Sunday, September 02, 2018

Ekonomi Bumiputera: Doa Wajib Disertai Usaha


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Dr Mahathir: Untuk jadi tuan Melayu kena kuat
BUMIPUTERA Melayu, kerana mereka beragama Islam, boleh berdoa dan bersolat hajat meminta kebaikan daripada Allah.

Tetapi untuk berjaya mereka tetap perlu berusaha kuat kerana rezeki dan kejayaan tidak datang bergolek.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Itu adalah antara peringatan dan pesanan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika merasmikan Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara 2018 di ibu negara semalam.
Saya boleh merasakan runtunan perasaan Dr Mahathir kerana beliau amat konsisten dengan mesej ini dan di akhir-akhir ini seolah-olah menjadi obsesi beliau.
Sebagai salah seorang yang berdekad-dekad lamanya mendengar mesej Dr Mahathir itu – bermula dengan membaca secara haram cebisan manuskrip “The Malay Dilemma” pada akhir tahun 1960-an - saya sering tertanya-tanya adakah orang Melayu faham dan peduli rintihan beliau itu?
Apakah orang Melayu faham dan peduli kepada seruan “Marilah solat” (حي على الصلاة ) dan “Marilah menuju kejayaan” (حي على الفلاح) yang dilaungkan oleh muazzin sekurang-kurangnya lima kali sehari?
Hari ini ramai orang Melayu menunaikan solat (sembahyang), berdoa panjang dan menghadiri pelbagai kuliah agama. Orang Malayu berpusu-pusu menampilkan "kearaban" mereka. 
Tetapi berapa ramai yang bertaburan di muka bumi untuk mencari kejayaan sambil mengingati Allah?
Yang kita tahu ramai mengambil kesempatan daripada kelepasan waktu mengerjakan sembahyang fardu dan sembahyang Jumaat untuk tidur di surau dan masjid atau pergi membeli-belah.
Ertinya ada orang Islam yang mengambil kesempatan daripada kelonggaran yang diberikan oleh majikan, termasuk majikan bukan Islam, bagi mengerjakan sembahyang untuk tujuan yang bercanggah dengan perintah Allah.
Jadi tidak hairanlah, walaupun masjid penuh melimpah pada hari Jumaat dan berpuluh ribu mengerjakan Haji serta Umrah setiap tahun, masih ramai orang Islam Malaysia, khususnya orang Melayu tidak berasa apa-apa untuk melakukan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan bermacam-macam lagi kemungkaran.
Zaman dulu lain. Masjid lengang. Di kampung saya pada tahun 1950-an dan 60-an amat kerap solat Jumaat terpaksa ditukar menjadi solat Zuhur kerana tidak cukup jemaah.
Palulah gendang raya sekuat mana pun, kaki judi tetap bermain pakau dan terup di bilik belakang kedai kopi Cina atau dalam belukar di tengah sawah.
Orang Islam ditangkap kerana tidak sembahyang Jumaat atau bermain judi adalah perkara biasa.
Tetapi pada masa yang sama, kakitangan awam, polis dan penguat kuasa bukan sahaja tekun bekerja tetapi mereka juga tidak rasuah. Perkhidmatan awam Malaya (kemudiannya Malaysia) adalah antara yang terbaik di dunia.
Hari ini rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa begitu berleluasa dalam perkhidmatan awam sehingga kerajaan baru Pakatan Harapan sukar memisahkan di antara pegawai yang bersih dengan yang korup.
Ternyata ilmu yang lebih tinggi dan kealiman yang tersebar luas – ada yang solat hingga kematu dahi dan siang malam berpakaian Arab – tidak menjadikan Melayu beriman dan berjaya. Ada orang beritahu saya, Melayu itu Muslim tetapi tidak semua Muslim itu Mukmin.
Jadi, macam kata Dr Mahathir, bagaimanakah orang Melayu hendak menegakkan ketuanan mereka jika mereka menjadi kuli kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam?
Kata Perdana Menteri, bangsa yang lemah tidak boleh mengaku tuan.
“Apa erti ketuanan Melayu kalau Melayu menjadi pemandu dan yang duduk di belakang adalah orang bukan Melayu?” tegas beliau.
Ada Melayu Berjaya
Namun saya akui bukan semua Melayu dan Bumiputera gagal.
Sejak Merdeka, khususnya selepas pelaksanaan Rancangan Luar Bandar dan Dasar Ekonomi Baru (DEB), orang Melayu dan  kaum Bumiputera lain mencapai kejayaan luar biasa dalam bidang sosioekonomi.
Tetapi orang bukan Bumiputera jauh lebih maju dan berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan kesan limpahan, tirisan dan lelehan daripada DEB.
Ketirisan berlaku secara berleluasa dan teruk kerana sifat rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa oleh elit politik dan pentadbiran Bumiputera sendiri.
Akibatnya, pembangunan ekonomi Bumiputera menjadi seperti apa yang didendangkan oleh Almarhum P Ramlee “walhasil balik asal, itu pasal tak hasil”.
Sedikit kejayaan dan kekayaan yang dikecap oleh orang Melayu tidak mengubah sikap mereka. Sebaliknya mereka menjadi lebih negatif, dengan yang gagal membenci yang berjaya.
Orang yang mendapat bantuan kerajaan tetapi gagal, dilupakan walaupun mereka berhutang berbilion-bilion ringgit dalam bentuk pinjaman PTPTN dan modal perniagaan. Tetapi segelintir yang berjaya dilabel sebagai kroni.
Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara 2018 membahaskan dan merumuskan banyak cadangan, rumusan dan rancangan.
Tetapi semua ini akan gugur menjadi daun kering yang ditiup angin dan akhirnya reput menjadi debu kalau Bumiputera, khususnya Melayu tidak mengubah sikap menjadi orang yang berjiwa maju, bersih, cekap dan amanah.
Doa tanpa usaha tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kemiskinan boleh menjadi punca kemungkaran. Tamak dan haloba membuatkan pemerintah mencuri daripada rakyat jelata.
Wallahuaklam.

16 comments:

fauziasmara said...

Islam ni mudah Datuk.

Kalau nak apa-apa buatlah solat hajat minta pada Allah .....

Contohnya buat solat hajat ramai-ramai kat stadium minta Allah hancurkan Israil. Lepas solat hajat kita boraklah di kedai kopi. Nanti Allah lah yang buat kerja, mudahkan....

budak jawa said...

Aslm DAKJ,

orang Islam keliru. Mahu dunia atau akhirat? Bolehkah memilih kedua2nya. Adakah islam itu hablumminallah semata2 merujuk kepada ibadat khusus tanpa hablumminannas merujuk kepada muamalat sesama manusia malah juga adab kepada alam semesta yang Allah taala telah ciptakan.

Ada Melayu yang berjaya dalam bidang ekonomi, ada melayu yang faqih dalam bidang agama, ada melayu yang professional. Namun sebagai umat Islam, tidak sempurna iman kalau tidak sabar, tidak malu dan tidak kasih-mengasihi saudara seagama sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Suka saudaranya mendapat apa yang disukainya untuk dirinya. Benci saudaranya mendapat apa yang dibencinya untuk dirinya. Allah telah nyatakan di akhir zaman umat Islam itu ramai seperti buih2 di lautan tetapi lemah kerana berpecah2. Lihat sajalah keadaan umat kita di Malaysia ini.

Puncanya adalah kerana kefahaman agama yang keliru dan penghayatan kepada agama yang kurang. Sebab itulah apabila rasulullah diutuskan, baginda membawa Islam iaitu tauhid kepada Allah bukan sistem ekonomi, sistem perundangan atau lain2 sistem kerana apa yang pertama sekali perlu dibetulkan adalah manusia itu sendiri. Apabila manusia itu sudah mantap akidahnya dan sedar dirinya sebagai hamba kepada Raja Penguasa alam semesta dan tanggungjawab serta peranannya, barulah Melayu itu akan cemerlang, kuat dan bijaksana serta mampu membawa rahmat kepada sekalian alam bukan sekadar bertempik kosong minta diri, agama dan bangsanya dilindungi oleh kerajaan. Tentu saja perkara meminta perlindungan kepada selain Allah ini adalah satu isu akidah yang serius dan boleh dibincangkan.

Tanpa tauhid manusia boleh berjaya kerana sifat adil Allah menetapkan aturan kejayaan kepada yang berusaha. Namun kejayaan ini hanyalah bersifat material dan akan menemui kebuntuan kerana tidak dipandu oleh tauhid. Lihat sahaja masyarakat barat dan jepun yang berjaya dalam bidang teknologi tetapi masyarakatnya pincang dek kerana kurangnya dari aspek tauhid.

Namun harus diingat, hanya agama Islam yang syumul lah yang benar dan perlu diikuti yang tiada diikat bersama2 kepentingan lain seperti politik ekonomi dsb. Islam yang menyatakan benar apabila sesuatu itu benar dan sebaliknya mentakan salah kepada perkara yang salah.

Akhir sekali, justeru sebagai orang Islam tidak kira apa latarbelakang kita, hendaklah mempelajari dan menghayati Islam serta menjalankan dakwah kepada keluarga, masyarakat dan umat manusia. Selagi dakwah tidak berjalan dan umat Islam terus keliru tunggulah masanya kita dihapuskan oleh musuh2 Islam kerana tidak menjalankan perintah Allah.

Wallahualam.

Budak jawa

zabri mokhtar said...

Assalamualaikum.. Datuk,
Selain daripada pembangunan ekonomi yg disediakan melalui deb.
Perkara paling utama adalah pandai dalam pengurusan kewangan . Dah dikatakan tanda2 akhir zaman orang miskin menjadi kaya raya . Semua orang melayu boleh menjadi jutawan hanya dengan saving mengunakan beberapa tools . Terbukti .. sepert email saya pada datuk cara2 nya .

msh said...

Semua kerosakan berpunca dari Umno.

Menteri2 Melayu serta kakitangan awam diiperingkat tinggi yg terbabit dlm memperkasakan Melayu/Bumiputera telah bersekongkol dan menyeleweng.

Mereka begitu korup dan amalan buruk ini tidak dipantau hingga berterusan begitu lama dan semua agenda2 memperkasakan bumiputera gagal mencapai matlamat.

Umum pun tahu...ketirisan berlaku...agihan2 projek jatuh ketangan org2 tertentu sahaja spt kroni2 Menteri dan Ketua Bahagian Parti.

Semua laungan semasa kongres ....semasa penutupan persidangan parti....hanyalah retorik...dan berkesudahan dgn Menteri2 Melayu serta Ketua2 Bahagian menjadi kaya raya ketahap Maksimum tetapi agenda Melayu tetap gagal.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
Ramai pemikiag dah bejabuih kata masaalah kemundoran (‘awkwardness/backwardness’) sebagian besagnya
disebabkan tak teratog dlm cara pikiag, yg mana nak dulukan yg mana nak kumudiankan, kelirukan prioritas sampai tahap orang kata
tak pijak bumi nyata atau saikotik (‘psychotic’). Keluag saja dari mulut depa, besembog ‘kecelaruan’ (‘incoherence’)
munkin contohnya, baru2 ni sepupu yg kenunnya ‘pass’ loyar, pengiring peribadi dia yg tediri dari tentera elit (PASKAL dan
komando) tu hanya betugaih untuk ’sementara saja’, tapi dah lebih seratuih hari, dan dah lama dah kerja ngan dia (maka telah
kam cheng),
dan dah tawag dah kad depa untok kerja ngan dia...

Tentera Malaya pulak kenunnya satu badan tepaling mantap dari segi pematuhan pada disiplin (‘military grade’ la katakan)
macam baru bangun tidog, injin2 jet pesawat pengempog jumpak di Uruguay (tu pon katanya lepaih setahun depa rembat),
kapai selam dak bulih selam, (bunyinya ‘kamsen’ dia saja 500 juta)... itu keh gunaan alat2 (‘assets’) dan yg dlm keh
pengiring peribadi ni keh ‘line of command’. Tapi bila Mejar Zaidi pi repot kata dakwat kekai pilihanraya tak kekai,
woi itu dosa besag bro, langgag disiplin tentera, tankap sama dia, bok pi ‘stockade’ ka apa ka... ini ancaman besag,
mesti dakwa kad mahkamah,
pecat sama dia.... demi negara ka apa ka. Dan dengag kata empat pengebom Sukhoi saja yg depa bawak terbang hari merdeka.
Teringat pulak keh kepala intelijen tulih sorat kad kepala intelijen amerika....
Yg parti politik pon satu hai. Kalu PAS tak bantah ambik mantan kepala mata2 jadi pengacara/perundingcara dlm perang
Pattani lawan Siam aku bulih paham sebab nampak depa macam dah patah arang ngan ‘agenda’ almarhum Tok Guru.
Tapi Parti Amanah yg katanya pewarih pejuangan Tok Guru dah lupa ka bahwa mantan kepala mata2 ni
besa secara tebuka caci almarhum dgn cacian yg cukop2 burok....?
Tapi kalu Parti Amanah dah bantah dan aku telepaih pandang, maghap la no.

Jadi yg nak habag mai Kadiag, masaalah nak bejihad atau besunggoh nak atog kerja dan laksanakan tugaih bukan saja
pada rakyat saja. Institusi pemerintah macam tentera, mahkamah dan parti2 politik kena sekali arong. Ni jugak kemestian
pd pihak pemerintah dan bukan saja dikalangan rakyat yg telah lama hanyut... tapi teruih2 kena desak, dari kaum ataihsan,
temasok dari hang.

Dgn rendah hati, terima kasih Kadiag dan maghap no.
Aku

amy said...

Kalau berkhendakkan akhirat kena dapat kan dunia dulu, tak ada dunia tak ada lah akhirat

Bom atom said...

Tokei PETEROnn berdoa n usaha ker??

tup ,tup ,dpat "suply minyak"

KABEL besor le katakannnn..

Kihkihkih

Tok Bomoh said...

A'kum dato.

Tajuk dato ni kena dgn keadaan org melayu zmn ni dh rmai tak mau usaha.depa lg suka buat smyg hajat/ foward² doa ajak org doa ke dia/cucuk vaksin pn tak mau dh,konon yahudi-amerika mau lemah umat islam/dan mcm2 lg lah.

Tu tak tgk lg yg tak mau susah payah kerja sndri,bg duit kt org upah buat...mcm tok det kita ckp ritu... Brim pun ada,apa mau kesah lg kerja teruk2...
Warisan dr zmn tokjib lg... Wallahualam. K.bai

Wassalam

Ymase said...

Salam

Orang melayu bukan reti :

“Give a man a fish, and you feed him for a day. Teach a man to fish, and you feed him for a lifetime”.

Bahkan irihati dan busuk hati melihat kejayaan orang sebangsa. Sepatutnya kalau nak kaya, kena berjaya dulu. Kejayaan dengan berusaha bukan terus tawakal tak buat apa-apa.

Nak kongsi cerita benar anak buah saya dapat franchise yang agak baik. Sedihnya segala urusan diserah kepada pekerja warga asing sementara beliau sendiri duduk dirumah main computer games. Sekali sekala baru singgah tengok bisnes. Tak sampai setahun lingkup. Lepas tu mak dia nak keluarga saya tolong “bail-out" bisnes dia!

Seperkara lagi sikap orang melayu ni ialah sikap dapat sikit pun jadilah. Kalau dapat yang banyak/besar, yang sikit tak payah lagi. Kalau berniaga dah dapat kontrak besar, yang runcit tak layan. Dah dapat kontrak kerajaan, mintak datang repair grill rumah tak layan dah.

Saya sendiri tinggal di Kampung Melayu tepi highway tapi rasa macam kampung jawa. Semenjak dua-menjak ni rasa takut kerana kawasan kediaman SELALU diceroboh warga asing. Boleh panjat pagar malam hari curi plate kereta - bukan boleh jual pun! Tuan rumah balik kampong, potong pagar dan jual ke kedai besi buruk. Memang buruk dan rakus sekali. TAPI APA JIRAN TETANGGA BUAT? SEE NO EVIL, SPEAK NO EVIL, HEAR NO EVIL - sebsb tak krns batang hidong dia.

Lebih menyedihkan ada Rukun Tetangga tapi harapkan pagar, pagar makan padi - sedih sangat bila tengok terbalik orang melayu yang melindungi warga asing sementara pihak berwajib pulak mengecewakan.

Sedih melihat pakcik2 yang suka melepak berjam-jam di kedai roti canai - gelagat gila2 bahasa, berlumba2 nak tunjuk hebat - name dropping etc. Bila jadi JWK kampung perasan dah jadi Yang Berhormat konon tapi asyik tindas orang sana sini - tak suka orang tertentu, pakat-pakat buat khianat - ramai pulak yang sanggup jadi barua laksana khianat tu.

Akhir kalam, cuba masa nak khianatkan orang tu ingatkan keluarga sendiri dahulu. Takut ditimpa bala turun temurun. Tapi orang melayu ni bila dapat musibah terus syak kena buatan orang.

Buah Kerdas said...

Kita tunggu resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara 2018. Dari situ boleh dinilai tahap pemikir Melayu Bumiputera kita dalam merangka agenda ekonomi bangsa.

jumbeaux said...

Datuk,

Masalah orang Melayu sekarang adalah kerana budaya Islam kita terlalu mementingkan hal2 amalan daripada akhlak. Alangkah indahnya jika mufti2, khatib2 dan pendakwah2 menekankan perkara amanah, ikhlas dan kejujuran di dalam penyampaian mereka. Yang kita dengar selalunya lebih tertumpu kepada sembahyang, haji, zakat, korban. Bukan kita hendak nafikan bahawa perkara2 ini penting. Tetapi di ketika ini perkara akhlak adalah lebih menekan di dalam masyarakat.

Saya berhenti di sini dahulu untuk tidak lari dari topik tetapi banyak lagi yang kita pwrlu bincangkan mengenai ekonomi Melayu. Perlu ada pelan jangka panjang dan jangka pendek.

Trojan horses in MACC said...

Datuk,
how pathetic the "shockees" look.
The High Court acquitted LGE yesterday, and immediately the MACC came out with a statement that it was shocked over the decision.
When the former AG Apandi said there was no case against Najib in spite of overwhelmingly evidence provided by the US DOJ on the abuse of transfers of funds from 1MDB and in spite of all the other overwhelmingly evidence which were painstakingly gathered by others, did the MACC come out with a similar statement that it was shocked by Apandi's statement? No, the MACC was quiet as a mouse.

It is right for lawyer Ramkarpal to say he was shocked with the MACC's shocking statement.
By the way, why is MACC suddenly afflicted with the need to go public with their statement instead of getting further clarification from the AGC? Are there some trojan horses in MACC trying to embarrass the AGC?

Abdullah Ngah said...

Tongkat yang diberikan

Memang kita tidak tahu akan harta yang di miliki menteri menteri Malaysia, jika orang yang tahu tidak bagitahu.

Kita tahu harta dimilki menteri menteri, kerana dibagitahu oleh Dari Seri Anwar Ibrahim ketika ia mula dibebaskan dari penjara.

Beliau telah dibebaskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, setelah dijatuhkan hukuman penjara kes salahgunakuasa (rasuah).

Baru baru ini penulis di bagitahu oleh orang yang mungkin tahu akan harta yang di miliki menteri menteri Malaysia.

Bahawa menteri menteri mempunyai harta bukan ratus jutaan ringgit, malah berbilion ringgit.
Pasti ada yang tidak boleh percaya, kerana tak kan berbelion ringgit. Mari mana duit sebanyak itu, sedangkan gaji menteri menteri hanya RM 18,000. Sebulan.

Dahulu Anwar pernah bagitahu dalam kebanyakan ceramah perdananya bahawa setiap menteri ada harta bernilai RM 300 juta.

Hari ini kita dimaklumkan dengan maklumat bahawa Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis bekas menteri dan Duta di Amerika syarikat bertaraf menteri meningalkan harta bernilai RM 2.1 bilion.

Bermakna tiap menteri (bekas menteri) mempunyai harta bernilai bukan ratusan juta,malah berbilion juta. Banyak harta yang dimiliki mereka yang diamanah rakyat memerintah Malaysia ini.

Maka bukanlah fitnah namanya apabila ada pihak mengatakan perdana menteri keempat dan ketujuh memiliki harta ratusan billion ringgit yang disimpan didalam Bank luar Negara.

dt rahman pekan said...

Kunci kpd kejayaan ia lah pendidikan !, pendidikan!, pendidikan! dlm jurusan sain n teknologi. Period!

Semasa Tun M menjadi Men Pendidikan (dlm tahun 70han) , jumlah baiasiswa utk disiplin 'science and technology'd tambah drpd rm 20juta hinggakan mencanak naik kpd rm200juta. Peg PTD yg merancang bersama sama Tun ketika itu ia lah Tn Hj Nik Ahmad Nik Hassan (Pengarah Latihan JPA) n Dt Hj Othman (Pengarah Belanjawan, Pendaharaan). Mereka berdua ini lah yg patut kita sanjung sebagai 'wira' yg membantu Tun M dgn secara ikhlas utk melahirkan komuniti melayu yg 'celik' dgn/dlm dunia technology tinggi sekarang.

Ketika itu saya berkhidmat d Bhg Latihan JPA. Jumlah biasiswa jauh lebih banyak drpd calun yg layak sahingga kan siapa saja yg mendpt tempat dlm jurusan2 kejuruteraan, Qs, senibina, town planning dll, khusus nya d UK akan d beri biasiawa secara otomatik. Terdpt juga penuntut yg lulus drpd Politeknik Ungku Omar (kelulsasan tahap certtificate) d beri juga biasiawa n ada yg lulus n berjaya sekarang. Saya berani menyatakan bahawa amat ramai yg berjaya dlm bidang teknikal sekaranG adalah hasil drpd pandangan jauh mereka ini terhadap pendidikan teknikal.

Saya bersetuju bahawa berdoa utk kejayaan wajib d tunjangi olih ilmu (knowledge) yg setimpal.

wallahu'allam.

East_ken_dar said...

Assalam Datuk.

Saya bersetuju sangat2 dgn pembahas jumbeaux yang mengatakan bahawa budaya Melayu Islam itu, lebih mementingkan amalan@ibadah daripada akhlak.
Melayu Islam sibuk mempertikaikan amalan@ibadah orang lain. Sahkah solat dia?Apa hukum itu, hukum ini? Merasa diri lebih sempurna bila ke masjid berbanding dengan mereka yang tidak.
Hakikatnya, akhlak umat Islam@melayu tidak melambangkan keindahan Islam itu sendiri.
Bukankah Nabi SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia?

majid smsp88 said...

Salam Datuk kadir...

Dulu kala Bangsa Melayu sangat hebat, mampu berlayar banyak tempat. Pahlawan Melayu hebat, menentang British hingga korbankan diri. Siapa 'Melayu' ini sebenarnya...?

- Tanah Melayu?
- Keretapi Tanah Melayu?
- Rejimen Askar Melayu Diraja?
- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu or United Malay National Organisation?

Melayu dulu kala sangat hebat denga anak yang ramai then ramai anak-anak itu berjaya even parents hidup susah. Dulu kala selalu dengan ungkapan 'sesuap' nasi.

Melayu bermula tahun 90an sudah makin senang tetapi tak mahu ramai anak cos lebih berminat pada ramai bini. Maka ungkapan 'sesuap nasi' tenggelam then diganti ungkapan 'suap menyuap' secara tertutup or terang-terangan berdasarkan "kalau aku tak ambil, orang lain ambil pula. Baik aku yang ambil".

Bila Datuk bercerita tentang 'Jumaat Break', jabatan kerajaan paling seronok cos waktu rehat dari 12:15 > 2:45am. Masjid sangat penuh, bagus. Lihat pula hadapan masjid yang penuh dengan jualan etc. Tepat 2:45pm sepatutnya sudah berada di pejabat but baru nak berlenggang memasuki pejabat. Yang perempuan pula waktu ini digunakan untuk merayap dalam Mall. But syabas kepada LHDN cos perempuan mesti berada dikauter bagi urusan bayaran cukai etc.

Berbalik kepada 'sesuap nasi' ini. Asalnya akan sangat bersyukur andai dapat penuhi sesuap nasi untuk diri sendiri ayah ibu, isteri & anak-anak. Lama kelamaan berpuluh suap pun tidak mencukupi cos tekak tidak merasa apa nikmat setiap suapan. Kerana apa Datuk? Kerana setiap suapan itu hasil percuma, tak rasa penat, tak rasa susah untuk dapatkan suapan itu. Perlu apa berpuasa? Kan boleh bayar denda atas macam-macam alasan yang manusia lain bukan tau pun kebenaran/sebab bayar denda.

Dulu kala orang Melayu sangat 'nipis muka', akan berasa sangat malu bila masyarakat ketahui perkara buruk telah dilakukan/berlaku. Hingga tahap tak keluar rumah tunjuk muka. Orang zaman 90an tak terasa malu pun untuk buat kesalahan tetapi tau pula malu by selubung muka bila tangan bergari dibawa ke mahkamah. Mak bapak dia kat kampung tak terasa apa pun atas ungkapan 'anak bapa & anak emak'.

Saya setuju jika 'akta alibaba' dibentuk then dilaksanakan. Tun Dr Mahathir sangat licik/bijak cos in serampan dua mata. Pada yang faham akan faham laa.

Kepada yang berhak untuk dibantu tetapi tidak dibantu even telah membuktikan usahanya ada pergerakkan & ada potensi maju. Puas menjaja sana sini mengemis demga documents lengkap tetapi tidak diendahkan pun cos tidak memberi apa faedah to politik them. Yang bercakap with air liur tanpa documents ini then medah pula dibantu, bukan sekali but berkali-kali then akhirnya lingkup duit Tekun, Mara etc. They kata tak apa cos mereka orang penting untuk kesinambungan politik mereka.

Terlalu banyak & terlalu panjang jika nak dihujuh/ditulis tentang perkara ini Datuk Kadir. Boleh buat tesis then dapat PhD dengan beratus mukasurat or beribu muka surat...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).