Sunday, April 02, 2017

Polis Cegah Bahas Dr Mahathir-Nazri


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

BETULLAH macam kata Mohamed Nazri Abdul Aziz Malaysia sudah jadi negeri polis (police state).

Lebih kurang macam Korea Utara.
 
[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Apa polis kata, jadi.

Polis kata batal, batal.

Maka batallah bahas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Dalam notis muka depan Sinar Ahad hari ini, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob, mohon maaf atas pembatalan itu.

Memang payah bila polis terlalu berkuasa
Saya setuju dan simpati dengan beliau. Menang payah bila polis bertindak seolah-olah mereka ada kuasa mutlak.

Selepas polis bagi kebenaran bersyarat benarkan bahas itu diadakan di Shah Alam, tiba-tiba semalam polis hantar surat kata kebenaran asal dibatalkan.

"Pelik, dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!! " kata Hassamuddin dalam mesej Tweeter beliau.

Surat polis yang dilampirkan oleh Hussamuddin mengatakan pembatalan dibuat kerana bantahan penduduk di kawasan berkenaan.

"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menerima bantahan daripada penduduk sekitar kawasan tersebut.

"Setelah dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam, dengan ini kelulusan permit perhimpunan aman bertarikh 31 Mac 2017 adalah dibatalkan," kata surat itu.

Alasan sajalah. Penduduk apa? Ini kawasan perindustrian!

Sebab sebenar adalah melindungi Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, sahabat beliau Jho Low dan anak Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz.

Polis tahu yang Najib dan konco-konco pemakan dedak beliau akan dilondehkan sekali lagi jika bahas diteruskan.

Najib serta para pemakan dedak beliau ada terlalu banyak bangkai untuk disembunyikan dan mereka tahu Nazri tidak mampu atau tidak akan pertahankan.

Daripada sudut lain, saya setuju tak perlu bahas sebab semua kemungkaran dan kebejatan Najib serta pemerintahannya sudah diketahui oleh rakyat jelata yang celik dan berakal.

Wallahuaklam.

31 comments:

sukasamasuka said...

Datuk.

Hal kecil saja ni Datuk...jalan kaki saja ke Singapura...buat kat situ...invite all international media for 60 minutes "Breakfast Talk"...speakers Tun and Nazri...habis cerita.

Zalman A said...


Salam Datuk

This was a forgone conclusion.

If Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil had to run away from Everything2Hide, likewise his macai would not be able to handle questions.

Here is one example.

a) To move RM2.6 billion across countries, it moves electronically. And leaves a trail.

b) At least 3 countries have forensic proof that this travelled from Cayman Islands to NY to Singapore to the Ambank account of Si Mappadulung.

c) If there is forensic proof that it came from Saudi Arabia, why didn't the gomen simply send this evidence to all these countries and hence shut them up? After all, Zahid claims he saw it. Or you can request it from Saudi.

Neither MO1 (Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone) nor Nazri can answer these questions, or about 60 others.

That's why MO1 had to cancel the event.

Salim Shuib said...

Apa kata panggil beberapa tokoh pribumi, pkr, dap, ngo-ngo dan buatkan video pembahasan isu imdb. Upload ke youtube atau blog blog suci. Edarkan melalui whatsapp dsb. Buat lah beberapa siri seperti isu di singapura, isu switzerland, isu mamat di thailand tu.. isu syarikat virgin island, surat penipu arab, isu jho low, isu doj dsb... cukup untuk sampai pru 14

Zalman A said...


Pemimpin PAS sepatutnya mengkaji karakter Najib dari sejarah nya.

Sekarang bila Najib terang2 menyatakan tidak membentang dan tidak menyokong usul RUU355, beranikan sesiapa dalam PAS mengatakan Najib terkeluar agama, tergelincir aqidah, dan bila mati kelak, dikebumikan di jirat Cina? Istiharkah lah, semua hendak dengar.

Malah, sebagai reaksi menyelamatkan air muka, ustaz Nik Abduh kata dia faham kedudukan PM.

Saya sudah beritahu- yang memberi title tuan guru, tok guru, murrabbi adalah mereka sendiri dan sesama mereka. Gelaran dan title berjela dan hebat, tapi akal tidak sama panjang dan bijak.

Sejak 2009 menjadi PM, karakter Najib yang sebenar terserlah. Dari teriakan bahawa zaman kerajaan besar sudah berlalu, Najib menunjukkan bahawa dia semakin draconian dan diktator. Undang2 yang menzalimi rakyat biasa seperti POCA, POTA, SOSMA dan mutakhir sekali National Security Council Act di ujudkan oleh Najib untuk menekan rakyat.

Tidak seorang pun pemimpin PAS bercakap mengenai penangkapan dan pemenjaraan Siti Noor Aishah dibawah akta2 ini.

Dalam tahun 2012, Najib menyenaraikan FGV yang bermaksud merampas asset dari FELDA dan peneroka. Nasib peneroka terumbang ambing kerana asset tangible mereka seperti tanah dan kilang, jentera ditukar kepada saham yang intangible. Nasib peneroka diperjudikan dalam pasaran saham.
Ianya menunjukkan Najib cuai menjaga nasib peneroka.

Skendel 1MDB menunjukkan bahawa Najib seorang yang menggunakan kuasa untuk mencuri wang, menipu dan berbohong dan tidak amanah, tidak jujur. Duit RM4 billon dari KWAP lesap.

Projek2 di jalankan dengan harga yang di inflasikan berlipat ganda.


http://sakmongkol.blogspot.my/2017/03/ada-hati-tidak-mahu-faham-ada-telinga_31.html

Mali Muyung said...

Betul Dato. Kalau minyak naik depa kata ma c rendah jika d bandingkan dgn negara lain. Knapa budaya debat tidak d bandingkan dgn negara lain?
Malaysia negara sedang membangun tapi para pembesarnya mentaliti negara ketiga.
Sedih.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
buyong said...

Kalau Nazri diam tak bersuara, memang dia pondan.

Hj.Shah said...

Lebih baik dan lebih mudah diterima kalau Polis gunakan alasan April Fool...lebih mudah untuk difahami...

5sal said...

Kalu dulu 'Polis Diraja Malaysia'...tapi la ni..'Polis Raja Dimalaysia'.Nak pula berkepalakan kpn la ni..kpn sebelum-belum ni tak seteruk kpn la ni..asaikan x sekepala dengan kera jaan...Depalah pemutus kata...kalu batal..kena batalah..kalu tangkap...kena tangkaplah...tak dak dakwa dakwi lagi..

Mat Bakar said...

Sallam DAKJ>

Dah kata dah! BORIA Nazri sudah menadi, lakonan dia cukup berkesan sebagaimana yang dijangkakan Nazri ni cuma berlagak saja beria ia mahu berdebat mengentahui big Boss pasti akan menentang. Najib bimbang Tun akan londehkan beliau dalam apahal saja dan tak ada seorang menteri BN pun yang boleh menyanggah Tun.

Saya setuju saranan sdr Zalman agar debat ini di adakan di luar Malaysia seperti Singapura atau Indonesia. He he kita tengok The Pondan of Padang Rengas berani ke tidak. Saya rasa tengok BORIA P. Pinang dalam You Tube lagi sedap.

sukasamasuka said...

Datuk.

1. It is high time to assemble a team of Queen Counsels from England and other Commonwealth to charge MO1 once for all and all for once, either in English Court or any Commonwealth's Court...as we have a similar legal system...this is the only choice left before and after PRU14!

2. In fact, it is not even an option to bring the matter to a fair conclusion as a precedent to the future Prime Minister of Malaysia who is committing serious criminal offence beyond normal comprehension as in this case in point.

3. Our Legal System has broken down beyond repair.

4. No one trust our Legal System no more.

5. We have failed.

6. Let us fix it with the help from our friends from the Commonwealth...they are there to assist us...as we are part of them too.

7. Let us go back to basic. Malaysia is a new nation...we need every available assistance we can find to heal.

8. 1MDB is a serious life-threatening cancer.

9. PRU14 is not the solution. In fact, it is the problem by itself as we are not sure if the new Federal Government is any different...worse still, if BN continues to govern.

10. We are 100% sure that Tun has considered all the available options. No matter what, we are always with him all the way through.

Aku hanya dapat berdoa moga2an Tun dan Tun Dr.Siti Hasmah sentiasa sihat dan sentiasa dilindungiNya...Ameen.

pengundi padang rengas said...

Kalau kita tengok masa di meja cendol kelmarin pun si nazri dah keras macam patung cendana bila duduk semeja dgn TDM.

So jangan le terkejut bila debat kali ni kena kensel lagi.. kalau tak si MO1 tak pun jantan ball less tu sendiri yg suruh polis kensel.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Heran juga, negara orang lain buat berdebat, negara kita tak boleh berdebat.

Semasa Anwar berdebat dengan Shabery, boleh pulak. Tidak ada orang yang mengamuk dan huru-hara.

Presiden America pun semasa bertanding, boleh berdebat. Begitu juga Presiden Indonesia.

Setahu saya, tempat yang hendak jalankan debat adalah tempat persendirian, bukan tempat awam.

Zalman A said...


Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan PAS sebagai bahan jenaka kerana mempercayai Umno untuk bekerjasama dalam usaha untuk memperkenalkan hukuman syariah yang berat di Malaysia.

“PAS menjadi bahan jenaka negara kerana mempercayai Umno untuk membantu mencapai misi sesat mereka,” kata beliau dalam entri terbaru di blog beliau hari ini.

Zaid yang menyertai DAP pada 7 Februari lalu mengingatkan Pakatan Harapan tidak tertarik dengan idea untuk bekerjasama dengan PAS kerana parti itu pernah tegang dengan Umno.

“Tidak perlu memasukkan PAS dalam Pakatan Harapan dengan mengambil risiko merosakkan segala-galanya.

“Mari kita tinggalkan PAS kepada penyokong dan pemimpin mereka saja,” katanya sambil menegaskan, adalah mustahil PAS dan Umno untuk bersama lagi walaupun mereka kelihatan sangat serasi sekarang.

“Dalam tempoh ‘bulan madu’ PAS-Umno sekarang adalah perkara yang terbaik untuk Pakatan Harapan, tetapi bukan di luar hubungan mereka dalam mengukuhkan hubungan kerja sekali lagi.

“Saya fikir mereka masih dalam misi asal untuk memecahbelahkan pembangkang, walaupun ada halangan dalam menggubal Akta 355.”

If PAS cannot stand to work with DAP & Amanah, then agree with PH as a whole. if there is one logo and platform, then you deal with a unified entity.

Or sell your souls to Mo1 and UMNO.

Perhaps Hadi should be challenged for the leadership of PAS.

He is making them a laughing stock.



LaM said...

Kerja polis tangkap pencuri. Bukan kerja polis lindungi pencuri duit 1mdb.
Hak utk berhimpun adalah mengikut Article 10(1)(b) Fed Connsti dibaca bersekali dgn Akta Perhimpunan Aman 2012.
Nak buat debat, Sinar Harian hanya perlu beri notis pd Polis mengikut s.9. Bukan mintak kebenaran librarian kerana hak berhimpun diberi olih undang2. Ikut s.12 polis kena tampal notis tu dipapan awam utk penduduk buat bantahan klau ada. Ikut s. 15, berdasarkan bantahan2, polis akan mengenakan syatat2 kpd penganjor utk menentukan public order &'security terjamin. Ikut s.8, tanggongjawab polis adalah menentukan orderly conduct of assembly.
Mana ada kuasa polis utk halang atau batal debat yg diadakan dbangunan Sinar Harian.????? Undang2 mana dia ikut???? Polis ikut undang 2 pencuri duiit 1mdb utk lindungi perbuatan curinya diketahui orang awam?????
Apa nk jadi polis Msia ni???? Lindungi pencuri 1mdb. Fasal apa tidak fikir kepentingan negara???? Polis tk ikut undang2, lepas tu bohong satu Malaysia.

Salwah Abdat said...

Tiada apa-apa yang perlu di debat semuanya benar belaka,,segala bentuk usaha hanya untuk menggagalkan debat tersebut,, yang penting pekong tertutup rapat,, Inilah ia dasar musibat...!! MO1 tak boleh dengar perkataan debat sama sekali sebab forebear sangat-sangat..!! Jika sudah ketahap begini pun masih ada Macai-Macai Umno yang masih lagi ingin membela MO1 tak tahu lagi apa nak cakap....!!

Aku said...

Kadiag, salaam.
Apa habag ?
Aku tak la member sangat dgn Mamak Zam, Sg Petani tu, sunggoh pon dia besa mai romah. Tapi kali ni aku setuju dgn tulihsan dia yg isytihag "sekali lagi Mat Tehag memang bergaya", ni aku kopipes :

"Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir telah mencapai suatu lagi kemenangan politik percuma paling bermaruah dan bergaya apabila debatnya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dijadualkan pada 7 April ini atas anjuran Sinar Harian telah dibatalkan.
Ini kerana pembatalannya dilakukan oleh kerajaan yang berkuasa di bumi dan di alam maya dan Tun Mahathir yang hanyalah seorang yang "Nyanyuk," dan " Gila". Apapun alasan diberikan, pandangan rakyat pastilah kerajaan tak berkemampuan hadapi Tun Dr.Mahathir."

Aku hanya bulih kata Allah maha besag, dan Alhamdulillah banyak2.
Lagi satu kalu betoi macam Nazri Abd. Aziz tu kata Zahid dah bagi 'lampu hijau' dan Nur Jazlan pon dah setuju, nampak macam polis yg tak salah aku, bawah kementerian dia, tak kesah pon kad dia (Zahid). Lagu depa nampak tak endah kad dia bila lepaih dia pi kata kerajaan akan bawak usui RUU355 di parlimen, kumudian 'bos' dia kata dak,..dak, biag presiden pati agama tu yg bawak.
Munkin Mad bin Saleh sebut semakin jelaih "posturings, play acting," atau "grandstanding" yg menjadi bahan hampiag saban hari dlm media aruih perdana standad kebanyakkan drama melayu di TV.
Astaghfirullah...Allah ta'ala ampunkan aku, kalu tekasag basa atau imosi, tapi aku dok tengok muka kepala mata2 Malaya selamba saja bila dok umum batai pebahasan/wacana tu... teringat aku muka dan lagak Mike Spence, naib Presiden Amerika, Sean Spicer, dan Kellyanne Conway, jurucakap2 depa, macam kata Bill Maher (jurubicara tesohog) "Without these professional liars and deniers, there is no Trump,... It takes a village to help a man-child stay in power.” (Huffington Post, 1April, 2017).
Maut dok intai2 ni....untuk diri aku dan sesapa, hidop ni sat sangat, pecayalah.
Wa sallam, aku.

SolitaireHunter said...

Saya mempunyai keyakinan bahawa Polis akan membatalkan PRU 14 nanti atas merit yang sama... OMG!

SHAMSURI BIN SALLEH said...

Salam dato'
Kita casangkan debat ni di buat di dannol thailand

Daniel Noor said...

Salam Datuk

Napa tak bikin aja di Dewan Bukit Aman PDRM. Gerenti lebih dr amaan. KPN juga harus hadir. Apandi juga harus hadir.

RD. said...

Salam Dato AKJ & Pembahas sekalian.

Saya sudah lama menjangka... debat ini tidak akan menjadi kenyataan. Lebih-lebih lagi setelah Tun Dr.M buat posting terbaru mengenai 1MDB.
http://chedet.cc/?p=2471

Mana mungkin Ahli Parlimen Pandang Rengas mampu mempertahankan Najib, 1MDB atau Jho Low. Nak mengatakan Najib sekeluarga tidak kenal Jho Low pun tak boleh kerana mereka pernah bergambar bersama atas kapal mewah.

Nak kata RM2.6 Billion dari Pak-Alab pun susah juga... bak kata Saudara Zalman A, pada 8:58AM

Kot-kot nanti... dalam debat itu... ada yang bertanya mengapa Najib asyik membelakangkan Jihad KPDNKK yang sekian lama bertekat mahu benteras peranan orang-tengah seperti Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low... dalam urusan kerajaan. Macam mana Nazri nak jawab?

Kot-kot nanti... dalam debat itu... ada yang bertanya mengapa Najib seolah-olah mahu melenyapkan ciri-ciri Melayu dan Islam yang terdapat pada duit syiling-lama... gasing, congkak, tapak-sirih, wau-bulan, bangunan-Parlimen + bulan-sabit dengan bintang-13 berlambangkan semua Negeri dalam Malaysia.
Apakah motif yang terdapat pada duit syiling-baru... ada yang bercorak seolah-olah Bintang-5 komunis... ilham Najib sebaik saja jadi PM? 1Malaysia?

Namun... TB3 sudah tiga hari berturut-turut, khairah mempromosi debat antara Haris & Mukhriz dengan tajuk 'Kekayaan anak-anak Tun Dr.M'. Sudah tentu debat ini tidak akan mendapat tentangan dari 'penduduk yang tinggal di kawasan perindustrian'.

Mat Muar said...

Setuju dgn Salim Shuib... idea terbaik. Buat ape berdebat. Masuk kan siri seleweng 1MDB dlm U Tube supaya semua orang dari Perlis sampai ke Sabah dan dari Argentina sampai ke Korea Utara pun tahu secara detail dan mendalam... he he

Old friend. said...

Debat di antara dua egoist yang tidak akan memberi apa2 manafaat kpd rakyat.

Seorang mahu cuba mempertahankan penyamun Mappadulung Daeng Mattimung (did I get it correct?) dan seorang lagi merupakan kepala penyamun yg mahu menghalalkan his family ill gotten wealth.

So if you guys nak bersubahat with any of them, stop and ingat Allah dahulu.

Wallahuaklam (pinjam ya Datuk).

Pompuan said...

Salam DAKJ
Kan saya dah cakap dari awal lagi debat tak akan diadakan. Dah tentu dibatalkan untuk ketenteraman Negara. Siapa nak dipertanggungjawabkan jika ada rusuhan. Nauzubillah.
Tun dan Nazri tentu syok nak debate. Tapi yang merana nanti siapa. Kita jugakan. Jadi polis memang ada Intel tertentu dengan menyekat debat. Haram tu.
Ha Damdidum yang mengutuk saya pasal penolakan. Kononnya saya bodoh dan tak perlu komen saya dubaca. Who cares what you think? This is DAKJ's blog. Beliau yang berhak nak meluluskan komen saya layak dipublish or not. Who are you to be so patronizing? Hamg tak berpijak di bumi nyata. Typical rabid PKR dan Amanah's khadam. Definitely not Pribumi men as they are civilized like UMNO. Ada beza tau jika anda dah bergaul dengan politikus ni semua.
Damdidum jenis yang bersorak gila biakpi kampung tergadai.
Polis tu dah pikir tak mahu imej Tun tercelar jika kalah debat dan mulalah ada yg merusuh. Ini yang nak dielak.
What do you hope to get out of the debate? I repeat my previous assertion. This is not US. We are not that sophisticated. Dengan adanya org mcm damdidum yg ingat dia je yg betul, orang lain salah, lagi amat bahaya. Bertemu pulak dengan Jamal, havoc you all.At least Jamal has his own supporters. He's brave. Awak ada?
Kita tunggu response Tun. Nampak kat TV Nazri beriya-iya benar nakkan debate tu. Katanya Najibpun bersetuju debat diadakan. Tak tahulah if dia berlakon. But Nazri is not a hypocrite. He's fiesty and with no pretensions.Anak hantan tulin. In the first place the debate is purposeless. All on IMDB dah resolved. No issue anymore.
The issue now is the kekayaan anak-anak Tun yang nelampau. Itu rakyat nak tau. ANU-war dah pernah cakap, si Karpal dan LKS dah bersuara tapi jawapan tak ada. No commitee to probe like so-called Najib scandal. Ha debat ni perlu. Very important to clear Tun's name. Yang ni patut diadakan. Mukrizpun dah setuju. Stay tuned for that. Ini isu gempak yang belum diselesaikan. 1MDB is stale news. People have moved on. Only here and anti-Najjb's blog still harping.

pengundi padang rengas said...

Apa hebatnya nazri ni?
Menang MP PRU di padang rengas pun majoriti 2000 saja.
Lebih 22 tahun dalam kabinet tiada idea apatah lagi jasa kepada Malaysia yg boleh di kenang.
Ini kah tahap menteri kanan Najib? Setakat kawan rapat sewaktu di UK dulu tapi tak membantu dari segi politik apatah lagi pemerintahan. Nasibnya baik sebab segala rahsia MO1 dalam tangan nya.
Jika setakat pandai melaung kosong untuk publisiti murah lebih baik lagi jamal ikan bakar dengan aksi aneh nya.

1280 K Tmn Malik said...

Assalamualaikum DAKJ,

Nanti nak buat kenduri kawin di dewan atau rumah, kena minta pdrm pernit utk berhimpun 10 hari sebelum kenduri. Kalau pdrm kata batal, batal maka x jadi kawin la kalau penduduk sekeliling bantah. Mahu neroyan la bride & groom tak dapat kawin sbb tak boleh berhimpun ramai2 buat kenduri.

Tapi kalau orang meninggal macamana pula? Kan yg databg ziarah jenazah pon ramai juga saudara dan sahabat berkumpul. Tak kan nak kena apply permit drp pdrm 10 hari sebelom meninggal?

KBAB1 sudah sewel tok....

RD. said...

Pompuan ulang script TB3 ke?

Ha ha ha... "Polis tu dah pikir tak mahu imej Tun tercelar jika kalah debat dan mulalah ada yg merusuh."

Bangang sungguh pro-Jib ni. Penyokong Dr.M merusuh kerana Dr.M kalau debat dengan Nazri.

Pernah ke kamu dengar Rakyat di Negara maju merusuh kerana pemimpin kesyangan mereka kalah berdebat.

Kalau di Korea, Rakyat mereka merusuh bila President mereka dikaitkan dengan rasuah. Di Malaysia, Negara dicop sebagai Kleptocracy atau Ruled by Thieves... pun Rakyat masih tak merusuh, Inikan pula jika.... belum tentu... Dr.M kalah-berdebat dengan Nazri..

Cuba Pompuan huraikan jasa Nazri kepada Negara, selama dia berkecimpung dalam politik UMNO.

Ahmad Mahmud said...

Kita ada pilihan ke Datuk?

Parti Bersatu tak ada di kawasan saya selain BN dan PAS. Dua-dua saya taknak pilih.

LaM said...

Dua-dua mesti hadapi proses undang2. Apasal tk dtg manfaat??? All stolen and Ill-gotten gains must be forfeited from both parties and return to rakyat. Kan ada manfaat utk rakyat.
Masa debat Nazri bolih list all the ill-gptten gains of Mahathir. And Mahatir list down all the monies stolen by Najib.
That is the surest and easiest way for the authorities to get information without having to rely on paid informers or anonymous informations the credibilities of which are always suspect.
Only foolish people like Khalid tweeter or the associates of thieves would not want the debate to go on, to ensure their criminal acts are put under wraps. It is a rich source of first hand 'A' information of the criminalities of both that would come out from the debate.
Tak mendatangkan manfaat kpd rakyat???? Come on....

LaM said...

....of course there are always naive and gullible people.Who thinks the 1mdb issues are resolved. For the rest, Najib &'Low must return to the country the more than us$3.5 billions they stole from 1mdb. And Najib, & the 1mdb thieves and all those women people who abetted him including Pandi & Khalid must be brought to justice. All their wealth be forfeited to pay.back the 1mdb more than rm50billion debt.

Nenekghuffran said...

Pompuan sengal....

apa kaitannya kekayaan anak2 Tun M dgn keperitan hidup rakyat marhaen skrg..
Bukan mereka yg buat hutang 1MDB... kenakan GST.... naikkan harga barang... tarik subsidi... turunkan nilai ringgit... naikkan tol.. saham FGV jatuh...(takperlu nenek teruskan)
Yang sibuk nak clear nama Tun M apahal? dia bukan lagi Perdana Menteri... Isu gempak konon.... yg gempak tu Najib yg namanya busuk seluruh dunia Mat kepit aka Mat kelepet yg mencuri duit rakyat..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).