Saturday, December 12, 2015

Hala Tuju Negara Pasca-PAU 2015


A Kadir Jasin

SEPERTI telah dijangkakan, Perhimpunan Agung Umno yang khusus untuk menyelamatkan Presiden-Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak tidak membuka sebarang jalan penyelesaian kepada masalah Umno dan negara.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Kedudukan Mohd Najib sebagai Presiden Umno lebih kuat dan dengan itu selamat jugalah kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Mohd Najib dan konco-konconya tidak peduli Umno pecah, pentadbiran negara kucar-kacir dan ekonomi negara terus menjunam. Yang mereka peduli adalah kelangsungan kuasa.

Dulu, apabila Umno bersidang, pasaran saham naik kerana pelabur yakin kepada Umno. Tapi sejak Umno bersidang mulai 8 Disember lalu, pasaran saham yang sememangnya jatuh bertambah jatuh. Dari 8 Disember hingga 11 Disember ia jatuh 2 peratus.

Jalan penyelesaian melalui Umno sudah tertutup. Mohd Najib tambah kuat tetapi pada masa yang sama beliau bertambah takut sehinggakan ketua dan ahli jawatankuasa cawangan yang menggesa beliau meletak jawatan pun digantung keahlian dan blogger yang menyuruh beliau berundur didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut.

Dalam PAU yang baru berakhir itu, perwakilan telah mengangkat Mohd Najib menjadi “demigod” - manusia suci yang ada kuasa luar biasa.

Realitinya, beliau lebih berupa “demagogue” - seorang peneraju politik yang mencari sokongan dengan memperalatkan nafsu dan prejudis sambil mengetepikan hujah rasional.

Mohd Najib lebih selesa membelasah pengkritik-pengkritik beliau daripada berhujah secara rasional menjawab dakwaan-dakwaan mereka.

Jadi apakah yang boleh kita harapkan seterusnya?

Mari sama-sama kita pertimbangkan hal-hal berikut:

1. Kita menyerah kalah dan tidak berbuat apa-apa. Mohd Najib terus berkuasa. Usaha mencari kebenaran mengenai 1MDB, SRC International/KWAP dan derma/sedekah/zakat RM2.6 bilion akan dilencongkan bagi membersihkan nama beliau.

2. Ekonomi akan terus menjunam kerana kurang keyakinan manakala rakyat jelata terus ditekan oleh GST, kenaikan kos sara hidup, kejatuhan nilai ringgit dan pengangguran.

3. Meneruskan usul undi tidak percaya di Parlimen atau pungutan suara secara akuan berkanun (statutory declaration) di kalangan ahli Dewan Rakyat.

4. Bagi pembangkang, adalah lebih menguntungkan mereka kalau Mohd Najib terus menjadi Perdana Menteri hingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Umno/Barisan Nasional terus lemah dan dengan itu lebih mudah dikalahkan.

5. Atau mereka menyokong usul tidak percaya/akuan berkanun yang mana mereka berpeluang berkongsi kuasa dalam kerajaan perpaduan nasional. Sekiranya ini berlaku, hilanglah kuasa penentu Umno.

6. Apabila kuasa penentu terlepas daripada tangan Umno, hatta (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin  pun mungkin terlepas peluang mengambil alih dan (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi pula mungkin mencatat sejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri yang paling singkat tempoh perkhidmatan, melainkan beliau berpaling tadah.

7. Jadi, siapakah yang boleh kita harapkan untuk menyelamatkan negara? Kita terpaksa berbalik kepada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang sedang mempelopori usul tidak percaya/akuan berkanun.

8. Raja-Raja Melayu pun tentunya tidak akan berdiam diri membiarkan negara terumbang-ambing dan hidup rakyat jelata semakin hari semakin susah.

Meminjam ungkapan Inggeris, kita kini tersepit di antara “the devil and the deep blue sea” (di antara dajal dan laut dalam yang membiru).

Pilihan kita terhad dan masa tidak memihak kepada kita. Situasi kita menjadi bertambah runcing setiap hari yang berlalu.

Wallahuaklam.

46 comments:

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Harapan untuk menyaksikan satu perubahan drastik berlaku melalui PAU hampa. Najib makin kuat pun boleh dipertikaikan. Kalau kuat mesti Muhyiddin dah tersingkir dengan usul tergempar undi tak percaya. Penangguhan pemilihan pun sepatutnya perlu kelulusan PAU untuk diminitkan. Setakat keputusan dan persetujuan MT masih berupa cadangan sahaja.

Hala tuju negara tidak berkaitan dengan PAU. Kerajaan bukan lagi dikuasai oleh parti. Degar2 dalam PAU berakhir di dalam dewan persidangan sahaja. Kerajaan tidak ambil kisah apa yang dibahaskan oleh perwakilan. Kerajaan akan terus membuat keputusan dan bertindak mengikut kehendaknya sendiri. Siapa yang berani menegur akan tersungkur atau tersingkir. Mukhriz yang telah mula bersuara diharap akan bertambah lantang sepertimana zaman Pak Lah.

Hala tuju kerajaan ialah tak tentu hala.

Mujahid said...

Jangan lupa pilihan kesembilan:

9. Kita menyerah kalah dan tidak berbuat apa-apa. Mohd Najib terus berkuasa. Usaha mencari kebenaran mengenai 1MDB, SRC International/KWAP dan derma/sedekah/zakat RM2.6 bilion akan dilencongkan bagi membersihkan nama beliau. KEMUDIAN ALLAH AKAN BENAMKAN DIA DENGAN PARA PENYOKONGNYA KE DALAM LAUT DAN KE DALAM TANAH SEPERTIMANA FIRAUN DAN QARUN.

Kuasa Allah akan memastikan kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan. Itu pasti.

Suka sama suka said...

Datuk.

Selepas PAU-2015 yang baru berakhir ini, saya rasa:

1. Kita kena selalu berwaspada.

2. Jaga keselamatan keluarga.

3. Kerajaan UMNO akan jadi lebih gila macam "anjing gila" yang suka mengigit orang.

4. Jangan jadi hero sebab saya pun bukan hero.

5. Kerajaan akan gunakan akta yang bukan-bukan seperti akta telekom, akta anjing gila dsbnya.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Pentingnya keputusan yang telah diambil oleh UMNO untuk menyokong Datuk Seri Najib ialah hilangnya pilihan untuk menurunkan beliau dari dalam.

Oleh itu kita perlu mempertimbangkan usaha dari luar.

Bagi saya pilihan yang terbaik untuk bangsa Melayu ialah penubuhan sebuah parti nasionalis Melayu yang baru yang akan bertanding melawan UMNO di PRU akan datang. Walaupun kita tinggal cuma dua tahun sahaja lagi tetapi saya rasa dengan adanya kepimpinan yang kuat dan kerjasama dengan parti politik bukan Melayu (selain DAP) dan parti-parti Sabah dan Sarawak, kita akan berpeluang menubuhkan kerajaan yang masih lagi bermodel sama seperti semasa kita mendapatkan kemerdekaan dulu; diterajui oleh kaum majoriti iaitu Melayu.

Sesungguhnya orang Melayu sekarang di dalam dilema. Tiada alternatif yang boleh diharap untuk membela bangsa.

PKR keterlaluan baiknya dengan DAP. PAS pula sanggup buat apa sahaja untuk merealisasikan cita-citanya menjalankan undang-undang Hudud di Kelantan. UMNO seperti yang kita lihat, sudah tidak boleh diharap lagi.

Oleh itu, mungkin sudah sampai masa untuk orang Melayu yang cuma aktif di alam media sosial untuk bangkit menyertai politik untuk masa depan anak cucu kita. Agak janggal bila kita dengar nasionalis melayu bangun menentang UMNO tetapi itulah realiti yang harus kita hadapi.

zueyusof said...

Amin ya Rabb... semoga sekalian malaikat mengaminkan doa anda juga.

Ida S said...

Salam Dato

No retreat no surrender!

Persoalan saya, sejauh mana boleh Raja-Raja Melayu bertindak?

msh said...

Salam Dato.

Apakah hala tuju Negara Pasca PAU 2015?

Kita tidak perlu berfikiran jauh atau mengambil pandangan mana2 Pakar untuk membuat analisis tentang perkara ini...kerana kita telah boleh mengagak bahawa jawapannya adalah..SERAM DAN MENAKUTKAN.

Apa lagi kelainan atau kebaikan yg boleh kita kecapi dan harapkan dari Ketua spt ini?
Jelas yg dia tidak peka...tidak hirau...malah tidak peduli dgn rentetan rakyat tentang kepayahan hidup dgn kenaikan kos sara hidup berpunca dari kelemahan pentadbiran dia sendiri...kerana dia kini 'membeli masa' untuk MENYELAMAT DIRI DARI SKANDAL DAN TELAH MELAKUKAN KEKEJAMAN DGN MENGANAYAI RAMAI TERMASUK TIMB. SENDIRI?

Memang dia kuat....tetapi didlm ketakutan.

Dia bukan sahaja telah gagal mentadbir urus negara..tetapi tidak amanah dan merbahaya untuk masa depan negara.
Berbohong sudah menjadi perkara biasa dan dia juga kelihatan tidak lagi mempunyai rasa malu atau aib.

Justeru itu....dia mesti dinyahkan dgn apa cara pun dan sy pasti veteran2 Umno termasuk TSMY tidak akan berdiam diri...InshAllah.

abdullahngah said...

satu malaysia di terajui tokoh kepimpinan yang berjiwa besar dengan nafsu besar. promosi dasar umno membela Melayu hasilnya dapat kat orang bukan Melayu dek kesetiaan orang orang umno dan ahli ahlinya.

uhukekek said...

with the new security measure that will be in his palms, come what may, the idiot will never relinquish power. What we have is a monster. He invited pas for a cruise but even they seem to think that he wont last and i think they are wrong. Najib will last. He will sell every last one of us if it means in the anals of history, it was all a donation and he didnt do diddly squat. What if i were to tell you, out of a group of 80+ guys and gals, whose background ranges from being kids of rubber tappers, kerani sekolah, peraih sawit, oil and gas managers and even a few kerabats thrown in, 100% reject najib. This despite the tv3 propaganda, the blogs and so on. I am afraid that on the cyber-front, both pro najib and pro old doc loses out because malay kids dont read any of your blogs. They go to social media instead and sites like roti kaya and mynewshub. They get their news from kelab che det on fb btw but never blogs.

Im sure there are a few snoopers in here. So ya know, tell your propaganda team and better yet, whisper to rosmah so that she tells najib, you have lost the ground. Lets see hoe you ruin this nation

Zalman A said...


Salam Datuk,

You are right that Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone cares for nothing beyond his own hold on power.

If he had an ounce of shame, he would have resigned long ago.

Let us quickly summarise his "Performance vs Promises" ratio.

To be kind, let's start in 2013 only.

DIRECT QUOTES from the PUBLISHED 2013 BN Manifesto:

"Easing Cost Of Living" - tak payah cakap, lah.

"Access to Quality Health Services" - we have fewer cancer speciallsts, in total, than some countries have in one hospital. What is the effect on TPPA on medicine prices in the future?

"Towards Greater Efficiency in Public Transportation" - you mean "Towards More Expensive Public Transportation"? LRT up? Tolls up? Taxi fares up? Petrol up? KTM up?

"World Class Infrastructure Development and Rural Transformation": How can you even look FELDA shareholders in the eye?
KLIA2 was delayed how many times, and at what cost to the public?

"Strengthening Women’s Participation": To be fair, the Cowgate affair came to a very sudden end, based on one letter to the new A-G. I suppose that was welcome news to one person.

"Building a Resilient, Dynamic and Innovative Economy" - tak payah cakap, lah. 41% FDI flight in the last 12 months. Already broken the 55% GDP-debt ratio. Rated by Oxford group as Asia's most "at-risk" economy". The PM is so economically innovative that his own party can "misplace" US$700 million in its audited accounts.

"Building towards Educational Excellence" - Vietnamese kids are more advanced than ours. ITM plunges 100 places and their chancellor says he doesn't care?

"The gradual reduction of intra-city tolls" - You see, the word "reduction" means GO DOWN, not GO UP.

"Enhancing Security and Public Safety": How many Malaysians feel safe on the streets? How many tourists in East Malaysia do?

"Promoting Islam, Religious Freedom and Harmony": Can you please ask the East Malaysians, Syiah, Chinese and Indians about this one? It's the worst in Malaysia's history.

"Fighting the Scourge of Corruption": Look at the billions wasted every year as detailed in the AG's report, and the fact that we have more illicit money flowing out than any country our size. Or maybe it was all "donations"? The example starts from the top. And YAPEIM and MARA? Not a peep at PAU.

"Revitalising the Public Service and Enhancing Good Governance": We are still ranked one of the most corrupt public sectors in Apac by Ernst & Young. Is cracking down and sabotaging the MACC, SB, AGC and BNM part of "Revitalising the Public Service and Enhancing Good Governance?" Is twice ignoring BNM's prosecution recommendations on 1MDB an example of "Good Governance"?

Malaysia is now the laughing stock of the entire world.

The rakyat are angry, suffering, embarrassed, directionless.

Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone knows it.

He does not care.

He cares for nothing except power.

The stage-managed shallowness of this PAU proves that fully.


Fendi Ahmad said...

Dengan penggulungan Presiden selama 30-40 minit yang saya kira macam antara terpendek dalam sejarah apalah lagi yang kita boleh harapkan.

Sudahlah pendek, 70% daripadanya ialah benda yg sama tentang kehendak Pahlawan supaya org taat dan setia kepada parti (baca sebagai taat dan setia kepada PAHLAWAN).

Kaedah UMNO menguasai Kerajaan macam dah tak wujud. Yang wijud ialah Pahlawan menguasai kerajaan, pahlawan menguasai umno. Segalanya demi pahlawan untuk pehlwan.

#aptb - hashtag popular org muda zaman sekarang maknanya APAPUNTAKBOLEH

joe black said...

The mark of a Leader is the lineup of people that he appoints to manage and represent him. The list of Has Beens and Wannabes that he has appointed to work for him reflects his level of thinking and Please...Don't Bring in God into this.

Beware of misinterpreting God's Wishes....Mistaking God's wishes will only lead to divine trouble. Better to play it safe and avoid such people and Organization (UMNO). The danger in hanging around them is that god may be tired of listening to them misrepresenting Him and decide to teach them a Lesson. Of course, this being the 21st century, He may have refined his arsenal so that He can pick off only the offenders and leave the rest of us unharmed. But I would not count on this.

panglimo potaseh said...

Setelah tamat era Chedet, aku lihat umno semakin layu, tapi segar sebagai lubuk keramat untuk untuk menacari sumber kekayaan melampau, yang penting kaya, bila kaya semua orang hormat dan pandang mulia pada kita .. orang akan sembah kita seolah-olah kita sebagai pilihan tuhan, suci daripada segala dosa .. apalagi bila dicanangkan dah banyak kali ke "hollyland". Daripada mana datangnya sumber kekayaan itu, jangan tanya .. itu pun kalau nak selamatlah.

Pak Lah pada aku tak ada aura .. itu sebabnya PAU eranya dingin .. ucapannya bagai ucapan Tok Penghulu sahaja .. dia mungkin jadi mangsa pada kehebatan aura Chedet.

Najib lain pula, pada awal ucapan nya agak lembut nadanya .. raut wajah nya berminyak, bucu bibirnya berbuih .. akhir nya terlondeh juga rahsia wajahnya dengan skandal yg maha hebat .. akibatnya ucapannya dah jadi pekikan.

Kalau selepas era Chedet PAU dilihat semakin dingin .. PAU kali ini diadakan sebab tiap tahun ianya telah diadakan, telah menjadi rutin .. takde apa-apa agenda, hanya dijadikan pentas untuk menegakkan benang yang terkena hujan tengkujuh .. seperti kata Pak Kadir dalam situasi seperti ini, memekik-mekik adalah metodologi yang terbaik untuk berucap.

Pasca PAU 2015 .. Najib dah pun hulurkan tangan, lupakan hal-hal yang lain, jom kita bersatu katanya, lagipun Islam mengalakan umatnya bersatu .. jangan lawan kata-kata Islam?.
Muhyiddin, kata .. bersatu dah semestinya, tapi dia "tetap" nak tengok penyelesaiaan masalah yang dia dah bentangkan, dilakukan segera.
Hishamuddin .. PAU kali ini telah banyak menjawab persoalan dan ini akan menjadikan keadaan lebih tenang selepas ini.
Mukriz kata .. ada orang tanya saya, siapa nama saya, saya jawab saya dari Kedah .. orang tu tanya lagi, siapa nama saya, saya orang Kedah .. ..

Pada yang bukan Melayu pula, mereka nampak tak banyak komen, sebab mereka tahu Najib akan datang pada mereka dengan cerita yang lain pula.

Presiden PAS, diam je, mungkin memikirkan bahawa UMNO pernah dikafirkannya .. atau memikirkan bagaimana PAS yang dah banyak kali di kencing. Tapi orang kanan PAS kata, dah nak nazak baru nak ulur tangan .. dah terlambat.

Persoalannya betul ke dah terlambat .. maksud saya terlambat seperti pintu kota Baghdad yang dibuka oleh orang Baghdad sendiri untuk beri laluan tentera Mongol masuk.

mayakurin said...

Salam datuk,

Pilihan yang kita ada sebenarnya cuma satu, create new coalition parties and jump the ship.

Multiracial country seperti Malaysia memerlukan polisi freedom rights, reason and commerce. bukan piety dan patronage.

Cuba tanya diri kita, adakah kita nak rakyat tenggelamkan UMNO dan objektifnya atau tenggelamkan UMNO tetapi selamatkan objektifnya?

Kita tiada banyak pilihan. Time is running out.

din klang said...

Itulah akibat nya apabila para ahli memilih seorang pemimpin yang berjiwa besar tetapi bertelur kecil

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

My 2 cents are as follows -- there are two camps of opinions:

1. Camp of supporting the Party President,
2. Camp of dissent

Both camps have their own arguments:

1. Camp of supporting -- use "for greater goods" as reasons to why they must support the President. They use "Unity, Loyalty, etc" to justify their actions.

2. Camp of dissent -- use "interests of individuals are no more important than the interests of the Religion, Race & Nation". If one individual has broken the law, doesn't matter who he/she is, actions must be taken.

To the President, with all of these dissents plus hue & cry about him plundering the wealth of the country, it is logically very simple -- he must strengthen his position, so that all those noises would fade away. Hence, new laws, new Ministers, dismissal of dissenters, etc. With the conclusion of PAU, the president has gotten a new Bai'ah from Umno delegates. He has succeeded to get more power.

To dissenters, the presidents has a very simple job to do -- explain and show proofs. Don't just beat around the bush. Don't just use any principles or moral values as camouflage to his own preferences. Principles and Preferences cannot ever be mixed. By virtue of the President's strengthening acts only confirms his preferences over power, to do more plundering.

To the camp of President -- all of these "evil things" of plundering have it roots during previous administration, particularly during Dr M's.

To the dissenters -- even if it was so, the President's job now is to nip it, not to nurture it further. Giving "two-wrongs-cannot-make-a-right" excuses, only portrays the admission of guilt.


To me Datuk, what is happening now is exactly the same like what had happened during the clash between Khalifah Saiyyidina Ali r.a. & Muawiyyah r.a -- both adamantly thought that they were right. But all of us know that there cannot be two rights....and with the benefits of hindsight, we knew now who was right, and who was wrong.

And we also knew that, the battle which ensued from that clashes of opinions between Ali & Muawiyyah, was a political battle...not a Holy War based on Tauhid.

And for sure, this current situation is "jauh panggang dari api" about any perjuangan Tauhid. It is again purely political battle....which fights for Preferences over Principles!!

InsyaAllah, I will pray Solat Hajat, Solat Tahajjud, etc; asking Allah azza wa jal to give hidayah to both camps. Should either one of them is right, they will get Rahmah & Barakah. Should either of them is wrong, let them face the wrath of Allah.

That's all I can do.

Thank you.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
pNc said...

Atau mereka menyokong usul tidak percaya/akuan berkanun yang mana mereka berpeluang berkongsi kuasa dalam kerajaan perpaduan nasional. Sekiranya ini berlaku, hilanglah kuasa penentu Umno.

pNc said...

C & P
Some rantings from my hospital bed . This is something to do with the claim by some 'authorities' to do their best to empower Bumiputra , increase Bumi equity in urban and inner city areas , increase Bumi foothold on strategic locations . From my readings in the openly reported print media, the news are paradoxical to say the least . It may be summed up as 'anything else can be sold or traded?'
1.China Railway Engineering Corp( CREC)- the front contender for 60% Of Bandar 1 M in Sg Besi RMAF Airbase having paid upfront RM150 mil as part of the bidding process. PNB was omitted out earlier due to non competitive bidding.
2. Gemas - JB electrified double trekking project awarded to state owned China Railway (11 Dec)
3. HSR project between Singapore and Bandar 1M . Transport Minister has launched the exhibition for China HSR model
4. Tan Sri Lim Kam Hoo of Iskandar Waterfront Holdings (IWH) has formed a strategic link with CREC. IWH is a major player in Iskandar Development Region.
4. EDRA Global Energy Bhd was sold 100% to China's state owned China General Nuclear Corp (CHP) .
5. Federal Hill , a strategic highly valued prime parcel of land besides Bangsar, which houses many MOH institutions , has been exchanged with SP Setia . Though 30% owned by GLCs before its CEO went out with top brains to form ECO World , SP Setia has no appetite for PRIMA sort of projects. 21.7 hectares of the strategic prime public land in Federal Hill Bangsar is traded with 17.1 hectares of SP Setia land in the remote SETIA ALAM . Yes , SP Setia will build new buildings for the National Institute of Heath as part of the offset strategy , like the plan to build the TUDM base elsewhere near Gemas after its uprooting from the strategic Sg Besi base.

Mat Bakar said...

sallam Dato'.

Saya ketinggalan dalam beberapa ulasan Dato' my Lap Top OOO.

PAU sekarang sudah jadi kueh PAU yang punya banyak pilihan intinya, kacang, kelapa, ayam dan sebagainya, namun perlu dimakan segera jika tidak ia akan cepat basi dan rosak. Itulah hakikat sebenarnya PAU kini perwakilan dihidangkan dengan berbagai inti untuk pilihan jika enggan mereka akan dipinggir atau digantung keahlian. Memang benar kata seorang sahabat saya berbangsa cina, UMNO itu U Must Not Oppose.

Pau ke karipap ke harga barangan semangkin melonjak terutama sekali barang dapur seperti bawang, bawang putih, daging import dan belbagai lagi, kenapa harus terjadi begini teruk, apakah perwakilan terus mau jadi Pak Turut dan kaki angguk kepala tanpa memikirkan bahawa PRU akan datang BN pasti tumbang dan kemana kah mereka ini hendak sembunyi muka?

Semoga Allah selamatkan negara ini dari Dajal dan Munafik ini.

Unknown said...

DAKJ,

Saya menaruh harapan agar kita tidak perlu lagi membahas isu-isu 2.6b, SRC, 1MDB dan DSN. Baik di sini, atau di nama-nama juga tempat. Ini kerana, kesimpulan kita pelbagai. Jawapan yang dituntut dan diterima juga sangat menyakitkan. Kami sebagai anak muda professional juga sudah jemu dengan isu-isu ini. Kami tidak membincangkannya baik di pejabat atau sewaktu minum petang bersama. Kerana kami lebih memikirkan bagaimana menterjemahkan isu-isu ini di PRU kelak. Kami lebih meneliti cara dan kaedah terbaik bagaimana untuk membawa kemenangan kepada parti selain parti pemerintah kini. Sentimen-sentimen seperti kenaikan konsisten sara hidup rakyat, kewangan dan nilai ringgit yang semakin hampir kepada kelumpuhan, keperitan teman-teman yang hilang pekerjaan akibat ekonomi yang jatuh berganda dan juga risiko-risiko yang akan kami hadapi sebelum PRU. Kami menjangkakan lebih banyak tekanan akan kami dan rakyat amnya terima dalam tempoh setahun ini, dengan langkah-langkah tidak popular kerajaan pemerintah. Seterusnya, kami juga melihat terdapat banyak cabaran untuk parti pembangkang untuk mengambil alih Putrajaya, namun kami memberikan jaminan bahawa (juga sebagai petunjuk awal kepada parti pemerintah) kami anak muda professional (kebanyakannya-dan jangan dipandang sebelah mata bilangan ini), penuntut yang layak pengundi, pengundi atas pagar, rakan-rakan kaum Cina dan India dan rakan-rakan professional di Sabah dan Sarawak sudah sepakat bahawa tindakan parti pemerintah dan dasar-dasar pemerintahan kini sudah cukup untuk membolehkan kami memberikan undi seratus peratus dan bersedia untuk menerima kerajaan yang baru. Kami sedar bahawa sentimen ketakutan atau kerisauan untuk memberikan kuasa kepada parti pemerintah yang baru wujud dalam hati kami. Namun, ketakutan dan dendam (benar, bangsa Malaysia memiliki perasaan dendam yang sudah dibuktikan melalui kajian sejarah) yang sudah lama tersemat dan berterusan dibakar semakin berjaya untuk memberikan keyakinan bahawa kami sudah sedia untuk perubahan. Kami juga menasihati parti-parti pembangkang (melalui media sosial mereka amnya) bahawa untuk menjadi kerajaan pemerintah dalam tempoh tidak sampai tiga tahun ini, mereka secara kolektifnya perlu bersedia, segera untuk menyelesaikan isu-isu dalaman parti dan inter-parti sebelum menakluki Putrajaya. Kami juga mengingatkan mereka bahawa, undi dan sokongan kami bukanlah kajian dan ujian semata-mata. Ini adalah kerana parti pemerintah yang ada sekarang telah merosak dan mempermainkan kepercayaan kami sebelum ini. Kami tidak memiliki pilihan lain selain untuk melihat landskap politik dan pemerintahan Malaysia berubah pada kali ini. Kesengsaraan ini dibakar setiap hari. Kepada parti pemerintah (khususnya parti terkuat dalam Barisan National) perhimpunan yang baru selesai telah memberikan indikasi terbaik kepada kami bahawa pilihan terbaru kami ini tidak ada silapnya. Kebanyakan kami tidak perlu mengucapkan selamat tinggal kepada parti pemerintah untuk memilih pemerintahan baru nanti, kerana kami juga tidak pernah menjadi ahli dan sudah tidak perlu memikirkan untuk menjadi ahli. Apatah lagi jika bakal menerima risiko tindakan disiplin hanya kerana menegur baik pemimpin di dalamnya. Kepada parti pembangkang, tidak menjadi ahli tidak bermakna kami tidak menyokong anda. Sesungguhnya pada akhirnya nanti, keahlian bukanlah petunjuk mutlak setiap helai undian kami.

adion said...

Doing something is better than doing nothing.
We wouldn't know what the outcome would be if we acted but we well knew what would happen if we didn't.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Apa habag ? sehat2 no, ni musim hujan ni, kalu ayag naik, ikan puyu bulih dok semunyi bawah tangga.

Aku rasa la Kadiag, anak Pak Kiyaii, katanya wake Pegoh munkin kena sujud syukog, kerana sunggoh pon lambat, nampak macam semakin sedag kediri. Umog tara dok ada ni, ramai dah pejam mata.

Bukan apa Kadiag, aku tekenang berita depa dok kata masa kempen ngundi di Sg Limau, kerajaan naikkan harga gula sabet tak mao rakyat dapat kencin manih, nanti kena potong kaki.... kalu berita ni palsu, aku mintak maghap banyak2 terutama pada anak Pak Kiyaii.

'Penangan' apa dok belaku di Malaya ni, ramai orang jadi lebih sedag, lebih 'educated' hai politik dan ekonomi. AlHamdulillah. Nampak semakin jelaih, masaalahnya 'taksub' tak kena tempat. Silapnya (antara lain) pi taksub pada maknusia, dan kurang peduli pada fakta atau kebenaran...macam tulihsan hang hak lebih korang tajok 'boleh sokong tapi kaji juga fakta'.

Harap2 proses 'education' kekai lama dan InsyaAllah positib dan baik untok Malaya.

Wa sallam.
Aku

Anak perak said...

Dàtuk,
Persoalan sekarang ialah apa pilihan orang MELAYU ada pada PRU akan datang. Rata-rata rakyat benci pada kepimpinan yang ada sekaràng.
Sayang sekali, UMNO yang disayangi dihancurkan oleh rasuah, pembohongan, ampu-bodek. Almaalum, presiden punya berbillion RM yang mampu mem"beli" juara kampung dan pejuang-pejuang kokak. Daripada MT hinggalah keperwakilan semuanya tak ada yang berani menegakkan kebenaran...
UMNo sebenarnya ketandusan pemimpin jujur dan berani yang mampu mengembalikan keyakinan rakyat Dan yang benar-benar berjuang untuk orang MELAYU...

RD. said...

Salam Dato AKJ dan Pembahas sekalian.

Pada awal ucapan pengulungan PAU 2015, Najib telah menyerlahkan pendek akalnya sendiri dengan mengucap: 'Mudah-mudahan Kedah menang malam ini'.

Mungkin, beliau mahu ambil hati Pengerusi Tetap. (yang lantas meniup wisel)
Mungkin, beliau sokong Kedah kerana Selangor telah menafikan Pahang ke final.
Mungkin, beliau sokong Kedah kerana Selangor di perintah pembangkang.

Walau apa pun sebabnya, sebagai PM 1Malaysia, adalah lebih cerdik, tidak sebut langsung pun. Bukan ada sesiapa tanya. Kalau ada yang minta pendapat, sebagai PM, beliau MESTI berkecuali, tanpa menunjukan sokongan kepada mana-mana pasukan Negeri.

Saya hairan.....Pengerusi Tetap dan kemudiannya PM, tanpa rasa segan & malu, menyebut 'loqlaq'. Setahu saya, loqlag adalah singkatan 'teloq balaq' dalam telo Kedah yang ditujukan kepada lelaki tidak senonoh, gatal atau miang. Kepada perempuan, dipanggil garit, singkatan dari 'gatai b**it'.
Itulah kefahaman saya mengenai singkatan loqlaq. Mungkin Dato AKJ atau Pembahas ada tafsiran lain.

Satu lagi sikap Najib yang amat menjengkelkan ialah, suka terpekik-terlolong seolah-olah Rakyat pekak dan bangang. Dia kerap memperbudak-budakkan, memperlekeh dan memperli Rakyat yang tidak menyokong TPPA, dengan berkata:-

"Kita takut bersaing dengan orang lain. Macam mana kita takut? Vietnam pun berani. Vietnam yang musuh Amerika pada tahun 1960an itu, yang beribu orang mati, dia tak takut. Brunei yang macam tu (negara kecil), dia pun masuk TPPA. Dia pun tak takut. Takkanlah kita tak berani bersaing dengan orang lain?"

Vietnam adalh sekutu-kuat Amerika, hari ini. Brunei negara kaya dan tidak perlu menjaga kepentingan bumiputra. Keturunan pendatang tiada hak kewarganegaraan dan Sultan memerintah secara mutlak.
Bangang ke apa? Rakyat yang tidak menyokong TPPA bukan kerana takut bersaing. Rakyat teramai bukan ahli-perniagaan. Rakyat hanya tidak mahu menjadi 'pak-turut' Amerika. Selepas termetrainya TPPA, jelas kita akan menjadi anak emas baru US dan secara tidak langsung, menjadi pesaing kepada BRICS yang dipelopori Russia dan China.
Bak kata TS Zamkata: "Maka itu kita menjemput bahaya yang besar kepada keselamatan negara kerana imej kita setaraf dengan negara-negara Arab yang menjadi alat kepada dasar luar Amerika."

Benarlah, Najib 'berjiwa-besar'. Orang 'besar' seperti Dr.M, Muhyiddin dan Safei Afdal, beliau tidak berani ambil tindakan. Hanya berani bertindak terhadap wanita dan 9 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang.

MOKHTAR said...

Salam Datuk,

Frankly PAU after TDM is nothing, just annual routine for UMNO leadership to ferry thousand supporters for merry go round, free accomodation, meals + a few hundred ringgit for rural supporters to KL..
no subtances, isi pun tak ada..hanya air lior sahaja...pemimpin2 UM(N)O , N for Najib
cakap macam Mat rempit sahaja, gertak sana sini, hina sana sini..Allah sana sini..latest bogey ISIS.. lepas tu jilat buntut masing2.. job well done.
ini la nasib orang2 Melayu Islam yang sayangkan parti keramat..hidup UM(N)O..
Conclusion..Rasuah dihalalkan dan diterimapakai oleh Kerajaan...

Suka sama suka said...

Datuk.

Kerajaan perpaduan nasional ada-lah yang terbaik, bukan nya perfect, selepas PRU-14 untuk menggantikan kerajaan BN yang mengamalkan system korup dan rasuah hingga menular ke akar umbi yang melibatkan apparatus kerajaan seperti BNM, PDRM, AG, MACC, GLCs, Tabung Haji, KWP dsbnya.

Unknown said...

Dato,

Di antara pressing issues yang didebat dalam PAU kali ini termasuk.
1. Pakaian MAS air stewardess yang tidak senonoh
2. DAP and terus mengugat orang Melayu sahaja, sebab dia orang tu yang mengakibatkan perlaksanana GST6%, pengurangan subsidi, toll naik, DAP tu salah, anti Melayu

Meanwhile in PAU
1. Najib says unlike the Opposition-led Penang, the BN government has never discriminated against the Malays.
2. Najib says Muslim scholars have said that it was "haram" (forbidden) to topple the government especially through street demonstrations. Najib says the whole ship (Umno) will capsize while the Malays and their civilisation will be affected if the party is betrayed. 3. Najib says there are some who have and will create holes on the ship (Umno) in order to sink their opponents.
4. Najib says the government has honoured and delivered 90 per cent of the pledges made under the last general election's Akujanji.

source:
http://www.nst.com.my/news/2015/12/116511/live-timeline-umno-general-assembly-2015

msh said...

Salam Dato.

Tahun ini genap 60 tahun sy hidup sbgai seorg hambaAllah berbangsa Melayu...dari ribuan Bangsa didunia.

Bnyk analisis yg telah dibuat dan diperkatakan tentang Bangsa sy...iaitu Bangsa Melayu.
Dulu2 sukar bagi sy untuk mengiakan atau bersetuju tentang apa yg org kata tentang Bangsa Melayu.
Bnyk yg negative dari positif. ...tetapi kini kebenaranya terserlah.

Hatta...kita tidak boleh lagi menidakan kebenaranya...kerana apa yg berlaku sekian lama ...boleh dilihat dgn terang dari perbuatan bukan lagi dari kata2 betapa bercelarunya Bangsa Melayu.

Semua ini telah diterjemahkan dan dipersembahkan dgn terang oleh Umno dlm PAU.
Segala perangai....tingkah laku dan prinsip hidup Bangsa ini secara amnya.. telah ditonjolkan oleh Umno secara yg lebih jelas didlm PAU betapa;

Mengarut...bercelaru. ...kotor....zalim...sukar difahami..penuh kontradiksi.. lain dibibir lain dihati.. pendendam..dengki ..rajin pun ia tetapi malas yg lebih..menunjuk2...kuat mengampu..tidak sedar diri....mudah dipengaruhi..penipu....pandai berlakun...malah bodoh tegar dan tidak boleh diajar...fahaman ugama yg tidak menentu bnyk main ikut nafsu.."minyak dan air tidak bercampur"...bersembahyang dan bersedekah tetapi masih melakukan mungkar....rendah atau tiada jatidiri dan moral dsb.

Jika tidak dari Umno...Melayu2 serupa ini juga ramai berada didlm Parti PAS...PKR...PAN...dll.

Kini sy rasa cukup malu dgn Bangsa ini...Bangsa yg penuh kepalsuan.

Sy lebih selesa menjadi seorg hambaAllah sahaja.

Justeru itu....sy tidak terperanjat jika Bangsa ini akan kehilangan semua yg ada dlm berberapa dekad lagi.....dan semua 'kekuatan dan kehebatan' akan menjadi sejarah sahaja.

Mungkin ini adalah hukuman dari Allah SWT kerana murka pd Bangsa ini yg telah bnyk mempermainkan Ugama Islam yg dianuti...demi politik dan survival diri.

Wallahmuallam.


(Sekadar menulis dan meluah kekecewaan).


Terima kasih

Pompuan said...

Hola DAKJ
Like it or not, he's here to stay. The PAU strongly endorsed him. Which means the detractors must toe the line. Or out they go.
He's shrewd to throw the ball at Muhyiddin and Shafie Afdhal's court. If they snubbed him, both will look arrogant in the eyes of UMNO members and the Malays.
So both are in a major quandary. Cornered. Pak Din looks set to go. But Shafie is having second thoughts.
As for Tun M, just leave him alone to his devices. No need to waste precious time sacking him or replying to him. Let him say whatever he pleases.
As that debater from Kelate said Najib you 'are not lonely'. Hahaha. Obviously he didn't know MJ's song You Are Not Alone.
Jokes aside, he encapsulates the UMNO credo follow the leader right or wrong kalau nak selamat.
Kami teguh bawah Najib. Tak setuju, keluar.
No surrender. No retreat. Don't spoil for a fight. You are fighting UMNO. Najib is the perfect clever UMNO specimen. Siapa cakap dia lemah atu bodoh

A KADIR JASIN said...

Mohon banyak-banyak maaf kepada pemabahas dan pelawat kerana lambat siarkan komen. Saya kurang sihat. Tapi dah baik sikit.

Wallahuaklam . Terima kasih.

Ida S said...

Semoga sembuh segera Dato

Unknown said...

Orang Melayu perlu membuka minda dan keyakinan bahawa rezeki Tuhan melimpah ruah dimana-mana. Kepergantungan kepada UMNO sebagai wadah pembawa rezeki telah menjadikan orang Melayu lemah, dibelengu kemiskinan dan akan kehilangan kuasa. Selagi orang Melayu tidak berani mengubah nasib dan hala tuju, berani mencuba yang baru dan mengambil risiko, maka selama itulah pemimpin yang tidak amanah akan menjulang tahta dan tidak segan silu menipu rakyat.

Raja-Raja Melayu juga perlu bangun dan mempertahankan nasib rakyat, memimpin dan tidak dipimpin kerana tahta itu adalah amanah Allah kepada mereka, yang dilahirkan sebagai Raja dan tidak rakyat biasa dan sebagai ketua Agama.

Suka sama suka said...

Datuk.

KERAJAAN PERPADUAN NATIONAL (KPN)is the only way to go. Ini saja option.

1. Kalau KPN ditubuhkan sebelum PRU14, kuasa Melayu masih ada sebab pengundi ada-lah majority Melayu. Hanya pembangkang yang bodoh saja yang mahu mengetepikan fakta ini. Kalau pembangkang tidak pandai jaga hati Melayu, maka diPRU14 nanti, senang saja, kita jangan undi pembangkang.

2. Kalau KPN selepas PRU14, kuasa Melayu masih ada sebab pengundi ada-lah majority Melayu. Kalau majority Melayu mengundi parti parti komponen KPN, mereka tahu mereka dapat tubuh kerajaan baru disebabkan sokongan Melayu.

3. Apa yang di katakan kuasa Melayu?

3.1 Kuasa yang bolih menjatuhkan atau menubuhkan sebuah kerajaan.

3.2 Tiada siap manusia atau kerajaan didunia ini yang bolih menjatuhkan atau menghina agama Islam (bukan kerajaan Islam) sebab tuhan sudah janji dia yang jaga agama yang bernama Islam. Contohnya, kalau semua orang Melayu meninggalkan Islam, Islam tetap Islam. Jadi kalau ada orang, party atau NGO yang kononnya mau mempertahankan Islam, ITU ADFA-LAH SATU PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN sahaja.

3.3 Lagi banyak Melayu miskin daripada bangsa lain. Program ekonomi tidak semestinya di jenamakan Ekonomi Melayu sebab orang Melayu akan dapat bantuan sama ada di namakan Melayu atau tidak. Kita jangan di bodoh2 kan lagi.

RD. said...

Salam Dato AKJ.
Semoga Dato sihat sepenuhnya.

Saya amat setuju pendapat Saudara msh pada 3.26pm, tentang pe'el Melayu, di perengan 5.
"Mengarut...bercelaru. ...kotor....zalim...sukar difahami..penuh kontradiksi.. lain dibibir lain dihati........"

Tetapi pada pendapat saya, Melayu dalam UMNO (kecuali President dan anggota kabinet yang 'menjilat' beliau) baik sedikit daripada Melayu dalam PAS, PKR dan PAN. Sebagai contoh: Mat Sabu jelas berubah setelah tersingkir sehingga sanggup memburukan PAS yang telah banyak berjasa, malah pernah menutup aibnya satu masa dahulu. Mereka (Bukan semua) sanggup mengunakan agama demi kepentingan politik. Sanggup menyokong seorang yang tercemar bermoral, terbukti pernah menyalah-guna kuasa dan di rakam video membanting Chinadoll.

Semuanya kerana apa?
Semuanya kerana WANG. (It all boils down to MONEY).
Kerana WANG, Melayu berpecah. Mereka yang tersingkir dan menubuhkan party lain, juga kerana WANG, bila ada yang menaja.

Benarlah apa yang dikatakan Najib: Money is King.

joe black said...

Take Care of Yourself Dato'. We don't have many active oldtimers left to help us put the country back on track......
Those vultures are just waiting for the old timers to go before their greedy guts go for whatever's left ...

Rona-rona uda said...

Please take it easy Datuk. Don't be so hard on yourself. Let the young ones do the fighting. Cheers.

Suka sama suka said...

Datuk.

1. What happen inside UMNO and its 3 million members has nothing to do with us voters. Yes, we voted UMNO, but it IS NOT the same UMNO that as we know today.

2. The best option is to form Kerajaan Perpaduan National BEFORE PRU14 to save the economy, create more jobs and reduce cost of living. I don't think power of majority voters, the Malays, will be eroded. But, if Datuk is worried about the decline of UMNO, I have nothing much to say.

3. Political brand like UMNO come and go. If they go, it is not of my doing. Millions like me who are not UMNO members will vote another brand because UMNO is destroying itself by doing corruption and accepting small and mega bribes to stay alive under the pretext of Islam and Malay whatever.

4. A new generation of politicians are needed. Forget UMNO politician as they are spent forces.

5. A new generation of politicians can and will take us through.

msh said...

Salam Dato.

Harapnya Dato bertambah sihat.
Bila umur sudah hmpir ke70an...perlulah kita utamakan kesihatan... sy doakan kesejahteraan kesihatan Dato...InshAllah.

Sdra RD. terima kasih...itulah Bangsa Melayu.
Kalau kita semua mempraktikan ajaran Ugama Islam yg sebenarnya mengikut AlQuran dan Sunnah...Pembohongan dan Penipuan yg Maha Besar begini tidak akan terjadi....atau diHalalkan.

Adalah suatu realiti bahawa amalan Islam mengikut cara Umno dan Parti2 Org Melayu yg lain... telah jauh menyimpang.
Ketua2 Parti tidak langsung rasa berdosa jauh sekali rasa bersalah melakukan kemungkaran atas nama politik dan survival diri...demikian juga pengikut2 tegar dan taksub pd pemimpin yg menyokong dgn membuta tuli.

Sy percaya tiada dalil atau nas2 didlm AlQuran dan Hadis yg membenarkan kita menghalalkan yg mungkar demi politik dan survival diri.
Malah lebih jahat dan munafik lagi mereka bila Ugama dijadikan ALAT atau 'tools' untuk mencapai matlamat.

Tetapi sdra RD...percayalah..
"Tuhan tau apa depa buat...La ni depa dok syok sama sendighi...depa dok ghaya hindu...mcm2 depa dok buat...pekena kita semua dan depa ghasa hebat..'terror' kunun..tak pa...tapi bila Tuhan tughun bala ..depa semua mampuih...masa tu baghu depa tau ...langit tinggi ghendah".

Terima Kasih.

Orang Kampung said...

Assalamualaikum ,

Saya doakan Dato bertambah sihat . Umur kita semakin tua Tok. Namun sumbangan Dato kepada bangsa, negara dan agama tetap ada nilainya. Jika pun tidak di sisi manusia tetapi di sisi Allah tetap ada . Sebab Tuhan amat tahu segalanya termasuk bisikan hati manusia itu sendiri . Kita manusia ni boleh berdolak dalik hanya dengan sesama manusia sahaja tapi bukan dengan Allah . Seseorang yang mengaku dia beriman dia mesti terima hakikat ini . Semoga lebih banyak lagi taufik dan hidayah Nya diturunkan kepada Dato menerusi ilham untuk terus menulis .

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Mustahil kita manusia bolih dapat orang politik yang jujur dan baik. Tetapi itu bukan lah tujuan kita memilih party politik atau mengundi seseorang.

2. Tujuan kita hanya lah jangan sampai mereka sengaja mengamalkan system yang korup dan mengkorupkan system yang ada.

3. Melayu yang korup sama dengan bukan Melayu yang korup. Yang kita tolak system yang korup dan orang yang korup.

4. Melayu yang tidak korup sama dengan bukan Melayu yang tidak korup. Jadi, yang harus kita sokong ia-lah Melayu dan bukan Melayu yang tidak korup. Begitu juga parti yang tidak korup ATAU YANG KURANG KORUP sebab memang susah kalau mau 100% bersih.

5. UMNO diberi peluang, tapi mereka gagal sebab system dalaman. Tapi kalau Datuk mau juga UMNO diperbaiki dari dalam, saya rasa sudah terlambat. Selamat tinggal UMNO!

Najib bodoh alang said...

Najib is bodoh alang. He thinks he is a leader when in actual fact he is just a naive pretentious boy. A man's personality never change. As he went up the UMNO ladder he began to think that he is really special.

His naiveness was exploited by the jew Goldman Sach who boosted his ego and made najib forgot his malay kampungs base. The Arabs brought him to a rented yacht and Jho Low stoked his ego and voila the greatest heist of 42 billion was exploited with the help of Ananda Krishnan, Lim Kok Thay, etc.

The naiveness of the kampung Ketua Bahagians who dont understand the enormity of 42 billion still counting his RM5000 monthly income which is not enough to live in KL.

While the country is shocked at 42 billion debt that UMNO has given out to the Jews, the Arabs, Chinese and Indian , the gullible kampungs people talked about MAS stewardess's costumes.

So that is how the gathering of UMNO is viewed as the gathering of poor kampung folks, enthralled with their so called power when in fact, all of Najib henchmen are Christian like Idris Jala who is not even at the gathering but head Pemandu with 22 billion budget and an almost chinese and indians staff.

Talent Corps bring back Chinese and Indians smartest back to fight UMNO government..muahaha so of UMNO Malays.

The UMNO kampung people dont know that Najib and Mahathir their Presidents Khazanah has been giving money to Indian Yepme to the tune of almost half a billion while malay business men talked about 5000 loans muahaha..

The budget of DBKL is an astounding 2.2 billion yet Khazanah budget for Yayasan Hasanah headed by the wife Indian bumiputera Ngalingam is 3 billion!

No UMNO member asked why the Bernas is in the hands of monopolist bengali, why Kuantan Port is in IJM chnese, why Westport in Indian ngalingam.

They laughed and clapped about MAS stewardess dress instead of MAS losses, poor buggers.

The recent UMNO assembly is the final nail in confirming it is a party of malay village idiots.

UMNO is beyond redemption. The Pemuda are all struggling scheming business men looking for projects to give to their Chinese and Indians cronies.

UMNO members were predictably exploited of their natural goodness into believing that there is a political crisis between Najib and Muhyiddin when what is reality is that UMNO have a thief as President who the JEws and Chinese, Christians, Indians are all gleefully rubbing their hands at.

How can Muhyidin accept Najib unless he close one eye to this thievery? All these while UMNO Presidents and MT stole from the Malays and these have emboldened those in the administration to steal more and more. Create more companies so that their salaries cannot be questioned by UMNO members or Parliament. Create Yayasan after Yayasan to do so call CSR. Corporate Social Responsibility for UMNO Governemnt..muahaha.. who is the robber who teach this to Najib?

With the power given by UMNO village idiots expect Idris Jala, Mustapa Mohamed to enrich the Chinese and Indians. Zahid Hamidi to bring in 3 MILLION bangla indians to enrich chinese and indians plantations and restaurants. Khazanah to enrich BAC and other Indians business. Genovasi, AIM,MAGIC etc to enrich chinese entrepreneurs.. Only MARA is for the Malays.

Yet none of these were touch by the assembly. They went back satisfied to their poor existence in their kampungs.

Zalman A said...


Salam Datuk,

Hope your health is recovering. Indeed, we do need you to help us to put our suffering country back on track.

This may help to lift your spirits - article by Dr Awang Mat Puteh:

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/kita-berdiri-di-pihak-yang-mana-1.461527

Brave and timely.

Rest well and best wishes Datuk.

yana said...

Datuk Kadir Jasin,

Hope you're doing okay, wishing you a fast recovery. Do take good care of yourself, jaga kesihatan dan keselamatan juga.

kundoq said...

Datuk,

Bola o bola.Selangor juara,Kedah menjadi naib.Negeri pembangkang juara,negeri membangkang naibnya.

Setuju dengan RD dan msh.balun jangan tak balun.

mdcasa said...

Good one.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).