Tuesday, July 05, 2016

Nostalgia Raya Dulu Kala


A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 7 Julai – Mohon maaf kepada para pembahas kerana tidak dapat menyiarkan komen-komen berkaitan laporan 1MDB oleh Ketua Juruaudit Negara yang didedahkan oleh Sarawak Report (SR).

Laporan itu tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA). Adalah menjadi kesalahan mengulanginya. SR boleh menyiarkannya kerana ia tidak berpangkalan di Malaysia. Ia beroperasi dari United Kingdom.

Walaupun akses kepada SR di Malaysia disekat oleh kerajaan Malaysia, ia masih boleh dibaca dengan mudah menggunakan beberapa aplikasi web dan mobile percuma.

Minta tolong anak atau cucu kita yang cekap komputer untuk memuat turun aplikasi ini. Ia menyediakan perkhidmatan jaringan peribadi yang disebut sebagai “peer-to-peer network”.

Laman web dan blog yang disekat di Malaysia seperti SR dan Syed Outsyed The Box boleh dibaca menggunakan jaringan ini.

Posting Asal

PEMBAHAS “Aku” kata: “Ni musim raya mai lagi... teringat jugak aku kag budak2 kampong mai 'ziarah' romah ke romah, apabila dipelawa "naik la keromah, ada kuwe dan biskut, minum ayag", ada yg jawab: "tak mao, kami mai nak beraya, dan ambik duit raya saja..."

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Catatan dia kembalikan nostalgia berhari raya.

Dulu raya main mercun. Sekarang raya main handphone.

Dulu raya pasang pelita dan main meriam buluh. Satu kampung berkelipan dan riuh.

Jari tak putus, mata tak buta dan tangan tak luka. Sebab kita guna otak dan dengar cakap orang tua-tua. Meriam dan mercun bahaya jadi kita jaga-jaga.

Sekarang banyak yang tak tahu. Tapi nak tunjuk pandai. Akhir muka terbakar, jari berkecai.

Dulu lemang dan ketupat asli. Sekarang banyak yang pseudo. Masak dulu baru masuk dalam buluh. Dulu masuk beras, santan dan gula dalam buluh baru bakar. Yang bakar lemang mesti pakar.

Di Utara, ketupat berasnya pulut. Guna daun palas sebagai pembalut. Tak pandai rebus memang tak masak. Dapur kayu membuatkannya lebih enak.

Di Selatan pakai beras biasa. Beras jawi, kata orang Utara. Pembalutnya daun kelapa. Pun sama. Tak pandai bungkus tak jadi lah ia.

Sekarang ketupat, nasi himpit banyak yang palsu. Dibalut plastics ready to cook. Nak anyam sarung ketupat pun ramai dah tak tahu.

Dulu raya seronok gila. Bangun pagi buta pergi telaga mandi sunat raya. Airnya dingin tidak terkira. Kecut segala-galanya.

Pergi masjid jalan kaki. Pakai kasut baru punyalah ranggi. Belum apa-apa dah melecur kaki. Maklumlah pakai kasut baru setahun sekali.

Foong Kiong jenama popular. Kasut Bata dah ada tapi tak ramai yang mampu beli. Kasut kulit menanglah tak termimpi.

Lepas sembahyang raya, cepat-cepat melawat sanak saudara, jiran tetangga. Matlamatnya duit raya. Sepuluh sen adalah biasa, 20 sen bukan main gembira, 30 sen seronok macam nak gila.

Dapat cukup duit pergi kedai Cina. Beli mercun dan gula-gula. Singgah kedai mamak makan mi rebus. Tambah sotong sekeping sebagai bonus. Minum ais bandung atau air lemode.

Balik rumah terus tidur. Belah petang ziarah kubur. Lepas senja, kalau ayah kata ok, naik gerek pi Pendang. Makan mi goreng dan tengok wayang.

Sekarang balik kampung beratus kilometer. Naik bas, motor dan kereta. Jalan sesak lagi bahaya. Sepanjang jalan gelisah tak terkira. Teringat Whatsapp, Facebook, Instagram dan twitter.

Sampai kampung ramai berhimpun tapi masing-masing asyik dengan handphone. Itulah raya zaman sekarang. Tak boleh disuruh tak boleh dilarang.

Tengok televisyen pun dah kurang.  Itulah cerita dulu dan sekarang.

Wallahuaklam.

22 comments:

Ayah said...

datuk, saya nak komplen. kenapa sekarang hari raya takda cerita sarkas macam dulu dulu?

Fendi Ahmad said...

Saya budak kelahiran 89an membesar era 90an. Malam raya mesti melopong depan TV sebab satu famili nak demgar Tuan Perdana Menteri bagi ucapan. Bangga tengok Che Det. Sekarang, tak da siapa kesah PM punya ucapan. Tadi kerana di kompleks nak beli barang kebetulan depa bukak radio maka terdengar Tok Mappadulung berucap, mengungkit Kerajaan bagi BRiM yg dicepatkan kerana nak bantu rakyat berHari Raya. Kesian!!!! sedih !!! Pilu !!!

yana said...

Salam Datuk AKJ.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Datuk A. Kadir Jasin dan keluarga, maaf zahir dan batin andai pernah terkasar bahasa.

Semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi Datuk sekeluarga. Berhati-hati di jalanraya dan di mana jua Datuk berada.

Aku said...

Kadiag, salaam dan selamat hari raya, maghap zahiag batin no...dan terima kasih banyak.

Kesah nostalgia hang memang buat aku teringat djaman doeloe doeloe..., meriam buluh ada, bau balik asap kabad dok mendidih, pelita ayam ada, gerek pon ada...masya Allah... teringat dok kayoh tepi bendang, anak dok kad ataih keriya ("carrier") kad belakang, pupu dia ataih handelbar di depan...tuju ke masejid, mata hari tengah hari dak rasa, angin buat daun nyog lambai lambai... dan kalu kemarau, dengung wau kadang2 meraung sayup sat, kuat sat, ikan masih ada dalam tali ayag, bangkai anak itek pon ada, senyap saja dia terapong, dah damai dah dia...

Tapi Kadiag, macam baru kemaren. Basah, ayag dikulit mata...

Aku

abdul majid said...

Salam Aidil fitri Datuk...

"Dulu lain, sekarang lain".

Jenama Foong Kiong, itu la kasut sekolah saya & sangat sesuai guna waktu main sepaktakraw awal 80an. Shop itu masih wujud di-jalan Bangsar sebelum Shell, apek itu juga masih hidup.
Kira kedai alatan sukan la shop itu.

Pantai Dalam, Pantai Bharu, Jalan Bangsar, Jalan Travers sama juga as 'dulu lain sekarang lain'. Yang masih sama adalah, Melayu kawasan ini all almost tetap sama dalam banyak aspek. Ada kereta sebab terpaksa ada but tetap jadi penghuni PPR & rumah pangsa yang kini digelar 'low cost apartment'.

Unknown said...

Indeed Datuk...everyone is hooked on their smartphones and this really sad.

These gadget also need 'fasting', too especially during family gathering, Hari Raya and so on...

Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri Datuk...be safe

Nur Barzakh said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.


* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI*
*MAAF ZAHIR DAN BATIN...*

Sempena ketibaan Syawal yg penuh berkah, saya sekeluarga mengambil kesempatan mengucap.......
'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI'.

🕌Jadikanlah peluang menyambut Aidilfitri ini utk menjernihkan yg keruh dan saling maaf bermaafan. Semoga Allah menerima segala amalan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan mengekalkan kita dlm ketaatan serta ikhlas dlm melakukan kebaikan.

عن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ :

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا

اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ :

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .

Dari Jubair bin Nufair berkata :
Bahawa apabila para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berjumpa/bertemu sesama mereka pada hari ‘ied (Idul Fitri atau Idul Adha), maka mereka satu sama lain mengucapkan :
“ Taqobbalallahu minna wa minka "
 (Semoga Allah menerima amalan ku dan amalan kalian).”
Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahwa sanad hadits ini adalah hasan.

" Selamat Hari Raya "

" تقَبَّلَ الله ُمِنَّا وَمِنْكُمْ "

“Semoga Allah menerima amalan kami dan amal kalian.”

Ikhlas dari nurbarzakh

١ شوال ١٤٣٧ = 6/7/2016
ماشاءالله تبارك الله....

Baju kunen said...

Time changes. There was really nothing special about raya in your time. Time waits for no one. And im pretty sure those that celebrated raya in the 1800's could have written something about their raya and yours. And besides that's the price you pay to be advanced. Unless you still want the Malays to be without running water and electricity

Adnan Ahmad said...

Sungguh teruja dengan susun kata dan gaya bahasa yang Dato sampaikan

hangkedee said...

Dulu Dan sekarang berbeza bila raya pi perkena mee tongek depan panggong empire 2kupang kenyang berdeeaih.kini campur GST mee Abu sepingan rm5 henngit
Selamat Hari raya Tok kadiq...raya balik tanah merah dak..?

Joe Harry said...

Salah satu punca malas nak tengok tv. Sedang asyik tengok tv, tiba-tiba muncul wajah najib bersama ucapannya, terus tutup tv,
Bagi saya, najib tidak akan melakukan apa-apa tindakan untuk menambah baik pendapatan punduduk luar bandar. Dengan itu najib dapat mempromosikan diri dia dengan pelbagai bantuan. Kononnya dia adalah perdana menteri yang pertama ambil tahu kesusahan rakyat.
Semoga rakyat malaysia dapat menilai dengan fikiran yang terbuka siapa najib..amin.

Adion said...

Nasib baik la najib kasi brim cepat. Kalo tak alamatnya tak beraya le kita.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin Dato.

NordinabilaH said...

Dato itulah dia transformasi apa yg kita lalui dahulu tidak akan jumpa lagi mungkin generasi akan datang dah tak balik kg lagi raya sendiri sendiri rendang dan ketupat akan dihantar melalui delivery
Selamat hari raya maaf zahir batin kpd Dato dan peminat blog ini dari saya ammmiiinnñ

Zalman A said...


Delamat Hari Raya Datuk, maaf zahir dan batin.......

Waghih said...

Zaman dulu .. berlalu ...

Zaman sekarang .. mendatang ...

Zaman Tun M dah lalu ...

Zaman DSN sekarang ...

Salam Aidil Fitr al Mubarak.

Waghih.

FanTun said...

Datuk,
Selamat hari raya saya ucapkan
Kepada Datuk dan rakan rakan
Demi negara Datuk teruskan
Semoga rakyat tidak ditekan

Pada Tun Mahathir ucap selamat
Dipanjangkan umur Allah pun berkat
Didoakan Tun selalu sihat
Bimbinglah kami menentang pengkhianat

Makin hari semakin dekat
Pengkhianat negara ramai dah lihat
negara sendiri bermegah kuat
Luar negara ramai yg siasat



RD. said...

Selamat Hari Raya, Dato sekeluarga & peminat The Scribe.

NajibNazak said...

Waghih,

Zaman TDM walaupun dah berlalu,

Legasi tetap ada sampai sekarang,

Zaman Si Najib Bapuk Bugis,

Apa yg ada? Kecuali Bantuan Rasuah 1 Malaysia..

Rakyat makan taik, Jib dan para menteri sibuk spin bohong sana sini sbb nak cover up mecilukkan duit 1MDB.. 1 Malaysia Dan Bankrupt

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato'@ Selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Seram bulu roma setelah membaca tulisan Raja Putera mengenai TDM diblog Malaysia Today.

Nampak semuanya berpihak kepada Najib biar sekuat mana ribut dan taufan melanda.

Kalau betul saperti yang ditulis oleh Raja Putera, malang sungguh nasib yang akan menimpa TDM dan bagaimana kita hendak memperjelaskan perkara ini kepada anak cucu kita.

Dato juga telah berada di pihak TDM harus mencari jalan bagi merungkai kekusutan ini supaya TDM kekal dalam buku sejarah sebagai seorang negarawan bukan saperti yang diramalkan oleh Raja Putera hanya sebagai En Mahathir akibat dari beberapa kes jenayah yang mungkin dikenakan kepada TDM.

Iklas,
Rahim

zainal abidin awang kechik said...

He had split personality

rahman jpc said...

RCI tidak mungkin dpt d mulakan kerana saya tlh d maklumkan bahawa Baginda Tuanku tidak begitu berkenan jika apa jua keputusan akan mengakibatkan 'controversy'

dengan semakin terburai nya amklumat mengenai 'heist of d century' ini, maka harapan terbaik adalah tindakan mendesak drpd dalam.

sekarang adalah juga waktu yg terbaik bagi najib menyembah sujud d hadapan Tun Raha utk memohon nasihat ikhlas drpd seorang ibu.

saperi mana dato tlh nyatakan tempoh hari bahawa nama baik Raha/Razak tlh tercemar.
tak mungkin ia nya bolih d pulihkan lagi. dbest that they can/shld do now is damage control.

RD. said...

Siapa la nak percayakan tulisan Raja Putera aka RPK, hari ini. Masa dia bersama Pakatan dulu, lain lah. Ketika itu, Malaysia Today adalah rujukan utama dan memainkan peranan penting dalam kejatuhkan Pak Lah.

RPK juga adalah punca 'Akuan Bersumpah' atau SD menjadi bahan-jenaka, hilang sengat dan diragui di Mahkamah. Beliau pernah bersumpah (buat SD), mengatakan Rosmah berada di lokasi dimana Altantuya dibom, kemudian melarikan diri ke UK.

Seorang pelarian yang pernah menjadi musuh no.1 kepada keluarga PM sehinggakan Najib terpaksa bersumpah-laknat di Masjid, kalau tak silap, lebih sekali, menafikan kenal atau punyai hubungan dengan Altantuya.
Yang pelik, dalam kehilangan berbillion wang Rakyat akibat 1MDB, sebagai PM dan Menteri Kewangan pada masa yang sama. tidak pula dia berani bersumpah-laknat, menafikan keterlibatan dalam sebarang salah-laku.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).