Saturday, July 18, 2015

TH: Manipulasi dan Mungkir Janji Peringkat Tinggi


A Kadir Jasin

DALAM kita beraya, ramai saudara-mara, suku-sakat dan kawan-taulan kita sedang bersiap sedia untuk ke Tanah Suci mengerjakan haji.


[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Kalau ikut laman web rasmi Lembaga Urusan Tahun Haji (TH), penerbangan pertama musim haji tahun ini adalah pada 16 Ogos.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1963, TH amat berjasa kepada umat Islam Malaysia. Ia bukan sahaja membolehkan mereka mengerjakan haji dengan lebih selesa malah membantu menjana ekonomi umat Islam melalui penabungan dan pelaburan.

Walaupun berlaku sekali dua penyelewengan dan salah tadbir, TH umunya diuruskan dengan baik sehinggalah terbongkar rahsia penglibatannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mei lalu.

Bakal haji: Amanah mereka di bahu Tabung Haji
Sejak itu nama TH tercemar dan ia terpaksa berdolak-dalik serta berbohong dengan umat Islam dalam percubaannya menghalalkan urus niaga dengan 1MDB itu.

Ambil contoh Pengerusinya, Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (Baling), yang berkata Mei lalu tanah Tun Razak Exchange (TRX) akan dijual dengan keuntungan dan ramai pembeli menunjukkan minat.

Tapi selepas hampir tiga bulan belum ada khabar berita yang ia sudah dijual sebaliknya timbul dolak-dalik yang tanah itu tidak perlu dijual kerana ia berupa pelaburan jangka panjang yang baik.

Masalahnya ini bukan calang-calang arahan dan bukan main-main punya janji. Arahan jual dibuat oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sendiri dan janji untung dibuat oleh Abdul Azeez.

Abdul Azeez (kanan) orang kepercayaan Mohd Najib
Setiap hari berlalu tanah itu tidak dijual, Abdul Azeez “berbohong” kepada khalayak dan ingkar kepada Perdana Menteri.

Hakikatnya, dalam keadaan sekarang dan dengan kontroversi 1MDB yang makin memuncak, tidak banyak pihak yang berani membeli tanah TH itu.

Lagipun mengapa harus beli atas tangan sedangkan masih banyak tanah TRX yang belum dijual.

TH beli tanah seluas 0.63 hektar itu dengan harga RM188.5 juta sebagai sebahagian daripada operasi rahsia untuk menyelamatkan 1MDB yang berhutang RM42 bilion dan ketandusan wang.

Selepas dipersoalkan oleh rakyat jelata yang peduli dan digerudi oleh media atas talian, TH mengaku ia bukan sekadar membeli tanah malah telah memberi “hutang” sebanyak RM920.8 juta 1MDB dengan membeli sukuk Bandar Malaysia.

Sukuk adalah surat hutang syariah dan Bandar Malaysia adalah tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi yang dijual murah kepada 1MDB.
  
TH Mangsa Manipulasi Peringkat Tinggi

Kerajaan menjual tapak TRX kepada 1MDB dengan harga sekitar RM60 sekaki persegi tetapi 1MDB menjual kepada TH pada kadar RM2,774 sekaki persegi – 46 kali ganda.

Jadi semuanya keterdedahan (exposure) TH kepada hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion itu ialah RM1,109.3 juta (diperbetulkan).

TH sebenarnya telah “kena main” dan dianaktirikan. Ia membayar RM2,774 sekaki persegi berbanding RM2,300 yang dibayar oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) di tapak yang sama.

Sentuhan Sang Kelembai 1MDB menyebabkan ramai penyimpan dan bakal penyimpan hilang keyakinan kepada TH.

Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ismee Ismail sendiri mengaku kepada akhbar Berita Harian bahawa ramai penyimpan mengeluarkan simpanan mereka apabila rahsia urus niaga TH-1MDB terbongkar.

Simpanan bulanan merosot kepada RM40 juta dalam bulan Mei berbanding purata RM71 juta bagi empat bulan pertama tahun ini. 1MDB sudah menjadi “toxic” (beracun).
 
Tambah membimbangkan ialah Ismee juga adalah ahli lembaga pengarah 1MDB. Nampak wujud percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan unsur persekongkolan.

Inilah bencana sumpahan Gedembai 1MDB ke atas TH. Badan Islam itu terpaksa berbohong dan bersembunyi-sembunyi dengan para penyimpannya dan dengan seluruh rakyat jelata.

Jadi apa yang ditakuti dan dipertikaikan oleh banyak pihak apabila Abdul Azeez dilantik menjadi Pengerusi TH pada tahun 2013 kini menjadi kenyataan.

Sumbang Mahram Korporat (Corporate Incest)

Ciri-ciri sumbang mahram korporat yang melibat Mohd Najib, Abdul Azeez dan Ismee ini terbukti merosakkan, di samping mempersenda urus tadbir korporat (corporate governance) dan kewibawaan pengurusan entiti-entiti yang terlibat.

Ismee juga ahli lembaga pengarah1MDB
Walaupun kekusutan membabitkan 1MDB dan entiti-entiti lain yang bersekedudukan dengannya boleh dirungkai melalui “corporate restructuring” (penyusunan semula korporat), tetapi nawaitu yang membawa kepada penubuhan 1MDB tidak boleh dilupakan begitu saja.

Apakah niat sebenar Mohd Najib dan para penasihatnya (termasuk Jho Low) menubuhkan 1MDB dengan modal berbayar RM1 juta tetapi berhutang hingga RM42 bilion?

Di manakah amalan urus tadbir mengenai “debt to equity ratio” (nisbah hutang kepada modal)?

Di manakah ciri-ciri kecukupan modal (capital adequacy)?

Jawapannya diberikan oleh Mohd Najib sendiri apabila beliau tidak menafikan akaun AmBank Islamic atas nama beliau yang pernah mengandungi simpanan RM2.63 bilion.

Setiap hari berlalu dan Mohd Najib membisu mengenai akaun itu, semakin ramai orang akan membuat andaian dan percaya wujudnya pertalian antara urus niaga luar biasa 1MDB dan berbilion ringgit wang 1MDB yang tidak dapat disahkan (unaccounted for).

Adalah hak dan budi bicara beliau serta jentera propaganda beliau mencetuskan pelbagai tipu-helah bagi meyakinkan audiens yang tidak tahu apa-apa mengenai ekonomi, perniagaan dan kewangan canggih.

Tetapi rakyat jelata yang celik ekonomi, perniagaan dan kewangan tidak boleh diyakinkan lagi. Mereka boleh membezakan antara kaca dan permata.

Wallahuaklam.


41 comments:

ismail muda said...

Selamat hari raya Pak Kadir, salah silap harap dimaafkan.
Cuma bila PM Najib bercakap hal agama, ramai yg terkedu...bukan apa Pak Kadir, org desperate bole bercakap apa saja utk menarik keyakinan umum... Harap2 Tab Hj tidak ditimpa musibah yg makin besar akibat kedurjanaan & kemungkaran oleh pemimpin!!!...

Trying to hide some more said...

Pengerusi TH cakap bohong. Orang yang cakap bohong ialah seorang penipu. Pengerusi TH seorang penipu

Ridd said...

Datuk
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Rakyat dah tau. Tunggu PRU saja.

Azeez ..... semua tau sapa dia....!

Unknown said...

Salam datuk dan selamat hari raya. Najib a.k.a palawan bugis adalah professional politician. Kita tahu maksudnya.. kaki kelentong professional. Najib menggunakan gst untuk bayar balik hutang 1mdb. Semua rakyat tak halalkan duit yang dikutip untuk tujuan itu. Mari kita tuntuk dari najib dan umno di akhirat kelak. Sebagai rakyat, gunakanlah kuasa. Kita jangan berbelanja sekiranya tidak perlu. Pru nanti pangkah parti lawan.

Bik mama said...

Sepanjang 22 tahun, kerajaan telah menerima kira-kira RM120 bilion daripada Petronas, tetapi kamu boleh lihat ke mana wang itu semua pergi, KLCC, Putrajaya, pembangunan dan semua itu. Sekarang daripada sumber dalaman, saya dapat tahu RM90 bilion daripada RM270 bilion yang diberikan oleh Petronas kepada kerajaan antara 2004 hingga 2009 telah hilang. Secara praktikalnya, semua orang yang telah dipilih sebagai Majlis Tertinggi UMNO pada 2009 menang kerana mereka menggunakan wang. Maka kami boleh mengatakan bahawa ahli jawatankuasa pusat UMNO semuanya terdiri dalam kalangan penerima rasuah. - See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/politik-wang-yang-menghantui-malaysia-1.114634#sthash.Gvb55o6V.dpuf

rahman jpc said...

saya amat senang apabila t s abi musa d lantik sebagai pengerusi luth kerana saya amat kenal sekali perwatakan nya semasa kami bersekolah d Mahmud School, Raub pd pertengahan tahun '60han dulu. selain mendapat didikan bapa nya yang merupakan pegawai agama yang d hormati d Raub Pahang beliau juga adalah bekas pagawai tinggi ptd.

saya amat terkejut apabila beliau d ganti dgn dato azeez yang dengar kata ada lah seorang ahli peniagaan yang 'dynamic' dan 'amat berjaya'. jika maklumat yang saya terima ini benar, maka beliau lebih sesuai utk memberi khidmat dalam misal nya 1MDB.

'credibility' luth wajib d kekalkan dengan meletakan personality yang kurang 'controversial' dan bolih d terima olih masyarakat terbanyak.

jika 1MDB kurang sesuai, mungkin blogger husin lempoyang bolih menjemput dato azeez utk membinbing nya berniaga unta . ( jangan marah ya ! - bergurau saja )

jumbeaux said...

Salam Aidilfitri Datuk

Kelihatan jelas ada usaha untuk mengubah isu 1MDB kepada isu Justo dan penjualan serta pembohongan data Petrosaudi. Bila mereka menang di dalam isu Justo ini nanti, mereka akan katakan pada rakyat yang ini membuktikan 1MDB tidak bermasalah dan personaliti2 berkaitan bersih dari kesalahan.

Rakyat Malaysia seharusnya tidak terpengaruh dengan strategi licik ini. Faktanya, 1MDB adalah syarikat yang bermasalah kerana menanggung bebanan hutang yang terlalu banyak. Oleh itu mereka yang berkaitan dengan pengurusan 1MDB harus bertanggung jawab dan sepatutnya disiasat sepenuh nya.

awang batu burok said...

Salam Eidul Fitri Dato,

Nampak gayanya kes TH & 1MDB ni betul betul dah menyamai kisah penyamum dalam filem Nujum Pak Belalang...
Dailog yang sangat popular:
Satu untuk kau, satu untuk aku,
Dua untuk kau, dua untuk aku,
Begitulah seterusnya.....

Hai malangnya nasib rakyat Malaysia.

Lahuma said...

Dato.

Selamat Adilfitri .Maaf Zahir batin.
Pemimpin Umno ini memang betul hari hari cakap hendak tolong dan bantu Melayu.
Mereka berniaga atas jawatan mereka sambil menyelam minum air.
Kita pun tahu apa yang mereka dapat bila ada urusniaga duit simpanan rakyat iaiitu komisyen yang lumayan..
Bila balik kawasan Parlimen mengaku ini adalah wang sendiri.
Pemimpin Melayu sudah jadi Robin Hood.
Orang kampung dan penerima Brim apa tahu.
Mereka inilah kena jual.
Kerajaan hari ini sebenarnya lebih senang isu kemiskinan ini dijadi simpanan stok pengaruh mereka.

Benar sekali sekarang ini orang Islam telah mula hilang keyakinan pada TH kerana pengurusannya yang sudah melelong sana sini kerana hambatan komisyen.


Terima kasih Dato.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

1. Terima kasih Dakj yg tak jemu2 mengingatkan kpd kita tentang kedurjanaan Sang Kelembai nombor satu dan kroninya sehinggakan duit umat Melayu dalam TH pun mereka dah ngap macam orang kebulur.

2. Berbekalkan media arus perdana yg ketua pengarang mereka boleh dan sudi di perlembu mereka bersungguh sungguh berbohong dan terus berbohong demi mempertahankan kuasa di dunia.

Ironinya ramai jugak Melayu yg sekolah tinggi hingga ada Phd, bukan setakat percaya malah sanggup mempertahan pembohongan SK dengan hujah2 yg sama sekali tak logik.

3. Orang2 ini demi mengejar habuan dunia hingga lupa bahawa di akhirat nanti mulut mereka yg loyar buruk waktu di dunia akan Allah tutup . Kalau di dunia mereka boleh buat macam2 video menfitnah pembangkang atau video mempromosi pemimpin zalim, demi menipu rakyat , diakhirat nanti Allah akan tunjukkan pula video perbuatan jahat mereka sendiri.

4. Pembohongan yg kita sebagai rakyat tahu tak banyak mana berbanding dgn entah berapa ribu pembohongan2 yg mereka lakukan setiap hari. Baik di peringkat kampung, daerah, negeri hingga persekutuan.

Kalau mereka memang jujur, ikhlas dan mendahulukan rakyat maka tiadalah berlaku pelbagai salah guna kuasa yg sangat memalu dan memiskinkan rakyat dgn jumlah beribu billion rgt. Bukan setakat ratusan billion rgt.

5. Sebagai rakyat saya tak fikir kezaliman dan pembohongan era Najib tiada kaitan dgn prestasi buruk Mahathir/ Pak Lah dan geng mereka.

Sebagai contoh. Tak mungkin Dollah dengan bantuan pasukan polis dan inteligence tak tahu ada seorang tu memang kaki betina hingga terpalit dgn artis dan Altantuya.

Boleh tak saya simpulkan Dollah jugak sekongkol bila Dollah bersetuju beri ruang pd org bangsat terajui negara.

Kisah keterlibatan Mahathir tak perlu saya sebut kerana sekarang beliau dah pun menyesal.

Saya nak tunggu penyesalan dan permohonan maaf seseorang yg dah berumur 90 tahun terhadap musuh politik bernama Anwar.

Kesimpulan: Orang Melayu ramai yg bodoh dan lemah gara2 miskin bawah lindungan UMNO.

Kita semua termasuk Dakj tak boleh putus asa dengan bangsa kita. Nak harap geng songkok tinggi ubah bangsa kita kepada yg lebih baik? Jauh panggang dari api.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Terima kasih dan syabas sdr Jumbeaux.

Sang Kelembai mahu agar perhatian kita rakyat di alihkan segera.

Hilang cerita rugi akibat salah guna wang rakyat dalam IMDB timbul pulak cerita bgnmana Sarawak Report, majalah the Edge dan pembangkang konon jadi pembohong dan tukang fitnah demi memburuk2kan imej Najib dan kerajaan.

Penasihat Najib dibayar berbillion rgt guna duit rakyat bukan untuk lepak2 atau buang masa.

Mematah hujah benar agar menjadi tak benar adalah kerja mereka.

Menjaja kebaikan Najib walaupun beliau tak baik adalah tugas penasihat.

Agaknya menasihat bos agar Anwar dipenjara beberapa hari sebelum tembelang IMDB terbongkar dan GST di laksana jugak adalah sebahgian drpd jasa besar penasihat.

Tapi yg terpenting buat kata Dakj, bukan semua org boleh ditipu oleh SK dan penasihat.

joe black said...

Dato,

Nampaknya "Janji Yang Akan Ditepati" olih DS Najib adalah janjinya bahawa jika ia ditakdir kecundang dalam peperangannya terhadap musuh (rakyat?), dia sanggup melihat kapalnya tenggelam bersama (dengar tu Ahli UMNO). Buat masa ini nampaknya semua yang berada dalam kapal sukarela tenggelam bersamanya.

Rakyat mungkin tidak kisah jika kapal yang bernakhoda pahlawan bugis tenggelam, asalkan jangan pula Malaysia tenggelam sama.

Sapertimana ulasan dari pemerhati luar negeri...

"What's clear is that Najib now lacks credibility and moral authority. Perhaps the unfolding scandals are the inevitable "end point of the failure of democracy" and of the increasingly desperate attempts to prop up the increasingly frail ruling party".

Jalan menjunam kelautdalam mungkin akan memakan sedikit masa sahaja, tetapi beringatlah, bahawa apabila berada didasar laut nanti, kerja kerja menyelamat mungkin akan memakan masa beberapa dekad sampai keanak cucu (lihat apa yang terjadi pada Filipina selepas angkara keborosan Presiden Marcos dan Isteri).

Kawanlama said...


Rujuk kepada ulasan Datuk di atas 'Walaupun berlaku sekali dua penyelewengan dan salah tadbir, TH umumnya diuruskan...'

Boleh ke Datuk jelaskan dengan lebih lanjut tentang jumlah, butiran dan tarikh berlakunya 'sekali dua penyelewengan dan salah tadbir' itu?

Hanya sekadar hendak tahu siapa dia bertanggungjawab dan jumlah yang TH 'kena main' sebelum ini dan kita buat perbandingan kedudukan moral para pengurus TH dan pemimpin negara ketika itu.

NordinabilaH said...

Semoga pemimpin yg tipu rakyat di th n pemimpin negara di laknati allah amin

A KADIR JASIN said...

1. Pada tahun 2002, Utusan Malaysia mendakwa TH rugi lebih RM 500 juta dalam pelaburan mata wang.

2. Menteri agama waktu itu, Hamid Zainal Abidin, kata bukan RM500 juta tapi RM200 juta. Daripada jumlah itu, RM120 juta diperolehi semula.

3. Abdul Hamid said in a statement that the forex investment was done through a company licensed by the Securities Commission.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Tabung Haji DIJAMIN kerajaan.
Dalam jangkamasa dekat hanya pulangan kepada pelabur dan pendeposit yang mungkin terjejas. Maka impaknya harus terasa kerajaan BN - Apakah pula akibat dari buruk prestasi TH sekejap dipeduli Presiden Najib?

Di Brazil kini berlaku krisis kepimpinan terjebak dengan rasuah Petrobas. Apakah kesudahannya nanti?

Dalam banyak hal pekara membenteras jenyah dan melaksanakan keadilan banyak bergantung kepada pihak penyiasat, pendakwa dan makhkamah untuk menjayakan usaha tegah mungkar. Tak begitu. The Scribe.

Persoalanya senang bagiyang berilmu yakni orang Melayu dan Raja Saudi mahukan Dunia sahaja atau Dunia dan Akhirat?

Tabik hormat kepada The Scribe, Che Det dan jemaah beliau. UMNO jangan pecah sesudah retak harap Muhyiddin ingatkan Dr Mahathir.

Salam takzim.

Kawanlama said...

Terima kasih atas penjelasan Datuk di atas.

Mungkin boleh Datuk ulas isu-isu kontraversi berkaitan urusan tanah yang TH terlibat sebelum ini:-

Dalam tahun 1998, TH dilaporkan telah bayar lebih dua keping tanah dan bangunan di Kuala Lumpur.

(1) TH Perdana dibeli dari Maju Holdings Sdn Bhd (unprofitable company as reported by WallStreetJournal) dengan harga RM117.08 juta lebih dari 'harga pasaran' dan (2) Selborn yang dibangunkan oleh Swasta Setia Holdings Sdn Bhd dengan harga lebih RM51.38 juta dari 'harga sebenar'

TH telah bayar RM436.38 juta bagi kedua-dua tanah tesebut.

Perkara ini ada dilaporkan dalam Laporan Auditor-General.

Juga minta Datuk jelaskan sama ada TH ini adalah di bawah pemantawan dan pemerhatian pihak-pihak penguatkuasa kewangan kerajaan?

Kawanlama said...

....terima kasih.

vasantha said...

Dear dato,
There is definitely a political vacuum in the country. I cringe in shame when i read of the antics of our politicians. They just have no shame. A recent statement by an Indian politician was so patronizing and pathetic. They have no qualms about insulting the intelligence of the listeners. I think they have become too big for their own good.God is a non-entity in their lives. It is important that our future leaders be spiritually inspired. Doing God's work is the best "amalan" possible. We must do what is right by God even lf it would not be the popular thing.

melayubodoh said...

Melayu tipu melayu..
so no riot at TH?
why?

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Kawan Lama sebenarnya nak beri tahu bahawa pd zaman TDM pun TH pernah kena main dgn kroni Mahathir.

Oleh yg demikian bila TH kena ngap pd zaman Najib, no big deal la.

Kenapa pulak dulu Dakj diam je.

Ajim said...

Kamu boleh tulis APA saja,tyalah org Pahang,kami tetap sokong orang pekan

ismail muda said...

Datuk, jgn lupa pelaburan perladangan Tab Hj di Mindanao & Indonesia. Jugak pelaburan JV Tab Hj & Felda (FGV) di Indonesia di bwah sykt Trourich di mane felda ketika itu ( sebelum FGV) menaja modal rm200 juta... Sudah untung kah pelaburan besar ini? Idea siapa JV ini...??

Josefharrys said...

Masaalahnya tabung haji dan byk lagi GLC dan GIC di Malaysia ini dimana board of director dan pengerusinya terdiri dari ahli2 parlimen dan bekas ahli parlimen dan mereka2 ini kebanyakannya tidak terlatih dlm dunia koporat sebagai contoh pengerusi TH ini pun kelulusannya masih diragui dan pengerusi Felda pun pernah digantung keahliannya dan ramai lagi yg mungkin ada sekadar dudok dlm BOD dan tak tahu akan daily affairs yg berlaku keatas syarikat2 yg mereka dudok sbg lembaga pengarah hanya dtg utk annual mtg mungkin setahun dua kali dan tak secara langsung dari segi corporate governance mmg tak ada dan yg amat menyedihkan dan memalukan org2 ini mmg tidak layak utk dudok dlm lembaga pengarah sdgkan diluar sana terdapat ramai gulongan professional yg terdiri dari anak2 melayu yg boleh menerajui syarikat2 swasta dan perbankan yg telah berjaya boleh diberi peluang utk menerajui GLC/GIC dgn gaji yg sepadan dgn pihak swasta dan yg utama gulongan2 ini tidak dipolitikkan.

aku said...

Kadiag, salaam. Isu yg hang bukak kali ni sangat menyayat hati. Duit amanah ummat nak tunai satu teraih 'ibadat depa sapu semacam. Bukan saja duit beli tanah, tapi dengan bohong kering selepaih tu, depa hina lagi rakyat. Belom lagi keh 'sukuk' yg depa dah awai2 hulok.
Tapi aku percaya, dan aku rasa orang lain pon ramai percaya yg isu tabung haji ni satu juzuk kecik, satu kelumit kecik, satu 'symptom' atau tanda atau 'evident' yg tunjuk pada satu penyakit yg lebih parah atau 'critical' dan telah lama mengeram atau 'chronic' dlm 'body politic' atau jasad politik Malaya. Kesan dia dah sebag luaih dan merosak banyak bagian masyarakat dan gomen. Aku ingat lagi hang pakai perkataan 'systemic', betoi dak Kadiag...?
Lagi satu, aku nak terima kasih kak hang pasai pakai istilah 'sumbang mahram' korporat atau 'corporate incest', satu gejala yg sangat2 menjolok mata tapi depa buat2 buta....di mana kuasa dan kekayaan hanya berlegak di kalangan orang2 tertentu saja....
Aku juga nak do'a semoga Allah S.W.T. terima usaha kita yg sikit ni sebagai amar ma'ruf dan nahi mungkar. Dan tak takut cercaan orang yg dok cerca....Amin.

yasser affendy said...

SARAWAK REPORT dah kena block. Harap dpt perhatian

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Rupa2nya di Terengganu pun tak kurang hebat Sang Kelembainya.

Tentulah gara2 nak tolong kroni yg jelas termasuk ketua2 bahgian UMNO Terengganu maka rm1.8b duit rakyat Terengganu dah terpendam dalam LPT2. Bukan kah kerja buat lebuhraya LPT2 menjadi tugas dan tjawab syarikat yg dianugerah konsessi?

Inilah contoh org tak bertanggung jawap, Melayu makan Melayu , belanja duit rakyat macam wang sendiri demi mengkayakan ketua2 UMNO Terengganu yg diberi hak sebagai kontrektor Ali Baba . Atau paling tidak mereka menerima habuan kickbacks.

Ketua2 UMNO jangan lupa. Wang minyak yg Terengganu dpt setiap tahun tu sepatutnyq dilabur dalam projek berdaya maju yg boleh menghasil pendapatan mantap dan berterusan sebagai persediaan jika telaga minyak dan gas Terengganu kehabisan stok.

Jika mereka gagal berbuat berbuat demikian maka mereka juga boleh di kategori sebagai pembohong,penipu malah pengkhianat bangsa Melayu Terengganu.

Sayangnya pemimpin UMNO Terengganu lebih leka dengan projek membazir wang spt Monsoon Cup dan projek gajah putih yg tidak menjanjikan pulangan jangka panjang pd rakyat Terengganu.

Mereka jangan lupa. Perangai atau tabiat kerajaan negeri UBN meminta bantuan kewangan drpd kerajaan pusat hampir setiap tahun demi menampung defisit bajet dah hampir berlalu. Gara2 kerajaan pusat bawah Najib pun tengah sesak teruk.

Kenapa mereka tak mahu belajar drpd kerajaan Kelantan, Penang dan Selangor yg tak lagi bergantung melalui hubungan istimewa dgn kerajaan pusat bapak tiri mereka . Malah Selangir dalam masa 7 tahun diperintah PR berjaya mengumpul rezab negeri melebihi rm3b. Ketua2 UMNO Terengganu mana nak letak muka?

A KADIR JASIN said...

1. Ada pembahas berselisih faham menganai Rizab Tukaran Asing (RTA) (foreign exchange reserves) Bank Negara.

2.Kalau kita baca hanya media bahasa Melayu, maaf cakaplah, kita kurang dapat maklumat mengenai “high finance”. Kena baca media bahasa Inggeris.

3.Bagi bulan lalu (Jun) RTA Bank Negara JATUH AS$900 juta kepada AS$105.5 bilion berbanding pertambahan AS$600 juta dan AS$700 juta pada bulan May and April. Ini adalah perangkaan yang dikeluarkan oleh Bank Negara sendiri.

4. Kemerosotan ini, pada jangkaan saya adalah kerana Bank Negara menjual dolar untuk membeli dan seterusnya menyokong nilai ringgit yang merudum. Pelabur asing dan tempatan turut menjual ringgit untuk mencari perlindungan daripada dolar dan mata wang asing lain yang lebih kukuh.

5. Ini terbukti apabila jumlah RTA dalam kiraan ringgit meningkat sebanyak RM3.9 bilion pada bulan Jun kepada RM398.1 bilion.

6. “Pertambahan itu sebahagiannya berpunca daripada kelemahan ringgit setelah mengambil kira pelarasan suku tahun penilaian semula kadar tukaran asing,” kata ahli ekonomi RHB Research, Peck Boon Soon dan Vincent Loo Yeing Hong.

7. Realitinya, defisit keyakinan dan kepercayaan terhadap pengurusan politik dan ekonomi negara menyebabkan pengaliran keluar wang dan secara langsung kemerosotan kadar tukaran ringgit.

Wallahuaklam. Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

1. Perbuatan Suruhanjaya Komunikasi dan multi-media (MCMC) menyekat (block) Sarawak Report (SR) ada satu lagi contoh keterdesakan (desperation) kerajaan Mohd Najib Abdul Razak.

2. Di pihak yang lain pula, selagi beliau kekal PM, beliau berkuasa menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di bumi Malaysia ini. The power of a weak leader is wider than the power of all the rakyat combined - kecuali pada PRU.

3. Alasan penyekatan ialah SR guna dokumen yang dipinda. Soalnya, dipinda atau tidak, realitinya 1MDB wujud, hutang RM42 bilion 1MDB wujud, Jho Low wujud dan akaun RM2.63 bilion Mohd Najib di AmBank Islamic belum dinafikan sampai hari ini!

4. Saya cuba dan sekatan ke atas SR boleh dipecahkan dengan menaip http://unblocksit.es/ar/2/unblock/sarawakreport.org/ dan tekan enter.

5. Saya kecewa dengan Shabery Chik. Had always thought he is clever than that. Tapi dia pun kena tunduk kepada bos dia.

Wallahuaklam. Terima kasih.

ismail muda said...

Sarawak Report & lain2...ternampak sangat tumpuan tugas & tanggongjawab para Mentri di bawah kelolaan Najib hanya lah semata2 utk mempertahankan jawatan PM yg sedang gah disandang Najib. Sehinggakan ia menjadi kewajipan seorg Menteri mesti mencari idea pertahankan bosnya walau apa pun instrumen & kaedah yg digunakan. Sayang gaji, elaun, kemudahan & faedah2 menyara & menggaji tiap2 Menteri telah byak digunakan utk tujuan lain...bukan tertumpu pada kebajikan rakyat jelata. Sedihnya Malaysia, pemimpinnya makin kaku, lesu & tidak berkuku....

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Angka USD 105B yg Dakj sebut untuk rezab antara bangsa BNM 30/6/2015 memang dah tak silap.

Masaalahnya ialah pd 31/12/2014 jumlahnya USD116B.

Dan pd 31/12/2013 lebih tinggi lagi ---USD135B.

Soalnya apa dah terjadi?

Sejak setahun setengah yg lalu rezab asing BNM dah susut USD 30B atau dah lebih RM100B.

Kejatuhan teruk ini tentulah ada sebabnya.

Persepsi buruk pasaran terhadap perangai buruk Najib dan pentadbiran beliau tentulah menjadi penyebabnya.

Kalau tidak , sekarang ni tentulah rezab kita mungkin dah jadi USD150B. Bukannya USD105B.

Dalam senario Najib dah kelihatan jauh lebih tua berbanding umurnya saya rasa Najib dan kerajaan sangat susah hati melihat ekonomi negara yg semakn merudum sebagaimana dibuktikan oleh kejatuhan jumlah rezab asing BNM.

Kalau Najib sayangkan rakyat termasuk ahli UMNO, beliau mesti turun tahta sekarang jugak agar dapat membantu mengembalikan kepercayaan pelabur asing, mengkukuhkan ringgit dan menambah jumlah rezab asing BNM dengan segera.

Yang sabotaj negara adalah prestasi Najib yg buruk.

Jangan pulak nak persalahkan TDM, ANWAR atau pengkritik.

Editor MAP , pembodek2 dan blogger curi makan juga menyumbang kpd kerosakan negara.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Kerajaan dah mengaku sekat rakyat drpd membaca laman Sarawak Report.

Tak sangka begitu bodoh rejim Najib hingga menunjukkan yg mrreka sedang panik.

Alasan national security biar betul.

Yg lebih tepat adalah Najib security.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Adakah sekatan ke atas Sarawak Report suatu permulaan?

Lepas ni adakah WSJ?

Atau che det. Atau the scribe?

Biasanya begitulah perangai org bersalah.

Selepas kalah berhujah maka mereka pun salah guna kuasa spt guna polis, hakim dll untuk tindas rakyat.

Unknown said...

Datuk, rosmah dan najib dah kecut dengan kebangkitan rakyat....

Din Klang said...

omar aka din melaka... sodara tak payah la nak tambah tambah jadi batu api.. yg baca entry Dato Kadir semua tau membuat research sendiri dan buat penilaian.
setakat bagi komen batu api macam mat sabu, lebih baik hang pi tolong Tok Noja bersih masjid, dapat jugak pahala

Kawanlama said...

Sdra Umar yang bijaksana, jika hendak buat perbandingan itu janganlah kerat sesuatu jangkamasa itu ikut selera sendiri.

Buat lah perbandingan baki RTA negara sejak 10 tahun lalu dan buat lah rumusan sama ada sudah berlaku malapetaka ekonomi dihadapi negara ini sebagaimana yang sdra gambarkan....too exaggerating. Lebih kuah dari sudu nanti tumpah ye. atau hendak jadi nasi tambah kot.

Biarlah pakar2 di kementerian dan bank negara selesaikan masalah pertukaran kadar matawang asing negara ye. Mereka terbukti telah berjaya selama ini walaupun orang politik dan bogger mcm PakSauk cuba menidakkan.

Wallahuaklam

hidup melayu said...

Heh heh.

Tak payah baca posting dia pun tak rugi apa2....sy bakul sampahkan sahaja.

Bukan ada apa isi pun....melalok dan meracau sahaja.

Umar Abdul Aziz said...

Apa punya bongok punya komen.

Kadar pertukaran ringgit dah merudum macam 16 tahun lalu pun KAWAN LAMA masih kata kerajaan pujaan KL tahulah gimana nak uruskan?

Akan datang KL akan kata bagi setiap ringgit wang rakyat yg kena rompak oleh bos2 KL...."tahulah mereka bagaimana nak pulangkan. Mereka tak curi tapi pinjam kejap je".

Hina betul kamu ni KL.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Saya malu betulla mempunyai PM bugis yg rupa2nya penakut.

Selepas berkokok kesana kemari, nak saman sana sini. Akhirnya cuma mampu menyorok bawah ketiak Shabery Chik untuk sekat rakyat drpd baca Sarawak Report.

Agaknya Najib hanya percaya pd kebebasan mahkamah Msia.

Mahkamah England dan AS tak sebebas mahkamah Msia sebab pihak asing sekongkol dgn TDM dan mungkin Anwar untuk menjatuhkan ekonomi Msia.

Kawanlama said...

Terima kasih atas pandangan sdra2.

Mulai hari ini saya tidak perlu layan beliau kerana beliau ini 'hampas' nampaknya dan yang beliau mahir hanya menghina dan isinya macam tin kosong,

Sorry ye Umar.

Umar Abdul Aziz said...

Saya akan tetap melayan Kawan Lama atau sesiapa mengikut keperluan.

Pilihan adalah terletak ditangan KL sendiri.

Kalau standar cop ayam cari atau curi makan rasanya tak boleh terlepas.

Tak perlulah guna akaun atau nama org lain guna cari sokongan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).