Friday, April 15, 2016

Kunta Kinte Diberhentikan Sekali Lagi


A Kadir Jasin


PEMBAHAS dan pembaca blog kita ini yang juga membaca Berita Harian (BH) mungkin telah biasa dengan pojok bertajuk Kunta Kinte Original.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Pojok mingguan itu adalah tulisan saya yang keluar pertama kali pada 25 Mei 1987. Ia bermula sebagai ruangan “Biar Putih Tulang” menggunakan nama pena Kunta Kinte. Pojok ini berterusan sehingga tahun 1997 apabila dihentikan oleh sidang pengarang BH.

Himpunan kedua pojok Kunta Kinte
Ia diberhentikan kerana saya mengaitkan ucapan “famous” Tun Dr Mahathir ketika perhimpunan agung Umno di mana beliau memetik dialog drama Shakespeare berkenaan Julius Caesar yang berbunyi “Et Tu Brute” (“Engkau juga Brutus”).

Ucapan ini merujuk kepada pengkhianatan Brutus terhadap Maharaja Rome, Julius Ceaser. Saya kata, Brutus dalam ucapan Dr Mahathir itu adalah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Masa itu BH, TV3 dan Kumpulan Utusan adalah penyokong tegar Anwar.

Selepas itu saya menulis Kunta Kinte dalam bahasa Inggeris untuk akhbar Business Times.


Kunta Kinte bermula tahun 1987

Pada tahun 2010 Pengarah Eksekutif NSTP waktu itu, (Datuk) Ahmad A Talib dan Pengarang Kumpulan BH ketika itu (Datuk) Mior Kamarul Shahid menjemput saya untuk menulis semula pojok Kunta Kinte.

Dalam tradisi persuratkhabaran Melayu, pojok adalah ruangan memuatkan kata-kata lucu, berseloroh dan berkias tetapi pedas serta menyindir.

Bagaimanapun nama pena Kunta Kinte telah pun “diambil” tanpa izin saya oleh seorang blogger. Jadi terpaksalah saya pinda sedikit menjadi Kunta Kinte Original bagi membezakan pojok saya daripada tulisan blogger yang mengambil tanpa izin nama Kunta Kinte.

Saya memilih nama samaran Kunta Kinte sempena watak Kunte Kinte dalam novel sejarah “Roots” oleh penulis terkenal Amerika Alex Haley. Kunta Kinte adalah putera seorang raja Afrika yang diculik dan dijual kepada pedagang abdi. Walaupun dia dijadikan hamba, Kunta Kinte tatap mengekalkan maruah dan martabat beliau.

Kunta Kinte abdi yang ada jati diri
Sejak akhir-akhir ini, tulisan saya dalam pojok itu beberapa kali dipertikaikan oleh pihak atasan NSTP/BH. Saya terpaksa menulis balik atau meminda tetapi dengan tidak mengubah mesej asalnya.

Pada hari Selasa 12 April, saya dimaklumkan oleh Pengarang Kumpulan BH, (Datuk) Mahfar Ali bahawa mulai minggu ini ruangan itu diberhentikan.

Jadi hari ini (Jumaat), kalau pembaca BH tidak menemui Kunta Kinte sebabnya adalah ia telah diberhentikan oleh sidang pengarang BH/NSTP.

Terima kasih kepada Ahmad A Talib, Mior, Mahfar dan semua kakitangan Jabatan Pengarang BH, dulu dan sekarang, yang terbabit mengendalikan Kunta Kinte sejak ia dimulakan pada 1987.

Seperti saya beritahu Mahfar ketika menemui beliau Selasa lalu, saya faham kedudukan beliau dan saya berterima kasih kepada beliau kerana cuba mempertahankan ruangan Kunta Kinte Original. Tetapi saya tahu ada kuasa yang lebih berkuasa yang “wahyunya” wajib ditaati.

Cuma seperti yang saya tulis dalam blog ini pada 11 April lalu, petugas media arus perdana (MAP) “...wajib ingat. Di penghujungnya yang penting adalah pengedaran akhbar mereka dan bilangan penonton saluran mereka. Kalau kerana menyokong Mohd Najib membabi buta dan mencaci Dr Mahathir tanpa batasan, pengedaran akhbar mereka dan penonton stesen mereka merudum, bukan sahaja mereka tidak dapat melindungi Mohd Najib malah periuk nasi mereka sendiri terancam.

Koleksi pertama pojok Kunta Kinte
 Mereka harus sedar mengapa MAP yang begitu besar dan berusia, semakin hari semakin dikalahkan oleh media atas talian?”

Sebagai penulis, saya juga terhutang budi kepada pembaca, khususnya mereka yang berjumpa dan menegur saya, kerana mengenali saya melalui ruangan Biar Putih Tulang/Kunta Kinte dan Kunta Kinte Original.

InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang saya atau Kunta Kinte Original akan bertemu pembaca di tempat lain. Itulah harapan dan iltizam saya sebagai penulis.

Wallahuaklam.

23 comments:

wankamarul701 said...

Tahun 2013 tak silap. Saya Nampak buku koleksi kunta kinte original kat kinokuniya terus saya beli.

Waghih said...

Masyallah ..

Sodih den bilo baco msg Dato ni .
Kunta Kinte ni dah sinonim ngan BH .
Tigo skhobar den tak miss tiap haghi termasok BH .

Tapi , yo lah . Kito berusoho , yang nentukan iolah yang berkuaso .
Ado umah tanggo aman sentiaso ..
Ado umah tanggo bertalak sentiaso ..

Redo ajolah ...

Qado n Qadar ..
Waghih.

msh said...

salam Dato.

Sy simpati.
Tetapi anggap saja ini cabaran yg kecil.

"Kecik Hal".

Selagi si HZ ini berkuasa...perkara begini tentu terjadi.

Cuma masa menentukan smpai bila Melayu HZ ini serta Melayu2 Pemakan dedak yg tiada Jatidiri mampu bertahan.

InshAllah...cuma masa yg jadi penentu.

Teruskan usaha murni Dato menulis dan bercerita segala kemungkaran Melayu2 begini.

"Kecik hal".

Wasalam.

awang batuburok said...

Salam hari Jumaat Dato,

Selamat meneruskan perjuangan, semuga Allah SWT memberkati segala usaha menegakkan yg maaruf, mencegah kemunkaran.

aameen!

adion said...

Waima bila ruangan pojok kunte kinte di berhenti kan sekali pun, fakta nyata tetap terpahat di minda kesemua rakyat Malaysia yang tahu menggunakan nya.

Masa akan menentukan nasib tuan punya wahyu dan para pencacai nya.

Zalman A said...


Salam Datuk,

For the faithful readers, there is only one writer who is the Kunta Kinte "ori"!

Also hope that Datuk would find time to write your full set of memoirs. (Of course you have already written some parts in various books). Tan Sri Abdullah Ahmad (Dol Kok Lanas), also with a journalism background of course, has just released a book of his conversations with Tunku and may do a book on Tun Razak next.

Every veteran journalist is a goldmine of stories and insights. It would be good for the younger generation (demographically, we are now a youthful nation) to know that once upon a time we had good, honest leaders, and we could be proud to be Malaysians.

Once....

Zalman A said...



Speaking of journalism.

Saudi Arabia's Foreign Minister Adel Al-Jubeir has done a flip-flop today and now is quoted as saying:

"We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return. We are also fully aware that the attorney-general of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing. So, as far as we are concerned, the matter is closed.”

Earlier, he had told the NYT:

“It is (from) a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia," Al-Jubeir was quoted as saying.

But there is no need to get emotional here.

This is all about Forensics and Science, not about Emotion.

Which “donation” does this refer to? Because we know that Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone is alleged to have received five international batches of money from 2011 to 2014.

Hence, the NYT and other media should ask the Saudi govt (at the bare minimum):

a) Are the alleged donation letters real? Yes or no?

b) If yes, then why does “Prince Saud Abdulaziz al-Saud” claim in his letter that payments will be channelled via “Blackstone Asia Real Estate Partners Limited”, a company that seems to have been controlled by Jho Low and is a doppelganger of the real Blackstone Asia Real Estate Partners?

c) Why is it that in every alleged money flow from these various syarikat2 tiruan like 'Aabar' & 'Blackstone', the alleged beneficiaries are only three persons:

1) Najib Tun Razak

2) Khadem Al Qubaisi

3) Jho Low

Of course some ‘Islamic friendship’ angle can be contrived for a Saudi prince giving millions to an Emirati nightclub mogul and a Bugis Islamic war general; but why would a Saudi prince give millions to a young Chinese boy from Penang? That makes no sense whatsoever.

d) If “Prince Saud Abdulaziz al-Saud” is subpoenaed by any international investigation, will “Prince Saud Abdulaziz al-Saud” provide documentary evidence about which of the five massive international transfers he was responsible for? Will he appear in person?

e) Does the sudden appearance of the letter(s) have anything to do with Prince Turki bin Abdullah Al Saud, Tarik and/or Nawaf Obaid, or Jho Low?

The full list would be much longer.

But this is all about Forensics and Science, not about Emotion.

In this modern age, electronic trails are impossible to erase.

If I transferred RM500 from Maybank on 15th May 2012 but now want to cover it up, I only have two choices:

a) I lie about it and deny it completely (Mappadulung tried this approach in July last year, of course);

b) I claim ignorance about how it happened, or that someone else did it.

Either way, Maybank still has the electronic records. It is a verifiable fact.

Letters are useless to disprove historic electronic transactions.

The Swiss, US, UK, Singapore and Luxembourg banks have the electronic records.

That is Mappadulung’s biggest problem, and “Prince Saud Abdulaziz al-Saud” may not be of much help in the end.

Circus in town said...

Datuk,
off subject, have you seen the video in which Saudi Arabia's Foreign Minister Adel Al-Jubeir made a 360 degree turn and said that the donation to Najib came from Saudi Arabia?

"We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return. We are also fully aware that the attorney-general of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing.

"So, as far as we are concerned, the matter is closed," Adel told Malaysian reporters in Istanbul yesterday.

Earlier, Adel held a bilateral meeting with Najib on the sidelines of the 13th Summit of the Organisation of Islamic Cooperation.

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/337914#ixzz45smA7tju

Thereafter he turned away. His action and words speaks volumes, it was doublespeak.
Why doesn't he simply say, it was a genuine donation from the late King (or some other royalty)? Probably it was repugnant for him to even utter those words and he only said the barest necessary. He did not take further questions.

The world again laughs at all the charade orchestrated to "clear" the PM.
Anifah happened to be at his side, the NST reporter with camera happened to be on the scene. Where are the rest of the reporters from WSJ, Bloomberg, New York Times, Rueters, etc. etc. ?
Really ludricous, and now the PMO will use this sorry episode to go overboard to trumpet their boss's innocence. See, it is already happening. While the rest of the world laughs .
Words can lie, however documented evidence cannot lie, and the proofs of the money trails are with the investigators. The guilty cannot escape the closing net because God is not on their side.

ku_seman said...

Assalammualaikum Datuk, walaupun sedih kerana kolum Kunta Kinte Original telah ditiadakan tetapi saya sedikit pun tak terkejut. Mereka berkuasa di semua media arus utama. Cara pemikiran Datuk sangat tidak sesuai dengan landasan yang mereka bina untuk media arus utama. Bukan senang untuk menulis tentang perkara yang benar dalam keadaan mereka membenarkan sesuatu yang tidak benar.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Tidak ada kesan pada saya dan ramai lagi yang lain sebab kami dah lama tak baca Berita Harian.

Apa-apa ilham, Datuk tulis sajalah di sini.

Aku said...

Kadiag, salaam...

Amacam..? Macam lain saja tulihsan hang kali ni.
Nak hibogkan hati hang, cuba hang bawak ingat nasib breder kat bamboo river tu. Antara pengajaran utama saga 1mdb dan episod RM 2.6 ribu juta, pembunuhan Altantunya dan bagai bagai lagi ialah bagaimana buruknya ('defective') sebagian besag uruihtadbir sistem hukum dan penguatkuasaannya. Satu contoh, yg menjolog mata, ialah bagaimana mudahnya kepala pendakwa tepih syor2 SPRM dan BNM untuk heret yg tersangka ke muka pengadilan....dan sampai la ni (15 April 2016) aku ingat tak dak sapa pon di bawak ke pengadilan mau pon ke lokap, sungguhpon puak International Petroleum Investment (IPIC) dah terang2 bagitau bursa saham London, depa tak tau mana pi duit ribu ribu juta yg 1mdb kenunnya hantag kat depa. Yg keluag masok lokap Rafizi, Din Batu Kawan dan yg seangkatan, ada la.....

Dlm kebobrokkan yg begitu mutlaq pon masih ramai lagi, termasok "pembahas" dlm blog hang yg begitu yakin dgn 'penjalanan' penghakiman ke ataih breder bamboo river tu sampai tegamag pangge dia dgn nama2 yg sangat jijik....Dan yg jadi kepala2 penghakiman dan penguatkuasa yg mengaku Islam, dah lebih 1,400 taun Rosulullah S.A.W. wafat, dan teraih pesanan dia adalah jangan jadi hamba kepada ma'nusia dan jadilah hamba kepada Allah S.W.T. saja. Ada depa peduli...?

Dan jangan sekali kali kata surohan puak puak depa tu 'wahyu'.

Mintak maghap Kadiag no.

Aku.

jamil said...

Anifah Aman dah kowtim dengan dengan menteri luar Arab Saudi. Mungkin dah bagi dedak termasuk Mongolia doll dalam packagenya

Mat Bakar said...

Sallam DAKJ,

Inilah yang dikatakan negara merdeka yang tak merdeka,
inilah yang dikatakan negara bebas tapi tak bebas,
mereka yang dibelengu dan disumbat dedak masih tersipu
kerana takut dapur tak berasap tempayan tak berberas
hilang malu, hilang maruah, bimbang wang tidak mencurah

Bagai boneka yang yang mengikut segala rentak tuannya
melenggang, melenggok sumbang
lupa anak isteri di rumah disuap dedak
lupa etika, lupa sumpah tika di sekolah
bahawa berita mesti tulen, asli tanpa disepoh

Inilah angkara dari pemerintah yang gila
takut bayang bayang sendiri, seram setiap mimpi ngeri
yang pasti nanti, kenyataan akan terserlah
tunggu lah, nantilah
jika bermaruah berambuslah daripada mengadai jawatan
cuma untuk sedikit dedak.
anda pasti punah.


Mat Bakar
EXCOM

TESSA said...

Salam


Sedih. Tapi takpe la. Moga Allah murahkan rezeki. :)

S.Minister's confession said...

Datuk,

Extract from Malaysia Chronicle:

" The Wall Street Journal has reported that the $681 million that entered Mr. Najib’s account originated from 1Malaysia Development Bhd., or 1MDB, a state investment fund set up by Mr. Najib, and moved through offshore companies before flowing to his account, according to officials in two countries that are investigating 1MDB.

The Journal has also reported, citing documents that are part of a Malaysian investigation into 1MDB, that $200 million flowed to Mr. Najib’s accounts in 2011 and 2012 from a Saudi individual and Saudi Arabia’s finance ministry.

It wasn’t clear if Mr. al-Jubeir’s comments were about this amount or the $681 million...."


HAHAHA, the world is laughing at our PM now. Vague, vague statements from the Saudi Minister.



irma said...

Riots in Cairo after government hands over two islands in Red Sea to Saudi Arabia in return for aid and donation.

Interesting.

Wonder what Jibby will give Saudis in return for his "donation?"

Mali Bin Muyung said...

Salam Datuk,
Seperti Datuk, saya pun teroaksa pencen dln usia 54 tahun 4 bulan kdrana fitnah rakan sekerja.
Perit juga. Kena jual kereta untuk bayar hutang.
Taoi anehnya saya x berap susah hati malah saya guna masa yg banyak untuk berpuasa sunat dan tahajjud hampir setiap mlm
Kesinpulannya, I lost mobey but becone closer to Allah.
Ya, qada n qadar.

sukasamasuka said...

Datuk.

Datuk posted this statement on April 13th....“So, as far as we are concerned, the matter is closed,” he (Saudi Arabia’s Foreign Minister Adel Al-Jubeir) told Malaysian reporters here on Thursday.".

What a relief!

One issue is gone...two more (the RM42 million from SRC and the RM50 billion "debt" piling on 1MDB a.k.a the "missing RM42 biilion") to go.

THE MATTER IS NOT CLOSED! It is just the begining.

1. It IS NOT a "personal" donation.

2. The recipient is the Prime Minister of Malaysia, NOT a man on the street...the like of Dr.Zakir Naik...even though he is invited by the Prime Minister for breakfast.

3. Dr. Zakir Naik WILL NEVER accept "dedak"....but, normal breakfast like teh tarik and nasi lemak.

4. The money RM2.6 billion belonged to Malaysian.

5. SHOW US THE RECEIPTS OF ACCEPTANCE AND THE RECEIPTS OF MONEY BEING RETURNED....THEN AND ONLY THEN, THE MATTER IS CLOSED FOR GOOD....failing which, nothing is closed!

PHD said...

Pelik juga melihat pemfitnah pemfitnah semua membayangkan betapa mereka berada di pihak yang benar. Bermacam macam alasan diberikan untuk memenangkan hati mereka semua ya ? Bukankah mereka semua bukan pakar di dalam perkara yang dibincangkan ? Kenapa perlu berterusan membenarkan diri dimurkai olehNYA ?

sukasamasuka said...

Datuk.

I am NOT a reader of Berita Harian, Mingguan, Harakah and the like...for the last 30...perhaps 50 years! I do read such dailies though, if someone leave it on the table or benches, just to kill time...

It matter not to me whether there is Kunta Kinte or Kunta Kinte Original.

Whether I read or not, it doesn't matter at all....what matter is when "someone" told "someone else" to stop your Kunta Kinte stuffs...that is the sign of weakness.

And, you know it Datuk, to "read" sign of weakness. This IS IT!

Tell the truth...worry nothing...but, it can cost us "something"...for Datuk the demise of Kunta Kinte.

KUNTA KINTE IS YOU...NO ONE...NO ONE CAN TAKE THAT AWAY FROM YOU, DATUK!!! NO ONE...NOT EVEN THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA.

sukasamasuka said...

Datuk.

When the tribes of Quraish were unhappy with Muhammad...the latter simply migrated from Mecca to Madinah...in the now famous "Hijrah"...13 years after he was appointed as the Rasul....the rest is history, so to speak.

This is a classic example of "blessing in disguise".

Kunta Kinte???...Kunta Kinte Original????....the creator of "Kunta Kinte" can create 100,000 "Kunta Kinte"s...or even in the millions...perhaps I am just one of them.

NajibNazak said...

Rosmah...perhaps

Saudis will held a gangbang session

RD. said...

Orang Melayu, kalau tak beli dan baca Utusan, dia mesti beli dan baca Harakah atau Sinar. Tapi ada juga segelintir yang beli dan baca dua-tiga akhar, termasuk berbahas Omputih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).