Friday, December 04, 2015

Akta MKN Boleh Jadi Senjata Makan Tuan


A Kadir Jasin
KALAU hasrat tersirat kerajaan meluaskan bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah bagi melindungi dan memperkukuhkan kedudukannya maka ia tentu amat berkesan.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Dengan mewujudkan sebuah akta agung (super act) untuk MKN, anggotanya akan memperoleh kuasa yang sangat luas sehingga boleh mengancam kebebasan sivil seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Demikianlah antara jawapan saya kepada soalan yang dikemukakan oleh pemberita sebuah portal berita bukan arus perdana mengenai cadangan akta itu.

Kalau tujuan akta ini adalah untuk memberikan kuasa yang lebih luas kepada pasukan keselamatan dalam menangani ancaman luar, keganasan bersenjata atau situasi darurat (macam serangan ke atas Sabah pada tahun 2013) negara kita sudah pun mempunyai undang-undang dan peraturan yang cukup.

Kita pernah melalui darurat komunis selama 12 tahun (1948-60) dan rusuhan kaum 13 Mei, 1969. Kita wujudkan undang-undang khas seperti Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menanganinya. 

Tetapi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sendiri yang memansuhkan undang-undang ini atas nama transformasi dan liberalisasi.

Andainya BN Kalah

Perdana Menteri tentu mengharap dan menjangkakan sokongan padu Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional.

Tetapi sebelum bertindak mengiakan rang undang-undang itu, mereka patut memikirkan kemungkinan undang-undang yang mereka wujudkan itu digunakan ke atas mereka sekiranya BN kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ramalan dan konsensus umum mengatakan BN akan kalah dalam PRU akan datang jika Mohd Najib terus menerajui kerajaan dan BN.

Seandainya itu berlaku, kerajaan yang menggantikan BN mempunyai alasan kuat menggunakan akta ciptaan BN itu untuk menyiasat, menangkap dan membicarakan anggota kerajaan yang ada sekarang.

Mereka juga pasti menyiasat ketua-ketua aparatus kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Gabenor Bank Negara serta aparacik Umno seperti Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Setiausaha Kerja sebagai orang yang disyaki atau saksi.

Selepas itu, kerajaan baru nanti (bukan BN) sama ada meminda atau memansuhkan akta itu supaya tidak dituduh meneruskan undang-undang kejam kerajaan BN.

Hatta kalau BN kekal sekali pun, asalkan Mohd Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri, anggota kerajaan beliau serta kakitangan awam yang melakukan kesalahan atau bersubahat tetap akan berasa padah persekongkolan mereka.

Mubarak, dari Jeneral kepada pesalah
Sejarah padat dengan contoh ketua negara atau ketua kerajaan yang kalah pilihan raya atau digulingkan dalam rampasan kuasa, menderita padah yang sangat buruk.

Tetapi nasib mereka tidak seburuk pegawai awam yang kerap dijadikan kambing korban. Ketua Negara atau ketua kerajaan yang hilang kuasa boleh menggunakan kekebalan (immunity) untuk mengelak daripada dipenjarakan, tetapi ada pegawai awam yang dihukum mati atau meringkuk dalam penjara.

Paling baru dan diketahui umum adalah perbicaraan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dan anak-anaknya atas tuduhan melakukan pembunuhan, rasuah dan mensabotaj ekonomi. Turut dihadapkan ke mahkamah adalah Menteri Dalam Negeri dan pegawai-pegawai kanan polis.

Jadi Ahli Parlimen BN janganlah seronok sangat meluluskan rang undang-undang itu seolah-olah mereka menongkat langit manakala aparatus awam dan aparacik Umno perlulah sedar bahawa apabila pokok tempat mereka bergayut tumbang, merekalah yang paling teruk terhempap.

Nota kaki: Kalau tidak disekat oleh aparatus negara dan/atau diganggu oleh aparacik Umno, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, akan berucap dalam satu perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru pada Isnin 7 Disember kira-kira jam 8.30 malam.

Wallahuaklam.


38 comments:

budak jawa said...

assalamualaikum DAKJ,

senjata yang berbahaya di tangan mereka yang lemah, jahil dan pentingkan diri sendiri sungguh menakutkan.

tanpa senjata seperti itu pun seorang pemimpin adalah sangat menakutkan apabila dia seorang yang bermasalah dan diketahui bermasalah oleh pihak luar yang mempunyai bukti akan masalahnya dan boleh menggunakan bukti masalah tersebut ke atasnya untuk menjaga kepentingan dirinya yang bersifat sementara waktu (selagi boleh diguna) berbanding kepentingan rakyat dan negara. siapa pula yang tahu apa yang telah dilakukannya ke atas negara terutama dengan projek-projek yang melibatkan negara luar yang mempunyai bukti masalah atau mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalahnya.

pemimpin seperti ini perlu dijatuhkan segera.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,lindungi kami hambaMu yang lemah, berikan kami ilham, peluang dan kekuatan untuk menempuhi ujianMu ya Rabb.

budak jawa

Fendi Ahmad said...

Sebagai seorang Pensyarah di Universiti yang juga merupakan Gen Y awal, saya merasai terus denyut sentimen anak2 muda usia 19-24 tahun yang seolah mahu cari 1% pro PM Najib amatlah SUSAH. Banyak yang masih yakin pada dasar UMNO dan BN tapi tidak pada si Pahlawan "angkat sendiri" Bugis itu.

Secara peribadi saya merasa Tan Sri Muhyiddin WAJIB lebih berani dan gerakkan sesuatu yang lebih jelas dlm usaha menyelamatkan UMNO. Katakan saja, "Najib Perlu Undur !"

msh said...

Salam Dato

Menyekat Muhyiddin berucap..merasmi atau bergaul dgn ahli2 Parti sudah dikira melampaui batasan kuasa oleh Bugis HZ ini dan MESTI DIBANGKANG SEKERAS2NYA oleh semua Ahli Parti dan Org2 Melayu amnya...kerana Muhyiddin telah dipilih dan masih memegang jawatan No2 didlm Parti dan dia ada hak bersuara.

Umum dan media luar pernah berkata...'as a Prime Minister of a nation..he has done lots of sins' dan ini adalah suatu lagi Dosa yg ahli2 tidak bokeh terlepas pandang jauh sekali membenarkan begitu sahaja.

Ini kerja JAHAT.JIJIK...HINA... TIDAK JUJUR DAN TIDAK AMANAH pd ahli2 ..dan dilakukan semata2 kerana mahu menyelamatkan diri dari dipersoalkan.

Muhyiddin dan ahli2 yg tidak bersetuju perlu bersuara dan membangkang semua ini sekeras2 nya dgn apa cara sekali pun....kerana ini bukan saja tidak demokratik tetapi terang2 penyalah gunaan kuasa oleh Presiden Parti.

Sudah smpai masa Bugis dan Jawa diberitahu secara terang2 bahawa Parti Umno BUKAN BAPA DEPA YG PUNYA.


Zakaria Ali said...

Salam Datuk....senjata makan tuan , satu ungkapan yg dalam dan amat di takuti.Pada hemat saya BN akan kalah teruk pada PRU14 nanti selagi najib tidak dihumban sekarang.Umno sudah tidak bolih diselamatkan lagi dgn menteri menteri yg ada ini.

rizal zainudin said...

Tak apalah Tuan Kadir Jasin,
Kami anak muda pengundi atas pagar tau lah nak mengajar nanti. Pagar sudah diroboh, hati sudah lama membengkak, julanglah perjuangan atas dasar Melayu, bakarlah semangat bangsamu, pujuklah sepuas hatimu..kerana hati kami sudah lumat, jiwa kami sudah rentung, juang kami sudah menongkah arus. Jangan salahkan kami jika bangsa ini hancur, kerana punya buananya buas ada di hati kamu. Ketika jasad-jasad kamu sudah dipusara, jangan kelak mengharapkan bunga selain ludah yang kami singgah. Sumpah serana yang kami sedekah. Ketika itu, tutup sahajalah bangsamu kerana kami malu untuk mengaku..tiada bahasa yang kami tahu, melainkan ayat: celaka lah kamu atas apa yang kamu tanggalkan. Makanlah hartamu mentah, kerana di situ ada airmata kami, di situ ada kecewa kami, di situ ada dendam kami yang belum pernah selesai. Akan kami ukir nama-nama kamu dari darah bangsa sendiri pada tiang jalur gemilang di dataran merdeka, di makam pahlawan dan di dataran gemilang. Padanya ada sumpah yang tidak sanggup untuk kau bawa mengharap Penciptamu. Teruskanlah. Kerana kami menunggu.

anakmuda1980-2015

syed shahril said...

Assalamualaikum DAKJ dan pembahas2 sekalian. Tidak pernah terlintas pada fikiran saya dan anak-anak muda hari ini bahawa kancah politik Malaysia boleh menjadi seteruk ini.

Pada pertengahan 2014 saya pernah berbual dengan Pak Kassim Ahmad mengenai cara terbaik bagi mengembalikan nama baik parti UMNO khasnya dan nama baik tanah air.

Beliau berpendapat bahawa hanya dengan perubahan dalaman sahaja yg mampu membawa pembetulan di dalam parti. Setuju dengan jawapan beliau, saya percaya hanya renaissance dalam parti UMNO sahaja mampu mengembalikan keyakinan pengundi2 muda.

Perkara awal wahid yg mustahak dilakukan adalah menjatuhkan DS Najib daripada pucuk pimpinan kerana telah jelas beliau gagal mengurus tadbir negara terutama dari segi ekonomi hinggalah dalam cara menangani badai politik dirinya sendiri.

Selepas tanah air ini mempunyai sosok kepimpinan yg baru, maka moleklah kiranya agar barisan kabinet juga dilantik dengan sosok-sosok yg bukan hanya pandai menjilat, malah kemampuan akalnya juga mestilah jauh mengatasi YB pointer 3.85 dan yg sewaktu dengannya.

UMNO versi yg akan datang haruslah lebih mesra anak muda, lebih lantang dalam memperjuangkan nasib rakyat marhaen khususnya kepada orang2 Melayu.

Saban hari kian benci rakyat kepada parti UMNO yg sekarang. Saya begitu berharap agar seruan perubahan itu didengari oleh pemimpin2 pelapis dalam UMNO. 1 hari saya bertanya kepada seorang tokoh pembangkang, " sekiranya UMNO boleh berubah manjadi lebih baik selepas era DS Najib, adakah ianya akan memeningkan kepala tuan?" Jawabnya, "adakah Pope akan masuk Islam?".

Hussein Hakim said...
This comment has been removed by the author.
Suka sama suka said...

Datuk.

1. Narration Datuk dalam tajuk ini agak tebal lapisannya. Agak payah orang biasa macam saya untuk faham. Mungkin juga akta itu terlalu gelap hingga saya tak dapat nampak "ada udang disebalik batu".

2. Ada kah anggota2 dalam MKN ini, ia-itu PM, Finance, Home Minister, Defence and Communication yang Datuk maksudkan itu akan dapat satu bidang kuasa yang "sangat luar biasa dan sulit" hingga mereka bolih bertindak sesuka hati membelakangi perlembagaan seperti membunuh, menculik, mencacatkan, terima rasuah, makan duit haram?

3. Jadi "kuasa yang sulit dan luar biasa ini" akan digunakan untuk "menghalalkan" pembunuhan, penculikkan dan mencacatkan rakyat biasa termasuk bloggers yang anti kerajaan BN seperti Datuk dan yang lain-lain lagi.

Contohnya: tiba-tiba kena langgar masa dalam kereta bersama anak nak pergi sekolah sebab Polis dan Tentera ada kuasa sulit dan luar biasa membunuh atau mencacatkan sesiapa saja considered as "enemy of the state".

4. INI LAH KERAJAAN UMNO!

KERAJAAN INI SUDAH GILA!

INI LAH CIRI-CIRI KERAJAAN YANG GILA!

5. Kita kita yang masih menganggapkan diri kita sebagai Melayu dan beragama Islam, kita tau ke apa yang kita buat?

Kalau disini la berakhirnya perbualan kita pasal bangsa Melayu, cuba kita renung sendiri, betapa zalim nya bangsa Melayu terhadap bangsa sendiri dan bangsa lain.

Penulis teks ehem ehem said...

I guess great mind think alike. Thought the exact same thing when the idiot wanted to charge it through, if he and his party fall, there is no way the newcomer would want to give this up. But i also think, there are also some great minds in umno and bn. The catch is, they too are looters are plunderers on the side. So my bet is, next sitting in parliament, when they know they will be kicked out, all the relevant laws that can get their cooch in trouble will be dismantled ala pac. New laws will be passed to protect them. Job done

albi said...

Salam Datuk,

The longer he stays or try to stay in power, the more fearful he becomes. The more fearful he becomes, the more stupid his actions. He thinks he is armouring himself and protecting himself against any possible prosecution and ending imprisonment, but he is actually doing the very opposite. He is only making the very noose that will eventually tie his neck closer and stronger. He is making it easier for his enemy to put that very noose into his neck, with no chance of escape. It is really frightening to see this. It reminds me of the verse in the Quran that reminds the unbelievers that while they plan, God plans too, and God is the best of all planners. It is as if God is using Najib himself to plan for his very own humiliating destruction.

DrKecik Kecik said...

Satu hari Najib bertanya kpd Tun Mahathir, "Tun, macam mana ya Tun mentadbir negara dan kerajaan dgn sangat efisien dan cemerlang? Ada apa2 tips atau formula Tun boleh bagi kat saya?".

Tun pun menjawab, "Perkara yang paling penting...yang amat2 penting sekali ialah sebagai seorang PM, kita mestilah dikelilingi oleh orang2 yang bijak dan pintar...".

Najib ternganga, kemudian bertanya, "Tapi macamana nak tahu orang yg berada di sekeliling kita itu benar2 bijak dan pintar?"

Tun menghirup kopi kemudian berkata, "Oh, itu senang saja.. hanya tanyakan mereka satu soalan teka-teki, dan minta mereka menjawabnya dengan tepat".

Tun menekan butang intercom. "Minta Tun Daim masuk ke bilik saya sekarang, thank you".
.

Tun Daim berjalan masuk ke dalam bilik dan berkata, "Ye Tun?"

Tun M tersenyum dan berkata, "Tolong jawab soalan saya ini, Daim..ibu dan ayah kamu ada seorang anak. Dia bukan abang kamu dan bukan juga kakak kamu..dan bukan juga adik kamu..siapakah dia?"

Dengan pantas Tun Daim menjawab, "Jawapannya 'dia' itu sudah pasti saya, Tun".

"Yaa! Sangat baguss..tepat sekali jawapannya..kau memang bijak Daim ", kata Tun M.
.

Najib pun balik ke pejabatnya lalu memanggil Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.

Najib kemudian menanyakan soalan yg sama kpd Ahmad Maslan. "Ko jawab soalan aku ni ...ibu dan ayah kamu ada seorang anak. Dia bukan abang dan juga bukan kakak kamu. Adik kamu pun bukan. Siapakah dia?".

"Saya tak pasti, boss". Kata Ahmad Maslan. "Boss bagi saya masa kejap saya nak pikir."
.

Ahmad Maslan pun terus pergi menemui penasihat2 dan SU2 nya, tapi seorang pun tak dapat memberikan jawapan.

Akhirnya ketika berada di dalam tandas, dia terdengar suara orang menyanyi dari dalam tandas sebelah dan dia sangat kenal suara tersebut. Itu suara Lim Guang Eng.

Ahmad Maslan cuba untuk tidak bertanya kpd Lim Guang Eng krn mereka adalah musuh politik, tetapi kerana terdesak,

Ahmad Maslan pun bertanya juga pada Lim Guang Eng.

"Lim, boleh tak awak tolong jawab soalan ni untuk saya..ibu dan ayah awak ada seorang anak dan dia bukan abang atau kakak awak..adik awak pun bukan. Siapakah dia?".

Lim menjawab separuh berteriak , "Senang je tu..jawapannya dia itu ialah saya".

Ahmad Maslan tersenyum lebar , dan berkata , "Terima kasih Lim !"
.

Kemudian diapun bergegas pergi ke pejabat Najib. "Bos, saya dah buat sedikit kajian dan research dan saya dah tahu jawapan teka teki bos tu..", kata Ahmad Maslan sambil tersenyum.

"Ok, kalau macam tu, apa jawapannya? Siapakah dia?" tanya Najib.

Ahmad Maslan dengan bangganya menjawab, "Bukan abang dan bukan kakak saya dan juga bukan adik saya...dia ialah Lim Guan Eng, bos!"

Najib bangun lalu menendang Ahmad Maslan..dan dengan sangat marah dia menjerit, "Boddow! Bahal0l! Bang@ng! Jawapan kau tu salah, boddow! Soalan senang macam tu pun tak boleh jawab! boddow!".

Kemudian Ahmad Maslan bertanya, "Bos, kalau bukan Lim Guang Eng, apa jawapan yang sebetulnya bos?"

Lalu dengan kompidennya Najib menjawab, "Jawapannya ialah Tun Daim la, boddow..."

Unknown said...

Apa sudah jadi? Kenapa Najib ( atau mungkin sesiapa yang jadi PM kelak Lim Kit Siang misalnya ) mempunyai kuasa Perintah - seksyen 19 akta? Sejak bila eksekutif ada kuasa perintah ? Bagaimana Majlis ada kuasa perintah eksekutif di bawah seksyen ini untuk memerintah angkatan tentera (yang di tafsirkan sebagai entiti kerajaan)? Adakah Najib perasan dia ni Presiden Malaysia? Obama rakan golf dia memanglah ada kuasa perintah eksekutif. Malaysia ini constitutional monarchy. Kuasa printah di tangan Majlis Raja-raja. Jika kawasan keselamatan di bangkitkan di bawah seksyen 18 adakah Majlis Keselamatan ( yang di sidangi dan di ketuai oleh eksekutif aka PM Najib) boleh MEMERINTAH angkatan tentera YANG DI BAWAH PEMERINTAHAN YANG DIPERTUAN AGUNG? Dengan kata lain Najib (melalui Majlis Keselamatan) kalau Najib waktu kini esok mungkin Lim Kit Siang boleh MEMERINTAH YDPA sendiri dan tubuh baginda untuk menurut perintah Majlis DI BAWAH SEKSYEN 19 AKTA kerana baginda juga adalah entiti pasukan keselamtan ? Bagaimana pula jika Parlimen Istana Negara dan Mahkamah -istana Keadailan di istiharkan dibawah seksyen 18? Coup ni nanti esok . NAJIB BERLAGAK SEBAGAI PRESIDEN MALAYSIA dengan akta ini. Akta ini boleh di anggap satu tindakan ke arah republik.

msh said...

Salam Dato.

Lanjutan dari lontaran awal sy....

Menyekat dan menafikan hak mana2 ahli yg layak bersuara adalah suatu kesalahan kerana melanggar peraturan dan juga tidak demokratik.

Ini KERJA JAHAT DAN MESTI DISEKAT dgn apa cara sekali pun.

Bertitik tolak dari sini....semua org Melayu WAJAR BERTANYA...APA YG HEBAT DAN CERDIKNYA Bangsa Melayu ini jika;

# Pbuatan jahat...mungkar dan zalim oleh seorg ketua (terhadp Muhyiddin dan mana2 ahli yg mengkritik) dibiarkan begitu sahaja) ?.

# Tidakah SUARA Muhyiddin (yg SAH DIPILIH) MEWAKILI SUARA AHLI YG RAMAI SELAIN DARI SUARA SEGELINTIR PENJILAT TEGAR KETUA2 BAHAGIAN HZ ?.

# Tidakah perbuatan seumpama ini..selain tidak demokratik ..dikira zalim dan menyalah guna kuasa akan menyebabkan ahli2 hilang kepercayaan pd Parti dan menyebabkan Parti menjadi rapuh dan lemah ?.

# Adakah Parti milik Presiden untuk diperlakukan sesuka hati?.

dsb.

Dari sini sahaja kita boleh membuat bnyak rumusan tentang betapa lemah...dangkal..dan kotornya bangsa ini.
Yg berkuasa...memperkudakan yg dibawah kuasa dia....ahli yg ramai menjadi begitu dungu....serupa lembu dicucuk hidung hingga lidah menjadi kelu...mata dan hati menjadi buta.

Apakah ini cara Islam sebenatnya..spt yg org2 Melayu selalu bermegah2 dan ketua2 asyik berkata demi "Bangsa dan Ugama".

Maaf berkata.....jika Bugis HZ ini dibiarkan berterusan melakukan sesuka hati.... Ertinya kita membiarkan kemungkaran berlaku didepan mata dan kita sebenarnya tidakkah sehebat yg kita selalu laung2 kan.....
....smbang sahaja yg kuat bangsa ini...tetapi sebenarnya hampas.

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,



Saya sangat setuju dengan MKN ni.


Lepas ini saya lagi setuju kalau ada undang undang selanjutnya
untuk jawatan PM sebagai `autonomous' dari segi undang undang
negara,dan ada undang undang khusus tertinggi negara di jawatan itu.

Untuk makluman dato, tiada undang undang dinegara mana pun yang dibuat untuk menjahanamkan pemerintah, pemerintahan atau kerajaan tersebut.


Semuanya dibuat untuk merperkuat dan memperkukuhkan kerajaan tersebut.


Sebagai rakyat, eloklah kita semua bangun pagi pi cari rezeki,balik kerja makan minum dan berehat,lepas itu tidoq dan mulakan lagi kerja,makan mimum,rehat,tidoq sehingga saat keok...


We are not suppose to be clever in any matter other that work,eat and drink,rest and sleep, and maybe making love...


Other than that we are all are suppose to be stupid citizens and `illiterate'...


SO DATO, START BE A STUPID CITIZEN, and better if you can be THE MOST STUPID CITIZEN, AND WRITE A LOT STUPID `ESSAYS/ARTICLES/VIGNETTES..or else you will rest on a cool dry cement until you final day.



Ada ka sapa sapa lagi yang tak faham atau betui betui dungu??



Abu Bakar Ab Rahman

Zalman A said...

Salam Datuk,

Without even looking at the content of this dangerous Bill, it is a sin against the rakyat for two reasons:

a) It was essentially a "sneak attack".

This law will fundamentally change the balance of the 3 branches of govt, to the point where the executive will override all others, at their whims and fancies. (Please note that the govt has thus far politically abused many laws it promised would be used "non-politically" - not least, SOSMA, s124 and the Sedition Act.)

Something as far-reaching as this should never be introduced on the last 2 days of Parliament, with no public knowledge. Clearly, they were quietly working behind the scenes on drafting it for several weeks. While we understand the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone's decision to "ponteng" Parlimen on the 2.6 billion issue, how can he escape the responsibility of explaining this NSC (Najib Saving Cradle) in person to the rakyat?

No explanation, no public feedback, no discussion or public education. All you need is 107 Carimakans to stick their hands up and betray the people. Done.

b) A person under active investigation should never be allowed to pass laws that will frustrate those investigations.

The "Ops" against the MACC, Special Branch, AGC etc carried out last July was based on a warped (actually, impossible) reading of s124 of the the Penal Code.

If the NSC Bill is passed, in essence the Mappadulung himself can direct any government agency to do (or not do) anything. Any building, document, information or evidence can be seized. There is no need for justification. There is no legal remedy. The door to even worse repression is wide open.

This is like allowing someone facing the noose to buy a sharp knife to cut himself free.

As many have said, the Mappadulung should have at least gone on leave while his name was being cleared.

He has instead chosen to stay, and to sneak through legislation expressly designed to make him stay.

That is wrong.

And the wrong, is against us.

Zalman A said...


So where does that leave Malaysia?

In a very bad situation.

The NSC is Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone's "talian hayat"
against:

a) UMNO Rebellions. Let us not look at the "cium tangan, dapat kontrak" crowd that will fill the PWTC, or the overfed KBU; the branch chiefs and ordinary members, should they wish to protest against Mappadulung, will find that they will be treated like the Opposition, because the Mappadulung is not running a party for anyone now except the "cium tangan" crowd.

b) Election Losses. If the NSC Bill passes, you can be sure that Selangor and Penang will be targeted for undemocratic action (the ikan bakar gang may come in useful to trigger it) and that GE14 will be nullified or sabotaged if the prospects of losing are staring Mappadulung in the face. (However, by then he may have already neutralised all critics anyway.)

c) Adverse Legal Action. The mini-purge of last July is a good indication of what we will see in the future. He will basically confer on himself de facto full immunity from the law - in fact, the NSC Bill has a clause to that effect.

It is not an exaggeration to say the NSC is unconstitutional; it will change Malaysia forever, and certainly for the worse. it deeply compromises the separation of powers, and arguably impinges on the rights of Sarawak and Sabah as well.

The Senate also needs to "look for lunch", so that leaves our Rulers as the sole remaining hope for the rakyat.

The Conference of Rulers, collectively, should refuse assent to the Bill. And all key leaders of the Armed Forces should reaffirm their loyalty to YDPA and the rakyat alone.

It does not need much intelligence to see why the Mappadulung is rushing this law through; his motives are as clear as daylight.

His motives are far from pure.

If he gets away it, the regret will last for generations.

I hope the Rulers will save our beloved nation from darkness.

Daulat Tuanku.

Zalman A said...


“You see these dictators on their pedestals, surrounded by the bayonets of their soldiers and the truncheons of their police... yet in their hearts there is unspoken fear.

They are afraid of words and thoughts: words spoken abroad, thoughts stirring at home - all the more powerful because forbidden - terrify them.

A little mouse of thought appears in the room, and even the mightiest potentates are thrown into panic.”

- Winston Churchill

KZSO said...

Inilah padahnya bila naib presiden zahid, hishammuddin, ketua-ketua wanita, pemuda eeh silap pemudi, puteri, amt, ketua-ketua bahagian, cawangan dan ahli parti U(ntuk) M(ohd) N(ajib) O(nly) ebihkan wang, wang, wang.... dan sujud tunjuk kepada seorang yang bernama najib! Tahniah kepada ahli-ahli umno semua! Anda berjaya buat umno dan bn kalah dalam pru akan datang dengan mengekalkan najib di atas!

Zalman A said...


"Kalau tidak disekat oleh aparatus negara dan/atau diganggu oleh aparacik Umno, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, akan berucap dalam satu perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru pada Isnin 7 Disember kira-kira jam 8.30 malam."

Datuk, just to share. Food for thought. Sembang-sembang aje.

A friend just told me he predicts that the "aparatus negara dan/atau aparacik Umno" are going to be used (shortly after PAU) to crush all dissent in Umno by force.

Because the arrests (or even sackings) of certain people are going to provoke a furious and sustained backlash and protests, he thinks the main purpose of the NSC Bill is actually to contain that. Mappadulung is not worried about the Opposition, he can disable them quite easily later. He is actually going to use the NSC to contain civil war amongst the Malays. Hence, the new and tiny Cabinet-within-Cabinet will enjoy uninterrupted access to the fruits of corruption for themselves and their future generations.

"Once the NSC Act is passed, Najib no longer needs Umno as a power base", says my friend.

Whether all that is true or not (I do not know), let us hope that any potential use of force against the rakyat is not undertaken in violation of the sacred oaths that are undertaken to “...support and defend the federal constitution, the Agong, and the country against foreign or domestic enemies...”

We live in times where identifying the real enemy is harder than ever.

Especially, domestically.

yana said...

Salam Datuk AKJ.

What goes around will come around. It's only a matter of time. Bukan saja itu hukum dunia tapi hukum akhirat juga. Para penjilat kasut DSN akan menerima padah hasil persengkokolan mereka. Ini sudah pasti. Tunggulah apabila senjata yang mereka cipta pada hari ini memakan diri mereka sendiri juga nanti.

Semoga pentas PAU 2015 nanti menjadi cetusan paradigma shift dalam sanubari orang melayu, melayu kena berani, bukan hanya tahu bersetia sehingga memberi ruang PAU tahunan menjadi sesi buli dan memperbodohkan lagi orang melayu.

Terima kasih Datuk.

awang salam said...



Ada ramai orang gila

yang kelihatan siuman

apalagi para politikus

dengan segala kuasa

nampak hebat menjadi idola

pengikut yang bangang

dalam gelombang kegilaan

mengukur taraf kehidupan

yang terus terbeban

oleh kegilaan kepimpinan.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/orang-gila-berkuasa-fudzail#sthash.xjPM9R1G.dpuf

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Penulis macam Datuk masih dapat membuai hati yang sudah luka yang dihiris dan di cincang-cincang halus. Pedih rasa hati ini melihat perjuangan selama ini disia-siakan dengan perbuatan rasuah yang berleluasa, mencuri sesuka hati dan pembunuhan.

2.Perjuangan orang biasa macam saya tidak seberapa. Hanya bekerja dari jam 6pagi hingga 8-10 malam dan bayar cukai (pendapatan, hartanah, kereta dsbnya) supaya generasi sekarang dapat segala nikmatnya; jalan raya, sekolah dsbnya.

3. Ini lah yang diluahkan dalam blog Datuk, tidak ditambah-tambah atau dikurangkan isi kandungan nya walaupun kita tidak tahu antara satu dengan yang lain, malahan tidak pernah berjumpa. Tapi perjuangan kita sama saja. Kalau ada salah silapnya perjuangan saya ini, maka saya ingin memohon ampun dan maaf. Bahasa nya selalu kasar sebab saya bukan penulis atau pujangga.

4. Besar hati ini, mengharap pembesar-pembesar negara menjaga hak kemanusiaan saya, anda dan 30 juta rakyat yang berlandaskan perlembagaan. Ini bukan hak bapanya atau mamanya atau parti UMNO. Ini hak saya. Kalau Datuk tidak membongkar ada usaha jahat dan sulit untuk mengambil hak ini, maka saya tidak tahu. Malahan 30 juta rakyat pun tidak tahu. Terima kasih Datuk.

5. Cukup la kamu orang UMNO makan duit rasuah dan curi. Perbuatan itu sudah mencabuli hak-hak kami. Apa lagi yang kamu mahu? Cakap la...cakap saja la apa lagi yang kamu mahu hingga bersembunyi dibelakang Akta MKN merancang secara sulit. Apa ke PM dan ahli anggota MKN bolih membunuh dan merosakkan harta benda tanpa batasan. Kamu rasa kerana akta itu maka kamu bolih terlepas begitu saja?

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Nampaknya macam Tun Dr Mahathir pun sedang dimakan oleh senjata yang diciptanya sendiri. Pindaan Perlembagaan yang mengehadkan kuasa Raja2 menghapuskan terus kuasa dan hak YDP Agong untuk meluluskan undang2. Secara tersirat, kuasa dan hak Raja2 itu memang ditetapkan dalam Perlembagaan sebagai mekanisme pengimbang. Dengan ketiadaan kuasa dan hak Raja2 itulah maka Najib pun berbuat sesuka hati mewujudkan Akta MKN yang telahpun diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan serta merta. Mengharapkan Dewan Negara untuk menolak Akta MKN itu agak mustahil. Kelulusan akta itu dengan begitu cepat dan mudah juga menunjukkan bahawa wakil2 rakyat, khususnya dari BN adalah jenis buta tuli dan tidak boleh diharap. Mungkin mereka tidak membaca atau boleh jadi mereka tidak faham apa yang mereka sokong untuk luluskan. Satu lagi hujah untuk pengundi memgebumikan BN pada PRU akan datang melainkan kerajaan membatalkan akta itu serta merta. Kalau ISA dan beberapa akta lain yang telah puluhan tahun wujud boleh dibatalkan, masakan Akta MKN yang amat mencurigakan matlamat dan caranya diluluskan tidak boleh dibatalkan terus. Najib tidak mungkin batalkan, PM dari BN yang gantikan Najib selepas inilah kena batalkan Akta MKN dengan serta merta sebagai salah satu langkah memulihkan keyakinan rakyat khususnya pengundi bagi PRU-14.

adion said...

diam ubi berisi... diam besi berkarat

Daniel Noor said...

Salam Sejahtera Dato,

Mohd Najib...

Dia bukan di lahir untuk menjadi satu pemimpin yg Bijaksana
Dia bukan di lahir untuk menjadi seorang tokoh politik yang Berwibawa
Dia juga di lahir dengan kepintaran dan kecerdikan yang Terbatas
Dia saya yakin lebih mendekat dengan ibu dari ayah nya dari kecil lagi ( Mama son )

Tapi dia di jadikan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia di sebab kan satu orang yg telah banyak berhutang budi kepada Allahyarham Tun Razak.

Ini bearti Najib di lantik jadi Pemimpin atas dasar SENTIMEN dan bukan kebolehan dan kepintaran dia di bidang Politik atau ' as a natural born leader '

Di sebakan itu Najib telah mengambil Penasihat2 tempatan ( termasuk teman ranjang dia ) dan ramai lagi dari luar utk membantu dia mentadbirkan negara Malaysia ini.

Akibat nya , Malaysia terus menjadi Mundur dan Miskin
Dan orang Melayu juga menjadi mundur dan miskin hingga Najib berani dengan lantang nya mengatakan orang Melayu ' Bodoh..Bangang dan Bangsat.'

Sedih nya orang Melayu terutama ahli UMNO maseh berpegang dengan budaya " Toleransi ' dan melawan Ketua di anggap sebagai Kurang Ajar atau Derhaka.selaen senang ' di beli ' dengan hanya RM100 ,sehaelai Tshirt merah dan satu bungkus nasi campur. Apalagi kalau di nginapkan di hotel2 berbintang 3-5, mereka akan terus bermati2an pertahankan Pemimpin yang sedang menghancurkan negara tercinta ini.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Kita harap Ahli MT UMNO yang dapat undi tertinggi, Ulamak Jamil Khir Baharom boleh membawa UMNO dan Kabinet kembali ke jalan Allah SWT.

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Orang orang UMNO, ini masa kamu.

2. Mungkin esok masa kami pula.

3. Gunakan lah masa kamu makan duit rasuah dan mencuri duit rakyat se-puas puas hati kamu.

4. Masa kami, kami hanya dapat berdoa, itu saja.

5. Satu hari kita akan berjumpa juga!

Zain Auditor said...

Salam Dato'

Nothing to hide gathering in was cancelled on the advice of the Twitter IGP as it was not safe for PM to be at PWTC. PM did not go but don't know if he went hiding. Later, DPM was sacked and the AG was removed. Many strange things happened and these are all related to 1MDB and the RM 2.6 million donation.

Now Deputy President of UMNO won't be allowed to declare open the wings of the party. Like you, many say it's because PM is scared of his Deputy so even Supreme Council (MKT) meeting was held in Parliament to avoid hostile members who might demonstrate against the PM.

Hishamuddin said PM is brave and firm but he does not hold press conferences anymore and although he promised to answer in Parliament on the RM2.6 billion donation, he waited until the last day of sitting of Parliament and of course he did not turn up but instead asked his Deputy to make a statement and it seems on advice of AG that this matter can't be discussed as it is sub justice and immediately lawyers and ex judges challenged AG's opinion as there is no case before in any court. Hishamuddin called this brave. The truth is PM is not brave to face questions as he originally denied that such a money existed but when it was revealed that the amount was in his personal account, he changed his story to say it was a donation from an Arab who does not want his name to be revealed. Why this Arab wants to donate to UMNO if he doesn't want to be identified. Some of PM's supporters said donation was given because of our country's stand against ISIS but they forgot that the money was put in PM's personal account long before the existence of ISIS. The bluff goes on. The same is the case with 1MDB. It seemed that company amended many rules and regulations things but could not change dates on the cheques.

Now how safe is PWTC for PM to go there for the annual general assembly? PM introduced the NSC Act. In case any problem he will declare PWTC as security area and arrest any member who demonstrates there. PM has become Asia's Robert Mugabe or the late Ferdinand Marcos. When squash association cancelled tournament in Malaysia ministers shouted Malaysia is safe since Obama and other world leaders were here recently. That was last month now we have NSC Act and this frightens everybody. What has the liberal-minded Minister of Tourism, the MITI Minister and the Oxford-graduated Minister to say about this draconian Act?

All Ministers and MKT members are like lame ducks and the Luncai “terjun dengan labu-labunya.”

MKT will be given uniform this time, must be to make it easy to identify them in case of trouble so that they can be evacuated. Even Baju Melayu is insulted by this Bugis PM. All speeches and subjects to are carefully screened and to say that members are free to bring up any subject is a hogwash.

NSC is an act for PM's use in case BN losses the next election, which looks most likely. All signs are there. Economy is in very bad shape. Banks can't get deposits. Money is leaving country for Singapore. Business is very bad. Inflation is up. Government has no money and whatever is left goes to PM's department.

Recent elections worldwide show ruling parties lose power; Sri Lanka, Nigeria, Canada and now Argentina. PM is preparing to stay on for a long time. NSC was rushed through Parliament. But his Deputy has engaged a PR team to handle his PR. Is the DPM is preparing to take over. Things are becoming more complicated and they scare away investors.

Zain Auditor




Zalman A said...


Salam Datuk,

Telling comment from Tun Musa's interview:

"Musa Hitam: You can be a brilliant politician, but that doesn't mean you are a positive politician. You may be brilliant, but you may be destroying the party and even the political system in the process."

To go a step further, Najib is going to destroy the country to save himself.

Let us look objectively at how well the govt keeps its promises not to abuse laws.

ABUSE OF S.124: This is Nazri Aziz when he was law minister, presenting the Bill to introduce the new s124 of the Penal Code in Parliament:

"He said seven new offences were placed under the Penal Code, including activities that affect parliamentary democracy and attempts to carry out such activities, spreading of information, sabotage or attempting to sabotage, spying and attempting to spy.

Nazri also outlined the term "parliamentary democracy" using the British definition in its Security Service Act 1989.

It states that the function of the service shall be the protection of national security and, in particular, its protection against threats from espionage, terrorism and sabotage, from the activities of agents of foreign powers and from actions intended to overthrow or undermine parliamentary democracy by political, industrial or violent means.

He said an example of this was when a government was taken over through a coup d' etat, and political offences were not considered detrimental to parliamentary democracy."

See:

http://www2.nst.com.my/nation/general/seven-new-offences-under-penal-code-1.75102

Repeat:

"...political offences were not considered detrimental to parliamentary democracy."

But just ask Khairuddin and Chang whether s124 has been abused. The govt now uses s.124 when it cannot think of anything else to charge critics under. The entire "Ops Gelabah" in late July this year, in order to sabotage the MACC, SB, AGC investigations, was carried out under s124.

Legally, this is nonsensical.

But where is Nazri Aziz now? Senyap aje.

Zalman A said...


So s124 has, beyond doubt, been abused. (Interpol has twice refused Malaysia's request for the SR editor to be placed on its red list because of s124, simply because they can see how ridiculous the request is.)

What of other laws?

ABUSE OF SOSMA: Again, we heard false assurances that this Act would be used for purely counter-terrorism purposes. Section 4(3) of the Act even states that “no person shall be arrested and detained for his political belief and political activity”.

But what Khairuddin and Chang did was not even "political activity”; it was absolutely, 100% legal. The fact that no country dismissed their reports is proof of that. We know that in at least 4 of the countries involved, actual ACTION has been taken already. The noose is tightening around the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

We certainly need counter-terrorism laws. But not their abuse:

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/muhyiddin-sosma-for-national-security-i-never-agreed-to-abusing-it1

ABUSE OF SEDITION ACT AND OTHERS: Now we hear that people are being charged under the Communications and Multimedia Act 1998 simply for suggesting the Mappadulung should resign. Evne Facebook users are not immune.

This is already showing the beginnings of dictatorship. When close to 200 people have been hauled up under the Sedition Act, some for the serious acts of drawing cartoons or questioning, as an MP, whether Permata's allocation is too high.

The Chinese RTM channel was punished for showing an allegedly "downcast" picture of the Mappadulung.

Pendek kata, based on this track record, do you think the NSC Bill will not be abused?

The writing is on the wall.

The NSC is purely a Najib (job)-Security Council.

It must be rejected.

Zalman A said...


The tangible achievements of UMNO for the Malays are truly dire:

http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/17/laporan-mtem-perlukan-pemerhatian-serius-muhyiddin/

Compare and contrast this controversy from 14 years ago:

http://www.economist.com/node/492813

The Great UMNO Lie is that they are protectors of "Malay dominance", yet the Malays do not read the fine print, which is that "dominance" is for the unearned financial benefit of 0.05% of the Malays, while the rest continue to lag behind educationally, socially and economically. And today, are suffering even to make ends meet.

When you have leaders of the current "calibre" in UMNO, how else will it turn out?

They are so "protective" that they give us cases like FELDA, MARA, YAPEIM and Tabung Haji, which are undermining the bulwarks of the ordinary Malays in the country. Nothing is sacred when greed and incompetence combine.

How will these people will ever change?

They will suddenly become principled, honest men with the people's true interests at heart?

I think not.

Their copious silence on all these issues speaks volumes.

The disease is terminal.

But you will not hear any of this at PAU, where (so Hisham says) most motions are in praise of the new emperor of Malaysia.

Perhaps BR1M will go up next year.

Hoorey!


Tokjinda said...

You are absolutely right Dato......
SENJATA MAKAN TUAN
Only time will tell.......... Hope soon
Proof how stupid they are.
They have no foresight and cannot plan things intelligently.
We should support the proposed Bill.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Yes tepat Najib Security Council atau Majlis Keselamatan Najib.

Zalman A said...


Zahid: Terima apa saja nasib Muhyiddin:

http://www.malaysiakini.com/news/322336

There is a word, "cabal", that also describes the NSC very well.

Mappadulung, Zahid, Hisham. That is how the succession, the money, the loot of Umno will be decided and divided in the future. The rest of the proposed NSC panel are merely the lackeys and "muscle". The Najib-Zahid-Hisham combo now have the means at their fingertips to sideline and control other parts of Umno, and concentrate power into a body that can sidestep even the will of the party and Cabinet (let alone the rakyat.)

Zahid has made a very misleading statement:

http://www.bernama.com/bernama/v8/bu/newsbusiness.php?id=1196909

The attempt to compare the 6-member NSC panel with POTA or POCA panels is simply wrong.

Here are the Acts:

http://www.searcct.gov.my/images/pdf/pota/POTA_en.pdf

http://malaysianlaw.my/criminal/legislation/bill-of-the-prevention-of-crime-amendment-act-2015-MY12137.html

In neither POTA or POCA does the panel have any connection to the Executive. Indeed, this point was made by Mappadulung himself:

"Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has stated that the executive arm of the government has no say in decisions to detain an individual (under POTA) and by awarding the responsibilities to a “credible body” (the POTA panel), only those truly involved in terrorism can be detained and therefore guarantee the safety of Malaysia."

As in most things, the Mappadulung tends to be "flexible" in his principles. He said this in April, and in 8 months (as we know) he can shift the goalposts many, many times.

Now he has not only involved the Executive, he has made himself head of the NSC panel!

Of course, most rational people would ask why, so soon after SOSMA and POTA and an enhanced POCA, does the govt need yet more anti-terrorism laws?

The answer is also very rational; it has nothing to do with saving the nation, but saving the Mappadulung himself.

His new "cabal" seems happy to play along.


Daniel Noor said...

Salam Dato,

Saya amat berhatap pada PAU yang akan bermula pada 8hb Disember,2015, ini org Melayu terutama ahli UMNO menghindar dari datang dan hadir di perjumpaan itu.

Cara ini boleh menghantar isyarat kpd Najib dan pembodek nya rakyat sudah bosan dan tidak lg terima dia sebagai pemimpin UMNO dan Negara.

Cara begini selaen bikin demo dan tulis di social media akan memberitahu dia apa yg di rasai oleh rakyat skrg terhadap dia.

maitangni said...

Disamping segala usaha until menegakkan kebenaran demi kewibawaan UMNO,berhati-hatilah agenda musuh-musuh orang2 Melayu yang akan mengambil kesempatan meneguk air yang sedang keruh.

Zalman A said...


Recommended reading before PAU:

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/12/07/najib-razak-sendiri-kata-dana-politik-di-dalam-akaun-peribadi-adalah-amalan-rasuah/

Coming General said...

a call to all honest law enforcer nationwide,

be prepare to make sacrifice for the country,her peoples and your families too
when the time comes...shut down all door in and out of the country
either border check point, seaport small or big, air port small or big.

never allowed anyone with doubtful history to come in or out untill permission form the high court.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).