Saturday, October 15, 2016

Muslihat Di Sebalik Tuduhan Mohd Najib


A Kadir Jasin

APAKAH muslihat Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak membuat kenyataan mengenai “dua individu” yang dituduhnya mengganggu dan mengancam perpaduan negara?

Dua individu yang dituduh berniat jahat tetapi tidak dinamakan itu tidak lain tidak bukan adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah Mohd Najib membuat kenyataan di radio Astro Awani itu kerana (1) Majlis Raja-Raja bersidang (2) Dr Mahathir dan Anwar saling sokong menyokong bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasioal dan (3) menyiapkan landasan untuk menggunakan Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru dikuatkuasakan?

Sebelum Majlis Raja-Raja bersidang minggu ini, Dr Mahathir telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengutus surat kepada Raja-Raja Melayu yang lain bagi mempersembahkan Deklarasi Rakyat.

Dr Mahathir berjumpa dan berbincang dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 5 September lalu dan seterusnya mengemukakan afidavit menyokong saman Anwar bagi menghalang pelaksanaan Akta MKN.

Pertemuan 5 September
Ini disusuli oleh “perisytiharan perdamaian” antara Dr Mahathir dan Anwar serta kesepakatan bahawa mereka akan berusaha ke arah melancarkan serangan bersepadu atas prinsip satu-lawan-satu ke atas BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin juga menemui Anwar selepas itu bagi memperkukuh rangka kerjasama blok pembangkang.

Atau apakah serangan baru ke atas Dr Mahathir dan Anwar itu helah untuk mengalih pandangan rakyat jelata daripada gunung berapi 1MDB yang semakin ganas ledakannya?

Pada 12 Oktober, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) mengarahkan penutupan Falcon Private Bank atas alasan kelemahan kawalan dan salah laku berkaitan urus niaga yang melibatkan 1MDB.

Dalam kenyataannya, MAS berkata bank persendirian Swiss itu telah mempamerkan kegagalan besar menyekat perbuatan mengalihkan wang haram (money laundering) dan salah laku oleh pengurusan kanannya di Switzerland dan Singapura.

Mei lalu MAS telah menutup BSI Bank yang juga berpangkalan di Switzerland atas sebab yang serupa. Kerosakan kolateral 1MDB sudah menjadi fenomena global.

Tetapi ini mungkin sebab sampingan sahaja kerana Umno dan para penyokong Mohd Najib nampaknya menerima perbuatan haram oleh 1MDB yang beliau sendiri asaskan dan kawal sebagai perkara biasa atau sekadar fitnah.

Jadi kesangsian yang lebih mendalam ialah beliau sedang menyediakan alasan untuk menggunakan Akta MKN dengan menuduh Dr Mahathir dan Anwar berpakat melakukan hasutan bagi memecahbelahkan perpaduan kaum dan mengancam keselamatan negara.

Mohd Najib membuat tuduhan berat ini di saat-saat kegiatan provokasi oleh penyokong-penyokong Baju Merah beliau semakin rancak dan kasar. Dalam beberapa kejadian, perbuatan Baju Merah sudah boleh ditakrifkan sebagai ganas.

Apa pun alasan tersirat dan tersurat Mohd Najib dalam membuat tuduhan di Radio Astro itu dan apa jua tindak-tanduk beliau seterusnya, satu perkara yang jelas dan sahih ialah kelangsungan peribadi adalah matlamat pokok Mohd Najib buat masa ini.

Dengan apa cara sekalipun “survival” akan dipertahankan.

Dalam konteks ini, setiap daripada kita yang sedang berusaha menyelamatkan negara dan mengalihkannya daripada landasan kemusnahan hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar bahawa kita berdepan dengan suatu kuasa hitam - dark force - yang sangat berbahaya. Moga-moga Allah berikan petunjuk dan kejayaan kepada kita.

Wallahuaklam.


46 comments:

Tuan Punahsihat said...

Salam Dato,

Sebenarnya dua individu yang sedang menghancurkan masa depan negara adalah sepasang manusia yang tidak tahu malu dan tiada maruah diri, dibantu pula oleh lebai lebai ampusana-ampusini yang telah buta mata hati kerana makan dedak-nasi kangkang yang sangat hebat.

Diharap rakyat majoriti melebihi 53% masih sedar dan terselamat dari wabak dedak-nasikangkang yang sedang melanda tanahair tercinta.

ameen....

Mali Muyung said...

Salam Dato,
Najib ni buat malu nama baik keluarga Tun Razak saja la.
Apa lagi yg dia mau? Taj kan the perks and benefits that cone along being the PM x cukup lagi. Patut malu dgn cerita pesara d India yg menderma gratuiti beluau untuk org miskin.
Palis2. Selisih 44 malaikat. Mohon Allah jauhkan kaum kerabat berperangai buruk seperti Najib.
Pathetic.

Zalman A said...


Salam Datuk,

"Dalam konteks ini, setiap daripada kita yang sedang berusaha menyelamatkan negara dan mengalihkannya daripada landasan kemusnahan hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar bahawa kita berdepan dengan suatu kuasa hitam - dark force - yang sangat berbahaya."

I agree.

The problem is caused by the fact that the country is now being run by a criminal on the run who has indulged in "state capture" or a "reverse coup d'etet". By placing selected barua2 in institutions that are supposed to protect the rakyat, they have become corrupted to the point that they only serve to protect him.

Hence we have the curious case of the 24-hour replacement. He is well aware that credible national legal authorities in multiple countries have a mountain of forensic evidence to implicate MO1. He is well aware that his so-called "donor letters" from the fictional Saudi royal are worthless, as both Jho Low and Riza used the same cut & paste "donor letter" to cover their own thievery.

So what does the 24-hour replacement do?

Surely he should contact all 7 countries, get the evidence, reopen the case, allow the MACC to get MLA (that he denied them the first time) and charge those guilty. That most certainly would include MO1, as the MACC concluded several months ago, even before the DOJ report.

Instead, he has hid under his bed for 10 months to avoid the Swiss A-G's request for MLA.

Are the Rulers not embarrassed that we have become a pariah state with no rule of law? That we are ignoring our basic obligations to other countries?

The new Agong is a pious man. Let us see how far Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil can destroy the country before someone has to stop him.

Sulaid said...

As Salam Datuk,
Terlebih dahulu diucapkan selamat kembali dari negara matahari terbit Jepun.
Saya harap kan kepulangan Datuk membawa idea idea yang "fresh" dari Jepun sebagaimana orang Jepun suka makanan yang juga fresh. Tapi jangkaan saya meleset kerana artikal pertama Datuk sekembalinya dari Jepun dengan topik diatas yang terlalu berbentuk persepsi dan andaian.
Datuk kata Najib buat tuduhan berat. Tapi tidak pernah kah selama ini Dr M dan Anwar juga pernah membuat tuduhan berat.

LaM said...

Sekarang baru tahu sebab apa Obama main golf dgn Najib pd 2014 Dec. Najib suap dia dgn US$79million 'derma' duit yg dicuri olih JLow dari 1MDB. Ni laporan WSJ. Perkara ni betul sebab Obama ckp dia tidak tahu bahawa wang tu sebenarnya dicuri dari 1MDB. Bagitu jugak 'derma' yg diberi pd Hilary Clinton. Semua wang curi 1MDB...

Hanya iblis dan syaitan shj buat kerja mcm Najib.

sukasamasuka said...

Datuk, the social media journalist,

"Dalam konteks ini....hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar bahawa kita berdepan dengan suatu kuasa hitam - DARK FORCE - yang sangat berbahaya."

1. Sudah ada Datuk...memang sudah ada suatu kuasa hitam itu.

2. Special Branch bergerak aktif disana sini...masuk kain orang, jadi barua.

3. Orang2 UMNO sendiri pun bergerak macam special branch...

4. Malahan yang sedih sekali, orang civilian...seperti anggota askar simpanan wataniah, rukun tetanga, dsbnya...berlagak macam samseng...mengugut orang lain, malahan kawan sendiri kalau posting bahan mengenai Najib dan Rosmah.

5. Bapa dia mencetuskan 13 Mei...maka anak dia akan gunakan taktik yang sama...MKN dibentuk dan "dirancang" dengan rapi atas alasan insiden "keganasan" di Tandou, Lahad Datu...kita juga tau akan ada "suatu yang besar" akan terjadi "disini"...

Untuk kau Najib...ingat la kau...belum ada "tentera asing" dapat masuk kedalam hutan belantara Borneo sejak 25,000 tahun tamadun sejarah kami...ini bukan tempat kamu...kami ini bodoh bodoh, masih tinggal diatas pokok...

sukasamasuka said...

Datuk ku yang mulia,


"APAKAH muslihat Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil membuat kenyataan mengenai “dua individu” yang dituduhnya mengganggu dan mengancam perpaduan negara?"

1. Kasi tau la sama itu sultan timun...dia bolih pergi jahanam la ba dengan dia punya muslihat.

2. Di sini hanya Musa Aman saja yang mau melayan bugis bugis macam kau....sebab tanpa bugis, hantu pun tidak mau pandang dia.

3. Jadi datang la kesini, kasi semangat sikit itu bugis bugis di Sabah supaya sokong UMNO.

4. Minta maaf saja la...bugis bukan orang bumiputra Sabah...tetapi sama taraf sama orang Melayu di Malaya.

5. Jadi kamu faham ba kan apa yang kita maksudkan itu?

PutraKraken said...

Salam Datuk

Siapa sebenarnya mengancam Negara? Dua individu yang tak disebut nama oleh Najib atau dua individu yang disebut sebagai MO1 oleh DoJ dan seorang lagi ialah ibu kepada anak tiri MO1?

Siapa mereka sebenarnya?...meminjam kata kata Rahman Dahlan..."hanya orang bodoh je yang tak tau".

Najib umpama prairie dog yang terlebih gali lobang...sampai runtuh segala jalan keluar.

MO1 adalah PENCURI!.

Zalman A said...


The Swiss take Falcon Bank to court:

"In the course of just that one day the money was passed from BSI Bank in Lugano, filtered through three private ‘investment funds’, passed to an account at Falcon Singapore named Tanore Finance Corporation and then on to Najib’s personal account. FINMA described the Tanore account owner, Eric Tan, as a young Malaysian businessman with known political connections.

This manoeuvre had triggered several established money-laundering ‘Red Alerts': there was the size of the transaction; the speed with which it had passed through the account (providing no commercial logic to the transaction); the link to a politically exposed person and, of course, the final destination of the cash which was the politician in charge of decision-making at 1MDB – a man who had no legitimate reason to acquire a $681 million lump sum."

I wonder how long Parti Dedak Najib and even Zahid are going to persist with the discredited lie that the "donation" to fight ISIS / fight Jews / win elections etc (there were 42 lies in total) came from a non-existent Saudi prince.

On Oct 22 PAS HQ are convening a meeting to discuss their future political direction.

It would be very strange if Hadi decides that liars and thieves make the best partners under the Islamic values of PAS.

Nothing to hide said...

Datuk,

I think we can forget about the courts and the rulers.

Let's concentrate on GE14. Every where it's 'no more chance for Umno'.

RD. said...

Salam Dato AKJ.

"Jadi kesangsian yang lebih mendalam ialah beliau sedang menyediakan alasan untuk menggunakan Akta MKN dengan menuduh Dr Mahathir dan Anwar berpakat melakukan hasutan bagi memecahbelahkan perpaduan kaum dan mengancam keselamatan negara."

Ketika Akta baru MKN mula diwar-warkan lagi, saya sudah mengesyaki ada muslihat "hitam - dark force" akan digunakan untuk menangguhkan PRU14. Pada mulanya saya syaki, alasan utama adalah 'ancaman Daesh atau IS'. Tetapi, setelah PAS-Haji Hadi tidak lagi 'berpelok dengan DAP'... yang menyaksikan rally Bersih yang lepas, dimonopoli ~95% kaum Cina, kebarangkalian ancaman Daesh digunakan sebagai alasan mengistiharkan darurat, amat mustahil dan tidak masuk-akal.
Pasal itu saya amat terkejut-beruk apabila Ketua Baju-Merah dengan begitu bangang sekali, mengaitkan Bersih dengan militan Daesh. Inilah akibatnya... Najib lebih suka pilih penyokong yang setia dari yang cerdik.
Dan... yang paling pelik, pihak Polis langsung tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Jamal Tongkol kerana membuat tuduhan palsu itu.

Dan sekarang... dengan lebih bangang lagi... "Mohd Najib Abdul Razak membuat kenyataan mengenai 'dua individu' yang dituduhnya mengganggu dan mengancam perpaduan negara" pula.
Tidakkah beliau sedar bahawa hakikatnya; skandal 1MDB-Jho Low... telah berjaya menyatu-padukan rakyat dari berbagai Bangsa dan Agama untuk bangkit-bersatu, menentang kerajaan kleptocracy UMNO-BN, pimpinan beliau?

Oleh itu saya cadangkan peserta Bersih di kalangan Melayu, pada Nov.19 nanti, supaya bergaul dengan peserta Cina. Jika ada provokasi oleh Baju-Merah, sudah tentu UMNO-Najib tidak boleh menggunakan 'ancaman perpaduan kaum' untuk mengaktifkan akta MKN.

Kita juga harus berwaspada terhadap provokasi lain, misalnya... seperti apa yang terjadi sebelum Ops-Lalang-1986 dahulu. Ketika itu, perhubungan-kaum Cina-Melayu amat tegang, akibat cadangan Kementerian Pelajaran mahu menempatkan guru-guru Melayu di SRJKC. Nasib baik, Amukan-Prebet-Adam, secara tidak sengaja, telah berjaya mententeramkan keadaan, dan Ops-Lalang menyusul, kurang dua minggu selepas itu.

sukasamasuka said...

Datuk,


"najib nazak membuat kenyataan mengenai “dua individu” yang dituduhnya mengganggu dan mengancam perpaduan negara?...dua individu yang dituduh berniat jahat tetapi tidak dinamakan itu tidak lain tidak bukan adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim."

1. najib sudah nazak...rosmah pula sudah rosak..."dua individu" yang sudah jadi rojak.

2. Hanya orang yang kurang siuman macam si najib ini saja yang masih tinggal dan masih mau menuduh yang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mau menggulingkan kerajaan UMNO-BN ini dengan cara mengganggu dan mengancam perpaduan negara.

3. Dimana mana sekali pun termasuk tempat geng si najib...robert mugabe dari zimbabwe...tau dalam sistem demokrasi...party politik come and go....tiada yang kekal...kecuali kalau mau mengamal sistem komunis China atau Russia...atau sistem beraja di Saudi atau Brunei.

4. najib...najib...masih pakai politik ketinggalan zaman ba kau ni...bodoh punya Perdana Menteri...begini la najib, aku kasi satu contoh saja la...macam kami ni la kan...saudara saudara darah daging kami ada yang islam, kristians, buddhists, bahai, hindu...ada di sarawak, kuala lumpur, kelantan, melaka, perak, johor, sabah, brunei, mindanao, punjab, london, amerika, australia, indonesia...melayu ada, cina ada, brunei ada, bugis ada, orang sungai, orang bajau, orang india, orang arab pun ada, kadazan dusun pun ada, jawa dari johor ada, suluk pun ada, orang putih pun ada...

5. Jangankan kau najib...tuhan kau sekali pun aku rasa tidak dapat menguggat atau mengancam perpaduan kami bersaudara...jangan la kau takut2kan orang macam kami....lagi bagus kau takut2kan bangsa Melayu kau di Pahang...sebab durang bangsa Melayu yang tidak bercampur sama bangsa lain.

husin lempoyang said...

Bukan senang nak sorok bangkai gajah apatah lagi satu sarkas dah terbau hanyir nya.

Cara terbaik ada lah menangguh sementara persembahan sarkas dan menggunakan jamal pak tongkol untuk membuat persembahan badut di luar kemah sarkas.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Sulaid, saya masih di Jepun cuma menulis mengenai Malaysia. Sekarang di mana pun di dunia (mungkin di angkasa lepas juga) kita boleh ikuti perkembangan di Malaysia atau mana-mana tempat di dunia. Terima kasih.

sukasamasuka said...

Datuk,

Posting saya pada 3.24PM..."4. najib...najib...masih pakai politik ketinggalan zaman ba kau ni..."

Anak aku kata terlupa dua negeri....sorry...sorry...bukan sengaja...tambahan sikit...satu baru juga kawin dengan orang Klang...yang satu pula saudara kita dari Kedah...bekas OCPD...kawin sama keluarga sebelah bini...sekarang tinggal diSabah...minta maaf saya...dia ni macam satu sekolah sama Datuk aku rasa...di St.Micheal??...

Minta maaf...I recognize you all.

kluangman said...

Dangat sukacita bila Najib membuat kenystaan sedemikian
Itu dari sucihatinya, ikhlas dan berterus terang bahawa "ketakutan" itu sentiasa menghantuinya.

Rakyat, berhadapan dengan tekanan ekonomi.
Tiada susulan warning dari Zahid, tanda negara masih aman daru ketegangan kaum.

Zalman A said...


"KOTA BARU: Continuing his appeal for a united opposition, former premier Dr Mahathir Mohamad said last night that the Barisan Nasional’s secret to victory was the use of one symbol and one manifesto at general elections.

“BN only won because they fought as one party, they used one symbol and one manifesto and always only put one candidate. All fourteen component parties would support that one candidate,” he told a 5,000-strong crowd at a ceramah here last night.

He said BN could be defeated at the polls and has won and held power for 60 years because of the failure of the opposition to unite.

Dr Mahathir, who is chairman of the new Parti Pribumi Bersatu Malaysia, has campaigned for opposition parties to form a united front and put up one-to-one fights against BN at the coming GE14.

Amanah and PPBM are believed to be working to convince PAS to avoid going on its own in taking on BN. PAS cut ties with the DAP last year when the two parties were partners in Pakatan Rakyat, and party leaders said they would never work with Amanah, led by former PAS members."

Datuk,

Tun is correct in saying this.

However I fear it will be impossible.

Hence a practical solution.

a) There needs to be a UNITED MALAY FRONT in the election. That is because GE14 is really a Malay battle. More so if the EC, under orders, reduces mixed seats and creates more Malay seats. Young Malay vote is crucial. DAP should concentrate on holding onto Chinese areas, which they will. Hence PAS and DAP do not encroach on each other's activities. Sabah can sway a bit. In Sarawak Adenan may continue to pretend to be blind.

b) A non-competition agreement needs to be arranged. Kota Damansara in GE13 is the worst example of what can go wrong when suddenly a 3-way fight occurs.

c) The Umno strategy for continued songlap for next 5 years is simple: massive dedak, gerrymandering, and 3-way fights. The GLCs are already being pumped for money; the EC will do what they are told. Only the 3rd factor can be controlled.

d) Criminals can do strange things. If you can steal US$4 billion, and spend the money of pensioners for shopping, there is no morality left in you. What is stealing an election or abusing the law? Hence all the barua2 have to be watched with extreme care.

e) The Rulers are in a difficult position but they can do things quietly. I think some of the armed forces still follow the constitution and not the NSC (Najib-Saving Creation).

These are dark days for Malaysia.

sukasamasuka said...

Datuk ku,

"...saya masih di Jepun cuma menulis mengenai Malaysia. Sekarang di mana pun di dunia (mungkin di angkasa lepas juga) kita boleh ikuti perkembangan di Malaysia atau mana-mana tempat di dunia."

I salute you Datuk...I thought you are in Malaysia already...seriously, the way you write as if you are in Malaysia.

Macam Tun M, walaupun sudah jadi rakyat biasa, tetapi semangat juang beliau sungguh kuat walapun pada usia beliau yang sudah lanjut.

Rupa2nya dimana2 pun Datuk, itu semangat tetap juga masih disini...

You are truly The Social Media Journalist!...keep it up, Datuk.

Sulaid said...

As Salam Datuk,
Thank you for the info, hope you have a nice stay in Japan.

Hudhud said...

Lebeh baiklah bagi Najib kalau dia tak tunjuk muka langsung dalam TV ke dalam akhbar. Rata rata orang dah meluat dan benci. Makin nampak makin benci. Silap silap tiap kali orang nampak muka dia atau dengar suara dia atau dengar nama dia, orang akan sumpah. Siapa lagi yang percaya kata kata dia? Sekarang ni apa saje yang keluar dari mulut Najib semuanya macam sampah.

rahman jpc said...

we can plan ,but GOD is d best of planners.

Sulaid said...

Saudara Hudhud,
Sebagai seorang Islam kita dilarang bersikap benci dan dengki sehingga ke tahap melampau. Siapa kita nak berlebih lebih. Perlu diingat setiap perkataan yang diungkapkan dlm ruangan ini melambangkan keperibadian penulisnya.
Segala galanya adalah atas ketentuan Allah S.W.T.

Zed-85 said...

Saudara Zalman,

“PAS HQ will convene a meeting to discuss their political direction”

Pada pandangan saya PAS dahulu semasa era Nik Aziz dan PAS sekarang adalah amat berbeza. Tabiat dan budaya PAS sekarang pun jauh beza.

Ramai antara mereka yang menjadi pengikut kuat Nik Aziz yang cerdik pandai dan aktif berdebat dalam Parlimen meninggalkan PAS. Kebanyakkan yang memegang jawatan PAS sekarang adalah orang ugama sahaja.

Saya rasa antara perkara penting sekarang bagi PAS adalah RUU355. Ini adalah perkara utama yang menjadi modal dan nyawa politik PAS. Orang ugama PAS tidak mahir dalam ekonomi dan lain-lain.

RUU355 pernah dilaksanakan kerajaan BN sendiri oleh Dato Yusuf Noor pada tahun 1980’an. Sepatutnya kerajaan BN yang laksanakan RUU355, bukan PAS kerana mahkamah syariah perlu diseragamkan di seluruh Negara bukan tumpuan hanya di Kelantan.

Kalaulah kita meletakkan diri kita sebagai Hadi Awang, PAS memerlukan UMNO untuk laksanakan RUU355.

Kalaulah kita gunakan teori “I help you, you help me”, UMNO membenarkan PAS membawa usul RUU355 tapi adalah ini secara percuma?

PAS juga memerlukan “leverage” dalam berbingcang dan berkerjasama dengan UMNO. Oleh itu, PAS berbaik kepada Pakatan dan berkerjasama dengan UMNO. Boleh jadi isyarat yang diberikan oleh PAS kepada UMNO adalah, sekiranya, UMNO tidak menyokong PAS, maka PAS akan masuk Pakatan semula.

Ini adalah pandangan saya. Makanya, kalau teori ini betul maka kita semuanya jadi “Bargaining Chip” oleh PAS.

Saya lebih menyokong idea Tun M iaitu satu logo digunakan daripada mengikut rentak PAS yang mana agendanya berlainan.

Walaubagaimanapun, usaha yang terbaik untuk formula satu lawan satu patut diteruskan

Old friend. said...

Kadiaq,

Your beloved Mahathir kata, sesiapa beri rasuah kpd pengundi atau menyogok dgn hadiah, adalah seperti memberi mereka "dedak". Sesiapa menyokong atau mengundi seseorang atau parti politik untuk dapatkan habuan adalah seolah-olah "makan dedak" demikian kata Mahathir. Maka hari ini Mahathir menawarkan dedak kpd rakyat Kelantan dgn menjanjikan royalti minyak jika BN dikalahkan.

Sedih tengok gelagat orang tua desperado seorang ni.

Zalman A said...


Sembah takzim dan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong yang baru, Al-Sultan Kelantan serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baru, Tuanku Sultan Perak. Sesuai dengan ketinggian ilmu kedua baginda Sultan Kelantan dan Sultan Perak, InshaaAllah rakyat mengharapkan belas ikhsan baginda berdua untuk menyelamatkan negara dengan sekadar termampu, daripada segala kerosakan.

Perlembagaan Persekutuan dengan jelas meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera. Ini juga telah disahkan dengan jelas berkali-kali dalam pelbagai peruntukan Akta Angkatan Tentera 1972.

Manakala pada tahun 1958, Yang di-Pertuan Agong ketika itu turut berkenan menganugerahkan gelaran Diraja pada pasukan polis menjadi Polis Diraja Malaysia (PDRM). InshaaAllah di tahun 1438 Hijrah tahun baru dalam takwim Islam, rakyat mendoakan keadaan dapat pulih dengan kerjasama semua pihak kecuali golongan penjenayah yang patut segera disiasat dan didakwa tanpa mengira jawatan mereka yang masih berkuasa.


"12 masalah dihadapi pembangkang pada PRU ke-14"


http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/10/16/12-masalah-dihadapi-pembangkang-pada-pru-ke-14/


Zalman A said...


Salam Datuk,

THE HUDUD POLITICAL FOOTBALL.

"The MCA today said it would ensure that PAS president Abdul Hadi Awang's private member's bill to amend Act 355 will not be debated in Parliament, despite being listed as item number four on the order paper.

MCA president Dr Liow Tiong Lai, however, did not reveal whether any move to delay the 'hudud bill' was a consensus decision by BN's 13 component parties as decided at its pre-council meeting yesterday."

Can this be true?

Then DS Hadi has received very little gain from the matching baju melayu gambit.

Can it be that Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil has played him out so fully?

Let us wait and see.

I think Mappadulung also wants to tumpang glamer sikit2, lah.

This insincere political game will continue.


sukasamasuka said...

Datuk,

"Kerosakan kolateral 1MDB sudah menjadi fenomena global."

1. We would to thank the Singapore Government for taking appropriate actions against individuals and the closure of several banks in relation to criminal activities involving 1MDB.

2. We would like to thank the Swiss Attorney General for wanting to prosecute individuals and corporate entities in relation to criminal activities involving 1MDB.

As we understand it, the Government of PM Najib will give its fullest cooperation as usual.

Please understand, Mr. Swiss Attorney General, and be patient a bit, as you know our PM Najib had stated it very clearly during his recent trip to a neighboring country, Germany, that he would like to cooperate in any international investigation. If you miss that piece of news in Switzerland, it is not his fault...it was reported widely in my village.

3. We would also like to thank the US Department of Justice for wanting to prosecute individuals and corporate entities in relation to criminal activities involving 1MDB back home in United States.


4. Not to forget, we would like to extend our thanks to the President of Zimbabwe, Mr. Robert Mugabe, for wanting to "look see, look see" and learn how "similar activities" are being managed back here in Malaysia without causing so much collateral damage at home. Your visit is greatly appreciated as we do need some international visitors like you...of great impeccable reputation to come and visit us.

As we all know by now, the Government of PM Najib has excellent track records worldwide in creating new financial services...called "black money" in any "black market" around the world using the "black magic" of 1Malaysia without collateral damage.

5. Welcome to 1Malaysia...tanah air Raja Bugis, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil!...ptuiiih!

Sulaid said...

Datuk,
Sepanjang saya mengikuti ruangan ini saya dapati ada tiga isu utama yang sering dibahaskan dan masih tidak nampak penghujungnya iaitu :
1. Isu 1MDB
2. Isu RM2.6 billion
3. Isu BEERSIH

Isu nombor 1 dan 2 akan dianggap selesai bila Najib letak jawatan.. itu lah yang diharapkan oleh Dr M.
Isu nombor 3 juga akan selesai bila BN/UMNO ditumbangkan diperingkat persekutuan dlm PRU 14 nanti, bermakna pilihanraya itu akan dianggap sudah bersih.
Dalam menangani isu isu diatas Dr M berharap kepada sokongan semua parti pembangkang terutama PKR ( Anwar Ibrahim) dan DAP ( Lim Kit Siang).
Tapi saya masih tercari cari jawapan berikut :
1. Adakan Dr M boleh membuat kenyataan yg Anwar Ibrahim dlm kes liwat pertama nya dulu " tidak bersalah". Sebab nya semua tindakan adalah berpunca dari beliau.
2. Boleh kah Dr M menafikan yang Anwar Ibrahim dipecat sebagai TPM dahulu kerana Anwar Ibrahim terlibat dg aktiviti2 tidak bermoral.
3. Boleh kah Dr M sekarang memaafkan Anwar Ibrahim atas apa yg sudah berlaku jika Dr M betul2 ikhlas mengharapkan bantuan PKR sebab semua tahu PKR itu Anwar Ibrahim, Anwar Ibrahim itu PKR..mana boleh dipisahkan irama dengan lagu.
4. Berani kah Dr M membuat penafian yang Lim Guan Eng bukan sebahagian daripada peristiwa 13 Mei.
5. Boleh kah Dr M menafikan DAP dan Lim Kit Siang racist.
6. Boleh kah Dr M membuat kenyataan iaitu SPR sehingga PRU 13 memang tidak bersih sehingga kan BN/UMNO dapat menerajui kerajaan persekutuan selama 13 penggal termasuk semasa beliau menjadi PM.
7. Tolong nyatakan mengapa dahulu benci pembangkang tapi sekarang bersekonkol walaupun ideologi mereka masih tidak berubah.

Disebalik kita mengharapkan keikhlasan daripada Najib, kita juga mengharapkan keikhlasan daripada Dr M.

Muhamad Zaidi said...

Assalamualaikum DAKJ.

Alahai macam-macam PEEL , PM itu PM ini. Tentera mati sebab PM lah itu lah, ingat PM tuhan ka, PM lah sebab banjirlah.

Kesimpulan.
Tuhan itu ada, mati, bencana kuasa ALLAH S.W.T
mendung hitam akan tetap berarak lalu itulah putaran rantaian cuaca
rantaian politik pula ialah pilihanraya bukan ditangan INDIVIDU DUAL tertentu

dina said...

apa2 saja lah labu.....
bukan mamak sorang jer yg nyanyuk rupanye.
jilat lah selagi boleh....

msh said...

Salam Sdra Old friend,

Mengenai tawaran ..royalti minyak kpd Kelantan jika BN dikalahkan....sy rasa tiada isu habuan atau dedak spt digembar gemburkan.

Apa isunya disini?
Tiada apa2 isu bila mana2 Parti berkempen.

Pertama sekali....sdra kena faham 'konsep dedak' yg hangat diperkatakan.

Dlm mana2 kempen...Parti akan berjanji yg terbaik...mengikut keupayaan dan lunas2nya.

Ini adalah kebiasaan.

DiAmerika...Australia....Korea..Indonesia...Philippines....malah satu dunia semua Parti akan berjanji atau 'offer' sesuatu senasa berkempen untuk menarik minat rakyat ramai.

Ini HAKIKAT.

Dari situ...bermulalah segala2nya...kebenaran atau 'moment of truth' samaada tawaran atau janji dikotakan.

Rekod kerjaya Tun M selama 22 tahun bercerita dan membuktikan...BN semasa pemerintahan dia menepati apa yg dijanji...rakyat tidak dizalimi...ekonomi mantap....Malaysia dhormati dan negara menuju kelandasan menjadi Negara Maju pd 2020.

Apa yg sdra maksudkan dgn 'dedak' dan desperado nya.

Tun M bukan idola Mappadulung HZ yg kuat bohong dan kini berhadapan kes Pecah Amanah...CBT.

Idola HZ inilah yg kuat menabur dedak.
Tetapi dedak ditabur cuma pd sesetengah Ketua2 Bahagian dan konco2 sahaja spt Hulubalang Jamal Tongkol...Menteri2 yg celupar dgn perwatakan samseng dsb. termasuklah Blogger2 bangang spt diManchester (selang 2 hari akan mencaci dan mengutuk Tun M).

Selain itu dedak2 juga ditawar kpd berberapa org ketua2 diJabatan Kerajaan (tidak perlu huraian lanjut...sebab umum sudah tahu siapa nereka2 ini) untuk menutup kemunafikan dan keaiban diri dia.

Itulah dedak yg dimaksudkan...ada faham.

Jgn lah mahu mengkritik tetapi tidak faham apa2.

Cukup2lah dgn kerja mengkritk atau mengutuk Tun M atau sesiapa yg menentang idola HZ ini kerana kebusukan yg dia lakukan sudah dicium satu dunia....bukan sahaja rakyat negara.

Sekali lagi sy bertanya..."apa isunya' jika Tun M berjanji?

Kecualilah kalau dia tetkenal sbg 'kaki bohonh atau klepek'.

Lontaran biarlah ada merit untuk dibahas.

Terima kasih.


Zalman A said...


I smell a deception.

"KUALA LUMPUR, Oct 17 — Barisan Nasional (BN) has agreed that Putrajaya’s matters must come before PAS’s private Bill to upgrade the Shariah courts, MCA said when revealing the plan to block the latter from being debated in Parliament.

The Chinese-based BN component said its lawmakers will use this principle to ensure that PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s motion does not make it beyond the Order Paper, said MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“I raised this issue and it was very clear that Barisan has a consensus that Government Bills supersede Private Member’s Bills.

“We will make sure this Bill is not debated,” Liow was quoted by English daily The Star after witnessing the signing of a memorandum of understanding yesterday.

Hadi’s motion for this private member’s Bill is fourth in today’s Order Paper.

On October 1, BN secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Mansor said that all 13 members of the coalition have made up their mind on Hadi’s Bill, but refused to divulge the details."

Who ordered Azlina to move the Bill up 17 places previously?

She doesn't take orders from anyone except Mappadulung and Umno.

Mappadulung no longer ares about MCA, MIC or Gelakan.

But he certainly needs East Malaysia very much indeed.

Who will be cheated in the latest sandiwara - the MCA, MIC or Gelakan mosquitoes, Hadi Awang, or Adenan Satem?

The Bugis Worrier has fooled them all before.

One will have to lose, but who?



Naj said...

Zalman A,

The hudud bill is a private bill and by an opposition MP, which means that (this is based on my understanding, I might be wrong):
1) It will first be debated and then there will be a vote (for the MOTION, not the bill)
2) If the majority of the dewan is for the motion, it will be passed over to the government
3) The government (under the prerogative of the head of government which is the PM) will have to ask the minister in charge to look at, refine and table it as a government bill
4) Should 3) happen, it will then be tabled by the minister in charge as a government bill
5) It will be debated again and then there will be a vote
6) If the majority of the dewan is for the bill, then only will it be passed as law

Do consider that
at 2), the PM can just do nothing
at 3), the minister in charge can refine it; do whatever amendments
at 4), it might still not happen; BN can say they don't have consensus among component parties etc etc
While this is all happening (if it happens), there may be other issues whether technical or political
In other words, the PM has the luxury of many exit strategies (meaning to exit from whichever deals he might have brokered with PAS)

As much as Haji Hadi (and by extension, PAS) wants to, his role is limited to just up to 2). The rest is up to the powers that be and whatever voices influencing them.

I may be wrong. Wallahuaklam

Naj

Zalman A said...


Sdr Zed-85, sy amat setuju dgn pandangan saudara. Ya, PAS dahulu semasa era Nik Aziz dan PAS sekarang adalah amat berbeza. Jadi, apakah yang mendorong ‘kecintaan semula’ PAS terhadap UMNO? Mungkin ungkapan akar umbi PAS adalah seperti berikut: “kita kena berbaik dengan UMNO sebab Najib itu Melayu/Islam. Takpe lah, kalo kena tutup mata terhadap kesalahan dan kemungkaran yang dia lakukan, tutup jer. Kalo kena memikul biawak Bugis ni, pikul jer lah, asalkan kita mempertahankan kerajaan sebangsa dan seagama.” Tapi pandangan ini agak simplistik & kurang logik - bagaimana pulak sebuah parti Islam boleh bermuafakat dengan parti yang melakukan kemungkaran? Objektif bersatu dengan UMNO ini dilakukan atas kesediaan PAS mengorbankan prinsip keadilan dan kebenaran. Itulah yg tak masuk akal.

Sdr Naj, your analysis is 100% correct. The process is just as you have described it. There are indeed several exit routes for Najib. The reason I have called it a ‘political football’ is that clearly Umno wishes to "tumpang" on Hadi to polish its Islamic credentials and deepen the Muslim/non-Muslim divide, which is why Azalina got orders from the top to push Hadi’s Private Member’s Bill up the order last time. So Najib now has to find a face-saving solution, however the biggest loser either way is still Hadi Awang. Let us see what happens. There may be more twists to come. TQ.

husin lempoyang said...

Kalau tak silap ambo ada pemimpin umno yg kata najib adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia

Aku said...

Kadiag, salaam.
Aku ambik ruang nak coret sikit pasai stratiji parti United Malays ni nak behadap PRU yg munkin diadakan tak lama lagi. En Zalman A, jam 5.58 ptg senaraikan 3 langkah:

1. Curah dedak sebanyak banyaknya,
2. "Gerrymandering", magnanya antara lain, negeri2 yg United Malays dll. ingat depa kuat, akan diwujudkan banyak kerosi Parlimen atau ADUN, dan daerah dimana parti lawan kuat, dilayan sebaliknya,
3. Petandingan 3 penjuru.

Macam hang tulih, ada satu lagi yg nampak depa dok usahakan, maksud aku, menyakat dan laga2 kaum, jalog dari stratiji "pecah dan perintah", lepaih tu depa nak tudoh ni kerja Mat Tehag dan breder dari Cherok Tok Kun yg laani dok diBambu River. Aku rasa kelakag jugak....munkin sebagian dari cobaan stratiji "serangkap jarang" depa, macam depa tudoh 'bersih', Rafizi dan sapa2 lagi diserap ideologi "daesh" ka apa ka...sesekali dipakai dgn undeng2 yg sedia ada dan munkin Akta Keselamatan depa baru buat tu.

Lagi satu stratiji yg agak usang, tapi cukop bekesan ialah depa guna reta dan kakitangan kerajaan untuk capai 4 sasaran di ataih, yagni untuk tujuan parti.

Akiag sekali terima kasih kad En Zalman dan jugak kat hang dan ramai lagi,kerana bawak benda ni dan macam2 maklumat ke pengetahuan rakyat. Hang tau la aku ni dgn 'gagasan'.nak capai 'critical mass' perlu sebelum satu2 perubahan. Dan ni pulak perlu pd ilmu yg banyak....dan lagi, tebag ilmu ni kerja nabi2.

Moga2 Allah SWT terima sebagai menyampai ilmu yg beguna.
Aku

Hudhud said...

Pandirkah amin kata menteri tak bolih jawab pasal 1MDB sebab subjudice kes DOJ kat Amerika. Kepala otak dia! Kalau nak bohong pun berpada padalah. Awak tu speaker parlimen Malaysia ke USA? Hancur lebur semua institusi negeri disebabkan 1MDB ni.

Zalman A said...


Kini terdapat satu pekeliling daripada kerajaan negeri yang melarang mana-mana pihak yang bekerja dengan kerajaan negeri atau di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri daripada membantu sesiapa yang ada kaitan dengan Amanah.

Tetapi pekeliling tersebut tidak melarang orang yang sama daripada membantu PAS. Inilah jenis “double standard” yang telah diterima-pakai dan mereka belajar teknik ini daripada UMNO. Kedua-dua pihak ini adalah orang munafik.

Oleh itu, UMNO dan pemimpin PAS tidak layak untuk melaksanakan hudud atau meluluskan Rang Undang-Undang Akta 355 yang dibentangkan oleh Hadi di Parlimen. Mereka tidak mengerti untuk bersikap adil dan saksama. Mereka adalah pemimpin sombong yang tidak boleh diharap oleh rakyat.

Jika kita membenarkan mereka untuk memotong tangan bagi kesalahan mencuri, hanya tangan orang orang kita yang akan dipotong, tetapi semua mereka akan terlepas. Kesalahan mencuri mereka akan mereka lindungi oleh Akta Rahsia Rasmi.

Jika mereka diberi kuasa melaksanakan hukuman rejam untuk kesalahan zina pula, hanya pesalah yang dalam pakatan pembangkang yang akan dihukum, sementera puak mereka sendiri akan sentiasa dilindungi kesalahannya.

Itulah sebabnya kita perlu menolak sebarang undang-undang yang mereka mahu luluskan kerana mereka tidak mungkin berlaku adil serta bukan juga pemimpin yang adil.

zaid.my

sukasamasuka said...

Datuk,

Ini kata kata Datuk "Dalam konteks ini, setiap daripada kita yang sedang berusaha menyelamatkan negara dan mengalihkannya daripada landasan kemusnahan hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar bahawa kita berdepan dengan suatu kuasa hitam - dark force - yang sangat berbahaya."

Dan ini pula, apa yang sudah terjadi pada hari ini...Tuesday, 18th Oct 2016....seperti yg disiarkan di Malaysiakini.... http://www.malaysiakini.com/news/359548

They have photos of my sons' MyKad, says Maria on death threat...Bersih chairperson Maria Chin has revealed that those who issued a death threat against her, also sent images of her three sons' MyKad..."I don't know how they got hold of the photos. This just shows how desperate they are.
"They are using the name of Islam to spread slander and scare us," she told reporters after filing a report with the Petaling Jaya district police headquarters this evening.
Maria had received the threat via her mobile phone, and the message had stated that it was a warning from Malaysian Islamic State operatives.

Pompuan said...

Hullo Datuk Scribe
Yg dark force tu ialah Anu-war Ibrahim. Kenapalah Tun desperate ngat nak bersekongkol dengan jail-bird tu. Ramai yg tawar hati nak masuk parti Pribumi Tun keraba ada dia.
Why, why align yourself to a spent force who can't contest due to his jail sentence. I can foresee havoc he will cause as he will still put wife and daughter as seat-warmers.
Peliklah kita ni. Orang nak orang muda dlatih menjadi PM bukannya otai mcm Si Nuwar..
Kesian Nuhyiddin. Menyesalnya dia memilih parti Tun M. Melepas jadi PM.
DAKJ, Conference of a Rulers have come and gone. Nothing has happened like you wish for. Heti jelah isu 1MDB yg tak ke mana. Takut nanti Datuk yg terbakar.

Muhamad Zaidi said...

Islam agama sarwajagat.

Naj said...

Pompuan,

Bukan bersekongkol dengan Anwar; Tun hanya menyokong Anwar dalam membantah MKN. Anda validate hujah anda dengan menambah sudut pandangan sendiri terhadap apa yang berlaku. Take it as it is and focus on the facts.

Naj

1280 K Tmn Malik said...

Saudara Sulaid, dalam agama mita tak dibenar mencuri...

Sebab itu orang benci

1280 K Tmn Malik said...

Old friend,

Si Najib bagi dedak, Tun bagi HAK

Itu pon x tahu nk differentiate ?

Sah bodoh, tak pon cacat otak

1280 K Tmn Malik said...

Anugerah Allah untuk merosak MALAYSIA...

Period...

john doe said...

Panglima Islam terhebat di alam moden. Hehehe

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).