Thursday, May 12, 2016

Cabaran Sg Besar dan Kuala Kangsar


A Kadir Jasin


DALAM tampalan Facebook saya pada 10 Mei lalu mengenai pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak, saya menulis:

“PRK yang sangat besar implikasinya kepada BN. Pada PRU 2013, BN menang kecil di Sungai Besar dan kemenangan di Kuala Kangsar tidak besar. Mohd Najib “duit itu raja” akan buat apa saja untuk tidak kecewa. Boleh guna Teluk Intan sebagai panduan. Wallahuaklam.”

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Jadi kita sudah boleh bayangkan apa yang Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, akan lakukan.

Tidak ada beras, gandum, dedak, duit, kain batik, projek dan janji yang tidak akan beliau taburkan untuk mengekalkan dua kerusi hidup mati itu.

Setelah Adenan Satem mempersembahkan Mohd Najib dengan kemenangan 72-10 dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, Mohd Najib terpaksa buktikan yang beliau masih ada “magic” untuk mengekalkan dua kerusi tipis itu.

Kita kena ingat, dalam PRU 2013 ketika mana imej Mohd Najib belum tercalar dan slogan “I Love PM” masih ada sedikit harga, BN menang kecik di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar.

Di Sungai Besar, daripada 36,991 undi Allah yarhamha Noriah binti Kasnon memperoleh majoriti 399 sahaja. BN ditentang oleh PR-PAS manakala di Kuala Kangsar, Allah yarhamhu Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad mendapat majoriti 1,082 daripada 27,801 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan PR-PAS dan bebas.

Antara Sungai Besar, di mana kemenangannya kecil, dan Kuala Kangsar, di mana kemenangannya tidak besar, Mohd Najib dan anak kapal penisi Bugisnya sekali lagi dilambung badai.

Tetapi jangan terkejut kalau Pahlawan Bugis yang terkenal dengan strategi “cash is king” berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi itu.

Persoalan

1. Adakah sungai wang masih mengalir bagi membolehkan beliau meneruskan strategi duit itu raja? Kita tahu kewangan negara sempit sehingga berlaku pemotongan teruk di sana sini sementara tabung politik tersekat kerana duit “derma Arab” sudah dipulangkan dan banyak akaun luar negara berkaitan ibu duit 1MDB telah dibekukan.

2. Berpandukan PRN Sarawak, sungai wang nampaknya masih mengalir dan strategi “cash is king” masih laku di kalangan pengundi luar bandar dan orang miskin.

3. Adakah asmara dana tiga penjuru di kalangan Mohd Najib, Abdul Hadi Awang dan Harun Din akan menyebabkan PAS tidak bertanding?

4. Kalau (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang mempunyai cengkaman kuku besi ke atas PAS seperti Mohd Najib ke atas Umno, PAS bukan sahaja tidak bertanding malah mungkin menyokong BN.

5. Akan tetapi kalau pemimpin PAS seperti Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, juga ada kuasa maka Abdul Hadi dan Harun mungkin dipaksa tidak memberi laluan mudah kepada BN. Setelah berpecah menjadi dua dan ditolak oleh pengundi Sarawak, PAS terpaksa membuktikan yang ia masih ada oomph di Semenanjung.

5. Dalam situasi di mana BN berlawan dengan Pakatan Harapan (PH) harapan BN lebih cerah kecuali parti-parti PH betul-betul bersatu padu dan tidak memanjangkan pertelingkahan ketika PRN Sarawak. Tetapi kalau berlaku pertandingan tiga penjuru di kalangan BN, PAS dan PH, harapan BN menang lagi besar.

6. Sejarah memihak kepada BN dalam PRK kerana ia boleh menumpukan segala jentera, tenaga manusia dan wang di satu tempat. Dalam konteks sekarang di dua tempat.

7. Contohnya ketika isu 1MDB mula panas dan ekonomi mula menurun, BN berjaya merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP dalam PRK tahun 2014. Dalam PRU 2013 DAP menang dengan majoriti 7,313 tetapi dalam PRK 2014 BN menang dengan majoriti 283. Taburan dedak dan janji projek menyebabkan pengundi mabuk.

8. Tetapi imej Mohd Najib kini calar-balar akibat pelbagai skandal manakala Umno pula telah berubah daripada parti kebangsaan Melayu yang terangkum (untuk semua) kepada parti eksklusif untuk Mohd Najib dan konco-konconya saja.

Kesimpulannya, sekalipun Mohd Najib masih boleh menggunakan wang, janji dan taktik tidak demokratik untuk menang, namun cabarannya lebih besar daripada PRU 2013.

Tetapi beliau akan lakukan apa saja untuk menang kerana kekalahan mempunyai implikasi yang sangat buruk terhadap kelangsungan (survival) beliau.

Kalau BN kalah di Sg Besar dan Kuala Kangsar, hatta penyokong tegar beliau pun akan berfikir dua kali sebelum meneruskan sokongan kepada beliau.

Wallahuaklam.

35 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Jika tidak dapat gunaakan technical fault untuk meniadakan PRK, sewajarnya tempoh kempen dipendekan atas alasan jerebu yang bakal melanda dan Ramadhan yang perlu dimuliakan.

Isu perkauman harus dijaga supaya tidak sengaja dikecohkan untuk menjadikan kempen sangat terhad dan ketat.

Poster Zahid dan Najib sewajarnya WAJIB samada bakal kalah atau menang, kalah biar bermaruah dan menang biar jantan.

kusufian write said...

Salam Dato.
The best strategy P.093 Sungai Besar is PH to nominate Tun Dr Mahathir Mohamad as their candidate in the by election. Contesting as an independent candidate with the support overehelmly by PH would definately up the ante. The voters are 68% Malay , 2% Indian and 30% Chinese. Tun may loss the deposit but the campaign period would surely be the best platform to convey the Citizen Declaration and Save Malaysia messages to the rakyat and the world.
I doubt Tun will loss. The ante is to see who could represent umno. Possibly Arul Kanda is the best choice. In shaa Allah Tun will win and as MP, surely a better prospect for Tun to chase out the devils. Trust me there are more grievances in umno that we can thought. Please convey the message all round.

Mali Bin Muyung said...

Salam Datuk,
Kalau TI boleh d jadikan contoh, x mustshil BN dpt mengekaljan ke2 kerusi.
D tambah lagi dgn tidak kesepakatan pihak pembangkang.

Tuan Punahsihat said...

Oleh kerana presden PAS telah memmbuat kenyataan bahawa Pas tidak mahu berebut dengan umno/bn dan bersedia utk mennghantar penasihat kedalam jentera kerajaan umno/bn spt Nasirudin Mat Isa maka sewajarnyalah Pas tidak bertanding dlm kedua2 PRK nanti...
Ke guaner Din?

Orang Kampung said...

Salam Datuk,

Berdasarkan pengalaman lalu dalam siri PRK di negara ini parti pemerintah tidak mudah kalah. Begitulah juga saya lihat pada PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti .

sukasamasuka said...

Datuk.

"Tidak ada beras, gandum, dedak, duit, kain batik, projek dan janji yang tidak akan beliau (Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan UMNO) taburkan untuk mengekalkan dua kerusi hidup mati itu."

Itu ada-lah sikap Najib dan UMNO selama ini, jadi bukan lah sesuatu perkara yang baru atau yang akan mengaibkan sesiapa pun.

Pengundi pengundi dikawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar, seperti juga dimana sekali pun akan menerima "durian runtuh" sebegini dengan tangan terbuka sebab yang memberi tu adalah orang orang yang mereka kenal juga...kawan kawan...termasuk saudara mara sendiri...apatah lagi kalau Perdana Menteri sendiri yang datang menabur "durian runtuh" tersebut.

Isunya, apakah pengundi pengundi Melayu yang beragama Islam tau bahawa kalau SUMBER WANG untuk beli beras, gula, wang tunai dsbnya itu HARAM, maka nya yang mereka makan, pakai, minum dari hasil pemberian daripada UMNO/Perdana Menteri itu pun HARAM juga?

Sering kita dengar, terutama sekali dikalangan orang orang PAS yang selalu melaung laungkan kata pada para pengundi tempatan "ambil saja apa yang UMNO beri, tapi undi tetap PAS".

INI BUKAN CARA ORANG ISLAM, tetapi mungkin cara orang Melayu sahaja. Orang Cina yang bukan Islam pun tidak bersikap begini walaupun mereka suka makan daging babi...yang terang terang haram. Tetapi kita orang Melayu yang Islam pula suka mengambil pemberian UMNO yang was-was ini.

Makan la...minum la...pakai la..pemberian UMNO yang SUMBER WANG nya, pada ketika ini...saat ini...yang sangat kita was-was. Ini kan sikap Melayu. Bagi tau la pada pengundi pengundi Melayu di kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar "ambil apa saja yang UMNO bagi, tetapi undi jangan BN).

INI LAH MELAYU...BUKAN BANGSA KU!

BANGSA YANG TIDAK TAU MALU...MENGAMBIL SAJA TAU, TETAPI DI AJAR SUPAYA MENGUNDI PARTY LAIN!

APA PUNYA MANUSIA BEGINI?....HINA!



sukasamasuka said...

Datuk.

"3. Adakah asmara dana tiga penjuru di kalangan Mohd Najib, Abdul Hadi Awang dan Harun Din akan menyebabkan PAS tidak bertanding?"


Asmara dana tiga penjuru???...macam "main kayu tiga" saja ni?

Ishishish...seronoknya...Najib memang cantik orangnya...kulitnya pun halus cerah....bibirnya cantik....mmmm...bolih jadi...Hadi dari depan la kan...itu punca duit tu.

Rupa rupanya pandai juga Harun Din "main belakang"...maksud aku berpolitik...mesti yang "terkeluar" tu pun duit juga la kan...siapa kasi....bolih la.

Hebat juga politik orang Islam macam si Hadi dan Harun Din...orang Melayu Islam la katakan...mesti hebat...putar belit sana sini..

HIDUP MELAYU...BUKAN BANGSA KU!!!!

Zalman A said...


Salam Datuk,

"Adakah asmara dana tiga penjuru di kalangan Mohd Najib, Abdul Hadi Awang dan Harun Din akan menyebabkan PAS tidak bertanding?"

Many believe that Hadi's deal with Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone is to deliberately create three-cornered fights to allow a Parti Najib victory.

In return, Parti Najib will give Hadi a few of the key northern states plus some Cabinet positions. The Parti Ikatan president also wants a Cabinet post, maybe back in Tourism. There is a lot of money to be made in Tourism

Tuan Ibrahim Tuan Man does not seem to want to be a fan of Parti Najib, however.

I think it may be time to create a Melayu "super-party" that combines Umno Team B, PAS, PKR and Amanah.

Of course, any Melayu who are corrupt, greedy or stupid can simply remain in Parti Najib, where they will feel at home.

Maybe they can reach MTU level soon.


wankamarul701 said...

Seringkali PRK dijadikan indicator kemenangan parti pemerintah BN dalam PRU berikutnya.

Namun, saya bersetuju bahawa peluang BN untuk menang dalam PRK adalah lebih mudah berbanding PRU kerana semua tenaga - pemimpin mahupun wang ditumpu dalam satu-satu kawasan sahaja. Oleh itu, PRK bukanlah ukuran muktamad kejayaan BN dalam sesebuah PRU akan datang.

Lihat sahaja dalam PRK Ijok yang merupakan PRK terakhir sebelum PRU pada tahun 2008. Hakikatnya, BN bukan sahaja kalah dalam PRU 2008 malah gagal mendapat majority 2/3 walaupun menang dalam PRK Ijok.

Pakcik said...

Kalau tiga penjuru boleh menyebabkan BN menang, maka amatlah berbaloi Najib menggunakan kuasa wang untu membiayai kempen PAS. Langkah serampang dua mata, BN menang dan PAS juga tidak perlu menunjuk hubungan sulitnya dengan UMNO terang-terangan

Unknown said...

Salam Datuk,

For sure Najib will use the issues of Race and Religion. Thats UMNO weapons to stay alive..more so if DAP is their challenger.

I am very sure Najib is not worried in these 2 rural places. He still have a few more containers of cash to buy a win.

But I have a strong gut feelings there will be more by elections coming soon.

Wallahualam

aku said...

Kadiag, salaam.

Munkin jugak geng anak Rahah ada suroh parti lagi satu tu boh calon kalu
PH nak betanding untuk pecah undi, nak kuatkan peluang depa lagu hang tulih dlm poin 5.

Bekenaan gembleng kekuatan depa dlm PRK, (poin 6),hang tinggai nak boh 'selingkoh' sekali jentera dan eset Kerajaan. Biasanya, jentera parti depa tak sebarapa pon...dolu dolu helikopter TUDM pon depa pakai, tak silap aku, dilapog bahawa sorang menteri kanan, bila ditanya, jawap dia, kenun2 nak bagi orang kampung peluang tengok pesawat tu dgn lebih dekat.

Pasai 'sungai duit', aku tak pelik Kadiag, syarikat bekait kerajaan (GLC) laa ni cukup banyak termasuk monopoli gegasi dan hak milik kroni, munkin jauh lebih banyak dari syarikat bebaih...bulihjadinya sumbag kewangan depa sakan habih.

Tapi yg sebenag benagnya, Allah S.W.T. saja yg maha tau... ini yg buat aku gerun ni, macam2 'tabrakkan' dok jadi, dan aku pon nak mintak maghap banyak2 kalu telanjog dlm menulih ni.

Aku

Unknown said...

Orang melayu non partisan dan atas pagar melihat PAS sbg alternatif pada UMNO yg dilihat semakin hilang halatuju. Tapi itu tahun lepas. Kini PAS tidak ubah seperti UMNO ; korup dan tidak berjuang utk rakyat hanya bernafsukan kuasa shj.

Kuasa ketiga yg PAS canangkan itu sukar berjaya disebabkan sejak sekalian lama kita amalkan konsep 2 parti shj dlm negara ; kerajaan dan pembangkang. PAS akan terus rugi jika bersikap seperti hari ini..

tebing tinggi said...


Langkah awal trlah dibuat , segala bentuk program hiburan telah dibawa ke kedua-dua tempat bagi menyuborkan hati pengundi-pengundi Melayu.

Orang Melayu ,kalau terhibur ,perut lapar pon dia lupa .

Zalman A said...


Datuk,

The Bugis pirate may be jaguh kampung, having corrupted all the organs of democracy.

But the world is busy carefully preparing a noose to hang him.

In Singapore today prosecutors have linked SRC International to the money trail.

There is no hope that the many, many lies he has told the rakyat will stand up to scrutiny. He is heading for international humiliation and disgrace. In the process, the name of the country suffers too.

The MOF has taken on 1MDB's debts.

But the UAE wants their US$1.2 billion plus interest.

Who pays?

The gomen.

Meaning the rakyat, of course.

So we have been cheated twice.


sukasamasuka said...

Datuk.

"“PRK yang sangat besar implikasinya kepada BN. Pada PRU 2013, BN menang kecil di Sungai Besar dan kemenangan di Kuala Kangsar tidak besar. Mohd Najib “duit itu raja” akan buat apa saja untuk tidak kecewa. Boleh guna Teluk Intan sebagai panduan. Wallahuaklam.”"


Melayu suka berpolitik...siang malam dikedai kopi cerita politik,,,bukan apa, politik sangat menyeronokan...bolih cerita all the possibilities...tanpa menggunakan wang sebagai modal...tiada risk factors...tiada risk management...cakap apa saja, semua bolih jadi.

Hinggalah benda yang kecik kecik dan remeh temeh seperti PRK kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini pun bolih dijadi bahan politik nasional...padahal tiada apa apa pun sikit implikasinya KECUALI ego...PERASAAN EGO...perasaan "siapa besar" ala filem P.Ramlee.

Ego Najib dan ego UMNO memang besar...mana bolih kalah di PRK kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar...tidak bolih sekali kali...kononnya, hidup mati Najib/UMNO disini la...masih hidup lagi la, buat saat ini, malahan sihat walafiat...tetapi mungkin Najib/UMNO akan menemui ajalnya kelak diPRK disini.

Pembangkang pun mau tunjuk ego juga...maklum la kalau tidak, buat apa nama jadi pembangkang...lawan, mesti lawan...kalah menang lain cerita...maklum saja lah, kalau ego Najib/UMNO besar...kalau bolih ego pembangkang lagi lagi la besar...siapa besar maaa?...siapa taiko maaa?

Aku pula macam pengundi kawasan kawasan ini...bukan ahli party mana mana pun...sekadar ditepi jalan, pandang kete lalu lalang saja...ada UMNO ok, tiada UMNO pun ok...ada pembangkang ok, tiada pembangkang pun ok juga...sebab INI PRK SAJA maaaa, bukan nya PRU14!!!...biasa la, dapat tikar sembahyang free, tangki air free, duit free...semua free.

Kebanyakan pengundi Melayu akan dapat "durian runtuh" sebab time begini lah ramai haram zada turun padang, bekerja keras menabur duit haram dari sumber yang haram...nama pun haram zada, mau cakap apa lagi.

Orang Melayu orang baik baik...terutama sekalinya yang tinggal dikampung kampung.

Tetapi, yang menjahanamkan orang Melayu...yang membangsatkan Melayu...adalah UMNO...specifically, anak si Rahah bernama Mohd Najib...dengan duit haram zada dia akan hancurkan bangsa Melayu.

Terpulang lah pada pengundi Melayu sama ada mau makan duit was=was ini atau tidak. Makan pakai duit was-was sama la juga dengan macam makan daging babi. Tidak percaya juga ke?...tak apa lah...sudah nasib kita orang Melayu begitu, mau buat macam mana lagi...ini la ajaran UMNO...ini la ajaran Islam ala UMNO...INI LA ISLAM UMNO sebenarnya!!!!

Bagi saudara ku pembangkang...there is time to fight...there is time to let go. Jangan la ikut rentak UMNO kalau kamu mau memerintah Malaysia suatu hari nanti.

Kalau pun pembangkang ditakdirkan menang 100% kedua dua kerusi ini...SO WHAT?. Mau tunjuk riak yang kamu dapat sokongan padu rakyat??? Mau ubah Parlimen???? Semua auta la.

Kalau pun Najib/UMNO ditakdirkan menang 100% kedua dua kerusi Parlimen ini...SO WHAT? Nothing change, Najib....nothing.

Kesimpulannya, biar kan si Najib dengan UMNOnya tenggelem timbul, hidup mati di Sungai Besar dan Kuala Kangsar...bersendirian...ya. bersendirian...DON'T FIGHT THIS STUPID BATTLE...JANGAN IKUT RENTAK UMNO.


KALAU SI NAJIB BETUL BETUL ANAK JANTAN BUGIS!!!! KITA JUMPA DIPRU14 NANTI! ....YES!...THE GRAND FINALE!

WHO AMONG US WILL CROSS THE RUBICON!!!!!!

Hantu Gigi Jarang said...

Orang yang paling sedih menerima berita helikopter malang itu adalah Najib...

Husin lempoyang said...

Untung le org sg besar dan kuala kangsar. Mesti lebih banyak wang yg perlu ditaburkan kerana tiada faktor apai besar yg dapat membantu najib.

Anees Khan said...

Assalam DAKJ...

Izinkan saya komen sikit pasai PRK Sg Besar & Kuala Kangsar ini,

Sy rasa BN akan menang besaq jgk DAKJ...sebabnya ada wujud sekurang-kurangnya pertandingan 3 penjuru antara BN, PAS dan PH...semua undi Melayu akan pecah dan akan menguntungkan BN...

sepatutnya kena bentukkan 1 team pembangkang yg kuat termasuk PAS supaya blh tumbangkan BN tetapi pembangkangpun byk yang makan dedak...its all about money Tok...

BN akan menang kedua-dua kerusi tu bukan sbb rakyat suka Bn tetapi yang lawan dgn BN tu koman sangat, takdak kualiti, pakat jd ahli politik sbb nak cari makan sj Tok...sbb tu falsafah Money is King blh berjaya...

Sakit Hati Sakit Jiwa said...

Salam Datuk,kalau undi sulit di PRK ini pun orang Melayu terutama ahli Umno tidak mampu to you soon melahirkan rasa marah dan kecewa pada pemimpin mereka tak tahulah nak cakap apart lagi. Pada Allah saja kita berserah. Maaf pagi jumaat ini pinjam kata2 najib iaitu adakah orang Melayu ini dah bangang, dibangsatkat, haramjadah.

Zalman A said...


'Hakikatnya ialah Najib terkait dengan perlakuan rasuah dan pecah amanah dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 billion dan perkara ini sedang diperbincang dan disiasat di Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kepulauan Seychelles, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong dan Australia. Siasatan ini tidak akan berhenti kerana kemenangan Adenan di Sarawak.

Laporan media – cetak, elektronik, akhbar dalam talian, media sosial dan lain-lain – mengenai salah laku ini sudah berterusan sejak dua tahun lalu merangkumi ratusan jika tidak ribuan media antarabangsa.

Dalam lain perkataan, kedua-dua isu tersebut telah menjadi skandal antarabangsa yang tidak dapat disekat walaupun terdapat usaha oleh pihak berkuasa seperti peguam negara, polis dan institusi lain untuk melangsaikan kesalahan Najib. Usaha-usaha itu sia-sia kerana ianya tidak diterima oleh penyiasat-penyiasat antarabangsa dan siasatan mereka pun berterusan.

Kerana itu dari awal lagi setelah skandal itu terbongkar, pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang conscientious (prihatin) telah mencadangkan supaya Najib “bercuti’ supaya siasatan dijalankan tanpa gangguan dan jika Najib didapati tidak bersalah, dia boleh kembali ke jawatannya dan desakan dia undur dapat ditamatkan.

Malangnya, Najib mengambil jalan disebaliknya. Pemimpin Umno yang membuat cadangan tersebut telah dipecat, institusi yang menjalankan siasatan diganggu, pegawai-pegawai penyiasat diugut dan di tukar ketempat lain serta lain-lain tindakan.

Ini bukanlah perlakuan seorang pemimpin yang bersih dan suci tetapi sebaliknya meyakinkan masyarakat umum bahawa dia memang bersalah seperti yang dituduh dan sedang berusaha menutup skandal itu dengan menyalah-gunakan kuasanya.'

https://jebatmustdie.wordpress.com/2016/05/13/penularan-di-putrajaya/

usry said...

Nampaknya BN ada harapan untuk menang besar lagi DI PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Pertandingan 3 penjuru biasanya akan emmenangkan BN. Sejarah telah membuktikannya, melainkan ada keajaiban yang berlaku.

http//:usryabdullah.blogspot.com

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Saya sangat setuju dengan pandangan Saudara Zalman.

Sudah tiba satu masa, parti melayu bergabung , iaitu UMNO team B, PAS, PKR dan AMANAH.

Selagi Dinamik politik semasa tidak berubah, selagi itu tidak akan ada perubahan.

Bagi saya masalah yang utama sekarang ini adalah Haji Hadi dan Haron Din yang mana pendirian mereka tidak memberikan manfaat kepada rakyat yang ada.

Saya nampak Haji Hadi hanya "Recycle" hukum hudud untuk PRU 14,15,16 hingga berterusan tetapi hukum hudud tidak terlaksana.

Pemimpin tertinggi PAS tidak kelihatan berminat dalam soal kebajikan rakyat tetapi lebih kepada "Survival" parti itu.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Sekarang sudah tersebar dan mula digunakan perumpamaan nasihat baru ni, Jangan jadi Penipu Mega (PM) macam Najib.

devilmaycare said...

Mana Datuk duit orang Arab telah dipulangkan?

sukasamasuka said...

Datuk.

"Dr M: Citizens' Declaration has more than one million signatures"
(http://www.malaysiakini.com/news/341426)

TAHNIAH TUN!

TAHNIAH DATUK AKJ!

Awesome!!!!

Zalman A said...


SRC International ada doppelganger pulak!

'In a letter to Citigroup's EMEA head of anti-money laundering operations, BSI's Seah and ex-director Yeo had signed a letter declaring that SRC International Malaysia has been the bank's client since 2011 and that the beneficial owner of the company is the Malaysian Government.

This company's name SRC International Malaysia, a British Virgin Islands registered firm, is almost identical to a firm set up by 1MDB in 2010 called SRC International which had borrowed RM4 billion from a government pension fund and a year later was transferred to MoF.

Mr Tan's firm Affinity Equity International Partners also has a similar name as but is unrelated to Affinity Equity Partners, a Hong Kong-headquartered firm deemed one of the largest dedicated Asian private equity firms.

SRC International was at the centre of investigations last year by Malaysia's anti-graft agency following allegations that funds were funnelled from the company into the bank account of Malaysian Prime Minister Najib Razak.'

http://www.singaporelawwatch.sg/slw/headlinesnews/82013-1mdb-execs-approved-fund-transfer-to-jho-low-associate.html

Datuk,

This is now the 3rd company that has a "lookalike" in the whole 1MDB mess.

It is very clear how the scam was pulled off.

Singapore are now catching Jho Low's crooked clerks one by one.

The fishing line may lead all the way to a big Bugis fish.

I hope the rakyat in Sungai Besar and Kuala Kangsar will choose wisely, even though tonnes of dedak will be scattered by Parti Najib.

Dedak cannot help our future.

And the lanun Bugis can only ruin us.

He already has.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Dek kerana helikopter terhempas, langkah pemecatan terbantut seketika. Nazri yang masih perasan sebagai ketua pengawas mckk tak jadi usulkan pecat mukhriz dan muhyiddin. Kalau jadi pecat, mungkin satu dun juga akan hadapi kekosongan. DUN yang memang menjadi kubu PAS sekian lama. Eloklah nazri percepatkan usul pecat dan mt bertindak. Lagi meriah demokrasi dengan prk.

PRK bukan kayu ukur yang tepat untuk menilai sokongan. Rakyat semakin bosan apabila Gabenor BNM yang baru mengumumkan siasatan ke atas 1MDB ditutup. Persepsi yang timbul, dedak.

Dalam afidavit balasnya, najib dikatakan mengemukakan hujah yang bertentangan. Dalam kebanyakan perenggan beliau menafikan dirinya sebagai penjawat awam. Namun dalam perenggan penutup beliau menerimapakai bahawa dirinya adalah penjawat awam. Nampaknya dedak bukanlah makanan berzat untuk peguamnya boleh bekerja dengan baik. Dengan kontradiksi itu, najib terdedah kepada risiko dipanggil memberi keterangan sebelum afidavitnya boleh diterima oleh mahkamah. Jika dia berani hadir ke mahkamah, tidak perlulah dia menangguhkan kes samannya terhadap Tun LLS. Dengan percanggahan fakta kali ini, terlalu tipis harapan untuk najib mengelak daripada berdiri memberi keterangan di mahkamah. Mungkin ramai peguam yang sanggup membayar untuk mendapatkan peluang menyoal najib jika keadaan demikian berlaku.

Dalam ucapan sempena ulang tahun ke-70 partinya, najib menuntut kesetiaan ahli sebagai syarat untuk terus menang. Apa pula usaha pemimpin parti untuk memastikan ahli terus setia. Dedak boleh beli sokongan tapi bukan kesetiaan. Putus dedak hilanglah sokongan. Lagi pun tiga juta ahli parti tidak boleh memenangkan parti dalam pilihanraya tetapi hanya boleh memenangkan pemimpin dalam pemilihan parti sahaja. Betulkah tiga juta atau kerana yuran tahunan telah menjadi yuran seumur hidup maka bilangan ahli parti tidak merosot.

Selamat bertanding dan selamat memilih kepada calon dan pengundi di SB dan KK pada 14 jun nanti. ADUN Ayer Hitam Kedah bila nak dipecat dari parti? Tunggu tempoh tak wajib pilihanraya kot.

NordinabilaH said...

Dato
Org melayu ini adalah satu bangsa yg bangsat peminta sedekah mudah di beli dengan wang benda dan rayuan jika mereka ini bangsa berjuang maka org melayu du sg besar dan kuala kangsar akan menolak umno dan bn kerana umno tidak pernah memperjuangkangkan nadib orang melayu tetapi perjuangan untuk nafsu kuasa dan harta benda individu maka org melayu janganlah terus mempebodohkan diri dan bangsa maka ubah paradigma dan ubah umno dan bn

jumbeaux said...

Salam Datuk

Saya rasa adalah amat penting untuk pertandingan satu lawan satu di kedua-dua parlimen ini nanti. Oleh itu semua parti pembangkang perlu bertolak ansur di dalam keputusan mereka.

Saya juga yakin jalan penyelesaian adalah untuk PKR mewakili pembangkang di Selangor dan PAS di Perak. Di Selangor PKR adalah parti pemerintah dan juga sudah cukup kuat akar umbinya. Akan menjadi satu kesilapan jika Amanah yang dipilih. Amanah adalah sebuah parti baru yang belum lagi diyakini rakyat terutama nya orang Melayu.

p/s - perlu juga ada pemerhatian ketat oleh pihak Bersih ke atas operasi pengumpulan dan pengiraan undi.

Tinta Hitam said...

Tak banyak beza fikrah pengundi melayu Semenanjung dan melayu/bumiputera Sarawak.Jadi keputusan pun tidak berbeza..Pengundi2 sudah diajar supaya menerima shj segala yg datang dari UMNO..Sbb didlm minda melayu segala yg hak datang dari UMNO.Segala yg batil dtg dari pembangkang

A KADIR JASIN said...

1. Saya setuju dengan pembahas jumbeaux bahasa "adalah amat penting untuk pertandingan satu lawan satu di kedua-dua parlimen ini nanti. Oleh itu semua parti pembangkang perlu bertolak ansur di dalam keputusan mereka."

2. Kalau satu-lawan-satu, harapan tewaskan parti Najib di Sg. Besar dan Kuala kangsar amat cerah.

3. Jadi parti-parti yang menentang parti Najib kenalah utamakan sentimen pengundi dan putuskan siapa yang paling layak bertanding lawan calon Najib.

4. Ramai ahli Umno dan penyokong Umno/BN tidak lagi anggap Umno/BN yang ada sekarang parti mereka. Ia adalah parti Najib dan konco-konconya. Dan oleh kerana calon akan dipilih dan dipersetujui oleh Najib maka mereka adalag calon Najib.

5. Calon Najib dan parti Najib boleh ditumbangkan kalau pihak lawan bersatu demi rakyat jelata.

Wallahuaklam. Terima kasih.

JinKerjaKacauKampong@J3K said...

...habak kat KharunDin kot2 ada tang mana bendang ka..kebun getah ka..kebun buah ka yg nak jual..balek BehokMali...buat masjid...habis terlondeh orang melayu..

Unknown said...

Percayalah...pas akan main silap mata kali ni...pas akan bertanding untuk memenangkan umno....

sahabat malaysia said...

Datuk A'kom,
Saya asal dari Singapura, baru pulang dari Hanoi Vietnam dari tanggal 12th hingga 15th May 2016. Ternyata Malaysia terutama PM Najib sangat popular di Vietnam. Tour guide yang membuat ulasan selalu nyatakan yang Vietnam ada lah Negara korrup semua lapisan masarakat amalkan korrup tetapi di Malaysia korrup di istilahkan sebagai Donation. Semua ketawa terlebelahak lagi lagi orang Singapura. Amat memalukan dan sedih malangnya wakil wakil rakyat, ketua bahagian, Menteri menteri semua DIAM.
Apa nak jadi dengan Malaysia, Spirit Malaysia boleh dah tak boleh
Waulahualam

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).