Tuesday, August 09, 2016

PAS Boleh Saman Tapi Sumpah Lagi Berkesan


A Kadir Jasin


WABAK skandal 1MDB terus merebak. Terbaru ditakuti terkena jangkitannya ialah Parti Islam se-Malaysia (PAS).

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Sarawak Report mendakwa parti ulama itu telah menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.

Semestinyalah dakwaan itu dinafikan dan dibantah keras oleh PAS.

Timbalan Presidennya, (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas pengendali portal berita itu kerana berniat jahat serta mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak mengaitkan PAS dengan Umno,” kata Tuan Ibrahim kepada media massa.

Dalam ulasan saya di portal berita Free Malaysia Today mengenai ancaman Tuan Ibrahim itu, saya menulis:

“1. RM90 juta terlalu banyak. Tak berapa masuk akal. Kalau RM9 juta lebih logik.

2. Najib amalkan dasar "duit itu raja". PAS pula perlukan dana untuk lawan Amanah dan hadapi pilihan raya. Jadi "sedekah" daripada Najib atau Umno adalah logik.

3. PAS boleh saman Sarawak Report. Kalau PAS saman, PAS jadi lebih berani daripada Najib, Umno dan kerajaan. Najib ancam saja tapi tak saman.

4. Tapi sebagai parti ulama, orang lebih percaya kalau PAS sumpah dengan al-Quran yang laporan SR itu “fitnah.”

Saya rasa PAS tidaklah terlalu naif untuk menyedari bahawa pendiriannya terhadap skandal 1MDB dan penglibatan Mohd Najib dalam skandal itu memberi signal yang mengelirukan.

Ini menyebabkan ramai percaya memang ada kerjasama terselindung antara PAS dengan Umno.

Ramai berpandangan bahawa setidak-tidaknya pun Presiden PAS, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya (Datuk) Dr Harun Din telah berpindah ke alam gelap (dark world) dengan menyokong dan membela Mohd Najib secara terbuka dalam kes 1MDB.

Jadi apabila ada pihak yang mendakwa PAS menerima “sedekah” daripada Mohd Najib untuk tutup mulut, mesti ada orang yang percaya.

Nak salahkan orang ramai pun tak boleh juga sebab ada banyak suara dalam PAS dan jalan cerita mengenai kerjasama dengan Umno pula sering berubah-ubah.

Wallahuaklam.

51 comments:

Unknown said...

Salam DAKJ
Parti Tok Lebai pun bukan ma'ksum yg suci daripada dosa. Kalau berita dari SR adalah fitnah dan sebagai Muslim yg baik, jangan tuding jari kpd orang lain. Sebaik2nya periksa diri sendiri...muasabah diri... Cari dimana salah/silapnya hingga timbul fitnah (kalau benar berita itu fitnah).
Idea 20¢ saya mungkin tidak bernilai!

PutraKraken said...

Salam Datuk

Adi! Halon!...yu wannabe my fren?...
Yu now yu can get many benifit by be fren wit me...I am Cash King.
I spon you naik haji...pi umrah yu now...
It is vely esi...just do wat I say...and yu can be my fren..
Next election yu...become my frenlah....yu split vote ...3 kona fight...so that my UMNO can win...I spon your pati...OK.

So...PAS is my fren now...
Adi and Halon...in my poket...

Tuan Man...yu wanabe my fren?...wat color shirt yu like?

Zalman A said...


Salam Datuk,

"Tapi sebagai parti ulama, orang lebih percaya kalau PAS sumpah dengan al-Quran yang laporan SR itu “fitnah.”

The party president and Mursyidul Am must lead the way.

I posted several months ago that my friend is extremely sure that part of the notorious 2.6 billion was allocated to PAS. The fact that some political parties and persons received cheques seems to support that. But of course, for PAS, it would have been "disguised" as an "Islamic donation" perhaps.

Now that it's clear where this duit haram came from, what do the party president and Mursyidul Am of PAS have to say?



Zalman A said...


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menyindir ‘Malaysian Official 1’ dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan memberi cerita mengenai perompak yang membuat kebajikan, akan tetap juga dipanggil perompak.

Memuat naik status kiriman dalam Facebooknya, beliau menceritakan:
“A bayar ke B, B pula bayar ke C, C bayar ke D, dan D ialah kawan-kawan karib yang ada hubungan dengan pengurus besar A.

“A dengan mudahnya menegaskan tiada salahlaku dan tiada duit yang hilang. Bagi A, urusannya hanya dengan B, tak kisahlah samada B ini syarikat kosong ataupun tidak.

“Pendek kata, apa yang B buat dengan duit A, bukan masalah A, walaupun duit yang dibayar ke B akhirnya pulang ke mereka yang rapat dengan pengurus besar A melalui C dan D.

“Akhirnya yang berhutang hanyalah A. Pihak B, C dan D menikmati gaya hidup termewah di dunia.

“Meskipun demikian, masih ada yang memuji bahawa syarikat A banyak membuat kebajikan. Namun, perompak berkebajikan tetap adalah perompak,” katanya.

Sebelum ini, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dengan kerjasama DoJ Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperolehi melalui dana 1MDB.

Dalam saman itu, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi ‘Malaysian Official 1′ (MO1).

Zalman A said...


Tindakan saman itu menggambarkan apa yang didakwa Sarawak Report itu sebagai palsu. Sama ada laporan itu palsu atau tidak, ia tidak dapat diterima dengan tuntas. Tegasnya setakat hari ini, laporan itu sesuatu yang menarik dan memberi impak baharu kepada Pas. Laporan itu masih "valid".

Tindakan Tuan Ibrahim itu nampaknya gapuh sedikit. Beliau sepatutnya tidak membuat kenyataan balas tanpa membuat penyelidikan. Gara-gara itu menyebabkan kenyataan itu boleh makan tuan. Tindakan timbalan presiden Pas itu juga boleh membangkitkan keinginan web berkenaan untuk lebih ghairah lagi termasuk sedia mendedahkan nama pemimpin parti berkenaan yang mendapat habuan itu.

Saya tidak fikir web berkenaan tidak terfikir dengan apa-apa tindakan daripada Pas sehingga membawanya ke mahkamah.

Apa pun orang ramai boleh membuat berbagai-bagai spekulasi dengan laporan berkenaan. Mereka yang percaya bahawa pemimpin Pas bertaraf maksum atau setengah wali, akan memaki hamu dan menyumpah seranah web berkenaan. Mereka akan menuduh berita itu adalah fitnah dan jahat. Jangan-jangan idea atau sumber diambil portal berkenaan daripada DAP? Mungkin ada yang akan menjual cerita demikian.

Sebaliknya mereka yang mengenali hati budi dan karektor pemimpin Pas, tahu bahawa bukan semua pemimpin Pas bertaraf wali atau maksum, akan mula membuat siasatan berhubung perkara ini. Pepatah berbunyi jangan sangka orang berkopiah semuanya baik, menyebabkan mereka akan konfius terhadap Pas dengan laporan itu. Game yang dimainkan oleh web berkenaan baru bermula.

Pendeknya laporan itu memberi satu dimensi baharu terhadap Pas oleh orang ramai. Bahawa Pas juga terlibat dalam menerima wang dana yang telah menimbulkan kontroversi itu.

Integriti Pas jatuh merudum.


http://msomelayu.blogspot.my/2016/08/benarkah-ada-pemimpin-pas-terima-rm90.html

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Bapa Klepet Negara yang asalkan radar Sebattiyyah dan Sebatjelah juga tidak jadikan berita Sarawak Report tu. Hadi Wang dan Haron Duit juga senyap. Apa maknanya semua balik ini. Tuan Ibrahim yang tidak dapat dedak1MDB (1 Malaysia Ditimpa Rencana) saja yang meraung. Kesian Tuan Ibrahim. RM100j tolak RM10j komsen orang tengah, dapatlah Pas yang fail ni RM90j. Untuk tutup mulut parti taraf Pas ni tidak banyak dan tidak cukup pun untuk PRU14 tidak lama lagi.

Mat Muar said...

Ha ha.... Nama pun PAS, mestilah selalu Pass up the buck! he he

Zed-85 said...

Sallam Dato,

Sekarang ini, ada perbedaan ketara pendirian antara Haji Hadi, Haron Din, PAS yang berpengkalan di Kelantan dengan yang lain-lain.

Hadi Awang dan Haron Din yang yang sebenarnya membuat keputusan manakala kata-kata orang seperti Tuan Ibrahim boleh dianggap seperti cakap kosong sahaja.

Agenda PAS yang utama pada pandangan saya adalah untuk survival parti dan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Perkara yang lain tidak diambil berat sangat.

Parti Melayu yang baru mungkin baik kerana boleh mengurangkan “leverage” yang ada PAS dalam perbincangan (negotiation) untuk hadapi PRU terutamanya kawasan luar bandar.

PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar adalah contoh terbaik menunjukkan kesudahan lawan 3 penjuru.

Saya rasa adalah baik untuk Parti baru dan Pakatan Harapan membuat ikatan secara formal supaya pengundi akan faham bahawa mengundi PAS adalah perbuatan yang sia-sia seperti yang terjadi di PRK yang lepas

Unknown said...

Salam sdr datuk AKJ. Saya sangat setuju dgn cadangan supaya PAS bersumpah utk membersihkan dirinya dari palitan wang 1MDB. Tetapi sebelum itu dan juga sebelum ambil tindakan menyaman SR ada baiknya Tuan Ibrahim, Timbalan Presiden pastikan betul2 dgn Presiden dan Mursyidul Am yg mereka tidak terima apa2 bantuan kewangan dari Najib. Salam hormat, Kamarudin Md Nor

Buah Kerdas said...

Memang dakwaan SR ini satu yang memeranjatkan PAS tetapi tidak semestinya orang ramai turut terperanjat. Semalam Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis, rasanya di Kota Bharu. Mohon pencerahan kepada pembaca yang arif tentang undang-undang; yang saya musykilkan ialah SR itu beroperasi di Britain bermakna "fitnah" itu dibuat di sana kenapa pula buat laporan polis di Malaysia?

awas said...

sudah lama dengar cerita ini..
dan desas desus kawan kepada pemimpin pas dapat project RM600m..

Wallahua'lam..

Tuan Punahsihat said...

Salam Dato,

Saya rasa agak tidak munasabah kalau wang sedekah itu dimasukkan kedalam akaun resmi PAS.

Kemungkinan wang itu dimasukkan melalui akaun peribadi ejen ejen/barua umno/bn yang menyamar sebagai ahli PAS, mungkin boleh berlaku.

Strategi "cash is king" sangat hebat dan efektif sehingga berjaya menghancurkan Pakatan Rakyat yg sudah hampir dengan kejayaan
menumpaskan umno/bn dalam PRU2013.

sukasamasuka said...

Datuk,

Pedas Datuk.

Sakitnya tuh di sini Di dalam hatiku
Sakitnya tuh di sini Melihat PAS selingkuh
Sakitnya tuh di sini Pas kena hatiku
Sakitnya tuh di sini Kau menduakan aku

Unknown said...

Salam Datuk

Saya yakin nanti PAS minta SR kemukakan 4 saksi.

Skrg sepwrti saya lihat ' Relifion is being prostituted just for their Political glory and Personal gains '

Wallahualam

sukasamasuka said...

Datuk,

"1. RM90 juta terlalu banyak. Tak berapa masuk akal. Kalau RM9 juta lebih logik."


RM9 juta tu "sedekah" taik hidung dari UMNO...HA! HA! HA! .

Tetapi, kalau lebih RM90 juta, padan muka Datuk.

Apakata, kalau kurang dari RM9 juta pula...itu namanya "sedekah" taik palat...paloi!

Jangan dihina PAS ba...kesiaaan durang...biar la mereka "berselingkuh" dengan UMNO...itu la konsep sukasamasuka...

Teman Yob said...

Ladies and gentleman the winner in that two ADUN Sg Besar and K Kangsarthree cornered fight as expected is UMNO/BN.Thank you voters for voting my party UMNO.

Pas will perform better than this new party next GE.Who cares about new party.

kampong lad said...

salam Tok Kadiaq, what kind of sumpah did you suggest? tolong habag mai sat.

Tok Janggut said...

Aku sokong PAS saman Sarawak Report atau seangkatan dengannya termasuk kamu.
Mungkin menang dan dapat duit satu hal. Hal yang lain ialah maruah terpelihara.
Betul ke tidak aku rasa korang takyah lah pening2 kepala. Yang penting perjuangan perlu diteruskan.

Hidup BN

awanggoneng2 said...

Ini lah masaalahnya, PAU (PAS AND UMNO) dah syok dan sukasamasuka, tetapi tak mahu bernikah secara halal.

Bersekedudukan secara tidak sah bahaya Lebai!!!

A KADIR JASIN said...

1. kampong lad, satu sumpah yang dibenarkan oleh Islam dan kedua sumpah kata PAS atau orang tertentu dalam PAS tak terima sebarang hadiah, dedekah, derma dan sogokan daripada Najib atau Umno atau kerajaan.

2. Takkan parti ulama nak sumpah bersaksikan busut atau batu giling macam orang dulu-dulu minta nombor ekor.

Terima kasih.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

...yang amalkan dasar Sebattiyyah juga tidak nafikan berita Sarawak Report tu...

Jay said...

Tunggu hari Selasa utk bersumpah & saman.

Mat Safian said...

Husam dah keluarkan bukti ada penyelewengan dlm pengurusan air kelantan yg melibatkan pimpinan PAS negeri Kelantan. Semua bukti dah ada siap dgn rakaman perbualan telefon dan nombor akaun individu. Husam dah minta Hadi buat repot polis tapi Hadi tak mau.

Inikan pula nak sumpah bab dapat RM90 juta, lagi la Hadi tak mau angkat Quran.

msh said...

Salam Dato.

Kasihan Tuan Ibrahim...terpaksa melompat melatah nak saman SR.
Nampk sngt dia kurang cerdik 'gempak' mcm ini.
Cakap....siapa pun boleh...serupa Bugis HZ dulu2 juga nak saman SR tetapi sepi bisu selepas itu.

Dato...kita kena faham kenapa Tuan Ibrahim selaku Timb Presiden Parti terpaksa 'gempak keling'.
Semua gara2 nak 'cover line' supaya pengikut2 tegar yakin bahawa Parti ini bersih... jujur..amanah dan tidak terlibat dgn apa2 kotoran najis yg dibawa Bugis HZ dan tidak terlibat apa dgn duit 'derma' atau duit 1MDB yg dituduh SR masuk akaun Bugis HZ.

Ha ha..,inilah politik.
Bila 2 Ketua Pas besar sudah bersekongkol dgn Penyamun...apa lagi yg org bawah spt Tuan Ibrahim boleh lakukan.

Terpaksalah melompat melatah..walaupun membodohkan diri sendiri kerana terpaksa 'tow the line'.

Kasihan dia.
Serupa KP Kamjat dlm UMNO jugalah Tuan Ibrahim ini.

Kalau sy jadi dia....sy Keluar sahaja dari Parti Lebai kulop ini yg mempermainkan ugama demi survival diri Ketua2.

Kasihan dia ...dah jadi kamjat.

1280 K Tmn Malik said...

Tuan, penjelasan yg paling mudah

Pemuda PAS bodoh.. tiada locus standi nak saman SR. Tak kemana pun report polis sbb sibuk main twitter.

Nak tunjuk hero kat tok nenek dlm PAS yg x tahu apa2 ttg undsng2.

Fitnah? Rasa sy x. Ada betul juga PAS dapat imbuhan drp MO1, sbb PAS sudah ke LAUT. Tapi yg masyuk bukan tabungan PAS tapi top notch ppl spt Hardy Aweng n Haron Jin.

Tukang arrange.. agak2 siapa? Nasha???

Fikir fikirkan ya, PAS juga manusia. Ada nafsu juga. Sbb tu ad 2,3 dan 4 payung emas....

1280 K Tmn Malik said...

Saksi 4 org...

1. Hardy Aweng
2. Haron Jin
3. Hasan Cari Makan
4. Apandi Mulut Itik
+ 1 lg.. IGT..Inspector General Tweet

1280 K Tmn Malik said...

I would like to suggest...

Sesumpah

1280 K Tmn Malik said...

Selasa tahun 2090.. sekali dgn Al Jibby saman WSJ

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Setahu saya tuduhan Sarawak Report adalah wang masuk kepada pemimpin tertinggi PAS.

Nampaknya Hadi Awang tidak menjawap soalan yang dilemparkan kepadanya.

Soalan yang ditanya mudah sahaja bukan orang mintak dia berikan fatwa.

Ulama tidak boleh berbohong. Kalau berbohong akan dibalas di akhirat dengan balasan yang lebih berat dari orang biasa.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Lancag hang jolok isu PAS munkin dapat fulus dari sumber tak jelaih. Petah sakan. Al maklum laa...orang lama kerja sorat habag.
Di perenggan 4, 'coretan' hang kali ni, aku tempek:

"4. Tapi sebagai parti ulama, orang lebih percaya kalau PAS sumpah dengan al-Quran yang laporan SR itu “fitnah.”"

Izin aku tegog sikit no...takat yg aku tau, sumpah dlm Islam bukan dgn al Qur an, tapi dengan sebut nama Allah, misainya dgn lafaz "demi Allah", dlm budaya popular, macam dlm adegan Jamil bin Abu dok komplot dgn 'pak mentua' dia dgn kaki bebalut selepaih 'belanggag' dgn lori taik.

Magnanya kalu PAS nak bersumpah, tak 'syari'i' la kalu dgn al Qur an, tetapi kena sebut nama Allah. Aku cuak jugak nak sebut pasai hukum2 ni, pasai aku bukan tera pon bab2 hukum, jadi kalu ada orang lebih 'arif bulih tegog, alhamdulillah, terima kasih.
Wallahua'lam.
Dan yg sangat dhoif,
Aku

Urang Awak said...

Salam Dato....

Teringat pada sabda Nabi saw...

Akan tiba masa diakhir zaman ... para2 ulama & ilmuan agama merupakan seburuk2 kejadian dibawah langit. (the worst creature beneath the sky)

Ulama2 skrg ulama carik makan....Perut boncit2 berlaka

sukasamasuka said...

Datuk.

"Perut anak lapar, saya curi daging buat rendang, kata ibu tunggal...10 Ogs 2016...

Nor Farina Che Ya, 38...mengaku mencuri di sebuah pasar raya berhampiran Dataran Centrio, Seremban 2, Seremban.

Barang-barang yang dicurinya adalah daun kunyit, daun pandan, serai, daging kambing, syampu rambut, minyak angin, pakaian dalam, seluar dan tudung, semuanya dianggarkan bernilai RM262.86.

Mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, hukuman maksima yang diperuntukkan adalah 10 tahun penjara dan denda. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, pesalah boleh dihukum penjara, denda atau sebatan."

(http://www.malaysiakini.com/news/351823)

Dalam kita sibuk berpolitik...isu yang macam ini sebenarnya berleluasa...apa pun sebab nya... kita kena prihatin...ramai juga orang kita Melayu yang terlibat...dianggarkan 5-10% barang2 di pasaraya kena curi...yang tanam pisang pun kebunnya kena curi bukan olih siapa tapi orang2 kampong...

Bukan isunya pasal curi...tapi kenapa selepas 60 tahun, banyak orang kita masih dalam kemiskinan???...dikampong2 pendalaman, macam macam ada cerita...cuba kita renung ada seorang ibu tunggal, anak 4 orang, menjual ditepi jalan raya, tapi tidak dapat BRIM???

Teman Yob said...

4 Saksi pembangkang terbaik dan hebat.

1.Mat Sabun clown dari Amanah
2.Lim Guan Eng equally korup dari DAP
3.Wan Azizah gelabah dari PKR
4.Mohyddin murtad UMBO dari BERSATU.
+ satu lagi Husam khianat Pas

Adi said...

This time you melalut la DAKJ

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Ramai yang mencadangkan Hadi Awang bawak 4 orang saksi semasa nak saman Sarawak Report di London nanti.

Setahu saya syarat 4 saksi adalah,

Orang Islam,
Akil Baligh,
Orang yang siuman kepalanya,
Bukan orang fasik. (iaini yang yang tidak berdosa besar)

Kalau orang fasik , orang makan dedak tidak boleh jadi saksi. Kalau orang perempuan kena 8 orang saksi.

Ada juga orang yang mencadangkan Lim Guan Eng jadi saksi. Lim Guan bukan orang Islam, tidak cukup syarat jadi saksi mengikut Mazhab ASWJ.

sy16 said...

salam sihat & sejahtera
Datuk

kita tahu Dato' Tuan Ibrahim bekas pensyarah. sy percaya integriti sentiasa menjadi prioriti pegangan beliau .

ramai memandang tinggi pada beliau.

jika beliau mendapati pemimpin tertinggi PAS
ada menerima wang seperti disebut SR, beliau mesti memastikan pemimpin korup itu di tolak.

jika itu tidak berlaku , tentu beliau tahu apa perlu dibuat until tidal bersekongkol dengan ustaz yg korup.

Salam juang

. tq. sy 16

Zalman A said...



DANGER........

Malaysia is keen to reach a settlement with Abu Dhabi's sovereign wealth fund over a US$6.5 billion (S$8.7 billion) dispute with 1Malaysia Development Berhad (1MDB), as the stand-off heads into arbitration next month.

The talks with Abu Dhabi's International Petroleum Investment Company (IPIC) will help the government decide on legal action against 1MDB's previous management or directors over the soured dealings, Second Finance Minister Johari Abdul Ghani told The Straits Times in an interview last week.

The stand-off over a debt asset swap between the two state funds forms part of a financial scandal engulfing Prime Minister Najib Razak that led to calls for him to resign.

The Najib administration faces public pressure to take action against senior 1MDB officials responsible for the financial mess.
"It doesn't look good for two countries to fight over a business transaction. This is all about getting two parties to sit down and discuss and thrash out whatever differences that we have," Datuk Johari said in the interview.

1MDB signed a debt asset swap deal with IPIC in May last year, but the Emirati firm claimed in April that 1MDB has not repaid a US$1 billion advance and applied for arbitration in London, where it is publicly listed.
Mr Johari said his ministry, which owns 1MDB and provided indemnity on the deal, is "trying to see if we can settle this amicably".

THESE CROOKS ARE USING TO USE THE CCCC EAST COAST RAILWAY DEAL TO PLUG THE GAP.

Why is IPIC even mentioned in the documents? Why is Jho Low in there? Why is the govt dealing with a firm (CCCC) that is banned by the World Bank?

If the Chinese govt is serious about corruption, then ask the Chinese embassies in London, New York, and the Beijing govt to respond.

IPIC should not accept the proceeds of corruption in order to cover-up the original corruption.

Zalman A said...



Johari also told the publication that talks with IPIC would help the government decide on legal action against 1MDB's previous management and board of directors, if they were proven to indeed be culpable for the weaknesses and mismanagement that have been noted.

"You must get the complete story, only then can you see if there was any negligence," the publication quoted Johari as saying.

The dispute between the two state funds stems from the supposed diversion of 1MDB funds meant for a debt swap deal with IPIC, and forms part of a financial scandal engulfing Prime Minister Najib Abdul Razak.

The Najib administration faces public pressure to take action against ex-1MDB officials responsible for the alleged mismanagement, as well as calls for the PM himself who was the funds advisory board chairperson, to step down and take responsibility."

So, you're going to run to the Arabs with money stolen from Malaysian taxpayers via the inflated CCCC deal, in order to cover the earlier wrongdoing?

The UAE are quite aware of how MO1 conspired with the two IPIC Arabs and Jho Low.

As a Muslim country, will they condone corruption?

The Chinese government must examine the CCCC documents.

They must answer.

Din said...

Salam Paspispus, mana dia keyboard warrior yg selalu dok backing Pas. Awatnya la ni hangpa dah jadi bisu ka, atau bisul dah tumbuh kat mulut. Tuan Man Tuan Ibrahim akan dipecat dari Paspispus mcm TSMY kerana selalu membuat komen mendahului Tuang Presideng Pembohong Bersiri. Kah..kah..kah pemakan dedak gak rupanya.. Saman Sarawak Report la oiii

RD. said...

Betul Dato.
Saya pun sudah perasan yang PAS telah masuk 'dunia-gelap atau Dark World.

Dulu, memang saya ingat nak beralih sokongan ke PAS setelah kemelut 1MDB-Najib & Jho Low terbongkar. Dari Razak Baginda ke Deepak Carpet...bershopping mewah di Negara Kapir....saya masih boleh bersabar, sokong Najib, tetapi bila sampai pada Jho Low & hutang berpuloh Billion & harta-pusaka tergadai, hanya untuk bayar bunga keatas hutang....saya jadi fed-up and meluat.

Pada mulanya saya tidak setuju, sebuah Party Baru ditubuhkan. Tetapi, bila PAS kelihatan 'rapat' dengan UMNO-Najib.....saya terus putus-asa. Tiada pilihan lain, melainkan ditubuhkan sebuah lagi Parti untuk menganti UMNO-Najib, termasuk semua kaki-bodek beliau.

Saya yakin PAS akan berpecah sekali lagi. Jika berpecah kepada Amanah melemahkan, berpecah kerana 'Cash is King' akan menjahanamkan PAS, kali ini. Kewibawaan PAS akan terjejas teruk. Kerana PAS berjuang guna Agama sebagai landasan, Agama Islam akan turut terjejas. Sudah tentu ramai Ahli Politik PAS lebih sayangkan Agama, tidak mahu imej Islam tercemar kerana 'bersubahat' dengan UMNO-Najib, klepet WANG Rakyat.

Ini lah peluang terbaik kepada PAS untuk membuktikan kepada Dunia bahawa Islam menentang pembaziran & penyelwengan WANG Rakyat dengan menjauhkan diri dari UMNO-Najib.

Bulan October ini, Bill Persendirian Haji Hadi akan dibahas di Parlimen. Kita nantikan apa yang akan berlaku.

RD. said...

Tambahan.

Saudara Nordin Abu Bakar.

Mungkin setelah Tuan Man Tuan Ibrahim dipecat, dia boleh tuntuth Haji Hadi Bersumpah Laknat, tak terima WANG dari UMNO-Najib.

RD. said...

Saudara Tok Janggut.

Maruah apa yang Saudara kata, perlu dipelihara atau perjuangan perlu diteruskan?

PAS berpolitik guna Agama untuk menarik penyokong. Dengan bersekongkol dengan UMNO Najib pun, Maruah & image Agama akan teruk terjejas. Nama Najib amat buruk, lebih-lebih lagi di Negara Kafir akibat dakwaan DoJ terhadap 1MDB-Najib. Malah Negara kita dilabel sebagai 'Kleptocracy', iaitu Negara 'Rule by Thieves'. Kita pula mendabik-dada sebagai Negara Islam. Sudah la Islam dikaitkan dengan keganasan, sekarang sebuah Negara Islam dikaitkan pula, kelepet WANG Rakyat untuk tujuan peribadi golongan pemerintah.
Tak malu ke?

Nanti Islam diperlekeh & dihina kerana PAS & UMNO berbaik-baik dan 'ikatan' persahabatan mereka adalah WANG yang diklepet dari milik Rakyat Malaysia, termasuk bukan-Islam.

M5 said...

Tuhan mana ada nama. Kalu ada nama tu bukannya tuhan la.

Sekian, terima kasih.

1280 K Tmn Malik said...

How about Jibby + So Rosey + Reza Aziz + Jho Low?

Lg credible witnesses...

Hahaha

1280 K Tmn Malik said...

Tuan,

Ada sekoq sini PASPISPUS supporter..

Teman Yop,

Skrg dah jadi anjing PASPISPUS + D'UMNO

1280 K Tmn Malik said...

Tuan, yg cadang LGE jadi saksi tu kita suruh kalau Jho low pon blh jadi saksi..

Kot2 Jho low lebih bagus drp PAS ppl.

Tapi sy rasa Al Jibby bagi Dedakah kpd PAS..

Btw DAKJ... i like u ussd the word DEDAKAH sbg gangi kps Sedekah...

Bravo

Buah Kerdas said...

Pada bacaan saya, Tuan Ibrahimn cuba asak Presiden PAS untuk panggil mesyuarat bincangkan tuduhan SR. Memandangkan Timb. Presiden telah kata akan saman bermakna mesyuarat itu kena putuskan sama ada hendak saman atau mencari jawapan kenapa tak mahu saman. Jika saman bermakna akan ada perbicaraan mahkamah dan semua bukti akan dididedahkan SR di situ. Jika tidak saman kenalah cari ayat-ayat Quran atau hadis untuk meyakinkan penyokong dan bakal pengundi. Misalnya, Sayidina Abu Bakar diam tidak menjawab sepatah pun kata nista biadab seorang Yahudi pada beliau sehingga membangkitkan amarah para sahabat yang bersamanya. Bila ditanya mengapa, beliau memberitahu sahabatnya bahawa beliau diam bukan tidak tahu jawapan kepada isu yang dibangkitkan Yahudi tetapi beliau ambil masa berfikir sama ada hendak menjawab atau tidak sehingga Yahudi itu berlalu. Kata omputih "silence is golden". Mungkin itu antara jawapan PAS sekiranya tak jadi saman SR. Agak saya lah.

Tindakan Tuan Ibrahim ini boleh juga dilihat sebagai satu strategi nak "checkmate" kan Presiden aje. Forget not, he is a politician.

harp said...

jing jibo ni kat sini pun dia ada menyemak.hujah kosong..

joe black said...


Dato,

Tak payah nak saman Claire dari Sarawak Report. Raja kepada Makhlok Halus dan Jin Afrit yang sekarang memimpin Pas patut hantar Saja Jin Jin ke England untuk hapuskan musuh baru ini.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Saya sangat bersetuju dengan pandangan DAKJ bahawa sumpah lebih berkesan daripada tindakan saman. Amat tepat sekali saranan DAKJ itu.

Komen Mat Yet dalam Harakahdaily Online 11 Ogos mengenai laporan berita yang bertajuk "RM90 juta: Siasat motif Sarawak Report" menarik perhatian saya.

Berikut saya salin semula komen Mat Yet tersebut:

'Tak payah buat laporan polis. Tak payah saman SR. Mari kita buat kerja mudah saja. Kita minta TG Haji Hadi bersumpah sambil menjunjung al-Quran di Masjid dia di Rusila.

Ini lafaz sumpah TG Haji Hadi setelah dia terlebih dahulu mengucap Dua Kalimah Syahadah dan beristighfar:
"Demi Allah, sesungguhnya aku bersumpah demi kebesaran-Mu, ya Allah, bahawa aku tidak pernah menerima sogokan wang sebanyak RM90 juta atau lebih atau kurang daripada Mohd Najib Tun Abdul Razak atas apa-apa maksud sekalipun.

Sekiranya aku berbohong, ya Allah yang Maha Mengetahui, maka menjadilah aku manusia yang celaka secelaka-celakanya."

Sekiranya cadangan saya ini dilaksanakan, saya yakin bahawa keyakinan rakyat kepada PAS utuh seutuh-utuhnya. Dan, insya-Allah PAS akan mencipta kejayaan luar biasa dalam PRU ke-14 nanti.

Maafkan saya. Saya ikhlas.'

msh said...

salam Sdra RD.

Betul kata sdra tentang bagaimana Pas mempergunakan Ugama untuk survival politik parti.

Tetapi apa yg ketara dewasa ini...ia lebih kpd survival ketua2 tertentu sahaja.

Ada lah begitu mustahil Hadi sebegitu bengong atau tolol menerima bulat2 cerita Bugis HZ bahawa duit yg diklepet itu adalah duit derma.
Demikian jugalah dgn dedak sebnyk RM90 juta..yg dinafikan hingga Tuan Ibrahim bertindak spt Kamjat nak saman SR.

Ini politik HZ yg dilakunkan oleh Ketua2 Pas demi untuk survival parti dan diri sendiri bilamana Umno bergabung dgn Pas.
...hingga Penyamun dijadikan kawan.

Dasar Pas kini jelas..."matlamat menghalalkan cara" agar masih dilihat relevan.


Bertaubatlah Hadi....KALAU HANDAL SANGAT....BERSUMPAH LAH.

Tidak perlu berserban sebesar bakul dan berjubah kununnya alim jika Ugama dipergunakan dan dipersendakan.

Tidak perlu lagi Parti ini berkata .."Pas Parti Islam' bila sahaja Ketua buat2 tak faham menerima duit dari hasil yg Haram.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).