Tuesday, March 14, 2017

Selasa Tak Tiba Tapi Ramai Kawan Najib-Rosmah Tanggung Bala


A Kadir Jasin


ALTANTUYA, Alantantuya
Ayah Pin Abu Ya
Najib kata nak saman Selasa
Tapi Selasa tak tiba-tiba.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Hari ini, Selasa 14 Mac 2017. Adakah sesuatu yang dinanti-nanti akan berlaku? 

Atau ia akan berlalu sunyi dan kelu kerana Selasa tidak wujud dalam takwim kleptokrat dunia nombor satu?

Rasanya banyak orang sudah lupa. Pada 5 Julai 2015, akhbar The Star dan stesen TV Astro Awani melaporkan yang Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak akan kemukakan saman terhadap surat khabar Amerika Wall Street Journal (WSJ) pada hari Selasa 7 Julai 2015. (Baca di sini)

Maka media masa milik Umno dan prokerajaan pun berlawan-lawan siar berita itu. Utusan Malaysia begitu seronok sehingga membuat tajuk berita “PM Saman WSJ”.

Sampai hari ini orang dungu yang percaya kepada Utusan percaya Najib sudah saman WSJ.

Utusan Seronok Sampai "Tipu" Tajuk Berita
Hakikatnya sampai hari ini Najib tak saman dan tak mungkin dia berani saman pasal sejak itu bukti penipuan 1MDB makin banyak.

Contohnya makin ramai kawan Najib-Rosmah dan kawan kepada kawan Najib-Rosmah kena tindakan undang-undang pasal terlibat dengan skandal penipuan 1MDB.

Yang terbaru kena tindakan seorang kawan baik Najib-Rosmah bernama Tim Leissner, bekas pengarah Goldman Sachs. Semalam, 13 Mac, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) haramkan dia daripada terlibat dengan sebarang kegiatan kewangan di republik itu selama 10 tahun.

(Dari kiri) Leissner, isterinya Kimora Lee, Najib dan Azman Mokhtar (Khazanah)
Dia adalah antara eksekutif kewangan yang kena tindakan kerana terlibat dengan skandal kecurian dan pengubahan duit haram (money laundering) 1MDB.

Najib adalah pengerusi lembaga penasihat antarabangsa 1MDB dan berkuasa ke atas 1MDB sebagai Menteri Kewangan. 1MDB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Selain Leissner, Singapura telah bicara dan jatuhkan hukum penjara serta denda ke atas lima orang yang lain.

Singapura juga tutup cawangan dua buah bank Swiss (Falcon Private Bank dan BSI) dan denda dua buah yang lain - UBS (Switzerland) dan DBS (Singapura) – kerana kesalahan yang sama.

Berbilion-bilion ringgit duit yang dicuri daripada 1MDB cuba “dibersihkan” di Singapura oleh Jho Low, sahabat akrab Najib-Rosmah.

Jho Low (kiri sekali) macam adik dengan abang.
Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat dah dan sedang ambil tindakan.

Di Amerika, Jabatan Kehakiman (DoJ) kata Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak Rosmah dengan suami lama), guna AS$1 bilion (kira-kira RM4.5 bilion pada kadar tukaran sekarang) duit 1MDB untuk beli harta, buat filem separuh lucah dan berfoya-foya.

DoJ kata orang yang berkuasa ke atas 1MDB adalah MO1 (Malaysian Official 1). Kita agak-agak saja siapa MO1. Tapi (Datuk Seri) Abdul Rahman Dahlan bagi tahu British Broadcasting Corporation (BBC) yang MO1 itu adalah Najib. Abdul Rahman ini orang Sabah kepercayaan Najib. Pengarah Strategik Barisan Nasional.

Abdul Rahman Dahlan kata MO1 adalah Najib
Pasal itu Najib dah tak berani ke Amerika dan Switzerland. Untuk Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York September lalu dia hantar Ahmad Zahid Hamidi dan untuk Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, awal tahun ini dia hantar Mustapa Mohamed.

Tapi di Malaysia Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, kata kes tutup. Apa yang nak kita hairankan.

Apandi adalah orang Umno lantikan Najib untuk ganti (Tan Sri) Abdul Gani Patail yang disingkir 24 jam atas alasan dia sakit tapi tanpa pengesahan Lembaga Perubatan (Medical Board).

Apandi tunjuk bukti "Najib tak salah"
Khabar kata, kontrak Abdul Gani ditamatkan pasal dia sedang bersiap sedia heret Najib ke mahkamah atas kes seleweng RM24 juta duit SRC International Sdn Bhd.

SRC ini milik Kementerian Kewangan dan pinjam RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kononnya untuk melabur di Mongolia negara Altantuya.

Kerja KWAP labur duit pencen kakitangan awam. Kalau macam ini, silap-silap duit pencen kakitangan awan pun lesap!

Jangan fikir tak boleh jadi. Dah ada banyak negara di mana duit pencen kakitangan awam lesap dicuri atau rugi dalam perniagaan macam di Greece, Brazil dan Argentina.

Pesara yang carum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dah mula rasa. Dividen makin tahun makin kurang sedangkan kos sara hidup makin naik.

Jadi kita kena waspada pasal kerajaan kita sudah digelar kerajaan kleptokrasi oleh DoJ. Kerajaan kleptokrasi ni adalah kerajaan yang curi duit negara dan rakyat jelata.

Wallahuaklam.

RALAT: Tim Leissner inilah yang pada tahun 2012 atur hutang AS$6.5 bilion (kira-kira RM20 bilion pada kadar tukaran waktu itu) untuk 1MDB. Yang jadi kontroversi ialah Goldman Sachs dibayar komisen dan duit poket AS$593 juta (RM1.8 bilion). Pada tahun berikutnya (2013), kira-kira AS$680 juta masuk akaun peribadi Najib di AmBank. 

23 comments:

sukasamasuka said...

Datuk.

Datuk.

TN50 ialah Temberang Najib ada 50 dalil...

Temberang Najib No.1...KOTA BARU, March 12, 2017 — Malaysia will become weak and non-competitive if the country is led by leaders without a vision, said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

“I always remember what Imam Al-Ghazali had said, “If you want to see the future generation, look at the current generation. Therefore, our children need education, knowledge and competitive edge. That is why we started the National Transformation 2050 (TN50) dialogue,” he said."

source:http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/leaders-without-vision-will-hamper-progress-of-country-pm-says

Temberang Najib No.2 - He failed Vision 2020.

Temberang Najib No.3 - Pada 5 Julai 2015, akhbar The Star dan stesen TV Astro Awani melaporkan yang Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak akan kemukakan saman terhadap surat khabar Amerika Wall Street Journal (WSJ) pada hari Selasa 7 Julai 2015.

Temberang Najib No.4 - Hakikatnya sampai hari ini Najib tak saman dan tak mungkin dia berani saman pasal sejak itu bukti penipuan 1MDB makin banyak.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Tim Leissner inilah yang pada tahun 2012 atur hutang AS$6.5 bilion (kira-kira RM20 bilion pada kadar tukaran waktu itu) untuk 1MDB. Yang jadi kontroversi ialah Goldman Sachs dibayar komisen dan duit poket AS$593 juta (RM1.8 bilion). Pada tahun berikutnya (2013), kira-kira AS$680 juta masuk akaun peribadi Najib di AmBank."

1. Oooo...begini rupa2nya kerja 'Kawan Najib-Rosmah'...yang sekarang ini sudah 'Tanggung Bala' akibat muslihat anak2 haramzadah itu la.

2. Goldman Sachs?...aku dengar orang bilang itu bank Yahudi, ada kaitan dengan geng Zionis di Israel...

isisis...dapat komisen sampai 10%??...RM1.6 billion???....weeeeeeeeeeeeeeeeeeewwww!

3. Orang bilang kalau komisyen sudah 10%...agak2nya la berapa la 'discount rate' bond 1MDB itu ya?

4. Nampak2nya mampus la 1MDB nak bayar komisyen dan bunga sebanyak RM20 billion itu.

5. Aku dengar hutang RM20 billion itu untuk project hartanah TRX.

6. Kalau tak silap, harga tanah untuk TRX itu Tabung Haji sudah kautim habis, jadi itu duit RM20 billion agak2nya untuk start the project la ya.

7. RM20 billion itu akan memberi peluang pekerjaan sebanyak 400,000 orang la mcm project Lebuhraya Pan Borneo?...itu Najib yang kata, bukan aku.

8. Cuba Datuk jalan2 makan angin ke tapak project TRX itu...aku rasa mesti sibuk la macam Kotaraya Kota Kinabalu!

9. Oooooi mesti best la TRX ini, nanti aku mau turun KL la cari kerja...sini sudah susah jual mee goreng, mau try disitu pula

10. Nazri bolih hentam Tun di Padang Rengas dengan kejayaan besar UMNO tentang TRX ini.

atau...mungkin ini salah satu Temberang Najib?

Zalman A said...



Salam Datuk,

Although we have problems, pity the Americans too.

The parallels between MO1 and Trump are obvious.

Both have a very long history of lying, cronyism, nepotism, and flip-flopping.

Now, we hear that Trump is also doing a "reverse coup" to save himself.

Loretta Lynch‏
@IorettaIynch

“Summarily removing the US Atty who was investigating Russian money laundering by Deutsche Bank, to which Trump owes vast sums, is suspicious.”

Loretta Lynch‏ is the former A-G for the DOJ, who handled the 1MDB case.

She is referring to Preet Bharara, the US attorney who was fired by Trump yesterday after refusing to resign. Preet Bharara would have been one of the people looking into 1MDB and Riza Aziz’s NY properties.

Because of Trump’s own difficulties and controversy around the new A-G Sessions, this will indirectly postpone the DOJ investigations into 1MDB in the USA.

The concerns over the departure of federal attorneys handling the 1MDB case were compounded by the fact that the case also involves an investigation into the activities of the investment bank Goldman Sachs and its role in underwriting and steering US$6.5 billion in bond sales for 1MDB.

Gary Cohn, the current president and chief operating officer of Goldman, has been appointed the head of Trump’s Council of Economic Advisors.

Note that both Goldman Sachs and Deutsche Bank are key players in the 1MDB scandal.

Hence, the election of Trump has been a bad omen for Malaysians who want justice for the wrongs done by MO1 via 1MDB.


Zalman A said...


There is also another parallel between MO1 and Trump, ie abuse of taxpayer funds for personal interests.

The cost to provide President Donald Trump's son, Eric, with a Secret Service contingent during his early January business trip to Uruguay is raising eyebrows among ethics experts, after the president's pledge to keep his business and government interests separate.

According to purchasing orders reviewed by The Washington Post, taxpayers footed a bill of $88,320 for the Secret Service's hotel room accommodations. In addition, the U.S. Embassy in Uruguay's capital, Montevideo, spent $9,510 to put staffers in hotel rooms supporting Eric Trump's Secret Service detail for what was billed as a "VIP visit."

The younger son's trip was a short one, lasting about two nights, but during that time he was accompanied by a Secret Service detail while he dined, mingled with real estate professionals and spoke to hundreds gathered for an "ultra exclusive" party at Trump Tower Punta del Este.

So it’s purely a trip for Trump business empire, costing almost US$100,000 to the American taxpayer.

Also, because Trump likes golfing in Florida, the cost goes up even more.

“President Trump's weekend vacations to his private club in Florida have cost taxpayers almost as much in one month ($11.3 million) as President Obama's entire travel spending for a year ($12.1 million).

Fiscally responsible Americans from all sides of the political spectrum understand that what President Trump is doing is an unnecessary waste of taxpayer money. The President is wasting tens of millions of taxpayer dollars a month, and inventing some very dubious cover stories, like a “campaign rally” to justify his weekend vacations to his private club.”

Sounds like something we are used to!

We always assume the mat sallehs are more honest than us, though it is not true. However if MO1 is a good Muslim, then at least Trump has not gone to the level of personal shopping with SRC credit card…

So will the WSJ be sued for exposing this about MO1?

sukasamasuka said...

Datuk.

"Abdul Rahman ini orang Sabah kepercayaan Najib. Pengarah Strategik Barisan Nasional."

1. Itu la dia anak jati Sabah.

2. Kau bolih ganti si Musa Aman tu bos ku after PRU14...sudah itu kerusi tunggu kau...konfirm 100%.

3. Mati la si Keruak makan pasir, tiada sudah chance dia mau jadi Ketua Menteri Sabah kalau begini.

4. Nazri..when you make a remark that you are not like Rahman...do you know who is your enemy now?

5. He is the future Chief Minister of Sabah.

6. Do you think Najib love you more than him?

7. Nazri...mulut kau celupar...cakap macam orang gila...orang Sabah masih ingat dengan apa yang kau cakap tentang Sabah dalam kes penculikan tempoh hari.

8. Nazri, si Rahman tu akan bawa 25 kerusi Parlimen dan 73 kerusi ADUN untuk si Najib...kau bawa berapa?...satu pun belum tau lagi.

9. Kau fikir Najib dengar cakap kau ka Nazri atau si Rahman?

10. Nazri...you are just a "Doberman" to all the Prime Ministers...but, even a dog has a dignity.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Dalam sejarah kejadian manusia, setahu saya belum pernah ada orang yang berderma begitu banyak sekali iaitu RM2.6 billion terus masuk ke dalam akaun peribadi individu.

Antara sumbangan derma yang terbesar di dunia adalah daripada Mark Zuckerberg iaitu pencipta Facebook berjumlah US1 billion, tetapi derma ini tidak masuk ke dalam akaun peribadi. Derma ini di masukkan ke dalam tabung derma untuk manfaat tertentu.

Sumbangan derma yang masuk ke dalam akaun peribadi pernah terjadi di Indonesia apabila Sultan Brunei memberikan derma sebanyak US 2 juta, kepada Presiden Gus Dur pada tahun 90’an. Presiden Gus Dur telah dipecat setelah undi tidak percaya dilakukan oleh kongress Indonesia.

Berita dari WSJ pula mengatakan sebenarnya RM2.6 billion bukan derma dari Tok Arab tapi adalah daripada duit 1MDB.

Sampai sekarang tidak ada saman yang dilakukan kepada WSJ.

Mengikut media massa pula, WSJ kemudian mendapat hadiah Pulitzer iaitu hadiah kewartawanan paling prestij kerana melaporkan skandal 1MDB.

Nick JTK said...

Assalamualaikum Datuk Scribe..

Posting datuk kali ni pendek saja jadi saya pun cuma nak komen pendek juga.
Ada kesilapan pada jumlah duit SRC yang masuk akaun PM. Datuk tulis 24 juta tapi seingat saya 42 juta. Kalau saya salah harap maaf...

Anonymous said...

Kita pun tengah tunggu, mana itu DOJ yang dijaja satu dunia.

sukasamasuka said...

Datuk.

Breaking News...16 min ago...Wed, 15th March 2017...South Korean prosecutors say they will question former President Park Geun-hye over her involvement in a political scandal on Tuesday morning.

source:https://www3.nhk.or.jp/nhkworld/en/news/

Semalam, Selasa 14 Mac 2017. Adakah sesuatu yang dinanti-nanti akan berlaku?...Datuk sudah terlambat la...buat apa mau tunggu si haramzadah tu nak saman WSJ...dia tak akan buat punya...ini bukan South Korea...

INI MALAYSIA LA! TANAH TUMPAH DARAH KU!

sukasamasuka said...

Datuk.

" SRC ini milik Kementerian Kewangan dan pinjam RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kononnya untuk melabur di Mongolia negara Altantuya."


1. Ini pun Temberang Najib 50 juga.

2. Apandi kata...ini bukan Datuk yang kata...Najib tidak tau yang duit RM42 juta dalam akaun peribadi nya itu dari SRC....cheeeeeee, pandai kan dia...

3. Apandi kata Najib fikir itu duit sebahagian daripada saki baki RM2.6 billion derma Arab yang sudah dipulangkan...itu Apandi yang kata, tetapi itu Najib yang kata...nasib juga ada si Apandi pandai cover...good job Apandi!

Tunggu dulu Apandi...wait..

4. Tapi kalau aku tak silap, SRC dapat pinjaman RM4 billion dari KWAP pada tahun 2011...kononnya untuk gali kubur arang batu di Mongolia...hehehehe...

5.Tunggu Apandi...sabar...tiba2 pula SRC dipindah ke Kementerian Kewangan pada 2012.

6. Dan seterusnya, pada Dec 26, 2014, tiba2 RM32 juta pula masuk dalam akaun peribadi si Najib diAmBank...dan yang bakinya RM10 juta itu pula pada Feb 10, 2015...semuanya RM42 juta, Datuk!

jadi kalau Datuk pun bolih lupa...atau sengaja lupa bukan RM24 juta tetapi RM42 juta...apa lagi si Najib yang sibuk sebagai Menteri Kewangan.

7. Sejak bila kita melabur di Mongolia?...tetapi, yang penting KENAPA kita melabur disana?

8. Duit pencen kerajaan sebanyak RM4 billion ini digunakan macam Social Corporate Responsibility untuk SRC pula...atau PR...atau rasuah...supaya orang2 di Mongolia duduk diam2 jangan bising.

9. CSR ini biasanya untuk company2 gergasi yang macam Nestle, Coca Cola, Sime Darby dsbnya...bukan mainan untuk company besar macam taik hidung seperti SRC.

10. Aku dengar akaun SRC tak ada pun pasal korek arang batu tetapi untuk "open ended funds, quoted shares, bonds and time deposits"....hingga sekarang tiada siapa pun tau apa sudah jadi dengan duit pencen RM4 billion ini!

Betul la MO1 anak haramzadah!

Kerajaan UMNO sial!

lufang said...


Datuk,

Lia ni semua manyak kebal lea aa ,apa - apa pon tatak bolih buat maa aa .

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Tun tau setiap RM1 billion pelaburan akan menjana sekurang2nya nya 2,000 pekerjaan secara kasar...paling sikit 1,500 pekerjaan...dari si tukang pungut sampah dan cuci tandas sampai la peluang jadi manager manager.

2. Najib pula bilang masa dia di Sindumin, Sabah waktu lancarkan itu Projek Lebuhraya Pan Borneo...project yang menelan belanja RM16 billion itu..kalau ada duit la...akan menjana 400,000 pekerjaan di Sabah!

3. Kita tau stail Najib kerja macam orang gila babi, jadi temberang dia di Sabah tidak bolih la dipakai...kecuali, orang itu pun gila babi macam Najib juga.

4. Tetapi, si Nazri ni pun kalau cakap memang macam gila babi juga, jadi Tun kena awas sikit masa di Padang Rengas nanti.

5. Silap hari bulan, si Nazri akan buat kenyataan bahawa hutang RM42 billion 1MDB itu akan...atau sudah menjana 1,050,000 peluang pekerjaan!

6. Tun kena lawat tapak project TRX...dan Bandar Malaysia...betul ka ada 1,050,000 pekerja disitu?

7. Tapi jangan hairan pula kalau Nazri bawa satu juta pelancong2 melawat tapak project untuk bergambar...sebab dia ni bukan saja gila babi, tetapi mungkin sudah gila macam bos dia.

8. Salah satu symptom penyakit gila babi, ialah bulu babi runtuh hingga jadi botak...kawan Cina yang cakap, bukan aku.

9. Jadi bila babi sudah gila, cara kawalnya ialah dengan guna rantai ikat dileher babi.

10. Itu la sebabnya lelaki Islam yang pakai rantai emas macam gila babi!

Zalman A said...


"PAS has warned that it will sever ties with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) if it joins Pakatan Harapan.

According to PAS deputy president Mohd Amar Nik Abdullah, PAS would cease negotiations with Bersatu if this happens.

"If that is the official stand of Bersatu, then it (our ties) is cut... No need for more negotiations. We (PAS) will walk alone.

"We will also no longer share a stage with Bersatu any further, as that was the condition that we have set before," he was quoted as saying by Berita Harian in Kota Baru.

Mohd Amar was responding to Bersatu chairperson Dr Mahathir Mohamad who yesterday confirmed that his party had agreed in principle to join Harapan."

Datuk.

The drama never ends with PAS.

The Umno Hijau part of PAS cannot be trusted.

They are still in Selangor govt with both PKR and DAP so they also have zero logic.

They can become a distraction if allowed to flip-flop all the time.

Tun was right to set a deadline.

This will just go on forever, otherwise.



b said...

to ans all those accusations might be tough. but as long as dis world turning n spinning, some fuzzy n sometime dizzy responds might be fitting all in some kind a bend yoyo for laugh.

c how aunt rossy, must be in her good sense of mind, dismissed allegation of misappropriating permata funning.....by offering her handbag to be checked.

if u get bored with ur routine try to be amused by many of them on other sites.

this same witty comment by Lee Watt on d previous page is quite amusing too....d bend tat any other bender can do:

Very weak argument and justification here in supporting Mahathir. These are what the Bersatu people having been harping for months. But they have worn thin. Just look at the very weak support for the party.

Mahathir saving Malaysia?! You are obviously smoking the same stuff as Kadir. Can give me a bit or not? HAHA! The fact is, most of the problems we are facing now are because of Mahathir. Including corruption and money politics. This is the person Bersatu is trying to convince us all to call the shots again? Sorry lah!

1MDB.... Most people are tired of Bersatu and Pakatan trying to whip a dead horse. It is NOT proven Najib had stolen anything from 1MDB. Only allegation by the opposition using articles in the foreign media as 'evidence'. They can con those who are stupid and emotional. But not those who look at facts.

This is the reality: most people don't have much trust in Bersatu, Pakatan and Mahathir. For very good reasons.

Diny Yusof said...

Datuk ,

2 days ago Forbes published report on the level of corruption throughout the asia pacific region . The report was a result from a 18 months study by Transparency International .

My goodness !!! They ranked Malaysia at No. 2 ... and our once famous neighbour , Indonesia is out of the picture .

Soldadu said...

The saddest thing in life right now living in Malaysia is that when the Tunku together with Tun Razak created and laid out the foundation of this blessed land, he probably thought of 6 of 7 generations ahead.
Then, all of a sudden, MO1 came along together with his avaricious wifey destroyed everything which have been built. With all the raidings, ransackings, sellings, lelongings, pillaging whatever valuables or assets they set their eyes on. Like an addict looking for things to sell in his parent's home to get his daily fit.

Zalman A said...


Sabah election in May?

Or just a rumour?

Either way, to be prepared is never wrong.

Zalman A said...


PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa PAS sengaja mencari alasan untuk tidak menyertai gabungan pembangkang melawan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Datuk Kamarudin Md Nor berkata PAS sebenarnya sudah mengetahui lebih awal tentang hasrat PPBM membawa mereka menyertai gabungan untuk pilihan raya umum akan datang.

“PAS pun sudah tahu,,,jadi tidak menjadi suatu yang baru,” katanya kepada FMT. “Ini sengaja nak jadikan alasan saja. Di PPBM kita tidak ada masalah.”

Beliau menjawab kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, yang berkata rundingan kerjasama politik antara kedua-dua parti berakhir apabila Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad umum menyertai PH.

Menurut Hadi, keputusan diambil kerana PAS tidak mahu bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan Amanah.

“PAS pilih tak kerjasama itu nasib dia,” kata Kamarudin. “Sambutan terhadap PPBM dan parti pembangkang yang bersama PH juga luar biasa.” Ini semua petanda rakyaat sedia ubah kerajaan.”

Datuk,

Hadi is very kind.

He says he will only take Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu and Kedah for PAS.

UMNO can have the rest.

I wonder if Hadi is rooted in reality.

Nik Abduh was thrashed in Pengkalan Chepa division voting.

Does the "UMNO Hijau" branch of PAS have as much traction as they think they do?

We shall see.

In the meantime we await the RU355 sandiwara in Parliament, when Hadi's master MO1 also waits to "tumpang glamer".

The Malays must be told to see through the hypocrisy.


Zalman A said...


If this debate happens between Tun and Nazri, the MSM will spin it either way as a victory for Nazri.

Some ground rules should be applied:

a) There should be equal supporters for each side. Otherwise the biadap members of Umno Youth will be used to disrupt the proceedings so the TV cameras can show them.

b) Questions from the floor can be asked, but equally too. Let us see if Nazri can cope with a Rafizi or a Pua. He cannot.

Nazri's defences will be very predictable but are easy to wash away.

Zalman A said...


SEBERANG PERAI: Kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tersedia untuk pertembungan antara PAS dan PKR selepas parti Islam memutuskan semua kerjasama dengan parti reformasi di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Yang dipertua PAS kawasan Omar Hassan hari ini mendakwa PKR cuba menjejaskan kedudukan PAS dalam kalangan pengundi Melayu-Islam di sana menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau juga mendakwa PKR tidak menghormati PAS sebagai rakan kerjasama kerana mereka mengekalkan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara untuk menyerang mereka.

“PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli PAS untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan PAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lebih memudaratkan apabila ahli PAS mengadu PKR meminta mereka keluar parti bagi tujuan memegang jawatan tertentu dalam kerajaan negeri Pakatan Harapan, tambahnya.

“Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setiakawan dan boleh menjejaskan PAS,” katanya.


And so it begins.

This is the start of Umno Hijau's push to return MO1 to power.

Next month, in April PAS will formally talak tiga PKR after the PAS assembly.

hadi and MO1 have already, no doubt, "divided the map" of the Peninsula (PAS has zero hope in East Malaysia.)

Hadi is not greedy, he only wants to rule 5 states.

That includes Selangor and Perak.

The Malays will be very generous to give Selangor and Perak to Hadi, who did a terrible job in Terengganu and was kicked out after one term as MB.

Melayu mudah lupa?



Zalman A said...


Datuk,

What happens when a government Bill is defeated?

For their survival, Umno leaders have planned to work with PAS without having prior discussions with their allies in BN, throwing itself between the devil and the deep blue sea now.

According to a survey, Umno's support rate in predominantly Malay constituencies has dropped below 40 per cent, and if PAS eventually turns to Bersatu instead, Umno will not only lose the election, but the whole BN administration could be brought down.

As such, Umno has since three years ago attempted to lure PAS into a tie-up, with RUU355 amendment as a bait. What Umno failed to anticipate was that other BN components were strongly against the private bill of PAS president Hadi Awang.

If the bill could not secure the support of other BN components and opposition parties, the RUU355 amendment bill now taken over by the government will not get adopted in the Parliament, and this will be like an indirect vote of no confidence against the current administration.

Then..

...MO1 must resign.

IdrisMdIsa said...

To b...allegations of najib stealing from 1mdb not proven? Are you dead dumb or have eaten too much dedak? Do you think reports produced by foreign authorities and evidence adduced in all those courts fake, false, doctored etc? Even our own bank negara and public account committee had found najib answerable to allegations of misappropriation but unfortunately our son-of-bitch AG had them buried underground. But believe me, i.Allah, those buried stuffs will one day be exhumed and subject to further autopsies. I urge you to learn some law...the accuser have produced evidence to support their allegations, most of which were documented. After that the burden of proving otherwise has moved to najib. If he's really innocent, he could have easily disprove those allegations. Show us documents that prove otherwise, eg. no SRC money had ever flowed to those two companies as alleged by Sarawak Report, DOJ, WSJ etc and the money did make a detour into najib's personal accounts. Boleh buat? Kau ni manusia bangsat pengkhianat negara. Ingatlah api neraka. Duit yang kau dapat tu sekejap je habis tapi sehari dineraka lamanya macam 1,000 tahun di dunia. Di satu ayat Quran yang lain, Allah firman, selama 50,000 tahun. Berseronoklah kau buat sementara waktu!

Pakhang said...

Najib sabotaj negara sebab tak saman WSJ. Negara ni telah dijadikan kambing hitam. All those issue had created a new opportunity for a new investor from the republic. And also an opportunity for the queen to take charge when all the ponds only had a two first moves. Pity to the crippled king.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).