Tuesday, April 04, 2017

Lapan Tahun Derita Di Bawah Najib


A Kadir Jasin


SEMALAM, 3 April lapan tahun lalu, saya adalah antara rakyat jelata Malaysia yang berasa lega - lega dan bersyukur tapi tidak sampai tahap gembira.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Lega dan bersyukur kerana telah menang dan "hadiahnya" adalah Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Saya adalah antara orang yang secara terang dan terbuka berkempen tamatkan pemerintahan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang telah dilarikan (hijacked) oleh budak-budak tingkat empat.

(Anak, bakal menantu kemudian jadi menantu, seorang usahawan Cina, seorang wartawan dan beberapa orang budak Oxbridge.)

Hari ini saya dukacita dan berusaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib kerana ia juga telah dilarikan.

Malahan berkali-kali ganda lebih teruk daripada kerajaan Abdullah. Kerajaan Najib dilarikan oleh anak-bini, Cina Jho Low, anak tiri pembikin filem separa lucah (Raza Shahriz Abdul Aziz), Arab misteri, ketua-ketua Umno makan dedak, ketua-ketua Barisan Nasional yang oportunis dan berpuluh-puluh penasihat yang memusnahkan.

Kerajaan Najib yang menjual harta negara, menjadi boneka negara China dan “poodle” Singapura. Kerajaan yang membawa berbagai bencana, bala dan musibah kepada negara dan rakyat jelata.

Skandal 1MDB, SRC International, FGV dan Felda, beban GST, nilai ringgit yang merudum, kos sara hidup yang melambung, MH370 yang hilang lesap, MH17 yang ditembak jatuh, banjir besar, hospital terbakar dan senarainya berterusan.

Pastinya ini bukanlah contoh sebuah kerajaan dan negara yang diberkati, diredhai dan sejahtera.

Tidak ada hadiah ulang tahun untuk Najib tetapi kutukan. Buat apa kita berikan hadiah kepada beliau. Media massa arus perdana milik beliau pun nampaknya tidak meraikan ulang tahun pemerintahan beliau.

Cuma kutukan saya lebih santun daripada kutukan beliau. Najib pernah panggil peneroka Felda yang tidak sokong Umno/BN “haram jadah” dan blogger Umno yang bercakaran “bangang”.

Saya panggil dia “haram zada”. Haram daripada bahasa Arab (حرام) dan zada daripada bahasa Parsi yang bererti anak. Haram zada adalah istilah bahasa Hindustan.

Saya kata “haram zada” kerana dia baru saja cipta satu lagi rekod peribadi – personal best - yang menyusahkan rakyat jelata iaitu kadar inflasi paling tinggi dalam masa lapan tahun.

Lapan tahun Najib perintah negara inilah hadiah beliau kepada kita – kadar inflasi paling tinggi. Melebihi 4.5 peratus.

Ini bukan rekaan saya atau khabar angin yang saya pungut di tepi jalan seperti pernah dituduh oleh budak-budak suruhan Jabatan Perdana Menteri. Ini adalah apa yang Bank Negara Malaysia kata.

Lagi satu contoh sumpahan era Najib. Malaysia yang dulunya negara emas tapi di bawah sentuhan beliau ia menjadi batu. Sang Kelembai pun tak seteruk itu.

Bukan inflasi saja mencecah langit. Hutang luar negara pun sama. Bank Negara kata hutang luar negara naik kepada RM908.7 bilion (RM908,700,000,000).

Najib berikan kita racun. Eloklah kita pulangkan jadam.

Maka marilah kita buat sesuatu yang konkrit dan bersejarah demi negara dan rakyat jelata - kita nyahkan Najib-BN jauh ke Laut Khalzum.

Insya Allah.

53 comments:

JohorMali said...

DAKJ,
When you invoke MH370 and MH17 sebagai contoh sebuah kerajaan yang tidak diberkati, I prefer to stay away from further conmenting.

Unknown said...

Salam Datuk

Dan 8 tahun Najis dan keluarga serta kuncu2 dia kumpul harta.

Saya yakin setiap ceruk dan pelusuk dunia ini ada harta2 keluarga dia.

Anak Bagan said...

Biar derita dahulu bawah Najib dari kembalikan kuasa pada Mahathir. Insya Allah penderitaan dari membetulkan kesalahan dan rasuah yang lepas akan membuahkan manafaat jangkamasa panjang.

Kemablikan Mahathir bukan hanya satu 1MDB tapi 10 1MDB bakal berlaku. Hanya menambah kepada ratusan billion seratus 1MDB yang telah gagal dan masih erterusan gagal hari ini.

Jahanam terbesar adalah Mahathir menyucikan DAP yang jelas perasuah, pentadbir yang tidak cekap, dan zalim. Ia bukan rahsia tapi jelas kelihatan.

Jika ia tiidak benar, kenapa tiada suara PPPBM pertahan salahlaku Lim Guan ENg di Pulau Pinang?

Zalman A said...


Salam Datuk,

It has also been 8 years of "Janji Dicapati" by MO1 & Umno/BN.

Let us see if he keeps his promises?

DIRECT PROMISES from the PUBLISHED 2013 BN Manifesto:

"Easing Cost Of Living" - tak payah cakap, lah.

"Access to Quality Health Services" - Hospitals are fast running out of money and medicines. Even medical tests cannot be done in some of them any more.


"Towards Greater Efficiency in Public Transportation" - you mean "Towards More Expensive Public Transportation"? LRT up? Tolls up? Taxi fares up? Petrol up? KTM up?

"World Class Infrastructure Development and Rural Transformation": Ask FELDA shareholders about how their share price has undergone a huge "Transformation"? KLIA2 was delayed how many times, and at what cost to the public? Why has the cost of ECRL doubled for no reason - unless the allegation is true that money is being siphoned off to pay 1MDB debts?

"Strengthening Women’s Participation": The Cowgate prosecution came to a very sudden end, based on one letter from the 24-hour replacement. So RM250 million gone, does that count as a "success"?

"Building a Resilient, Dynamic and Innovative Economy" - tak payah cakap, lah. 41% FDI flight in the last 12 months. Already broken the 55% GDP-debt ratio. Rated by Oxford group as Asia's most "at-risk" economy". The PM is so economically "innovative" that his own party can "misplace" that US$700 million in its audited accounts.

"Building towards Educational Excellence" - Vietnamese kids are more advanced than ours. And further cuts will make this even worse.

"The gradual reduction of intra-city tolls" - You see, the word "reduction" means GO DOWN, not GO UP.

"Enhancing Security and Public Safety": How many Malaysians feel safe on the streets? How many tourists in East Malaysia do?

"Promoting Islam, Religious Freedom and Harmony": Can you please ask the East Malaysians, Chinese and Indians about this one? It's the worst in Malaysia's history. The RU355 sandiwara only makes it look like manipulation of Islam, not promotion.

"Fighting the Scourge of Corruption": - tak payah cakap, lah. Ask the Swiss AG and DOJ, or look at the OSA-ed Auditor's Report. And the fact that we have more illicit money flowing out than any country our size. Or maybe it was all "donations"? The bad example starts from the very top.

"Revitalising the Public Service and Enhancing Good Governance": HA HA HA! "Good Governance". We are still ranked one of the most corrupt public sectors in Apac by Ernst & Young. Is cracking down and sabotaging the MACC, SB, AGC and BNM part of "Revitalising the Public Service and Enhancing Good Governance?" Is twice ignoring BNM's prosecution recommendations on 1MDB an example of "Good Governance"?

So, that is the TRACK RECORD of MO1.

Malaysia is now the laughing stock of the entire world.

Five more years and there will be even more stealing.


Zed-85 said...

Sallam Dato’

8 tahun adalah had masa untuk seorang ketua kerajaan meletakkan jawatan di kebanyakkan negara demokrasi.

Di Indonesia, Filipina, Thailand, Amerika, UK, Australia, Korea Selatan, had masa unntuk ketua kerajaan hanya sampai 8 tahun atau 2 penggal sahaja.

Apatah lagi jika ketua kerajaan prestasinya buruk sepertimana yang dikatakan DAKJ.

1MDB and FGV rugi sampai berbillion.

Berlakunya skandal MARA di luar negara.

Kadar rasuah meningkat.

Kadar Inflasi melambong. Kos sarahidup semakin tinggi berbanding dengan pendapatan.

Duit matawang jatuh teruk berbanding dengan negara lain.

Banyak skandal sampai di luar negara.

Ini semua sudah cukup sebagai sebab yang kuat untuk menukar ketua kerajaan.

Kecuali PAS, sudah ramai orang mahukan kerajaan yang baru.

Memang kita mengamalkan demokrasi, tetapi demokrasi perlu penambah-baikkan.

Sepertimana di Indonesia, dan Filipina, perlu ada had untuk ketua kerajaan atau PM untuk 2 penggal sahaja.

Kalaulah kita dapat PM yang tak baik atau seperti Donald Trump, had masa paling lama pun sampai 8 tahun sahaja.

Saya harap, had masa dan penambahbaikkan demokrasi ini, dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan.

zgmail said...

saya dh nekad utk mengundi parti selain dari bn

RD. said...

Saya pun seperti Dato AKJ... amat lega bila Pak Lah umum Najib sebagai penganti. Malang nya kelegaan itu tidak kekal lama.
Selepas dikaitkan dengan Razak Baginda & penbunuhan Altantuya...timbul pula scandal Deepak Carpet perolehi pinjaman tanpa-faedah RM30Juta dari Bank Rakyat sebaik saja Najib menjadi PM dan Menteri KeWANGan, pada masa yang sama.
Detik itu... saya mula curiga dengan Najib dan Rosmah.
Terus jadi meluat bila lihat Najib sekeluarga bergambar atas kapal-mewah Jho Low.

Mali Bin Muyung said...

Sedikit sebanyak saya salahkan TM juga. Terbukti mereka2 yg dia endorsed sebagai PM adalah haprak.
Imlossibe to beleive that umno which claimed to have 3.5 million members could not produce a suitable candidate from its rank and file.

Joeharry said...

Salam dato,
Sama seperti saya, ketika dizaman pak lah, walaupun saya tak setuju dengan cara pakl lah, tetapi saya tak bermusuh dengan umno.
Saya sokong dan berkempen untuk umno dan dalam masa yang sama mengharapkan pak lah diganti.
Bila najib naik jadi pm, ibarat tak ada rotan, akar pun jadilah. Mudah-mudahan akar tu lebih kuat dan tahan dari rotan.
Malangnya najib terus menjadi mimpi ngeri. Nak rehat dalam politik pun terpaksa ditangguhkan. Terpaksa pula dok kempen untuk tolak najib dan kali ini dengan umno nya sekali.
Desakkan ini wujud dalam jiwa atas rasa sayangkan negara dari dihancur lumatkan.
Selamat berjuang.

Old friend. said...

Kasihan dan sedih membaca keluhan Datuk yang nampak begitu kecewa dan kesal dgn kesilapan lampau.

Konon nya berjaya nyahkan buaya dari tahta tetapi naga pula dimahkotakan.

Orang putih cakap karma.

So its been a torturous 8 years for you Datuk. Hmm.. how come I didn't feel the way you felt. Maybe bcoz I'm just an ordinary rakyat who appreciate moderation in life. I drive a Proton (yr Tun's baby) instead of a gas guzzler (Merc, Beemers.. Jaguar?)

I can understand yr predicament Datuk on why UMNO members and supporters still rally behind the parti keramat after all the accusations against their president, the penyamun Mappadulung Daeng Mattimung. It is bcoz they, the Malay Muslims, just cannot accept the Chinese chauvinist DAP to be in the government.

Mereka bertanya mengapa penyamun MO1 ditolak tetapi KM Cina DAP perasuah yg rasis dan anti Islam pula boleh didakap.

The scenario will be different if PPBM, PKR and PAS to form a coalition and take on BN in GE14.

Aku said...

Kadiag, salaam.
Pojok hang kali ni ~ "LAPAN TAHUN DERITA DI BAWAH ......"
Aku teringat kalimah "angst" dlm basa Mad Saleh atau dlm basa olang alab negeli habasyi "ذُعْر, قَلَق " yg agak2 magna dia ~
"a feeling of deep anxiety or dread, typically an unfocused one about the human condition or the state of the world in general."
synonyms: depletion of 'nervous' energy, anxiety, fear, apprehension, worry, foreboding, trepidation, malaise, disquiet, disquietude, unease, uneasiness, feeling loss of esteem or self worth"(dari google search).

Kod dalam basa melayu, lebih korang penderaan perasaan, kemurungan, keresahan berpanjangan menjuruih kepada hilang harapan atau putuih asa atau "helplessness", ketedesakkan atau "desperation'. Munkin lebih tepat hang tulih ..."LAPAN TAHUN DERAAN DI BAWAH....."

Antara yg menyumbang atau "sources of angst" adalah kelemahan dan kebobrokkan dlm "impact and effectiveness or lack of leadership development, business and strategic alignment, resources allocation, atau dislocation of economic resources,, employee engagement and succession planning.
(Di padan dari kajian oleh Association of talent development - Ann Parker)( march 23, 2016).

Pd pengamatan aku benda ni dah lama nak jadi dan bukan disebabkan individu tertentu saja, tapi satu kelompok yg melalui pengeraman atau tempoh "gestation" kerapkali yg berpanjangan atau lama~~~ sehingga kelompok pimpinan sekali dgn kelompok sokongan yg lebih besag dijinayahkan atau 'criminalised'. Pd orang2 yg mirip pd pahaman sosialis seperti Karl Marx atau mao tse tung, depa munkin kata ini adalah hase "ascendancy of capitalism" atau bila kaum kapitalis memegang tampok kuasa sesekali dgn apparat birokrasi yg bersaing untuk merampaih sumber2 ekonomi. Munkin lebih tepat di namakan : "predator class" atau golongan elit pemangsa. Di Malaya, proses ni tumpang juga pada unsog2 atau sisa2 feudal dan pseudo agama atau agamawan palsu.dan sangat kritikal pd petumbuhan identiti yg sihat lantaran ianya satu negara 'baru' atau 'nascent state'.

Kos nya pd masyarakat dan negara sangat2 tinggi. Antara natijahnya, mungkin pembunohan2, munkin temasok keh Hussein Najadi, Altantunya, Kevin Morais,,.. pemenjaraan, Anwar Ibrahim, Khairuddin, Mathias Chang, Maria Chin, Siri Noor Aishah dan ramai lagi. Kos ekonomi termasoklah peningkatan kos sarahidop, kejatohan nilai ringgit, dan hutang negara mencecah hampir satu trillion ringgit. Kos melepas atau "0pportunity foregone cost" juga dijangka sangat tinggi. Munkin kalu beterusan, padahnya ialah sebuah negara gagal atau 'failed state'. Na'uzubillah.

Aku

Zaharuddin Abdullah said...

Jahanam terus negara tiris dan tiris. Semuanya nak disonglap. Tanah pun digadai. Yang tinggal hanya hutang dan hutang.

Zed-85 said...

Saudara Oldfriend,

Sekarang ini bukan DAP yang lawan BN, tapi Pakatan Harapan.

Saudara kena ikut perkembangan semasa.

Dalam Pakatan Harapan sudah ramai orang Melayu, Amanah ada, PKR pun ada dan PPBM pun ada. DAP cuma satu parti sahaja dari empat.

Sultan Selangor baru-baru ini puji kerajaan Pakatan Harapan Selangor kerana Amanah, tidak ada skandal berbillion, kerjaan cekap, hasil simpanan Selangor bertambah berbanding dengan kerajaan BN.

Sg Kelang pun sekarang sudah bersih dan boleh berenang dibersihkan oleh Kerajaan Selangor.

Biasiswa kepada orang Malayu banyak diberikan. Skim Kesihatan untuk Rakyat Selangor juga diberikan yang tidak dapat dinikmati oleh Negeri lain.

Pendekata, kerajaan Pakatan Harapan memang menunjukkan prestasi yang baik.

Sekarang ini tidak timbul lagi DAP akan perintah negara Malaysia tetapi Pakatan Harapan yang ketuanya melayu dan terdiri kebanyakkan dari orang Melayu.

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Ada antara kita masih berpendapat bahawa sudah cukup la kalau tiga saja party Malaya bergabung iaitu PPBM, PKR dan PAS tanpa DAP dan party2 dari Sabah dan Sarawak untuk satu lawan satu dengan BN.

2. Konon nya DAP anti Melayu dan anti Islam.

3. Kita tidak tau pula sebabnya kenapa party2 dari Sabah/Sarawak di ketepikan dalam gabungan ini.

4. Tanpa DAP dan Party2 dari Sabah dan Sarawak yang menentang BN, lagi baik lupakan saja niat mau tubuhkan kerajaan Federal yang baru...tidak akan jadi...sampai bila2 masa pun.

5. Kenapa masih ada Melayu yang suka berangan angan macam Mat Jenin?

Pompuan said...

Aiyoyo DAKJ.
Nak menangispun ada. Nak ketawapun ada baca keluhan Dato'bkononnya derita 8 tahun bawah Najib. Derita apalah agaknya. Unbelievable. Duit ada, kaya raya, pangkat Dato, wartawan tersohor, harta bertimbun dan makan tak habis, rumah agam, kereta mewah. What more do you want? I kerani cabuk kat pejabat kerajaan happy je. Mama dan Papa saya pesara kerajaanpun happy.Boleh go holiday abroad So what is troubling you? Not influential anymore after not in the right canp?
Saya mula mengundi umur 21 tahun masa zaman Tun. Akan terus mengundi UMNO/BN di bawah Najib. What do you expect? To vote for clowns in PKR, DAP and Amanah? Sorrylah. Takde yg layak. If Wan Azizah jadi PM, Anwar yang memerintah. If undi Pribumi Tun yg memerintah jika anak.dia jadi PM. So my best bet is still Najib. He did much for the country in his 8 years as PM. And he connects well with the people especially the village folks and the poor.
I have no problem with Pak Lah dulu sampai sekarang. Orang kutuk Pak Lah saya tak campur. Sebab saya hormat dia sebagai pegawai PTD yang cemerlang; moderate and warak. You all sibuk nendewakan An-war. Tu saya tak boleh terima. Biarlah pulak Uncle Lim racist and dictator. Takkanlah kita nak si peliwat yg juga corrupt jadi PM kita kan kan kan.
Saya senang je sebab tak ada idealism. To me UMNO has the best leaders. Clear succession. After Najib/Zahif cuz Hisham and then KJ. Yep. Great synergy. PkR, Amanah, DaP, Pribumi ada siapa. Takkanlah nak Tun jadi PM semula.
If PAS lain cerita. Saya boleh terima Hadi as our PM. Saya musykil RUU tak diterima oleh BN. Saya takut penolakan Najib ini yang menyebabkan UMNO/BN kalah. NOT 1MDB scandal. Kenapalah UMNO tunduk kepada MCA dan MIC yang tak boleh bawa kemenangan kepada BN. Yang tak faham apa pasal kita tunduk kepada Cina/ India yang tidak ada kena mengena dengan Syariah Islam yang PAS nak betulkan.
That's my only one fear. 1MDB ramai orang tak percaya kecuali Dato and your likd-minded debaters. But RUU may bring the downfall of UMNO contrary to what is feared RUU made Chinese and Indians vote for opposition. Bollocks.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Maka marilah kita buat sesuatu yang konkrit dan bersejarah demi negara dan rakyat jelata - kita nyahkan Najib-BN jauh ke Laut Khalzum."

1. Saya sudah redha, Datuk.

2. Selepas 70 tahun sudah tiba masanya kita humban UMNO ke Laut Khalzum...biar la mereka terus hanyut dalam hayalan yang akan menjadikan mereka mereka ini kufur dan syirik pada Tuhan Rabbal Alamin.

3. Berakhir la satu lembaran sejarah usang...bila kita berani berhijrah ke alam baru.

4. Kita tuntut balik asal perjuangan kita dimana rakyat Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa2 lain didunia ini.

5. Itu saja yang aku minta untuk anak cucu cicit aku...kembalikan maruah bangsa Melayu!

Kita pernah buat, pada suatu ketika dulu, maka nya itu bukan permintaan yang mustahil...kesihani la mereka.

Mali Bin Muyung said...

Saya org Sabah dan tinggal d Sabah. Saya fikir pemimpin umno pun d Sabah pun kaku rasuah.
KM Penabg beli rumah 2.8 juta d tuduh kaki rasuah.
Ada wakil rakyat Sulaman baru buat banglo d Serusup yg d beritakan bernilai 5 juta belum campur furnitures lagi.
KM nya pula d berutakan beli Rolls Royce.
Tak nak siasatkah bro.

Abdullah Ngah said...

Maaf ya, saya kenal Mohd Najib Razak gemar curi duit semasa dia dilantik sebagai menteri belia lagi. KOBENA mampus dek dia. Ada kemungkinan jika kita biarkan dia terajui negara satu malaysia ini akan mampus dek dia juga.siapa siapa dalam umno ini sama sahaja. dua kali lima belaka. jadi pemimpin nak jadi kayaraya kumpul harta biar negara mampus asalkan dia berharta.

A KADIR JASIN said...

1. Sangat mendukacitakan. Ada pembahas di sini yang berpendapat jika mereka hidup senang pedulikan orang lain atau mereka sangka semua orang senang macam mereka.

2. Mungkin mereka senang dan saya tak berapa susah. Tapi adakah adik beradik mereka dan jiran tetangga mereka semua senang macam mereka? Boleh jadi kalau neighbourhood mereka adalah Bukit Tunku dan adik beradik mereka macam adik beradik Najib.

3. Kerana orang Melayu selfish macam inilah nama Melayu rosak dan usaha majukan Melayu gagal.

4. Tak hairanlah Melayu hari ini kaya kerana rasuah dan yang miskin terpaksa amalkan rasuah untuk hidup.

Wallahuaklam.

Zed-85 said...

Saudari Pompuan,

Sebagai contohnya, Tun M, hidup senang, dia boleh bersara dan tak pedulikan hal-hal negara.

Tetapi Tun sangat perihatin kepada masa depan orang Melayu. Dia tak boleh diam dirinya saja melihat negara rosak binasa.

Ramai juga orang-orang melayu yang risau akan masadepan negara.

Masalah Rasuah, Dedak, salahguna kuasa, Incompetance. Ini bukanlah rekaan semata-mata.

Kalau kita berdiam diri, maknanya kita memberitahu kepada generasi orang melayu, budak-budak sekolah dan menengah bahawa, its ok to put and keep donation and whatever that do not belong to you into your private account.

Itu tak betul.

Saya tak setuju saudari pompuan berpandang rendah kepada golongan perempuan sebagai ketua. Di Selangor, speaker DUN orang perempuan dan prestasinya sangat baik.

Ramai antara ketua di Pakatan orang perempuan dan berkebolehan. Kalau kita hendak bandingkan BN, berapa kerat saja orang perempuan yang ke hadapan.

Kalau MP BN lelaki bagus, tak apa juga. Banyak yang merapu dan merepek. Baru-baru ini, ada yang timbulkan idea perogol berkahwin dengan mangsa.

Saya tak setuju dengan pompuan dan barisan BN yang hampir semuanya lelaki (Macam Cabinet Donald Trump). Ini memandang rendah kepada kebolehan orang perempuan, walhal dalam negara kita hampir 70% yang pass universiti orang perempuan.

Orang perempuan melayu memang tak ada harapan dengan BN dan lebih cerah masadepan dengan Pakatan Harapan.

Old friend. said...

Don't blame it on Melayu/Islam from Umno and Pas for not being able to accept any Chinese chauvinist DAP to be their leaders in the govt.

Blame it solely to the "HIPOKRIT PALING AGUNG", Tun Mahathir.

For 22 years during his reign and another 10 years after his retirement, he has been drumming into the heads of the UMNO members and the Malays that DAP is a chauvinist party, anti Melayu and anti Islam.

Sekarang Tun jilat semula ludah sendiri. He embraces DAP and expect the Melayu/Muslim to follow him. BENGONG!
Apa dia ingat Melayu mudah lupa seperti dia?

Tindakan hipokrit ini jelas menimbulkan persoalan di minda orang Melayu/Islam...dan hebahan menerusi arkib video berulang kali dari media arus perdana, berjaya memberi jawapan tentang agenda sebenar Tun M dan juga agenda DAP.

The video of Tun M accusing Lim Kit Siang a racist and anti Malay/Islam and the video of DAP "using Malay to screw the Malays" is enough to send shivers down the spine of the Malays.

DAP and the Lim Dynasty is as good as dead.




Zee said...

Zed-85

Lets not be in denial. Its DAP that dominate and gel PH together.

Its DAP vs BN and Pee Pee Bam is with DAP

Old friend. said...

"siapa siapa dalam umno INI sama sahaja. dual kali lima belaka. jadi pemimpin nak jadi kayaraya kumpul harta biar negara mampus asalkan dia berharta."

Benar... bukan shj Najib, bahkan Mahathir dan anak2 pun kayaraya. Dengar shj tuduhan Rafizi dan DSAI terhadap Tun M famili dlm video ceramah mereka.

Mali Bin Muyung said...

Masha Allah org ni. Adakah patut pemimpin yg terang dan jelas mkn rasuah dia kata bagus?
Bro, Najib tu d tuduh mencuri duit dari 1 MDB.
Setakat nak pigi holiday, saya dan keluargapun pigi juga.
Patutlah ada pemimpin kita bersultan d mata beraja d hati kerana d sokong oleh org mcm sdr.

panglimo potaseh said...

Saya ada ternampak sebuah buku bertajuk "The World Without Islam" .. saya tak tahu apa isinya buku itu, saya tak berminat. Pada saya cukuplah Islam hari ini yang telah di lunyaikan oleh para uztasnya.

Dalam pada itu saya bayangkan jika Tanah Melayu ini dihuni oleh Melayu sahaja. Bagaimanakah keadaannya Jln Silang atau Nilai 3 sekarang ini?. Bagaimana keadaan ekonomi kita .. adakah kita setanding Thailand atau Indonesia.

Tapi saya cepat bayangkan Kelantan, negeri yang lebih 95% penduduknya Melayu .. Cina Kelantan pun royak Melayu .. dan telah menjadi negeri termiskin sekali.

Bayangkan jika Sang Mappadulung dan konco-konco nye diberi amanah menjaga Tanah Melayu yang penghuninye Melayu. Mungkin ramai bangsa melayu akan menyusup ke Selatan Siam untuk cari sesuap nasi .. mcm Rohingya masuk ke Myanmar? Agak-agak Genting ada ke tidak?

Abdul Aziz said...

Kan dah kono pompuan...

LaM said...

Some people are smart and intelligent and knows the pillaging committed by Najib and its subsequent implications to the nation and its citizen. Although well off and rich, they risk themselves and their residual age to try to save the country from further damage from a meritocratic government.
Others are naive and downright stupid and these are the makciks padlocks Felda and some 'kerani chain's who only think about themselves and disregarding the interest of the nation and other people.
You take your pick..why pick a bone with others who want to do their bit for the nation?????

Old friend. said...

Point No.3 menyentuh tentang Melayu mementing diri sendiri menarik sekali. Memang ada kebenarannya.

1. PKR ditubuhkan dgn satu tujuan iaitu menggunakan rakyat utk memaksa kerajaan membebaskan Anwar Ibrahim.

2. PPBM pula ditubuhkan dgn tujuan menjatuhkan Najib or Mappadulung Daeng Mattimung (if you must insist) agar Mukhriz dapat memegang tampuk kerajaan demi menjamin kejayaan perniagaan anak2 Tun M serta rakan rapat.

If these are also not Malay selfishness, I don't know what else to call it.

Zalman A said...


Tuduhan bahawa Najib itu perompak besar adalah benar.

Jenayah ekonomi- dimana lebih dari USD3.5 billion dicuri dan digunakan untk membeli aset dan mengayakan diri mereka2 yang terlibat dalam 1MDB ialah seperti yang tersenarai dibawah.

Dan supaya kita jangan lupa- orang2 ini semua kaya dengan duit curi dan berlagak macam keadilan tidak akan dapat menjejaki mereka;

1. Najib Tun Razak, (Malaysia Official 1).
2. Riza Shahriz Bin Abdul Aziz or Riza Aziz, anak Rosmah Mansur dan anak tiri Najib.

3. Tan Sri Ismee Ismail, ex-1MDB Executive Director (1MDB Officer 1).
4. Shahrol Azral Ibrahim Halmi, ex-1MDB CEO (1MDB Officer 2).
5. Casey Tang/Jasmine Looi, ex-1MDB General Counsel and Executive Director (1MDB Officer 3).
6. Low Taek Jho (Jho Low),  1MDB investment advisor. 
7. Khadem Abdullah Al Qubaisi.
8. Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Mengapa tidak seorang pun dari mereka disiasat dan dihadapkan ke mahkamah? Bila kita kritik pihak polis, Najib pura2 marah. Polis asyik memburu siapa yang kritik Najib dan mengkritik sultan itu dan sultan ini. Tangkap penyamun 1MDB mereka tidak. Tidak ada kes kata mereka.

Zalman A said...


Orang UMNO yang melaung sana sini bahawa mereka lebih Melayu dari yang lain, diam seribu bahasa dan merelakan duit ini disapu oleh bukan Melayu terutama nya Jho Low.

Apatah lagi, mereka membisu seribu bahasa bila wang yang begitu banyak diucuri oleh Al Qubaisi dan Husaini Badawy.

Mereka ini semua dibawah arahan Jho Low dan Jho low diarah oleh Najib/Rosmah.

Najib dan Rosmah, Riza Aziz dan Jho Low dan geng2 lain, mencuri sekurang kurang nya RM15,000,000,000 atau RM15 billion dari 1MDB.

USD 1.14 billion dicuri oleh Jho Low pada fasa Good Star Ltd- shahrol helmi, Ismee Ismail, Casey Tang , Jasmine Loo, dan ramai lagi agaknya yang bersubahat menhantar duit kedalam akaun Jho Low, Good Star Ltd.

Pada Fasa syarikat palsu- Aabar BVI, USD1.367 billion dicuri.

Dan dalam FasaTanore Finance, USD1.26 billion dicuri. Kita diberitahu Najib memulangkan kembali USD620 juta kepda Tanore Finance- ada wire transfer tapi Tanore Finance ini, menjadi front untuk siapa?

Jika Tanore Finance ini adalah syarikat yang dikuasai oleh Jho Low dan Jho Low sebetulnya menjadi pagar kepada Najib atau Rosmah, maka mereka berdua ini bertangung jawab kepada kesemua USD1.26 billion ini.


http://sakmongkol.blogspot.my/2017/04/jangan-kita-lupa-jenayah-1mdb.html

adion said...

Setuju dgn pendapat Dato.

Apatah lagi yg bagi pendapat mengakui dia adalah pegawai kerajaan berbangsa Melayu.

Mungkin dia kerani cabuk bertahap PTD dan sedang bertugas di luar negara dan tidak merasai apa yang rakyat am sedang menanggung.

Wahi said...

Tuan

Tengku Razaleigh Hamzah Dan Sdr Anwar Ibrahim ke 2 nya telah dibunuh karea politiknya olr TDM.

Maka yg masih tinggal dlm UMNO semuanya Haprak. Oleh itu rasailah kesanya.

sukasamasuka said...

Datuk.

"2. Mungkin mereka senang dan saya (Datuk AKJ) tak berapa susah..."


1. Aku tak kisah sangat la kalau Datuk atau pembahas lain, sama ada kaya ka...tak berapa susah ka...atau pun miskin.

2. Setiap mahklukNya dapat rezekiNya masing2, seperti yang dia telah janjikan.

3. Asalkan Datuk atau sesiapa pun, kekayaaan itu bukan hasil curi duit dan harta aku saja...makanya, Datuk atau MO1 bolih mencuri duit atau harta sesiapa saja...asalkan jangan kacau duit dan harta aku, termasuk cukai yang telah aku bayar pada kerajaan,

4. Kalau Datuk atau MO1 mau curi atau mau rompak duit orang lain, maka ada undang2 untuk tangkap orang pencuri atau perompak...kalau selalu pandai melepaskan diri, maka ada Polis untuk tangkap atau tembak sampai mati macam si Botak Chin, si Batang Kali dan yang lain2 lagi yang serupa.

5. MO1 curi duit cukai rakyat...bukan aku yang kata...tetapi, Tun yang kata...US DoJ yang kata...WSJ yang kata...Sarawak Report pun kata begitu...seterusnya mahkamah2 di Switzerland, London dan Singapura yang kata begitu...dan, sebagai rakyat biasa, aku percaya cakap mereka.

6. Aku percaya sebab MO1 tidak berusaha untuk membersihkan nama nya...MO1 bukan calang2 orangnya...si Rahman Dahalan yang kata, MO1 ialah (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia...bukan aku yang kata.

7. Siapa yang tak percaya terpulang la...maka undi la UMNO, buka salah pun.

8. Makan babi pun bukan nya haram bagi orang Melayu dan orang Islam pun, kalau kita tidak tahu itu babi, makan saja la kasi habis satu ekor...kalau tidak cukup datang ke Kundasang Sabah, bolih kasi hidang lagi itu sinalau bakas, babi hutan bakar.

9. Itu duit curi atau duit hasil rasuah macam la sinalau bakas untuk kita Melayu...bolih makan asal jangan kita tau saja.

10. Tetapi, UMNO sudah macam bangkai buruk sinalau bakas, orang bukan Islam disini pun tidak mau makan....anjing pun tidak mau makan...babi pun tidak mau makan....kamu makan la...sedap itu!

sukasamasuka said...

Datuk.

"3. Kerana orang Melayu selfish macam inilah nama Melayu rosak dan usaha majukan Melayu gagal."

1. Melayu ni suatu bangsa yang agak pelik sikit.

2. Selalu kita dengar orang Melayu kata dia takut sama tuhan, bukan sama manusia...itu semua bohong saja, untuk kasi sedap hati orang lain.

3. Sebenarnya Melayu paling takut sama bangsa Cina dan orang2 bukan Islam.

4. Dan, orang Cina pula dan yang bukan Islam tau Melayu takut sama mereka.

5. Kita takut sebab kita tidak tahu.

6. Itu sebab la AlQuran ada kata "Wahai umat manusia....Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)"...Al-Hujarat ayat 13.

7. Ada orang Melayu ikut ayat ini?

8. Aku rasa tidak ada...dari sekolah lagi anak2 kita sudah diajar cara hidup berbeza beza...pakaian berbeza...pergaulan berbeza.

9. Melayu yang selfish Datuk adalah Melayu yang takut bergaul mesra dengan bangsa2 lain...terutama sekali la mufti2 dan ustaz/ustazah orang Malaya...mereka ini suka memutuskan silatulrahim antara bangsa Melayu dengan bangsa Cina, India, Pribumi dsbnya...atas alasan takut Melayu jadi murtad la, terhakis akidah la, macam macam auta la.

10. Melayu sekarang macam ada suatu "seize mentality" dan "inferior complex" yang kronik...disebabkan takut sangat kalau UMNO dan PAS hilang kuasa, maka Melayu akan hilang segala2nya termasuk agama nya dan juga bangsa nya...konon takut tuhan!

Lee Watt said...

"8 tahun derita"...? Sorry that things are this bad for Mahathir's cronies. Must be furious that you all can't get contracts and concessions to Ali Baba anymore.

So this is all the fight against Najib amounts to. It was never about 1MDB, transparency and accountability. It's about Mahathir's cronies and assorted leeches not able to get things for free anymore.

What a bunch of self-centred LOSERS! Haha!

jumbeaux said...

Saya amat setuju dengan Datuk. Dan rasanya saya pernah menulis komen yang lebih kurang sama dahulu.

Petualang bangsa semuanya.

Tapi ini tipikal cara orang yang sudah tidak ada modal nak mempertahankan kebatilan.

When you can't discredit the message, you try to discredit the messenger.

Teruskan perjuangan Datuk.

Nenekghuffran said...

Salam DAKJ...

Nenek faham yg Datuk maksudkan ialah si Pompuan sengal tu...
Apa nak heran Datuk... dia sendiri akui dia kerani cabuk... setakat itu je lah otak sengal dia dapat berfikir...

Jojo said...

1. Isu ini mudah. Najib curi duit negara masuk akaun. Ahli2 umno/bn menyokong.

2. Sama saja penyamun dan khadam2nya. Yang mencuri salah dan yang menggalakkan aktiviti mencuri pun salah. Mungkin sudah dapat dedak.

3. Sudahlah mencuri, berhutang pula. Tidak mampu bayar, dijual segala harta negara ini macam harta dia. Ini pun ahli2 umno/bn sokong. Mungkin akibat telan banyak dedak.

4. Apakah kita patut buat dengan pencuri dan khadam2nya?

5. Kena cuci bersih. Tolak umno/bn.

-----------

Datuk,

Tolong beritahu ahli2 ppbm jangan diambil peduli dengan ahli2 yang gila jawatan. Tumpukan pada misi & visi mengembalikan kegemilangan negara Malaysia kita.

Gila jawatan hendak buat parti lain atau gila jawatan sehingga mudah dibeli dengan dedak. Mereka ini sudah parah. Perjuangan mereka ini bukan untuk negara tercinta tapi untuk tembolok mereka.

Abaikan mereka ini.

Jojo said...

Anak Bagan @8.51am

Anda dan semua pemakan dedak tahu menghentam mahathir saja. Lain tidak tahu.

Bukan anda lihat kepada perjuangan beliau bagi meletak nama Malaysia yang gemilang kembali di mata dunia. Anda cuma nampak dedak yang banyak jika anda mempertahankan penyamun sahaja.

Malang bagi negara ini jika ada pengundi2 berfikiran seperti anda.

1280K Taman Malik said...

DAKJ, ada juga anjing najib dalam blog dato ya?

Unknown said...

Despite all the relevant countries such as Singapore,Switzerland, America & etc had deal with those involve in the 1MDB scandals, infact in Singapore the government had instructed to close 2 foreign banks and those involved had been imprisonment.DOJ,WSJ & SR had yet to be summoned by our Prime Minister but till today still nothing..!!
Tun M,Tan Sri Muhyiddin & others opposition leaders every night openly criticize and condemn Prime Minister Najib but why our PM still remain silence without any intention to sue them....!!! We are now in living in 2017,members of public is no longer fools like before,, come PRU14 we knows how to deal with Umno & BN........!!

Perantau. said...

Salam Datuk,saya ada baca komen yg katanya,kita dh kaya kenapa nak marah?:Ini dari saya-Saya telah bermastautin 19thn diNegara jiran.Istri org seberang(cuma 1 istri),selama saya tinggal di Malaysia sebelum sy berhijrah,tak pernah sekali pun sy buat perniagaan berkaitan kerajaan Dan dinegara jiran juga,semua perniagaan saya 'Private Iniciative'.Alhamdulillah syukur pada Allah.Tangan saya tidak terikat.Dinegara yg sy tinggal ini,saya punya pengaruh,ramai yg kenal saya.Najib kenal saya begitu juga Tun M.Jika saya sudah cukup selesa tanpa bantuan sesiapa kenapa saya berjuang nyahkan najib dan kuncu2nya?kenapa saya berjuang sokong Tun walaupun dizaman Tun berkuasa saya berniaga atas usaha sendiri dan berdoa pada Allah.Bila najib berkuasa juga saya tak perlu apa2 dari beliau.Ini adalah kerana saya BENCI pada yg susahkan rakyat yg benar jujur dan saya juga BENCI pada pemimpin yg sombong,ego dan habiskan uang negara,sy tidak iri hati pada sebahagian pemimpin kerana apa yg saya miliki tidak mampu mereka tandingi.Saya akan terus berjuang demi bangsa dan negara saya dengan uang saya sendiri yg ditindas oleh najib dan kuncu2nya.

Old friend. said...

"Dan 8 tahun Najis dan keluarga serta kuncu2 dia kumpul harta."

Betul lah tu sebagaimana yg dituduh dan diungkit oleh Rafizi di dalam video ceramah dia.

Rafizi juga menceritakan tentang kekayaan Tun Mahathir kumpul harta selama 22 tahun untuk dia dan anak2 dia... Tokay Judi dan tokay arak.

IdrisMdIsa said...

In Pompuan we have another mega bebalist or pelahab dedak mega with mega primitive mentality..."he did much in his 8 years as PM" . Oh yes, he surely did; he did a lot of damage ! ..."he connects well with the people"....oh yes again, with his munafiq manouevres. Pretending to care for the people. He give RM10.00 to the people but he steals back RM10,000.00 with his withdrawal of subsidies, imposition of taxes & most of all, his mega theft of you know what!

Jojo said...

Saya rasa "pompuan" adalah seorang mcp (male chauvinistic p*g) yang menyamar. Cuba lihat setiap tulisannya tidak langsung mengambarkan dia seorang wanita. Cuma seorang pemakan dedak najib.

Old friend, anak bagan, dll tu semua seangkatan atau orang yang sama tapi nama berbeza. Kerja mereka hentam Mahathir. Tak ada kerja lain.

Persoalan penting sekarang, negara ini sudah malap disebabkan seorang penyamun dan organisasi yang menyokong aktiviti samunnya tidak langsung diambil tindakan oleh pihak berkuasa negara ini. Tetapi, negara2 luar yang mana terdapat aktiviti samun oleh penyamun teragung abad ini sedang dan telah mengambil tindakan.

Apakah kita sebagai rakyat mahu menyokong aktiviti samun yang mengakibatkan malapnya ekonomi negara ini ? Tolak BN maka penyamun & organisasi menyamun akan musnah.

Zed-85 said...

Saudara Old Friend,

Sebelum saudara hendak mengutuk Tun, PKR, DAP atau siapa-siapa, kita tanya diri kita dengan ikhlas dahulu. Sekarang ini ada masalah atau tidak?

Saya hendak beritahu saudara pembahas Oldfriend, bahawa negara kita ada masalah rasuah, dedak, dan kelemahan pengurusan kerajaan.

Saudara Oldfriend tidak boleh menafikan perkara-perkara di atas.

Setelah kita ketahui dan akui kita ada masalah, bolehkan kita duduk diam sahaja?

Bagi saya, orang melayu jangan memihak kepada kerajaan ataupun kepada pembangkang . Orang melayu sepatutnya berpihak kepada kepentingan orang melayu sendiri.

Sekirannya Tun M membuat perkara-perkara yang baik demi untuk kepentingan orang melayu, maka orang melayu mesti sokong.

Kita tidak boleh mengubah perkara-perkara yang lepas. Sebenarnya, masa yang lepas tidak seteruk sekarang.

Sebenarnya Tun M telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini dari dalam UMNO tapi tidak berjaya.

Kemudian Tun M berusaha melalui deklarasi rakyat, pun tidak berjaya.

Akhirnya, Tun M berusaha melalui proses demokrasi iaitu melalui barisan pembangkang. Adakah ini salah?

Saudara OldFriend hendak kata Tun M hipokrit tidak betul. Tun M bertindak secara praktikal untuk selesaikan masalah.

Cerita DAP chauvinist ini, bukan betul pun. Cina DAP dan MCA sama saja. Cina DAP nama Tan, Lim dan ramai mata sepet. Cina MCA pun nama Tan, Lim dan ramai mata sepet. Orang Cina DAP boleh kawin dengan Cina MCA, dan sah mengikut agama mereka.

Zalman A said...


"“We didn’t know, we had prepared our speaker’s (for the debate). We were shocked,” he told reporters when met after the Bill was deferred.

PAS Youth Chief Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz also echoed Takiyuddin’s sentiments, claiming that the party was shocked with Pandikar’s ruling.

“The speaker’s decision to postpone the debate was quite shocking as we in PAS was prepared but Speaker made the decision using his powers,” he told reporters when met after the debate."

PAS need acting lessons.

Nobody is fooled.

It was all arranged well in advance.

So the sandiwara continues.

The Malays must FULLY reject both PAS and their owners, Umno.

Islam has become a football and circus act thanks to them.

sukasamasuka said...

Datuk,

panglimo potaseh 3:24 PM ada membahas dan ingin tau, yang antara lain nya...

1. "...saya bayangkan jika Tanah Melayu ini dihuni oleh Melayu sahaja...Bagaimana keadaan ekonomi kita..."

Tiada getah...tiada teh...tiada bijih timah...tiada kedai runcit...mungkin tiada jambatan dan jalan raya...tiada minyak...tiada sekolah...tiada University...tiada proton...tiada klinik...kecuali pokok kelapa dan perahu layar kecil tangkap ikan.

Lupa pula...Melayu pandai ka buat kain dari benang untuk buat baju?...susah itu kalau tidak pandai.

Sunyi juga kalau tiada Lim Kit Siang kan?..jadi tiada DAP lah?

Dr. Zakir Naik tidak dapat la datang kesini cari duit sebab Melayu masih jadi penganut agama Hindu atau Buddha atau pemuja alam atau pemuja dewa dewa.

2. "Bayangkan jika Sang Mappadulung dan konco-konco nye diberi amanah menjaga Tanah Melayu yang penghuninye Melayu."

Wow!...ada ramai pembahas2 disini yang happy.

Yang suka itu mesti la sama puak...atau sebangsa...atau sama jenis...atau serupa...atau pun sama perangai macam haramzadah.

Hanya haramzadah saja yang suka dengan haramzadah yang lain.

Macam juga pencuri suka dengan pencuri yang lain...jadi bolih sama sama mencuri.

Aku rasa Datuk AKJ tidak berapa senang dengan kau punya bayangan la panglima sebab buat aaaaaaapa mau itu bibir cantik macam Sang Mappadulung...kalau air liur meleleh ...bau busuk...yuuuuuuuuuukk!

Kami orang kampong disini bilang itu macam penyakit anjing gila ba...atau babi kena jangkit kuman...tiada itu ubat dia setakat ini, kena tembak saja di kepala!

Kesian juga la tengok kalau semua penghuni Melayu di Tanah Melayu kena jangkitan kuman yang sama.

Ingat lagi nasib kaum Nabi Nuh yang mati tenggelam dihanyutkan banjir besar?...Melayu pun akan menerima bala yang sama, hanyut ditenggelami banjir rasuah! Ini betul...Dia sudah menjanjikanNya...tunggu saja bila masa nya.

LaM said...

Now we know why Royalties including previous Agong can't sack the 1mdb thief although given powers to do so under A.40(2)(b) Fed Constitution read with its 11th Schedule.
Tan Sri Datok Dr Jason Ong (now under further detention )have been in the business of offering and giving bribes to Royalties to.get titles.for his client.

So the country can't rely on them but 'senile old man' Mahathir to save it from further damage.

John Doe said...

Salam Dato'

Tulisan yang sgt baik.

Sestuju yang sangat2 setuju dengan segalanya.

Keep it up and on Dato'.

Ipit said...

The playing field is not level. Benefits of all of this are government servants. Heard there will be another wage re-alignment. But in the long run, everyone is the biggest loser. Our hands and feets and of those that arent born yet are all tied up in this mess.

Unknown said...

You are absolutely correct pertaining this matter......!! Najib had ruin all Malaysian life including the young ones,,he is the real trouble maker to this country,,no other ways except during PRU14 we must come together and No To Umno and Barisan National otherwise every single life in Malaysia will suffer till our last breath.....!!

Unknown said...

This are not anak bagan but haram zada too ...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).