Tuesday, November 14, 2017

Angan-Angan Mat Jenin Rampas Pulau Pinang



A Kadir Jasin


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

MEDIA massa melaporkan Timbalan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, mahu Parti Gerakan Rakyat Malaysia melihat banjir Pulau Pinang sebagai “petanda Tuhan” bahawa parti itu boleh menawan balik negeri tersebut.

Zahid (baju biru) ramal Gerakan tawan Pulau Pinang
Kata pemangku Timbalan Presiden Umno itu, bencana yang turut menyaksikan tanah runtuh, pokok tumbang dan kerosakan harta benda merupakan isyarat negeri itu sedia untuk diambil semula oleh Barisan Nasional (BN).

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Saya sikit pun tak hairan dengan tindakan Zahid mengaitkan banjir di negeri itu dengan harapan Gerakan merampasnya kembali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atas dua sebab.

Pertama, Umno/BN akan menggunakan apa saja untuk menaikkan semangat penyokong akar umbi BN yang sudah putus asa, kecuali apabila disogok dengan duit. Kedua, kerana dia berpidato di Persidangan Agung Gerakan.

Saya tidak berani hendak kata ramalan dan rujukan Zahid kepada “petanda Tuhan” itu tepat atau tidak.

Manalah tahu ketua Umno keturunan Jawa itu mewarisi sifat para wali dan kiyai Jawa yang dikatakan boleh membaca nasib dan mengetahui apa yang akan berlaku pada masa mendatang.

Ikut cerita, banyak juga ketua-ketua politik dan orang kaya di negara kita yang percaya kepada kuasa tilikan dan ramalan para kiyai Jawa itu dan ada yang sering ke sana mencari tangkal azimat.

Soalnya, kalau banjir Pulau Pinang adalah “petanda Tuhan” bahawa Gerakan akan kembali berkuasa di negeri itu, apa pula petanda banjir yang melanda negeri-negeri lain?

Apakah PAS akan kalah di Kelantan kerana banjir besar melanda negeri itu pada tahun 2014 dan BN akan kalah di semua negeri perintahnya yang juga dilanda banjir, termasuk Putrajaya yang banjir pada 8 Mei 2016?

Banjir Putrajaya 2016
Kalau hendak rujuk kepada “petanda Tuhan”, sebenarnya pada zaman (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak ini sangat banyak petunjuk seperti itu - sebuah kapal terbang MAS hilang tanpa kesan, sebuah lagi hancur musnah ditembak peluru berpandu, skandal 1MDB dan SRC, kadar tukaran ringgit yang merudum, kos sara hidup yang melambung, tragedi merangut nyawa macam runtuhan batu Gunung Kinabalu, kebakaran tahfiz dan serangan pengganas di Sabah.

Gerakan Tewaskan DAP?

Berkenaan ramalan ala kiyai Jawa yang Zahid buat mengenai harapan kemenangan Gerakan di Pulau Pinang, ia membawa ingatan saya kembali ke zaman gemilang parti itu.

Banyak orang mungkin tidak tahu atau sudah lupa sejarah Gerakan. Asas parti itu bermula pada akhir dekad 1980-an akibat radikalisme MCA.

Apabila mendiang Tun Lim Chong Eu menang tipis jawatan Presiden MCA pada tahun 1958 dengan mengalahkan mendiang Tun Tan Cheng Lock, MCA berpecah dua.

Perselisihan di antara Lim dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra meluas apabila menjelang PRU 1959, Lim menuntut bertanding 40 kerusi Parlimen dan bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi.

Tunku yang memihak kepada Tan dalam pertandingan MCA menawarkan untuk menaikkan kerusi MCA daripada 28 kepada 31, tetapi ditolak oleh Lim. Dia membantah dengan meletakkan jawatan Presiden MCA dan Dr Cheah Toon Lock dilantik menjadi Pemangku Presiden.

Lim merantau ke London dan hanya pulang beberapa tahun kemudian untuk menubuhkan United Democratic Party (UDP) pada tahun 1962. Dalam PRU 1964 UDP bertanding, tetapi tidak berjaya.

Tunku mempersendakan UDP dengan memanggilnya parti “udang dalam parit”. Udang hidup di sungai dan laut. Jadi udang di dalam parit adalah kecil dan rendah martabatnya.

Kegagalan itu mengubah pendirian Lim. Daripada seorang radikal Cina, dia berubah menjadi seorang “Malaysian” dengan menaja parti berbilang kaum bersama tokoh-tokoh bangsa lain.

Maka pada 24 Mac, 1968 tertubuhlah Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Singkatan awalnya Geram yang kemudian ditukar menjadi Gerakan. Antara penaja Gerakan ialah Almarhum (profesor) Syed Hussein Alatas, Mendiang Dr Tan Chee Khoon dan (profesor) Wang Gungwu.

Lebih sedikit setahun selepas penubuhannya, Gerakan menang besar dalam PRU 1969 dengan mengalahkan Perikatan di Pulau Pinang dan serentak dengan itu menamatkan 12 tahun hegemoni MCA di Pulau Pinang dan seluruh Semenanjung.

Lim (kiri) dan Alatas merayakan kemenangan 1969
Bagaimanpun, peristiwa 13 Mei 1969 dan keikhlasan Almarhum Tun Abdul Razak Hussein menaja konsep karajaan perpaduan nasional menyebabkan Gerakan, PAS dan beberapa buah parti pembangkang lain menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan, dan menjelang PRU 1974 bergabung menubuhkan BN.

Ironinya, dengan menyertai BN, Gerakan sedikit demi sedikit bertukar daripada parti pelbagai kaum kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina dan dengan itu menjadi saingan langsung kepada MCA dan DAP.

DAP yang ditubuhkan pada tahun 1966 juga bermula sebagai parti berbilang kaum, tetapi akhirnya menjadi parti majoriti kaum Cina.
  
Walaupun Gerakan membawa kemajuan dan mentranformasikan ekonomi Pulau Pinang namun ia hilang sinar dan hormat rakyat jelata tanpa ketua yang berwibawa dan kuat seperti Lim Chong Eu dan Lim Keng Yaik. Maka dalam PRU 2008 Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP.

Sejak itu, Gerakan tidak lebih daripada rumput di tengah jalan, hidup segan mati tak mahu. Ia sudah menjadi lebih kurang macam PPP.

Jadi adakah dengan dua orang ahli Dewan Rakyat dan tiga ahli Dewan Undangan Negeri, Gerakan mampu memacu ramalan Zahid untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang?

Kalau Umno sendiri dalam keraguan dan hanya berani bercakap besar di hadapan khalayak yang diupah maka adalah mustahil bagi parti-parti kelas dua macam MCA, Gerakan, MIC dan PPP membuat sebarang kejutan seperta merampas semula Pulau Pinang.

Ia tidak lebih daripada kata-kata manis buat perwakilan Gerakan atau sekadar angan-angan Mat Jenin.

Wallahuaklam.

19 comments:

Mohamad Asri said...

Mungkin Zahid dapat petunjuk dari parti BERKECUALI yg dipimpin oleh Al Hadi

Ahmad said...

...Gerakan menang besar dalam PRU 1969 dengan mengalakkan* Perikatan di Pulau Pinang...

*mengalahkan

Bagaimanpun, peristiwa 13 Mei 1969 dan keihlasan* Almarhum Tun Abdul Razak Hussein menaja konsep karajaan* perpaduan nasional menyebabkan Gerakan, PAS dan beberapa buah parti pembangkang lain menyerytai* kerajaan campuran dengan Perikatan,...

*keikhlasan, kerajaan, menyertai

...membuat sebarang kejutan seperta* merampas semula Pulau Pinang.

*seperti

Mali Muyung said...

Salam Datuk. Dgr kabar Zahid ni keturunan Wali 9 jadi ada kemungkinan ramalannya btul.
Saya sgt suka sebab negeri saya pun kena banjir sehinggakan saya pigi majlis kawin d kg saya berseluar pendek.
Seperkara lagi ini bermakna BN bakal tumbang dan kita dlm Warisan boleh perentah Sabah
Yahoo, merasalah saya jafi KK.

sukasamasuka said...

Datuk,

Wow!

Habis seorang wali dan kiyai Jawa yang bernama Zahid Hamidi kena kasi telanjang olih Datuk.

Zahid ni orang Jawa bodoh...di Sabah kami panggil Jawa birit...tanya si Keruak dia tau.

Kepala bapa kau la Zahid!

Joe Harry said...

Salam datok,
Saya ada kerumah saudara saya yang tinggal di kawasan parlimen kepala batas, pulau pinang.
Beliau adalah "orang kuat" pak lah, ahli umno dan pengundi bn.
Ketika saya berada dirumahnya, dia ke kedai runcit yang berhampiran dan ketika itu hujan turun.
Sekembalinya dari kedai, pakaiannya basah, lalu saya bertanya kepada dia kenapa tadi tak bawa payung?
Dia kata dirumah dia cuma ada payung yang ada lambang bn saja. Dia sudah malu dekat orang ramai untuk guna payung tu.
Saya tergejut dan tergaman dengan jawapan dia. Seorang yang "candu" umno pun boleh berkata begitu dan rasa malu dengan apa yang telah pemimpin umno lakukan, apatah lagi penyokong atau pengundi yang hanya "suam-suam" kuku dengan umno / bn.
Dari situasi sebegini, adalah mimpi untuk bn rampas pulau pinang, selangor dan kelantan.
Malah kepimpinan umno masih terkial-kial mencari formula untuk menaikkan semangat ahli umno itu sendiri.

sukasamasuka said...

Datuk,

"DAP yang ditubuhkan pada tahun 1966 juga bermula sebagai parti berbilang kaum, tetapi akhirnya menjadi parti majoriti kaum Cina."

- entah la apa masalah kamu orang Melayu di Malaya, di Sabah tidak ada isu DAP majority kaum Cina...hak mereka...so what?...no big deal.

- memang la dalam sistem demokrasi macam kita, DAP tidak dapat memerintah kerajaan Persekutuan dengan sendirinya, tetapi itu biasa la.

- tetapi, walau macam mana pun kuat UMNO dan BN, kita mesti ingat juga seperti apa yang Dia telah janjikan....

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS Ali Imran ayat 26)

- minta maaf la, bukan wali atau kiyai Jawa yang menentukannya...jauh sekali la Jawa yang kononnya ada Ph.D...but, no class.

sukasamasuka said...

Datuk,

- kalau setekad kiyai Jawa yan bangga dengan "Ph.D"nya itu, tak kemana la Malaysia...

- Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri....Surat Al-'Ankabut Ayat 40

- tidak ada disebut dalam ayat diatas, walaupun tampias2 sekali pun, bahawa "petanda Tuhan" itu pasal party politik manusia...atau pasal pemerintahan kerajaan manusia...jauh sekali la tentang "petanda dari Tuhan" yang kerajaan akan berubah di Pulau Pinang...kamu sudah gila ke?


- Zahid hamidi...itu AlQuran bukan kamu punya....macam "Ph.D" ciplak yang kamu ada itu yang dibuat olih orang lain.

- AlQuran bukan UMNO atau PAS punya.

- bukan orang Melayu punya atau pun orang Islam punya.

- Itu Dia punya.

- Jangan gunakan AlQuran suka2 hati, mau kasi takut2 orang2 Cina...atau Melayu.

- AlQuran bukan bapa kamu yang punya...ada faham?

sukasamasuka said...

Datuk,

"Saya tidak berani hendak kata ramalan dan rujukan Zahid kepada “petanda Tuhan” itu tepat atau tidak. "

- itu memang benar ya habibi.

- Rujukan Zahid itu salah dari aqidahnya.

- Itu bukan apa yang dimaksudkan dalam AlQuran.

- Bukan pasal kerajaan manusia.

- Tetapi, pasal "Kerajaan Tuhan"...His Sovereignty.

- Manusia tidak ada ilmu yang ITU.

- Walaupun Wali atau Kiyai Jawa pandai2 mengaku tau...tetapi, itu mau raih undi atau pangkat atau wang saja.

- Zahid, bukan semua orang Cina bodoh dan bangsat macam kamu UMNO...mereka tau tentang Al Quran...hanya di Malaysia saja mereka takut kena tuduh yang bukan2 olih Melayu UMNO...jadi, jangan main agama...kamu main sama "Ph.D" kamu tu pun kira sudah cukup la.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa/ mu/ 'alaikum),
Alhamdulillah dan terima kasih pasai coretan 'Mat Jenin' hang ni.
Sebelom ni blog Shahbudin ada hurai pasai ucapan Tchokwo ni, tapi dari sudut engkag pada boss dia
kenun tak mau 'politikkan' kejadian bah di Pineng.
Hang pulak tekan aspek 'petanda' dari tuhan yg Tchokwo ni cuba nak jaja.
Pokoknya dia tambah 'kontradiksi' atau karut marut dlm budaya politik Malaya.
Orang masih ingat lagi tipu kerin dia bila dia binkan Mat Tehag pd orang yg bukan ayah dia.
Sesetengah apek2 dlm parti Gerakan yg tok nenek depa membena temaddun hampiag 10,000 tahun di tanah besag (tong san)
selamba saja rai'ikan orang macam ni. Ini belom ambik kira dia ni jugak yg sokong Zamihan yg dilapog tak bagi dobi melayu
campog. Macam lah melayu ni bersih sangat... atau najih kalu melayu punya kira tak pa laa. Bulih tanya Tok Siak,
standad melayu yg pi masjid... jgn dok kira yg tak pi masjid...
Munkin sebagian apek2 tu standad sebagian ketua2 united Malays di Jitra. Kod la...
Ni pulak lagi satu 'kontradiksi'..hari ni dan kali ni dari sorang 'menteri' jugak...
"NST Online -
"When you become a public figure, people have the right to know where your wealth comes from." ... Nazri reminds Mukhriz of position as public figure; media and public can ask source of wealth. KUALA LUMPUR ..."
Cuba dia tanya MOI dia tu dulu...
Hanyasanya terutama pd diri aku dan sapa2 yg telanjog cepat2 lah bertaubat dan mohon ampun.
Dgn rendah diri,
Aku

rahman jpc said...

mohon menyimpang sedikit.

wak jahid Nampak lebih 'bertenaga' kebelakangan ini.

tak saperti pahlawan bugis najib yg nampak amat lesu sepanjang kehadiran nya d perjumapaan Apec n Asean baru2 ini.

bukan itu saja. saya perhatikan seolah olah Malaysia d pinggirkan berdasarkan susunan tempat duduk najib yg d sediakan - berbeza dgn pak jokowi (pres Indonesia).

saya pernah menyarankan agar 'maruah' warga Pekan d kembalikan. sekarang kita wajib tuntut agar maruah 'Negara kita yg berdaulat' d kembalikan.

Bob Hamzah Ismail said...

Zahid, Najib kata.....KEPALA BAPAK KAU!

Nujum Jawa said...

Kalah P. Ramlee dan MET oleh Zahid Komedi.
P. Ramlee baca skrip yang dah di tulis sedia dalam wayang Nujum Pak Belalang. MET cuma ramal cuaca. Zahid pula tilik skrip Tuhan yang tidak boleh nampak dan berjumpa Pak Arab yang menderma 2.6b sedangkan AH MO1 pun heran sebab tidak wujud.
Wow dasyat betul.

Waghih said...

AsSalam Datuk ..

Kalu berangan tu ..takpo ..
Jangan lak nak berharapkan sangat ..

Tapi DSZ ni bijaksano oghabg ehh..
Dio tak lupo camno oghang cino koncing DSN maso jamuan bosar di Klang pado PRU 13 dulu .
Pado jamuan yg.dianjurkan MCA tu , sumo mejo ponoh .. oghang cino sumo sonyum lebar .
Bilo keputusan pilihanraya Klang kluar .. oghang MCA dan Gerakan 98% sokong Dap .

Sojak tu oghang Bugis ,Jawo n Minang tak ponah lupo.

Takdo nak mengharapkan mereko...
Tak mcm PH ...yg mengharapkan oghang cino .

Berangan nak bini mudo tu takpo...

Oghang Minang...
Waghih.

Mali Muyung said...

Salam sdr. Yg saya Jawa Beret ni bermakna bukan Jawa tulin, maksudnya salah seorg ibu bapa saja yg Jawa.
Saya pun Jawa bro seblah ibu. Asal dari Malang.

rakyat marhain said...


Salam Dato,

Mutaakhir ini dalam era politik taawun "Cash Is King" bersama Matang Sejahtera ahli ahli politik semakin rakus mempergunakan apa sahaja untuk tujuan politik nafsu perut boroi, termasuklah menggunakan nama Tuhan, firman Tuhan dan seumpamanya tanpa segan silu lagi.

Apabila diberi amanah oleh rakyat mereka sibuk dengan mengumpul ghanimah ie, wang dan harta.
Rakyat marhain ramai yang terbiar derita. Rakyat disapa dan dipuja hanya ketika menjelang pilihanraya. Tiada beza yang bersongkok, berkopiah lobai, berserban, politik menipu dan berdusta semakin berleluasa disegenap pelosok negara.

Ya Allah selamatkan lah kami dari bala' yang sedang melanda....

Nincompoop said...

Datuk,
what's with the visit of those 2 vvips to Anwar?
Stupid of Anwar to accept the visit and have his son thank them. Thank for what? For keeping Anwar in Sungei Buloh?
Or is there a third trial coming soon with Husni's comments?
Nincompoop Anwar.

1280 K Taman Malik said...

DAKJ

tak mahu cakap wak jawa gila sekor ni. cuma nak focus pada sekor bugis toyol
...

si bugis toyol dah desperate tahap gila khinzir

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa/ mu/ 'alaikum),
Aku sekali lagi ni... bukak topik lain sikit pasai baru tak sat aku tebaca yg aku kopipes (dibawah ni) dari blog milosuam.net...:

"KOS menghasilkan minyak petrol di Malaysia bagi setiap liter hanyalah RM0.53 namun ia dijual pada harga RM2.30 seliter kata Ahli Parlimen Pas, Rantau Panjang, YB Siti Zailah Muhd Yusuff."

Katalah Zailah punya kira2 ni silap dan kita gandakan kosnya 100% ke RM 1.06 seliter, dan kita tambah kos pemasaran, pengangkutan
dll. sebanyak 50% atau 53 sen seliter, harga distesyen minyak masih RM 1.59 seliter, banding dgn harga RM 2.30 seliter laa ni.
Dalam kiraan gelen pulak, harga petrol semasa munkin dah capai RM 9.20 sen.
Kod2 hang ka, sapa ka, yg tera dlm bab ni bulih komen sikit pasai benda ni memang mustahak pon dlm menentukan
agihan sumber atau "resource distribution" dlm mencorak ekonomi Malaya.
Mintak maghap no, lari topik sikit. Terima kasih.
Aku

Waghih said...

AsSalam... Datuk.

Breaking news !!!

Apo dah jadi dgn Rob M , kawan baik Turn M ?
Tahun lopeh Rob M datang lawat Turn M untuk dapekkan nasihat .
Tibo2 lak tahun ni Rob M kono hobeng olih gang sendiri .
Mesti Turn M dah bagi nasihat yg haru biru tu ...

Iolah .. tahun lopeh Turm M cerito kek Rob M bagaimano dio bawak anak lelaki ehh bertanding jawatan VP Umno . Jugo cerito bagaimano dio pusingkan tangan DSN untuk nyokong anak ehhh...
Tapi Turn M lak tak cerito misi dio gagal ...

Rob M balik kek negaro dio n cubo buek Mamak turn dgn memecat timbalan dio dan terus lantik bini dio yg lawa, tapi ngong ,tu sebagai timbalan .

Malang ehh ... rakyat nampak tempolok tu .... dan sekarang rakyat dah mulo kontut Rob M tu...

Turn M pun dah mulo kono tempias nampak ehhh ...
Parti bungo dio dah jadi parti HARAM.
Ini sumo berpunco kerano nak lantik anak ehh yg ngong tu jadi VP .

Dah tak dapek nak nolong dohh...

Waghih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).