Wednesday, April 12, 2017

Pelantikan Hisham: Tempua Bersarang Rendah




KALAU tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah.

Kalau tidak ada sesuatu yang “mendesak” masakan (Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein dilantik Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Pelantikan yang berkuat kuasa hari ini diumumkan oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, melalui satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu, Mohd Najib yang berupa sepupu Hishammuddin berkata ahli Dewan Rakyat Sembrong itu kekal sebagai Menteri Pertahanan.

"Pelantikan ini akan membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan," kata Mohd Najib. (Baca di sini)

Tugas-tugas Khas kukuhkan kedudukan Hishammuddin
Tanda Tanya

Apakah tugas-tugas lain yang akan Hishammuddin jalankan yang belum dilaksanakan oleh menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Mengapakah Mohd Najib memerlukan sepupunya menjalankan “tugas-tugas khas” di JPM sedangkan beliau sudah pun mempunyai timbalan iaitu (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi?

Sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid tentulah lebih daripada layak dan mampu untuk membantu PM dalam apa-apa jua tugas – khas atau umum.

Malah kalau perlu, TPM boleh dilantik memangku jawatan PM. Pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, dua daripada timbalan beliau – (Tun) Musa Hitam dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim – pernah dilantik menjadi pemangku PM.

Jadi tidak ada masalah Ahmad Zahid diberikan tugas tambahan bagi meringankan beban PM melainkan Mohd Najib mempunyai pertimbangan-pertimbangan lain.

Misalnya beliau tidak lagi yakin sepenuhnya kepada Ahmad Zahid dan mahu Hishammuddin mempunyai bidang kuasa yang lebih luas bagi mengimbangi pengaruh Ahli Dewan Rakyat Bagan Datok itu.

Atau ada sesuatu yang lebih sensitif dan rumit seperti kedudukan Mohd Najib yang semakin lemah dalam Umno dan Barisan Nasional serta cakap-cakap berkenaan kemungkinan pilihan raya umum diadakan secara mengejut.

Pelantikan tiba-tiba Hishammuddin turut membawa kembali ingatan wartawan generasi saya kepada peristiwa pemergian sulit Almarhum Tun Abdul Razak Hussein ke London untuk rawatan perubatan pada bulan Disember 1975. Almarhum meninggal dunia di ibu negara British itu pada 14 Januari 1976.

Boleh jadi Mohd Najib memerlukan Hishammuddin untuk menjaga hal ehwal negara dan beliau (Mohd Najib) turun padang berkempen untuk mengekalkan kuasa dan beliau tidak mahu membebankan lagi Ahmad Zahid.

Tetapi pemberian tugas tambahan di JPM kepada Hishammuddin boleh juga dilihat sebagai isyarat bahawa Mohd Najib mempunyai “reservation” (syak wasangka) terhadap kesetiaan dan komitmen Ahmah Zahid.

Kalau kita dalami kenyataan dan pendirian Ahmad Zahid sejak beberapa waktu kebelakangan ini, kita akan dapati yang beliau cuba memberi gambaran bahawa manakala beliau setia kepada Mohd Najib, beliau tidaklah membuta-tuli mengikut telunjuk bosnya.

Misalnya beliau mengambil pendirian yang agak terbuka dalam isu bahas Dr Mahathir-Mohamed Nazri Abdul Aziz yang diharamkan polis. Beliau memberi gambaran seolah-olah beliau tidak keberatan membenarkan bahas itu berlangsung.

Kita tidak perlu berteka-teki berkenaan pendirian Mohd Najib mengenai bahas itu. Walaupun beliau berdiam diri, beliau tentunya tidak mahu bahas itu berlangsung.

Kita tentu masih ingat bagaimana beliau lari daripada dialog Nothing2Hide tahun 2015 apabila mengetahui Dr Mahathir berada dalam dewan bahas.

Biar sehebat mana pun beliau memperkecilkan Dr Mahathir, Mohd Najib tahu bahawa Dr Mahathir boleh dengan mudah mengalahkan Mohamed Nazri dalam perbahasan bebas.

Langkah Mohd Najib membawa Hishamuddin JPM tidak syak lagi akan mengukuhkan kedudukan sepupunya itu dalam hierarki Umno dan kerajaan.

Serentak itu, kedudukan Ahmad Zahid sebagai bakal pengganti (heir apparent) menjadi kabur sedikit walaupun beliau nyata lebih berpengaruh daripada Hishammuddin dalam parti.

Perkembangan terbaru ini juga pastinya akan menghangat dan merancakkan perang saraf di antara kem Ahmad Zahid dan kem Hishamuddin yang sudah berlangsung sekian lama.


Wallahuaklam.

28 comments:

sukasamasuka said...

Datuk,

Harga minyak RON95 naik lagi dari RM2.13 kepada RM2.16 dan esok sudah RM2.24 (13th April).

Terima kasih pada UMNO haramzadah!

Custer said...


Dalam dunia korporat, Wak jahid (DZH) patut dah kena 'cold storage' atau dilantik Manager - Special Projects, satu jawatan yang tunggu masa untuk ditendang. Jawatan ini untuk pengurus yang tidak boleh 'deliver' atau tidak membantu CEO.

Kenyataan ZH dalam isu RUU355 ada yang mengelirukan atau sengaja mengelirukan dari tindakan yang najib ambil akhirnya.

Lantikan H2O mungkin kerana :

1. Hilang kepercayaan DSN terhadap DZH.
2. H2O ialah sepupu yang boleh dipercayai.
3. Mengukuhkan kedudukannya yang semakin lemah. Lantikan ini dibuat pada hari berita TDM kata DSN akan tumbang dan sehari sebelum Rafizi hendak mendedahkan penyaluran dana 1MDB dari akaun DSN ke akaun bekas pemimpin PAS yang masih ahli PAS.
4. Mengukuhkan kedudukan benteng Umno Johor yang makin rapuh dengan TSMY menubuhkan PPBM, isu skandal rasuah hartanah Exco Johor dan Forest City.
5. DZH tertumpu di Bagan Datoh dan Ismail Sabri di Bera yang kedua-dua kerusi mereka goyang. Ketua Penerangan Anuar Musa dengan isu MARA.
6. Walaupun PAS jadi talihayat DSN, ia juga menjadi ancaman kekuasaan Umno dengan isu RUU355 menyebelahi PAS.
7. DSN tidak dapat berhadapan dengan TDM dan PH sendirian.
8. Saleh Said dan Rahman Dahalan dah tak effective lagi.


Ada yang boleh tambah lagi.


sukasamasuka said...

Datuk,

"I support the new portfolio assigned to assist the prime minister in missions and special tasks to strengthen bilateral relations (with other countries) and also specific tasks that will lead to the smooth administration of the government," he (Zahid) was quoted as saying by Bernama. (1)


"Let there be no parties that try to create a fuss as well as try to find points to make us fight... because Zahid has made a statement saying he himself accepts this appointment," he (Hishammuddin) told a press conference in Kuala Lumpur today.

1. Bilateral relation with other countries?

2. Itu bukan kerja si Anipah Aman ka?

3. Pada 22hb August 2015...Zahid jumpa dengan Chief Investment Officer and Wealth Trustee representing the mysterious Arabs behind the RM2.6 billion donation deposited into Datuk Seri Najib Razak's private accounts.(3)

4. Sebulan kemudian pula...24 September 2015..."Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein berada di Riyadh to tackle IS threat... " (4)

5. Kalau RM2 billion sudah dikasi balik selepas PRU13...itu pun kalau betul la Pak Arab yang punya...macam mana mau kasi masuk balik itu duit untuk PRU14?

6. Syukur la Zahid pun sudah menerima perlantikan Hishammuddin dengan hati yang jujur dan terbuka.

7. Bagus ba si Zahid nie...ramai juga orang UMNO Sabah yang suka sama dia...sebab dia rajin jalan jalan ke Sabah..."bila lagi mau datang buka itu cawangan pejabat yang baru bos ku?"

8. Hisapmuddin, lepas nie rajin rajin ba kau datang ke Sabah juga...melawat2...bukan apa la...dulu pada tahun 1979, Hussein Onn tukar status Sabah dari "Negara" kepada "Negeri"...nanti bila kau jadi Perdana Menteri ganti si Najib...kasi turun lagi itu status Sabah kepada "Daerah". Orang Sabah sangat berterima kasih atas pemberian UMNO.

9. Salah satu hobi disini sabung ayam. Ayam jantan yang kuat iman nya tetap menang. Ayam jantan yang kurang kuat iman nya, akan mati kena pisau.

10. Ayam togel Padang Rengas sudah mati!

Ayam jantan PAS hisap jari dengan tangisan air mata, mana kan tidak "ayam terlepas, tangan bau taik".

Hanya seekor ayam saja yang akan hidup...itu adalah kerja Bapa Ayam dan Mommy Ayam!






(1) http://www.malaysiakini.com/news/378944

(2) http://www.malaysiakini.com/news/378945

(3) http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/zahid-i-met-with-rm2.6b-donors-representatives

(4) http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/09/24/klriyadh-deal-to-tackle-is-threat-hisham-agreement-reached-following-courtesy-call-on-saudi-crown-pr/

dt rahman pekan said...

sejak jan 2016 saya tlh merayu kpd d sri zahid utk mengambil alih.

saya tahu perkara saperti ini akan berlaku.

d sri didn't I tell u?

posmen said...

Kita tidak harus terkejut dengan perkembangan terbaru ini.

Hishamuddin sudah sekian lama low profile semenjak isu 1mdb menjadi hangat.....

tidak pasti sama ada di arah oleh MO1 supaya jika keadaan tidak boleh di kawal, di harapkan hishamudin dapat membantu menyelamatkan MO1 atau dia sendiri mahu menjauhkan diri dari di kaitkan dengan sepupu MO1nya...????

Kali terakhir hishamudin ke hadapan adalah sewaktu krisis misteri mh370 yg tiada kaitan langsung dgn portfolionya ketika itu dan kemudian nya krisis lahad datu...

Aku said...

Kadiag, salaam.
Apa habag...?
Pasai keh pelantikkan ni, satu hai aku rasa kena tekan ialah aspek pupu dia tu ''menteri pertahanan", satu jawatan yg sangat kuat atau pawa ("power") ataih beberapa sebab :

1. Bajet petahanan sangat2 besag seperti baru baru ni depa nak curoh duit beli kelengkapan perang masa petunjukkan EXPO LIMA, lepaih tu beberapa bulan lagi di rancang pulak nak buat expo tentera laut "Armada" kali ni di Lumut ..dan Malaya akan teruih bebelanja sakan, ni laporan betarikh Ogos 27, 2015:
Hishammuddin: Military to go ahead with purchase of assets despite global economic downturn ..
(darihttp://www.themalaymailonline.com)

2. Lepaih pembunuhan dan letupan mayat Altatunya dan berjuta juta duit yg masok ke syarikat member depa terbit dari kontrek beli kapai selam, dan hilang injin pesawat perang, aku gerun nak pikiag pasai cara depa belanja duit. Ni laporan yg di sabit dgn sepupu tu :
"PRESS STATEMENT, 9 June 2014, Kuala Lumpur - Transparency International Malaysia (TI-M) notes with concern the Defence Minister, Datuk Seri Hishammuddin Hussein’s statement that corruption and leakages are among the causes of continued intrusions in the 1,400km coastal areas of Sabah under the Eastern Sabah Security Command (Esscom). TI-M supports the Defence Minister in calling for an urgent need to address these weaknesses after reviewing Esscom’s...
Macam dia pon mengaku....

Lagi pulak, amalan2 korup lazim belaku di kebanyakkan bahagian donia : "The arms trade is one of the most corrupt prone sectors. The impact of corruption in the arms trade has severe consequences for citizens, governments and nations.
The payment of kickbacks and bribes in defence purchases inflate the cost of weapons and this impedes the ability of governments to defend their countries. When there is high level of secrecy in arms deals, weapons may end up in the hands of criminals and violent dictators ending in the cost of many lives...."(2011, ibid.).

Ringkaihnya ni cenderong belaku guna hujjah, antaranya:
a. Para pentingnya petahanan kpd sesatu negara, maka wajag la belanja besag.
b. Kenunnya mesti kena tinggi unsog rahsia...atau hampa tak payah tau kerana kami lebih tau, macam depa boh tentera Malaya di Saudi.

Lepaih tu, buat lagi jawatan, dan bagi kak sepupu pulak tu, Mad bin Saleh kata, juruih kepada "concentration of power". Depa tak sedag ka, nespotisme satu bentuk selingkohan...? Bulih ka depa hujjah dzoruroh ka pada hai masih ramai yg berbakat dan bekelayakkan.

Macam mana pon terima kasih banyak Kadiag, Alhamdulillah, Allah S.W.T. bagi keberanian dan kekuatan kak hang buat blog ni, lantaran tu bulih la aku tumpang jadi tetamu buat coretan, dan mintak maghap la kalu kurang 'decorum' yg selayaknya sebagai sesorang tetamu atau apa2 salah silap, no. Wa sallam.
Aku.

Awang BatuBurok said...

Salam Dato,

Politik Malaysia sudah bercelaru dan harubiru.

Demi kuasa dan nafsu politik hukum hakam, halal haram boleh diubah ubah mengikut kepentingan politik puak dan kabilah.

Ya Allah selamatkanlah tanah air kami yg tercinta ini dari musibah dan bencana politik yang sedang melanda.

LaM said...

...any person who support a thief who stole us$billions of Dakota's monies is not only foolish and stupid but lack moral scruples. They are indeed thrash and rubbish. Wahid is one and so are the other Ministers..& umno leaders.

RD. said...

Sebenarnya... saya tak kisah sangat pun... jika ciri-ciri atau identity Melayu mahu dihapuskan pada duit-syiling.
Masaalahnya... mengapa dibuat secara diam-diam atau stealthily... sama seperti Kerajaan menghantar Tentera ke Arab Saudi?

Sama seperti berhutang tubuh 1MDB dan guna Jho Low sebagai orang-tengah, tanpa dibawa berbincang dalam Kabinet.

Sepatutnya, sebelum membuat keputusan untuk design duit syiling-baru, Kerajaan mesti bersikap jujur & berterus-terang dengan Rakyat. Hebahkan melalui RTM & TV3... Contohnya...
'Demi menepati slogan 1Malaysia, Kabinet telah membuat keputusan untuk mengeluarkan syiling-baru yang bermotifkan Masyarakat berbilang Bangsa di NegaraKu ini.
Selain motif masyarakat Melayu, alat-alat musik ethnic pribumi di Semenanjong, Sabah & Sarawak (Sape, sompoton dll.), Tarian Naga Cina (Tanglong, Bunga Teratai dll.), alat-alat musik India (sitar dll.) akan menjadi ilham... sekian, harap maklum. Satuuu Malaysia'

Malangnya, pengunaan hari pertama duit-syiling keEmasan ciptaan Najib menjadi kecoh & kelam-kabut kerana mesin Vending & ticketing tidak dapat kenal-pasti antara syiling lama & baru. Lebih malang lagi... syiling-baru Najib langsung tidak mencerminkan kemajmukan masyarakat 1Malaysia. Malah... design atau coraknya bersifat asing samasekali dari sifat 1Malaysia... seolah-olah Bintang-5 Komunis China & Vietnam, pun ada.

Sebab itu... di FB... ada yang berangappan bahawa tujuan dihasilkan duit syiling-baru itu adalah supaya kroni atau diri-sendiri perolehi komisen dari upah design, consultancy & moulding.

Sama seperti Bekas-Presiden MCA, DS Ong Ka Ting yang di lantik sebagai Duta Khas ke China, bila kita sudah ada Wakil disana... Perlantikan DS Hishammuddin Hussein sebagai Menteri tugas-tugas Khas JPN juga amat pelik dan terdedah kepada berbagai spekulasi.

Tidakkah ia akan membazirkan lebih banyak lagi, WANG Rakyat?
Adakah DS Hishamudin akan diberi elaun-lebih kerana beban tugas yang lebih di JPN?
Adakah DS Hishamudin akan buka pejabat di Riyadh untuk evacuate Pelajar Malaysia dari Negara Arab yang sentiasa bergolak seperti Mesir & Yemen atau... untuk 'menolong' Arab Saudi 'membunuh' lebih ramai Rakyat Syiah-Houthi di Yemen yang dibantu Syiah-Iran?

Ataupun, sebagai sepupu kepada Najib, Hisham lebih dipercayai dari Zahid untuk mewakili beliau di forum-forum antarabangsa?
Maklumlah, scandal 1MDB-Jho Low telah menyebabkan PM NegaraKu menjadi kera-sumbang di Negara Kapir seperti Singapura, Switzerland & US dan pergerakan terbatas akibat terpaksa mengelak dari terserempak dengan pemberita-pemberita Omputih dari SR, WSJ, NYT dan lain-lain?

RD. said...

Yang paling melucukan Dato... di PAU kali ini akan ada 'cabutan bertuah'... bukan setakat hamper, television, basikal atau peti-sejuk... tapi Kereta & motosikal.

Hakikatnya... mereka sedar, sokongan Rakyat kepada UMNO telah banyak terjejas akibat 1MDB-Jho Low. Makanya, ramai perwakilan yang hadir adalah untuk 'menikmati' peluang menang cabutan bertuah. Macam berjudi lah jadinya... mereka akan sanggup buang masa, duit minyak & tambang-bas ke PWTC demi peluang menang kereta atau motorsikal.

Jika dulu PWTC dibanjiri penyokong UMNO sehingga terpaksa ikuti pembahasan melalui skrin di ruang legar... hari ini pembahasan pun dibuat secara tertutup atau berahsia dan senyap-senyap. Dan sudah tentu... Perwakilan tidak dibenarkan menyentuh scandal 1MDB & Jho Low.

Kita tunggu dan lihat samada PWTC dikerumuni ramai penyokong seperti dimasa lalu. Takut nanti... bila tiba cabutan bertuah, baru ramai yang hadir.

A KADIR JASIN said...

1. Assalamualaikun. Terima kasih para pembahas dan pengunjung sekalian. Pembahas RD, antara lain, berkata: “Yang paling melucukan Dato... di PAU kali ini akan ada 'cabutan bertuah'... bukan setakat hamper, television, basikal atau peti-sejuk... tapi Kereta & motosikal.”

2. Semalam seorang wartawan online bertanya pendapat saya mengenai uji nasib perayaan Umno ke-71.

3. Saya kata, pada tahun 1946 orang Melayu masuk Umno dan bagi duit kepada parti.
Dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dan pilihan raya umum 1959 Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra gadai dan jual tanah untuk biayai parti.

4. Kini Umno terpaksa bagi kereta Protron dan macam-macam lagi hadiah untuk tarik ahli baru.

5. Umno dah jadi macam multi-level marketing (MLM) dengan hadiah dan bonus. Umno sudah jadi hamba kepada wang. Cash is King sudah jadikan Umno hamba. Parti upah dan cabutan bertuah.

6. Melayu Umno uji nasib untuk dapatkan tahi hidung. Cina Jho Low kawan presiden Umno tak payah cabutan bertuah untuk dapat kapal terbang, kapal laut, rumah ratusan juta ringgit dan perempuan cantik.

7. Melayu Umno terus dibagi dedak sebab ketua-ketua Umno anggap mereka macam ayam sembelihan. Bagi makan hanya bila sampai masa nak jual atau sembelih..

8. Boleh sesiapa tanya ulama PAS apa hukum uji nasib guna cabutan bertuah?

Terima kasih. Wallahuaklam.

Zalman A said...


Saya harap rakyat akan menolak parti PAS dan menjauhkan diri dari orang2 seperti ini. Jangan berikan mereka tempat berkuasa dalam negara kita. Nescaya kita diganasi hanya kita tidak bersetuju dengan pandangan mereka.

Bahasa menunjukkan jiwa bangsa. Kepada saya, Malaysia tak perlu penyokong seperti ini yang kacau dan rosak jiwa. Bagaimana kita mahu membiarkan orang jenis ini memerintah dan menguasai system perundangan negara kita?

Mundur dan rosak negara kita jika puak2 ini memerintah. Kita orang Melayu yang lain, tidak memerlukan PAS untuk mensijilkan keIslaman kita.

Janganlah bangsa kita ini terikut2 dengan kebanyakan orang seperti ini. Jika kita ikut, mereka akan menyesatkan kita.

Peringatan Allah dalam ayat 116 surah Al An’am:-

‎‫وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ‬

Jika engkau menuruti kebanyakan orang yang ada dimuka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan engkau dari jalan Allah , mereka tidak lain hanyalah menurut sangkaan2 semata mata dan mereka tidak lain hanya berdusta.

Kita ada otak, kita fikir sendiri. Jangan kita terpedaya dengan para ustaz yang menunggangi agama Islam.

Zalman A said...



Najib Tun Razak bertanggung jawab keatas skendal kewangan yang paling besar dalam sejarah Malaysia. 1MDB sudah berhutang mencecah RM95,000 juta dan sekitar RM24,000 juta sudah dicuri oleh Najib dan geng2 dia.

Habis segala harta negara ini- pelabuhan tanah, projek2 besar, ekwiti dalam syarikat minyak, semua dijual ke negara China pada harga yang di inflasikan. Mengapa? Supaya Najib boleh ambil bahagian yang di inflasikan utuk mengambus lubang2 dalam 1MDB.

Mengapa ahli agama yang ada hati tidak merasai rintihan dan kegelisahan rakyat dengan suara hati mereka?

Mengapa mereka tidak menggunakan telinga untuk mendegar suara bantahan rakyat?

Mengapa mereka tidak gunakan mata melihat bukti2 yang ditampilkan dan tindakan2 undang2 diluar negara?

Semua ini menjukkan bahawa 1MDB dan orang2 dibelakang nya telah melakukan jenayah dan kemungkaran.


http://sakmongkol.blogspot.my/2017/04/ada-hati-kita-hayati-denyut-nadi-ada.html

Zalman A said...


Salam Datuk,

It was Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil who postponed Umno elections when things got too "hot" for him.

They cannot be postponed forever.

Perhaps Zam is right, Zahid has missed the boat.

If Mappadulung Daeng MO1 is still around in 2018, then he will either be challenged outright by Zahid and lose, or he has to kill off Zahid first. Then the Zahid camp such as Mael Sabri and Kok Pasir Salak will sink with Zahid.

Either way, Hisham will benefit.

sukasamasuka said...

Datuk,

"2. Semalam seorang wartawan online bertanya pendapat saya (Datuk AKJ) mengenai uji nasib perayaan Umno ke-71."


Bagus la tu kalau begitu, UMNO sudah ada uji nasib...kalau ia adakan uji bakat, geranti Datuk fail.

Aku mau masuk UMNO la kalau begitu, mana mau dapat itu borang ahli, Datuk?

Tiada juga salahnya ba kalau dapat kurita baru, Datuk..bagus bai tu...kurita aku ni pun, Sang Kancil sudah pandai batuk batuk.

Macam mana la ada Harapan kalau begini, Datuk?...orang UMNO ada 'cabutan bertuah', busuk busuk pun dapat hamper...silap haribulan, dapat pula kurita, orang Harapan ada apa?

Nanti la aku tanya si Hadi.

Asyik tipu jer said...

Zahid dikesan sudah tk sebulu dgn najib..mungkin zahid dh sedar banyak kali kena kencing dengan najisb..zahid dilihat semakin lantang.caranya mempertahankan ruu 355 begitu berani tnpa memperdulikan hati kompenan bn lain ini baru jantan beb. Zahid juga berani keluar kenyataan cyber trooper umno cuma tinggal 6%. Mana lanun tk angin.zahid sudah lawan tokey ni..sampai rumah jer kerbau pendek masuk jarum lagila pening najibs. Zahid juga dikesan sedang melakukan perang saraf dgn n.tu yang sitembelhisamudin di beri tugas yg agak special dalam memantau zahid..silap la najisb sepupu dia ni slow suka play safe plak tu kira lembabla.kita tngok siapa pandai .zahid ker najisb
Cuba tengok kes debat tk jadi nazri dgn tun betapa tkda teioor najibs sebole 2 nya debat dibatalkan. lihat lah betapa nazir dibiarkan keseorangan berhadapn dengan tun..respect nazri walau najib tk bagi debab dia tetepn nak debat gak lagi skali yg mengelupor najibs..banyak lubang dh bocor..jib kapal nk karam camna ni



rizal said...


Mereka yang sudah berdoa siang malam mengharapkan Zahid akan menjadi PM dari golongan marhaen pertama negara akan bersamanya.

Mereka sedih atas apa dilakukan Najib itu. Pelantikan atau pembawaan Hishamuddin ke JPM itu simboliknya mahu membuang Zahid. Pembuangan itu pasti akan dirasai sama oleh golongan marhaen yang hasrat mereka diketepikan.

Tindakan Najib itu semacam mahu menafikan tokoh marhaen menjejaki bendul Istana. Apakah negara ini kepunyaan golongan bangsawan dan jawatan perdana menteri itu milik anak beranak?

Kesimpulan Zahid masih ada senjata dan kekuatan. Bagi lagi apakah dia tergamak, bersedia atau pun tidak. Kalau Zahid sudah berhasrat ingin pencen awal, tentu dia akan mendiamkan diri dan redha berada di bawah Hishamuddin. Imbuhan dengan melantiknya menjadi Gabenur Melaka, menggantikan Khalil Yaccob bagi saya tidak begitu adil dan memuaskan hatinya.

Jawatan itu bukan boleh mendamai jiwa Zahid dan jiwa rakyat marhaen yang mahu melihat PM negara ini dari kelompok mereka.

Pun begitu sebelum membuat tindakan drastik yang sudah dirancang itu — lantik Hishamuddin menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas, Najib sudah tentu membuat perhitungan panjang lebar. Pasti Najib sudah mengikat Zahid. Sudah ada suatu bentuk tali yang terikat ditubuh Zahid.

Tali itu umpama loceng yang disangkut di leher kucing, di mana bila kucing itu bergerak atau berjalan ia akan memberi isyarat kepadanya. Loceng itu menjadikan Najib tahu gerak geri Zahid, manakala Zahid pula asyik dengan bunyi loceng tanpa menyedari yang dia selama ini dicurigai Najib.

Apakah di leher Zahid sudah ada loceng ajaib menyebabkan ia tidak bisa berbuat sesuatu lagi?

Joeharry said...

Salam dato,
Walaupun najib buat pekak dan masih angkuh dengan menyatakan dia masih mendapat mandat untuk jadi pm tetapi pada hakikatnya najib sedar arus penolakkan terhadap kepimpinan nya semakin deras.
Zahid adalah orang yang lama bersama najib dari kementrian pertahanan lagi. Akan tetapi zahid juga sedar onar yang dibuat oleh najib dan melumpuhkan sokongan pada umno. Tapi zahid tidak mahu menentang najib sebab menanti langkah yang terakhir untuk duduk di kerusi pm.
Zahid sedar, untuk pulihkan sokongan kepada umno, siasatan terhadap 1mdb mesti diteruskan tanpa selindung dan melindungi. Najib mungkin dapat membacanya.
Hisham bukanlah orang yang mampu memulihkan ekonomi negara. Tidak ada satu pun rekod cermelang dari hisham hanya lawak jenaka semata.
Tapi apa yang najib mahu hanyalah sesorang yang boleh menutup kedurjanaan yang telah berlaku.
Najib cuma ada 2 pilihan..
Lantik hisham sebelum pru bagi meraih semula sokongan atau mempertaruhkan kekalahan kepada pembangkang.

sukasamasuka said...

Datuk,

- Melayu Melayu UMNO uji nasib untuk dapatkan tahi hidung...masin...ptuiiih!

- Nazri cuba cuba uji nasib...cakap berdegar degar, tahi tersangkut digelegar Padang Rengas.

- Rahman uji nasib juga, dapat la makan taik orang Malaya...sial punya kerja!

- Keruak pun uji nasib juga, sekarang macam anjing, sudah "puas makan taik" orang Malaya, hidu sana, hidu sini pula...ada orang "nampak" kau "disitu" sama "dia" tau bos ku, apa yang kamu bisik2 itu???...sabar ba, jangan dulu kamu melompat lompat.

- Now, you know kan Zahid...mana orang orang Sabah yang kau sayang sayang selama ini tiba2 (-------).

UMNO Johor jadi Timbalan kau?..entah la.

Zahid...ini bukan uji bakat...tetapi uji nasib...kau tidak ada bakat, cakap English pun satu macam...uji nasib macam mana pula?

Takkan kau mau buat U turn pula yang kau tidak pernah jumpa Pak Arab tu?...bila orang Jawa sudah termasuk lubang tahi Bugis, macam mana pandai pun, kalau dapat keluar, tetap juga bau busuk.

Begini saja la Zahid, daripada hidup terus bergelumang dengan tahi Bugis, lebih baik mati bertimbun bunga...kalau masih ada maruah!

Zalman A said...


Salam DAtuk,

"A written judgment that disclosed how Penampang Umno division leader John Ambrose used his position of influence and good relationship with Prime Minister cum Finance Minister Najib Abdul Razak to help secure projects related to UMS Sabah has raised eyebrows among the legal circle.

The Court of Appeal judgment by justice Tengku Maimun Tuan Mat, last month, showed how Ambrose met Najib twice, met with the PM's other officers and then Higher Education Minister Khaled Nordin (in court judgment written as Nordin Khalid) to secure the projects for Asli Jati Engineering Sdn Bhd and its director Peter Anthony, whom he sued."

So MO1 and Cronyism are inseparable.

This is WHY Malaysia needs saving.

Corruption is out of hand.

Now even Umno Hijau are not concerned that their former Deputy President got 1MDB funds.

If TGNA was still alive he would have been shocked very deeply.

LaM said...

Not only Najib must be charged with the receipt of the Scri rm42million & rm2.6billion 1 mdb funds, but also all those who assisted him from prosecution notably Apandi & Khalid. They are accessories to the crime...and are also criminals.

They are people who assists another 1) in the commission of the crime, 2) after the person has committed the crime, 3) with knowledge that the person committed the crime, and 4) with the intent to help the person avoid arrest or punishment. An accessory after the fact may be held liable for, inter alia, obstruction of justice.

There is no way out for Pandi who cleared Najib from prosecution.














shah said...


SR terkini...

Meanwhile, the once abstemious, religious party has been experiencing the side-benefits of its informal alliance with UMNO, say disapproving former members. The cash has started to flow into party operations.

“Nasharudin drives so many expensive cars these days. He says friends lend them to him, which must be very nice” observes one former political colleague.

Another points out that a Terengganu PAS chief, who runs a private Madrasah, was last year publicly offered RM235,000 in a presented cheque by the Prime Minister’s office, something that would never have been previously accepted in the days of Nik Aziz.

“UMNO are dishing out money quite frequently now to PAS Madrasahs, whereas in the past they never gave any money, but would close them down, refuse licences and so forth. Now they are not just closing down but handing out money. People in the villages are confused” commented one former member. “Hadi used to call UMNO unbelievers “Kafirs” Now I go back to the villages and people ask me what is going on?”

Joeharry said...

Sukasamasuka,
Kalau hisham mendapat tuah, sudah tentu zahid akan jebatnya

shah said...

Not only Najib has no plan of stepping down, he plans to use his cousin Hishammuddin to lead the charge in the 14th general election campaign. The prime minister is so unpopular and unwanted that there’s no guarantee he could win even with massive gerrymandering and disarray within opposition parties. Hishammuddin is to be decorated as the knight in shining armour.

More importantly, Najib desperately needs his cousin to defend UMNO stronghold in Johor. Based on our analysis done in 2015, Najib could lose 11 Johor state seats in the event of a 5% votes swing, reducing BN to just 27 seats from the current 38. And if the situation gets worse with 5% to 10% votes swing, UMNO could lose another 12 seats.
 
Either way, UMNO would lose the state of Johor. The sacking of Muhyiddin, an influential Johor warlord, was a tactical mistake. Generally, Johoreans despise Najib, so much so that the prime minister dares not visit the state. In fact, Najib is at the mercy of his cousin Hishammuddin to fish Johorean votes by using Onn bin Ja’afar and Hussein Onn cards.

pak mat penchen said...

Pemimpin sekarang tiada satu jasa pun kepada rakyat dan negara yang boleh di kenang sepanjang zaman tetapi hanya sibuk berpolitik dan berebut jawatan, kuasa dan harta.

jika mahu di bandingkan dgn Dato Onn, Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr Ismail dan TDM... rakyat malaysia malu untuk menyebut nama pemimpin mereka kepada orang luar..

Zalman A said...

"Johor PAS will aim to contest in more than 40 seats in the state during the next general election if the party were to sever ties with PKR.

Its Johor commissioner Datuk Dr Mahfodz Mohamed (pic) said if it was decided that the party break from its relationship with PKR, PAS would be ready to take on more seats than in the 13th general election.

PAS fielded candidates in eight parliamentary seats and 30 state seats in Johor in GE13.

"If the resolution to break away from PKR is passed in the upcoming muktamar (PAS annual general assembly) and gets the nod from our Ulama Syura council, we will contest in more seats than before,” he said."

Datuk,

It seems Umno Hijau will be ordered to help Umno Merah in GE14 "hot spots" - areas where Umno may be in trouble if there are 1 to 1 fights.

Johor is one, Kedah is another.

There is, I'm sure, a large map in Umno HQ and Umno Hijau are being briefed by their masters on what to do.

Jojo said...

Aarghhh....dua2 sama saja...baik hishamuddin mahupun zahid. Kedua2nya melindungi penyamun dan menyokong kegiatan samun wang negara (wang rakyat) oleh penyamun teragung abad ini. Kedua2nya perlu dihumbankan bersama2 bos penyamun mereka.

Kenapa pula kita perlu simpati kepada penyokong2 penyamun ?

Satu lagi, mana2 pemimpin pas yang menyokong kegiatan samun wang negara juga perlu dihumbankan...


sukasamasuka said...

Joe, aku rasa si Tuah dengan si Jebat dua pahlawan Melayu yang agong...Tuah setia membabi buta, Jebat demi keadilan.

Mulut Hisapmudin lagi kurang ajar dari Nazri...suka maki orang sebiji macam sepupunya Raja Bugis yang membangsatkan warga Melayu Felda...jadi dia bukan Tuah...dan tidak akan bawa tuah.

Zahid pula bukan jebat...Jebat tidak pembohong dan hipokrit...itu la dia tidak tunduk pada Raja yang tidak adil dan gila kuasa...jebat yang ini tidak ada maruah.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).