tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post2835403493964766068..comments2024-02-02T18:26:56.123+08:00Comments on The Scribe A Kadir Jasin: Nostalgia Bulan Puasa Di DesaA KADIR JASINhttp://www.blogger.com/profile/05865106109792000636noreply@blogger.comBlogger69125tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-64454729190351338572019-12-30T13:56:03.146+08:002019-12-30T13:56:03.146+08:00Asalamualaikum datuk.
Apabila membaca coretan bula...Asalamualaikum datuk.
Apabila membaca coretan bulan ramadhan dulu dulu sangatla syahdu apatah lagi suasana berkumpul adik beradik ramai ramai untuk berbuka puasa. Rindu pada arwah mak dan arwah abahjulibhanahttps://www.blogger.com/profile/03496574361092427141noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-90076273150599351672009-08-31T16:15:54.698+08:002009-08-31T16:15:54.698+08:00Datuk,
Dengan izin.
Tahun ni saya tadarus stail ...Datuk,

Dengan izin.

Tahun ni saya tadarus stail baru. Guna internet baca al-quran secara interaktif. Qari mengaji, saya baca terjemahannya. Kalau tak pandai bahasa Melayu, ada terjemahan dalam bahasa Inggeris, Urdu dan 3, 4 lagi bahasa.

Saya promosi pada kawan-kawan di sini kalau senang-senang layarilah website ini;

http://www.quranexplorer.com

Dan kalau tidak keberatan, berilah sedikit sumbangan ikhlas tanda sokongan.

Terima kasih.

-sinbad-Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-2967306969016461632009-08-31T09:23:01.538+08:002009-08-31T09:23:01.538+08:00Ya Allah,
dengar cerita hangpa seme x sedar diri ...Ya Allah,
dengar cerita hangpa seme x sedar diri ini hanyut dalam arus nostalgia...
andai dapat kuundurkan semula masa yang berlalu...inginku bawa generasi hari ini bersama meniti kenangan indah itu.Detik waktu yang dilalui dulu terasa maung untuk dilalui,ttapi begitu manis dan syahdu untuk di imbau.
masa siang yang panjang diera 80-an(kalu berita kt radio dia aan sebut: pukul 7 waktu semenanjung,pukul 7.30 waktu sabah&sarawak) memang sarat dengan nostalgia ramadhan untuk dikutip dan dihimpunkan menjadi untaian memori.
sebagai anak kampung yang terceruk di sebuah kampung kat ulu pendang,sebagaimana semaknya jalan-jalan masuk ke kampung PS,begitulah saratnya kenangan nostalgia ramadhanku....
jalan kaki 5 batu ke sekolah charok kudong,kutip buah kededuk,kemunting sepanjang jalan sebab bulan posa tengok apa pun sedap..last2 malam x jeling pun..
kutip buah berangan,buah larak untk cicah garam belacan sambil ramai-ramai tengok tanding mengaji(tilawah) kt tv hitam putih lepas terawih.korek lubang bawah pokok untuk main congkak biji getah lepas menyicah.yg best malam2 pertengahan posa sebab bulan terang...sampai tengah malam main pula nusuk(sembunyi)dalam jerami padi kt bendang sebab mak ayah dok mengerat dan mukoi padi malam2.lagipun bulan posa tokwan cakap xdak hantu setan.Balik terus sog & tidog.tengahati gi skolah(sesi petang),mak oii,bau orang orang layur daun pisang nk buat kuih..pehh,memang nostalgia!!
petang2 balik skolah,jalan kaki lg 5 batu,tp punya panjang masa dolu-dolu, buleh dan sampai rumah sebelum tiba waktu berbuka.hantar kuih pada jiran2,kdg2 dapat balasan kuih yng sama gak...kantoi!! Lepas ja berbuka,brlonggok plak bawah pokok kopi tgk org mainmeriam buloh...Best,berlawan dgn kampung2 sebelah...Tapi dulu x risau orang marah @ terkejut sebab xdak yg sakit jantng,darah tinggi & kencing manis...kalu la ni,jika ada yg main meiam buluh,maunya sehari 3 org jadi arwah sebab terkezutt...!
more plak bkn mewah pun,sekadar mihun grg,bubur gandum,bubur kacang,meegi rebus pun ada tapi dia punya nikmat tu,susah nak cakap.habis sekampung turun tarawikh.mggu lepas balik posa katkg,kena turn mak aku buat more...buat satay & nasi lemak ayam bungkus daun pisang untuk imbau keharuman daun pisang.Yg mkn dgn x mkn sama banyak..ish,ish,ish..mewahnya la ni.kalau zaman kita dulu...
Wei...aku rasa nak masuk balik dlm perut mak aku spy dapat ulangi nostagia ramadhan yg dolo-dolu tu..Nk raya ni lagi la nostalgia...
Datuk,
Raya nanti buat nostalgia raya plak no....!!!
by:
shah anak matsabahAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-72535254214119963352009-08-31T00:32:25.226+08:002009-08-31T00:32:25.226+08:00Salam Dato' dan para pembahas yang budiman. Ru...Salam Dato' dan para pembahas yang budiman. Rupa-rupanya yang diutamakan dalam bulan Ramadan ini adalah mengaji dan mengkaji Al-Quran serta mengamalkannya. Ini tidak bermakna pula berpuasa itu tidak wajib.
Sebelum ini saya keliru juga dalam hal ini.

Nasib baiklah malam tadi sebelum sembahyang tarawih ada ustaz datang beri tazkirah tentang perkara ini. Seperti yang kita maklum Al-Quran juga diturunkan pada malam lailatul qadar. Ini menunjukkan betapa pentingnya Al-Quran dalam bulan Ramadan ini.

Harap-harap selepas bermain meriam buluh dan bersembahyang tarawih, marilah sama-sama kita memujuk hati kita untuk mengaji, mengkaji dan mengamalkan Al-Quran dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.

Mudah-mudahan usaha dan amalan kita itu akan berterusan di bulan-bulan lain selepas Ramadan ini insya-Allah.akbajalilhttps://www.blogger.com/profile/01778616055535093602noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-37855007254676009932009-08-29T10:01:30.036+08:002009-08-29T10:01:30.036+08:00Assalamualaikum Lahpin, Jitra,
TERAWIKH pun bu...Assalamualaikum Lahpin, Jitra,

TERAWIKH pun bukan, tetapi

TARAWIH.

Wassalam.Yangretibasenoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-79888109731409469632009-08-28T18:08:34.670+08:002009-08-28T18:08:34.670+08:00Salam Dato',
Dato' silap tu bukan tawarik...Salam Dato',

Dato' silap tu bukan tawarikh tapi terawikh.Jangan silap niat tawarikh nanti tak sah sembahyang terawikh.

Pada zaman itu sebelah petangnya saya dan kawan2 menjaja ais ketul yang telah dipotong dari rumah ke rumah.Ais yang tak habis dijual kami bungkus dengan guni dan kambus dalam tanah.Tak cair pun.Dapat duit kami beli air minit cap bendera sebagai minuman berbuka puasa.Kami dikampung saling tukar menukar juadah berbuka puasa sesama jiran sekampung.Itulah hebatnya hubungan sesama jiran ketika itu.Tapi itu semua hanya tinggal kenangan.Lahpin, Jitra.noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-10971244458097987192009-08-27T23:59:49.208+08:002009-08-27T23:59:49.208+08:00Dato'
There is a typing error in your article...Dato'

There is a typing error in your article.

Sdra R Hareez buat tegoran indirectly.

Tawarikh means sejarah kalau tak silap saya.pakbelalanghttps://www.blogger.com/profile/14222785831655365630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-45397393799951059722009-08-27T23:47:06.221+08:002009-08-27T23:47:06.221+08:00Bila dah main meriam buluh tu jangan lupa gi semba...Bila dah main meriam buluh tu jangan lupa gi sembahyang tawarikh....eh silap sembahyang tarawih.akbajalilhttps://www.blogger.com/profile/01778616055535093602noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-16346447670633213272009-08-27T21:51:51.556+08:002009-08-27T21:51:51.556+08:00Salam Dato,
Selamat berpuasa..barakallahu fika..k...Salam Dato,

Selamat berpuasa..barakallahu fika..kekalau ada open house nanti jemput2 le...:)al-Balingihttps://www.blogger.com/profile/04481756525147183432noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-55605017049417873632009-08-27T13:04:18.304+08:002009-08-27T13:04:18.304+08:00Pemimpin UMNO/BN mesti cermin diri. Banyak strateg...Pemimpin UMNO/BN mesti cermin diri. Banyak strategi yang haprak dan HP6 masih lagi di jaja. Dah basi dah !

UMNO mesti segera perbetulkan keadaan.Najib mesti pandang jauh dan jangan buat dasar yang mengelirukan rakyat bawahan.

Dasar baru seperti ONE MALAYSIA harus diperjelaskan kepada orang Melayu. Orang Melayu sudah keliru.

Sokongan Cina sudah tidak boleh pakai lagi. Kita tahu strategi mereka hanya untuk memecah belahkan kekuatan orang Melayu. Strategi "divide and rule" telah di gunakan oleh orang Cina dengan berkesan.

Yang rugi bukan sahaja UMNO tetapi PAS juga. Akhirnya Melayu MELOPONG DAN TERLOPONG !! Percayalah. Melayu akan gigit jari untuk selama-lamanya. Jangan salahkan sesiapa. Salahkan perbuatan Melayu sendiri. Tidak siapa yang akan dapat menolong bangsanya jika bangsanya tidak dapat menolong bangsanya sendiri.

Akhirnya nanti Melayu akan berkata sudah takdir bangsa Melayu tidak bijak akalnya!!

Sudah sampai masanya pemimpin UMNO istiharkan "dharurat" untuk parti UMNO. Selesaikan masaalah dalaman UMNO dengan segera. Selagi ini tidak dilakukan maka UMNO akan tempang dan terombang ambing.

UMNO mesti buat perjumpaan raksasa. Berbalik semula ke pangkal jalan. Berhimpunlah semua Melayu dari semua golongan masyarakat di hadapan Istana Besar Johor untuk lakukan pengistiharan perpaduan umat Melayu di seluruh negara.

Ini lah cadangan saya. Pemimpin-pemimpin UMNO mesti buat ikrar akujanji dihadapan perhimpunan umat Melayu. Perhimpunan ini mesti dilakukan selepas perlembagaan UMNO di rombak semula.

MELAYU SUDAH LALAI !!! TAK SEDAR DIRI !!pakbelalanghttps://www.blogger.com/profile/14222785831655365630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-13180383125660355422009-08-27T11:08:28.883+08:002009-08-27T11:08:28.883+08:00Dato',
Bunyi tembakan meriam di Alor Setar se...Dato',

Bunyi tembakan meriam di Alor Setar seperti kata Dato' mengimbau kembali zaman saya di berek polis Jalan Kolam Ayer Alor Setar yang ketika itu ayah saya seorang pegawai polis. Setiap petang saya adik beradik akan duduk kat depan rumah tunggu Pak Aji (nama gelaran) yg dipertanggung jawab menembak meriam dekat bulatan Teluk Wanjah (tempat yg sama dimana Great Indian Royal Circus selalu buat pertunjukan)...selagi Pak Aji kita ni tak keluaq kereta dia selagi tu lah rasanya nak buka posa lambat lagi...tapi bila dia dah keluaq dgn kereta Morris Minor menuju ke tempat tembak tu baru lah rasa lega sikit...lepas tu kita akan nampak bebola api naik ke langit lalu terpadam dgn kepulan asap lalu diikuti dgn dentuman yg kuat "BOOM"...wah kenangan ni boleh buat saya menitis ayaq mata...lepas berbuka kami kekawan seberek akan berkumpul utk ke surau utk tarawikh...tapi banyak yg tak pegi banyak yg dok buat benda lain, main bunga apilah, meriam kabat lah, hai..time budak2 katakan...yg best nya semasa waktu tamat bersahur (syoq) kita akan lihat bebola api bercahaya dlm kegelapan pagi nak kelangit lalu berdentum memecah keheningan pagi...mmmm kenangan2 begini amatlah dirindui...kadang2 cerita macam ni saya akan ceritakan kpd anak2 saya setiap kali tibanya Ramadhan...hebat sungguh zaman dulu...kini saya jauh diperantauan sekali sekali teringat kenangan lampau yg penuh nostalgia...

ps: terima kasih Dato' kerana mengembalikan kenangan ini..baniADAMnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-23549489904775762612009-08-27T10:20:48.242+08:002009-08-27T10:20:48.242+08:00Assalamualaikum wahai pakbelalang yang angkuh, som...Assalamualaikum wahai pakbelalang yang angkuh, sombong lagi takabur (saya pohon maaf sekiranya anda bukanlah seorang yang angkuh, sombong dan takabur).

* The march to Putrajaya insya-Allah will materialise.
* I pray to Allah SWT that you at that time are not going to kiss Anwar's buttock.

Wassalam.Yangretibasenoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-84521917834509441952009-08-27T08:47:20.133+08:002009-08-27T08:47:20.133+08:00salam Datuk..tringat masa beli ais batu ketul..cam...salam Datuk..tringat masa beli ais batu ketul..campur habuk kayu..nostalgia..nazranhttp://www.mindaaku.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-51544322853077746812009-08-27T07:20:48.072+08:002009-08-27T07:20:48.072+08:00"Bulan puasa tahun ni tak de gula. Menteri bu..."Bulan puasa tahun ni tak de gula. Menteri buat tak tahu aje. Baru isu gula belum boleh tackle, bagaimana dengan masalah besar lagi?

Kopi Pahit.

5:49 PM

Masalah gula:

1. Bekalan:

Tidak pernah berkurangan malah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Ini secara tidak langsung menunjukkan kadar pengambilan gula per orang adalah kurang lebih meningkat dari tahun ke tahun. Ini adalah perkembangan yang kurang sihat. Mana silapnya?

2. Pengedaran:

Sepatutnya lebih ramai orang yang berpuasa terlibat dalam sektor ini agar keperluan bagi kawasan masing-masing sentiasa dititik beratkan. Kenapalah mengharapkan sepenuhnya ehsan tauke-tauke yang mana matlamat hidup mereka hanyalah mencari keuntungan duniawi semata-mata? Orang yang berpuasa buat apa? Berpolitik siang dan malam?

3. Permintaan

Kenapa permintaan bekalan harus meningkat di bulan puasa? Walhal bulan ini adalah bulan untuk mengawal semua jenis nafsu? Oleh itu salahkan nafsu sendiri yang tidak dapat dikawal tetapi bukannya menyalahkan pihak lain yang tidak dapat memenuhi permintaan nafsu yang mendadak naik!!

cheers

AntihipokritAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-11579899649302523062009-08-27T00:40:53.550+08:002009-08-27T00:40:53.550+08:00Dato, Bagi mereka yang membesar di kampong main m...Dato, Bagi mereka yang membesar di kampong main meriam masa bulan puasa adalah satu kemestian .Yang membesar di bandar boleh dengar sajalah . Melahu , terlopong mulut.

Kalau tak main meriam , budak tu kira macam pondan ( maaf ). Disebabkan nakkan bunyi meriam yang kuat, saya pernah ambil batang besi sebesar dan sepanjang meriam betul dari Kg Ujong Tambak ,Gersik. Yang lucunya meriam besi itu saya pikul dengan menaikki bot penambang merentasi sungai Gersik dan kemudian menaikki Muar Motor Bus ke bandar Maharani Muar. Dari bandar Muar ,meriam besi itu dibawa lagi menaikki Bus Northwest menghala ke Segamat. Meriam besi itu saya 'seludup' dalam bas tanpa pengetahuan konduktor bus. Sampai saja di Kampung Payamas , kawan seasrama dari Segamat hulurkan meriam besi itu dari tingkap bas.
Sengsara membawa meriam besi itu berbalol kerana bunyinya memang cukup kuat membelah malam.andakmaonhttps://www.blogger.com/profile/07351661182860196166noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-89577752167842146602009-08-26T17:49:12.755+08:002009-08-26T17:49:12.755+08:00Bulan puasa tahun ni tak de gula. Menteri buat tak...Bulan puasa tahun ni tak de gula. Menteri buat tak tahu aje. Baru isu gula belum boleh tackle, bagaimana dengan masalah besar lagi?

Kopi Pahit.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-83648789709853372552009-08-26T17:08:49.307+08:002009-08-26T17:08:49.307+08:00Salam Dato',
Begitulah adatnya dunia ni; pere...Salam Dato',

Begitulah adatnya dunia ni; peredaran zaman memaksa beberapa adat dan kebiasaan ditinggalkan hingga menjadi nostalgia kepada yang pernah mengalaminya, menjadi catatan sejarah kepada generasi yang hanya pernah mendengar ceritanya.

Kelmarin telah ada anak Melayu berumur 6 tahun putus tiga jari kerana terkena letupan mercun. Cerita sedih ini bagaikan filem-filem P Ramlee terus berulang tahun demi tahun bagaikan tidak akan ada penguhujungnya. Sementara filem-filem P Ramlee amat mengiburkan, kecederaan akibat bermain mercun akan menjadi testimoni kepada satu Ramadan dan Syawal yang hiba dalam hidup simangsa.

Saya fikir anak-anak masa kini bermain mercun sesama mereka sahaja; tidak sama sewaktu zaman 60an dulu, orang-orang dewasa turut sama bermain mercun dan meriam. Kurangnya penglibatan orang dewasa mentebabkan mereka bereksperimen tanpa bimbingan orang yang lebih berpengalaman.

Zaman 60an dulu, ada juga yang melecur seluruh muka kerana menggunakan pelita membuka bekas menyimpan karbaid (kalsium karbida). Kelembapan udara Malaysia menyebabkan karbaid yang disimpan secara perlahan-lahan bertindakbalas dengan wap air menghasilkan gas oksitilin yang menunggu masa sahaja untuk meletup apabila ada pencucuhan. Saya percaya berlaku juga kecederaan bermain meriam dan mercun cuma tidak menjadi bahan berita seperti sekarang. Kalaulah ada yang pecah muka terkena serpihan meriam buluh di kampung saya dulu, sehabis baik simangsa hanya dirawat menggunakan ubat biru atau ubat kuning (iodin) sahja, istilah rawatan hospital tersangat asing bagi kami. Tentulah musibah seperti tu tak akan jadi bahan berita Utusan Melayu masa itu.

Alhamdulillah, sekarang kita dah lebih maju daripada dahulu. Kampung yang terceruk dan terpinggir macam dulu sudah hampir tiada lagi. Rakyat pun dah semakin cerdik menilai keadaan di sekeliling mereka. Harap-harapnya UMNO dapat menjadi matang sepertimana rakyat yang hendak dipimpinnya; tidaklah nanti asyik kalah aja bila ada pilihanraya kecil. Stail kempen cara dulu dah tak mengena dengan citarasa rakyat sekarang. Sorry, buat detour sikit.

Balik cerita fasal meriam. Masa umur sekita 12 tahun dulu saya buat meriam buluh sendiri (tiga atau empat ruas siap dengan simpaian dawai). Kami berlawan sesama kawan mencucuh meriam. Saya mencucuh meriam dengan meletakkannya di atas bahu ala Taleban menggalas Stinger cuma arahnya saja yang terbalik, siap dengan menyumbatkan objek-objek kecil sebagai peluru. Syok giler!!!

Orang dewasa ada yang membuat meriam daripada batang pinang. Ada yang mencuri batu sempadan (yang sebenarnya paip besi berdiamater sekitar 8 cm) untuk dijadikan meriam. Yang lebih dahsyat ialah meriam tanah. Kepuk diperbuat daripada papan (macam keranda mayat gitu) ditanam dalam tanah sedalam 1.5 m dengan hujung yang terbuka menghala ke dalam parit. Satu kati karbaid (600 g) dimasukkan kedalam bekas berisi air dimasukkan ke dalam kepuk tadi. SEtelah beberapa minit kepuk itu dicucukah dengan api. Hasilnya letupan yang sembab (low frequency) tetapi berkuasa tinggi sehingga menggegarkan seluruh kampung seolah-olah ada tremor gempa berukuran 6 pada skala Ritcher. Itulah hiburan yang serentak menjadi antara tanda-tanda Ramadan dan kedatangan Syawal zaman 60an dulu. Sekarang semua menjadi nostalgia belaka.

Pak HJ JBAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-26559764336284432972009-08-26T16:38:22.140+08:002009-08-26T16:38:22.140+08:00Salam Tuk,
Walaupun kita berlainan negeri dan mun...Salam Tuk,

Walaupun kita berlainan negeri dan mungkin juga usia tetapi tulisan Tuk kali ini sama seperti yang saya alami di Kelantan.

Bab beli air batu, menuai padi pada waktu malam semuanya saya alami di kampung. Syok kan Tuk dulu-dulu tak macam sekarang, asyik nak bergaduh jer.tok jangguthttps://www.blogger.com/profile/13791572540399334305noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-41007725365491629672009-08-26T16:13:20.751+08:002009-08-26T16:13:20.751+08:00Lupakan saja main mercun atau meriam. Nikmatnya ha...Lupakan saja main mercun atau meriam. Nikmatnya hanya sementara, yang kekal hanya dosa. Tak tau la ada ke tidak orang mati sakit jantung akibat dek perbuatan anasir2 ni. Tau seronok je, orang lain tak suka tak kisah. Yang main kat surau mengganggu jemaah solat.

Teringat kes tahun lepas@dua tahun lepas. Seorang kena tikam sebab main mercun. Agaknya suspek tu dah tak tahan hari2 kena dengar mercun meletup, nasihat pun main jugak. Akibatnya luar jangkaan.
Tak lupa derita seorang calon SPM yang buta sebelah mata dibaling mercun oleh golongan yang mencari keseronokan ini.
Cukuplah berbuat dosa dengan bermain mercun/meriam buluh. Isikan kemeriahan puasa dengan amal ibadat seperti membaca al quran, berzikir dan solat sunat. Tak perlu keluar modal pun. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
-peace to allAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-50351167076214139252009-08-26T12:39:35.004+08:002009-08-26T12:39:35.004+08:001. The march to Putrajaya is just a dream.Make no ...1. The march to Putrajaya is just a dream.Make no mistake about it.

2.They just don't have the stamina to reach the finishing line.

3. Even if they reach the finishing line their energy will be drained and exhausted.

4. What they will do after reaching the finishing line is just relax and enjoy the fruits of their success.

5. They will suffer from cultural shock to see how beautiful Putrjaya is.

6. Each of the component parties will start to quarrel which building (ministry) should be under their possesion and be given the title for 999 years !!

7. What about their staunch followers and supporters?

8. They will definitely demand the whole world as promised.

9. But sorry for them they will just manage to gigit jari je lah !!!

10. Only the privilege few like Ah Long and high powered mafia will be given " discreetly" the status of Cinaputra!!

11. There will be a new breed of "Little Napoleon" to run the greenhorn government.

12. So in the final analysis the country will be in deep shit and will difinitely go to "hell" and become a failed state.

A simple difinition to describe the attributes used to characterize a failed state:

1. loss of physical control of its territory
2. erosion of legitimate authority to make collective decisions

3. inability to provide reasonable public services

4. inability to interact with other states as a full member of the international community.

5. a central government so weak or ineffective that it has little practical control over much of its territory

6. non-provision of public services

7. widespread corruption and criminalitypakbelalanghttps://www.blogger.com/profile/14222785831655365630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-82421415634622712542009-08-26T11:56:17.342+08:002009-08-26T11:56:17.342+08:00Salam Datuk,
Tersentuh hati mengimbau kenangan la...Salam Datuk,

Tersentuh hati mengimbau kenangan lalu...pengalaman berharga tersemat di kalbu..semuanya akan kita jadikan pantun seloka bersama anak cucu..

Melihat ramai yang makin ghairah mengejar dunia tanpa rasa gerun pada hukuman Tuhan lalu kita pun bercerita pada anak cucu kisah dulu kala yang tentunya akan menyentuh hati mereka..

Pastinya anak cucu kita itu akan terikat dan terdidik tentang asal usul dan jati diri...semuanya bakal kita tinggalkan di persinggahan yang fana ini...

Walaupun pada hakikatnya cerita kita bak penglipurlara di arus perdana ini namun sendaloka itulah yang mampu menguatkan kekuatan jiwa dan naluri yang kita bina semakin halus umpama kapas...hanya memiliki jiwa2 yang murni saja membuatkan manusia saling sayang menyayang..

Tersenyum pada kisah suka duka kakak2 dan abang2 seangkatan Datuk membuatkan saya begitu terharu pada tulisan Datuk kali ini.

Kisah kakak ipar yang hanya di belikan terumpah(kasut kayu)sudah di kira mahal untuk digunakan di pagi raya..kami ketawa berderai...
Kisah kakak2 yang hari2 memandang kasut raya sambil menari2 tanpa henti sehingga menjelang raya buat kami berguling2 gelak ketawa...

Itu belum lagi kisah abang2 yang nakal tapi Alhamdulillah baik2 belaka..

Membaca tajuk " Nostalgia Bulan Puasa Di Desa" saya terus terbayang
Ais batu bersalut sekam padi..
Syahdu pada Nostlgia lalu...

Terima kasih kerana menenangkan suasana...Qaseh Bondahttps://www.blogger.com/profile/15776439973701573376noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-49608225665828680622009-08-26T06:14:33.542+08:002009-08-26T06:14:33.542+08:00Salam Ramadhan Dato'
Terima kasih kerana berko...Salam Ramadhan Dato'
Terima kasih kerana berkongsi cerita.Generasi saya sempat juga merasa main meriam buluh.Rindu pula dentumannya di serata kampung :)kekurehttps://www.blogger.com/profile/02610993410330114763noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-16412906750757359312009-08-26T05:46:01.347+08:002009-08-26T05:46:01.347+08:00BUKIT MERTAJAM: PAS won the Permatang Pasir by-ele...BUKIT MERTAJAM: PAS won the Permatang Pasir by-election on Tuesday with a 4,551-vote majority.

comment:

UMNO gigit jari lagi.Jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi.

Buatlah postmortem lagi! Itulah ceritanya. Kali ni siapa pula jadi scapegoat? Zahid Hamidi?

I think he is accountable for the blunder in picking the wrong candidate as one of the factors that caused the TKO !!pakbelalanghttps://www.blogger.com/profile/14222785831655365630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-19914134266327115052009-08-26T01:24:31.013+08:002009-08-26T01:24:31.013+08:00YBhg Dato'
Assalamualaikum.Zaman itu kehendak...YBhg Dato'

Assalamualaikum.Zaman itu kehendak orang kita tidak banyak dan pemimpin kita masih ingatkan tanggungjawab memberi kesenangan kepada rakyat. Masa itu kita katakan Kerajaan adalah Kerajaan Melayu , semua jabatan dan harta kerajaan kita katakan kita punya seperti Keretapi Tanah Melayu sebagai keretapi kita , syarikat penerbangan kita ,lapanganterbang kita , hospital kita ,polis kita ,askar kita dan sebagainya.

Saya ingat diantara kerja kemasyarakatan Polis adalah menghebahkan esoknya hari raya ke kampong-kampong yang terletak disepanjang jalan antara Slim River dengan Tanjung Malim.Sebaik sahaja pihak masjid mendapat berita itu mereka akan memukul tabuh.Ini disahut pula dengan pukulan tabuh disurau-surau yang mendengarnya hinggalah kekawasan pendalaman. Meriam yang istimewa pada masa itu dibuat dari paip besi lombong bijeh sebesar 10 inci.Bayangkanlah dentuman dan gegarannya sepanjang malam.Pemuda-pemuda yang dimesjid pula berganti-ganti memukul gendang dengan irama yang mengasyikan bagi menemani orang yang membakar lemang dan masak rendang.Ada masa-masanya lepas sembahyang terawih ada sekumpulan orang dengan membawa lampu gaslin pergi kekubur dan bertahlil.

Keadan berubah terutamanya selepas perlancaran penswastaan jabatan-jabatan kerajaan.Semuanya kena bayar.Perasaan bahawa kita dan kerajaan itu adalah satu tidak wujud lagi. Maka tidak heranlah mengapa dewasa ini sebahagian rakyat tidak lagi menjadikan UMNO khasnya dan BN amnya tepat mereka bergantung.Ini digambarkan dengan kekalahan demi kekalahan yang hadapi BN dalam PRK baru-baru ini. UMNO perlu tunjukkan bahawa mereka masih memperjuangkan bahasa Melayu ,ugama Islam dan pendidikan dan ekonomi orang miskin jika mahukan sokongan mereka.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jayaraja2uhttps://www.blogger.com/profile/05449035691095421837noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-25436739669148695762009-08-26T00:05:37.013+08:002009-08-26T00:05:37.013+08:00Salam Dato'
Budaya yang sukar dilupakan di ma...Salam Dato'

Budaya yang sukar dilupakan di malam-malam terakhir di bulan puasa ialah menghantar talam yang berisi juadah dan makanan ke rumah jiran.

Jiran yang menerima talam berkenaan dalam keadaan 'misteri' akan cuba merungkai misteri tersebut dengan berusaha mencari penghantarnya yang sepatutnya sedang bersembunyi!!!

Kebiasaannya, talam di letakkan di hadapan pintu rumah jiran (lebih thrill kalau rumah jiran yang ada anak dara!) lalu pintu rumah diketuk dan diikuti dengan ucapan salam. Sesudah itu penghantar misteri harus bergegas menyembunyikan diri di bawah rumah atau dalam semak-samun berhampiran.

Apabila pihak tuan rumah (kebiasaannya si anak dara mereka) mendapati adanya talam misteri di hadapan pintu, mereka dituntut agar mencari siapakah penghantar misteri berkenaan. Kalau berjaya menjumpai penghantarnya, pihak penghantar akan dilumurkan dengan bedak ataupun serbuk tepung sebagai bukti misteri talam berkenaan telah dapat diselesaikan. Makanya ia berakhir dengan kelucuan dan hilai ketawa apabila penghantar misteri berjaya dilumurkan dengan serbuk putih dibahagian kepala dan muka!

Dalam konteks politik, perkara yang hampir sama juga berlaku. Parti yang bertanding, masing-masing akan mengetuk pintu hati rakyat sambil membawa hidangan dalam bentuk janji pembangunan ataupun janji akan diberikan jawatan dalam pentadbiran negeri dsbnya. Akhirnya terpulang kepada para pengundi menentukan hidangan mana yang mereka kehendaki dan yang mana akan mereka tolak! Ia juga berakhir dengan hilai ketawa dan sedikit sindiran.

ApolitikalAnonymousnoreply@blogger.com