Thursday, February 09, 2017

Kekal Berkecuali Atau Jadi Gundik China


A Kadir Jasin


ADA dua berita menarik baru-baru ini yang boleh jadi kita terlepas pandang atau tidak sedar kepentingannya.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Nombor satu Menteri Luar China, Wang Yi bagi amaran kepada Setiausaha Negara Amerika Rex W. Tillerson, agar memahami sejarah Laut China Selatan.

Nombor dua kapal Tentera Laut China habis melawat empat buah negara Arab – Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perlumbaan kuasa dan senjata bukan lagi di antara Amerika dengan Rusia tapi di antara Amerika dengan China.

Tentera Laut China Pengarak Panji-Panji di lautan biru
Perang Dunia Ketiga (minta dijauhkan Tuhan) kalau berlaku adalah di antara China dengan Amerika dan gelanggangnya adalah Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi.

Kita akan jadi pelanduk yang tersepit di antara dua ekor gajah tumpah minyak.

China sedang meluaskan pengaruh ekonomi dan ketenteraannya secara agresif manakala Amerika di bawah Presiden Donald Trump pula sedang menyemarakkan semula patriotisme haluan kanan melalui cogan kata “make America great again”. Trump mahu mengembalikan keagungan Amerika.

China terpaksa kembangkan sayap demi kelangsungan (survival) dan Amerika mahu mematahkannya. China sedang kesempitan ruang dan Amerika kesempitan ekonomi. Kedua-duanya dalam keadaan terdesak.

Kelahiran bayi di negeri China dianggarkan 17.8 juta tahun lalu atau 1.31 juta lebih ramai daripada tahun 2015. Setahun selepas memansuhkan dasar satu keluarga seorang anak, kelahiran bayi mencatatkan rekod tertinggi sejak tahun 2000. Dianggarkan 40 peratus daripada kelahiran tahun lalu adalah anak kedua. Di pihak yang lain, bilangan orang tua pula sedang meningkat dengan pantas.

Rakyat jelata China sekarang berjumlah 1.4 bilion atau 22 peratus daripada penduduk dunia tetapi tanah pertanian China hanya 10 peratus daripada tanah pertanian dunia. 

Ceritanya mudah saja. China terpaksa cari sumber makanan dan tempat tinggal untuk rakyat jelatanya di luar sempadannya.


Perluasan pengaruh China ibarat fiksyen sains
China sedang berkembang menjadi negara maya (virtual nation) lebih kurang macam dalam filem fiksyen sains di mana makhluk angkasa lepas turun ke bumi untuk merampas air dan udara kita serta hisap darah kita untuk hidup sebab planet mereka sudah tandus sumber kehidupan.

Ekonomi China pesat berkembang, rakyat jelatanya semakin senang dan mereka perlukan lebih banyak makanan dan tempat tinggal.

Tanah pertanian semakin menguncup kerana digunakan untuk pembangunan dan ditelan oleh padang pasir. Padang pasir Gobi saja menelan 3,600 kilometer persegi padang rumput setiap tahun atau lebih dua kali ganda keluasan negeri Melaka.

Usaha menyekat kemaraan Padang Pasir Gobi
Sebab itulah China telah membeli atau menyewa berjuta hektar tanah pertanian di Afrika, Australia, Amerika Selatan dan Amerika Utara serta membina penempatan raksasa untuk rakyatnya di luar negara.

Bandar Malaysia di tapak pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur dan Forest City di Johor adalah dua metropolis China terbesar di dunia.

Forest City boleh menampung 700,000 penduduk dan Bandar Malaysia yang asalnya milik 1MDB akan menjadi bandar bawah tanah buatan China yang terbesar di dunia dengan nilai kasar pembangunan (GDV) RM150 bilion.

Kedua-duanya akan disambung ke negeri China melalui jalan darat, laut dan udara di bawah konsep “one belt one road” – satu wilayah satu laluan - atau singkatannya OBOR.


Bekas pangkalan TUDM Sungai Besi sedang dirobohkan
Bagi melindungi harta dan rakyat jelatanya di luar negara serta menjamin pengangkutan keluar masuk barang-barang China, negara itu memerlukan tentera lautan biru (blue ocean navy) macam tentera laut Amerika hari ini.

Tidak dapat tidak dua negara gergasi itu akan bertembung di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi.

Sebab itulah tentera laut China cergas buat lawatan persahabatan di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi hingga ke pantai barat Afrika.

Untuk ulang alik dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi, kapal tentera dan dagang China terpaksa lalu di Selat Melaka.

Selat Melaka yang dulu penting bagi tentera laut Amerika, sekarang menjadi sama penting kepada tentera laut China.

Sebab itulah atas alasan membantu negara-negara serantau memperbaiki prasarana mereka, China giat membina pelabuhan di sekitar Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi.

China sudah pun membina pelabuhan di Sri Lanka. Tapi sekarang mereka bersengketa mengenainya kerana Sri Lanka tak ada duit nak bayar. China cergas cari tapak dan keizinan untuk membina kemudahan yang serupa di Kuantan dan di Melaka.

Pelabuhan di Kuantan akan jadi pangkalan hadapan (forward base) di Laut China Selatan. Ia akan menjadi pangkalan penyudah kepada rantaian pelabuhan yang sedang dibina dari tanah besar China ke Semenanjung Tanah Melayu melalui pulau-pulau dan terumbu yang sedang dituntut atau sudah pun dirampas oleh China di bawah strategi dua rantaian pulau.

Malaysia termasuk dalam dasar maritim China
Kemudian untuk mengawal Selat Melaka, China akan bina sebuah kompleks pelabuhan raksasa yang dianggarkan berharga RM43 bilion di Melaka.

China tetap akan berkembang. Kalau tidak ia akan menjadi kalau-bilau dan kembali menderita kekurangan makanan dan kebuluran. Kebuluran tahun 1959-61 dianggarkan membunuh lebih 15 juta rakyat China.

Yang menjadi persoalan adalah cara negara-negara serantau bertindak balas.

Adakah kita serah bulat-bulat kepada selera besar China dengan melacurkan negara kita kerana kita kemaruk duit atau kita bertindak secara terhormat selaras dengan kedudukan kita sebagai negara merdeka?

Perlukan kita memberi taraf pemilikan tetap (freehold) kepada hartanah yang sedang dibangunkan oleh China macam di Forest City sedangkan kepada rakyat jelata kita sendiri kita makin utamakan pajakan 99 tahun?

Kita tahu Perdana Menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak sedang kelemasan akibat hutang 1MDB lebih RM50 bilion dan sedang mencari sumber kewangan baru bagi membiayai kegiatan politiknya.
Tetapi apakah sampai menjadikan Malaysia negara sundal dan gundik kepada negeri China?

Ini bukan isu emosi atau cauvinisme tetapi realiti geopolitik di mana China sedang membina sfera politiknya sendiri bagi melawan Amerika, India dan Eropah dalam perlumbaan menguasai sumber mentah dan pasaran.

Apakah kita akan membiarkan Najib dan konco-konco beliau mengorbankan dasar berkecuali dan bebas kita semata-mata untuk mencari duit bagi menimbus bangkai 1MDB yang beliau sendiri cipta?

Atau kita akan berusaha sedaya upaya mempertahankan dasar yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak itu?

Wallahuaklam.

33 comments:

Zalman A said...


Salam Datuk,

Interesting analysis from FMT:

"Meanwhile, Hadi was absent from the ceremony to send off the humanitarian ship (food flotilla) for the Rohingya on Feb 3, saying he was in hospital for medical examination.

Hadi’s refusal to join Najib in the event might be meant to deliver a certain message, even though Najib was still heard chanting “Muslim solidarity” in his speech.

As a matter of fact, there is disagreement within PAS on whether to work with Umno and help it retain the federal administration. While there are chances that Umno will help PAS push through its hudud agenda, some in the party worry that PAS could be washed out altogether in the general election.

Analysis shows that the support of Umno in rural areas has declined to 40%, more than 30% for PAS and about 20% for PPBM.

Hence, a three-cornered fight will only benefit Umno at the expense of PAS. As such, there are some within PAS who feel that the party should instead take advantage of a weakened Umno to set its sights on Putrajaya.

If PAS cannot keep Kelantan, it will be powerless to implement hudud in the state even if the shariah law amendment is passed in the Dewan Rakyat.

In PAS, Hadi is seen as more pro-Najib while his deputy Tuan Ibrahim is seen to be taking the opposite position.

Will Umno give up Kelantan and Terengganu in exchange for PAS’ consent to create three-cornered fights in GE14? Will all quarters within PAS come together and agree on such a tie-up with Umno?"

I think PAS will also ask UMNO for parts of Kedah, too.

In exchange, they will act as the "spoiler" in Malay areas so that UMNO can win.

I think PAS should go back to basics.

Dealing with the devil is wrong.

Dealing with the corruot is wrong.

Dealing with the immoral is wrong.

If they help MO1 get five more years of theft, they are only "spoiling" the lives of the rakyat.



hasnul rahman said...

Assalammualaikum wmt DAKJ!
Kalau tak silap saya, di perut bumi airport lama itu terdapat longgokan bijih timah yang tidak dapat dilombong semasa negara kita menjadi pengeluar bijih timah terbesar dulu, kerana di atasnya ada lapangan terbang (lama).
Justeru, bila Datuk sebut ditanah itu akan di bina bandar bawah tanah, terfikir saya ada kemungkinan projek itu nanti bukan saja jadi tempat menempatkan warga negara China, tapi semasa pembinaannya hasil bijih timah akan jadi hak mereka juga melalui proses menggali untuk membina bandar bawah tanah itu.
Saya harap Datuk dapat selidik perkara mengenai hasil bumi negara itu.

Zalman A said...



Datuk,

Here is something very interesting.

The next major songlap opportunity for Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil and his cronies to steal public funds will be the selection of the partner for the Singapore-Malaysia HSR link.

For obvious reasons, i.e. kickback, MO1 is leaning towards China.

Singapore, whose PM is not under investigation by 7 nations, is leaning towards Japan, and rightly so. The Shinkansen (bullet train) of Japan has a flawless safety record for 50 years.

In contrast, the poor quality of China-made rail is legendary. They have caused accidents and deaths globally.

a) Only last year, Singapore had to send back 26 dangerous MRT trains to China:

http://www.todayonline.com/singapore/smrt-found-cracks-26-trains-delivered-chinese-manufacturer

SINGAPORE — SMRT is returning a whopping 26 out of 35 of the first China-made trains it has used here — since only 2011 — for repairs, after checks showed issues with them.

The issues with the trains were brought to light after a Hong Kong news agency reported that the trains were “secreted” away to be shipped back to the Chinese manufacturer’s plant to fix the defects, which were discovered in 2013.

Examples cited in the report include glass panels within train carriages repeatedly shattering due to shoddy workmanship and uninterruptible power supply batteries — made in China — exploding during repairs.


b) 40 dead and 200 hurt in crash caused by bad design and corruption:

http://www.bbc.com/news/world-asia-china-16345592

A bullet train crash which killed 40 people in China in July was caused by design flaws and sloppy management, the Chinese government says.

Almost 200 people were injured in the crash near the south-eastern city of Wenzhou.

"Missteps" by 54 officials led to the disaster, the long-awaited official report says.

The crash led many Chinese to accuse the government of putting development and profit before safety.

It also triggered a wave of popular anger against officials who were accused of trying to cover up the seriousness, and causes, of the crash.

(I’m sure MO1 approves of cover-ups at least.)

c) In Kenya, Chinese rail tracks washed away even before being used:

https://www.standardmedia.co.ke/article/2000224139/floods-wash-away-part-of-standard-gauge-railway-sgr-project

So it is clear.

China seeks out poor and/or corrupt countries where it can bribe officials.

It is all over Africa already.

The Sri Lankans know to their cost.

Now, who will win the HSR?

Just like ECRL, we can be sure that China has arranged a massive “compensation package” for MO1 and co.

Will MO1 endanger Malaysian lives for profit?

Of course. From robbery to murder is not a huge step.

Will Singapore prevail and the Japanese win?

We can only hope so.

It is not good for any country to have a wanted criminal as Prime Minister.

He will think only of himself, not for the people.


Buah Kerdas said...

Orang Melayu memang telah terbukti sanggup menjual tanah semata-mata untuk berbelanja mewah diluar kemampuan. Itulah sebabnya hampir semua tanah strategik yang berdekatan bandar, jalanraya dan diserata medan di kampung-kampung telah terjual kepada Cina. Tak heranlah sekejap lagi berlaku penjualan secara sistematik kepada Cina dari China pula. Maka membangunlah Malaysia kerana modal Cina sangat besar, boleh ubah laut jadi pulau dan potong bukit jadi bandar; cuma kita Melayu jadi macam Pak Kaduk, ayam menang sabung tapi kampung tergadai. Bangga juga sebab boleh kerja kat gedung-gedung besar milik Cina walau pun sekadar pekerja yang boleh digantikan bila-bila masa saja.

Aku said...

Kadiag, salaam.
Woihhh...jauh hang tenong ke depan. Mintak maghap Kadiag, aku masih yakin jatidiri dgn iman yg teguh bulih benteng kita. Insya'Allah. Zaman awai Islam pon kita bedepan dgn ancaman dari Rom dan Parsi. Puak2 mongol lepaih tawan Baghdad, memeluk Islam dan sebag risallahNya sampai ke gurun Gobi. Dlm zaman gelap rantau ini pon timboi sekolah2 pondok/pesanteren untuk petahan aqidah rakyat, sunggohpon kita di bantai sakan oleh kaum feudal dgn a'malan hamba tebusan yg cuba dihidupkan oleh "ketua2 bahagian" dan geng2 depa, samping serangan dan penjajahan barat dan timog secara fisikal dan mental.

Izin aku ke masaalah yg sifat semasa sikit, ni ucapan orang kuat PKR dlm satu mesyuarat baru2 ni (mintak maghap no...panjang sikit) dari Sinar Harian :

"P. JAYA - Usaha menyelamatkan Malaysia tidak mencukupi dengan pembangkang sekadar menuding jari terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebaliknya pembangkang perlu imbas kembali dan menginsafi apa dilakukan sebelum ini sehingga menyebabkan pengundi mengekalkan Umno-BN.
"Kita kena 'cermin diri' sendiri. Selagi kita tak buat begitu, maka kita akan ada masalah mendapat undi terutamanya dari orang Melayu," katanya dalam sesi meja bulat Selamatkan Malaysia, di sini, hari ini.
Menurut Rafizi, pembangkang selama ini tersilap apabila menyangka orang Melayu khususnya di luar bandar tidak memahami isu dibawa pembangkang.
"Selama ini kempen dan cara kita menyampaikan maklumat seolah-olah pengundi Melayu di kampung tak boleh 'mengira'. Tetapi Melayu sebenarnya faham isu nasional.
"Masalah kita bukannya Melayu tak faham dengan kerosakan dilakukan Najib, tapi sebab mereka tak yakin kita boleh tadbir dengan lebih baik dan memastikan kerosakan sama tidak berlaku. Melainkan kita menukar cara mendekati mereka," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pembangkang perlu memikirkan cara untuk dinilai sebagai satu gabungan politik yang jujur dan benar-benar mahu membantu rakyat.
"Kenapa ada masalah kredibiliti itu? Sebab mereka (rakyat) merasakan sehingga sekarang kita masih belum dapat mengemukakan rangka penyelesaian yang bukan saja 'incredible' tapi jujur.
"Sebab itu kita kena cermin diri dan fikir bagaimana kita dapat dinilai sebagai satu gabungan politik yang jujur dan benar-benar mahu membantu dan bukan sekadar untuk menang ke Putrajaya, katanya."

Antara lain, dia kata kita korang ambik berat dua gejala yg hadapi rakyat:
1. Beribu ribu graduan2 yg keluag saban tahun, dan menganggog,
2. Tanah2 tebiag, beribu ribu hektag.
Yg aku kira kalu diuruihkan serentak untuk tujuan perniagaan, peladangan, perumahan dll insya'Allah akan bagi impak, lantaih harapan besag untok rakyat dan 'kesinambungan' politik.
Sekali guih, nanti insya'Allah dapat tambah keyakinan rakyat (yg Rafizi dok luah) samping bagi harapan pd yg terpinggiag, dan jana arah baru untuk bangunkan ekonomi. Sunggoh pon masa semakin suntok, tapi aku pecaya masih bulih dilaksanakan. Insya'Allah.

Munkin hang lebih tau, 'politik' tu ada faktor 'push' dari kejengkelan lama dan faktor 'pull' ke satu lembaran baru yg lebih insani.
Maghap no, kalu telanjog basa dan telalu panjang. Wa sallam.
Aku


sukasamasuka said...

Datuk.

"Tetapi apakah sampai menjadikan Malaysia negara sundal dan gundik kepada negeri China?"

1. Pemimpin Melayu UMNO yang begelar "MO1" itu memang sial orangnya.

2. Kerana kesialan nya...MO1 ini jadi lelaki sundal...jual maruah dan tubuh badan nya kepada tauke2 China yang kaya raya...dengan harga RM144 billion pada tahun 2016...ini belum termasuk jualan tanah-tanah di Forest City, Carey Island, Bandar Malaysia dan di Melaka, seperti apa yang Datuk catitkan dengan begitu tepat sekali.

3. Ini la kesialan UMNO di akhir zaman.

4. UMNO yang pernah aku junjung selama ini hingga ke PRU13, sudah termakan "sumpah sial" sebab "makan duit lendir yang haram"...hingga orang yang paling kafir sekali pun tidak berani makan duit haram yang kamu makan, walaupun dia kafir!

5. Hadis sahih Anas r.a....dimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda...

"Hendak la kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekali pun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima olih Allah Taala"

Hadis Riwayat Ahmad- sanad Hasan.

6. Aku bersumpah..."jahanam la kamu orang2 Melayu UMNO...kamu makan duit curi...kasi naik orang kampong naik Haji pakai duit curi...kamu betul betul la manusia yang paling sial".

parameswara said...

En. Kadir,

Sila lihat cerita ini "Australian farmer causes storm in South China Sea territorial dispute"

http://www.abc.net.au/news/2016-08-08/malaysian-flag-rasing-causes-south-china-sea-incident/7679024

Kalau benar, habis lah kita

Pelatuk said...

seronok bila ada cerita-cerita begini...berbagai alasan utk menimbulkan kontroversi. Kalau ada bijih besi dalam tanah itu dah lama pertahanan negara tak jadikan sebagai lapangan kerana bijih besi akan menghalang pancaran radio. Itu bukan sahaja sebabnya kerana kawasan itu sudah sempit utk kapal terbang jenis pejuang dan kesan bunyi yang bileh mengakibatkan pelbagai masalah ke atas bangunan perumahan..dan yg pentingnya jaringan dan jaluran telekomunikasi tidak lagi sesuai bila sudah padat dengan jaringan awam....jadi tak yahlah nak tanya Kadir Yasin kerana dia bukan pakar pertahanan sekadar wartawan sahaja.....

Zalman A said...


The problem with the Opposition:

"

Barely 72 hours after joing DAP, Zaid Ibrahim appears to have ruffled feathers in the party with his remarks.

In a media statement today, DAP lawmaker Gobind Singh Deo denied the former law minister's statement on Dr Mahathir Mohamad being the de facto leader of the opposition."

Everything is meaningless infighting.

When PRU14 comes and goes, there will still be the same.

ONE communications director, ONE agreed stand.

Then everyone toes that line.

Why is this so hard?

Even Barang Naik does not have these problems, although the other parties are mere eunuchs, for sure.




Zalman A said...


PKR menolak pandangan Datuk Zaid Ibrahim yang menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “ketua pembangkang’ masa kini.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkata, Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai ketua pembangkang iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kita ada ketua ketua pembangkang Dr Wan Azizah dan kita juga sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Borang 5A dan Sambutan Tahun Baru Cina bersama penduduk Kampung Chempaka.

Terdahulu Azmin menyampaikan Surat Kelulusan Borang 5A kepada penduduk Kampung Chempaka di Petaling Jaya dan sambutan Tahun Baru Cina.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Pada majlis petang tadi, seramai 32 penduduk menerima surat kelulusan borang 5A bagi hak milik tanah yang diduduki penduduk Kampung Chempaka, Petaling Jaya.

Sebelum ini, Malay Mail Online dalam temubualnya bersama Zaid menyatakan Dr Mahathir merupakan “ketua pembangkang” terkini sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.

What "leading" has Kak Wan done?

What are her policies, positions, vision, strategy for PRU14?

Is she the PM candidate?

Nobody knows.

So how are the public supposed to know?

By guesswork?

That is why she can't be the PM candidate.

leadership means action.


Unknown said...

Very good analysis Tuan. Totally agree with your conclusion.

msh said...

Salam Dato.

Tepat sekali...GUNDIK CINALAH JADINYA NEGARA INI.

Inilah jadinya bila Melayu masih tidak celik...buta mata dan hati...tidak mahu berfikir dan mengambil jln mudah..
. hingga masih sanggup menerima Ketua yg rendah moral dan terang2 bersalut dgn najis berterusan memerintah.

Bak kata sdra Zalman...

"It is not good for any country to have a wanted criminal as Prime Minister.

He will think only of himself, not for the people".

Memang tidak wajar didlm apa jua keadaan membenarkan sesaorg yg disyaki terlibat dlm penipuan...CBT dan salah laku berterusan memegang jawatan.

Itulah hasil bila Parti Umno selaku Parti tunggak BN beri pd rakyat.

Tidak masuk akal lagi....bila negara diperintah mengikut kehendak majoriti Ketua2 Bahagian pentedarah dedak bersama seorg ketua HZ.

Gundik Cinalah jadinya kita ini.

sukasamasuka said...

Datuk.

" Apakah kita akan membiarkan Najib dan konco-konco beliau mengorbankan dasar berkecuali dan bebas kita semata-mata untuk mencari duit bagi menimbus bangkai 1MDB yang beliau sendiri cipta?

Atau kita akan berusaha sedaya upaya mempertahankan dasar yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak itu?"


1. Dasar berkecuali dan bebas Malaysia bukan nya dasar kerajaan UMNO, Perikatan atau BN atau dasar Tun Razak.

2. Malaysia berkecuali dan bebas sebab Malaysia bukan rekaan UMNO, Perikatan, BN, Tun Razak atau Tengku.

3. Malaysia berkecuali dan bebas sebab itu ada lah dasar asal kenapa Malaysia itu ditubuhkan.

4. Malaysia dilahirkan dalam Parlimen British...selepas ahli Parlimen British bersetuju bahawa Malaysia itu ditubuhkan untuk "kestabilan rantau" ini...tidak ada sebab yang lain.

5. Malaysia itu ditubuhkan BUKAN sebab Malayan Union...tetapi, untuk "regional stability"...dengan gabungan 5 buah negara...Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah.

6. Brunei tidak menyertai gabungan serantau sebab pemberontakan berdarah rakyat Brunei yang tidak setuju.

7. Singapura pula keluar dari Malaysia.

8. Sabah dan Sarawak bersetuju dengan bersyarat...20 Syarat (Sabah) dan 18 Syarat (Sarawak.

9. Dasar Malaysia berkecuali dan bebas dalam ASEAN itu adalah kesinambungan tujuan asal Malaysia itu ditubuhkan dalam konteks yang lagi besar merangkumi negara2 jiran, bukan sebab Tun Razak atau UMNO.

10. Maka itu anak dia Najib tidak ada hak untuk membelakangi ASEAN sebab itu bukan hak UMNO.

11. Kalau UMNO mau jadi gundik China, itu dia punya pasal la...Sabah dan Sarawak ada hak untuk menuntut balik hak berkecuali dan bebas dengan keluar dari Malaysia.

12. Kalau UMNO mau jadi gundik PAS, supaya Malaysia jadi Negara Islam, itu pun dia punya pasal la...Sabah dan Sarawak ada hak menuntut balik tuntutan sekularnya dan keluar dari Malaysia.

13. Hak Sabah/Sarawak BUKAN dari UMNO...jauh sekali.

14. Hak Sabah/Sarawak sudah termaktub dalam Perjanjian Antarabangsa, bukannya dalam Parlimen Malaysia, sebab masa itu belum ada Malaysia.

15. Sabah/Sarawak ada hak menuntut berkecuali dan bebas sebagai dua buah negara baru yang berkecuali dan bebas dalam konteks ASEAN++.

16. Hak menentukan nasib Sabah/Sarawak adalah hak mutlak yang berdasarkan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu "on self-determination".

17. Adakah kerajaan baru dari gabungan pembangkang sekarang ini akan menyokong dasar asal Malaysia Agreement 1963?

18. Yang kita tau, hanya DAP sahaja yang menyokong dasar Malaysia Agreement 1963 berdasarkan rekord2 dalam Parlimen.

19. PPBM, PKR macam mana?

20. Ini hanya pandangan peribadi seorang penjual mi goreng di tepi jalan...i dont think it is of any significance.

Big kok said...

Bijeh timah ngang...

abu bakar said...

china dan kepentingan geostrategik

pasca mh 370 dan pencariannya turut melibatkan kapal china--kekurangan ketara pasukan mereka menurut analisa adalah kekurangan pengkalan untuk berhenti dan mengisi bekalan yang habis

mempunyai pengkalan baru adalah harapan terbaik dan serampang dua mata tersembunyi,

jika kita cerdik-- kita takkan menyatakan kita hendalah mencontohi kaum yang sedikit mengalahkan kaum yang besar

vinnan said...

Wahai orang-orang Melayu,

Yang menyundalkan orang Melayu dengan mengadai negara kita ialah orang Melayu sendiri. Hati-hati. Tauke Cina Komunis tak sama dengan tauke Cina Malaysia.

RD. said...

Suka-sama-suka.

Memang benar... "Malaysia dilahirkan dalam Parlimen British...selepas ahli Parlimen British bersetuju bahawa Malaysia itu ditubuhkan untuk "kestabilan rantau" ini..."

Tapi... Saudara buat-buat lupa, atau saja-saja buat-buat lupa... bahawa ada sebab yang lain, mengapa majority Rakyat Sabah & Sarawak memilih untuk berasa 'selamat' dalam Persekutuan Malaysia... melalui referendum.
Saudara buat-buat lupa, bahawa... ketika referendum diadakan, Rakyat Sabah hidup tidak tenteram, rasa terancam dan gusar akan ancaman penaklukan dari Filipina dan Indonesia, ketika Penjajah Eropah & British sedang menconggak-conggak mahu 'melepaskan' wilayah jajahan mereka di Timur-Jauh.

Bahawa... Indonesia melancarkan Konfrontasi (1963-66), sebaik saja Rakyat Sabah & Sarawak bersetuju untuk 'bersama' dengan dalam Malaysia dan ramai Tentera & Rakyat terkorban demi mempertahankan tanahair.
Malah... pada 1975 pun, Indonesia masih 'berani' menakluk Timor Timur sebaik saja Penjajah Portugis 'melepaskan'nya.

Bahawa... Tunku yang mewakili Rakyat Semenanjung sanggup melupuskan gagasan 'Tanah Melayu' demi penubuhan Malaysia bersama Rakyat Sabah, Sarawak & Singapura.
Bahawa... Singapura bukan minta keluar dari Malaysia, tapi disingkir-keluar oleh Tunku.

Dan... apakah Suka-sama-suka sangat yakin bahawa semua Rakyat Sabah & Sarawak bersetuju untuk keluar dari Malaysia?
Bahawa... tidak akan berlaku perang-saudara di Sabah & Sarawak, jika berjaya 'keluar' dari Persekutuan Malaysia?
Bahawa.... Filipina & Indonesia tidak akan 'annex' Sabah & Sarawak sebagai sebahagian dari wilayah mereka, sebaik saja 'bebas' dari Malaysia?

Namun... saya setuju dengan Suka-sama-suka, bahawa Malaysia MESTI kekal sebagai Negara secular. Sebab-musababnya amat jelas sekali... tiada satu Negara pun di Dunia ini yang AMAN-SENTOSA, MAJU & MAKMUR... jika diperintah berlandaskan Agama atau oleh gologan Agamawan.
Begitu juga jika Negara diperintah oleh gerombolan pencuri atau Kleptocracy. Lambat-laun Negara akan disintegrate, tersungkur, hancur dan berkecai.

Betul kata Saudara Msh... Negara akan hancur jika..."Melayu masih tidak celik...buta mata dan hati...tidak mahu berfikir dan mengambil jln mudah... hingga masih sanggup menerima Ketua yg rendah moral dan terang2 bersalut dgn najis berterusan memerintah."

Bibit-bibit kehancuran Malaysia sedang berputik;
- apabila 'timbul' istilah... Sabah for Sabahan, Sarawak for Sarawakian dan Bangsa-Johor.
- apabila asset & tanah-pusaka-termahal Rakyat tergadai kepada Negara-Asing akibat bahana-hutang & lesap WANG Rakyat melalui 1MDB-Najib & Jho Low.
- apabila scandal lapok BMF & Forex yang berusia lebih 25 tahun mahu di RCI untuk mengaburi kecurian WANG Rakyat melalui 1MDB. Hakikatnya... RCI mengenai punca kematian Teoh Beng Hock pun, tidak dapat memutuskan samada beliau dibunuh atau bunuh-diri.
- apabila berus yang diperbuat dari bulu-babi, kembali kecoh, terutamanya di TV. Tapi... kita tunggu samada RTM atau TV3 berani 'melaporan' apabila lebih ramai tuanpunya kondo-Pegangan Bebas atau Freehold di Forest City, pergi bershopping di Pasaraya sekitar JB, sambil membawa Chihuahua kesayangan mereka dalam trolley.

hanee said...

I think that is not all true. Please do more research and ask personally to PAS president. Do not listen to only what the PAN and Amanah said.

hanee said...

Ya betul Pelatuk. Kekadang orang kita ini tak nak buat research dan tak ambil berita dari berbagai bagai sumber. Cuma dengar dari satu pihak aje. Terutamanya hanya dengar dari PAN dan PBBM aje.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Saya rasa kita boleh ukur kekuatan negara Cina kepada dua bahagian yang utama.

Yang pertama ialah dari segi ketenteraan. Tentera Darat cina adalah yang terbesar di dunia. Tentera Laut semakin berkembang dengan kapal pengangkut kapalterbang buatan cina sendiri. (Aircraft Carrier). Dari sudut menerokaan angkasa lepas, Cina juga antara negara yang giat buat penerokaan dan sudah ada perancangan membuat stesyen di bulan.

Yang kedua, ialah dari segi ekonomi. Ekonomi negara cina berkembang begitu cepat sekali dari tahun 1990 sehingga sekarang.

Kalaulah mengikut kadar perkembangan ekonomi sekarang ini, Cina bakal menjadi ekonomi terbesar di dunia mengatasi Amerika.

Boleh dikatakan lebih 80% barangan elektronik yang dijual di Malaysia adalah dari negara Cina.

Kalaulah hartawan dari negara Cina datang ke Malaysia, mereka membawa wang.

Kalaulah negara kita ini, kadar rasuahnya rendah, undang-undang berjalan sempurna, (Rule of law), kerjaaan yang ada tidak terpengaruh dengan wang ringgit tetapi menjaga hal kesejateraan rakyat, maka perngaruh pendatang dari Cina tidak seberapa.

Ini sepertimana yang berlaku di England. Datuk bandar England mengarahkan siasatan terhadap hartanah mewan yang dibeli oleh pendatang kaya dari negara Cina.

Tapi, adakah perkara ini berlaku di Malaysia?

Sekiranya pendatang kaya dari Cina datang ke Malaysia, adakah mereka boleh menggunakan wang mereka untuk membeli apa sahaja yang mereka mahu?

Saya orang melayu tapi saya bersekolah rendah di sekolah cina. Saya tahu sekarang ini sudah ada orang dari negara Cina di Johor Bahru. Orang dari negara Cina, walaupun bercakap bahasa Mandarin sama dengan orang tempatan, tetapi “slangnya” tidak sama. Orang cina tempatan tahu bezakan orang tempatan dengan orang dari China tetapi orang melayu tidak sedar.

Kalaulah kita pusingkan jam ke hadapan, iaitu tahun 2050, Transformasi Nasional. Agaknya berapa ramai orang dari negara Cina di Malaysia pada ketika itu dan apa peranan mereka?

Zalman A said...


"Meanwhile, Hadi also revealed that he would re-evaluate PAS’ ties with PKR. This, he said, would be discussed during the party’s annual muktamar meeting on Apr 28.

“We will decide during the muktamar and the decision will be made public.

“We only have a problem with DAP and Amanah, as they have expressed their objection against our proposal to amend Act 355,” he said in reference to his private member’s bill to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act.

“That is a line they cannot cross. We also have a policy not to work with any party that is against Islam, or parties that work with those who are against Islam.”

Logically, PAS must separate from PKR.

Where is the lawsuit against Sarawak Report?

They were given 7 days to apologise, and then PAS did nothing.

This just seems to confirm that 90 million worth of dedak was indeed scattered.

If 3-corner fights are inevitable, then so be it.

Better than waiting forever for this confused group of lebai malang to confuse the issues even further?

sukasamasuka said...

Datuk.

Saudara RD 8.58PM...

1. "Tapi... Saudara buat-buat lupa, atau saja-saja buat-buat lupa... bahawa ada sebab yang lain, mengapa majority Rakyat Sabah & Sarawak memilih untuk berasa 'selamat' dalam Persekutuan Malaysia... melalui referendum."

- Referendum itu ditubuhkan atas permintaan Parlimen British sebagai salah satu syarat untuk ahli Parlimen British bersetuju untuk penubuhan sebuah negara baru yang dipanggil Malaysia.

- Referendum itu BUKAN sebab nya Malaysia ditubuhkan...tetapi, referendum itu hanya nya salah satu legal process sahaja.

- Dengan ada nya refrendum itu, maka pihak kerajaan British dapat mengemukakan pandangan rakyat Sabah/Sarawak dalam Parlimen British.

- Pada masa yang sama, British tidak mengadakan referendum di Brunei sebab rakyat Brunei memberontak konsep "Malaysia", walaupun Sultan Brunei pada awalnya bersetuju untuk menyertai "Malaysia". Kemudian baginda sultan tawar hati sebab pemberontakan berdarah ini ditumpas dengan pembunuhan beramai2...selainnya dihalau keluar.

2. "Saudara buat-buat lupa, bahawa... ketika referendum diadakan, Rakyat Sabah hidup tidak tenteram, rasa terancam dan gusar akan ancaman penaklukan dari Filipina dan Indonesia, ketika Penjajah Eropah & British sedang menconggak-conggak mahu 'melepaskan' wilayah jajahan mereka di Timur-Jauh."

- Ketika referendum masa itu...Sabah adalah kepunyaan British.

- Tidak ada ancaman dari Philippine dan Indonesia pada ketika itu sebab Britain adalah kuasa tentera terbesar dunia masa itu, bukannya nya Philippine.

- Ancaman dari Philippine dan Indonesia hanya bermula bila konsep Malaysia itu diajukan...bukan sebelumnya.

- "Penjajah Eropah & British sedang menconggak-conggak mahu 'melepaskan' wilayah jajahan mereka di Timur-Jauh"... dengan syarat bahawa bekas tanah jajahan mereka tidak tergugat...ini adalah salah satu syarat yang bertulis dalam Parlimen Britain.

Makanya Hong Kong masih dalam jajahan British pada ketika itu...seterusnya juga, Brunei hanya menuntut kemerdekaan dari British years later.

3. "Bahawa... Singapura bukan minta keluar dari Malaysia, tapi disingkir-keluar oleh Tunku."

- UMNO dan Tunku membelakangi Malaysia Agreement 1963 pada masa Lee Kuan Yew. Perkataan "singkir" di gunakan supaya orang Melayu di Tanah Melayu tidak menyalahkan UMNO. Cerita yang lagi popoular pada masa itu ialah supaya to maintain some kind of racial balance, konon nya Cina Singapura mau kontrol Melayu...itu cerita UMNO, dari dulu hingga sekarang...tetapi, itu bukan fakta sejarah, hanya mitos supaya orang Melayu sokong UMNO.

- UMNO dan Hussein Onn pula sibuk membubarkan status "negara" Sabah dan Sarawak kepada "negeri"...di saat saat rakyat Sabah berkabung akibat tragedi kapal terbang yang membawa Fuad Stephen, Ketua Menteri Sabah dengan anggota kabinet meletup di udara...macam tidak bolih ditangguh dulu...hingga saat ini RCI belum siap2 lagi...tanya Hussein Onn, kenapa?...atau anak dia Hisapmuddin.

- Mau ka Lee Kuan Yew "membelangkangi" Malaysia Agreement 1963 dengan bersubahat dengan UMNO?

4. "Bibit-bibit kehancuran Malaysia sedang berputik;
- apabila 'timbul' istilah... Sabah for Sabahan, Sarawak for Sarawakian dan Bangsa-Johor"

- Sarawak bukan gundik UMNO.

- Tetapi, bila UMNO masuk melamar Sabah, dengan sekali gus Sabah jadi gundik orang Malaya UMNO.

- Itu la maksud "fixed deposit" UMNO...gundik.

- Gundik pun ada maruah ba, RD.

- Mana bolih kena main saja...for free.

- UMNO tabur duit di Sabah bukan duit bapa dia...Sabah contribute RM25 billion hasil minyak dan gas per year to Petronas...belum termasuk tanah untuk Felda for nothing.

- Malaysia hancur bukan kerana Lee Kuan Yew atau orang Sabah.

- Malaysia hancur kerana UMNO.

= UMNO hancur kerana anak haramzadah MO1.

5. Biar la UMNO dan PAS hancur dan berkubur dalam satu kuburan...tidak ada kena mengena dengan orang Sabah...jauh sekali la pasal si penjual mee goreng tepi jalan.

sukasamasuka said...

Datuk.

Saudara RD 8.58PM..."Bahawa... Indonesia melancarkan Konfrontasi (1963-66), sebaik saja Rakyat Sabah & Sarawak bersetuju untuk 'bersama' dengan dalam Malaysia dan ramai Tentera & Rakyat terkorban demi mempertahankan tanahair."


Rakyat Sabah dan Sarawak berterima kasih pada semua orang yang menolong kami...yang bersama2 menjayakan Malaysia...terutama sekali tentera British, tentera Gurkha, tentera Australia dan tentera New Zealand...dan, tidak bolih dilupakan juga tentera Melayu dan Iban...dan terutama sekali juga pada pejuang2 nationalis Melayu Brunei, hingga titisan darah terakhir...dan, tangisan.

sukasamasuka said...

Datuk.

Saudara RD 8.58PM..."Bahawa... Tunku yang mewakili Rakyat Semenanjung sanggup melupuskan gagasan 'Tanah Melayu' demi penubuhan Malaysia bersama Rakyat Sabah, Sarawak & Singapura."

1. Tanah Melayu sudah Merdeka sebelum ada Malaysia.

2. Sabah dan Sarawak TIDAK menuntut apa2 hak2 orang Melayu di Tanah Melayu seperti hak beragama atau hak beraja dan sebagainya.

3. Malaysia Agreement 1963 itu bukan la pasal orang2 Sabah menuntut hak orang2 Melayu di Tanah Melayu.

4. Malaysia Agreement 1963 itu juga bukan la penyebabnya Malaysia itu ditubuhkan... tetapi hanya syarat2 bertulis untuk menubuhkan sebuah gagasan wilayah baru yang akan di panggil Malaysia.

5. Maka itu UMNO dan Tunku tidak ada melupuskan apa2 pun hak hak orang Melayu di Tanah Melayu dalam konsep gagasan Malaysia.

6. Contohnya...Islam ada lah agama rasmi di Tanah Melayu...itu adalah hak orang2 Melayu di Tanah Melayu sahaja...tetapi, bukan di Sabah atau di Sarawak...ini bukan aku yang kata.

Jadi kenapa pula UMNO dan PAS beriya2 sangat mau Hukum Hudud di Sabah?...ini sudah melanggar "20 Points" dalam Malaysia Agreement 1963.

Ini ka ciri2 Islam yang dibawa olih datuk nenek moyang aku?...suka mungkir janji?

Tetapi ini la ciri2 UMNO sekarang...mungkir janji!

7. Contoh 2...Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di Tanah Melayu...tetapi bukan di Sabah dan di Sarawak.

Jadi kenapa tidak dikekalkan pembelajaran English di Sabah/Sarawak?

Dimana kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan antarabangsa sekarang ini?

Tepuk dada tanya selera.

8. Kenapa UMNO dan Tunku melupuskan hak2 orang Sabah dan Sarawak?

9. Apa salah kami?

10. Ini hanya pandangan peribadi aku seorang sahaja.

Monkey Code said...
This comment has been removed by the author.
Akif Emir said...

"A Shocking Admission From Trump And One Of China’s Most Important Government Officials"
http://kingworldnews.com/a-shocking-admission-from-trump-and-one-of-chinas-most-important-government-officials/


UNDER TRUMP, CHINA IS UNITED STATE NO 1 ENEMY,
MALAYSIAN CITIZENS GET READY, WE ARE IN THE MIDDLE OF A WAR ZONE (SOUTH CHINA SEA & STRAIT OF MALACCA)..AND MOST PROBABLY THE FRONT LINE...

"REMEMBER, NAJIB ALREADY GAVE OUR LAND & SOUL TO CHINA"

Zed-85 said...

Sallam Saudara Zalman,
 
Komen saudara mengatakan bahawa Hadi Awang menyebut Amanah menentang akta 355.
 
Sebenarnya, mana ada Parti Amanah menentang akta 355, Amanah mencadangkan bil persendirian 355 yang lebih baik untuk menaikkan hukuman di Mahkamah Syariah bukan untuk negeri Kelantan saja tetapi di seluruh Malaysia.

PAS tidak ada sebab yang munasabah untuk bermusuh dengan Amanah melainkan disebabkan kepentingan parti dan individu dalam PAS, bukan untuk kepentingan orang melayu.

Bagi saya Parti PAS adalah ibarat parti kucing kurap. Dulu parti kucing kurap ini, orang UMNO tak mahu pandang sebelah mata pun. Setalah PAS masuk dalam Pakatan dan pakatan menjadi kuat, maka kucing kurap ini ekornya pun naik.

Badan yang tertinggi dalam PAS adalah Majlis Syura. Adalah amat penting untuk PAS untuk kekal di Kelantan. Sekiranya PAS kalah di Kelantan, maka tidak mustahil Majlis Syura samada akan menjual keropok lekor atau budu di Kelantan.

Oleh itu, pandangan peribadi saya, kalau hendak berbincang dengan PAS, pastikan Pakatan boleh menjatuhkan PAS di Kelantan. Kemudian barulah ajak PAS masuk ke dalam Pakatan. Pada ketika itu, barulah PAS akan buat Tahalus siasi dan saya yakin Majlis Syura akan setuju PAS berbaik semula dengan DAP atau Amanah.

Sekarang ini, nampaknya PAS dapat “free publisiti” saja dengan perbincangan dengan Bersatu walaupun sebenarnya, selain daripada tawaran hukum sebat kepada rakyat Kelantan, pada saya PAS tidak menawarkan apa-apa yang lebih baik dari Pakatan untuk orang melayu.

Lembah tasnim said...

Datuk..

Saya sokong pendapat Datuk mengenai kebimbangan kita terhadap pengaruh China di dunia sekarang ini khususnya negara kita Malaysia.

Kita memang patut sangat kalau rasa curiga dan bimbang dengan perkembangan pelaburan yang begitu besar dari China di kawasan stratigik di negara kita.

Satu perkara nak tanya Datuk betul ke syarikat pengeluar kereta nasional kita Proton nak beralih tangan kepentingannya sebanyak 51% kepada syarikat dari China.. aduhai..

Monkey Code said...
This comment has been removed by the author.
RD. said...

Salam Dato AKJ dan Pembahas sekalian.

Macam mana Rakyat tak mempersoalkan 'Pelaburan China':-

1. Sudah la hutang 1MDB-Najib & Jho Low, keliling pinggang... sebahagian darinya tidak diketahui kemana dibelanjakan. Pada masa yang sama RM2.6 Billion, masuk akaun peribadi Najib dan akaun peribadi Rosmah masuk RM2 Juta.

2. Kleptocracy... atau Rule by Thieves... istilah baru... tidak diketahui sebelum ini, jika bukan kerana scandal 1MDB-Najib & Jho Low, apabila Department of Justice (DoJ) Amerika guna Akta K.A.R.I. (Kleptocracy Asset Recovery Initiative) untuk menyita asset & harta yang dipercayai hasil pengubahan WANG-haram dari 1MDB, syarikat milik Rakyat Malaysia..

3. Bunga atau interest keatas hutang-pokok saja... sudah RM2 Billion setahun. Bagaimana nak cari duit bayar bunga & baki-hutang jika tiada business lain yang menjana pendapatan atau mendatangkan untung, selain dari menjual asset & tanah-pusaka Kerajaan atau Rakyat?

Nota: Itu pun 1MDB masih boros membelanja WANG Rakyat dengan menaja Haji kepada beratus Tok-Tok Imam, setiap tahun... atas alasan... CSR.

4. Demi rasionalisasi Hutang yang tidak rasional... Syarikat Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1MDB, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group)... dibawah harga belian, juga guna dana-hutang.
Hasil jualan 60% Bandar Malaysia pula, hanya akan diperolehi pada 2022. Berniaga buloh-kasap apakah ini?

5. Memburukkan lagi keadaan, harga minyak-mentah dunia jatuh, menyebabkan Petronas/Negara hilang hasil kerana penjualan minyak pada kadar rendah.
Pada masa yang sama... Ekonomi dunia meleset dan nilai Ringgit jatuh lebih teruk dari Baht dan Rupiah, akibat pesepsi buruk dari scandal 1MDB, yang dikaitkan dengan PM dan berleluasanya kegiatan rasuah dalam agensi-kaitan Kerajaan.
Kemerosotan nilai Ringgit juga menaikkan harga barangan, terutamnnya barangan import.

6. Oleh kerana Kerajaan dibawah Najib, yang melantik-diri sebagai Menteri KeWANGan, kekurangan WANG akibat banyak berhutang dan pembelanjaan boros...
Contohnya... membelanjakan RM7.2 Billion dalam 5 tahun pertama jadi PM untuk bayar Penasihat & Consultant... MatSalleh kaki-botol & berparty-liar pun Najib percaya untuk berinya 'nasihat'.
Akibatnya, GST diperkenalkan untuk recover atau mengembalikan hasil yang hilang itu. Kesannya, Rakyat bertambah di himpit kesempitan hidup kerana GST juga menaikkan harga barangan.
Namun Rakyat yang berpendapatan rendah masih boleh bersyukur. Najib gunakan kaedah 'Cash is King' dan beri... BR1M.

7. Dengan project ECRL (East Coast Rail Line), HSR (High Speed Rail) menghubungkan Singapura & Bandar Malaysia(Bawah-tanah) dan satu hari nanti akan bersambung ke Kunming China, melalui Thailand, Cambodia & Laos... dan Forest City yang di jual Freehold (Pajakan Kekal selagi ada bulan & bintang) kepada pembeli Rakyat-asing, terutamanya dari China, manakala Rakyat sendiri 1Malaysia, Kerajaan lebih mengutamakan jualan rumah secara Leasehold atau pajakan 99 tahun.

Jual rumah pada Rakyat-Asing secara Freehold atau Pajakan-Kekal.
Kepada Rakyat sendiri, dijual secara Leasehold atau Pajakan-99 tahun.

"Rakyat di Dahulukan"... kepala-b***h apa kah ini?

Maafkan saya, Dato.

msh said...

Salam Sdra RD.

Tepat sekali lontaran sdra...

Kesimpulanya....bangsa sendiri akan hancur dlm jangka masa beberapa dekad lagi dan di masa panjang akan kembali kpd kehidupan dizaman penjajah semula.

Diwaktu ini pun....majoriti dari bangsa Melayu dari seramai 18 juta penduduk Melayu mempunyai pendapatan dibawah RM3 ribu...rujuk lanjut dlm "the colour of Inequality" ditakrif miskin...sedangkan negara sudah 60 tahun Merdeka.

Apa kelainam yg boleh kita harapkan lagi jika ...Ketua2 telah tidak amanah ..mengadaikan semua yg ada demi survival diri semata2.

Semua jenis kemiskinan spt...'hardcore...rural...urban poor dsb' dimiliki kita.

Huh.....dajal sekali ketua2 begini...yg kunonya..
'demi bangsa dan ugama'.

Hata..bukalah mata dan hati...NYAHKAN KETUA2 DAJAL INI DGN KADAR SEGERA!!!!!.

msh said...

Salam Sdra RD.

Tepat sekali lontaran sdra...

Kesimpulanya....bangsa sendiri akan hancur dlm jangka masa beberapa dekad lagi dan di masa panjang akan kembali kpd kehidupan dizaman penjajah semula.

Diwaktu ini pun....majoriti dari bangsa Melayu dari seramai 18 juta penduduk Melayu mempunyai pendapatan dibawah RM3 ribu...rujuk lanjut dlm "the colour of Inequality" ditakrif miskin...sedangkan negara sudah 60 tahun Merdeka.

Apa kelainam yg boleh kita harapkan lagi jika ...Ketua2 telah tidak amanah ..mengadaikan semua yg ada demi survival diri semata2.

Semua jenis kemiskinan spt...'hardcore...rural...urban poor dsb' dimiliki kita.

Huh.....dajal sekali ketua2 begini...yg kunonya..
'demi bangsa dan ugama'.

Hata..bukalah mata dan hati...NYAHKAN KETUA2 DAJAL INI DGN KADAR SEGERA!!!!!.

Unknown said...

Memang benar Hasnul Rahman....di bawah permukaan bumi PUKL mengandungi banyak bijih timah. Lantaran itu, kesan panahan petir kerap berlaku dan merosakkan sistem talian telefon dan komunikasi yang lain. Semasa saya bertugas disana, boleh dikatakan setiap bulan ada berlaku 'black-out',talian telefon dan internet terganggu/terputus.Berlakunya perpindahan ini boleh dianggap sebagai 'blessing in disguise' kepada sektor pertahanan memandangkan terlalu banyak faktor negatif yang mempengaruhi kelancaran operasi PUKL sebagai sebuah pangkalan tentera udara.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).