tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post2184021778588725864..comments2024-02-02T18:26:56.123+08:00Comments on The Scribe A Kadir Jasin: PM Rasai Keikhlasan Cadangan PasA KADIR JASINhttp://www.blogger.com/profile/05865106109792000636noreply@blogger.comBlogger77125tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-36549413327479656512009-06-24T22:29:14.538+08:002009-06-24T22:29:14.538+08:00Dalam soal perpaduan melayu dan Islam ini sebenarn...Dalam soal perpaduan melayu dan Islam ini sebenarnya PAS agak konsisten. Berpuluh-puluh tahun PAS mengajak UMNO dan UMNO(Baru) berbincang.

Tetapi semasa UMNO dan UMNO(Baru) kuat ajakan tersebut tidak pernah dipandang serius. Pelbagai alasan dan cara digunakan untuk mengagalkan ajakan tersebut. satu ketika depa guna nama DYMM Seri Paduka Banginda yang DiPertuan Agong untuk batalkan.

Sebenarnya ruang untuk menghidupkan peluang perbincangan diantara PAS dan UMNO(Baru) masih ada. Cumanya UMNO(Baru) kena buktikan dengan perbuatan dahululah, bukan sekadar cakap mulut sahaja.

Sejak tahun 1969 ( kecuali dari tahun 1978-1990), negeri kelantan dianaktirikan disebabkan oleh perbezaan kerajaan negeri. Kelantan negeri orang melayu, 98% penduduknya orang melayu.

Why not, kerajaan persekutuan yang diterajui oleh UMNO(Baru) pulangkan balik hak-hak rakyat kelantan dibawah perjanjian federalisma dahulu. Bawa pembangunan kesana dengan ikhlas. Bina ekonomi kekuatan ekonomi orang melayu disana.kita bina base ekonomi untuk orang melayu keseluruhannya dari sana.

Kalau ini dapat dibuat, barulah ada peluang nak cakap perpaduan orang melayu. kekuatan ekonomi orang islam.

Sebenarnya onus untuk membuktikan keikhlasan terletak lebih kepada kepada UMNO(Baru).

bat8Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-14642466672425225112009-06-22T16:25:24.989+08:002009-06-22T16:25:24.989+08:00Dear DAKJ,
Sabtu lalu saya dan keluarga sin...Dear DAKJ,
Sabtu lalu saya dan keluarga singgah di Ipoh dan pergi untuk makan tengahari di satu hotel bajet milik kerajaan yang telah difrancaiskan. Semasa masuk ke dewan makan dengan sertamerta hidung kami tercium bau rokok. Semasa itu saya lihat ramai orang berada di hotel tersebut. Kami juga lihat ada beberapa meja dikelilingi orang-orang yang nampak muda juga sedang berbincang. Di antara mereka saya perhatikan 4 orang sedang merokok.Saya juga perhatikan di dinding dewan makan itu ada beberapa papan tanda 'Tidak Boleh Merokok'. Walaupun bau dan asap rokok di tempat itu sangat tidak menyenangkan, kami memesan makanan dan seterusnya menghabiskan makanan kami. Setelah habis makan, saya memanggil pelayan lelaki yang ada di situ dan bertanya, kenapa staf hotel itu tidak melarang mereka yang berkenaan merokok dalam dewan makan itu. Apa guna taruh papan tanda tidak boleh merokok tetapi tidak dikuatkuasakan. Saya amat terkejut dengan jawapan pelayan tersebut kepada saya. Katanya pada ketika itu, hotel sedang digunakan oleh orang-orang UMNO untuk mesyuarat tertentu. Kami staf hotel merasa sangat serbasalah kerana General Manager hotel adalah orang kuat UMNO.Jadi kami biarkan sahajalah.
Kesimpulan dari episod kecil ini ialah (1) Ada dua undang-undang atau peraturan di hotel tersebut, satu untuk orang biasa dan satu lagi untuk ahli-ahli parti; (2) Orang-orang UMNO tidak hormatkan undang-undang atau peraturan, mereka yang tidak merokok di meja tersebut tak kisah pun hendak menasehatkan rakan-rakan mereka yang merokok; (3) Orang-orang UMNO tidak hormat kepada dasar kesihatan yang dibuat oleh Kerajaan mereka sendiri.
Cuba fikirkan.Tak heranlah ramai rakyat lari daripada menyokong UMNO.Hj Hadi patut fikir betul-betul .Shahnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-74053093691390612142009-06-21T17:31:51.014+08:002009-06-21T17:31:51.014+08:00Baik tukarkan sahaja "Unity Goverment" k...Baik tukarkan sahaja "Unity Goverment" kepada "Rescue Goverment". Seumpama Si Bangang cuba menyelamatkan kelab si penipu...

kalau setakat baja subsidi pon habis dibolot dek orang UMNO dan sampai mampos orang PAS nak merasa.. inikan pulak kuasa.

Bukannya UMNNO ikhlas sangat pon nak kongsi-kongsi kuasa... cuma harapkan kesian PAS je jangan talkinkan diorang...

kepada UMNO .. dahulu kini dan selamanya penipu..

kepada PAS .. dahulu kini dan selamanya bangang..Puyawnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-42417545378727441072009-06-20T08:34:17.915+08:002009-06-20T08:34:17.915+08:00Dato,
Kadang-kadang saya tak paham dengan orang me...Dato,
Kadang-kadang saya tak paham dengan orang melayu (islam) kita ni, dengan Chin Peng boleh pulak dimaafkan tetapi dengan UMNO nak dengki/dendam sampai ke liang lahad!
Solzamriuophttps://www.blogger.com/profile/17210809167898690557noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-8936385341692945452009-06-20T01:57:42.993+08:002009-06-20T01:57:42.993+08:00Dato,
Jika kita teliti hujah-hujah muktahir di se...Dato,

Jika kita teliti hujah-hujah muktahir di sebalik polemik Kerajaan Perpaduan atau UG, di kalangan orang Melayu amnya dan pemimpin UMNO khasnya, ia mengesahkan komen saya yang lalu di atas bahawa, UG yang dikehendaki UMNO ialah PAS kena bersatu dengan UMNO.

Tetapi, mengapa mula timbul kesangsian mengenai sama ada ia boleh menjadi kenyataan? Adakah kerana PAS mula meletakkan pelbagai syarat tambahan yang sukar hingga ditafsirkan oleh UMNO sebagai tidak lagi ikhlas?

Mungkin ada kebenarannya. Tetapi, pada saya, UMNO perlu juga menunjukan keikhlasannya dengan cara yang boleh meyakinkan golongan ahli PAS yang anti UG,khasnya, iaitu seperti mana UMNO mahukan PAS menunjukan keikhlasannya dalam usaha membentuk UG itu. Antara cara yang dimaksudkan ialah;

Pertama, UMNO sendiri perlu membuat pengakuan terbuka mengenai kelemahan pemerintahannya selama ini yang meliputi tindak tanduknya yang melukakan hati dan perjuangan PAS seperti PAS ditendang keluar daripada Kerajaan Campuran dulu. Kemudian menjelaskan mengapa dan bagaimana kelebihan dan kekuatan PAS yang mereka akui dapat mereka gunakan untuk mengatsi kelemahannya itu yang diakhiri dengan pendgasan bahawa, itulah caranya untuk mensenergi dan melahirkan parti baru orang Melayu yang bukan sahaja kuat, malah ditakuti oleh parti lawannya pada abad 21 ini.

Kedua, UMNO sendiri perlu menggunakan dasar perundangan Islam yang mengharuskan perkara yang memberi manfaat dan menolak perkara yang membawa kepada mudarat yang dinamakan Masalih Mursalah bagi maksud meyakinkan dari sudut Islam bahawa, bersatunya PAS dengan UMNO dalam satu parti dan dalam UG akan mendatangkan kebaikan dan membawa kemanfaatan atau menolak daripada bahaya dan kerusakan, dalam erti kata berikut:

a) Maslahat iaitu kebaikan dan manfaat yang dijangka diperolehi daripada bersatunya UMNO dengan PAS itu tidak terbabas atau tidak menyeleweng daripada 5 matlamat syariah iaitu memelihara agama, jiwa, akal fikiran, keturunan dan harta benda.

b) Penekanan diberikan kepada usaha memelihara kesucian agama dan kebaikan mengamalkan hukum-hukum syarak.

c) Tiada berlawanan maslahat-maslahat itu dengan salah satu daripad 5 matlamat syariat tersebut, dan tidak bertentangan dengan mana-mana dalil syarak yang empat iaitu al-Quran, Hadis, ijma; dan quias.

d)Maslahat itu tetap dan pasti terhasil pada syarak atau maslahat itu sesuatu yang tidak diagakkan.sajihttps://www.blogger.com/profile/06466096266299862279noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-1476011139524226792009-06-20T01:08:34.812+08:002009-06-20T01:08:34.812+08:00Sdr Langit Biru, saya sediakan kapan, mandikan dan...Sdr Langit Biru, saya sediakan kapan, mandikan dan talkinkan - setuju? Bab-bab Mungkar Nangkir ini kita serah kat MahaFiruan tackle - ok?

PRU13...(anda tahu ak-47? yes, something like a molotov cocktail, only better, Pak Kadir, sir)INDIGOnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-19317925335976586352009-06-20T00:22:16.612+08:002009-06-20T00:22:16.612+08:00Cadangan kerajaan perpaduan ini tidak praktikal, b...Cadangan kerajaan perpaduan ini tidak praktikal, bukankah Hj Hadi telah memberi prasyarat sebelum berunding dengan UMNO, antaranya perbaiki sistem kehakiman dan beberapa perkara lagi. Sepatutnya prasyarat itu yang menjadi sebahagian perkara yang nak dibincangkan. Kalau UMNO boleh bersetuju dengan prasyarat itu, apa lagi yang nak dirundingkan - berapa jawatan menteri nak bagi pada PAS?

Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena dengan Haji Hadi kerana membiarkan ahli PAS bertingkah angkara cadangan tergantung beliau. Bayangkan sebahagian pemimpin tinggi dalam parti sendiri tidak faham apa rasional cadangannya,inikan pula ahli di peringkat akar umbi.zamrarnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-985845793628933062009-06-20T00:18:33.426+08:002009-06-20T00:18:33.426+08:00Datuk,
Saya bersetuju dgn pendapat saudara Atan 8...Datuk,

Saya bersetuju dgn pendapat saudara Atan 8.55 am. Kalau UMNO dan PAS ikhlas ingin bekerjasama, tidak perlu hendak terjun masuk dalam satu bakul.

Bekerjasama atas isu-isu tertentu sudah memadai. Ambil contoh isu murtad. Sebelum PRU12, PAS paling lantang mengkritik UMNO atas isu ini. Tapi kita lihat selepas PRU12, kelantangan suara PAS terhadap isu ini juga turut hilang. Terbaru kes Indra Gandhi di Ipoh, dimana suaminya yang memeluk Islam telah mengambil anak mereka untuk dibela sendirian....; kabinet Malaysia telah membuat keputusan yang memilukan umat Islam. Dimana UMNO? Dimana PAS? Masing-masing diam membisu, kerana tidak mahu menyakiti hati pengundi bukan Melayu/Islam.

Kita perlu contohi kerjasama diantara DAP-MCA-Gerakan. Masing2 menjadi kuasa pendesak untuk kejituan dan kepentingan hak orang Cina di Malaysia.

Bagi saya ini bukanlah sesuatu yang tidak elok tetapi inilah sepatutnya yang dilakukan oleh setiap pemimpin2 politik. Menjaga kepentingan penyokong2 mereka.

-sinbad-Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-80824174402714756802009-06-19T23:57:55.690+08:002009-06-19T23:57:55.690+08:00Ikut gosip kawan-kawan macai umno kerajaan perpadu...Ikut gosip kawan-kawan macai umno kerajaan perpaduan akan jadi berasaskan pertemuan pemimpin pas dengan macai-macai umno diluar negara. Orang pas pun manusia juga ingin merasa jadi menteri atau timbalan menteri. Dalam politik semua boleh jadi.
Janganlah tunggu terjadi 13 May baru nak tubuh kerajaan perpaduan seperti tertubuhnya BN tahun 1974. Masa Tun Razak pas happy dalam BN cuma masa Tun Hussein terjadi mageran di Kelantan dan pas dicerai. tak tahu kenapa? Adakah kerana Asri tubuh banyak cawangan pas di felda selaku menteri pembangunan wilayah? Wallahuaalam gisawab, jangan tanya aku tak tau jawab!Orak GoBloghttps://www.blogger.com/profile/05538221132291515950noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-17144794946017603562009-06-19T23:32:37.278+08:002009-06-19T23:32:37.278+08:00Saya gagal melihati/merasai keikhlasan UMNO.
Di k...Saya gagal melihati/merasai keikhlasan UMNO.

Di ketika beberapa parti komponen BN sudah mula berjinak dengan PAS, hatta Lee Kuan Yew pun mula menjenguk ke rumah PAS, UMNO sewajarnyalah menyetujui untuk berkongsi Putera Jaya dengan PAS.

Namun PAS perlu kekal dengan prinsip asalnya iaitu ISLAM, Ajakalah UMNO untuk mengenali Pemerentahan Islam, Hudud dll.

Jika untuk melasanakan hukum Allah pun UMNO tak boleh bersetuju, tak usah cakaplah nak jaga kepentingan Melayu. Itu cuma omong-omong kosong sahaja.

KERAJAAN PERPADUAN MESTI BERSYARAT.
UMNO MESTI SEDIA MENEGAKKAN HUKUM ALLAH BERSAMA PAS. KALAU TIDAK, TAK USAH BINCANG, MNGHABISKAN BOGHES AJO.

Hj Hadi mesti ingat. UMNO desperado sekarang. PAS jangan jual murah. Negara Islam tetap mmenjadi idaman. Tiada kompromi dalam hal ini.

Saya menyokong Nik Aziz. Saya percaya kalau UMNO bersedia melaksana seperti kehendak ISLAM, saya pasati TG Nik Aziz tiada bantahan.Man Memalihttps://www.blogger.com/profile/01419050131913593252noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-67555613093714562102009-06-19T19:30:52.263+08:002009-06-19T19:30:52.263+08:00Salam dihulur pembuka aqli..
Buat yang masih hidu...Salam dihulur pembuka aqli..

Buat yang masih hidup bermimpi..
tanyalah pada diri sendiri..
daripada siapa syafaat dpt diberi?
dari ulamak idola sendiri..?
Atau dari junjungan Nabi?
apakah dijamin masuk syurga Ilahi..
jika nisan ada lambang keris, bulan atau bumi?

Islam itu agama wahyu..
serba lengkap serba satu..
matlamat jadikan umat terbaik contoh yg satu..
Serba lengkap & hebat seribu satu,
kalau betul kepala ikutan dituju,
kenapa masih melayu tak sampai ke situ..?

Rukun Islam 5 Perkara..
kunci utama matlamat & cara..
Yg sunat dijulang, yg wajib dilupa..
Ibarat rumah lengkap berperabot berada..
tetapi malang bumbung, tingkat & pintu tiada..
Terus jahil bermegah, diri hanyut terlupa..

Kalau ilmu dalam dihati..
Kenapa masih keliru riba & judi?
Yang haram hanya nampak si babi..
Kenapa masih hidup menagih subsidi..?
Bukankah zakat tunjang ekonomi?
Bagaimana tertubuh negara Islam jika umat tak mampu berdikari..
Gadai tanah, gadai bangsa,
hidup tak bermaruah, hilang jatidiri..
Lemah ekonomi, hidup kufur,iman terbeli...

Tengok cermin tanyalah diri..
Apakah aku sudah tahap muslim mithali..?
Mampu bicara, tegur kutuk itu-ini..
Dgn kail sejengkal dah mampu menegak Islam ke serata bumi?
Jangan hanya sekadar perasan betul & syok sendiri..
Dirimu hakikat tetap tak kemana pergi..
Hanya cetus berbalah, bangsa sendiri yg nak dikebumi..
Bangsa arab, tunjang bangsa perjuangan nabi..
Berperang menentang roman & parsi..
Jika tiada melayu dibumi ini..
Islam kemana nak bawa pergi..??
Sekarang lu pikirlah sendiri!

(",)affendi hussainhttps://www.blogger.com/profile/14427438276304284716noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-91307039834456133612009-06-19T17:55:38.784+08:002009-06-19T17:55:38.784+08:00Nak pendekkan cerita, it is a matter either both p...Nak pendekkan cerita, it is a matter either both parties have the political will to set aside their strengths and weaknesses and their political differences for the sake of Malay unity. If they are not prepared to compromise then sampai pagi ayam berkokok pun hasilnya tak kemana. It is a waste of time and unproductive. Syok sendiri sahaja!!

Semuanya berkisar kepada nafsu nafsi. Umat Melayu terutama pemimpinnya tidak kuat iman mereka kerana iblis dan setan sentiasa membisik ditelinga mereka supaya berbecah belah. Selagi umat Melayu tidak menghayati seruan Allah untuk merapatkan tali sillahturahim selagi itulah Melayu tidak akan dapat bersatu dan lemah longlai.

Orang Melayu sudah sebati dengan perangai hasat dengki, cemburu, iri hati, sakit hati , dendam mendendam, fitnah memfitnah dll. Semuanya ini adalah sifat negatif yang ada pada orang Melayu. Semuanya adalah sifat yang dikeji dan dilaknat Allah. Tapi orang Melayu masih BODOH SOMBONG (arrogant).

Akhirnya orang Melayu tidak akan berjaya dan mendapat hidayah dari Allah untuk menempoh hidup yang diredhai oleh Allah.Orang Melayu akan terus hidup terombang ambing tanpa hala tuju dan pedoman. Mereka sentiasa hidup daif dan dalam kegelapan. Itu lah umat Melayu dulu, kini dan selamanya !! Kesian !!!!pakbelalanghttps://www.blogger.com/profile/14222785831655365630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-88422947846087649252009-06-19T17:52:19.489+08:002009-06-19T17:52:19.489+08:00Salam Dato',
Dalam pada UMNO rasai keikhlasan...Salam Dato',

Dalam pada UMNO rasai keikhlasan Cadangan Pas (? atau Presiden Pas) dan dalam pada Dato' Nik Aziz menyelar SU Agung Pas kerananya, masing-masing UMNO dan PAS bersiap2 untuk bertarung di Manek Urai. Aduhai! Sensasi sungguh.

Ini seperenggan berita Utusan Online yang saya baca sekejap tadi:

"“Ini pilihan raya kecil, penting untuk kita buat keputusan yang terbaik dengan mengambil kira pandangan semua pihak,” katanya (TS Muhyidin Yasin-penulis) ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama jentera pilihan raya kecil BN DUN Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh di sini."

Inilah yang amat susah untuk kita percaya yang UMNO mahu atau sedang berubah. Kerajaan sendiri keluarkan larangan presmis sekolah bebas dari politik, tiba2 Pak Menteri Pelajaran sendiri gunakan premis sekolah untuk urusan politik. Saya harap editor dan pemberita Utusan Online "tersalah lapor"..

Pak HJ JBAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-50734467085236255162009-06-19T17:14:23.869+08:002009-06-19T17:14:23.869+08:00"abdullahngah said...
saya setuju bahawa..."abdullahngah said...

saya setuju bahawa akhirnya kita semua akan mati sebagai orang Islam -- bukan Pas atau Umno.

kita juga kena ingat bahawa kita umat islam yang disebut oleh Rasulullah SAW terbahagi kepada 73 puak.

Umat Islam yang diterima oleh Rasulullah SAW hanya puak yang ikutnya sahaja (satu) manakala 72 puak lagi tidak diterima walaupun mati sebagai orang Islam."

Orang PAS hanya boleh bersatu dengan DAP yang tidak mahukan negara Islam. Jadi orang PAS di puak mana?

Allah maha pengampun. Berpeganglah pada tali Allah dan janganlah kamu berceraiberai. Sekiranya berselisih faham juga, rujuk Al-Quran.

BUKAN RUJUK PADA PAKATAN PKR DAN DAP!

*manletih*manletihnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-88540074102023613752009-06-19T13:21:51.202+08:002009-06-19T13:21:51.202+08:00Dato'
Pakbelalang Says;
"I strongly bel...Dato'

Pakbelalang Says;

"I strongly believe in the absolute monarchy system. We should revert to this old Malay traditional absolute monarchy rule.This is the only way to make this country stable and united."

Ini lah yang diPanggil "FROM THE FRYING PAN INTO THE FIRE"

Heh hehUnknownhttps://www.blogger.com/profile/04568020456958135782noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-56909291497001512052009-06-19T13:12:04.587+08:002009-06-19T13:12:04.587+08:00Dato'
The obsession with Malay Unity for Surv...Dato'

The obsession with Malay Unity for Survival is one to be relegated to the 15th Century...

Orang Melayu telah BANYAK BERUBAH...

Kalau di pandang dari segala segi, anda akan dapat lihat betapa berbezanya orang Melayu di Bandar, di Pekan dan diluar bandar..
Dari Segi Agama juga banyak perbezaan yang dapat dilihat, yaitu perbezaan diantara yang orthodox dan yang secular...

Sebelum Orang Melayu dapat memikir untuk bersatu sebagai satu Bangsa Melayu, mereka mesti dahulu ada keinginan untuk MENOLONG orang Melayu...
Ramai orang melayu tidak menyokong UMNO sebab mereka merasa UMNO sudah tidak lagi memberi perhatian kepada kepentingan orang melayu biasa yaitu...the common man....

Orang melayu Memang Banyak ATNO (All Talk No Action)....
Cakap tentang menyatukan Melayu bukan perkara baru dan DS Najib tahu ini semua ATNO, jadi baik ambil kesempatan untuk meraih keuntungan....

Apakah agaknya Nasib PAS jika Nik Aziz tiada nanti....Unknownhttps://www.blogger.com/profile/04568020456958135782noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-5372164174132412402009-06-19T09:34:56.287+08:002009-06-19T09:34:56.287+08:00Umat Islam umumnya dan pejuang Islam khususnya (da...Umat Islam umumnya dan pejuang Islam khususnya (dalam konteks zaman maju sekarang, pejuang Islam adalah orang yang konsisten istiqamah dalam memperjuangkan Syariat Islam selaras dengan kesempurnaan agama Islam yang merangkumi setiap perkara mulai bangun tidur hingga ke tidur semula, mulai cara beristinjak hinggalah cara Pentadbiran Siasah Negara dan hubungan antarabangsanya)disarankan AMAT PERLU berhati-hati agar tidak dipatuk ular yang sama 2 kali.

Sesuatu yang Dato AKJ tak sentuh disini (sengaja atau tidak sengaja?) adalah ilham Kerajaan Persekutuan adalah Ilham Abdullah Badawi setelah kalah teruk PRU 12 untuk bentuk kerajaan perpaduan di Perak dan Selangor, menyebabkan proses angkat sumpah 2 negeri tersebut lambat.

Cara ini jugalah dilakukan oleh Tun Razak bila kalah teruk 1969. DAN ISU TIMBUL PERPADUAN INI BILAMANA UMNO KALAH DLM PRU, DAN SOKONGAN MELAYU.

ISU KERAJAAN PERPADUAN TIDAK PERNAH TIMBUL bilamana UMNO MENAG BESAR dalam PRU. Mengapa tak timbul pada PRU 11 2004? UMNO Menang besar bukan? Itulah UMNO.

Bagi perayap yang rasa pelik Nik Aziz hentam Kerajaan Perpaduan bagi saya perayap ini tidak pernah menjadi aktivis parti politik, baik PAS mahupun UMNO. Bagi aktivis PAS dan UMNO, mereka berdua amat arif dan tahu bahawa mereka amat jauh berbeza laksana langit dan bumi.

Dasar Pas adalah menjunjung Syariat Islam te tahap tertinngi dan paling tinggi. Dasar UMNO apa?

PKFZ dari 1.75 billion jadi 7.5 billion. Stadium 300juta runtuh tak sampai umur 1 tahun, ratusan aktivis politik dihumban dalam penjara sepertimana LKY humban,Isu Linggam tubuh siasatan mana tindakan mahkamah diambil........banyak lagi ratusan perkara yang MEMPERLIHATKAN BAHAWA UMNO tidak ikut Syariat Islam. Ini jelas dan nyata.

Bilamana kalah teruk PRU DIWARWARKAN keseluruh pelusuk tanahair KUASA MELAYU TERANCAM KERANA MELAYU PECAH BELAH.

Tak. Tak. Melayu bukan pecah belah TAPI UMNO tunggu untuk rebah KERANA Melayu semakin bijak, pandai dan SEDAR kebobrokan UMNO.

Tun Razak buat dah, ni bapa borek anak rintek nak ulangi lagi sekali modus operandi yang sama......TAK KAN BERJAYA.

Hatta, idea kerajaan perpaduan ini telah ditolak mentah-mentah Di MUKTAMAR PAS baru-baru ini, tapi habis saja MUKTAMAR Hadi buat kenyataan dia yakin idea yang ditolak ini akhirnya diterima disambut pula ulasan Nasha. MAKA Nik Aziz bercakap pada landasan yang tepat dan benar kepada semua ahli PAS bahawasanya ini adalah pandangan peribadi mereka bukan pandangan PAS kerana Muktamar sebulat suara dah tolak idea tersebut.

Tiba masanya menguburkan UMNO!!!langit birunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-30057672516209006352009-06-19T08:55:14.162+08:002009-06-19T08:55:14.162+08:00Salam,
TG Haji Hadi masuk UMNO dan menjadi menter...Salam,

TG Haji Hadi masuk UMNO dan menjadi menteri. Hmm, idea mengarut tu. Dengan masuk ke dalam UMNO, TG Haji Hadi akan jadi Allahyarham Tan Sri Asri Muda, Ustaz Nakhaie Ahmad - cepat sejuk dan bekunya. Percayalah.

Demi keberterusan Melayu, PAS perlu berada di luar UMNO dan memainkan peranan seperti DAP yang sebenarnya sama matlamat dengan Gerakan dan MCA - untuk kaum Cina. Dalam kerajaan perpaduan, tidak timbul, saya fikir, soal orang PAS masuk UMNO. Mereka sebahagian daripada kerajaan! UMNO-PAS bukan bersaing tetapi berpadu. Berbalah untuk bangsa dan agama serta negara bukan berbalah untuk jawatan dan projek!

UMNO perlu meminta PAS memainkan peranan ini dan mengesampingkan ego masing-masing sepertimana Gerakan dan MCA mengetepikan ego mereka apabila berkaitan dengan bangsa mereka.

Cuma, jika kerajaan perpaduan menjadi realiti, bagaimanakah kelak dengan peruntukan dan pembahagian kerusi Parlimen? Pasti akan ada perbalahan. Kalau senario semasa dijadikan titik penentu, UMNO kena banyak berkorban.Atanhttps://www.blogger.com/profile/01255903381204689165noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-84090965444257887822009-06-19T07:43:02.280+08:002009-06-19T07:43:02.280+08:00saya setuju bahawa akhirnya kita semua akan mati s...saya setuju bahawa akhirnya kita semua akan mati sebagai orang Islam -- bukan Pas atau Umno.

kita juga kena ingat bahawa kita umat islam yang disebut oleh Rasulullah SAW terbahagi kepada 73 puak.

Umat Islam yang diterima oleh Rasulullah SAW hanya puak yang ikutnya sahaja (satu) manakala 72 puak lagi tidak diterima walaupun mati sebagai orang Islam.

Rasulullah SAW tidak terima mereka yang makan rasuah dan makan riba sebagai umatnya.

Demikian juga mereka yang menipu dan berbohong. Betul kita mati sebagai Islam tetapi islam puak manakah.

Apatah lagi yang tolak Islam dengan mengatakan agama suku politik suku yang bermakna politik tidak ada kaitan dengan agama dan agama tiada kaitan dengan politik.

bagaimana agaknya.abdullahngahnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-8503778836899087262009-06-19T05:17:38.534+08:002009-06-19T05:17:38.534+08:00Sdra/Sdri,
Saya pernah hidup di bawah kerajaan pe...Sdra/Sdri,

Saya pernah hidup di bawah kerajaan perpaduan/campuran yang membabitkan Umno dan Pas antara 1969-1977.

Semua parti utama di Malaysia kecuali DAP terima konsep itu.

Hatta orang Umno dan Pas yang fanatik pun terima hakikat itu.

Sebabnya pada waktu itu ada keperluan, ada keikhlasan dan ada kebijaksanaan di kalangan kepemimpinan Islam-Melayu.

Kepemimpinan bukan Melayu dan bukan Islam pula menyedari bahawa perpaduan adalah sangat utama.

Saya ingat lagi Allahyarham ayah saya, walaupun Umno tegar, tetapi tetap bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pas yang menjadi Timbalan Menteri Kesihatan, Allahyarham Ustaz Abu Bakar Omar.

Setiap kali Allahyarham mengunjungi saya di Kuala Lumpur, kami akan menjenguk Uztaz Abu Bakar Omar (bukan Abu Bakar Hamzah) di rumah rasminya di Jalan Pahang.

Bila ayah saya meninggal dunia pada 2 Jun lalu, orang yang terawal menziarah adalah MP Pas Pendang Dr Mohamad Hayati Othman dan Adun Pas Tokai, Mohamad Taulan Mat Rasul.

Jadi janganlah kita tutup pintu persaudaraan Islam ini walaupun kita dikatakan "haiwan politik" (political creatures). Akhirnya kita semua akan mati sebagai orang Islam -- bukan Pas atau Umno.

Sekurang-kurangnya janganlah kita terlalu taasub dengan propaganda politik dan bermusuh-musuhan.

Terima kasih.A KADIR JASINhttps://www.blogger.com/profile/05865106109792000636noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-89185901952341341982009-06-19T04:46:56.036+08:002009-06-19T04:46:56.036+08:00Datuk dan pembahas sekelian,
Bukan semua orang Is...Datuk dan pembahas sekelian,

Bukan semua orang Islam sama. Bukan semua orang Melayu sama walaupun beragama Islam. Waima, bukan semua orang Pas sama begitu juga dengan orang Umno.

Ada Islam fanatik. Ada Islam terbuka. Ada Melayu fanatik. Ada Melayu terbuka. Dalam Pas ada banyak kumpolan. Ada yang fanatik ada yang terbuka pintu hati. Ada yang boleh berfikir. Ada yang tidak. Ada yang berjiwa Islam dan Melayu dan ada yang tidak.

Saya hormat Tok Guru Nik Aziz. saya pernah duduk semeja makan dan berbincang, tapi dia bukan macam Tuan Guru Abdul Hadi.

Nik Aziz adalah ahli politik tradisional dan guru pondok. Dia tak berminat dengan politik nasional atau dengan isu politik yang rumit-rumit. Politik dia politik pondok.

Dia hanya nak jadi Tok Guru Pondok yang besar bernama Kelantan. Itu saja. Tapi fasal dia Tok Guru orang dengar walaupun dia campur adukkan peranan Tok Guru pondok tadi dengan politik yang sebenarnya dia tak berminat dan kurang faham.

Dunia Tok Guru Nik Aziz ada dunia pondok Kelantan.

Tapi Tuan Guru lebih luas ilmunya -- dunia dan akhirat. Dia sedar kalau umat Islam/Melayu berpecah belah dan diperguna oleh bukan Islam atau terpaksa berpakat dengan mereka, akhirnya Islam akan terancam dan rugi. Dia pun tahu, kalau Pas berjaya kalahkan Umno dalam PRU ke-13 ini, Pas terpaksa juga berpakat untuk tuboh kerajaan.

Jadi Pas ada pilihan berpakat dengan sesama Islam iaitu Umno atau berpakat dengan bukan Islam. Jadi saya rasa pilihan inilah yang Tuan Guru dan Ustaz Nasharudin sedang fikirkan. Jadi sama ada kita Pas atau Umno,kita janganlah tutup mata dan hati kita kepada perpaduan Islam.

Saudara IslamAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-67607759058136203582009-06-19T02:15:34.773+08:002009-06-19T02:15:34.773+08:00Dato' AKJ,
Tindak balas Nik Aziz beberapa hari...Dato' AKJ,
Tindak balas Nik Aziz beberapa hari ini berhubung dengan cadangan Kerajaan Perpaduan jelas menunjukkan seorang "Tok Guru" pun sanggup menggadai maruah Islamnya demi kepentingan politik dan kuasa. Terbuktilah sekali lagi benarnya ungkapan "Cakap tak serupa bikin". Serban sebesar bakul sekali pun tak menjamin seseorang itu mampu menghayati dan mengamalkan roh Islam yang sebenar-benarnya.SPANA HIDUPnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-4138376907482191082009-06-18T23:38:45.683+08:002009-06-18T23:38:45.683+08:00Kenapa hanya sekarang UMNO mahu mengangkat "M...Kenapa hanya sekarang UMNO mahu mengangkat "Melayu" di saat UMNO mula tenggelam dibawa arus semasa? Apakah Melayu PAS sudah lupa seksaan UMNO ke atas PAS.. peruntukan ke negeri Kelantan yang sedikit dan sering lambat, kontraktor Melayu kalangan ahli PAS sering dipinggirkan untuk memberikan laluan kepada kontraktor UMNO/BN walaupun banyak kes kontraktor UMNO/BN menghasil mutu kerja yang teruk (contoh terbaru - Stadium Sultan Mizan) dan anak-anak ahli PAS sering diketepikan dari apa-apa bantuan seperti KWAM, rancangan makanan tambahan (saya antara yang pernah merasai peminggiran oleh cikgu-cikgu penyokong UMNO sekitar 80an dahulu), terpinggir dari biasiswa dan lain-lain.
Kalangan profesional dalam Pakatan Rakyat ingin lihat bagaimana UMNO mengharungi hidup sebagai pembangkang. UMNO yang telah terlalu lama berkuasa telah mabuk dan telah banyak penyelewengan kuasa dan harta dilakukan pemimpin UMNO/BN sedangkan rakyat terpaksa menanggung pemborosan dan kerakusan mereka.Dr Nik-On X-Rayhttps://www.blogger.com/profile/06969306467221196251noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-78603521843069414082009-06-18T23:11:47.208+08:002009-06-18T23:11:47.208+08:00As'kum Dato',
1. Saya juga sependapat de...As'kum Dato',

1. Saya juga sependapat dengan PM DS Najib bahawa Presiden Pas dan Timbalannya ikhlas apabila mereka mencadangkan Kerajaan Perpaduan itu. Mereka tentu sedar tentang risiko apabila mengemukakan cadangan itu. Tapi demi perpaduan bangsa dan Agama mereka mempertahankan cadangan mereka itu. Inilah perjuangan namanya. Mempertahankan cadangan yang baik.

2. Kita jangan lihat DS Hadi yang dahulu yang sentiasa menghentam Umno. Anak sungai lagi berubah inikan pula manusia. Beliau sedar bahawa orang Melayu kini berpecah. Jika ini berterusan tidak hairan dalam masa terdekat ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negara sendiri. DS Hadi tentu sedar bahawa tiada jalan lain untuk orang Melayu bersatu melainkan Umno dan Pas perlu bersatu dahulu. Beliau ingin menyelamatkan keadaan.

3. Sebagai orang Melayu dan orang Islam kita semua tentu bersyukur dan gembira sekiranya cadangan Kerajaan perpaduan di antara Umno dan Pas ini menjadi kenyataan. Hanya orang Melayu yang penting diri sahaja yang tidak sokong. Dato' Nik Aziz pula janganlah buka cerita lama untuk menggagalkan cadangan ini. Sebagai Tuan Guru beliau sepatutnya berdoa supaya cadangan perpaduan sesama Islam ini menjadi kenyataan. Kalau nak katakan Pas akan jadi boneka Umno beliau harus insaf bahawa selama ini pun Pas memang dah jadi boneka DAP. Biarlah kali ini kita sesama Islam dan sesama orang Melayu bersatu padu demi untuk menyelamat bangsa dan Agama.dan kajanghttps://www.blogger.com/profile/03560370144913693824noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-88068623475021900092009-06-18T22:42:27.938+08:002009-06-18T22:42:27.938+08:00Nak pendekkan cerita, it is a matter either both p...Nak pendekkan cerita, it is a matter either both parties have the political will to set aside their strengths and weaknesses and their political differences for the sake of Malay unity. If they are not prepared to compromise then sampai pagi ayam berkokok pun hasilnya tak kemana. It is waste of time and unproductive. Syok sendiri sahaja!!pakbelalanghttps://www.blogger.com/profile/14222785831655365630noreply@blogger.com