Sunday, June 10, 2018

Media Arus Perdana Sudah Mati


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

 
Anwar jemput rakyat kritik
SAYA cukup berminat memberi tindak balas kepada  jemputan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim “go ahead and critise” (dipersilakan dan kritiklah) seperti yang ditajukberitakan oleh akhbar The Sunday Star hari ini.

Tetapi mengambil pengajaran daripada respons beliau kepada tulisan saya dalam blog ini bertajuk “Constitution: The King and The Pauper” serta menghormati nasihat sahabat seperjuangan saya di Kumpulan New Straits Times dulu, saya akan berdiam diri.

Tetapi ini tidak menghalang saudara saudari menyahut pelawaan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu. Boleh bahas (kritik) di sini kalau mahu.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Sejak tahun 1980-an sampai sekarang sahabat saya itu sangat rapat dengan Anwar. Jadi bila dia berkata yang Anwar marah kepada saya pasal tulisan saya mengenai Yang di-Pertuan Agong, maka memanglah betul dia marah.

Almarhum ayah saya bagi nasihat, orang tengah marah jangan ditambah kemarahannya.

Lagipun saya ada mengulas mengenai kebebasan dan hak bersuara ini dalam tulisan di akhbar Sinar Harian hari ini. Kalau belum baca, boleh baca DI SINI.

Apa yang saya nak bincang kali ini dicetuskan oleh bekas Pengarang Kumpulan NST, Mustapha Kamil, dalam Facebook beliau hari mengenai dilema media massa yang dulu tegar menyokong Umno/Barisan Nasional.

Saya setuju dengan Mustapha yang kita perlu memahami apakah pendekatan dan hala tuju mereka selepas Umno/BN disingkirkan oleh rakyat jelata pada 9 Mei lalu.

Bukan Arus Perdana Lagi

Mula-mula sekali label apakah yang hendak kita bagi kepada mereka. Label media arus perdana (MAP) tentunya sudah tidak sesuai sebab mereka bukan perdana lagi.

Arus perdana yang menjadi monopoli Umno/BN selama lebih 60 tahun telah dipadamkan oleh tsunami rakyat pada 9 Mei lalu.

Umno/BN hanya dapat dalam 34 peratus saja undi. PH 48.31 peratus dan Gagasan Sejahtera (PAS) dapat dalam 17 peratus. Jadi Umno/BN bukan perdana lagi.

Pengarang media milik parti-parti BN seperti Utusan Melayu, Media Prima/NSTP dan The Star tentulah, kalau boleh, hendak mengaku diri mereka media bebas.

Betullah sejak kekalahan teruk Umno/BN dan kemenangan PH mereka mula memberi liputan kepada kerajaan baru PH. Dulu mereka bagi liputan kepada PH dengan tujuan mengutuk, menghina dan mempersendakan.

Selepas kemusnahan Umno/BN hatta TV3 yang menjadi ketua kepada gerombolan MAP ini pun sudah tukar kecenderungan ibarat sesumpah. Begitu juga dengan akhbar Utusan Melayu, Berita Harian, Kosmo, New Straits Times, Harian Metro dan The Star.

Tetapi bagi saya, mereka tidak layak mengaku diri mereka media bebas kerana masih dikuasai dan ditadbir oleh Umno/BN.

Akhbar percuma The Sun milik tauke Sports Toto (Tan Sri) Vincent Tan itu pun tidak boleh dikira bebas kerana kecondongan pemberitaannya memihak kepada kerajaan Umno/BN.

Begitu juga dengan The Malay Mail yang dimiliki oleh (Datuk) Siew Ka Wei. Siew diketahui umum sebagai kawan akrab bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Yang boleh dianggap media bebas adalah akhbar Sinar Harian dan The Edge, dan sedikit sebanyak saluran TV Astro Awani.

Hatta Bernama dan RTM pun banyak berbau politik Umno/BN walaupun mereka sepatutnya berkecuali 100 peratus kerana bukan milik parti tetapi milik negara.

Daripada apa yang saya hidu, TV3, Utusan Melayu, Berita Harian, Kosmo, New Straits Times, Harian Metro dan The Star masih mengamalkan dasar pro-Umno/BN.

Laporan mereka berkenaan kerajaan baru PH lebih bertujuan mengabui mata umum bahawa mereka telah berubah.

Mereka juga oportunis dengan mengambil kesempatan daripada sokongan besar kepada PH untuk melariskan semula jualan mereka yang merudum kerana kebencian pelanggan terhadap kerajaan kleptokrasi Najib Razak.

Media milik Umno/BN dan yang pro-Najib tidak akan mencapai kebebasan tulen dan berpanjangan selagi saham dan pengurusan mereka dikawal oleh parti-parti BN dan usahawan pro-Najib.

Soal masa depan pemilikan turut menjadi pertimbangan kritikal kerana boleh dikatakan semua media milik parti-parti BN, kecuali mungkin The Star, mengalami kerugian teruk.

Kerugian yang dideritai oleh Utusan Melayu semakin besar dan ia mungkin kehabisan modal dalam masa beberapa bulan berikutan kekalahan Umno. 

Selama ini Umno dan kerajaan BN memberikannya bantuan kewangan dan kontrak sebagai talian hayat.

Hatta Kumpulan Media Prima/NSTP yang suatu masa dulu amat hebat prestasinya sehingga mampu membiayai penubuhan bank, stesen TV, telekomunikasi, perhotelan, hartanah, insurans dan pelancongan kini bernyawa ikan.

GLIC Tanggung Rugi

Penyelesaian masalah kewangan mereka menjadi semakin mendesak kerana sebahagian pemegang saham utama mereka – selain Umno – adalah tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Tabung Haji.

Dalam kes Media Prima, ada laporan mengatakan Kerajaan Malaysia turut memiliki saham yang banyak. Kalau ini betul, maksudnya saham itu sekarang dimiliki Kerajaan PH. Secara peribadi saya rasa tidak wajar kerajaan memegang saham dalam syarikat media.

GLIC pula tidak boleh terus memodali syarikat-syarikat milik Umno/BN yang buruk prestasi kewangannya kerana ini akan memberi kesan negatif kepada pencarum dan pemegang unit mereka.

Kesimpulannya, oleh sebab kerajaan PH komited kepada kebebasan bersuara, maka adalah penting bagi kumpulan media milik parti-parti BN serta pengarang dan wartawan mereka memikirkan apakah peranan mereka dalam Malaysia baru ini.

Mereka perlu memikirkan harga diri, etika dan profesionalisme kewartawanan.
Mereka tidak boleh terus memperdagangkan mata pena mereka semata-mata kerana wang. Wartawan cari makan mungkin tidak ada tempat yang sah dalam dunia media era PH.

Wallahuaklam.

37 comments:

NASIR JOHAN said...

Mereka perlu memikirkan harga diri, etika dan profesionalisme kewartawanan.

Mereka tidak boleh terus memperdagangkan mata pena mereka semata-mata kerana wang. Wartawan cari makan mungkin tidak ada tempat yang sah dalam dunia media era PH.

6o tahun dibawah universiti umno adalah hakikat sebahagian besar wartawan yg kita ada Dato. Realiti yg kepura-puraan telah menjadi teks utama yg wajib lulus dan diiktiraf utk hidup mencari makan. Dato teruskan menulis dan cambahkan minda pembaca dengan isu2 sebenar. Ada cuma satu sahaja batas pemikiran iaitu antara dosa dan pahala.

Kluangman said...

Anwar tahu dia sudah jauh ketinggalan dari segi politik hadapan, Azmin mencipta nama begitu baik sebagai MB dan naik pangkat sebagai Menteri Ekonomi sekaligus Kementerian yang paling kanan dicipta Tun.

Bakal PM memang wajar berada di situ sebagai warm up dan timba pengalaman.
Berjaya sebagai Menteti Rkonomi maka berjayalah dia sebagsi PM. Akan datang seeajarnya TPM akan memegang potfolio Menteti Ekonomi.

Failed ekonomi macam Najib memang tak layak jadi PM.

Mat Sabu, Lim Guan EnE, Zuraidah sudah jauh ke depan dan mereka di senangi rakyat.

Muhyiddin sendiri yang banyak pengalaman adalah Menteri Kanan yang bila² masa boleh tolak ke depan bila² masa.

Anwar perlu jalan pintas untuk dilihat masih penting dan relevan. Kementorannya pudar fan bangisnya sudah tidak berkuku dalam pkr sendiri.

Politik dan kesedaran rakyat harini, reformasi + sura Tun mampu berdiri sendiri, menilai sendiri dan menyokong bukan lagi pada taksub pemompin, era sokong pemimpin membuta tuli sudah terkubur bersama kejatuhan najib.

Amear kena tari ikut rentak rakyat, gagal memahaminya, failed.

fauziasmara said...


Salam Datuk,

Saya keliru dengan "kebebasan bersuara". Saya juga memahami kebebasan ini bukanlah mutlak.

Apa yang berlaku pada Datuk baru-baru ni adalah bertentangan dengan konsep "kebebasan bersuara". Saya berpendapat Datuk bersuara atas dasar "kebebasan bersuara". Apa yang salah sehingga Datuk akan diambil tindakan? Tolong jelaskan pada rakyat untuk dijadikan tauladan.

Setakat mana rakyat mendapat hak untuk "kebebasan bersuara". Apa yang boleh dan tak boleh disuarakan. Sekiranya ada sekatan yang remeh, itu bukan kebebasan. Rakyat perlu diperjelaskan.

Sekiranya ada banyak sekatan maka "kebebasan bersuara" ini tidak akan memberi apa-apa erti.

akulapenaka said...

Please accept my heartfelt condolences on the loss. Words can't express how saddened I am to hear of the loss. With the recent Brader Anwar rhetoric fits. It seems that Nurul Izzah commitment for free and fair media are all going down to the toilet when Brader becomes PM soon.

RIP Freedom of the Press...

akulapenaka said...

The Rakyat can only hope that Nurul Izzah doesn't back-peddle her commitment like his father. Lol

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/05/368486/nurul-izzah-reiterates-commitment-free-fair-media

msh said...

hhhmmm.
Memang rakus......PH ada 'loud speaker' baru atau sendiri yg lantik.

Memang sah.
Budaya yg dibawa Umno.....kini kelihatan dlm PH bila org ini bercakap.....budaya cakap lain buat lain.

Harap2 ahli2 dlm komponen yg lagi 3 dpt menghidu dan menterjemah semua dan melakukan sesuatu agar negara jgn keluar mulut harimau masuk mulut buaya jika Tun tiada nanti.

pemikir said...

Salam DAKJ,
Perletakan jawatan Dato dilihat satu kemenangan kepada satu kelompok lain yg mahu meregangkan pemikiran Dato dgn pemerintah sekarang. Secara kebetulan pula ternampak Tun Daim pula diserang kerena pertemuan dgn Hakim. Kebetulan atau perancangan? Sebelum Mahaguru ditewaskan ada lebih baiknya pengawal2 kepentingan mahaguru disingkirkan dgn terancang. Kerajaan PH selalu mementingkan kebebasan bersuara dan selagi hal hal sensitif seperti Raja Raja Melayu dan Badan Kehakiman yg ternampak berpihak tidak dapat di bahaskan, maka sekerat dua pemimpin talam bermuka dua akan berlindung dibelakang institusi2 ini. Akhir sekali rakyat akan bertanya di mana perubahannya? Wallahualam.

rahman jpc said...

maaf. sdr anwar sudah ketinggalan 20 thn dlm perkara2 yg melibatkan cara mentadbir urus Negara.

pd pendpt saya dia perlu banyak masa lagi utk mendedah n menyesuai kan diri utk kekal relevant. maaf jika saya kata dia seumpama pemimpin yg 'misfit' dlm rangka kerajaan pakatan sekarang.

saya lihat tun m tlh menyesuaikan n dia sudah 'metamorphose' drpd 'benevolent dictator' kpd 'benevolent democrat' n he is 'loved by allnow. Alhamdulillah.

dari segi media, pd pendpt saya media arus perdana tidak mati tapi 'mcm mandul' n perlu d urut dgn baik agar ia nya dpt d pulih semula. insya'allah , d bawah kepimpinan tun m ia nya bolih segar bugar n mampu menjadi 'conscience' rakyat terbanyak.

saya kurang yakin yg media arus perdana akan terus dpt d pulihkan jika sdr anwar mengambil alih sebagai ketua kerajaan kelak. saya ada alasan2 sendiri. saya harap pendirian saya ini tidak bertempat n tidak tepat.

wallahu;allam.

Nenekghuffran said...

Salam DAKJ... semoga Datuk sentiasa dirahmati Allah SWT...

Datuk kata Anwar tengah marah (marah dengan Datuk)...
Si Anwar ni sedar tak rakyat pun tengah marah kat dia dan dengan Agong/Raja2 sekali?...sebab tindak tanduk dia ternampak seperti berpakat hendak memperlekehkan pentadbiran Kerajaan yg dipimpin oleh Tun Mahathir..
Kalau Datuk kata orang tengah marah kita patut diam, maka yang patut diam tu Anwar...banyak cakap tapi isi kosong!... lansung tak sesuai nak jadi PM...podah!

Mamat Muda said...

Salam Dato Kadir,

Saya penjual akhbar sejak tahun 1992 hingga sekarang. Selepas PRU 14 dan kemenangan Pakatan Harapan, akhbar yang paling teruk menerima penangan akibat kekalahan Umno ialah Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Sebelum PRU 14, kedua-dua akhbar ini menjadi pilihan penyokong Umno yang hampir semuanya warga emas. Mereka masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh kedua-dua akhbar ini.

Malang bagi mereka sebaik sahaja BN kalah dan Utusan serta BH mengubah corak lapuran berita yang lebih mesra Pakatan Harapan, golongan ini sangat kecewa kerana sumber maklumat yang selesa dan kereka yakini telah tiada.

Akibat kekecewaan itu sekarang mereka tidak lagi membeli akhbar Utusan dan BH dan semestinya jauh sekali daripada akhbar lain yang selama ini pun mereka tidak mahu baca. Golongan ini juga kecewa yang amat sangat dengan RTM dan TV3 atas sebab yang sama.

Manakala golongan yang selama ini menolak akhbar Utusan dan BH terus mengekalkan pendirian mereka memboikot kedua-dua akhbar ini walau pun nampak telah berubah, atas sebab 'dosa' terdahulu kedua-dua media cetak ini.

Tidak tahulah berapa lama lagi Utusan boleh bertahan. Dikhabarkan dua riga hari lepas, Utusan Melayu sedang dalam proses memberhentikan sebahagian kakitangannya.

AzrinTaufik said...

Sekarang ni, susah nak dapatkan naskah NST di pasaran. Even convenience store & petrol station yang besar pun hanya jual senaskah jer. Mereka tak berani nak ambil banyak. Penjual akhbar NST sekarang terpaksa ambil di agen dengan komisen dipotong ke 15% berbanding 30% sebelumnya. Harga jualan setiap hari RM1.50 tapi akhbarnya nipis jer & byk iklan classified. WaAllhuWa'lam

Sabtu Awab said...

Terbaik DKJ. Kalau kita nak tebang pokok, jangan cantas dahanya. Kita wajib gali dan buang hingga keakar umbi atau kita bubuh racun sepenuhnya.

sukasamasuka said...

Datuk,

"Secara peribadi saya (Datuk AKJ) rasa tidak wajar kerajaan memegang saham dalam syarikat media."

- aku sokong 100%...ini la modal media di zaman Malaysia baru.

- biar la syarikat media berfungsi bebas pilih bahan cerita sendiri dan seterusnya arah tuju untuk survival.

- jangan gunakan wang rakyat untuk survival syarikat2 media.

- seterusnya juga BERNAMA, mesti pandai berdikari dan cari pasaran sendiri.

- lagi pun, di zaman sekarang ni, tak payah beli akhbar sebab dalam watsup groups pun sudah ada macam2 jenis berita...beratus2 message yang kita terima setiap hari hingga penat nak baca semua.

- kalau rajin, buka saja Google Play, semua media local dan antarabangsa ada disitu.

- bagi aku, tidak ada persoalan pasal media arus perdana...itu zaman dinosaurs la Datuk...tinggal sejarah, macam zaman kegemilangan bunian Sultan Melayu Melaka.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

"Go ahead & criticise".. dalam bahasa istana maknanye.. lautan api sekali pun patik yang hina ini sanggup renangi.. betul ke Tok? Dah masuk lautan api.. apa jawabnye.. dah kiok, nak jawab apa?

Sebenarnye siapa yang tidak lagi ngenali Sudara Anwar, itu lah permainan ayatnye. Ngalih kiri dia akan guna ayat kiri.. ngalih kanan, ayat kanan.. betul, tak betul ayat tu BELAKANG kira. Tapi kalau gwa tak puas hati dgn lu punya ayat.. gwa bulakang taruk.

Pada generasi otai seperti TK.. mungkin sangat kenal dgn Sudara kita ni.

Pada generasi pertengahan.. generasi ini juga dapat melihat gimana cara Anwar naik dalam UMNO. Langkah sulongnye dan cara beliau mempeletok Ketua Pemuda.. Haji Suhaimi.

Selanjut nye Nuar membentuk Tim Wawasan. Masa tu TPM adalah Incik Gapar. Saya ingat lagi gimana Sudara kita ni nyatakan.. seleranye belum datang lagi utk ambil jawapan TPM. Alih-alih Incik kita ini, tersedar yg beliau dah ditogelkan.. dalam keadaan Nuar ilang selera.

5 tahun kemudian, pada 1998 sampai lah giliran Chedet untuk di anukan oleh Anwar. Disatu petang dicorong TV.. Anwar melafazkan didepan Chedet yang beliau tetap berada dibelakang nye?

Tatkala tu Chedet tersedar yg dia hanya punye sokongan dari Polis dan Askar sahaja.. Yang lain semuanye dah selamat di bawah ketiak Sudara Anwar.

Gimana Chedet nepis supaya dia tak boleng (ditogelkan).. tu Lu kena baca sendirik.

Tapi saya tak nafikan, gimana Sudara kita ni adalah satu-satunye Menteri Kewangan/TPM yang dapat capai kouta bina rumah mampu milik dalam Rancangan 5thn Malaysia. Tak macam Najib janji sejuta rumah.. ambil Tanah Sg. Besi konon nak bina rumah.. yang siap tak sampai sepuloh ribu. Di era nye Nuar juga buat negara kita bebas hutang.. terima kasih.. saya amat hargai.

Bagaimana pula dgn generasi baru. Semasa kempen PRU14 generasi ini amat ghairah melaung "idup Tun-idup Tun".

Anwar pula mungkin baru bagi mereka.. beliau pula kejap ada.. kejap tak de. Tapi ayat-ayat Anwar sangat memukau.. terutama pada golongan yang baru kenal dunia.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Pertamanya, saya ingat Dato’ ni berani sangat, rupaya penakut juga ye. Heheheeeee. Anwar gertak sikit je, terus kecut perut. Apa la.

Kedua, saya mengikuti tulisan Dato’ dari jauh. Macam tak percaya pula Dato’ boleh resign begitu je bila dapat tekanan sedikit. Tak bolehlah macam tu Dato’. Kata nak jadi pembela rakyat.

Sepatutnya Dato’ mintalah nasihat dulu apakah tindakan seterusnya. Kita, kalau betul-betul nak nasihat didengari, mestilah dibuat dari dalam bukannya dari luar. Memang banyak orang yg akan cari salah bila sampai di peringkat tu. Jangan takut Dato’. Steadylah sikit. Jangan buat rumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak. Tapi jangan pula jadi macam Najib yg melabuhkan sauh setelah kembangkan layar, habis terus kapal tenggelam.

Alhamdulillah, selamat tiba.

Sekian TQ.

Sufian Ngah said...


https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/11/government-set-to-shake-up-top-police-ranks-igp-first-to-go/

I advise the current PH administration please don’t go overboard in removing gomen big guns. I know they have lingering doubts over their loyalty but for the sake of functionality and stability, they should stick with the old guards for a little while. At least for a year or two.

If they look like overly eager in removing them, it would send shock ripples into the their ranks and files. This will soon backfire on them. Badly.

In this early stages of transition. you need all the support that you need from senior gomen officials. These guys still command respect from their people. It is unwise to abruptly remove them and then look for the new ones who need to take a little while building rapport and power base throughout their subordinates.

For your info, Tun M owed so much to these big guns for the smooth transition to the new government. Bloodless handover of power without a single bullet fired. Without them, there’s no way the orderly transfer of power could possibly happened.

On the night when the King hunkered down at National Palace, taking a little longer time deliberating whether to swear in Mahathir as PM or not, IGP, PAT together with KSN scrambled to the palace asking to have an audience before the King. Looking to advice and convince His Majesty to speed up the swear-in ceremony.

They told the King that the swear-in can no longer be delayed and dragged on since there’s a state of confusion throughout the country. The swear-in had to be conducted at the soonest time possible to prevent rioting and the possibility of break down of social order and security. Malaysia at that time was in the state of anarchy. Anything bad could happened at the slightest trigger.

Zed-85 said...

Sallam Dato',

Amat menarik bagi saya ada orang komen tentang hak bersuara.

"Hak Bersuara" atau "freedom of Speech" termaktub dalam Perlembagaan, iaitu di bawah Perkara 10.

Pada fahaman saya, Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi di Malaysia.

Oleh itu, hak bersuara adalah hak yang nyata diberikan kepada rakyat Malaysia, bukanlah perkara yang patut diremehkan.

Akta Hasutan 1948 adalah satu akta yang berasal dari British. Akta ini dibatalkan di UK pada tahun 2009.

Akta Hasutan berguna untuk maksud tertentu, contohnya menahan mereka yang membuat huru-hara supaya keamanan terjamin dan rakyat boleh hidup dalam harmoni.

Tetapi, Akta Hasutan kadang kala digunakan untuk mengekang hak bersuara atas dasar menyentuh hal-hal sensatif.

Saya baca asal usul sistem Feudal iaitu bermula dari Raja yang paling tinggi, kemudian golongan Bangsawan, Golongan Pembesar-Pembesar dan akhirnya yang paling bawah sekali golongan rakyat biasa.

Kalau di England, The King, Baron, Knights and Peasants.

Kalau golongan Bangsawan, mereka ini golongan kaya raya. Golongan Rakyat, biasanya bekerja atas tanah golongan pembesar-pembesar.

Di zaman sekarang, masyarakat kita bukan sedemikian rupa lagi.

Ada hak-hak tertentu yang dinikmati oleh Rakyat yang termaktub di Perlembagaan.

Walaupun masyarakat kita sudah berubah, tetapi ada ramai di kalangan rakyat kita ini masih berfikiran mengikut sistem feudal.

Saya rasa, perkara ini akan berubah sedikit demi sedikit apabila tahap ilmu pengetahuan rakyat semakin meningkat.

Perkara-perkara sensatif sepatutnya diukur mengikut keadaan semasa dan peredaran masa.

Jojo said...

Cakap2 kosong Anwar pun boleh jadi tajuk besar berita di akhbar. Entah apalah yang wartawan2 sekarang ni fikir.

Patut kena cari berita yang ada isi. Zaman penyamun bolehlah buat berita2 mengarut kutuk2 orang ni.

Sekarang zaman keterbukaan, sepatutnya pengamal2 media ambil peluang untuk gali maklumat. Dan dah tentulah maklumat2 penting ini tidak akan diperolehi dari seorang Anwar.

Maaflah saya kritik Anwar yang suka cakap kosong sebab dia juga yang suruh... ;)

No means NO ! said...

Datuk,
it is difficult to believe that Tun Dr Mahathir is not aware that the rakyat does not want another national car company.
We have had enough of Proton and it was indeed a fortunate day that the buyer Geely agreed to take over.
Bleeding the country and rakyat dry. So no more talk please of building another car company. Ask 10 persons, 9 will reject this absurb idea, only 1 probably himself will agree.
The rakyat has spoken, please do not railroad this project over our heads.

sempoi said...

Komen yg dibaca di atas semuanya ada sifat2 yg irihati dan suka nak perlexehkan hubungan yg ada dlm pakatan espwcially antara anwar dan mahathir... Ketinggalanlah..tak boleh ikut rentak cara pentadbiran masa baru lah... Itu dan ini semua berbunyi negatif patutnya kita bersyukur dan baginsokongan bg kedua pemimpin besaq ni supaya hubingan lebih harmoni dan kesannya bagi semua... Bukan nak melaga2kan mereka... Kalau kita ditempat mereka...segala dugaan dan ujian yg allah bagi belom tentu kita boleh... Kita nie hanya tau nak condemn dan cari salah.. ..patut lah...kalau hati dah ada titik2 hitam tu..sup bunjut pun dikatakan org nak menyihir... Ramadhan kareem...mudahan Allah bagi kesempatan ketemu lain dgn nya ...

(selama nie dok baca ja...blog dato..gatai pulak tgn lepas sahur ni..)
Thanks sbb ada blog boleh gak isi masa lapang baca.... )

A KADIR JASIN said...

What Anwar told the BBC and what the BBC said could be read and heard here:

Malaysia's Anwar Ibrahim on Mahathir: 'We have to move on'

Malaysia’s former deputy prime minister, Anwar Ibrahim, jailed for sodomy three years ago, walked free from prison in May after receiving a royal pardon.

That was initiated by the new prime minister under whom he was first sent to prison - Mahathir Mohamad.

Ninety-two-year-old Mr Mahathir was elected on a promise to release his long-time rival and has pledged to hand over power within two years.

The BBC's Lyse Doucet asked Mr Anwar whether he trusted Mr Mahathir.

Link: https://www.yahoo.com/entertainment/m/cd5560b5-e3fd-3679-991a-94ba38da6fb7/ss_anwar%3A-%27i-will-succeed.html

Thank you.

Joan Tym said...

Salam Dato,

It is indeed against what was prescribed. I dont understand the next PM has such disregard to say one thing next moment draw a line. So saddened by this. I want a chance to vote for the 8th PM. I am indeed not comfortable by the actions of this person. Azmin is someone that should be mentored as next PM.

jawhardeen kader said...

Datuk,

Ramai yang tidak boleh 'baca' pemikiran Mahathir. Pengumuman yang dibuat oleh beliau (TDM) berkenaan dengan idea penubuhan kereta nasional yang baru adalah langkah tepat untuk membentuk dan memulihkan kepercayaan gergasi-gergasi industri Jepun terhadap Malaysia. Ia adalah 'golden strike' yang dibuat oleh TDM di Jepun.

Perkara tersebut akan mendapat perhatian meluas pembuat-pembuat kereta termuka dari Jepun yang mahu mengembangkan 'sayap' di Asia Tenggara. Sudah tentu pembuat-pembuat kereta tersebut sudah nampak laluan pemasaran melalui Malaysia di Asia Tenggara dan kebanyakan negara2 Islam. Tidak seperti pelaburan China di Malaysia yang menggunakan pekerja sendiri, ianya sudah tentu akan mengguna pakai pekerja2 tempatan dan seterusnya mengorak satu langkah baru dalam industri pembuatan kereta dalam negara.

sukasamasuka said...

Datuk,

- ini adalah sideline saja bila Abang Johari maklumkan 4 buah party Sarawak, ia-itu PBB, SUPP, PRS dan PDP sudah keluar BN Sarawak siang tadi.

- konon mereka tubuh Gabungan Party Sarawak, GPS.

- konon GPS ini bukan "old wine in a new bottle".

- konon GPS mau gabung sama Pakatan Harapan demi bangsa, negara dan agama.

- kalau mereka bolih lupa kawan lama UMNO selama lebih 50 tahun dengan begitu saja, maka percaya la cakap mereka.

- PBB, main komponan GPS, is dead...bukan aku yang cakap.

- next state election, PBB will be gone for good.

- tetapi, Tun sudah terhutang budi dengan Taib Mahmud, current Sarawak TYT, jadi faham2 saja la.

- Taib Mahmud is more powerful than any Malay Ruler...anytime...even you combine all nine of them.

Promises, promises said...

Datuk,
is power going to the head of Tun Dr M ?
Just couple of weeks ago, he unilaterally declared that the HSR between Singapore to KL cancelled. Cost too exorbitant and better to pay the penalty of RM500 million than to continue. Almost all the rakyat agreed. Latest news is our Minister of Transportation Anthony Loke is going to Singapore to renegotiate.
Is Tun singing a different tune? He now says the project is NOT cancelled, but put on the back burner. With a bigger support in Parliament, Sarawak govt, PAS led Trengganu, so is he going to ram through some unwelcome projects, like the really stupid second car company?
Heck, focus on the manifesto promises, get them out of the way and then relook if he wishes.
The RM257 million expenses incurred for the Agong, is anyone stupid enough to think by
giving up 10% of his annual emoluments, this is going to satisfy the rakyat?
Where's the transparency Guan Eng?
Focus on repealing the Fake News Act and other abhorrent laws like the sedition act, POCA and so forth. What is his delay? He knows he has no time to lose. So get these going first Tun !
Remember the rakyat brought PH to power because of the promises it made.

Ismail Muda said...

Datuk, teruskan perjuangan. Moga2 negara ini terhidar darii sebarang musibbah.
Saya menyimpang sikit saja untuk jasa baik Datuk mengenai calon Pengerusi felda.
Difahami seorg aktivis felda telah dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi felda. Apa yg hendak disampaikan di sini ialah beliau tiada apa2 rekod utk mengurustadbir sebuah organisasi besar spt felda.
Felda adalah sebuah Badan Berkanun Kerajaan mengurus seramai 112,000 keluarga peneroka atau kira2 3 juta org di 317 rancangan seluruh negara. Ketika ini felda menghadapi masalah yg amat besar dalam meneruskan agenda pembangunan negara. Spt diketahui felda menghadapi masalah aliran tunai yg lemah, sumber pendapatan yg terhad, projek2 yg gagal, hutang yg kian bertambah mencecah lebih RM10 bilion, pelaburan yg amat pasif, tenaga pengurusan yg kurang mantap, masalah timbunan hutang peneroka dsb.
Pengerusi felda haruslah seorg yg berpengalaman mentadibir Badan Berkanun yg besar, seorg yg berkredibiliti, tokoh yg berpandangan jauh dsb. Pengerusi felda akan membantu Menteri Ekonomi & sudah tentu felda akan memainkan peranan yg singnfikan dalam ekonomi negara. Utk rekod, Pengerusi felda sebelum ini antaranya TS Taib Andak, TS Raja Alias, Tun Musa Hitam, TS Yusof Noor.
Sekiranya Mazlan Aliman dilantik mengemudi felda, tugasnya bukan lah mudah. Ada kemungkinan Kerajaan Pakatan akan menerima tempias sekiranya felda gagal dipulihkan.
Dipohon Datuk menyampaikan perkara ini utk pertimbangan Kerajaan. Terima kasih. Salam hormat & selamat meyambut Aidil Fitr.

Ismail Muda said...

Datuk, teruskan perjuangan. Moga2 negara ini terhidar darii sebarang musibbah.
Saya menyimpang sikit saja untuk jasa baik Datuk mengenai calon Pengerusi felda.
Difahami seorg aktivis felda telah dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi felda. Apa yg hendak disampaikan di sini ialah beliau tiada apa2 rekod utk mengurustadbir sebuah organisasi besar spt felda.
Felda adalah sebuah Badan Berkanun Kerajaan mengurus seramai 112,000 keluarga peneroka atau kira2 3 juta org di 317 rancangan seluruh negara. Ketika ini felda menghadapi masalah yg amat besar dalam meneruskan agenda pembangunan negara. Spt diketahui felda menghadapi masalah aliran tunai yg lemah, sumber pendapatan yg terhad, projek2 yg gagal, hutang yg kian bertambah mencecah lebih RM10 bilion, pelaburan yg amat pasif, tenaga pengurusan yg kurang mantap, masalah timbunan hutang peneroka dsb.
Pengerusi felda haruslah seorg yg berpengalaman mentadibir Badan Berkanun yg besar, seorg yg berkredibiliti, tokoh yg berpandangan jauh dsb. Pengerusi felda akan membantu Menteri Ekonomi & sudah tentu felda akan memainkan peranan yg singnfikan dalam ekonomi negara. Utk rekod, Pengerusi felda sebelum ini antaranya TS Taib Andak, TS Raja Alias, Tun Musa Hitam, TS Yusof Noor.
Sekiranya Mazlan Aliman dilantik mengemudi felda, tugasnya bukan lah mudah. Ada kemungkinan Kerajaan Pakatan akan menerima tempias sekiranya felda gagal dipulihkan.
Dipohon Datuk menyampaikan perkara ini utk pertimbangan Kerajaan. Terima kasih. Salam hormat & selamat meyambut Aidil Fitr.

jumbeaux said...

Datuk,

Keletah Datuk Seri Anwar semakin hari semakin menjadi. Sekarang beliau ke United Kingdom dan membuat kenyataan-kenyataan seolah-olah beliau menteri kabinet atau Perdana Menteri.

Sebelum ini beliau tampak seperti seorang wira yang menjadi emissary kerajaan dengan Raja-Raja.

Mungkin semuanya datang dari masalah kurang keyakinan diri. Terasa seperti terpaksa berebut untuk perhatian rakyat dengan Tun. Sebab itu beliau cepat melenting bila ditegur oleh Datuk.

Sepatutnya Datuk Seri Anwar terima tawaran Tun untuk jawatan bukan menteri di mana-mana organisasi kerajaan. Kemudiannya tadbir dengan baik untuk buktikan kepimpinan beliau kepada rakyat. Selepas 2 tahun barulah jadi Perdana Menteri.

Alkay said...

Pitting one against the another seems the order of the day nowadays.

My personal experience, pernah saya, adik saya, Lokman Adam dan Syed Husin Ali dikejar oleh SB semasa zaman reformasi kami berpecah di Kampung Baru sementara Lokman Adam diberkas dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Inilah susulan detik memperjuangkan hak2 rakyat. Lest I forget.

Presently, if it is not for Saifuddin Abdullah, Nurul Izzah and Rafizi persuasion, TMM will not be part of the coalition. DSAI as the head of opposition in 2013 was the one who brought up the 1Mdb scandal in Parliament in the 1st place. Do not belittle the man who has been incarcerated by the powers that be once upon a time. Anyway his party garnered most parliaments seats on 9th May 2018.

TMM and DSAI breath and live with politics and they give as good as they get. Nothing wrong with that. It is interesting to watch tho'.

Have a nice day.

Transparency and accountability said...

Datuk,
on top of the Agong's wish to donate 10% of his annual allowance to Tabung Harapan,
hot on its heels came the news from the Johore Crown Prince that the Johore Sultans did better. 100% of their allowances went to charitable funds.
Will the Agong rethink and match 100% too?
The thing is the 16 months expenses from the Federal Govt to the current Agong came up to RM257 million, which far exceeds the Agong's annual allocation of RM13 million.
Will LGE explain why? His predecessor allowed it, but nevertheless the rakyat has a right to know how did the RM13 million balloon to RM257 million.
And will LGE the new Finance Minister continue to allow it? Very important for the rakyat to know.

Jawi Pekan said...

Bagai mana kita nak mencapai reformasi yang dilaungkan Anwar jika kritik sedikit benda yang dia tak suka terus melenting.Saya rasa lebih Anwar reformed diri dia sendiri sebelum menjerit kesini kesana tentang reformasi.

M5 said...

Selamat hari raya dan selamat bercuti Tok Kadiaq

Transparency and accountability said...

Transparency and accountability 8.52 pm

oops, instead of "Johore Crown Prince" to read as Johor Palace.

Zed-85 said...

To saudara Promises, promises,

Your comment,

Focus on repealing the Fake News Act and other abhorrent laws like the sedition act, POCA and so forth. What is his delay? He knows he has no time to lose. So get these going first Tun !

My comment,

It is important for your to know how things work.

If you drive a car. At least you need to know something about the car. There is the fuel combustion engine providing the mechanical energy, the gear box for transmission and the alternator to provide continuous electrical flow.

Tun will not be able to remove all the law that you mentioned. This can only be done is the Parliament. I believe 14th Parliament session sitting will be next month.

This coming session will certainly be very interesting to see.

I am looking forward to see they switch places. The BN or UMNO and the gang will sit on the other side while the Pakatan will sit on the opposite side. I cannot wait to see their faces when the table have turned.

During the Parliament sitting, they will make the move with fake news, and I think Sosma etc.

That is how the things work.

Is the car project stupid?

We have to do something with the industrial sector. What else can we do?

If we venture in something such electronic manufacturing, smartphone, tablets, computer etc, it will be even more difficult. The competition will be even tougher.

In automotive manufacturing, we already have 30 years of experience. Our engineers have the know how to build car from a to z. It will be a waste to just gave it up.

Furthermore, there will be big changes on the technology that drive up the automobile. Hybrid and electrical cars will have new market locally and oversea.

It will depend on the business model that they come up with.

I went to china last year. Nearly all of their motorcycle is using electricity and it is cheap too, 1 electrical motorcycle cost around RM1,200.

Hud Hud said...

Sultan Johor said that sultans of Johor had never taken money from the rakyat and they had returned all the allowances back. If you were to ask me, I would prefer the sultans to take the allocated allowances and stop doing business. What is the limit to them doing business? How can the rakyat ever compete fairly with them in business? There will always be vested interest and interference, consciously or unconsciously, when they do business.

Promises, promises2 said...

Zed-85
thank you for your comments.
The way to go forward is to focus on developing electrical cars, no point saturating the automobile market with the same old same old technology. By the time the new cars are ready to be launched, the rest of the world has already moved on to Tesla and similar like electrical cars.
Does the country have the massive funds to invest?

Before May 9, almost all of us were carrying a heavy burden on our shoulders, when PH won, we voted for Tun and PH, it was a passionate moment, we all felt we could fly, no more being false or trumped up accusations no more midnight knocks on the door (our new AG has given his assurance!
Ask any tom, dick, henry or jane, smiles and laughter as though we all now shared the same destiny. Looking forward to the first session Parliament. Our futures hinge on Tun M and people we elected to run our govt.

Curious to know said...

Dear Datuk, for sure you strictly moderate whatever gets printed here and the comments are screened and approved by you first to remove obscenity, insults, provocations, offensive, false or incendiary remarks etc. before you allow them to be printed. This is good for everyone's sake. There are some who write in their own names and some under pseudonyms.
Just curious, do you have adequate firewalls to prevent hackers from stealing the data of the persons who write in?
Also now that police are investigating an article of yours for sedition, in case your phones, hard drives, computers etc are confiscated, will they be able to access all your data and the data of those who comment on your blog?
This is a sensitive subject for your eyes only, so please do not print this comment , but can you answer these questions for your readers ? Thank you.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).