Monday, February 29, 2016

Dr M Keluar "Parti Najib"


A Kadir Jasin

PENGUMUMAN penarikan diri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Umno hari ini adalah kerana parti itu bukan Umno sebenarnya tetapi yang bertujuan semata-mata untuk melindungi Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Turut meninggalkan Umno adalah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir mengambil langkah yang sama pada tahun 2008 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Apabila Mohd Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada tahun 2009, Dr Mahathir masuk semula, bergiat cergas dan dikreditkan dengan kejayaan Barisan Nasional merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2013.

Ada orang berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya mengundurkan diri. Mereka berkata adalah lebih dramatik beliau menunggu sehingga dipecat.

Pengunduran diri Dr Mahathir adalah tendangan celah kangkang (a kick to the groin) kepada Umno.

Tetapi Mohd Najib dan penggilap epal serta pemakan dedak beliau mungkin berasa amat lega kerana duri yang menjadi selumbar di punggung mereka luruh dengan sendirinya.

Walaupun terlalu awal untuk meramalkan berapa ramai ahli Umno yang akan menurut jejak langkah beliau namun ia cukup untuk melemahkan lagi semangat ahli parti yang sudah pun merudum.

Elok juga beliau keluar Umno daripada kekal di dalamnya dan dihujani pelbagai cemuhan, maki-hamun dan perbuatan kurang ajar kerana mengkritik Mohd Najib dan konco-konconya.

Ia akan memudahkan beliau menjadi obor bagi setiap warganegara yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada kerakusan kuasa Mohd Najib.

NOTA kaki: Saya sendiri menarik diri secara rasmi daripada Umno – parti ayah saya – kuatkuasa 29 Jun tahun lalu kerana saya berasa tidak lagi boleh menyumbang kepadanya atau bersetuju dengan tindak-tanduk para pembesarnya. Pembatalan keahlian saya itu disahkan oleh Setiausaha Kerja Umno, (Datuk) Ab Rauf bin Yusoh, melalui surat bertarik 4 Ogos 2015.
Terima kasih kepada Umno dahulu. Ayah saya menyertai Umno pada tahun 1946. Setiap pilihan raya, sehingga Pilihan Raya Umum 2004, dia mewajibkan anak-anaknya balik mengundi. Tapi pada PRU 2008 dia tidak mengeluarkan “petua” itu. Sebelum dia meninggal dunia pada tahun 2009, dia berkata, “Umno bukan parti aku lagi” dan berhenti membaca Utusan Malaysia, akhbar sanjungannya. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Wallahuaklam.

58 comments:

Unknown said...

Salam Datuk

Hope you in good health

Saya berharap ramai lagi terutama yg menjadi Wakil Rakyat Negeri dan Parlimen yg tidak sebulu dgn Najib keluar. Hanya cara ini saja utk memberi isyarat atau signal ke najib ' that you not wanted anymore '. Saya berharap maseh ada wakil2 yg bermaruah dan berprinsip utk benar2 memperjuangkan bangsa Melayu dan bukan kerana jawatan dan wang ringgit.

Di sini saya tempel kan satu artikel yg saya baru terma dari seorang teman..

Pemimpin dan intelektual Melayu.
Para pemimpin dan intelektual Melayu perlu memahami apa yg sedang berlaku ke atas bangsanya. Mereka tidak seharusnya leka dalam perebutan jawatan dan lupa tanggungjawab mereka untuk menyelamatkan perjuangan bangsa Melayu.
Para ilmuwan, ulama dan intelektual Melayu mestilah tampil ke hadapan bagi menganalisa dan membuat diagnosis ke atas masyarakat Melayu secara mendalam bagi mengenal pasti masalah yg dihadapi. Bahkan berusaha mencari jalan penyelesaiannya.
Kesedaran hendaklah ditanam di kalangan generasi muda supaya mereka mengambil alih perjuangan bangsa dengan penuh kesedaran. Mereka bukan hanya mewarisi wadah semata2. Tetapi mereka seharusnya mewarisi idealisme dan isi perjuangan serta cita2 bangsa Melayu bagi menegakkan agama, mempertahankan maruah bangsa dan memajukan negara.
Apabila idealisme perjuangan di kalangan generasi muda sudah kabur, ia menjadi sebab kebimbangan. Wadah perjuangan bangsa hanya akan dijadikan batu loncatan sahaja, sekiranya yg diwarisi ialah jawatan dan penyokong yg diikat dengan wang ringgit, tetapi pewaris tidak lagi dapat menjelaskan erti perjuangan dan idealisme yg membentuk wadah itu semasa ditubuhkan.

ted manoff said...

Terbaiikkkk..

awang batuburok said...

Ini lah peluang terbaik kpd mereka mereka yang ingin menjadi penasihat dan pemakan dedak Presiden umno untuk mara ke hadapan dan menjuarai agenda mengampu dan membodek Mr 2.6billion.

Anak Bukit Jelutung said...

Dato'

Saya hanya ahli UMNO biasa.
Tiada berkepentingan.
Tiada apa yang hendak direbutkan.

Datuk dan nenek, dulu sangat kuat berpegang kepada perjuang UMNO.


Apakah orang macam saya boleh dan diterima "membantu" Tun Mahathir untuk meneruskan perjuangan ini ?

HIDUP MELAYU.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Seperti yang pwrnah saya katakan sebelum ini, parti UMNO sudah ibarat sebuah rumah kayu yang telah dimakan anai-anai dan tidak boleh di selamatkan lagi. Elok ditinggalkan sahaja untuk roboh dengan sendiri.

PutraKraken said...

Salam Datuk,

UMNO(United Malay National Organisation) sememangnya telah terkubur setelah Najib mengambil alih tampok pimpinan.Alfatihah untuk UMNO ini...

Lalu...bercambah dan berputiklah UMNO(Untuk Mohd Najib Only)..dan kini membesar dek kerana dibajai dengan taik dan bangkai....semerbak busuknya bukan hanya meloyakan rakyat Malaysia malah dieksport seoantara dunia. Munkin penduduk bulan dan Marikh terhidu sama bau busuk ini....

Pertanian organik memang bagus...tapi bajanya bukan taik dan bangkai hidup...ianya diKOMPOSkan dahulu...taik dan bangkai hidup yang fresh adalah NAJIS dan akan memudharatkan tanaman kita...dan baunya...masyAllah....Kenapalah UMNO mengamalkan pertanian begini?....

Kepada ahli dan pemimpin UMNO asal...sedarlah UMNO kamu telah "TRANSFORMED" kepada UMNO Najib....bertindaklah untuk mehapuskan bau dan bangkai yang menyelubungi rumah lama kamu...

Mat Bakar said...

Sallam Dato'

Saat paling menyedihkan dalam sejarah politik UMNO, Dr M seorang negarawan terbilang melebihi semua PM malaysia sebelum dan selepas beliau. Peristiwa ini menjadi titik tolak sama ada UMNO akan menonjol atau merudum. Selagi UMNO di kongkong oleh Najib dan pemakan dedak, selagi itulah Malaysia bakal menuju (failed state) dan bankrap. Bagi saya dan seluruh kaum keluarga saya tidak akan mengundi UMNO selagi Najib menjadi presiden UMNO dalam PRU akan datang.

Persoalannya sekarang apakah ada wakil rakyat sama ada ADUN atau MP akan mengistiharkan diri sebagai ahli bebas untuk mengurangkan kuasa dan majoriti Najib? Apa yang saya nampak ini sukar berlaku kerana kuasa , glamor dan cash adalah keutamaan majoriti wakil rakyat BN. Sama samalah kita tunggu dan lihat.

Wallahuka
lam.

Ultra_Violet said...

A'kum DAKJ,

Setelah UMNO bertukar menjadi Parti Najib seperti kata Tun Dr.M, saya yakin ramai yang sudah tak ingin lagi menjadi ahli dan akan berhijrah mengikut Tun Dr.M.

Slogan "Rakyat didahulukan" nampaknya mengikut kata Tun sudah juga bertukar menjadi "Cash is King" ataupun Duit adalah Raja.

Zalman A said...


Salam Datuk,

A natural progression in life.

I am sure Tun has mixed feelings, but it is not for us to decide ultimately.

However, if we are serious about putting aside political differences in order to salvage the critical state of the nation, let us do some Maths:

a) Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone has 31% support among the Malays.

b) Umno has 3 million members. I would estimate at least 1/3 would jump out of the party, if given a solid alternative.

c) The total voter base of PAS, PKR and "ready-to-leave" Umno members far exceeds the number of those still left in Umno who will blindly vote for Mappadulung.

d) Hence, an all-Malay new political front across these 3 parties would easily demolish the remains of Umno.

e) Dato' Tuan Ibrahim of PAS would be an excellent person to add to this effort, should Hadi still have pro-Mappadulung tendencies.

f) How dirty will the Mappadulung play? I believe there is no limit to his desperation, even to the extent of cancelling GE14.

Hence, a UNITED FRONT ACROSS PARTIES must be formed to keep him at bay.

Final equation:

Can 191 corrupt KBU, 25 corrupt MTU members, and a handful of corrupt henchmen win against the will of 30 million Malaysians?

No.

Not for long.


Melayu Selangor said...

Arwah ibu dan ayah saya dulu adalah ahli tegar UMNO dan saya adalah penyokong setia. Selama beberapa tahun dulu saya adalah salah seorang trooper yang sentiasa mempertahankan tohmahan, cemuhan, kejian dsbnya terhadap Najib mahupun Rosmah.

Namun sekarang saya sentiasa mendoakan semoga Najib tumbang pada PRU akan datang.

UMNO stinks Najib sinks.

sukasamasuka said...

Datuk.

Despite his resignation today, Dr.Mahathir HAS NOT CROSSED THE RUBICON.

Orang Kampung said...

Saya juga ingin berkongsi doa untuk ayahanda Dato ....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengampuni dosanya.

Semasa saya bertugas di daerah kota setar 1 978/1979 saya pernah beberapa kali menemui beliau di rumah untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai isu politik dan isu semasa ketika itu dan pada satu ketika saya dimaklumkan anak oleh buah saya yang mengenalinya bahawa beliau mempertahankan tindakan saya apabila berlaku salah faham pihak tertentu dengan saya apabila saya dituduh sokong pembangkang sedangkan saya jalankan tugas ikut prosedur jabatan dan setakat bidang kuasa yang diberikan kepada saya . Saya diberitahu beliau menolak tuduhan itu dengan mengatakan "saya cukup kenai pegawai itu " . Sesungguhnya saya tidak pernah lupa budinya itu .

Unknown said...

salam datuk dan semua rakan-taulan...

alhamdulillah. semoga ramai yang mengisi borang dan mengikut jejak langkah Tun dan Datuk.

mudah-mudahan tuan panglima buges x syok sendiri lg mengaku ada 3 juta ahli UMNO menyokong dia.

babai tuan panglima. duduklah ko lam UMNO ngan puak2 ko.

x payah poyo ngan 'game2' ntah apa2, buang mukhriz tp x ngaku, buang muhyiddin pun x ngaku. asyik salahkan orang.

ko ingat otak kitorg marhaen ni cap ayam sardin???

i got a handful of words i want to say, but for the sake of common courtesy and decency, i withhold everything n just keep things within my own realm of self consciousness. last but not least;

UMNO BOLEH, NAJIB PUN BOLEH... BOLEH BLAHHH!

lonewolf said...

ASLKM Dato AKJ

Keluarnya TDM tidak mengejutkan ramai orang, pd pandangan saya. Tetapi saya menganggap serius kerana seolah-olah tidak ada lagi strategi lain untuk menumbangkan Najib ini...

dah habis peluru?

lagi lama rejim ini berkuasa lagi rosak teruk Negara ini...

Freedom said...

Parti hanyalah alat bukannya matlamat. Jika jadi matlamat sekalipun, jgnlah sampai menghalalkan cara, tak nampak mana dosa mana pahala.

ku_seman said...

Saya mencadangkan UMNO sekarang ditukarkan keada nama lain supaya segala tingkah laku yang mencemarkan peribadi UMNO dulu tidak dikaitkan dengan perjuangan parti Melayu itu. Tukarlah kepada apa sekalipun, asalkan jangan menggunakan nama UMNO. Kalau terus menggunakan nama UMNO bagisaya itu tidak adil kepada pejuang-pejuang UMNO dahulu. Banyak perbuatan yang dilakukan oleh generasi sekarang merosakkan nama UMNO. Saya fikir Dr.Mahathir mengambil tindakan keluar UMNO bukan kerana lupa jasa UMNO tetapi tidak mahu bersekongkol dengan pemakan dedak merosakkan nama UMNO.

Jasa Tunku, Tun Razak, Hussein Onn dan Dr Mahathir telah dirosakkan oleh pemimpin sekarang. Belum pernah dalam sejarah UMNO di mana presidennya dicurigai seperti sekarang ini. Belum pernah Presiden UMNO memasukkan duit derma dalam akaun peribadi kemudian mengatakan duit UMNO. Padahal UMNO tidak tahu tentang derma itu. Belum pernah Presiden UMNO dimalukan di seluruh dunia apabila akhbar antarabangsa mendedahkan perilaku yang tidak selayaknya dilakukan. Ketika zaman Dr. Mahathir yang menentang Amerika Syarikat pun akhbar di sana tidak memalukan dengan pendedahan salah laku.

Maka keluar UMNO adalah satu langkah yang bertanggungjawab. Berada dalam UMNO seolah-olah bersekongkol dengan perbuatan yang tidak ada integriti. Dr. Mahathir sudah mengambil langkah bijak, yang lain bila lagi?

Aku said...

Kadiag, salaam.

Sebagai seorang intelek, (kerjaya hang sebagai kepala sorat habag, memang hang layak kod di pangge intelek), se eloknya hang la mendahului orang lain buat penilaian isyu besag macam dlm pilihan wadah politik. Tapi ikut cerita hang, almarhum pak hang yg luahkan tak raksi dia dgn parti politik tu dulu (lama sebelum hang tarik keahlian hang). Macam hang ada tulih dulu, almarhum pak hang tu adalah ahli 'grass root'.

Memang sealiran la dgn tekaan orang, bahwa yg ramai dok sokong pemerintah la ni, kebanyakkannya ketua2 bahagian UMNO, kepala2 penjawat awam dan media (aliran perdana). Ringkaihnya orang2 yg biasanya dok romah batu besag2, biasanya di tengah kota atau kawasan elit.

Teringat aku cerita dlm suroh Ya Siin, dimana yg dulu dapat hidayah adalah seorang 'tukang kayu'(?) dari hujung kampung atau qoriah.

Macam mana pon, aku ucap tahni'ah la kad hang kerana tarik diri dari jadi ahli parti tu. Semuga Allah S.W.T. sentiasa bagi petunjok kad kita ke ataih jalan yg benag. Dan cucog rohmat Dia ke ataih roh almarhum Pak Jasin.

Aamiiinn.

Aku

zainal abidin awang kechik said...

umno sama dengan waldorf austria

selamat berjuang tok

kusufian write said...

Salam Datuk
Pengunduran Tun Dr Mahathir Dan isteri tidak akan menganjakkan ramai Ahli Ahli parti keluar umno. Pengwujudan parti baru tidak mampu menarik keahlian Yang ramai. Lihat PAN.
Apa Yang perlu Tun Dr Mahathir lakukan adalah menjelmakan seorang pemimpin seumpama Khalifah Umar Al Khattab menjadi PM serta menggunapakai Piagam Madinah. Kebarangkalian ini mengmungkinkan penerimaan rakyat marhaen. Sebenarnya inilah kriteria Yang dicari Tun dan ini diterjemahkan dengan keputusan Tun mewariskan kepimpinan kepada Tun Abdullah Badawi. Keputusan pilihanraya ke 11 adalah hasilnya apabila rakyat memberikan kemenangan Yang besar kepada BN.
Kemerosotan sokongan pada PRU 12 & PRU 13 adalah disebabkan kepimpinan Yang lemah. Kepimpinan Dato Seri Najib pada hari ini banyak di persoalkan kredibilitinya oleh rakyat jelata. Ini memberikan kekuatan dan ilham kepada pakatan untuk memainkan peranan. DAP telah berjaya memusnahkan perpaduan ummah. Ini adalah hasil kesepakatan mereka dan PAP Yang menjalinkan hubungan dengan Israel.
Perangsaraf dan perangduit adalah senjata utama Yang tanpa disedari telah memecahbelahkan kesatuan Dan perpaduan ummah.
Semua pihak tahu ancaman ini,namun dilekakan dengan pelbagai helah Dan tipu muslihat licik ejen ejen propaganda.
Alim ulama dilekakan dengan andaian dunia nak kiamat.
Cendiakiawan dilekakan dengan penemuan ilmu Dan teknoloji baru.
Andaian itu Dan andaian ini menjadikan kita lebih keliru Dan bercelaru. Semua ini terjadi Dan berlaku sebagaimana Yang mereka rancangkan.
Bermula dengan perang Iran/Iraq. September 11th Dan terkini ISIL. Turki dan Arab Saudi hanya menunggu masa untuk dimusnahkan. Yang tinggal tidak seberapa ini..MALAYSIA.
Semua ini hanya kerana mereka percaya kebangkitan itu di sebelah Timur...

Pompuan said...

Salam DAKJ
Wise move TUN M. Go before you are sacked. Pointless to stay when you are acting more like an opposition than a once UMNO dear great leader. Api dalam sekam. Gunting dalam lipatan.
Tun M tak rugi apa-apa. But if Muhyiddin and Mukhriz yg keluar, it's goodbye forever to them. Mcm TS Muhyiddin tunggu kena pecatlah. Boleh jadi hero.
Rather ironic and comical Tun yg keluar UMNO pulak walhal dia yg nak Najib undur diri sebagai PM.
Tak menjadi kudis bagi Najib. Tetap kuat. Happy je besok pergi Saudi Arabia, pergi Umrah dan kelak dapat pengesahan Saudi King yg derma RM 2.6 billon tu memang from the Kingdom.
Sedihlah Tun M buat UMNO macam ni. Saya sayang UMNO, Tun M, Muhyiddin et al. Kenapalah Tun M not behaving as a statesman. Be like the ex-US presidents. They don't go around condemning Obama, Bush or Clinton.
Tun M tak bolehlah nak bentuk orang menjadi beliau. He's one and only Mahathir. Even Mukhriz can't be like him. You have a great legacy that will be written in gold in the annals of history. Why must you tarnish your legacy by quarelling with Najib? On unproven misappropriation. I wasn't happy with what he did to Badawi. Now it looks like the pleasant and patient man is vindicated. To many of us apalah dosa Abdullah.
Najib licik bermain politik. Hari ini dia jemput Pak Lah lancar buku kembara politik 40 tahunnya. Dan Pak Lah pula cakap Najiblah yg akan mencorakkan masa depan 100 tahun Malaysia.
Orang macam Papa I cakap belum pernah lagi mana-mana PM celebrate their 40-year journey in politics. Itulah pandainya Najib mengatur strategi supaya kita mengingatinya.
Yang paling saya takut nanti legacy Tun M ialah meruntuhkan UMNO. Berapa kali cakap UMNO akan kalah dalam elections akan datang. Tiga kali cakap jadi kenyataan. Nauzubillah.
For us nothing or no one can replace UNNO. Sebusuk-busuk UMNO boleh jugak kita makan. Tanpa UMNO papa kedanalah kita especially orang kampung. DKAJ takpelah dah mewah. Think of us please.
I nak anak I senang macam anak-anak you. To TS Din, just bide your time. Plan your strategy well and get rid of Najib - the proper channel - ballot box.
How can you get rid of him when The AG has absolved him of any corruption.
Berdamailah senula demi kita orang Melayu. Bangsa lain memang happylah kita divided. Dulu cakap Mahathir Firaunlah. Muhyiddin pulak diejek I am Malay first. Suddenly they are smelling like roses. Nampak sangatlah the nons hidden agenda

Fendi Ahmad said...

Jasa UMNO kepada saya generasi kelahiran awal 1980an amat besar. Apalagi bila kita dibanggakan ada Malaysia sebagai negara dan ada PM Mahathir sebagai Perdana Menteri. Terima kasih UMNO, saya sayang UMNO.

Tapi, UMNO Untuk Mohd Najib ONLY tidak akan saya sokong dan tiada nilainya langsung. Selamat tinggal.

adion said...

Najib ke arab saudi lagi.... buat kali ke 3 dalam masa kurang setahun selepas isu derma 2.6b timbul. Jun 2015,jan 2016 dan terkini feb 2016.

Minta Dato terangkan sedikit sebagai bekas ketua pengarang yg selalu mengikuti rombongan rasmi PM keluar negara.
Biasa nya apakah agenda penting yg di bincang dalam lawatan rasmi waktu zaman Dato dahulu.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
Sdr DAKJ,

Izinkan,

Kini, UMNO (United Malay National Organisation) bukan lagi parti KAMI (Kita Anak Melayu Insaf)
tetapi parti "Useless Mohd Najib Organisation" (UMNO) who is a DUMB (Deranged Useless Metal Blockhead)

Semoga roh arwah Ayanhanda tercinta saudaraku serta roh2 sekelian pejuang parti, bangsa dan agama yang terdahulu dilimpahi dengan Sinaran Kasih dan Sayang Allah Swt...

ALFATIHAH, AAMIIN

Abdullah Ngah said...

serangan diluar gelanggang tidak sehebat serangan dalam gelanggang.ia membuat semakin payah untuk jatuhkan Najib.kerana orang duduk diluar powernya kecil sikit berbanding duduk dalam parti. Najib tak sama dengan Tun Abdullah. Tun Abdullah orang yang mudah menyerah kalah, Dia letak jawatan.habis cerita. Mudah alih kuasa dalam kerajaan dan umno.tapi, Najib orang yang tak mudah menyerah kalah. Najib sangat licik. Bijak macam Tun Mahathir dan amat sukar untuk dijatuhkan.Bayangkan bijak lawan bijak. lain yang bododh jadi makanan orang cerdik. tapi bijak lawan bijak, pasti keluar api jadinya.hingga Mukriz pula jadi mangsa. Sebab itu semakin hari semakin besar powernya dan tak mudah dia lepaskan jawatan yang disandang.Tun Mahathir isytihar keluar umno najib isytihar turun harga minyak untuk raih sokongan rakyat jelata.

Unknown said...

Saiya juga akan turut sirta dgn tun m....saiya akan kuluar daripada menjadi ahli puteri yumno....saiya akan tubuhkan puteri bangla

Unknown said...

Sal Datuk,

Kita berharap Dato Ahmad Said dr Trengganu dpt pujuk teman2 dia keluar dr Trengganu. Sama juga di Kedah dan Johor.

Unknown said...

Salam Dato'

Semoga Dato' sentiasa sihat selalu.

43 tahun hidup saya x pernah menjadi ahli UMNO dan xde keinginan utk menjadi ahli UMNO dan apatah lg mengundi UMNO. Membesar dlm persekitaran org2 yg x merasai kekayaan namun saya bangga arwah ayah saya mampu membesarkan kami 7 beradik dgn mengajar kami erti kehidupan yg sebenarnya. Ibu meneruskan perjuangan ayah membesarkan kami dan kini kami sekeluarga meneruskan perjuangan mereka.. Kepimpinan Melalui Teladan. Bak kata arwah ayah, biar kita miskin dan dipandang hina, namun mencuri, x amanah dan berbohong adalah perkara yang wajib kami hindari kerana itulah punca segala kehinaan seseorang manusia.

Wasalam

Rohani A. Ghani

Praxis said...

At last somebody is landing a kick to the groin!

Anonymous said...

Salam Datuk,

I really can’t understand how former PM Tun Abdullah can still sing praises for Najib. According to Malaysian Insider report he was quoted as saying that he was confident that Datuk Seri Najib Razak is capable of continuing the legacy of his father, Tun Abdul Razak Hussein, in shaping the future of Malaysia. He added that he was sure that if the late Tun Razak is alive today, he would be very pleased to see the achievement made by his eldest son in filling in the vast gap that he had left.

Has he been sleeping all this while? What achievement of Najib is he seeing? In his dreams maybe!

Every time someone make a statement like I can’t help asking is he stupid or blind. Unless of course he is a dedak addict.

Pompuan said...

Sedin sangat baca komen big guns UMNO tentang Dr Mahathir keluar parti. 'Ada kita kisah' begitulah nada bak lingo belia sekarang.
How could they trivialized him when he did great things for our country. The best ever PM. Of course we didn't experience Tunku, Tun Razak and Hussein Onn's time We know of none other but Tun M.
But then again, if we mull over it, he did it unto himself. Invited people to discredit him by his own doing. Which Muhyiddin is also doing. Don't blame others if you are sacked. People's patient have it's limit.
Tun M should sit elegantly like a respected statesmen. Counsel others in private and go on lecture circuits sharing your wealth of experiences.
Ini tak. Buat apalah buat kerja yg Gurkha UNNO buat.
Jatuh taraf dia yg patut teratas sekali.

Pompuan said...

That anonymous 12 02 pm is me Pompuan. Thanks DAKJ. Tak tahu macam mana jadi Anon. Can't click delete.

ABH Rangkuti said...

Tun M has got nothing to lose bila beliau meninggalkan UMNO. He has done a lot for the country. Betul Tun M pon ada his bad points. But is it as bad as Najib? Harus diingat intelligence Tun M jauh lebih baik dari Najib dan Pak Lah and he is always one step of others. Mungkin Pak Lah dan Najib tersenyum lebar bila Tun M keluar dari UMNO. Tetapi pasti dan yakinkah bahawa Tun M sudah dan habis menggunakan senjata sulitnya atau sudah mencampakan trump card nya......Fikir2kanlah......

slinkislop said...

sapa nak kluar ikut dr m? berani ke nak kluar? makin sikit yg sokong, makin besar portion pie yg akan dpt. pm skang ni taknak ramai2 sangat pun sokong dia janji cukup2.

pm skang ni kebal. dia je yg boleh lepaskan dengan aman jawatan dia.

sad to say but dr m had a role in developing this loser.

abd hali bin sharip said...

Dato AKJ,
Saya hanya ahli biasa umno, yg tinggal jauh diceruk negeri. Keluar atau tidaknya saya dari umno tidak memberi kesan apa pun kepada parti umno,yg turut digelar di kampung saya sebagai 'parti penyamun', kecualilah kalau banyak cawangan di seluruh negara, secara serentak membubarkan cawangan masing-masing. Mungkin itu dapat menarik sedikit perhatian para penguasa umno. Jika tidak, suara ahli-ahli cuma akan diperlekeh sahaja.
Apa yang boleh saya, rakan-rakan dan keluarga boleh buat ialah tunggu pru 14, dan kita berikan undi kita kepada parti lain. Insyallah, itulah yang akan saya buat.

Unknown said...

walaupun ahli biasa UMNO sedar parti yg besar jasa kpd org melayu tgh sakit tenat...namun mereka masih berdiam diri...mengharapkan keajaiban agar UMNO terus releven menjelang PRU 14.bilakah mereka akan sedar merekalah sebenarnya tgn2 ajaib yg patut membetulkan keadaan.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
Sdr DAKJ,

Izinkan,

Sdr albi,

The very same person told an aide.." Now Malaysia is not rule by corruption but GREED!"
Get the drift...?

Semoga sdrku sekelian dilimpahi dgn Sinaran Zat Kasih dan Sayang Allah Swt..

ALFATIHAH, AAMIIN

yana said...

Salam Datuk AKJ.

Semoga roh arwah ayahanda Datuk AKJ dilimpahi rahmat Allah swt. Al-fatihah.

As per Tun Mahathir, Datuk, I believe he knows what he is doing. I would do the same thing. There is no point in hanging on to something you have lost faith in. The spirit of the body (of Umno) has been killed by the people who have ridden it recklessly.

If Tun M were my father I would want him to rest and enjoy his old age with family. He deserves it. But I guess to Tun this could be his last contribution and sacrifice to the nation he so loves - he wants to set the right path for all of us before he finally leaves us. May Allah grace Tun with longevity to see this come through.

Thank you Datuk Kadir Jasin. May Allah grace you too with longevity, health and strength to help all of us see this through.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Baguslah Tun M hendak mulakan satu gerakan baru dengan gabungan Parti politik dan NGO atas nama "Selamatkan Malaysia"

Kalau dah duduk semeja, berbagai strategi boleh dicapai.

Saya teringat cerita pasal derma Sultan Brunei kepada Presiden Gus Dur yang akan-akan sama.

Sultan Brunei bagi derma terus ke dalam akaun Presiden Gus Dur. Cuma US2juta (RM 8 juta duit Malaysia). Tidak sampai pun sampai RM2600 juta dan RM42 juta SRC.

Rakyat Indonesia mempersoalkan kenapa derma Sultan Brunei terus masuk ke dalam akaun Presiden Gus Dur.

Gus Dur kata, ini adalah kerana kehendak Sultan Brunei sendiri.

Timbul pula persoalan ke mana duit US 2 juta itu pergi.

Oleh kerana bantahan daripada Menteri dan perwakilan dalam Parti, maka jadilah pecat sana dan sini.

Ceritanya akan-akan sama yang berlaku di Malaysia cuma jumlah derma di Indonesia melibat jumlah yang kecil.

Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) membuat keputusan untuk pemakzulan (pemecatan ) Presiden Gus Dur.

Presiden Gus Dur masih juga tidak mahu letak jawatan dan memberikan arahan untuk batalkan MPR dan DPR.

Akhirnya, kereta kebal dari Angkatan Tentera Indonesia mengacukan meriam ke Istana Presiden Gus Dur, dan beliau terpaksa keluar.

Dalam sistem pemerintahan Malaysia, berbeza dengan Indonesia, tidak ada konsep Pemakzulan (Pemecatan) atau dalam Bahasa Ingeris (Impeachment) ketua kerajaan.

Oleh itu, kuasa Perdana Menteri hanya boleh ditarik balik melalui pilihan raya.

Bagi saya, orang politik di Malaysia, tidak berminat dalam soal "salah" atau "benar" tetapi yang mereka pikirkan adalah "menang" atau "kalah"

Jadi, Kalau hendak menukarkan ketua kerajaan di Malaysia, perlulah tunggu hingga PRU14.

Unknown said...

So...you expect a great leader just sits elegantlynwhen his beloved country raided by lanun?

If he does that...he is indeed a very selfish man

Mns said...

GKCM Hantar Surat Minta Penjelasan Resmi Dari Kedutaan Arab Saudi jadi Najib pergi sana untuk selesaikan penjelasan tersebut.

BiruBiruan said...

Datuk AKJ,
Tambah benci dan meluat pulak tengok situasi politik Malaysia. Teringat pulak zaman sekolah dulu-dulu baca animal farm. Salah satu commandments yang diubah2 babi Napoleon -"all animals are equal but some animals are more equal than others". Sape tak pernah baca, boleh cari n baca buku tu...ayat2 dia mudah je nak faham.

p/s: apa kejadahnya lawatan kerja keluar Negara lagi. Negara kucar kacir, barang-barang mahal, petronas pon dah komen kata untung dah kurang, dia suka hati je buat lawatan kerja. Lantik ajelah menteri spesifik yang khas untuk ke luar Negara kalau urusan tu penting sangat(ops lupa pulak dah ada menteri luar negeri)

Agung boleh pecat PM said...

Bijak pandai Melayu pasti boleh berfikir dengan rasional jalan yang terbaik untuk menurunkan Najib dari tahta UMNO yang digunakan sebagai kuasa peribadinya.
Apa yang diperkatakan oleh Muhyidin di facebooknya bahawa AG telah memberitahu ada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Najib melibatkan wang KWAP.
Di tambah dengan kenyataan Mahathir, AG Gani Patail telah diberhentikan dengan false representation kepada Agung kononnya tidak sihat padahal hari ni dah jadi practising lawyer.
Dari sini ada 2 perkara berat yang telah dilakukan oleh Najib yang menjadikannya boleh dipecat oleh Agung. Pertama korupsi. Kedua menipu YDP untuk mengelak didakwa dengan memecat AG Gani Patail.
YDP Agung yang memilih Perdana Menteri. Agung juga ada kuasa untuk memecat PM dalam situasi tertentu.
Dalam hal ini, Najib sudah melakukan penipuan kepada YDP bila melantik Apandi dan ini adalah sebab munasabah untuk memecat Perdana Menteri.

LaM said...

GKCM buat keputusan yg baik dan tepat utk berada dlm Umno. Kalau nak lawan atau gulingkan Najib, baik duduk dlm Umno bukan luar Umno.

Muhyideen & his supporters shld think like the GKCM. Stay in Umno and fight Najib. Let Najib's sycophants like Nazri, Nan Mansor, Rahman, Azalina, Salleh & othrs bark at you day and night. It means your action is hurting them. Use Hadi's thinking. You don't hate Umno..but hate corrupt Najib and his corrupt supporters. That will make your being in Umno & your fight against Najib more credible. The rural & the Felda malays are the base support of Umno. It is these groups that GCKM could work on to oppose Najib.

As for Mahathir, he would have done more damage to Najib as an Umno member. Sometimes old age takes away your rational thinking. If he is sacked, then the impact would have been greater than what he has done by voluntarily leaving the party.

Unknown said...

Salam datuk,

Today at an event of the Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia, Zahid hamdi was asked by a reporter what he feels about Tun M leaving UMNO.

He replied that he hoped Tun M make a u-turn as he felt that members of UMNO still need Tun M's presence in UMNO.

If Zahid is very sincere with his comment, he should personally approach Tun and have some nice pleasant exchanges and request his comeback into UMNO

What can Najib do ? Sack Zahid too and replace him with his cousin the Minister of Defence as the DPM ?

Than that will be nepotism / feudalism in UMNO and i am very sure the whole UMNO members will hasten the downfall of Najib.

pemikir said...

Salam Datuk AKJ

Saya amat menghormati langkah TUN M keluar parti. Tindakan ini amat wajar kerana tiada sesiapa didalam UMNO yang menghormati pandangan dan cadangan TUN M.

Sudah 8 tahun Najib sebagai PM, apakah kejayaan Malaysia? Kegagalan banyak tetapi Rejim Najib menyalahkan pula kedudukan ekonomi Global.

1MDB kata nak buat IPP dan Bandar Malaysia.. tetapi terjual pulak asset Negara. Tanah kat Pulau Indah juga terjual. Perniagaan beli murah, dapat pinjaman mudah, jual mahal, untung masuk poket dan rugi tidak apa, perniagaan ini kalau diberi kepada si buta dan si pekak pun mereka pasti boleh lakukan.

Oleh itu, tindakan TUN M amat bersesuaian dengan keadaan semasa. Mereka tidak boeh lagi menyalahkan TUN M andai kata kegagalan ekonomi Malaysia semakin merudum.


Ramai yang masih tidak faham kenapa TUN M tidak senang duduk dengan Rejim najib. Ini adalah kerana kekayaan Negara dibelanjakan atas kapasiti peribadi dan keluarga dan mMenteri Menteri lain mengikut cara ini tanpa limit.

Rasanya sebelum ekonomi merudum teruk, bapak bapak Menteri akan mencari ruang dan peluang untuk buat duit sebanyak mungkin.

Lagi lama Rejim Najib berkuasa, lagi banyaklah tunai dan aset Negara akan tegadai.

Perdana Menteri selepas ini adalah bergelar Bapa Bayar Hutang Negara.

panglimo potaseh said...

Begitu hebat sekali sokongan berbagai pihak menyokong cadangan barisan bersatu untik turunkan Najib, kecuali Tuang Guru Haji Hadi yang punya falsampah, anti parti umno tapi tak anti orang umno.

Ahli Umno said...

salam DAKJ,

Tun M telah meletak jawatan sebagai ahli UMNO. Sesuatu yang tidak mustahil tapi kaedah seperti ini boleh dikatakan sebagai langkah terakhir.

Sekiranya >40 MP dari BN mengikuti jejak langkah Tun M, mengeluarkan diri dari BN dan mengistiharkan diri sebagai MP Bebas, maka Malaysia akan memerlukan kerajaan campuran baru dan strategi ini akan berjaya. Untuk itu, gerakan dari kedua dua kem perlu cepat dan tangkas supaya tidak ditelan masa.

Sebagai langkah terakhir, saya amat berharap strategi ini akan berjaya. Jika gagal, maka kita perlu tunggu PRU-14 (jika ada) untuk melakukan perkara sewajarnya.

seti mahanum said...

Tun seorang negarawan yang bijak... beliau cuba sedaya upaya untuk menyelamat Umno dan rakyat khasnya dari ditipu oleh najib... Semoga Allah merahmati beliau dan Tun Hasmah.
Semoga Allah juga merahmati Tuan A Kadir sekeluarga.

xairlinepilot said...

Saudara Ku Seman dan DAKJ,

Saya ingin cadangkan UMNO di tukar kepada PR1M....

Parti Rasuah 1 Malaysia

NajibNazak said...

Tun M = A wise man

Najib Razak = A lies man maaa...or a vice man aso laaa...

tengku raja gopal daa.. said...

Siapa Tengku Adnan Ini? Tengku Palsu mirip wajah Flinstone suka suka makbapak dia je pakai nama Title "TENGKU". muka macam jimbet.

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’. Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336

Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat. Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.

Unknown said...

Blog tuan tiada post? Kenapa?.

Zed-85 said...

Saudari Pompuan,

Your comment,

Kenapalah Tun M not behaving as a statesman. Be like the ex-US presidents. They don't go around condemning Obama, Bush or Clinton.

My comment,

If you are expecting Tun Dr.M to just sit quietly with all the things that are happening, it is the same as expecting a lion to convert to vegetarian.

What kind of statesman who just turn a blind eye on all the wrongdoing surrounding him.

Singaporean consider Lee Kuan Yew as a statesman so as the rest of the world. Lee Kuan Yew said that he will rise from the dead if he found out the Singapore Government do not govern properly.

That is why now the currency is 1S dollar to RM 3. Singapore do not have "dedak" problem like us.

As for Obama, he earned the presidency democratically. He had to go through election processes within the democrat party, up against Clinton and others. After that he had to go against the Republican.

This is what we want, someone who had earned himself to be the Prime Minister.

So, who did Najib go against to get his seat as a PM in UMNO.?

What do you think the American would do if they found out that there are billions worth of money that goes to the President private account.?

We are now having a serious issue of "Dedak" pandemic that has spread through UMNO and the population. It need to be contain and cured before our country slips further away.

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,



Keadaan orang melayu teramai makin sulit.



Terlalu banyak isu nak cari rezeki untuk diri dan keluarga,dan pelbagai isu isu tempatan dan negara.


Semua isu isu dan pelbagai kesulitan ini sudah memecah belah orang melayu teramai.


TIADA satu pun isu kehidupan,isu tempatan atau isu nasional sekarang yang dapat menyatukan paling ramai orang melayu.


Sudah terlalu ramai `menunjul diri' samada aku baik,aku lebih baik atau aku terbaik.


TETAPI situasi tetap tidak berubah. Tiada kah ada isu lebih baik dari isu `membenci' ?.


Selagi semua yang menunjul diri, meneruskan tindak tanduk melalui thema `membenci',
saya tidak fikir semua mereka berjaya.



Orang ramai mahu tahu atau ambil tahu atau perihation keatas `rancangan' untuk memperbaiki kehidupan orang melayu teramai, sama ada rancangan tersebut untuk 5-10 tahun atau selebihnya dan mekanisma untuk kearah tersebut.


Tanpa rancangan dan mekanisma bermakna dan meyakinkan, `penunjul-penunjul' diri yang terkini tidak lebik baik dari PM sedia ada.



Adakah mahu pilih setan selepas tolak iblis? Kalau begitu tidak kemana orang melayu teramai walaupun sesudah PRU14.




Abu Bakar Ab Rahman







Nenekghuffran said...

Salam DAKJ semoga Datuk dan semua yang menyokong TDM sentiasa dlm perlindungan Allah SWT..aamiin..

Saya menyokong tindakan TDM yg saya fikir ianya mengheret Najib ke medan perang.. Najib akan bertempur dgn rakyat yg tanpa mengira umur...jantina...darjat..bangsa..parti dan agama.

Saya yg dilahirkan pd tahun 1954 telah merasai semua era pentadbiran 6 PM...TDM yg terbaik memaju dan mengharumkan nama Malaysia malangnya Najib memundurkan dan membusukkannya...

SAYA BENCI NAJIB!!!

msh said...

Salam Dato.

Bila membaca komen Pemakan2 Dedak HZ Presiden....kita dpt melihat mesej2 kelegaan dihati masing2 bila Tun M Keluar dari Parti.

Dan sy percaya mereka juga tidak sebodoh itu kerana tidak melihat mesej sebenar dari episode ini.
Tetapi itulah kelaku/sikap rasmi org2 yg tiada maruah lagi hina...mereka akan tetap mendambakan diri demi survival diri pd ketua spt ini walau pun ditahap yg luarbiasa.

Hakikatnya...
Parti Umno kini adalah Milik f Presiden dan 'Perjuangan' juga adalah SEMATA2 UNTUK MENYELAMATKAN PRESIDEN DARI DISABITKAN KESALAHAN SALAHLAKU PENYALAH GUNAAN KUASA SERTA PENIPUAN 'CBT'.

Dan untuk memastikan Presiden berada dlm keadaan selamat..org2 spt Tun M.. Muhyiddin..Shafie...dan semua yg 'menentang' Presiden termasuk Dato dan sy serta pembahas2 lain mesti disekat dgn apa cara sekali pun.
Tetapi mereka tidak dpt melihat...bahawa tindakan Tun M ini adalah suatu yg tidak boleh diremehkan.

Pd hemat sy...adalah BODOH sekali bila penganalisa2 Politik Pro-kerajaan selain dari Pemakan Dedak HZ berkata...
..."Tindakan Tun M tidak memberi impak yg besar.... bla bla...kerana beliau pernah melakukan tindakan yg sama sebelum ini..bla bla...".

Malah bagi sy...tindakan Tun M dikira lambat....beliau sepatutnta lebih awal lagi bertindak demikian.

Apapun... kita tunggu dan lihat sejauh mana lagi kemampuan Bugis dan Jawa Tok2 dan Pemakan2 Dedak HZ mempertahankan kedudukan Presiden...kerana tindakan Tun M telah membawa kemelut ini ketahap yg baru 'new level'.

Sy yakin...Tun M berserta Muhyiddin dan Mukhriz dan ramai lagi ada perancangan mereka untuk menyelamatkan Parti dan sy percaya Bugis ini makin tidak lelap tidur dan tentu meracau dan jika tidur sekali pun.... mata masih celik luas.

Akhir kata...ini adalah masa terbaik untuk majoriti Ketua2 Cawangan yg berjumah hampir 20ribu org yg tidak menyokong kemungkaran Presiden turut melakukan tindakan yg sama spt Tun M.
(Itu pun jika mereka bijaksana dan jujur...kerana sy dengar..sepas balik dari 'retreat' 3 hari 2 mlm diJanda Baik dan diMelaka....dan meñdapat sedikit 'ole2' ramai yg telah berubah hati).

Itulah Melayu.. Towkey Cina pun kata...."kasi sikit luit... sudah cukup...lu maki pun dia senyum...tak tak lawan Punya..".
he he.

Syabas Tun M...besok sy juga akan mengisi borang menarik diri dari menjadi ahli spt Tun M dan Dato.

Pompuan said...

Encik Zed-85.
Isy Isy u kureng faham niat saya. Dik kerana hormati dan sayang Tun M sebagai Bapa/ Atuk kitalah saya tak suka beliau lawan Najib. Especially with Zaid Ibrahim as the proponent. If DAKJ lainlah. At least I can accept it.
As I see it, Tun is losing in this war. Only MB Johor and Zahid yg cautious in their statements. Yg lain ialah Good. Boleh Blah. Annuar Musa masa baru dilantik Info Head UMNO yg cakap nak usaha damai antara Dr M and Najibpun dah mula kendur.
Zahid said he will continue to be friends and neutral with Tun M, TS Din etc.
But then Tun M nampaknya rela bersekongkol with the likes of DAP and Keadilan to unseat Najib.
Yes Melayupun bertepuk dan bersorak. Kampung tergadai.
Tuk-tuk Kit Siang jadi PM. Puteranya jadi DPM.
Nak buamg Najib, lain yg jadi. Nauzubillah. Ok if nak buang Najib. But if UMNO is gone how do you help the Malays? Kalau PAS kuat takpe juga. Elok-elok boleh dapat BR1M dan naik haji dengan duit 1MDB, tiba-tiba elek, nada, zilch, telur ayam
I have said before DAKJ, ordinary Malays don't really care about the IMDB. It's moneyed and well-heeled people like you and your supporters yang menjadikannya isu. And it's proven wrong.
Pembangkangpun dpt duit berjuta -juta tapi tak kasi rakyat macam UMNO. So why kita kecoh pasal UMNO je? At least orang kampung kita merasa juga nikmat. And Najib knows this. He feels emboldened with the support of the core voters - the regular Malays.

hazleezaiton@yahoo.com said...



Salam Pompuan,


You ni memang kuat berleter dan membeberlah!. TETAPI saya suka the contents of your arguments and i agree.


Semakin hari semakin `sungguh berjauhan' di antara melayu teramai.


Dan semakin terasa negara terjual..



Kekuatan politik melayu....kearah kehancuran.


Perpaduan melayu...tinggal impian,terutama dikalangan pemimpin pemimpin,ramai yang lidah bercabang cabang.


Ekonomi individu melayu teramai..elek,zilth,nehe..


Tahap pendidikan pendakwah pendakwah islam teramai...masih dok tahap bab nikah kahwin,tutup aurat, asing lelaki dan wanita,faraid harta sejemput atau hutang bertimbun,had tu saja `islamn'ya.


Sekarang ramai melayu penunjul penunjul diri sedang berusaha melingkup MODAL TERKUMPUL TERBESAR terbesar hak orang melayu teramai ASB,LTAH kalau bolih nak dihancurkan juga KWSP,LTAT....THE ULTIMATE `nyawa' melayu teramai di negara ini.


MCA dan MIC punya `collections' dalam kooperasi mereka dah lingkup lama dah pun...



Abu Bakar Ab Rahman

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).