Monday, April 10, 2017

NegaraKu Adakah Ia Masih Milikku?


A Kadir Jasin


SABTU 8 April saya bertukar-tukar fikiran dengan kira-kira 40 orang anak muda di Port Dickson. Kita bercakap tentang peri pentingnya generasi muda mengambil peranan besar dalam hal ehwal negara.

[Bila mengulas tentang raja wajib berjaga-jaga. Jangan sampai dituduh menghasut dan menderhaka. Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Guna nama sebenar atau samaran.]

Sebelum majlis bermula kita menyanyikan lagu Negaraku. Sebagai mengusik pemikiran mereka, saya berkata hatta daripada lagu kebangsaan itu pun kita boleh mengambil iktibar dan memulakan proses pemikiran kritis.

Saya tanya mereka, adakah negaraku tanah tumpahnya darahku itu masih milik mereka?

Yang saya tahu, banyak harta negara telah dijual dan digadai bagi menimbus bangkai skandal 1MDB, SRC dan berbagai-bagai kecurian lagi.

Adakah rakyat hidup bersatu dan maju?

Rasa-rasanya tidak lagi. Terlalu banyak musibah, penipuan, pembohongan dan propaganda murahan telah memecahbelahkan rakyat jelata.

Dan pastinya negara kita tidak semaju dahulu lagi. Terlalu banyak masalah melanda ekonomi dan kewangan negara kerana ketidakcekapan, pemborosan dan hutang yang mencecah awan.

Kecuali segelintir golongan elit perniagaan, politik dan perkhidmatan awam, majoriti rakyat jelata ditekan dan dibebani kenaikan kos rasa hidup, pengangguran, kejatuhan nilai ringgit dan GST.

Rahmat bahagia Tuhan Kurniakan. Tuhan tidak menyisihkan kita. Tetapi adakah kita mensyukuri rahmat yang Tuhan kurniakan? Atau apakah kita sedang ditimpa balasan kerana kemungkaran kita?

Dan akhir sekali adakah raja kita selamat bertakhta apabila ada raja yang menuduh pingat kebesaran negeri dan negara sedang dijual-beli dengan harga berjuta?

Tan Sri direman dalam kes cuba sogok seorang sultan untuk dapat gelaran
Berfikir dan bertindaklah jika kita masih sayang dan pedulikan kepada negara kita.

Nota kaki

Anekdot 1: Sebelum Subuh tadi, seorang jemaah yang sudah lama tidak kelihatan di masjid memberitahu yang dia berada sebulan di luar negara. Anak tunggalnya, seorang doktor perubatan, kini bekerja di sebuah hospital di bandar Albury-Wodonga, Australia. Takkan Melayu hilang di dunia. Tetapi apakah Melayu segar di bumi sendiri?

Anekdot 2: Cucu sulung saya (warganegara Switzerland) lulus cemerlang bahasa Latin. Respons saya kepada anak saya berbunyi begini: “It struck me as amusing that the cicit of a Kedah paddy farmer is learning Latin. Too far away and far out compared to my humble sawah beginning.”

Wallahuaklam.

28 comments:

Zalman A said...


Bencana 1MDB lagi besar dari RUUP Hj Hadi.

1MDB dan pencurian dari nya adalah isu yang lebih besar dari RUUP Haji Hadi. Saya berpendapat usaha Hj Hadi itu sia2 sahaja sebab kerja meminda akta ialah kerja kerajaan yang memerintah hari ini. Ianya boleh dilakukan melalui peraturan mesyuarat 48. Orang puteh bilang- give haji hadi a rope long enough, he will hang himself.

Haji Hadi bukan kerajaan-usul nya akan jadi bacaan pertama apabila siap dibahas dan kemudian di putuskan melalui undian. Jika di terima, maka usul menjadi bacaan pertama. Setelah itu ia diambil alih oleh kerajaan. Tugas haji hadi ialah sebagai despatcher sahaja. Setelah serah dan dapat tanda tangan boleh balik.  Jika kalah undian, maka usul itu mati disitu sahaja. Mungkinkah ini trick Najib pada Haji Hadi? 

Zalman A said...


Orang agama tidak pedulikan rompakan?

Dari sejak 1MDB muncul, tidak ada seorang MP PAS pun bercakap mengenai ini. Adakah perkara menegakkan kebenaran dan keadilan tidak diutamakan? Membisu, bererti pencurian lebih dari RM23 billion oleh Najib dan geng nya direstui oleh geng agamawan.

Sebaliknya mereka sibuk mengenai RUUP yang mencetuskan perkelahian dan ketegangan. Golongan agamawan ada yang mengkafirkan orang lain, menuduh murtad, tergelincir aqidah dan tidak boleh dikebumikan ditanah perkuburan Islam. Itulah dia suara2 kebencian dan dahagakan darah keatas orang yang enggan menerima pendekatan golongan sebahagian agamawan.

Kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak yang tidak ada budaya agama itu, menunjukkan kebaculan sebagai pemimpin. Dia enggan mengambil tindakan tegas menyekat tendensi pelampau dan ekstremis dan membenam suara2 kebencian. Sikap demikian dipilih kerana dia mementingkan keuntungan politik peribadi dan kepentingan awam.

Zalman A said...


Tanggungjawab kita ialah membetulkan jenayah ini dan menghantar isyarat kita tidak mahu pemimpin seperti Najib menjadi ketua Negara.

Kita tanya diri kita, jika benar kita seorang Muslim yang mendukung cita2 wasathiyah dan mengistiharkan kita diwarnai oleh Sibghah Allah, bagaimana kedudukan moral kita, pegangan nilai kita kepada wang yang terang2 dicuri?


http://sakmongkol.blogspot.my/2017/04/jenayah-1mdb-lebih-besar-dari-ruup-haji_67.html

Mali Muyung said...

Tahniah Dato, punya cucu bijak lagi pandai.
Alhamdulillah. Tumpang gdmbira.

Zalman A said...


Datuk,

Tun Dr M has posted some excellent questions in lieu of the "debate with penguins".


http://chedet.cc/?p=2481


Here is another point.

THE MACC NEVER CLEARED MO1.

Note carefully.

THE MACC NEVER CLEARED MO1.

After the 24-hour replacement A-G rejected their request to prosecute, they asked for a review of that decision.

Hence, they knew they had a case.

The MACC Review Panel was quickly disbanded, in a great hurry.

The MACC (past & present) must hold those original files in a safe place.

They will make interesting reading, and will ensure that one day MO1 does the jail time he so richly deserves.

It is not only Mat Maslan 3.85 & Shahrir who appear in the paper trail.

Many others do too.

Who else got funds from that AmBank account held by "Mr X"?

Were some of them PAS leaders?

It is all there in black and white.

Let's wait and see.



sukasamasuka said...

Datuk.

Minggu lepas, aku happy kerana kawan kasi aku kerja sikit tolong dia sapu lantai dewan dan susun kursi meja untuk satu upacara...dapat la RM25, siapa kasi...tinggal saja, rokok seludup pula yang naik harga lagi, tambah 10 sen sebungkus 16's, cap kretek PT Djarum Kudus...terpaksa juga la beli.

Masa upacara diadakan, aku sempat masuk dalam dewan...saja saja la...masa lagu Negara Ku dimainkan...semua 300-350 yang hadir, dari budak sekolah hingga dewasa, berdiri tetapi tidak menyanyi.

Tetapi, bila lagu Sabah Tanah Air Ku di mainkan....weeeeeeeeew!...yang hadir ikut sama menyanyi...tapi bukan semua la.

Ini liriknya...

Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi
Semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.


ini pula yang ada musiknya sekali,

https://www.youtube.com/watch?v=EbG1pCf7bMU

Selamat mendengar saudara/saudari semua.



Durang bilang orang Sabah kononnya peramah, mungkin juga la...ini sikit sikit sikap2 orang Sabah la...

- Apa apa pun orang lain buat, orang Sabah bilang..."Ok bah orite nopo"

- orang Sabah juga baik hati, apa apa pun orang ambil dia punya, dia bilang..."Buli ba kalau kau"

- kononnya juga orang Sabah tidak suka meninggi diri, jadi apa apa pun orang tayang, dia bilang..."Kita kita juga baini..."

- orang Sabah tidak risau pasal masa, orang lain sibuk macam manapun dia bilang..."kupi kupi dulu ba"

Datang la ba makan angin ke "Negeri DiBawah Bayu" kalau kamu ada senang senang.

Lama sudah Tun tidak datang kesini...kupi kupi dula ba kita Tun sama orang Sabah.

Di Sepilok, Sandakan, ada pusat pemulihan Orang Utan yang terkenal diseluruh dunia...tapi, aku tidak tau la itu gambar si Datuk AKJ yang dukung seekor Orang Utan itu dia ambil disana ka atau tempat lain.

Note:

'kupi' means kopi in BM or coffee in English

'kupi kupi dulu' is a local slang inviting either friends or someone to take a break.

SalamHamKa said...

Assalamualaikum Tuan.
Kita mungkin sebaya Tuan. kerana dilahirkan pada tahun yang sama. Just to say that I am all out by your side, all those writings posted by you are what really is happening currently in this beautiful beloved country.FYI Tuan, I am a frequent traveller to other countries, especially the Asean region and I have been doing this for past 10 to twelve years. Before last 5 years. I am so proud to tell those people I met that I am a Malaysian from Kuala Lumpur. I am happy to tell them more about our country, they were convinced when and like to know about us.
But sadly Tuan, since our MO1 is in the grand Saga of 1MDB, I am shamed and if possible I don't want these foreigners to know that I am a Malaysian. I will try to hide my passport especially at the immigration ques. This because it happens to me, at one time inside a flight, a foreigner sitting besides me asking why Malaysians can accept a kleptocrat to be a PM. And you know tuan I am speechless.
And that incident is a trauma to me whenever a foreigner asks me where I am from?
Sekian Tuan. Assalamualaikum.

Zalman A said...


1MDB has always been a hot topic for opposition lawmakers during Dewan Rakyat sittings since 2013, except for PAS president Abdul Hadi Awang, said PKR vice-president Rafizi Ramli.

Rafizi claimed to have gone through Dewan Rakyat records and has established that the number of times Abdul Hadi had mentioned "1MDB" amounts to a grand total of just one.

"Since June 2013 until now, (records) show that he appears to be avoiding the 1MDB issue.

"The Marang MP only mentioned '1MDB' once, although (the issue) has been the source of Malaysia's problems since 2011," said Rafizi in a statement today...

Datuk,

For DS Hadi, it is quite simple.

he asked for 4 witnesses.

Now he can have 40 or more than 100.

In 7 countries.

Why does PAS embrace the corrupt?

Is this Islamic to them?


jamil said...

Dato,
Apakah perkembangan terkini tanah KTM di Tanjong Pagar Singapura. Adakah ia juga telah dijual until bayar hutang?

Old friend. said...

1. "Pentingnya generasi muda mengambil peranan besar dalam hal ehwal negara." - Drum this into the minds of the gulible majority while children of the privilege few were sent abroad. (To Switzerland for e.g.)

2. "Adakah negaraku tanah tumpahnya darahku itu masih milik mereka?" - Selagi pemimpin diberi kepercayaan dan sokongan dan tiada sabotaj dari pembangkang yg gila kuasa, Insya Allah. Kerugian Forex BNM RM10bn dahulu pun boleh ditutup senyap2 dgn kerana sokongan padu pemimpin bawahan.

3. "Adakah rakyat hidup bersatu dan maju?" - Apa tidaknya? Bandingkan shj dengan Syria, Myanmar etc...

4. "Rahmat bahagia Tuhan Kurniakan." - Alhamdulillah... Jangan sekali-kali kita hipokrit.

5. "Adakah raja kita selamat bertakhta" - Insya Allah... Ampun Tuanku.

Nota kaki:
"Cucu sulung saya (warganegara Switzerland) lulus cemerlang bahasa Latin." - You must be a very proud datuk Datuk.
Switzerland hmmm... it reminds me of Swiss bank.

Old friend. said...

By the way Datuk, CONGRATULATIONS!...
No, not for your cucu's excellence in the Latin language.

Congratulation bcoz for the first time after several of your postings, you did not mention Datuk Seri Najib with that long title before his name.

Terlupa kot. Faktor usia Datuk... atau atas keinsafan? Alhamdulillah.

Aku said...

Kadiag, salaam.
Baguih la cucu sulong hang bulih spikin Latin, Rosulullah S.A.W. pon, tak salah aku, ada suroh kita belajag basa asing. Di Indonesia, dolu2 pelajag bidang perubatan tahun satu kena ambik Latin, banyak istilah sains, kaji hayat, tumbuhan dan hayawan asai nya dlm basa Latin, lepaih tu masok dlm basa sorat habag, sampai aku nak baca JAWA POS pon jadi payah. Lagi satu, bulih paham basa itali, sepanyog, perancis, peringgi dan sikit2 basa jerman, hak macam Che'gu Sha'ari pakai masa dia tengah hot, hang ingat ka...? Che'gu hak mengajag di Sekolah Ulu Klang.tuu.... hak mengajag bachaan "Che'gu suka main bola, tiap2 hari Che'gu main bola."....tapi pd aku, yg bestnya basa Arab, terutama bab nahu dan syorop, sampai bulih jadi 'asyik sakan, bulih nak gali macam2 maklumat dan ilmu.

Sebenagnya aku nampak, satu kesan sampingan dlm rakyat bangun lawan apa yg hang tulih
"Terlalu banyak musibah, penipuan, pembohongan dan propaganda murahan telah memecahbelahkan rakyat jelata.Dan pastinya negara kita tidak semaju dahulu lagi. Terlalu banyak masalah melanda ekonomi dan kewangan negara kerana ketidakcekapan, pemborosan dan hutang yang mencecah awan."
adalah satu pejalanan yg sangat jauh, mola dgn kalimah2 baru yg laa ni masok dlm sembang2 kedai kopi, kumudian insya'Allah jadi ide2 dan konsep2 baru dibilik bilik darjah dan kuliyah2, masyarakat menjadi sedag atau tejaga dan moga2 jadi asaih gerak kerja. Antara lain, macam dlm naratif hang, periksa balik kata2 yg tekandong dlm lagu "negaraku", dlm "rukunegara" dan dlm "pelembagaan", tengok sejauh mana pulak para malak dah seleweng atau "Highjack". Lepaih tu, macam tetulih dlm sejarah...."The Chairman of China's Communist Party, Mao Tse-Tung, delivered a speech in which he stated "Let a thousand flowers bloom, a hundred schools of thought contend" atau biaglah seribu kumtum bunga bekembang, dan seratuih aliran pikiran betarong.

Pada pendapat aku, ni kod bibit2 gerakkan massa yg akan mencetuihkan gelombang pemulihan dan pembaruan di Malaya. Insya'Allah bila yg hak tetegak, yg bathil akan lupuih. Aku sudahi dgn ayat 81, suroh al Isra' :
(81). وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚإِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا , yg lebih korang bemaksud ~
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
(dari Sultonimubin.blogspot).
Aku

shah said...


Saya ada sekeping gambar beliau sedang dalam majlis ‘orang-orang Umno’, apakah hendak saya pamirkan gambar ini? Sedikit sebanyak gambar ini menjadikan orang kenal dan tahu siapa Nasarudin Hassan ini. Kenapa nadanya sumbang bila bercakap soal PKR.

Wassalam Mso.

– FB Mohd Sayuti Omar

shah said...


Apabila Rafizi seminggu lepas mendedahkan bahawa ada pemimpin Pas mendapat manfaat daripada 1MDB, saya sudah dapat mengagak orang berkenaan. Dalam status di Facebook saya menyatakan saya seperti tahu orang itu.

Dan hari ini dengan pendedahan dan bayang diberikan itu maka jelas firasat saya benar dan tepat sekali.


Individu berkenaan kini tidak berada dalam barisan kepimpinan Pas lagi. Dipercayai dia menjadi jambatan indah buat Pas khasnya menghubungkan Najib dengan Hadi Awang. Walaupun dia telah melakukan kesalahan melanggar disiplin, menolak lantikan sebagai Ajk Pas Pusat tetapi dia masih kekal sebagai ahli Pas.

Menghairankan kenapa Pas tidak bersedia mengambil tindakan. Apakah kerana dia terus menjadi jambatan di antara Pas dengan Najib maka dia dipelihara? Kemungkinan itu besar sekali.

Saya sedikit pun tidak hairan kalau individu berkenaan sanggup menerima dan menjadi broka kepada Pas untuk menerima wang daripada 1MDB itu. Dia memang seorang yang hidup penuh bergaya dan suka menunjuk-nujuk kemewahan dimilikinya.


shah said...


Rasanya semua dapat bayangkan siapakan individu dimaksudkan Rafizi itu.

Bagi saya sedikit pun tidak hairan kalau individu itu adalah bekas pemimpin kanan yang pernah mengimpikan untuk menjadi menteri kabinet.

Dia bukan pejuang tetapi lebih mencari "keralikan" hidup dalam perjuangan dan gelanggang bernama Pas.


http://msomelayu.blogspot.my/2017/04/saya-kena-individu-dimaksudkan-rafizi.html

posmen said...

Negaraku versi MO1... ibarat si tikus yg takutkan kucing parsi belaan disuruh membaiki labu

sukasamasuka said...

Datuk,

"... raja kita selamat bertakhta apabila ada raja yang menuduh pingat kebesaran negeri dan negara sedang dijual-beli dengan harga berjuta?"

Sudah tiba masanya, kerajaan baru pimpinan Harapan harus mengkaji semula...yang antara lainnya...

1. Memansuhkan system karut ini.

Firman Allah Taala "...Sesunguhnya semulia mulia kamu disisi Allah ia lah orang yang lebih taqwanya diantara kamu..." Al-Hujarat Ayat 13.

2. Menyemak semua perbelanjaan dan upacara2 rasmi yang membazir wang titik peluh rakyat.

Firman Allah Taala "Sesunguhnya orang orang yang boros itu adalah saudara saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada TuhanNya" Surah Al-Isra Ayat 27.

3. Tidak bolih berniaga.

4. Malaysia negara demokrasi...bukan anak cucu cicit buat suka suka hati.

5. Islam itu senang...manusia yang kasi susah orang.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Dalam dunia kita ini, antara orang yang paling berkuasa adalah Presiden America, Donald Trump.

Sungguh pun begitu, Presiden Amerika tidak boleh membuat apa saja suka hatinya kerana kuasa perundangan sangat besar kuasanya di Amerika.

Perintah eksekutif Donald Trump untuk menyekat masuk pendatang dari 7 negara Islam gagal dilaksana begitu juga mengubah polisi kesihatan Obamacare.

Pandangan saya, antara masalah pokok dalam negara kita adalah kuasa perundangan “rule of law” tidak sebaik negara-negara maju.

Tidak payah kita tengok jauh, di Singapura, tidak ada tolak ansur dalam undang-undang.

Selagi tidak ada reformasi dalam kerajaan yang sedia ada supaya kepentingan rakyat diperkasakan, selagi itulah perkara-perkara seperti rasuah, salahguna kuasa, ketidak adilan undang-undang akan berterusan.

Semasa belajar dahulu, saya pernah tinggal serumah di kampus dengan orang Arab Saudi dan orang Palestin. Orang Arab Saudi mengatakan mereka tak bebas di negara mereka dan begitu gembira keluar negara. “Freedom” kata mereka. Begitu juga orang dari Iraq, dan lain-lain, mereka tidak bebas seperti kita. Kita lebih baik.

Walaupun begitu, kalau kita tidak mengambil berat tentang hal-hal dalam negara kita, tidak mustahil, hak-hak , kebebasan, perlindungan undang-undang yang sedia ada akan hilang.

MalaysianFirst said...

2020 and all its fallen glory......
FIRST time I heard it, I was far-far-far away....

Almost instantly, I knew it was an IMPOSSIBLE dream........'MIMPI aje'

Can be changed, almost IMPOSSIBLE but achievable...
EDUCATION must come first!

'First come KNOWLEDGE
Then comes EFFORT
The rest falls to place NATURALLY'

'A mind once expanded, no longer fit its original confines'

p.s. I was a Malaysian citizen, but am I still a Malaysian citizen?

Zalman A said...


128 - BN SEAT FORECAST.

At best, that is the ruling Barisan Nasional coalition’s best forecast of seats it can win if the general election is called any time soon. The 14th general election must be held by August 24, 2018.

At worst, BN can win 122 seats, according to an internal analysis that was tabled at two retreats held in February and before Parliament met in March.

Both numbers are enough for BN to retain Putrajaya but many in the coalition are now trying to work out better numbers, as both forecasts are lower than the 132 seats it currently holds.

A breakdown of the forecasts show BN is still confident of winning 50 federal seats in its “bank deposit” states of Sabah and Sarawak. It now holds 46 out of the 56 federal seats in both Borneo states.

The Malaysian Insight understands the numbers were crunched with data that included feedback about hot-button issues, such as the RUU355 shariah law amendments and the current bearish economic conditions.

Datuk,

The PH people are also talented at projections.

Hope they are working hard.

I expect MO1 to react soon.

sukasamasuka said...

Datuk,

"Rahmat bahagia Tuhan Kurniakan. Tuhan tidak menyisihkan kita...."

Tepat 100% kata kata Datuk.

Aku bukan takut sama Tuhan sebab Dia tau aku siapa, tetapi aku takut sama manusia sebab manusia suka menganiya manusia lain...pakai bomb C4 ada...pakai tong simen pun ada...

Contoh nya...

"Kami tak campur agama kamu, Zahid ingatkan bukan Islam...April 11, 2017.

KUALA LUMPUR: Zahid berkata orang bukan Islam tidak patut mencampuri hal mengenai pemerkasaan syariah yang disifatkannya isu umat Islam.

Beliau mengingatkan tentang Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam sebagai agama rasmi..." (1)

Ada satu lagi contoh...

Hadi bentang RUU 355, beri amaran ‘jangan permainkan Islam’...April 6, 2017. (2)


1. Maka nya, kalau la betul Islam itu konon konon nya suatu agama rahmatan lil ‘alamin, dalam erti kata lain nya, Islam itu merupakan agama yang membawa rahmat dan kesejahteraan bagi semua seluruh alam semesta, termasuk hewan, tumbuhan dan jin, apalagi sesama manusia...seperti, firman Allah dalam Surat al-Anbiya ayat 107 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”....aku rasa tidak nampak sedikit pun dua ekor biawak ini mempunyai sifat sifat seperti itu.

2. Bolih ka Islam itu dipaksa pada orang Islam dan orang bukan Islam dalam context Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan?...di ugut?..di bagi amaran keras?...dipaksa orang Islam/bukan Islam hormat Islam?..bolih ka?

Kalau bolih, Islam sudah mati di Malaysia!

3. Kamu dua ekor ni siapa sebenarnya? Islam tu kamu punya ka? Hak bapa kamu ka? atau pun hak UMNO dan PAS sahaja?

Kamu ke yang mencipta Islam, macam kamu mencipya konsep baru "Temberang Najib 50" dengan istilah baru nya Islam was-satay-ah?

Selepas Najib, Islam apa yang kau mau bawa Zahid, itu pun kalau kau jadi PM la?...mungkin Islam Ketupat-iyah?

4. Nampak2nya, "Islam UMNO" dan "Islam PAS" suka paksa orang lain dengan amaran dan ugutan2 keras...mungkin juga biawak2 ini sudah desperados..."menculik" Islam sebagai tebusan kuasa politik dan wang ringgit.

5. Aku rasa "Islam UMNO dan PAS" ini sudah tidak dapat membawa "Rahmat bahagia Tuhan Kurniakan", kecuali menyakitkan hati orang lain.

6. "Islam UMNO dan PAS" ini telah mengguris perasaan orang bukan Islam, hingga mereka curiga sama orang Islam.

7. UMNO dan PAS melukakan hati orang lain.

8. Siapa ba yang kata yang UMNO dan PAS ini memperjuangkan Islam kalau yang kamu lakukan ini hanya memutuskan silatulrahim antara kaum2 di Malaysia.

9. Apa ka UMNO dan PAS sudah lupa pada firmanNya..."...Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)" Al Hujarat Ayat 13.

Kamu biawak2 UMNO dan PAS sudah lupa kan...mungkin rakus gila makan bangkai 'kuasa dan wang ringgit'.

10. Kaum2 yang ada sekarang ini sudah luka hati mereka...tidak akan pulih selagi mereka masih hidup.

Mungkin generasi baru tidak dapat merasa apa yang kita rasa sekarang...itu sahaja harapan kita di bumi Malaysia ini, Negara Ku, tanah tumpahnya darahku!...itu pun kalau "Malaysia" masih ada...atau mungkin,

Sabah tanahairku,
Negera kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi
Semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negera merdeka.



(1) http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/11/kami-tak-campur-agama-kamu-zahid-ingatkan-bukan-islam/

(2) http://www.freemalaysiatoday.com/category/videos/2017/04/06/hadi-bentang-ruu-355-beri-amaran-jangan-permainkan-islam/

Raksa said...

Cucu cicit kita x tahu-menahu langsung pasal the mother of all soalan iaitu apa akan jadi kpd negaraku kalau the incumbent retains his premership pasca pru 14.

Kitalah the torch bearer, datuk. Supposedly making critical decisions on their behalf for the good of their future.

Jawapan saya kpd soalan cepumas itu datuk is best answered in one word: surreal, since it wont be an if. Gerhana yg lebih besar dpd 1mdb atau mana mana skandal sebelum ini, let alone the pesky inconsequential pain in the u know where ruu355.

Rincian kpd jawapan satu perkataan itu rasanya lebih arif utk datuk lebarkan sebab im sure u have the knack of knowing what im driving at..

tebing tinggi said...




Milik siapa negara ini ?.

sukasamasuka said...

Datuk,

"rakyat hidup bersatu dan maju"

1. Kalau kita bandingkan Malaysia dengan Syria, Mynmar dsbnya, kita lagi bersatu dan lebih maju.

2. Siapa la "Malaysia" kalau nak banding dengan Syria dan Mynmar...dua negara purba yang kaya dengan sejarah silam dan masih ada hingga sekarang selepas beribu ribu tahun lamanya.

Malaysia bukan negara purba. Ia lahir baru saja...pada tahun 1963...54 tahun yang lalu!...Datuk AKJ lagi tua dari Malaysia!

3. Tetapi, sekarang Malaysia memang ada persamaan dengan Mynmar atau Burma...dimana kedua2 nya adalah negara Kleptrocrat!

We are not alone, after all!

4. Ada sambal belacan ka di Syria? Mungkin orang Mynmar suka makan cincalok? That's a good comparison for a start, don't you think?

5. What about we compare ourselves to our closest neighbors, Datuk?

I can't think of any at the moment, is there?

sukasamasuka said...

Datuk,

"raja kita selamat bertakhta"

1. Its just an illusion.

2. Kita minta ampun bila buat salah...kecuali mau terus hidup berpura2 dan kaki bodek.

3. Tiada orang Sabah dan Sarawak suka kecuali orang politik yang kaki bodek.

4. Kalau takut dihina, pandai2 la.

5. Undang2 dan Mata Mata bolih kasi takut orang bawah...but, respect must be earned.

6. Dimana durang bila kita perlukan?

7. Orang bilang bersembunyi dibelakang tembok dinding.

8. Harapan lebih satu juta disia2kan begitu saja?

9. Kalau bukan duit kami, makan batu.

10. Jangan la mengada ngada.

panglimo potaseh said...

Jom kamu pilih lah .. nak dengar negara ku ke, terang bulan. Buat masa ni telinga aku lebih ghairah dengar lagu terang bulan .. lebih realistik?

sukasamasuka said...

Datuk,

"NegaraKu...rakyat hidup bersatu dan maju"

1. UMNO memajukan hutang NegaraKu ketahap RM1 Trillion!

Macam mana la orang macam aku yang hanya tukang jual mee goring mau bayar RM31,250 hutang NegaraKu?

Macam mana la si Karim, tukang gali kubur mau bayar hutang RM31,250?...makan pun tidak cukup, ini pula mau bayar hutang orang UMNO Malaya?

2. Sekarang NegaraKu maju dengan 2.5 juta pelajar sudah dapat belajar di institusi tinggi dengan berhutang sebanyak RM56.4 billion...dengan purata RM22,560 hutang seorang!.

3. In terms of employability, the central bank said that youths with tertiary education were the highest among the unemployed at 15.3%. (1)

4. NegarKu sudah maju dengan 1.3 juta PTPTN kena blacklisted dan 111,000 tidak bolih keluar dari NegaraKu!

5. Jadi anak2 muda dalam NegaraKu sudah berhutang sebanyak RM53,810 seorang!...dan 512,000 dari mereka ini belum ada kerja...siapa mau ke Syria dan Mynmar cari kerja?

Sabar ba, kalau NegaruKu dibanding dengan Syria dan Mynmar, NegaraKu lagi maju ba.



(1) http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/27/young-and-jobless/

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Kita mengamalkan demokrasi.

Berbeza dengan negara lain terutamanya di timur tengah atau negara komunis, kita ada pilhanraya untuk memberikan hak kepada rakyat untuk memilih.

Saya rasalah, mungkin ramai orang melayu terutamanya di luar bandar kurang paham fasal 1MDB, dan lain-lain.

Tapi soal harga barang naik mereka faham.

Orang melayu faham duit yang ada di tangan semakin lama semakin rendah nilainya.

Kedua soal harga rumah yang naik melambong tinggi. Itu pun mereka faham.

Ketiga soal biasiswa yang dulu zaman Mahathir, ramai orang melayu dapat biasiswa. Sekarang ini, tak ramai yang dapat biasiswa.

Keempat, soal pekerjaan. Kekurangan pekerjaan menjadi satu masalah. Saya tengok, berbanding dahulu, zaman sekarang ramai orang perempuan yang naik motor untuk kerja. Mungkin kerena harga kendereaan mahal.

Kelima, harga letrik, air, toll, semakin naik.

Perkara-perkara ini orang melayu faham.

Cuma sekarang ini ada yang dinamakan orang putih sebagai “Smokescreen”

Isu RUU355 dan DAP ditimbulkan supaya orang melayu “lupa sekejap” soal-soal yang lebih penting.

Isu-isu ini akan dimainkan berulang-ulang dan sentimen orang melayu akan dinaikkan supaya perkara-perkara pokok yang lebih penting dilupakan buat seketika.

2 bulan yang lepas, saya mencuba menaiki “Grabcar”. Nampaknya, sistem baru ini diterima baik oleh ramai orang melayu. Yang bawa “Grabcar” pun ramai orang melayu, ramai yang anak muda. Keretanya lebih baik dan sistem ini lebih baik dan efektif dari cara lama. Saya menunggu tak sampai 10 minit sudah ada yang datang. Yang bawa Grabcar tidaklah pandai sangat arah tujuan tetapi ada sistem “waze” untuk mengarah hala tuju.

Memang patutlah, ramai pemandu teksi mengeluh, sistem baru ini agak mencabar pendapatan mereka.

Oleh itu, saya rasa orang melayu bukan tidak boleh berubah dan terbuka menerima benda yang baru.

Saya rasa, kalaulah “presentation” pembangkang baik, seperti “Grabcar”, ramai yang akan terima. Pembangkang ramai yang mempunyai tokoh yang baik dalam PPBM, PKR, Amanah, dan DAP.

Kalaulah pembangkang dapat menengahkan masalah ekonomi kepada rakyat terumanya diluar bandar dan dapat menawarkan yang lebih baik, saya rasa peluang untuk pembangkan lebih baik.

Biarkan mereka yang pukul gendang RUU355 dan perkauman, akhirnya suara gendang akan tengelam juga macam matahari tenggelam di waktu petang.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).