Monday, November 16, 2015

Hooray, Kalah 6-0 Saja!


A Kadir Jasin

SELEPAS kena sebiji dengan “Saja saja”, izinkan saya bercakap sikit berkenaan bola. Bukan bola “Man U”, tapi bola Harimau Malaya.

Alhamdulillah, pasukan bola kebangsaan Malaysia kalah 6-0 kepada Palestin dalam pertandingan pusingan awal Piala Dunia 2018.
 
Piala Dunia: Bola kita standard estet
 Syukur mereka tidak kalah 10-0 macam kepada Amiriah Arab Bersatu September lalu.

Dalam pusingan pertama dengan Palestin di Stadium Kebangsaan Jun lalu, mereka kalah 6-0 juga.

Kesimpulannya mutu bola sepak kita kekal – tak jatuh dan tak naik.

Syabas pemain, jurulatih, pegawai, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Menteri Belia dan Sukan, (Encik) Khairy Jamaluddin.

Cadangan Saya

1.  Bubarkan pasukan bola kebangsaan dan FAM.

2. Kalau tak mahu bubar (takut hilang peruntukan dan peluang merayau ke luar negara) sila jangan malukan sang harimau. Tolong gugurkan pelekat “Harimau Malaya”.

3. Kalau nak guna juga nama harimau, tolong tukar kepada “Harimau Sarkas”.

Adoi, apa punya harimau laaa.....?
 4. Kalau tak mahu bubar dan nak juga guna label “Harimau Malaya”, tolong jangan ambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa selama lima hingga 10 tahun.

5. Dalam tempoh 5-10 tahun itu bina pasukan baru dan ganti FAM dengan satu struktur baru yang egalitarian.

6. Dalam tempoh itu juga adakan pertandingan persahabatan dengan pasukan-pasukan negeri, estet dan Felda serta negara-negara jiran. (Zaman saya remaja pada tahun 1960-an pasukan bola Harvard Estate di Gurun, Kedah, sangat terkenal. Geng tendang betis kering).

7. Lantik menteri sukan yang lebih berinspirasi dan mampu menaikkan semangat serta aspirasi pemain dan pegawai.

Sabun Mandi Jenama Popinjay
 8. Kalau semua ini tidak mahu dibuat atau tidak mampu dibuat, sila maklumkan saya. Saya akan dermakan beberapa tong sabun mandi “Popinjay”. Pandai-pandailah manfaatkan.

Wallahuaklam.

45 comments:

The Eugenist said...

Salam..

Datuk (Pak) Kadir,

Point 7 dan 8 yang lebih menarik. tapi bab sabun tu ..pesan orang2 dulu..

"kalau sabun tu jatuh, jangan gatal nak pegi ambik yaa.."

saboun said...

Assalam Datuk AKJ,

Terkenang sabun mandi Popinjay ni masa tinggal di asrama tahun-tahun 70an...

Dalam maksudnya... seperti dalam filem P Ramlee Laksamana Do Re Mi...

Sabun di bilik mandi... Ohh... Sabon dibilik mandi... Sabonnnn...

https://youtu.be/f_y_Mszr5wk


rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Eloklah juga ubah tajuk. Cerita pasal Najib dan 1MDB tu bagi kat orang lain pulak. Dato' pun bukan muda macam dulu lagi. Lebih baik Dato' tulis cerita-cerita yang nostalgia zaman lima puluhan dan enam puluhan.

2. Saya seronok baca cerita pasukan bola estet Harvard. Kebanyakan kampong Melayu tradisional dulu terletak dipinggiran estet besar milek orang puteh. Pekerja bangsa india dibawa dari india. Orang melayu dipinggirkan dalam kawasan padi atau mengusahakan tanaman getah dipinggiran estet.

3. Didaerah Baling dan Kulim semua kawasan tanah yang sesuai untuk getah dibangunkan dengan tanaman getah oleh syarikat-syarikat orang puteh. Kampong saya dipinggiran estet yang bernama Gadek Estet. Kami budak kampong bermain bola sepak atas rezab tanah perkuburan. Dalam serba kekurangan boleh membentuk pasukan bola dan mengadakan perlawanan dengan pasukan bola dari kampong lain. Biasa juga kami menjemput pasukan anak-anak india dari Gadek Estet untuk pertandingan persahabatan. Kebiasaannya pasukan kami kalah kerana budak-budak india dari estet lebih besar dan bertenaga. Betis kering mereka sangat keras. Semuanya bermain tanpa kasut.
4. Syukur kepada Allah SWT melalui kebijaksanaan beberapa pemimpin terdahulu tembok pemisahan antara estet dan kampong tradional dapat dirobohkan dibeberapa tempat strategik apabila syarikat-syarikat yang memileki ladang tersebut berjaya dikuasai oleh GLC saperti Sime Darby. Begitu juga dengan Gadek Estet di Baling. Sekarang ini dimileki oleh syarikat bumiputera.
5. Kita pun dah lama meninggalkan kampong. Tanah rezab untuk perkuburan sudah tak boleh digunakan lagi oleh budak-budak kampong untuk bola sepak. Tanah sawah pula yang dulu juga dijadikan padang bola selepas musim menuai kini menjadi tanah terbiar dipenuhi pokok tahi ayam dan semak samun. Kerajaan tidak pula membina kemudahan untuk budak-budak dan belia kampong untuk beriadah. Akhirnya ramai budak-budak melepak dan terjebak dengan daum ketum. Inilah isu yang paling kritikal perlu ditandatangani segera oleh Menteri Belia dan Sukan.

iklas,
rahim

vasantha said...

Dear dato,
Saya merajuk sekejap, tak mahu komen kerana ada komen berbau rasis.
But today, you have me back. Your article is very hillarious. Your wit is amazing. Hope it is not lost on those whom it is meant for.
Vasantha

pemikir said...

Salam Datuk,

Kekalahan pasukan bolasepak seperti sudah boleh diduga apabila melihat struktur organisasi dan kejurulatihan yang sedia ada.

Kalau melihat kepada barisan Exco FAM adalah muka muka lama yang tidak mempunyai idea untuk memajukan sukan bola sepak. Mereka bertenggek dan akan reput di situ hanyalah untuk mencari elaun dan merayau ke luar negara dengan claim yang tinggi.

Apa la kesudahan pasukan bolasepak Malaysia ini.

Kalau hendak diteruskan pasukan ini, ada cadangan jurulatih pasukan pakai rotan. Satu kesilapan sekali di tibai dengan rotan. Perlu di tibai budak bola ini semasa separuh masa pertama. Kita akan tengok pasti ada perubahan pada separuh masa kedua. Cumanya kalau menjaringkan gol, jangan buka baju, takut takut peminat nampak berbalur belakang akibat dirotan.

Demikianlah bicara saya dengan seorang guru pencen yang muak dengan kekalahan demi kekalahan yang diterima pasukan kebangsaan.

Cikgu ni kata pasukan bola kita main bola tak pakai otak langsung....

Wallahualam.

zamano said...

I "like" thr title. hahaha..

Hanezam said...

Salam,

Amat setuju dengan Datuk jolokan Harimau Malaya ditukar kepada Harimau Sarkas. Lebih relevan. Sebab mengabihkan beras saja depa ni.

Senario politik semasa pula amatlah memualkan. Lebih baik dok diam sat. Pikir lebih-lebih nanti hilang kewarasan. Persepsi tentang Najib, sesungguhnya, adalah jauh lebih buruk berbanding persepsi tentang Harimau Sarkas kita.

Sedih.

Sangat-sangat menghargai tulisan Datuk dalam saat-saat genting seperti ini. Najib harap rakyat jelata boleh lupakan isu derma RM2.6 bilion itu, dan biar dia terus memimpin. Susah sikit no ? Tough luck. Sebaliknya, kita rasa tak settled selagi dia tak bagi penjelasan yang konkrit meyakinkan.

hanifhassanujang1 jh9667jh said...

Dear DAKJ., Tergelak besar saya bila saya baca yg Dato' anytime nak dermakan sabun 'Popinjay' tu. Yang si FAM yang sewaktu dengannya tu, faham2 laa apa yang DAKJ maksud kan tu yea.. Saya pun sedia menyumbang , mendermakan sabun popinjay klu tak cukup2 untuk dikongsi sesama umst umat FAM tu. Saranan saya. ""ADALAH LEBIH AFDHAL FAM DI'SEKOLAH'KAN SEMULA". terima kasih. Hanif hassan ujang

Mat Duit said...

Apa kata PM .... ulok la sikit derma tu ... baru Harimau ada semangat.

MOKHTAR said...

Salam Datuk,

KJ, penunjuk awal kehebatan PM in making..hahaha..FAM tolong pi belajor dengan TMJ..
mungkin tuanku dapat memberi tunjuk ajar..

Mhashim said...

saya pernah mengulas tentang pasukan bola sepak kita beberapa tahun lalu dalam akhbar The Malay Mail semasa bekerja di Subang, ulasan saya mengatakan masih lagi saya ingat sesangat " kalau kita panggil jurulatih dari bulan pun pasukan bola kita tak akan kemana " nampaknya ada kebenaran apa yang saya tulis itu.....malah memang parah sungguh kedudukan . Saya amat setuju ia di bubarkarkan saja. Mereka yang ada di FAM tu macam Pok Jib juga , tak nak melepaskan jawatan, kerana di sinilah LUBUK DUIT dan boleh melawat serata dunia

Zalman A said...


Salam Datuk,

In Hantu Kak Limah Balik Rumah, Awie said: "hmmmmmm..wanginya Ayu, mandi pakai sabun Popinjay ke?"

Based on this, our football team should switch to Scent Distraction Tactics, i.e. our strikers should use the "bau sabun" of Popinjay as a weapon to get past defenders while they are distracted (just like Awie was).

In our next game we may actually score, using this bau sabun distraction weapon, and hence only lose 1-6.

(However, the opposing team's goalkeeper may be smarter and basuh badan lima kali sehari with Popinjay two weeks before every match. Hence his scent will be even more distracting to our strikers, and we will be back to losing 0-6. Takpe lah. We will use this bitter experience for the next Soap Cup in Russia, 2018.)

Li'l Abner said...

Kalau FAM x mahu dibubarkan, sy cadangkan FAM membuka monopoli sukan bolasepak kepada mana2 pasukan secara bersendiri menubuhkan pasukan bolasepak kebangsaan. Pasukan bolasepak sendiri nie tidak terikat dgn FAM, semuanya tanggung sendiri tidak memerlukan peruntukan kewangan dari FAM. Kemudian diadakan liga dimana pasukan bolasepak kebangsaan sama2 ambil bahagian. Pasukan yg jadi juara akan mewakili Mesia. Pegi luar negara bertanding pun FAM x perlu ganggu.

roslan said...

salam tuan,

pemain-pemain dah tukar, keputusan sama

jurulatih dah tukar, keputusan sama

cuba tukar pengurusan pulak. kalau keputusan sama pun tak rugi apa

Hussein Hakim said...
This comment has been removed by the author.
Balogue Leiatt said...

Tukaq nama kepada Malaya pussy cat

Unknown said...

bawak balik rajagopal ler...

sack all the disco players...
kalau 11 pemain defend macam parking bas depan pintu gol, takde la kena bolos 6 kali...
main la macam Stoke City


hahahahah

MIkeG said...

Apa kata kita wujudkan satu Council of Elders dengan tujuan menasihati Presiden FAM?

msh said...

Salam Dato.

Sy faham perasaan Dato tentang perangai mereka2 seperti 'saja saja...Din Melaka. Umar Alkhatab dan mungkin 2 atau 3 org lagi.

Modus operandi mereka sama saja ..melontar pndgn sempit dgn bertubi2..dgn bersikap 'partisan'..disamping menerjah pandangan pembahas2 lain sekerap yg boleh.
Niat dan tujuan mereka jelas....mempromosikan Parti Pembangkang dan idola2 tertentu.

Mereka bukan berminat untuk berbahas...dan sy langsung tidak menganggap mereka sbg pembahas...jauh sekali memberi nilai tambah pd topik2 yg Dato lontarkan.

Berbahas atau memberi buah pandangan..bukanlah tujuan mereka diblog ini.

Oleh kerana Blog Dato kerap dilawati ramai...terutama yg berprofil tinggi...kehadiran mereka cuma untuk mematah hujah dan mempromosi Parti Pembangkang...untung2 hujah mereka boleh menarik minat disamping memantau pandangan bernas ilmuan..dan gulongan'non partisan' untuk menyokong Pembangkang.

Kaki Judi kata; 'depa ni cuma mai kacau daun...buat menyemak saja'....mengambil peluang Medan syg disediakan oleh tuan rumah.

Dan sy PERCAYA...akan muncul lagi 1 atau 2 org yg begini dimasa hadapan.


Terima kasih.

jafri muda said...

Den setuju apo yg datuk kobarkan tu....mereka yg memimpin fam tak do kebolehan berfikir....mereka hanyo memikirkan apo yg mereka dapek dari fam..
...elaun dan meghayau keluar negeri....esok2 leh bukak cito kek org kampung den satu dunio dah poie...hampeh tul pemimpin camni

Din Klang said...

Palestin menang terukk... tapi harimau malaya tetap bangga

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Mangkor, kata orang Perak. Memang kita mudah kalah dengan Arab agaknya. Dalam apa keadaan pun kita kalah. Tak tahulah kot sengaja kalahkan diri sebab dah dapat banyak derma. Kena tanya Menteri Sukan kot ada arahan bos suruh kalah. Sebab dah dapat derma kena mengalah ajalah dengan Arab kini dan selamanya. Datuk LCW boleh menang sebab lawan pemain China. Kalau lawan Arab, mungkin kena kalah bergaya juga kot.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Sekali lagi aku terima kasih kak hang kerana 'comedy break' yg tonjoikan 'stand up' 'con' artists dlm arena sokan. Macam mana pon, cereta2 pasai Harvard estet, jalan berbelok belok di Gurun dan sabun popinjay memang sangat2 mengamit atau mengimbau balik bagai2 'feelings' yg hampiag hilang entah pi mana...

Tapi aku nak bawak, orang kata, ke lerah lain sikit. Yagni, macam mana Malaya corot sangat dalam berbagai bidang. Kali ni bila behadapan dgn pasokan bola sepak Palestin.

Kebanyakkan orang tau bahwa negara Palestin melalui sejarah pahit ngilu di tangan yahudi Zionis, Mesir dan Jordan. Rakyat Palestin ramai yg berlindung atau di penjarakan dlm romah2 yg sangat doif dikawasan pelarian sempit dan kotog baik di bumi Palestin sendiri, maopon di Lubnan, Suria dll. Di serang secara hampiag bekala, dgn berbagai senjata, termasuk roket berpandu yg meledakkan tubuh manusia, mehanguih hospital2, sekolah2, dengan sisa2 uranium, gas beracun dan macam2 lagi sampai ke tahap 'genocide' atau 'ethnic cleansing'.

Pasokan bola dari DNA ni lah yg bulih mengalahkan pasokan bola Malaya. Berkali kali pulak tu.

Cermin pulak ke arena sosio politik, munkin kita akan dapat petunjuk sikit dimana Malaya berada. Sebagai orang sorat habag, munkin hang pon tau, kejadian buang atau bunuh bayi, sumbang mahram, rompakkan, risyuah, pelagiag tesis dan macam2 lagi dah korang 'nilai berita' atau 'news value'. Munkin sabit tu kod, puak2 IS kena ambik tektik 'horrific' dan 'awe'....

Mintak mangap Kadiag no..., kadang2 kelakag hang pon tak bulih kalahkan hiba dlm hati. Wa sallam.

Aku.

zainal abidin awang kechik said...

Tok.. Bagi lessen Kat vincent tan..
Baru harimau Malaya menang

joe black said...

Dato

Saranan Dato' amat Tepat dan Pragmatic.

Kita selalu dengar orang berkata...Kalau nak betul betul manage "Kena Turun Padang".

Pak Menteri Menteri diMalaysia semua kaki Bangku (atau kaki Hotel Lobby). Cakap Pandai (ada pula yang bodoh digelar menteri cap ayam).

Semua ikut contoh Ketua Mereka....Apabila kononnya nak bersama rakyat mula lah bawa rombongan kepasar lepas tu cakap dia happy sebab kangkung dan harga ayam masih murah!

Yang belanja duit bola beratus ribu "Mencari Ramli" tu dah jumpa ke?

TTs said...

Dato,
your tongue in cheek article has garnered so many comments, let me add one more.
Malaysia's national football team is a joke, tigers WITHOUT teeth, so can we assign this name to them "Toothless Tigers" or TTs, easier to remember them by. They can try to grow some, maybe implants or dentures?

tandop said...

Menarik tajuk Dato' dan komen-komen mengenai bolesepak ini.

Pada pendapat saya:

1) Cuba kita sendiri fikir antara bolasepak/sukan dengan pelajaran, mana satu yang kita nak anak-anak kita tumpukan? Kalau pelajaran, maknanya kita tidak yakin dengan masa depan anak-anak dengan bermain bolasepak atau menjadi ahli sukan. Kita nak anak-anak jadi profesional tapi bukan profesional dalam sukan.

Ini menunjukkan sistem pendidikan kita cuma ada 1 pilihan: belajar atau main

Tak flexible macam sistem pendidikan di sesetengah negara, pemain sukan ada degree macam Tiger Woods sebagai contoh. Sistem pendidikan seperti ahli sukan lebih flexible dalam mengikuti kelas atau mengambil peperiksaan harus di pertimbangkan.

2) sebab itu kurang kaum cina dalam bolasepak sekarang. Mungkin mereka rasa bolasepak tak ada future.

3) Sekolah dan taman perumahan baru dibina pun dah tak ada padang bolasepak sesetengahnya. macam mana nak main?

4) Anak anak sekarang lebih main games dalam rumah dari main sukan di luar rumah. Ibubapa pun suka anak-anak main dalam rumah daripada bermain di luar sebab takut kepada jenayah culik dan sebagainya. Lahirlah generasi "ayam daging" sekarang ini.

Wallahualam.

msh said...

Salam Dato.

Pasal bab prestasi Harimau Malaya?...sy serupa Dato juga diantara jutaan rakyat negara...dah menyampah dan meluat dan bila Dato nak hadiah berberapa tong sabun Popinjay kalau FAM dah tak adak cara lain lagi...kira elok sngt lah tu.

Org Kedah kata..

"Biark bila dah kena sabun..depa teruih jadi 'gelong' ..kena 11-0. (Sorghang sebiji)...dgn team lain pula....lepaih tu...biark Menteri yg kuat glamor tu juling mata nak jawab...kot2 baru sedark diri... yg dia memang mengharut.."

Dato....hantark sajalah Popinjay tu..bagi 3 tong...pemain 1 tong. .FAM 1 tong...Menteri 1 tong...kot2 depa sedark sikit yg depa semua mengharut..dok perghabieh beraih saja

Terima kasih

msh said...

Salam Dato.

Pasal bab prestasi Harimau Malaya?...sy serupa Dato juga diantara jutaan rakyat negara...dah menyampah dan meluat dan bila Dato nak hadiah berberapa tong sabun Popinjay kalau FAM dah tak adak cara lain lagi...kira elok sngt lah tu.

Org Kedah kata..

"Biark bila dah kena sabun..depa teruih jadi 'gelong' ..kena 11-0. (Sorghang sebiji)...dgn team lain pula....lepaih tu...biark Menteri yg kuat glamor tu juling mata nak jawab...kot2 baru sedark diri... yg dia memang mengharut.."

Dato....hantark sajalah Popinjay tu..bagi 3 tong...pemain 1 tong. .FAM 1 tong...Menteri 1 tong...kot2 depa sedark sikit yg depa semua mengharut..dok perghabieh beraih saja

Terima kasih

zarni said...

Tok,
Malaysia ada team bola ker?

Daniel Noor said...

Salam Datuk,

Kita tukar aja namanya ke Harimau Kertas atau Paper Tiger.

Kalau tidak silap, Bolasepak pada awal nya tidak di kategorikan sebagai sukan prioritas utk di berikan dana oleh kerajaan.

Tapi kerana Presiden FAM ialah Sultan Pahang, tiba2 Crime Minister Najib telah memadukkan Bolasepak srbagai salah satu sukan prioritas dan di beri danayg bernilai berjuta2 Ringgit.

Dgn dana itu lah Presiden dan Timbalan Presiden berjanji utk menaekkan taraf dan status pasukan Malaysia. Dan salah satu cara nya kedua pegawai tinggi ini telah menjelajah seluruh dunia atas nama ' Study Tour '

Pada zaman saya, mutu bolasepak meningkat kerana setiap negeri ada kompetisi srpanjang tahun. Selaen Division 1-4, kita ada juga division utk Jbtn Kerajaan, division utk syarikat swasta..7- a side dll.

Saya maseh ingat pemberita2 seperti Joe Carlos..Hishamuddin Aun bikin liputan di TPCA,Sentul,dll

Dari liga2 ini la muncul pemaen seperti Soh Chin Aun, Arthur Koh, Mokhtar,Atumugam,Jsmes Wong,Isa Bakar,dll.

Sedih nya skrg, liga2 seperti itu tidak wujud lagi. Pemaen yg mewakili neger,i saya sendiri tidak tahu dr mana mereka datang. Mahu kata setiap negeri ada akedemi bola tidak juga ada

Dan yg penting sekali..sikap dan mentaliti pemaen skrg hanya mahu duit banyak. Beda dgn sikap pemaen 60an dan 70 an yg lebih bangga menyarung jersi Malaysia.

Sabon said...

Suka dengan nama Toothless Tigers...
Mengaum tetap mengaum... Boleh terkam, tapi tak boleh nak gigit...
Bila nama tak glamour, kalau kalahpun tak sedih sangat... Orang kesian lagi kut...

Sabon

ymase said...

Salam

Sehari dua ni nampak beberapa blog kedengaran lebih ceria - boleh buat kita akhirnya tersenyum dan ketawa terkekel-kekel. Blog Dato' dengan Harimau Sarkas. Ada blogger yang mendendang lirik lagu,yang berpuisi merajok dan tidak kurang yang berpantun gurindam pedas berdesing.


Alhamdulillah semua dah sikit light hearted, lagipun kalau terlalu stress tak baik boleh naik bp. Tapi di hati, hanya yang empunya badan sahaja tahu - mendidih.


Saya dah lebih dua tahun tak menonton tv, hanya mendengar radio sambil buat kerja rumah atau melayari blog - multitasking. Di tv kita serupa macam ada sukan bola sepak atau badminton sahaja. Sukan lain tak ada air-time langsung. Berita sukan pun lebih kepada perlawanan bola sepak liga luar negara, golf dan tennis. Mak saya bukan kenalpun Ronaldo. Dia tonton juga sikit kalau Lee Chong Wei bertanding. Kalau Tiger Woods tu jauh sekali.

Patutle kedai roti canai dekat rumah saya pengunjung bersorak sakan 2/3 malam lepas. Hmmm 0-6 rupanya. Lepas tu pagi esok sampah bersepah-sepah sampai depan pagar rumah saya - pemain tak professional, penonton pula tak berdisiplin.

Pemberita sukan hanya duduk mengulas sukan dalam studio sahaja. Ada depa jenguk ahli-ahli sukan berlatih, buat persiapan sebelum pertandingan ke apa. Tunjuklah sedikit concern. Bila bertanding dan menang sanjung bukan main, anugerah dan hadiah bagai. Tapi kalau tak menang kena kutuk atau terus dipinggirkan.

Contoh program NHK yang satu channel banyak variety program - pendek, padat dan entertaining tapi lebih mustahak informative. Kalau NHK ditawar bersendirian mungkin lebih ramai yang dapat subscribe dan bukan bundle dalam package besar.

Apapun kesian Harimau Malaya dah jadi Harimau Sarkas. Tak lama lagi belang pun luruh.

Suka sama suka said...

Dato, in such a way that it failed to play football with the same kind of bath soap Popinjay . so I do not want to use the soap again.

Pakcik said...

Harimau nie dah tua sgt kot..gigi pun dah takde, baik la bela harimau baru atau beli je harimau import.

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Maaf lama tak tulis sebabnya Business jadi lebih mencabar sekarang. Saya rasa Dato pun fahamkan.

Tentang bolasepak kita, bagi sayalah, cadangan Dato tu tak boleh pakai langsung. Tak menyellesaikan masalah langsung. Problem utama skuad bolasepak kita ialah tiada nakhoda. Contohnya Perancis, mereka jadi juara dunia dgn adanya Zinadine Zidane, tapi terus terkeluar di awal saingan bila Zidane injured. W/pun beliau lahir di marseille, tapi Ayahnya berasal dari Algeria.

Jadi, sudah sampai masanya harimau Malaya memerlukan beberapa pemain import sebagai sumber inspirasi dan nakhoda bagi memperkuatkan barisan hadapan, midfield dan benteng pertahanan kita. Tiada apa yg perlu dimalukan dan ianya juga bukanlah tidak patriotik, tapi itulah satu-satunya jalan keluar. Kalau nak bubar skuad, dah berapa kali bubar dah pun tapi hasilnya masih sama.

Sekian, TQ.

panglimo potaseh said...

Pasukan bola kita yg ada sekarang ini, pada kiraan saya dibentuk pada 2005/6. Shafi Jali, Shafik Rahim, Badrol, Aidil Zafuan dan kembarnya Zakuan Adha, itulah antara mereka. Kumpulan ini seakan berupaya mengembalikan semula kegemilangan bola kita seperti kita kecapi pada dekad 70an.

Pada 2008 mereka masih muda tapi dah mula menonjolkan kejaguhan. Pada tahun itu saya melapangkan masa untuk menonton pasukan ini bertemu pasukan Olimpik Nigeria didalam persiapanya ke Olimpik Biejing. Malam tu kita seri 1-1. Seri dengan Nigeria bermakna mereka satu hari kelak akan bertaraf dunia. Tahun 2009 hingga 2011 pasukan ini tiada tandingnya diperingkat Asia Tenggara. Dah mula meneroka kepusingan kedua dalam pertandingan Sukan Asia 2010. Kita hanya kalah tipis dengan gergasi Asia, Iran. Satu perkara lagi dalam tempoh ini, kita telah memberhentikan pengambilan pemain luar untuk liga kita dan dibuka kembali pada 2011.

Malangnya pasukan ini tidak dapat mengekalkan kejaguhannya sejak 2012. Mereka semakin merosot dan mula menerima kekalahan demi kekalahan. Jika kepingin nak menang, maka diaturkan perlawanan dengab Laos, Bangladesh, Filipina, Negara kepulauan yang kecil. Sejak akhir ini kekalahan semakin teruk 0-6, 0-10. Pasukan Nigeria yang kita seri tadi, dengan pemain yang sama dah pun mencecah kaki diperingkat kedua dan suku akhir piala dunia? Apa yg menyebabkab pemain kita layu begitu awal .. inilah persoalannya.

Sekarang apa yang kita patut buat. Seingat saya pasukan kita mula turun rankingnya sejak 1981 .. sejak kerabat Pahang menerajui FAM. Berbagai program kita telah rancang, malah pada 1997 kita berjaya bermain diperingkat dunia dengan menjadi host.

Semalam di Nadi Arena Astro, tetiba satu lagi pelan bolasepak telah digaris, diterajui Prof Abdullah drp UiTM .. katanya pelan ini selaras dengan peruntukan Rancangan Malaysia 2016 - 2020 .. tak ke macam main-main bunyinya .. macam ada kerja, ada gaji.

Boleh kah kita jadi jaguh kembali .. katakanlah kita ambil Wenger dan Hindink sekali gus? .. apa yang tak kena sebenarnya?

saloi said...

Dulu myteam ada nak cabar skuad kbangsaan...tp fam tolak sbb takut kalah

Vagrant John said...

Dear Dato,
1. Can you comment on Vape/Vaper issues? What is your take on this? It is an action targeted to a certain traders only?

2. What about our taxi industry?

3. You have sent your kids to overseas, will you ask them to come back to Malaysia? To give back and contribute to the progression of the nation.

kuseman kuhussain said...

Datuk Kadir, ini tidak ada kena mengena dengan bola tetapi isu dakwaan kepada bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.
Dalam Utusan Online hari ini melaporkan:

“Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa pertuduhan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang dihadapi bekas Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang tidak tergolong di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Datuk Mohd. Azman Husin turut memerintahkan agar kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan. Kedua-dua mereka juga masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin.”

Tetapi pada 13 Oktober, akhbar melaporkan:

“PUTRAJAYA 13 Okt. - Peguam Negara, Tan Sri Moha­med Apandi Ali menegaskan pendakwaan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang, semalam adalah di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Merujuk kepada dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad beliau turut menjelaskan bahawa SOSMA merupakan undang-undang prosedur yang bertujuan menyediakan langkah-langkah khas bagi memudahkan proses penyiasatan serta pendakwaan terhadap kesalahan berkaitan keselamatan.

Kata beliau, pihak Jabatan Peguam Negara perlu membuat penjelasan berhubung peruntukan un­dang-undang yang diguna pakai dalam kes Khairuddin dan Matthias bagi mengelakkan timbul lagi sebarang kenyataan yang mengelirukan.”

Soalan saya, apakah ertinya penafian Apandi sedangkan hakikatnya Khairuddin dan Matthias tidak didakwa di bawah SOSMA? Adakah untuk mengelak serangan Dr. Mahathir semata-mata? Sebenarnya banyak pihak terutama dalam kalangan pengamal undang-undang tertanya-tanya apabila Khairuddin yang membuat laporan polis di luar negara mengenai 1MDB didakwa di bawah SOSMA.

Sekarang ini saya melihat Dr. Mahathir benar kerana penafian Apandi terbongkar dengan berita pagi ini apabila Mahkamah Tinggi mendapati tuduhan ke atas Khairuddin dan Matthias tidak tergolong di bawah SOSMA. Maknanya kedua-dua mereka didakwa di bawah SOSMA yang dinafikan oleh Peguam Negara yang bijaksana tetapi tidak berapa bijaksini sebelum ini. Jadi benarlah kritikan Dr. Mahathir bahawa ada pihak telah menyalahgunakan SOSMA untuk kepentingan politik.

Dalam Utusan Malaysia pada 13 Oktober juga menyebut:

Dalam perkembangan berkaitan Mohamed Apandi turut mengulas lebih lanjut berhubung SOSMA dan beliau menekankan bahawa kesalahan keselamatan dalam peruntukan akta itu tidak terhad kepada aktiviti keganasan dan pengganas sahaja.

“Apabila SOSMA telah digubal, senarai `kesalahan keselamatan' adalah kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan (kesalahan-kesalahan terhadap Negeri) dan Bab VIA Kanun Keseksaan (kesalahan yang berkaitan dengan keganasan), “ ujarnya.

Soalannya siapakah yang lebih berkuasa menentukan dalam kes profil tinggi seperti ini untuk didakwa di bawah akta yang mana satu? Adakah pihak yang lebih tinggi daripada Peguam Negara yang berdegil mendakwa Khairuddin dan Matthias di bawah SOSMA?


leman nasir said...

Assalammualaikum Dato,

Sebenarnya pemilihan pemain bolasepak tak pernah berubah..sejak zaman sekolah, lihat siapa yg wakil sekolah menengah.kebanyakkannya yg telah ada nama di perengkat sekolah rendah..tak payah cik gu nak latih atau cari bakat baru, "menyusahkan saje" , mereka ni kalau jarang turun padang berlatih pub tetap akan dipilih dibandingkan pemain lain yg sentiasa ikut jadual berlatih. Begitu juga, kalau dia seorang pemain bolasepak sekolah, kemungkinan besar dia juga menjadi pemain simpanan sekolah dalam permaonan hoki atau takraw. Sepatutnya pembangunan bolasepak di malaysia dihentikan terus, wang berkenaan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan. taja pelajar cemerlang sehingga perengkat phd sekurang kurang seumpama bilangan keseluruhan pemain kebangsaan, pegawai dsbgainya tiap tiap tahun.Bila mereka ini lepas belajar, negara mendapat faedah yang berterusan .Bukan seperti pemain kebangsaan , asyik kutip pengalaman utk diri sendiri, kejayaan tak seberapa,lepas itu jadi jurulatih, ajar pulak pemain baru bukan utk menang tapi menimba pengalaman..proses ini berterusan.

Suka sama suka said...

I do not understand what to do soap with the football team. ask them to play to win.

A KADIR JASIN said...

1. Debater Vagrant John, among other things, said: "You have sent your kids to overseas, will you ask them to come back to Malaysia? To give back and contribute to the progression of the nation."

2. All my grown children did their university education abroad (the US, New Zealand and Australia. Can't afford the UK.)on FAMA's (father and mama)scholarship. Two are working and two are full time homemakers.

3. My son came back and worked for Air Asia and later General Electric. Then he mortgaged his house and borrowed to do MBA at IMD in Switzerland. He stayed back to work for an American company in Zurich. My daughter works here in Malaysia for an international accounting firm. She doing ACCA at a local college.

4. I neither encourage nor discourage them from working abroad. I believe in the legendary saying of Hang Tuah: "Takkan Melayu hilang di dunia" because if they can survive abroad, they stand a better chance of doing well in Malaysia although I have not heard Hang Tuah said "Takkan Melayu hilang di Malaysia".

5. As for contributing to the country, we can do that wherever we are if we are good at what we do and are patriotic. If we are useless and unpatriotic, we can live in this country all our days and we still contribute nothing.

6. I met a lot of Malaysians of all races who settled abroad. They continue to love Malaysia although they may not like the leadership of the country.

7. I don't like the leadership but I love this county. Good or bad, this is my country.

Wallahuaklam. Thank you.

rahman jpc said...

salam d kj.

nak kongsi cerita dan pendapat sikit.

saya pernah bermain untuk trengganu dalam piala burnley (sekarang piala razak) dalam tahun 1966 dan semua pertandingan awalan di adakan di alor star.kami semua berkongsi menaiki kereta dan di tempatkan di hostel kolej sultan Abdul hamid. nak pendek kan cerita hari kedua kami telah di pukau dan wang serta harta (baju ,seluar ,jacket 'boots') kami telah di ambil.

dalam keadaan seberapa kekurangan ( elaun semasa itu hanya 3 ringgit sehari) namun semangat kami kental dan layak ke perlawanan seterus nya di p pinang.
manager kami ketika itu ia lah arwah d abu bakar daud. saya rasa mulai pada itu lah mutu bola sepak trengganu mula meningkat.

at that time we palyed the game just for the love of it tetapi pada masa sekarang ia nya sudah menjadi 'career' dengan pendapatan yang lumayan.

serupa dengan indonesia,saya amat yakin bolasepak di Malaysia telah di cemari olih 'match fixers' di mana kemenangan dan kekalahan di tentukan olih mereka dengan (mungkin) kerjasama sepenuh nya daripada pegawai dan pemain kelab atau badan bolasepak negari/ Negara. di Indonesia ia nya telah di bongkar sepenuh nya dalam program popular 'mata najwa' olih
mereka yang tidak bolih lagi menerima keadaan yang semakin tidak terkawal.

akhir nya menteri sukan mereka (sdr nahrawi) degan sokongan padu presiden jokowi telah membatalkan penglibatan badan bolasepak kebangsaan ( yang berggabung degan FIFA) mereka dan telah menganjurkan liga pertandingan yang di kelolakan terus olih kememterian sukan mereka. jadi buat masa sekarang sebagai denda, Indonesia telah di larang untuk terlibat dalam semua pertandingan yang di sanction olih FIFA.

both of them said that it is a necessary sacrifice worth taking.

mungkin Malaysia wajib mengkaji strategi yang di gunakan olih Indonesia agar peminat dapat mengnekmati perlawanan yang betul2 tulin dan asli.

wallahuaklam.

Zalman A said...


"I believe in the legendary saying of Hang Tuah: "Takkan Melayu hilang di dunia" because if they can survive abroad, they stand a better chance of doing well in Malaysia although I have not heard Hang Tuah said "Takkan Melayu hilang di Malaysia".

Ha ha, good one Datuk.

The growing state mind-control over religious matters, the endemic corruption, the declining standards of education, the unfairness of the "kabel" system in business - who knows?

My friends who have left (so far) have not regretted it.

Yes, Hang Tuah never predicted "Takkan Melayu hilang di Malaysia".

At the rate things are going...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).