Monday, May 02, 2016

Baling Terus Diwarnai Ketidakseimbangan


A Kadir Jasin


SEMALAM, 1 Mei 2016 saya ikut sekumpulan profesional Melayu dari Lembah Klang dan Pulau Pinang buat kerja amal di Baling , Kedah.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Kita beri bantuan makanan seperti beras, telur, minuman coklat, biskut dan sardin kepada 150 keluarga miskin. Setiap sekeluarga menerima bahan makanan bernilai RM100.

Ini adalah projek yang ideanya dicetuskan oleh  Dr Mohammad Abdul Khalid, penyelidik sosioekonomi dan penulis buku "The Color of Inequality".

Dr Mohammad bersama seorang ibu anak lapan
Selain derma yang terdaya kami keluarkan, kami bergantung dan sangat-sangat terhutang budi kepada penderma dan penyumbang yang turut serta. Moga-moga Allah membalas amal jariah penyumbang sekalian.

Sejak kegiatan kemanusiaan marhaen ini dilancarkan sebulan lalu, Alhamdulillah kami telah berjaya membantu 550 keluarga miskin di Baling, Sik dan Padang Terap di Kedah. Hujung minggu ini, 150 keluarga lagi di Pokok Sena, Kedah akan dibagi bantuan.

Bagi saya, lawatan kembali ke kawasan pedalaman Baling sekali gus membawa kegembiraan dan kesedihan.

Sebanyak 550 keluarga miskin dapat bantuan
Gembira kerana dari pandangan mata kasar, Baling telah  berubah daripada apa yang saya temui pada 1969 tetapi sedih kerana di sebalik wajah pembangunan itu, kemiskinan kronik yang saya lihat dari jarak dekat antara tahun 1969 dan 1974 masih berlaku.

Jalan raya kelas dunia, hospital, Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Komuniti dan sekolah di merata pelosok desa memberi gambaran bahawa Baling adalah sebuah “locale” – tempat istimewa – yang mewakili transformasi.

Dijemput makan kenduri kahwin anak Tok Imam
Tetapi apabila kita menyusur keluar dari jalan utama dan mengikuti lorong-lorong desa dan kebun kecil getah yang sedang dibakar kemarau panjang, kita akan bersua semula dengan Baling lama – Baling yang sinonim dengan kemiskinan dan penderitaan.

Pada tahun 1969  saya ke Baling bagi membuat laporan lawatan muhibah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan pada 1974 pula saya mengikuti lawatan Menteri Perusahaan Utama ketika itu, (Tun) Musa Hitam.

Tun Musa diberi tugas menyelesaikan masalah kemiskinan pekebun-pekebun kecil getah di Baling selepas tunjuk perasaan yang dikepalai oleh "Saudara" Anwar Ibrahim (kini Datuk Seri) membantah kejatuhan harga getah.

Kemarau dan kejatuhan harga getah sangat membebankan
Tunku, Musa dan Anwar telah datang dan pergi, tetapi kemiskinan, kemelaratan dan ketidakseimbangan kronik masih kekal di sebalik tabir kemajuan dan perubahan.

Bagi profesional muda Melayu yang menjadikan saya orang tua mereka, sambil membuat projek kemanusiaan, mereka juga melalukan kajian sosioekonomi untuk kegunaan mereka sendiri dan mana-mana pihak yang ingin mendengar cerita mereka – cerita warna-warna ketidakseimbangan.

Wallahuaklam.

29 comments:

awang batuburok said...

Salam Dato,
Sekalung ucapan tahniah untuk kerja kerja amal yang dilakukan..
Mungkin disebabkan kemiskinan dan kurang ilmu pengetahuan maka rakyat marhain dikampung dan desa sukar memahami penipuan berbillion billion ringgit pihak berkuasa yg bertakhta dikota kota besar.
Golongan kapitalis dan bangsawan sangat senang dengan situasi demikian supaya mereka boleh terus menerus membolot dan menguasai kekayaan yang ada dibumi bertuah ini.

das said...

yes. setuju

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Mungkin Dato Abdul Azeez begitu sibok dalam urusan TH sehingga terlepas pandang dan tidak perasan Parlimen dibawah seliaan beliau 'terus diwarnai ketidakseimbangan'.

Daerah Baling agak luas. Mungkin ada sebab tertentu, Dato AKJ tidak beritahu secara terperinci, keceruk mana bantuan dihulurkan? Saya teka, mungkin Dato 'melawat' Mukim seperti Kg.Weng, Kg.Lalang atau Memali yang menjadi kubu-kuat PAS sehingga sekarang. Atau pun di Mukim Kupang seperti Kg.Pisang, Bok Bak atau Iboi, daerah dimana budak kurus-kering, didakwa 'mati-kebuluran' yang Anwar jadikan 'pembakar-semangat' supaya Rakyat 'bangkit' mendesak kerajaan menaikkan harga getah ketika Demo-Baling, 1974.

Walaubagaimana, saya gembira masih ada 'profesional muda Melayu yang menjadikan Dato sebagai orang tua mereka untuk melakukan kajian sosioekonomi untuk kegunaan mereka sendiri dan mana-mana pihak yang ingin mendengar cerita mereka – cerita warna-warna ketidakseimbangan.'

Dalam hal lain, Najib mengatakan isu MB Trengganu sudah selesai, selepas mengadap DYMM Sultan Trengganu.
Pada saya ia tidak akan selesai selagi Kerajaan-Najib tidak bersikap jujur, berterus-terang dan berjiwa-besar kepada Rakyat dengan memberitahu mengapa Tuanku Mirzan mengugurkan semua darjah kebesaran kepada Razif.

Jika Najib masih mahu menyorok sebab-musababnya, Rakyat tidak akan percaya lagi kepada Kerajaan. Sebaliknya, jika Najib bersikap jujur dan berterus-terang, Rakyat akan kembali percaya, lebih-lebih lagi selepas kehilangan teruk kepercayaan Rakyat akibat Kemelut 1MDB.

aku said...

Kadiag, salaam dan terima kasih hang pi tengok orang2 miskin di Baling dan sekitagnya.

Alhamdulillah.

Mungkin geng hang bulih kaji buat sekim 'pawah' lembu, kerbau atau kambing untuk orang2 kampung yg sanggup. Satu kerangka yg orang besa buat, ialah bagi sekog menatang tu untuk dipelihara, kumudian insya'Allah bila bunting dan beranak, anak tu bagi kad jiran yg dhoif, dan ibu dia jadi hak milik mutlaq penerima asainya. Seteruihnya, bila anak tu besag, insya'Allah, bila dapat anak pulak dia bagi kad member yg dhoif dan sanggup. Ibu dia pulak jadi hakmilik penerima nombog dua. Begitu jugak seteruihnya. Itik, ayam, angsa dsbgainya bulih jugak hampa try kod.... mungkin bulih buat satu sistem pemantauan, misailan, selaraih atau kordinat dgn pejabat veterinar untuk pemanian berhadas, ubat, bitamin dan lain2, bekai dedak, benih rumput 'napier' atau rumput gajah Taiwan dll. Pemintaan untuk menatang2 ni sangat tinggi kalau buat 'marketing' di kawasan Lembah Klang, terutama dimusim perayaan termasok masa raya haji. Dia punya kesan 'multiplier' pon agak tinggi, insya'Allah.

Macam mana pon aku rasa la, perlula pd ikhlaih yg tinggi, masa dan usaha yg banyak atau teruih meneruih...

Kalu hampa perlu nak rancang dulu, aku dgn rendah hati nak cadang, masa nak hulog barang makanan untok komsamsi segera tu, hulog la juga dua tiga ekog anak ayam, anak itik ka, sekali dgn serkop dan sedikit makanan (untuk menatang tu). Kalau bulih hulog la sekali sebilah parang ka, cangkoi ka, sikit benih kacang kelisa ka, bendi ka, cabai ka untuk tanam tepi romah, tepi ayag acag ka parit ka... pasai apa, depa ni kebanyakkannya cari soru dgn cucok tanam. Yg penting tu, nak molanya saja, lepaih tu, insya'Allah benda tu bulih jalan seniri.

Lagi satu aku nak tanya hang, ialah pasai tulihsan 'basmallah' di awai cerita hang tu dah tak dak dah... Hang sengaja tinggai ka..? Orang dolu dolu kata, kerja yg baik2 elokla mola dgn 'basmallah'.

Mintak maghap Kadiag no.

Aku.

Unknown said...

Salam Datok,
Semoga anda dan semua yang terlibat dalam kerja-kerja amal ini
dirahmati. Nampaknya, kemiskinan melanda pekebun-pekebun getah sahaja.
Mengapa masih menanam getah, sedangkan harga getah tidak menjana
pendapatan.....?????
Tidak bolehkah tanaman ditukar kepada kelapa atau pokok
buah-buahan yang lebih komersial.....????
Satu transformasi pertanian wajar diperkenalkan.
Berhentilah menanam getah.
Tukar kepada tanaman lain macam kelapa, nenas, koko,
vanilla, kopi, nangka. dll.
Lihat Indonesia - mereka tidak lagi menanam getah.
Mereka berpindah kepada tanaman yang lebih komersial.
Tanam pokok betik pun lebih mendatangkan hasil dan murah.

amier said...

saya setuju baling masih tiada keseimbangan. saya seorang guru. pada masa ini saya dapati ramai pelajar ponteng sekolah kerana kurang wang . masalah kewangan dan motivasi diri dan keluarga yang rendah memburukkan lagi keadaan. ada juga pelajar yang hadir kesekolah tanpa wang saku. ada sekolah yang mengutip wang dari guru (sukarela) untuk menyedizkzn kupon untuk pelajar beli makanan di kantin.
Tahniah YB dan Pak Menteri kerana berjaya mengekalkan ketidakseimbangan ini. huhuhu....

Unknown said...

Masih ada kalangan rakyat Malaysia yang perlukan bantuan. Dato AKJ dan rakan2 dan kalangan sukarelawan telah membuktikannya. Seharusnya kita fokuskan keprihatinan dan rasa tanggungjawab membantu rakyat Malaysia sendiri dan bukannya bersusah payah pergi ke luar negara membantu rakyat negara lain. Kerana dari pandangan dan pengalaman saya, usaha sukarelawan membantu rakyat negara lain lebih cendurung kepada rasa riak dari ikhlas membantu..

Joeharry said...

Salam datok,
Baling bukanlah kawasan yang ketinggalan sangat dari pembangunan. Banyak perubahan yang telah berlaku. Hampir kesemua kampung telah mendapat keperluan asaa seperti air, elektrik, jalan tar, klinik dan sekolah yang berhampiran. Begitu juga daerah sik dan padang terap.
Tetapi dalam menyediakan struktur asas tidak ada pembangunan yang boleh menyediakan peluang pekerjaan yang boleh menampung permintaan. Bagi golongan muda, banyak yang berhijrah kekota besar seperti kl, selangor dan penang. Bagi yang tidak mahu keluar daerah, mereka kena bekerja kilang dikawasan kulim, penang atau sungai petani. Jarak yang jauh, membuatkan mereka terpaksa bangun seawal 5pagi untuk naik bas kilang dan sampai rumah pukul 8malam.
Bagi golongan yang dah berumur, atau yang malas nak ulang alik pada jarak jauh, mereka sanggup kerja kampung. Penerokaan hutan untuk pertanian sudah tiada, dan tanah pertanian yang ada semakin mengecil kerana dibahagi antara adik beradik(tanah pesaka). Bagi yang tak ada tanah, terpaksa menoreh dan pawah(bahagi dua) dengan tuan tanah.
Getah dan kelapa sawit adalah tanaman utama. Bila musim kemarau, susu atau buah kelapa sawit jadi kurang. Ditambah pula dengan harga yang jatuh. Purata 1ekar, ada dalam 50 batang pokok. 10pokok dapat sekilo getah sekerap. Jika harga sekarang rm1.60/kilo maknanya 1ekar dapat lah rm 8. Jika menoreh pokok orang yang luas 4ekar dapat lah rm16/hari. Masa kerja 4jam.
Dengan duit sebanyak itulah nak bagi kat anak pergi sekolah, beli makanan dan sebagainya.
Dasar kerajaan untuk mempelbagaikan hasil pertanian untuk sebidang tanah belum menepati sasaran. Pemberian anak ayam, kambing dan lembu hanya sekadar tujuan politik. Bukan untuk peningkatan produk pertanian itu sendiri.
Sebagai contoh, ada rakan2 saya yang terlibat dalam projek pertanian berkelompok dan di beri modal rm200,000. Mereka rajin dan dapat hasil yang baik tetapi pasaran yang tak ada. Bila jumpa fama, fama suruh cari peraih(pemborong) sendiri, kemudian alasan peraih sayuran tu dah banyak dipasaran dan harga murah. Mahu atau tidak, cukup masa, hasil terpaksa dituai jika tidak rosak. Hasil jualan tidak dapat menampung kos dan gaji.
Begitu juga ayam, kambing dan lembu. Harga dedak amat mahal dan padang ragut sudah jadi tanah pertanian.
Fama wujudkan pasartani untuk petani memasarkan hasil pertanian. Bunyinya bagus tapi cuba fikirkan.
Tanam cili 1ekar, bila dituai, 1ton, tak kan nak jual 1ton cili saja kat pasar tani. Pembeli dia nak beli kat tempat yang ada macam2 jenis sayur.
Negara luar yang lebih kecil saiznya dari malaysia, tetapi hasil pertanian dapat dieksport keserata dunia. Petani dinegara mereka dapat hidup mewah. Contohnya argentina.
Sudah tiba masanya kerajaan menghalang eksport getah asli dan hanya eksport barangan getah asli yang telah siap diproses.
Maaf, agak panjang saya cerewet.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Sekalung tahniah di atas kerja murni yang Datuk jalankan.

Saya dapati banyak program-program sebegini sekarang terutamanya di Kedah dan Kelantan.

Saya harap yang menderma turut mendatangani Deklarasi Rakyat kerana derma bantuan cuma penyelesaian jangka pendek.

Ekonomi masyarakat akan pulih dengan polisi-polisi yang perihatin kepada kesusahan mereka. Kita harus pastikan penggubal-penggubal dasar negara adalah mereka yang amanah dan bertanggungjawab.

Zalman A said...


"The Color of Inequality" is an excellent book:

http://www.goodreads.com/book/show/23353932-the-colour-of-inequality

http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789674152147

How do we explain the fact that the Malays are still left behind?

It is a political failure and moral failure.

If Najib Razak is the calibre of leader we have, nothing will ever change.

For example, if someone spends €750,000 on jewels at De Grisogono and US$130,625 at Chanel, is it:

a) demi agama

b) demi bangsa

c) demi negara

Or (in desperation)....

d) demi anak yatim?

That is the new Malay dilemma.

Zalman A said...


A desperate mother who steals one packet of Milo for her child is jailed and fined.

But if you steal RM24 billion, the law will look the other way.

That is justice in this kononnya 'Islamic country'.

jab sp said...

1.Sewaktu aktif dalam satu badan kebajikan sebuah GLC dulu, kawasan Baling adalah kawasan tumpuan untuk kerja kerja kebajikan kami.
2.Sikap yang dikesan melalui pendekatan ini, penduduk kawsan Baling dimana terdapat begitu banyak pondok sukar membebaskan diri mereka dari lembah kemiskinsn.
3.Mengenai Ketua Bahagian UNNO sanada Azeez Rahim atau siapa saja, mereka percaya mereka tidak perlu mendekati penduduk, memadai mereka menguasai ketua ketua cawangan untuk mengekalkan kuasa politik.Itulah salah satu punca kawasan pendalaman terus ketinggalan.
4.Sewaktu PAS menguasai parlimen ini, YB nya juga mempunyai sikap yang sama dengan wakil rakyat BN.Hanya menjengok pengundi sewaktu hampir pilihanraya.
5.Bila rezeki datang mencurah, mereka lupa itu hanyalah kurniaan sementara.Sifat ini dikongsi bersama olih majoriti penduduk diseluroh negara sewaktu harga getah satu ketika dulu menjadikan mereka orang kaya.

sukasamasuka said...

Datuk.

Terguris hati ku ini bila mendengar cerita Zalman A 8.41AM "A desperate mother who steals one packet of Milo for her child is jailed and fined.". Pedihnya...sebab aku pernah miskin....dari keluarga yang miskin...

Aku tidak marah atau iri hati "if someone spends €750,000 on jewels at De Grisogono and US$130,625 at Chanel,"....Zalman A 8.37AM....kalau itu duit gaji, duit upah atau duit titik peluhnya sendiri, apatahlagi duit inheritance halal dari mamabapaknya.

Tapi kalau itu duit rasuah dan curi (walaupun hanya sebahagian saja), maka hilang lah maruah kejantanan seorang lelaki.

Bukan anak jantan mengasi makan anak bininya dan orang tuanya kalau pakai duit rasuah dan curi...ITU ANAK HARAM ZADAH NAMA NYA!!!!

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Datuk@ Elok juga Datuk ubah cerita. Dari mengkritik Najib kepada cerita turun padang membantu orang Baling yang susah. Biarkan Najib dan penyokong-penyokongnya. Kalau mereka benar, maka Allah SWT akan balas jasa mereka atau sebaliknya. Walaubagaimana pun pilehanraya ke 14 tinggal tak berapa lama lagi. kita tunggu dan lihat.

2. Banyak NGO lain yang turun padang untuk membantu tanpa sebarang publisiti. Saya pernah melihat sekumpulan eksekutif yang bekerja dengan multinasional di Kulim dan persekitaranya yang memperkenalkan diri mereka sebagai Warga Klang telah banyak melaksanakan misi turun padang mengedarkan bantuan kepada penoreh getah yang kesempitan kerana harga getah menjunam. Tahniah kepada kumpulan ini.

3. Sebenarnya dari segi pembangunan infrastruktur, Baling tidak ketinggalan kalau dibandingkan dengan dairah lain di Malaysia. Pergilah kepelusuk mana pun sudah ada jalan mini tar, bekalan eletrik dan air.

4. Anak-anak muda kebanyakan telah berhijrah ke kawasan perindustrian di Kulim dan Pulau Pinang atau kawasan pembangunan lain. Setiap pagi berpuloh buah bas kilang mengankut pekerja dari kampong-kampong di Baling ke Kulim, Prai dll.

5. Mereka yang kesempitan adalah kumpulan yang tidak berupaya untuk berhijrah. Mereka kekal sebagai penoreh getah atau mengusahakan kerja-kerja mengambil upah yang lain. Kebanyakan tidak ada kemahiran, ibu tunggal atau terlalu tua untuk berhijrah.

6. Kumpulan ini seharusnya dibantu melalui bantuan tunai secara bulanan tidak cukup dengan BRIM sahaja.

7. Elok Datuk fokus penulisan Datuk kepada usaha membantu kumpulan ini dengan apa cara sekali pun. Terima kasih


iklas,
rahim

ABU said...

This is entirely the fault of UMNO elite including you who robbed the wealth of the nation while your own people suffers.
All of you will burn in hell.

sukasamasuka said...

Datuk.

Abah aku orang miskin...dia kerja siang malam...didarat kerja dikilang kayu...lepas asar, dia pergi kelaut tangkap ikan....lepas maghrib, ajar budak mengaji...lepas isha dia buat perahu kecil untuk dijual...

Mama aku orang miskin juga...subuh lagi dia bangun siram sayur...aku dan adik perempuan jual sayur sebelum pergi sekolah...orang kampung pandang rendah sama mama aku sebab dia tanam sayur...macam orang Cina dari negeri China....nasib baik mama aku ini seorang Cina Hakka kalau tidak kami pun miskin macam orang kampung yang suka duduk dirumah bual bual dan main judi ditengah hari...

Kami sekolah orang putih Christian mission school sebab abah dan mama aku simpan duit untuk bayar school fees...mana ada government support masa itu...Datuk, pun tau...nama sekolah kita sama, tapi dinegeri lain...principal orang putih, garang, pakai rantai cross yang besar...displin tinggi...sijil Senior Cambridge, taraf antarabangsa...

Kami keluar dari kemiskinan dengan pelajaran.

Sekarang pelajaran membuat anak Melayu kita miskin.

Bayangkan lah...anak perempuan solong yang berusia 19 tahun lepasan kursus nursing...sudah hampir dua tahun tidak ada kerja...hutang PTPTN sampai RM75,000...bapanya kerja potong rumput dimajlis perbandaraan, mamanya dirumah jaga 7 orang anak anak yang masih kecil...INI KE KERAJAAN UMNO-BN?

Sijil nursing bertaraf local standard...hutang keliling pinggang pada umur yang masih muda....APA INI? Siapa yang pandai jawab...please jawab lah...banyak orang UMNO yang pandai jawab....jawab la...aku mau dengar.

Kalau UMNO baru memerintah kelmarin, aku faham...tapi selepas 60 tahun kita gostan kebelakang.

Kemana arah tuju system pembelajaran kita yang bertaras BAHASA MALAYSIA...MANA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA??? TIDUR MACAM PDRM, MACC DAN AG....ZETI SUDAH TIDUR SIOK SIOK.

HARAM ZADA!

Mali Bin Muyung said...

Salam Datuk,
Bab ni saya tk faham dgn umno.
Setahu saya, teras perjuangan umno adalah membantu kaum Melayu.
Entah spesis Melayu mana yg d maksudkan.
Beberapa tahun yg lalu saya n famili mkn angin ke Kota Baru.
Terperanjat juga dgn aoa yg saya nampak.
Pekan Tuaran pun x terbiar seperti KB.
Majoriti org KB adalah Melayu juga.

MANORA said...

Salam Dato Kadir,
Tahniah atas usaha murni Dato dan pasukan. Mai lah di Pokok Sena, keadaannya tak banyak beza dgn Baling. Masuklah ke pendalaman kampung. Terok depa yg berharap kpd hasil getah. Jika yang berumuq sikit , banyak bergantung dari sumbangan anak anak. Mai lawat kampung saya.

awanggoneng2 said...

Umno bukan bantu melayu, tetapi menyamun harta rakyat untuk kroni dan suku sakat mereka saja.

Unknown said...

Salam Datuk,Tahniah dan bangga di atas usaha Datuk turun ke ulu kampung membantu menyuapkan makanan ke mulut yang sedang kelaparan. Teruskan usaha murni itu mudah-mudahan selepas ini jabatan kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat boleh tutup kedai.

hihwag said...


There’s only one reason Najib Razak could have had used to convince Sultan Mizan not to sack the disrespectful Ahmad Razif. And that reason is none other than a plan to call for a snap election this year, after the Sarawak state election. Together with parliament, Terengganu can dissolve the state assembly, preventing an UMNO-Terengganu Palace crisis.

Hence, the Terengganu Sultan can afford to let Ahmad Razif stays for a couple of months pending a state election, knowing very well that a new Menteri Besar (Chief Minister) favourable to Sultan Mizan will be appointed. This is the logical explanation why the palace agreed to keep Mr Ahmad. Indirectly, Najib is saved from an embarrassment of potentially losing Terengganu state.

msh said...

Salam Dato.

Syabas dan tahniah kerana sudi membantu.

Juga pd Dr. Mohammad dan rakan2.

Kata Dato..." Kedaifan..atau kemiskinan kronik diBaling hari ini serupa sahaja mcm tahun 69/74....kini dikawasan Sik..dan Padang Terap termasuk Pokok Sena pun begitu.

Apa dah jadi?

Ada Dun...dan ada MP Kawasan yg tentu Kaya Raya....tetapi penduduk yg dibawah Kawasan...miskin kronik & papa kedana.

Kalau bertanya pemimpin Pusat...mereka akan berkata...tidak tahu..tiada yg mati kelaparan...dan mereka pun selalu sibuk..lebih2 lagi dgn isu2 1MDB yg Boss HZ mereka sedang hadapi.

Bak kata sdra RD...MP Kawasan pula sibuk dgn isu TH...hingga mungkin terlepas pandang.

Sial betul mereka2 ini...Parti yg konon "Demi Negara..Bangsa dan Ugama".

Jika isu kemiskinan ini berkerungan atau berakhir pd tahun 74 (17 tahun selepas Merdeka) sy faham tetapi jika masih wujud hingga kehari ini...setelah 59 tahun Merdeka...ertinya isu ini tidak mungkin akan berakhir.

Merdeka tentu tidak membawa apa2 erti bagi org2 ini yg 24/7 menderita dlm sepi....sedangkan Ketua2 berkereta besar..melakukan Umrah setiap tahun..makan angin kesana sini..elaun bulanan sahaja melebihi pendapatan mereka setahun.

Dan paling sedih...kemiskinan kronik ini telah merebak keSik..Padang Terap dan Pokok Sena.

Tetapi sy percaya masih ramai lagi rakyat negara menderita diseluruh negara setelah hmpir 60 tahun Merdeka.

Lawat sahaja ke Kuala Perlis...Kuala Kedah...kemiskinan dapat dicium sana sini...bagaimana pula kehidupan Nelayan diTerengganu...Kelantan..Pahang.. Sabah dan Sarawak?

Buku 'the Color of Inequalities' oleh Dr. Mohammad bercerita semua.

....TETAPI KETUA2 KAYA RAYA...SIBUK SENTIASA.

Vincent Ang said...

Kos bela anak tinggi. Tambah GST lagi teruk. Kalau tak mampu buatlah perancangan keluarga. Kan klinik dan hospital kerajaan ada program perancang keluarga percuma. Kenapa orang Melayu yang miskin mati-mati mahu ramai anak. Demi Bangsa dan Ugama?

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Ada pandangan beberapa orang tokoh ulama dan mufti yang mengatakan adalah berdosa kalau kita berikan zakat terus kepada orang miskin dan fakir "bypass" daripada BaitulMal.

Bagi saya, kadang-kala kita perlu juga gunakan akal yang rasional.

Saya pernah jumpa dengan seorang perempuan tua yang miskin dan dalam keadaan yang sangat dhaif. Kawan saya bertanya adakah dia mendapat zakat. Katanya, anaknya telah tinggalnya dan buat hal sendiri. Oleh kerana dia mempunyai anak, walaupun dia susah dan miskin, dia tidak layak mendapat zakat daripada Baitulmal.

Kalau saya sendiri, saya berikan terus zakat kepada orang miskin yang betul-betul memerlukan.

Mereka yang sibuk sangat minta orang bayar zakat kepada Baitulmal sepatutnya sibuk dulu pergi mencari orang yang susah dan miskin.

Kerja Baitulmal bukan pungut zakat sahaja tetapi pergi keluar mencari orang yang susah dan miskin untuk diberikan zakat.

mamakmia said...

Dato..datang pun sekali sekala ke baling..ambil bacaan sejarah lama..terus buat konklusi baling ni mundur..kalau miskin ja mesti baling..sebenarnya seperti ulasan sesetengah komen., daerah baling mmg mmpunyai kemudahan asas yang baik dan membangun..cuba dato' sekali sekala ke tempat jajahan tpm kita dato zahid..jauh panggang dari api bagan datoh dan bumi baling..

Ong Poh Leong said...

Syabas Datuk, I fully support yr kind effort towards the needy Msians,keep it up.

Tok Buntar said...

Not to forget 22 great years of Dr M. Not just Tunku or Tun Musa.

Unknown said...

Kalau nak tahu betapa teruknya kemiskinan dan kedaifan orang melayu di Baling rujukla dengan geng Warga Kilang yg tak henti2 menghulurkan bantuan, boleh dikatakan setiap malam tanpa mengharapkan sebarang publisiti murahan. Tengoklah FB mereka. Terang lagi nyata tahap kemiskinan di sana. Sedih.Terimalah kenyataan walaupun pahit wahai pemberi amanah.

Rip said...

Buat sikit je kebajikan, riuh satu dunia.

Kerajaan Negeri Kedah dah sekian lama bantu masyarakat Baling.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).