Thursday, October 01, 2015

Pemenjaraan Dr Khir dan Implikasi Terhadap Skandal 1MDB


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

BEKAS Menteri Besar Selangor, (Datuk Seri) Dr Mohamad  Khir Toyo, berkata beliau tidak melakukan kesalahan rasuah.  Betullah tu.

PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Dalam sistem penghakiman kita, adalah hak mutlak yang tertuduh untuk menafikan tuduhan ke atasnya dengan mengaku tidak bersalah (plead not guilty).

Malah orang yang bersalah dan bersedia mengaku salah pun diingatkan (cautioned) oleh hakim jangan mengaku salah. Tapi kalau hendak mengaku juga, dia akan diingatkan dan dibagi amaran padah pengakuan salahnya itu.

Dalam sistem kehakiman Inggeris yang menjadi asas kehakiman kita, penghakiman hanya boleh dibuat oleh mahkamah. Hanya mahkamah berhak menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.

Malah keadilan (justice) memihak kepada tertuduh (the accused). Mula-mula sekali, tertuduh tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah (innocent until proven guilty). Jadi Dr Khir “tidak bersalah” sehinggalah “dibuktikan bersalah”.

Beban mutakhir adalah di bahu pihak pendakwa. Pendakwa wajib membuktikan “tanpa sebarang keraguan” (beyond reasonable doubt) akan kesalahan tertuduh. Maksudnya tanpa syak wasangka.

Pihak pembela pula hanya perlu mewujudkan keraguan yang berpatutan (reasonable doubt) bagi membebaskan anak guaman mereka daripada sabit kesalahan.

Dr Khir dan pasukan pembelaannya gagal cetuskan "reasonable doubt"
Jadi, walaupun Dr Khir “bersumpah” beliau tidak bersalah, pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau telah melakukan jenayah yang dituduh manakala peguam beliau gagal menimbulkan keraguan yang berpatutan.

Sekarang sahlah kesalahan beliau. Penafian beliau tidak bermakna lagi di segi undang-undang. Maka dengan itu, Dr Khir dipenjarakan selama 12 bulan dan harta yang terlibat dirampas.

Dengan itu juga, jadilah beliau Menteri Besar Selangor yang kedua dipenjarakan kerana rasuah dan menjadi antara segelintir pemimpin kanan kerajaan yang didapati bersalah melakukan rasuah.

Natijahnya:

1. Sama ada beliau mengaku bersalah atau tidak, Dr Khir telah dibuktikan terlibat dengan rasuah.

2. Pemimpin politik masih boleh disiasat, didakwa dan didapati bersalah mengikut undang-undang Negara.

3. 0rang baik dan berprofil rendah menjadi alpa, bongkak dan hilang akal apabila mendapat kuasa. Dr Khir boleh dikatakan tidak dikenali sebelum dilantik entah dari mana (out of the blue) menjadi Menteri Besar pada tahun 2000.

4. Pemenjaraan Dr Khir memberi kesan psikologi yang positif kepada rakyat jelata iaitu tidak ada sesiapa pun berada di atas daripada undang-undang (above the law).

5. Kesabitan kes Dr Khir memberi makna yang istimewa dan tersendiri dalam kaitan dengan penyiasatan dalam negara dan antarabangsa membabitkan 1MDB dan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone ) Mohd Najib Abdul Razak.

6. Ada beberapa persamaan di antara kes rasuah Dr Khir dengan “derma” RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib, khususnya alasan politik dan dakwaan rakyat jelata tidak rugi apa-apa.

7. Tidak seperti Dr Khir yang menafikan keterlibatannya, Mohd Najib terus berdiam diri malah tidak menafikan kewujudan akaun peribadi RM2.6 bilion itu sebaliknya para penyokong beliau mendakwa wang itu adalah “derma” daripada seorang dermawan misteri Arab.

8. Para peguam Mohd Najib juga masih berdolak-dalik mengenai ancaman saman terhadap Wall Street Journal kerana mendedahkan hal itu walaupun telah mengeluarkan ancaman itu hampir tiga bulan lalu (8 Julai).

9. Pemenjaraan Dr Khir pastinya menaikkan tahap kebimbangan mereka yang terbabit atau dikaitkan dengan skandal 1MDB dan tabung peribadi Mohd Najib.

Anekdot 1: Jumpa Mohd Najib buat kali pertama pada tahun 1977 untuk temu bual bagi pihak akhbar Business Times sempena ulang tahun pertama beliau sebagai Ahli Parlimen Pekan. Berbual mengenai beliau berjalan kerluar daripada bayang raksasa (giant shadow) bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Bayang raksasa adalah padanan tajuk filem Kirk Douglas (bapa Micheal Douglas) “Cast A Giant Shadow” (1966).

Anekdot 2: Jumpa Dr Khir di Pejabat SUK Selangor, Shah Alam ketika beliau di puncak kuasa. Beliau dan kakitangannya berasa saya terlalu kritikal terhadap beliau. Waktu itu sudah timbul cakap-cakap yang tidak menyenangkan mengenai tindak-tanduk beliau. Saya mengingatkan Dr Khir agar berhati-hati sambil merujuk kepada “sumpahan” (curse) jawatan MB Selangor.

Akhirulkalam, bukan mudah menjadi saksi kepada sejarah dalam suasana di mana sejarah diabai dan dinafikan!

Wallahuaklam.

40 comments:

kluangman said...

Bersetuju dengan Ambiga.. mengakui menerima derma 2.6B untuk tujuan pilihanraya tidak menyelamatkan keadaan dan isu 1MDB sebaliknya mengundang implikasi yang lebih besar.

Mungkin juga benar, berbohong sekali memerlukan 10 lagi pembohongan untuk menutup satu pembohongan...

Aku said...

Kadiag, salaam.

Aku rasa la, ungkapan 'beyond reasonable doubt' munkin bemaksud 'tanpa keraguan yg munasabah' dan bukan 'tanpa sebarang keraguan' atau 'without (any) doubt'. Ungkapan 'tanpa sebarang keraguan' pulak aku rasa lebih mirip dlm konteks perundangan dan penghakiman dlm Islam, dlm mana dia lebih 'robust' dlm membentang dan penerimaan 'evidence' atau pembuktian.

Jugak 'sumpahan' MB Selangok hang tulih 'curse', aku ingat perkataan yg lebih dekat ialah 'oath'.

Sebenagnya, aku berat nak tegog hang, maklomla hang orang lama kerja sorathabag dan aku agak hang memang teliti jugak petah dlm pilih kalimah. Jadi kalu hang terasa apa2, aku ni silap ka apaka, awai2 aku nak mintak mangap no...

Berkenaan sapa yg tonjoi wakil 'long river' ni... aku ingat hang patut tanya member hang dari tongkang yard tu.

Macam mana pon,terima kasih la kad hang kerana komen2 hang tentang pemenjaraan wakil long river tu dan pengajaran yg perlu kita ambik.

Dengan rendah hati, wa sallam.

Aku

suhaimi said...

Assalam DAKJ.
Yg ini dah terbukti rasuah. Ttg pihak lagi satu tu, katanya derma bukan rasuah!? Yg ini bekas mb. Pihak yg lagi satu tu, piem... org yg paling berkuasa, dirasakannya tiada yg lebih berkuasa drpdnya. Tak percaya, bertanyalah kpd mat mazlan, said keruak, dan yg sebangsat dengannya.

A KADIR JASIN said...

Sdr Aku, terima kasih atas penjelasan. Saya tak kecil hati malah saya sentiasa rela ditegur. Terima kasih.

RON said...

batu yang bergolek tak akan dilekati lumut tetapi batu yang tidak bergolek terlalu lama akan pula berlumut berlebihan dan lumut berlebihan itu akan merosakkan batu berkenaan.

Saja saja... said...

Salam bahagia Dato.

- "Apa buktinya yang Najib bersalah?..kalau ada silakan kemukakan la..kalau kau x ada bukti, kau yang belanja aku ok?", kata kawan ku. Hari tu aku kena la belanja sebab aku x ada bukti.

- Jack the Ripper adalah seorang pembunuh bersiri yang terkenal di London pada suatu ketika dulu. Polis London ada banyak bukti dan saksi, tapi hingga sekarang, 100 tahun kemudian pun, mereka masih belum dapat tangkap siapa pembunuh tersebut.

Itu lah orang putih minta puji, x mau belajar dari Polis Malaysia. Kalau kita, 2 minggu sudah 'kowtim'.

- Bukti dan saksi memang penting bila buat tuduhan. Mana dia bukti dan saksi bila Najib dituduh?

- Najib dituduh dimedia masa dan sosial atas 3 perkara: Hutang RM42 Billion 1MDB, RM2.6 Billion dalam akaun peribadi dan Kes Atlantuya.

- Apa kah bukti bukti (penyata akaun, penyata audit dsbnya) dan saksi saksi (Zeti, Pengerusi AMBank, pengarah2 di 1MDB/IPIC/Aabar, Sairul dsbnya) sudah cukup dan bolih digunakan dalam mahkamah?

Atau, mungkin kena tunggu 100 tahun dari sekarang la ya, tahun 2115!

- Kenapa begitu lama? Aku pun x tau. Aku sedang tunggu la ni.

Tunggu apa lagi? Aku pun x tau.

Agaknya Najib 'above the law' dan yang lain2 macam si Toyo 'below the law'. Tapi kita memang suka berpura pura, kononnya "no one is above the law".

- Selasaikan lah masaalah ini, walaupun aku x tau macam mana.

- Kalau aku yang nak selesaikan, UMNO/BN akan terjun dengan si Luncai! Ini lah penyelasaian politik bagi ku. Itu saja yang aku tau dan mampu buat.

- Perlu di ingatkan aku ni pejuang USNO, mengurus pada UMNO setelah USNO mati. Aku bukan ahli party mana2 dan x pernah mengundi se siapa pun kecuali USNO/UMNO. Bagi ku, patah tumbuh hilang berganti.

- Tunjukkan lah yang kita ada undang2, jadi aku x akan salah buat keputusan nanti.

- Siapa yang bertanggung jawab membawa masaalah rasuah ni ke mahkamah? Mana dia?

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam Dato,




Saya cuma `mengingatkan' Dato saja ni.


Dr Mohd Khir itu bukan MENERIMA RASUAH,
dia cuma `menerima' rumah..sebab itu dia kata dia tidak bersalah...hahaha..


Mampu tak dia dia beli rumah pada harga tersebut dengan pendapatan halal beliau setiap bulan?


NI laa satu contoh perangai ahli politik yang saya sangat sangat menyampah....kalau bab sumpah,janji amanah,cakap lemah lembut,baju melayu drngan songkok kehulu hilir..tetapi perangai kurang sikit saja buruknya dari jin!.



Cuma jin tak bolih rasuah dan angkat sumpah amanah dan berpakaian macam orang `alim'/lebai.



Poooorrrraaah.






Abu Bakar Ab Rahman


AZAM anak Sarawak said...

Salam Tok AKJ.

I do not know Khir personally, only afar though we are from the same generation.

He has made a mistake and he is paying the price for it. Whether the price is appropriate or not, it is not for me to judge.

For believing Muslims, it is better to be judged and sentenced here in this world rather than in the other world. At the very least, there is ample time to repent and seek forgiveness from the Almighty.

If not caught, tried, and sentenced here, there is no more time to repent and seek forgiveness. There is no more repentance and seeking forgiveness on Judgement Day, it is too late then.

I do hope and pray Khir would spend his "resting days in the Kajang resort" to repent and seek the Almighty's forgiveness.

Let us all repent and seek forgiveness for our sins.

Sekian. Terima kasih.
AZAM anak Sarawak

tahir mohd said...

Semoga menjadi pengajaran kpd ahli politik yg lain bahawa mrk bukan above the law

Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk AKJ n Sahabat3 Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Pemimpin Munafiq)"


"Justice - The Malaysian Version"

-As a human being... Sometimes we wonder what actually is the "appropriate punishment" for a certain kind of 'offenses'..

-Is 'jail-time' the right type of punishment?.. Is a "certain period" of jail-time is appropriate?.. "Abuse Of Power" is a serious thing.. Agree?

-IF ONLY that dentist made a "real offer".. Something that 'reflects' justice.. For example "10 years of community service (in this case it is 'dentistry') -AND- The 'minimum work volume' is '10 chronic patients' a day -AND- It starts from '10am to 10pm' -AND- It involves a commitment of 'five days per week' consistently.. -AND- It includes on Public Holidays -AND- A 'Permanent Ban' from Politics"

-That does sounds like a 'proper punishment'... Only its a 'different kind' of punishment..

-But thats just My Humble3 Opinion2... And I stand corrected.. :-)


"Malaysia - To Err Is Human"

-Its interesting to ponder how some 'man of calibre' could "fall from grace" in trivial things... 'Power' REALLY DOES "strange things" to people after all..

-If only that dentist upholds his 'oath' (a.k.a Lafaz Sumpah) while in office.. Maybe at that time he never knew about that so called 'cursed' (a.k.a Sumpahan).. Perhaps now he knows..

-Maybe now we should wish him well.. After all he is now convicted.. And hope that he may repent from the mistakes he has done..


"Malaysia - Time To Reflect"

-AhJibGO should take into account this "recent happenings" very seriously... He seriously should..

-Something that he might have to deal with sooner or later... Well perhaps maybe sooner..

-Also for us all to bear in mind that "Corruption Corrupts" and we should avoid it at all cost...

-Perhaps the rest of us just need to stay vigilant as best as we could.. But ultimately in the end.. It is God Almighty that knows best..


"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless n protects us all from Iblis n Dajjal**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

Saja saja... said...

Salam bahagia Dato.

- Memang jawatan MB Selangor ada "sumpahan"nya.

- Mungkin Dato lebih tahu secara mendalam rahsia sumpahan tersebut dibandingkan dari orang kampung macam aku.

- Bila pemberita bertanya pada beliau apa "pesan" Dr. M sebelum dia dilantik jadi MB, dia ada kata "Dr.M nasihat dia...jangan main duit dan...jangan main perempuan (sex)". Kurang lebih begitu la.

Crown Bridge said...

Jangan ingat kita hebat semasa kita berkuasa..doa dari rakyat Malaysia terutama Negeri Selangor di makbulkan. Allah lebeh mengetahui, walau pun kita menrahsiakan apa yang tersirat dihati kita..jangan berbohong dan berselindung disebalik apa yang tersembunyi Bahawasanya Allah swt maha mengetahui...

Crown Bridge said...

Jangan ingat kita hebat semasa kita berkuasa..doa dari rakyat Malaysia terutama Negeri Selangor di makbulkan. Allah lebeh mengetahui, walau pun kita menrahsiakan apa yang tersirat dihati kita..jangan berbohong dan berselindung disebalik apa yang tersembunyi Bahawasanya Allah swt maha mengetahui...

EVLee said...

Assalamualaikum,
re: "Dr Khir agar berhati-hati sambil merujuk kepada “sumpahan” (curse) jawatan MB Selangor"

Dari apa yang saya fahami, Boss AKJ mengingatkan Dr Khir tentang 'kecelakaan' yg menimpa ke atas MB2 Selangor yg sebelumnya. Dalam konteks tersebut, maka sumpah/sumpahan lebih membawa kepada maksud 'curse' dan bukannya 'oath'/ikrar.

Melayu Kampong said...

Datuk. Untung jadi orang besar atau bekas orang besar.Ambil berjuta juta. Penjaranya hanya setahun dan kalau Sapuman pula, masih bebas kesana sini tanpa sekatan.

Kesian ikan bilis Datuk! Curi 2-4 tin sadin dari supermarkaet kena 2 tahun penjara. Ambil wang rasuah RM50 - 100 ribu kena 2-4 tahun penjara.

Teringin nak jadi Menteri. Mana tahu kalau tak sengaja ambil RM2.6 billion bolih lagi melawat luar negara dan main salji.

Suratman Markasam said...

Aku bersimpati dengan Dr. Khir Toyo. Khir Toyo ni boleh dikatakan contoh anak Melayu yang berjaya. Menjadi contoh kepada anak-anak Melayu miskin yang lain bagaimana untuk berjaya 'against all odds'. Beliau merupakan produk DEB yang dilaksanakan dengan giat era tahun 70-an dan 80-an.
Seorang anak Melayu yang datang dari keluarga miskin di Kuala Selangor. Lulus dengan cemerlang dalam pelajaran sehingga berjaya bergelar doktor gigi sebelum terjun ke dalam dunia politik yang penuh dengan noda dan dosa.
Bapak dia dulu Jawa jual aiskrim kat Tanjung Karang. Kemiskinan hidup sama sekali tidak menghalang beliau untuk memberikan pelajaran yang cukup kepada anak-anak beliau sehingga ada di antara anak beliau yang bergelar doktor.
Sekian lama bergelar dentist, Dr. Khir Toyo mengambil keputusan untuk terjun ke dunia politik dengan bertanding buat pertama kalinya kerusi DUN Sungai Panjang pada PRU 1999 dan menang dengan bergaya. Disitu bermulah karier politik Dr. Khir Toyo.
Bintang politik Khir Toyo kemudiannya terus bersinar bergemerlapan apabila Mantan PM pada masa itu Tun Mahathir 'plucked him fom obscurity and installed him as the next Selangor MB post 1999 GE'. Beliau kemudiannya menjawat beberapa jawatan penting dalam Umno dan beliau pernah disebut-sebut mampu untuk memberi tentangan sangit dalam merebut jawatan tertinggi dalam pemilihan parti.
A first term assemblyman had now became a state chief minister. It had set the tongue wagging back then. From a nobody to very-very somebody in just a blink of an eye. Nobody expected this mild-mannered dentist of Javanese descent, hailed from impoverished part of Kuala Selangor could moved so fast in his political career; though he owed much of it from the then prime minister who saw his profesional background could be valuable asset for Umno.
Kalau nak difikirkan jenayah yang beliau dijatuhi hukuman tidaklah begitu 'grave'. Kalau nak dikira ada lagi somebody who hold atau held public office yang jauh lebih teruk daripada beliau but never get caught. Jasa beliau kepada Negeri Selangor selama 8 tahun menerajui kerajaan negeri jauh lebih besar dari kesalahan yang beliau lakukan.
But still offence is an offence no matter big or small. Kesalah beliau adalah lebih kepada salah guna kedudukan beliau sebagai MB pada masa itu 'as bargaining chip' untuk mendapatkan aset hartanah yang jauh lebih murah dari harga sebenar. Tetapi sekurang-kurangnya dia beli hartanah tu dengan nilaian harga juta-juta juga. Bukannya ratusan ribu atau puluhan ribu. Tiada public fund atau wang rakyat Selangor yang terlibat. Kesalahan beliau lebih bersifat personal dan tidak melibatkan urusan perniagaan yang melibatkan kerajaan negeri.
Beliau didapati bersalah di atas conduct beliau yang ketika itu atas kapasiti MB semasa urus niaga tersebut berjalan. Samada dia menggunakan kedudukan beliau to push through the deal, the highest court in the land had came to the conclusion that he did. His team of defence had failed to prove otherwise. And the rest is history. Wallah Hua'lam.

LaM said...

Khir Toyo MB Sgor. Shamsuddin ada projek dan berurusan dgn Kerajaan Sgor. Shamsuddin beli rumah RM6juta. Khir nak rumah tu @ RM3.5juta. Jadi rasuah ialah RM6-3.5jutalah. Ini Khir tak faham ni. Kalau Khir bukan MB, nak ke Shamsuddin nak juag @ RM3.5 juta????

Najib ialah PM. Orang Arab tu ada urusan dgn Kerajaan Msia melalui1MDB. Orang Arab beri Najib RM2.5billion. Duit dlm akaun Najib. Semua orang tak tahu termasuk Umno. kalau Najib bukan PM, nak ke pak Arab tu beri duit 2.6bill. Ini kes lebih berat dari Khir Toyo. Orang cakap 'irrefutable' evidences on corrupt intent. Pi lah bagi pembelaan dlm mahkamah ' itu duit 'donation' ke atau 'charity' ke. Tak jalan lahhh.

Macc harus berani & perlu recommend untok dakwa Najib. Kalau Apandi tak setuju, siasat Apandi kerana melindungi Najib. Tindakan sebaliknya adalah satu ketidakadilan bagi Khir Toyo dan lain2 orang yg telah didakwa seperti kes Khir Toyo. Macc perlu tutup. Mereka dah dapat 'convincing and irrefutable evidences'. Draft charge terhadap SCR berkenaan Pension fund loan tu pun dh dibuat dan tersebar didunia.

grandmarquis said...

Di sini saja pun nampak tidak jujur dalam penulisan.

"7. Tidak seperti Dr Khir yang menafikan keterlibatannya, Mohd Najib terus berdiam diri malah tidak menafikan kewujudan akaun peribadi RM2.6 bilion itu sebaliknya para penyokong beliau mendakwa wang itu adalah “derma” daripada seorang dermawan misteri Arab."

Umum mengetahui yang mengatakan 2.6 billion itu derma bukan daripada penyokong Najib. Tetapi SPRM yang mengesahkan ia adalah derma. Kalau benda semudah ini pun tak boleh bersikap jujur, macam mana nak yakinkan orang.

BTW, saya nampak nama Kluangman. Dia kata saya ni cybertrooper berbayar sebab nampak nama saya pada posting di Rocky, Bujai dan Annie. Tapi herannya ialah dia boleh pulak keluar nama dia sana dan sini.

umar said...

Khir Toyo should have said the Big Mansion was a donation from the start. No case to answer.
power corrupts.
Abu Hasan Omar !
Muhamad Taib !
Khalid Ibrahim !

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
zainal abidin awang kechik said...

PASTI TIADA YANG PERCAYA MANALAH BOLEH
SANG CEMPEDAK NAK JADI NANGKA …NAK JADI NANGKA
DUNIA MAJU CANGGIH ADA BELUM LAGI TERCIPTA
SEJENIS OBAT – OBAT SAKIT JIWA

CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR
LEMBUT TUTUR GAYA BAHASA ITULAH TEMURUN BUDAYA KITA

BEGITULAH NASIB SANG LEMBU SUSU YANG DI PERAH
SAPI PUNYA NAMA …SAPI DAPAT NAMA
BUKANKAH ITU PERIBAHASA JADIKAN RENUNGAN UNTUK SEMUA
CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR

LUPAKAH PADAKU HAI TEMAN DULU KITA KAWAN
TAPI MENGAPA KINI KITA MAHU LAWAN
BUTA MATA PEKAK TELINGA WALAU BANYAK UMPAT WALAU BANYAK CELA
CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR
LEMBUT TUTUR GAYA BAHASA ITULAH TEMURUN BUDAYA KITA

DUNIA MAJU CANGGIH ADA BELUM LAGI TERCIPTA
SEJENIS OBAT – OBAT SAKIT JIWA
MUNGKIN ESOK MUNGKIN LUSA MANALAH TAHU
BULAN JATUH KERIBA …BULAN JATUH KERIBA
TENTERAM HIDUP LAGI AMAN TIADA BANYAK UMPAT TIADA BANYAK DOSA

CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR
BUKANKAH ITU COGAN KATA JADIKAN PEDOMAN UNTUK SEMUA
CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR
LEMBUT TUTUR GAYA BAHASA ITULAH TEMURUN BUDAYA KITA

...seni kata yang baik untuk kita kongsikan bersama,,

salam tok

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ

Izinkan,

Suratman Markasam antara lain berkata,

"Bintang politik Khir Toyo kemudiannya terus bersinar bergemerlapan apabila Mantan PM pada masa itu Tun Mahathir 'plucked him fom obscurity and installed him as the next Selangor MB post 1999 GE'. "

Tun M did not 'plucked' him but 'picked' him from amongst the 'little green apples' not selected by Mat Tyson Taib as his successor.

When the ex Malay teacher (english illitrate) present 10 'red apples' to PM Mahathir he got this as a reply.. " Hang pandai ye.. saya pilih sorang, 9 lagi akan benci saya"

Wallahualam..

Semoga AKJ sekeluarga diberkati dengan Zat Sempurna dari Allah Swt..

ALFATIHAH, AAMIIN

Selangorian said...

Sebelum Dr. Khir Toyo, MB Selangor bukan Mat Taib tapi Dato' Seri Abu Hassan Omar. Beliau MB Selangor dari tahun 1993-97.

n mahadi said...

Assalam saudara Aku,

pendapat saya Sumpahan"curse"adalah merujuk kepada kesamaan nasib bekas MB-MB Selangor yang lepas dan bukan "Oath"jawatan MB di depan Sultan.

joe black said...

Dato,

One has to congratulate Najib for making huge efforts to get American Investors to come to Malaysia in spite of the Controversy Swirling Around his Character...

And there may be some truth in the Saying:

"Ïf You Are Strange Enough, They will Come"

The Idea of Cultivating at least one Wholly Unreasonable Facet of His Behaviour and Force more Reasonable People to Accomodate themselves to Him may work. It has worked in Malaysia (he has managed to supplicate UMNO and the Malays), so why not apply it to the Americans.

In his Case, there would be more than one Unreasonable Facet to his behaviour. They only have to decide which one is to their liking. It is up to his khadams to smoothen the process.

My French Friends love to do business in Africa. Corruption allows them to get easily what they want out of the place (although my African friends despised the whites who come to Africa with "sehelai sepinggang" but left carrying millions of dollars!). When these French guys decided to come to Malaysia, they thought, Malaysia, being underdeveloped, may operate in the same way as Africa. Upon arrival in KL they immediately went searching for "the right person" to get into action with. Much to their dismay, African Palm Grease does not work so well in Malaysia.

But that is the French....Americans are duty bound to adhere to strict American Rules against corruption. So it may not be so easy to recruit investors with the same liberal attitude as the French (Scopene?) or the Arabs (1MDB?)

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Zalman A said...


"Zeti knows about the money."

Indeed TS Zeti seems to be in possession of a huge amount of information.

She has the MAS report on BSI Singapore.

She has the results of the aborted task force investigation. Ominously for some, when a somewhat lesser sum of RM2 million via Affin became controversial, the task force's response was "we already knew".

TS Zeti has given her 1MDB report separately to the new A-G.

Nothing has happened so far.

We may feel a fleeting sympathy for Dr Khir, if his sins are punished yet those of far greater magnitude are allowed to escape punishment.

Such is the morality of Malaysia, circa 2015.

vinnan said...

Saja-saja,

Semua yang terlibat cekik darah Melayu ialah orang Melayu sendiri yang betindak atas nama bangsa Melayu dan ugama Islam. Akan Tapi sekurang-kurangnya 75% orang Melayu-Islam percaya yang akan menjahanamkan mereka ialah Cina Babi. Apakah sebabnya?

adzzam adzzam said...

Setuju dgn Saja-saja.

Harap ada yg buat report kpd pihak yg berkuasa supaya siasat Zeti dan Azman kerana sembunyikan fakta ttg duit derma ini.

Empat sampul surat yg datang bersama duit tersebut dah missing in action ke?

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Ini Bukan Jebat said...

Salam hormat DAKJ.

Jalan cerita dan pengalaman saya tidak lah sehebat Dato. Cerita biasa2.Cerita orang biasa.

1.Pagi tadi berjumpa seseorang yg tidak dikenali dikedai dan bertegur sapa nak jadikan kawan. Katanya dari Banting Slgor. Nak cari kayu second-hand nak buat kan anak rumah. Size 22 X 45. Bercerita anak tak mampu nak beli rumah walaupun dah berkerja. Tanpa di sorong, kawan baru saya berkata tak payah harap lah BN nak ambil Selangor. Saya bertanya nak disalahkan siapa jadi keadaan begini. Terus menunding jari ke diri sendiri. Salah undi katanya.

2. Petang talipon kawan bertanya mengenai pinjaman pelajaran MARA untuk anak yang nak sambung Master. Jawapannya ringkas, abang permohonan dah tutup. Fund dah tak de. Baru buka dalam sebulan dah tutup? Kali ini saya bertanya macamana jadi begini. Jawapannya, duit 2.6 billion dah lesap. Saya faham tak de kena mengena jawapannya tetapi itu yang tersirat di hati kawan saya dan mungkin lebih ramai sekali bagi alasan yang sama. Dah jadi cerita jenaka.

3. Sebelum Maghrib tadi mengimbas berita2 ringkas sementara masuk waktu. Terbaca berita PM dari NY sudah sampai ke Milan-Italy. Khabarnya nak tenguk EXPO atas undangan. Ada juga terdengar ada fesyen show Muslimah di Milan secara kebetulan. Jadi terbawak dan terkait dengan cerita yang diatas itu waktu nak sembahyang.

4. Sementara menunggu Isyak, rasa ralat tak dapat membantu anak saudara yang baru khawin nak pinjam duit semalam. Alasan nak pinjam saya tak tanya. Heran juga, sebab anak saudara sudah berkerja dan seorang peguam. Kalau nak teka boleh ditelah dengan hutang PTPTN, barang serba mahal dan kos sara hidup jadi alasan.

Maaf, nak bercerita nak lepas perasaan, walaupun tahu lari dari topik yg Dato tuliskan. Cuma berdoa kepada Allah SWT, usaha dan harapan saja yang tinggal. Mudah2an dimakbulkan. Amin.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
msh said...

Salam Dato.

Bila Khir Toyo berkata..."sy tidak bersalah".

Kata2 itu nengigatkan sy bahawa....ramai banduan yg dipenjara Sg Buluh...Kajang...Kamunting....Jln Day....mahu pun diAlcatraz...bila bercerita akan berkata..."sy tidak bersalah".

Ertikata....boleh kata semua mereka mengaku tidak bersalah....termasuklah seorg makhluk diSg. Buluh baru2 in.

Nmpk mcm penjara diseluruh dunia memenjarakan org2 yg tidak bersalah pula.

Tetapi sy setuju sngat bila Dato kata...isu Khir dgn Bugis lebih kurang sahaja.....cuma Khir dipenjarakan...Bugis masih syok dok belayar.

Tetapi tak lama kot.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Yesterday, Oct 2, Matthias Chang the lawyer to (Datuk Paduka) Khairuddin Abu Hassan was interview for the second time by the police. The following was his messages via SMS to friends:

1.“Dear all, I finished my statement with IO ASP Chay from Bukit Aman with presence of Zainur Zakaria, Ahmad Bazlan and Mohd Afiq Kamal (lawyers). Then met IO ASP Muniandy who asked me whether I know a particular Chinese businessman. Answered no. No arrest as yet. But they say may require further statement if needed. Told them ever ready to be arrested. God bless.”

2.“My reply to friend. No sir. Not a hero. Wanted to be imprisoned to share the struggle with Dato. I am not so naïve to let my guard down now even if I am not arrested just yet. Have told my family and international network to be ever vigilant and alert and ready to launch international campaign the moment I am arrested and expose Najib’s tyranny. Ever ready to be imprisoned. Surrendered to God’s will.”

3. Debater Zalman A, among other things, said: “"Zeti knows about the money."

4.Not just (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz. The former AG (Tan Sri) Abdul Gani Patail, knows. I believe the present AG knows. The PDRM knows. Above all the MACC knows.

5. I believe the MACC knows more than what had been revealed about Mohd Najib’s billions. It would not surprised mere if more money was involved. The MACC surely knows where the money came from and who were the “donors”.

6. I does not surprise me that those “canaries” sought by the MACC are ready to sing to save themselves from prison. They also fear for their lives even though they are now hiding in a neighbouring country and out of reach of the MACC.

7. A European diplomat told me that even the most cool-headed German investors are having second thoughts about investing in Malaysia. The tone of the Red Shirts demonstration and Mohd Najib’s precarious position spook them.

Wallahuaklam. Thank you.

Saja saja... said...

"vinnan said...Semua yang terlibat cekik darah Melayu ialah orang Melayu sendiri yang betindak atas nama bangsa Melayu dan ugama Islam. Akan Tapi sekurang-kurangnya 75% orang Melayu-Islam percaya yang akan menjahanamkan mereka ialah Cina Babi. Apakah sebabnya?"

Melayu ada kuasa politik dan berkuasa dalam bidang pilitik, bukan Cina. Cina ada kuasa ekonomi dan berkuasa dalam bidang ekonomi. Kuasa politik lagi kuat dari kuasa ekonomi. Kenapa 75% orang Melayu "percaya yang akan menjahanamkan mereka ialah Cina Babi"..itu lah intipati dasar kuasa politik orang Melayu UMNO yang sengaja menakut2kan pengundi Melayu terutama di luar bandar supaya mereka terus dapat berkuasa. Tanpa lagu yang semacam begitu, susah nak disusun irama yang serentak.

Jadi orang Melayu sentiasa dalam ketakutan bahawa Cina Babi ada niat mau jatuhkan kuasa politik Melayu. Pada saat ini pun, orang Melayu masih terpingga2 dan menghadapi dilemma mental siapa selepas Najib? Kenapa kita ada fikiran sempit begitu? Kenapa kita masih takut kalau Lim Guan Eng jadi PM Malaysia? Siapa kata PM kta mesti Melayu?

PM Malaysia mesti Melayu dan Islam, itu permainan politik UMNO supaya mereka terus berkuasa walaupun pemimpinnya biadap dan rasuah. Kita berHAK dan ada HAK dapat seorang PM yang baik dan jujur. Itu adalah HAK aku.

Kita sangat berterima kasih atas budi dan jasa UMNO/Perikatan/BN selama ini yang bertungkus lumus sejak 60 tahun, membangunkan negera. Itu kita tidak boleh nafikan. Kita juga harus bersyukur dapat pemimpin UMNO seperti Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan Tun M. Bukan senang dapat Melayu yang sehebat ini. Dan kita perlu pemimpin yang semacam itu untuk melalui jalan yg berliku2 selepas kita merdeka.

Tetapi sudah tiba masanya kita harus berhijrah meninggalkan Kota UMNO/BN sebab terlalu bahaya, penuh dengan maksiat sebab penduduk kota itu bertuhankan wang dan sex. Suatu hari nanti mungkin kita boleh kembali ke kota itu setelah dibersihkan.

Saja saja... said...

7. A European diplomat told me that even the most cool-headed German investors are having second thoughts about investing in Malaysia. The tone of the Red Shirts demonstration and Mohd Najib’s precarious position spook them.

The mind of investor is profit. In high risk country like the current situations in Malaysia, the cost of borrowing is relatively high, thus is not conducive for good return. If Malaysia is classified as a junk-bond country, sooner than later, forget about FDI.

FDI is important to us, as it create job. Every county is struggling to create more job. One of the impacts from low FDI is from Shell Malaysia.

"KUALA LUMPUR, April 10, 2015: Shell said it anticipated 6,500 staff and direct contractor reductions globally in 2015, out of which, Shell Malaysia Ltd had this to say, Shell has been in Malaysia for over 100 years...confirmed its IT unit in Cyberjaya is being relocated to Bangalore, around 850 jobs and 1,000 external contractors could be impacted...as part of its reduction of 1,300 jobs in Malaysia."

Where is PEMANDU (its boss is from Shell) , EPU (banker should know about this), Zeti on this issue? I know their boss is in Milan, but the Islamic Fashion Show in Milan will not create 1 lire for Malaysia or save the 1,300 jobs. Please.

Enough is enough!

doncin cai said...

Hehehehehe
nguling nguling saya gelak

doncin cai said...

Emmmn

Othaman Ahmad said...

A good lesson for all politicians irrespective the govt of oppositions, not forgetting the judiciary, police, MACC & top govt officials too.

Othaman Ahmad said...

Bukankah stigma 'Pemimpin serta isterinya yg paling banyak makan angin & berpoya-belanja di tempat & penginapan paling mewah; telah dicatat & dianugerah kpd Najib & Rosmah. Itulah Jasa SUMBANG paling bermakna mereka berdua kpd negara & rakyat.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).