Saturday, November 07, 2015

Hambat Mohd Najib Seberangi Rubicon


A Kadir Jasin 

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

SEPERTI Julius Caesar, Emperor Rom, yang membawa bala tenteranya menyeberangi Sungai Rubicon pada tahun 49 SM, kita di Malaysia pun sudah melakukan hal yang sama.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Tetapi janganlah kita berasa terlalu sombong, mendabik dada berkata: “Aku sudah menyeberangi Rubicon.”

Kita terpaksa menyeberangi Rubicon kerana Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak telah terlebih dulu menyeberanginya.

Julius Caesar Menyeberangi Rubicon
Beliaulah menyeberangi Rubicon apabila beliau merujuk kepada kebijaksanaan Bugis yang berbunyi, sekali layar terkembang pantang biduk surut ke pantai.

Dalam bahasa Bugis, "kualleangi tallanga natowalia" atau dalam bahasa Melayu Indonesia, lebih kupilih tenggelam (di lautan) daripada harus kembali lagi (ke pantai)". (Daripada blog http://ila-galigo.blogspot.my).

Oleh sebab sebahagian daripada kita kini menjejaki dan menghambat beliau maka kita juga terpaksa ikut menyeberangi Rubicon.

Kita juga terpaksa mengikrarkan apa yang Julius Caesar ikrarkan apabila tenteranya menyeberangi Rubicon. Kata Caesar: “alea iacta est.” Acuan tekan sudah dituang maka terpaksalah kita menerima bentuknya.

Kita sudah berusaha sedaya upaya mengubah keadaan demi menyelamatkan negara kita berlandaskan kebijaksanaan semasa (conventional wisdom). Tetapi kita gagal kerana Mohd Najib tidak berjuang di atas landasan yang sama.

Conventional wisdom nampaknya tidak ada tempat dalam strategi dan tindak-tanduk beliau. Sebaliknya beliau bertindak di luar konvensyen dan kebijaksanaan semata-mata untuk menyelamatkan diri.

Kita terpaksa akur kepada apa yang sedang berlaku, iaitu sesuatu yang belum pernah kita lalui sejak merdeka pada tahun 1957. Kita bermain bola di atas padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol diubah-ubah.

Berfikir Secara Tidak Konvensional

Dalam situasi itu, kita perlu memikirkan kemungkinan-kemungkinan berikut:

1. Kita terpaksa akur kepada hakikat bahawa Mohd Najib tidak akan meletakkan jawatan dan kita tidak dapat melakukan apa-apa sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

2. Kita terpaksa menyediakan minda untuk menerima kemungkinan usaha dilakukan untuk menangguhkan PRU sekiranya Mohd Najib dan konco-konco beliau berasa mereka akan kalah.

3. Kita jangan sekali-kali melakukan hal-hal yang boleh dijadikan alasan oleh Mohd Najib dan konco-konco beliau untuk tidak mengadakan PRU.

4. Sekiranya PRU diadakan, kita perlu melihat ke hadapan melepasi Mohd Najib dan hegemoni Umno/Barisan Nasional.

5. Kita perlu melihat ke satu era baru di mana Umno/BN bukan lagi tempat bergantung kerana Umno dan BN di bawah kepemimpinan sekarang tidak lagi terangkum (incusive) dan peduli kepada kepentingan rakyat jelata. Mereka bertindak seolah-olah mereka “lord and master of the universe.”

6. Kita perlu memikirkan politik yang lebih Malaysia, buta warna, berpaksikan kemanusiaan, ketamadunan dan keluhuran Perlembagaan.

7. Dalam masa terdekat, kita juga perlu memikirkan pewujudan gerakan massa non-partisan yang menggabungkan penggiat dan pesara daripada segala aliran - politik, agama, profesional, cendekiawan, usahawan, pesara tentera dan polis, pemimpin pelajar, badan-badan bukan kerajaan dan sesiapa saja yang komited menyelamatkan Malaysia.

8. Kita perlu mempamerkan kepada dunia yang semakin tidak percaya kepada negara kita bahawa kita peduli dan akan melakukan apa saja bagi menyelamatkan negara kita. Insya-Allah.

Nota: Kepada yang berminat memahami lanjut sebab mengapa saya menguar-uarkan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, sila baca di sini.

Makam Sultan Hasanuddin, Raja Gowa, Sulawesi
Wallahuaklam.

50 comments:

kuseman kuhussain said...

Datuk, saya sangat tertarik dengan perenggan ini:

"Kita terpaksa akur kepada apa yang sedang berlaku, iaitu sesuatu yang belum pernah kita lalui sejak merdeka pada tahun 1957. Kita bermain bola di atas padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol diubah-ubah."

Saya akui inilah hakikat yang sedang kita hadapi. Sekali lagi, "Padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol yang diubah-ubah" adalah pendekatan untuk terus memastikan kuasa berada di tangan. Kita ada undang-undang tetapi undang-undang diubah untuk menjaga kepentingan pihak tertentu. Padangnya menjadi tidak rata apabila ada satu pihak bermain dengan limpahan wang sementara satu pihak lagi dengan berbekalkan integriti.

Pada era orang Melayu yang sesetengahnya menjadi begitu materialistik sekali terutama yang berada dalam barisan pemimpin parti peringkat bawah hingga atas, integriti tidak ada makna berbanding wang yang dicurahkan di depan mata. Wang yang begitu banyak boleh memadamkan integriti kecuali yang benar-benar percaya bahawa manusia apa lagi seorang muslim yang tidak ada integriti adalah bangkai yang bergerak.

Kita akan terus begini (menjulang tokoh yang salah) apabila wang membentuk satu tatacara baharu politik di Malaysia. Wang digunakan untuk membina empayar, setidak-tidaknya yang menguasai sistem perundangan dan penguatkuasaan. Sesetengah daripada kita terus terangguk-angguk mengulangi bahawa "bulan berwarna biru" apabila meletakkan otak di kepala lutut dan tidak percaya kepada kebijaksanaan sendiri yang "bulan bukan berwarna biru." Saya tidak mahu berada atau menjadi sebahagian daripada kelompok ini.

Saya fikir Datuk boleh berbangga kerana telah menggunakan kelebihan sebagai wartawan untuk membawa pemikiran rakyat ke arah yang betul dan menyelamatkan mereka daripada diperalatkan. Datuk telah memuliakan kerjaya wartawan yang menjadi fourth estate (sepatutnya) dalam pentadbiran negara.

Datuk dan beberapa rakan-rakan lain telah berusaha untuk menyedarkan rakyat bahawa "bulan bukan berwarna biru" seperti yang sering dimuntahkan oleh pihak tertentu. Tetapi disebabkan oleh doktrin itu disebarluas sebagai suatu yang benar, maka sebahagian rakyat menerima kepalsuan ini.

Akhir sekali, jangan mimpikan suatu yang luar biasa berlaku di mana yang tidak ada integriti akan jatuh. Perkara ini tidak akan berlaku selagi semua jentera kerajaan dan sistem dikawal oleh puak ini. Mereka akan mengalihkan gol dan menyediakan pengadil yang berat sebelah di mana hasilnya akan memperkukuhkan cengkaman yang sedia ada. Rakyat akan terus ditakut-takutkan oleh bayang-bayang yang diciptakan untuk kepentingan peribadi. Rakyat seharusnya ketawa apabila Maharaja Lawak berjenaka bahawa ada usaha menggulingkan kerajaan. kah...kah...kah








kluangman said...

Dah boleh lupakan UMNO saat ini, dah boleh keluar dari perbincangan dan peka politik, sudah tidak perlu peduli bila pilihanraya ada ke tak ada dan siapa yang nak mampus.

Fokus pada ekonomi, fokus pada kesejahteraan diri dan keluarga dan kalau rasa mampu beli jet, terbang sana sini, hijrah ke negara lain, Madinah !!!

Berfikir secara tidak bertanggungjawab, bertindak secara kurang ajar kerana itu tauladan pemimpin...

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
joe black said...

Every week we see Personalities under protection reach the pinnacle of their achievement.

Last week it was Arul Kandasamy..."Renowned" banker and publicly known fodder for all and sundry. Last week he succeded in getting himself thrown into the same basket as Ahmad Maslan and Rahman Dahlan. Any bank on earth requiring expertise on repeat evasive action will no doubt be looking for this man for help, for he is no good for anything else (solve Malaysia's indefatigable problem by December? Heh heh!).

A word of advice for him though:

"Never work for Anyone more Insecure than Yourself"

Anyone who feels inadequate to a position of authority will inevitably a) trust the wrong people for advice (watch out for the razak baginda lookalike hovering around your boss!) b) betray you at the drop of a hat c) mess up the whole enterprise and drive everyone and everything into distress and disaster.

Such people are driven, night and day, by fear of exposure. It's better to work for a competent tyrant than an incompetent serpentine.

Pakcik said...

Demokrasi di Malaysia sudah jadi seperti pakaian di dlm gerubuk yg dipakai utk masa masa atau majlis tertentu dan bagi mengaburi org lain..

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Hussein Hakim said...
This comment has been removed by the author.
LaM said...

Mengapa Zahid, bak lagak seorang gangster beri amaran kepada MP2 BN supaya tidak bergabung dgn Pembangkang untuk menolak Budget. Penolakan Budget adalah satu isyarat rakyat yg diwakili olih MP mereka bahas, Najib tidak lagi dipercayai untuk memimpin Negara ini dan perlu letak jawatan, Ini adalah mengikut amalan parliamentary democracy. Mengapa pula Zahid bertindak seperti gangster mengugut MP2 BN ini. Dalam hal isu Negara dan yang melibatkan kepentingan Negara, MP2 perlu mendapat mandat dari constituency mereka, yg mereka wakili.

Nampak sangat siZahid ni lebih pentingkan jwatannya dari kepentingan rakyat dan negara. Takut hilang jawatan, gertak & ugut MP2 lain. Adalah tindakan yang bangang utk MP2 ni mengikut arahan & ugutan siZahid. Budget ditolak, PM baru dilantik. Budget baru bolih dibentangkan. Tiada masalah. Agong ada kuasa utk summon parliament pd bila2 for special sitting. Ada masalah ke??? Artikel 102 beri kuasa kepada Parlimen utk meluluskan apa2 perbelanjaan sekiraya Budget tidak sempat diluluskan. Tiada masalah kalau Budjet ditolak untuk Najib diarah letak jawatan. Itu yg Zahid mengelupur dan merapu tak tentu arah. Betulah cakap Hamid Bador. Dia ni lagak gangster.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Mungkin gelaran itu lebih tepat digunakan kepada arwah Tun Abdul Razak. Dalam tempohnya yang begitu singkat sebagai PM, banyak jasanya yang ditaburkan dimanfaatkan oleh rakyat jelata. Berbanding dengan anaknya PM sekarang, gelaran itu seakan diperkecilkan atau dicemarkan oleh pemakainya. Mengaibkan.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
kensai toshin said...

Datuk..saya berdoa usaha datuk dan lain2 berhasil.amin.susah,ye saya tau.sbb perjuangan ni jgk saya hilang seorg kawan.tp saya percaya,kalau perjuangan datuk dan lain2 diredai allah,kehilangan saya tu allah akan ganti.good luck ☺️

nothing to hide said...

legal maxim any law student should know unless he is from uia who will not know the difference between has and have.

to whom shall i complain against thy hand if i am to seek justice also from thy hand.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Zed-85 said...

Sallam Dato'

Saya agak setuju dengan salah satu pembahas iaitu penyakit yang paling besar dalam negara kita adalah politik wang.

Persoalan yang utama yang patut difikirkan adalah bagaimana untuk selesaikan penyakit politik wang.

Saya teringat ucapan Muhyidin satu ketika berkenaan mereka yang menaiki tangga politik dengan wang. Akhirnya berjaya, tetapi tidak ada kebolehan.

Kalau di negara lain, persaingan yang sengit dalam sistem 2 parti memastikan kepentingan rakyat terjamin.

Kita dapat lihat sendiri dalam TV di negara barat pertandingan antara, Republican dan Democarat di US dan Labour dengan Conservative di England.

Tidak ada ahli politik di Amerika dan England yang berani mengatakan umpamanya, untuk selesaikan masalah kesesakkan lalulintas, rakyat mereka perlu bangun lebih awal dan lain-lain jawapan yang tidak sepatutnya kerana meraka takut akan kalah.

Saya berpandangan era orang melayu untuk bergantung kepada satu parti sudah berakhir.

Formula yang baru patut dicari supaya kepentingan dan masa depan negara lebih terjamin.

Perkara yang paling utama, orang melayu majoriti sepatutnya menjadi pemerintah supaya kestabilan negara kekal. Parti yang mewakili orang melayu tidak patut ditujukan hanya kepada satu.

Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Sahabat3 Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Prime Munafiq)"


"Bull's Eye"

-Congratulations to our Datuk Maestro for a "thoughtfully deep" article.. Kudos DAKJ Kudos.. May Allah SWT shield U from harm.. ***Ameeenn** :-)

-Congratulations as well to our fellow bloggers.. Agreeable points, especially from Mr. Ku Seman & Mr. Joe Black.. Touché Sir.. Both of U.. :-)


"The Die Is Cast"

-Wish "Me, Myself & I" could say more.. But perhaps not, because its obvious that every Malaysian is also "expressing the same thing".. In here or elsewhere..

-May God Almighty consolidates Our Nation & guides us all towards Righteousness... ***Ameeenn**


"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects us all from Iblis & Dajjal**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Stay sharp Malaysia!
Take care & W'Salam :-)

A KADIR JASIN said...

1. Debater Tai-pan Jr and others. We should not despair. We must keep discussion alive. We must keep diplomacy alive and we must keep democracy alive.

2. Mappadulung and his desperate men and women may want discussion dead, diplomacy dead and democracy dead. We have to continue our struggle.

3. Insya-Allah, we shall fight the battle AND shall win the war.

4. The Prophet of Allah (PBUH) said: (On the authority of Abu Sa’eed al-Khudree (may Allah be pleased with him) who said: I heard the Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) said, “Whosoever of you sees an evil, let him change it with his hand; and if he is not able to do so, then [let him change it] with his tongue; and if he is not able to do so, then with his heart — and that is the weakest of faith.” [Muslim].

5. If we give up, the evil will win. With power (hand), words (tongue) and heart (thoughts) we shall continue this fight.

Wallahuaklam. Thank you.

Mokcik Tudung said...

Assalamualaikum.

Kalau yang nak dihambat tu buta dan tuli..payah jugak Dato. Kita jerit sampai nak terkeluaq anak tekak pun dia buat bodoh saja. Mungkin kita kena bedai dengan penyapu..baru mau jalan kot.

Anonymous said...

Sudahlah Kadir, berapa banyak Mahathir dan kuncu2 bayar tiap2 bulan. Buatlah banyak2 amalan untuk akhirat. Mahathir tu lain, dia memang dipanjangkan umur untuk melihat segala kezalimannya dan jahatnya beliau.

adion said...

siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong, lama lama jadi perdana menteri.

Abdullah said...

Basmallah

Salam sejahtera ke atas semua

Setiap Manusia mempunyai kedudukan yang sama. Begitu Juga dalam penciptaannya. Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Manusia adalah makhluk yang sempurna. Yang membedakan manusia yang satu dan lainnya hanyalah Iman dan Takwanya.

Allah S.W.T berfirman: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surat 49 Al-Hujuraat Ayat 13)

Ayat ini adalah seruan untuk seluruh manusia tanpa pandang agama, suku, ras, warna kulit dan bangsa. Manusia semuanya berasal dari Adam dan isterinya Hawa Alaihimas Salam...Manusia yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling bertakwa

Bertakwa adalah "MELAKSANAKAN DAN MEMATUHI SEGALA PERINTAHNYA DAN MENJAUHI SEGALA LARANGANNYA

RASULLAH S.A.W bersabda:-
Sesunggunya Allah tidak memandang rupa dan harta kalian, akan tetapi Dia memandang hati dan amal perbuatan kalian. (HR. Muslim dan Ibnu Majah).

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal siapa yang bertakwa lahir dan batin dan siapa yang bertakwa lahirnya saja tanpa di sertai batinnya

Setelah diamati dan diselidiki, amatlah dikenali kejahatan yang berlaku di wilayah nusantara emas ini

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di jawa hamba dirikan
KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA
Nyawa dan badan hamba serahkan

HAMDALLAH


rahman jpc said...

salam d kj

selama ini saya lebih bersikap berkecuali dan cuba berusaha mendamai kan mereka berdua (tun n m dan ds najib)

namun jika tun m d perlakukan dengan cara tidak adil, maka saya tidak ada pilihan untuk mengambil sikap yang lain. kita tunggu dan lihat.

barang di ingat bahawa saya anak kelahiran pekan(pahang); saya pernah bertugas sebagai atase pelajaran di uk semasa ds najib masih menuntut di sana;dan saya pernah di arah menjadi 'duty officer' selama lebih kurang satu bulan semasa arwah tun razak menjalani rawatan sahingga lah beliau meninggal dunia di London.

mari lah kita berdoa samoga 'cool heads will prevail.

u may choose not to publish these comments of mine.

Fairus Mohd Aziz said...

As salam Datuk,
I totally agree with you on the need to keep diplomacy & democracy alive in this trying times.
As a wise man once said:
"The only thing needed for evil to triumph,
is for good men to do nothing"

This is clearly what's going on in our country at the moment. Good men are being silenced in every way possible by the Corrupt Regime.
My only fear is that soon, we'll run out of good men. What will we do then?
Still sticking to Diplomacy & Democracy?
Look what happened to our beloved Tun Dr. Mahathir? Police have already questioned him. According to Zahid, apparently there's 3 report made against the former PM of 22 years. What about the many police reports lodged against Najib? Especially the one from the former UMNO member Ms. Ainina of Langkawi? Has the police question Najib over this report?

Wallahualam.

A KADIR JASIN said...

Mohon izin dan maaf. Saya menyiarkan sebuah lagi komen "anonymous" daripada jenis baling tahi sembunyi tangan di kalangan penyokong Mappadulung. Inilah standard keberanian dan mutu hujah mereka. Wallahuaklam. Terima kasih.

msh said...

Salam Dato

Memang pasti Bugis akan menangguh PRU. Umum dan seluruh dunia pun tahu betapa ghairah dia dgn agenda menyelamat diri ..dan melepas jawatan atau berundur bukan lagi pilihan. .memang sama seperti Julius Caesar lakukan dgn menyeberangi Rubicon.


Kita tidak perlu hairan atau terperanjat lagi dgn apa yg dia telah dilakukan atau akan lakukan sebab semua tindakan tentu telah dipertimbangkan bersama2 penasihat2..isteri tersayang dan org no.2 yg kemaruk kuasa.

Secara peribadi....sy beranggapan bahawa untuk kita mmembuat sebarang ulasan/andaian tentang hala tuju negara tanpa Bugis mungkin terlalu awal kerana jika BN masih memegang tampuk pemerintahan dgn UMNO sbg Parti tunggak dgn cara yg sama..aoa sngat perubahan yg boleh kita nikmati.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

1. Debater Rahman JPC, I have to publish your comment. It's priceless. I have to share it with others.

2. The problem with Mohd Najib is he easily forgot the past or he thinks people did not know what he did last summer.

3. The forgets or just doesn't care that people like you know him from his university days in the UK.

4. Yours is just one of many stories told to me about how "exclusively" Mohd Najib was raised and tended to in the UK because his father was the PM and the Noah family was wealthy.

5. Back in Malaysia, when he was made to contest his father's Pekan seat in 1976, the path was cleared for him. He won uncontested. And from that day onward, Tun Hussein and Tun Dr Mahathir protected him from people who meant him harm and promoted him at the slightest opportunity.

6. I was there in the background looking.

Wallahuaklam. Thank you.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Memang itulah resam pasukan siber yang dikaitkan dengan najib. Komen guna nama anon di merata blog dan mengulang zikir mahathir mereka pada setiap ulasan. Dah upahnya pun dari duit haram gamaknya, takkan dapat hasil yang baik2.

Berita kemungkinan persetujuan datuk mukhriz meletak jawatan mb kedah susulan pertemuan tertutup dengan zahid dan hishammuddin dan umno kedah, jika benar, tidaklah begitu menggemparkan. Mungkin kebaikannya lebih banyak daripada keburukan. Datuk mukhriz adalah di antara sebilangan kecil pemimpin umno yang masih kelihatan bersih dan dihormati oleh sebahagian besar rakyat khususnya akar umbi umno. Jika datuk mukhriz dikeluarkan dari kepemimpinan umno, akan berkuranglah ciri2 kebaikan yang tinggal pada umno. Untuk diri datuk mukhriz sendiri akan kelihatan lebih bersih kerana tidak terus terpalit sama dalam gerombolan yang telah berlumpur itu.

Sekiranya peletakan jawatan datuk mukhriz menjadi kenyataan, jelaslah jalan najib yang tidak mengenang dan tidak tahu membalas jasa bukan sahaja tun mahathir tetapi umno sendiri.

Zal said...

Assalam Datuk, Your posting this time gave a flicker of hope just as I was beginning to lose it. How not to when we expose' after expose' have been posed but nothing has come out of it yet. Matters have been made worse with the increase in toll rates and some 'not too bright' comments made by the people in power served only to anger the public. But when will the closure be?

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
JMS said...

DAKJ,

1. Tidak ada maanusia yg paling invincible (kebal) hatta seorang PM dengan segala kekuasaan, keuangan dan apparat kerajaan yg ada padanya. Pasti ada achilles heelnya yg akan menyebabkannya tersungkur ke bumi. Sejarah banyak membuktikannya.

2. Saya juga yakin dan percaya akan ketentuan Allah swt.

3. Saya terbaca dalam MI komen negatif Tawfik Ismail terhadap TDM kononnya TDM pergi berjumpa G25 untuk mendapat sokongan mereka mendesak Najib meletak jawatan. Sejak bila dia menjadi jurucakap G25 atau sengaja mengambil kesempatan untuk membelasah TDM kerana hakikatnya dia mempunyai ' an axe to grind' ?

yana said...

Salam Datuk A. Kadir.

Kalau Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrabone ini boleh dibukakan jalan untuknya naik ke kedudukan beliau hanya sebab dia anak Tun Razak, dia juga boleh dilucutkan atas sebab-sebab yang lebih sahih lagi iaitu makan tabungan awam, rasuah besar dan salahguna kuasa yang diberi padanya. Macamana dia diangkat oleh orang-orang yang telah menaikkannya begitu dia wajib diturunkan oleh orang-orang yang sama beserta rakyat jelata.

Kenapa rakyat mesti menuruti acuan dia menyeberang Rubikon bersama dia. Kita lepaskan tali yang dia pegang itu, lepaskan segala sandaran yang dia janji-ugut ke atas rakyat. Hambat dia berhabis-habisan, tolak dia berhabis-habisan sampai dia jatuh bersama-sama kerajaan boneka dia itu. Perjalanan untuk mencuci kerajaan ini panjang lagi kerana tak pernah diservis. Dan cuci ini harus untuk for good. We truly need a good cleansing, reform, change in the way we think, acceptance that this country also house not only melayu but other races as well. And this change must be real.

Thanks Datuk AKJ. Musim hujan hari-hari ni, hati-hati bila memandu. Take good care Datuk AKJ.

Zalman A said...


Salam Datuk

The Rubicon that the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone is actually not a river in Europe. The Mappadulung's real Rubicon is Sungai Kedah and Tun Dr M.

As he walls himself up inside his crumbling tower of deceit, Najib has to remember that bringing his crooked henchmen to bear against Tun is risky indeed, if he wants to push it to the level of arrest and trial.

The reason is blindingly simple: The Malays can see very clearly that Najib is fundamentally useless. There can be no pretence of competence after these six failed years. He is harming the nation in fundamental and irreparable ways.

Hence any arrest of Mahathir will invite such a backlash that the Mappadulung will need to take his budding dictatorship to the next level.

But he does not have the grassroots support to pull this off.

As he watches the KBU fawning and licking his boots for money, the Mappadulung may be foolish enough to think that he enjoys the support of the people.

But a few hundred people in his inner cash circle will not triumph in the long run.

The Malays can see very clearly that Najib is fundamentally useless. They will choose Mahathir any day, if asked to choose sides.

I think Tun is quite aware of this.







Hussein Hakim said...
This comment has been removed by the author.
RD. said...

Salam Dato AKJ dan Saudara msh.

Dulu saya pernah syorkan minta bantuan ATM(Automated Teller Machine) untuk mengeluarkan wang, dan saya paham mengapa Dato tak siarkan.

Ketika itu pun saya sedar, Najib akan cari alasan untuk menangguh PRU akan datang, sama seperti tertangguhnya PAU, siasatan oleh AG dan PAC dan lain-lain termasuk saman beliau terhadap SR dan WSJ. Saman keats Tun Liong Sik pun, mungkin tinggal atas kertas saja.

Oleh itu Rakyat mesti berwaspada dari sekarang untuk mengelak dari tercetusnya 'sesuatu' suasana atau keadaan yang memboleh membuatkan PRU terbatal. Ketegangan kaum, misalnya. Kemunculan 'Baju Merah' nampak jelas, akan membawa kearah itu. Oleh yang demikian, adalah lebih 'selamat', dibatalkan demo Bersih-5 atau protes anti-Najib, lebih-lebih lagi menjelang PRU. Kalau demo yang tidak melibatkan issue perkauman dan disertai oleh pelbagai kaum, mungkin lebih berkesan. TETAPI, protes itu MESTI jelas: Najib turun dan Kerajaan sedia-ada terus memerintah sehingga PRU. Oleh itu, mereka tiada alasan untuk mendakwa sesiapa mahu 'mengulingkan Kerajaan'.

Dulu kata TPPA akan dibawa ke Parliament untuk diluluskan. Hari ini ternampak seolah-olah TPPA akan akan diluluskan ketika Obama datang.

Asyik berbohong saja Kerajaan yang ada hari ini.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Aku said...

Kadiag, salaam.

Wuiih, jauh hang ronda, sampai ke anak sungai Rubicon dan 50 tahun sebelum lahiagnya Nabi Isa A.S. pulak tu...

Tapi aku tetap anggap dia sebagai seorang 'miscreant' biasa saja. Yg jadi teruknya, aku rasa laa, zaman hidup (dan mati sekali kod) kita ni agak pelek sikit, pasai orang macam dia begitu ramai, yg pakai pakayan seragam, yg tak pakai pakayan seragam, yg jadi ketua ni ketua tu pon terlalu ramai ropanya, bukannya dlm parti pemerintah saja tapi yg tak parti pemerintah pon ada, yg dari negeri bawah angin, negeri kembang layag... dan depa dah betapak berakag lama sakan. Pendek cegheta, dah jadi gejala 'massa'. Lazemnya nak cabut buang memang ambek masa lama dan tenaga yang luag biasa, dakka..Kadiag ?

Tapi dah ada banyak kemajuan... Alhamdulillah. Antaranya aku terbaca soalan Fairus 9.50 pagi, menteri mata2 kata 3 repot di buat terhadap member hang dari Tongkang Yard tu, (lepaih tu kod) depa pon siasat laa.... Yg repot tehadap orang Pekan tu berapa banyak..?amacam, dah siasat ka...?

Maghap no. Wa sallam.

Aku

tupingera said...

"gerakan massa non-partisan yang menggabungkan penggiat dan pesara daripada segala aliran - politik, agama, profesional, cendekiawan, usahawan, pesara tentera dan polis, pemimpin pelajar, badan-badan bukan kerajaan dan sesiapa saja yang komited menyelamatkan Malaysia."

Bila nak start? Harap jangan cakap-cakap aja, jangan raise false hope.

The time is right for the meme to go viral in this favourable, fertile environment. The time is right for the radical shift of Malaysian political consciousness.

Pakcik Atan said...

Manja sangat Najib ni... dari kecil sampai ke tua... langsung tak ada jati diri sendiri....

Hussein Hakim said...

Salam and good day to all,

One of a kind article to read

http://www.rausyanfikir.com/2015/11/world-bank-in-malaya.html?m=1

Wasalam

AbGJaS said...

Awak Tuhan ka?

Siti Nor Jeana said...

Datuk. Nak sayangkan umno sayang apa lagi. Semuanya tak boleh dipercayai lagi. The present leadership line up just cannot be trusted.

Am now waiting patiently for pru14 to bury umno in an unmarked grave. Preferably cremate so there wont even be a grave.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
yana said...

Salam Datuk AKJ.

Clearly Najib's Rubicon crossing and the massive rakyat's who do not condone his are like you have already stated - different ways. Najib's crossing of his Rubicon to save his skin by hook or by crook. And in so doing he uses compulsion to make us also follow him so if he dies we also die together with him. But we have a choice not to. Instead we cross our own Rubicon and that is what we have been doing and should continue to be on the path that we have chosen - the path that differs from Najib's and the path that we should never think twice to turn back! It's do or die for both. The difference is ultimately the good one will stand the test of time, the rotten will perish.

We do have a choice - cross our own Rubicon. Alang-alang menyeluk pekasam. We can make that change.

Thanks Datuk Kadir Jasin.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
RD. said...

Emmm... "PM itu amanah rakyat,......."

Bagaimana dengan Mat Sabu? Beliau di singkir dari PAS kemudian buka party baru dan menjadi 'President PAN', party amanah rakyat.

Siapa beri dia amanah untuk 'menjaga' party baru itu bagi pihak Rakyat?
DAP yang belum di iktiraf ROS, CEC nya?

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).