Friday, February 03, 2017

Minyak: Banding Harga Ikut Pendapatan



A Kadir Jasin




PETROL di negara kita mahal.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Sesiapa yang kata murah, tidak bercakap benar atau tidak faham kaitan di antara kuasa membeli (purchasing power) dengan harga pengguna.

Mahal murah sesuatu barang bukan pada harganya, tapi kemampuan pengguna.

Kemampuan pengguna pula bergantung kepada pendapatan.

Atas dasar itu, harga bagi banyak barang pengguna di Malaysia mahal berbanding negara kaya.

Ia menjadi lebih mahal apabila nilai ringgit merudum kerana banyak barang yang kita guna, diimport.

Harga seliter petrol RON 95 di negara kita baru naik 20 sen atau hampir 10 peratus kepada RM2.30 pada 1 Februari.

(Bagi penduduk Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) anggaplah ini hadiah Hari Wilayah daripada menteri anda, Adnan Mansor.)

Per Kapita Kita Rendah

Pada harga itu, petrol di Malaysia lebih mahal daripada Singapura, Australia dan banyak negara kaya di dunia.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia AS$10,878  dan harga minyak dalam dolar Amerika yang perlu dibayar, AS$0.51 seliter.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Singapura AS$53,053 dan harga minyak dalam dolar Amerika AS$1.44 seliter.

Perbandingan kasar harga petrol. Carta The Star
Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia AS$51,593 dan harga petrol AS$0.83 seliter.

Nak lebih mudah faham, saya katakan macam ini. Pendapatan seorang rakyat Singapura AS$50 dan dia kena bayar AS$1.44 untuk seliter.

Pendapatan seorang rakyat Australia lebih kurang sama dengan Singapura dan dia bayar hanya AS$0.80 seliter.

Tapi seorang rakyat Malaysia yang pendapatannya AS$10 kena bayar AS$0.51 seliter.
 
Pendapatan per kapita nominal Singapura 4.9 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Singapura hanya 2.82 kali lebih tinggi daripada di Malaysia.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia 4.7 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Australia hanya 1.62 kali ganda lebih mahal daripada Malaysia.

Kalau harga minyak di Singapura 4.9 kali ganda lebih mahal daripada di Malaysia barulah kita kata harga di Singapura mahal dan harga di Malaysia murah.

Beban Harga Minyak

Jadi berdasarkan pendapatan, rakyat Malaysia terpaksa belanja lebih banyak pendapatan mereka untuk beli petrol berbanding rakyat Singapura dan Australia.

Singapura dan Australia dekat lima kali ganda lebih kaya daripada Malaysia.

Begitu jugalah kalau kita banding dengan banyak negara yang selama ini pemakan dedak Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil kata harga petrolnya mahal.

Sebenarnya berdasarkan tahap pendapatan per kapita kita, sama ada nominal atau mengikut Pariti Kuasa Membeli (PPP), harga bagi banyak barang pengguna di negara kita lebih mahal daripada Singapura dan negara-negara maju lain.

Maksudnya kalau kita belanja 100 unit mata wang yang serupa untuk membeli-belah di Malaysia, Singapura dan Australia, kita akan dapat lebih banyak barang di Singapura dan Australia.

Tapi kalau kita banding diri kita dengan negara yang lebih rendah pendapatan per kapita macam Indonesia, Filipina dan Thailand, betullah harga petrol kita lebih murah.

Harga minyak mentah di pasaran dunia semakin naik. Itu kita tak nafi. Malah baik untuk kita kerana kita eksport minyak mentah. Tapi kenaikannya tidaklah sampai 9.5 peratus macam kenaikan harga petrol pada 1 Februari lalu.

Alasannya, harga runcit petrol kita bukan berasaskan harga minyak mentah tapi harga minyak yang diproses. Macam-macam pulalah alasan jenis dedak yang digunakan untuk tipu rakyat jelata.

Beratur tunggu petrol percuma
Selain kenaikan harga minyak mentah, kita juga tanggung beban kejatuhan kadar tukaran ringgit. Nilai ringgit sudah merosot lebih 20 peratus berbanding dolar.

Lagipun kita tak boleh banding dengan Singapura. Ia negara kecil. Rakyatnya kurang guna kenderaan sendiri. Mereka guna kenderaan awam. Kalau mereka guna kereta pun, jarak dari satu tempat ke satu tempat tidaklah jauh macam di Malaysia.

Jadi kalau kita kira semua faktor, khususnya tahap pendapatan, kita akan dapati harga petrol di negara kita tidaklah murah malah mahal.

Lagi mahal petrol dan lagi tinggi kos sara hidup lagi ramailah orang yang tak mampu duduk di bandar atau guna kereta. Lagi ramai duduk jauh dari bandar dan guna motosikal lagi ramailah mati atau cedera akibat kemalangan jalan raya.

Itulah yang sudah jadi dengan janji rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Wallahuaklam.

44 comments:

MrTipu123 said...

Polisi kerajaan yang kurang cermat mengenai penetapan harga minyak menyebabkan harga minyak menjadi tak stabil. Harga minyak yang tak stabil menyebabkan harga barang lain menjadi 'volatile'(dengan izin).'Side effect' pada rakyat marhaen dan juga peniaga tak perlu dinafikan lagi. Kesian pengusaha stesen minyak yang kebanyakannya bumiputra.Modal yang perlu ditambah bila harga minyak naik,akan hangus bila harga minyak turun.Ramai tak dapat bertahan sekiranya keadaan ini berterusan.Dengan komisen 'ciput' yang di kawal dan kos kos lain seperti letrik,gaji minima yg sentiasa meningkat,
satu satunya bidang perniagaan yang mampu dijayakan olih bumiputra mengalami 'slow death' kalau bukan 'sudden death'.Banyak sudah stesen minyak jualan rendah yg tak mampu menyerap 'shock wave' ini gulung tikar.Mana pergi slogan Demi bangsa,agama dan negara?. Kita perlukan kerajaan yang stabil,yang mampu membuat polisi yang stabil,bukan menyebabkan huru hara disetiap hujung bulan.Ini Kali Lah...

Ir. Hj. Othman bin Hj. Ahmad said...

Pendapatan kita rendah sebab subsidi minyak. Kalau buang subsidi minyak, barulah naik pendapatan kita. Apa tidak, pendapatan kita semua habis untuk mensubsidi minyak.

Dengan subsidi minyak, letrik murah, barang pun murah sebab kos penganguktan murah, tetapi kemurahan ini disebabkan oleh subsidi minyak. Oleh sebab barang kita murah, gaji dan sewa pun jadi murah sebab kita semua sanggup terima gaji yang rendah.

Kalau subsidi minyak dan banyak lagi subsidi dibuang, macam negara maju, termasuk Singapura, sesiapa yang sanggup diberi gaji yang rendah sampai tidak dapat membeli makanan, itu dia punya fasal lah.

Kalau pekerja sakit, syarikat pun rugi juga, jadi terpaksalah membayar gaji yang lebih, supaya pekerja sehat dan sanggup berkerja bersungguh sungguh.

Demikian juga dengan sewa. Dengan kenaikan harga kepada yang sepatutnya, tanpa apa apa subsidi, sewa pula perlu dinaikkan juga. Kalau tidak, rugi lah tuan punya rumah.

Subsidi minyak ini pula bukan nya datang dari angin. Dia datang dari cukai cukai pendapatan dan lain lain hak seorang warga negara. Ertinya, kita gunakan hak kita untuk menjadikan harga minyak lebih rendah dari yang sepatutnya, menjadikan gaji kita pun turun sebab tidak perlu gaji yang tinggi lagi. Ertinya, kita juga yang rugi akhirnya.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Memanglah benar, walaupun harga minyak di negara lain seperti Singapura mahal sedikit, pendapatan mereka berkali ganda lebih tinggi.

Sebab itulah ramai orang Singapura beli rumah di Johor Bahru. Harga rumah Rm1 juta, duit mereka cuma Singapura lebih kurang 300 ribu lebih sahaja. Sangat murah bagi orang Singapura.

Tetapi, mengikut DS Najib, Malaysia akan menjadi negara pendapatan tinggi. Kalau tidak silap saya tahun 2020. Agaknya, tahun 2020 nanti pendapatan rakyat Malaysia akan naik.

Berbalik kepada tulisan Dato sebelum ini berkenaan dengan hubungan PAS dan PPBM. Saya terbaca tulisan rasmi Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS mengatakan bahawa Timbalan Presiden diberikan mandat untuk berbincang sahaja. Keputusan akhir akan dibuat di Majlis Shura PAS samada kerjasama antara PAS dan PPBM dibolehkan mengikut hukum Syarak.

Saya rasa PPBM tidak banyak masalah hendak buat kerajasama dengan PKR, Amanah ataupun DAP sekali pun. Tetapi, untuk berkerjasama antara PPRM dengan PAS, PAS kata mereka perlu diteliti dahulu dari aspek syarak.

JohorMali said...

Bagaimana pula dibanding dengan Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina?

abdul rahman hassan said...

Itulah akibatnya apabila yang tadbir negara adalah seorang suri rumah.

Hantu Gigi Jarang said...

Islam apakah yang diamalkan oleh orang Malaysia sampai boleh terima pemimpin mereka yang rasuah dan pecah amanah?

panglimo potaseh said...

Pak Kadir.

Tulisan Pak Kadir dah cantik dah tu. Kita sebagai negara pengeluar minyak, rakyatnye kena beli minyak lebih mahal daripada kemampuan pendapatan mereka.

Dah lah tu kesamarataan pendapatan kita lebih jauh bandingkan Australia dan Tumasik. Bayangkan betapa besar impaknye pada Sang miskin. Ye lah kalau minyak naik tak usah lah bermotor .. pergi kayuh basikal .. cam dilakukan oleh Mappadulung masa dia di sekolah rendah dulu.

Jadi kita sebagai rakyat apa yang kita boleh buat? Macam biasa lah molopong saja. Nak buat demonstrasi .. jantan kita semacam kecil telur .. tak macam jantan Indonesia atau Korea.

Nak harap Wakil kepada rakyat, mereka dah senak perut disuap dedak. Jadi terima jelah. Serah je lah pada tuhan. Ulamak pun takde nak bagi fatwa betapa keuntungan yang melampau tu adalah haram.

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Kita yang kurang paham ekonomi ni... asyik kena klentong saja lah oleh geng klepet.

Dalam Rakyat dok mengharap harga minyak-mentah dunia jatuh, supaya harga dipam semakin menurun... Najib pula sebaliknya. Di TV3 & RTM, dengan jelas dia sangat mengharapkan harga minyak-mentah dunia meningkat supaya Petronas mendapat untung lebih.

"Itulah yang sudah jadi dengan janji rakyat didahulukan pencapaian diutamakan."

Mali Muyung said...

Salam Dato. Komen saya menyimpang dari tajuk perbincangan. Saya tertarik dgn rancangan Astro mengenai Korea Selatan.
60 tahun yg lalu KS adalah negara yg miskin lebih miskin dari Msia.
Tapi skrang sdah menjadi negara maju. Sedangkan Msia pula masih d takuk lama dan kalau nasib x baik mungkin jadi negara bangkrap dlm masa terdekat ni.
Apa sebenarnya masalah Malaysia untuk menjadi negara yg maju
Is it because v r govern by a very incompetent govt?
Or is it becoz of UMNO?

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Tulisan yang senang dibaca dan di fahami olih orang2 kampong macam kami, kecuali ada perkataan2 atau jargon yang sangat susah.

2. Dengan sekelip mata, sudah dapat lebih sepuluh komen dari kawan2...semua rasa sakit.

3. Mereka suka usaha Datuk dapat menerangkan isu ini secara rational.

4. Kawan2 UMNO pula semua senyap sunyi, tiba2 mereka tidak tau apa nak cakap.

5. Teruskan Datuk, bongkar isu rakyat...kali ini memang sakit pasal kenaikan minyak...lain la yang ada gaji...mcm aku ni jual mi goring tepi jalan raya pakai kereta, minyak kelapa sawit dalam plastik pun susah mau dapat padahal Felda Sabah kononya terbesar selepas Felda Pahang.

Terima kasih Datuk.

boy said...

when u realize wats really goin on in around us, d conclusion is inescapable....d curse! maybe its hard for all to hear, but we can see it. be real......any time u move ur arses d govt arms must be at work. be sure to check d evidence n to look around to see tat indeed happening. u've been robbed daily in d broad day light. i know d logical question is...why would govt do such a thing? yea...no true sane govt would plan tat, just dun forget there always be men like tat in there! n there r armies of willing hirelings ready to carry out watever atrocity leaders ve in mind. it might be unthinkable to think as such to some....but to me as a so so student, i felt d brunt of d situation....beaten up financially without much hope for future recovery.

Kamaluddin said...

Juak beli minyak dunia harga pun kena ikut perkapita juga lah. Jual kat negara miskin kena harga murah.

abdul majid said...

Salam Datuk...

Mohon maaf dahulu cos ingin mencelah Tuan Ir Haji Othman Bin Haji Ahmad.

Berdasarkan 'Ir' title Tuan, rasanya Tuan seorang yang sangat bertauliah, tapi rasanya 'Ir' Tuan hanya dalam bidang Tuan sahaja. Persoalanya, adakah gaji/pendapatan kakitangan kerajaan/swasta akan pasti meningkat di Malysia ini bila semua subsidi ditarik sepenuhnya...?

Mohon maaf sekali lagi yea. Rasanya 'Ir' & 'Haji' ini tiada tercatat dalam Maykad. 'Ir' Tuan hanya dalam bidang kerja. 'Haji Tuan hanya dalam agama & Allah sahaja kot.

Zalman A said...


Agama kita ajar kita supaya bercakap dan menceritakan kebenaran. Jangan kita mengelirukan. Jangan menyembunyikan kebenaran dengan kepalsuan. Perintah ini ada dalam Al Quran. Kepada ilmuwan agama pula, ada perintah khusus kepada mereka jangan menyembunyikan kebenaran apabila fakta ada didepan mata.

Tapi inilah yang sebenarnya berlaku. Usaha menyembunyikan kebenaran, menyibarkan dusta dan propaganda adalah kerja harian pemerintah. Berbohong dan berdusta menjadi kebiasaan. Lama2 ini akan menjadi sebahagian dari budaya dan adat. Maka terkenallah orang Melayu yang berugama Islam sebagai suatu bangsa yang suka berbohong dan berdusta.

Pemimpin Melayu pula adalah golongan yang tidak boleh dipercayai. Dia suka berbohong. Dia mencuri wang rakyat. Dia salah guna kuasa. Dia melampaui kebebasan eksekutif.
Bagaimana bangsa lain mahu memuliakan bangsa Melayu? Jeritlah sekuat mana, hunuslah keris panjang pendek. Orang akan melihat bangsa Melayu sebagai suatu bangsa yang suka menipu. Tidak boleh diberi amanah dan percaya. Diberi kuasa jadi kaduk nak junjung.
Mengapa kita berada dalam keadaan penghinaan seperti ini? Kerana kita tidak bangkit menolak kerajaan yang dipimpin oleh lanun dan perompak.Hidup kita dilaknati oleh Tuhan.

Bagaiman bangsa seperti ini mahu menegakkan dan mempromosi wasathiyah? Bagaimana mahu jadi model kepada bangsa lain bila syarat2 yang boleh dimuliakan tidak ada pada bangsa Melayu dan pemimpin2 nya?

Sebahagian besar orang Melayu yang agama nya juga Islam, tidak kisah akan perbuatan mungkar ini. Kepercayaan kepada ketuanan Melayu membuat orang Melayu merasakan mereka boleh lakukan apa sahaja. Pemimpin kecil UMNO di dalam daerah kecil, yang merasakan diri mereka Napoleon2 kecil, tidak akan faham mengapa masyarakat umum tidak mahu tunduk kepada mereka.

Perkerjaan tidak bermoral tidak jadi isu sebab ketuanan Melayu boleh mengabsahkan segala nya. Kerana mereka menegakkan ketuanan Melayu yakni tanggapan bahawa oleh kerana kuasa ada dalam tangan orang Melayu, mereka ialah tuan, manakala majority kita adalah hamba. Tuan2 Melayu ini mahukan keadaan begini dikekalkan. Tuan2 Melayu tidak adalah keseronokan yang paling mereka suka melainkan memerintah orang lain menghamba-abdikan diri kepada mereka. Mereka mahu kesenangan tapi kesenanagan itu diusahakan oleh orang lain. Mereka mahukan kemuliaan seolah olah nya kemuliaan lahir bersama nya dari perut ibu mereka.

Zalman A said...


Sebahagian orang Melayu bercakap besar sahaja. Seperti budak2 UMNO yang berpendidikan rendah, ada jawatan sedikit dalam UMNO bahagian, berlagak macam orang lain terhutang hidup kepada mereka. Sebetulnya mereka tidak ada apa2 diantara dua telinga mereka.

Sekarang apabila pegangan lapuk ini, yakni ketuanan Melayu sudah tidak mendapat tempat, UMNO menggunakan ketuanan Islam pula untuk kekal berkuasa. Ketuanan Islam ini lebih sukar untuk disanggah kerana mereka akan kata kita anti agama dan tidak taat kepada ulil amri. Ilmuwan agama yang digaji oleh pemerintah UMNO akan keluarkan ayat dan fatwa untuk terus memanjarai minda orang Melayu.
Tapi lihatlah kemunafikan mereka. Dalam negeri yang diperintah BN, rakyat mesti taat kepada ulil amri; tapi dalam negeri yang diperintah oleh bukan BN, tidak mengapa menjatuhkan kerajaan dan pemerintah. Mengapa tidak ada keseragaman? Tidak boleh dalam negeri A, maka tidaklah bleh juga dalam negeri B.

Itulah tanggapan mereka yang berkuasa. Mereka ingat jika mereka bertopengkan ugama, orang tidak berani menegur. Tapi agama juga memerintah kita jangan melindungi kejahatan. Ugama Islam kata jika Tuhan tidak mengujudkan suatu golongan untuk menyekat suatu golongan yang lain, maka hancurlah muka bumi ini. Ertinya, agama islam itu memerintah umat nya sentiasa periksa dan imbang. Agama Islam memerintah supaya muncul suatu golongan yang mengajak orang melakukan kebaikan dan menolak kemungkaran. Jika orang ilmuwan agama itu sendiri yang mempromosi kemungkaran, mereka juga itu kita tolak.

Ertinya nya apa? Ertinya, kemungkaran yang berselindung dan bersembunyikan dan bertopengkan agama pun tidak selamat dari diserang oleh kebenaran.


http://sakmongkol.blogspot.my/2017/02/politik-sebahagian-orang-melayu.html

Lembah tasnim said...

Datuk...

Memang menyedihkan apabila harga minyak naik terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah, di tambah pula dengan kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak munasabah kenaikannya.. Sangat membebankan..

Contohnya harga ikan di pasar malam kampung yang mampu di beli oleh yang miskin seperti kembung kalau sebelum ini RM10-12 sekarang RM15-17 sekilo, mambong mencecah RM20-22 sekilo, RM50 sekarang hanya dapat 2-3 barang asas sahaja..

Tapi orang kampung walaupun mereka mengeluh mereka tetap sayang dan memangkah party keramat(BN).

Cubalah kita ubah selera untuk tukar lain pemerintah.

Senjakala said...

Bermula Disember 2014, Menteri KPDNKK pada waktu itu Dato' Hasan Malik berkata Malaysia akan guna pakai sistem apungan terkawal dalam menentukan harga minyak yang digunakan oleh rakyat setiap bulan. Sistem apungan terkawal ini adalah berdasarkan harga minyak mentah di pasaran dunia. Kalau naik harga di pasaran antarabangsa, maka naiklah harga minyak kita. Begitulah juga sebaliknya.
Tapi bila harga minyak tak naik di pasaran antarabangsa tapi kerajaan naikkan juga harga minyak seperti baru-baru ini, tiba-tiba satu pihak muncul dan berkata oh yang tu harga minyak mentah, harga minyak mentah memang tak naik. Rakyat guna minyak yang dah ditapis. Minyak yang dah ditapis harga sudah naik, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan komunikasi strategik BN.
Ini pasukan komunikasi atrategik BN yang kata, bukan KPDNKK yang kata.
Sekarang pasukan komunikasi strategik BN bercakap bagi pihak kerajaan, bukan lagi KPDNKK. Walaupun tiada FAKTA, DATA dan MAKLUMAT TERKINI yang biasanya dikutip dan disimpan oleh pihak kerajaan melalui KPDNKK, pasukan komunikasi strategik BN nampaknya lebih tahu dan lebih arif dari KPDNKK hinggal boleh mengeluarkan kenyataan bagi pihak kerajaan.
Dan rakyat diluar sana diminta untuk lebih percaya maklumat seperti ini daripada maklumat yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan yang lain. Sekian dimaklumkan.

Naj said...

Pada hemat saya, pada masa sekarang ni industri minyak mungkin sedang dilindungi oleh kerajaan supaya tidak terkubur. Ini kerana harga minyak mentah dunia lebih rendah daripada kos menghasilkan minyak bagi pengeluar kecil macam Malaysia. Ini fenomena global; pengeluaran dipertingkatkan oleh negara-negara pengeluar utama untuk memaksa pengeluar minyak shale dari Amerika Syarikat supaya mengawal pengeluaran atau tutup kedai.

Sekarang ni lebih kurang macam injit-injit semut; negara pengeluar mana yang sakit kena buat sesuatu untuk sama ada tutup industri atau selamatkan industri. Dari sudut ekonomi mungkin tutup industri berkesan masa ni memandangkan harga minyak murah (maksudnya kita beli lagi murah berbanding hasilkan sendiri), tapi kalau dilihat daripada sudut SOSIOekonomi; apa akan jadi pada ramai2 yang bekerja dalam industri minyak?

Wallahuaklam

Naj

lekabu said...

As salam
Perlu faham situasi nya di Malaysia lain kerana harga minyak bahan bakar dan keperluan dikait dan disbanding dgn index rasuah dan salah guna kuasa.
Inilah kriteria paling latest .

Syazmall Wan said...

X detail mane pun dato kadir punya fakta...yg paling detail umno itu perompak dan proksi penjajah british...ikut tang mane pun umno tetap pengkhianat sebenarnya..itu yg fakta..

Aku said...

Kadiag, salaam.

Apa yg aku paham hang nak habag memang harga petrol di negeri 2 macam Singapo dan Ostolia lebih tinggi dari di Malaya tapi pendapatan purata depa empat lima kali ganda pendapatan rakyat Malaya. Jadi kesannya tak la seterok yg orang Malaya rasa.
Lagi satu, kalu ikut 'formula' yg choki'a yg depa pakai, sebenag benag nya harga petrol mesti jauh lebih rendah dari apa yg geng anak Rahah tu buboh kerana harga donia petengah 2014 ialah 140 dolar Amerika se tong, laa ni harga se tong lengkongan 60 dolar saja.

Aku mintak maghap, kerana tak la selantang Mat Tehag Tongkang Yard tu yg guna pekataan seperti 'pencuri' ka ataih perangai puak2 ni. tapi pada aku la, jelaih sangat, sapa2 pon bulih pikiag sendiri.

Dua pekara jugak jelaih:

1. Harga bahan api adalah faktor asas dlm kesihatan sesatu ekonomi, kesan 'berantai' sangat besag atau kritikal, dari tambang baih sekolah, kepada harga2 simen yg banyak pakai bahan api, dan makanan dan obat2 dan.....roti canai semakin nipih dgn minyak masak dok naik harga, sunggoh pon FELDA katanya beli saham syarikat minyak sawit gegasi Indonesia, kuah dal tetap semakin cayag.

2. Orang2 yg putuihkan pekara ni mengaji tinggi2, nu umpama pucuk pokok nyog, PhD sakan mamak2 ni...tapi depa buat jugak, Tanpa sipu2 macam pemegang mohog raja nama Danial tu kenunnya gabra sakan, sampai bulih jatohkan ayag muka orang. Tiap2 hari depa dok tengok berita sebelah timog diKorea, alek barat diRomania... tapi alahai melayu...
Bangsa sengkek ni ada lagi yg pecaya 'tak kan melayu hilang di donia' padahai bangsa yg jauh lebih sasa macam kaum2 Nabi Nuh a.s., Nabi Solih a.s. dan Fira'un dah lama ghoib dari muka bumi.
Allah saja yg maha tau...
Wa sallam
Aku

Zalman A said...


"PPBM is caught between PAS and Pakatan Harapan parties DAP and Amanah, with the Islamist party insisting that suitors must not be partnered with either of its former ally from the defunct Pakatan Rakyat as well as its splinter party.

PAS and PPBM earlier this week formed a joint committee that was tasked with framing an outline for political cooperation between both parties ahead of the 14th general election that must be called by mid next year.

DAP has also sought to re-engage with the Islamist party despite the open hostility between the two stemming from their unresolved argument over PAS’s push to expand Islamic penal laws, but the latter remains adamant that it will not renew ties with the secular party.

Opposition parties continue to stress the importance of avoiding overlaps in the general election that would split their support base to the advantage of Barisan Nasional under the country’s first-past-the-post voting system, but continued acrimony involving DAP, PAS and Amanah has made this virtually unavoidable."

Datuk,

The PAS Dark Side will mount a counerattack under Umno orders.

There are PAS leaders who report directly to Umno.

So again, the hurdle is easy:

Either "in" or "out".

If the PAS Dark Side prevails, then there just needs to be a focused effort with what remains.

Let the rakyat curse PAS for keeping corruption alive, because that is what they will do.



Zed-85 said...

Sallam Dato'

Sekarang ini harga minyak di pasaran baru saja US53 dollar satu tong.

Pada tahun 2014, harganya lebih US100 dolar satu tong.

Nampaknya ada kemungkinan harapan cerah harga minyak akan naik lagi.

Menteri Minyak Arab Saudi pun mengatakan dia berpandangan positif kepada Trump kerena Trump pro bahanapi minyak berbanding dengan Obama yang lebih cenderung kepada penjagaan alam sekitar.

Wahi said...

Yang paling pelik Dato , orang Umno Kelantan buat solat hajat untuk mempertahankan pemimpin mereka yg RASUAH

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas Zed-85, antara lain, berkata: "Sekarang ini harga minyak di pasaran baru saja US53 dollar satu tong.

Pada tahun 2014, harganya lebih US100 dolar satu tong.

Nampaknya ada kemungkinan harapan cerah harga minyak akan naik lagi.


2. Bukan kemungkinan tetapi kemestian kalau formula/kaedah penentuan harga di pam yang ada sekarang diteruska.

3. Congaknya mudah saja. Kalau pada kadar harga minyak mentah semasa iaitu AS$53.59 setong bagi bulan Januari 2017 harga RON95 ialah RM2.30 seliter.

4. Kalau harga minyak mentah naik kepada AS$107.18 harga RON95 di stesen akan naik kepada RM4.60 seliter.

5. Itu belum diambil kira lagi kadar tukaran ringgit. kalau ringgit terus jatuh, makin mahallah kos import minyak mentah.

6. Lagi teruklah pengguna kenderaan apabila kadar tol dinaikkan lagi. Menteri dah bagi amaran yang kadar tol terpaksa dinaikkan kerana kerajaan tak mampu bagi pampasan kepada pemegang konsesi.

Wallahuaklam.

Fortune is with the DAP said...

Datuk,
sometimes it is all about luck, sometimes mix of luck and the correct timing and sometimes through no effort on one's own, you are handed the platter of good fortune and success.
Through the recent events, Najib and his team has been running on empty, a depleting of luck, bad timing and blunder after another. What takes the cake is his Minister Adnan's call for Penang, parts of Malacca, Kedah to be turned into federal territories.
If GE14 were to be held tomorrow, DAP and the opposition would be romping home as sure winners. Land, ownership, boundaries, are not to be trifled with. Dont touch on land. Usurpers get out. This monumental blunder by Adnan (he keeps opening his mouth, the more he gives the elections away) will not be forgotten, the territorial ambitions of Putrajaya are naked.
The Pedra Branca issue in itself had got the Sultan of Johore and his late father so riled up and upset and now there's another legal attempt to wrest back the islands from Singapore.

So karma has come, no matter now how much BN denies, their good luck and fortune has left them, and have gone over to DAP and their partners.

Penyokong Kebenaran said...

Salam Dato.

Inilah akibatnya.

Semua adalah angkara Pemimpin yang 'mungkar' dan disokong/dijulang oleh 'Pemakan Dedak' yang 'tidak bermaruah',dari Parti Umno yang kunon nya 'Keramat'.

Apa lagi hebatnya negara dibawah pentadbiran bangsa yang kunonya mengaku diri 'hebat' tetapi sebenarnya hampas.

Cukup2lah rakyat dipermainkan dengan slogan;

"Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan atau demi bangsa, ugama dan negara".

Semua ini adalah suatu pembohongan yg mampu dilakukan oleh bangsa yang lekeh, tidak bermaruah dan tiada Jatidiri.

Dan tentunya disokong oleh rakyat dari bangsa yang akal pun 2x5 juga.

Bagi mereka yg sedar, nyahkanlah pemimpin spt ini.
Nyahkan pemimpin yg merosakan bangsa dan mempermainkan ugama bila tiba masa pilihanraya nanti.

Hidup Melayu!!!

... betulkah.

Kuburkan BN/Umno!!!

..baru betul.

Sokonglah pada pemimpin yang jujur, amanah dan takut pada Allah.



Zalman A said...


Ahli Parlimen K. Kangsar meninggal. Isteri dia ganti.

Meninggal pulak Adnan Satem. Pun sama. Isteri dia ganti.

Ya Allah. Panjangkan lah umur MO1.

Pengamat said...

Kadir 1:23, i would like to touch on point number 6. The concessions are like ah longs. No ifs and buts. Despite being repaid many times over, still collecting and collecting without budging.

Let me give an anology. So you want to purchase a house. You hire a lawyer who drafts the s&p and without reading or maybe you're just stupid (like the majority of the civil servants then and NOW), you just dished your signature on the dotted line that will lead to your death.

Or maybe, the lawyer that was supposed to act on behalf of the government and therefore on all Malaysians in general were in cahoot with the concessionaires who were in cahoot with those from inside the government.

Whatever it is, this started under dr m. I hope bersatu wins so he can clean this mess he started. The warlords that he nurtured and saved are now all against him. Ask him when you meet him, would he have done things differently if he had a time machine?

sukasamasuka said...

Datuk.

Apa pasal kau ni Zalman A 7.41pm?...kalau MO1 meninggal, salah ka bini dia yang ganti?

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Kalau ikutkan, harga RM4.60 satu liter pun , jika hendak dibandingkan dengan negara kaya, masih murah lagi .

Harga sekarang di Singapura pun sudah cecah RM4.60 dan dan UK sudah cecah lebih RM5 pada harga pasaran minyak sekarang. Belum lagi harga minyak dunia naik US lebih 100 dollar satu tong.

Ini semua kerana duit Malaysia jatuh merudum di dunia. Oleh itu rakyat Malaysia kena keluarkan wang lebih untuk isi minyak.

Negara yang kaya dan matawangnya tinggi macam Singapura dan UK tidak ada masalah.

Samalah perumpamaannya kalau orang bawak kereta Porshe atau Lamborgini. Kalau harga minyak naik, masih boleh bayar. Duit pun tujuh keturunan makan tak habis.

Ini sepertimana Ustaz Azhar Idrus kata, orang yang gaji kecil, seluar dalam pun dah berlobang, kalau nak isi minyak RM4.60 seliter, berpeluh isi minyak dekat pam petronas.

Saya tengok sekarang ini, ada kedai pam petronas dah banyak tutup.

Kalau bayar tol pula sekarang ini kalau dari utara atau selatan ke KL, sudah lebih kurang RM40, tol saja, tak masuk minyak lagi.

Kenapa tak bandingkan tol kita dan negara maju. Saya tengok, tak ada toll pun untuk highway besar di negara UK.

Memang kos sara hidup semakin lama semakin tinggi di Malaysia.

Masa pilihanraya nanti sibuk retorik sentimen perkauman dan keugamaan. Jadi orang melayu lupa sekejap, harga minyak dan lain-lain yang sudah tinggi melambong.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Nampak gaya semakin ramai orang yg sedag berapa burok pemerintahan kleptokrasi ni.
Last aku baca kapai terbang yg dikata dibeli dgn duit 1MDB lebih 100 juta ringgit tesadai di Singapo. Saham2 Felda Global Ventures (FGV) semakin dilupuih, mola dengag cerita KWSP yg lupuih semua pegangan depa, laa ni ada khobag, Koperasi Felda pulak juai 5 juta saham FGV depa. Kalu benag, munkin magnanya semakin berani orang kata yg hitam tu hitam dan yg putih tu putih. Ini pulak yg bulih dikata hak tidog sebantai pon dah tak sudi lagi.

Ada orang kata akan ada 'pukulan maut', tapi munkin juga proses 'attrition' atau hakisan2 secara kecik2 yg sudahnya melumpuhkan. Atau pun satu kombinasi.... naming rata2 aku perati rakyat begitu "stressed" atau tertekan melampau dgn duda tembak mati janda sendiri, tengah khalayak, bayi dua bulan dikelag lehiag, ganaih jalan raya....rompakkan sana sini...

Macam mana pon semoga perobahan yg hamps bawak ni sesuai dgn dan dlm rangka insap akan saran Allah S.W.T. dlm surah Ar-Ra'd sebagian ayat 11. ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... lebih korang maksud :"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...."

Semoga bejaya dan dapat keridhoanNya....aamiiin.
Aku

buyong said...

Pengamat,
Kenyataan anda penuh dengan rasa bangga diri, sombong, riak dan menampakkan mentaliti yang kurang matang, tergesa-gesa serta menghukum (judgemental).

Zalman A said...


"PAS must abandon its cooperation with a little known party and instead re-establish ties with DAP and Amanah, if it is serious about defeating Barisan Nasional (BN) at the next polls, says a political analyst.

Jeniri Amir of Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) said current sentiments were not in favour of the so-called “third bloc” Gagasan Sejahtera, made up of PAS and Parti Ikatan Bangsa Malaysia led by former minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

“PAS should listen to the sentiments of the majority and swallow its pride,” Jeniri told FMT.

Jeniri said the Islamist party must forgo egoistic interests because its plan to split the opposition would only backfire.

“It seems to me that PAS wants to win all, but there’s no such thing in politics,” he said. “If it really wants to change the future of the nation, it must collaborate with the other opposition parties.

“PAS must realise that it was successful in the 2008 polls not because of its own strength, but because of the strength of the now-defunct Pakatan Rakyat.”

All down to maths, as Tun says.

I hope PAS knows Maths?

Pengamat said...

Buyong, which part? Last para? How can that be judgemental? Dr m had a bite at the cherry, messed that up and now wants another one. Everyone rejoiced when badawi got the boot and now look where we are at. One could argue that had badawi stayed longer, then things could be far worse than where we are now under najib. But look at the facts and it is a fact that when badawi left, things are not as bad as they are now and that's what counts. Hell if you count him appointing badawi, then dr m had two bites of the cherry. So i am behind him this time like the last time. I know he doesnt want to make the same mistake(s) again.

And besides, i have to point, quit your analysis of what i am based on one comment. And the fact that you didnt highlight which part of my comment you drew your conclusions suggest that it is you that is lacking in the faculties.

Pengamat said...

Sorry kadir, maybe buyong was referring to the part i mentioned about civil servants being dumb then and now. I think i know what im talking about since i am a civil servant. I speak from experience and not basing the my statement from taking a number to wait for services at counters. And when i say experience i mean meetings with stakeholders, ministries.

Pengamat said...

Salam Kadir. sorry. No need to publish my return to buyong. i dont want to argue as it is not the correct place to do so since the arguing has nothing to do with the posting anyway.

An avid reader for years. Thanks for the platform. See you later and if you remember send my regards to Dr M.

Salam

sukasamasuka said...

Datuk.

" Minyak: Banding Harga Ikut Pendapatan...PETROL di negara kita mahal."

1. Bila Datuk banding harga minyak diantara negara lain, petrol di Malaysia memang mahal.

2. Apa kata kalau banding harga minyak antara orang bandar yang bergaji besar dan pakai kereta besar dengan orang kampong macam aku yang jual mee goreng pakai kereta Kancil 2nd-hand...ramai yang macam aku kalau disini.

3. Pusing2 drive Kancil cari tempat sesuai jual mee goreng...tiap bulan lebih kurang 2,500 km...paling bodoh pun kena beli 100 liter petrol...jadi tiap bulan, sudah kena bayar RM20 lebih...konon mau cuba try la kasi naik harga mee goreng...dari RM0.50 sebungkus kepada RM0.60, pelanggan aku, anak2 sekolah kampong bukan ada cukup duit.

4. Tiap hari sejak kebelakangan ini, terpaksa makan mee goreng sendiri bila tak bolih jual...apa bolih buat.

5. Tidak apa la, Datuk...kamu pembangkang masih bercakaran ka?

sukasamasuka said...

Datuk.

Minta maaf lari dari topik harga minyak sebab..."I don’t need Tony Pua to tutor me, Salleh tells Kit Siang...February 8, 2017...PETALING JAYA: Lim Kit Siang should change Tony Pua as his “financial tutor” if the latter can’t even help him differentiate between the different scandals in the country, said Umno minister Salleh Said Keruak.

This was in regards to 1MDB which he said was a “going concern” (able to contnue operating) while the BMF and Bank Negara forex scandals were “real and physical losses with no benefit to the country”.

“Maybe Lim should change tutors if Pua did not explain this to him,” said Salleh in a blog posting today.

The communications and multimedia minister’s remarks came following Lim’s statement that Salleh should take tuition classes from Pua."

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/02/08/i-dont-need-tony-pua-to-tutor-me-salleh-tells-kit-siang/

Salleh???....Salleh???...walaupun kita satu bangsa, sama agama dan sama negeri...kau ni masih budak lagi kalau banding dengan YB Lim Kit Siang.

Siapa la kau ni Salleh?

Kalau bukan kerusi bapa kau dan pengaruh bapa kau...siapa mau pandang sama kau?

Ramai orang Malaysia yang percaya cakap YB Lim Kit Siang daripada mau dengar cakap monyet macam kau.

Bagus kau masuk dalam kandang saja la, Salleh.

Jangan jadi sial ikutmacam orang Melayu UMNO di Malaya...kau orang Sabah ba.

Kak Midah shopping ke NZ said...

It is a good effort to work those numbers but it is only indicative of Malaysians level of affordability.

But the point remains that government have done away with the policy of keeping salary and wages low to get investment from abroad, while government subsidise to keep cost of living low. Progress have brought about a higher standard of living, at least in the urban areas before it trickles down to the rural areas and finally to inland of sabah and sarawak.

It was not sustainable during the end of Mahathir era. Factories began to move away to lower cost countries. He was already talking about IT and the knowledge economy together with the need for an Industral Masterplan to move up the learning curve. These are languages to admit that low cost producer economic model was not beginning to work.

To move to a higher added value economy and knowledge economy, country has to attract high value brains. Salary and wages have to be allowed to find its true level. Its the very reason government have moved in sync with market pressure to pursue high income economic model. Mahathir has no problem with that. He agreed as long as there is an increase in productivity i.s. Higher output per input.

It also means prices will have to find its equilibrium of supply meets demand level. There are two problems. Malaysian retail and wholesale industry is monopolises by a certain clan of race for each economic activity. There is collussion and price fixing. Market entry is controlled by these business syndicate. So prices of goods are kept higher everytime govt announce increase in salary and wages of govt servants. I know AKJ is talking about oil but I am trying to discuss from the angle of affordability..

Another problem is Malaysian entrepreneurs are still stuck in old school ways of keeping salary and wages low and not invest in machinisation and automation. To address that, they rely on imported labours. They are still not looking at their business from the way Mahathir believe it should be and i.e. Increase productivity.

However these problems are mere transitionary. Market and government must ensure fair business practiises to enable prices and s&w find its true and proper level. Aand monopoly together with leakage in the system imust be plugged and lawfully addressed.

Its easy to talk and visualise a developed nation status. Put a target date and list the aspirations. Question is how do you get there. The bigger hurdle is the growing pains and political opportunism/resentment to progress that has to be faced.

Zalman A said...


Bekas Senator Umno Datuk Mohd Ezam Mohd Nor menyelar Pemuda Umno kerana cuba untuk membawa agenda bodoh dengan menuntut penubuhan sebua suruhajaya siasata diraja berhubung skandal BMF dan kerugian pertukaran asing Bank Negara exhange Asing (Forex).

Katanya, kisah lampau 30 tahun itu tidak akan membantu memulihkan keyakinan terhadap kerajaan sedia ada di negara ini.

“Keyakinan dunia kepada negara ini tidak akan kembali dengan teriakan kisah 30 tahun lalu.

“Keyakinan dunia hanya akan kembali dengan tindakan kerajaan hari ini terhadap jenayah hari ini, kata Ezam selaku pengerusi Hisbah Centre for Reform dalam satu kenyataan hari ini.

Menceritakan kisah BMF dan kemelut pertukaran asing Bank Negara, katanya terdapat tangkapan serta hukuman berhubung kes BMF, manakala ada yang hilang jawatan berikutan kerugian di bank pusat itu.

“Kertas putih (juga) dibentang dan dibahas di Parlimen.

“Tindakan mungkin tidak sempurna dan betul semuanya tetapi pokoknya dunia tidak hilang keyakinan kepada Malaysia masa itu seperti hari ini kerana mereka lihat ada tindakan diambil,” katanya.

Sebaliknya, berbeza dengan skandal 1MDB, Ezam berkata, Pemuda Umno perlu bertanya mengapa tidak ada tindakan terhadap beberapa individu yang dikaitkan seperti jutawan Jho Low syang namanya disebut dalam prosiding mahkamah dan siasatan di luar negara.

“Pemuda Umno sepatutnya tanya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) hari ini mana Jho Low, bekas (CEO 1MDB Datuk) Shahrol (Azral Ibrahim Halmi), (bekas Pengarah Urusan SRC International) Nik Faisal (Ariff Nik Kamil), dan (anak tiri, Najib) – Riza Aziz?

Kamil Tajuddin said...

Ahli Majlis Tertinggi PPBM dan ahli bisness yang gagal A Kadir Jasin merumuskan bahawa harga petrol di negara kita mahal.

Dia membuat rumusan tersebut kerana dia kata "Mahal murah sesuatu barang bukan pada harganya, tapi kemampuan pengguna. Kemampuan pengguna pula bergantung kepada pendapatan."

Kadir Jasin pula membandingkan harga petrol Malaysia dengan pendapatan penduduk di negara kaya.

"Pendapatan per kapita nominal Singapura 4.9 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Singapura hanya 2.82 kali lebih tinggi daripada di Malaysia.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia 4.7 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Australia hanya 1.62 kali ganda lebih mahal daripada Malaysia."

Tetapi peliknya Kadir Jasin tidak pula membuat perbandingan dengan negara lain seperti Thailand dan Indonesia di mana harga petrol mereka jauh lebih tinggi walaupun pendaptan per kapita nominalnya lebih rendah berbanding Malaysia.

Walau apapun, penjelesan Kadir Jasin senang difahami. Oleh itu, kita gunakan cara Kadir Jasin untuk membuat perbandingan harga petrol dan kemampuan rakyat dengan zaman Mahathir.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2017 ialah AS$10,878 dan harga minyak dalam dolar Amerika yang perlu dibayar, AS$0.51 seliter.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 1990 ialah AS$2,417 dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.42 seliter.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2003 pula ialah AS$4,427 dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.34 seliter.

Maksudnya, pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 3.5 kali lebih tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.2 kali lebih tinggi.

Pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 1.56.kali lebih tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.48 kali lebih tinggi.

Tambahan pula, petrol tahun 2017 yang merupakan RON95 lebih tinggi mutu berbanding petrol RON92 zaman Mahathir.

Ini jelas menunjukkan harga petrol zaman Mahathir jauh lebih mahal dan membebankan rakyat Malaysia.

Ini ialah kerana selama 22 tahun Mahathir memimpin, walaupun harga minyak dunia murah dan dia tidak memberi apa-apa subsidi tetapi memungut cukai 58.62 setiap liter diatas petrol pula.

Terima kasih A Kadir Jasin kerana jelas membuktikan harga petrol zaman Mahathir mahal, kejam dan membebankan rakyat. Tetapi peliknya ialah pada masa itu, Kadir Jasin tidak pernah mengutuk Mahathir.

Hari ini, harga petrol di Malaysia adalah ke-17 termurah antara 193 negara didunia tetapi pihak pembangkan tidak pula menyebut hal ini tetapi asyik mengunakan isu ini untuk mengutuk kerajaan kerana kehabisan modal dan akal.

Lebih-lebih lagi, harga petrol sekarang jauh lebih mampu dibeli oleh Rakyat Malaysia berbanding dahulu - seperti yang ditunjukkan oleh Kadir Jasin. Ini fakta yang para pembangkang patut mengaku.

Sue Segamat said...

Hujah ini hanya akademik. Minyak didagang dalam US dollar dan bukan mengikut kemampuan sesuatu negara atau individu. Oleh itu, perbandingan ini tiidak realistik dan praktikal.

Hanya hujah politik untuk menyangkal fakta atas kehendak untuk menyangkal dan mengekalkan hujah populis yang tidak ada aplikasi polisi.

Taosuo said...

Soal pokok kenaps harga pasaran dunia merudum tetapi tidak di Malaysia tidak di jawab.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).