Sunday, April 22, 2018

Marilah Sama-Sama Bina Semula Malaysia


A Kadir Jasin

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

MINTA maaf. Itulah tema tampalan ringkas saya kali ini. Saya mohon maaf kerana sangat lama tidak menyiarkan rencana baru. Malah membaca dan menyiarkan komen para pembahas pun lambat.

Sambil tolong PH dapat makan kenduri
Saya rasa ramai pembahas dan pembaca telah meneka sebabnya.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.] 

Dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini, saya terlibat terus. Satu sejarah bagi diri saya kerana inilah kali pertama sejak saya terlibat secara langsung.

Bagi yang belum maklum, saya terlibat dengan dua cara. Pertama, saya adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Seperti umum sudah maklum, ketua Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Surayati binti Ibrahim, telah bubarkan (sementara) PPBM selama 30 hari mulai 5 April lalu.

Macam diatur, sebaik saja ROS bubarkan PPBM, Perdana Menteri “caretaker”, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) aka Pendekar Bugis, Mohd Najib Abdul Razak, pun umumkan pembubaran Parlimen.

Saya tidak tahu apa lagi pendekar Bugis akan buat bagi menggagalkan usaha kita menyelamat dan membina semula Malaysia.

Cuma kita kena ingat, dia bagi amaran “jangan cari pasal dengan pendekar Bugis.” Dulu dia kata dia pahlawan Bugis "layar dikembang, sauh dilabuh". Sekarang dia kata dia pendekar. Nampak macam turun pangkatlah. Boleh tonton DI SINI.

Kedua, saya keluar bekerja bagi pihak Pakatan Harapan (PH). Dalam seminggu dua ini saya telah beberapa kali ke Pahang, Perak, Kedah dan Melaka membantu bakal calon PH dan jentera pilihan raya mereka.

Semalam saya iring bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, melawat Langkawi bagi melihat dan memberi semangat kepada jentera pilihan raya PH di pulau pelancongan itu.

Seperti kita tahu, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan bertanding kerusi Parlimen Langkawi, di bawah lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tun dan semua calon PH bertanding guna lambang PKR
Berbalik kepada Daim, mungkin ada yang sudah lupa bahawa dia jadi Menteri Kewangan dua kali di bawah Dr Mahathir dan pengerusi pertama Lembaga Kemajuan Langkawi (Lada).

Daim berjanji akan sumbang ilmu dan pengalaman bantu kerajaan PH selepas PRU ini, Insya Allah.

Tun Daim (bertopi) bersama petugas pusat operasi pilihan raya Langkawi
Saya tengok ada juga pembahas kita macam "pompuan" yang terlibat berkempen bagi pihak Barisan Nasional (BN). Dalam bahasa Inggeris, saya kata “good luck”.

Akhir kalam, saya ucap banyak-banyak terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang menunjukkan kerakanan dan muhibah kepada saya dalam pertemuan dengan mereka.

Marilah sama-sama kita tumbangkan kerajaan kleptokrasi Umno/BN dan Bina Semula Negara. Isyak Allah.

30 comments:

Anak Jerlun said...

Datuk, Insya-Allah bersama kita pastikan PH menang dalam PRU 9 May 2018 nanti.

Unknown said...

Cukup 9 tahun jadi PM. 3 tahun kutip GST dekat 130B mana pi?

Jentayu said...

Terdapat kekeliruan bagaimana proses undi pos atau undi awal ni dijalankan. Ditambah pula jumlahnya kini meningkat daripada 400 ribu kepada sehingga 1 juta lebih. Dalam banyak-banyak undi, undi awal atau undi pos ni la yang paling bahaya. SPR perlu tampil memberikan penerangan kepada parti-parti yang bertanding.

Kita tak tahu ada banyak mana peti undi pos/awal di satu-satu kawasan. Parti-parti yang bertanding kena pastikan ada berapa peti-peti undi pos di kawasan mereka sebelum membuat pengiraan.

Kita tak mahu tiba-tiba muncul peti-peti undi baru yang entah datang dari mana bila tiba proses mengira mengira undi. Ini tidak boleh dipandang remeh oleh parti-parti yang bertanding. The future of a country is at stake here. Kes-kes macam ni yang selalu buat niaya.

Memandang pengundian awal dijalankan beberapa hari sebelum hari mengundi sebenar, adakah ejen-ejen pengiraan undi dibenarkan untuk memantau proses pengiraan? Sebaik sahaja selesai proses membuang undi, dimanakah peti-peti undi itu disimpan memandangkan pengiraan akan dijalankan serentak bersama-sama dengan hari mengundi sebenar.

Tempat simpan undi pos pula. Ini satu lagi isu yang sangat penting. Dimanakah peti-peti undi itu diletakkan? Pejabat SPR negeri? Apakah jaminan SPR supaya ‘integrity of those ballot boxes are not compromised’?

Adakah ejen-ejen dibenarkan menunggu peti-peti undi di tempat-tempat simpanan bagi menjamin integiriti peti-peti undi tersebut. Adakah ejen-ejen dibenarkan untuk menyemak persekitaran tempat-tempat penyimpanan undi awal tersebut bagi memastikan tiada unsur-unsur penipuan dan sabotaj.

Dan adakah tempat-tempat simpanan undi pos boleh disemak oleh ejen-ejen parti sebelum peti-peti undi tersebut disimpan. Ini bagi memastikan tempat-tempat simpanan tersebut benar-benar kebal, telus, berintegriti dan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Di masa hari pengundian sebenar,ejen-ejen pengiraan baik di pihak kerajaan atau pembangkang kena sentiasa berwaspada dan alert bagi memastikan pilihan raya diadakan dalam keadaan benar-benar telus. Kena selalu memerhati, memantau dan peka sentiasa. Mata mereka kena jadi macam mata burung helang. Tidak boleh berkelip.

Kena alert dari mula start peti-peti undi tu kosong, masa orang pangkah dan masukkan kertas undi, sealed dan ketika penghantaran di pusat-pusat kiraan undi. Dan juga bila start proses pengiraan.

Ejen-ejen parti kena selalu pantau dan perhati. Letak batang mancis kat mata supaya mata tak berkelip. Bila kita berkelip saja, masa tulah berlaku silap mata..

Van yang angkut peti-peti undi tu pun ejen-ejen kena ada sekali dalam tu. Mata kena selalu duk tengok peti-peti undi tu sampai ke pusat pengiraan. Kalau dari tempat buang undi ada 12, maka 12 lah yang akan sampai kat pusat kiraaan nanti. Dan pastikan peti-peti undi tu adalah peti-peti undi yang sama.

Pastikan peti-peti undi tu adalah peti-peti undi yang sama masa start pada mula proses sampai la kepada proses pengiraan. Kertas-kertas tu sahaja yang patut mereka kira. Kalau ejen tu dah penat, tukar orang lain dan buat benda yang sama. Mata kena selalu mengadap peti-peti undi. Bukan mengadap smartphone.

Ejen-ejen kena perhati dan alert selalu. Mata jangan tengok ke lain. Kena SENTIASA perhati peti-peti undi tu ke mana sahaja ianya bergerak. Ke kiri ke, ke kanan ke, ke atas atau ke bawah. Kena selalu check dan confirmkan dengan SPR berapa bilangan peti-peti sepatutnya di sesuatu kawasan pilihan raya. Termasuk undi pos dan undi awal. Berapa tong yang ada. Kena confirmkan sebelum hari pengundian berapa peti-peti undi pos dan berapa peti-peti masa hari sebenar pembuangan undi.

Benda-benda ni semua ejen-ejen kena confirm awal-awal. Jangan ada pula ‘wahyu’ dan permainan silap mata pula nanti. Jangan pula undi pos ni TERBANG ke sana dan ke sini untuk membantu mereka yang nyawa-nyawa ikan. Lebih satu undi pun tak apa. Asalkan menang. Ini yang bahaya.

passion girl said...

Setuju 2.6b kali... Kena hati2 ngan pos undi ni..

fauziasmara said...


Salam Datuk,

Saya berasa malu pada diri sendiri apabila membaca artikel kali ini.

Datuk dan Tun M yang lebih berusia daripada saya sedang bertungkus lumus berusaha untuk menyelamatkan negara, tetapi saya hanya memandang dan tidak melakukan apa-apa.....

Hanya berharap......

Saya ucapkan TERIMA KASIH kepada Datuk, Tun M dan mereka-mereka yang sedang berjuang.....

Semoga ALLAH memberi kita kemenangan....

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kalau Pendekar, sudah tentulah kerana berani.

Mana ada Pendekar yang pengecut.

Kalau di Indonesia, ketua parti politik mereka berdebat di TV secara langsung.

Jokowi berlawan dengan Prabowo Subianto.

Ini betul betul darah keturunan Pendekar Majapahit.

Begitu juga di negara kapir Amerika, England dan Jerman. Ketua politik mesti berdebat.

Kalau bukan darah Pendekar Kapir pun, mereka ini berdebat.

Dekat Malaysia, apa kriteria atau ciri-ciri Pendekar.

Adakah orang yang pengecut boleh dipanggil pendekar?

Ini yang jadi satu musykil.

Apa pun Selamat berjuang saya ucapkan kepada Dato'

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Lagi satu Dato'

Sekarang ini banyak kontrak-kontrak diberikan kepada negara China.

Tapi yang peliknya, sampai bendera BN pun dicetak oleh Syarikat China.

Kita dah merdeka lebih separuh abad, tak ada ke syarikat orang melayu boleh cetak bendera.

Ini satu hal yang mushkil.

Kalau ya pun, tak payahlah catit dekat bendera itu dicetak oleh Syarikat China.

Apa lagi kontrak dan projek nak bagi kat syarikat China.

Saya ingat dulu masa PRU13, ada yang kata, "Apa lagi cina mahu"

Unknown said...

Yes! Pilihan aku tepat nampaknya aku dijalan yg benar 😤 pru 14 tiba masanya untuk undi pakatan. Parti Barisan Najis or BNajis dah korup tahap teruk. Penyamun malaysia PM dah rompak duit rakyat sampai felda mara 1mdb dan lain2 lagi habis lingkup. BNajis nak letak calon muka2 nampak intelligent tapi last2 semua wakil BNajis haprak satu pun tak pandai bela rakyat yg tau putar belik kenyataan dan perbodoh bodohkan rakyat negara sendiri. Tunggu pru 14 kebumikan barisan nasional najis dan tanglap mo1 ! Hidup pakatan 😤

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / a'lai / kum.)
Aku pon dok syak hang sama ada loghat dok pulon kerja2 PRU ni atau pon uzog. Alhamdulillah nampak hang teruih ligat ,
moga2 yg maha esa ambik Kira kerja2 kita sebagai amar makruf nahi munkag. Aamiiin.
Aku, zaman dolu2 ada mengaji sikit2 pasai lojig, andaian, tiori, tesis, hipotesis, konsep, konteks, statistik, dan dok dengag laa pasai model ekonometrik untuk bantu paham satu2 gejala atau episod. Paih tu aku mengaji 'ilmu al Qur-an pulak, pon sikit2.
Izin aku dgn rendah hati nak ganding atau tembong dua bidang ni untuk buat satu kerangka, yg coba tonjoi apa yg aku paham tentang gejolak Malaya yg dok lalui masa ni.
Dlm pekara ni, aku rasa ada dua perkataan yg mustahak, iaitu 'keliru' yg menokok tambah jadi 'celaru'. Perkara ni munkin bolih kata mengikut al Qur-an di a'lami oleh satu makhluk Allah bernama iblis. Antaranya macam di cerita dlm ayat 29 dan seteruihnya,
suroh al Hijr (dari Tafsirq.com) dgn magnanya secara kasag dan dgn sikit suntingan/pindaan :
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk,"
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.
فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ
Mana bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama,
إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ أَنْ يَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ
kecuali iblis. Ia enggan ikut besama-sama (malaikat) yang sujud itu.
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ
Allah berfirman: "Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?"
قَالَ لَمْ أَكُنْ لِأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ
Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk"
قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ
Allah berfirman: "Keluarlah dari surga, karena sesungguhnya kamu terkutuk,
وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ
dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat".
قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan,
قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ
Allah berfirman, maka sesungguhnya kamu dari kalangan yg diberi tangguh.
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk mereka mereka yang diberi tangguh,
إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ
sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan,
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".(insyaAllah bersambong)

Aku said...

(Sambongan, insyaAllah)

Naratif ini munkin bulih di sabit dgn ayat 34, al Baqaroh :
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan yang kafir.
Dan dgn suroh al A'raf, ayat 12 :
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".

Keliru si iblis ni munkin kita bulih tengok bila dia sebut dia tak mau sujud pd Adam a.s. sebab Adam adalah dari tanah tanpa iktiraf roh
tiupan ilahi (yg 'tercantum') dgn unsur fisikal dari tanah.
Nombor dua, dia salahkan dan berdendam dgn Adam a.s. dan zuriat Adam pulak bila dinyahkan atau dijauhkan
dari rahmat Allah S.W.T. tak sedag
yg dia telah terang2 ingkag atau derhaka dgn yg maha esa, yg maha megetahui, maha pencipta.,,... yg jugak pencipta dia jugak,
yg dia ngaku sendiri (dari api)...
tak dak malu, tak dak gerun. pendek akai....
Dari keliru jadi celaru dan seteruihnya sesat sesesatnya.... pada hai kenalah cepat2 mohon maghap dan taubat.
Yang ni kot bala yg dok hinggap kat Malaya....ini yg aku dok perati tapi kalu tak tepat kod ada yg sudi tegog...
Maghap no.
Aku.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ,
Aku sekali ni, aku baca lagi 'coretan' hang pasai "mai sama2 bina semula Malaysia" dan terpandang ejaan 'insya Allah' hang di ujong sekali
tak betoi. Tak sengaja kod.
Aku.

Pompuan said...

Salam DAKJ.
Yes Sir.U kempen.untukTun n Co.I.kempen for Najib and Co. Our right, meh. Free country,mah.
Anyways Datuk tak jawab my query whether u akan jadi calon. If you do, who knows I will do an about-turn and go for Harapan. Jawab jgn tak jawab.
Apa yang nak diubah semula? To go back means to regress. We have been that way before. Don't want to return to Tun and Daim's time. That has passed. We have to move on.
I was just discussing with my peers how lucky our kids are with all the policies in place for the millennials and babies yet unborn. How I envy them watching all the programs (ehem American) Najib lined-up and announced night after night. Untungnya anak-anak kita dan bakal cucu kita. Zaman I very limited. Tak dapat masuk U or Kolej jadi clerk macam I. Our kids are lucky. So many avenues open with all the alphabet soup-like opportunities for them
Pray tell why should we vote for Tun or Anwar Ibrahim or aunty Wan Azizah? Why forgo change and still stuck on the tried and tested, same-old same old. Dah tak boleh pakai.
Satu pejuang untuk Reformasi keluarga. Nak jugak jadi PM walapun sehari. Tak payahlah dah kenal how he was like as DPM.Takut kempunan. Nasiblah. Satu lagi nak buang Najib kononya korupsi. Sekelumitpun takde bukti. Dah 22 tahun tak paid lagi ke. Takkan nak tayang wayang lama. A shame to the world. We are a laughing stock.

kusufian write said...

PH PAS - Pecah Undi
BN - Penyokong BN tetap BN
Strategi BN sejak 2013 bagaimana memecahkan undi Melayu berjaya dengan PAS memihak BN. Strategi calun calun bebas berwibawa mungkin bolih dipraktikkan bagi mengukuhkan sokongan kepada PH terutamanya di kawasan MCA MIC Gerakan bertanding...

majid smsp88 said...

Hahaha...

Saya pun masih ingat ungkapan "apa lagi cina mahu" ini. PRU ke-14 sedikit lain ejaan dan ungkapan tersebut:-

"Apa lagi 'China' mahu" kot... Masyarakat Cina yang lahir in Malaysia ini kita dimomok macam2. Cina China yang sah-sah tak tumpah apa darah ini pulak dialu-alukan. Aduihhhh...

Blower said...

Salam

Bolehkah calon2 PH bayar segala macam deposit pilihanraya awal sebelum hari penamaan calon?
Untuk kutipan kerajaan, biasanya kena ada penurunan kuasa. RO dan ARO yang dilantik SPR tiada kuasa ini kerana kebanyakan dari mereka adalah penjawat awam STATE dan bukannya FEDERAL.
Mohon semak semula kuasa RO dan ARO di pusat penamaan calon secara bertulis AP69 dan AP70 dari Pegawai Pengawal SPR.

fauziasmara said...


Salam Datuk,

SPR BUAT HAL LAGI

1) SPR keluar syarat tambahan bahan kempen:

2) NAMPAKNYA HANYA GAMBAR PEMIMPIN PKR SAHAJA YANG BOLEH DIPAMERKAN

DAN

3) Saya tertarik dengan perkara dibawah iaitu:

(h) Lambang/simbol parti politik bagi calon yang bertanding dan lambang/simbol parti komponen berdaftar sebagai gabungan/pakatan yang diwakili calon tersebut dibenarkan untuk dipamer secara bersama atau berasingan di bahagian pilihan raya di mana calon tersebut bertanding.

(ada sedikit persoalan - apa yang dimaksudkan dengan PARTI KOMPONEN BERDAFTAR SEBAGAI GABUNGAN - adakah hanya terhad kepada parti dalam BN kerana PH belum berdaftar?)

4) Sekiranya ia juga termasuk parti PH maka:

Ini bermaksud bahawa sekiranya calon tersebut dari parti AMANAH tetapi bertanding menggunakan logo PKR, maka calon tersebut boleh juga mempamerkan logo AMANAH bersama logo PKR dikawasan yang diwakilinya.

5) AWAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

INI ADALAH STRATEGI UNTUK MENGELIRUKAN PENGUNDI PAKATAN HARAPAN......

6) Apabila kita mempamerkan DUA LOGO maka ia akan MENGELIRUKAN sesetengah pengundi.......

"TUMPANG TANYA NAK, KALAU MACAM TU PAK CIK NAK PANGKAH YANG MANA, PAK CIK KELIRU NI"

- maka terpaksalah kita menerangkan semula pada pengundi, "logo AMANAH tu saja saja dipamer, nanti pakcik pangkah lah logo PKR" kan kerja tambahan tuu....

7) Dari sebelum parlimen bubar hinggalah hari mengundi, kerja kita "PENERANGAN TENTANG LOGO SAHAJA"

8) Kita telah bersusah payah memperkenalkan LOGO PKR SEBAGAI LOGO BERSAMA, jadi tidak perlu untuk bersusah payah mempamerkan logo yang lain pula........

9) Apa berpendapat yang penting sekarang ialah TERUS PAMERKAN LOGO PKR SAHAJA....

10) Saya amat tertarik dengan cara Lim Guan Eng mempromosi LOGO PKR dalam versi HITAM PUTIH di Taiping dan Jementah. Beliau mencetak logo tersebut dengan ukuran yang besar dan dipamerkan dibelakang pentas (Taiping) dan mempamerkan kad logo di Jementah.

Cara beliau akan memberi kesan yang besar pada pengundi........

11) Bukan semua pengundi bijak dan peka dengan parti serta logo........

12) Sekiranya kebenaran hanya pada parti komponen BN KERANA MEREKA TELAH BERDARTAR DENGAN ROS maka ini bermaksud LOGO BN dan:

LOGO UMNO AKAN DIPAMERKAN DIKAWASAN CALON UMNO UNTUK MENARIK PENGUNDI MELAYU.........

LOGO MIC DIKAWASAN CALON MIC UNTUK MENARIK PENGUNDI INDIA........

DAN LOGO MCA UNTUK CALON MCA UNTUK MENARIK PENGUNDI CINA..........


13) YANG PENTING SEKARANG KURANGKAN MENYERANG LAWAN, TAPI LEBIH KEPADA MERAYU UNDI TERUTAMA GOLONGAN ATAS PAGAR DAN YANG TIDAK PEDULI TENTANG PRU........

MASA SEKARANG ADALAH MASA...........

...................CUMBU RAYU DENGAN PENGUNDI................

Hanya sekadar pendapat.............

Maaf........

fadzi dam said...

Pompuan... Selamat bertugas. Saya yakin dalam menjalankan tugasan, anda dibayar. Sayugia diingatkan bahawa asalusul wang tersebut pastinya dari poket dan titik peluh tulang empat kerat kami jua. Telah ditakdirkan anda disebelah sana, maka kempenlah calon anda yang berkaliber, amanah, beragama,berperinsip. Kalau anda 'salah'bantu melobi yang memang diketahui korupsi,tungganglangang dan berkepentingan, saya yakin ramai yang akan ' claim' balik 'wang' titik peluh mereka yang anda telah terima. Jangan bangga diri dengan ayat akhir anda.. 5 deria bercampur akal anda ada, kami yang bukan dalam golongan elit seperti anda pon boleh mencium bau2 an yang kurang enak. Akhir kata, sentiasa ingat kubur kata mari, maka checklistnya anda/ kita akan rasa samada dacing kita berat disebelah mana... Kiri atau kanan.

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

" Marilah sama2 bina semula Malaysia "

Istilah 'semula' tu cukup menarik ...

1) Dari yg LAMO pado yg BARU...

Yg lamo tu dah basi , busuk dan berpenyakit . Ghamai yg dah kono ..ado yg survive ado yg tak ...
Polisi lamo yg montingkan kroni dan proksi dah outdated dan memakan diri ..bak penyakit kanser tahap ompek .

2) Dari yg BURUK pado yg BAIK ...

Terlalu banyak keburukan yg dibawo olih yg lamo tu ... sehinggo membebankan Gen Y sekarang ni . Kadar upah pekerjo yg ghondah yg sengajo ditokankan olih pemimpin lamo untuk menarik FDI tolah nyobabkan mismatch antaro worker's earning dgn cost of living . Impak polisi lamo ni adolah kek generasi sekarang .

3) Dari REFORMASI pado TRANSFORMASI ..

Reformasi yg diwar2kan olih pemimpin2 lamo lobih pado syok sendiri.
Perubahan2 yg diidami kek negeri2 yg mereko kuasai tak menjadi saperti diharapkan . Sebaliknyo musibah yg berlaku . Air tak cukup , jln rayo tak diselengarokan , sampah bertaboran , rumah mampu milik tapi tak mampu dimiliki , rumah urut bertaboran , gunung n bukit dibotakkan dan bandar yg dikhobar berunsur islam dah jadi mcm Hadyai .

4) Dari yg TUO pado yg MUDO ...

Pemimpin yg Tuo...dah perlupo habih.
Kodai ghuti yg dio tubuhkan 12 thn lalu dikhobar bukan dio punyo . Lopeh di dikhobarlak dio dah jual . Lopeh tu dikhobarlak kodai ghuti tu bankrap sobab gomen tak support .
Akan sampai maso dio akan khobar kek bini ehh ..ekau ni siapo ?
Tak lamo laiee tu ...
Ado yg khobar berasal dari Brunei.
Ado yg malu nak khobar asal usul koling.

5) Dari TAK JUJUR pado yg JUJUR ...

Kito taknak pemimpim yg buek BNM mcm akaun peribadi . Habih duit diperjudikan ... lopeh tu dikhobar dah lupo . Anak2 sumo jadi billionaire .

So ...JOMMM bino semulo Malaysia.

Say NO to next MUGABE .

Waghih.

sirimuda said...

You said tak dak bukti anak anak u pun tak di dedah kepada tv berita terkini mungkin you larang kot macam zaman tunku sampai penyokong pun suruh buang kerani kerani tapi tak pa tunku kata depa orang kita...

fauziasmara said...


Salam Datuk,

SEKIRANYA SAYA MASIH MENYOKONG BN

Saya akan cadangkan supaya SPR mencetak kertas undi yang akan mengelirukan, terutamanya bagi warga tua dan mereka yang kabur pengelihatan.

Caranya:

Saya akan cadangkan SPR mencetak pada kertas undi logo PKR dan Pas saling berturutan.

Ini kerana logo tersebut hampir sama iaitu ada bentuk bulat dibahagian tengah.

Bulatan bahagian tengah logo PKR (anak mata) dicetak tidak terlalu gelap dan kelihatan seakan logo Pas atau keseluruhan logo tersebut tidak terlalu gelap.

Apa akan terjadi:

"Ehhh...itu hali A Eng ada tunjuk itu gambar logo......... mana satu aaaaaaa......." berbisik nyonya Mui dalam hatinya (dalam bahasa cina) cuba mengingati pesanan Lim Guan Eng.

Akibatnya:

Pengundi Pas akan tersilap memangkah PKR dan ini menguntungkan PKR.

Pengundi PKR akan tersilap memangkah Pas dan ini menguntungkan Pas.

Hasilnya:

BN berpeluang menang dengan majoriti besar.

Mungkin ini antara sebab-sebab Pas beria-ia untuk bertanding dibanyak kerusi dan juga sebab DS Najib terlalu baik dengan DS Hadi.

Maaf, saja berceloteh......

Alkay said...

Salam sejahtera semua. Apa yang NR buat hanya kesinambungan daripada pemimpin2 terdahulu yang cuma sedikit tetapi diperbesar-besarkan (overly hyped) oleh para penyokongnya.

Sebagai contoh, apa dah jadi dengan saham FGV semasa penyenaraian harga RM5.50 dan kini RM1.77? What a performance by the so called and the self anointed custodian of Felda? Kini dia terlepas daripada penangkapan oleh pihak berkuasa untuk penyucian wang haram dan wang dalam akaun peribadi sebanyak RM2.60 billion serta kerugian RM50 bilion dalam syarikat pembinaan "strategik" kira cukup bernasib baiklah.

Lula Brazil got 12 years for USD1.2 million kickback.
Park S Korea got 24 years for USD25 million kickback
Juma S Africa is still on trial for USD15 million money laundering (with the Gupta family).

Rakyat di negara-negara ini cukup peka dengan korupsi dan nama baik negara-negara mereka and they are non-muslims, mind you. Di sini apa yang mereka fikir adalah BRIM untuk satu tahun. Harga minyak yang tidak menentu serta kenaikan harga keperluan harian lain tidak diambil peduli langsung !

Bangkitlah Bangsaku ! Ayuh, kita sama-sama bina semula Negara Malaysia menjadi negara berintegriti dan beretika !

Jashamsulnizam said...

Assalam Dato' AKJ,

Dah 10 tahun saya tak menjenguk ke blog Dato' ni, sejak 5 tahun lalu saya telah berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki dan membina penghidupan di sana. Pada masa mula2 berhijrah ke sana tu amatlah sukar tapi berkat usaha dan doa kaum keluarga di tanah air akhir dapat jugak biasakan diri dan kini kehidupan saya semakin selesa walaupun hakikatnya hidup sebagai imigran adalah sukar.

Selepas PRU-13 saya dah mula malas nak ambil tahu pasal keadaan sosio-politik Malaysia sebab dah banyak berlaku pengkhianatan dan pepecahan dalam arena politik tanahair membuatkan saya jadi muak. Ditambah dengan kenaikan kos sara hidup yang makin tidak setara dengan pendapatan membuatkan saya ambil keputusan untuk tidak lagi bergantung kepada pemimpin2 politik dalam menentukan hala tuju dan survival hidup saya.

Namun sejak awal tahun ni saya mula nak ambil tahu pasal hal2 politik tanahair dan memerhati dari jauh walaupun kini hidup di perantauan. Walaupun saya dibolehkan mengundi di pejabat kedutaan Malaysia namun begitu saya sudah ambil keputusan untuk pulang semula ke Malaysia untuk membuang undi saya. Apapun yang pasti undi saya tidak kepada sang pencuri yang berlagak seperti pendekar dan si lebai punahsihat yang sama2 jadi tukang kelepet tapi berlagak berkecuali.

Sama2 lah kita berganding bahu untuk menyelamatkan negara Malaysia yang dah teruk terjejas imejnya dimata masyarakat dunia sekarang ini, Dato'.

sirimuda said...

Seorang takut debat lari pintu belakang
because of keselamatan go and hide
Macam mau menang tak payah ada pemilihan ambil nah 2.6 bilion kita kenduri untuk pilihanraya buat apa pati menang kalah p/raya.. confirm kalah punya
Projek berjuta-juta bagi kurang GST yang kurang cukai buat apa bagi free yang free tu sekali lagi kita kenduri dan joli.. tujuh tahun baru stat banyak
Bapak pengankutan bagi makan kera di hutan anak tempatan di paksa bayak ptptn... perabih duit plpn tutup teruih tak pa panjang ummuk 68 tersenarai kesalahan.. harap harap PH lah harapan
Mula mula pati bunga apa dia la baru tau tu dia kepala donga dok jaja kuda tua bangka hampa tengok sikit hari dia hearat dengan hampa yang dok sokong
tak tentu gala
Complecent syok sendiri tak nak menang majoriti nak menang mudah konon ada sleeping partner di pujuk sertai entah poyo ka ni pun pecaya

Last but not least to Malaysia
We are democratic country not keleptrocratic shame for us to the world we neither Olympic nor World Cup champions through no gains but our leadership constrain...

❤️ Malaysia long live Malaysia
Throw keleptocrat

Unknown said...

Sekiranya bakal calon PKR disekat dan digagalkan untuk bertanding dalam PRU 14 dengan segala macam helah UBN dan sekutunya ,mahkamah rakyat adalah satu satu nya altenatif terakhir dengan kuasa rakyat marilah kita sama sama MENERAJANG calon UBN + PAS pada 9/5/18 nanti.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Dato cakap kita bina semula negara ini. Dgn hutang cecah 1 triliun tak terbayang saya mcm mana nak bina semula negara ini.

Bina semula akan ngambil masa bertahun untuk dipulihkan. Ia bagai dah ranap di bom dgn bom atom.. kesan radioaktifnye mkn tahun untuk di pulihkan ..tapi Jepun akhir nye jadi negara termaju didunia. Kalau Jepun boleh.. ..

Najib pula ckp.. byk lagi "redevelopment" akan diusahakannye. Contoh terbaik rancangan redevelopment Najib adalah, Tanah Askar Sg.Besi. Jadi kalau kita menangkan Najib pada PRU14 ini maka kita bersedia lah untuk diredevelopmentkan. Ranap.. ranap.. ranap.

Pada saya pabila PH diistiharkan menang pada subuh 10 Mei tu. Kerja pertama PH adalah untuk tangkap Tun Najib dan Tun Rosmah. Kalau PH gagal sumbat dua ekor ni dlm lokap, saya tak akan sokong PH lagi .. tiada kompromi.

samurai melayu said...

SALAM KASIH SAYANG
Sdr.DAKJ,

Izinkan,

"Wawasan 2020 bukan titik penyudah bagi jenerasi mendatang ia bermula"

Malangnya landasan nya telah dimusnahkan oleh sdr Najib Razak yg kami kenali suatu masa dahulu.

Doa dan Harapan kami agar kerajaan baru memberi Harapan dipulihkan kembali Landasan Wawasan 2020 demi masa depan anak cucu cicit kita melangkah megah sebagai satu bangsa yg bermaruah,maju dan jaya dan hidup aman makmur perpandukan Rukun Negara.

Semoga di"Kun faya Kun" Allah SWT Yg Maha Penentu.

ALFATIHAH, AAMIIN

Tinta Hitam said...

Datok AKJ,
Insyaallah dgn kerjasma padu semua pihak,kita menang

Ria.s said...

DR.TUN MAHATIR
we are waiting for u back to malaysia....we want to live a new life sir....enough for n****....just go away .....we just need sir mahatir to stay with us.....i support for pakatan harapan....

Unknown said...

Jgn bangunkan Malaysia dgn Hutang, Melayu tidak sekali-kali lupa

Unknown said...

Who Own BANK NEGARA??? Walaupun telah bertukar kerajaan. Masih perlukah kita terus menerus menjadi hamba mereka. Slavery without chain

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).