Saturday, June 09, 2018

Letak Jawatan Ketua Media dan Komunikasi CEP


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Peletakan Jawatan Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Council of Eminent Persons.

Saya, dengan ini meletak jawatan sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Council of Eminent Persons berkuatkuasa serta-merta.

Ini adalah semata-mata keputusan saya demi mengelak kekeliruan di kalangan anggota masyarakat berkaitan peranan saya dalam Majlis tersebut serta pandangan saya di dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.

Sebagaimana yang saya tegaskan dalam mukadimah blog saya, segala pendapat yang saya zahirkan di dalamnya adalah pendapat saya semata-mata.

Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang blogger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang.

Bagaimanapun, wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan saya terus mengaitkannya dengan kedudukan saya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Council of Eminent Persons.

Bagi mengelak kesipuan (embarrassment) kepada Majlis dan percanggahan kepentingan di pihak saya maka saya memohon untuk mengundur diri dan ini telah dipersetujui oleh Pengerusi Majlis, Tun Daim Zainuddin.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim atas kepercayaan dan keyakinan mereka kepada saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada petugas Unit Media dan Komunikasi di atas ketekunan dan kerja kuat mereka.

Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyat jelatanya dengan cara terbaik yang saya ketahui, iaitu menerusi mata pena saya.

Terima kasih. Semoga Allah memberkati.

English Translation

Resignation as Head of Media and Communications of the Council of Eminent Persons.

I have, with immediate effect, resigned as Head of Media and Communications of the Council of Eminent Persons.

This is solely my decision in order to avoid further confusion among members of the public regarding my role in the Council and the views I expressed in my 
Blog and in my weekly column in the Sinar Harian newspaper.

I have been diligently stating in the preamble of my Blog post that whatever views expressed therein were entirely mine.

I was writing in my personal capacity as a blogger and had nothing to do whatsoever with whatever position I might hold.

However, that did not stop journalists and others quoting from the Blog from stating that I am the Head of Media and Communications of the Council of Eminent Persons

To avoid embarrassment to the Council and any possible conflict of interest on my part, I offered my resignation and was accepted by the Chairman, Tun Daim Zainuddin.

I thank the Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad and Tun Daim Zainuddin for their trust and confidence in me.

I also thank staff of the Media and Communication Unit for their diligence and hard work.

I will continue to serve our beloved country and its people in the best way that I know how, which is with the nib of my pen.

Thank You. God bless.


67 comments:

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Teringat saya pada Aruah Pak Sako .. fatihah untuk beliau. Bukan senang untuk tegak kebenaran. Dan sapa je yang rela ternak gergasi?

Zalman A said...

Salam Datuk,

I understand why you may be doing this.

However I am sure Tun & CEP both respect your wishes, and appreciate your service.

I hope in this new era of Malaysia we will drop the frivolous practice of making hysterical police reports just because we don't agree with someone's opinion. Of course, this unhealthy practice became far too common under the regime of Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil. His macai2 wasted a lot of valuable police time. Looks like they haven't stopped.

Once we are truly mature as a democracy (belum lagi, it seems) we will learn to use intelligent counterarguments, rather than waste PDRM man hours.

Thank you Datuk, and best of luck to you.

Naturally your faithful readers all look forward to seeing more of your informed commentary on national matters.

Let the macai2 jerit, we will ignore them as Malaysia moves forward.


Labu8455 said...

"Berani kerana benar" dan itulah etika kewartawanan yg perlu ada dan Datuk masih terus memiliki sifit sedemikian sehingga kehari ini. Teruskan perjuangan Datuk !

jumbeaux said...

Kerugian besar untuk negara, Datuk. Saya sama sekali tak bersetuju tetapi saya hormat keputusan Datuk.

Segala apa yang Datuk tulis ada kebenarannya. Rakyat yang memerhati juga nampak apa yang Datuk nampak, tetapi tidak seberani Datuk untuk menyuarakannya.

Teruskan perjuangan Datuk. Ia belum selesai.

Unknown said...

Courage of conviction is rare and truly lacking in our society and for you Sir to uphold those standards is admirable. Thank you for showing what it means to have courage in your beliefs and sadly very few will view it in that light...such is the languish of our people that it's hard for most tp distinguish between a gem and a stone.
I wish you the best and I pray for your well being.

banggoi petai said...

Salam Datuk ,
Teruskan perjuangan .Hitam katakan hitam , putih katakan putih . Saya sebagai rakyat Malaysia dan anak jati Pendang khasnya menyokong usaha Datuk dalam memartabatkan perlembagaan negara dan undang undang sebagaimana sepatutnya.The truth will be prevail at last ..Semoga Datuk terus beristiqamah dalam mendepani segala rintangan .

Ted Manoff said...

Lidah tuhan bagi Untuk manfaat kebaikan. Kalau lontar idea buat orang ambil bahagian atas apa yg diniatkan terutamanya niat serong, baik potong lidah. Selamat.

Jashamsulnizam said...

Sayang seribu kali sayang, khidmat Dato' amat diperlukan dalam usaha mereformasikan institusi media di Malaysia supaya lebih bebas dan bertanggungjawab dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada rakyat. Kerana permainan licik sesetengah politikus yang bersikap gopoh dan gila pangkat tanpa memikirkan manfaat untuk rakyat, insan2 seperti Dato' telah dikorbankan. Saya ingatkan 'character assasination' yang kerap berlaku era rejim BN dulu sudah berkurangan tapi jangkaan saya meleset, semakin galak pulak jadinya. Tak hairanlah sesetengah pengundi2 atas pagar beranggapan yang kerajaan PH akan menjadi BN 2.0

Moga Dato' tabahkan hati, walaupun saya mengundi PH tapi itu tidak bermakna yang sokongan saya pada mereka akan membuatkan saya buta hati dan mendiamkan apa2 kebobrokan yang mereka akan buat.

Kena ingat ahli parti pun belum tentu akan mengundi parti yang mereka sertai masa pilihanraya.

Negara1st. said...

Tugas lebih penting dan mustahak menunggu Datuk selepas ini,dalam membentuk pemikiran baharu rakyat Malaysia pasca PRU 14.Serang habis-habisan!Kami tidak mahu politik Malaysia sebagai tempat pemimpin mencipta rekod dunia sahaja,dan pada masa yang sama negara menuju bankrap.TPM pertama seorang wanita di negara ini sudah dikira satu kejayaan di atas kertas.Akan tetapi,sekiranya Tok Dalang yang hanya pandai bermain wayang sahaja dibenarkan menjadi kepala pemerintah,maka adalah salah kita rakyat yang membenarkan ini berlaku.Apabila bergelar PM ke 8 nanti,video-videonya akan kembali hangat di pasaran dunia.Malaysia senang-senang akan ditarik hidung oleh kuasa-kuasa yang berkepentingan.Biarlah kali ini pihak-pihak keselamatan negara mengadap Raja-Raja Melayu memohon agar orang ini dikecualikan daripada menjadi PM ke 8.Cukuplah sekadar pembebasan dan keampunan yang diberi.The second coming of Anwar is the second coming of 'MO1'.Harap Maklum.

sukasamasuka said...

Datuk,

This story happened many years ago as I was driving my daughter to school in my old cranky Kancil when a plush BMW suddenly zoomed and overtook us in the traffic.

My daughter suddenly dived behind her seat and asked me to slow down because that's her friend's car.

All of us are made up of two entities: One is our Identity, the "I", which consists of our self-concept and self-worth. The other is all of the Roles, the "R", we carry in life...our role as a husband, wife, father, mother, daughter, head of media etc.

I used to tell her a metaphor about a good durian seed and a lousy durian seed.

I said to her if she is a good durian seed, no matter where I throw her...even to a longkang...one day she will grow up to be the best that she can be.

If she is lousy, no matter what, she will end up lousy.

I wrote in Datuk's blog long before Datuk was appointed as the Head of Media and Communications of the Council of Eminent Persons...and, will continue to write in this blog as long as it takes.

That's the difference between who you “I” as Datuk knows of yourself and your self-image and what you “R”, the roles that I know of Datuk.

Datuk is good...so Datuk will be good.

msh said...

Salam Dato.

Harap bersabar.
Saya bersama Dato.
Dan saya berdoa agar Allah SWT mempermudahkan semuanya pd Dato....aamin2 yarabulalamin.

tebing tinggi said...


Adakah salah menghebahkan sesuatu yang rakyat perlu tahu ,tetapi tidak tahu ?.

You did a good job Dato and I respect your decision but keep on writing .

Salim said...

Salam Tuan....

Very gentlemen decision...hope you keep writing Sir...Pray you might be stationed somewhere for good of the nation.
Never give up !!

seladang said...

Allahuakbar, apa yg terbaik. Jgn berhenti menulis... Kagum saya dgn pendirian Tuan

Anonymous said...

Oh no, you did nothing wrong!
Why surrender and give glee to the hapraks?

Zed-85 said...

Sallam Datuk,

Orang boleh menilai Datuk samada dalam jalan yang benar atau tidak.

Kadangkala dalam usaha kita hendak buat baik, ada juga yang menafsirkan perbuatan itu tidak baik.

Selepas tempoh tertentu, barulah nampak kesudahan.

Saya ingat dulu ada kata-kata yang amat kasar yang dilontarkan oleh Nazri Aziz pada tahun 2015 kepada anak raja. Begitu juga Shahidan Kasim yang kasar perkataannya baru-baru ini, tetapi perkara ini tidak diambil tindakan yang serupa.

Kita ini hidup di tahun 2018.

Kita perlulah ikut pemikiran yang sesuai dengan peradaban kita pada zaman ini.

Apa pun saya tabik hormat atas tindakan DAKJ.

wankamarul701 said...

Saya pun faham dengan keadaan Dakj. Dakj menjadi blogger sewaktu berada di luar kerajaaan. Seolah-olah menjadi conflict of interest apabila apabila Dakj menjadi blogger ketika berada di dalam kerajaan. Rasanya meletak jawatan ini menjadi suatu yang tepat. Dr mahathir pun hanya menulis satu arikel sahaja lepas dia jadi semula pm. tu pun hanya menulis selamat menyambut ramadhan.

_R_ said...

Tuan Kadir,

I am sad that you have to resign from this position.

But unlike many others, you are a rare, principled gentleman. It's not just I who am saying this. You can read the comments anywhere, in articles related to you in Malaysiakini, or elsewhere in other blogs and in Facebook. The non-Malays and Malays.

You are brave for saying what you said and for standing up for your principles, and I feel that your principles are based on justice and love for the ordinary man and woman of Malaysia.

A long time ago, in the heydays of UMNO/Barisan Nasional, I may have disagreed with your stand on issues.

But today, I hope I am right in how I view who you are as a man.

Mona said...

I think you will do more good to the country as an independent writer. I admire your courage and strong principles. Keep on writing the truth without fear or favour. God bless you Sir!

Suara Hati Nuraniku said...

Tebingtinggi berkata "Adakah salah menghebahkan sesuatu yang rakyat perlu tahu, tetapi tidak tahu ?"

Setuju 100%. Memang tak salah langsung rakyat tahu. Kenapa nak sorok-sorok? Berani kalau benar. Berani kalau tak melampau. Berani kalau tak salah.

Selagi ada Tuhan, kita nak takut dengan manusia yang mana?

Wajar ke kita kagum san takut dengan orang yang berpangkat dan berhiasan mewah?

Mereka pun manusia juga macam kita kalau kita lihat betul-betul.

Apakah mereka lagi mulia dari orang biasa, pakcik makcik yang jujur, yang berkerja keras bertani dan menjual sayur di pasar?

Apakah mereka lebih pandai lagi bijaksana berbanding kita? Apakah mereka tak pernah buat salah? Apakah mereka tak pernah untung daripada harta rakyat?

Kita kaji, kita siasat baik-baik dulu semua ni sebelum buat keputusan sama ada orang itu betul ke tidak, baik sangat ke tidak.

Datuk Kadirlah satu-satunya orang di kalangan pemimpin kita yang berani tanya soalan-soalan seperti ini di media sekarang.

Quantum Metal Consultant said...

Kalau dilihat pengorbanan Tun dalam perjuangan. Saya rasa Datuk baru selangkah.

Syabas dan tahniah

you me said...

Datuk, shabas! Datuk telah mempertengahkan kebenaran. Pada saya itu lah takwa.

Marhaen said...

Salam Datuk.. saya harap datuk tak terkesan dengan komen2 facebook. Mereka masih tidak faham malah kebanyakan mereka malas membaca. Hanya sekadar membaca cuplikan dan terus menjatuh hukum diruangan komen. Saya faham dgn keprihatinan datuk. Semoga di malaysia baru ini, tidak lg rakyat ditekan pihak kerajaan mahupun istana.

Unknown said...

I respect you Datuk. All the best and don't stop writing ya.

bel said...

Why datuk letak jawatan

dt rahman pekan said...

it all started wth d man who was just being pardoned. (4 what he was pardoned ,I m still clueless -LIWAT ?) n still struggling 2 b relevant. sampai sekarang masih mencari cari. apa dia sentuh semua nya hancusss!.(backfire).

respect yr decision dato. we as individuals r not that important. thus,d present 'popular' democratic regime shld b protected at all cost from opportunists.

wassallam.

B is me said...

Saya doakan semoga Dakj akan terus menulis di blog, menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran sebagai orang biasa. Saya anggap Dakj lebih berani dari sekian ramai mufti dan agamawan di negara ini kerana bersedia untuk membayar harga sebuah keberanian. Ketua Media itu hanya jawatan di dunia.

Semoga Allah rahmati kehidupan Dakj dan ahli keluarga. Semoga Allah rezekikan Malaysia dipimpin oleh mereka yang jujur dan bertanggungjawab.

Ahmad said...

100% agree with you.

PutraKraken said...

Salam Datuk

Did anybody denied the fact that the rakyat's monies of more than a quarter billion is spent on the Agong for the period from March 2017 to April 2018?..well beyond the normal budget for the palace. Anwar the asskisser never denied as well. If you are fortunate enough to see the accounts sheet published in OTSB...the facts cannot be denied.

What is wrong with the "exposure"? That is our money spent...If the Sultans and Rajas are embarrassed...the truth always hurts.

The rakyat are watching!...

Salute to you Datuk! we need people like you to stand up for us.

msh said...

Org kata...'saleman' yg baik belum tentu menjadi manager yg berjaya bila mndpt kenaikan pangkat.

Bnyk kebenaran.

Org ini mahu dilihat pandai dlm semua.
Pandai berucap...mengaji Quran....menyanyi....menari....PR dll.

Tetapi boleh kah buat kerja?
Baru jadi PM 'in waiting' pun nmpk mcm gelojoh dan tak sabar2.

Tiada isu dijadikan isu.
Siapa yg dia tidak serasi...dia langgar....hhmm.

Harap Tun...Daim...Muhyiddin...Sabu...Guan Eng dll dlm kabinet serta rakyat yg mengundi PH dpt melihat warna bakal PM 8 ini.

I smell danger.
Mcm 2x5 dgn geng Umno.

Unknown said...


Kamu yg mngelirukan dn kamu mnyalahkn masyarakat yg keliru.Masakan kamu tokoh wartawan negara tidak tahu apabila kamu mnjadi “Penasihat Kerajaan” baju itu d bawa bersama oleh apa yg kamu tuliskan.Jika tidak amat mudah Ceo GLC dan pimpinan kerajaan trdahulu berkempen utk BN mngatakan itu adalah kapasiti individu mereka.Maka kamulh yg mengelirukan.

Kamu juga seorang yg mngelirukan apabila mengatakan Anwar sahabat kamu tetapi seorang sahabat tidak mnyerang secara trbuka sahabatya dan slps kemenangan PH hampir semua tulisan kamu fokus kritik,tanamkan persepsi negative kpd Anwar.Maka kamu amat keliru pengertian “sahabat” krn sahabat kamu boleh tegur,kritik & nasihat secara personal touch dn tidak secara trbuka.Maka kamu keliru antara sahabat ataupun sekadar kenalan politik.

Kamu juga keliru secara tuntas penyelesaian belanjawan YDP ini.Sedangkan kamu faham belanjawan YDP ini adalah keistimewaan yg berlebihan dr kerajaan yg lama kpd YDP.Maka kamu sbg “Penasihat Kerajaan” boleh usulkn kpd Tun Daim yg merangkap chairman Penasihat kerajaan utk usulkan kurangkn jumlah keistimewaan kpd YDP itu d saat hutang negara yg menbebankan.Maka kamu sngt keliru prkataan “tertib” & “adat” melayu utk selesaikn masalah dgn menhormati instituasi Di Raja sedangkan peranan kamu d dalam kerajaan skrg kamu mampu lakukan dgn tertib tanpa menyebarkan kebencian masyarakat kpd YDP.

Maka kamu juga seorang yg mengelirukan jika kamu dr penyokong kerajaan,menjadi penyokong pembakang dan skrg menjadi penyokong kerajaan kembali dn kamu tidak jelaskn pada diri kamu sendiri apakh pena yg d nukilkan boleh membantu mndamaikan suasana utk menbantu kerajaan skrg lbh cepat dlm proses perubhan yg lbh nyata.

mohd sayuti omar said...

Salam Datuk, saya terkejut dengan keputusan diambil. Bukan sahaja terkejut terkilan dan kesal. Datuk sebaik-baik berada di majlis itu. Ia juga sebagai pertisipasi Datuk kepada kerajaan PH. Sayang, apabila dah menang maka ada pula yang mencari kemenangan lain dan Datuk telah memangsakan diri untuk sebuah kebaikan dan kejayaan. Syabas.

Walhal tindakan Datuk adalah demi kebaikan kerajaan. Sayang mereka yang mempertikaikan tidak nampak kepada kebaikan itu kerana terlindung dengan agenda peribadi.

Harap Datuk terus gunakan mata pena untuk berjuang. Saya selaku penulis kerdil sangat memahami perasaan, tanggungjawab yang ada kepada Datuk.

Saya nak katakan, mencari pahala Allah dan redha Allah itu bukan hanya dalam masjid. Medium dan kebolehan yang kita ada sebahagian daripada itu. Sebab itu saya tidak percaya kepada dunai politik Datuk kerana politik menjadikan kita kecewa. Orang jujur dan ikhlas selamanya menjadi mangsa keadaan. Selamat.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
Semoga hang tarik diri dari satu medan ni adalah untok kumpoi kekuatan di satu lagi medan...
Lantaran tu izin aku pon seleweng sikit kpd keh Tabung Harapan Malaysia (THM).
Aku ada baca kata sunbangan Tabung ni dah cecah RM52 juta ~ alhamdulillah....
Aku dok pikiag Apek Lim bulih juai atau 'lease' (pajak) saja kapai terbang kapai terbang yg orang2 besag dok pakai,
munkin dua buah tu boh syarat kerajaan bulih pakai ataih 'short notice'. Bulih tesedak jugak tengok Kak Wan pakai
kapai terbang ni pada hai dua tiga bulan sebelom ni dia dok Pom pang Pom pang di parlimen dok cereta budak2 di romah pangsa
tengah2 bandag korang makanan ka apa ka...
Duit yg dapat tu munkin jugak bulih pakai untuk subsidi makanan kantin sekolah ka atau bagi diskaun 50% untuk peminjam PTPTN... munkin tekesan sakan orang2 muda...
Istana Negara yg lama tu munkin dijadikan hotel ka apa ka, 'up standard' pusat konvensyen ka apa ka...
Sebenag benagnya aku ni korang maklumad pasai harta2 kerajaan, munkin Lim atau Azmin bulih buat 'inventori' atau
senaraikan, hanyasanya pendapatan dari sumbag ni munkin bulih guna untuk korangkan 'tol' terutama untok
kenderaan2 yg bawak bahan makanan seperti ikan, sayog, beraih dll, serentak kurangkan kos sara idop rakyat tebanyak.
Lorong2 khas disediakan di romah2 tol untok mudahkan lori2 dan terela2, untuk cepatkan lalu lalang.
Tak salah aku, 'strategi' ni dipakai di Tong San untok kawai 'inflasi'.
Pokoknya, apa aku nak kata ialah banyak menda kena segerakan atau kena 'hit the ground running'.
Terima kasih dan mintak maghap no kod ada orang terasa hati.
Aku

Nenek Kebayan said...

Tahniah atas prinsip Dato meletak jawatan. Namun pada saya ianya satu kerugian besar pada negara & rakyat krn tak ramai yg berani mengambil risiko dlm menyuarakan kebenaran spt Dato. Jika dibuat petition ttg perkara yg Dato bangkitkan saya pasti majoriti rakyat berada di blkg Dato. Semoga Dato diberikan kekuatan utk terus istiqomah dlm penulisan. Percayalah ada hikmah di sebalik semuanya ini. Tabik spring saya utk Dato.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Saya teringat ada orang komen, tak ingat di blog DAKJ atau di blog lain berkenaan perbelanjaan Raja di England.

Ini pautannya,

https://www.statista.com/statistics/372882/uk-royal-family-expenditure-breakdown/

Perkara ini, adalah perkara yang normal di negara maju. Tidak dianggap menyalahi undang-undang atau menghasut.

Akta Hasutan telah dibubarkan di England pada tahun 2009 kerana bercanggah dengan hak bersuara.

Kalau di Malaysia, hak bersuara ada tercatit di perlembagaan, iaitu Perkara 10(1)(a).

ir. miringila said...

Selamat Datuk.

I was born in Kedah. I came from rice eating family. And you came from rice farming family. It's mean you and your family have supported my family. And I support your fight... To make Malaysia a better home.
Terima kasih.
Selamat Datuk.

Al Lahuma said...

Salam Dato. Terus menulis. to open up the mind of " educated Malaysian that are uneducated".

AbeMat said...

Kerana mulut Kadir binasa. Kesian... Dah la jadi outcast dengan kerajaan dulu. Dengan kerajaan baru pun terkena jugak. Badi apa ni? Elok mandi bunga laa.

ntah mende said...

Benda ni mudah je.

Masa zaman nenek moyang korang semua masih berkebun, tanam padi, jadi nelayan, keturunan raja-raja dan sultan ni dah mula buka kawasan, tadbir urus, bangunkan empayar, buat kerjasama dengan negara luar, berdagang, naikan nama empayar, bina ketenteraan dan lain-lain lagi. Setiap raja dan sultan ada kawasan jajahan masing-masing. Penduduk yang hidup pada masa tersebut, mohon berlindung dan hidup dalam jajahan dan kawasan sultan dan raja-raja ini semua. Hasilnya ialah, KETAMADUNAN. Tempat di mana taraf hidup dinaikkan dalam bidang seni, adat, agama, budaya dan lain-lain. Sebagai balasannya, penduduk bayar cukai untuk membolehkan kerajaan ditadbir urus. Selain income dari perdagangan, cukai dijadikan antara asas pendapatan negara.

Bila datangnya malaun penjajah dari barat, negara djajah dan para sultan dan raja-raja dikalahkan. Walaupun begitu, kedudukan mereka masih diiktiraf SAMBIL DEMOKRASI disuntik ke dalam Tanah Melayu. Hasilnya, jadilah MALAYSIA. Negara demokrasi tapi masih ada sultan dan raja-raja melayu.

Bila datang generasi poyo macam Kadir Jasin ni, dia rasa superior dah, rasa habis pandai dah, rasa tergedik-gedik nak menaip sebab ada blog, pegi komplen pasal perbelanjaan sultan. Kalau Mahathir yang jadi PM 22 tahun anak cucu dia boleh hidup mewah, kau tak boleh pikir ke anak keturunan cucu cicit piut sultan yang dah perintah Tanah Melayu beratus tahun tak boleh hidup mewah? Nenek moyang diorang dah all out wujudkan kerajaan di negara ni dan berfungsi dengan jayanya. Malaysia ni, ekonominya takde yang teruk. Income steady berbillion, rizab pun bersepah, hutang boleh dibayar, projek jalan. Singapore yang hutang lebih 100% pun takdenya nak bangkrap. Itulah, sibuk sangat main politik, fakta pun dah tak boleh nak hadam.

Tanpa usaha nenek moyang raja-raja dan sultan ni yang terdahulu, takdenya terbentuknya kerajaan di Tanah Melayu ni. Ntah-ntah, jadi negara yang dibuka oleh orang inggeris. Ye lah, pernah tgk macam mana orang inggeris buat dekat Red Indian di Amerika? Pernah tengok apa orang inggeris buat dengan penduduk asal di Australia?

Sebab perangai perasan cerdik dan poyo ni le, kau kena letak jawatan tak pasal-pasal. Seronok mengata kan? Seronok cari pasal kan? Sekarang, orang dah cop kau anti raja-raja dan sultan. Dah menang elok-elok lawan BN, cari pasal dengan pihak istana pulak. Ingat wave ubah ni, boleh harung semua benda ke? Kau dah cross "the thin red line" di Malaysia ni. Tengok mcm mana Mahathir dengan Anwar handle menda ni. Diorang PRO.

Kau pernah dengar orang komplen perbelanjaan Queen Elizabeth?

Memang tak cerdik.

Adios.

Mohd Salleh Bin Ahmad said...

Bukan gergasi tapi lebih tepat bela Harimau!

Shahul Hameed Mohamed Ibrahim said...

Well done Datuk i may nit agree with u on many things. One thing that i am sure is that you are a man of priciple! Truth hurts but falsehood kills. Falsehood never prevails! But alas sometime we dont realise until too late! PRU 14 is an exception

Nick JTK said...

Salam Datuk Scribe..

Mentaliti kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi dalam dunia ketiga walaupun pembangunan negara bertaraf dunia pertama. Kulit buku pun malas nak baca apalagi nak baca isi keseluruhan cerita tapi pakat berlumba lumba nak jadi keyboard warrior dunia maya. Kebanyakan yang bagi komen negatif kepada datuk tu sebenarnya tak baca dan tak tahu pun hujung pangkal yang sebenar penulisan datuk dan saya anggap DSAI pun tergolong sama juga. Walau dah suruh dah minta baca keseluruhan isi cerita yang asal tapi yang diulas dan dipetik oleh pihak ketiga itu juga yang dijadikan modal untuk masing2 tunjuk terer. Harap datuk tabah dan terus menulis kerana saya dan ramai lagi yakin dan percaya kekal memberi sokongan pada datuk. Masih banyak lagi yang perlu diperjuangkan. Selain negara, fikiran rakyat Malaysia juga perlu direfomkan. Mengisi kemenangan PRU adalah lebih mencabar dan sukar berbanding mencapai kemenangan PRU itu sendiri.

Akhir kalam saya doakan yang baik2 kepada datuk dan juga kepada PM kita Tun Nahathir

Unknown said...

Dato'

DATO A KADIR JASIN yang saya amat sanjungi

Rahamat Allah of Dato' sekeluarga di dunia dan akhirat

Rakyat1 said...

I am, honestly, completely outraged for you. I read your post and it is obviously directed at Anwar. So, are we now to think that speaking out against the PM-in-waiting or his family shall be viewed as seditious? Completely unacceptable!

safiai saad said...

I think the issue you mentioned in your article is pertinent and relevant.The attempt to embarrass you is politically inclined which has no basis and merit at all.
As you stressed that "read before making any comment" seemed to fall on the deaf ear.
Other bloggers have picked up on this issue, reflected the importance of this matter to the rakyat.

We need to know the truth, this is the underlying basis of a good transparency and accountability.

I might appreciate Anuar's Leadership and the experience that he has but certainly the way he handle your writing confirmed my believe that he needs time before coming to the mainstream politics, with due respect.

Please continue to write since it is the essence of democracy, there must be a brave voice.
Otherwise there are no new Malaysia.
I rest my case, Sdr Kadir

Selamat Hari Raya to you and family.

@mecananga said...

Salam Datuk,

A. Soalan2 saya:

1.Apakah tugas dan tanggong jawab sebagai Ketua Media dan Komunikasi CEP?

2.Adakah jawatan ini hanya untuk selama 100 hari atau ianya satu jawatan yang tetap?

3.Adakah butir perbelanjaan YDPA itu dibawah OSA atau lain2 akta rahsia?

4.Kalau jawapan pada soalan no.3 ialah bukan dan tidak termasuk dibawah mana2 akta adakah
mempamerkannya satu tujuan menghasut?

B.Cadangan :

Mengikut Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, Kementeriannya akan menjalankan tanggong jawab mereka mengikut prinsip CAT i.i.Competency, Accountability dan Transparency; oleh itu ada eloknya Kerajaan PH mengarahkan setiap Kementerian mempamerkan perbelanjaan mereka setiap suku tahun kepada pengetahuan rakyat supaya kami tahu adakah ianya mengikut Budget pada tahun berkaitan.
Juga kerajaan PH harus mengambil pendekatan bahawa mempamerkan butir2 perbelanjaan setiap pembesar negara/negeri termasuklah YDPA tidak menyalahi mana2 undang-undang atau Akta.

Akhir sekali saya ucapkan syabas diatas sifat keberanian dan rendah hati Datuk apabila tidak mahu menimbulkan rasa kesipuan (saya tertarik dgn terjemahan ini) berlanjutan ekoran daripada apa yang telah terjadi, Datuk ambil keputusan untuk meletakkan jawatan.
Tidak ramai yang berani berbuat seperti apa yang Datuk tunjukkan.Begitulah bila seseorang pegang tanggong jawab seharusnya tunjukkan perbezaan(omputih kata.. 'make a difference') bukan setakat hanya menjalankan tugas dan tanggong jawab membabi buta.

Omputih kata .." Keep Calm and Carrying on Blogging "...sir!

panglimo potaseh said...

Nick Bagan.

Ini lah chontoh terbaik seperti anda katakan.. nulis tanpa bacha.. berak tanpa changkung.

Maaf patek .sebab guna ejaan lama.. ejaan istana lama.. al-maklum lah, kita ada empayer dulu-dulu.. empayer? Tunjukkan saya sebuah istana empayer lama kita?

Ahmad said...

Jgn lupa Perjanjian Pangkor, Perjanjian Bangkok dan persetujuan majoriti raja utk tubuhkan Malayan Union. Terima kasih Dato Onn.

Johan said...

As salam Datuk. Hilang kata-kata dan hilang hujah. Datuk datang perlis jgn lupa maklumkan. Ingin bersalam dan memeluk tanda menzahirkan sokongan pada Datuk.

Hud Hud said...

Saya tak faham kritikan terhadap datuk. Saya tak nampak kat mana tu unsur hasutannya.
Tulisan datuk bukan tanpa sebab. Kelewatan acara mengangkat sumpah PM dan kelewatan perlantikan AG menimbulkan keresahan kerana perlembagaan tak dipatuhi. Perkara2 tu tak sepatutnya berlaku.
Berkenaan dengan belanja 256j tu, sampai sekarang pun tak de siapa pun dari sumber2 rasmi yg menyangkalnya atau memperbetulkan nya.
Tindak tanduk raja2 yg bijak dan disukai rakyat perlu diraikan. Tapi tidak tanduk yg tak betul ataupun yg tidak disenangi rakyat perlu ditegur dan diperbetulkan. Bukan untuk menghina, sebaliknya untuk menyelamatkan institusi raja tu sendiri.

Jebat Reborn said...

Jangan berhenti berjuang

AntiMatSuperHorny said...

Apakah bukti kehebatan dan kewujudan 'empayar' kesultanan Melaka?Secara tampak,kalau dibandingkan dengan binaan seperti Piramid di Mesir,Angkor Wat di Cambodia,Borobudur di Indonesia,Tembok Besar Cina,dan banyak lagi kesan-kesan fizikal kehebatan tamadun lama di seluruh dunia,memang kita tidak nampak adanya peninggalan hebat seperti itu.Seorang kawan menjawab persoalan ini dengan berkata,semua pembinaan yang setaraf itu diperbuat daripada kayu kayan,maka semuanya telah habis dimakan anai-anai.Namun rasanya,empayar ini lebih dalam bentuk alam bunian.

Adib said...

Datuk AKJ -benar itu pahit utk ditelan tetapi itulah realitas kehidupan dlm komuniti yg terperangkap otak feudalisma - entah bila majority rakyat boleh berfikir rasional
dan jujur dlm kehidupan - baca,faham Quran didlmnya ada jawaban dan praktikan dlm roh yg masih dialam dunia

haku said...

salam Datuk,

masih ada lagi culture2 yg nak sorok bawah kapet! pada saya rakyat biasa, dapat figure juta2 tu sebab kekamcingan dgn DS Najib sebelum ni? Harap2 bukan ada unsur rasuah. Wallahuallam.

Terima kasih Datuk.

samurai melayu said...

SALAM KASIH SAYANG
SDRKU YANG DIKASIHI

Izinkan,

Sikap merendah diri dan sifat Ikhlas, Suci, Jujur dan Benar sesaorang seperti sdrku akan diangkat darjatnya menjadi "HAMBA ALLAH" anugerah yg paling mulia disisi Allah Subhanahuwataala. Wallahualam

Semoga Sdrku serta keluarga tercinta sentiasa dinaungi Sinaran Kasih Sayang Allah SWT

ALFATIHAH, AAMIIN
Ps. Selamat menunaikan ibadah puasa dan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri yg mulia..Mohon ampun dan maaf sdrku dan rakan2 The Scribe yg dimuliakan.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Saya baru tonton youtube.. prihal istana baru Sultan Terengganu yg punye 100 bijik bilik.. gemerlapan rekabentuknye.. syukur alhamdulilah.

Bila saya kenangkan keadan kebanyakan rumah kampung disana yang kebanyakan berkaedaan separuh lunyai.. saya dah tak tahu nak ckp apa.

Itu belum lagi DAP memerintah? Kalau Kapir DAP merintah sapa nak payung rakyat Terengganu.. payung.. aku fikirkan rumah lunyai tu lbh baik daripada payung?

Kira ok lah tu negeri termisking dapak istana 100 bilik yang gemerlapang. Tuang Guru Hadi Awang tak do nak bagi ceramoh pasal pemborosang, keduniaang, keserdahanaang.. kawang setang.

Zed-85 said...

Saudara Entah Menda,

Saya kurang setuju mengenai komen saudara tentang sejarah.

Pada zaman dahulu,

Manusia itu dijadikan tuhan seorang sahaja iaitu Nabi Adam.

Jadi itu keturunan Nabi Adam ini tersebar di seluruh dunia, ke Eropah, Asia dan Malaysia.

Sebenarnya, asal usul manusia, tidak kira raja, atau fakir miskin, semuanya adalah dari Nabi Adam.

Kalau di negara maju, di England, perbelanjaan raja secara terperinci, termasuk perbelanjaan istana, perbelanjaan pekerja, perbelanjaan pengangkutan, dan lain-lain dipamerkan kepada rakyat secara terbuka.

Pada tahun 2017, perbelanjaan raja england sebanyak lebin 41.9 juta pound sterling (RM234 juta) setahun.

Adalah tidak menjadi kesalahan untuk pamerkan perbelanjaan Raja di England secara terbuka kepada rakyat England.

Tak ada orang putih yang marah, kenapa perbelanjaan Raja England ini di pamerkan kepada rakyat orang ramai sedangkan Raja England itu bukan saja mentadbir negara England malah empayar England jauh merentas dunia sehinggakan sampai ke sebuah negara beribu batu yang bernama Malaysia.

Bacha Sejarah said...

Salam Datuk. Melayu yang ada, bersopan santun, berakal dan berbudi bahasa... tapi dalam ramai bangsa yang wujud di bumi sekarang boleh tercipta perkataan AMUK @ AMUCK?
Beraja di mata bersultan di hati.
Raja adil raja disembah,
Raja zalim raja disanggah.
Raja mana? Raja Kapoor!
Hang Jebat takkan wujud dan derhaka tanpa Hang Tuah.

Sani said...

Tak salah pun,tp harus diingat,in whatever condition,timing is important,rasanya sesuai ke masanya nk reveal semuanya,better slow and steady,isu rasuah yg ada pun blm habih nk hadam lg,timbui plk isu baru,bijak ke mcm tu?just asking...

Jojo said...

Syabas Datuk Kadir kerana berani memberitahu apa yang rakyat perlu tahu.

Tulisan yang sepatutnya untuk selamatkan institusi raja dilihat sebagai penghinaan pula. Mungkin mereka hanya baca tajuk2 kecil saja bukan keseluruhan artikel.

Keluar saja makhluk itu dari penjara terus negara ini jadi tidak tenang. Entah kenapa dia dipilih sebagai PM ke-8 saya masih garu kepala.

Hanya kepada Allah saya pohon supaya PM ke-8 bukan Anwar.

Nick JTK said...

Panglima Potaseh..

Terasa nak juga berbalas pantun apa yang ditulis oleh cucu cicit 'nenek moyang' ni. Tapi biarlah tuan tanah Datuk Kadir sendiri yang bagi mukhadimah sepatah dua kata pelajaran sejarah empayar nenek moyang dahulu kala. Siapalah kita ni hanya sekadar rakyat marhaen yang menumpang hidup di kala celik mata saja 'nenek moyang' dah pun hilang kesemuanya empayarnya.

Tapi tak salah rasanya kalau kita sekadar sedakahkan gelak ketawa sampai berguling guling kat cucu cicit nenek moyang tu. Bergeliga sungguh, tak sia sia emak bapak hantar pi sekolah dulu2. Kah kah kah.... Baru hari ni saya tau rupa rupanya 'nenek moyang' lah yang buka kawasan berkembang hingga jadi empayar.... bangganya sahaya.

Datuk Kadir... harap dmaaf kalau sahaya dah terkhilaf terlanjur bahasa. Bukan apa, release tension sikit dengan terapi gelak ketawa, gaduh pun tak guna, cucu cicit nenek moyang memang bergeliga otaknya... heheh

fauziasmara said...


Salam Datuk,



........KERAJAAN BARU......PM SEMENTARA............BERANIKAH PELABUR LUAR MELABUR........???????

TUKAR PM ........LEBUR.........

Saya berpandangan apa yang dilakukan oleh kerajaan PH dalam memulihkan negara adalah perlahan.

Untuk mempercepatkan pemulihan negara maka faktor ekonomi perlu diutamakan. PH perlu menumpukan kepada penarikan pelabur asing dengan cepat. Pelabur akan membawa masuk wang berbilion dan peluang pekerjaan. Sedangkan pemulihan pentadbiran (walaupun juga penting) memakan wang dan waktu.

Masalahnya sekarang, pelabur masih dalam keadaan tunggu dan lihat.........

Ini persoalan yang bermain dalam pemikiran pelabur: " Sekarang Tun M mentadbir dan kami yakini anda, tapi apa akan berlaku selepas anda meletak jawatan, adakan dasar tetap sama, kami perlu melabur berpuluh tahun, apa keyakinan yang anda boleh beri?"

Mereka mungkin yakin dengan Tun M tetapi beliau hanya akan ada selama dua tahun, selepas tu apa akan jadi. Apa pula dasar selepas ni atau adakah politik Malaysia akan bergolak lagi. Sanggupkan pelabur ini menanggung risiko kerana hasil pelaburan mereka hanya mungkin boleh didapati selepas berbelas tahun. Mereka mungkin menunggu sehingga lebih lima tahun (selepas PRU 15) untuk melabur iaitu apabila diyakini bahawa negara sudah stabil. Kalau saya sendiri pun, baik saya tunggu dan lihat dulu....anda macamana ?


Tetapi........kita perlukan wang untuk memakmurkan negara.......

Apa penyelesaiannya.......

Saya mencadangkan Tun M berundur lebih awal dan menyerahkan jawatan kepada DS Wan Azizah mungkin selepas 100 hari. Maka disini tidak ada lagi istilah PM sementara dan akan bertukar tangan.... Kerajaan selepas ini adalah yang tetap......

Tun M kemudiannya akan bersama Ahli Majlis Tertinggi Kepemimpinan PH dan menjalankan tugas disana sebagai pengerusi. Disini dasar-dasar yang lebih kukuh dibincangkan serta diarahkan untuk dilaksanakan oleh pentadbiran PM. Sebenarnya peranan Tun lebih diperlukan di sini, bukannya sebagai PM.

Peranan Tun di majlis ini perlu diterangkan kepada para pelabur bahawa ia adalah lebih penting dari kedudukan sebagai PM. PM adalah ibarat supervisor kilang, menjalankan arahan......

Maka pelabur akan melihat bahawa Tun M masih berperanan dan akan berada di majlis tersebut dalam jangka masa yang lebih lama. Pelabur akan merasa lebih yakin dan selamat untuk melabur. Dengan cara ini kita boleh mendapat pelaburan asing dengan lebih cepat.

TUN JUGA BOLEH DIBERI TUGAS UNTUK MENARIK PELABUR LUAR......ini lebih penting dan menarik kan??? Kerja pun relax sikit.........boleh jalan-jalan......naik kuda......

Mawar princess said...

Why not?

Anak Ikan Kechil said...

Salam Alaik,

Teruskan usaha for the better future. Love ur writing, and hope to read is more frequently after this.......

MUSTAFAR A.R. said...

Sepatutnya disiasat dulu perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong (YdPA) yang begitu besar jumlahnya, dalam tempuh masa 16 bulan sebanyak RM256.9 milion diperuntukkan. Dalam perkiraan saya (harap tidak salah), A.Kadir Jasin (AKJ) mendedahkan perkara itu bukan dituju terus kepada (YdPA) tapi lebih menjurus kepada pihak2 tertentu di Istana Negara yang mengendalikan perbelanjaan yang tidak munasabah itu. Sebagai YdPA, besar berkemungkinan Baginda tidak tahu perkara yang meresahkan rakyat itu. Kalau tahu pun hanya pada gaji Baginda saja. Oleh yang demikian, siasat di mana ketidaktelus, ketirisan dan penyelewengan, jika ada. Mungkin jumlah yang dirungkaikan oleh AKJ tidak semuanya dibelanjakan untuk Istana Negara tapi sebahagiannya sudah menjalar ke tempat2 lain. Istana Negara hanya sebagai mengabui mata saja. Zaman pemerintahan Bn@Umno yang korap dan rasuah macam2 boleh berlaku. Lihatlah apa sudah jadi, boleh dikatakan ke semua kementerian terutama Kementerian Kewangan menghasilkan bermacam2 masaalah yang tidak pernah terduga oleh seluruh rakyat Malaysia. Kalau Bn@Umno masih berkuasa tidak tahulah apa akan jadi pada negara ini. Silap2 gaya Malaysia akan jadi sebagian Negara China. Anwar Ibrahim (AI), ini belum apa2 sudah menyerang. Gopoh sangat. Sebaiknya bertanyakan dulu pada AKJ, bincang dan runding. Supaya terelaknya salah faham. Lagi pun merekakan satu keluarga dalam Ph. Sekiranya, dikemudian hari, pendedahan AKJ tidak benar (fake news) barulah, bukan AI boleh serang tapi belasah AKJ kaw kaw. Disamping itu, dalam keadaan ramai netizen yang mempertikaikan serangan AI itu, Wan Azizah pula buka mulut, secara indirect. Ini tidak kena, dua suami isteri, menyerang AKJ. Sebaiknya, cukuplah AI yang sudah telajak perahu. Jangan pula Wan Azizah, walaupun kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sudah sampai masanya AI memikirkan untuk cuti panjang ke luar negara. Muhasabahkan diri dulu, sebelum Tun Mahathir mengundur diri dalam tempuh dua tahun lagi. Bagilah chance Wan Azizah menjadi wanita pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri sewajarnya. Jangan pendekkan jawatannya itu. Sayang. Pastinya ramai wanita yang setuju. Wallahualam.

Sani said...

Bijak utk siapa?

Suhaib said...

Salam dato', teringat kisah Rabi'y bin Amir yang berkata di hadapan Kaisar Parsi. Kata beliau, "kami kaum yang datang mengeluarkan sekalian manusia dari perhambaan kepada 'hamba Tuhan' kepada perhambaan hanya kepada Tuhan." Semoga dato dan seluruh rakyat menghayati ucapan Rab'iy. Salam hormat.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).