Tuesday, August 21, 2018

Diplomasi Penting Tetapi Rakyat Lebih Utama


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Lawatan Ke China: Dr Mahathir dan isteri bersama President China dan isteri
KALAU ada pihak, khususnya di kalangan saki-baki peniup trumpet Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang menganggap lawatan rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad ke China sebagai cuti makan angin ternyatalah mereka silap besar.

Yang pasti lawatan Perdana Menteri ke negara gergasi itu bukanlah lawatan bermain golf, bersiar-siar atau membeli-belah.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Lawatan beliau adalah bagi merungkai isu-isu besar yang tercetus akibat sikap tidak berhemah dalam urusan kewangan oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib.

Bukan mudah bagi Dr Mahathir, yang mengagumi dan mempertahankan China di arena antarabangsa, menemui pemimpin-pemimpin tertinggi negara itu bagi menyatakan khabar buruk.

Dalam lawatan tersebut beliau menemui dan berbincang dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang.

Seperti kita semua ketahui, Perdana Menteri telah memaklumkan kepada mereka mengenai ketidakupayaan Malaysia untuk meneruskan dua projek besar yang dibiayai dan dilaksanakan oleh China, iaitu Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Sabah.

Beliau memberitahu mereka bahawa kedudukan kewangan Malaysia tidak memungkinkan dua projek itu diteruskan tanpa memburukkan lagi beban terhadap rakyat.

Bagaimanapun, pihak berkepentingan atau yang menyokong kerajaan lama tetap berusaha memutarbelitkan fakta.

Portal berita Malaysiakini misalnya, dengan pantas menyiarkan sepucuk surat daripada seorang penulis tanpa nama yang memperkenalkan dirinya sebagai "concerned China-Malaysia observer", yang menyifatkan lawatan Perdana Menteri itu sebagai "diplomatic disaster" (malapetaka diplomatik).

Penulis yang membaling batu ke arah Dr Mahathir itu memberi amaran bahawa rakyat jelata Malaysia patut berasa bimbang terhadap tindak balas China.

Kita tidak tahu siapa sebenarnya penulis surat tersebut, tapi daripada nada tulisannya seolah-olah beliau sangat pakar dalam hal ehwal China sehingga berani menggambarkan negara tersebut sebagai pendendam.

Penulis tanpa nama itu berkata lagi, tidak ada pelaburan baru yang besar yang diumumkan hasil lawatan tersebut sebaliknya ia sekadar meneruskan apa yang kerajaan Mohd Najib telah lakukan.

Hakikat bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan membatalkan projek hutang era Mohd Najib tidap pula diketengahkan.

Penulis tersebut juga seolah-olah dapat membaca isi hati pembesar China, khususnya Perdana Menteri Li Keqiang, apabila beliau berkata Li tidak menjawab kenyataan Tun Dr Mahathit mengenai negara kaya tidak sepatutnya menakluki negara lain.

Dia berkata, sidang akhbar bersama Dr Mahathir-Li berhenti secara mengejut  dengan Li menjabat tangan Dr Mahathir sambil memberikan senyuman paksa.

Jelaslah masih ada pihak di Malaysia yang berfikir seperti zaman Mohd Najib di mana pemimpin Malaysia senyum simpul sambil berpelukan dengan pemimpin asing tetapi melakukan perkara yang merugikan negara.

Tidak mengapalah kalau China “marah” dan akan “bertindak balas” terhadap kita. Kita tidak mengundi pemimpin China. Kita mengundi pemimpin kita.

Adalah kewajipan pemimpin yang kita pilih menjaga kebajikan kita dan mempertahankan kedaulatan negara kita.

Apa yang pemimpin China hendak lakukan, itu adalah hak dan budi bicara mereka.

Tetapi saya yakin China tidak akan sewenang-wenangnya mengorbankan perhubungan yang dijalin oleh Almarhum Tun Abdul Razak 44 tahun lalu semata-mata kerana sayangkan anak beliau.

Wallahuaklam.

Wednesday, August 15, 2018

PM China Visit to Remove Kinks in the Relationship


A Kadir Jasin


PREAMBLE: Views expressed herein are entirely mine. I am writing in my personal capacity as a blogger. It has nothing to do with whatever position I may hold.

Dr Mahathir met President Xi Jinping in Kuala Lumpur in 2013
THE UPCOMING official visit of the Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad, to China is special as it is crucial.

The Prime Minister is scheduled to be in China from August 17 to 21, during which he is expected to meet Chinese President, Xi Jinping, and Prime Minister, Li Keqiang.

[Anonymous comments will not be published. Please use real or pseudonym. Thank you.]

The visit is special because Dr Mahathir is returning to China once again as Prime Minster after a 17-year gap. His last official visit to China as Prime Minister was in October 2001 to attend the APEC CEO summit.

Dr Mahathir is a regular visitor to China. In the 22-year of his first stint as Prime Minster – 1981-2003 – he visited China seven times and nine more times after his retirement, making a total of 16.

This coming visit has an added significance because he is leading a different government and there are several touchy issues standing in the way of good relations between the two countries.

In his previous official visits, he was leading the Barisan Nasional (National Front) government. In this visit he is leading Pakatan Harapan (Alliance of Hope) that ousted the BN in the May 9 general polls.

Chinese leaders are familiar with the BN. Back in 1974, it was the leader of newly formed BN, Tun Abdul Razak Hussein, who made the groundbreaking visit to China.

It was as a result of that visit that Malaysia became among the earliest countries in South East Asia to recognise China. Bear in mind that although Indonesia recognised China in 1950, their relationship soured and was suspended between 1967 and 1990.

Singapore, a predominantly Chinese nation, recognised China only in 1990 and the Malay Brunei in 1991.

Tun Abdul Razak met then Chinese PM Zhou Enlai in Beijing in 1974
It was not an easy decision for Malaysia because it already had diplomatic relations with Taiwan since its independence in 1957.

The recognition of Taiwan was reflective of Malaysia’s pro-Western stance and it staunchly anti-Communist policy. The armed communist insurgency starting in 1948 did not help to endear Malaysia to China.

With the disbanding of the Malayan Communist Party (MCP) following the 1989 peace accord involving the MCP and the governments of Malaysia and Thailand, the Malaysian Chinese Association (MCA) became the last remaining vestige of the Chinese revolution in Malaysia.

It was no coincidence that while the MCP was fashioned after the Chinese Communist Party (CCP), the MCA was the mirror image of the Chinese Nationalist Party - Kuomintang.

Abdul Razak’s own party – the United Malay National Organisation (Umno) - was staunchly anti-Communist.

Still Abdul Razak pulled it off and received overwhelming voters’ endorsement at the 1974 General Election in which his enlarged coalition – the Barisan Nasional – was contesting for the first time.

So given this very long history of mutually beneficial relationship and Dr Mahathir’s own affinity with China, his visit is not only special but offers the two countries the opportunity to clarify and sort out issues that could stand in the way of good relations.

Dr Mahathir had wanted to visit earlier but time was not favourable. Proving his seriousness about wanting to put relationship between the new Malaysian government and China on good footing, he sent Tun Daim Zainuddin as his emissary.

Like Dr Mahathir, Daim is a familiar face in Beijing. Back in the 1980s, when he was in his first stint as Finance Minister, he took active part in supporting China’s new role in international financial organisations like the Asian Development Bank, the World Bank and the International Monetary Fund.

During his visit to Beijing on July 18, Daim handed over Dr Mahathir’s letter to Chinese Prime Minister, Li Kiqiang, and had discussions with Foreign Minister, Wang Yi.

 
Daim looked on as Li Keqiang read PM's letter
It is clear that neither China nor Malaysia would want the 44-year relationship to be jeopardised by issues that cropped up during the time of former Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Among them were the Chinese loans for the construction of the East Coast Railway Line (ECRL) and the little known Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) pipeline project.

It is highly possible that China, in extending these loans and entering into construction agreements for the projects, was acting in good faith in line with its One Belt One Road (OBOR) policy but along the way was perverted by irresponsible elements in Malaysia and China.

Here the hidden hands of Mohd Najib and his 1MDB collaborator, Low Taek Jho aka Jho Low, is suspected. Jho Low is said to be hiding in the Chinese territory of Macau.

Neither China nor Malaysia should suffer the embarrassment and financial losses caused by these people and their associates. The relationship between the two countries is too precious to be allowed to become sour by their irresponsible and criminal actions.

Dr Mahathir had said in a recent interview with the Hong Kong-based South China Morning Post that his less-than-favourable view of some Chinese-backed deals, deemed overpriced and lopsided against Malaysian interests, did not mean he was hostile towards Beijing.

More recently, he said Malaysia would seek to do away with these projects if they continue to be unfavourable to the country and a burden to the people.

The PH administration and the people of Malaysia must not be made to shoulder the burden of irresponsible acts of Mohd Najib and his collaborators.

As Dr Mahathir had pointed out, ­Malaysia and China had developed “a very good relationship” during his first tenure as Prime Minister and there is no reason why this would not continue during his comeback era.

ENDS

Sunday, August 05, 2018

Perkhitmatan Awam Jangan Khianat


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Kakitangan awam: Dulu ada antara mereka yang setia kepada BN
SEORANG pembahas yang menggunakan nama samaran “Anti pengkhianat” yang mengulas dalam tampalan “Jangan tawar-menawar dengan lembaga pengarah GLC/GLIC”, antara lain berkata:

“Dengarnya bekas pegawai khas ksp sekarang bertugas di pejabat pm?

“Dengarnya lagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang menyokong kepimpinan lalu dan dinaikkan kerana menyokong kepimpinan lalu masih berleluasa menasihati menteri kerajaan yang baru bak semut menghurung gula.

“Apa kerajaan baru akan buat untuk menangani pegawai-pegawai yang telah mencemarkan nama baik perkhidmatan awam secara keseluruhannya?”

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Saya yakin ada kebenaran dalam hujah pembahas “Anti pengkhianat” itu dan saya amat percaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pun tahu hal ini.

Tetapi kita kena berprasangka baik bahawa manusia boleh berubah. Yang mana kesalahan mereka tidak terlalu besar dan tidak mengancam keselamatan atau merugikan negara, kita terima sajalah.

Kita cam siapa mereka, kita beritahu apa yang mereka lakukan sebelum ini salah dan nasihatkan agar mereka berkhidmat dengan setia dan tekun demi negara dan rakyat jelata.

Kita nasihatkan mereka jangan ikut resmi anjing walaupun tidak makan najis tapi hidu tetap hidu. Kalau pisang berbuah dua kali, kita tadah tangan bersyukur kepada Tuhan kerana melakukan keajaiban dan memberikan kita rezeki tambahan.

Yang kita tidak mahu adalah melepaskan anjing tersepit. Bila terlepas kita pula diserang dan digigitnya. Lagilah parah jika ditakdirkan anjing yang kita tolong itu anjing gila.

Sekarang banyak anjing jenis itu bising menyalak dalam media arus perdana dan media sosial seolah-olah masih diberi makan oleh tuan lama mereka. Atau boleh jadi juga mereka menyalak kelaparan.

Saya cadangkan kepada pihak berkuasa pencegahan rasuah dan percukaian tolong tengok dari mana mereka ini dapat duit untuk hidup senang dan terus menyalah melalak.

Kakitangan Awam

Adalah mustahil bagi Dr Mahathir dan kabinetnya mengesan semua pengkhianat dan penjenayah peninggalan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN), menamatkan perkhidmatan mereka dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan.

Seperti yang kita baca, lihat dan dengar daripada laporan media massa, sudah banyak pegawai seperti itu telah meletak jawatan, bersara atau ditukarkan.

Tetapi adalah mustahil menapis setiap orang daripada kira-kira 1.6 juta kakitangan awam dan mengambil tindakan ke atas mereka. Lagipun bukan semua mereka terlibat secara sukarela menjadi tali barut atau boneka kerajaan dahulu.

Yang terang-terang bersubahat dan terbabit dalam politik BN seperti berkempen untuk calon-calon BN sehingga sanggup naik pentas dan menari macam kera kena belacan atau orang mabuk todi sudah pun ditamatkan perkhidmatan.

Harap jangan ada musang berbulu ayam di kalangan mereka
Memang betul ada lagi saki-baki yang bersubahat dengan kerajaan lama, termasuk yang melakukan penganiayaan serta pengkhianatan terhadap Pakatan Harapan (PH) masih memegang jawatan penting.

Malah pada pandangan umum, ada kalangan mereka yang seolah-olah menjadi orang kanan dan orang kepercayaan Perdana Menteri dan kerajaan PH.

Ini tidak benar. Walaupun mereka masih berkhidmat dan nampak rapat dengan Perdana Menteri serta kerajaan, kita tahu siapa mereka dan apa yang mereka lakukan sewaktu pemerintahan OKT Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bermaharajalela. Mereka ini tidak akan diampunkan semudah itu.

Tetapi demi kelancaran pentadbiran negara dan supaya tidak meneruskan kerosakan ke atas perkhidmatan awam, kita terpaksa bersabar, berlapang dada dan secara arif menerima mereka.

Kerosakan yang berlaku kepada perkhidmatan awam adalah sebahagian kecil sahaja daripada kerosakan sistematik dan menyeluruh yang dilakukan oleh pemerintahan Najib ke atas institusi-institusi utama negara.

Sebab itulah PH menjadikan reformasi institusi sebagai salah satu keutamaannya.

Yang bersalah wajib dihukum sama ada melalui tindakan disiplin atau jika kesalahan mereka berbentuk jenayah, dihadapkan ke muka pengadilan.

Cuma bukanlah mudah untuk melaksanakan tindakan disiplin dan undang-undang ini kerana bilangan yang terlibat dan cara mereka bersubahat dengan kerajaan BN adalah berbeza dan berperingkat.

Keutamaan terpaksa diberikan kepada yang jelas melakukan rasuah, pecah amanah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Ini telah pun dimulakan dengan menghadapkan ketua kepada segala ketua kerajaan yang mencuri, Mohd Najib, ke muka pengadilan.

Dalam kita bersangka baik, kita terpaksa akui bahawa yang jahat tetap jahat dan watak seperti itu ada dalam perkhidmatan awam.

Saya dimaklumkan tentang seorang ketua jabatan yang “terpaksa” meletak jawatan, telah melantik beberapa orang kanannya untuk mengisi jawatan utama sebelum dia berundur.

Apabila ketua baru masuk dia mendapati semua jawatan penting baru saja diisi oleh ketua lama. Dan ikut cerita, ketua yang berhenti itu menubuhkan syarikat perundingan dengan harapan mendapat bantuan daripada anak buah yang dilantiknya.

Saya  juga mendengar ada sampai 1,000 kes yang melibatkan rasuah, penyelewengan, pecah amanah, salah guna kuasa dan kecuaian tugas telah dikesan oleh kerajaan sehingga kini.

Jadi bukanlah mudah bagi kerajaan untuk menyelesaikan segala masalah dan menunaikan semua janji dalam masa 100 hari atau setahun.

Serentak itu hal-hal berkaitan kebajikan rakyat jelata dan keselamatan negara wajib ditangani setiap hari dan setiap masa dalam suasana di mana kedudukan kewangan negara yang ditinggalkan oleh kerajaan lama dalam keadaan kucar-kacir.

Cuma saya berharap menteri-menteri lebih jelas dan pantas bertindak meringankan beban rakyat jelata dan memacu pemulihan ekonomi supaya Malaysia Baru yang rakyat jelata bayangkan itu menjadi kenyataan.

Tak payahlah berlebih sangat berebut jabatan dan agensi. Jangan sampai dituduh cuba membina empayar atau pentingkan diri sendiri. Silalah buat kerja demi rakyat jelata.

Wallahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).