Thursday, June 16, 2016

Skandal 1MDB Menang Anugarah


A Kadir Jasin


BERITA dari Hong Kong semalam kata, surat khabar Wall Street Journal (WSJ) dan pengarang ekonominya bagi edisi Asia, Tom Wright, dapat anugerah 2016 Pertubuhan Penerbit Asia (Sopa) kerana mendedahkan skandal 1MDB.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Wright turut diisytiharkan sebagai “Editor of the Year”.

Sebelum ini, WSJ dipilih sebagai peserta terakhir kategori Laporan Antarabangsa anugerah Pulitzer Prize di Amerika Syarikat kerana pendedahannya mengenai skandal yang sama.

Tom Wright fasih bahasa Melayu
[Teruskan perjuangan rakyat. Tandatangani Deklarasi Rakyat buang Najib di sini.]

Laporan dari Kuala Lumpur pada 5 Julai tahun lepas kata, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak akan fail saman ka atas WSJ pada hari Selasa berhubung laporan yang kaitkan beliau dengan kes seleweng RM2.6 bilion duit 1MDB.

Dekat 52 Selasa dah datang dan pergi. Tom Wright dan WSJ dah menang anugerah tapi Mohd Najib tak saman-saman juga.

Siasat punya siasat, rupa-rupanya bukan undang-undang negara, Timbalan Perdana Menteri, Peguam Negara dan ahli PAC saja Mohd Najib tukar tapi takwim pun dia tukar.

Takwim dia, bukan takwim kita. Masalahnya takwim dia dengan takwim kita sekarang dah tak sama.

Takwim kita ada tujuh hari dalam seminggu iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Takwim dia, yang juga dipakai oleh pemakan-pemakan dedaknya, kurang satu hari. Ada enam hari saja iaitu Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Selasa tak ada.

Sebab itulah sampai hari ni dia dan peguam dia tak saman WSJ.

“Minta maaf la no, tok mo lawak sikit. La ni kena buat peran bagi oghang gelak pasai ghamai sangat stress. Jangan dok stress sangat no takut sat ni kena serang jantung!”

Meminjam pakai gaya bahasa Allah yarhamha Pendeta Negara (Tan Sri) Ismail Hussein, atas nota yang lebih serius saya ingin menggarisbawahkan bahawasanya kemenangan Tom Wright dan WSJ ini adalah penghinaan – affront - kepada Perdana Menteri, para peguam serta mereka yang komited kepadanya.

Saya sedang tunggu kenyataan Perdana Menteri yang kata, dia tidak campur tangan dalam pemilihan Tom Wright dan WSJ sebagai pemenang anugerah SOPA.

Mari ketawa. Ketawa belum kena GST
Ketawa adalah ubat tanpa GST yang mujarab.

Takkanlah cerita mudah macam ini pun pengundi Kuale dan Sungai Besar tak faham kot?

Mustahil.

Wallahuaklam.

23 comments:

tia rosa said...

Najib ni setan bertopengkan manusia, rasa malu dah takde, akibat byk sgt menipu dan makan duit haram.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Ini barulah permulaan pembicaraan kes 1 MDB. Sebelum ini ianya adalah suatu perkhabaran dimana Alhamdulillah ramai orang kita tidak melatah walaupun dicemoh dan dikatakan bodoh. Biarlah mereka yang betul-betul ada fakta membuat hujah di Mahkamah supaya keputusannya boleh diterima dengan seadil-adilnya. Saya jangka prosesnya akan mengambil masa kerana ianya diperingkat timbang cara dimana pihak yang menuntut mungkin tidak dapat menyaman secara terus kerana mungkin ada halangan dimana mereka perlu minta pihak ketiga memerintahkan 1MDB tampil untuk menyelesaikan kes tersebut.

Saya tertarik dengan gambar orang tua tertawa yang Dato pamirkan. Ianya mengingatkan saya perpatah Inggeris yang mengatakan"The man who laugh last laugh best".Alhahamdulillah kita sudah pun berpuasa 10 hari. Semoga-moga kita mendapat Keberkatan Allah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision'
Petaling Jay

Orang Biasa said...

Assalamualaikum Datuk...

Hari ini org menang anugerah krn mdedahkan jenayah terbesar negara kita di peringkat antarabangsa..Wright dpt gelaran Editor of the year..pm kta dpt gelaran mnteri kwgn plg korup di Asia.

Di masa dpn,org akan filemkan trilogy 1mdb siap ada sekuel lg..mcm lord of the ring pastu untung berjuta2 $..rakyat malaysia pun ada juta2 $ juga,tp hutang..

sukasamasuka said...

Datuk.

Tahniah Tom Wright!

Tahniah sekali lagi kepada kamu, Tom Wright...syukur alhamdullilah atas daya usaha kamu yang sangat mulia itu kamu dapat anugerah 2016 Pertubuhan Penerbit Asia (Sopa) kerana mendedahkan skandal 1MDB.

Kami rakyat Malaysia sangat berterima kasih dan aku doakan moga2an Allah Taala akan sentiasa merahmati kamu dan keluarga kamu kerana kamu dipihak yang benar.

Atas usaha kamu itu maka berjuta rakyat miskin yang tidak tau kamu siapa, tetapi kamu lah yang akan menyelamatkan negara ini daripada hancur musnah akibat perbuatan jahanam dan durjana pemimpin-pemimpin bangsanya sendiri.

Kamu la, Tom Wright, yang sebenarnya mempunyai akhlak Nur Islam yang sebenar. Maka itu, aku akan terus berdoa moga-mogaan Allah Taala akan selalu melindungi kamu dan memberkati usaha kamu. Ameen.

Teruskan Tom!...teruskan.

Aku bangga kamu fasih berbahasa Melayu, dan aku harap kamu dapat baca blog ini.

Nasib baik juga kamu bukan Melayu, Tom Wright....kalau kamu Melayu yang sama juga macam yang ada di Malaysia ini, maka kamu tidak akan kemana-mana sebab ada satu Syaitan besar sudah kasi warning....si jahanam tu kata, jangan sukasuka tulis dalam media macam stail kamu.

Terima kasih Tom...terima kasih.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Takwim dia, yang juga dipakai oleh pemakan-pemakan dedaknya, kurang satu hari. Ada enam hari saja iaitu Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Selasa tak ada."


ish!ish!ish!...agaknya itu feng shui Bugis la tu Datuk....mesti si Cina Babi Jho Lo yang ajar kat dia...eeee dasyatnya!...memang kerja anak haram jadah durang ni.

Bayangkan lah hari Selasa tu adalah hari untuk semua orang, bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia....masa kan itu pun si jahanam tu mau kebas juga...sudah lah kebas bini orang...duit dan harta rakyat...sampai hari pun dia mau kebas juga...ishishish....agaknya itu mesti kerja haram jadah la tu.

Ingat kamu pemimpin-pemimpin UMNO yang dengan sewenang-wenang nya kamu "mengurangkan hak orang lain" dengan rasuah dan mencuri duit/harta rakyat...dan kepada pemimpin PAS serta ulama-ulama PAS yang bersubahat dengan UMNO...Allah Taala sudah berjanji yang Dia tidak akan ampunkan dosa-dosa kamu selagi rakyat-rakyat yang kamu tipu itu tidak mengampunkan kamu...ini bukan aku yang cakap. Hukum hudud ala UMNO/PAS itu hanya hukum mainan dunia saja...tetapi, kamu akan rasa nanti Hukum Hudud yang sebenarnya dari Dia sendiri.

Selagi aku masih hidup....aku haramkan "duit aku" yang kamu curi dari khazanah negara....tujuh keturunan kamu sial makan duit itu. Binatang lah kamu dan tujuh keturunan kamu...demi Allah aku bersumpah!

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kalaulah PM saman WSJ maka sudah tentu Tom Wright tidak menang hadiah kewartawanan Asia ini, WSJ pun tidak menang hadiah Pulitzer di Amerika juga kerana mendedahkan skandal yang sama.

Sekiranya liputan wartawan Tom Wright tidak betul dan tidak professional, maka tidak dapat dia menang hadiah.

Disebabakan hadiah dan pengiktirafan kepada wartawan yang mendedahkan skandal 1MDB, sudah tentu akan menggalakkan lagi lebih ramai wartawan luar negara untuk membuat liputan berkenaan 1MDB yang setakat ini adalah bebas dari saman.

Berita terbaru, pelakon terkenal Hollywood yang mendapat anugerah Oscar tahun ini iaitu Leornado DiCaprio akan dipanggil oleh "Department of Justice" berkenaan siasatan Red Granite. Ini berkenaan dengan pembuatan filem The Wolf of Wall Street yang mana sumber modal dari Malaysia untuk filem ini disiasat.

Zahril Mohd Zakir said...

Najib ni Setan Jadian.Jenis Spesis yang tak de Muka lagi Tanduk panjang berjela jela.Korang kutuk cam mana skali pun Najib ni Buat Muka Setannnn jer

panglimo potaseh said...

Dato, Salam Ramadan

WSJ dan Pemberitanya dah pun dapat anugerah dan penghormatan Antarabangsa kerana melaporkan skandal 1MDB. Tapi malangnya bak kata Dato, impak daripada skandal ini kita dah kehilangan hari selasa. Selagi Najib menerajui negara ini, seminggu kita ada enam hari sahaja. Jadinya bukanlah salah Mappadulung, jika beliau masih gagal untuk saman WSJ. Macam mana nak saman jika hari yang dijanjikan untuk saman dah ghaib.

Persoalannya dapat kah isu pengiktirafan antarabangsa keatas Skandal 1MDB ini, mempengaruhi keputusan PRK Sg.Besar dan K.Kangsar. Adakah ukuran daripada keputusan PRK ini dapat memberi penilaian akan kafahaman rakyat tentang penyelewagan terbesar dalam sejarah kemanusiaan ini. Mungkin ini akan dapat menjawab soalan Dato, bahawa takkan cerita mudah seperti ini rakyat tak faham lagi .. mustahil.

Atau apakah fikiran rakyat masih lagi sebagai yang ditafsirkan oleh Pak Sako dulu, ia itu seperti ayam mengejar dedak .. bila nampak beras atau dedak ditaburkan mereka lupa bahawa dunia ini bulat.

Tapi malangnya Penyamun Tarbus 1MDB ini ditentang oleh dua Lebai Malang yang masih mencari rumah kenduri mana nak dituju dulu .. perut dah lapar dah ni, selamat berbuka.

sukasamasuka said...

Datuk.

"bahawasanya kemenangan Tom Wright dan WSJ ini adalah PENGHINAAN – affront - kepada Perdana Menteri, para peguam serta mereka yang komited kepadanya."

Penghinaan????

Bukan ke PM Najib pernah dianugerahkan "The medal of King Abdulaziz"* (First Class, Jan 19, 2010)?

*The order is awarded to citizens of Saudi Arabia and foreigners for meritorious service to the Kingdom.

Tom Wright dan WSJ pernah ke dianugerahkan "The medal of King Abdulaziz"?...aku rasa macam belum pernah.

Jadi apa ke kemenangan Tom Wright dan WSJ ini juga menjurus kepada suatu PENGHINAAN kepada Kerajaan Saudi Arabia yang "memberi derma" sebanyak USD2.6 billion?

Yang menerima derma kena hina...yang menerima pun kena hina juga la.

Yang memberi derma itu orang Arab keturunan Saudi...suku kaum Arab yang beragama Islam....yang menerima derma orang Bugis...aku rasa mesti jenis suku kaum Bugis yang Islam juga la tu.

Ok...now, make sense...everything seems to fall into place.

Buang saja lah medal tu dalam tong taik...ptuuuuih!

Mat Bakar said...

Sallam DAKJ, selamat berpuasa.

Saya ingin bertanya kepada seluruh rakyat Malaysia siapakah yang akan membayar semua hutang 1MDB ini ? tak lain tak bukan anak cucu kita lah yang akan menanggung semua hutang ini tanpa noktah dan negara ini akan menjadi muflis seandainya kita gagal menjelaskan hutang ini mengikut ketetapan Mahkamah antarabangsa seandainya kes ini ke ICJ.

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah kita masih ada berhutang dengan negara lain membeli asset pertahanan seperti kapal selam, kapal peronda, kapal terbang dan lain lain peralatan berkaitan pertahanan negara. Seandainya kita gagal menjelaskan hutang hutang ini sudah pasti pembekal peralatan ini tidak akan membekalkan lagi alat alat ganti. ini bermakna kapal terbang pejuang, bot peronda tempur dan tambahan peluru meriam, peluru berpandu tidak akan dilayan. Semua peralatan pertahanan akan lusuh dan tamat tempoh perkhimatan. Jika ini terjadi negara kita akan terdedah kepada pencerobohan dan penyeludupan, malahan nyawa anggota tentera kita juga akan terdedah kepada bahaya kerana menggunakan senjata lapok dan usang atau kapal dan bot peronda kita tersadai di pelabuhan kerana tiada alat ganti.

Dalam keadaan sekarang pun kita masi gagal mengekang penyeludupan manusia dan dadah dengan peralatan serbah canggih apatah lagi kalau kita kekurangan asset yang saya sebutkan. negara akan jadi huru hara, jenayah pasti meningkat, kegiatan Abu Sayyaf berleluasa dan dari sudut pelancongan kita akan akan kerugian besar bila keselamatan pelancong tidak terjamin lagi. Lihat negara jiran kita yang sampai sekarang gagal menghapuskan kumpulan rag tag army Abu Sayyaf dan NPL kenapa ? mereka kekurangan asset pertahanan kerana telah dibankrapkan oleh Ferdinant Marcos dan Imelda Marcos semasa era Marcos dulu. Semua peralatan pertahanan mereka sekarang adalah barang terpakai yang di sedekahkan oleh US.

Senario yang sama akan berlaku kepada negara ini kerana kerenah 1MDB, bak kata ceti zaman aruah ayah saya meminjam dulu "Pokok tarak bayar tara apa tapi bunga mesti kena bayar kalu tidak court pegi.

Wallahuaklam.

Zali M said...

Mohon share Dato'.

ali along said...

Apandi pun dpt tan sri sbb cover najib.

adion said...

Dato

Jangan terkejut jika pemenang anugerah Kajai MPI - Petronas 2016 dapat kepada pemakan dedak.

Unknown said...

Tahniah Tom Wright. Nazri Aziz boleh lantik dia jadi duta pelancongan sbb nama Malaysia "harum" di mata dunia. Jgn pi tumbuk matsaleh ni pula


Chlun

ku_seman said...

Datuk, sebagai wartawan saya berasa sangat malu kerana kes yang membawa kemenangan kepada mereka di depan hidung saya dan rakan-rakan wartawan lainnya. Tetapi orang jauh di seberang laut yang dapat scoop dan menang. Adakah ini menunjukkan saya dan semua wartawan kita lekeh tidak dapat menghidu berita yang bertaraf dunia? Sebab itulah saya sangat malu. Tetapi mungkin wartawan-wartawan lain bukan sahaja tidak malu malah terus berbangga kerana mereka pun termakan pil khayal yang dijual di pasaran politik secra terbuka bahawa The Wall Street Journal (WSJ) adalah akhbar penipu. Kalau benar akhbar ini penipu, kita kena berbangga kerana usia akhbar ini menjangkau 150 tahun barulah nak buang tabiat menipu. Akan tercatat dalam sejarah bahawa selama ini WSJ menipu dan penipuan itu terbongkar di Malaysia.

Datuk, sekali lagi kita kena berbangga, kalau tidak kerana isu 1MDB WSJ tak dapat anugerah itu. Kita kenalah fikir positif Datuk. Kalau WSJ hebat, kita lagi hebat. Kalau tidak kerana kita mereka tak merasa nak julang anugerah itu. Hebat sungguh negara dan pemimpin-pemimpin kita ni Datuk. Bagaimanapun saya yang tidak termakan pil khayal seperti sesetengah wartawan lain tetap merasa malu kerana terang-terang kita kena scoop.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Takkanlah cerita mudah macam ini pun pengundi Kuale dan Sungai Besar tak faham kot?"

Selamat turun mengundi kepada saudara dan saudari di Kuale dan Sungai Besar.

Berat juga tanggungjawab kamu...seluruh Malaysia tertumpu ke situ pada saat saat ini.

Apa pun yang kamu undi, aku akan terima dengan tangan terbuka dan rela hati.

Mengundi la dengan baik, moga2an niat kamu akan tercapai.

Selamat mengundi!

Hidup calon-calon Deklarasi Rakyat!

Who is Anwar? said...

ANWAR RUSHED TO HOSPITAL AMID TALK OF NEW ROUND OF SECRET MEETINGS WITH ZAHID, NAJIB


Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=616506:anwar-rushed-to-hospital-amid-talk-of-secret-meetings-with-zahid-najib&Itemid=2#ixzz4Bkf6XmXH
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Who listens to him anymore?
Nurul Izzah, Azizah, please dont help Anwar . Too much to ask because you are his daughter / wife? Then zip your lips. Anwar will dig his own grave and disappear into obscurity.

aku said...

Kadiag, salaam.

Antara Tom Wright dgn hampa, aku rasa hampa yg lebih layak diiktiraf, pasai:-

1. Hampa gigih, istiqomah (‘consistent'),

2. Hadap 'clear and immediate (present) danger' kalu tengok kes Kevin yg ramai orang caya sabit kes ni.

3. Suasana tak menentu 'trust deficit', macam terbaru dlm kes 4 orang Serawak bebaih dari geng Abu Sayaf, yg kepala polis dan jawa bagan datuk dilapog kata tanpa bayag duit tebusan, tapi orang Serawak kata bayag. Lagi pulak takkan puak2 Abu Sayaf buat operasi tinggi risiko untuk saja2.

Sekali lagi, mintak maghap Kadiag, aku nak singgong sikit kes sewa kapai terbang mahai menantu Rahah tu. Katanya Fizi tak bagi pegawai menantu sertai majlih taklimat dia, kenunnya nak jumpa 'direct' dgn menantu dan bukan dgn tukang bawak beg dia. Teruih pegawai menantu sentap "tukang buat kopi jugak yg sumbat bos fizi ke bambu riba". Serentak dia ni dedah ada persamaan 'modus operandi' antara Liwat 1 dgn Liwat 2, dimana dlm kes pertama, orang pangkat rendah jugak, iaitu sofir (chaffeur) Wan Azizah yg jadi penuduh utama.

1: Pengkaji Jinayah atau 'criminologist' munkin tegerak dan kata 'basis' ada untuk konspirasi.

2: Sebelom Saiful buat laporan resmi, dia dikatakan betemu dgn orang yg munkin paling beruntung atau 'main beneficiary' kalu breder di sumbat ke bambu riba, iaitu anak Rahah.

3: Walaupon Saiful main peranan utama, ttpi dia di bantu suasana 'trust deficit' atau 'fidelity deficit' yg tinggi, macam dlm kes tebusan Abu Sayaf tadi. Secara langsong dlm kes ni, breder sorang saja yg dihukum 'mahkamah' pd hai tak salah aku, dia di caj bawah seksen besengkokolan atau 'cosensual' ka apa ka...

Macam mana pon untok pegawai menantu sindiag kata orang pangkat rendah tu yg sumbat breder ke bambu riba tak tepat, orang laa ni kata 'mengelirukan'...

Terima kasih Kadiag, dan mintak mangap no...
Selamat semporna posa,

Aku

Saadun Sulaiman said...

"Orang yang baik saperti Najib tidak mencuri wang(1MDB)itu" Merupa kan kata kata se seorang yang konon nya arif berkaitan "AGAMA ISLAM" dan kini bergelar Mursidul PAS. Persident flip flop nya juga serupa. Kini setelah Tom Wright yang mendedah kan kesah 1MDB dan mendapat pengitirifan, apa pula ulasan kamu yahai Haron Din, Hadi dan mereka yang telah di beri dedak oleh Najib. Berkata lah sesuatu, jangan diam aja.

awang batuburok said...

Salam Dato,

Kesian macai macai dan lebai lebai yg masih percaya "mustahil" PM(PENYAMUN MDB) masukkan duit berbilliong billiong kedalam akaun peribadi.

Kapada wala'un-wala'un, harap dapat bertakafur dan gunakanlah aqal yg Allah kurniakan untuk berfikir secara rasional.

Porak Den said...

Dato', 1MDB ini pun satu 'anugerah' utk rakyat menilai tahap kepimpinan pemimpin mereka.
Dan kita sendiri boleh menilai sejauh mana pulak penerimaan rakyat terhadap perkara ini. Samaada rakyat sudah cerdik atau maseh blh di perbodohkan lagi.Sama2 lihat keputusan prk sg Besar & kk.

msh said...

Salam Dato dan semua pembahas2 yg sy hormati.

Agak lama sy tidak memberi pandangan didlm blog Dato kerana 'fed-up'yg teramat sangat dgn kemunafikan makhluk seekor ini dan konco2 HZ pentedarah dedak dia.

Ini sekali2 tidak berarti sy tidak menyokong penulisan Dato....malah sy cukup bangga...terpegun dgn keberanian dan konsistensi Dato mengupas dgn terperinci semua isu2 membabit salah laku mahluk ini tanpa penat lelah.

Syabas sy ucapkan.

Sy tetap percaya semua yg Dato tulis ini tentunya dpt memberi penjelasan atau pencerahan dgn lebih jelas kepada rakyat betapa kejinya pemimpin seekor ini....dan adalah lumrah manusia terutama org2 Melayu yg selalu menerima dan mempercayai bulat2 pembohongan yg Pemimpin spt dia lakukan.

Adalah harapan sy agar org Melayu mula menggunakan akal dan berfikir dgn lebih matang...celik mata dan menilai pemimpin serta BERANI menolak pemimpin yg bersifat keji...walaupun terpaksa keluar Parti...tanda protes.

Sikap ketaksuban kpd Parti dan pemimpin wajar dikikis sekira ianya menjadi mudarat pd semua bila Parti dan ketua telah terkeluar dari landasan perjuangan sebenar..lebih2 lagi bila sentimen bangsa dan ugama mereka jadikan alat.

Bagi sy masalah besar dgn bangsa Melayu adalah kerana sikap suka mengambil jln mudah serta terlalu taksub dgn Parti dan pemimpin selain 'takut' untuk berubah 'change'.

Lagi pun Parti bukanlah ugama.... yg wajib kita dokong dan sokong jauh sekali menjadi taksub.
Sebaliknya...bila Parti yg dipimpin oleh ketua spt makhluk ini dan konco2 HZ dia melakukan 1001 kemungkaran...wajib ditolak sahaja.

Dato...sy percaya bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan atau dosa ..sekiranya kita org Melayu menolak Parti dan pemimpin spt mahluk ini ...tetapi dgn menyokong tambah mungkin barangkali.

Ini yg org Melayu perlu sedar.

Tidak dinafikan ramai org2 Melayu yg berkelulusan luar negara...alim ulama... cerdik pandai dan golongan profesional yg begitu dangkal sekali dlm perkara memilih ketua hingga sanggup membutakan mata dan hati menyokong walau pun tahu pemimpin itu besifat mungkar... alasannya...'Ulil Amri'.

Org Kedah kata ..."Ulik Amri apa hainya?...ulik Amri apa pulak?..hampa yg tongong baghal dok sokong penyamun dok kecin....muhung sana sini,,.. hampa kata Ulik Amri kunon".

Teruskan menulis kerana sy percaya dgn maklumat2 bersama fakta yg tepat... ianya dpt menolong ramai bangsa kita agar celik mata dan hati dan mengetahui perkara sebenar dari mempercayai bulat2 dgn pemimpin yg menipu...korup dan keji seperti makhluk seekor ini.


Wallahuaklam.

hamba said...

Assalam, orng melayu dari dulu lagi mmg bodoh, klu tidak cmna negara boleh dijajah....

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).