tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post4486037313662098903..comments2024-02-02T18:26:56.123+08:00Comments on The Scribe A Kadir Jasin: Isu Kepemimpinan: Memperkatakan PR Melepasi Era Anwar A KADIR JASINhttp://www.blogger.com/profile/05865106109792000636noreply@blogger.comBlogger32125tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-12200780023847227462015-02-11T10:30:10.776+08:002015-02-11T10:30:10.776+08:00Great post. Strong points Great post. Strong points Sydney https://www.blogger.com/profile/17012367056085742378noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-78193203436043600652015-02-11T10:10:56.600+08:002015-02-11T10:10:56.600+08:00agree. The time has changed and so has the mind agree. The time has changed and so has the mind Sydney https://www.blogger.com/profile/17012367056085742378noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-19777727656576563792014-12-02T16:08:10.700+08:002014-12-02T16:08:10.700+08:00Saya setuju dgn tuan...Saya setuju dgn tuan...Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/10997643975661468360noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-59091440077495200182014-11-08T21:52:19.069+08:002014-11-08T21:52:19.069+08:00As Salam Dato' A. Kadir Jasin,
Pada pendapat s...As Salam Dato' A. Kadir Jasin,
Pada pendapat saya, yg kurang tinggi pelajarannya, DSAI adalah aeorang yang benar2 berjiwa rakyat marhaen. Beliau sanggup melalui satu penghidupan yang perit..satu kehidupan yang tak mungkin kita sanggup lalui sebagai seorang anak, suami, ayah dan datuk. DSAI masih berikrar akan kesanggupannya untuk melalui kehidupan yang sama perit buat kali ke 2 demi keadilan di tegakkan di bumi tercinta ini.
Adakah kita sanggup melalui kehidupan sebegitu? No! No!
Justeru, sedarlah wahai rakyat malaysia!! Jangan lah kita ulangi "kekhilafan" kita utk hanya menyedari betapa "istimewa" nya Tan Sri P Ramlee setelah dia tiada bersama kita..
Begitu juga dengan diri manusia istimewa yg selalu memperkenalkan diri nya hanya sebagai ANWAR IBRAHIM..tiada Dato', tiada Seri, hanya ANWAR IBRAHIM!!
LAWAN TETAP LAWAN &
LAWAN SAMPAI MENANG!!!!!!!!Realised voterhttps://www.blogger.com/profile/12950417009492750894noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-921572139299009312014-11-01T00:53:36.873+08:002014-11-01T00:53:36.873+08:00Dato'
Terima Kasih di atas pencerahan yang di...Dato'

Terima Kasih di atas pencerahan yang diberikan.

Zaman sekarang macam-macam ada.

Saya bersetuju dengan Dato', keputusan mahkaman tidak akan menjadi satu "game changer" untuk situasi politik ketika ini.Zed-85noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-83672063144124941172014-10-31T10:31:47.349+08:002014-10-31T10:31:47.349+08:00Zad-85 boleh la cuba..kahkahkahZad-85 boleh la cuba..kahkahkahZek Zedinoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-24535053437402566932014-10-31T09:08:37.372+08:002014-10-31T09:08:37.372+08:00Datuk, peguam bela bukan ckp soal teknikal semata2...Datuk, peguam bela bukan ckp soal teknikal semata2 tetapi fakta juga. Pemeriksaan oleh doktor di hospital pusrawi dan hkl mendapati tidak ada kesan tusukan di lubang bontot saiful. Tak sabar nak dengar hujah tan sri shafee pulak.Seraihttp://www.yahoo.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-25351155914863496222014-10-31T06:26:28.923+08:002014-10-31T06:26:28.923+08:00Sdr Zed-85, antara lain, menulis:
"Saya kura...Sdr Zed-85, antara lain, menulis:

"Saya kurang arif mengenai KY jelly. Mengikut bacaan media, pembela mengatakan kalau tidak silap saya, KY jelly kepunyaan Saiful. Apa tujuan untuk dia memiliki bahan ini. Mungkin ada fungsi lain seperti dicampurkan dalam enjin kereta atau motor tuanpunya kenderaan agaknya."

1. Orang yang tak tahu mengenai KY atau personal lubricant tergolong dalam tiga kategori. (a) Orang muda yang subur dan aktif seks. (b) Orang muda yang tak aktif seks. (c) Orang tua yang fisiologinya macam orang muda.

2. Kerana Sdr Zed-85 tak tahu apa itu KY, saya andaikan Sdr adalah orang muda dan tidak terlibat dengan seks luar tabi'i.

3. KY adalah jenamaa pelincir peribadi yang asalnya dikeluarkan oleh Johnson&Johnson. Awal tahun ini jenama itu dijual kepada Reckitt Benckiser Group plc.

4. Semua maklumat teknikal ini penting kerana penghujahan pembela berpaksikan isu-isu teknikal.

5. Sdr Hashim Padang Menora, itulah psikologi inflasi. Khabar angin pun boleh menyebabkan peniaga menaikkan harga. Apatah lagi majoriti peniaga kita tidak mempunyai tahap moral dan perikemanusiaan yang tinggi. Penguatkuasaan pula standard peniaga ayam.

6. Pak Lah naikkan harga minyak dengan teruk pada tahun 2006. Kemudian dia panik dan tangguhkan. Tepi harga barangan dan perkhidmatan tetap naik dan tak turun sampai hari ini.

Wallahuaklam.

Terima kasih. A KADIR JASINhttps://www.blogger.com/profile/05865106109792000636noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-11256257018375299342014-10-31T00:00:47.454+08:002014-10-31T00:00:47.454+08:00Salam Dato
tiada bezanya hasil keputusan mahkamah...Salam Dato

tiada bezanya hasil keputusan mahkamah kelak.

Jika anwar masuk, pemimpin umno bermaharaja lela memperlekehkan nasib orang Melayu.

Jika anwar tidak masuk, dia akan memperjudikan nasib orang Melayu.

itupun pemimpin ulama Pas masih tidak yakin untuk berani kehadapan memperjuangkan hak Melayu dan Islamdin klangnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-86963004156229062202014-10-30T23:26:33.939+08:002014-10-30T23:26:33.939+08:00Datuk
Maaf datuk, saya tertanya-tanya, ke mana k...Datuk

Maaf datuk, saya tertanya-tanya, ke mana kes-kes begini akan mempengaruhi minda masyarakat kita.

Lbhkurang 1 minggu sebelum kenaikan harga minyak yg terbaru saya singgah disebuah gerai roti canai di kampung. Sewaktu membayar saya bertanya berapa harga
sebiji roti canai.

Jawabnya "RM1".(Beberapa hari sebelum tu harganya 80sen}

Saya bertanya "Harga tepung, minyak, gas dan lain2 dah naik ke belum ?"

Balasnya "Tak..tapi dah orang lain semua naik saya pun ikut naik.."

Ini hanyalah cebisan kecil kehidupan kita tetapi ia menggambarkan adanya kepincangan gaya pemikiran masyarakat kita.

Saya tertanya-tanya dimanakah pemimpin-pemimpin kita yg dapat memimpin kita bagi mengatasi kepincangan ini.

Sekali lagi maaf datuk.

Terima kasih.

Hashim Pdg Menoranoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-61610011722462346772014-10-30T18:19:16.512+08:002014-10-30T18:19:16.512+08:00Dato’
Mengikut fahaman saya, DNA (atau Deoxyribon...Dato’

Mengikut fahaman saya, DNA (atau Deoxyribonucleic Asid) membawa maklumat genetik dalam manusia dan haiwan.
DNA bukan sahaja terdapat di dalam sperma (air mani) tetapi dalam semua anggota badan, rambut, kulit, air liur dan lain-lain.

Terdapat kaedah saintifik untuk mengasingkan DNA dari sperma dan dari anggota badan lain dengan syarat DNA yang diperolehi adalah dalam keadaan baik (pristine) dan tidak rosak (degraded). Ini adalah salah satu hujah yang digunakan oleh pembela.

Saya kurang arif mengenai KY jelly. Mengikut bacaan media, pembela mengatakan kalau tidak silap saya, KY jelly kepunyaan Saiful. Apa tujuan untuk dia memiliki bahan ini. Mungkin ada fungsi lain seperti dicampurkan dalam enjin kereta atau motor tuanpunya kenderaan agaknya.Zed-85noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-65843545789844628242014-10-30T16:58:20.265+08:002014-10-30T16:58:20.265+08:00Para pembahas dan pengunjung dihormati,
1. Kalau ...Para pembahas dan pengunjung dihormati,

1. Kalau Umno/BN ada kapasiti belajar dan bertindak balas, mereka boleh mengambil banyak iktibar daripada perbicaraan yang berjalan sekarang. Begitu juga dengan Pakatan Rakyat.

2. Siapa yang ramai berhimpun di Putrajaya dan siapa yang hampir merusuh di UM kerana mahu mendengar pidato Anwar?

3. Siapa yang semakin ramai mendaftar dan keluar mengundi serta cergas dalam politik, khususnya di sebelah pembangkang?

4. Di lorong mengundi, peti undi mana dimenangi BN dan peti undi mana dimenangi PR?

5. Jawapan kepada semua soalan di atas adalah ORANG MUDA.

6. Kesimpulannya, parti mana yang mendapat undi orang muda, parti itulah akan memerintah di masa akan datang.

7. Penyempadanan semula kawasan pilihan raya bagi memihak kepada BN semakin sukar dilaksanakan.

8. Kalau saya boleh menasihati pembangkang, saya nasihatkan mereka agar jangan terlalu keras menyerang Mohd Najib. Pembangkang memerlukan Mohd Najib jika mahu menang PRU akan datang.

9. Kalau pembangkang mengasak PM terlalu kuat sehingga Umno berasa perlu membuang beliau dan menggantikannya dengan pasukan yang lebih kuat, harapan pembangkang menang PRU akan datang akan berkurangan. Jadi, be gentle with him.

10. Perbicaraan Anwar sekarang adalah peluang bagi PR memungut bahan untuk manifestonya. Banyak hujah, khususnya oleh barisan pembelaan, boleh digunakan untuk mempengaruhi pengundi kerana bukan semua faham isu-isu teknikal seperti pelincir peribadi KY, DNA dan fisiologi anggota badan manusia yang terlibat dalam perlakuan yang dituduh itu.

11. Saya beritahu seorang operator muda politik Pejabat PM bahawa inilah masanya bagi para blogger dan laskar siber kerajaan, Umno dan BN mempamerkan kedalaman ilmu dan ketajaman minda mereka dengan mengulas dan menangkis hujah barisan pembelaan Anwar yang mereka baca dalam media massa. Misalnya, DNA manusia/haiwan adalah bahan identiti yang tak mudah dihapuskan. Setitik darah masih boleh dikesan dan dianalisis walaupun sudah berbulan-bulan atau bertahun-tahun usianya. Bahan DNA yang sudah berjuta tahun umurnya pun masih boleh dicungkil, dianalisis dan dikenal pasti.

12. Natijahnya ilmu dan panduan ada di mana-mana.

Terima kasih.
A KADIR JASINhttps://www.blogger.com/profile/05865106109792000636noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-54186112302300065552014-10-30T13:45:24.154+08:002014-10-30T13:45:24.154+08:00Assalamualaikum Dato,
Sedikit teguran untuk "...Assalamualaikum Dato,

Sedikit teguran untuk "Meleis"..."Lagi satu, anwar ni habitual offender, kalau dia dibebaskan, naturally, dia akan meliwat lagi.Maka BN ada bahan untuk menghentam PKR."

Jika anda benar-benar orang Islam dan mengaku Allah itu Tuhan yg Maha Esa dan Rasulullah SAW itu Nabi akhir zaman, tolong tarik balik kenyataan anda dan belajar bertaubat. Benda yang anda tak pasti, tolong jangan dijadikan bahan lawak atau tohmahan. Kalau iapun anda pasti, jangan suka membuka aib orang, kelak Allah akan buka aib anda lagi dasyat. Saya bukan penyokong tegar DSAI atau mana-mana parti politik, saya hanya rakyat biasa yang dapat hak mengundi. Tetapi saya kesal masih ramai orang yang seperti anda yang tidak takutkan hukuman dari Allah SWT.adsalleh146https://www.blogger.com/profile/14851350899865263221noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-12783905100694005992014-10-30T10:01:47.476+08:002014-10-30T10:01:47.476+08:00Salam Dato'.
Bila Pak Teh baca laporan mengen...Salam Dato'.

Bila Pak Teh baca laporan mengenai kes Anwar Ibrahim ni, nampaknya laluan Umno/BN semakin sukar Tok.

Umno/BN sekarang ibarat mentimun. Melenyek pun kena teruk, dilenyek lagilah teruk.

Umno/BN amat lemah Tok. Tengoklah, dalam saat2 begini pun Mohd Najib masih selesa terbang ke sana ke mari sedangkan kemelut dalam negara tidak nampak penyelesaiannya.

Dan apabila difikirkan balik, mampukah Mohd Najib berhadapan dengan Anwar Ibrahim, Tok? Pak Teh Omarnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-70483844456794314142014-10-29T21:21:51.559+08:002014-10-29T21:21:51.559+08:00Salam Maal Hijrah Dato,
Secara umumnya saya berse...
Salam Maal Hijrah Dato,

Secara umumnya saya bersetuju dengan Dato bahawa generasi baru dalam gerakan politik baik dalam UMNO-BN maupun dalam PR perlu keluar dari belenggu kepompong politik perkauman dan kepartian yang sempit.

Suka atau tidak suka kita terpaksa menerima hakikat bahawa negara Malaysia hari ini telah menjadi hakmilik berbagai kaum(termasuk kewarganegaraan selepas merdeka 1957).

Saya lebih cenderung supaya negara ini dipimpin oleh golongan teknokrat untuk menerajui kuasa eksekutif negara dengan kuasa raja-raja (sebagai kuasa pemerintah Tentera dan Polis) dan kuasa parlimen sebagai kuasa pembuat dasar dasar awam. Dengan struktur ini pembahagian kuasa dapat dlaksanakan secara efektif.

Perdana Menteri (Teknokrat) selaku CEO Malaysia mesti dipertanggungjawap terus kapada Parlimen (rakyat) dan Majlis Raja-Raja bukan lagi kapada parti politik masing-masing. Dengan penyusunan baru ini menteri-menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan akan dapat bekerja secara bebas dan telus, tidak lagi takut diugut dan diambil tindakan oleh "war lord" parti politik dan JKKK yang sekarang ini sangat berkuasa keatas jentera kerajaan. Budaya politik lama yang dibawa oleh UMNO-BN perlu diubah walaupun ia memakan masa yang panjang.

Perubahan struktur pemerintahan negara perlu dibuat untuk mengurangkan "politiking kepartian" yang melampau sebagaimana perubahan yg telah dan sedang dibuat di Indonesia, Thailand sebagai contoh terdekat.

Wallahualam......awang batuburoknoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-58814504561370602472014-10-29T18:49:50.788+08:002014-10-29T18:49:50.788+08:00Saya setuju pendapat org cina tidak akan kembali p...Saya setuju pendapat org cina tidak akan kembali pd bn.

Apa Umno perlu buat ialah beri segala kemudahan pd org melayu spt biasiswa, pengecualian bayaran ptptn, pendidikan percuma, subsidi petrol, brim yg lebih tinggi, dividen lbh tinggi utk asb, diskaun 25% utk rumah pertama dll.

Saya yakin melayu akan kembali bersatu bwh Umno.Hidup Melayunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-50706520496946767942014-10-29T12:37:37.466+08:002014-10-29T12:37:37.466+08:00Salam Tok...
Saya setuju...
Anwar menang atau ka...Salam Tok...

Saya setuju...

Anwar menang atau kalah di mahkamah... UMNO/BN tetap kalah...

Yang tinggal cuma macam mana nak "minimise" kesan kekalahan itu...

Sekian.Zaaba Anak Sarawaknoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-44651966220046774032014-10-28T23:34:04.469+08:002014-10-28T23:34:04.469+08:00Datuk..
Samaada Anwar didapati bersalah atau tid...Datuk..

Samaada Anwar didapati bersalah atau tidak, sebenarnya perbicaraan kes Anwar ini dari liwat I dan liwat II telah mewujudkan kepercayaan bahawa konpirasi politik telah berlaku terhadap Anwar.

Apa tidaknya pada liwat I ada saksi utama yang mengaku tidak diliwat tapi esoknya mengaku diliwat, kondo yang belum siap tapi sudah jadi tempat tinggal.. liwat II pula bapa Saipul buat akuan bersumpah anak tidak diliwat kemudian tarik balik, macam main-main.. Saipul sendiri tidak berak 3 hari.. DNA terlebih masa masih boleh terima..

Yang jelas sekarang samaada Anwar masuk penjara atau tidak BN tak dapat untung.

T kasih Tok..Timbangtaranoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-29035691448304858152014-10-28T21:57:27.099+08:002014-10-28T21:57:27.099+08:00Pak Teh Omar
"Kita yang ramai...". Ahli...Pak Teh Omar

"Kita yang ramai...". Ahli UMNO hanya 3.5 juta orang. Ini termasuk bumiputra bukan melayu dan bukan Islam di Sabah dan sedikit masyarakat siam di sekitar Kubang Pasu, Kedah. Sedang jumlah orang melayu 20 juta orang.

Hakikat yang ada hari ni, kita dah xramai. Kita dah makin menyusut. Orang muda yang ada pelajaran dah xmau kita. Tengok kualiti anak muda yang ada dengan kita - nak buat balaci kacau dan huruhara ceramah pembangkang boleh la.

Buat celikkan mata Pak Teh Omar...tengok keliling. Dunia hari ni dah lain. Yang Pak Teh Omar kata kita ghamai tu hanya dalam fikiran Pak Teh je.bat8https://www.blogger.com/profile/07719974079232163981noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-32041357902444365502014-10-28T18:12:54.673+08:002014-10-28T18:12:54.673+08:00Bila kita dah tak Ada kuasa tok...semua Akan lari ...Bila kita dah tak Ada kuasa tok...semua Akan lari Dari kita...

Dulu semasa tun Mahathir jadi pm .. 3000 orang tunggu Di airport .. La ni majlis tahlil pun tak penuh...
Salamzainal abidin awang kechikhttps://www.blogger.com/profile/02324115666928639745noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-24140137448661741162014-10-28T17:57:59.119+08:002014-10-28T17:57:59.119+08:00Salam Dato.
Point 5...'Umno dan BN bergantung...Salam Dato.

Point 5...'Umno dan BN bergantung
pd Melayu.....Lupakan undi Cina....bagilah apa pun org Cina......"

TEPAT SEKALI.

Tetapi ketua2 Melayu kita telah hilang punca dan sentiasa saja menaruh harapan agar Cina kembali 'menyayangi' kita.

Apa yg sy lihat...ketua2 Melayu kurang celek...kurang cerdik dan kurang berfikir dan tidak mahu melihat pd hakikat dan realiti sebenar.

Ketua2 Melayu masih didlm 'denial mode'....masih tidak dpt menerima hakikat...bahawa sudah smpai masa kita mesti mencari jln keluar dari kemelut 'Kerajaan BN dibawah ketua Melayu' yg dilihat tidak berkelayakan dan dipersoal sentiasa.

BN mesti melakukan yg terbaik dan berada dilandasan yg betul sentiasa dlm mentadbir negara tetapi juga tidak terlalu berkompromi dan selalu apologetik terutama pd kaum yg tidak berminat mahu bekerjasama dan cuma pentingkan diri sahaja.

Umum tahu memerintah atau mentadbir negara adalah suatu kerja yg berat dan besar (serious matter)...lebih2 lagi seperti Malaysia dimana rakyat berbilang kaum.

Ketua2 perlu tegas dan berani serta ikut pd apa dasar yg telah dipersetujui dan terima hakikat bahawa tentu ada kumpulan2 atau parti2 tertentu yg tidak akan bersetuju dan sentiasa menentang.

Tetapi jika ada kumpulan dan parti yg sudah melampau dan membangkang semuanya..dan dgn lantang berkata mahu menguling kerajaan pula.....ini sudah dikira Pelampau bukan lagi Pembangkang.

Ini yg kita lihat dari PR dewasa ini....terutama dari DAP.

Bilamana BN mengharap Cina kembali menyokong...ia seperti perpatah lama...'hidung tak mancung pipi tersorong2'.....terheggeh2 menaggih entah apa2 dari kaum yg tidak lagi bagi 'pot' pd kita.

Ketua2 Umno yg kita pilih mestilah bijaksana...malah kalau perlu menilai semula...tentang apa yg telah kita persetujui semasa mendapat kemerdekaan dulu dan juga apa yg telah tertera didlm Perlembagaan selepas itu.

Umum tahu kerajaan BN yg didokong oleh Umno telah melakukan yg terbaik untuk semua kaum....berkongsi segalanya...tetapi permintaan org Cina terutama DAP tidak ada penghujung ..org Melayu yg penduduk majoriti negara kini jauh ketinggalan didlm ekonomi...bagaimana pula?

Justeru itu...selepas GE 13...Najib sendiri bertanya..'Apa lagi Cina mahu'.

Sebab topik ini mengenai Anwar....sy percaya.....buat Anwar yg kemaruk kuasa terlampau isu2 ini tidak penting....yg penting dia nak jadi PM......DAP dan Pas cuma sbg 'political ally' sahaja...persepakatan mereka cuma 'perkahwinan' (marriage of convenience) semata...untuk menjayakan agenda peribadi.

Semasa didlm Umno...dia yg paling lantang menghentam Dap dan Pas...tetapi selepas menubuh Pakatan Rakyat....1001 mcm pasal BN terutama Umno semuanya tak betul belaka.

Sebab itu ramai berkata bahawa dia seperti seekor sesumpah....boleh bertukar warna bila2 masa sahaja.

BOLEH PAKAIKAH ORG YG BEGINI?

LAYAK MEMERINTAHKAH?

Seperti dulu lagi....sy tidak nafikan bahawa Umno..masih relevan untuk org2 Melayu....tetapi ketua2 yg memegang kuasa CUKUP MENGECEWAKAN.......hata memberi kesan besar pd semua rakyat.

Inilah isu sebenar ...kerajaan kini lemah......tetapi mempercayai org seperti sesumpah ini memerintah..
.. lebih lagi BAHAYANYA.

Memang dia telah lama dlm arena politik negara....dan juga telah lama mencorak landskap politik negara sejak keluar penjara.....tetapi mengharapkan yg terbaik atau sama dgn apa yg negara telah lakukan sekian lama dari Anwar?
...bagi sy baik menyuruh tikus memperbaiki labu sahaja.

Hebat bercakap bolehlah...berkerja?

Belum tahu bro...

Dlm Umno pun ramai juga begini.

Tong kosong....selalu kuat gemanya!!!.

Terima kasih.

mshnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-35804609636841826212014-10-28T14:35:32.446+08:002014-10-28T14:35:32.446+08:00Datuk, hakikatnya gajah sama gajah berjuang peland...Datuk, hakikatnya gajah sama gajah berjuang pelanduk juga yang mati di tengah-tengah.

Pemimpin bercakaran sesama sendiri, rakyat jelata juga yang merana terseksa.

Anwar, Hadi dan Mohd Najib bertelagah, orang Melayu akhirnya yang terpinggir tercicir.

Tanah ini Tanah Melayu, tetapi orang Melayunya layu.

Anwar kalah, simpati yang diterima PR akan bertambah berkali ganda kerana dari awal lagi sudah dicanangkan yang sistem kehakiman kita tak adil, anwar difitnah, politik Anwar mahu dibunuh dan macam-macam lagi.

Anwar menang, keyakinan pengundi kepada PR akan bertambah berkali ganda kerana terbukti benarlah tuduhan-tuduhan mereka terhadap kerajaan, Umno dan sistem kehakiman selama ini.

Sebab itu saya berpendapat penyokong PKR/PR dan Umno/BN perlu baca dan kaji tulisan-tulisan The Scribe mengenai orang Melayu dan politik Melayu.

Apabila Datuk Kadir Jasin kritik Mohd Najib, jangan marah membabi buta. Apabila Datuk Kadir Jasin tegur Umno, jangan dihentam dia ikut suka.

Dalam pilihan raya lepas undi popular BN menurun manakala undi popular pembangkang naik. Apakah maknanya itu?

BN menang bukan kerana ia kuat, tetapi kerana PR masih gagal mempengaruhi orang Melayu sepenuhnya. Undi PR pula bertambah bukan kerana ia kuat, tetapi kerana BN lemah.

Ayuh Umno, bangkitlah. Lakukan perubahan kerana mahu terus memerintah. Jangan tunggu lama untuk kumpul semangat baru. Setahun sudah berlalu. Kita tidak ada banyak masa untuk berkhayal.

Kuasa di tangan anda. Ya, anda yang di bawah, termasuk saya. Kita yang ramai, yang tidak ada apa-apa inilah yang boleh menumbangkan pemimpin-pemimpin di atas yang sedang dikhayalkan oleh wang dan kuasa.

Salam.Pak Teh Omarnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-86843226795354573062014-10-28T08:19:28.524+08:002014-10-28T08:19:28.524+08:00AsSlm wrh wbt Datuk,
Kita perlu juga lihat pengar...AsSlm wrh wbt Datuk,

Kita perlu juga lihat pengaruh negara China sebuah kuasa besar ekonomi dan rakan dagang terpenting negara dalam menguruskan orang-orang China M'sia. Ini termasuk negara India yang jelas terus menjadi penjaga kepada bangsanya di seluruh pelusuk dunia.

Seriously it is going to be a very tight balancing act Kawanlamahttps://www.blogger.com/profile/14395779873508229673noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-17188147944124749592014-10-28T08:13:57.857+08:002014-10-28T08:13:57.857+08:00Apajua keputusannya, yang menjadi pertaruhanan ket...Apajua keputusannya, yang menjadi pertaruhanan ketika ini adalah imej sistem kehakiman negara.

Dari aspek kepimpinan, kedua-dua pihak akan terus bekerja keras untuk rakyat, masa depan negara akan lebih terjamin dan makmur.Kawanlamahttps://www.blogger.com/profile/14395779873508229673noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-22732614781998143132014-10-28T07:45:17.646+08:002014-10-28T07:45:17.646+08:00Para pembahas dimualiakan,
1. Saya tidak berkata ...Para pembahas dimualiakan,

1. Saya tidak berkata Anwar akan jadi PM atau tidak kalau PR rampas Dewan Rakyat. Masalah utama PR adalah calon PM yang sesuai. PKR dan DAP pasti alu-alukan Anwar tetapi PAS tak begitu pasti. Sebab itu saya kata, PR perlu melihat melepasi Anwar kalau ingin memerintah Malaysia.

2. Berkenaan bala, balasan dan izin Allah itu di luar kuasa kita. Kita hanya mampu melakukan yang terbaik, berdoa dan mengharapkan keredaanNya. Sekarang pun banyak bala, balasan dan macam-macam perkara yang mengazabkan berlaku bertimpa-timpa. Pemimpin kita wajib melihat ke dalam diri sendiri dan bertanya mengapa banyak sangat kejadian buruk menimpa kita.

3. Anwar bercita-cita besar. Mungkin itulah kenyataannya. Dan ketika dalam Umnolah cita-cita itu menjadi obsesi kerana Umnolah mengagungkan beliau sehingga menyamakan beliau dengan Dr Mahathir dan menyebabkan penyokong beliau berasa sudah sampai masa menjatuhkan Mahathir.

4. Pokok pangkalnya kalau Umno dalam keadaan sekarang, PR akan naik bukan kerana ia kuat atau Anwar popular, tetapi kerana orang Melayu semakin tidak yakin kepada kepemimpinan Umno dan kerajaan yang ada sekarang.

5. Umno dan BN bergantung kepada Melayu/Bumiputera. Lupakan undi Cina. Bagilah apa pun, orang Cina mustahil kembali menyokong BN. Hatta Cina kaya dan Cina kapitalis pun sudah ada sebelah kali dalam PR melalui DAP.

Terima kasih.
A KADIR JASINhttps://www.blogger.com/profile/05865106109792000636noreply@blogger.com