Monday, December 07, 2015

PAU 2015 “Affaire Exclusive” Presiden


A Kadir Jasin


MUTAHKIR, 8 Disember – Saya percaya pelayar Internet dah baca, tengok dan dengar apa yang (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan Tun Dr Mahathir kata di perhimpunan besar di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, malam tadi.

Muhyiddin kata, Perdana Menteri “berehat” sepanjang siasatan 1MDB dan derma/sedekah RM2.6 bilion berjalan supaya tak berlaku campur tangan dan gangguan.

Dr Mahathir kata, Mohd Najib wajib letak jawatan demi nak selamatkan negara, rakyat jelata dan Umno daripada krisis yang lebih parah.

Saya kata, mesej dan isyarat cukup jelas. Cabaran terhadap Mohd Najib dan konco-konconya tambah kuat dan Muhyiddin tak keseorang lagi. 

POSTING ASAL

MINTA izin nak cakap mudah sekali lagi.


Menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) “eksklusif” mulai esok, Presiden Umno (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kata Malaysia bukan negara gagal.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Setuju. Malaysia bukan “failed state”. Sebaliknya, kalau kita banding dengan negara-negara bekas tanah jajahan lain, kita sangat berjaya.

Tapi bawah pemerintahan eksklusif Mohd Najib pahlawan Bugis (dia yang kata) dah banyak tanda yang Malaysia akan jadi negara gagal. Timbangkan hal-hal berikut:-

1. Ekonomi tumbuh sederhana antara 4 hingga 5 peratus setahun. Jurang pendapatan antara kaum dan dalam kaum tambah luas. Pengangguran naik. Nilai ringgit merudum. Kos sara hidup melonjak. Jumlah isi rumah miskin bertambah.

2. Di antara September tahun lepas dan September tahun ini,  pengangguran naik 22 peratus. Jabatan Perangkaan anggar seramai 460,600 orang tak ada kerja.

3. Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar kata, seramai 161,000 lulusan universiti umur di antara 20 dan 24 tahun tak ada kerja.

"Gumbira" sementara: 161,000 tak ada kerja
4. Duit kita dah jatuh 26 peratus banding duit Amerika dalam masa setahun.

5. Bukannya Perdana Menteri tak tahu bila nilai ringgit jatuh, harga import naik. Boleh kata semua barang makanan utama macam beras, gula, gandum, jagung, daging dan susu kita import.

6. Nak berniaga pun susah. Bukan saya kata. Felda Global Ventures (FGV) yang kata. FGV bukan calang-calang kompeni. Kompeni ladang nombor satu di dunia.

7. Itu pun tak mampu nak teruskan rancangan beli ladang Eagle High di Indonesia pasal harga minyak kelapa sawit jatuh dan ringgit merudum.

8. Mohd Najib pun tahu “economy is in a mess” (ekonomi dalam keadaan kacau-bilau). Dia pun tahu nasib rakyat jelata di bawah pemerintahannya lebih buruk. Malapetaka luar biasa pun banyak.

PAU Untuk Yang Sokong Saja

Dalam keadaan terdesak dan tertekan inilah Mohd Najib dijangka bercakap pasal perpaduan Melayu, setia kepada ketua dan Umno sebagai parti Islam sederhana dalam ucapan perasmiannya.

"Perpaduan Melayu" sebab Umno parti Melayu dan ramai orang Melayu masih boleh dikotak-katikkan. "Setia" kepada ketua sebab makin ramai ahli Umno dah berani cabar Presiden dan "Islam" sebab nak pujuk PAS.

Semua hal boleh dibahaskan kecuali 1MDB dan derma/sedekah RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

PAU 2015: Untuk yang sokong saja
Semua ahli dialu-alukan kecuali yang tak sokong Presiden. Usul, pembentang usul dan perwakilan ditapis dengan lebih teliti. Presiden mahu kawalan keselamatan ditingkatkan.

Kerana takut, tradisi dan konvensyen parti dikuburkan. Timbalan Presiden, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin tak dibenarkan buka persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Prestij perasmian persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri diturunkan. Perasmian akan dibuat oleh ketua masing-masing.

Kalau Presiden Senyum

Kalau Mohd Najib senyum, gelak dan ketawa atau bersyarah berapi-api di PAU, itu cara dia tunjuk berani dan tunjuk yakin. Kena nampak konfiden, kalau tidak orang tak percaya.

Tapi senyum, gelak dan ketawa dia boleh jadi juga tulen (genuine) pasal dia tahu, selagi dia ada kuasa – sebagai Presiden Umno, Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) - dia akan selamat daripada tindakan undang-undang.

Selagi ada kuasa dia selamat
Dia tentu dah tahu atau dah boleh teka apa keputusan siasatan ke atas 1MDB, SRC International dan derma/sedekah RM2.6 bilion.

Saya tak sikit pun akan terkejut kalau Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Polis dan Pejabat Peguam Negara kata Perdana Menteri tak terlibat dengan kes-kes di atas.

Saya tak hairan langsung kalau PAC kata tak ada kes terhadap Mohd Najib dan semua ok dengan 1MDB.

Saya pun tak akan terkejut kalau eksekutif atau bekas eksekutif 1MDB dan SRC International dipersalahkan dan dijadikan kambing korban. Mereka inilah yang akan didenda dan disumbat di dalam jel.

Saya akhiri dengan memetik dua peringatan daripada Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim, ulama yang bagi nasihat kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra berkenaan tarikh isytihar kemerdekaan.

(i). “Bila kita dah merdeka, jangan pula ada pemimpin-pemimpin kita mengaut kekayaan di atas belakang rakyat.”

(ii). ”Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik akan sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam khianati bangsa, negara dan agama, Allah akan ganti (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.”

Wallahuaklam.

39 comments:

Silent silent Tapioca said...

Assalamualaikum,

Dato,

Apa perkembangan terkini KKA (Kedai Kopi Assembly)? Teringin nak tau kalau kalau ada cerita baru.

Terima kasih.

md bond said...

DAKj..
Machiavelli's advice that injuries should be inflicted ALL AT ONCE ...
Create crisis to JUSTIFY "changes"

Hanezam said...

Datuk,
Datuk tau dak sapa satu-satunya pahlawan yang pakai pampers?

2 sen tot said...

pemerintah yang ikhlas berusaha demi kesejahteraan negara akan di sokong padu oleh rakyat waima bagaimana besar pun dugaan yang datang. Kepada Allah kita berserah.

Brite Lite said...

Ibaratnya kita naik kapalterbang, bukan tinggi rendah sahaja ukurannya tapi sudut naik atau turun tu penting juga.

Walau kita berada di 35,000 kaki tinggi tapi kalau kapalterbang tengah menjunam...?? Adakah kita akan kata... alahai apa kisahnya... kita masih tinggi di udara... (baca: fundamental kita masih kukuh / GDP masih sihat dsb).

Adakah nak tunggu menjunam ke 10,000 kaki? Atau 1,000 kaki? Barulah orang kita kata... Eh ada ka sesuatu yang tak kena?

Malangnya... nak kata macam mana... macam tuu laa... pikiran orang kita...

(DAKJ, bila balik ke sini (SP) mai2 lah jalan-jalan tengok kedai2 kawasan yang luaq bandaq sikit... habih melambak dok tengah tutup. Saya pun termasuk lah. Lepaih GST sale drop dalam 30-40%. Tak dan nak kejaq. Kedai member kat sini ada dua lagi tengah nyawa2 ikan. Malangnya ini bukan cerita dongeng. Inilah hadiah Najib kepada peniaga bumiputera kecik. )

Zanida Yusof said...

DAKJ, kebanyakan pemimpin negara hari ini tidak lagi percaya kepada syurga dan neraka, tidak lagi percaya kepada pahala dan dosa. yang ada hanya lah apa yang dapat dikaut sebelum kerajaan BN tersungkor pada pilihanraya akan datang.

Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Sahabat3 Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Prime Munafiq)"

-------

"Malaysia - The Die IS Cast"

-TQ Datuk Maestro for being 'crystal clear' in explaining...

-Tak perlu tambah gula, garam, cuka, lada, atau MSG... Memang dah secukup 'rasa'.. Kudos DAKJ!

-TQ to every other Malaysians that is also doing very hard in trying to "cleanse Our Nation"...

-Something is terribly wrong with Our Nation & the sooner we admit this, the sooner we can "heal this Motherland"...

-May Our spirit grows stronger & greater... Our future-generations will cherish all Our efforts..

-Never give-up Malaysians! God Almighty IS ALWAYS with 'The Righteous'... ALWAYS..

-------

"I believe in the brotherhood of man, all men, but I don't believe in brotherhood with anybody who doesn't want brotherhood with me. I believe in treating people right, but I'm not going to waste my time trying to treat somebody right who doesn't know how to return the treatment."
-Malcolm X

-------

"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects us all from Iblis & Dajjal**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Stay Righteous Malaysia!
Take care & W'Salam :-)

zainal abidin awang kechik said...

tok..

saya pernah lawan ketua umno bahagian batu gajah

saya di gugurkan melalui undi tak percaya

hishamuddin setuju

lawan president umno, dosa besar dalam arina politik umno

SELAMAT BERSIDANG 2015

nothing to hide said...

Salam Datuk.

Apa kata kita suruh sibugis ini bersumpah dgn nama ALLAH yg dianya tidak terlibat dgn salah guna kuasa.

Cahaya Al Majid said...

Setuju Dato.

Zalman A said...


Salam Datuk,

Could not be with you all in Kg Baru tonight but watched live on YouTube with 11,000 others.

Good speeches.

The flame of courage still burns bright, Alhamdulillah.

I think the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone saw it clearly, and all the kaki bodek, henchmen, cover-up artists, overpaid advisers and kontrak seekers could not cover the flame.

"There is no passion to be found playing small - in settling for a life that is less than the one you are capable of living."

- Nelson Mandela

msh said...

Salam Dato.

Pada sy. .pentas PAU 2015 masih milik Bugis...tiada ada penentang2 yg berupaya melakukan apa2 untuk menjatuhkan dia.
Semua kira 'all set' dia dikawal rapi oleh ahli2 Parti umpama diselimuti dgn selimut yg tidak lut ditembak peluru mahu pun cair dibakar api.

Ketua Wanita tentu 110% menyokong...lebih2 lagi setelah suami bebas dari segala pertuduhan.
KJ sbg Ketua Pemuda pun serupa juga...hampas sahaja..juga menyokong 110%.Manakala Puteri....sudah lama tuli.
Tentang Naib2 Presiden yg tinggal 2 org kini...satu Jawa Kemaruk Kuasa telah mdpt "bulan jatuh keriba"...seorg lagi adalah sepupu.

Hah!! apa yg boleh kita harapkan lagi.

Lagi pun sejak berbangkit isu salah guna kuasa dlm syarikat 1MDB...dia menafikan semuanya....dan juga mengaku bahawa duit RM2.6b diderma oleh seorg Arab yg baik hati .....dan cerita dongeng ini telah dipercayai dan diterima oleh ahli2 Parti ..Ketua2 Bahagian Keparat dan ahli2 MT dgn bulat2 nya.

Hata...apa lagi isunya.

Seperti Dato lontarkan...."SEMUA AKAN OK BELAKA"...samada rakyat semua atau org2 Melayu percaya atau tidak bukan persoalan lagi.

Mencuri sudah...apalah sngat berbohong.

Cuma kita yg sebangsa masih sedar dan melihat segala kemungkaran hanya berupaya berkata2 dan merasai didlm hati..
"Betulkah Bangsa Melayu ini..apanya yg dikatakan 'Demi Bangsa dan Ugama'...jika duit ringgit dan survival diri diutamakan".

Hancurlah Bangsa dan Ugama dikerjakan mereka.


adion said...

isnt UMNO stand for United Mohd Najib Organisation... so what is the fuss Dato ?

panglimo potaseh said...

Kata Mat Sabu dalam kempennya untuk PRU13 yang lalu, kalau kita nak menang ini lah masanya .. kita dah tak de pilihan, sebab nak tunggu sampai PRU14, kita dah terlambat .. dengan keadaan negara masa tu yang sarat dengan masalah ekonomi dan sosial sapa ndak .. kalau kita menang pun hanya tanggung beban je, orang yg buat beban dah senang lenang 70 keturunan.

Saya teringatkan satu cerita penglipurlara yang mengisahkan prihal keadaan barang yang dah lohe digunakan oleh bekas tuannya .. ..

Seperti tanah pertanian yang bekas tuannya China, seperti basikal yang bekas tuannya keling, atau seperti janda yang bekas suaminya Tok Arab ..

Kalau Melayu pulak camne .. kalau Melayu kita lihat sahaja contoh negara ini atau organisasi yang diterajui oleh Sang Melayu .. Melayu lupa tentang "heaven & hell", mereka jadikan bangsa sendiri sebagai bahan tontonan untuk meraih simpati, seraya segala kemudahan dan kekayaan yang diperuntukan disapu oleh mereka yang berkuasa dengan semahu-mahunya.

Organisasi seperti Ugama pula ditekankan hanya sebagai perlindungan supaya rakyat dirobotkan .. ugama dibawah tangan Melayu telah didagangkan dengan jenama Arab .. pasaran ugama ini besar .. pendakwahan hanya bertumpu dikalangan Melayu yang dah Islam, lebih senang kerjanya, upahnya pun lumayan ..

China yang lebih rasional dan etnik yang lain dibiarkan jadi kafir .. supaya senang untuk mereka sapu kemudahan dan kekayaan daripada aktiviti keagamaan. Itu lah jadi nya jika negara dan ugama dibawah tangan melayu.

panglimo potaseh said...

Kata Mat Sabu dalam kempennya untuk PRU13 yang lalu, kalau kita nak menang ini lah masanya .. kita dah tak de pilihan, sebab nak tunggu sampai PRU14, kita dah terlambat .. dengan keadaan negara masa tu yang sarat dengan masalah ekonomi dan sosial sapa ndak .. kalau kita menang pun hanya tanggung beban je, orang yg buat beban dah senang lenang 70 keturunan.

Saya teringatkan satu cerita penglipurlara yang mengisahkan prihal keadaan barang yang dah lohe digunakan oleh bekas tuannya .. ..

Seperti tanah pertanian yang bekas tuannya China, seperti basikal yang bekas tuannya keling, atau seperti janda yang bekas suaminya Tok Arab ..

Kalau Melayu pulak camne .. kalau Melayu kita lihat sahaja contoh negara ini atau organisasi yang diterajui oleh Sang Melayu .. Melayu lupa tentang "heaven & hell", mereka jadikan bangsa sendiri sebagai bahan tontonan untuk meraih simpati, seraya segala kemudahan dan kekayaan yang diperuntukan disapu oleh mereka yang berkuasa dengan semahu-mahunya.

Organisasi seperti Ugama pula ditekankan hanya sebagai perlindungan supaya rakyat dirobotkan .. ugama dibawah tangan Melayu telah didagangkan dengan jenama Arab .. pasaran ugama ini besar .. pendakwahan hanya bertumpu dikalangan Melayu yang dah Islam, lebih senang kerjanya, upahnya pun lumayan ..

China yang lebih rasional dan etnik yang lain dibiarkan jadi kafir .. supaya senang untuk mereka sapu kemudahan dan kekayaan daripada aktiviti keagamaan. Itu lah jadi nya jika negara dan ugama dibawah tangan melayu.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Ucapan timbalan presiden mendahului presiden. Tidak dibenarkan mengikut tradisi tetapi tetap berlaku. Seolah2 serang hendap. Taktik gerila diguna oleh tsmy. Nada dan isi ucapan tsmy masih berhati2. Hadirnya tun mahathir berucap menjadi smash pembunuh. Najib yang tidak pernah menerima serangan sepanjang karier politik selamatnya terdesak. Mukhriz belum bersuara. Shafie masih berdiam diri. Selamatkan Malaysia, undur najib.

rizal zainudin said...

Kami sering menjadi pengkhabar kepada teman bangsa lain, agar tidak menyokong pimpinan yang ada sekarang. Kelihatannya mereka juga berkata benda yang sama. Mereka juga tidak sukakan pemimpin yang ada di dalam umno, di dalam mca dan di dalam mic. Sebenarnya umno sudah kehilangan menyokong intelektual, menyokong professional, menyokong dari anak muda dan menyokong dari pengundi atas pagar. Salahkan sahaja pemimpin umno atas apa yang berlaku, dan teruskanlah propaganda bangsanya kerana umpannya sudah tidak ada bisa. Kami ada kuasa, akan kami guna bersama bangsanya lain untuk merentapmu turun. Hi kalau kelak kami dianggap penghkianat bangsa, tolong tanyakannya pada diri kamu. Tunggulah harinya sudah hampir tiba. Borang keahlian sudah lama digumpal. Berjuang atas bangsa? Tak apalah ada tempat yang lain selain umno. Terima kasih kerana menghancurkan tradisi, terima kasih kerana terus menikam bangsa. Terima kasih kerana meyakinkan kami bahawa umno sudah tidak lagi berguna.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Saya pun nak minta izin cakap mudah.

Bagi saya mungkin sudah sampai masanya kita biarkan UMNO roboh dengan sendirinya. Kita bina parti nasionalis melayu yang baru.

UMNO boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang sudah di makan anai-anai sehingga ke tiang serinya. Daripada kita bertungkus lumus untuk menyelamatkan rumah ini dan menggantikan setiap tiang yang sudah rosak, saya rasa lebih elok kira biarkan saja ia runtuh sendirinya.

Saya bayangkan akan sukar bagi sesiapa yang menjadi pemimpin baru UMNO selepas Datuk Seri Najib untuk menjalankan proses pembersihan parti kerana boleh dikatakan hampir kesemua pemimpin dari atas hingga ke peringkat Bahagian sudah terang-terangan terlibat di dalam komplot Presidennya.

Jadi lebih baik kita biarkan saja sokong rebah bersama tiang serinya.

Kita bina sebuah parti baru dengan semangat baru.

Sebuah parti yang matlamat utamanya adalah untuk berkhidmat kepada orang Melayu. Sebuah parti yang dipimpin oleh negarawan, pendidik, ahli professional dan ahli ekonomi Melayu. Sebuah parti yang sentiasa bekerjasama dengan kaum-kaum lain demi kepentingan nasional. Sebuah parti yang sayangkan rakyat marhaen dan sentiasa mencari jalan agar mereka diberi peluang untuk berusaha keluar dari kemiskinan bukan membunuh semangat mereka dengan cara malas seperti derma.

Jika ada yang rasa agak kenal dengan diskripsi ini, memang anda betul. Dahulu itulah UMNO. Sekarang bukan lagi.

Guru pantun Jitra said...

Budak2 main najis
Main najis dalam jamban
Bila pemimpin tak berjenis
Kana lempar kena humab.

Orang tua hilang akal
Main najis dalam jamban
Kalu Melayu hendak kekal
Kena buang ketua tak berkesan.

Bila kena sihir dan jampi
Nampak bini macam pari-pari
Mana2 pemimpin mungkir janji
Kita jangan dok percaya lagi.

Allah murka Sihir dan jampi
Kalau diamal makan diri
Lubang jamban disangka perigi
Dia terjun sebab nak mandi.


Tok nenek kita selalu pesan
Jangan sekali kali sekutukan Tuhan
Sihir dan jampi kerja shaitan
Kalau diamal dapat kemurkaan.

Orang yang takut bertentang mata
Cakap pula penuh dusta
Sebab pelesit yang dia bela
Dia takut sesama manusia.

Inilah nasihat orang tua-tua
Orang lama guru dan pendeta
Cakap orang tua jangan derhaka
Padahnya buruk tidak terkira.

Melayu itu agamanya Islam
Kena banyak selawat dan salam
Tuhan seru sekelian alam
Janganlah dibuat kerja2 haram.

Orang sasau dan orang gila
Main najis dalam tandas
Nasihat tok nenek jangan persenda
Nanti bahtera karam terkandas.

INilah gurindam orang tua-tua
Dalam selokan dalam jenaka
Bagi nasihat permata kata
Keberkatan Allah itulah yang diminta.

Guru Pantu Jitra

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Tugas Najib paling utama untuk menentukan UMNO dan BN terus berkuasa selepas PR14. Untuk maksud ini, Najib tak perlu sokongan orang-orang bijak saperti Dato', pelbagai profesional melayu yang lain atau lapuran pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.


2. Untuk terus berkuasa, Najib hanya perlu menjaga 10,000 Pengerusi-Pengerusi JKKK dan kebetulanya mereka adalah juga Ketua Cawangan UMNO diperingkat akar umbi.

3. Mereka juga yang memileh Ketua Bahagian dan juga ahli-ahli perwakilan ke mesyuarat agong UMNO.

4. Usia perkhidmatan mereka telah dilanjutkan sehingga ke 70 tahun. Mereka dijaga oleh Ismail Sabri, Menteri luar Bandar. Seorang penyokong kuat Najib.

5. Kedudukan Najib akan bertambah kuat selagi 10,000 orang ini berpuas hati dengan apa yang mereka dapat. Elaun bulanan sebagai Pengerusi JKKK sudah cukup lumayan. Apa perlu mereka peduli kepada isu-isu yang dibawa olh TDM atau TSM.Mereka tak baca blog Dato'.Mereka suka kepada BRIM kerana itu senjata untuk mereka kukuhkan kedudukan sebagai Ketua Cawangan.

6. TSM telah menonggak arus deras.Mungkin tidak ramai dari kalangan mereka bersimpati dengan TSM. Perahu yang menonggak arus amat jarang sampai keperhentian. Begitulah nasib TSM yang sedang tenggelam timbul melawan arus yang deras. Harapan untuk sampai ke perhentian tersangat tipis.

7. Dato' Kadir Jasin juga sedang melawan arus yang deras. Sampah sarap dan ketulan kayu balak boleh menenggelamkan perahu yang sedang dikayuh. Perhentian berada di Ulu Muara. Tersangat jauh. Terdengar suara monyet, beruk dan lutung ditepi tebing sungai seolah-olah memberi amaran yang ada beting pasir ditengah perjalanan. Semoga tidak terbalik perahu Dato'.

iklas,
rahim

Nur Barzakh said...

”Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik akan sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam khianati bangsa, negara dan agama, Allah akan ganti (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.”

bangsa lain yang beragama islam itu ialah bangsa Melayu islam dalam jemaah PAS dibawah kepimpinan ulama TGHH ( jemaah ini telah allah bersihkan dari munafiqun,,, meninggalkan ahli ahli yang istiqamah keran Allah taala bukan habuan doniya )

gabungan PAS UMNO mgkin berlaku atas bantuan dan kehendak Allah tetapi kali ini, yg menggerunkkan kafirun, munafiqun, penganut islam liberal ialah pemimpin nombor wahidntya ulama TGHH bukan Najib...bukan juga Zahid.

.....

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ

Izinkan,

Kami sokong saranan sdr jumbeaux,

Kita namakan parti baru "Bagi Orang Melayu dan Bumiputera... BOMB!

Lepas itu kita 'LETUP' habis mereka yang telah menghianati bangsa dan negara...

Alfatihah, aamiin
ps. Melayu tak hilang didunia bukan dendangan tetapi landasan perjuangan bangsa...

md bond11 said...

1.Give the CRISIS treatment
2.Control the adversary's will,perceptions,and understanding and literally make the adversary impotent to act or react
3.impose the radical economic shock therapy
While the country is still in state of shocked.
COAGULA...SOLVE
SOLVE...COAGULA

Zakaria Ali said...

Salam Datuk...Najib telah berjaya membentuk kerajaan yg menteri nya kurang cerdik tetapi kuat mengampu.Sanggup mencuci berak kencing Najib

Daniel Noor said...

Salam Dato,

In the last GE, the Chinese and Indians reject Najib.

Today, the majority Malays reject Najib.

Why is Najib stil hanging on to his PM job. Is he waiting for the Dayaks..Muruts..Kadazan..Bidayuh to reject him before he step down

Najib, for the sake of this beautiful and peacefull country, please step down..NOW !

A KADIR JASIN said...

1. Dalam rencana saya, saya kata Mohd Najib akan cakap pasal Islam untuk tarik minat Pas.
2. Belum pun berucap, Mohd Najib sudah bagi tahu televisyen kata Pas nampak "jinak" dengan idea kerjasama dengan Umno.
3. Saya tak terkejut kerana kedua-dua buah parti, Umno dan Pas sebenarnya menderita masalah yang sama - Pas dibolot oleh golongan ulama menyebabkan golongan profesional tersingkir dan seterusnya keluar parti manakala Umno menjadi parti eksklusif Presiden dan ditolak oleh ahli yang boleh berfikir.
4. Jadi untuk terus berkuasa Umno dan Pas terpaksa menerima kemungkinan bekerjasama pada PRU nanti.
5. Soalnya, siapa akan menguasai siapa? Dan siapa akan berubah? Adakah Pas akan membuat Umno menjadi lebih alim? Atau Umno akan menjadikan Pas parti di mana "cash is king".
6. Pengubahan Pas daripada parti ulama kepada parti "cash is king" adalah tidak mustahil kerana ada di kalangan ulama Pas yang berniaga besar dan tidak keberatan menerima "derma" daripada Umno/BN.

Wallahuallam. Terima kasih.

Shaz Shahar said...

Assalam Datuk,

Melabelkan diri sendiri sebagai seorang pahlawan bugi sudah menunjukkan rasa kurang malu pada diri sendiri. Saya berkeinginan untuk melihat pahlwan ini kecundang dalam deceiving web of lies dia.

Datuk tulis suruh pertimbangkan hal hal berikut --


1. Bab ekonomi rasanya pahlawan paling hebat pun susah nak kung-tow sebab ianya global affect. Jurang pendapatan antara kaum pula saya rasa salah peneraju dari zaman tok kaduk dulu sebab mungkin mereka kurang arif tentang permasalah masa depan kerna tak dapat baca tindak tanduk & daya jitu sesuatu bangsa yang ada di Tanah Melayu.
Sama juga dengan kos sara hidup -- askar askar dalam kabinet negara sibuk nak buat harta sendiri tapi tak pandai nak cari jalan untuk counter future problem.


2. Dalam 460,600 orrang yang tak ada kerja tu rasanya majority graduate, disamping mereka mereka yang diberhentikan kerja. Ada ke tidak Jabatan Perangkaan check bangsa apa yang banyak menggangur tu?
Kalau satu bangsa yang banyak dan yang lagi satu tidak -- saya ada ulasan tersendiri. Panjang, mungkin bila berkesempatan saya akan coretkan dalam blog saya. Brieffly, kita buka mata, lihat sekeliling -- kenapa manusia dari luar yang berkerumum ke negara kita boleh hidup senang, buka bisnis, kerja di merata tempat -- kenapa pulak anak jati sendiri boleh menggangur?

3.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar kata ada 161,000 lulusan universiti umur di antara 20 dan 24 tahun tak ada kerja.
Kenapa? Saya ada jawapan. Contoh ;ramai budak lulusan UITM Shah Alam dulu masa saya berpejabat di sana bekerja sebagai cashier atau kerja macam budak lulusan SPM. Sebab? Majority lulusan universiti sekarang tidak ada "ummph". Meleleh, tak pandai bercakap, kurang fasih berbahasa selain bahasa Melayu lebih lagi kalau pergi interview dengan syarikat bangsa asing (ketua bukan melayu), tidak ada daya usaha dan banyak songgeh. Banyak alasan dan pemalas.
Jadi, salahkan diri penggangur itu sendiri.


4. Duit kita dah jatuh 26 peratus banding duit Amerika dalam masa setahun. Memang menyakitkan. Tapi untuk yang bekerja diluar -- kejatuhan RM adalah rezeki extra. Itu sebab ramai rakyat Malaysia sekarang nak keluar bekerja. Walau rindu makan nasi lemak gerai, atau seafood di Port Klang -- saya rasa kalau Najib terus jadi pahlawan bugis di tanah Malaya-- makin ramailah warga yang keluar bekerja. Jadi macam India, Indonesia dan Filipina.

5. Perdana Menteri kita tak peduli apa harga barang naik. Duit gaji dan allowance dapat dari penat lelah rakyat bekerja dan tax bisnis. Bukan dia keluar duit dari kocek dia beli beras dan ikan. Mana dia nak tahu kesusahan sebenar rakyat jelata.


6. Bab Felda Global Ventures (FGV) kata susah buat bisnis tu saya tak pandai komen.

"Mohd Najib pun tahu “economy is in a mess” (ekonomi dalam keadaan kacau-bilau). Dia pun tahu nasib rakyat jelata di bawah pemerintahannya lebih buruk. Malapetaka luar biasa pun banyak." -- Tapi dia tak peduli. Anak tiri dia tengah buat duit banyak di US. Anything happen depa pi lari sana atau mana mana pulau yang cantik di Carribean atau lautan Pasifik.
Who cares dia kata. Anak dua kerat. Family semua kaya raya. Tak ralat lah kalau tak dapat balik Malaysia atau tak jumpa langsung smapai akhir hayat esok.

Pada intuisi saya Najib adalah Marcos Malaysia...


A KADIR JASIN said...

Berikut adalah maklumat yang saya peroleh daripada sumber-sumber yang rapat dengan ibu pejabat Umno:

"Kaunter permohonan pas pemerhati perhimpunan umno dibuka pada 10 hingga 12 Dis 2015. Di aras 6 PWTC setiap hari mulai pukul 8 pagi. Hanya 300 yg mendaftar paling awal saja yg akan diberikan pas. Setiap seorang yg mendaftar hanya boleh mendapat satu pas sahaja. Setiap pas hanya sah untuk satu hari saja. Ini saja cara untuk mendapatkan pas pemerhati."

Wallahuaklam. Terima kasih.

DrKecik Kecik said...

Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada para hadirin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

“Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

“Maknanya, kalau kita (rakyat) hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan (satu tahun) yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan (BN),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu,

Pompuan said...

Hello DAKJ
Bestkan you were there to watch Tun and TS Din bercakap. Kita orang tengok online je.
Setuju tak if I kata they are like retak menanti belah. Tunggu kena pecat je. Elok jugalah lepaskan steam. Taklah mengkelan bak kata orghang kampung I.
Tak taulah ada usul khas pecat them at the assembly itself. Or after, when the Disciplinary committee meets.
Bak kata oghang kampung I lagi, gona melawaen Najib. All behind him. He has declared he is not guilty of anything. His conscience is clear.
Jadi nampaknya the renegades terpalksalah belayar. Kesian. Tapi apa nak buat. Dah lawan tokay. I think if you are the boss too you will do it. Tengok jelah racist party DAP dan Keadilan. Pecat or cold storagekan.
TS Din like he said, by any stretch is not like Anwar Ibrahim. Taklah buat kerenah yg tiada maaf bagi mu. But using a platform other than UMNO, is a no-no. Memang orang UMNO yang ramai datang, tapi kiranya perjumpaan yang tak direstui

bat8 said...

Dato

Point 5 & 6 tepat sekali. PAS samada bersendirian atau berpakat dgn UMNO akan rugi besar dalam PRU 14. Kemungkinan setelah gagal dalam PRU 14 nanti, a major shake up akan berlaku dalam PAS. Tapi its too late.

2. Sekarang PAS juga menghadapi masaalah yg sama seperti UMNO. Xde penganti HH yang credible. PAS ketandusan 2nd tier leaders.

zainal abidin awang kechik said...

Salam tok...
YAB PRESIDEN UMNO..
DENGAN LAFAZ BISMILLAH
saya terus menyokong Mohd Najib Abdul Razak ..

Hebat,berani,rajin,berjaya

Selamat bersidang

Salam tok..

Red said...

Siapa zainal ni....ooo..mamat yg beli gulf stream tu....patutlah sokong sgt...

Zalman A said...


Salam Datuk,

Would like to share another valuable piece from the tireless JMD:

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/12/09/jawapan-jawapan-yang-tidak-betul-dari-najib-razak-mengundang-masalah-sendiri/

As usual he is persuasive and backed with facts.

Can I add a little footnote:

"Malah Raja Nong Chik berkata, Najib turut memberitahu, beliau membelanjakan semua dana RM2.6 bilion itu untuk parti."

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/strategi-muhyiddin-tidak-menjadi-najib-terima-sokongan-kata-pemimpin-umno

As usual, the Mappadulung's konco2 continue to trip him up. Bak kata pepatah, "with friends like these..."

The claim that all 2.6 billion has already been used up has very serious consequences, which I think Mappadulung did not foresee.

Anyway, here he is on 5th July this year - a true, great Islamic leader who always upholds the truth and never speaks falsely:

https://www.youtube.com/watch?v=bi--3fXHgv4

(Mappadulung will be using the word Islam quite freely during PAU.)

budak kilang said...

as salam dato,

saya tak setuju dengan pandangan yang kemungkinan PAS untuk bersekutu dengan umno. Penolakan dari komponen2 lain BN akan ada. Pembahagian kerusi jugak akan ada masalah. Secara jujur, PAS lebih kuat jika bersendirian. Penolakan undi luar bandar terhadap PAS pada PRU lepas adalah kerana PAS bersekutu dengan DAP. Sekarang PAS telah membuktikan bahawa mereka bukan boneka DAP. trend masa kini menunjukkan orang kampung pun mula meragui umno dan alternatif yang mereka ada hanya PAS. sentimen anti DAP sangat kuat pada orang kampung. mustahil untuk PKR @ Amanah untuk tembus kubu kuat umno di luar bandar. Perangkaan saya, sekiranya berlaku pertembungan 3 penjuru antara Umno, PAS dan pakatan harapan. Kemungkinan PAS menang adalah sangat tinggi. Itupun kalau Najib masih kekal. Saya rasa sekiranya sentimen anti Najib masih kekal sehingga penghujung penggal, Najib mungkin akan letak jawatan. Apapun, PRU akan datang akan jadi PRU yang paling haru.

rizal zainudin said...

Salam Tok,
Siapapun lah bersatu, baik Pas memeluk Umno atau sebaliknya Umno meraih simpati Pas. Apapunlah gabungan, kerja sama, pakatan dan ikatan dua parti ini, kami sudah tidak peduli. Kerana nanah bertukar barah, tunggu sahajalah..anak muda Malaysia sudah tidak percaya. Undi kami kali ini sangat bermakna dan tidak satupun untuk parti pemerintah. Sebenarnya parti pembangkang sudah tidak perlu meraih undi, tidak perlu memujuk, tidak usah merayu. Tidak perlu kempen dan tidak perlu mencari ahli, kerana kami anak muda Malaysia sudah menjadi ahli. Automatik dan sangat sistematik.

shock vs shiok said...

DAKJ

KUALA LUMPUR: Calling on the Government to stop further price hikes, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin (pic) said the people are now at a "breaking point" in dealing with the burden.


"We all know that 2015 has been a year when people have been shocked with various price hikes.

mok said...

konfiden tu bagus..lagi2 bila menggunakan nama Tuhan..tak sangka kan seorang pemfitnah diangkat sebagai pemimpin parti yg hanya tahu mempergunakan nama Islam..sama la perangai pengikutnya yang taksub tak tentu hala petik sana petik situ..saya sangat takut untuk meramal sesuatu perkara menggunakan nama Tuhan..

azhar rangkuti said...

Ketaksuban membutakan hati kepada Kebenaran

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).