Wednesday, August 17, 2016

Zaid Saman Najib Supaya Pulangkan Duit 1MDB


A Kadir Jasin


BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk) Zaid Ibrahim, hari ini memfailkan writ saman ke atas Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, kerana melanggar kewajipan fidusiari.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Serentak itu beliau menuntut supaya Najib mengembalikan kepada kerajaan semua wang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Dalam bahasa yang mudah, Zaid menuduh Mohd Najib mengkhianati kepercayaan yang diamanahkan kepada beliau dengan mengambil duit 1MDB.

Zaid, seorang peguam dan bertindak sebagai menteri undang-undang di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, mengemukakan writ itu bagi pihak rakyat Malaysia.

Beliau menuntut Najib memulangkan kepada kerajaan wang sebanyak AS$731 juta (kira-kira RM2.92 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya.

Zaid juga menuntut supaya wang sebanyak RM42 juta yang Najib dakwa diterimanya daripada SRC International Sdn Bhd dikembalikan kepada kerajaan. 

Zaid mahu Najib pulangkan duit 1MDB
SRC International adalah anak syarikat 1MDB yang kemudiannya dipindahkan ke Kementerian Kewangan. Najib adalah pegawai tertinggi yang berkuasa terus ke atas 1MDB.

Zaid menamakan Najib, 1MDB, Kerajaan Malaysia dan anak tiri Najib, Riza Shahriz Aziz, dalam saman itu. (Baca lanjut di sini).

Ini adalah tindakan sivil ketiga yang dikemukakan berkaitan skandal 1MDB dan yang pertama kepada mahkamah Malaysia.

Dua saman terawal adalah di Amerika Syarikat. Pertama oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) akhir Julai lalu dan kedua oleh pasangan ADUN Datuk Husam Musa dan peguam Matthias Chang minggu lepas.

Pandangan saya mengenai writ saman Zaid itu adalah seperti berikut:

1. Adalah hak mutlak Zaid di bawah Perlembagaan untuk mengemukakan writ tersebut;

2. Menguji tahap ketelusan (transparency), kebebasan (independence) dan kesamarataan (impartiality) sistem kehakiman negara serta tahap profesionalisme para hakim;

3. Menguji komitmen dan tahap kepakaran pengamal undang-undang kita, khususnya dalam isu Perlembagaan dan jenayah kolar putih;

4. Tindakan paling tepat dan logik setelah Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, secara terang dan terbuka enggan mendakwa Mohd Najib dan pihak-pihak yang dituduh bersubahat dengan beliau; dan

5. Membuka babak baru dalam usaha mencari keadilan dan penyudahan kepada skandal 1MDB iaitu melalui litigasi sivil (civil litigation) setelah prosedur jenayah disekat.

Wallahuaklam.

27 comments:

jafri muda said...

Ingatlah orang2 yg berkuasa di tanah melayu ni...selama mana kita nak makan duit haram...maut semakin menghampiri bukan semakin jauh..adakah duit2 haram ini yg akan menyelamatkan tuan2...tuan2 tak berasa bersalah ker...bila amanah dicurangi...tuan2 boleh makan duit tu sampai dalam kubur ker...atau tuan2 tak percaya pada alam barzah..atau tuan2 percaya soal kubur tu hanya utk org miskin..selagi ada duit negara tuan makanlah..tanpa sedikit pun rasa bersalah

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Ini satu usaha yang baik dari Dato Zaid.

Setuju dengan Dato’ , usaha ini boleh memberikan tekanan dan ujian samada sistem perundangan kita adalah bersifat bebas dari campurtangan eksekutif.

Saya lebih yakin kepada usaha yang dibuat diluar negara kerana bukti-bukti transaksi komputer di luar negara adalah lebih terang.

Transaksi komputer disimpan di pengkalan data di luar negara adalah berlapis-lapis (resilent), tidak mudah untuk diubah-ubah oleh pihak ketiga.

Siasatan di luar negara sekarang berjalan di Amerika, Singapura, England dan Switzerland.

Nampaknya penyokong MO1 sudah mula merapu kerana sudah hilang kreatif macamana hendak mengampu.

Ada yang kata Muhyidin simpan perempuan, Bekas MB Terengganu pun ada skandal perempuan. Pendekata ramai yang keluar UMNO sahaja ada skandal perempuan.

Pepatah orang putih kata “Insult our Intelligent” saja.

Kalau kita rujuk buku sejarah, memang kerja buat fitnah ini sejak zaman Sultan Melaka dulu. Hang Tuah kena fitnah, Bendahara Melaka selepas Tun Perak pun kena fitnah.

Ada juga yang mencadangkan orang melayu jadi macai dan balaci.

Ada juga yang mengatakan Amerika nak bunuh orang melayu, sampai pergi kedutaan Amerika.

Itu sebabnya Einstein mengatakan kebodohan manusia tidak ada had dan sempadan.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Izin nak tanya sikit no, yg aku paham duit tabung Amanah Pencen pon ada depa sapu, jadi pasai apa Zaid ni tuntut balik hanya duit 1MDB dan SRC International....? Adakah sebab dia (Zaid) tak dak "locus standi" ka apa ka..? Kalu betoi dia tak dak "locus standi", macam mana yg punya 'kepentingan' seperti orang yg dah pencen atau akan pencen, dan dapat atau akan dapat imbuhan dari tabung ni..? Depa ni tak mau sepina (cakap orang Pendang) sekali ka... bukan saja kepala yg satu tu saja, tapi semua kepala tabung tu sekali.... Jumlah yg terlibat aku ada baca ringgit Malaya empat ribu juta, mola2 nak beli lombong di Mongolia ka mana ka...tup2 tak salah aku, pengawai syarikat ka apa ka di London kata sikit saja pemilikan yg dibuat, dan last sekali, katanya ada masuk akaun kepala nombo satu tu, tapi dia tak sedag...dan soainya kalu dulu tak sedag, dan laa ni dah sedag yg dulu tak sedag, dah bagi balik dak lagi...?

Macam mana pon...tindakkan Zaid ni sunggohpon sikit lambat, aku rasa ada baik jugak dlm usaha membukak medan baru atau 'accretion'.

Ni ada pekara sampingan sikit Kadiag no, hampa dok guna banyak pekataan untuk istilah "money laundering" ni, kadang2 hampa guna unkapan 'pengubahan wang haram', kadang2 pekataan 'penyucian wang haram' ...aku rasa laa baik guna basa lagu yg di pakai sorat habag "Jawa Pos" iaitu 'pencucian' wang haram.

Dgn rendah diri,
Aku

abdul majid said...

Salam Datuk...

SRC Internasional Sdn Bhd = 1MDB ▶ Kementerian Kewangan ▶ akaun peribadi Menteri Kewangan, cash transaction 42 juta.

NFA kata AG berdasarkan 'pendapatnya' tentang undang-undang/alasan. Keputusan AG tak boleh dipertikai/dicabar. Macam tak betul tapi memang betul. So, pulangkan la semula duit 42 juta ini. Kalau boleh 'tersilap' masuk akaun, sila la 'tersilap' masukkan ke akaun saya at least 420 ribu cukup la. Dan2 je pihak bank dah sekat/maklumkan pada saya tentang kesilapan itu.

Zalman A said...


Kenapa Najib ambil USD30 juta dari blackstone bin Aabar BVI? Adakah Blackstone bin Aabar BVI bin 1MDB mahu beri Najib jika Najib seorang penjual keropok lekor di Losong? Sekali lagi, jika dia dapat faedah peribadi disebabkan jawatan awam nya, maka itu nama nya rasuah. Faham? RASUAH.

Kenapa Najib ambil USD61juta dari Tanore dan pulangkan USD620juta? Dan dalam proses tersebut,Najib mencipta suatu jenis kewangan Islam baru yang dipanggil Najibah.

Jangan berkhutbah kepada kita mengenai penjajahan baru, Amerika hendak bunuh Melayu, tidak mahu tunduk kepada Mahathir atau cakap besar tidak mahu berundur walaupun halilintar membelah bumi.

Semua dunia tahu, Najib disergah dek ketua kampong pun sudah  takut.
Tidak ada perkara yang paling bodoh dari memberi amanah kepada orang yang pecah amanah dan pelakunya tidak dipertanggung-jawabkan kerana berpecah amanah.

Tidak ada kah suatu pun nilai pembetulan dalam budaya Melayu?


https://senapangsakti.wordpress.com/2016/08/17/orang-umno-boleh-bertempik-itu-dan-ini-tapi-mana-duit-1mdb/

Zalman A said...


'What the DoJ and others are hoping for now is for one of the main actors to turn into a witness for the prosecution. There is a strong likelihood that one of the bank employees or even a former employee of Goldman Sachs, who arranged the 1MDB bonds, will tell all in return for staying out of jail. Even Jho Low may talk if there are the right incentives.

But it is certain that Najib Razak will have to go. The question is not if, but when. Politically it will be impossible for him to carry on. The Malaysia elite pride themselves as honourable members of the international community. Senior members in the United Malays National Organisation (UMNO), the ruling party, cannot accept a leader who will very soon be a pariah in Western capitals.

Thus far, there was no ‘smoking gun’ and Najib’s clever use of his massive powers of patronage has allowed him to deny all links to the 1MDB money. This is no longer the case. The detailed paper trail provided by the DoJ will presumably show how 1MDB money ended up in the hands of Aziz and Low.

It is expected to also disprove Najib’s claims that the money was a ‘donation’ from a Saudi Royal. The DoJ documents will, in all likelihood, effectively destroy the excuses given by Najib thus far.'

This Saudi donation lie has crumbled to dust.

So it's quite easy for even the orang luar bandar (dan dalam bandar, for that matter!) to understand:

a) Do you want a leader who is a liar?

b) Do you want a leader who is a thief?

Yes or no?

How shallow 'demi agama, bangsa dan negara' sounds coming from the mouths of Parti Dedak Najib.

Zalman A said...


WSJ...

"But UMNO politicians should be having second thoughts. Mr. Obama is a short-timer, and the U.S. lawsuit makes clear that Mr. Najib’s position as a moderate Muslim ally won’t shield him or Malaysia from legal actions. The 1MDB losses will eventually catch up with him and his allies.

The longer UMNO waits to disavow Mr. Najib, the more likely the opposition is to regroup by the time the 1MDB fallout hits. Former Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin is publicly mulling the formation of a new, cleaner version of UMNO. That could be the chance for reform-minded members of the ruling party to step off Mr. Najib’s sinking ship."

We know that some hardcore dedak eaters will stay on the ship, but what of the rest?

The Cabinet is responsible for 1MDB.

The MTU is responsible for keeping a corrupt party president.

Both have failed the rakyat jelata.


LaM said...

Yang akan dengar writ saman tu kelak munkin seorang Hakim melayu. Kalau kita tengok gelagat, sikap & kredibiliti seorang ex Federal Court Judge Apandi yg dilantik olih Najib jadi AG, rakyat dpt bayangkan kredibiliti Hakim2 melayu kita.

Ini saman very simple case. Spt Peg Macc Bahri ckp tentang kes rasuah Najib,
'very straight forward case' yg Pandi Dobi tak setuju beri izin pendakwaan kerana dia bertindak & berlagak sebagai peguambela Najib & bukan sebagai PendakwaRaya. Hakim yg mendengar tidak mempunyai masalah dari segi bukti dan keterangan utk memerintahkan Najib pulangkan balik wang2 yg dia ambik tu. Tahap pembuktian kes sivil adalah rendah dari kes jenayah. Sedangkan kes Jenayah, Macc ckp 'straight forward case' apatah lagi kes sivil. Nak tengok Hakim melayu buat keputusan. Adakah mcm Pandi Dobi atau mereka buat keputusan mengikut undang2.

Zaid jugak saman Kerajaan Msia & 1MDB ???? Ni tak berapa faham ni. Kalau dia saman jugak Apandi yg lindungi Najib dan Arul dan peg SCRI yg kredit duit RM42million kpd akaun Najib, bolih masuk akal. Kalau saman Apandi sekali, kes saman ni akan lebih kuat dan mudah kerana Apandi telah mengesahkan duit2 masuk akaun Najib. Hanya Najib kena bawa saksi shj utk membuktikan duit2 tu bapak atau Datuk dia punya.

Spt ucapan perpisahan Shukri Timbalan Macc, Hakim2 (melayu) patut takut akan Allah dn hari pembalasan dlm membuat keputusan. Bukan takut kpd manusia terutamanya penyamun duit rakyat.

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Jangan pula kes ni macam Bank Negara saman AMBank...dimana AMBank bayar saman...duit saman duit bank, bukan duit persendirian (Tan Sri) Azman Hashim, Executive Chairman...seolih-olih bank yang salah, bukan bos bank.

2. Perlu diingatkan yang bersalah ada-lah manusia, bukan system teknologi maklumat bank seperti yang diuar-uarkan olih AMBank...untuk mengelirukan orang...kerana duit yang sebanyak RM2.6 billion + RM42 juta= RM2.642 billion yang masuk kedalam akaun PM Najib itu bukan sikit...langsung tiada kena mengena dengan system teknologi....common la Azman, jangan membohong ok!...tanpa kau yang setuju secara "mutual", tuhan pun tak bolih kasi masuk duit sebanyak itu.

3. Mana "The Association of Banks Malaysia"?????...macam diam saja???...macam tidak tau buat kerja????...atau takut buat kerja????

4. NUBE or the National Union of Bank Employees...diam saja????...kamu tau ke buat kerja ke???...kalau bercakap berdegar degar...ooiii siapa Pengerusi kamu???...makan taik ke???...kamu faham ke duit RM53.7 juta yang AMBank bayar pada Bank Negara adalah duit dari hasil titik peluh duit keuntungan pekerja pekerja AMBank yang sepatutnya diagih agihkan sebagai bonus tahunan (walaupun hanya sebahgian sahaja). Azman makan titik peluh pekerjanya. Zalim juga kamu Azman...kau buat salah kerana kau yang buat keputusan, semua pekerja yang tidak tau menahu kena bayar.

5. Mana si Zeti???...dia tidak bersalah ke sebagai Governor Bank Negara pada ketika itu??...tanpa arahan nya, berani ke si Azman terima duit sebanyak RM2.642 billion itu???...ZETI LAH YANG SYAITAN BESAR MACAM PM NAJIB...jangan pura pura macam tidak tau ya???...kamu keluar Zeti...sekarang kamu keluar...jangan duduk diam diam macam HZ ok.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Istilah “Money Laundering” atau penyuican wang saya rasa masih ramai orang melayu yang tak paham.

Kalau ikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, money laundering atau penyucian wang ini adalah dengan membayar zakat. Ini membersihkan pendapatan daripada kekotoran.

Oleh itu money laundering dalam istilah ASWJ adalah amat digalakkan oleh Islam.

Boleh jadi itu sebabnya Hadi Awang tidak bersuara sangat berkenaan dengan money laundering atau penyucian wang.

Money Laundering atau membersihkan wang dalam istilah akaun atau perbankan adalah berkenaan wang daripada kerja mencuri atau rasuah.

Duit atau wang yang diterima daripada kerja mencuri dan rasuah tidak boleh dimasukkan secara terus ke dalam bank.

Sebagai contohnya ada pegawai kerajaan kena tangkap rasuah meletakkan duit berjuta di atap rumah. Berapa tahun yang lepas ada pegawai kastam yang ditangkap rasuah. Duit rasuah ditukarkan menjadi emas dan disimpan dalam rumah.

Wang yang didapatkan dari kerja mencuri atau rasuah ini “diperniagaan”.

Walaupun perniagaan tidak ada untung atau untungnya sedikit, di dalam akaun dikatakan ada untung besar berlipat ganda.

Untung daripada perniagaan wang curi dan rasuah yang diperniagakan diolah dalam akaun dan bank supaya kelihatan kunonnya bersih dan suci. Ini yang dimaksudkan dengan money laundering.

Sebenarnya, walaupun wang curi dan rasuah diperniagaan, mengikut Islam hasilnya masih juga tetap haram.

sukasamasuka said...

Datuk.

1. "Zaid menamakan Najib, 1MDB, Kerajaan Malaysia dan anak tiri Najib, Riza Shahriz Aziz, dalam saman itu."

Macam kes AMBank...1MDB dan kerajaan Malaysia (SRC International???) tidak ada masaalah memulangkan duit sebanyak mana pun....left pocket right pocket...aku pun bolih buat begitu....macam buat kerja bodoh.

Berapa dari si Riza Shahriz????


2. "beliau ((Datuk) Zaid Ibrahim) menuntut supaya Najib mengembalikan kepada kerajaan semua wang 1MDB...AS$731 juta...kira-kira RM2.92 bilion dan SRC International Sdn Bhd...RM42 juta...yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya."

Zaid sudah lupa ke duit USD7million yang PM Najib bagi pada adiknya Nazir, Chairman CIMB???...itu duit bapa durang ke????

Semua ni public record...


3. Zaid!...satu hal lagi...jangan pula cerita saman kau ni jadi macam saman Najib vs Ling Liong Sik...apa cerita dia ya???...kesian si Liong Sik, sejak hari tu dia diam saja macam tikus...nama saja Cina Fock Chow...ayam mati!.


4. Walaumacam mana pun...aku rasa PM Najib tak risau dengan saman ni sebab yang akan bayar kerajaan Malaysia sebab dia buat kesalahan semasa menduduki kerusi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan...betul ke bos ku???


5. Apandi sudah tetap jadi "penguambela" Najib dalam kes ni...jadi kau Zaid, cari la Queen legal counsels....mohon sama kerajaa, kalau bolihn...sebab di Malaysia belum ada pakar lagi pengamal undang-undang Perlembagaan dan jenayah kolar putih yang bertaraf antarabangsa...

Worse case scenario...bolih ke kes semacam ini kita transfer ke mahkamah dalam Commonwealth...Canada?????....UK?????...jangan harap la kalau di Malaysia sebab hakim hakim kita takut sama tuhan, bukan sama undang-undang....

Tuan Punahsihat said...

Apa haram haram ni, Tuan Punasihat Lebai Musang Berjanggut dan Mopti Harusanaharusini tak kata apa apa pun.

safiai saad said...

Legally speaking the acts performed by all parties involving 1MDB is possible but not teneble. Why?
The cause of action to begin with took, place in Malaysia, thus any action need to be done in Malaysia.

The court jurisdiction of foreign court might be too remote to its application.

Yes the court might decide in favour of the applicants, but enforcement might not be feasible. The court might ruled that najib was indeed involved in this financial transaction.

I have high respect for our prominent lawyer Zaid and others but concerned about the legal enforcement.Perhap some good legal mind can shed some light on it.
What choice do we have? is it like the beattle song " Let it be"

Zalman A said...


“In a room where
people unanimously maintain
a conspiracy of silence,
one word of truth
sounds like a pistol shot.”

― Czesław Miłosz


Fitting for Malaysia in 2016.

A KADIR JASIN said...

1. Mohon jangan kelirukan di antara Zaid Ibrahim dengan Ahmad Zahid Hamidi.

2. Seorang ZAID dan seorang lagi ZAHID.

3. Zaid tentang Najib. Zahid sayang Najib.

4. Zaid bekas menteri. Zahid Timbalan Perdana Menteri.

5. Money laundering dalam bahasa Melayu adalah "pengubahan wang haram". Kata kunci adalah wang haram. Wang haram tetap haram walaupun dibayar zakat atau disedekahkan.

6. DoJ ambil tindakan sebab jenayah money laundering guna duit yang dicuri daripada 1MDB berlaku di Amerika Syarikat. Singapura pun lakukan yang sama sebab duit haram itu diubah di wilayahnya.

7. Mereka ada bukti duit yang diubah itu adalah duit haram yang dicuri daripada 1MDB.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Helang Rimba said...

Datuk Zaid is smart he used an asymmetric approach rather than using conventional method in legal battle…well done Datuk.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Go Away! Sir Philip Green's Anger At BHS Questions.

The billionaire tycoon, holidaying on a super yacht, lunges at a Sky News crew while refusing to talk about the BHS collapse...and the loss of thousands of jobs...Thursday 18 August 2016...

The businessman has been criticised by BHS staff, unions and some MPs for selling the store chain for £1 to former bankrupt Dominic Chappell - who in turn called in receivers.

The collapse of BHS in April has affected 11,000 jobs, 22,000 pensions and led to a long parliamentary inquiry."

((http://news.sky.com/story/philip-green-10540903)

What happen in the UK is happening right here in Malaysia, too....except, there is no parliamentary inquiry...as Malaysia has turned herself to Najib system of democracy....anyway, please care to read....

1. Cash-rich Employees Provident Fund (EPF) and the Civil Services Pension Fund (KWAP) have invested a total of RM2.92 billion in cash-strapped 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and its subsidiaries as of March 31.

The Finance Ministry, in a written parliamentary reply said EPF had invested RM1.52 billion and KWAP RM1.4 billion.

(http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/05/19/cash-rich-pension-funds-invest-rm3-billion-in-1mdb/)

2. What happen to the money???...anyone?

3. Who is looking after the interest of KWAP (Government Pension Fund) and KWSP (Non-Government Employees)???...who???...can someone come forward???...don't tell us its just another investment scheme turn bad...kamu curi itu duit...itu duit titik peluh pekerja tua, balu, ibu tunggal, anak yatim, oku dan orang miskin...untuk sekadar menyara hidup mereka...KWAP 90% kakitangan kerajaan orang Melayu/Pribumi... KWSP 60% orang Melayu/Pribumi.

4. Masih lagi Melayu/Pribumi yang pencen belum merasakan apa apa sebab duit pencen mereka tidak dikurangkan...jadi mereka duduk diam diam sebab mereka tidak tau apa yang terjadi...malahan kebanyakan pesara kaki tangan kerajaan tidak tau pencen mereka dari KWAP?

5. Hancur hati ini...hampa...kenapa la kerajaan UMNO yang aku sokong ini selama aku hidup...bagai menantang minyak yang penuh...sudah jadi begini...apa lagi yang mau aku cakap?...ya, buat la sesuka hati kamu orang orang UMNO....pisang tidak berbuah dua kali...cukup la perjalanan kita hingga disini...

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Berkenaan dengan perkataan pengubahan wang haram atau “money laundering”, orang bandar mungkin paham tapi saya tak berapa pasti orang kampong boleh paham.

Orang kampong biasanya paham perkataan mencuri iaitu mengambil harta benda orang lain. Rasuah bermakna duit yang dimasukkan bawah meja.

Pengubahan wang haram perlu dijelaskan dengan lebih lanjut terutamanya oleh orang politik seperti PKR dan Bersatu kepada orang kampong.

Saya rasa, selain isu rasuah dan pengubahan wang haram, isu seperti kos sara hidup yang tinggi perlu juga dibangkitkan di kampong-kampong kerana isu ini sebenarnya lebih dipandang penting oleh orang kampong.

Sebenarnya subjek “Money Laundering” atau pengubahan wang haram ini agak menarik.

Zaman sekarang orang mencuri dan rasuah berjuta-juta nilainya.

Yang menariknya adalah di mana hendak disimpan duit berjuta-juta?

Ada yang menyimpan di atas atap rumah. Ada yang menukarkan kepada emas. Ada juga yang membeli barang mewah seperti kereta dan lain-lain. Yang membeli barang mewah senang ditangkap kerana harta mewah boleh nampak oleh orang ramai.

Kalau orang putih atau Mat Soleh yang kaya daripada duit curi atau duit haram, ada yang meletakkan duitnya di luar negara.

Ada juga Mat Soleh membeli harta bernilai tertinggi dan di simpan di rumah. Umpamanya lukisan yang mahal-mahal sampai berjuta-juta. Contohnya lukisan dari pelukis terkenal seperti Leornado Da Vinci. (Bukan Leordano di Caprio). Lukisan Leornado Da Vinci beratus juta nilainya. Lukisan ini bukan setakat untuk dijadikan perhiasan di rumah tetapi mempunyai nilai wang yang boleh dijual semula di kemudian hari.

hasnul rahman said...

Assalammualaikum wmt DAKJ!
Pada pendapat saya, selagi Najib masih PM, Apandi akan kekal sebagai AG.
Selagi Apandi jadi AG, selagi itu Najib atau apa jua kes berkaitan 1MDB tak akan didakwa di mahkamah Malaysia.
Bagaimanapun saman-saman sivil yg dibuat mewakili rakyat itu cukup sekadar membuka mata dan minda rakyat mengenai PM Najib dan konco-konconya yg berkuasa di negara bertuah ini.

Anonymous said...

Tok,x pyh siar ini. Terkini : semua ketua jbtn diingatkan bhw apa2 jemputan dr majlis.raja2 kpd pegawai kerjn utk beri briefing kpd mesy majlis.raja2 perlu dpt lampu hijau dr jib. Tq

sukasamasuka said...

Datuk.


"5. Money laundering dalam bahasa Melayu adalah "pengubahan wang haram". Kata kunci adalah wang haram. Wang haram tetap haram walaupun dibayar zakat atau disedekahkan."


1. Naah kamu!...aku sudah bilang jangan kamu main main sama Datuk AKJ...satu biji dari dia, susah kamu mau lari...orang Melayu lama macam DAKJ ni bukan senang mau dapat...khazanah negara...dulu dulu begini lah orang Melayu kita...itu lah mereka dapat dirikan institusi institusi bertaraf antarabangsa yang disegani semua orang seperti Bank Negara, PNB, Tabung Haji, Koperasi gergasi, Sime Darby, Putrajaya, Proton, Petronas Twin Tower dsbnya walaupun menemui keperitan ekonomi dan ada kalanya kerugian berbillion billion, tapi mereka tegas...thank you Datuk AKJ!

2. 1MDB berhutang RM52 billion...konon hutang mau berniaga...itu semua orang tau...mana dia perniagaan nya???...TRX la konon...kepala otak bapa kamu la...jangan harap la kalau pun jadi satu hari nanti...namanya Tun Razak Exchange ok...itu bukan duit Tun Razak...bukan duit si Najib...jangan la berpandai pandai mau kasi nama bapa sendiri....ptuiiiih!

3. Zaid...kalau kamu dapat balik duit itu...tolong bayarkan semua PTPTN...untuk semua bangsa la, bukan Melayu/Pribumi saja...dapatkan petition dari "anak-anak" kita yang berhutang dengan PTPTN...118,892 people (or 14.36%) were barred from going overseas because they didn’t pay back their student loans, Zahid said....

4. Wang haram tetap haram walaupun dibayar zakat atau disedekahkan...macam makan sup tulang babi la...buang tulangnya pun, sup tetap juga haram!...jadi lagunya begini la...mana itu duit RM90 juta kepada PAS???...sorry, bukan ikan bilis dalam PAS, tetapi kononnya yang terima ikan yu...siapa dia ya???...ingat la pesan Datuk AKJ ini...semua yang makan minum dari duit haram RM90 juta itu, tetap haram ya habibi...kesian ikan bilis dalam PAS....sama macam ikan bilis dalam UMNO juga la.

5. Kalau dulu kamu tak tau tak apa la...hukumnya halal walaupun kamu tenyek satu ekor babi pangang...tapi sekarang kamu sudah tau ya habibi...pandai pandai la kamu ya...


BY THE WAY BEACON IS NOT PORK... SO, IT'S HALAL.

sukasamasuka said...

Datuk.

"6. DoJ ambil tindakan sebab jenayah money laundering guna duit yang dicuri daripada 1MDB berlaku di Amerika Syarikat. Singapura pun lakukan yang sama sebab duit haram itu diubah di wilayahnya."

1. Kenapa DoJ bertindak keras hingga kita dihina seluruh dunia, bukan la kerana orang Amerika mau "membunuh Melayu"....sebab kalau tiada orang Amerika lama sudah "Melayu mati"...mati kena pancung askar Jepun....mati tiada tepung gandum, gula dan pakaian selepas perang dunia ke2...mati kerana tiada ubat-ubatan macam panadol, sakit jantung, kencing manis...mati kerana tiada Internet?*@!...mati kerana tiada komputer....mati kerana tiada handphone!!!

2. Jadi Tuhan sayang siapa????...orang Melayu ke atau orang Amerika???...Melayu tiada didunia satu orang pun tidak akan menangis!!!...tetapi, kalau tiada orang Amerika seluruh dunia susah...hanya orang Melaka yang bodoh, mata juling saja tak faham!!!...

Oooi!! orang Melayu Melaka mata juling!...yang tengah tengah bandar Melaka tu kamu nampak ke?...itu tugu Melayu terbesar di Asia ke????...BODOH MAKAN TAIK!

3. Amerika menghasilkan 30-40% bahan makanan untuk penduduk 7 billion seluruh dunia...jagung, tepung gandum, minyak masak, kacang soya, limau, epal...McDonald, Pizza Hut, KFC, Coke, Pepsi...tetapi, bukan kerana ini DoJ marah...bukan sekali kali...

DoJ marah sebab Melayu Melayu jahanam dari UMNO kacau system perbankan di Amerika...kamu kacau rumah tangga orang, kamu terima la akibatnya.

4. Money laundering bukan perkara baru...ada juga Bendahara2 di zaman kesultanan Melayu dulu macam PM Najib (dia ni kira bendahara la...kalau zaman dulu dulu)...makan duit hasil kutipan cukai dengan mencuri...dapat duit buat rumah besar besar...baju cantik cantik...emas berkoyan koyan.

5. Selepas September 11...tiba tiba Amerika sedar...pengganas mengunakan perbankan mereka untuk mengalirkan duit haram..."dirty money"...hasil dari illegal drugs, penjualan senjata haram, "derma haram", NGOs financing dsbnya...untuk "membunuh orang Amerika" sendiri...naaah!!! itu la DoJ jadi begitu...jadi jangan la hairan pula...ada besar kemungkinan juga sebahagian dari duit yang lesap dari 1MDB itu sudah jatuh ke "tangan pengganas" melalui perbankan di Amerika...untuk "menghancurkan Amerika" dari dalam...ini la taktik baru Islamic terrorism!...jangan fikir DoJ tu bodoh macam orang Melaka mata juling.

boy said...

zed85,
no sir, i think they know wat haram is all about. Illicit means haram….d illustration is clear. wat is not clear is our civic engagement. for kpg people n d other underclass life r just too hard to worry about lofty issues such as public obligations or on d other side d partisan political intrigue. ihey ve their justified belief tat d dominancy works to their benefit. domineering is just tat credit. dis means when u r umno u r umno whwn u r pas u r pas. dis tends to come as a shock to not mind wat haram or halal things r ….a considerable contrast to their piously in nature if they r pas member.
i just saw Japanese women double won d olimpic gold dis morning. they fought against d much bigger, taller n look more aggressive players….. but skill n gut told them all. wonder when our average ve their skill, gut n gratitude beyond their food preference.

Praxis said...

Finally, a world-class action from Zaid on our world-class corruption.

Well-conceived and well-articulated response, from Zaid, a leading member of our legal fraternity.

We can rest assured Malays have genius not just for corruption but also for incorruption.

Permadu said...

Najib terlalu kuat utk dikalahkan. Dah selalu dengar kapalnya akan tenggelam. Tapi nampaknya sedikitpun takkan goyah. Itulah kehebatan pahlawan Bug is.

Zed-85 said...

Saudara Boy,

What is haram and what is halal nowadays are very illusive.

Nowadays, what is right can be haram and what is wrong can be halal.

There are good, sincere and genuine ulamak around but there also bad ones who use religion for their own benefit.

The kampong folks grasp of things are limited. Most of them are not very educated and knowledgeable. It will be a challenge for PKR, Amanah and Bersatu to approach the kampong folks and win their hearts.

One of the biggest hurdle I think is PAS because PAS position itself so that the outcome of the election no longer reflect on what is right or what is wrong but the winner will win because technicalities. (3 cornered fight). This is a very bad thing.

If I am from Pakatan, I would consider attacking PAS even more because they do not benefit the people.

Waghih said...

Aaa hah ...
So , Zaid pun nak join ANC gang nak rebut duit DOJ yo ...
Mathias n Khai dah masok ...
Husam pun dah masok ...
Sekarang giliran Zaid ...

Banyak duit tuu ... berbilion ringgit...
Tontu ghamai lai gang ANC yang nak robut duit tu ... iolah gunokan dlm Parti bersatu kan ... bukan murah ...

But wait ... apo jadi ngan hearing yang diwar warkan olih DOJ yang dirancang pado 22 Aug baru ni ?

What !!! No locus standing...

Apo cerito ?
Habih laaa Parti bersatu .. opps Tun M.
Patut la Tamrin lotak jawatan dari Deklarasi Tun M dan Parti bersatu ..
Dah tau tak dapek dodak ghupo ehhh.
Dongar khobar budak mentah Sadiq tu pun nak lotak jawatan ...
Aduihhh ... payah gak takdo dodak yo.

Apo nak dikato ...sobar ajolah ...

Waghih


About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).