Wednesday, September 09, 2015

Kalau Nikah Eloklah Kahwin



A Kadir Jasin




MUTAKHIR Tidak ada pemecatan oleh Majlis Tertinggi Umno dalam sidangnya hari ini. KPN pula kata, Dr Mahathir tidak akan ditangkap.

Kekal: Tidak ada tindakan ke atas Muhyiddin - Gambar Malaysian Insider
 POSTING ASAL

FAKTA mutakhir: Jam 12 tengah hari tadi, RM jatuh kepada 4.331 bagi setiap dolar Amerika. Tun Dr Mahathir kata, kalau nak tangkap beliau, tangkaplah.

TERIMA kasihlah kepada para pegawai media Jabatan Perdana Menteri (PMO) kerana terus membaca blog-blog anti-Mohd Najib Abdul Razak, termasuk blog ini.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Saya andaikan mereka baca kerana nampaknya mereka tahu yang kita, dari semasa ke semasa, menyebut nama orang yang sangat mereka gerun – (Datin Paduka Seri) Rosmah binti Mansor, dalam blog kita.

Salah seorang daripada pagawai propaganda itu berkata, blogger-blogger anti-Perdana Menteri menggunakan nama Rosmah untuk popularkan blog mereka.

Betul lah tu. Memang khalayak gemar membaca mengenai isteri Perdana Menteri. Dia telah berjaya mencipta satu pesona (watak) untuk dirinya yang menjadikan dia hampir-hampir setanding dan setaraf dengan suaminya.

Rosmah ada pesona tersendiri dan "a good read"
Sesiapapun yang belajar atau mengamalkan kewartawanan profesional tentu pernah dengar ungkapan “good read” (bacaan sedap). Rosmah adalah contoh ciri “good read.” Manakan tidak, apabila dia didakwa menghadiri taklimat rasmi kerajaan atau dilindungi anggota Cawangan Khas apabila membeli-belah.

Berkenaan taklimat rasmi, bukankah ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)? Kalau ya, apakah isteri Perdana Menteri tidak tertakluk kepada OSA?

Bahasa dan Semantik

Apa pun, saya ucap terima kasih kepada penggilap imej  PMO itu kerana memberi gelaran “nikah kahwin” kepada saya walaupun saya kurang pasti apa yang dia maksudkan dengan label itu.

Kalau dia menyindir dan menghina sekali pun saya tak kisah. Saya orang biasa saja. Orang yang bernikah dengan selebriti atau dengan wanita berkuasa itulah yang perlu berhati-hati. Takut ada cerita sensasi.

Nikah dan kahwin adalah hukum agama dan peraturan alam. Itulah yang dikehendaki Islam. Pasangan lelaki-perempuan bukan sekadar bernikah malah mereka digalakkan berkahwin untuk mendapat zuriat.

Malah ada negeri di Malaysia yang lafaz nikahnya berbunyi “aku nikah dan kahwinkan dikau...”

Bagi yang tak berapa faham bahasa dan semantik, nikah adalah lafaz kontrak perkongsian suami-isteri untuk menghalalkan mereka bersekedudukan. Kahwin pula adalah hubungan jenis lelaki-perempuan untuk kepuasan dan zuriat.

Pernah dengar durian atau rambutan kahwin? Durian dan rambutan tak nikah, tapi kahwin melalui proses pendebungaan bila debunga (pollen) bunga jantan bercantum dengan stigma bunga betina.

Tetapi ada juga kes di mana lelaki-perempuan bernikah, buat kenduri bagai nak rak kampung, gambar majlis penuh dalam blog, Facebook dan Instagram tapi mereka tak kahwin. Orang putih kata, the marriage is not consummated.

Ada yang bernikah untuk tutup mulut dan kaburi mata masyarakat kerana yang sebenarnya mereka tidak mampu “berkahwin” atau tidak minat “berkahwin”.

Ada suami tak mampu “berkahwin” akibat mati pucuk (impotency) manakala isteri pula rendah syahwat (low libido) atau dingin terhadap seks (frigid).

Kemudian ada pula yang selera seks mereka luar tabii. Misalnya si suami suka lelaki dan si isteri suka perempuan.

Jadi alhamdulillah lah bagi pasangan yang bernikah dan berkahwin sehingga mendapat cahaya mata.

Pakar perubatan dan psikologi mengatakan semakin ramai lelaki sekarang mati pucuk (impotence) ketika masih muda manakala wanitanya pula rendah syahwat atau dingin terhadap seks.

Satu kajian di Kanada di kalangan 3,921 lelaki berusia 40 hingga 88 tahun mendapati 49.4 peratus daripada mereka mengalami masalah mati pucuk atau dalam bahasa perubatan kontemporari “erectile dysfunction”.

Jadi saya tidak hairan kalau ada lelaki di Malaysia, mungkin juga di PMO, yang bernikah tetapi tidak berkahwin kerana sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Sebenarnya masalah mati pucuk, “erectile dysfunction” dan kedinginan seks boleh diubati dan diatasi melalui perubatan moden kecuali yang menderita “koro” yakni dikunci anunya! (Boleh dalami di sini).

Wallahuaklam.

46 comments:

Wan Emdibi said...

hahahah datuk! perli penulis ucapan ke tuuuu??

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
tt said...

Hihihihi...Terbaiklahhh Datuk..

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ

Izinkan,

Arresting Ayahanda Tun M is as good as NR hammering the final nail into UMNO/BN coffin..
My advice to UMNO/BN, If you love your party and this beloved country, arrest him soonest possible before he nailed you and sink the 'ship' into the deepest and darkest end of Lakes Putrajaya..

Semoga sdr AKJ dan keluarga dilimpahi dgn Zat Sempurna dan Kasih dan Sayang Allah Swt

Alfatihah, aamiin

Pompuan said...

Hahaha best bangat DAKJ. Ketawa tebahak-bahak saya tadi. Sampai boss tanya apa yang geli hati sangat tengok cellphone.
Kalau bab nikah kahwin semua orang suka. Kahwin sampai empat lagi suka. Kahwin kontrak, kahwin mutaah dan nikah gantungpun ada. Tunjuk bagaimana hebatnya kita orang Melayu ni.
Tapi tak lawanlah cerita cinta sejati our beloved PM and beautiful aunt Rosie. Bestnya pergi mana-manapun sama. Semua meetimgpun pergi. Kasi input lagi. Yalah she has masters y'all. Ko ada?
And I am a big fan of her. Indeed she makes good copy. Mana pernah our PMs wife get big spread in New York Times.
Jangan marah dia je. Suami dia yang nak dia high-profile. See his speech two days ago. Wives determine success of BN leaders. It's so apt. Rosie-Posey push him to success. I think ramai perempuan yg nak jadi isteri PM. Pergi overseas can shop till I drop. Tunjuk je ada orang angkut bawak balik. Special.branch jaga dia. Special officer ada. Best gaji tinggi ikut bontot dia. Boleh juga tumpang barang satu dua untuk isteri kita. What a fine life. Love ya aunty Rosey. Long Live FLOM -a title only for her.

manusia dari syorga said...

salam DAKJ

kalau punai tak larat naik better p jumpa doktor sakit tuan Ismail Tambi.dia pakar.

kampong lad said...

'dikunci anunya'

microsoft dok cari formula ni.

dukun said...

Dalam bahasa orang orang lama.ia juga nasihat pada kami yang belia.terima kasih datuk

Dewi Aja said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zed-85 said...

Sallam Dato,

Gaji pembantu peribadi Rosmah Mansor, seperti yang diperkatakan dalam media, sapa yang bayar?

Setahu saya, Datin Siti Hasmah dan isteri Pak Lah tidak ada pembantu peribadi yang jaga publisiti dan pertahankan imej.

Setahu saya juga PM di luar negara dan America pun tidak ada pegawai publisiti atau imej consultant untuk isteri mereka.

Kalau artis memang banyak tapi guna duit poket sendiri.

Saya harap bukan wang kerajaan yang digunakan.

pengundi Melayu said...

Dato

papan keyboard lebih pedih dari mata pedang... menusuk hingga ke ego. boleh sentap hingga ke hati.

Biasanya orang yg menikah akan melayarkan kapal mereka hingga ke tujuh lautan. malangnya jika sauh sudah dilabuhkan, teluk pelabuhan pun tak dapat di layari.

LaM said...

What ex-SB Dep Director Hamid said about Rosmah just confirms what the majority of Malaysians have been thinking & saying. That the de facto PM and President of Umno is Rosmah Mansor. Anything new???

Othaman Ahmad said...

Oh no... my gracious...not that Grand Lustful Lady again...!!!!!

GABAI said...

AGAK2 KAO, NAJIB FAHAM TAK GEJOLAK HATI AHLI UMNO

Zalman A said...


Datuk,

Hilarious article! Good one...hope the PMO boys can understand it, they are not that smart, I hear....

Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk AKJ n Sahabat3 Semua2..


"AhJibGo - The EXclusive PM"


"L.O.L"

-Its hard to do some writings over this "latest piece"..

-Obviously because it IS "too deeply hilarious"..

-Might as well just sit back n enjoy (a.k.a read) the show..


"Nikah Sudah...Kahwin PUN Sudah"

-Maybe commenting later... Not now OBVIOUSLY..

-Aduh! Still cannot write anything... LoL! Adoi..adoi..adoi! ***Senak perut ku** ;-D


***Hehehehehehehehehehe**



"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

***P/S: Can't write now, too busy laughing**
***P/S: Great piece DAKJ...Touché! :-D**

Daniel Noor said...

Salam Datuk,

Kita, malah majoriti rakyat dah tahu dah " anu ' yg dah lama di kunci.

At one time it was ' the ' story in warungs and resto mamak.

I think all of us can see who actually govern and call the shots now in this country.

Anyway I was known that our IGP is also ' org awak '. So tak heran la yg benar kena tangkap dan yg salah dia biarkan bermaharajalela. Walluhualam

A KADIR JASIN said...

Pantun dan gurindam mengenai nikah, kahwin dan berumahtangga.

Ada untungnya membeli suluh
Dapat menjadi penyuluh rumah
Ada untungna berlaki lumpuh
Diumpat bini selalu mengalah.

Mengapa hari tak mau terang
Kabus tebal setiap paginya
Mengapa laki tak mau pulang
Takut disambal oleh bininya.

Tumbuh betung di tepi belat
Hendak ditebang sukar diganti
Sungguh untung laki berpangkat
Banyak orang menghantar upeti*

Tumbuh talang** menjadi rebung
Diberak kucing tiada berguna
Sungguh malang berlaki bingung
Diajak berunding mulut ternganga.

Tak menurut tunjuk dan ajar
Cakap menyelah laku pun kasar
Dalam bergaul suka bertengkar
Akhirnya badan jatuh terkapar.

Hati tak betul akal terbalik
Laku perangai tak ada yang baik
Terhadap agama ingkar dan fasik
Aib menimpa, malu megindik***

*(ufti) persembahan, hadiah
**buluh perindu
***tekan dengan kaki.

Terima kasih Melayu Online.com

Jarigatal said...

Ybhg Dato

Ini ada satu cerita tentang kahwin , cerai dan bersekedudukan.
Mula mula masa jadi menteri dulu dua orang ni kawan baik . Kemudia. Dia orang terus kawin. Punyala baik kedua dua orang ni. Bila sorang naik pangkat , dilantik yang sorang tu jadi penolong dia. Lama lama bila ada masalah dia orang pun bercerai. Tapi lepas carai dia orang bersedudukan kerana tak mampu nak buat rumah lain. Dalam rumah di depan ahli keluarga lain dia orang buat macam tak ada apa masalah dan tak ada peristiwa pun walaupun satu dunia tahu mereka dah bercerai.

Begitulah cerita pendik saya.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Apa pulak hang tulih ni...? Ada 'erectile dysfunction', ada 'libido' rendah...penyakit koro pon ada....seperti dlm iglan tv tak lama dulu..."macam-macam pon adaa..."

Tapi aku rasa perkataan yg penting yg hang tonjoi kali ni, ialah perkataan 'dysfunction'. Orang Indon kata 'disfungsi'.

Dari gejala ini bulih hase kelakuan seperti:-

1. Korang kepedulian atau 'lack of empathy, understanding and sensitivity'.

2. Penafian pada kadag yg tinggi, munkin sekali dgn kepercayaan apa yg dia buat tu biasa biasa saja atau 'normal', dgn mewujudkan suasana apa orang kata ...gajah dlm bilik atau 'elephant in the room'.

3. Defisit, korang atau hilang daya meletakkan sempadan pada kelakuan diri, dan mewajagkan tingkahlaku yg tak berpada.

4. Gagai mehormati sempadan2 apa yg bulih diterima pakai olih pihak2 lain yg sama2 mempunyai kepentingan atau 'stakeholders'.

Secara kasag, kelakuan yg munkin mewujudkan suasana tidak selesa, tidak tenteram (dan konflik), pengampuan yg melampau (dgn dinamiks tersendiri pulak - termasuk pengagihan/peralihan sumber2 ekonomi/kewangan yg tidak selari dgn kepentingan masyarakat) dan macam macam lagi. Wallahua'lam.

Aku

Othaman Ahmad said...

Nasihat saya untuk cari calon isteri, carilah yg benar2 dapat memberi kebahgiaan sejati, bukan kaki kikis dan over glamour. Carilah kondakter bas wanita...tanpa diminta atau perlu disogok, dia dgn sendirii akan membentak & mendesak, "Cepatlah bang, naik cepat..apa lagi terhegeh-hegeh..masuk dalam-dalam..belakang lagi bang". Amacam?
Kesian... Najib dah salah pilih...!!!

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Joe Black said...

Dato'

Jadi, DS Najib sanggup menggadai masa depan beliau atas janji dari Arul Kandasamay bahawa semua masalah 1MDB akan beres pada penghujung tahun ini. Itulah sebabnya Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada bulan December.

Adakah munasabah Penjualan Asset Asset 1MDB akan terus beres dalam masa yang tersingkat, yaitu lebih kurang 3 bulan, sedangkan Asset Asset tersebut terpalit dengan gadain kepada IPIC( juga wang berbillion yang kononnya diberi olih 1MDB kepada IPIC kononnya juga sudah kehilang entah kemana - dilaporkan olih Wall Street Journal).

Janji saperti inilah yang diibaratkan diNegeri Barat saperti kata...."Pigs Will Fly".

Memang betul apabila dikatakan bahawa DS Najib dan isteri masih hidup di Awang Awangan.

Nasihat Kami kepada Najib. Tunda sahaja Perhimpunan Agong UMNO sehingga hal hal 1MDB dibersehkan dahulu.....Mungkin dalam masa 10 tahun lagi?

Geng Mamak said...

Datuk ada pula yang kahwin tapi tak nikah. Yang itu macam mana sebab saya dengar di putrajaya sendiri ada kes seumpama itu ..... pelik tapi benar.

msh said...

Salam Dato.

Bagi org2 media PMO...cerita dan berita dari org ramai termasuk blog2 anti Najib cuma berita yg remeh yg tidak perlu digeruni.

Tulisan Dato pun cuma berita yg dikutip ditepi jalan sahaja...apa perlu mereka khautiri sangat.

Mereka memang terlatih dlm bidang media dan komunikasi dan kini betkhidmat dgn 'the power that be'....kuat tu.

Setakat The Scribe..Zamkata...Apanama...dll...tiada hal buat mereka.

Cuma yg faham sahaja yg tahu...(seperti Lim Kok Weng yg lari lintang pukang) tentang apa sebenarnya yg mereka terlibat.

Tugas mereka....'Perkasakan Boss' dgn apa cara sekali pun dan 'defend Boss' dari kritikan rakyat walau pun terpaksa berbohong.

Ini isunya bila moral dan etika tidak penting lagi buat mereka...Boss segala2nya. Isteri Boss sama penting dgn Boss....lebih2 lagi org mcm Rosmah.

Sy tetap tabik pd Dato ...Tun M.dan mana2 bloggers dan pembahas yg tidak gerun untuk berkata2 tentang kebenaran....cuma sy minta berhati2 dan selalu pandang belakang bila berjalan.

Bukan apa takut nanti ada kereta yg terbabas.

RD. said...

Saja-saja merapu untuk menyakitkan hati penyokong Najib dan mereka yang menyokong'UMNO-tanpa-Najib&Isteri'.

Azmin Ali pun sedar bahawa PKR tidak mampu pegang-kuasa jika hanya berpakat dengan DAP kerana undi Melayu terbanyak ada pada UMNO dan PAS di Semenanjung.

Geng yang ditolak oleh Muktamar PAS pun menyokong DAP. Begitu juga, Melayu-Melayu lain yang masuk atau yang menyokong DAP. Kata Omputih: It all boils down to MONEY. Kalau bukan kerana WANG, mereka yang tersingkir dari Party Politik, sudah tentu terkubur serta-merta.

Apabila punyai pembiaya, mula-mula PASMA, lepas tu bertukar jadi GHB (New Hope?). Nak tubuh party DIP (Democratic Islamic Party?), ROS/KDN tak lulus. Dihijack pula Party Pekerja yang 'hidup segan, mati tak mahu' dan ditukar nama kepada PAN. (Party Amanah Negara?).
Kalau ikut lumrah-alam, amanah diberi, bukan dipinta. Tak tahu siapa beri mereka amanah untuk menjaga atau memelihara apa, kalau Tabung Memali pun, ramai tertanya-tanya, kemana pergi hasil kutipan derma 1985~90an.

Oleh itu, dari dok Syoooook ooo! menyokong DAP, lebih baik cerita secara jujur, apa keistemewaan atau kelebihan untuk Melayu beramai-ramai mendaftar sebagai ahli DAP. Maklumlah, sudah ramai Ahli Politik DAP bertudung dan bersongkok, Ramadan lepas.

pemikir said...

Sungguh memalukan.

Itu komen saya kepada kumpulan TSMY yang di pecat oleh DS Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dimalukan di seluruh Malaysia di dalam mesyuarat Umno Bahagian Bahagian.

TSMY boleh menyatakan saya totok UMNO... hahaha

Adakah TSMY memikrkan bahawa DS Najib akan tawar semula jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau?

Saya amat berharap di mesyuarat MKT UMNO, TSMY dan kumpulan MKT yang bersimpati atau yang menyokongnya akan bertanya secara langsung kepada DS Najib soalan soalan berikut:-

1. Kenapa saya di pecat dari TPM
2. Timbalan Presiden seharusnya Timbalan Perdana Menteri
3. Kenapa wang 2.6b tidak diistiharkan?
4. Undang undang mana dalam Umno kata ia tidak perlu diistiharkan
5. Kemana wang 1MDB
6. Adakah DS Najib mengguna pakai / mencuri wang tersebut?
7. Di manakah baki wang tersebut?

Letih memikirkan strategi TSMY, lebih baik undurkan diri sahaja dan keluar dari episod kegilaan DS Najib ini.
Nampak nya TSMY tidak boleh berumah di tepi pantai.

kejayaan kumpulan DS Najib ialah

1. Mengalihkan masalah kemelut UMNO kepada TSMY dan kumpulan samada menyokong atau bersimpati
sebagai pencetus masalah UMNO
2. Isu pemecatan dialihkan kepada TSMY dan bukan DS Najib yang sebenarnya seharus di pecat.
3. Ugutan dan tekanan DS kepada pemimpin dan ahli UMNO telah dibenarkan dan terlepas pandang.
4. Pembohongan fakta dan mengelirukan rakyat dengan jawapan berubah ubah berkaitan 1MDB telah
tidak ditangani oleh MKT.

Setakat itu dulu.

Sekali lagi. Memalukan TSMY

melaka maju negeri ku sayang said...

ha ha ha. padat dgn maksud tersirat.
kadang aku gelak. kadang aku ketawa.
apa beza gelak dgn ketawa..
kipidap datok. u r the best.

samurai melayu said...

SALAM KASIH SAYANG
DAKJ

Izinkan,

Presiden UMNO kata UMNO tak taja dan tak sokong Himpunan baju merah tapi tak sekat ahlinya menyertai himpunan yg tidak dibenarkan Polis untuk menjaga ketenteraman awam..in simple bahasa.. Haram!

Dia kata kita kena patuh kepada Undang-undang tapi ahli UMNO yang sertai himpunan tu nanti tak kena tindakan ke?

Olang bukan Olang, antu bukan antu.. Aiiyaa

Apa pandangan/pendapat DAKJ..

Alfatihah, aamiin

RosNoMah said...

Sebenarnya, yang lagi memalukan ialah TSMY sendiri kerana melepaskan najib begitu sahaja.

Ada tak najib disoal pasal 1mdb, penderma 2.6 bil, macam mana timbalan presiden yang masih memegang jawatan boleh dilucutkan dari TPM, kenapa Anina ditendang keluar dan macam macam lagi. Ohh tidak, TSMY nak tunjukkan gentleman konon.

Saya rasa kalau TSMY tak berani sangat, bolehlah lepas jawatan tu kepada zahid. Tak guna nak tunjuk hebat lagi lah. Kepada penyokong TSMY, sori lah kalau saya cakap yang diatas. Sebenarnya bukan saya seorang yang cakap macam tu. Ramai lagi bang oii.

abdul majid said...

Salam Datuk...

Hahaha... 'Kalau nikah elok kahwin', nampak macam topik 'sempoi' je but sangat dalam maknanya pada senario politik Malaysia masa kini sama ada dalam pembangkang atau dalam BN terutama dalam Umno.

Memang ada kes nikah tapi tak kahwin ini but amat janggal jadinya. Begitu la janggalnya situasi Umno selepas mesyuarat MT petang semalam. Saya kata janggal kerana timbalan presiden bukan TPM, naib presiden adalah TPM, naib presiden tiada dalam kabinet tetapi ahli MT ada dalam kabinet..

Semacam ada sesuatu yang tersembuyi disebalik airmuka & nada suara presiden waktu sidang akhbar. Pada pendapat saya, maybe janggal yang berlaku kini hanya sementara sahaja, mungkin ada sesuatu persetujuan antara 'nikah & kahwin' ini till perhimpunan Umno Disember ini atau pada PAU tahun hadapan.

'Erectile dyfunction' ini juga dalam makna yang Datuk nak kaitkan. Memang ada ubatnya but jika tahap jantung hanya berfungsi pada tahap bawah 25% then apa jua ubat sudah tak bawa apa makna lagi untuk lancar dengan pantas darah mengalir in & out untuk tegapkan apa yang patutnya tegap. So, berehat lebih baik dari terus paksa jantung berfungsi lebih dari tahap kemampuannya berfungsi. Kan ini lebih baik sebelum heart attack berlaku.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Mat Bakar said...

Sallam Datuk,

Usah bimbang walaupun TSMY telah dipecat sebagai TPM pengaruh beliau di kalangan ahli akar umbi masih kuat dan utuh kerana sikapnya yang mementingkan rakyat dan kesatuan bangsa melayu, sebagai orang lama UMNO beliau dilihat sebagai seorang jeneral tentera yang mementingkan kekuatan fisikal, mental dan logistik serta semangat juang yang tinggi. Seorang panglima melayu tidak akan menderhaka melainkan maruah beliau dan keluarganya dicemari (ingat Laksemana Bentan dalam lagenda Sultan Mahmud mangkat dijulang)

Yang pasti TSMY sedang menyusun strategi dengan meneliti kelemahan musuh sebelum menyerang dengan pukulan maut. Seorang jeneral yang bijak tidak tahu erti merajuk, berundur bukan beerti kalah tapi menyusun tenaga dan muslihat untuk menyerang balas.

Sama samalah kita lihat.

MikeS said...

Datuk, saya teringat sebuah pantun lama:

KeTeluk sudah keSiam sudah
KeMekah saja yang belum
Ku peluk sudah cium sudah
Nikah saja yang belum

MikeS said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kawanlama said...

Terima kasih DAKJ,

Kita menghina dan kita dihina adalah budaya masyarakat ketika ini.

ku_seman said...

Kalau nak maklumat yg betul carilah di media atau blog yg kritikal kpd
Najib. Kalau media yg tulis muluk muluk tentang Najib dan UMNO mungkin depa sembunyi fakta fakta yg kurang menyenangkan. Terpulanglah kepada kita sama ada nak sedapkan hati atau nak tau apa yg orang lain lebih tahu. Saya menjadi pengikut setia blog ini dan Zamkata kerana sudut pandangan dalam blog berkenaan susah nak dapat di tempat lain terutama yg dikawal oleh UMNO. Sebagai rakyat saya berhak diberi kebebasan mendapat maklumat sebenar.

kundoq said...

Pemikir,

Tanggapan saya bahawa TSMY sudah kalah angin kepada Mat Najib bila membaca tajuk kenyataan beliau tersebut dan langsung tidak meneruskannya lagi.

Setuju dengan saudara,ianya memalukan.Tidak perlu TSMY mengulangi ayat yang sama buat kali ke dua.

Jangan rakyat mengharap dan menaruh harapan lagi kepada beliau.Keyakinan kita hanya kepada Tun Mahathir,Datuk Kadir Datuk Khairuddin dan yang lainnya sahaja.Itu sudah memadai.

nothing to hide said...

the president of umno dare not use the main entrance of umno building. what is he? sissy?

Orang Kampung said...

Assalamualaikum Dato,

Maaf Dato , dari segi GSPS pihak Najib berjaya dalam pendekatan mereka kali ini apabila TSMY dan beberapa tokoh lain tidak dipecat pada saat ini .

Pada hemat saya beliau akan kekal sebagai Presiden umno dan PM Malaysia walaupun selepas PRU akan datang . Ini berdasarkan kepada prinsip "Najib adalah sebagai sebahagian dari umno , bukan umno sebahagian daripada Najib . Apabila sokongan ahli umno menjadi jitu terhadap umno , umno akan kuat. Daripada 122 kawasan parlimen Najib hanya bertanding satu kawasan sahaja . Saya percaya pengundi Pekan tidak akan menolak Najib . Manakala di kawasan lain pula jika umno kuat umno (BN) akan menang . Kemenangan BN ada lah kemenangan kepada Najib . Kecuali ada perpecahan dalam umno dan dalam BN . Jadi tindakan tidak memecat sesiapa pada waktu ini suatu kelebihan kepada Najib dan menjadi sebaliknya kepada pihak yang tidak menyokong nya . Wallahualam.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Apa jadi dengan kes RM42juta dari SRC International?
Kenapa hal ini diam?
Yang wang RM2.6bilion MACC kata tak ada kes.
Wang RM42juta dari SRC International ke apa lama diam?

Jangan lepas pandang.
Ini kes tempatan tak perlu MACC minta kerjasama pihak luar.
Apakah MACC dan juga che det main wayang?

Jangan main-main suruhan seru kepada kebaikan tegah mungkar
Tetapi sembunyi sebahagian ajaran kitab jual sebahagian yang lain.


nothing to hide said...

getting scary. ag dismissed on the spot for being sakit. gov officers tranfered for doing a job too well. sb top brass dismissed and shunted. now a dpp goes missing. wonder whats the true story about altantuya.

Joe Black said...

Dato'

The Red Shirts, encouraged by the Home Minister are intent on Demonstrating for the Sake of "Maruah Melayu" or "Malay Dignity". Perhaps, for the Benefit of The Home Minister and his Fans, you may wish to elaborate on the Deeper Meaning of "Dignity"...

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ,

Izinkan,

melaka maju negeri ku sayang said..
'apa beza gelak dgn ketawa..'
Gelak bila kita LIHAT sesuatu yg menggelikan hati
Ketawa bila kita DENGAR sesuatu yg menggelikan hati

Ada betul kah orang melaka?

Alfatihah, aamiin
Ps. Gelak ketawa dengan MSM 2015 (Maharaja 'Spin' Mega)

msh said...

Sdra Ku Seman....sy setuju.

Sy cuma mengikuti dan menulis dlm 2 blog ini sahaja...kerana memahami isi hati Tuan empunya blog yg memang konsistent dan matang dlm hujah2 mereka..serta fakta2 yg terkini dan tepat.

joetamchi said...

Benda haram bagaikan Lazat....
Tapi sayang tiadalah berkat..
Dalam hidup dicarinya nikmat...
Semoga dapat dunia & akhirat

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).