Thursday, March 30, 2017

RUU355: Siapa Berdusta, Siapa Terpedaya atau Hipokrasi Semata-mata?


A Kadir Jasin


MAAF cakaplah kalau saya kata isu RUU355 ini adalah sarkas politik tahap maksimum yang mendedahkan hipokrasi Umno-PAS.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Sekali gus ia menyerlahkan pakatan gelap Presiden Umno, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, dan pemimpin tertentu dalam PAS.

Babak pertama: Setelah bertindak macam orang kena sawan, Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, pada 24 November tahun lalu, bentangkan rang undang-undang persendirian yang kemudiannya dikenali umum sebagai RUU355.

Macam-macam alasan, helah, pujuk raya dan ancaman mengiringi pembentangan RUU355, termasuklah tunjuk perasaan di Padang Merbuk, Kuala Lumpur, pada 18 Februari lalu oleh PAS dan sekutunya.

Babak kedua: Kerajaan Najib ambil alih RUU355 dengan janji akan kaji, pinda dan bentangkannya sebagai rang undang-undang kerajaan.

Dalam tempoh itu, jentera putar-belit Umno (pinjam ungkapan Jho Low) berkaitan RUU355 yang diketuai oleh Menteri Parlimen (Datuk Seri) Azalina Othman buat macam-macam kenyataan dan helah seolah-olah mereka lebih Islam dan lebih serius mengenai daripada PAS.

Azalina Menteri Parlimen dan Undang-undang
Tapi di belakang tabir Najib sembelit otak ditekan oleh parti-parti unit jagaan rapi (ICU) Barisan Nasional pusat seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta Barisan Nasional bebas Sawarak.

Babak ketiga: Setelah riuh-rendah satu negara dengan paluan gendang perang, tiba-tiba RUU355 jadi macam orang nak bersin tak jadi atau si suami yang tengah mimpi berahi tiba-tiba dikejutkan bini kerana ada kebangkitan luar biasa dalam selimut.

Kata pemimpin Wassatiyyah merangkap rakan seketiduran Abdul Hadi, RUU355 tak dibentangkan kerana “Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.”

Najib (kiri) kantoi Abdul Hadi?
Menurut perdana menteri transformasi, keputusan itu diambil selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus. Abdul Hadi kena kentut.

Mana Najib nak berani bila MCA yang ada perjanjian adik-abang dengan Parti Komunis China (baca di sini) depan-depan dia kata, parti itu akan tolak RUU355.

Parti wad jagaan rapi ini nampaknya lebih berkuasa daripada parti jagoan “demi negara, bangsa dan agama” Umno dalam hal RUU355.

Mana menteri agama dan lebai-lebai Umno? Takkan setebal itu saja pegangan agama mereka sehingga dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP pun kecut testikel? Kecut buah zakar la tu!

Jamil Khir: Takkan agamawan Umno penakut
Atau RUU355 sebenarnya, dari awal hingga akhir, adalah mainan politik Najib dan Hadi semata-mata. Sekadar melepas batuk di tangga dan ajak-ajak ayam.

Yang menjadi mangsa adalah orang Islam, khususnya ahli dan penyokong PAS yang betul-betul percaya bahawa Abdul Hadi dan Najib, dua sahabat sehati -sejiwa, baju sewarna, ikhlas membentangkan RUU355?

Soalnya sekarang, siapa pakat dengan siapa, siapa kelentong siapa dan apakah jenis quid pro quo di antara Najib dengan Hadi?

Yang pasti, sarkas politik ini belum berakhir. Kita tunggu dan tengok.

Wallahuaklam.


Saturday, March 25, 2017

Dialog Sinar Boleh Jadi Bahas Nowhere2Hide


A Kadir Jasin


PENGANJUR kata dialog. Umum kata debat. Tun Dr Mahathir kata bahas. Mohamed Nazri Abdul Aziz kata Malaysia bukan “police state”.

Penganjur yang berani, gigih dan bebas adalah akhbar Sinar Harian.

Asalnya bahas itu dicadangkan hari ini, 25 Mac, di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Dr Mahathir setuju. Nazri setuju.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed Rahmat pun kata, Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi setuju.

Tapi nampaknya yang lebih berkuasa adalah OCPD Kuala Kangsar. Nama dia Ahmad Termizi Abdul Haq. Dia kata tak boleh.

Daripada kenyataan dia, kita bolehlah simpulkan yang polis tak yakin mereka mampu jamin keselamatan, keamanan, perlindungan hak dan kebebasan awam kalau bahas itu diadakan.

Saya rasa saya tak cukup cerdik nak faham maksud tersirat Tuan OCPD itu. Maklumlah ini bukan kes curi ayam, mengintai anak dara mandi atau curi pakaian dalam wanita.

Nazri tak puas hati. Dia kata Malaysia bukan “police state” – negeri di mana polis berkuasa.

Itu dia kata. Melainkan dia dungu atau kena sihir mandram, dia tentu perasan yang bos dia, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, sangat bergantung kepada polis.

Maka ulat-ulat pun merangkaklah keluar dari lubang-lubang kayu reput untuk menyokong bos MO1 mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani kata Nazri tidak wakili kerajaan. Dia kata isu 1MDB dah dibincang dalam Parlimen.

Bincang macam mana kalau laporan Ketua Juruaudit Negara (Tan Sri Amrin Buang) diOSAkan?

Ketua Penerangan Umno, Annuar Musa, pula kata Nazri bukan wakil Umno.

Jadi Nazri ni wakil siapa?

Nazri kata dia wakil Padang Rengas.

Dr Mahathir kata dia tak peduli apa yang mereka kata.

Yang dia peduli, dia akan dedah segala-gala yang dia tahu tentang 1MDB, Forest City dan jawab kerugian perniagaan mata wang Bank Negara yang Najib sedang siasat sekarang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad, akan jadi pemudah cara (moderator).

Tapi kita jangan harap sangat. Geng “everything2hide” mungkin buat macam-macam helah untuk sabotaj bahas ini pasal mereka ada macam-macam yang nak disembunyikan daripada pengetahuan rakyat jelata.

Macam mana pun kita kena asak sampai mereka ni jadi nowhere2hide – tak ada tempat nak sembunyi.

Wallahuaklam.

Monday, March 20, 2017

Bahas Dengan Dr Mahathir Tapi Nazri Lawan Nazri


A Kadir Jasin



LATEST, March 21 – POLICE to the rescue. Hahahahahaha!

The police has rejected the notice for the debate between former prime minister Dr Mahathir Mohamad and Tourism and Culture Minister Nazri Aziz, which is planned for March 25 in Kuala Kangsar.

"After examining and considering the reasons the gathering will be held and taking into account safety, public order, protection of rights and public freedom, Kuala Kangsar district police chief Ahmad Termizi Abd Haq has rejected the application and will follow up with a written decision which will be handed to the applicant today," said acting Perak police chief Hasnan Hassan in a statement today. [Malaysiakini].

Lawak negara kita ni!

Kebudak-budakan.



POSTING ASAL
 


PADA 10 Mac, saya siarkan rencana bertajuk “Welcome to Padang Rengas” di mana saya ceritakan berkenaan lawatan saya ke pekan kecil yang jadi tempat persemayaman politik (Datuk Seri) Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Masa itu belum timbul cerita bahas di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nazri. Bahas itu dianjurkan oleh akhbar berkecuali Sinar Harian bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Kalau tak silap, asal-usul bahas itu bermula apabila Nazri cabar Dr Mahathir tanding lawan beliau dalam pilihan raya umum akan datang di Padang Rengas.

Dr Mahathir balas dengan ajak Nazri bertanding di Langkawi.

Nampaknya Nazri begitu yakin dia akan dipilih semula untuk pertahan kerusi Parlimen Padang Rengas sehingga berani ajak Dr Mahathir berlawan dengannya di situ.

Dia mula tanding pilihan raya di Chenderoh dalam PRU 1995 – zaman Dr Mahathir. Lepas menang PRU 1999 Dr Mahathir lantik dia jadi Menteri Pembangunan Usahawan. Jadi dia ni “budak” Dr Mahathir lah.

Orang kata, Nazri boleh buat sesuka hati. Dia lebih bebas daripada kebanyakan menteri.

Banyak orang bagi tahu saya, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, “takut” kepada Nazri. Nazri pula tak berapa hormat kepada Najib.

Kalau kita ingat lagi, pernah timbul cakap-cakap yang hangat mengatakan selepas PRU 2013 Najib mungkin gugurkan Nazri daripada Kabinet kononnya “untuk lembutkan hati Dr Mahathir dan ucap terima kasih kerana bantu dalam PRU.”

Nazri Benci Tun

Ramai orang tahu Nazri benci dan kurang ajar terhadap Dr Mahathir. Tapi tak berapa ramai tahu sebabnya.

Ada orang kata, ini adalah kerana siasatan Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) ke atas Nazri bersangkutan lesen teksi masa dia jadi Menteri Pembangunan Usahawan.

(Beberapa orang menteri disiasat dan tiga dikatakan ada kes dan fail-failnya “diserahkan” kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi apabila dia ganti Dr Mahathir pada akhir tahun 2003. Hanya seorang didakwa iaitu (Tan Sri) Kasitah Gadam dan akhirnya dibuang kes).

Bukan saja tidak dikenakan apa-apa tindakan sebaliknya Abdullah bawa dia ke Jabatan Perdana Menteri dan bagi dia jaga hal ehwal Parlimen dan undang-undang. Dia jadi lebih berpengaruh.

Dia terus jaga hal ehwal undang-undang sehinggalah Najib tukar dia ke Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan lepas PRU 2013.

Ada pengulas media kata dia diturunkan pangkat kerana jaga Parlimen dan undang-undang lebih penting daripada jaga pelancongan dan kebudayaan.

Yang lain pula kata, tak sesuai dia jaga kebudayaan pasal dia “Anglophile” – orang yang agungkan budaya Inggeris. Maklumlah dia anak bekas Pesuruhjaya Tinggi ke United Kingdom dan dia pun belajar di sana.

Orang yang kenal lama dengan Najib dan Nazri sejak zaman Pemuda Umno kata, Najib “tak akan berani” singkir atau bagi arahan kepada Nazri sebab mereka “tahu rahsia satu sama lain” atau, macam kata seorang bekas menteri kanan era Allahyarham Tun Husssein dan Dr Mahathir mereka adalah “kawan seperdosaan”. Wallahuaklam.

Boleh jadi sebab itulah agaknya bila timbul khabar-khabar kata Najib akan gugurkan Nazri untuk ambil hati Dr Mahathir, budak-budak Nazri dipetik sebagai berkata “sebelum Najib jatuhkan chief, chief akan jatuhkan Najib.”

[“Chief” (tuan ketua) adalah gelaran yang budak-budak Nazri bagi kepadanya. Anak dia, Nedim Sujak Nazri Aziz, dibagi gelaran “Junior Chief” (tuan kecil).]

Adakah Najib Restui Bahas?

Nazri tak perlu restu Najib untuk berbahas dengan Dr Mahathir.

Kalau Najib ada pengaruh ke atas Nazri, dia sama ada tegah perbahasan itu atau dia akan bagi sokongan terbuka kepada Nazri.

Pendapat peribadi saya ialah Nazri bukan wakil Najib atau kerajaan dan parti. Nazri adalah wakil dirinya sendiri. Lebih tetap dia adalah wakil egonya yang cukup besar.

Dalam kapasiti itu, Nazri boleh jadi pembela Najib kalau dia mahu kerana Dr Mahathir pasti akan bangkitkan banyak hal berkenaan kepimpinan Najib.

Atau Nazri yang bermulut celupar – orang putih kata loose cannon – boleh juga bertukar jadi sokong bawa rebah kepada Najib.

Mustahil dia akan mati-matian pertahan Najib pasal dia tahu Najib adalah beban kepada Umno dan kerajaan. Dia kena fikir pandangan rakyat jelata sebab silap-silap Najib kekal di Pekan tapi dia kecundang di Padang Rengas.

Kalau dia nak jadi hero dan pertahan kerajaan pun tak ada gunanya sebab dia sendiri tahu banyak dasar dan rancangan kerajaan di bawah Najib menyusahkan rakyat jelata.

Jadi apa yang Nazri nak buat?

Saya rasa secara diam-diam dia berhadap bahas itu dibatalkan.

Tapi kalau diteruskan juga, dia akan pertahankan ego dia sahaja.

Jadi kita janganlah berharap banyak sangat daripada bahas itu sebab Nazri memang tak mampu jawab apa yang akan Dr Mahathir bangkitkan kecuali secara loyar buruk.

Dia tidak ada locus standi (kedudukan) dan tak cukup daulat untuk berbahas dengan Dr Mahathir.

Yang ada kedudukan adalah Najib tapi Najib tak berani berdepan dengan Dr Mahathir. Tengok sajalah tindak-tanduk beliau dan konco-konco beliau dalam Parlimen bila isu macam 1MDB, SRC International dan FGV dibangkitkan - sekat pembangkang tanya soalan atau letakkan semua perkara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kalau bahas Parlimen pun Najib mengelak dan lari daripada forum Nothing2Hide, masakan dia berani berbahas terbuka dengan Dr Mahathir.

Akhir kalam, janganlah kita seronok sangat dengan bahas itu dan berjaga-jagalah bila menghadirinya.

Kita berdoa serta berharap untuk yang terbaik dan bersedia untuk yang tak kita jangka.

Wallahuaklam.

Tuesday, March 14, 2017

Selasa Tak Tiba Tapi Ramai Kawan Najib-Rosmah Tanggung Bala


A Kadir Jasin


ALTANTUYA, Alantantuya
Ayah Pin Abu Ya
Najib kata nak saman Selasa
Tapi Selasa tak tiba-tiba.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Hari ini, Selasa 14 Mac 2017. Adakah sesuatu yang dinanti-nanti akan berlaku? 

Atau ia akan berlalu sunyi dan kelu kerana Selasa tidak wujud dalam takwim kleptokrat dunia nombor satu?

Rasanya banyak orang sudah lupa. Pada 5 Julai 2015, akhbar The Star dan stesen TV Astro Awani melaporkan yang Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak akan kemukakan saman terhadap surat khabar Amerika Wall Street Journal (WSJ) pada hari Selasa 7 Julai 2015. (Baca di sini)

Maka media masa milik Umno dan prokerajaan pun berlawan-lawan siar berita itu. Utusan Malaysia begitu seronok sehingga membuat tajuk berita “PM Saman WSJ”.

Sampai hari ini orang dungu yang percaya kepada Utusan percaya Najib sudah saman WSJ.

Utusan Seronok Sampai "Tipu" Tajuk Berita
Hakikatnya sampai hari ini Najib tak saman dan tak mungkin dia berani saman pasal sejak itu bukti penipuan 1MDB makin banyak.

Contohnya makin ramai kawan Najib-Rosmah dan kawan kepada kawan Najib-Rosmah kena tindakan undang-undang pasal terlibat dengan skandal penipuan 1MDB.

Yang terbaru kena tindakan seorang kawan baik Najib-Rosmah bernama Tim Leissner, bekas pengarah Goldman Sachs. Semalam, 13 Mac, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) haramkan dia daripada terlibat dengan sebarang kegiatan kewangan di republik itu selama 10 tahun.

(Dari kiri) Leissner, isterinya Kimora Lee, Najib dan Azman Mokhtar (Khazanah)
Dia adalah antara eksekutif kewangan yang kena tindakan kerana terlibat dengan skandal kecurian dan pengubahan duit haram (money laundering) 1MDB.

Najib adalah pengerusi lembaga penasihat antarabangsa 1MDB dan berkuasa ke atas 1MDB sebagai Menteri Kewangan. 1MDB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Selain Leissner, Singapura telah bicara dan jatuhkan hukum penjara serta denda ke atas lima orang yang lain.

Singapura juga tutup cawangan dua buah bank Swiss (Falcon Private Bank dan BSI) dan denda dua buah yang lain - UBS (Switzerland) dan DBS (Singapura) – kerana kesalahan yang sama.

Berbilion-bilion ringgit duit yang dicuri daripada 1MDB cuba “dibersihkan” di Singapura oleh Jho Low, sahabat akrab Najib-Rosmah.

Jho Low (kiri sekali) macam adik dengan abang.
Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat dah dan sedang ambil tindakan.

Di Amerika, Jabatan Kehakiman (DoJ) kata Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak Rosmah dengan suami lama), guna AS$1 bilion (kira-kira RM4.5 bilion pada kadar tukaran sekarang) duit 1MDB untuk beli harta, buat filem separuh lucah dan berfoya-foya.

DoJ kata orang yang berkuasa ke atas 1MDB adalah MO1 (Malaysian Official 1). Kita agak-agak saja siapa MO1. Tapi (Datuk Seri) Abdul Rahman Dahlan bagi tahu British Broadcasting Corporation (BBC) yang MO1 itu adalah Najib. Abdul Rahman ini orang Sabah kepercayaan Najib. Pengarah Strategik Barisan Nasional.

Abdul Rahman Dahlan kata MO1 adalah Najib
Pasal itu Najib dah tak berani ke Amerika dan Switzerland. Untuk Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York September lalu dia hantar Ahmad Zahid Hamidi dan untuk Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, awal tahun ini dia hantar Mustapa Mohamed.

Tapi di Malaysia Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, kata kes tutup. Apa yang nak kita hairankan.

Apandi adalah orang Umno lantikan Najib untuk ganti (Tan Sri) Abdul Gani Patail yang disingkir 24 jam atas alasan dia sakit tapi tanpa pengesahan Lembaga Perubatan (Medical Board).

Apandi tunjuk bukti "Najib tak salah"
Khabar kata, kontrak Abdul Gani ditamatkan pasal dia sedang bersiap sedia heret Najib ke mahkamah atas kes seleweng RM24 juta duit SRC International Sdn Bhd.

SRC ini milik Kementerian Kewangan dan pinjam RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kononnya untuk melabur di Mongolia negara Altantuya.

Kerja KWAP labur duit pencen kakitangan awam. Kalau macam ini, silap-silap duit pencen kakitangan awan pun lesap!

Jangan fikir tak boleh jadi. Dah ada banyak negara di mana duit pencen kakitangan awam lesap dicuri atau rugi dalam perniagaan macam di Greece, Brazil dan Argentina.

Pesara yang carum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dah mula rasa. Dividen makin tahun makin kurang sedangkan kos sara hidup makin naik.

Jadi kita kena waspada pasal kerajaan kita sudah digelar kerajaan kleptokrasi oleh DoJ. Kerajaan kleptokrasi ni adalah kerajaan yang curi duit negara dan rakyat jelata.

Wallahuaklam.

RALAT: Tim Leissner inilah yang pada tahun 2012 atur hutang AS$6.5 bilion (kira-kira RM20 bilion pada kadar tukaran waktu itu) untuk 1MDB. Yang jadi kontroversi ialah Goldman Sachs dibayar komisen dan duit poket AS$593 juta (RM1.8 bilion). Pada tahun berikutnya (2013), kira-kira AS$680 juta masuk akaun peribadi Najib di AmBank. 

Friday, March 10, 2017

Welcome To Padang Rengas


A Kadir Jasin

IT has been awhile that I have not posted an article in English.

[REMINDER. Anonymous comments will not be published.]

But somehow, sitting in an Indian Muslim coffee shop in the dilapidated Padang Rengas town, I was inspired to pen an article in the language of our former colonial master.

The Rengas Field is the Nazri Aziz country. Rengas is a tropical tree whose botanical name is Gluta/Melanorrhoea.

It is the fiefdom of the loud-mouth Padang Rengas Member of Parliament, (Datuk Seri) Mohamed Nazri bin Abdul Aziz. He is also the Tourism and Culture Minister.

It has been a long time that I have not taken this back road that, unintentionally, took me back to the pre-North-South Highway days when I used to frequent this part of the country.

Those days, to travel north to my village in Kedah, I had to use the north-south trunk road that passes through Padang Rengas.

Surprisingly, even after more than two decades of bypassing it, Padang Rengas remains largely unchanged.

Except for the larger and sturdier Malay houses, the well-manicured lawns, the prevalence of motorcycles and the thinning out of the stilted wooden houses, Padang Rengas seems frozen in a time warp.

Ironic. Padang Rengas and previously the adjacent Chenderoh, have been democratically franchised to Mohamed Nazri since the 1995 general elections.

That means it has been his political domain for the past 21 years. Incidentally he became an MP during the rule of Tun Dr Mahathir Mohamad, the man he now despises.

Padang Rengas remains trapped in the time past while its five-term MP became one cool dude in the Kuala Lumpur City and possibly, one of the richest Umno warlords in the land.

The son of a diplomat-turned-politician, Mohamed Nazri has fashioned himself into a cross between a mafia don and a Malay panglima with the nickname “The Chief”.

Unabashedly, his son, Nedim Sujak Nazri Aziz, who is his “personal assistant”, is baptized “Chief Junior”. His Instagram page introduces him as “Nedim Sujak Nazri Aziz Chief Junior / SuperDad Proud Malaysian (liberal) Harrisons Holdings (M) Bhd Bendahari Pemuda Padang Rengas.

The chief is Najib’s trumpeter-in-chief. He’s one of the most ardent admirers and ferocious defenders of the Prime Minister, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak.

His chief target is the man who put him in Parliament, Dr Mahathir. He has called Dr Mahathir many names including “old”, “senile” and “forgetful”.

Recently he challenged Dr Mahathir to contest against him in the coming General Election in Padang Rengas. Dr Mahathir responded by inviting him to contest in Langkawi.

Dr Mahathir is the organising head of the Langkawi division of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). He is also the national chairman of the party.

Since then Mohamed Nazri had suffered a slight indignity when his former cabinet colleague, Tan Sri Zainuddin Maidin, labelled him the “pondan of Padang Rengas” which roughly translated means the eunuch of Padang Rengas for refusing to answer Dr Mahathir challenge.

The accuracy and appropriateness of my translation is debatable of course because “pondan” has many meanings and nuances. It could mean a transsexual person, a man dressing up like a women or simply a coward.

In the latest development Mohamed Nazri appears to be making a move to reclaim his honour and prove once and for all that he is a man and Najib’s quixotic panglima Melayu.

He has accepted Dr Mahathir's challenge to a debate on 1MDB and the RM2.6-billion fund that entered Najib’s personal bank accounts back in 2013.
In a text message to Malaysiakini, Mohamed Nazri said he would leave it to Dr Mahathir to decide on whether any other topic should be included.
But I have a strong feeling that he would do a disappearing when the time comes.

Or he would end up being another Abdul Rahman Dahlan, who, instead of defending Najib in a BBC interview, blundered by confirming that the Malaysian Official 1 (MO1) referred to by the US Department of Justice (DoJ) was indeed Najib.

The Train Station: Rare symbol of modernity 
To recap, just in case you want to do an unscientific time travel back to the 1970s and 80s, you can always make a weekend trip to Padang Rengas.

There’s even a special Keretapi Tanah Melayu commuter service connecting Padang Rengas to northbound stations. The service starts in Padang Besar and ends in Padang Rengas.

If you do it now, you can even “selfie” with the likeness of Mohamad Nazri on the platform.

Wallahuaklam.

Saturday, March 04, 2017

MAP Buat Rakyat Lebih Sayangkan Dr Mahathir


A Kadir Jasin


TV3 sila terus maki hamun Tun Dr Mahathir Mohamad.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Itulah permintaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zahid Mat Arif, masa berucap di majlis malam mesra media anjuran PPBM Pulau Pinang pada 17 Februari lalu.

Kata Zahid, pada mulanya dia marah dan sangat benci kepada TV3, khususnya dan media massa arus perdana (MAP), amnya kerana hina Dr Mahathir.

Tapi bila dia bergaul dengan orang ramai, dia dapati bukan dia saja marah dan benci kepada TV3 kerana hina Dr Mahathir malah mereka pun begitu juga.

Lagi teruk TV3 dan MAP hina Dr Mahathir, lagi orang ramai benci kepada mereka dan bersimpati dengan Dr Mahathir.

Ramai sudah tahu MAP dalam keadaan nazak sehingga terpaksa tutup kilang percetakan, mengemis kepada Umno untuk bayar gaji kakitangan dan rugi ratusan juta ringgit kerana ditolak oleh penonton, pembaca dan pendengar.

Contoh terbaru penolakan orang ramai terhadap MAP kerana hina Dr Mahathir adalah tindak balas mereka kepada kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, (Datuk Seri) Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

Dalam kenyataan media pada 27 Februari lalu dia kata Dr Mahathir adalah harimau tua yang sama ada nyanyuk atau pembohong.

Di antara pukul 1:21 petang hari itu hingga 5:05 petang hari berikutnya, laporan Malaysiakini itu menarik 124 komen. Berita yang sama dalam Facebook mendapat 1,200 komen.

Kebanyakan komen pertahankan Dr Mahathir dan kutuk Tengku Sharifuddin. Memang teruk dia kena belasah.

Tengku Shariffudin kata Dr Mahathir Harimau Tua Nyanyuk
Contoh komen pembaca terhadap kenyataan Tengku Sharifuddin itu adalah seperti berikut:

Kasparov Cia: “Ya betul..... T Sariffudin ni kaki jilat..... Nak buat mcm mana semua yg di pilih Pak Jib pilih bodoh2.....”

Mohd Abu (University West London): “Kalau Mahathir menyanyi saya dengar nada penyampaiannya bukan serak parau loghat Kedahnya! Kalau Mahathir bercakap saya nilai kandungan logik cakapnya, rentak etika dan semangat penyampaiannya! Bila Najib berucap saya angkat kain kerana tak pakai seluar dalam utk tahan muntah dan sumbat telinga!”

Dua pembahas bagi tindak balas kepada hujah Mohd Abu.

Willian Cheng (Leeds Metropolitan University UK) berkata: “Sangat benar” dan Nab AB (bekerja di UTMIC) pula berkata: “Kahkahkah..najib klu tak cakap muhong bukan najib la tu....”

Hatta yang tak setuju dengan Mohd Abu pun tak pertahan Najib atau Tengku Sharifuddin sebaliknya mereka berbalah sesama sendiri.

Siapa nyanyuk dan bohong? Tun kata milik kekal, Najib kata pajakan.
Kata pembahas Ahmad Midon: “Mohd Abu betul ke citer kamu tu......rasanya satu bentuk kelentong.....malahan ada unsur2 lucah..... yg hairannya ada pula yg like.....pak abu buat lawak rupanya.....lemah betul daya tanggap aku ni ye......maklumlah dah dimamah usia....”

Syok Sendiri

Di mana pun saya pergi, ramai orang bagi tahu mereka tak tonton berita TV3 atau baca surat khabar arus perdana lagi.

Saya fahamlah apa maksud mereka pasal berita TV3 dikendalikan oleh bekas wartawan saya di New Straits Times. Dia antara wartawan terbaik.

Sekarang dia pangkat besar tapi khabarnya dia dan pengarang MAP yang lain terima perintah daripada seorang “puppet mastar” yang bukan daripada kalangan media massa.

Inilah sebabnya, rasa saya, MAP kacau-bilau.

Manakala laskar siber sukarela atau upahan Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, Umno dan Barisan Nasional pula semakin tak berani buat tampalan dan bagi komen.

Semakin jarang mereka buat tampalan Blog atau Facebook sokong dan pertahan Najib pasal setiap kali mereka buat demikian mereka kena belasah dan bilangan yang masuk berbahas dengan mereka makin kecil.

Kalau buat posting pun mereka sekadar siar gambar mereka makan, hisap curut, memandu, tunggang basikal rentas desa atau naik motosikal kuasa tinggi.

Berkenaan Tengku Sharifuddin, saya nak kata kepada dia, saya pun dah tua tapi belumlah nyanyuk.

Saya ingat lagi panggilan telefon Najib kepada saya bagi maklumkan yang dia telah tawar jawatan Setiausaha Akhbar kepada Tengku Sharifuddin. Tapi tak perlulah saya cerita apa yang saya kata kepada Najib masa itu.

Wallahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).