor, telah menjawab perbincangan kita mengenai “tajaan” majlis perkahwinan anak (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, Nordayana Najwa.

Saya dimaklumkan oleh beberapa orang pelayar ruang siber dan membaca sendiri bahawa Encik Rizal telah mengeluarkan kenyataan yang menuduh saya sebagai "seorang Melayu yang kurang arif adat."

Setelah mencari (bukan di tepi jalan) tetapi dalam Internet, saya dapati dia telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menjawab posting saya pada 3 Mei yang bertajuk "Perbendaharaan tidak cukup duit?" (baca di sini).

Dalam rencana itu saya mempersoalkan kenyataan awal Encik Rizal bahawa majlis kenduri di KLCC ditaja oleh pengantin lelaki, Daniyar Kessikbayev, dan sebahagian kos rombongan pengantin perempuan ke Kazakhstan ditanggung oleh keluarga besan Mohd Najib.

Pengantin Baru Daniyar dan Nooryana
Saya bertanya, adakah elok bagi seorang Perdana Menteri menerima tajaan daripada pihak luar untuk mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan atas nama beliau (Perdana Menteri).

Bagaimanapun, Encik Rizal tidak pula menghantar jawapan beliau itu kepada blog kita ini atau kepada mana-mana e-mel saya. Mungkin blog “tepi jalan” macam blog kita ini tidak layak dilayan.

Namun saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana dengan kenyataannya itu lebih ramai anggota masyarakat mendapat tahu mengenai tulisan saya dalam blog ini.

Pengantin Lelaki Tanggung Biaya

Dalam kenyataannya, Encik Rizal, antara lain, berkata: "Adalah menjadi adat apabila kita berkahwin pengantin lelaki menanggung kos-kos perbelanjaan perkahwinan kedua-dua belah pihak.

"Sebagai contoh dalam adat Melayu apabila wang hantaran diberikan, wang tersebut bertujuan untuk digunakan oleh keluarga pengantin perempuan untuk buat majlis kenduri.

"Tidak timbul soal Perdana Menteri menerima tajaan dari keluarga lelaki. Dalam hal ini, nampaknya Kadir Jasin merupakan seorang Melayu yang kurang arif adat dan sudah tentulah jika kenduri di sebelah lelaki pihak lelaki lah yang menanggungnya."

Saya dimaklumkan oleh seorang anak buah yang bekerja dengan Perdana Menteri bahawa Encik Rizal adalah pegawai khas kepada Perdana Menteri. Tapi seorang peguam yang akrab dengan isteri Perdana Menteri, (Datin Paduka Seri) Rosmah Mansor beri tahu bahawa Encik Rizal juga bertindak sebagai pembantu peribadi Rosmah.

Terima kasihlah kepada Encik Rizal kerana menegur “kebangangan” saya dan, pada masa yang sama membantu saya menguar-uarkan apa yang saya tulis dalam blog kita ini. Terima kasih juga kepada akhbar dan portal berita yang memetik daripada blog kita ini. Tapi mintalah petik dengan betul.

Tidak mengapalah kalau Encik Rizal kata saya 'kutip fakta tepi jalan'. Cuma kalau Encik Rizal sekali-sekala turun padang, dia tentu sedar yang di Malaysia sekarang ini dinding, lantai, siling dan bahu jalan pun ada mata, telinga dan mulut.

Saya rasa Encik Rizal sendiri maklum bahawa blogger, khususnya yang kritikal terhadap Perdana Menteri, tidak dijemput untuk majlis taklimat atau sidang akhbar kerajaan. Jadi terpaksalah mereka mengutip fakta di tepi-tepi jalan.

Tidak tahulah saya kalau blogger upahan Umno dan blogger prokerajaan dijemput taklimat dan sidang akhbar. Tapi kalau Presiden Umno sendiri kata blogger Umno bangang, kesimpulannya mereka pun tidak dijemput. Sebaliknya kalau dijemput tapi bangang juga, memanglah betul kata Perdana Menteri, blogger Umno bangang.

Saya Hanya Country Yokel

Jadi saya tidak sikit pun kecil hati dengan ketegasan Encik Rizal menjawab hujah saya. Terlanjur itu, saya memintanya menjawab hujah saya dalam posting yang sama yang berbunyi "Saya harap Saudara Rizal Mansor atau mana-mana ejen PMO membaca catatan ini dan mengesahkan sama ada fakta tersebut betul atau palsu. Saya mendapat tahu ada ahli rombongan pengantin ke Kazakhstan turut serta atas alasan "lawatan kerja rasmi” yang diarahkan oleh kerajaan. Betul atau palsu?”

Alhamdulillah ramai yang baca kenyataan Encik Rizal itu. Pagi ini satu sumber tepi jalan yang terbaca kenyataan itu memberitahu saya maklumat berikut yang saya minta Encik Rizal sahkan betul atau palsu, iaitu hantaran kahwin anak Perdana Menteri adalah sebanyak AS$3 juta (kali 3.7 jadi RM11.1 juta). Ini tak termasuk mas kahwin dan emas permata. Kalau RM11.1 juta tentulah lebih daripada cukup. Jadi saya minta maaflah.

Sebagai penjelasan kepada Encik Rizal yang mungkin tidak begitu mengenali saya, saya tidak pernah di mana-mana pun mendakwa diri saya budayawan. Malah kalau beliau membaca tulisan-tulisan saya, saya kerap mengatakan saya hanyalah seorang "country yokel" (orang kampung).

Saya tidak mempunyai kecanggihan orang bandar atau para “gentlemen” yang belajar di England atau para “ladies” yang tamat “finishing schools”. Saya gembira menjadi orang kampung kerana itulah asal-usul saya.

Yang saya tahu mengenai adat perkahwinan Melayu (Melayu kampung macam sayalah), pengantin perempuan membiayai majlis di sebelahnya dan pengantin lelaki membiayai majlis di sebelahnya. Perjalanan rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan ditanggung sendiri oleh pihak pengantin lelaki. Begitu juga apabila pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki, pihak pengantin perempuanlah yang menanggung kosnya.

Kenduri kampung agak-agak padan saja
Bukanlah adat pengantin lelaki menaja kenduri pengantin perempuan atau pengantin perempuan menaja kenduri pengantin lelaki. Kalau berlaku pun mungkin “exception” dan bukan amalan. Sama ada pengantin perempuan menggunakan wang hantaran untuk membiayai kenduri, itu adalah pilihan peribadi.

Tak tahulah saya kalau dalam kes perkahwinan anak Perdana Menteri, hantarannya begitu besar macam saya tanya di atas sehingga mampu membiayai beberapa majlis jamuan di tempat-tempat mewah yang dihadiri ribuan tetamu.

Untuk tidak menimbulkan syak wasangka seterusnya dan tidaklah perlu blogger macam saya mengutip maklumat di tepi jalan, eloklah Encik Rizal nyatakan secara terperinci jumlah hantaran tunai serta emas permata yang diterima oleh anak Perdana Menteri kita itu.

Tapi saya akuilah yang sekarang ini ada juga kenduri kahwin diadakan bersama oleh pengantin perempuan dan lelaki bagi menjimatkan kos atau kerana mereka bukan daripada keluarga kaya.

Adat Melayu Mana Satu?

Mohon maaflah kalau saya keliru adat Melayu mana yang keluarga Perdana Menteri guna sehingga pengantin lelaki tanggung kos kenduri di kedua-dua belah pihak.

Adat Melayu Bugis kah? Adat Melayu Minang kah? Atau adat orang Kazakh yang telah dibugiskan dan diminangkabaukan?

Dalam konteks yang berlainan, ramai juga orang keliru mengenai anak-anak Perdana Menteri dan Rosmah. Sebagai pencerahan, berikut adalah maklumat yang saya peroleh (bukan dari tepi jalan) tetapi daripada Internet:

Mohd Najib (dengan isteri pertama Puteri Zainah Eskandar 1976–1987)

Mohd Nizar
Puteri Norlisa
Mohd Nazifuddin

Rosmah Mansor (dengan suami pertama Abdul Aziz Nong Chik)

Riza Shahriz
Azrene Soraya

Najib dan Rosmah (sejak 1987)

Nooryana Najwa
Nor Ashman

Ibu Bapa Najib

Tun Abdul Razak Hussein
Tun Rahah Mohd Noah

Ibu Bapa Rosmah

Mansor Katas
Fatimah Keda

Keturunan Najib: Bugis
Keturunan Rosmah: Minangkabau

Azrene Soraya dengan suaminya Fadzley dan anak-anak mereka
Encik Rizal berkata lagi: "Ini adalah sesuatu yang memalukan memandangkan beliau seorang bekas wartawan kanan dan orang yang pernah mengetuai organisasi media. Kalau ini cara dia menulis saya boleh simpulkan selama ini fakta beliau semuanya dikutip tanpa asas.”

Buat makluman Encik Rizal, saya masih seorang wartawan dan ketika saya mengetuai organisasi media satu masa dulu, rasa-rasanya organisasi itu tidaklah seteruk hari ini.

Akhir kalam,  walaupun saya tidaklah hebat sangat dalam hal adat resam, saya tetap tahu satu dua pantun Melayu dan menyesuaikannya dengan keadaan. Maka terimalah pantun saya.

Buah nangka di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya orang tua tak tinggi belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Dan untuk generasi muda yang rasa mereka tahu semua, terimalah pantun nasihat nenek moyang kita.

Pergi memburu di padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Kalau berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Wallahuaklam.

70 comments:

cell380 said...

A very good write up Dato'.. You are amazing with words. To Encik Rizal.. Please use your brain before using your mouth. Sebab tu lah Allah jadikan kepala lebih tinggi dari mulut..

Ridd said...

Bernas dan Terbaeeek..! Mungkin juga pihak media tersalah kalam bila menulis apa yang disebut oleh rizal MANSOOOOOOR......

Mohd Shubhi said...

Entah dari mana datangnya pula adat kononnya pengantin lelaki taja kesemua belanja perkahwinan termasuk untuk kenduri dan perjalanan pengantin perempuan...

Rasanya budah itu yang tak tahu adat..

Ridd said...

Mata pelajara SIVIK wajib dikembalikan di sekolah2 di Malaysia.
Susah kalau bercakap takda ilmi SIVIK.

Unknown said...

Kita juga nak tau duit 1mdb pegi mana..

MOKHTAR said...

Salam Dato,

Right..on.. Dato.. they are listening..bagi tau dia bahawa kita oranq Kedah ni.. loglaq sikit & kelolo..mulut capoi..kita minum aayaq seghebat bila khenduri kahwin.. kita boleh bergomoi kalau mau.biar depa nak kata..keturunan hawaq dan pelaq..dia masih kanyaq.. the point is they are listening..bravo..

Rahman Razak said...

Ybhg Datuk,

Apa yang dikatakan Pegawai PMO itu benar. Dalam adat kita, wang hantaran memang diberi kepada keluarga pengantin perempuan untuk kenduri. Berlainan dengan mas kahwin yang dikhaskan untuk kegunaan pengantin perempuan sahaja.

Saya menghormati datuk dan selalu mengikuti tulisan datuk. Tapi saya rasa elok sekiranya Datuk mula berbicara soal yang lebih besar. Lupakan soal remeh seperti ini.

Rahman Razak said...

"Bukanlah adat pengantin lelaki menaja kenduri pengantin perempuan atau pengantin perempuan menaja kenduri pengantin lelaki. Kalau berlaku pun mungkin “exception” dan bukan amalan. Sama ada pengantin perempuan menggunakan wang hantaran untuk membiayai kenduri, itu adalah pilihan peribadi."

Ybhg Datuk tersilap disini, sepatutnya 'sama ada pengantn perempuan meggunakan wang hantaran untuk membiyai perkara lain, itu adalah pilihan peribadi."

Kerana secara adatnya memang wang hantaran adalah untuk tanggungan majlis kenduri di pihak perempuan.

Maaf datuk, saya risau jika adat dipolitikkan, nanti anak cucu kita hilang asasnya. Perkara sebegini jika terus dikelirukan boleh sebabkan pergaduhan.

Harap Datuk dapat menarik semula kesilapan ini. Terima kasih

abdullah ngah said...

pihak lelaki tajaan majlis perkahwinan anak perdana menteri (Najib Razak itu)rasa saya semata mata dengan tujuan dapat sembunyikan kos yang begitu tinggi pakai wang rakyat Atau dengan kata lain untuk menafikan bahawa kos kahwin anak Najib itu ditanggung oleh pihak kerajaan yang gunakan wang rakyat.
Tak salah guna wang rakyat kerana najib seorang perdana menteri lebih lebih lagi segala kos sarahidup seorang perdana menteri ditanggung oleh kerajaan. Itulah janji kerajaan kepada seorang perdana menteri, hatta untuk membelibelah diluar negara pun perdana menteri boleh guna kapal terbang yang disebut kapal terbang peribadi (tafsiran peribadi kena ambilkira. perdana boleh buat apa sahaja yang dia suka hatta isterinya boleh berbuat demikian.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.B Dato',
Baca rintihan Dato'diatas mengembalikan kenangan semasa saya masih kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa bermain dengan rakan-rakan lain diluar rumah.
2. Kerap juga bersama rakan-rakan yang nakal bermain "terebe" atau lastik. Kami terebe apa saja yang ada. Pernah kawan yang nakal terebe sarang tebuan. Kami dikejar berpuloh ekor tebuan. Nasib baik berjaya terjun kedalam sungai mencari perlindungan. Ada juga kawan yang terkena sengat tebuan yang sangat berbisa.
3. Semasa kanak-kanak, orang tua kerap berpesan supaya jangan kacau sarang tebuan. Tersangat bahaya.
4. Dato' sedang menghadapi situasi yang sama saperti apa yang dilakukan oleh rakan saya yang tersalah terebe sarang terbuang. Bertempiran kami lari mencari tempat selamat.
5. Terebe Dato' terhala kearah mahligai yang dijaga oleh berdozen soldadu. Sebelum terkena Maharani atau Maharaja didalam Mahligai tersebut maka soldadu-soldadu di sekeliling akan pastikan musuh yang datang dilawan habis-habisan.
6. Saya cuma berharap Dato' akan ada tempat untuk terjun menyelamatkan diri saperti kami terjun kedalam sungai apabila dikejar tebuan ganas.Semoga Dato' selamat.

iklas,
Rahim

Unknown said...

Jawablah Rizal jangan jadi macam bos kamu ditanya terus senyap. adat melayu kalau diam itu tandanya setuju. Kalau Tun Mahatir tegur dan tanya PM terus diam membisu maknanya apa yang dikatakan oleh TUN Mahatir itu benarlah dan PM bersetuju. Begitu juga dengan AKS tanya kamu kalau diam tiada jawapan benarlah apa yang dikata.

Sazz said...

byk lg yg rizal perlu belajar...

zack said...

Puak pembela Najib/Rosmah ni cukup pantas merendah2kan pengkritik seolah2 mereka terlalu mulia dan bijak. Rizal boleh saja menjawab dgn penuh hormat tanpa menuduh Dato Kadir "memalukan diri sbg bekas wartawan kanan" dan cara itu akan lebih mengundang hormat dan kepercayaan rakyat. Tetapi sudah menjadi tabiat puak pembela Najib utk merendahkan dan menghina orang lain. Mungkin ibubapa mereka yg mengajar begitu ataupun mmg orang di sekeliling Najib dan Rosmah perlu bersikap begitu utk 'hidup', kita tak tau. Apa yg pasti, jawapan dan sindiran Rizal terhadap Dato menyebabkan rakyat bertambah benci dan tidak percaya pada Najib.

Unknown said...

As Salam DAKJ,

1. Seperti yang saya komenkan di posting yang lepas, keluarga lelaki menaja perkahwinan di Malaysia dan di Khazastan kerana mungkin keluarga lelaki mendapat tajaan dari Jho Lo.

2. Semasa akad nikah ada diwar-warkan bahawa wang hantaran kepada pengantin perempuan sekitar RM500,000 dan menjadi viral di fb. Namun dinafikan oleh pihak pengantin perempuan dengan menyatakan jumlah yang lebih kecil. Ini berlaku kerana tiada ketelusan. Main sorok-sorok. Padahal isu ini sudah jadi isu nasional. Maklumlah, perkahwinan anak Perdana Menteri. Rakyat nak tumpang sekaki. Tak dapat hadir majlis, dapat berita majlis cukuplah.

3. Dato meminta Rizal Mansor mengesahkan bahawa wang hantaran yang sebenarnya ialah USD3m @ RM11.1 juta. Kalau betul memang patutlah kata TDM bahawa kos bunga-bunga dimajlis perkahwinan berjumlah RM3 juta. Kalau bukan tentu Najib/Rosmah terpaksa menggunakan wang tabungan lagi bagi membiayainya.

4. Saya berharap Najib/Rosmah tidak akan bersumpah laknat untuk isu ini.

Wallahuaklam.

Unknown said...

As Salam DAKJ,
tolomg editkan fakta jumlah hantaran jika saya tersilap. Terima kasih.

Joe Black said...

Syabas Tok...

Kalau lah Orang Tua Tua Melayu Sekarang Mempunyai Ooomph macam Dato', negara kita sekarang tak lah berwatak macam Lipas Kudong.

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih. Saya faham duit hantara boleh digunakan buat kenduri. Tapi itu hanya di kalangan orang susah.

2. Sekarang ramai ibu bapa yang tak guna duit hantaran buat kenduri melainkan mereka miskin. Mereka bagi kepada pengantin baru untuk bulan madu atau untuk buat simpanan.

3. Keluarga PM kita tentulah tak termasuk dalam kategori orang susah.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Riki martingz said...

Agak2 bdk rizal tu faham ke dia kena sindir? Gaya melalut je. Inilah yg dinamakan melayu takde harga diri. Agak2 lidah dah coklat ke si rizal ni sebab asek jilat punggung financier dia? Entah sekolah mana belajar atau hidup sapa dia hidup? Agak2 si rizal ni dah kawen belum?

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,



Sebelum ni hantarannya 5 ribu ringgit.

Lip lap lip lap dah jadi 3 juta dollar amirika.


leceh betui subjek metematik ni ni dato, tak gitu?.



Entah entah ada kaki chong,kaki gelembong atau kali putaq...!.



Abu Bakar Ab Rahman

SalamHamKa said...

Dear Dato.
All those morons, they have their foot in their mouth.
Nothing is strange and weird.

anak p.e raja said...

Saya orang tua tak tinggi belajar(baris ketiga pantun pertama)

Ayat ini dengan tersendirinya membawa maksud betapa tingginya pengertian ADAT yg ada pada orang tua tak tinggi belajar tetapi pejalanan hidup kita yg tak tinggi belajarlah di penuhi ADAT dan ADAP kerana perjalanan hidup kita agak sederhana.Usia remaja kita dipenuhi dgn asuhan adat dan adap kerana kita tak tinggi belajar.

Bezanya... Mereka ini adalah golongan cerdik pandai yang hanya tinggal bersama ibu bapa dan sanak saudara senhingga usia 12 tahun sahaja, kemudian masuk boarding school dan seterusnya dan seterusnya hingga mencapai peringkat ijazah, phd dan terus memegang jawatan. Jadi pada masa manakah yang sempat mereka ini belajar ADAT dan ADAP

Fikir2 balik baik juga jika anak2 kita tak payahlah duk berebut masuk asrama penuh selepas tamat sekolah rendah, duduklah dulu bersama keluarga mengenali adat dan adap serta keluarga.

tun-gonggok@blogspot,com said...

Salam Datuk......Inilah yang dikatakan dah semakin terpelajar semakin kurang ajar. Bukan saya berniat nak bersikap kurang ajar dengan budak yang baru setahun sejagung usia ini tapi nampak sangat kalau nak tutup rahsia bos dia tuu pun hati-hatilah jangan sampai terpalit lumpur ke muka orang lain. Semua pembaca dapat merasainya bahawa jawapan budak hingusan ini bukanlah datang daripada dia sendiri tetapi ada yang mengajarnya supaya menjawap demikian hingga tidak peduli adat resam menghormati orang yang lebih tua dan berpengalaman. Mungkin kekayaan dan kuasa sudah meresapi diri hingga menyebabkan apa yang disuarakan tidak menggambarkan lagi keikhlasan dan kehormatan diri kepada orang yang lebih rendah daripada darjatnya kot. Jika beginilah cara pemimpin kita mendidik anak-anak buahnya, alamatnya hanya tunggu masa sajalah negara ini akan lingkup, tambah lagi kalau budak seperti ini satu hari nanti, jika diizinkan tuhan, menjadi pembesar negara pulak. Kan budak seperti ini biasanya cita-citanya tinggi tiada batasan. Kalau nak naik tuu pijak kepala orang pun dah menjadi kebiasaan apa tah lagi kalau orang yang di tepi jalanan seperti Datuk Kadir. Sudah cukuplah segala pembohongan dan penipuan dilakukan hingga membabitkan maruah orang yang telah mati, aruah Tun Abdul Razak. Mana perginya maruah seorang PM apabila jawapan yang diberi dan dipercayai datang dari budak ini, bahawa segala kekayaan itu datang daripada aruah bapa PM? Sehingga sekarang masih tidak berjawap tetapi sebaliknya nak menjadikan orang seperti Datuk sebagai ‘punching bag’ kononnya ada ramai orang bodoh yang tak faham perkahwinan anak PM itu adalah elok dan baik pada pandangan semua orang. Mungkin adat resam keturunannya dari hutan melintang nogori kot yang diguna pakai. Hanya Allah yang akan menentukan nasib mereka nanti. Masa akan menentukannya. Insyallah.

Unknown said...

Thank you for putting this young greenhorn in his placewith this piece Dato'

I too was thinking, who the heaven is he, and in what capacity was he making all those press statement.

Your piece here made me see light!

ismail muda said...

Wahai anak muda, dengar lah pesan org tua2...jgn lah bebal memandai2, ditanya org terkentut2 jadinya....

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Tektik lama penguasa jahat bunuh pembawa masej apabila gagal membunuh mesej yg sedang diperkatakan.

Itu baru sikit Dato.

Belum lagi mereka jata Dato pembawa fitnah sekongkol pembangkang, tak mengenang budi, tak bersyukur dll.

Nasib baik tektik video sex dah basi setelah tak menjadi terhadap Anwar dan Mustapha Ali.

Saya doakan keselamatan Dato.

Dato pun silap jugak.

Kenapa Dato tak ikut je rentak mereka, jadi burung kakak tua, Najib cakap sepatah Dato angguk tak berhenti. Mungkin Dato dah dpt Tan Sri.

Syabas Dato kerana ada maruah diri.

RD. said...

Betul kata Dato AKJ.

Wang hantaran bukan dikhususkan untuk belanja kenduri pihak perempuan. Jika keluarga pihak perempuan terpaksa gunakan wang itu, ia akan dipulangkan semula kepada anak perempuan, selepas selesai majlis untuk simpanan atau sebagai persediaan kehidupan berumah-tangga.

Itulah amalan kita 'orang kampung'. Tak tahulah saya jika mereka dari golongan bangsawan atau hartawan mengamalkan apa yang dikatakan oleh Rizal Mansor. Semua pembelanjaan pihak perempuan di langsaikan oleh pihak lelaki. Kalau sudah menjadi amalan masyarakat Melayu hari ini, makin ramailah lelaki dan perempuan membujang sampai tua.

Pelik juga mengapa kritikan Rizal mendapat liputan dari MalaysiaKini, media pro-Pakatan yang amat terkenal dengan salah-lapor dan putar-belit untuk menanam message negatif terhadap kerajaan pimpinan Najib. Mengapa tidak diberi keutamaan kepada Utusan, Berita Harian atau Sinar untuk siaran?
Pelik juga pe'el pegawai khas dan juga pembantu peribadi isteri Perdana Menteri, memilih media untuk menjawab bagi pihak boss.
Ataupun, sengaja media pro-kerajaan tidak mahu berita sebegini mendapat perhatian golongan mereka yang menjadi pengundi setia BN di kampung-kampung. Maklumlah Malaysiakini menjadi sumber berita dari mereka yang 'faham' Inggeris terutamanya di kawasan bandar sahaja.

Yang jelas, cara pegawai PMO bekerja seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum.

Labu8455 said...

Dato - do you really need to "entertain" every fools and morons that "rudely" walk through your path ?

msh said...

Salam Dato.

Dia pegawai khas Najib dan jika dia juga 'double up' sbgai pembatu peribadi Rosmah.....maka dia kenalah jawab....tidak banyak pun sedikit.

Kerana topik Dato bercerita pasal Dewa dan Dewi berbelanja sakan....maka dia... sama ada diarah atau dgn inisiatif
sendiri kenalah 'put the record straight'..supaya Dewa dan Dewi tidak dipandang serong.

Kesian dia.....dia bukanlah seperti Penggilap2 Epal yg org Kedah kata 'toya makmun haram jadah' tapi sebab kerana menjadi pembatu peribadi...kenalah melakukan kerja2 'defend'.

Ini yg Org Putih kata...'occupational hazard'....malang dia.

'Last last' sekali.....dia melalok yg bukan2....merapu habis 'defend' Dewa Dewi dia.....sama dgn lontatan2 oleh 2 ekor 'troll' dlm blog ini.

Dato....memang hujah dia mcm disuruh2....tumpul dan dangkal sekali.

Apa pun Boss dia dah pening......banyak yg terselak sana sini....tunggu nak betul2 londeh saja.

zainal abidin awang kechik said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Amat menyokong pendapat anda.....adat melayu MESTI BERANI

peminat kochi labu said...

Rizal ni husband Zamzarina Zambri yg dulu pengacara kat RTM kan? If tak silap I pernah baca dlm her blog yang suaminya kerja di pejabat RM.

banggoi petai said...

Terbaek! !! Kita tunggu saja dewata c rizal tu menyembah bumi. Sampai ketikanya satu sen pun kita hitungkan dengan dewata sama sama balacinya. Ini balaci pun kita audit setiap sen income dengan harta yang ada. Jangan pula bila dewata jatuh kita berasa puas dan lupa bahawa balaci pun turut sama sama menfaraidkan harta negara di kalangan mereka. Apatah lagi balaci gred sapu bontot macam c rizal ni. ..Hihihi..mana mau larii aaa

A KADIR JASIN said...

1. Sambil itu, sila layari laman ini: http://thebenchmark0.blogspot.com/2015/05/a-new-deal-for-malaysia-tabung-haji-and.html.

2. Saya sudah banyak kali menyatakan kebimbangan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) digunakan untuk "bailout" 1MDB.

3. Kalau dokumen ini sahih, apakah ia menunjukkan yang operasi menyelamat 1MDB dengan menggunakan GLIC telah bermula atau menjadi semakin meluas?

Wallahuaklam.

Terima kasih.

aku said...

Kadiag, Salaam. Alhamdulillah, nampaknya ramai orang sokong hang. En. Zack tu aku rasa paling tepat. Orang PMO nampak nak pelekeh hang. Dia tak sedag ka, akhlak bos yg dia dok bela tu macam mana...? Dia tak tau ka perangai boroih tu perangai kawan sapa ? Bukan nak kata....buat peringat saja, itu pon kalau nak bepikiag.

A KADIR JASIN said...

1. Mohon maaf kepada pembahas Othman Ahmad dan MediaWatch kerana tak dapat menyiarkan komen mereka.

2. Sdr Othman, saya tak berani tuduh sesiapa kufur dan munafik secara khusus.

3. Sdr MediaWatch, saya rasa latar belakang rumah tangga/perkahwinan Encik Rizal adalah "private" melainkan kalau ada bukti ianya membabitkan kepentingan awam.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Unknown said...

Salam dato,

Very good write up tuh.

Orang Cina kata ' kalau kepala dah busuk, badan dan ekor terus ikut busuk ' And in this instant I am not only referring to the Pegawai Khas or the advisers and consultantso f Najib but also to those UMNO apple polishers who got no balls at all to voice their disagreement with Najib's decisions and actions.

master said...

Sekarang ramai saya dengar orang muda nak kahwin pun susah. Semuanya mahal. Hantaran mahal. Makanan mahal. Catering mahal. Mas kahwin mahal. Cincin mahal. Gelang mahal. Rantai mahal. Isteri mahal. Siang malam cari duit. Anak tuan-tuan.

Ada yang sanggup pinjam saudara-mara, mak bapak sebab nak kahwin. Ada juga yang pinjam Along. Ada pinjaman peribadi atau personal loan pada bank-bank terkemuka seperti Public Bank, RHB bank, Maybank. Bank Negara boleh buat statistik.

Alhamdulillah. Anak Najib puluh juta ringgit, orang Kazakhstan tanggung. Adat Melayu Anak Pak Razak.

Unknown said...

Salam Datuk..

Need yr confirmation n verification..

The BENCHMARK: A new deal for Malaysia - TABUNG HAJI and 1MDB - http://thebenchmark0.blogspot.com/2015/05/a-new-deal-for-malaysia-tabung-haji-and.html?m=1

msh said...

Salam Dato.

Dato dan Pembahas2 yg dihormati...

Sekadar berkongsi dan mengulangi apa yg kerap dilontarkan.....dan untuk perhatian ahli2 akar umbi Umno betapa anda semua mesti melakukan sesuatu.

Ada yg berkata;

"Umno tidak mungkin berubah jika Najib digantikan sekali pun ".

Pd pandangan sy.....ada bnyak kebenaran tetapi masih boleh didebat.

Kita tahu......ketua berperanan besar.....bila kumpulan itu jadi busuk....ia berpunca dari ketua yg busuk.

Org Putih kata "when a fish stinks...it stinks from the head".

Tepat sekali.

Walau pun sy setuju...bahawa..."menggantikan Najib...tidak bererti masalah akan selesai"....tetapi tidak bererti sy berubah hati dan mahu dia kekal.

Malah sy mahu diberhenti dihari dia menerima jawatan.

Maaf...sekira hujah sy 'off' topik.

Apa yg sy hendak panjangkan disini adalah;
Umum tahu masalah Ketua yg lemah....penuh kontroversi dan paling mengarut seperti Najib berpunca dari Umno sendiri.....dan Umno mesti dipertanggung jawab menyelesaikan perkara yg besar ini.

Mana mungkin lagi kita (org Melayu) boleh benarkan hala tuju negara (dgn rakyat seramai lebih kurang 30j ) diputuskan oleh 1 Presiden dgn 190 org Ketua Bahagian (dan 160 org 'confirmed' Penggilap Epal).

DISINI MASALAHNYA !!!!

PENGGILAP2 DAJAL YG ADA KEPENTINGAN DIRI DISAMPING PRESIDEN..........YG SEBENARNYA BERKUASA......MEREKA SERUPA...SALING BANTU NEMBANTU.

AHLI2 UMNO (ORG MELAYU) WAJAR FAHAM ISU INI ..AGAR KELAK JIKA NAJIB DINYAHKAN....JGN PULA DIGANTI DGN KETUA YG SERUPA 2X5...DAN MEMBIARKAN190 'WARLORD' INI KEKAL BERKUASA.

Org2 Melayu dan ahli akar umbi Umno mesti sedar betapa mereka dipermainkan dan diperbodohkan begini rupa oleh 191 Ketua2 Bahagian Parti.

Cukup2lah.....cara memilih Presiden Parti dgn memberi kuasa pd 190 Ketua Bahagian memilih.... kerana ini punca sebenar.....DAN MESTI DIHENTIKAN DGN KADAR SEGERA...DEMI BANGSA RAKYAT DAN UGAMA.

kerana...

Tidak masuk akal...30j org dikawal oleh 1 Presiden dan 190 org Penggilap.

Ini juga mengigati apa yg Topik Dato sebelum ini....

"Presiden (Najib) lagi kuat sedangkan Parti makin lemah".

Terima kasih.





Unknown said...

a little boy trying to play games with an old and sly fox. Ask him to go back school and learn somemore

youngmaya said...

nak kenal leader tengok pengikutnya...

kelam masa depan malaysia lagu ni...

A KADIR JASIN said...

1. Ini adalah laporan Malaysiakini reaksi Encik Rizal kepada tulisan saya - "When contacted later, Rizal told Malaysiakini that the value of the bridal gift was a private matter.

"I don't know nor do I want to know. That is a private matter," he said."

2. Soalnya kalau hantaran pengantian adalah "private matter" (hal peribadi), macam mana pula Encik Rizal kata duit itu dibelanjakan untuk tanggung kenduri PM?

3. Kalau Encik Rizal kata dia tak tahu dan dia tak mahu tahu kerana ia hal peribadi, macam mana pula Encik Rizal berani buat kenyakaan mengatakan hantaran itu cukup untuk bantu PM buat kenduri dan biaya rombongan ke Kazakhstan?

4. Encik Rizal tak tahu atau tak dibenarkan dedah jumlah/nilai hantaran?

5. Jadi kalau Encik Rizal tak jelaskan, angkat RM11.1 juta yang saya perolehi daripada sumber tepi jalan itu masih boleh dianggap betul.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

vasantha said...

Dato,wit is an indication of great intelligence. I am in awe of you. Ini komen ikhlas daripada seorang aspiring writer. You are an amazing man.Words are sharper than the knife. The fourth estate played a great role in the French revolution. I agree that the NST has lost its sense of direction.

Unknown said...

YBhg Dato,

Saya rasa jgn layan org yg berfikiran senteng macam Rizal ni, buang karen jer sb dia sendiri pun masih budak tak cukup ilmu. Jenis ni yg ramai dalam kerajaan sekarang. Shame on you Rizal Mansor!!

Ridd said...

Salam Dato



1MDB: RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen

1. Betul ke 4 billion dari KWAP ?
2. Bukan ke 2 billion KWAP DAN 2 billion dari tabung haji ?
3. Kenapa duit Tabung Haji diselindung atas nama KWAP ?

KALAU BENAR.....DUIT BANK ISLAM SELINDUNG ATAS NAMA SAPA PULAK ?

Ridd said...

Jangan sampai duit zakat pun kena bedal.

Apa punya Penyamun Daaaaaaa...!

OKJ said...

Salam Dato A Kadir Jasin

Hooke’s law

Tak silap saya, makna hantaran tu adalah duit yg diberi bagi pihak lelaki utk meringankan beban pihak isteri dalam belanja perkahwinan. Ianya tiada dalam Islam tetapi dah menjadi budaya Melayu sejak turun temurun. Tak kiralah melayu bugis ke, melayu minang ke, melayu kelante ke atau melayu mamak ke.

Bercakap tentang hantaran ni, semasa saya kahwin dulu, hantarannya RM7000. Isteri saya kata, duit tersebut cukup utk menampung perbelanjaan kenduri dan alatan rumah masa tu. Lembu seekor baru RM1500, set lengkap bilik pengantin RM1000, sewa pakej mak andam termasuk pelamin juga baru RM500, masak pulak secara gotong royong orang kampong, free je. Siap ada lebih lagi dan diberikan kepada ibunya (mak mertua sayalah).

Jadinya, apa yg En Rizal kata tu ada benarnya. Tak boleh kita nak dinafikan. Katalah, hantaran memang RM 11.1 juta ringgit, gubahan bunga baru RM 3 juta (macam Tun serkap jarang tu), ada lagi RM 8 juta lagi utk dibuat jajan-jajan. Itu belum masuk budaya Melayu salam kokot dan tol pengantin. Cuma saya tak tahulah orang besar-besar ada salam kokot dan tol juga ke tidak, sebab saya ni orang kampong je macam Dato’ Kadir.

Akhir kata, mengikut teori spring Hooks (Hooke’s law), besarnya majis resepsi adalah berkadar terus dgn wang hantaran. Lebih besar wang hantaran maka lebih besarlah majlis resepsinya. Maka, tak salah rasanya jika majlis resepsi anak PM dibuat bersepadan dgn hantaran sebelah lelaki. Saya bukannay nak menyebelahi sesiapa, tapi prinsip saya amat mudah, yg betul kita kenalah kata betul. Barulah adil utk YAB PM dan keluarganya. Sekian, selamat malam dan TQ.

Mahadzir said...

Salam,
Memang mengasyikkan baca komen Dato'. Cumanya, tak perlulah kita keterlaluan bertanyakan tentang perkara yang orang tak nak jawab. Bila tak nak jawab tentunya akan dikenen kita dengan pelbagai perkara yang menyentuh peribadi kita, langsung tidak menjawab soalan tapi dikenennya.

Sebagai orang bapa berbangsa melayu ni, kalaulah saya mahu mengadakan kenduri anak saya, saya harapkan biarlah saya sendiri yang uruskan ikut kemampuan saya. Ini kerana soal harga diri.. bukan soal adat.

Pertamanya kita tak mahu diperendahkan atau mungkin dihina oleh bakal biras kita atau keluarga dia satu masa nanti. Jadi seeloknya biarlah kita buat ikut kemampuan kita, tanpa mahu mengambil sedikitpun dari yang dijanjikan dari bakal biras kita. Ini soal prinsip dan jatidiri. Kita sebagai bapa semestinya begitu.. kecualilah kalau kita tiada kemampuan.

2. Sebagai Perdana Menteri, pemikiran haruslah dilebarkan jauh lagi dari kehendak dan keinginan keluarga sendiri atau kehendak seorang bapa.
Orang biasa kalau ambil budi orang mungkin boleh terasa terhutang tapi Perdana Menteri kena fikir jauh sikit, kalau tidak jangan jadi! Kerana tanggungan PM ni kepada parti, kepada masyarakat dan negara sendiri. Seeloknya, PM mesti mampu berfikiran jauh sikit. Kalau semestinya lari dari adat untuk selamatkan rakyat dan negara.. maka lakukan. Maka keutamaan adalah kepada benda lain.

Salam

otoote said...

salam dato'
saya agak keliru akhir-akhir ini.
2. Adakah half cooked brains sekeliling PM hired on purpose ke tak?
2. Adakah sistem cgpa telah diubah dimana straight As ialah 0.0 dan straight Fs ialah 4.0?

kundoq said...

Datuk Kadir

Berapa ramai yang telah menjawab dan membela bagi pihak Najib,satupun tak menepati soalan.

Ahmad Maslan,T Adnan,Shahril Samad dan yang lain lain itu,semuanya tak faham soalan.Lain yang ditanya,lain yang dijawab.

Apa perkataan yang sesuai kita namakan mereka ini?Najib kata 'bangang'.Memang orang orang di kelilng Najib semuanya serupa,bangang bangang belaka.

Mereka menjawab dengan membodohkan orang yang bertanya.Dari jawapan mereka,nyata bahawa hebatnya orang yang bertanya sementara mereka yang menjawab untuk Najib itu kekal dalam kebodohan dan bangang.

Kepada Datuk Kadir tak payahlah mengharap mangkuk ayun itu mmelutut meminta maaf.Saya nampak seperti Datuk memperincikan kesalahan budak tersebut dan berharap dia sedar diri.Pembaca tahulah membezakan beras dan temukut.

Saya sokong jiwa besar Datuk.Teruskan lagi.

Sanusi Junid said...

Allah menjadikan unta dengan lehernya yang begitu panjang supaya otak sempat berfikir sementara suara suara makan masa untuk naik dari kerongkongan sampai ke mulut.

Unknown said...

Sdr Ridd betul kerana timbulkan masaalah keselamatan wang zakat.

Bukan saja wang zakat tapi jugak wang wakaf dan baitulmal dah lama tak selamat.

Ada sesispa berani bangkitkan soal sensitif ni. Tak pasal2 dituduh menghasut.

Maklumlah bukankah penyandang2 jawatan penting di lembaga zakat semuanya bertaraf Draja.

Sekadar contoh. Belanja buat persiapan nak sediakan kemah, pentas dan jamuan dimajlis agihan zakat di Sabak Bernam beberapa tahun lalu kelihatan lebih gah dan mahal berbanding jumlah zakat yg nak dihulur dlm majlis ringkas tu.

Begitu jugak kalau harta wakaf org Islam tidak di kelepitkan dgn program joint venture yg pelik2 hingga baitul mal cuma dpt kuah sampai bila pun masaalah kemiskinan org Islam tak akan selesai.

Orang Kampung said...

Tak tahu adat tak apa Dato jangan tak tak tahu adab. Tak tahu adab orang kampung saya kata kurang ajar. Biarlah , Kita dah tua Dato . Dia pun akan tua juga macam kita. Hari ini dia tak beradab dengan Dato , satu hari nanti dia pula akan dikurangadabkan oleh orang lain. Air tak selalunya pasang dan langit juga tak selalunya cerah. Allah jua yang maha tahu dan maha berkuasa .

A KADIR JASIN said...

1. Saya mohon maaf kalau penyiaran salasilah PM dan isteri dilihat dalam konteks negatif.

2. Saya berasa perlu menyiarkannya kerana ada kekeliruan di kalangan khalayak. Ini mungkin kerana maklumat dalam laman web rasmi Jabatan Perdana Menteri memberi fakta yang berlainan.

3. Dalam ruang biografi Mohd Najib, pada perenggan terakhir disebutkan : “Dato’ Sri Najib berkahwin dengan Datin Sri Rosmah Mansor dan dikurniakan lima cahaya mata.” (http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=page&page=1926).

4. Dalam paparan mengenai Perdana Menteri dalam Wikipedia pula, lima anak Najib-Rosmah itu dikenal pasti sebagai Mohd Nizar, Puteri Norlisa, Mohd Nazifuddin, Nooryana Najwa dan Norashman. Yang sesetengah orang tahu, dua orang anak perkongsian Najib-Rosmah adalah Nooryana Najwa dan Norashman. Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nazifuddin adalah anak Najib dengan isteri pertama beliau, Puteri Zainah Eskandar.

5. Orang ramai tambah keliru apabila di akhir-akhir ini nama Reza Shahriz Abdul Aziz sering disebut dan dikenal pasti sebagai anak tiri Mohd Najib.

6. Yang saya tulis itu berasaskan carian Internet. Kalau tak betul mohon maaf dan silalah perbetulkan.

7. Soal keturunan pula penting kerana Mohd Najib dan Rosmah sangat bangga dengan asal usul mereka dari Indonsia.

8. Mohd Najib adalah “Pahlawan Gowa” iaitu anugerah yang beliau terima pada tahun 2005. Ia adalah gelaran bangsawan Gowa paling tinggi bagi masyarakat Bugis di daerah Gowa.

9. Tahun lalu, Rosmah pula menerima anugerah tertinggi Minangkabau untuk wanita di atas sumbangan dan kesungguhan beliau dalam menegakkan status kumpulan etnik. Menurut laporan Bernama, beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang dengan gelaran Puan Puteh Reno, yang bermaksud puteri tertinggi keluarga diraja Minangkabau.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

slick said...

Tak habis2 mengata gata hal keluarga najib. Cuba tengok kain sendiri koyak tak.

nor ishak ismail said...

Sedikit hari dulu saya sesak nafas apabila tarbaca berita di "The Star" perihal seorang polis menghembuskan nafas terakhir ketika sedang syok diurut oleh gadis Siam yang comel lote di sebuah rumah urut di Sg. Besi.

Hari ini sekali lagi saya sesak nafas apabila menurut kata Pak Kadir rakyat "keliru" dengan struktur kekeluargaan PM Najib. Tak tau mana satu anak betul dan mana satu anak tiri. Mungkin rakyat akan lebih keliru jika nanti ada mempersoalkan, anak siapa yang dikandung oleh Altantuya.

Kalau struktur kekeluargaan Najib pun rakyat dah keliru apa lagi dengan kes-kes Najib yang kita sedang bergasak sekarang ini, terutama yang berlingkaran dengan 1 MDB. Contohnya rakyat keliru 1 billion tu apa, 1 juta tu tahu lah, 1 laksa tu apa pulak? Satu lagi kerajaan (1 MDB lah tu) beli tanah kerajaan macam mana pulak, kalau tanah tu harga RM 3,000 sekaki kita beli hanya RM 60 sekaki je, kira OK sangat lah tu?.

Kekeliruan ini berlaku sebab (walaupun)rakyat dah banyak yang ada diploma dan ijazah, tetapi dari segi pemikiran kritikal ianya dah dibodohkan...kata mudahnya dah diberi "nasi kangkang". Itu sebabnya sekarang ni walau pun Chedet dan pengikutnya yang masih boleh berfikir secara kritikal mengasak Najib perihal kecelaruan kepimpinannya dan kehilangan wang berbelas hingga berpuloh billion RM. Tapi Najib hanya diam je dan "Business As Usual". Budak-budak Najib semua menyokong. Mungkin ini adalah salah satu kejayaan yang paling besar Najib ia itu mendapat sokongan 100% daripada budak-budak dia, malah dipakejkan dengan timangan manja, lambaian bendera "I Love PM", lagu "IM4U", tarian & nyanyian memuji Nabi (pemimpin) dan sudah tentu bekalan naik gaji dan wang ringgit. Mungkin ini juga hasil terbesar daripada buah fikiran konsultannya.

Nampak gaya rakyat Tanah Melayu ini akan berterusan "keliru". Kapalterbang sepatut terbang ke China tapi (hilang) di Lautan Hindi, helikopter tak tahu terhempas dulukah atau meletup dulu, duit berbillion RM tak tau kat mana sekarang ini, PM kita ni kaya dari hasil pusaka kah, JhLow tak terlibat apa-apa (suci lah tu) dan macam-macam kekeluruan lagi.

Kalaulah anak belalang masih ada...aman Malaysia ni?.

Fiq said...

Kadir ni kalau dia kritik orang memang ok. Macam dia lah malaikat.

Tapi kalau orang kritik dia, panjang berjela lah dia nak balas. Mula buat artikel pusing-memusing. Segala minangkabau apa semua keluar lah. Lari topik habis.

Standard la tu.

Kawanlama said...

Saya amat setuju cadangan sdra.

Kawanlama said...

Sdra Zack, apabila seseorang cuba merendahkan kehormatan seorang yang lain, maka ianya akan dibalas dengan 'penghormatan' yang setarap...

Perkara ini bukan isu besar kerana penulisan Datuk AKJ juga setaraf dengan jawapan Rizal.

Kawanlama said...

Terima kasih Datuk AKJ atas penulisan yang lebih menonjolkan sifat-sifat keperibadian keluarga pemimpin teratas negara.

Soalnya adakah perlu untuk dibentang sebegini selain dengan tujuan-tujuan tertentu terutamanya untuk menerusksn kempen 'Character Assassination' yang sedang pesat berjalan?

Saya perhatikan bahawa DS Najib dilihat cukup 'bagus' sehingga terpaksa kempen menggunakan 'kekurangan sifat keperibadian' seluruh keluarga terpaksa dugunakan.

kus kus said...

Pergi berburu dipadang datar
Dapat rusa berbelang kaki
berguru dengan geng kurang ajar,
tersilap cakap makan diri

sejati said...

Dato Kadir yang dihormati. Maaf dato. Kalau rizal mansor boleh bercakap macam tu tentang orang yang lebih tua, maaf cakaplah, dia tidak layak bercakap tentang adat. Dalam adat Melayu, adab dan sopan santun serta menghormati orang tua adalah perkara yang paling utama, Biarkan 'budak hingusan' tak beradab keluar kenyataan, kami yang muda yang lainnya lebih menghormati dato dan seangkatan, yang mana kenyataan yang dikeluarkan lebih bijaksana (full of wisdom) dan tajam pemikiran berbanding dengan komen2 dan jawapan balas dari the najib clan yang langsung tak mencerminkan adab orang Melayu kita. Kalau nak tegak benang basah pun, biarlah guna bahasa yang elok dan beradab. Sadly, these are the people who surround the PM. No wonder all those 'bangang' words could come out from the PM himself. As they say, the fish rots from the head. Memalukan.

Quantum Metal Consultant said...

Cukup malu kalau belanja kenduri PM Malaysia ditaja oleh warga asing. Lain kali mintalah derma dari rakyat Malaysia.

Cuma kalau dilihat sudut peribadi, anak najib rosmah kahwin pengantin lelaki belanja - itu lantaklah hal keluarga dia.

Othman Ahmad said...

Assalam.....Datuk,

Terima kasih atas maklum balas 7:03pm.

Mungkin ada sedikit salah faham terhadap istilah 'kufur nikmat' dalam tulisan saya yg berkenaan. Yang saya maksudkan istilah itu adalah 'tidak bersyukur atau lebih tepat lagi berbelanja melampaui batas'. Sama sekali tidak berniat mengkafirkan aqidah seseorang.

Mohon pertimbangan dan saya dahului dengan salam hormat demi agama, bangsa & tanah air tercinta.

Ex Son of Spura

Ad hominem a no no said...

Orang melayu yang main ad hominem kat atok kadir ni memang la bangang. Apa yg atok ckp tu semua najib bukak dulu atau si rizal bukak dulu. Ni mcm main chess lah kawan. Gerak dan rentak kena betul. Jangan jadi mcm najib, sampai skang statement tak kuar apa. Mentaliti melayu dari dulu main dam sampai skang main dam. Upgrade la main chess.

Unknown said...

Si Rizal ni kalau terjumpa di Mesjid Negara beri penampaq aja. Biar dia rasa penampaq anak Bugis pakai seluar panjang bkn anak Bugis pakai sarong batek.

Othman Ahmad said...

Mengambil kesempatan di atas kedudukan untuk kerja peribadi adalah kesalahan serious. Apatah lagi menggunakan duit rakyat untuk majlis perkahwinan & pesawat jet milik kerajaan hanya untuk bertandang balas ke rumah mempelai lelaki dgn rombongan seramai 300 di luar negara. Saya sokong pendedahan Datuk AJK.

MARHEIN Utara said...

Memandangkan rungutan rakyat / org muda hari ini yang susah untuk berkahwin kerana kos yang tinggi + GST, DSN dan DSR dah tunjukkan jalan penyelesaian/alternatif.

Kepada yang anak-anak dara/janda, bolehlah cari jejaka Kazakhstan sbb semua kos ditanggung oleh keluarga lelaki.

Rasa-rasanya jejaka lelaki / anak teruna / bujang pun, MUNGKIN juga cuba cari pasangan daripada Kazakhstan. SILAP-silap semuanya ditanggung beres.

Sapa tau untung nasib. :)

JV said...

Way to go Datuk ! Do not get intimidated when a young man blurts. It was probably that he had be given instructions and did not realise it's implications. Nevertheless, we don't call that bangang but instead not being smart enough lah !

yana said...

Salam Datuk AKJ.

Biarkanlah PMO jurucakap PM tu nak kata apa Datuk, kami orang biasa ni tahu yang mana tulin yang mana palsu. Rizal mansor ke zamzarina ke zarra sinar puteri ke, boleh le cakap besar sekarang. Nanti bila PM dah dicekup dengan dia orang ni sekali lingkup. Kami rakyat biasa yang takda siapa kami nak ampu bodek, kami dah fed up dgn karenah dan onar yg depa tu buat.

Harapan cuma pada orang2 yg ada rasa tanggungjawab kpd rakyat, Datuk sendiri, Tun Mahathir, yang berani mendedahkan salahlaku PM sekarang ni. Kami rakyat bawahan tak ada daya nak membongkar, we have no means, unlike you or Tun Mahathir. Siapalah kami. Demo aman sedikit, ditangkap polis. Dikata merusuh, memfitnah.

Cuma Datuk saya mohon agar Datuk menjaga keselamatan diri serta keluarga atas perkara2 yg berbangkit tersebut. God knows what these people in power are capable of doing.

Terima kasih Datuk AKJ. Semoga Allah sentiasa melindungi Datuk sekeluarga.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).