Friday, August 05, 2016

Parti Baru Gabung Warisan dan Pembaharuan


A Kadir Jasin


CATATAN awal yang ringkas dan tentatif mengenai parti politik baru yang akan ditubuhkan.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Berikut adalah fakta awal/tentatif yang saya dengar dan pelajari mengenai parti itu:

1. Permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan dibuat secara atas talian (online) seawal hari ini dan dokumen sokongan akan dihantar secara peribadi pada hari Isnin.

2. Jawatankuasa penaja terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi/chairman), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Presiden), Kamarul Azman Habibur Rahman (Setiausaha) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bendahari). Ahli jawatankuasa terdiri daripada Anina Saadudin, Akhramsyah Sanusi dan Syed Saddiq Abdul Rahman.

Ahli jawatankuasa penaja parti warisan peribumi
3. Ia adalah parti Melayu/Bumiputera (peribumi).

4. Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.

5. Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang Barisan Nasional. Perbincangan awal telah pun dimulakan.

6. Ia akan memasukkan ke dalam perlembagaannya ikrar berkaitan reformasi sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta mengehadkan tempoh pemegangan jawatan parti.

7. Ia berhasrat menggabungkan perjuangan dan pengalaman generasi lama dengan aspirasi dan kecerdasan minda generasi baru.

NOTA Kaki: Akhbar Sinar Harian melaporkan dari Kangar pada 4 Ogos bahawa usaha menubuhkan parti baru akan diberi kelulusan segera sekiranya semua syarat dipenuhi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya beliau tiada masalah untuk meluluskan permohonan membentuk parti politik baru itu.

Wallahuaklam.

30 comments:

Rizwan said...

kalau ikut cara najib, sampai PRU belum tentu parti ni akan diapproved pedaftarannya. Moga2, Putrajaya tidak akan menyekat lagi suara demokrasi baru

Rizwan x-umno

Fendi Ahmad said...

Doa dan keyakinan kita semaikan
Demi meneruskan perjuangan suci
Jangan sekali tamak haloba jadi makanan
Jadi pengkhianat punah harapan pertiwi

dt rahman pekan said...

salam d kj,

saya dah tak sabar hendak memohon sebagai ahli.

amat berterima kasih jika blog ini dpt memberi panduan bagaimana hendak memohon sebaik sahaja ia nya d luluskan.

saya tlh beriltizam utk membantu gempur kawasan Pekan.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Skrg ada slogan baru perjuangan dalam UMNOdoh: Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri, Kalau pandai berbohong, UMNO sokong jadi Perdana Menteri. Bapa Klepet semakin kuat dengan polisi Sebattiyyah atau Sebatjelah duit rakyat.

Waris Jari Hantu said...

Mampukah parti baru ini bermula dari zero?

Bagaimana dengan kekuatan kewangannya? Adakah memerlukan ihsan daripada parti pembangkang-pembangkang yang lain?

Saya bimbang sekiranya parti baru ini gagal menang sebarang kerusi dalam pru - 14 nanti dan hanya terkubur begitu sahaja.

Unknown said...

Salam Datuk

Saya berdoa akan permohonan itu di luluskan secepat mungkin. Sungguhpun ' I am keeping my finger crossed '.

Once lulus, saya sendiri akan beriktiar menarek anak Melayu utk menjadi ahli parti di bawah naungan Tun M ini

Insyaalah.

A KADIR JASIN said...

1. Saudara Saudari pembahas sekalian, saya dimaklumkan yang pendaftaran ahli akan dibuat dengan dua cara. Satu atas talian (online) dan dua dengan cara lama.

2. Saya yakin sebaik saja RoS meluluskan pendaftaran, proses mendaftarkan ahli boleh dimulakan dengan cepat.

3. Tetapi yang lebih penting ialah ahli parti baru ini ikhlas, cergas dan proaktif.

4. Tak guna ramai ahli macam yang Umno dakwa kalau tak hadir mesyuarat dan yuran pun orang lain bayar.

5. Ahli parti baru ini wajib cergas dan proaktif kerana mereka mesti sekat parasit yang akan cuba menggunakan parti ini sebagai landasan peribadi mereka.

Wallahuaklam. Terima kasih.

origin said...

Assalammualaikum Dato' & para pembahas,

Semoga semua penduduk peribumi (bumiputra) mendaftar menjadi ahli dan menyokong parti baru ini. Diharap pucuk pimpinan parti baru ini amanah, bersih dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib peri bumi di Malaysia terutama kaum minoriti Orang Asli di Semenanjung.

Zalman A said...


"4. Tak guna ramai ahli macam yang Umno dakwa kalau tak hadir mesyuarat dan yuran pun orang lain bayar.

5. Ahli parti baru ini wajib cergas dan proaktif kerana mereka mesti sekat parasit yang akan cuba menggunakan parti ini sebagai landasan peribadi mereka."

Salam Datuk,

The mat salleh say, "old habits die hard".

Let this not be a party for rent-seekers and kontrak-seekers and dedak-seekers.

You must pull away the Umno GRASSROOTS to the new party. Many are looking for a new home.

The single biggest advantage that the Bugis lanun has can be summarised in 2 words:

Hadi Wang. (The wrong spelling may be deliberate : )

As long as PAS has agreed with the Bugis lanun to split the votes, then he will still win GE14. But I suspect Hadi Wang will end up cheated, like so many before.

Hence, PAS co-operation is very important.

I think TSMY and Azmin can make it happen.

The efforts must start now.


Benciperasuah said...

Umno harus dikuburkan.. nasik dah jadi moi... gara-gara najib jadi mo1

RD. said...

I pun dah tak sabar untuk jadi Ahli.


"6. Ia akan memasukkan ke dalam perlembagaannya ikrar berkaitan reformasi sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta mengehadkan tempoh pemegangan jawatan parti."

Harap-harap, Perlembagaan party meletakkan syarat berikut:-

-PM tidak dibenarkan samasekali memegang jawatan Menteri KeWANGan, pada masa yang sama.

rahimlpp@yahoo.com said...

Selamat maju jaya. Usaha itu tangga kejayaan. Tetapi mencari kejayaan secara memanjat tangga sudah tidak relevan kepada Melayu zaman kini.

Semua mahu kaya dan berjaya segera saperti budaya makan mee segera. Sebab itu tamaddun Melayu hancur. Malas bekerja tetapi mahu kaya.

Kekayaan diperolehi secara menipu, rasuah atau menjadi alat bangsa lain.

Semuanya mahu kaya cepat. Perebutan kekayaan memusnahkan tradisi dan kesopanan bangsa. Budak pemuda masih beringus pun sanggup meludah muka negarawan.

Semoga apa yang diusahakan oleh Tun Mahathir akan berjaya dan dapat membentuk semula tamaddun bangsa bahawa kejayaan atau kekayaan bermula dari tangga pertama bukan secara diterjunkan dari udara.

adion said...

Salam Dato

harapan agar parti baru ini lebih telus dalam perjuangan mereka...
Mulakan ketelusan dengan semua jawatan terutama di peringkat pusat di undi secara direct oleh semua ahli... cara online atau apa jua cara yg sahih.

Jika dalam parti benar benar denokrasi dan telus, tiada pemakan dedak yg akan di angkat melindungi pemimpin dan seterusnya menghancurkan parti itu sendiri

Fendi Ahmad said...

Seperti juga saudara Daniel Noor, saya akan bergerak promo dengn cara saya bagi meramaikan ahli-ahli parti ini. Sebagai pendidik maka memang ramai mereka yang masih "bersih, suci dan berjiwa besar" di kalangan "peminat dan penyokong" saya yang akan masuk parti ini

jumbeaux said...

Salam Datuk

Ini perkembangan yang positif. Kita patut war-warkan lagi parti baru ini kepada orang Melayu. Sasaran ahli sepatutnya bukan hanya kepada ahli-ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan PM Najib, tetapi juga kepada "silent majority" yang selama ini hanya melihat dari luar. Terutamanya golongan professional dan pendidik.

Kalau kita lihat semalam, sudah mula keluar suara-suara yang mengutuk hasrat penubuhan parti Melayu baru ini. Ada yang berpandangan liberal mengatakan sebuah parti khusus untuk orang Melayu "ketinggalan zaman". PM Najib pula cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan menyerang Tun M secara peribadi. Seolah-olah segala yang berlaku hanya pertelingkahan peribadi antara beliau dengan Tun.

Bagi saya adalah amat penting bagi parti baru ini difokuskan kepada orang Melayu. Jangan pedulikan kata orang. Kita perlu rumah yang baru bila rumah lama sudah dimakan anai-anai dan tidak dijaga oleh penghuni-penghuninya iaitu kepimpinan dan perwakilan UMNO. Jika tidak orang Melayu akan merempat dijalanan.

Datuk,

Sememangnya banyak cabaran akan dilalui oleh parti baru ini nanti. Contohnya, adakah budaya-budaya buruk UMNO akan dibawa masuk oleh bekas-bekas ahli UMNO? seterusnya membuatkan "silent majority" jelak untuk turut aktif di dalamnya. Banyak lagi masalah-masalah lain yang akan timbul. Saya harap Tan Sri Muhyiddin dan kepimpinan baru nanti akan mempunyai visi yang jelas dan juga kudrat yang kuat untuk memastikan parti baru ini nanti benar-benar mewakili semua orang Melayu. Budaya-budaya yang tidak baik jangan dibenarkan masuk walau sedikit pun.

Karl said...

Jangan parti baharu ni jadi hidup segan mati tak mahu seperti Deklarasi Rakyat.

Pisang berbuah dua kali, tapi pokok dah lama mati. Apa maksud teka-teki ini, wahai tuan yg bijak bistari?

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Parti baru ini setahu saya adalah untuk orang melayu atau Bumiputra sehaja. Ianya berbeza dengan PRK, PAS atau Amanah.

Oleh itu, parti politik ini ditubuhkan supaya dapat bersaing secara terus dengan UMNO.

Saya ada baca, ada juga pembahas walaupun tidak suka kepada Najib dan ramai pemimpin UMNO tetapi masih ada sentimen yang kuat kepada UMNO. Bagi mereka, UMNO perlu diselamatkan.

Bagi saya, tidak ada sebab satu parti orang melayu seperti UMNO tidak boleh ditambahkan menjadi dua atau tiga.

Yang paling penting dalam sebuah kesatuan manusia seperti satu parti politik adalah ahli-ahlinya, bukan namanya.

Zaman sekarang, manusia itu sendiri boleh diklonkan. Seorang manusia boleh dijadikan dalam makmal menjadi 2 atau 3 dengan teknologi DNA. Apatah lagi parti politik.

Dato Azmin Ali mencadangkan formula Pakatan Harapan + Parti Baru + PAS sebagai lawan dengan BN.

Ini mungkin bermakna Parti Baru tidak masuk secara langsung dalam Pakatan Harapan (PH).

Ini mungkin strategi yang baik tetapi saya tidak berapa yakin dengan +PAS. Agenda PAS adalah berlainan dengan yang lain.

Walaubagainmanapun, saya berharap parti baru ini akan mengubah dinamik politik negara kepada yang lebih baik.

Kalau dalam satu kampong, ada satu saja kedai roti canai mungkin tak baik, tapi kalau ada 2 kedai roti canai , maka ada persaingan yang menguntungkan orang ramai.

Kampong man said...

DAKJ,
Party come and party go.Some survive and some don't.UMNO is not born yesterday.A new party with personal agenda just to get rid of that one man and his UMNO will in a matter of time akan menjadi macam pepatah Melayu kata 'Hidup segan mati tak mahu' kesudahan nya akan mati begitu sahaja tanpa PERJUANGAN yang jitu.Rome is not built in a day omputeh kata
But those rejected and dissatisfied UNNO DNAs can try since we practise democracy here in Malaysia.No big deal.Get DSMY and Tun M do it quickly since they look to be so helpless now as the PM has the BIG support of his UMNO members.ROS will have no problem approving it,surely.GE is just around the corne and the new party need the time to get organised to defeat UMNO and BN.
Sorry,i wish not to be associated with this new party as i have benefitted greatly from the policies of UMNO and BN thus far,my education especially not dedak as the ANC term it.All the best to this new party.See you folks next GE then.Cheers.

Zalman A said...


Melayu hari ini adalah Nama Sahaja Melayu, dan Nama Sahaja Islam. UMNO itu Nama Sahaja Melayu dan PAS pula Nama Sahaja Islam. Akan perbuatan mereka sebenarnya, tidaklah seMelayu dan tidaklah seIslam.

Mereka mempertahankan prinsip nafsu kebinatangan dan menolak  prinsip2 serta nilai2 yang mulia. Mereka menyokong pemimpin yang buruk dan menolak pemimpin yang baik. Maka jadi negara ini porak poranda dan kacau bilau.

Janganlah kita lupa, jatuh bangun bangsa Melayu ini bergantung kepada baik dan buruk pemimpin dan pimpinan. Baik pemimpin, baiklah kerajaan dan negara. Buruk pemimpin, maka buruklah negara dan bangsa.

Itulah pengajaran yang paling asas dalam tulisan klasik bangsa Melayu yang sudah tidak dibaca lagi dan dihargai oleh bangsa Melayu.

Minda Melayu sudah turun jatuh beberapa darjat kerana asyik membaca komik dan novel2 seks sahaja.

Bertolak dari prinsip pemimpin buruk membawa keburukan kepada pemerintahan, pemimpin baik memberi kita kerajaan yang baik, maka prinsip berikutnya ialah- mengeluarkan pemimpin yang buruk itu, adalah matlamat keutamaan kita. Mengeluari pemimpin yang buruk menyelamatkan negara. Kemudian barulah ditetapkan peraturan dan sistem yang baru.

https://senapangsakti.wordpress.com/2016/08/03/belajar-dari-warisan-budaya-sendiri/

Aku said...

Kadiag, salaam.
Aku tesentak jugak hampa buat parti untuk Melayu/Bumiputra - Peribumi ni...tapi pikiag2 kod pasai hampa nak tumpu tarik sokongan dari ahli2 UMNO laa ni. Baguih laa.
Magnanya hampa dah bukak gelanggang baru...tapi pada aku la...depa ni bukan tonggak yg 'kritikal' pon kad pimpinan UMNO. Lebih utama kad depa ialah, aku rasa, kebanyakkan kakitangan kerajaan, dari kepala pendakwa, kepala polis, kepala2 media, ke tukang kebun sekolah..
Nombo 2, sesekali dgn kakitangan kerajaan ni, tonggak depa ialah fulus....dari macam2 sumber yg hang pon 'arip.
Aku harap hampa bulih juga sasag tonggak2 ni secara, orang Indonesia kata, tuntaih.
Banyak kerja hampa dan Pi'e di Sabah kena cepat2 buat, temasuk kena buang banyak 'bagasi' yg lama2 tu...semoga berjaya.
Yg teraihnya, izin aku, hampa kena pasak harap semata-mata pd Allah S.W.T.
Wa sallam,
Aku

Mujahid said...

Kampong Man,

saya juga banyak terhutang budi dengan UMNO serta polisi memperjuangkan agenda Melayunya. Dari sekolah berasrama penuh, ke pendidikan luar negara, sehinggalah bekerja di GLC sebelum berniaga sendiri.

Sungguhpun saya bersyukur dan berterimakasih kepada UMNO, namun yang saya nikmati itu adalah hasil polisi dan kepimpinan lampau. Itu yang pertama.

Yang kedua, walaupun saya berhutang budi dengan UMNO, namun saya tak teragak-agak untuk menolak UMNO yang ada kini. Kerana Allah berfirman kepada Nabi Ibrahim, jangan mengikut tradisi membuta tuli apabila tradisi itu sudah songsang.

Alangkan bapa sendiri pun kita diwajibkan tolak!

Inikan pula kepimpinan yang tidak amanah, terbukti kuat menipu (bukan sekali!), ada kemungkinan mencuri wang dan merompak harta benda negara (menjualnya kepada kuasa asing), serta zalim (mengenakan cukai ke atas kanak-kana dan warga miskin sedangkan VAT luar negara tidak begitu zalim).

RD. said...

The only conspiracy, if there is any, is saving Najib from the long arms of the law.

The fact is, Najib have a penchant for soliciting dubious middlemen and at the same time, wasting billions of Rakyat's money. He even admitted in Parliament, spending RM7.2 Billion on Advisers and Consultants, just 5 years into his tenure.

Remember Razak Baginda?...He took-on a jet-setting lifestyle in kafir-countries, after bagging 'consultation fees' from us, the taxpayers?
It had been 14 years since, but still Altantuya and today her murderer Sirul, can still haunt UMNO and BN at every GE.

Not to mention Deepak Carpet who got RM30 million, interest-free loan from Bank Rakyat.

But Jho Low, the Najib's middleman in 1MDB, went even further. He held a mega-booze wild-party with Hollywood's infamous sexy celebrity, Paris Hilton. Or was it Reza Aziz's idea to start the ball rolling on his film-making venture, The Wolf of Wall-Street. If it was, that publicity sting sure worked wonders. Hollywood's fraternity, California and the whole of US went abuzz with news of the wealthy Chinaman's wild and extravagance party. Paparazzi took pictures of Paris Hilton partying with Jho Low then sold them to media outlets.
Obviously, Jho Low's mega-party raised a lot of eyebrows all over the world. This itself is sort of, a betrayal to Najib and his band of thieves. In-fact, its the smoking-gun that led SR, WSJ and New Times investigative report on 1MDB. Hence the precursor to that so-called, 'conspiracy' to overthrow Najib or maybe, the legitimate government of Malaysia.

If there exist foreign interference or aggression against Malaysia, it was Najib's 1MDB that gave the enemy the opportunity to do so. Najib is solely to be blamed. Even the setting-up 1MDB, through public borrowing, was not brought-up to the cabinet for discussion.

Therefore, I strongly suggest that the next PM after Pak Lah & Najib, should be barred altogether from holding the Finance portfolio.

Zalman A said...


Salam Datuk,

http://documents.sarawakreport.org.s3.amazonaws.com/1MDB-Filing-MALAY_Rev1.pdf

Nie lah "PERJUANGAN" sebenar Parti Dedak Najib.

Wajib baca.

Terima kasih.

Zed-85 said...

Kampong Man,

About “gratitude” as the reason for your continue support to Najib, I believe there are a lot of people who support Tun M because of the same reason, as they benefited from Tun M policies for 22 years.

UMNO did not make policies, it is Tun M government that make the policies that benefited the Malays.

Those days, the government had enough money for scholarship for the Malays. Quite a number went to overseas via scholarships. UK, US, Scotland etc...

Nowadays, the last I heard, the government proposing PIBG to collect money from parents as there is not even enough funds for schools.

GE itself is not the only thing in democracy. The decision making process by the voters are part of the package in democracy.

We do not have live telecast of debate between head of political parties like the UK, US to ensure people are well informed before they head to the polls.

Luckily, with modern technology, we have blogs like this so that people are able to think before they vote.

Kampong man said...

Mujahid,

1.Hebat sekali lebai kita ni meneruskan FITNAH.Kita nampaknya mengharungi jalan yang sama dapat dan diberi peluang dari kampong masok ke SBP hasil dari satu polisi gomen UMNO/BN yang perihatin pada rakyat terutama orang Melayu yang ketinggalan dari segi pelajaran dan ekonomi tetapi hebat berpolitik.Zaman saya dulu cuma ada lima SBP.Kami menduduki HSC Science ketika negara mengharungi tragedi berdarah 13 May.Just to give you an idea that i am that young like you sir.Left fat salary in O&G and continue doing same O&G business until today as proncipal owner.

2.VAT di UK has long been implemented when i was there early 70.VAT di luar negara tidak begitu zalim?. Jelas anda kurang faham dalam isu VAT(GST) di Malaysia jika dibandingkan dengan GST di seluruh dunia am nya dan negara jiran khas nya.Sudah buat kajian?.

3.Anda nekad mahu menjatuhkan satu kerajaan yang konon nya tidak amanah ?.Yang kurang bijak sebenarnya adalah pengundi2 yang terus memberi laluan dan kemenangan pada parti yang sama selama ini.Sungguh bercelaru rupanya orang Melayu kita ni.Apakah pemerintahan Tun M tidak mendapat sokongan dan mandat dari ahli2 UMNO apabila beliau memerintah saperti dictator selama 22 tahun.Saya sokong beliau walaupun politically tidak lagi relevent tetapi masih punyai penyokong tegar.Berbagai fitnah dan spekulasi dilemparkan pada PM kini sahingga mereka tidak nampak kebaikan beliau dan mereka terus buruk sangka.Apabila Tun M berkokok dan mahu menjatuhkan parti keramat orang Melayu,UMNO secara TIDAK demokratik anda berfikiran ini solution terbaik.Huh..masih tetlai awal....Terbukti!kemenagan di Sarawak,Sg Besar dan K Kangsar dengan lebih bermaruah dan baik dari di PRU 13 apakah bukan bukti pimpinan PM ini mendapat kepercayaan pengundi? dan beliau harus ditolak sekarang?.Mereka tidak menghormati demokrasi nampak nya.

4.Saya meramalkan parti baru ini akan GAGAL dan lebih akan memecahklbelahkan perpaduan orang Melayu itu senditi. Cukuplah dengan parti Melayu apa yang ada.Pandangan ikhlas dan jujur saya.Wallahwu'alam.

Kampong man said...

Zed 85,

It is not just a mere 'gratitude' per se.More to it surely.The forming of another party by a RICH and desperate Tun M is not the best solution in my view when we very well can anticipate the outcome.The malay voters are aware of his 'ricalcitrant'attitude to gun down past leaders and now a mandated PM,Najib.Tun M would not have survived 22 years had this modern technology and freedom of speech and rights which are protected by law now ecist his time.Tun M time ,with all due respect, is over.He should retire gracefully and let other mandated young leader/s run the country until he is voted out.Fair?.
Glad you are still here and DAKJ allows this free flow of opinions however bias.I am just a passenger here now.Have done it in the past here.Tun M was selfish not to have a good sucession planning when he shoud groom more leaders in UMNO then but NO. Hehe...Cheers dude.

Zed-85 said...

Sallam Kampong Man,

Saya pun pernah juga tinggal di UK seperti saudara. Saya ingat dulu semasa saya berada di UK, tak pernah saya dengar Mat Salleh kata, "kita kena ada satu parti sahaja supaya orang kulit putih tak berpecah belah, takut nanti orang Pakistan jadi PM England".

Sekarang ini kebetulan pulak, Mayor (Dato Bandar) untuk London orang Pakistan, orang Islam. Orang putih sendiri pilih orang Pakistan jadi Dato Bandar.

Tidak pula menjadi huru-hara di London sampai gereja tak boleh bunyi loceng hari ahad.

Memang VAT telah sekian lama dijalankan tapi di UK tak banyak cukai-cukai lain.

Lesen memandu bayar 10 tahun sekali sahaja, toll tidak banyak kecuali di jambatan dan terowong sahaja. Kereta murah kerana cukai untuk kenderaan baru tidak banyak.

Kita ini dekat Malaysia, banyak sangat yang nak kena bayar. Beli kereta macam beli rumah.

Di UK, sebenarnya diamalkan dan dipraktikkan “Rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan”.

Zalman A said...


Salam Datuk,

It is only fools who would believe that Parti Dedak Najib has any further sincerity towards Bangsa, Agama or Negara.

We remember with gratitude the contributions of our first 4 PMs, yes and even the 5th, if you wish.

But the 6th?

Are we to be grateful for the few crumbs he throws the rakyat, while stealing billions for himself and mismanaging the country?

I would rather not be a fool.

The Malays must open their eyes.

Thank you.


Mujahid said...

Kampong Man,

do tell, which part would be the alleged FITNAH? Much of what I have said is a matter of public record. Jangan dalam menuduh orang lain FITNAH, kita yang ter-FITNAH orang tersebut.

For example, the part about menipu berkali-kali? How about a guy who went from saying he knew nothing about having money in his personal pockets, then said it was a donation to fight the IS, then it was a donation to fight the DAP and Jews?

How about a guy who blatantly lied to Parliament not once, but twice? And now that the bank has been closed down, where are all those units now?

Did he have money in his personal accounts? Yes, millions, said his own lawyer. Yes, billions, said his own Attorney General, who then claimed he had sent most of the "donation" back without even so much as showing us a paper trail. Now, would you as the big shot owner of an O&G company, accept it when a manager of yours gives you the same excuse - I'm sorry, "reason" - that he had spent a million of your company's finances on a special project without furnishing any details whatsoever? That's very generous of you.

VAT in the UK is exempt for certain items. Not so in Malaysia - the tax is applied wholesale. Oh, were you trying to allude to the quantum? Then perhaps you know the British VAT also started out low, and there is no guarantee that the GST will remain at its present rate?

So it would seem your beef is with a recalcitrant Mahathir and not with rejecting a party that has lost its way. Was Mahathir a dictator for 22 years? Yet he allowed open dissent in UMNO assemblies whereas today's leadership wouldn't even tolerate contrarian views.

Continue your support for an even more authoritarian rule, if you wish, that's your perogative as the owner of a thriving O&G company (that succeeded hopefully with no kickbacks given out of misplaced gratitude).

Rashid said...

Zalman A,

I see that you will be good campaigner for this new parti Bersatu.I don't buy this kind of arguments that The Malays have 'not open 'their eyes and further you imply that they are corrupted and are fools.They cannot be that naive like you are3.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).