Friday, May 13, 2016

Deklarasi Rakyat Catat Lebih Satu Juta Tandatangan




WALAUPUN diancam, diherdik, disindir, dipersenda dan dimaki hamun, seramai 1,271,997 rakyat jelata telah menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Sambutan rakyat jelata yang pedulikan kesejahteraan negara adalah di luar dugaan. Pengasas Deklarasi Rakyat menganggarkan seramai satu juta akan menandatanganinya menjelang akhir tahun ini.

Tetapi bilangan itu dicapai dalam tempoh lebih sikit dua bulan sejak deklarasi itu dilancarkan pada 4 Mac lalu.

1 juta tandatangan bukti rakyat berani
Mengumumkan hal itu di Putrajaya hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kempen itu akan diteruskan walaupun angka satu juta sudah dicapai.

Sekalipun kempen itu dengan sendirinya tidak dapat mengusir atau memaksa Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, meletak jawatan, namun ia membuktikan betapa ramainya rakyat jelata yang mahu beliau berundur.

Dr Mahathir memberitahu sidang akhbar beliau sudah pun memohon menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi melaporkan hasil kempen itu dan menyampaikan harapan rakyat jelata.

Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan Yang di-Pertuan Agong telah pun dimaklumkan mengenai pengubahan haram wang awam yang melibatkan Mohd Najib.

Sebagai salah seorang pengasas deklarasi ini, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang menandatangani dokumen ini, khususnya pembaca dan pembahas blog kita.

Perjuangan kita belum selesai dan saya memohon agar kita terus menghebahkan kempen ini supaya lebih ramai menandatanganinya.


Kita telah mencipta sejarah dengan mengambil bahagian dalam pungutan suara rakyat terbesar yang pernah diadakan di negara kita malah di seluruh dunia.

Insya-Allah usaha kita tidak sia-sia.

60 comments:

kunang-kunang said...

1,271,997 tandatangan rakyat atas Deklarasi Rakyat itu merupakan AMANAH RAKYAT. Harap jangan dipandang remeh akan SUARA RAKYAT tersebut.

abrarmujahideen said...

Datuk Husam pun ade skli...good datuk semakin aktif. Cayok Tun masih bertenaga dan berbisa.

Anonymous said...

Kerja bodoh heheeee.

tebing tinggi said...



Diharap 1,271,997 yang menandatangani itu sama-sama mendoakan akan kebekesanan 'Deklarasi Rakyat' itu dan kesejahtran mereka-mereka yang menganjurkanya .

Fendi Ahmad said...

Semua ahli keluarga kecil, emak, ayah dan abang turut serta. Kami semuanya tidak pernah dalam sejarah undi selain lambang dacing. Kalau PM Mappadulung terus berkuasa maka undi kami adalah undi rosak :)

sukasamasuka said...

Datuk.

Tahniah pada Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Dr. Siti Hasmah....dan juga Datuk sendiri yang banyak berusaha...moga mogaan kerja yang mulia ini diberkati Allah Taala....dan puji pujian kepada junjungan kita, Rasullulah S.A.W.

Kepada saudara saudari ku yang dekat dan jauh...yang aku tidak kenal langsung...perjuangan ini baru saja bermula.

Terima kasih berjuta juta kepada semua yang berani menurunkan tanda tangan ini walaupun risiko nya memang tinggi.

Sekian.

awanggoneng2 said...

Alhamdulillah, mujur ada GST, boleh buat bayar hutang 1MDB...
Tuang Punasihat,
Tandatangan 1juta rakyat boleh jadi dalil rakyat tolak pemimpin ke tidak?
Ker guaner Din?

Mustapa said...

Nak surut serta tandatangan. Harap jangan diberhentikan selagi objektif belum capai.

wanzul said...

Assallammualaikum Datuk.. nak tanya Rafidah Aziz apa cerita? ada kah dia menyokong deklarasi rakyat?

Zalman A said...


Tahniah Datuk, Tun Dr Mahathir and all who made this effort such a success.

What can the Rulers do?

There are ways.

For example, it it becoming very clear that the Prime & Finance Minister has collaborated globally to steal money from the Malaysian rakyat and the UAE, among others. I would expect that at least 3 countries out of the seven will start criminal proceedings against him in the next few months. The others will follow suit later.

It is not possible for a wanted criminal to continue in high office.

The Rulers will indicate that. There are ways.

Unfortunately, some people's egos did not allow the laluan tikus route at an early stage.

Now, it may be too late.

Global Interpol red alerts are hard to run away from.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Alhamdullillah, kita berdoa semoga program Selamatkan Malaysia berjaya.

Sallam.

PutraKraken said...

Salam Datuk

Terima kasih dan tahniah saya kepada gagasan rakyat pimpinan yang dikasihi Tun Mahathir Mohamad kerana memberi peluang kepada saya dan keluarga menyertai gerakan ini. Saya pasti selepas ini rakyat akan terus memberi sokongan padu dengan menanda tangani Deklarasi Rakyat. Dengan publisiti dan rasa bertanggung jawab, rakyat akan terus menyokong kerana dengan gerakan massa yang begini pastinya akan membuahkan hasil seperti yang dimaksudkan dalam Deklarasi Rakyat tersebut.

Saya juga menyeru kepada UMNO terutama ahli ahli MT yang punya kuasa mengundurkan Najib. Adakah anda masih buta dan pekak dengan berita berita yang tersebar luas di seluruh dunia masakini? Atau anda cuma dengar dan lihat berita dari Utusan, Berita Harian, RTM dan TV3 aje? Kamu sengaja megurung diri kamu dibawah tempurung...atau memang kamu tahu tapi takut kehilangan kedudukan dan sumber mata pencarian. UMNO!..bertindaklah sekarang...dengar denyut rakyat dan jangan sampai terlambat dimana kamu tidak lagi dipandang oleh rakyat kerana kecuaian dan pengkhianatan kamu keatas mereka. Kalau itu terjadi...terkuburlah parti keramat kamu itu dan kamu pastinya terkubur sama.

Sekali lagi saya menyeru...Bertindaklah sekarang...Undurkan Najib dan selamatkan negara. Kembalikanlah maruah agama bangsa dan tanahair yang telah musnah ini!

Atau kamu pilih mati bersama?...

Joeharry said...

Salam datok,
Ada yang mempertikaikan dari keberkesanan deklarasi rakyat kerana kata mereka agong tidak ada kuasa untuk memecat perdana menteri dari segi perlembagaan/undang2.
Namun pada saya,
1. Maruah.. maruah siapa yang hilang bila lebih 1juta tandatangan diperolehi? Apakah maruah orang yang tandatangan deklarasi itu yang hilang atau maruah pm dan kuncu2nya yang sebelum ini memekik memberitahu kepada khalayak yang rakyat menyokong mereka. Kata mereka hanya sebahagian kecil yang bertindak menyerang najib atas kepentingan peribadi sedangkan yang lain menyokong najib.
2. Kebangkitan.. rakyat sudah berani bangkit menentang apa yang tidak betul dalam pentadbiran kerajaan. Maknanya rakyat sudah mengambil tahu dan mengikuti perkembangan pentadbiran dan bukan hanya menjadi rakyat yang menunggu untuk disuap tanpa ambil peduli apa yang kerajaan lakukan.
3. Semangat.. bila deklarasi rakyat mampu mengumpul lebih 1juta dalam masa 2 bulan, ini akan memberi semangat kepada setiap orang yang tandatangan bahawa usaha/perjuangan mereka tidak keseorangan tapi disertai oleh lebih 1juta orang. Ini akan memberi impak/kesan kepada mereka yang masih berhitung samada akan turut serta atau tidak menandatangani deklarasi rakyat. Kerana ada yang berfikir kesan buruk kepada mereka bila mereka ikut serta. Misalnya dikenakan surat tunjuk sebab dan sebagainya oleh jabatan. Tetapi bila mereka tahu bahawa telah ramai yang turut serta, maka perasaan gusar itu akan hilang dan akan menambah semangat juang mereka untuk mendesak najib undur.

Unknown said...

Adakah 1,271,997 tanda tangan akan menggugat kedudukan Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak sedangkan segala institusi-institusi kerajaan didalam cengkaman beliau?

AlWatan said...

Jangkaan liar saya akan ada seseorang yang telah tandatangan tetapi membuat pengakuan palsu yang nama dan tandatangannya ditiru untuk tandatangan Deklerasi Rakyat. Tujuannya bagi menumbulkan curiga terhadap bilangan sebenar penandatangan, dan sudah tentulah juga orang ini dibayar, Cash is King...

Zalman A said...


"The federal government is not legally or even morally obliged to act on the one million signatures collected by a self-styled citizens’ movement calling itself “Save Malaysia”, Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said today."

No moral obligation?

So the loss of US$7 billion from the rakyat, that the govt is trying to cover using the OSA, who is morally responsible?

So the huge number of lies and abuse of laws that was used in a futile attempt to silence the scandal, who is morally responsible?

When Zahid's "I met the donor" lies are proved false, who is morally responsible?

Someone's ambitions are showing a bit too clearly.

That brings me to the second point:

UMNO has become Parti Najib, but if it becomes Parti Zahid, then the same corrupt, self-serving MTU members just move one step higher. Then a few additional kaki bodek from Perak join in. That's it. The corruption and wastage will continue. Or get worse.

That is why the better and smarter members of UMNO, from grassroots above, should leave the party and form a new one.

Parti Najib or Parti Zahid will just be business as usual.

Urang Awak said...

Salam Dato,

Jangan salah sesiapa diatas fiasco yang terjadi. Kita semuanya bersalah... bersalah... dan bersalah. Kita telah berhutang kepada anak cucu kita diatas segala keputusan2 yang kita buat dimasa lampau. Anak cucu kita yang bakal menanggung segala hutang2 negara kerana kita akan pergi jua didalam sehari dua ni

Lihat... lihat keseluruhan pemimpin2 yg kita pilih dalam PRU yg lalu tidak memihak kepada kita semua. Mereka membisu sebab terlalu kenyang & jadi khayal disebabkan "Dedak Power" siNajib.

Dato... saya telah bernazar kalau Najib mengundurkan diri dalam masa terdekat saya akan puasa sunat 7 hari. Yg lain saya serah kepada Yg Maha Esa..... Aminn

sukasamasuka said...

Datuk.

Mesti ada cara supaya akhbar akhbar antarabangsa seperti WSJ, Reuter, di Saudi Arabia, UAE, ASEAN dapat berita baik ini.

Parti Pembangkang tak payah berkempen bermati matian di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar...hanya edarkan leaflet dan posters tentang berita ini dari rumah kerumah...dari surau ke surau...dipasar pasar tani...SEKARANG!!! jangan tunggu pencalonan, sebab besar kemungkinan orang orang kampung tidak tau pasal hal ini.

Bagi tau sama Tun, satu standard message untuk kita semua...jadi senang kami print online...untuk diedarkan di surau surau dan tempat awam...macam yang Datuk buat diblog ini untuk Deklarasi Rakyat.

Good job, Datuk...terima kasih.

Unknown said...

Agak kalut juga Saleh Keruak dan Zahid nampaknya dengan sejuta tandatangan anti-Najib, cepat-cepat je nak keluarkan statement bahawa perkara ni tak signifikan.

Hmmm... kalau takde apa-apa kenapa panas ye?

Kalau musuh cepat menyerang balas tu maknanya tindakan kita memang tepat. Alhamdulillah. Sama-sama kita berdoa Allah selamatkan Malaysia.

Unknown said...

kerja bodoh.....Yang Diperuan Agung ada kuasa ke memecat PM....???? kalau melantik pun atas dasar nasihat....tak kan PM nak menasihat Agung utk memecat diri sendiri....???
sapa yg bodoh ni....????

Anonymous said...

sejuta nama di copy paste dari daftar pengundi kebodohan apakah ini?

awanggoneng2 said...

Anon 10:43pm
Dah telan dedak ke belum hari ni?
kikikiki

awanggoneng2 said...

Yang tak telan pil dedak semunya di kata bodoh.
Yang dapat dedak dari taburan 2.6billiong semuanya bijak bijak belako

Lean on him said...

The rulers just need to publicly lean on the PM to leave his position and it will happen. Najib will not dare to ignore the royal message as long as it is made clearly and strongly. No waffling, no hints. The Sultan of Johore sent a clear message by his absence at the recent Conference of Rulers.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Saya yakin Tun Mahathir masih waras dan tidak akan membuat sesuatu yang sia-sia.

Deklarasi satu juta rakyat ini memberikan pengiktirafan ke atas usaha beliau menentang DS Najib. Oleh itu pihak istana dan pihak majlis raja-raja sekurang-kurangnya tiada pilihan melainkan memberi ruang kepada Tun untuk bertemu mereka. Apa yang akan jadi selepas itu akan terpulang kepada raja-raja Melayu.

dina said...

terima macam tu jer ke....1.2m
mana bukti tu...tolong siarkan senarai penuh nama orang2 yang tandatangan tu ye....
sedangkan mengundi pun banyak peraturannye...dakwat kekal lah...kad pengenalan...5/6 orang semak...dll.
tu pun ramai malaun yang pertikai.
logic ke sampai 1.2m sedangkan Tun M pun kena booo bila keluar kat public.
ye once again sila dedahkan nama2 yang kononnye tandatangan tu.

SG said...



DAKJ,

Macamana boleh terlepas seorang anonymous ni?

Anon 5.01,

Mungkin kamu dan puak-puak pemakan dedak dah biasa buat kerja kotor itu, maka kamu menyangkakan orang lain pun buat macam kamu jugak lah.


A KADIR JASIN said...

1. Pembahas SG, antara lain, menulis: "Macamana boleh terlepas seorang anonymous ni?"

2. Maaf, tidak terlepas tetapi sengaja saja siarkan sebagai contoh jenis orang yang baling batu sembunyi tangan.

3. Mereka nak ikut berbahas tapi hujah tak ada dan nak guna nama samaran pun takut.

4. Sekali sekala saya siarkan untuk sama-sama kita ukur dan fahami minda pemakan dedak dan orang yang tak setuju dengan kita.

Wallahkuaklam. Terima kasih.

Waghih said...

AsSalam Datuk ..

Macam mano nak percayo kesahihan tando tangan tu ..?
Den isi borang tapi den catitkan tak setuju langsong dongan Tun M sobab tak ikut adab kejujuran , borang masih di terimo .
Den masok online , lotak tigo namo , masih diterimo .
Oghang bangla lak camno ...?
Oghang nepal lak camno ... ?
Oghang lain2 lak camno ...?

Aduihhh ... tak bijak boto !!!

Jangan la nak malukan DYMM Agong kito.

Waghih.



sani said...

Kepada yg bertanya...
Saya adalah salah seorang yg tandatangan deklarasi tersebut. ☺ Dan saya berBANGGA.

Unknown said...

Salam Datuk

Najib says Cash is King. Which means he can buy anybody and everybody irrespective whether they live in ivory towers, palaces down to tin roof shacks.

My worry is with all the hard efforts of those including you Sir to get that more than 1 million signatures, it will eventually be stored in the corner of the Jln Duta palace.

I pray that a few rulers still care for the miseries of the 30 million Msians and insist that the signatures are a sign that this Najib should GO !

Mat Bakar said...

Sallam DAKJ,

Agaknya apalah rasanya perasaan orang orang yang memakan dedak HARAM ini ? Malahan sebahagiannya akan di belanjakan untuk anak cucu, maka mengalirlah dalam tubuh anak cucu mereka darah haram dari wang haram. Jangan mengeluh, jangan menyesal jika anak cucu kita menjadi penyagak, penipu dan segala pe yang negetif

Insaflah segala galanya hampir berakhir buat Najib tapi saudara saudara yang menelan wang haram ini akan menerima tempiasnya nanti jika tidak dari rakyat, Allah lah yang akan menurunkan balaNya, tunggulah.

Wallahuklam.

LaM said...

Kohkberg Steven,

Sebenarnya kamu yg bodoh. Kau kata orang bodoh.

Mana ada Agong dan Sultan2 lantik PM dan MB2/CM ikut nasihat??? Kalau kau tak bodoh..cuba baca artikel 40(2) Peerlembagaan Persekutaun yg menyatakan: " The Agong may act in his discretion in the appointment of a PM'. Tu kuasa mutlak Agong nk lantik mana2 MP jadi PM. Tapi dia hendak lah lantik seorang ' who in his judgement is likely to command the confidence of the majority'.

Agong tak bolih pecat Najib????? Kalau nak seribu daya berdasarka deklarasi tu dan juga berdasarkan siasatan SPRM yg Najib dh kebas RM42million wang SCRI dan juga US$1billion & siasatan agensi antarabangsa.

Mengikut Interperetaion Act 1948 sek: 47, Power to appoint includes power to remove. Kalau kau tak bodoh baca seksyen 47 tu. " Where a power to make an appointment is conferred by any written law, the appointing authority shall also have power ''to remove, suspend, reappoint or reinstate the person appointed'. Interpretasi 'written law' disini includes the Federal Constitution. Jadi Agong ada kuasa untuk suspend, remove or reappoint...the corrupt Najib as PM berdasarkan keadaan2 iaitu siasatan SPRM yg memperakukan Najib didakwa, siasatan2 FBI, Swiss AG, Spore Commercial Crime dll agensi antarabangsa,

Kalau kau tak bodoh cuba fahami undang2 ni sebelum ckp orang bodoh. Sendiri bodoh..kau kata orang bodoh. Kan bodoh namanya. Tapi kalau kau tanya Apandi, memang dia cakap tak bolih. Sbb: Apandi pun bodoh. Dh jadi Federal Judge, sanggup letak jawatan dn jadi pemakan dedak Najib.

aku said...

Kadiag, salaam.

Dan Tahni'ah kak hang pasai:-

1. Hampa dapat kutip begitu banyak tanda sokongan 'deklarasi rakyat'. Memang ada cobaan untuk nak sabotaj ketulinan usaha tu, dan tak korang jugak nak timboikan ragu dan munkin macam2 lagi. Besa la dlm projek massa macam ni, terutama bila libatkan kepentingan satu kumpulan yg munkin pikiag hidup dlm 'comfort zone' depa akan kena ganggu...

2. Akan perkara yg hampa buat ni memang mustahak pon, pada pikiag aku, sebab dia satu usaha yg melibat rakyat terbanyak, kearah 'critical mass' yg sesetengah pakih sains politik kata sangat perlu untuk 'gelombang' atau 'tsunami politik' nak cetuih perubahan sesuatu 'paradigm' atau 'status quo'. Terutama dlm suasana politik sakit yg mencengkam Malaya ni. Hang pikiag mai depa nak 'ugut' Kofi Anan pulak pasai bagi anugrah apa ka kak Zunar.

3. Mutu atau nilai 'input' dari para penkomen blog hang ni aku nampak semakin meningkat. Misainya, input dari 'LaM' 6.44 petang. Munkin hang bulih pikiag nak bagi penekanan atau buat 'border' ka apa ka untok 'highlight' tulihsan2 macam ni supaya menarik pehatian pembaca akan mana yg lebih penting untuk dibaca, hang pon tau bukan semua orang ada masa nak 'troll' semua komen2. Lagi pon jumlah komen blog hang aku nampak semakin meningkat.

Tahni'ah sekali lagi, semoga Allah terima ni sebagai usaha tebagkan ilmu atau maklumat untuk hidupkan hati2 yg mati dengan mepadam kejahilan. Macam mana pon semua ni tetap dengan taufiq dan inayah Allah jugak.

Mintak maghap, Kadiag, salaam.
Aku

Orang Kampung said...

Sy stuju pndapat saudara. Datuk,alhamdulillah DR mdapat sokongan ramai..sy bangga mjadi antara yg menandatanganinya. Teruskan usaha Datuk..dan moga Allah bersama kita dlm myelamatkan Malaysia.

Jason koji said...

Maaf Tok Aku...dalam blog ni,semua komen saya baca.Malah tertunggu-tunggu saya komen-komen selepas Dato' post artikelnya.

A KADIR JASIN said...

1. Bagi saya, kalau tak ada 1MDB, "derma Arab" RM2.6 bilion dan pengalihan haram RM48 juta duit SRC Internation Sdn Bhd yang dipinjam daripada KWAP ke akaun Mond Najib, dia sudah tidak layak jadi PM dan menteri kewangan.

2. Pengurusan ekonomi dia gagal dan rakyat jelata tanggung bahananya. Beban cukai naik, harga barang naik dan pengangguran naik.

3. Gabenor baru Bank Negara Muhammad Ibrahim kata, ekonomi berkambang hanya 4.2 peratus pada suku pertama (Januari-Mac) tahun ini iaitu kadar paling rendah dalam masa tujuh tahun sejak 2009. Najib jadi PM pada tahun 2009.

4. Kuasa membeli pengguna diperas oleh pelaksanaan GST April tahun lalu.

5. Transformasi ekonomi Najib yang direka oleh Idris Jala hambar. Banyak lagi "dosa" Najib kepada rakyat jelata Malaysia. Pengangguran dah naik kepada hampir 500,000.

6. Laporan Bank Negara - Pendapatan per kapita jatuh daripada AS$9,508 pada tahun 2010 kepada AS$9,291 tahun 2015. Najib angan-angan anak naikkan pendapatan per kapita kepada AS$15,000 pada tahun 2020.

7. Orang Utara kata, dia muhong!

Wallahuaklam. terima kasih.

Letih said...

Izinkan saya Datuk.

Parti bukanlah agama pun. Jika tidak bersetuju dengan kepimpinan sesatu parti, tidak perlu lagi berada dalam parti tersebut. Jika tiada parti yang sesuai untuk jadi ahli, tubuhlah parti baru.

Dalam kemelut dalaman UMNO sekarang ini, wajarlah yang tidak bersetuju dengan Presiden UMNO, menubuhkan parti baru.

Zalman A said...


Yang Berhormat-Yang Berhormat,

UMNO ialah parti keramat yang mengalahkan Malayan Union British, yang memerdekakan Malaya dan Malaysia, yang berjaya membangunkan negara sehingga hampir menjadi Negara maju.

Tetapi hari ini nama UMNO sudah menjadi begitu buruk, sudah digelak ketawa, dihina dan ditolak oleh sebilangan yang besar orang Melayu dan bukan Melayu didalam negara.

Semua ini disebabkan oleh Najib dengan kepercayaannya bahawa “Cash is King” iaitu rasuah adalah cara memerintah.

Wahai Yang Berhormat, wakil-wakil rakyat UMNO.

Tidakkah kamu sayang parti keramat ini yang telah begitu berbakti dan berjasa kepada bangsa, negara dan agama? Dan kepada kamu dan keluarga kamu.
Tidaklah kamu tergerak hati untuk membelakangkan kepentingan diri demi bangsa dan negara?

Segala yang merosakkan UMNO dilakukan oleh Dato Sri Najib.
Selagi ia menjadi Perdana Menteri pemulihan negara tercinta ini tidak akan dapat dilakukan.

http://chedet.cc/?p=2120

sukasamasuka said...

Datuk.

"3. Gabenor baru Bank Negara Muhammad Ibrahim kata..."

Aiyahoooo!!!! kita sudah ada Gabenor baru Bank Negara! Bestnya..betul juga kata Datuk, ini la orang nya.

Bila dia jadi gabenor??? TV rosak, Gatuk...belum ada duit mau repair..jadi sudah lama tak menonton TV1, TV2 dan TV3..rindu pula cerita kartun Scooby Doo...


Scooby Dooby Doo, Where are you
We've got some work to do now

Scooby Dooby Doo, Where are you
We need some help from you now

Come on, Scooby Doo, I see you
pretending you've got a sliver

But you're not fooling me, cause I can see
the way you shake and shiver

You know we've got a mystery to solve so Scooby Doo
be ready for your act
Don't hold back!

And Scooby Doo if you come through you're gonna have
yourself a
Scooby Snack!
That's a fact!

Scooby Dooby Doo, here are you
You're ready and you're willing

If we can count on you Scooby Doo
I know we'll catch that villian.


Wooof! woof! woof! come on Scooby Doo!

BUT, HE AIN'T NO SCOOBY DOO!...

He is a little white hair pussy-cat! meooooow! tada!tada!tada! come on baby, came to daddy....meoooooow!

msh said...

salam Dato.

Betul dgn komen Dato yg last ini..
"dia muhung".

Yg syoknya..muhung pun dia tak pandai.

Jika kita minus semua skandal2...sbg seorg PM..PRESTASI KERJA DIA DLM PERKARA MEMPERKASAKAN EKONOMI NEGARA....MARKAH FAIL TERUK dpt F- .

Bagi pemimpin yg bermaruah...kegagalan begini sudah cukup untuk dia melepaskan jawatan.

Tetapi spt yg telah kita berbicara panjang dlm topik2 yg lepas dan diketahui umum.
..'mana mungkin dia mahu meletak jawatan....ini kerja bodoh..cekek leher sendiri..kerana akan disabitkan dgn CBT...menipu & menyalah guna kuasa kelak'.

Hata...merompak dan mencuri telah dilakukan...apalah sngat dgn kerja2 'muhung'.
Sementara kuasa masih ada ditangan dan duit rompakan pun bnyak....'muhung all the way lah' nmpk nya.

sukasamasuka said...

Datuk.

"1. Bagi saya, kalau tak ada 1MDB, "derma Arab" RM2.6 bilion dan pengalihan haram RM48 juta duit SRC Internation Sdn Bhd yang dipinjam daripada KWAP ke akaun Mond Najib, dia sudah tidak layak jadi PM dan menteri kewangan."

Macam tak ngam ungkapan Datuk kali ni...menyindir ke atau memperli?

"..dia sudah tidak layak jadi PM dan menteri kewangan" walaupun tak ada skandal skandal semua tu?????...kesian dia...sampai hati Datuk kata begitu...tapi dia masih layak lah kan jadi laki si Rosmah????

Tak layak juga? Laaaaaaaaaaaa...apa cerita ni?

Sedih juga kalau bini kena belikan Hermes bags, perfums, baju, makan dan minum...dari hasil duit curi.

Ini lah contoh suami haram zada, bagi makan isteri duit hasil curi...dari cukai, anak anak yatim dan pencen balu (duit KWAP) dsbnya.

Bagus..vely good...keep it up!

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Corruption is everywhere...not only in Malaysia.

2. But, look at the behavior of the Japanese Prime Minister Shinzo Abe on Monday, 16th May 2016...when he PERSONALLY INSTRUCTED his minister to cooperate with French investigators probing payments ALLEGEDLY made to help Tokyo secure the 2020 Olympics.


“I have instructed the education and sports minister to fully cooperate in the investigation,” Abe told lawmakers in parliament, Jiji Press reported.

(http://www.france24.com/en/20160516-Japan-pledges-cooperate-French-probe-Olympics-corruption)

3. Excuse me...the amount is just a pittance of SGD2.8 million...NOT in the billions of USD...like what the Swiss AG allegedly claimed that some USD7 billion "is missing" from 1MDB.

4. There you have it...in Malaysia...right here in Malaysia, at the heart of our nation, Putrajaya is brewing with a massive corruption scandal and heist of the century involving billions, and yet...NOTHING from the Prime Minister which make us proud as Malaysian in fighting corruption...NOTHING!

Did our Prime Minister Najib instruct anyone to investigate and cooperate from the investigation teams, both locally and abroad, similar to that of the Japanese Prime Minster Abe??? NONE.

I do not expect the Malaysian Prime Minister to behave like his Japanese counterpart...after all he is a Bugis...where got class one...but, show la you are doing something, even though at Bugis standard, pun ok juga.

5. The whole world is "burning" from this massive scandal because OUR PRIME MINISTER himself...YES! HE HIMSELF...went round and f***ed the banking systems of other friendly countries with his doings...including ours too, mind you!

YET, HE DID NOTHING...because he knew he did something very very wrong...mind you, as we speak, HE IS STILL THE PRIME MINISTER of Malaysia...legally and democratically elected at that.

Thank you Tun Dr. Mahathir and Tun Dr. Siti Hasmah...Datuk AKJ and all those who worked so hard to enable us "man on the street" and the millions of Malaysians to express our dissatisfaction by signing the Deklarasi Rakyat.

IT'S OK TUN IF THE AGONG REFUSE TO SEE YOU...IT'S OK..WE UNDERSTAND.

sukasamasuka said...

Datuk.

Oooi!!! Gabenor Bank Negara baru!
Kamu turun ke sini!
Kalau tidak, kami akan naik ke sana!
Ooooi!!! turuuuuuuun cepat!

Waaaaa...how are doing gabenor baru?
Someone told me you make lots of statements...pretty awesome too.
Feel good heh to be the top banker in Malaysia...good job.

There is that nagging question that some of us want to know..I know you will never dare to address the issue unless you want to expose someone backside...ptuuuuuuih!!! lots of shitty stuffs at Bank Negara...YOU ARE PART OF IT...NO...NO...NO..don't tell me you know nothing about it...your name was written all over it.

QUESTION TIME:

1. Do you (the BNM) know the source/s of money that go into PM personal account?

You don't know????? Then YOU RESIGN NOW!!!!!

2. BNM must approve the so-called "investment funds" from 1MDB in tranches. Each tranch would be approved and released by BNM, upon satisfactory submission of necessary documentations by 1MDB. YOU and YOUR STAFFS sat on the meeting with 1MDB before next tranch was released. Out of the blue, that woman from BNM wanted the money back??

Kamu buat kerja haramzada juga rupanya dalam BNM.

WERE YOU SLEEPING ON YOUR JOB?
WHERE WERE MINUTES OF THE MEETINGS? Show us.

Now, you said, sometime last week, penalty to 1MDB not disclosed? Why? Because YOU DID NOT DO YOUR JOB, gabenar!!!

Ini lah contoh contoh banker banker haramzada yang merosakkan negara...HARAP PAGAR PAGAR MAKAN PADI!

RESIGN SAJA LAH...that seat is not meant for people like you...a monkey can do a better job!

msh said...

(sbgai tambahan)...

org kedah kata..
"apa yg hampa dok taksub sngat dgn Parti...atau dgn pemimpin Haram J#@ah mcm ni?.
..hampa pun 2x5 juga..pasai ugama...haram halai ka hampa main cincai saja...toyalah...pi pelingkup buang lah orghang 'ahli'mcm hampa..bengap'.

msh said...

salam sdra Letih.

Tepat ungkapan anda.."Parti bukanlah ugama pun".

Kalau Pemimpin itu Haram Zada..mungkar...dan telah mempergunakan ugama untuk survival diri...disamping melakukan jenayah2 ....masih lagikah ahli perlu menyokong?

Buat org yg betul2 faham pf hukum Allah...jawapannya mudah...Henti sahaja menyokong.

Jika dia masih kekal kerana sokongan ahli2 yg bendul atau sengaja.....fikirlah sendiri dimana kewajaran nya dan bagaimana pula dgn kebijaksanaan dan tanggung jawab ahli didlm mempertahankan ugama dari diperalatkan?

Jgn pula buat2 tidak tahu atau menghormati ketua begini atas alasan 'Ulil Amri' pula.

Dan tentunya spt keadaan sekarang..Ketua HZ masih kekal gara2 'cash is king'..dedak2 bertaburan....maka keluar sahaja dari Parti secara bersendirian atau beramai2.

Apa dosanya jika berbuat begini?.

Malah mungkin berdosa jika dibiarkan...Ketua2 HZ memperalatkan dan mempermainkan ugama.

Hah..

"Parti bukanlah ugama pun !!!!!".

FanTun said...

Assalamualaikum Datuk,

wahai waghih sedar lah sikit
bangla bertenggek disayap jet
ada yang sampai berakit rakit
menteri mana yang bagi tiket?

dina pulak nak mintak bukti
senarai penuh sejuta Deklarasi
deklarasi ini tak mungkin jadi
kalau pee emm tak asyik lari..

kohlberg Steven bodohkan orang
mungkin nak jadi panglima perang
pada si bos yang create hutang
malu negara bukan kepalang..

satu dunia siasat nya rapi
bukti berguni berikat tali
namun kebenaran ditolak tepi
buat tak nampak buta dan tuli

bila kena kat batang hidung
sepatah haram tidak dijawab
bukan salah ibu mengandung
cuma dedak terlalu sedap..

terima kasih yg bhg datuk
blog ini bisa mematuk
bos besar sudah terhantuk
dulu bersin sekarang dah batuk..











Zed-85 said...

Sallam Dato'

Baru-baru ini ada debat berkenaan Deklarasi Rakyat dianjurkan oleh parti pembangkang.

Isu "bersekongkol" dikeluarkan di pihak BN dan juga dalam Pakatan sendiri.

Jawapan dari Ambiga amat menarik.

Bersekongkol untuk matlamat yang baik ada kalanya perlu.

Dalam perang dunia kedua, pihak bersekutu (Allied Forces) dari Britain, Peranchis, Amerika terpaksa bersekongkol dengan Kominis Rusia untuk menumbangkan Jerman. Mereka terpaksa bersekongkol dengan seorang diktator Rusia yang sangat kejam iaitu Joseph Stalin untuk menyelesaikan masalah yang lebih besar iaitu Hitler.

Kalau tidak kerana bersekongkol, perang dunia kedua tidak akan tamat dan berjuta lagi orang akan terkorban.

Setelah perang dunia tamat, pihak dari Britain, Peranchis, dan Amerika membuat persediaan untuk berperang dengan Rusia. Berlaku perang dingin berpuluhan tahun tetapi akhirnya tidak ada peperangan dengan Rusia sehingga hari ini.

Usaha deklarasi rakyat bagi saya adalah baik kerana tujuan khususnya adalah untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Usaha untuk pihak-pihak yang pada awalnya bertelagah untuk bersatu dalam satu maksud tujuan yang baik patut digalakkan.

Zalman A said...


Salam Datuk,

The more Nazri Aziz repeats the lie that Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone's RM2.6 billion came from Saudi Arabia, the bigger the fool he will look and the bigger mess he is creating for Mappadulung.

Remember their faces and names - Nazri, Azalina, the Sabahan double bodek team, Ku Nan, and the MTU members.

As Tun says, their names will live in infamy for all time, because they tried to protect their Bugis ATM machine despite the harm done to the rakyat.

Ask yourselves:

Where did that Bugis ATM machine obtain his funds from?


msh said...

salam sdra Zed-85.

Lontaran baik untuk menolak hujah Pemakan Dedak HZ.

Bila semua perkara yg tidak sealiran dgn mereka dianggap salah dan ditambah dgn fitnah yg bukan2.

Kata mereka Bersekongkol? Tun M kata ini 'satu hati oleh rakyat dan 'non partisan'...kerana mahu penyamun turun'.

Tak faham2 atau buat2 bodoh.

Waghih said...

Apolak datok tengok pakai satu mato ajo ...!

Maso Dr Mahathir pass baton pado Pak Lah , purato pendapatan per kapita AS$5,120 .

Sekarang , dibawah PM DSN , dongan perbagai transfomasi yg dilakukan dongan caro sistematik dan pantauan yg telus , purata pendapatan per kapita sudah cecah AS$9,300 .

Nampak perbezaan kan , peningkatan yg setanding dongan first world country tu .

Zaman sekarang , dongan perbagai cabaran , PM DSN berjayo molotakkan Malaysia kito antaro yang termaju didunio .
Bank dunio pun sudah iktiraf kecermelangan tu .

Malang ehh , bilo negaro sodang nuju kohadapan ado lak gang kuno yang diterajui olih Tun M cubo bawak kobelakang dongan pemikiran dan prinsip yang lapok .
Gang ni , oghang kampong khobar , menghabihkan bogheh jo ...

Waghih.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Jarang dapat tengok Datuk berucap

https://youtu.be/7uF25TxJo5g

Saya 100% setuju dengan pendapat Datuk.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Orang Kampung, kalau URL saudara disalahgunakan atau dicuri saudara sepatutnya benarkan saya siarkan komen saudara mengenainya. Terima kasih.

matnoor said...

Assallammualaikum DKJ.tumpang bertanya adakah Tan Sri Rafidah terlibat dalam deklarasi rakyat.? Kalau Tan Sri Rafidah bersama deklarasi rakyat , pujuk la dia berkempen di Kuala Kangsar.
Apa macam?

Fiz said...

Hahah ingat sy sorang jer perasan bende nih.. hmmm..

Zed-85 said...

Waghih,

Takrif pendapatan per kapita adalah jumlah pendapatan penduduk sesuatu kawasan dibahagi dengan jumlah penduduk.

Perkiraan adalah secara purata kasar dan tidak mengambil kira distribusi pendapatan penduduk.

Kalaulah di Rembau ada 1000 orang penduduk. Kebanyakkan penoreh getah. Pendapatan RM400. Makanya pendapatan per kapita adalah RM400 (sebulan)

Tapi kalau ada seorang yang berniaga dengan Tok Arab atas angin dalam kampong yang sama, Gajinya RM2600 juta. Maka pendapatan per kapita penduduk rembau sudah jadi RM2.6 juta (sebulan) seorang.

Sekarang ini, pendapatan kebanyakkan orang melayu jauh lebih rendah dari US9,000.

Saudara Waghih jangan memandai komen bukan-bukan. Kalau hendak komen, pergi sekolah dulu.

wankamarul701 said...

Saya rasa kalau siarkan komen Anonymous pun tiada masalah.

Yang menjadi masalah kalau makin hamun dan sebagainya.

Kalau nak balas komen, boleh refer jam berapa dia tulis.

Orang Kampung said...

Baik Datuk..

Waghih said...

Zed-85 ,

Terimo kasih ateh ponorangan.

Tapi , den raso DAKJ dan ghamai lai yang tahu bondo ni .

Waghih.

1280 K Tmn Malik said...

Biar kerna bodoh tapi kami tak bodoh jilat lubang jubor di najib..

Anon 1043pm bukan daja bodoh tapi emak bapa anon 1043pm pon bodoh dapat anal bahalol

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).