Monday, May 15, 2017

Cara Atasi Masalah Adun Pas Selangor


A Kadir Jasin


MAAF cakaplah kalau saya kata, sama ada Menteri Besar Selangor (Datuk Seri) Mohd Azmin Ali arah atau tidak, gesa atau tidak, kedudukan tiga orang Ahli Majlis Kerja (Exco) Pas dalam kerajaan Selangor susah untuk dipertahankan tetapi jalan keluarnya ada.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Tiga orang itu - (Datuk) Iskandar Samad, (Datuk) Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – tidak lagi layak menduduki Exco kerajaan negeri. Termasuk mereka, Pas ada 13 ahli dalam Dewan Undangan Selangor setelah dua keluar untuk menyertai Amanah.

Macam mana mereka hendak terus isi jawatan itu sedangkan parti mereka secara sahih dan lantang membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR?

Mula-mula mari kita fahami asas penyertaan Pas dalam kerajaan Selangor. Ia adalah hasil tahaluf siyasi di antara Pas dengan PKR setelah Pas pecah berikutan pemilihan tahun 2014.

Sebahagian besar pemimpin Pas bukan agama yang kalah pemilihan itu keluar untuk menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pas menamatkan kerjasama dengan DAP tetapi mengekalkan kerjasama dengan PKR. Serentak itu Pas mula bermanja-manja dengan Umno.

Pas pecah kerana perwakilan yang dipengaruhi oleh golongan agama (saya tak berani guna gelaran ulama) menendang keluar semua pemimpin yang bukan daripada aliran agama.

Hakikatnya pemimpin bukan tuan guru dan tok lebai inilah yang menolong memberikan imej terbuka kepada Pas dan dengan imej itu Pas berjaya menarik orang Melayu bandar dan terpelajar untuk menyokongnya.


Tetapi kematian Almarhum Tok Guru (Datuk Seri) Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari 2015 membawa bersamanya sifat dan sikap positif dalam Pas seperti keyakinan diri, keterbukaan dan keterangkuman.

Sekali gus ia menyukarkan kerjasama Pas dengan parti-parti Pakatan Rakyat. Ini menjadi bertambah rumit berikutan pemenjaraan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pada tahun yang sama.

Abdul Hadi Awang

Di bawah kepemimpinan Tuan Guru (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang Pas menjadi tertutup, kurang keyakinan, bercelaru dan amarah. Bagi saya ini adalah manifestasi sifat dan sikap Abdul Hadi sendiri.

Kalau kita dalami, tidaklah ada apa-apa yang luar biasa atau “magical” dengan tahaluf siyasi kecuali ia adalah dalam bahasa Arab. Dalam bahasa kita, ertinya kerjasama politik.

Pada akhir-akhir ini Pas suka menggunakan istilah bahasa Arab. Umno pun sudah terikut-ikut. Kita pun tahu sebabnya. Orang Melayu hari ini mudah terpengaruh dengan segala sesuatu yang berciri Arab akibat proses pengaraban orang Melayu.

Maaf cakaplah kalau saya kata, banyak orang Melayu nak jadi Arab walaupun Dunia Arab makin hari makin kacau-bilau, berperang sesama sendiri dan mundur.

Kerana kurang keyakinan diri, Abdul Hadi mengelilingi dirinya dengan orang daripada jenis yang dia rasa selesa iaitu golongan agama yang mengangguk.

Di luar Pas pula, dia hanya akrab dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Itu pun kata orang, bukan kerana dia kenali dan percayakan Mohd Najib secara mendalam tetapi khabarnya kerana Mohd Najib telah berjasa kepadanya.

Ikut cerita, kemesraan itu terjalin apabila Abdul Hadi jatuh sakit ketika dalam lawatan ke Turki pada tahun 2014. Khabarnya kerajaan pusat menghulurkan bantuan.

Sejak itu Abdul Hadi menjadi saudara kembar politik Mohd Najib. Mereka hadir bersama di banyak majlis berbentuk agama. Malah ada masa berbaju Melayu sewarna.

Najib (kiri) dan Abdul Hadi saudara kembar politik
Memang daripada aspek apa pun mereka nampak sehati sejiwa, hidup mati bersama. Maka tidak hairanlah timbul dakwaan dan tuduhan bahawa Pas atau wakilnya telah menerima sejumlah wang yang besar daripada Umno dan akan berpakat dengan Umno dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pas membantah keras dakwaan itu dan sedang mengambil tindakan saman malu terhadap portal berita  Sarawak Report di London. Portal berita itu mendakwa Pas menerima derma RM90 juta daripada Umno.

Tetapi gaya hidup mewah sesetengah pemimpin agama Pas menyebabkan banyak orang percaya bahawa Pas memang ada sumber pendapatan baru yang lumayan.

Mustahil pemimpin Pas mampu mengamalkan gaya hidup mewah dengan kereta Audi Q7 yang harga barunya RM590,000 kalau mengharapkan kutipan derma daripada ahli ketika ceramah dan muktamar.

Pas Selangor

Berbalik kepada Adun Pas dalam DUN Selangor, mereka tidak ada pilihan melainkan berpisah daripada PKR kerana itulah implikasi pembatalan tahaluf siyasi dengan PKR.

Tapi mereka hendak kekal juga sebagai rakan PKR dan duduk dalam Exco.

Jadi caranya adalah dengan keluar Pas dan menjadi Adun bebas.

Atau lagi bagus kalau mereka menyertai mana-mana parti Pakatan Harapan dalam kerajaan Selangor. Mereka boleh sertai PKR atau mereka boleh ikut rakan-rakan mereka yang telah menyertai Amanah.

Satu lagi kemungkinan – walaupun kecil – adalah mereka mengisytiharkan Pas Selangor sebagai bebas daripada Pas pusat macam telah berlaku kepada Parti Kongres India yang ada Kongres pusat dan Kongres negeri.

Azmin telah pun membuka jalan ke arah itu apabila beliau dilaporkan berkata Pas masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat yang dimenanginya dalam PRU 2013.

Wallahuaklam.

20 comments:

hud hud said...


All knows that once PAS sever ties with PKR, they actually have no choice but to quit the Selangor state government. What baffles me is why are they in a hurry to do this when they can comfortably wait for the next election.

Is this another pressure from UMNO? Is UMNO really trying to topple the current government by teaming up with PAS plus defections especially from Amanah. Are there 2 independents in the state assembly?

UMNO + PAS + Ind = 12 + 13 + 2 = 27
DAP + PKR + Amanah = 14 + 13 + 2 = 29

I am not sure if these figures are accurate.

Mat Ali said...

Khabarnya Tuan Haji Hadi Awang akan menjalani satu rawatan intensif di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Jadi hendaknya macam mana bermusuh pun kita dengan ahli politik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan mereka, tetapi dalam keadaan beliau sekarang ini marilah kita sama-sama berdoa agar Allah mempermudahkan segala-galanya buat beliau dan keluarga beliau.

Joeharry said...

Salam datuk.
PAS ni sebuah parti yang tak ada pendirian dan tak tahu malu.
Contohnya, sebelum anwar dipecat dari umno, mereka menjaja disetiap pelusuk yang anwar adalah peliwat. Tapi bila saja anwar dipecat kerana kes liwat, pas dakwa pula yang anwar ni dianiaya oleh umno.
Umno parti haram kerana bergabung dengan parti bukan islam, tapi bila pas nak bergabung dengan dap lain pula nadanya.
Bagi saya, pas akan mengharamkan atau menghalalkan apa saja asalkan boleh memberikan mereka jawatan dan kesenangan. Tetapi idea untuk membangunkan negara tidak pernah wujud dari kotak pemikiran pemimpin pas.
Agama islam dipergunakan sepenuhnya untuk mempengaruhi melayu terutama diluar bandar. Menubuhkan PASTI dan menaja sekolah pondok untuk menampakan pas mendahului syiar islam.
Namun hakikatnya, pemimpin pas melakukan apa saja yang bercanggah dengan hukum asalkan dapat mencapai matlamat untuk jadi pemimpin. Sesama islam pun pas boleh kafirkan dan haramkan berimam dalam solat apatah lagi dalam soal yang lain.
Makanya ada sebahagian pengundi melayu yang menjauhkan diri dari pas dan tetap undi bn kerana tiada pilihan. Bila ada parti pkr dan pas bergabung, maka ada sedikit pertambahan undi dari orang melayu untuk pas.
Bila pas berkata nak jadi blok ketiga, perlu dialu-alukan dan parti pembangkang lain "langgar" saja tanpa ada sebarang rundingan dengan pas.

sukasamasuka said...

Datuk,

"...Maaf cakaplah kalau saya kata, banyak orang Melayu nak jadi Arab..."

Laaaaaa...tak kan mau buat ceramah agama mau pakai baju macam Datuk pula, mana afdal tu Datuk.

Kalau Datuk pakai serban Arab, aku geranti ramai akan datang dengar ceramah agama Datuk pasal tahayul siyasi...atau islam hadiri...atau wasatayiyah...atau dimagh jambari...

Baru2 ini aku terperanjat beruk jumpa kawan lama...hujung nama dia ada pakai al-Haj al-Tacirit...yang satu pula al-Marbani Kelantani.

Cantik juga kalau nama Datuk ada hujung dia kan?...al-Scribi al-Kedahani.

Aku pun mau satu juga la, Datuk...al-Sabahani wal Borneo al-Hubbmusawahubbi...sedap sikit kalau panjang.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Bagus pulak alasan yang diberikan oleh timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim.

Katanya, exco PAS tak perlu berhenti kerana kerajaan selangor yang ada sekarang ini berfungsi dengan baik dan memberikan manfaat kepada rakyat. Oleh itu, exco-exco tak perlu berhenti.

Kalau begitu, dah bagus-bagus berkerjasama untuk kebajikah rakyat, kenapa PAS putuskan kerjasama?

Saya tengok geng-geng lebai yang ada sekarang ini, motivasi mereka untuk kebajikan dan kepentingan rakyat amat kurang sekali. Yang penting adalah dapat kerusi dan jawatan.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin merujuk kepada sejarah pada 1996 apabila Semangat 46 memutuskan hubungan dengan PAS. Exco-exco semangat 46 tidak mahu letak jawatan.

Tuan Guru Nik Aziz mengatakan exco-exco yang tidak mahu meletak jawatan adalah orang yang tidak ada moral dan tidak ada maruah.

Agaknya lebai-lebai PAS ini mungkin sama sepertimana ungkapan TGNA, tidak ada moral dan maruah.

Aku said...

Kadiag, salaam.
'Politics makes strange bedfellows .... Political interests can bring together people who otherwise have little in common. This saying is adapted from a line in the play The Tempest, by William Shakespeare : “Misery acquaints a man with strange bedfellows.”'(dari Dictionary.com).

Hang nulih...'
'Di bawah kepemimpinan Tuan Guru (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang Pas menjadi tertutup, kurang keyakinan, bercelaru dan amarah. Bagi saya ini adalah manifestasi sifat dan sikap Abdul Hadi sendiri.'

Munkin nilai2 yg sama dikongsi kawan dia yg pakai sedondon tu. Sabit tu depa nampak kamcheng sakan kod. Tak salah aku, kawan dia jugak pakai sedondon dgn 'ahli'2 palemen Pasir Mas dan Temerloh...
pada hai ayat ada kata (lebih korang):

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” (Hud: 113)

Firman ni sangat masyhog, tapi depa buat jugak,,, aku gerun sunggoh. Munkin depa bulih hujjah... kawan depa tu bukan zalim pon, ... tapi setakat aku tau, cukai GST dia, ada orang kata 'haram', bini dia kerap tak tutup kepala di halayak, ada beg tangan rega lebih 400,000 ringgit satu, tapi kalu aku silap mintak maghap la no....

Semoga Allah taa'la mengampuni aku.

JawaHill PM said...

Sudah sudah lah weiii. Dulu masa DAP kuar drp Pakatan Rakyat Exco DAP tak disuruh letak jawatan drp exco Selangor pun . Tak habis habis bercakaran rakyat dah muak dah naik loya nak termuntah. Sudah sudah lah fikirlah kesusahan rakyat sekarang dah le barang naik kena gst pulak ahli ahli politik dan berkaitan dok bercakaran.bila masa mengundi undi ditagih drp rakyat.. puuihh.

sukasamasuka said...

Datuk,

"MAAF cakaplah kalau saya kata...kedudukan tiga orang Ahli Majlis Kerja (Exco) Pas dalam kerajaan Selangor...jalan keluarnya ada."

Biar la ba mereka mereka itu terus duduk dalam Exco Selangor, bukan salah pun...ambil saja yang baik...kita semua bersaudara juga Datuk...biar la.

Aku doakan Tuan Guru Hj Hadi selamat selalu dan moga2an beliau sihat untuk dapat kembali bertugas.

joe black said...

Dato;

Until the end of the world, Malays will forever be destined to be controlled and exploited by Feudalists, Arabs and Religious Bigots.

Abdullah Ngah said...

status kedudukan parti berbeza dengan kedudukan kerajaan. Pas putus hubungan dengan PKR(parti politik) tetapi tidak putus hubungan dengan kerajaan Selangor, miskipun kerajaan selangor disebut sebagai kerajaan pakatan harapan (dahulu) kerajaan pakatan rakyat.Kerajaan dan parti pasti berbeza.parti boleh bertibndak secara reastik sedangkan kerajaan tidak selayak bertindak macam parti politik.Betul menteri besar orang politik PKR. Ada benda benda yang boleh dan menghalang tindakan keatas exco yang dilantik parti parti berkenaan.

flip flop, flop flip said...

Datuk, cannot resist writing this:
heard it so, those silly idiots and jokers have done it again, a 360 degree turn.
The Bandar Malaysia project with the Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) and China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC)was aborted for some so-called reason.
Wanda has not signed their undertaking to come in inspite of Najib's visit to their HQ and personally meeting the head honco there, so are there any takers out there?
Could it be fearing none because of this bad history and bad fengshui, the govt will probably go on bended knees to Lim Kang Joo to re-enter?
flip flop, flop flip and whatever way you want to call it. Hee haw hee haw.....

Mark said...

Taubat la dah tua...cukup2 lah menulis fitnah di zaman muda dulu

Mark said...

Confirm tak pernah publish...kalau sokong baru publish. Semoga Allah memberi hidayah kepada Dato

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Memang benar...

"Di bawah kepemimpinan (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang Pas menjadi tertutup, kurang keyakinan, bercelaru dan amarah. Bagi saya ini adalah manifestasi sifat dan sikap Abdul Hadi sendiri."

Maaf Dato... saya buang istilah 'Tuan Guru'. Pada saya, gelaran ini pun tak layak diberi kepada golongan ini. Mereka lebih mementingkan tempolok sendiri dari emej dan martabat Agama yang mereka kata, mereka perjuangkan. Demi WANG & Harta, mereka tak nampak implikasi buruk kepada Agama Islam apabila bersekongkol dengan Pemerintahan Kleptocracy atau gerombolan pencuri.

Selain itu... amat jelas lebih lama Najib menjadi PM lebih banyak kerosakan yang akan menimpa Malaysia. Demi mencari popularity, Kesatuan Negeri-Negeri dalam Malaysia akan tergugat, sebaliknya semangat, sikap dan sifat keNegerian akan semakin menonjol.

Contohnya... tadi saya dengar Berita RTM atau TV3 (saya lupa)... bahawa Najib telah bersetuju membenarkan pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung Malaysia, mengambil satu hari cuti tanpa rekod bersempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Sama seperti idea 'Bangsa Johor'... tindakan 'cari popularity' atas dasar 'cuti tanpa rekod' oleh Najib ini adalah satu langkah kebelakang dalam usaha integrasi Nasional dan bercanggah dengan semangat 1Malaysia. Langsung dia tidak ambil-kira implikasi apabila membuat sesuatu keputusan yang mendatangkan kesan negatif terhadap masa depan anak-cucu dan generasi akan datang.

Lebih bijak jika Pesta Keamatan dan Hari gawai di istiharkan sebagai Cuti Umum 1Malaysia. Jika sudah terlalu banyak cuti umum di Malaysia, ambil saja setiap satu dari Raya Puasa & Chinese New Year, sebagai penganti.
Jelaskan kepada Rakyat, Bangsa Melayu & Cina... bahawa mereka mesti 'berkorban' demi Rakyat diSabah & Sarawak.
Lagi pun... sudah menjadi lumrah, bila tiba musim Raya Melayu & Cina, sekolah akan bercuti panjang. Makanya, satu hari Cuti sudah cukup bagi orang Melayu dan Cina.

Jojo said...

Eloklah jika kita semua bergerak ke hadapan (move on) dari PAS. Pada saya PAS sudah jadi parti dungu kerana mereka mahu bekerjasama dengan kleptokrasi.

Islam bukan parti politik dan parti politik itu bukan mewakili Islam. Tidak wajib mengundi PAS. Malah adalah haram lebih2 lagi jika parti politik itu bekerjasama dengan kleptokrasi (pemerintahan penyamun) dan menolak bersama2 dengan penentang kleptokrasi.

Jika PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan DAP, boleh sahaja PAS bersama2 dengan PH sebagai gabungan iaitu jv PAS+PH. PAS tidak perlu menjadi ahli PH cuma sekadar jv untuk menjatuhkan kleptokrasi.

Kenapa perlu PAS jv dengan PH ialah kerana jika PAS bersendiri, parti ini akan terkubur dan akan membantu kleptokrasi menang kerana PAS hanya membantu memecah undi.

Tapi memandangkan mereka lebih rela bersekongkol dengan kleptokrasi, eloklah kita semua maju ke hadapan tinggalkan PAS dan pasang strategi untuk menggagalkan kleptokrasi seterusnya mengembalikan kegemilangan negara ini.

panglimo potaseh said...

Pak Kadir Al-Haj El-Kedahi
Sukasamasuka Al-Sabahani Borneoni.

Tadi lepas suboh aku tengok tv hypp .. ada Sang Ustaz yang gedempol, berjubah, kening bergahar, berketayap sedang terjungkit-jungkit beri ceramah tentang Mungkar Nangkir.

Ustaz tu sah telah berjaya mengtransformasikan dirinya jadi Saekor Arab. .. ye lah di era TN50 lah katakan.

Penontonnya pula melopong mendengar .. terkhayal melihat ustaz tu terjungkit-jungkit .. takde sekor pun penonton bersongkok melayu.

Aku tak pasti apa yang didengar oleh penonton, selain melihat gelagat ustaz yang tampak alim dari segi kearabannya.

Sekarang baru aku faham mengapa .. kepala penjaga zakat pun merembat duit zakat.

lembah tasnim said...

Datuk..

Nampaknya ada pembahas yang menuduh Datuk buat fitnah, artinya tulisan Datuk yang terbaru ni adalah fitnah..
sedangkan pada pandangan saya Datuk menulis berdasarkan reality yang berlaku kepada Pas sejak akhir-akhir ini.. pelikan...!

IdrisMdIsa said...

En Lembah Tasnim...biasalah org2 PAS. Kalau tak dapat menangkis serangan, mereka akan menyerang orang2 yang menyerang mereka, bukan nak jawab isu. Taksub yang melampau. Serangan favret mereka adalah para pengkritik memfitnah pemimpin2 dan parti mereka. Untuk para pentaksub...KETAKSUBAN adalah satu cabang assobiyah. Maksudnya, walau pun puak mereka jelas salah, mereka tetap akan membela & mempertahankan.

Kelapa Matag said...

DAP tak putuskan hubungan dengan PKR, tapi PAS putus dengan PKR,besar bezanya tu.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Berkenaan perkataan Tahaluf Siyasi.

Tidak semestinya bila guna perkataan arab, maka lebih Islam.

Semasa di Univerisi kampus, saya pernah tinggal serumah dengan pelajar Arab Saudi dan Kuwait.

Pada satu pagi, pelajar Kuwait berkata kepada kawannya, “Ma Fi Disco’l Yaum”.

Erti Ma Fi itu “tidak ada”

Erti l’Yaum itu “hari ini”

Rupa-rupanya semalam hari itu, kedua-dua pelajar, seorang mazhab sunni, seorang lagi mazhab syiah pergi kelab malam (disco).

Bilamana pergi kelab malam, tidak pula bergaduh sunni dan syiah.

Saya yang cakap melayu tidak pergi disco.

Kesimpulannnya, tidak semestinya bercakap arab itu orang itu lebih Islam.

Kalau PAS nak guna perkataan Arab, masa berkempen dekat kampong jangan cakap melayu, cakap bahasa Arab.

Barulah betul

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).