Sunday, October 02, 2016

Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low?


A Kadir Jasin


CATATAN ini saya tujukan khas kepada Melayu yang menakut-nakutkan Melayu lain mengenai bahaya Cina DAP dan kepada Melayu yang percaya Umno lah satu-satunya penyelamat mereka.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Saya tergerak menulis rencana ini setelah membaca berita akhbar The Star milik Cina MCA pada 30 September mengenai penutupan Desa Water Park di Taman Desa, Jalan Klang Lama, mulai 1 Oktober. Kalau berminat boleh baca di sini.

Berpandukan apa yang saya tahu mengenai standard penguasaan bahasa Inggeris majoriti orang Melayu, maaf cakaplah kalau saya kata tak ramai yang baca The Star atau mana-mana surat khabar bahasa Inggeris.

Boleh jadi segelintir Melayu yang mempropagandakan ancaman Cina DAP terhadap orang Melayu baca berita di atas. Tapi majoriti Melayu yang percaya propaganda Cina DAP jahat tak baca.

Inti patinya, taman tema air berusia 16 tahun itu ditutup mulai 1 Oktober dan tuan punya tapaknya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dah jual tanah itu kepada seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong. Dulu tanah itu dipajak kepada syarikat Berjaya milik tauke Cina (Tan Sri) Vincent Tan.

Nama syarikat Chai Kin Kong ini ialah Aset Kayamas yang baru diasaskan pada tahun 2011. Satu nama yang sangat tepat kerana tanah Desa Water Park itu sangat bernilai - macam emas – dan sesiapa yang dapat tentu jadi kaya.

Chai Kin Kong tauke Aset Kayamas
Saya tak anti-Cina tapi Umno yang kata ia sangat mengutamakan Melayu demi agama, bangsa dan negara. Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja yang tentang Umno.

Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu.

Kalau Melayu yang percaya kepada mantera ini tapi tak tahu hujung pangkal mengenai cerita di atas, saya boleh bantu mereka bertanya beberapa soalan kepada DBKL dan kepada kerajaan Umno di Putrajaya supaya boleh faham.

Antara soalan saya:

1. Apakah tidak ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau Bumiputera yang berminat, mampu dan berkepakaran membeli serta memajukan tapak Desa Water Park itu?

2. Kalau Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak boleh arah Khazanah belanja RM650 juta bangunkan semula kawasan Tugu Negara, apakah dia tak boleh arah, misalnya Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beli dan majukan tapak itu?

Ledakan Patriotisme Najib: RM650 juta majukan Taman Tugu Negara
3. Apakah Aset Kayamas, sebagai pemaju hartanah, lebih hebat daripada Sime Darby Properties (milik PNB), Boustead Holdings (milik LTAT) dan MRCB (milik KWSP)?

4. Bukan anti-Cina, tapi bukankah 60 peratus saham projek Bandar Malaysia yang bersebelahan dengan Desa Water Park dah dibagi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China?

5. Adakah syarikat milik GLC dan GLIC lekeh sangat? Cuba jawab siapakah yang majukan bandar mega Subang Jaya-UEP kalau bukan Sime Darby (milik PNB) dan KL Sentral kalau bukan MRCB (milik KWSP)?

6. Kalau konsortium SP Setia (milik PNB), Sime Darby dan KWSP mampu bangunkan projek Battersea di London dan Khazanah majukan projek di Singapura, apakah mereka tak layak bangunkan semula Desa Water Park atau mana-mana tanah kerajaan di Malaysia?

7. Bukankah lebih baik serahkan pembangunan Bandar Malaysia milik 1MDB kepada syarikat-syarikat GLC dan GLIC daripada bagi kepada gabungan syarikat tempat dan syarikat milik kerajaan China?

8. Bukankah penyokong tegar Umno marah macam nak gila bila Duta China, Huang Huikang, lawat Jalan Petaling untuk bagi sokongan moral kepada peniaga di situ (yang majoritinya Cina) selepas diserbu penunjuk perasaan baju merah Umno September tahun lalu? Tapi sekarang syarikat negeri China dapat banyak projek raksasa di Malaysia.

Melayu Umno marah Duta China lawat Petaling Street
9. Siapakah yang jual murah tanah TUDM Sungai Besi kepada 1MDB guna duit hutang dari Tabung Haji kemudian jual kepada konsortium Cina Malaysia-China negeri China - Cina DAP atau Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno?

10. Apakah Cina DAP yang pengaruhi Mohd Najib supaya tubuh 1MDB sehingga menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang RM50 bilion?

11. Yang mana sudah terbukti bahaya - Cina DAP yang ramai dan cergas dalam politik sejak tahun 1967 atau Cina Jho Low yang bersekongkol dengan pemimpin Umno tubuh 1MDB dan lepas itu seleweng duitnya?

12. Siapakah yang beli penjaja elektrik bebas (IPP) hujung usia daripada tauke Cina, Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan jual kepada syarikat milik kerajaan China dengan harga RM9 bilion - kerajaan BN atau Cina DAP?

Soal Keutamaan

Bukan sekali-kali tujuan saya menafikan hak usahawan Cina tempatan beli tanah Desa Water Park atau mana-mana aset di negara.

Saya tahu ini bukan kali pertama DBKL jual tanah kepada syarikat Cina. Ia pernah jual sebahagian tanahnya di Pantai Dalam kepada konglomerat YTL Bhd untuk dimajukan jadi Pantai Hillpark.

Tapi projek itu dimajukan bersama dengan Syarikat Perumahan Negara. Jadi adalah peluang Melayu beli rumah di situ.

Tapi ikut laporan The Star, tanah Desa Water Park itu dijual terus kepada Aset Kayamas tanpa sebarang ikatan lagi. Nampak sangat macam nak cari duit cepat.

Bukankah lebih baik DBKL dan Putrajaya utamakan GLC dan GLIC untuk beli dan bangunkan tanah kerajaan yang semakin terhad di Kuala Lumpur dan di mana-mana saja. Tapi bukan GLC atas angin macam 1MDB.

Saya tahu Putrajaya kekurangan duit. Ada orang kata dah putus duit. Sebab itu jual sana jual sini, potong sana potong sini, cukai sana cukai sini. Tapi kepentingan jangka panjang tak boleh dikorbankan semata-mata kerana kelemahan urus tadbir fiskal kerajaan yang ada hari ini.

Desa Water Park: Satu lagi tempat lipur manpu lawat hanyut
Sambil itu saya juga nak tanya kepada Melayu yang takut DAP, siapakah yang ambil beratus ribu hektar tanah rizab Melayu untuk pembangunan tapi tak ganti balik – Cina DAP bedebah atau Kerajaan BN pimpinan Umno?

Cuba Melayu yang tak makan dadak tanya, bolehkah Cina DAP yang ada 30 kerusi dalam Parlimen dengan 222 kerusi boleh sendiri-sendiri perintah negara?

Akhir kalam, bagi Melayu yang katut sangat kepada Cina DAP, cuba selidik sikit berkenaan Cina Jho Low, Cina MCA, Cina Gerakan dan Cina PPP.

Wallahuaklam.

99 comments:

noordin mohamood said...

Aduhai Malaysiaku. Apakah nak jadi dengan Jibby ni. Aku tahu DBKL tidak akan berani membuat keputusan tanpa arahan Jibby. Dalam keadaan sebahagian rakyat Malaysia mempertikaikan pentadbirannya, dia terus membuat keputusan yang merugikan negara. Kalau iapun nak dera kroni TDM biarlah atas alasan yang lebih menasabah dan menguntungkan orang Melayu melalui GLC dan GLIC.

Ampun tuanku, segeralah bertindak dengan segala upaya mengikut Perlembagaan untuk menghentikan musibah ini. Majoriti rakyat dibelakang tuanku. Janganlah berputih mata sebelum berjuang. Negara tidak boleh diistiharkan Republik jika Raja menyanggah Kerajaan yang bobrok.

Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Kesihanlah generasi akan datang.

Muhamad Zaidi said...

Assalamualaikum DAKJ

Berbalik kepada Dasar Penswastaan semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir. Kenapa beri pada swasta tak kekal beri pada awam?

Kesimpulan.
Segalanya delegasi Che Det,mencari salah satu jari ditunjuk pada PM Malaysia dan UMNO amnya, 10 jari bertambah balas aib. Semoga PM seterusnya dan seterusnya mengekal tampuk UMNO yang berjasa jadi kenangan.

Alif Amir said...

Salam DAKJ
Teringat seloka arwah ayahanda saya dalam lenggok jawa-nya:
"Siji Loro Telu Papat....
Melayu Bodoh Cina Dapat"
Mungkin ada kebenarannya.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Alhamdulillah "coretan" hang kali ni....hanya aku bulih kata ni laa penipuan depa yg depa guna cukop lama sabit sangat bekesannya. Dan sesetengah depa tegamak kata depa buat ni demi Islam. Munkin macam anak Rahah "nasihat" rakyat pasai Islam, di awal Muharram kali ni, macam di awal Muharram yg dulu2 dan munkin di awal Muharram akan mai lagi.

Pasai apa "penipuan" ini laku sakan...?
..... munkin kerana rakyat melayu miskin ilmu, miskin duit, miskin iman...tapi miskin ni bulih diampunkan kalu diujong ujong kampung atau ditanah tanah rancangan. Macam mana pulak dgn depa yg kehulu kehiliag naik jet, romah macam mahligai, jam tangan rega sebijik banglo...? Macam mana kepala2 hukum, dan yg pakai pakayan seragam sangkut tudung lemened banyak2 di bau dan tempek calet warna warni di dada....? Macam mana sebagian besag professor2 dan mufti2 dan kepala2 agama...? Dan lagu mana depa dari tauke 2 media sehingga pembaca berita yg pakai semat semat dan lancag pakai internet...?

Kadang2 telintaih jugak nak tanya hang, Kadiag...berapa ramai orang baca 'coretan' hang ni...tapi macam mana pon, hang kena teruih jugak pasai hang di bagi bakat menulih dan munkin ini cara hang bulih besyukog kerana dibagi bakat ni...(mintak maghap no kalu begulong belit sikit).

Munkin pembaca2 yg mengaji tinggi2 di bidang sosial ekonometrik di universitas gajah mada ka universitas Indonesia ka atau university Warwick ka atau mana2 terasa nak tulong, munkin bulih bemorah hati 'konstruk' sikit satu kerangka atau 'model' yg menyeluruh atau "comprehensive" untuk mencerahkan struktur dan dinamiks sebuah kleptokrasi bagi menambah paham rakyat akan kelakuan watak2 utama, dan pelakon sokongan atau 'goebbels' kecik seperti orang bajau(?) dari Kota Belud yg dikata En Pepatah Melayu 9.02 malam, (dlm 'posting' sebelom ni) dgn memfaktorkan penipuan, politik wang, penyucian wang haram, pemangsaan dan penghinaan ataih rakyat dan pemandulan sistem nilai sekala 'super', kerapuhan sistem "check and balance", dll.

Akiagnya mintak mangap no, kalu telanjog basa ka atau tepanjang pulak tulihsan aku ni...
Aku

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Berkenaan dengan orang cina ini, mintak maaf saya cakapkan, memang orang melayu kita senang ditakut-takutkan. Bukan sahaja cina, hantu, jembalang, benda yang tidak ada pun takut.

Saya tidak pernah jumpa dengan hantu, mana ada hantu. Jin memang ada.

Ada orang teksi katakana kepada saya, dia lalu makam Sultan Mahmud mangkat dijulang di Johor lama. Malam-malam Sultan Mahmud datang menjelma dalam mimpi kerana tidak baca al-fatihah semasa lalu.

Saya tidak baca al-fatihah, tak pulak jumpa.

Sifat lemah semangat dan takut benda yang tidak ada patut dibuang dari diri orang melayu.

Kita boleh bezakan orang Pas dan orang UMNO. Biasanya orang PAS dengan songkok dan berjanggut. Orang UMNO berpakaian macam biasa.

Saya sekolah cina dari darjah satu sampai darjah enam. Tidak ada bezanya cina DAP, MCA, dan Gerakan.

Kita ambil contoh hudud. MCA dan Gerakan tentang hudud tapi PAS hentam DAP. Ini semua kerana sebab politik.

Yang menjadi masalah sekarang bagi blok pembangkang bukan DAP tapi PAS.

Pembangkang lemah adalah kerana PAS.

Sampai sekarang Hadi Awang berdolak dalik dalam formula satu lawan satu yang DAP, PKR, PPBM dan Amanah setuju.

Saya setuju dengan kenyataan Tun M bahawa sekiranya PAS bertanding 3 penjuru, maka sebenarnya PAS menyokong BN.

Unknown said...

Pengelaman saya dg cina ialah cina akan rapat dg kita semasa kita ada kuasa. Selepas tak ada kuasa, kita tak akan dipedulikannya.

Secara umumnya cina tak akan bantu melayu. Cuba kita lihat di syt yg cina memegang jawatan penting spt hsbc dan shell sebagai contoh melayu susah atau tiada peluang langsung untuk naik pangkat.

Tp cina boleh kaya dlm masyarakat melayu. Cina kaya kerana umno.

Apa saya nak rumuskan cina merbahaya kpd melayu, jika melayu tak berhati hati. Tak kira individu bernama jho low atau pun dap atau pun mca dll.

buah kerdas said...

Melayu akan tetap terus sokong UMNO/BN kerana orang bodoh manalah mereka tahu atau mahu sedar yang diri mereka semamangya bodoh. Tanda orang bodoh ialah percayakan mitos dan tahyol berbanding kewarasan akal fikiran sendiri. Proses pembodohan Melayu terus berjalan secara sistematik sejak sebelum zaman kesultanan Melaka hinggalah kezaman Wassapp. Zaman kesultanan dulu percaya sultan berdaulat dan zaman wassapp kini percaya pula tanpa UMNO Melayu hanyut. Seronoklah pembesar UMNO bila Melayu terus bodoh dulu, kini dan selamanya.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low?"

1. Saya lasa ini la pertama kali topik yang Datuk utalakan macam tidak ngam.

2. Perkataan "bahaya" dalam bahasa English ialah "danger".

3. Kalau Cina DAP bahaya atau dangerous, maka sudah lama UMNO hangus...siapa la Melayu UMNO tanpa Cina DAP?

4. Kalau Cina Jho Low dangerous, maka 1MDB sudah lama hangus...sebaliknya, apa yang kita tau dan pernah dengar banyak juga yang sudah hangus di dalam dan luar Malaysia, tetapi bukan 1MDB.

5. Jadi, lagi elok kalau topik ini diganti kepada

"Yang mana satu Melayu UMNO lebih takut, Cina DAP atau Cina Jho Low?"

Seperti biasa, Melayu UMNO akan jawab mereka tidak takut kepada Manusia, kecuali tuhan yang maha esa.

Mapadulung mentimun said...

Cuba selidik sikit tanah belakang parlimen, kawasan bukit bersebelahan jalan duta, dengarnya (dengarnya sajalah, tak confirm) nak dijual dgn harga murah juga.

Mali Muyung said...

Saya setuju dgn pandangan sdr berdasarkan pengalaman saya.
Dulu saya berkerja sbg Pengurus d sebuah hotel 4 bintang d KK milik Cina Swak.
Pada waktu itu Asst. Dir of Sales kita org Melayu.
Over tea with the owner dia puji performances wanita Melayu tadi but x akan promote dia.
Bila saya tanya Kenapa, Dia Melayu.
But anehnya tauke Cina tu baik dgn saya.

Pemerhati Setia said...

http://al-hajari.blogspot.my/2012/07/siapakah-kuda-tunggangan-demi.html


Siapa agaknya kena sekarang bab2 jual tanah ni...? Kalau penulis artikel atas ni tak betul, awat tak saman...

Din Matsirat said...

Dah nama pun dasar penswastaan, sah-sahlah bagi kat swasta. Swasta-swasta Mahathir pun masih lagi bagi kat syarikat dalam Malaysia. Duit negara tak mengalir keluar, masih lagi berpusing-pusing dalam negara. Bertukar-tukar tangan di antara peniaga dan consumers dalam negara.
Yang ni bukan dasar penswastaan.
Ini dasar menjual harta pusaka milik negara. Lepas satu-satu harta negara jatuh ke tangan asing pasal nak bayar hutang. Hutang yang dibuat tu tak ada faedah satu sen kepada negara. Entah sapa-sapa yang dapat benefit dari hutang tu. Tak pasal-pasal pula yang bergolok-bergadai kehilangan harta benda untuk langsaikan hutang dia.
He basically sold off national assets to China. Dasar-dasar yang dia buat sekarang ni semua nak selamatkan tengkuk dia jer. Dia tak peduli dah nasib generasi akan datang yang terpaksa menanggung beban dek penangan pemimpin zaman sekarang. Apa nak jadi, jadilah.
Kau tahu tak apa tujuan dasar penswastaan di zaman Mahathir? Falsafah di sebalik dasar tu? Satu untuk meningkatkan keberkesanan dan mutu perkhidmatan yang diberikan. Kedua mengurangkan beban dan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dengan membebaskan agensi-agensi ini supaya bergerak sendiri on their own. Supaya mampu generate income sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan. Disamping menyumbang kepada kerajaan dalam bentuk cukai. Ini juga adalah salah satu usaha kerajaan untuk menggalakkan pertumbukan sektor swasta sebagai pemacu ekonomi negara.
Dalam ayat kau tu bukan 'delegasi' tapi 'legasi'. Jangan buat malu orang kita bro. Tatabahasa tunggang-langgang tapi gagah jugak nak komen. Ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Harapkan songkok saja tinggi. Tetapi pujian juga harus diberikan. Keberanian dan confident level saudara Zaidi tinggi. Apa-apa pun, gaya kena ada.

Negara Maju said...

Cina amnya di Malaysia bangsa peniaga dan tahu wujudkan kerja..

Bangsa Melayu amnya tak tahu wujudkan pekerjaan perniagaan, dan tak berkembang..tapi hanya mahu pekerjaan halal.

----------
Oleh itu,
Banyak juga orang2 cina buat syarikat dan melayu jadi pwkerja..mereka khuatir bila gajikan Cina perniagaan mereka bakal terancam dan bertukar tangan..

Saya banyak jumpa fenomena ini..kerana keperluan Kerja dan Menjadi Tokey adalah perkara yg amat2 berbeza..
Pekerja- kena slow and steady, ulang2 paten
Tokey- kena otak ligat, cabaran.

Tuhan jadikan manusia itu pelbagai sifat. Gunakanlah kesesuaian yg ada untuk kesetabilan masyarakat..

Zalman A said...


"Saya tak anti-Cina tapi Umno yang kata ia sangat mengutamakan Melayu demi agama, bangsa dan negara. Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja yang tentang Umno."

Datuk,

These red shirts are a perfect microcosm of how Parti Dedak Najib operates.

Throw dedak at some barua to buat kecoh, the barua uses a small part of the dedak to mislead people, then pockets the rest.

A large part of the himpunan merah last year was old Felda folks who were enticed on a bus with promises of "free trip to KL".

When interviewed, they did not know why they were there.

That is the way that Parti Dedak Najib works.

Always, it's Malays at the bottom being exploited by PDN Malays, all for the sake of keeping the First Klepet in money and power.

And that is the saddest truth.

Zalman A said...


TSMY seems to have the ear of PAS.

PAS must come to their senses.

If Hadi is not smart enough, others must tell him in the party.

There is a "hudud bill consensus", but only Umno knows the "consensus". That is how BN works.

What will Lina's wayang instructions be next month?

L said...

Datok..

Masaalahnya orang kampung mereka percaya apa yang ditunjuk di tv semuanya betul walau pun ada setengah berita hanya propaganda,,

Dulu perkara begini hanya penyokong Umno sahaja yang percaya.. tapi sekarang orang Pas pun percaya yang Dap sahaja yang jahat termasuklah yang berserban berjubah yang bergelar ustaz..

Orang melayu kampung memang ada masaalah Tok..

Azhari Ihsan said...

Gomen sekarang guna konsep yg sama dengan pegurusan sime darby..jual aset untuk stabilkan akaun..

anti pemakan dedak. said...

Komenkamu;

ooooooooouuutttttt.

Mr.Taipan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Sahabat3 MY Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Pengkhianat Melayu aKa Prime Munafiq)"

-------

Malaysia 2k16 - Tempus Fugit

-Nice one Datuk Maestro! Don't stop d "momentum" Sir... :-)

-"Me, Myself & I" nak kejar posting also x sempat la! No choice but to "keep-up with d pace"...

-Thank God ramai Our Fellow3 Sahabats2 here maintains persevere.. DO NOT LOSE HOPE.. Success is just around d corner..

-Payah dgn "Geng Macai Pekak Buta Bisu Tuli" ni.. Yg masih lagi nak "tegakkan benang yg basah".. Walhal skrang 'Zaman IT' hampir segala maklumat "dihujung jari".. Kita dgn mudah boleh tahu "apa yg betul & apa yg salah" in 'REAL TIME'!

-Dear Fellow3 Sahabats2 HAVE NO FEAR! Take some tips/cues (for example & inspiration) from d likes of DAKJ, Mr Zalman A, Mr. Zed 85, dll... "Fight d Wrongs with d Rights".. By all means DON'T STOP!

-"Enemies Of Our Motherland" x pernah berhenti dgn 'Agenda3 Jahat2' mereka.. -JADI- Mengapa pula Kita3 Semua2 perlu putus-asa? God Almighty IS ALWAYS with 'The Righteous'.. So do not lose hope!

-"Zaman IT" ni Kita dgn mudah boleh kenal-pasti siapa yg sebenarnya berbohong, siapa yg sebenarnya mengarut, siapa yg sebenarnya biadap, siapa yg sebenarnya mereng, siapa yg sebenarnya pengkhianat, dll...

-Ada juga yg cuba kelirukan Kita Semua dgn "fakta3 & statistik2" -TAPI- Kita Semua JELAS TAHU apa yg sebenarnya berlaku! Time WILL Tell...

Malaysia 2k16 - The Truthful Truth

-Apa gunanya jika "fakta-statistik-auta MoF & BNM" mengatakan "Ekonomi Negara berada di landasan yg kukuh & Kewangan Negara adalah mampan" -TETAPI SEBENARNYA- Kita sendiri tahu "Kadar Pengangguran Negara & Kadar Hutang Isirumah" juga tinggi...

-Apa maknanya jika "Negara Berpendapatan Tinggi" -TETAPI- Rakyat Marhaen nak beli "barang asasi" seperti beras, telur, sardin pun x mampu!

-'Golongan Kanak3 & Warga2 Tua' DIPAKSA bayar GST.. -SEDANGKAN REALITINYA- Golongan ini DIHARAMKAN OLEH TUHAN utk "di-cukai-kan".. Hanya 'Pemerintah yg Zalim' akan pertahankan 'Sistem Cukai' sebegini.. NOKTAH! x payah nak ada "dolak-dalik kesimpulan itu-ini" lagi dah! GST itu JELAS HARAM!

-Amat malang nasib OUR NATION bila mana masih ada lagi Rakyat yg MEMILIH utk kekal jadi PEKAK BUTA BISU TULI... Kesian!

-Moga Allah SWT sedarkan mereka semua sebelum terlambat... Ameeenn!

-------

"Insanity: Doing the same thing over and over again and expecting different results"
-Albert Einstein

"22 tahun saya jadi PM, anda boleh cakap saya rasuah, zalim, mahafiraun dan macam-macam tuduhan lain -TAPI- anda pasti juga tahu saya tak pernah ada RM2.6bilion dalam akaun peribadi saya, saya juga tak pernah saman pengkritik saya, negara tak berhutang sampai RM800bilion, anda tak perlu bayar cukai GST, saya tak jual aset milik negara kepada negara asing, saya dan juga isteri tidak hidup mewah macam Najib dan Rosmah"
-Tun Dr. Mahathir Mohamad

"You're not supposed to be so blind with Patriotism that you can't face Reality. Wrong is wrong, no matter who says it"
-Malcolm X

"We aspire to be dominant, but we refuse to dominate"
-Tun Dr. Ismail Abdul Rahman

"A teacher is never a Giver of Truth; he is just a Guide, a pointer to the Truth that each student must find for themselves"
-Bruce Lee

-------

"Fight The Battle AND ULTIMATELY Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects US ALL from Iblis & Dajjal Laknatullah**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Salam Maal Hijrah 1438H! A new year.. A new unity.. A new hope..
P/S: DAKJ & Malaysians... Take care & W'Salam :-)

sukasamasuka said...

Datuk.

"Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low? "

1. Kalau tanya orang biasa..."Cina macam Jho Low sebab dia curi duit"

2. Kalau tanya orang UMNO..."Cina DAP sebab kalau mereka jadi kerajaan, susah la Melayu untuk berniaga dan dapat biasiswa"

3. Kalau tanya kakitangan kerajaan persekutuan di Pulau Pinang..."susah mau buat kerja...program kerajaan negeri memang lagi baik tetapi bos dari Putrajaya marah kita tolong kerajaan negeri walaupun budget dari kerajaan negeri"

4. Peruncit Melayu yang ada buka kedai runcit dikampongnya...kubu UMNO...kami jumpa dalam majlis hantar meminang..."terpaksa kasi naik harga barang sebab kedai runcit kecil macam aku punya, bukan bolih claim GST...untung pun sikit saja...Melayu suka hutang, belum bayar, susah mau pusing modal"

5. Aku rasa strategy pemimpin2 UMNO menakut2kan Melayu tentang Cina DAP adalah baik dan berkesan sekali...dan UMNO mesti teruskan usaha sebegini supaya terus dapat sokongan dari orang2 Melayu yang pada amnya memang takut sama orang Cina...selain takut kepada Tuhannya...dan takut sama orang Amerika...dan takut pada benda2 ghaib, jin, hantu dan jembelang...

Pandai kan UMNO?

Frank Labi said...


Salam DAKJ

Ada tok peti kata cina DAP kafir harbi. Jadi, cina Jho Low kafir dzimmi.

Kafir harbi darahnya halal. Harta mereka halal. Perempuan mereka halal. Curi duit pembayar cukai cina kafir harbi halal.

Entot Altantuya halal. C4 Altantuya pun halal. Simen tong drum pun halal kerana mereka boleh menjatuhkan pemimpin islam.

Lepas itu pergilah haji dan umrah. Ada yang berpegang pada fatwa atau pendapat punahsihat macam ini. Ini semua konon untuk kemaslahatan ummah.

Tidak banyak beza dengan fahaman ISIS.



husin lempoyang said...

Jual tanah tu buat nak beli dedak...bukan senang nak bela ayam reban Tok.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low?"

1. Politik UMNO membenci orang Cina disempurnakan ("perfected"} sejak kebelakangan ini apabila Malaysia dibawah jajahan kerajaan Bugis UMNO, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil...dimana orang2 Melayu disodokan dengan kata kata kesat dan biadap terhadap salah satu kaum minority di Malaysia...ia-itu kaum Cina.

2. Olih kerana "urusan peribadi" Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil dengan seorang Cina bernama Jho Low sudah jahanam...maka dia mengambil keputusan untuk membangsatkas bangsa Cina...sebab orang Cina sibuk pasal 1MDB kerana mereka adalah kaum yang terbesar dalam membayar cukai...yang digunakan untuk bayar hutang 1MDB.

3. Tetapi sebagai pemimpin Bugis terulung dalam UMNO, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, dia tidak bolih membangsatkan orang Cina sama macam dia membangsatkan bangsa Melayu....sebab psikologi orang Cina berbeda dengan psikologi orang Melayu.

4. Dalam keghairahan berpolitik, UMNO dan orang2 suruhan UMNO membuat suatu kesilapan strategik yang paling besar bila berhadapan dengan psikologi Cina DAP...lain kali saja la kita ceritakan dengan lebih lanjut.

5. Warna merah bukan warna Melayu...warna Melayu adalah warna hitam...atau hijau "Carlsberg"...itu pun sudah tak betul, macam mana kamu ni?

Cik Minah said...

Ayoooooooooo Mohammad Zaidi, janganlah merapu, memalukan
diri sendiri. Orang komen, awak pun nak komen tapi otak
kosong. Dasar penswastaan pun awak tak tahu, tapi nak juga
masuk berbahas. Malu aku baca komen kosong kau ni.
Nampaknya songkok menutup tengkorak kecik yang takda isi.
Cer someone jelaskan kepada si otak udang ni APA ITU
PENSWASTAAN dan kenapa Tun Mahadir menswastakan TNB,
Telekom, lebohraya, dll.

Muhamad Zaidi said...

Assalamualaikum DAKJ

Cina tetap terbahagi kepada 2, iaitu Kuomintang(Taiwan) dan Komunis(China). Selagi Komunis dan Kuomintang tidak bersatu selagi itu wujud MCA dan DAP.

Kesimpulan
Komunis kuasa mutlak di China maka di Malaysia, cina bersikap mutlak setelah Singapura, Hong Kong dan Pulau Pinang diambil alih mengikut lunas tertentu. Di Malaysia Perkongsian kuasa yang belum boleh di ambil alih cina mutlak sebagai PM kerana ada Agong dan ISLAM.

Muhamad Zaidi said...

Assalamualaikum DAKJ.

Di Palestin, yahudi berkuasa mutlak di tunjangi Amerika. Di Singapura, chinese berkuasa mutlak di tunjangi China. Bezanya Palestin menentang dan menjadi ikan todak. Manakala di Singapura bersikap sejuk dan menjadi pohon kurma yang menghijau.

mo said...

Dah keluar tender rasanya bulan February lalu DKJ.... keluar paper tender dia...

Pompuan said...

Salam DAKJ
Interesting your question on DAP or Jho Low who Malays should be afraid of. My answer both am not afraid of. If true Jho Low is the destroyer then arrest him,put him on trial n jail him.
And DAP?? As I told ny Chinese friends I don't mind them since I know Kit Siang and son are racists. I can live with that. Can be equally racists. Ahow far can they go ruggt?
But the one I fear most is Anu-war Ibrahim. The most dangerous and detrimental to our country and the Malays. That's why I said goodbye to Tun M after he kowtow to him in court. This guy kita tak boleh buat baik. Nanti makan kita Cukup lah kecph dlm UMNO masa dia ada dulu. Sekejap je dia menyelinap masuk and chaos begins. Till now.
I am so scared if he becomes PM. And God forbid he won't. God blesses the good to lead a country.
Ramai juga generasi saya yg mulanya menyokong Tun M terus tumpul hati tengok Anwar dah bersekongkol dengannya. Tak jadi lah join parti Tun M sebab Anwar ada. Saya setuju sangat dengan pandangan TS Zam it's the feeling of most Malays.

Nenekghuffran said...

Engkau ni dah kenapa Muhamad Zaidi ?...macam orang meroyan je...
Boleh tak kau main kat tempat lain sebab kat sini bukan tempat untuk budak2 yang tak cukup akal ...
Pergi habiskan belajar dulu ye...orang tua-tua berbual tak baik menyampuk...

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Berkenaan komen yang mengatakan orang cina tidak boleh percaya.

Berapa bulan yang lepas, ada seekor kucing datang rumah saya.

Saya pegang kucing ini, dia cakar saya. Agaknya kucing itu fikir siapa yang kurang ajar ganggu dia.

Saya berikan makan kucing itu, kadang-kadang saya berikan ikan, ada kalanya saya berikan makanan kucing, Friskies.

Lama kelamaan, kucing itu sudah kenal saya. Dia dah percaya kepada saya. Orang putih kata ada “trust”. Kalau saya pegang dia, tidak lagi dia marah. Sekarang ini, kalau dia lapar, dia berbaik-baik dengan saya.

Walaupun kucing itu sudah percaya dengan kita, kalau ada ayam goreng terdedah, dia kebas juga kerana memang sifat kucing begitu. Kucing adalah binatang.

Orang cina adalah manusia bukan malaikat. Kita nilai orang cina berdasarkan ukuran manusia bukan malaikat.

Sama juga dengan kucing, kalau kita kenal dengan orang cina dan berkawan dengan orang cina, lama kelamaan ada kepercayaan antara cina dan melayu. MCA dan UMNO sendiri pun sudah berkawan begitu lama.

Lee Chong Wei, orang cina. Ramai orang melayu bersorak bila dia menang.

Kalau kita nak cerita bahawa orang cina lebih pentingkan bangsanya dalam soal naik pangkat, berapa ramai orang melayu yang melebihkan bangsa lain dari bangsa sendiri dalam soal pangkat.

Yang penting bagi saya, kita anggap orang cina adalah manusia bukan malaikat.

Muhamad Zaidi said...

Yeah I agree both of you..

Jaga-jaga, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Muhamad Zaidi said...

Din Matsirat komen baguih, tapi.. ehh ada tapi...

Tapi kan.. tapi kan kalu tak komen panjang lagi baguih..

J said...

Iblisnya Najib tidak memalaikatkan DAP

anti pemakan dedak. said...

Zaidi.

Ini jawapan saya pd semua komen2 kamu.

Sekolah diMalaysia bnyk aliran...Melayu..Cina ..India dan mcm2.
Mcm makananan digerai2...ada masakan Melayu...Cina..India...dll.

Sebab England dtg langgar Malaya...maka sekolah bahasa Inggeris wujud.
Tetapi Melayu Islam belajar Arab sekolah pondok pun bnyk tapi Periksa SPM sama standard dgn MCE.
Tetapi disekolah pondok bahasa Arab pun standard tinggi.

Kerana negara Merdeka...maka Kemeneterian Pelajaran bagi biasiswa belajar sampai keluar negara.
Tapi Tun pergi Singapura belajar Medik dgn Isteri.

Najib pula pergi England belajar Ekonomi dan jadi lebih pandai...tapi pandai bohong.

Tetapi kerana ada Raja di tiap2 negeri selain Sabah..Sarawak..Melaka dan Penang...maka Agung berkuasa penuh dlm Malaysia.

Jadi..nasib baik semua org Islam terjaga dari ditipu oleh Dap . MCA dan Cina dari Negara Cina.

Tetapi akan lebih selamat bila Pas bersanding dgn Umno ..Jamal ikan bakar akan lebih berkuasa
tolong Najib selamatkan org2 Melayu2.

Kesimpulan
Pas dan Umno akan berkuasa ambil semua Negeri2 yg dibawah Pembangkang sebab ada Agung yg berugama Islam bersama Najib yg pandai bohong dgn pertolongan Jamal Ikan Bakar dan Zahid guru bahasa Inggeris bagi gang Jawa diTanah Melayu.

Sebab itu wujud sekolah bnyk aliran. Dari situlah kamu telah berjaya menulis karangan dgn cukup baik tetapi Merapu rapu.

samsimon said...

Yang tak faham Bahasa Inggeris takut nak faham apa yang dikata dan cuba membuat terjemahan sendiri yang tak lengkap dan betul.
Yang faham sedikit bahasa itu, bising dan selalunya bercakap lebih dari apa yang dituliskan.
Akhirnya makluman yang kurang tepat disebar menjadi fakta yang sebenar kepada mereka yang tak faham langsung atau kurang faham bahasa itu.
Apabila bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar disekolah, yang komplen adalah bukan Melayu. Setelah 6 tahun dilaksanakan yang tinggi pencapaian dalam sekolah dalam matapelajaran qbahasa melayu adalah bukan Melayu.
Sampai sekarang orang Melayu yang tak begitu faham bahasa inggeris hanya baca dan terima maklumat dari satu saluran saja...bukan Melayu guna pelbagai saluran. Makluman adalah kuasa dan sambil orang Melayu kecoh dalam kamelot politik Melayu negara, yang faham sedikit dan banyak dari sedikit bahasa Inggeris dan mungkin terjemahan bahasa tionghua sibuk membuat bisnis pada waktu krisis. Setelah siap dan bisnis dah dimeterai kemudian dibuat kenyataan akhbar seperti yang DAKJ perincikan di atas.
Kini tidak jadi masalah lagi. Penyerahan sdh pun berlaku.
Diluar sana banyak 'distractions' agar tidak kelihatan apa yang berlaku.

Kenalah audit DBKL mengenai penjualan di atas. Apakah GLC dan GLIC negara sudah tidak mempunyai dana yang cukup? Atau setiap keputusan diangkat keatas utk kelulusan.
Wallahuaklam

RD. said...

Betul juga apa yang diperkatakan Dato A.Kadir Jasin.

Selama ini orang Melayu di takut-takutkan dengan cerita dongeng bahawa Melayu akan bangsat diNegara sendiri... jika Cina DAP memerintah.
Mana mungkin DAP jadi Kerajaan, setakat menang 30 dari 222 kerusi Parlimen.

Kita diseru membenci Cina DAP, tetapi... Najib sendiri pernah tersenyum-lebar, berselfie dengan Guan Eng. Nazri pula, pernah dirakam bergurau-senda sambil memelok-bahu Guan Eng. Namawee pun... Nazri sambut dengan gembira, dijemput masuk Parlimen, berpakaian rapper.

Apa yang dicadangkan mereka, Najib turuti... seperti:-

- DAP suruh hapuskan ISA... Najib sudah lakukan sehingga EO (Emergency Ordinance) terbatal.
- DAP suruh guna dakwat kekal... Najib sudah buat, 2 kali PRU.
- DAP suruh hapuskan Akta Hasutan... pun Najib nak lakukan. Nasib baik, ramai membantah.

Disamping jual tanah-pusaka dan asset Rakyat kepada Negara China... untuk bayar bunga/mengurangkan hutang-1MDB... Najib juga gemar guna orang-tengah kelabu-asap seperti... Razak Baginda, Deepak Carpet dan Jho Low.

Nak kata mereka ini 'kroni-kroni' Najib... mustahil, kerana:-

- Tidak ramai Rakyat Malaysia yang boleh 'cari-makan' atau bekerja dengan 'kroni-kroni' Najib ini.
- Berapa juta... Kerajaan dapat kutip cukai dari kekayaan dan empire perniagaan 'kroni-kroni' Najib ini? (Jika dibandingkan dengan apa yang dikatakan Penyokong-Najib sebagai...'Kroni-Kroni' Dr.M)

Hakikatnya... segala keuntungan yang terhasil dari penjualan tanah-pusaka & asset-asset Rakyat... langsung tidak dikembalikan kepada Rakyat.
Jelas sekali Rakyat tidak menerima sebarang manafaat... malah kerugian, dari urusan jual tanah-pusaka Rakyat yang dilakukan Kerajaan pimpinan UMNO-Najib.
Makanya... Rakyat di Dahulukan... hanya sandiwara semata-mata untuk menyedapkan telinga orang Melayu yang menyokong UMNO-Najib.

Bukanlah niat saya untuk menyamakan Cina-DAP atau pun Negara China... dengan Zionist Yahudi.

Hakikatnya... inilah yang berlaku di Palestine, sekitar 1948, apabila Israel mula terbentuk. Selain tanah Palestine dirampas, banyak juga tanah-Arab 'terjual' kepada pendatang Yahudi-Zionist yang kaya.

Sebab utama, mengapa tanah Arab tergadai kepada Yahudi ialah kemampuan mereka menawarkan harga yang jauh lebih mahal.

Contohnya; Seorang Arab mahu menjual tanahnya kepada seorang Arab lain dengan nilai USD50,000. Datang seorang Yahudi menawarkan USD100,000. Sudah tentu tanah itu dijual kepada Yahudi.

Hakikatnya... inilah yang diamalkan Najib, aka Cash is King... hari ini.

Jika dijual kepada GLC atau GLIC... harganya tidak boleh terlalu tinggi... dan sudah tentu harga dan terma penjualan akan tersebar kepada Rakyat, sama seperti TH beli tanah 1MDB dahulu.
Tetapi... jika dijual kepada seorang towkey-kaya atau China, harganya boleh dirundingkan,,, dan dirahsiakan. Maklumlah... tanah itu sudah jadi milik-persendirian.

Faham-faham saja la... nak tubuh 1MDB dengan berhutang dan guna orang-tengah Jho Low pun, Najib tak bawa berbincang dalam Parlimen. Nak klepet WANG Rakyat, atau 'scheme to scam'... mana boleh buat secara lurus-bendul, ikut procedure.

Kesimpulannya (Nak ikut pe'el Zaidi):-

Saya pernah terbaca komen dari SatDee. Kata beliau... kalau nak curi pun, janganlah curi duit-hutang... kerana duit-hutang, mesti dibayar-balik. Lain kali, curilah duit dari penjualan asset atau tanah-pusaka. Mungkin Najib sudah belajar dari SatDee. Dan... hari ini kita dengar DBKL jual tanah Desa-Waterpark. Kita juga sudah tahu bahawa tanah disepanjang Selat Tebrau, dari Link Kedua, sudah terjua kepada Syarikat Negara China.
Ini yang kita tahu. Yang kita tak tahu... seperti Saudara Mapadulung mentimun 12:56AM dengar... bagaimana?

Mappadulung Mentimun said...

Ohh keluar tender rupanya......kawan cina saya beritau. Tgh mengumpul kawan dan dana lah tu.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low?"

1. Cina macam Jho Low sebenarnya lagi bahaya bukan kerana dia orang Cina tetapi dia ada kebolehan luarbiasa yang bolih digunakan untuk membuat kebaikan atau keburukan.

2. PM Najib bolih menggunakan kepakaran Jho Low untuk membuat kebaikan demi agama, bangsa dan negara.

3. Tetapi PM Najib mengambil keputusan nekad untuk menggunakan Jho Low untuk tujuan peribadinya.

4. Jho Low ada menyimpan "rahsia peribadi yang paling sulit" tentang PM Najib dan Rosmah...bukan aku yang cakap...aku tak tau apa apa pun....sumpah.

5. Tidak ada orang dalam Malaysia, termasuk Agong dan PM Najib sendiri, yang akan dapat sentuh seorang Cina yang bernama Jho Low....bukan aku yang cakap. Lagi bagus kita lupakan saja la seorang Cina bernama Jho Low ini...percaya la.

RD. said...

Dalam masyarakat atau kaum mana pun... ada yang bersikap 'racist' atau lebih bertolak-ansur kepada bangsanya sendiri, seperti apa yang diperkatakan Saudara 'Unknown' dan Saudara Mali Muyung.

Adik perempuan saya, seorang Pharmacist, pernah menceritakan mengenai seorang pembekal ubat Cina. Satu hari ketika pembekal itu pergi ke keretanya, adik saya telah periksa file invoice yang ditinggalnya atas meja. Terkejut dia... kerana harga yang ditawarkan kepada Pharmacist berbangsa Cina, jauh lebih murah.
Kemudiannya... adik saya tanya... mengapa harga lebih murah pada mereka? Langsung tidak dijawab, kemudian terus beredar... dan tidak lagi kembali sehingga hari ini.

Itulah hakikatnya... yang berlaku dalam perniagaan dan mengapa peniaga Melayu... terpaksa jual barangan, lebih tinggi sedikit dari peniaga Cina.

Ultraviolet said...

Saudari Cik Minah,

Tidak semua manusia sama, ada manusia yang cerdik, ada yang biasa dan ada yang kurang biasa.

Saya tengok ramai juga pembahas yang komen pembahas yang pakai songkok tinggi.

Apa salahnya pakai songkok tinggi? Kalau otak kosong, terpaksalah pakai songkok tinggi supaya berat di atas kepalanya menjadi seimbang.

Zalman A said...

"Despite what the prophets of doom are saying, it’s still not impossible for the opposition to achieve its objective of ousting Barisan Nasional from power in the next general election.

However, there has to be a quick resolution of differences between the opposition entities in Peninsular Malaysia, namely Pakatan Harapan, PAS and Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

For starters, they have to decide on a single prime ministerial candidate. Right now, there’s no indication that they will agree on that. Bersatu Chairman Mahathir Mohamad says his party’s president, Muhyiddin Yassin, should assume the post, but Pakatan still wants its jailed leader, Anwar Ibrahim, to take the job and PAS has nominated its president, Abdul Hadi Awang.

Another, and perhaps more important, issue is the question of avoiding multi-corner fights in the election. While every observer of Malaysian politics knows that it’s impossible to defeat BN if most of the fights are multi-cornered, there seems to be no indication of any sort of compromise between the opposition parties to ensure straight fights."

Time is running out.

If PAS and DAP are mutually allergic, no problem.

Just have a non-competition clause and loose pact.

There should be a United Malay Front of PKR, PAS, Bersatu.

Amanah issues should be decided by who held or holds the seat currently, so for example PAS should just leave Khalid in Shah Alam etc. and Amanah should return the favour.

If KK and Sg Besar are fought by a United Malay Front of PKR, PAS, Bersatu, then I believe they would win. UMNO just wants 3-way fights; that was the whole unholy intention of the hudud wayang.

Time is running out.

I am sure the Head Thief is already mining public funds for GE14 dedak.

Rahim Ibrahim said...

Many thank DAKJ for an important discourse. Saya nak komen sikit Dato'. No. 1: Cina is another human being like Malay, Java or any other races. No.2. Kenapa takut Cina DAP atau Low. Khatib selalu sebut DLM khutbah, it ta kullah,takutlah Allah DLL.Takut Allah, takut undang2 Allah DLL.contoh curi potong tangan.No. 3. Kalau UMNNo, Pas, MCA, MIC,DAP DLL. Kalau depa curi,Kita potong tangan mereka.No. 4.Kenapa kita tak sokong hudud, sebab barangkaki kita nak mencuri DLL.No. 5. Cik Minah jgn serang Mohd Zaidi secara peribadi, beri constructive comments, tak Etika. No. 6. Java kata Melayu bodoh, tapi kalau Java lebih cerdik depa tak mai Tanah Melayu. No. 7.Cukup dulu beri peluang org lain pula.

Move IT said...

Mana ada lagi Cina Komunis atau KMT. Kan Teng Xiao Ping berkata tak kira samada kucing itu hitam atau putih, selagi ia menangkap tikus, ia adalah kucing yang baik. Dunia tak kira kita Cina Dap atau Cina Bbq atau Melayu sekian sekian, kalau kita bodoh dan tamak, tunggu je lah balasannya.

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih para pembahas. Ya Cina pun manusia. Melayu pun begitu juga. Beza manusia adalah ada yang baik dan ada yang tidak baik. Yang baik berbudi pekerti dan berperi kemanusiaan. Yang jahat membunuh dan menipu.

2. Tahun 1968, lepas peperiksaan HSC, saya hitchhiking dari Alor Star ke Johor. Dulu manusia lebih baik dan percaya memperyai. Jadi bila kita hitch hike orang berhenti dan bagi kita tumpang. Sampai Batu Pahat saya kena pukul dengan budak-budak Jawa samseng Kampong Sungai Ayam.

3. Luka di kepala dan kaca mata pecah.

4. Siapa yang selamatkan saya dan hantar saya ke Hospital Batu Pahat? Seorang Cina tua yang memandu kereta Morris Minor. Saya tinggal semalam di hospital untuk pemerhatian (observation). Kebetulan itulah satu-satunya kali saya masuk hospital. Alhamdulillah.

5. Pada tahun 1973, masa tinggal di Hulu Langat saya tumpangkan isteri Allahyarham Pak Sako dalam kereta kecil Ford Escort saya. Dalam perjalanan kami terlihat kereta langgar pokok. Remuk. Perempuan Cina yang memandu sudah mati di tempat duduk. Kami ambil anak lelakinya yang cedara teruk dan hantar ke Hospital Kajang.

6. Tidak lama selepas itu, saya dan isteri dalam perjalanan dari Parit Raja menghala Batu Pahat terserempak satu lagi kemalangan ngeri. Kereta Mercedes hancur dan tidak ada tanda yang selamat kecuali seorang bayi dalam pelukan seorang perempuan tua yang menangis. Kami ambil bayi itu dan hantar ke Hospital Batu Pahat. Kesemua mereka Cina.

7. Di kampung waktu saya sekolah rendah, salah seorang yang ayah saya upah hantar saya dan kakak saya ke sekolah dengan basikal adalah Cina. Kami kenali dia sebagai Ah Hin. Bila dia masuk Islam, dia ambil nama Ibrahim. Kata orang, lepas itu dia keluar Islam dan balik tinggal dengan keluarganya.

8. Saya tak kenal Jho Low tapi saya kenal Kit Siang dan Guan Eng dah lama. Walaupun NST milik Umno tapi masa saya jadi pengarang saya bagi liputan "15 perenggan" hampir setiap hari kepada LKS dan DAP. Sekarang saya kerap duduk berbincang dengan mereka.

Wallahuaklam. Terima kasih.

AHK said...

Sebenarnya benda ini sentiasa menjadi tanda tanya bagi saya, kenapa 1MDB diwujudkan atau kenapa projek terkini diambil alih oleh "hartawan" atau syarikat yg kita tidak tahu kemampuan nya,sedangkan negara mempunyai GLC yang mampu, tabir urus yg bagus dan berpengalaman seperti Khazanah, PNB, Tabung Haji, KWSP dan lain2.Mungkin GLC ini wujud semasa era Tun M. Mana mungkin PM yg baru dilantik mahu menyambung legasi/kepimpinan PM terdahulu. Ini minda pemimpin kita, jika seorng individu itu dilantik menjadi PM, beliau harus melakukan sesuatu yg lain dari PM terdahulu.Tentang tanah Taman Tema Desa Water Park, kenapa tidak ditawarkan pada Tan Sri Vincent Tan sedangkan beliau adalah penyewa tanah tersebut atau beliau begitu baik dgn Tun M.Mengenai org Cina, secara positifnya tidak semua org Cina atau hartawan Cina di Malaysia seorg yg penting diri sendiri, ada yang juga yg baik, ada yg berhati baik/mulia menolong bangsa lain, ada yg lebih baik dari orang Melayu Islam.

SG said...



Saudara Din Matsirat,

Saya setuju dengan komen saudara.

Komen Saudara Zaidi malangnya selalu tersasar jauh, tidak tersusun dan kerap kali merapu, tetapi itu adalah haknya untuk memberi komen, seperti pembahas-pembahas lain juga yang berhak untuk memberi komen mereka.

Cuma diharapkan kualiti komen Saudara Zaidi bertambah baik dari masa ke semasa, begitu juga dengan para pembahas yang lain.

Suburkan demokrasi di negara kita ini dengan lontaran idea yang bernas, jujur dan sopan.

Wallahualam.


Rabbit said...

Pak Kadiaq
LSS dah bubuh hang cukup cukup pasal isu ni. Hang jawablah balik. Kitorang nak tengok dedak siapa lagi banyak zat. Dedak Jib atau dedak Che Det.

banggoi petai said...

Bongok macam najis anak razak juga ko ni zaidi ...bagus ko cuba makan ja tinja anak razak tu ..mana la tau boleh kurang sikit bebal ko tu ..

Muhamad Zaidi said...

Yelah anti ooi..

Muhamad Zaidi said...

Sabar ye nek..

Zalman A said...


Salam Datuk,

Thank you for powerful sharing of personal memories.

Yes, that is what Malaysia will still be, without the evil and greed of politicians.

On a separate note:

"The creation of the new Office of Controller of Political Donations and a board are useful proposals, if we appoint men of real integrity. The non-inclusion of politicians would help promote public confidence in the Controller, but his or her office has to be strictly apolitical."

But we already know this "Controller of Political Donations" will show the same independence as the 24-hour replacement, the Twitter king, the EC, the MACC dll.

The kampung folks must learn the concept of "State Capture".

http://f3magazine.unicri.it/?p=402

That is what PDN are doing to Malaysia.


Muhamad Zaidi said...

Tidak benar 100peratus tanah di Malaysia cina pegang. Ingatlah bahawa Melayu mempunyai tanah yang banyak ingat sekangkang singapura ke? Pulau Pinang ke? Melayu ramai berjaya berapa banyak gudang-gudang, tanah-tanah felda, stadium, masjid, kedai-kedai, kilang al ikhwan

Muhamad Zaidi said...

Harga kawan-kawan lah katakan.

jamal hassan said...

Datuk A Kadir Jasin,
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

mamu faham, kadangkala hubungan kita yang terlampau akrab dengan seseorang akan menyebabkan kita buta dari menyatakan kebenaran tentang dirinya.
contoh yang terbaik macam Datuk A Kadir Jasin, dengan tm.
adakah Datuk A Kadir Jasin, memang lupa atau buat2 lupa propaganda macam ni memang sejak zaman tm lagi dah dibaja dan disuburkan.
sekarang sebab tm dah baik dengan geng lge dan lks, Datuk A Kadir Jasin, u-turn la pula demi menyokong tm.
ada ke orang yang tahu kroni2 ketat tm pun macam ts vt, ytl semua tu bangsa apa
maknanya sekarang Datuk A Kadir Jasin,lebih rela kalau negara ni diperintah oleh lks dan anak2nya daripada geng Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan geng2 umno bn semua
waduhhh

RD. said...

Saudara/i Rabbit.

Saya pernah komen dalam blog LSS dan semua komen yang tersiar samada setuju dengan LSS atau menyokong Najib.

Saya bertanya dengan sopan sekali.

'Adakah hutang 1MBD termasuk dalam 54% hutang Negara yang beliau katakan dibawah paras-kawalan 55% KDNK itu?'

Bukan saja tidak dijawab, komen saya pun, LSS tidak siarkan.

Tiga @ empat hari lepas tu, saya hantar lagi komen... suruh LSS print posting beliau itu keatas kertas, gulung dan pergi jolok j**** Najib.

Harap Maklum.

Abdul Lah said...

salam...

kepada : Jamal Hassan

aku tak tahu Datuk Kadir, tapi aku lebih rela 1000 LKS/LGE daripada sepasang NajibSemah memerintah negara...

sebab apa???

aku tak tahu prestasi LKS/LGE, tapi aku dah rasai sendiri diperintah bawah sepasang NajibSemah, dan hasilnya amat tak menggembirakan aku. so, i guess i'll take my chance.

tentang NajibSemah Melayu/Islam/Muslim, LKS/LGE bukan Melayu/Islam/Muslim, rasanya Tun dah jawab. kalau parti Bersatu menang, PM berikutnya TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN. LKS/LGE mungkin pegang kementerian pengangkutan atau kementerian lainnya. as of now pun, ramai jer menteri CINA MCA yg sedang dan pernah jadi menteri, so what's the big deal???

nak gebang pun, biar logik. ingat kitorang rakyat marhaen bodoh sgt ker? so, ko lg nak gebang ngan kitorang ni???

maaf Datuk Kadir dan pembahas lain. bahasa sgt rojak kali ni. hangin satu badan tgk hujah Pro NajibSemah...

megat panjialam said...

Kadiaq. Yg ambil beratus ribu tanah rezab Melayu tak ganti balik tu pemimpin Melayu mamak 22th. Tak kan la nak salahkan UMNO kot dia pemimpin UMNO waktu tu termasuk penulis tumpang sekaki jadi kaya. Mcm ludan ke langit ja terjun balik batang hidng.

Muhamad Zaidi said...

Nama pun rahsia rasmi(OSA), mana boleh sesuka hati nak print bagai.. ingat pokemon ke nak main redah komunis pun tahu nak berdamai

Wahab Shah said...

Petikan dari the star 14.08.16;

"His roaring success in marketing Honda motorcycles and later motorcars won him the title “Mr Honda of Malaysia”. Meanwhile, Boon Siew went on to set up other businesses through his investment company, Oriental Holdings. He also bought land and properties. By early 1990s, he became the biggest landowner in Penang and possibly owned half of Langkawi island".

1/2 daripada KL pun mungkin bukan kita punye....

Muhamad Zaidi said...

Itulah, apalah nak sengketa bagai. Isu 2 imam lah, 2 side lah ingat main bolasepak ke team che det vs najib, ke badminton. Komunis pun letak senjata rundingan baling apa da hal.

Muhamad Zaidi said...

Depa manusia bagi 'Quaker Oat' lepa senyaplah kut

Muhamad Zaidi said...

Ingat senang ke nak lupa komunis kejam mereka

Muhamad Zaidi said...

Mengkagumkan tentang sejarah DAKJ yang sebenar-benar-benar-benar terjadi, ia realiti dan telah dibuat juga pemimpin kini bantu anak-anak aceh dan sebagainya

anti pemakan dedak. said...

Zaidi zaidi;

Kah...kah...kah...hik...hik.. hik..lucu hik hik hik..
lucccuuu..
jawapan kamu pd RD..

Hik...hik....kah....kah...

Hhmmm
Hik hik

Spt kata Nenek Gurfan;
".. kamu pergilah belajar menulis...
Jgn menyampuk org tua2 bercakap".


husin lempoyang said...

Si zaidi ni dah lengit dan kena warning dgn supervisor dia. La ni boss dia terpaksa hantaq pemain simpanan yg dah pencen tlg back up.
Identiti team songkok tinggi tetap maintain tu.

sukasamasuka said...

Datuk.

"CATATAN ini saya tujukan khas kepada Melayu yang menakut-nakutkan Melayu lain mengenai bahaya Cina DAP dan kepada Melayu yang percaya Umno lah satu-satunya penyelamat mereka."

Datuk mengutarakan dua soalan.

1. "...kepada Melayu yang menakut-nakutkan Melayu lain mengenai bahaya Cina DAP..."

- kita rasa "lagi Melayu" bila benci sama Cina...dan kita rasa "lagi Islam", bila benci sama Yahudi.

- dirumah kita begitu.

- dimajlis kita begitu.

- kalau kita tiba2 puji Cina atau Yahudi, macam ada yang tak kena...Melayu akan pandang serong pada kita.

- itu lah UMNO bolih berkuasa selama2nya sebab orang UMNO semua rata2 orang Melayu...sebab mereka tau orang Melayu takut Cina dan Yahudi.

- kalau itu belum cukup lagi, kita tambah sikit lagi...ini geranti Melayu takut...misalnya, untuk meng"islamkan" perkataan Melayu..."serdehana" (atau moderate)...ada seorang tu suka ulang perkataan "wassatiyah"...sedap bunyinya kalau ada bunyi Arab...terus macam nampak dia betul2 pegang agama Islam.

Padahal, satu hantu pun tak tau apa itu wassatiyah...kecuali dia!

Suruh dia pakai bahasa Bugis lagi bagus!

- Kita nampak UMNO guna Coia, Yahudi dan Arab untuk terus berkuasa.


2. "...kepada Melayu yang percaya Umno lah satu-satunya penyelamat mereka..."

- dulu2 memang betul yang UMNO penyelamat Melayu...tapi, itu UMNO dulu.

- orang2 lama UMNO adalah khazanah negara, termasuk orang macam Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali...dan tidak kurangnya juga orang macam Datuk.

- mereka2 ini lah yang membina Malaysia.

- sebenarnya, bukan UMNO yang hebat....UMNO itu hanya la nama saja dan logo...macam Coca-Cola.

- sebenarnya bukan University Cambridge atau University Harvard itu yang hebat...itu cuma bangunan sahaja...macam Pyramid Egypt.

- yang hebat bukan UMNO...yang hebat ialah orang2nya...Onn Jaafar, Tunku, nazak usin, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad...

- Sesiapa yang tidak bolih minum Coca Cola, jangan minum Coca Cola...cari la minuman lain.

- satu hantu pun tidak ada lagi di Pyramid Egypt kecuali batu dan pasir...

- begitu la UMNO...tidak ada apa apa...sudah jadi rumah puaka!

- BURN IT DOWN!....LET UMNO BURN!

Naj said...

Saudara Zaidi,

Di sini saya letakkan cadangan "code of conduct" untuk meletak komen:
1) fahami apa yang dibincang atau didebatkan
2) gunakan hujah berdasarkan fakta mahupun hujah2 orang lain, untuk menyokong atau menyanggah apa yang dibincang atau didebatkan
3) jika mahu/perlu, letakkan kesimpulan iaitu rumusan terhadap hujah2 yang telah dikemukakan

Semangat kamu harus dipuji, tapi "isi" nya ibarat gangguan frekuensi di antara stesen2 radio bila gunakan tuner analog; sama ada kita tak faham dan tak peduli lantas terus cuba mencari stesen seterusnya, atau berasa geram dengan interferens terbabit.
Jangan jadi tong kosong Zaidi, cakap biar berisi..

Naj

Naj said...

Perhaps there aren't good and bad people, just good and bad decisions. Time will tell and the rakyat will judge.

Wallahuaklam

Naj

Aku said...

Kadiag, salaam.
Nak coret sikit pasai posting hang 11.43 a.m. Teraihnya, aku rasa hang nak bagitau keinsanan kita sebagai maknusia. Terima kasih Kadiag.
Nak habag mai, aku pon banyak kenangan... antaranya aku dimintak cari sorang remaja pompuan yg keluag romah tanpa bagitau orang tua dia.. Aku pon pangge sorang jiran yg juga kawan sekolah benama Ah Huat, untok teman aku. Kami pon tuju ke bandag, masok kelab malam keluag kelab malam sampailah aku terserempak dgn pompuan tu disatu kedai tengah dok minum2 dgn bebrapa kenalan atau kawan dia. Sebelom apa2 jadi, aku suroh Ah Huat tunggu kad luag, kalu jadi gadoh ka apa ka dan aku tak keluag dlm masa 5 minit, dia kena masok tulong aku.... ..nak tak jadi cereta pompuan tu setuju nak balik romah, legaa aku ... aku pon keluag pi nak habag kad Ah Huat, masaalah dah selesai dan jom kita balik, tapi tepandang aku kad lengan baju Ah Huat, ropa2nya telah siap sisih....

Aku

dina said...

bagus lah kalau dah berkawan duduk semeja dengan gang dap.
all the best!

Asri ismail said...

Apa zaidi nak beritahu ni... mana pointnya...

Muhamad Zaidi said...

Melayu kan ada Bandar Tun Husein On, Bandar Tun Razak, Bandar Malaysia(najib), Bandar Putrajaya(che det), Bandar JB. Dan lain.. Tanah kosong dibina masjid supaya cina tak boleh ragut dan ditanam buah tin. Cuma ada yang kurang ajar baling khinzhir ke masjid.

A KADIR JASIN said...

1. Mohon kerjasama. Kalau guna nama samaran/nama pena, tolong pilih nama yang sesuai, bersopan santun dan tidak menghina sesiapa.

2. Nama seperti ----- Haramanjadah tak sesuai. Janganlah maki hamun keterlaluan.

3. Kalau nak guna juga "haram jadah" versi sopan bagi saya ialah "haram zadah" itu gabungan bahasa Arab "haram" (dilarang) dan Parsi "zadah" yang bermaksud anak.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

1.A regular debater had sent me a personal and confidential note with the request that I “discuss and inform LKS”.

2. But upon reading his message, I see no real P&C issues instead something that should be shared with all debaters and readers although the message is addressed specifically to YB Lim Kit Siang. So I am taking the liberty of sharing his message will all debaters and readers.

3. Here is his message in full and untouched:

“Datuk...please discuss and inform LKS the following matters: 1. Ask his East Malaysian men to stop making personal comments regarding departures of his men in Sabah. 2. Those departures are not personal, but must be seen in context of new development on the ground. 3. Further personal statements will not auger well to create a united opposition front against UMNO-BN. 4. DAP, like UMNO, Bersatu and PAS are "seen" as Malayan parties by local Sabahan. 5. DAP and other Malaya-based opposition front must support Malaysian Agreement 1963...failing which Sabah based opposition parties will "cooperate" with UMNO to form next federal government after PRU14. 6. Sarawak DAP must not use the term "frog" to describe what happen to Sabah DAP...local DAP must stop acting like taiko....same goes to PKR. 7. This political realignment in Sabah is very fluid....it can either go both ways. 8. DAP and Bersatu must not question the Immigration right (part of the Malaysian….”

Zalman A said...


Datuk,

The person who sent you comment re: East Malaysia is very correct.

The Pen Mal parties just do not fly.

Better to wait for DS Shafie to set up camp and then have a joint effort.

The DAP are quite stupid for not thinking this through.

And ALL Federal Opposition leaders should keep quiet.

Sarawak are quite allergic to Umno.

Let us see how the Bugis thief plays the hudud wayang in October.

Maybe Adenan needs to be smart, too.

RD. said...

Saudari Dina.

NB: Saya guna huruf besar untuk 'D'... sebagai tanda hormat.

Mungkin Saudari belum 'sedar' bahawa DAP hari ini sudah bertukar menjadi lebih sederhana. Bukan lagi seperti DAP ketika bersama Gerakan dan PPP, berarak meraikan kemenangan-besar Piliharaya pada tahun 1969... kemudian mencetuskan rusuhan Mei 13.

Mungkin setelah menjadi Kerajaan di Pulau Pinang dan selepas berkawan dengan PAS sejak 2008, DAP sudah bertukar menjadi lebih lembut dan sederhana. Maklumlah, lebih separuh dari Rakyat Pulau Pinang, adalah bukan-Cina.

Sebaliknya... untuk memikat hati pengundi Cina, hari ini... MCA pula yang terkedepan memperjuangkan apa yang DAP lakukan dahulu. DAP, selepas berkawan dengan Haji Hadi... dulu, telah bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai Hudud. Sebab itu MCA... hari ini, mengugut dan bangkang dengan tegas, sokongan UMNO-Najib kepada Hudud-PAS.

Kesimpulan:

Oleh yang demikian, saya berpendapat, adalah lebih memberi kebaikan kepada seluruh Rakyat Malaysia, Bangsa & Agama... untuk kita 'berkawan' dengan... lesser Evil demi menghapuskan maklok-perosak yang lebih besar. Selagi tidak disingkir, dia akan mencemarkan kemuliaan Agama Islam dan menyemarakkan perpecahan Melayu.

Kalau tak percaya.. kita tunggu akhir bulan ini, apabila RUU 355 dibawa untuk dibahas di Parlimen. PAS juga sedang berhadapan dengan kemungkinan berpecah sekali lagi akibat 'berkawan' dengan UMNO-Najib. Sudah tentu ada yang tidak mahu Agama Islam & PAS terpalit 'lumpur' UMNO-Najib. Makanya... RM90 Juta... mungkin tak cukup.

Kawan Zaidi masa sekolah said...

Zaidi hang ingat ni twitter ke tulis dua tiga baris pastu post berulang-ulang? Aku ingat hang dah salah tempat..

sukasamasuka said...

Datuk.

" 5. DAP and other Malaya-based opposition front must support Malaysian Agreement 1963...failing which Sabah based opposition parties will "cooperate" with UMNO to form next federal government after PRU14."

- I tend to agree with the above statement.

- UMNO and UMNO Sabah will do everything possible...legally and illegally using "Cash is King" approach...to work with the new united opposition front in Sabah.

- to this united opposition front, if they win in the next PRU14, they can work with anyone to form the next Federal Government...either BN or the Bersatu-led coalition...with little obligation, save for its own "Borneo Policy" in line with the Malaysian Agreement 1963.

- Sarawak BN won last State Election had nothing to do with Najib and UMNO, but PBB and Adenan...they too can work with either BN or the Bersatu-led coalition to form the next Federal Government after PRU14, base on same political principle.

- Now, it is up to Bersatu to work with others and win in West Malaysia.

- "Borneo Policy" is a political agenda...nothing personal about it.

- But, you can get Dahalan, Anipah and Salleh to make a joke about it since they are all Sabahan.

- So lets hear, which one of the famous three Sabah bloooooody monkeys will crack the joke first?????

Aku said...

Kadiag, salaam.
~RALAT~
Mintak maghap Kadiag, pekataan terakiag 'entri' aku pukui 11.30 malam ialah 'sising' bukan 'sisih'.
Sekali lagi, maghap no....
Aku

kluangman said...

Copy and paste dari blog pro umno, dipost oleh lokman adam (jasa)

Kadir Jasin Leftenan Mahathir Yang Berselingkuh Dengan Anwar Ibrahim?


Ramai menganggap Datuk Abdul Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara, adalah pentaksub Tun Mahathir Mohamad dan akan berbuat apa sahaja demi negarawan tersebut. Tidak ramai yang tahu bahawa kesetiaan sebenar Kadir ialah kepada Tun Daim Zainuddin, mantan Menteri Kewangan Malaysia.

Malah ramai yang tidak tahu bahawa ketika beliau dianggap leftenan Mahathir sejak puluhan tahun, hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim tidak pernah putus. Kadir akan mempertahankan Mahathir sehingga ke akhir hayat, tapi beliau juga tidak segan silu “berslingkuh” dengan politik Anwar.

Beliau antara segelintir penulis besar yang mengunjungi Anwar Ibrahim apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan.

Dulu apabila Anwar dipecat, Kadir antara beberapa orang yang diberi tugas khas merangka propaganda membantu Mahathir dan Barisan Nasional. Kempen propaganda Kadir Jasin menjadi “backfired” apabila beberapa iklan propaganda seperti “sakit kepala” dan lain-lain menarik simpati orang Melayu kepada Anwar Ibrahim. Akibatnya UMNO hilang puluhan kerusi.

Apakah Kadir benar-benar ikhlas membantu UMNO atau menjadi agen Anwar dari dalam sukar dibuktikan.

Sejak beberapa hari ini Kadir Jasin sekali lagi tampil menjadi panglima Mahathir. Beliau meningkatkan serangan ke atas kepimpinan Mohd Najib seolah-olah beliau pakar ekonomi dan perniagaan. Apakah beliau benar-benar panglima Mahathir atau alat Anwar untuk memusnahkan UMNO sekali lagi.

Mahathir tidak memberi kekayaan kepada Kadir Jasin. Daim dan Anwar yang mengkayakan Kadir menerusi pemberian saham dalam IPP dan Realmild Berhad yang mengambil alih TV3 dan Kumpulan NSTP suatu ketika dahulu.

Mahathir hanya berjasa melantik Kadir sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan memberi ganjaran Berita Publishing (anak syarikat NSTP) apabila mahu menyingkirkan Kadir dari NSTP berikutan kegagalan pilihan raya 1999.

Kadir cuba meyakinkan masyarakat bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan sangat buruk dan banyak “keajaiban jahat” dalam 1MDB.

Hakikatnya, Kadir sebagai seorang ahli perniagaan berakhir 13 tahun selepas beliau mewarisi sebuah syarikat penerbitan yang agak hebat pada tahun 2000. Semasa Kadir mengambil alih Berita Publishing, syarikat terbabit mempunyai kontrak lumayan dengan MAS, “leader” dalam penerbitan majalah ekonomi (Malaysian Business), majalah untuk wanita (Jelita) dan majalah hiasan dalaman paling laris “Anjung Seri.”

Hari ini semua itu musnah di bawah pengurusan Kadir Jasin dan kita mahu percaya kepada analisis ekonomi dan perniagaan beliau?

sukasamasuka said...

Datuk.

"...8. DAP and Bersatu must not question the Immigration right..."

1. Maybe the "regular debater" is correct...perhaps I would like to add a bit here to spice up the argument.

2. Immigration is one of the issues in the Malaysian Agreement 1963 which form the political and legal backbone leading to the formation of Malaysia between the Federation of Malaya, the British North Borneo (Sabah) , Sarawak, the Government of the United Kingdom of Great Britain and Northern Island and Singapore.

3. The Malaysian Agreement 1963 is an International Treaty under the auspices of the United Nation, in line with the United Nation Resolution 1541.

4. To change, amend, add and delete any part of the agreement requires the sanction of all the above parties, except Singapore.

5. We made mistakes in the past by simply making changes, rather unilaterally, in our Federal Constitution to incorporate some, if not all, the elements of the Malaysian Agreement without consulting and notifying the UN and the British Government. This was wrong. But, we can get away with it for whatever reason...thinking Malaysia is ours.

6. Malaysia is not ours...it is made up of three nations, not states...nation with its own separate rule of laws, cultures, religions and languages.

7. We notice that West Malaysian politicians, young and old, are still ignorant about this Immigration law....making all kind of remarks which are not relevant at all....only goes to show what will happen if they got the opportunity to run Sabah.

8. One of the issues during Brexit is Immigration.

9. The current US Presidential Election is about Immigration too.

10. It is an important issue in Sabah and Sarawak.

Then again, lets hear what the three Sabah Monkeys...anipah, dahalan and keruak...have to say?...any joke?

sukasamasuka said...

Datuk.

"Today, 5th October 2016...Swiss OAG: 'Ponzi'-like scheme used to cover up embezzled SRC cash... The Swiss Attorney-General Office (OAG) said these suspected misappropriations from 1MDB were the subject of the OAG’s first request for mutual legal assistance to the Malaysian authorities...in January 2016, which is still pending...and, is still waiting for the Malaysian response to its request for assistance"

(http://www.malaysiakini.com/news/357948)


- Hello?...anybody home?

- Someone from the Swiss Attorney-General Office is coming.

- Apandi...God wants to see you...for the 2nd time....you can run, but you can't hide forever you know.

- Do you know this is your job?

- Perhaps you too should become a lawyer, like Gani?

Pakcik said...

Maaf la cakap tapi the only worth comments to read is from the blogger himself. Yg lain just scroll down.

Hantu Gigi Jarang said...

Rasuah menjadi-jadi sebab kepimpinan melalui teladan! Bos ambik banyak, macai pun nak ambik juga. Melayu takut makan khinzir tapi tak takut makan rasuah. Islam Melayu dah hampir songsang..

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Satu hal berkenaan dengan orang cina, kalau hendak bawak berbincang, agak mudah.

MCA berkerjasama dalam BN sudah berdekad.

DAP bekerjasama dalam Pakatan pun sudah lama.

Yang menjadi susah hendak buat kerjasama adalah PAS.

Memang baik saya rasa kalau hendak berbincang. Biasanya perbincangan adalah untuk mencari jalan, orang putih kata “middle ground” supaya kedua-dua pihak mendapat untung atau manfaat.

Tetapi kalau agenda masing-masing adalah terlampau berbeda, maka tidak boleh dapat “middle ground”.

Semasa PRK di Sg. Besar dan Kuala Kangsar, Azmin Ali pening kepala apabila berbincang dengan PAS. Saya rasa Muhyidin juga akan pening kepala.

Sekarang ini Tuan Ibrahim cakap lain, Mustafa Ali cakap lain dan Hadi Awang cakap lain.

Saya lebih setuju dengan Tun M supaya kesemua yang ada bersatu dengan satu logo. PKR, Amanah, DAP dan PPBM di bawah satu logo. Kemudian lantik seorang samada Muhyidin atau ada yang lain sebagai calon PM.

Setelah itu barulah berbincang dengan PAS.

Apabila kesemua sudah bergabung secara rasmi, maka “middle ground” mungkin berubah dan dinamik perbincangan juga akan berubah kerana PAS tidak mahu lepaskan Kelantan.

Sentimen orang PAS mahu masuk Pakatan cuma Hadi Awang dan segelintir sahaja yang di atas yang tidak mahu bergabung.

Saya berharap Muhyidin berjaya berbincang dengan PAS supaya formula satu lawan satu boleh dicapai tapi setakat ini saya tengok berbincang dengan PAS macam barbincang dengan ketua Taliban yang duduk dalam gua atas gunung Afghanistan.

Abdul Ismail Alias said...

LASHBACK: "Hakikatnya, ramai peneroka Felda masih terluka dan terguris dengan kata-kata Najib, "Haram Jadah". Walaupun Najib menujukan kata-kata ini kepada segelintir peneroka tetapi ibarat 'Cubit paha kiri, akan terasa dipaha kanan' kepada rakan seperjuangan dalam peneroka Felda. Bahasa yang diungkap begitu kasar, begitu menusuk kalbu.

Najib melafazkan ungkapan ' Haram Jadah' kepada 40,000 peneroka yang hadir pada pengumuman durian runtuh itu di Felda Jengka 8 pada 8 Mei 2012 yang lalu menggambarkan kepada lapan peneroka yang telah memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad. Najib mengungkapkan perkataan haramjadah itu dengan diulang-ulangnya tiga kali di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen.

Nota :Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka - Edisi Keempat - 2005 Maksud Haram Jadah (zadah) dalam kata makian (anak yang tidak sah) atau kata makian secara am (celaka)

Menurutnya, ucapan itu amat mengaibkan, diibaratkan sebagai satu penghinaan yang boleh menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat. Apa hukumnya seorang pemimpin memanggil rakyatnya sebagai haramjadah...”

“Tak kiralah sama ada pemimpin atau rakyat, tidak boleh bercakap terlalu sombong, tidak boleh terlalu bongkak kerana apabila sampai masa Allah akan membalasnya.


Kenapa sampai hati Perdana Menteri aku cakap macam tu. Itu petanda tidak baik dan kata-kata tersebut telahpun melukakan hati jutaan peneroka Felda dan rakyat Malaysia amnya.


Tidak bolehkah guna perkataan yang lebih sesuai seperti tak kenang budi atau guna perkataan 'saya tak redha'.

Budaya pemimpin macam ini, akan merosakan minda dan akhlak generasi kita dan berharap apabila mendapat pemimpin selepas PRU 13....carilah pemimpin yang baik budipekerti dan adapnya.

Ada 2 orang Haram Zadah disini...

1. NAJIB
2. MUHAMAD ZAIDI

msh said...

Salam Dato.

Kerana Topik Dato bertanya;

"siapa yg lebih bahaya...cina Jho Low ka cina Dap..? ".

Jawapan sy ...Dua2 Bahaya....sebab mereka serupa.

Mereka adalah Oportunis yg akan merebut peluang yg ada tidak kira kecil atau besar.

Jho Low org berniaga.
Peluang buat duit terbuka luas melalui Ketua Melayu Mappadulung HZ yg tolol...tidak amanah dsb...justeru direbut dan dimunafaat ketahap maksimum.

Manakala DAP Kit Siang veteran Politik yg cukup terkenal dgn sikap rasis dan kritikal terhadap Pemerintahan Melayu....juga melihat peluang untuk menangguk diair yg keruh...untuk mencuba mendpt kuasa paling tidak pun suara untuk kaum Cina.
Dan dia konsisten dlm perkara ini.

Ini hakikat.

Bagi sy...Jahatnya Cina Jho Low bersekongkol dgn Ketua Melayu dan isteri tidak bererti Cina DAP itu baik.

Mungkin ramai dari org2 Melayu tidak faham bahawa propaganda Umno..."Jika Umno kalah...negara akan diperintah oleh Pembangkang yg diketuai Dap...dan Melayu akan merempat ..bla bla " walau pun satu taktik yg lemah hanyalah untuk menyelamatkan Najis semata2.
...tetapi majoriti Melayu masih termakan dgn dakyah ini....kerana berpegang kpd sentimen bangsa dan ugama...maka Ketua dan kuasa mesti ditangan org Melayu tidak kira Umno atau Pas sekali pun.

Lagi baik jika Umno dan Pas bergabung...kira 'confirm' Melayu yg berkuasa....BUKAN DAP.

Ha ha. . ini masalahnya....sebab Ketua Melayu yg dituduh mencuri duit sbnyk RM2.6b... tidak amanah dan berkawan baik dgn cina Jho Low...selain menjual tanah kpd bangsa dan syarikat bukan milik Melayu atau GLC dll pun dikira 'allright' dan boleh diterima.

Sy keliru ...cukup keliru tentang sikap dan fahaman Melayu dlm bab memilih Ketua atau Parti hingga Ketua serupa ini pun masih diterima.

Apa nya yg demi Bangsa dan Ugama?

sukasamasuka said...

Datuk yang bijaksana,

"October 6, 2016...Rosmah: Jangan harap orang luar hormati bendera Malaysia...kebelakangan ini, saya memerhatikan golongan muda tidak menghormati Negaraku dan bendera Malaysia...bayangkan apa orang luar fikirkan...bagaimana kita harapkan orang luar hormati bendera kita kalau kita sendiri tidak? soal beliau."

(http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/06/rosmah-jangan-harap-orang-luar-hormati-bendera-malaysia/)


- Entah kenapa tiba2 pula terbayang pada wajah Mona Fenday....mungkin juga pasal banyak persamaan dari segi watak...gaya...dan stail.

- Aku rasa Datuk tak tau siapa dia ni, mungkin Datuk masih budak2 waktu tu...jadi tak apa la.

- Siapa berani letak jaminan 100% bahawa memang ternyata Mona mati di tali gantung dengan keadaan mengerikan? atau lebih percaya pada versi cerita yang kononnya Mona tidak mati biarpun dia telah digantung?

- Untuk renungan Datuk sahaja;

1. Mona jaga solat lima waktu...solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya.

2. Setiap hari mengaji al-Quran.

3. Sangat sopan apabila bercakap....sangat peramah...menjaga adab dalam percakapannya...tidak pernah sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang.

4. Ibu yang penyayang.

5. Sangat suka dengan kanak-kanak.

6. Mona bukan suspek utama kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris...wakil rakyat UMNO...dari Pahang...tetapi dia "Orang Kena Tuduh Ketiga"...suami nya, Affandi adalah "Orang Kena Tuduh Pertama"...dan, pembantu peribadi mereka, Juraimi adalah "Orang Kena Tuduh Kedua"...mayat Mazlan dipotong2 hingga jadi 18 bahagian.

7. Memiliki ilmu kesaktian luar biasa ia-itu ‘ilmu hitam’.

8. Seorang isteri yang sangat baik dan sayangkan Affandi, suaminya yang nombor 2..."Jika suami saya digantung, biarkanlah saya digantung bersama".

sukasamasuka said...

Datuk.

- Sekarang sudah jelas rakyat Malaysia ada peluang yang paling terbaik untuk melahirkan sistem dua party di Malaysia.

- Angkatan baru Tun M, Anwar, LKS dan Mat Sabu...kalau dapat Hadi sekali...ada-lah cukup berpengalaman dalam mentakbir negara dan mereka2 ini sangat lah cekap dan bersih...bukannya "perfect".

- Belum ada dalam sejarah Malaysia sejak merdeka kita dapat pemimpin2 alternatif kepada UMNO-BN yang begitu baik sekali.

- Angkatan baru ini adalah untuk masa hadapan Malaysia supaya kita semua dapat menikmati sistem demokrasi berparliament yang lagi mantap.

- Sayang sekali kalau rakyat tidak dapat nampak kebaikan sistem dua party di Malaysia.

- Kalau kita terlepas peluang ini, maka Malaysia akan terus jadi negara satu party sahaja...mungkin untuk selama-lamanya.

Muhamad Zaidi said...

Inilah dinamakan kekecewaan. Bangkitlah wahai bangsaku usah lagi diselubungi mendung hitam. Pertiwikan semangat positif, hilangkanlah apa jadahnya lawan kerajaan. Apakah kerajaan baru wujud semalam? Atau sudah lupakah asal usul kewujudan Felda. Ia berasaskan kepayahan(kerja macam nak mampus). Tapi senang-senang nak kaya saman kerajaan.

Muhamad Zaidi said...

Anda keliru, itu tanda anda telah masuk jerangkap Politik. Politik bai, siapa-siapa jadi pemimpin semestinya mereka main-mainkan apa-apa isu tengok setiap tajuklah yang boleh digerakan pelbagai asakan serangan terutama pemimpin. Ada pernah serangan politik pada warga emas yang biasa-biasa, erm.. tiadakan.

msh said...

Sdra Zaidi.

Ramai pembahas menyuruh kamu pergi main jauh2.
Memang betulah meh.

Jangan suka menyampuk org tua2 berbual.
Memang betul meh.

Pergi berlajar menulis.
Nemang betul meh.

Masuk Kelas tuition Bahasa untuk Darjah 5.
Nemang betul meh.

Dan macam lagi..
Kamu tak ada rasa malu kah?
Malul lah...kalau tak banyak...sedikit.

Kamu sudah serupa dengan idola Mapaddulung HZ kamu.
Tiada malu.....kerana tiada Jatidiri.

alekjie said...

bodoh muhammad zaidi ni..perasuah berbilion di sokong..adeh..

alekjie said...

mohd zaidi bodoh

Buyong said...

Zaidi tu mungkin latest auto-speech application yg masih dlm ujian. Sebab tu kadang2 tatabahasa dia berterabur. Kita keliru antara soalan ataupun pernyataan. Sudahnya kita tak paham. Usah dilayan. Ia cuma program komputer yg rosak.

theprofessor said...

Tanah rizab Melayu amat banyak tergadai ketika Tun Mamak Mahathir dan Brother Anwar Bin Ibrahim jadi PM dan TPM Malaysia.

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Kita tau Tun M bukan a perfect PM.

2. Abdullah dan Najib harus memperbaiki apa kesilapan yang telah dilakukan sebelumnya....itu tugas seorang Perdana Menteri.

3. Kalau Tun M ada mengadai tanah rizab Melayu, maka Abdullah dan Najib harus berusaha untuk mengembalikkan nya.

4. Walaupun cara nya berbeza, tetapi konsepnya sama la juga seperti mana Tun M mengambil balik syarikat2 gergasi British.

5. Seorang Perdana Menteri memang ada kuasa berbuat sedemikian rupa...membetulkan apa2 yang salah.

tauhid75 said...

Salam

tauhid75 said...

Salam datuk,lama dok baca tulisan dan komen datuk,insafkan mereka yg jauh tenggelam,done had been done,continuos fight again mungkar,continuos support gain makruf,that make human

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).