Saturday, August 08, 2015

Ikan Belida, Hitler dan Para Pemimpin Hujung Usia


A Kadir Jasin

DARI cerita ikan Belida yang boleh dipancing kalau kita tahu kaedahnya kepada saat-saat terakhir Hitler, sejarah tidak putus-putus mengajar kita teladan dan sempadan.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Jadi izinkan saya bercerita mengenai saat-saat terakhir Adolf Hitler moga-moga kita mendapat pengajaran daripadanya.

Pada jam 12.10 tengah malam 29 April 1945, ketika di ambang kekalahan, Hitler melantik Robert Ritter von Greim sebagai Panglima Tentera Udara Jerman – Luftwaffe.

Luftwaffe adalah unit terakhir tentera Nazi Jerman yang masih beroperasi. Unit-unit lain sudah dikalahkan oleh Tentera Bersekutu yang sedang mara memasuki Berlin.

Von Greim cedera teruk apabila kapal terbang yang membawanya ke Berlin dibedil tentera Rusia.

Daripada bilik kebal bawah tanah di tengah-tengah kota Berlin, Hilter mengarahkan setiausahanya, Traudl Junge, menulis wasiat yang antara lain dia menyalahkan kekalahan Nazi kepada “pembohongan, rasuah dan pengkhianatan”.

Persembunyian Hitler:Tembok konkrit tidak boleh menyelamatkan
Kemudian beliau membuat beberapa pelantikan baru, antaranya Von Greim, setelah memecat ketua-ketua tentera dan anggota pemerintahannya.


Wanita Merosakkan Kata Hitler

Pada jam 1.30 pagi Hitler menikahi kekasihnya Eva Braun, walaupun dia pernah bersumpah tidak akan berkahwin kerana katanya, wanita mempunyai pengaruh yang merosakkan ke atas lelaki ternama. (Women have a destructive influence on great men.) Hitler dan Braun sudah berkenalan selama 14 tahun.

Hitler dan Eva Braun: Wanita merosakkan, katanya
Pada saat itu, bukan sahaja gandum sudah menjadi bubur bagi Hilter tetapi bubur sudah tertumpah ke pasir dan tidak boleh dimakan lagi.

Kira-kira jam 4.15 pagi, Joseph Goebbels, Ketua Komunikasi Strategik Hitler, teresak-esak memberitahu Junge yang Hitler dan Braun telah membunuh diri dan dia diarahkan mengambil alih pemerintahan sebagai Reich Chancellor - Perdana Menteri.

Sehebat mana pun propaganda Goebbels dan taat setianya kepada Mein Fuhrer (Ketuaku), masa tidak lagi di sebelah beliau. Pelantikan sebagai Perdana Menteri tidak bermakna lagi. Parti Nazi sudah mati dan Jerman dalam acuan Hitler sudah ranap menyembah bumi.

Pada 1 Mei, Goebbels menghantar Jeneral Hans Krebs untuk menyerah kalah kepada jeneral Rusia, Vasily Chuikov.

Kemudian Goebbels membunuh diri bersama isteri dan anak-anaknya.

Von Greim menjadi panglima Luftwaffe yang tidak ada flugzeug (kapal terbang) kerana habis musnah dibom Tentera Bersekutu.



Pada 9 Mei, dia ditawan oleh tentera Amerika dan dua minggu kemudian membunuh diri dengan menelan racun sianida (cyanide) apabila mengetahui yang dia akan diserahkan kepada pihak berkuasa Rusia.

Moral cacatan sejarah ini adalah sekuat dan sehebat mana pun seseorang pemimpin, dia akan jatuh juga apabila kuasa dan kekuatan mula memakan diri dan dia lupa bahawa ada kuasa yang lebih hebat daripada kuasanya, iaitu kuasa takdir dan kuasa orang tertindas yang berjuang penuh keazaman berlandaskan kebenaran.

Lest We Forget

Khairy: Menanam tebu di tepi bibir mengenai rasuah
"I can tell you there is political will to let [the corruption commission] to investigate as much as possible - without fear or favour - and for the Attorney General to prosecute should there be sufficient evidence." - Aljazeera.

Wallauaklam.

43 comments:

Seri Nara al-Diraja said...

Najib pun kena belajar sejarah Hitler..

msh said...

Betul Dato....sejarah pun bercerita perihal kejatuhan Ketua2 serupa dia.

Dgn Kuasa Allah...dari doa2 berjuta rakyat dan org2 yg dia anayai dia serta sikap takabur dan pembohongan demi pembohongan.....dia akan tersungkur juga.


hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,



Dato bolih tulis mengenai apa saja kecuali tentang PM dan kabinetnya sekarang.


Sudah sampai tahap paling menyampah dan membosankan saya sekarang ialah sebarang tajuk mengenai PM dan kabinetnya.


Dihujung minngu ini, eloklah semua pembahas cuba tanya semua orang yang kita jumpa,dan nyatakan berapa orang puji PM atau kabinetnya.


Saya tunggu giliran gabenor bank negara atau kakitangannya menjadi `target' seterusnya,dan JPA dan SPA pun bolih jadi objektif `serangan' seterusnya.


SPR bolih senyum sekejap sebelum di seret sekali didalam `expose' ini.



Abu Bakar Ab Rahman


hasnul rahman said...

Assalammualaikum wmt,
Melihatkan Dato' menyelitkan gambar KJ dlm entri ini, terfikir saya apakah Dato' bermaksud menentu Pak Lah itu sedang tersepit antara persepsi umum rakyat dgn pembohongan puak Najib?

Caption yg bermaksud 'menanam tebu dibibir' itu memungkinkan KJ sedang lemas tersepit antara dua gajah yg sedang berjuang?
Lompat kiri salah, lompat kanan tak selesa.
Salah silap sendiri pernah ada ketika Pak Mertua berkuasa. Serupa tapi tak sama. Rakyat masih ingat dan kebarangkalian untuk dikaitkan sama dlm 'berserita' ada.

Apakah ada kemungkinan segala ini Allah swt takdirkan sebagai 'pembersih' kepada salahlaku pihak berkuasa yg dulu, kini dan selamanya?
Adakah semua ini sebagai 'talkin untuk UMNO'?
Minta dijauhkan Allah dari keadaan sebegitu
Wallahhu'alam.

matpenang said...

Bukan setakat tanam tebu, bolot habis kilang2 gula ketika zaman tok tua...

mananbuyong said...

Kalau kita insinuate orang menipu, mencuri, rasuah dan sebagainya..bila ternyata tuduhan kita tak benar..the least we do is to admit we are wrong.

Fendi Ahmad said...

Belum terlambat untuk kaki kaki bodek yang sokong kerana kuasa untuk "berpaling tadah" demi kebaikan negara daripada sama-sama tersungkur dan jadi watak-watak yang dihina sejarah

5sal said...

betoi tu dato' lambat atau cepat hanya ALLAH swt yg lebih Mengetahui,saya tengok mukthakir ni ramai sangat 'tangan dan kaki'(pengampu,pembela,bodek,cucuk dan sewaktu dgnnya) terlebih cakap dari 'badan'(najib).Contoh teman wanita hitler dinikahinya.hukum kebenaran tetap berjalan!bila bercakap utk mempertahan prinsip kebenaran dianggap 'jenayah' dan segera 'dipancung' (dipindahkan kononnya kerana melanggar displin).uniknya malaysia.baling batu sembunyi tangan. sikit masa lg apa2 objek boleh dijadikan 'kambing hitam' waima kuman sekali pun.

Unknown said...

Betul tu datuk. Selepas kerajaan baru ambil alih pru14 nanti, ketua2 di putrajaya, menteri2 pegawai2 tinggi yang bertindak seperti gestapo akan dapati mereka dicari pula oleh pihak berkuasa yang baru. tak lama lagi datuk

Unknown said...

Yup datuk..pru14 tak lama lagi dan kerajaan baru akan ambil alih.

Donplaypuks® said...

Here's a parody video on the $2.1 billion "donation" and 1GDB $46 billion financial fiasco which might help lighten the mood during these dark times:

HITLER ON 1GDB $46 BILLION FIASCO & $2.1 BILLION "DONATION"!!

http://donplaypuks.blogspot.com/2015/08/hitler-on-1gdb-46-billion-fiasco-21.html

Laughter, the best medicine against tyrants and dictators!

nothing to hide said...

najib sombong. tak akan terima nasihat. tun dan daim dia tempis tepi. najib ingat dia pandai. bodoh sombong tak akan tahan lama. pm yang memalukan negara agama bangsa dan mak bapa. ingat pandai rupanya bangang

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Adolf Hitler adalah satu contoh apabila terlampau banyak kuasa diberikan kepada seorang ketua.

Pada tahun 1944, ramai General dan anggota tentera ditangkap kerana "Konspirasi untuk jatuhkan Adolf Hitler".

Masa itu, hukuman bukan hanya setakat menukar jabatan.

Antaranya adalah wira perang German, Erwin Rommel yang disuruh makan racun.

Joseph Goebels adalah ketua dalam kementerian propaganda.(Minister of Propaganda).

Zaman ketika itu, media massa perdana adalah hanya setakat suratkhabar, radio dan televisyen.

Zaman sekarang ini, sudah ada internet dan social media seperti facebook, twitter dan lain. Kerja untuk membuat propaganda bukan lagi senang.

Pengajaran daripada sejarah hitler adalah pemimpin janganlah buat perkara yang melampaui batas.

Sepandai-pandai Hitler pun dan Generalnya , masih juga buat kesilapan. Antaranya ialah menyerang Rusia pada musim sejuk. Kesilapan sama yang dilakukan Napolean.

Penanya said...

Kenapa orang yang ada wang berbilion dalam akaun peribadi dia tak masuk senarai 10 orang terkaya di Malaysia?

Penanya said...

"First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win." - Mahatma Gandhi

yana said...

Salam Datuk AKJ,

Saya dan keluarga antara yang mendoakan tumbangnya pemimpin durjana yang makan wang rakyat ini. Kaya raya atas penderitaan orang banyak. Dia dan semua kroni semua jurucakap macai boleh bungkus lepas ni. Keluarga saya antara yang menjadi mangsa apabila hilang sumber pendapatan akibat percaturan politik bawah teraju DSN dan agensi PMO. Keluarga orang amat terjejas. Tetapi perut pengarah agensi berkenaan (macai) dan majikan beliau semakin buncit dan boroi. Keluarga orang banyak yang sudah banyak berkorban untuk negara dia peduli apa asal perut dia dan anak bini dia penuh. Untuk mereka ni doa daripada orang-orang yang dizalimi.

Terima kasih Datuk AKJ kerana mendengar luahan hati rakyat yang ditindas oleh Hitler berbangsa melayu ini.

maae said...

Zaman Najib zaman beliau merelakan semua nya. Konon berlaku adil dan moderat. Maka beliau sendiri ilhamkan pertubuhan bersifat liberal dan sekular. Beliau baurkan dengan wassatiyah Islam. Kebathilan sosial ciptaan manusia berbaur kebenaran berpaksikan Kebenaran Yang Satu. Boleh secara tabiee berlaku sedemikian ? Maka Allah itu sudah peringatkan !

Zaman Hitler zaman ganas dan zalim. Zaman mencari Kuasa Mutlak untuk takluk dan mencatur Dunia.

Maka bom nuklear di Hiroshima menyatakan siapa paling berkuasa, membenamkan nilai-nilai kemanusian selaras keinginan Dajjal. Berlaku lah juga zaman penjajahan - British, Perancis, Belanda, Monggol dan Jepun setelah kegemilangan Islam.

Zaman British penjajahan psikologi, persepsi minda, pecah-belah dan perintah. Komuniti besar di cincang kecil. Sehingga kini di guna pakai masih efektif dengan sedikit kelantangan di sebalik undang-undang yang di dukung erat secara kesalahan dan kelemahan teknikal.

Maka PM Najib itu masih teruja dengan minda berkiblatkan barat dan melupakan sejarah penjajahan. Dalam "acuan" apa, ia masih tidak jelas, sehingga isu 1MDB menjadi petualang kepada gaya pentadbiran yang tidak sekata. Konon transformasi dan 1Malaysia. Mahfum nya ternyata kepada pemberontakan minda-minda yang beliau cipta. Satu libasan tanggung untuk pesaing politik beliau sendiri ! Salah atau benar, bukan sebenar nya di cari. Hakikat nya ingin merebut kuasa politik dengan sentimen pengaruh negatif yang ada.

2.6 b masuk akaun peribadi, atas nama derma dana politik, memang tiada salah di segi perundangan. Cuma jika lah ia satu rasuah ! Begitu juga di pihak pembangkang yang sentiasa kelabu dan di tutup ketat nama-nama para penderma mereka, juga mencecah jumlah berbilion jika di campur tolak konon mencari bahagia !

Jika Datuk kiaskan belida, mudah di pancing jika tahu cara nya, maka senario politik Malaysia ini juga boleh di kiaskan umpama pencari ketam gergasi di lautan dalam bergelora dan ganas di musim nya !

Jika kapten yakni penyewa atau pemilik kapal nya bijak dan berpengalaman maka untung besar berlipat ganda bakal di raih dengan kebijaksanan ciptaan sendiri, lantas lupa tanpa kredit nya pada Yang Esa !

Benarkah kita ?

Seig said...

Tapi hitler tak bunuh diri. Dia naik kapal selam pegi argentina. jibby no balls agak2 naik walrus pegi kazakhstang kot

aku said...

Kadiag, salaam.

Aku sangat sedih dgn apa yg jadi kat Malaya ni. Aku tercari cari apa yg rakyat buat atau tak buat untok ditimpa ujian atau kafaroh yg begitu dahsyat. Allah S.W.T. bagi kuasa sekelumit untuk gerombolan ini, dan dia bawak berbagai kerosakkan pada sosiekonomi negeri ni dan kehinaan di mata seantero dunia. Mangsanya berapa ramai 'lost generation', hilang panduan hidup, berdepan budaya songsang, sek rambang, dadah, pengangguran, buang anak....hidup tak bermaya. Yg cerdik sikit, ada duit dan dapat peluang, hijrah ke Austolia, NZ, Kanada ...dll.

Banyak orang salahkan kawan hang dari Tongkang Yard tu, kerana mengwujudkan 'groundwork' atau infrastruktur pada ribut yg dok landa ni, tapi pikiag punya pikiag, orang2 yg ambik aleh semoanya bulih kata dah akhil baligh dah, seharuihnya tau beza baik dgn buruk.

Baguih jugak hang bawak cerita mendiang Hitler tu, tapi Goebbel pon, aku ingat kalah kod, banding mesin propaganda gerombolan ni. Kekuatan Na'zi berteraih pada tentera darat, laut dan udara. Jugak Jepun. Sebelum tu, British sandag pada tentera laut. Amerika yg ambik alih, tambah satu komponen lagi, kekuatan ekonomi. Isro'il pulak culaih dgn tipu daya dan penguasaan media, di lautan Arab yg kebanyakkannya hanyut jauh dari Islam. Ini kod yg gerombalan ni buat, lama dah tersebag, penasihat depa kau kau dari puak puak tu.

Aku rasa la...hang kena teruih juga langkah se langkah, mat salih kata 'persevere' dgn 'nitch market' blog hang ni, lagu Claire Brown tu jugak, pasai depa tak munkin kuasai dunia kebenaran.

Aku rasa la, itu yg Islam ajag. Salam hormat.

Joe black said...

Dato'

Najib sudah tidak bolih diajar lagi. Ini kebiasaan apabila (dalam bahasa quantum mechanics) tenaga minda sudah berkisar dengan tiada halatuju dan kawalan.

Baru baru ini dia menyuruh semua ahli UMNO menjadi blogger atau melawan blog blog antiNajib yang dia tuduh kononnya dibawah kawalan DAP untuk menyangkal serangan dari musuh terhadapnya.

Ini sama dengan saat saat terakhir Hitler, apabila beliau mengerah kanak kanak German di seluruh Negara mengangkat senjata untuk melawan musuh musuhnya disaat keruntuhnya Party Nazi dan kekalahan tentera German.

Sejarah berulang lagi....

Daniel Noor said...

A good example was our nearest neighbor..Marcos and Imelda. Because of Imelda he was made the victim.

Tapi saya yakin Najib tidak akan persalahkan pasangan nya

Yg saya amat heran sekali macam mana seorg anak tiri Riza di beri puluhan dan ratusan juta bandeng dgn anak sendiri. This guy Riza must be super special

A KADIR JASIN said...

1. Umno dan kerajaan yang dipimpinnya sedang meledak dari dalam (imploding). Para hipokrit dan oportunis sedang bergaduh sesama sendiri. Mereka tidak tahu mana satu hendak diselamatkan - parti dan negara atau kepentingan peribadi? Ramai pilih yang kedua.

2. Parti-parti BN lain berpura-pura sokong sambil berkira-kira kapal mana hendak ditumpang apabila pinisi Bugis karam.

3. Seperti pada hari-hari akhir Hitler, jentera pemerintahan dan institusi tadbir negara dicurigai oleh kerajaan sendiri dan dilaga-lagakan supaya menjadi lemah dan tidak berdaya melawan.

4. Keyakinan rakyat jelata dan pelabur asing terdapat ekonomi negara merudum. Hatta cakap ekonomis macam Abdul Wahid Omar tidak dipedulikan lagi. Idris Jala hanya omong mengenai GTP dan ETP yang sudah basi. Dia main selamat.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Tessa M Sen said...


Salam Datuk,

Should hentam the wife cukup-cukup, because she is stronger than him.

That's my two cents.

Panglimo potaseh said...

Hitler adalah penyembelih ulung penganut yahudi. Lebih 6 juta yahudi terkorban dengan penangannya. Apa pun korban ini telah melahirkan negara Israel yang wilayahnya hanya sebesar negeri Perak sahaja dan dikepungi oleh sebenua wilayah Arab, dikatakan jika Sang Arab ini dibekalkan dengan sebiji batu seorang, bila bila masa saja Israel buleh tumbang. Tetapi sebaliknya berlaku, Israel dah 3 kali menang (kesemua) perang dgn Arab sejak ianya ditubuhkan. Lebih malang lagi berjuta juta Arab dibunuh oleh Pak Arab sendiri bukan oleh Yahudi.

Setelah melihat gelagat Arab ini, saya tertanya juga tentang prihal Pak Arab bagi duit pada Najib, ini apa pula motifnya ... ?.

Hitler kesilapan besarnya adalah menyerang Russia dimusim sejuk ... kesilapan yang sama yang pernah dilakukan Napolean. Apabila Hitler tumbang keseluruhan pegawainya dan keluarganya telah diburu dan dihukum. Bagaimanapun syukur selepas perang negara Jerman dan sekutunya Jepun telah menjadi negara termaju, moden dan teramanah sekali didunia.

Katakanlah jika BN tumbang pada PRU 14 nanti ... agak agaknya adakah Tanah Melayu akan jadi lebih maju, moden dan amanah seperti Jerman dan Jepun ... adakah pesalah yang tak beramanah semasa memerintah dahulu akan diburu, didakwa dan dihukum ... atau dihukum sekadar tukar jabatan sahaja layaknyn ... ?.

Daniel Noor said...

Salam Datuk,

For yr info, senalam byk spanduk2 muncul di JB meminta Najib turun. Ada yg tertulis ' King of Donation is Najib '.

Nah kalau la spanduk2 seperti ini di pasang di pekan2 kecil dan kota2 seluruh negara..mungkin ini boleh memberi message ke Najib ' you not wanted by the Rakyat ' dan ahli2 UMNO mungkn lebih berani mendesak kan dia turun.

I think it can work this way Datuk

jab sp said...

DAKJ,
Tak mau komen panjang, semua dah diulas olih ramai pengomen (hehehe betoi ka perkataan ni)
Cuma teringin nak tanya, mana pi habis sipembodek
dan penyokong tegar umno (Najib)yang sering muncol dalam setiap kali Datuk buat catatan.
..Selamat berjaya dan harap DAKJ terus menulis

zainal abidin awang kechik said...

UMNO hilang bisa kerana burung Gagak

tok.. siapa jadi Gagak dari isu 1MDB?


ramai yang tersungkoq kerana gagak punya pukulan..


mmmmm ramai yang tertipu termasuk yang kena buang dan yang akan kena pecat..
BILA SI MISKIN memberi pandangan kepada orang kaya


salam

ADUHAI said...

Kita KIV dulu RM2.6b.... tapi boleh tak Jib cerita sikit yang RM42juta SRC - Gandingan Mentari - Ihsan Perdana - Najib Razak tu macam mana? heheheh Cer story sikit boleh?

ADUHAI said...

Joe Black,

Saya setuju 100% saranan Najib supaya geng 3juta jadi blogger atau buka FB/Twitter. Sebaik saja mereka baca artikel dalam FB, baru mereka akan sedar bahawa selama hari ini mereka ditipu oleh MAP. Heheheheheheh Rasanya tak kurang 2juta akan insaf. Insyaallah

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Maaf Sbb lama tak komen. Bagi sayalah, majority ahli UMNO amat menyampah dgn pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hormat kpd Najib Razak dah berkubur dah. Bab kata Anwar kpd Dato zul, "Najib dah cross the line" dah. Dgn masalah GST, 1MDB, "hadiah 2.6b", SPRM dan 24h kena tukar,, bermakna sokongan dari Org Melayu umumnya dan ahli UMNO akar umbi khasnya dah hilang dah. Meraka Dah ucapkan bye bye kpd PRU 14 nanti sebab ramai akan boikot keluar mengundi atau akan pangkas PAS. Ditambah pula blogger blogger bangang yg diupah merpeekecil kecilkan intelectuality orang lain.

Juga sifat assobiyyah sesetengah pemimpin yg masih nak tegakkan benang yg basah spt mat maslan dgn komen bodohya tiada pru esok, shahril samat dgn katanya tak perlu tahu halal ke haram duit Derma, terima je, ku nan pula suruh bagi peluang dekat najib yg rakyat dah bagi 6 tahun dah. Rahman dahlan bagi sayalah memang tak layak jadi pakar strategi sebab komennya dlm TV bagi rakyat lagi marah.

Akhir kata, bagi sayalah, ahli UMNO majoritynya berpegang kpd "benar kita sokong, salah kita tegur dan tiada langsung assobiyyah kpd pemimpin secara membuta tuli. Itulah ahli akar umbi UMNO yg beriman dgn amal makruf nahi mungkar. Sekian TQ.

Kawanlama said...

Terima kasih DAKJ.

SPRM juga terdiri daripada manusia dan tidak sempurna untuk melakukan kesalahan. Elok lah juga mereka disiasat sebagaimana mereka membuat siasatan terhadap orang yang mereka perlukan untuk mendapatkan maklumat.

Boleh Datuk jelaskan kenapa SPRM perlu persoalkan isu kenapa dan siapa arahkan siasatan?

Elok juga Datuk tinjau dan buat ulasan bagaimana krisis korupsi dan tindakan pihak kerajaan dalam memenangi krisis itu.

Kawanlama said...

...saya merujuk kepada krisis korupsi dalam tahun 2013 di Turkey bagaimana menteri2, unit2 head polis diberhentikan atau letak jawatan, bunuh diri dan sebagainya..

Orang Kampung said...

Salam Datuk,

Terdapat banyak isu yang dibangkitkan . Isu besar dan isu kecil . Isu yang ori dan isu ciptaan .

Isu ciptaan diwujudkan untuk mengalih perhatian umum daripada isu besar .

Dalam usaha ini ada pihak yang dilihat menjadi mangsa. Lebih malang agensi kerajaan sendiri dijadikan mangsa. Lebih malang lagi bila pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan tekun dijadikan mangsa.

Integriti mereka cuba dicalarkan. Strategi propaganda seperti ini adalah tidak baik . Kesan psikologi rakyat kerajaan sendiri sangat besar . Negatif.

Isu ciptaan ada kalanya wujud dalam bentuk pembohongan. Memang pembohongan merupakan salah satu strategi propaganda yang digunakan dalam zaman Hitler . Namun keberkesanannya untuk jangka waktu yang singkat sahaja . Hitler akhirnya bunuh diri.

Sebagai seorang islam yang menyembah Allah yang satu sanggup kita melakukannya sedemikian . Saya percaya tidak .

Ini kerana kedua - duanya sangat dilarang oleh agama islam.

rahimlpp@yahoo.com said...

Dato’,

Untuk seberapa ketika yang lepas dan sekarang kebanyakan kita berfikir diatas andaian, persepsi dan berserabut dengan fakta yang Najib seorang pemimpin yang tidak sesuai lagi kerana amalan rasuah berleluasa dan pelbagai perkara buruk yang lain. Semuanya menjurus kepada kesimpulan yang Najib mesti menamatkan perkhidmatanya sebagai PM demi masa depan Negara.

2. Hasil atau output dari pemikiran kita berpunca dari input yang masuk kedalam otak dan kita berfikir berlandaskan andaian-andaian, persepsi awal dan juga mungkin pendedahan kepada alam cyber.

3. Bagaimana kalau kita tanya diri kita bahawa semua input tersebut adalah tidak semuanya betul. Ianya lebih kepada kita teperangkap dalam propaganda jahat puak yang ingin melihat kehancuran kepada sebuah negara atau lebih buruk ada agenda tersembunyi musuh-musuh bangsa Melayu.

4. Perlu juga diingat bahawa alam cyber bukan alam fizikal yang kita boleh nampak. Ianya penuh dengan iblis dan syaitan jahat berusaha memburukan keadaan. Kalau pun ada yang baik tetapi alam cyber penuh dengan jerangkap samar dan boleh merosakan pemikiran ramai orang.

5. Akibat input yang masuk kedalam kepala kita mengandungi andaian-andaian dan persepsi yang amat negative maka semua perkara yang dibuat oleh Najib semuanya buruk dan sekarang ini kita cepat memuji apa yang diperkatakan oleh musuhnya saperti Mahyuddin atau Shafie Afdal

6. Kita ubah cara berfikir untuk berlaku adil kepada diri kita dan juga kepada pihak lain.

7. Kita berfikir diluar kotak yang sedia ada.

8. Kita tapis semula input untuk pemikiran kita dengan memberi kesaksamaan kepada kemungkinan andaian dan persepsi kita kepada Najib selama ini adalah kurang tepat. Kita periksa semula andaian-andaian tersebut dengan penuh kejujuran.

9. Sekarang memasukan kedalam kotak pemikiran kita bahawa Najib berusaha untuk mengelakan UMNO dan BN daripada kalah dalaam pilehanraya ke13. Sememangnya ramalan semua pihak yang UMNO dan BN akan kalah dalam dalam pilehanraya ke 13 akibat dari pelbagai isu dan tohmahan pihak pembangkang. Berasaskan fakta ini seorang pemimpin saperti Najib akan membuat apa saja untuk mengelakan kekalahan.

10. Setiap strategi untuk memenangi peperangan harus dirahsiakan kerana dalam politik kawan yang paling setia pun belum tentu akan terus setia. Sebab itu Najib membuat gerakan secara persendirian mencari derma diluar negara untuk mempastikan UMNO mempunyai dana yang cukup bagi menghadapi pilehanraya 13.

11. Najib sebenarnya tidak ada pilehan. Dia mesti berusaha untuk menang atau diminta berundur sekiranya UMNO gagal. Dana mesti dicari dan mungkin Najib telah berjaya menyakinkan puak-puak tertentu di negara Arab yang keperluan mempertahankan Kerajaan yang diterajui orang islam di Malaysia.

12. Berfikir tanpa andaian dan persepsi buruk kepada Najib dengan melihat balik scenario politik menjelang pilehan raya yang lepas. Melihat perhimpunan Bersih dengan hampir setengah juta orang di Kuala Lumpur sangat menggerunkan dan banyak pihak semasa itu beranggapan UMNO dan BN akan kalah. Maka wajar Najib membuat sesuatu untuk mengelakan kekalahan.

13. Kemungkinan tanggapan kita kepada Najib boleh berubah dari seorang pemimpin yang kita anggap lemah dan korup kepada seorang hero yang berjaya menyelamatkan kerajaan yang diterajui Melayu dari jatuh dalam pilehan raya yang lepas. Akhirnya “the end justifies the means”. Itulah hulubalang sebenar. Kemenangan tidak dinilai dari segi tarian silat tetapi pukulan yang dikira.


Iklas,
Rahim

Zed-85 said...

Saudara Rahim,

RM2,600 juta bukan andaian. RM42,000juta hutang 1MDB bukan andaian.

Ini adalah fakta.

Kedua, "The end justifies the means" adalah pepatah yang digunakan oleh orang Yahudi. Ini bertentangan dengan moral manusia.

Ketiga, sebagai orang Islam kita kena pegang kepada Rukun Islam. Sebagai rakyat Malaysia, kita pegang kepada Rukunegara.

Dalam Rukunegara ada kedaulatan undang-undang.

Kalau negara kita beralih daripada kedaulatan undang-undang kepada "The end justifies the means" maka kita akan jadi macam negara Jerman zaman Hitler.

Ramai orang faham tekanan daripada PRU13 untuk UMNO tetapi RM2600 juta adalah satu jumlah yang terlalu besar untuk kos pilihanraya dalam satu parti.

Parti Konservative di UK menang di England dengan tidak lebih daripada RM150 juta, tidak sampai pun RM1 billion.

Adakah David Cameron tidak tercabar dengan PRU di sana?

Kita tolak andaian, ambil fakta satu persatu dan kita akan dapatkan satu kesimpulan.

Kawanlama said...

Well said sdra,

Selalunya mereka yang berjiwa besar adalah yang memikirkan idea dan harapan masa depan, tapi mereka yang berjiwa kecil akan lebih bercerita fasal yang besar2 dan tidak berpijak di atas bumi.

Terima kasih dan izinkan saya berkongsi pandangan sdra ini.

Awang selamat said...

Salam Dato

Ucapan wanita Umno kutuk Najib...

https://youtu.be/NJ2tUVt9_1g

Panglimo potaseh said...

Di Tanah Melayu ini kita boleh lihat dan rasa perlakuan korapsi dimana mana ... saya tak tahu bagaimana sprm gagal memgesannya. Melihat korapsi dinegara ini macam melihat hantu ... boleh dinampaki tapi tak boleh disentuh.

adion said...

Yg ramai didalam Umno sekarang adalah politikus....
semangat Nasionalisme dalam Umno semakin pupus....
dimana kah priority kepada agama bangsa dan negara...
ataupun jawatan dan kuasa yg perlu di pertahankan.

8e808e58-3ce1-11e5-ae54-33e0a56ca94a said...

"Money is King" Sudah tentu duit juga adalah Raja kepada Najib.

Tinta Hitam said...

Datuk,
Soalan saya ialah ada ke 60% undi melayu/bumiputera akan beralih arah kepada pihak pembangkang? Hanya sedikit sahaja tetapi tidak cukup untuk mengalahkan Najib/BN didlm PRU14.. PM Najib cuma perlu tambahkan BRIM sebanyak RM50 shj dan undi undi ketika PRU13 dulu akan kekal bersama BN.Manakala PM najib juga cuma perlu menyogok perwakilan UMNO didlm pemilihan pucuk pimpinan akan datang untuk melantiknya semula..Semua stwtus quo akan kekal.

Kemelut yg melanda negara skg adalah salah rakyat jelata sendiri.Mereka yg masih mesra dengan rasuah.Saya tak kata mereka rasuah,tetapi mereka lebih suka melantik golongan korup samada didlm PRU atau didlm PAU..MEREKA INILAH SEBENARNYA YANG BERSALAH DAN WAJAR DIPERTANGGUNGJAWABKAN SAMA..

Kawanlama said...

Ok sdra Zed, tolong berikan fakta berapa duit rakyat telah digunakan atau kerugian yang saya sebagai seorang rakyat menanggung kerugian.

Saya nak tahu juga

RD. said...

Just to defend Najib and the dubious dealings of 1MDB, the 'Yesman' or is it the 'boot-lickers', seems to have successfully made government agencies at loggerhead with each other. This time it is between MACC and the Police.
And yesterday, dimwit Najib in defense of his beleaguered reputation, had taken swipes at MAS by saying; "1MDB didn't incurred losses as MAS did, although funds were injected by the government". Or so to that effect.

Remember that claim by a group of taxi-drivers saying that Proton cars are not reliable?

Well next, I hope 'they' would not drag the military into this mess too. We sure would not want the enmity between the Police and Military, especially the Army, to recur just like in the early 80s.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).