Friday, July 24, 2015

Jangan Tertekan Sampai Tak Lalu Makan

 
A Kadir Jasin 


MUTAKHIR  Pelik dan hairan. Macam mana orang yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Bank Negara tiba-tiba menghilangkan diri dan PDRM belum membuat sebarang tangkapan.

Daripada laporan media massa, khususnya media arus perdana, PDRM sangat beriltizam mahu mengorek berita daripada Andre Justo yang dalam tahanan Polis Thai. Apakah Justo begitu tahu mengenai 1MDB?

Apa matlamat  Pasukan Petugas Khas – nak siasat ke mana duit 1MDB lesap atau nak dengar cerita Justo? Boleh dengar cerita Justo. Tapi duit yang lesap wajib dikesan. Itu bukan duit rakyat jelata Malaysia. Ia bukan modal Pak Arab atau duit sadakah Putera Puteri Arab.

Kita berdoa kepada Allah agar memberikan petunjuk dan kekuatan kepada pegawai-pegawai MACC, Bank Negara, Pejabat Peguam Negera  dan kepada pegawai-pegawai PRDM yang berjuang atas dasar kebenaran.

Cukuplah kita berselindung di sebalik “conspiracy theories” dan menghukum pihak-pihak yang tak sebulu dengan kita. Kalau mereka salah, kita tidak semestinya benar.

Jangan sangka rakyat jelata tidak tahu. Jangan sangka semua orang boleh dibeli atau diancam. Dan yang berkuasa juga jangan sangka mereka tidak ada musuh dalam selimut.

Wallahuaklam.

ORIGINAL POSTING
 
NAK salahkan orang kita naik angin, emosional dan jadi tak tentu arah pun tak boleh juga. Memang keadaan dalam negara kita kacau-bilau. Politik huru-hara dan ekonomi tak tentu hala.

Tapi, alhamdulillah ada lagi orang kita yang boleh buat jenaka dan gelak ketawa. Orang Utara kata, buat lawak atau kelolo.

Kelolo, bukan koro. Koro penyakit yang serang orang lelaki sampai hilang kejantanan dan segala keberanian (Baca di sini).

Semalam saya minum teh dengan seorang ahli parlimen pembangkang. Mulai 26 Jun lalu, saya boleh minum teh dengan semua orang politik tanpa rasa ragu sebab saya tidak ada afiliasi dengan mana-mana parti politik lagi. Saya sudah jadi non-partisan.

Lagi pula, mulai 1 Julai saya tidak ada kerja atau jawatan lagi. Sudah tutup kedai. Nganggur. Orang Utara kata, sepak kertas. Orang putih kata, jobless. Selama 46 tahun makan gaji – mulai 16 Jun 1969 sampai 1 Julai 2015.

Ahli parlimen bekas Pakatan Rakyat itu bagi tahu saya, bulan puasa dia menjelajah Sulawesi - negeri orang Bugis - selama dua minggu. Dia nak belajar macam mana wilayah Indonesia itu selesaikan pertumpahan darah Islam-Kristian.

Mangsa pergaduhan agama di Sulawesi
Dia kata, orang Bugis bukan lanun seperti yang sering diandaikan, tapi satu bangsa yang sangat utamakan kebenaran.

Saya kata: "Ya lah, mana ada orang Bugis di negeri Bugis nak mengaku ada orang Bugis zaman dulu kala jadi lanun."

Itu zaman dulu. Sekarang, kalau melanun orang Somalia di Afrika Timur nombor satu. Tapi lanun boleh kata ada di semua benua. Di mana ada laut, ada lah lanun. Di darat dipanggil pencuri, perompak, penyamun, perampok dan sebagainya. Sekarang ada perampok kolar putih.

Ahli parlimen itu adalah antara yang kena sekat daripada pergi ke luar negara.

Saya kata, susah juga nak fikirkan apa alasan sebenar mereka dihalang daripada meninggalkan tanah air. Fikir punya fikir, saya mendapat ilham berikut:

1. Sekarang musim durian. Kerajaan mahu mereka tinggal dalam negara dan bantu lariskan jualan durian supaya pemilik dusun, peraih dan peruncit durian boleh cari makan, menjana ekonomi dan memacu transformasi.

2. Sekarang Tahun Melawat Malaysia. Jadi kerajaan mahu seramai mungkin rakyat jelata ambil bahagian dalam Cuti-Cuti Malaysia.

3. Sekarang nilai ringgit merudum. Kalau ramai rakyat Malaysia mengembara ke luar negara, lagi teruklah kejatuhannya.

4. Rizab luar pun merosot. Khabarnya kerana mempertahankan nilai ringgit. Kalau ramai orang kita mengembara ke luar negara dan bawa keluar duit yang banyak, lagi teruklah kejatuhan rizab dan kadar tukaran duit kita.

5. Tapi saya rasa para YB itu tidaklah kaya. Jadi banyak mana sangat yang mereka nak bawa keluar. Lagi pun elaun baru mereka, khabarnya, belum lagi dibayar. Perbendaharaan tak cukup duit kot!

6. Dalam suasana ada macam-macam teori persekongkolan (conspiracy theories) boleh jadi juga pihak berkuasa takut para YB itu pergi ke luar negara untuk sertai IS.

7. Mungkin kerajaan tidak mahu mereka ke luar negara sebab mereka akan disiasat berkenaan dakwaan konspirasi nak jatuhkan Perdana Menteri.

8. Yang lawaknya, dua orang yang Pasukan Petugas 1MDB nak tangkap dah cabut lari ke luar negara. Seorang namanya Nik Faisal Ariff Kamil (peguam) dan seorang lagi Suboh Mohd Yassin, bekas pegawai tinggi kerajaan.

Nik Faisal (atas) dan Suboh
9. Atau boleh jadi juga pihak berkuasa tak mahu mereka ke luar negara pasal takut mereka dapat lagi banyak maklumat dan dokumen berkenaan 1MDB.

Wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah gundah gulana sampai makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, resah gelisah tak tentu arah. Meminjam lingo kontemporari anak-anak muda, jangan emo sangat!

Jangan risau sampai sasau. Jangan tidak ketahuan sampai kena sawan. Lagi teruk kalau kena sawan babi. Tak ada ubat. Kita emo dan susah hati pun belum tentu ada orang peduli.

Ambil iktibar daripada sejarah. Bila pembesar Perancis bagi tahu Marie Antoinette yang rakyat jelata Perancis tak ada roti nak makan, bini raja Perancis itu kata: "Biar mereka makan kek!"

Marie Antoinette amat berpengaruh
Tak lama lepas itu rakyat Perancis bangkit memberontak. Marie Antoinette dan laki dia, Raja Louis XVI kena pancung.

Dua puluh sembilan tahun lalu, Presiden Marcos lari tinggalkan negara kerana diburu rakyat jelata. Nasib baik Amerika tolong seludup. Sekarang ada muzium kasut Imelda Marcos di Manila.

Muzium Kasut Imelda Marcos di Manila
Akhir kalam, dalam kita berjenaka melegakan sesak di dada, eloklah kita fikir-fikirkan siapa yang kita mahu terajui negara di masa akan datang. Itu saja yang kita boleh buat. Kita hanya boleh berfikir dan bagi pendapat. Kuasa melantik bukan di tangan kita. Kita ada kuasa hanya waktu pilihan raya.

Kita fikirkanlah yang terbaik di kalangan yang kurang baik. Kita memilih manusia bukan malaikat. Fikirkanlah yang tahu agama dan moral, yang tidak terlalu kontroversi, tidak terlalu kaya raya dan yang anak bininya tahu tempat masing-masing.

Wallahuaklam.


54 comments:

JohorMali said...

DAKJ,
Your last two paragraphs are very profound indeed.

Penat masing masing meneriak, menyalak dan mengaum tentang sopak dan kudis yang nyata.

Tak kurang juga pak dukun dan bomoh siam bagi mentera, namun wabak meruncing tidak reda.

Ramai yg nak pesakit mati saja, tapi tak kurang juga yg harap pesakit sihat dan cergas semula.

Dah tandus ke rotan di belantara kita, nak ganti akar yg hampir reput binasa?

RAWA LANUN-BAHASA said...

The Scribe
Salaams

Cintaku Aman Di Tanah Haram
(taubat nasuha diterima allah)

Aku cinta si Ratu Minang
Bila sedar segera bertaubat
Pandai berteduh di bawah lindungan Kaabah
Rajin bersedekah membantu pelarian perang
Si piatu dan janda yang miskin anak ramai
Dari huru hara nun dunia Arab di sana
Amanlah engkau Ratu Minang ku
Hidup ini allahwun wallaib kata mu

Aku cinta Ratu Minang ku


Salam Hormat


sirahak said...

saya rasa Kadir telah dalam keghairahan untuk lihat pm kita ini di jatuhkan 'under all circumstances'maka apa saja maklumat yang di bawa tidak kira betul atau hanya fitnah di muatkan turun seolah olah its the Quranic truth..lihat saja kes 1MDB .PIhak Edge melaui ketua nya sanggop berurusan dengan Justo untuk cuba memalukan kerajaan dan PM.. (lepas itu boleh pula double crosser ini double cross pembawa maklumat yang juga seorang double crosser!!)saya nampak perkara yang di bangkitkan oleh si Kadir ini hanyalah muntahan maklumat yang di pesongkan oleh serawak report (yg di kendalikan oleh orang asing yang memang ingin melihat keadaan kucar kacir)dan dan yang berimpati dengan mereka. sya doakan sesiapa yang membuat fitnah, mengedar fitnah ini di beri balasan setimpal di dunia dan semestinya di akhirat kelak. saya sedih melihat keadaan sebegini, yang mana orang kita sendiri sanggop bersekongkol dengan anasir anasir luar ini.tapi sejarah memang ada cerita cerita sebegini....

zainal abidin awang kechik said...
This comment has been removed by the author.
Joe black said...

Dato,

Malaysia bolih dipanggil "Upside Down Country" ....memang lawak tak habis. Yang mendedah maksiat ditahan dan tak bolih keluar negara yang buat maksiat dibiar keluar negara.

It's Too late to cover up..The whole world sudah tahu siapa itu Najib dan Rosmah. The party is over. Semua ketua ketua negara yang dulunya buddy buddy akan mula buat tak kenal!

Sabarlah Dato......rezeki datang untuk mereka yang berniat baik.

Melati Wilayah said...

`Jangan emo sangat` tu bahasa kelmarin Datuk. Sekarang orang cakap jangan `low Yat` sangatlah. Para menteri dan PM kita pun dah low yat sekarang... eer maksud saya tak ori lagi dalam perjuangan mereka tentang `people first and performance now`.

Perjuangan mereka sekarang ialah `let the people tak lalu makan asalkan tembolok kita penuh`

red said...

nice piece dato....selamat hari raya

Saraly said...

Yang kaya akan fikirkan projek2 untuk dibahamnya menerusi komisyen atau atas angin. Yang isteri queen control idamkan lawatan ke luar negara atas duit rakyat dan yang kontroversi idamkan kuasa dan pengaruh agar kontroversi menjadi basi. Itulah adatnya manusia sebelum masuk ke liang lahad. Salam Datuk. Selamat bersara. Khabarnya banyak janji untuk penjawat awam jua akan menjadi capati dek keberuntungan hutang yang menimbun dek konspirasi. Mudah2an rezeki dijamin Tuhan.

MOKHTAR said...

Salam Datuk,

Kerana nila setitik.. habis susu sebelanga.. orang ramai bukan sahaja benci
Panglima Bugis tu @ Don, mereka turut benci UMNO.. lebih memalukan orang bukan Melayu dah melabelkan orang Melayu sebagai bangsa yang korup, penipu, penyangak, perompak dan satu bangsa yang tidak boleh dipercayai.. satu harga yang mahal untuk dibayar kerana seorang Panglima lanun...masih adakah pemimpin Melayu yang bermaruah? Orang Melayu lebih rela menjadi anjing daripda hidup macam anjing.



ismail muda said...

Datuk, kalau memikirkan hal anak cucu kita, memang patut kita risau. Ekonomi tengah muram, banyak syarikat yg tawarlan sekim VSS. Banyak pula yg mengurangkan pekerja. JPA sedang membeku pengambilan pekerja. Nak cuba jadi usahawan pun dalam keadaan macam2 krisis. Harga minyak sekali turun heboh satu negara, tetapi naik berkali2 senyap tanpa notis. Jadi, mcm mane peniaga nak buat unjuran niaga??? Sebagai contoh, tahun ini snunami melanda peniaga2 pasar Ramadhan di Jln T A Rahman dan mesjid India. Jualan sgt lembab dan tidak diduga drop 70%. Tahun2 lalu para peniaga dapat untung banyak tetapi kali ini rugi teruk. Bagitu juga usahawan IKS Bumi. Ramai gulong tikar.
Anak2 Melayu sukar mendpat peluang kerja. Ada kajian menunjukkan anak Melayu hanya dpat peluang kerja di swasta sekitar 3% berbanding rakan dari kaum lain 40%. Katakan lah anak2 kita tidak memilih kerja dan sanggup berkerja tanpa mengira gaji. Tetapi dengan rm1,500 sebulan apa yg bole disara???? Kalau dapat rm2,500 pun masih siksa utk menyara keluarga. Ini belum ambil kira sewa rumah atau bayaran pinjaman bank. Apa pula kemampuan anak cucu kita memilki rumah yg sekarang sudah tak terkawal harganya?? Mampu kah mereka miliki rumah teres rm600k???
Mat Maslan kata lebih banyak subsidi akan ditarik. Petandanya sudah tentu rakyat akan menanggong segalanya. Dengan tekanan sekeliling pinggang & isu2 di depan mata, maka org tua2 mcm kita pasti resah keciwa mengenang masa depan anak cucu...

zack said...

Sekor lagi pencinta Najib yg tak tau apa dia cakap. Sarawak Report pesong ke tak pesong ke....1mdb mmg ada masalah besar nak bayar hutang sbb tak ada real business. Kalau tak ada masalah apahal ada yg lari bila nak kena siasat?

Bodek dan bangang pun biarlah berpada2.

red said...

kalau ramailah rakyat yg buta mcm sirahak...makin teruklah negara kita...

Awang selamat said...

Jibby tidak nafi 2.6 biliyon masuk akaun peribadi.....itu pengkhianat namanya

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pengunjung dihormati,

1. Penggantungan akhbar perdagangan The Edge oleh Kementerian Dalam Negeri tidak memeranjatkan. Ia pernah berlaku sebelum ini. Yang dipertikaikan ialah kekukuhan dan kesahihan alasannya. The Edge berkata ia akan mencabar keputusan itu di mahkamah.

2. Namun cara yang digunakan oleh The Edge untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB daripada Xavier Andre Justo melanggar etika kewartawanan. Tindakan The Edge itu dikesali dan dikecam.

3. Akan tetapi, yang lebih penting ialah sama ada dokumen yang diperoleh The Edge itu asli dan sahih. The Edge mengaku ia telah menggunakan tipu-helah tetapi berdiri di belakang dokumen berkenaan sebagai alsi dan sahih.

4. Tugas Bank Negara dan PDRM ada memastikan status dokumen itu kerana The Edge telah pun menyerahkan salinannya kepada Bank Negara dan PRDM.

Wallahuaklam. Terima Kasih.

Unknown said...

Saya setuju dgn red mengenai sirahak.

Nasib baik spisis sirahak tak ramai di blog Dakj.

Ini tidak bermakna diluar sana tak ramai mantaliti sirahak.

Merekalah yg memenangkan UBN.

Otak macam sirahak satu undi . Otak geliga macam wartawan negara pun satu undi.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

1. Saya sebagai peminat Dakj sejak sekolah berhajat jugak nak diberi kehormatan minum teh dgn Dakj.

2. Sedangkan Dakj bersama TDM dan UMNO pun ada pembodek2 yg dah cop Dakj sebagai pembangkang. Atau mewakili suara pembangkang.

3. Walaupun Dakj istihar diri non partisan, lanun2 UMNO akan gam Dakj srbagai bukan org kita.

Budaya dalam UMNO , berkecuali bererti menentang. Lihat saja apa nasib Datuk Saifuddin Abdullah yg di sabotaj UMNO Pahang sendiri dalam PRU 13 yg lalu.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Besarnya malu masyarakat Melayu Islam bila lihat dua org Cina drpd the Edge yg bersungguh membongkar penipuan berjumlah USD1.83B terhadap Msia.

Mana perginya ketua2 editor MAP Melayu dalam menpertahan kebenaran?

Dahlah dulu seorang Cina bernama Lim Guan Eng terpaksa merengkok dalam penjara gara2 perjuang nasib gadis bawah umur Melayu drpd kes dirogol seorang ketua UMNO Melaka.

Mana perginya Melayu2 lain dalam UMNO. Takkan la cuma acah2 hunus keris je

Takkan la setakat sorak2 konon nak lawan Cina di Low Yat Plaza je......hahaha ketuanya yg berapi2 cuba timbul semangat anti Cina dah pun kena cekup. Contoh Melayu makan Melayu jugak.

Sejak bila mencegah kemungkaran bukan lagi menjadi perintah Allah?

TDM yg saya tak suka tu pun kali ni tahu hukum agama bila beliau berkata adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa yg menyorok kebenaran atau bersekongkol dgn penjenayah.

Apakah sesiapa jadi PM Msia beliau diharam jadi penjenayah?

Kalau begitu Msia dalam hal tertentu lebih teruk drpd Israil.

Semak Politik said...

Salam Dato AKJ dan pembaca2 The Scribe

Hutang 1MDB RM42 billion itu sahih ? .... sahih
Aset 1MDB RM52 billion itu sahih ? ...... belum tahu/pasti sahih

Pelaboran 1MDB di dalam akaun bank di Singapore itu sahih ? .... amat kabor ..... unit ka? / tunai ka? / boleh dicairkan ka?

Banyak lagi isu-isu 1MDB ... tak sahih

Sahih atau pun tidak, dokumen2 (email2, dll) yang diperolehi dari Justo ... tak jadi hal. Sahihkan dulu fakta2 1MDB. Jawab dulu soalan2 Tun Dr Mahathir. Tepis dulu laporan Wall Street Journal. Barulah isu sahih / tak sahih email Justo boleh ditangani.

Yang paling sahih --- rakyat sedang menunggu jawapan2 dari 1MDB, MOF, dan BNM.

TQ

msh said...

Salam Dato.

Kata Dato ..."Jngan emo sngat !!! "

Mana mungkin lagi Dato....semua barang naik harga....Raya dah tak mcm dulu lagi.

Baju Raya...kasut Raya...kuih Raya...duit Raya...harga bilik hotel....nasi Royal diAlor Setar masa balik cuti Raya semua naik....masih nak senyum lagi ka Dato?.

Semua ini angkara mangkuk hayun...pelesit...jin aprit...Maharaja yg selalu dok ulang cakap..."sy dengar".

Dengar apa?

Dengar cakap Dewi tersayang atau Penasihat Penjilat yg dok bisik cerita2 baik pd dia selalu barangkalinya .

Tun M soal lain dia hawab lain....bila dah tersepit....buat cerita yg bukan2...duit pun boleh tukar hadi 'unit'.

Semua tuduhan pasal 1MDB....fitnah belaka....semua hanya konspirasi nak menjatuhkan Kerajaan BN.

Huh belit seperti ular....dan disokong oleh 160 org Ketua Bahagian Haram J Parti UMNO.

Dato dulu2 org berkata..."kalau jumpa keling dan ular...katok keling dulu..".(maaf no...ni cuma cerita bukan nak mengutuk mana2 Keling).

Tetapi sekarang ini...lain pula...

"Kalau jumpa mana 160 org Ketua2 Bahagian Umno ini dan ular...kita katok depa dulu"...faham sajalah siapa yg lebih bahaya.

Kalau Dato masih ingat perihal artikel Dato tentang Ketua Pemuda sbgai..."Pressure Group"...hah...sy berkata...itu cerita lawak ....mana mungkin nak 'pressure Boss'.

Masakan nak gigit tangan yg menyuap makanan....kalau haiwan barangkali lah.

Itulah luahan rasa hati sy tentang kepayahan...kesusahan dan segala kesengsaraan dari penangan Maharaja laki bini yg selalu berkata..."Rakyat didahulukan dan sy Dengar".

Tun M memang betul tentang penyalahgunaan kuasa dan bahayanya pemimpin seorg ini.

Jika tidak kenapa pula tangkapan2 dibuat terhadap org2 bersangkut paut dgn 1MDB...Singapura membeku 2 akaun bank ...tuduhan2 dari WSJ dan Sarawak Report yg Dow Jones sanggup berhadapan dgn tindakan saman sekali pun...kalau semua yg Tun M soal dianggap fitnah?

Apa pun Dato...sy tidak sabar melihat episod seterusnya....mungkin jadi mcm Thaksin agaknya....kena duduk diluar negara.

Terima kasih.

Ps.. Dato..Selamat berehat setelah lama makan gaji....tapi tolong jgn rehat berblog.

matpenang said...

Salam dato,

Dato pun kena relax, jangan stress. Takut penyamun lepas, dato pulak pakai kain chukin pi kedai.

Kita seropa, saya sepak kertas 30 jun lalu cuma umoq 51 berbanding dato. Dah chemuih meniaga. Sakit hati dgn penyamun dok kaut projek besaq mudah2.

Pak Malau said...

Bolehkah dokumen yang diperolehi dengan cara yang tidak betul itu diterima?
Saya merujuk kepada kes dimana mereka mendapatkan DNA Datuk Sri Anwar.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Tajuk yg Dakj pilih " jangan tertekan hingga tak lalu makan" yg berbentuk lawak santai mungkin sesuai untuk org sebaya atau 10 tahun lebih muda drpd Dakj.

Org macam Dakj tentu dah mengumpul 3-4 juta EPF.

Rumah bungalo yg Dakj diami yg mungkin Dakj beli dgn harga tak sampai rm300000 , sekarang ni dah bernilai tak kurang rm2.5jt.

Buruh kasar zaman Dakj pun paling hampas berjaya mempunyai sebuah rumah teres satu tingkat yg kalau di PJ bernilai rm700k.

Zaman Dakj kerja senang dapat. Syarikat2 melalui arahan sejak zaman Tun Razak tak berani sangat nak tolak pekerja Melayu dari setiap level iaitu buruh hinggalah pengurusan.

Malah sewaktu saya kerja di EPU dahulu saya tahu pihak syarikat yg patuh kpd garis panduan 30% guna tenaga Bumiputra setiap peringkat akan di beri rebat cukai.

Zaman tu org Melayu tak merempit atau menggaggur.

Dakj nampak tak kenapa saya kagum dgn kerajaan zaman Tun Razak.

Kalau mereka tak ke skim Felda, mereka akan jadi jaga atau kerja kilang.

Tak timbul tuduhan Melayu malas.

Tuduhan ini muncul sejak zaman Mahathir untuk menghalal syarikat bukan Melayu yg berjaya melembukan menteri KDN Melayu untuk jerat leher org Melayu agar jadi penggangur dan miskin bila melalui calling visa yg dikeluarkan menteri Melayu, di mana mat indon dan Nepal dan Bangla merompak peluang kerja org Melayu.



Kepada Dakj.

Org Melayu sekarang ramsi yg tertekan kerana tak cukup wang nak makan. Mereka bukan lagi tertekan hingga tak lalu makan

Perkara maha besar ini harus sama2 kita fikirkan dan cuba selesaikan.

Saya sangat betharap perkara pertama yg kerajaan PR buat jika menang PRU 14 adalah menghapuskan pengambilan pekerja
asing.

Kalau peluang kerja anak tempatan terus dinafikan maka bangsa Melayu mungkin lebih cepat pupus gara2 kemiskinan yg melampau.

Bogeyman said...

From my readings..... one the keyman in the wheeling and dealings in 1MDB is Dato Shahrol…I got to know this guy when his name appeared in Hari Raya Advertisement 2010 with another Dato (cannot recall)…exhorting the virtue of Malaysian Transformation Plan….I was wondering who is he?… then realized he is the head of 1MDB…a special purpose investment company under Ministry of Finance….

After reading his background, …..previously he was attached with Accenture Consulting or Management consultant with a degree in Engineering….I realize his experience is more into troubleshooting or rectifying company’s processes and business setup …..He is not a corporate finance or accounting person, who would be more adept in financial spreadsheets and evaluations…which is more relevant if you were to head an investment type of company…..such as 1MDB…
Then I read in 2012…1MDB engaged in JV with a Abu Dhabi company to invest in Tun Razak exchange square and petrochemical plant in Johor to the tune of RM40Billion ….I could hardly believe it but at the back of mind I was wondering it’s too good to be true….I have my doubts as the Arabs mode of financing is to have Malaysian banks issue Sukuk or Islamic Bonds on their behalf and they would get the money…. Those who buy the Sukuk are all our revered institutions, including EPF, Tabung Haji etc…..Then I smell a rat in this deal….

Then in November 2012….poor Hazem was roped in as CFO… I think he cannot resist it as I believe he is really well paid….as I look into his background ……he was the head of SIME Darby auto division and he used to work in corporate finance in Sime Darby too…..

Suddenly 3 or 4 months later, somewhere in March 2013, Dato Sharol move to Pemandu under Idris Jala and Hazeem was immediately catapulted to become the CEO….Poor him ….Since taking the helm as 1MDB CEO, there are rumours that 1MDB having problems with servicing their loans… and news spread fast about 1MDB has investment in Cayman Island to a tune of USD2 billion …. The news during that period was 1MDB is yet to develop the Tun Razak Exchange square, and they are simply parking the money overseas temporarily until they have a concrete plan and receive approval from the relevant authority to develop the Tun Razak square……

One the irony in this shuffling of the CEOs is WHY…..Dato Sharol has vacated as a CEO at 1MDB to pursue a lesser position in Pemandu … and yet he is still one of Board of Directors of 1MDB….It seems he still have one foot in 1MDB and the other foot outside……The rationale for the sudden replacement of 1MDB head is……. either Dato Shahrol is too incompetent to lead 1MDB anymore or he is running away from the mess he originally created….Only recently, we knew according the current online news report…… that Dato Shahrol is the one who approves the go-ahead in handling USD1 billion to Petrosaudi-1MDB JV in 2012 without the consent from 1MDB board of directors….Imagine the CEO has the guts to simply hand-in USD$1 billion to a hotchpotch joint venture ….Unless somebody from higher-up desperately pushing him to do so!!.....

Poor Hazeem has to deal with unseemly mess of 1MDB during his 2 years tenure until early 2015…Due to 1MDB ran out of cash to pay out to the creditors, i.e. Maybank and RHB Bank… both the 1MDB chairman, Dato Wok Lodin and Hazim was chided by Bank Negara…..However, it was Hazim who became the guinea-pig and was immediately terminated …..I am sure he won’t be that sad for too long as 1MDB would have paid him handsomely during his tenure and for his termination…

TOOLBOX said...

Datuk

Ada di kalangan khalayak yang tertekan bukan sampai tak lalu makan tapi dah sampai peringkat tak ada duit nak makan

Toolbox

Josefharrys said...

Salam Datuk, khabarnya semalam KPN telah dihalang oleh polis Thailand dari bertemu Justo dgn alasan mestilah melalui protokol tertentu tetapi yg peliknya pihak polis Thai memberi wartawan Straits Times Singapura menerumah Justo tanpa sekatan dan dari insiden ini kita dapati pihak Singapore dan Thailand ada bukti2 yg kukoh ttg 1mdb ini dan mereka skrg ini sdg memerhatikan apa yg kerajaan akan lakukan seterusnya utk menangani kes ini dan jika perkara ini benar ianya juga melibatkan maruah dan integriti kerajaan terutama Najib khususnya dan negara amnya. Wallahuaklam.

SolitaireHunter said...

Di Thailand 72 orang telah ditangkap dan didakwa termasuk panglima tentera dan pegawai kanan polis berhubung dengan isu pemerdagangan manusia dan penemuan kubur besar pendatang haram. Di Malaysia se ekor lipas pun belum didakwa! KPN sedang sibuk ke Thailand mencari bukti untuk mempertahankan 'bos' nya..

Rakyat Tertindas said...

Datuk, saya kena berhenti baca artikel nie sekejap bila Datuk sebut "...pegawai-pegawai MACC, Bank Negara, Pejabat Peguam Negera dan kepada pegawai-pegawai PRDM... berjuang untuk kebenaran" Hahahahaha... Kelakar betul.

Minta maaf kalau saya sinis (sebenarnya saya realis cam Sdr Umar sini) kerana saya tidak pasti Datuk ini tulis satira ke atau Datuk "terlebih harapan".

Saya pernah komen beberapa artikel lepas, tindak-tanduk Task Force sudah menonjolkan mereka cuma "for show" sahaja. Atau mereka adalah Task Force yang paling lembab dan tidak efisien di dunia. Dua2 negatif, rakyat kalah habis.

Semoga Datuk jangan terlalu naif dan terus berjuang habis-habisan menerusi blog ini. Dan semua pembaca2 disini, tolong beritahu semua kekawan betapa teruknya kita kena samun sampai kering kontang.

Saya kan sambung lagi lepas saya berhenti ketawa.

Rakyat Tertindas said...

Hahahaha Saudara SolitaireHunter "Di Malaysia se ekor lipas pun belum didakwa!"

I lap you. :D

yana said...

Salam Datuk AKJ,

Kemelut DSN dan 1MDB ini sudah melarat terlalu lama dan rakyat pun sudah bosan. Nama negara sudah 'harum' seantero dunia bukan dengan bau wangian tetapi dengan bau busuk. Malu teramat malu. Tetapi apakan daya yang maseh terpacak tak mau turun itu tak tahu malu.

Daripada kita tertekan sampai tak lalu makan mandi dan sebagainya eloklah macam kata Datuk elok kita fikir-fikirkan siapa yang kita hendak menerajui tanah tercinta kita ini. Seharusnya yang buruk tingkah itu kita cantas dulu (feel free to fill the blanks) dan yang terbaik di kalangan yang kurang baik itu tidak dapat tidak terpaksa kita angkat dengan harapan dia mampu membela nasib kita selepas ini.

Namun Datuk, bakal pengganti baharu ini wajar melalui proses penyucian terlebih dahulu supaya sejarah perit tidak berulang. Dalam bahasa mudah mesti dikuliahkan dahulu agar tersemat di jiwa raga beliau bahawasanya rakyat mesti didahulukan diutamakan, bukan sekadar manis kata di bibir durjana.

Terima kasih Datuk A. Kadir Jasin. Selamat berhujung minggu :))

Unknown said...

Semak politik.

Nasib baik ada firma audit bernama Deloitte jadi pak sanggup.

Namun begitu bagi penyata kewangan tahun berakhir 31/3/15 sampai sekarang belum dengar berita hasil audit.

Syarikat lebih besar dan dgn urusniaga pelbagai spt Maybank, Sime Darby, dan TNB pun tak susah nak patuhi keperluan audit.

Memang benar kata sdr.

Gara2 tak sahihla maka pengurusan baru IMDB kena goreng2 akaun agar dapat meyakinkan Delloitte yg tersepit antara nak bidnis dgn nak ikut etika profesional .

Terlalu banyak tipu. Kenalah panggil kaum tertentu pakar putar betit untuk terus tipu.

Arul Kanda dan TS Safee lawyer datang dari kaum yg sama ke.?

On paper agama berlainan.

aku said...

Kadiag, salaam. Apa hang nak pelik, apa hang nak heran...? bukan nak hajag hang, tapi pelik dan heran dah lama dah jadi nama lain untuk Malaya. Dua orang besak dlm keh 1MDB yg depa dok cari katanya hilang, tapi lebih dua juta pendatang asing yg katanya, kita tak mau, dok ada disini.
Ceritanya jugak, 2 kali mamak IGP ka sapa ka pi Siam nak jumpa Justo, tapi dua kali polis depa kata tak bulih. Punjabi (tak salah aku) dari straits times Singapo bulih pulak. Macam Pak Ali yg uzog tu kata..."ada...magna ni."(jangan lupa sagtah antara perkataan 'ada' dan 'magna' no)....Manghap no.

Ummu Aiman said...

Tuan Sirahak,

Rakyat kerdil seperti saya tidak pernah putus berdoa semoga Allah tunjukkan kebenaran apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB. Jika wang rakyat itu hilang dirompak saya berdoa Allah bukakan hati perompak tampil kedepan mengaku salah dan memulangkan semua yang dirompak. Every single cent of it. Selepas itu seperti rakyat Malaysia yang lain perompak mesti diadili dan menerima hukuman.

Saya yakin sekiranya yang didakwa tidak bersalah, buktikan saja dengan mengemukakan penyata akaun bank tiada wang billion haram pon yang masuk. Simple. Yang didakwa mempunyai authority untuk mengarahkan bank mengorek maklumat akaun bank yang telah ditutup. Tiada apa yang perlu ditakuti jika kita dipihak yang benar.

Insan kecil seperti saya sangat yakin sekiranya kebenaran tidak dapat ditunjukkan di dunia, sama-samalah kita tunggu tayangan di screen besar di akhirat sana. Dunia hanya sementara. Maaf kalau ada tutur kata yang menyinggung.

Selamat Hari Raya Dato' AKJ dan rakan pembaca yang saya hormati. Assalamualaikum.

Praxis said...

How long are our freedoms going to be eroded before the truth and potential of native genius asserts itself?

adion said...

IGP went to Bangkok to question Justo but it was Singapore ST that got the full interview..... now I am confused...

NajibNazak said...

Salam.

Siapa lata anak melayu x blh berniaha dan bekerja bagus2?

Sbg contph.. cuba tgk anak najib n rosmah? Anak tiri najib, bt film hollywood lg.. untung juta2 beli properties luar negara, anak nazri aziz, jd pegawai khas, anak zahid comedy? serta anak menteri2 dn vip lain kt msia ni... ok saja depa...

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Saya berharap Dakj dapat berkongsi tentang hasil atau ketidak berhasilan lawatan IGP berumpa Ketua Polis Thailand.

Kalau menurut saya lawatan tu jelas tak berhasil.

Kalau berhasil mungkin the edge bukan setakat kena gantung 3 bulan.

Mungkin kena tutup terus.

Kalau berhasil tentu dah gegak gumpita MAP canang berita.

Saya rasa bila balik ni, IGP kita yg tak selera nak mkan.

Silap besar kalau ada org fikir beliau boleh perlekeh kebebasan dan profesionalisma ketua2 polis Thailand dan general tentera mereka.

Dah beberapa kali PM mereka yg bermasaalah rasuah serta salah guna kuasa di tumbangkan oleh pihak rakyat melalui tentera.

Contoh terbaik tentera tidak diperkuda oleh org politik.

Saya tak fikir polis Thai ada kepentingan lain dgn Justo selain drpd urusan Justo disyakki peras ugut mereka yg tipu duit rakyat Msia dalam IMDB.

Kalau Justo memang ada langgar undang2 Msia apa kata Najib atau AG saman beliau. Atau minta kerjasama Interpol tangkap Justo.

Kalau nak tenguk Msia ditertawa oleh masyarakat antara bangsa cubalah keluar waran tangkap terhadap Justo.

Kan lebih produktif jika IGP pergi cari mereka2 yg sedang di cari task force tapi dah menghilang entah kemana.

Polis dan Imigresen macam tak tergesa2 pulak cari org2 ni.

Mereka ni menyorok atau sengaja diberi ruang waktu menyorok atau pun sengaja disorok agar task force tak cukup bukti?

aku said...

Rujok tulihsan aku 8.53 pagi, Pak Ali yg uzog tu kata "ada...magna tuu" bukan "ada...magna ni". Sekali lagi, silap aku, mangap no...

vasantha said...

Dear Dato,
Our politicians are morally corrupt. Nothing seems to bother them. It is indeed a sad situation. How I admire democracy as enshrined in Washington and Westminster. Our education system has failed us.Where are our thinking leaders? We are led to believe that blind confidence in our leaders is the best and only option for us.Why is it wrong to question those in power? Why is it always necessary to do the politically correct thing than the right thing? I think a lot has to do with nepotism too.We are not willing to accept new people or new ways of doing things.We are willing to look the other way when a wrong is done by one of our kind. We have allowed indifference and mediocrity to creep into the mainstream of our society. We think along racial lines. We were willing to condone wrongdoing on racial lines. We have slowly stripped ourselves of morality and spirituality. We are devoid of compassion, to do the right by so many hungry people in our midst.The late mahatma Gandhi took to wearing a loin cloth when he saw many dressed in rags.
A simple fact comes to mind, 'How many beds can we sleep on?' We come naked into the world and we take nothing with us when the call comes to go meet our Maker.

e moral fibre

Wasatiyyah victim said...

Salam DAKJ,

I think right now the nation is sitting on powder-keg that is about to explode....Anytime any party or any NGO were to organize any kind of demonstration to show their dismay about the 1MDB issue and Najib....I think it would not only appeal to those affiliate with that party or ideology....but I am afraid there is high possibility any Tom, Dick or Harry would join in....Event Atuk, Nenek and Cucu also would join in to show their exasperation of never ending issue.....

As days gone by.....if the news began to trickle slowly....I think people would just vent their anger.... What I am afraid of is that the demo would turn violent as they feel the country has become lawless....and Why should they care....Does the PM give a hoot about all this?....His concern is just to cover his own skin...

Allahualam....I hope it did not lead to this event....... and I like you hope that the taskforce does not take too much time getting to the crux of the matter...i.e. catching the python's head.....

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Bila saya tenguk muka PM di tv maka terus saya tertekan ,;langsung tukar saluran.

Bila tenguk muka mak muk lagilah perasaan saya tertekan. Mukanya org penuh misteri.

Langsung saya teringat bomoh perempuan yg mati di tali gantung , yg sangat bergaya bernama Mona Fendi.

Mona Fendi dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Mazlan( yg percaya kuasa bomoh boleh bantu beliau naik pangkat drpd exco kpd MB Pahang) menunjukkan kpd dunia bahawa perempuan bila beliau jahat,;beliau boleh jadi lebih teruk drpd penjahat lelaki.

Saya harap Najib sebagai pahlawan bugis tak takut pd sesiapa termasuk pd isteri.

Adakah kita semua takut pd Allah?

Kalau jawapannya "ya", kita tak perlu tertekan oleh komen blogger bangang.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Pagi ni perasaan saya sekejap tertekan sekejap riang gembira.

Bila lihat muka Zahid Hamidi yg gantung the Edge saya tertekan.

Bila dengar ZH nak minta bantuan kerajaan British pindahkan Rewcastle Brown ke Msia untuk dibicara atas dakwaan mencampuri pentadbiran dalam negara Msia maka saya tertekan.

Akan tetapi saya kembali riang bila memikirkan betapa malunya muka Najib, ZH dan IGP nanti bila mahkamah bebas British tolak mentah2 permohonan bodoh2 org kita

Saya tertekan balik bila lihat ada NGO curi makan yg sudi diperlembu hantar memo ke kedutaan British. Murah sangat harga diri org2 ni.

Terakhir saya kembali girang bila baca ucapan selamat hari lahir TDM terhadap Najib.

Semoga Allah makbul doa rakyat . Cukuplah 6 tahun ni tersiksa rasanya hidup majoriti rakyat.

bulan said...

Assalammualaikum Dato' serta Selamat Hari Raya.

Dato' yang mulia,

Mungkinkah di dalam isi hati Tuan Perdana menteri kita ini selalu berkata-kata sendiri?

' Apa macam bijak, cekap dan jujurnya aku sekalipun 'minority' rakyat Malaysia akan tetap memileh pembangkang '

' Apa macam boros, bodoh, cuai dan lembabnya aku 'majority' rakyat Malaysia akan tetap memilih UMNO '

Nampaknya, kebenaran yang cuba Dato' kaitkan dan juga Tun Dr Mahatir yang dikasihi bangkitkan, tidak dapat menghalang ' energy-energy ' mereka yang kuat kemaruk kuasa dan ketagihan wang ringgit untuk bermain kotor dan busuk.

Kesudahannya kemampuan rakyat juga yang penting dalam menilaikan kebenaran dan kepalsuan atau sebaliknya rakyat terpaksa memilih kepercayaan dan kesetian yang lebih diutamakan demi kepentingan Malaysia Tanah-airku.

Oleh itu doa' siapakah yang dapat mengubah kedudukan 'majority' dan 'minority' ?

Terima kasih.

bulan said...

Assalammualaikum Dato' serta Selamat Hari Raya.

Dato' yang mulia,

Mungkinkah di dalam isi hati Tuan Perdana menteri kita ini selalu berkata-kata sendiri?

' Apa macam bijak, cekap dan jujurnya aku sekalipun 'minority' rakyat Malaysia akan tetap memileh pembangkang '

' Apa macam boros, bodoh, cuai dan lembabnya aku 'majority' rakyat Malaysia akan tetap memilih UMNO '

Nampaknya, kebenaran yang cuba Dato' kaitkan dan juga Tun Dr Mahatir yang dikasihi bangkitkan, tidak dapat menghalang ' energy-energy ' mereka yang kuat kemaruk kuasa dan ketagihan wang ringgit untuk bermain kotor dan busuk.

Kesudahannya kemampuan rakyat juga yang penting dalam menilaikan kebenaran dan kepalsuan atau sebaliknya rakyat terpaksa memilih kepercayaan dan kesetian yang lebih diutamakan demi kepentingan Malaysia Tanah-airku.

Oleh itu doa' siapakah yang dapat mengubah kedudukan 'majority' dan 'minority' ?

Terima kasih.

Zed-85 said...

Sallam Dato',

Agak heran kenapa akhabar Singapora yang diberikan interview dengan Justo, kenapa tidak Utusan?

Pemberita yang terlibat (the messenger) melapurkan isu 1MDB dari NST (Singapura), WSJ (US) dan Sarawak Report (berpusat di UK).

Nampaknya sudah jadi "infamous" di luar sempadan.

Pada pandangan peribadi saya, saya agak setuju dengan komentar "rakyat tertindas", yang mana tindakan yang dilakukan semuanya adalah "for show" sahaja.

Sebagai rakyat, dalam negara demokrasi, kita mestilah mempunyai pilihan yang lain. Backup plan kena ada.

Kalau kita ke kedai mamak, roti canai semalam juga diberikan, pergilah sahaja ke kedai lain. Kalau dah ramai mula berhujrah, barulah kedai yang asal akan berubah dan reformasi.

mosabit said...

tak cukup dengan kambing hitam ...nak cover baik kena pakai badak hitam ker...lembu hitam ker..babi hitam ker.. gajah hitam ker...duit banyak kuasa pun ada...verapa banyak binatang hitam pun boleh cari...itu pun kalau binatang2 tu semua sanggup jadi hitam.....kah kah kah kah kah kah ...

mosabit said...

ini kes berat..tak cukup pakai kambing hitam jer...ni kena pakai semua binatang hitam yg ada kat dalam hutan putar jaya tuuuuu....kah kah kah kah kah kah ...nasib ko la binatang...

A KADIR JASIN said...

1.Zed-85 dan para pemhagas sekalian. Maaf lambat siarkan komen. Maklumlah bila terumur macam saya ini, sekali sekala jatuh gering.

2. Dalam hal wartawan Straits Times Singapura diberi keistimewaan interview Justo tapi orang besar polis kita ternganga, saya rasa dalam hal Justo dan 1MDB ini, Negeri Siam lebih rapat dengan Singapura.

3. Mereka kongsi rahsia dan maklumat sebab mareka tidak mahu negara mereka dijadikan pusat operasi wang gelap, wang rasuah dan money laundering oleh pembesar kita.

4. Lagi pun bila mereka tahu rahsia para pembesar kita, mudahlah mereka jadikan negera kita bonenak.

5. Malu dan malang sungguh negara kita. Siam negara Buddha. Singapura negara sekular. Kita konon Islam tapi macam-macam kemungkaran ada.

Wallahuaklam. Terima Kasih.

Unknown said...

Saya sangat setuju dgn poin no 3 Datuk tu.

Saya harap negara lain tak associate Islam dgn perangai Najib dan flom.

Awang selamat said...

M. Bakri Musa12:36 a.m.
Dear All: The central question remains . . .

All these comments on Justo, The Edge, WSJ, and Claire Brown's Sarawak website are distracting sideshows. I am surprised that even veteran and hard-nosed observers and commentators are taken in by these distractions.

The pertinent points remain: How much debt 1MDB has incurred and how much is the Malaysian government's exposure or liability? Second, is 1MDB making money or even enough money to service its loans? Releasing 1MDB's latest financial report, whether audited or not, would go a long way to answer those questions.

Before that, there is an even simpler and more central issue that we are missing or sidestepping. This would require only a brief "yes" or "no" response from those responsible, meaning Najib. Did he divert any funds from 1MDB to his private account as alleged by WSJ? If only the answer to that is a simple "No," then all the other details become irrelevant.

We all, whether pro Najib or anti Najib but as responsible citizens, should be asking him to answer that simple question. If he refuses to answer, then he should be impeached if there is such a provision in the constitution. Absent that he should quit or be made to do so.

The central question remains whether public funds are diverted to Najib's personal account. That is the Malaysian Nixonian equivalent of "What did the president know and when did he know about it?" of the infamous Watergate crisis.

All other distracting commentaries that do not confront that central issue would only reveal the biases and prejudices of the commentators. We all can be spared of that.

I would hope the the parliamentary committee and the special task force investigating this matter would answer those questions. You do not have to go to Singapore and ask its MAS to cooperate, or Thailand to interview that Justo character, or get the moon-faced fellow who is so enamored with Paris Hilton to get to answer that central question.

The central allegation of siphoning public funds is made not by some kucing kurap anti-government blogger but by WSJ. When the Financial Times made some allegations of bribery on Tengku Razaleigh regarding the Bank Bumiputra failure of yore, he sued the outfit and won. If Najib likewise feels that WSJ is having a cock and bull story with the allegation, then go ahead and sue the paper. The lawsuit and subsequent depositions would also help reveal the truth.

So all these hullaballoo would go away if Najib were to answer with a simple "No" to the central question and then go ahead to sue WSJ and everyone else.

M. Bakri Musa (bakrimusa.com)

RD. said...

Yang paling saya takut, telur Najib dalam gengaman US, Thailand dan Singapura. Obama nak datang. Takut di picit' telur Najib untuk sain TPPA. Train laju Singapura-KL dah tangguh.

"Malu dan malang sungguh negara kita. Siam negara Buddha. Singapura negara sekular. Kita konon Islam tapi macam-macam kemungkaran ada."

Amat tepat sekali. Saya pun telah lama malu dengan hakikat ini. Bapa saya yang sudah tua, ada hobi bela ayam, dibelakang rumah. Setiap kali Raya, 5 @ 6 ekor akan dibuat rendang oleh ibu. 2 tahun lepas habis satu reban, ayam dicuri. Lepas tu, 4 ekor burung merbok masuk reban dan diperangkap oleh bapa. Dapatlah bapa menghabiskan masa terluang, bela merbok. Sehinggalah sebelum bulan puasa baru-baru ini, bila kesemua merbok itu dicuri.

Setiap kali saya dengar nama 'Islam' digunakan sebagai mempromosi sesuatu, saya jadi malu. Negara Islam yang dipenuhi pencuri?

Saya sokong semangat BN dan party UMNO. Tapi kalau saya pangkah BN pada PRU14 nanti, bermakna saya sokong Najib. Ini yang buat saya serba-salah. Anak sulong saya sudah capai umur 21 dan saya sudah paksa dia register sebagai pengundi. Masalahnya, dia pun tak tahu party politik mana yang lebih baik untuk Agama, Bangsa dan Negara. Nak harapkan Pembangkang, mereka pun sama saja. Lebih-lebih lagi sikap ahli politik mereka yang suka berpura-pura. Seperti sikap Guan Eng yang berpura-pura membela gadis Melayu sehingga sanggup merengkuk dalam penjara kerana memfitnah. Sanggup 'berpegang-tangan' dengan Haji Hadi pergi meraih undi. Sekarang apa dah jadi?

Gerakan Harapan Baru (New Hope Movement?) dari serpihan PAS, sudah kelihatan seperti jelmaan dari gerakan puak evangelist. Nampak-gayanya, arena politik Malaysia akan bertukar menjadi 'pertembungan' antara agama atas sifat 'keserdahanaan' pentadbiran Najib.

Jadinya, penyokong BN dan UMNO berda dalam dilema, selagi Najib tidak letak jawatan sebagai PM dan Menteri Kewangan dalam kadar SEGERA. Masa semakin suntuk untuk baik-pulih imej BN dan UMNO.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Anifah Aman nampak gayanya betul2 tertekan sehari dua ni.

Takkan la nak biar Rahman Dahlan lebih menyerlah pertahan Najib berbanding dgn menteri luar sendiri?

Lihat komen Anifah kutuk WSJ kerana WSJ beri ruang pd Anwar utara pendapat betul2 membuat org tertentu marah.

Siap tuduh WSJ memihak dan dgn demikian mencampuri urusan dalaman negara Msia.

Apa la kalut sgt si Anifah ni.

Inilah masanya Anifah nasihat Najib agar telefon teman golf beliau agar tutup je WSJ.

Atau pun Najib saman sebagai pahlawan Bugis saman WSJ di bumi Amerika.

Asalkan guna duit sendiri please.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Berkenaan dengan "Money Laundering"

Kalau kita terjemahan secara terus bermakna membasuh wang/duit daripada wang yang kotor.

Saya teringat filem hollywood terkenal seorang pengedar dadah yang begitu banyak duit sehingga disimpan di gudang. Dia takut hendak gunakan duit itu kerana akan dijejak oleh pihak berkuasa.

Oleh itu dia pun "buka syarikat" kedai cuci kereta. Tukang jaga akaun akan olahkan keuntungan kedai cuci kereta dengan keuntungan yang begitu besar.

Akhirnya duit kotor dari hasil dadah jadi bersih. Pengedar dadah dapat gunakan wang itu tanpa was-was.

Walaubagaimanapun, dalam hukum syarak, duit itu bukanlah halalan toyyiban.

Setahu saya, masih ramai orang yang tidak faham apa itu "money laundering" apatah lagi orang-orang kampong.

Bekenaan dengan komentar Dato' yang terbaru, Saya berharap Dato' diberikan kesihatan dan kerahmatan dari Tuhan. InsyaAllah.

Sallam.

mad said...

nampaknya trend mengambil tanah kerajaan dan menjual kepada pemaju (kroni) bukanlah perkara baru dan hanya dipelopori oleh 1mdb. di sarawak sudah banyak contoh menyamun di siang hari ini dapat dilihat didepan mata. semasa saya balik cuti raya ke bandar kelahiran saya minggu lepas, saya lihat sendiri tanah yg suatu ketika dulu adalah tanah kerajaan dimana rumah kerajaan (barracks & quarters)pernah ujud kini sudah diturap rata dgn tanah dan ada signboard mengumumkan akan dibangunkan mega mall di situ.

kalau boleh didapat perjanjian jual-beli saya pasti ini satu lagi kes beli murah jual berlipat ganda mahal macam kes trx tabung haji lalu. inilah kerja wakil rakyat sekarang

Unknown said...

Dah berleluasa sejak zaman Mahathir.

Siapa angguk dapatla tumpang sekaki.

Siapa lawan atau buat muka jadilsh macam nasib Anwar.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).