tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post7588756437660411422..comments2024-02-02T18:26:56.123+08:00Comments on The Scribe A Kadir Jasin: Dilema Pengundi Melayu Dalam PRUA KADIR JASINhttp://www.blogger.com/profile/05865106109792000636noreply@blogger.comBlogger86125tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-27716627800879204592012-01-05T23:32:24.725+08:002012-01-05T23:32:24.725+08:00pada sy pengundi melayu kalu tul x terpengaruh nga...pada sy pengundi melayu kalu tul x terpengaruh ngan propaganda dari media kerajaan seperti syarikat saudara penah bekerja semesti tidak mengalami suatu proses dilema...dgn yakin ngan keputusan yg dibuat dari kacal mata sendiri.....sy berharap pengundi melayu dlm pru 13 kelak leh wat keputusan yg bijak tanpa terpengaruh ngan aturcara dan penyampaian terutama dari karangan2 suratkhabar perdana...suka sy tngk bila org semakin hari mempertikaikan karangan2 dari suratkhabar utama dan media massa lain...ni menunjukan bahawa suatu revolusi baru yg menuju ke arah positif...melayu oh melayu....mngkn kesan dari pembinaan negara bangsa kot....rulnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-1319724417070313362012-01-05T20:02:24.666+08:002012-01-05T20:02:24.666+08:00a,kum...hassan ali org mcm saudara gak.....berkerj...a,kum...hassan ali org mcm saudara gak.....berkerja dlm sektor melibat kerajaan lepas tu beliau masuk dlm politik..bezanya saudara tidak masuk dlm politik...mngkn saudara rasa selesa berbanding ngan petani kat negeri saya kedah kot..tp x pa tu bukan isunya...semestinya bila masuk dlm organisasi parti tidak saMpai 30 thn tak perlu la tunjuk ketidakpuasan hati dengan tidak menggunakan cara dlm parti tersebut....heiii salah tindakan tu....ini parti, lain dari mengurus atau mengarah sesuatu organisasi dlm kerajaan....ni pemikiran yg dihasilkan...tindakan tu bg saya tidak menggambar perjuangan yg jelas...kalu tidak berpuashati jgn la guna saluran dari musuh tul tak saudara...kalu tidak berpuashati secara ilmuan yg mempunyai iktisas tertinggi bagi saya bersabo la...mngkn tindakan tul tp bukan sekarang dan bukan saluran media dari musuh.....sy pun petani gak..rulnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-49252643317548126852012-01-05T16:39:12.794+08:002012-01-05T16:39:12.794+08:00Dato', Pas memang bercakap tentang islam dari ...Dato', Pas memang bercakap tentang islam dari dulu sehingga sekarang.Itu adalah agenda utama mereka. Kalau orang melayu inginkan islam cara pas, sudah lama pas memerintah. Tapi itu cakap saja dan mereka tidak banyak lakukan untuk membuktikan bahawa mereka betul-betul serius dalam dari segi pelaksanaan. Umno dilihat dan dikaitkan dengan berbagai perkara tidak baik. Banyak isu salah guna kuasa dan dan korupsi di laungkan oleh pembangkang walaupun bukan semuanya betul. Jadi umno perlu berani membuat perubahan ini bagi mengekalkan sokongan rakyat kepadanya. Kekalahan Umno di beberapa negeri dalam PRU12 adalah kerana isu-isu buruk yang dimainkan pembangkang.Dan kita boleh lihat yang mengundi pembangkang adalah golongan yang dulunya menyokong umno telah tidak menyokong umno. orang melayu sepatutnya berfikir bahawa dengan memberi undi kepada PR, dan mengharapkan Pas boleh mertabatkan islam dengan lebih baik adalah satu kesilapan kerana Pas awal-awal lagi sudah mengalah dari segi prinsip menegak negara islam.Belum pun lagi memerintah negara sudah bertolak ansur dalam prinsip perjuangan. Ini dilihat DAP sebagai satu kemenangan moral kepada mereka. Sedangkan DAP tidak pernah berganjak dalm soal negara islam. Sekurang-kurangnya umno masih kekal dari segi perjuangannya walaupun ada banyak kelemahan yang perlu di baikki. Umno juga sudah dapat satu gegaran untuk terus berubah dan seneitif terhadap semua kerisauan dan kepincangan yang di suarakan oleh orang melayu.change before you have to. control your own destiny or PR will control you.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03550305562047003999noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-58900298167626856432012-01-01T10:06:12.329+08:002012-01-01T10:06:12.329+08:00Sdr aboudiabyydoo
"Ya, ramai pemimpin UMNO j...Sdr aboudiabyydoo

"Ya, ramai pemimpin UMNO jelik, tapi masih ada yang boleh pakai. Oleh itu saya masih akan undi UMNO, terutama bila lihat bagaimana PAS dan melayu PKR senang-senang boleh gadai semua hatta kalimah Allah sekalipun untuk undi."

Jika sdr tak keberatan boleh sdr sebutkan nama2 pemimpin UMNO yang masih boleh pakai?sajihttps://www.blogger.com/profile/06466096266299862279noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-20696451488517969542011-12-30T21:46:25.499+08:002011-12-30T21:46:25.499+08:00Buat masa ni saya & majority rakan2 di office ...Buat masa ni saya & majority rakan2 di office (Sgor) masih memilih PR sebagai pemerintah & diharap dpt diteruskan hingga ke Putra Jaya selepas PRU13, insyALLAH.

Saya ambil satu contoh yg paling mudah saje la perbezaan antara pemerintahan BN & PR (dari segi kroni & pembaziran)yg mana saya orang2 terutama di Shah Alam bole nampak iaitu mengenai lanskap setiap bulatan setiap jalan.. Semasa BN memerintah sy rasakan 3-6bulan ada saje kerja2 langkap yg membazir dilakukan...

Pemerhati BiasaAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-33449989027638604182011-12-30T16:43:09.433+08:002011-12-30T16:43:09.433+08:00Salam Dato’
Semalam diberi satu pendapat
hari ini...Salam Dato’

Semalam diberi satu pendapat
hari ini ada pantun penamat
undilah UMNO langkah tepat
perpaduan Melayu jalan matlamat

Langkasuka layari kuasa
buih ombak kemudi binasa
alangkah duka berperibahasa
memilih tidak menjadi mangsa

Pilihan aku bertema lama
bulan bintang itulah nama
kasihan Melayu sama ugama
jalan bertentang salah selama

Mendidih darah sumpah pendita
jejari nan cerah bersendi sengketa
bertindih marah tumpah merata
jauhari pimpinan bermandi nesta

Jendela cendala pintu dewata
bahasa tepat pantang selari
cerca mencela bersatu kita
kuasa berlipat datang sendiribulanhttps://www.blogger.com/profile/05810156996571741874noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-73667235371318212132011-12-30T16:21:13.142+08:002011-12-30T16:21:13.142+08:00Assalamualaikum pak Kadir..
Inilah mase untok Pas...Assalamualaikum pak Kadir..

Inilah mase untok Pas bertegas, dalam memperkasekan kekuatan orang Melayu,UMNO/Pas saling memerlukan itulah realitinya, mereke boleh saling lengkap melengkapkan.

Nampaknye Pas begitu angkuh dan tidak mengendahkan lambaian tangan yang pernah dihulurkan kepadanya.Pas sepatutnya menyedari kekuatan UMNO, dan mereka seharusnya cepat/cerdik mengambil kesempatan.(Bukan bermaksud untok menidakkan UMNO,tetapi harus menjadi teman yang perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh UMNO).

UMNO bukanlah sebuah parti yang akan hilang pengaruhnya tanpa Pas.azmanhttps://www.blogger.com/profile/11459424665499629990noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-90702768113085766012011-12-30T16:20:10.246+08:002011-12-30T16:20:10.246+08:00Assalamualaikum pak Kadir..
Tinta Hitam.
Penyata...Assalamualaikum pak Kadir..

Tinta Hitam.

Penyataan anda terhadap UMNO dan orang Melayu sangat tidak wajar..sewajarnya saye menyarankan supaya anda muhasabah diri banyak banyak, dan saye medoakan semuga anda diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah..aminnnazmanhttps://www.blogger.com/profile/11459424665499629990noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-75842189193445925532011-12-30T09:05:49.666+08:002011-12-30T09:05:49.666+08:00Salam Dato’ A Kadir Jasin
Rasulullah mula-mula hi...Salam Dato’ A Kadir Jasin

Rasulullah mula-mula hijrah ke Madinah terus buat Masjid Quba. Di Kedah pulak, rakyatnya baru hijrah kpd kerajaan baru, mereka dah sebok nak robohkan madrasah sebab sebok nak buat shopping complex. Lepas tu, ‘rigid’ sangat sampai org nak bagi cadangan sedikit ‘alteration’ pun tak nak dengar. Nasib badanlah org Kedah ye Dato’. Tapi tak tahulah kalau sesetengah pihak yg buat-buat lupa kisah hijrah Rasululllah kot !!!

Nampaknya, isu Dato’ Hassan Ali makin panas. Harakah lapor lain, Malaysia Insider lapor lain. Agak-agaknya siapakah yg berkata DUSTA ye??? Sebabnya, dalam surah Al Munaafiquun, salah satu ciri munafik adalah yg suka berkata DUSTA.

Kalau dulu ada nabi Tok Guru, sekarang dah ada pulak imam yg disamakan dgn Imam Mahadi. Yg peliknya, imam tersebut juga dikaitkan dgn pelakon utama video sex yg 99% disahkan tulen tu. Teruk!teruk! ustaz sekarang. Hai!!!! kalau macam inilah standard ustaz sekarang, habislah sesat anak-anak murid. Patutlah benda pelik-pelik terjadi. Sekian TQ.OKJhttps://www.blogger.com/profile/08067508598377041039noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-16243662112449942412011-12-29T11:19:06.327+08:002011-12-29T11:19:06.327+08:00Dato'.
Pasai apa dalam masyarakat melayu, per...Dato'.

Pasai apa dalam masyarakat melayu, perbezaan politik boleh jadi perpecahan.

Pasai, pemimpin UMNO yg ada terlalu takut kuasa jatuh. Justeru di bikin kan suasana yg tidak baik jika rakyat tidak mahu memihak pada UMNO. Walhal, kalau naik parti lain pun yang menjalankan tugas adalah kakitangan kerajaan yang sama.

Kata nak jadi negara maju, tapi pasai apa tak mau contohi kematangan berpolitik negara maju? Kempimpinan silih berganti tapi takdak masalah pun.

Ini tidak, parti pembangkang diibarat seperti parti haram. Hak mendapat bantuan untuk rakyat melalui Adun/MP parti lawan dinafikan. Macamana tak timbul suasana yang tegang dalam orang melayu berpolitik!mtgbertamnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-13115784193515102122011-12-28T22:09:34.642+08:002011-12-28T22:09:34.642+08:00Datuk,
JIka melayu UMNO kalah dlm PRU13,melayu la...Datuk,

JIka melayu UMNO kalah dlm PRU13,melayu lain yg akan menang..Negara ini tidak memerlukan UMNO lagi.Malahan pd saya lagi lama UMNO berkuasa semakin byk sial majal yg akan menimpa org org melayu.Dibwh pemerintahan UMNO tiada suatu pun yg org org melayu capai samada dunia atau pun akhirat.Remember that "any failures,it should be the leaders be blamed first"..Tinta Hitamhttps://www.blogger.com/profile/17340464900624603837noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-88474121606375475742011-12-28T18:11:23.849+08:002011-12-28T18:11:23.849+08:00Pada pendapat saya dato, demokrasi sebenarnya sesu...Pada pendapat saya dato, demokrasi sebenarnya sesuai untuk negara maju sahaja. Untuk negara level macam kita dan kebawah, sesuai sistem beraja sahaja.

Jadi tiada pertelingkahan politik, masa dihabiskan dengan fokus untuk membangunkan negara, bangsa dan agama. Contoh macam Arab Saudi dan UAE. Ya, memang ada sikit kelemahan itu ini, tapi yang baiknya pun banyak.

Negara kaya macam UAE atau ArabSaudi, duit disalurkan terus kepada rakyat. Raja pun dah terlebih kaya, dah tak mahu sangat duit. Tukang cop passport pun boleh dapat gaji 5 angka. Jadi kadar jenayah tiada, rasuah pun hampir pupus. Raja mereka pun risau kalau tidak puaskan hati rakyat, rakyat memberontak, nanti hilang kuasa. Maka hasilnya negara yang moden, makmur dan sejahtera.

Apa kata dato?

yg benar
melayumajuAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-39757084566109835632011-12-28T12:14:28.633+08:002011-12-28T12:14:28.633+08:00SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,
Pak Hj JB a...SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Pak Hj JB antara lain berkata,

Melayu dan Islam sama kuat tarikannya kepada kebanyakan orang Melayu kerana menjadi Melayu bermakna menjadi Muslim.

Salam kasih sayang Pak HJ JB,

Izinkan kami menempel sedikit, Sdr yang dimuliakan.
...dan menjadi Muslim bermakna menjadi Muhammad dan menjadi Muhammad bermakna menjadi umat NABI MUHAMMAD S.A.W. bermakna BERJIHAD diatas landasan ISLAM yang BENAR dan BERKIBLAT kepada KA'ABA yang SATU dan BERSERAH kepada YANG MAHA ESA, ALLAH SWT...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Umat ADAM berupa2, Umat MUHAMMAD berwajah serupa.
Yang tersurat itu Pengetahuan, Yang tersirat itu Ilmu. wallahualam.samurai melayuhttps://www.blogger.com/profile/14656567999745023052noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-33062096341553977772011-12-28T09:12:26.376+08:002011-12-28T09:12:26.376+08:00Assalamualaikum,
Tidak timbul langsung walau seto...Assalamualaikum,

Tidak timbul langsung walau setotet dilema pun kepada pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum di negara kita Malaysia ini, jika pengundi itu seorang Islam yang kental serta tepu imannya terhadap Allah SWT.

Pilihan mereka hanyalah PAS, Parti Islam Se-Malaysia.

Saya cukup yakin, apabila PAS mempunyai suara dalam pengurusan dan pentadbiran negara, lebih-lebih lagi apabila PAS memiliki kuasa penuh, PAS pasti
berpegang teguh dengan hasrat dan matlamat menjadikan Malaysia 'baldatun toyyibatun warabbun ghofur".

Aspek yang menjadi keprihatinan DAKJ, iaitu tentang hala tuju Bahasa Kebangsaan negara kita atau bahasa Melayu yang tidak dipedulikan langsung oleh UMNO, insya-Allah pasti akan mendapat pembelaan yang serius oleh PAS hingga akhirnya bahasa Melayu dijulang tinggi serta dimartabatkan semulia-mulianya.

Pada masa ini, bahasa Melayu berada dalam keadaan cacamarba yang melampau dari segi tatabahasanya yang murni. DAKJ boleh perhatikan, tiada seorang pun pembahas blog DAKJ ini yang bahasa Melayunya sebaik bahasa Melayu DAKJ.

Hanya beberapa orang daripada mereka yang dapat menguasai bahasa Melayu dengan agak baik, manakala sebahagian besarnya mengamalkan bahasa Melayu yang punah-ranah.

Demi kemurnian, kemantapan dan kepersisan bahasa Melayu, saya sedia membantu kerabat DAKJ, walaupun saya hanya seorang pemantau bahasa Melayu. DAKJ mungkin boleh menganjurkan satu pertemuan antara kita.

Wassalam. Tolong maafkan saya.Yangretibasenoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-36429316342550224132011-12-28T09:12:01.730+08:002011-12-28T09:12:01.730+08:00Salam Datuk,
Secara seriusnya orang Melayu kena b...Salam Datuk,

Secara seriusnya orang Melayu kena bertanya apakah sudah cukup lama mereka memerintah negara sendiri selama 54 tahun? Sudah lupakah sejarah silam yang menyaksikan bangsa mereka dijajah, dihina dan tindas oleh bangsa asing? Adakah negara lain didunia selain dari Malaysia yang dihuni dan diperintah oleh bangsa sendiri? Apakah nasib agama jika kuasa pemerintahan diambil oleh orang lain? Sudah buta mata dan hatikah mereka jika tidak dapat melihat contoh dan keadaan negara lain yang diperintah oleh orang yang bukan sebangsa dan seagama?

Hanya pengkhianat dan pembelot saja yang tidak akan memperdulikan nasib anak bangsanya sendiri demi meraih keuntungan peribadi dan untuk melunaskan dendam kesumat, irihati dan kebencian melampau pada orang lain yang memegang tampuk kuasa walaupun golongan tersebut adalah sebangsa dan seagama dengannya...

Pada saya orang Melayu tidak ada alternatif selain dari terus mengundi parti yang telah banyak berjasa dari bermulanya merdeka hingga ke hari ini...dari menggadaikan masa depan anak cucu mereka kepada golongan pengkhianat dan pembelot yang tidak kisah atau peduli jika mereka diperguna dan diperkudakan oleh golongan yang sememangnya mahu melihat sejarah malang bangsa Melayu berulang kembali.. .

Amat malang sekali jika perkembangan politik sekarang ini tidak dapat membuka mata dan hati orang Melayu secara keseluruhan nya dan lebih malang lagi jika Melayu sememangnya mudah lupa...

JimizulAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-70413247226979397432011-12-28T07:32:22.907+08:002011-12-28T07:32:22.907+08:00Heran bin takjub apabila membaca:
http://thestar....Heran bin takjub apabila membaca:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/27/nation/20111227133928&sec=nation

Muhyiddin: Claims that aide received bribes will be investigated

SHAH ALAM: Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said claims that one of his aides has been receiving bribes will be investigated by his office.

"I will look into this. Whatever that is said to be linked to me, I will look into. Until then, I will not comment further on it," he told reporters at the Universiti Teknologi Mara (UiTM) campus in Puncak Alam here Tuesday...According to annonymous blogger, the whistleblower711, the aide had been receiving "a steady contribution" from a company amounting to about RM160,000 since early last year.

Ini adalah satu lagi dilema pengundi Melayu - dan bukan Melayu - dalam PRU.

Paguh pun kata MACC tidak boleh diharap mahupun dipercayai melainkan orangnya sendiri - tahniah.

Patutlah Paguh tidak akan jadi PM tetapi boleh jadi macam Sheriff Scotland.

Dan ada pada PRU13 BN menang 143 kerusi Parlimen sahaja dan Perlis dimenangi PR -adjeeb dan harapnya dikabul tuhan.

Rob RoyAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-89500073960802361332011-12-27T20:22:47.044+08:002011-12-27T20:22:47.044+08:00salam,
(1) FELDA listing ini mcm kes SIME-DARBY li...salam,
(1) FELDA listing ini mcm kes SIME-DARBY listing jgak, yg buat duit ialah tokey bank2 saudagar, insider, politician yg rembat pink form, cronies, DLL yg seangkatannya. Selepas listing SIME-DARBY, terguling2 SIME-DARBY rugi & skrg kita bleh nampak SIME DARBY merangkak-rangkak utk bangkit semula. Problem MAS dari dulu, kini & selama2nya menghakis dana negara, x lama lagi Iskandar Region akan meletop, bos2 kat KHAZANAH tanpa segan-silu berpakat merencanakan business dgn HARTA NEGARA utk mengaut keuntungan peribadi. Semuanya x ikhlas demi AGAMA, NEGARA & BANGSA. Semuanya ini kerana darjat ISTIMEWA KETUANAN MELAYU.

(2) Bagi saya DARJAT KETUANAN MELAYU ini hanyalah propaganda yg tidak bernilai langsung di dunia GLOBAL hari ini. Bangsa MELAYU x akan mampu mengharungi GLOBALISASI sekiranya berdiri atas konsep KETUANAN MELAYU sahaja, tetapi sekiranya kita berdiri di atas paksi BANGSA MALAYSIA, kita akan (insya'ALLAH) mengharungi & berjaya mengatasi badai GLOBALISASI ini.

Semoga ramai lagi bangsa MELAYU akan sedar bahawa KETUANAN BANGSA MALAYSIA adalah lebih utama dari ketuanan melayu dlm meneruskan kelangsungan hidup di alam GLOBALISASI.sanihttps://www.blogger.com/profile/09627609867072659641noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-68126864444945255972011-12-27T18:47:02.750+08:002011-12-27T18:47:02.750+08:00Dato Kadir yg dihormati.
Secara umumnya selepas P...Dato Kadir yg dihormati.

Secara umumnya selepas PRU 2008 kita dapat simpul kan beginilah;

1.Barisan MT UMNO lemah.
2.Barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia lemah
3.Barisan EXCO Wanita UMNO Malaysia lemah.
4.Barisan EXCO Wanita UMNO Malaysia lemah.
5.Barisan EXCO Puteri UMNO Malaysia lemah.
6.Barisan UMNO Negeri-Negeri lemah.
7.Barisan UMNO Bahagian-Bahagian lemah.
8.Barisan UMNO Cawangan lemah.

Bukan lemah wang ringgit.Lemah dari segi semangat juang.Lemah dalam gerakkerja sebagai sebuah parti yang sedang mendapat tentangan hebat parti lawan.

Pagar makan padi pun ada.Rakyat pun nampak apa yang mereka kejar.

PRO umnoAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-64259229535541948052011-12-27T16:13:49.238+08:002011-12-27T16:13:49.238+08:00Salam Dato'
‘Situasi yang ideal bagi orang Me...Salam Dato'

‘Situasi yang ideal bagi orang Melayu, kalau mereka peduli atau mereka sedar betapa rapuhnya kedudukan mereka di bumi Malaysia ini, ialah melalui perpaduan bangsa dan agama. Malangnya bagi orang Melayu, politik bererti perpecahan.’ - oleh Dato'

Melayu Oh! Melayu, sedarlah dari awal lagi Melayu telah dipecah-pecahkan oleh British tetapi kesedaran dan semangat Melayu telah bersatu kuat didalam UMNO dan berjaya pula menyatu padukan bangsa-bangsa bukan Melayu didalam BN. Berkuasalah Melayu sehingga ke hari ini.

Sekarang lain pula, Melayu bukan saja tak sedar diri, tiada semangat kemelayuan malah lemah dan kemaruk pula undi-undi dari kaum bukan Melayu. Bolehkah Melayu berkuasa? Sedangkan kuasa itu memerlukan kekuatan buat manusia yang berbangsa-bangsa dan berugama bagi menjaga bena negaranya sendiri. Bangsa dan ugama yang mempunyai kuasa kekuatan akan selalu berada dalam kedudukan baik dan dihormati. Tanpa kekuatan, manusia tidak boleh menjaga diri sendiri, keluarga dan tanah tumpah darah nenek moyang yang ditinggalkan zaman berzaman sebagai tempat kediaman terpelihara demi bangsanya di dunia.

Banyak juga negeri yang bertukar tangan kekuasaannya kerana bangsa setempat itu tidak mempunyai kekuatan ilmu senjata pertahanan seperti bercakap, bertindak, bersatu, berbincang untuk melawan kedatangan musuh yang datang secara terang atau senyap. Bangsa yang tidak kuat tidak boleh berkuasa kerana bangsa ini banyak yang suka menjadi pengkianat dan pak turut atau ‘puppet’ semata-mata.bulanhttps://www.blogger.com/profile/05810156996571741874noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-55768080033788771632011-12-27T15:16:08.643+08:002011-12-27T15:16:08.643+08:00siapa org melayu sebenarnya?
jawa johorsiapa org melayu sebenarnya?

jawa johorAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-79705954151781921672011-12-27T12:56:16.440+08:002011-12-27T12:56:16.440+08:00Bagi saya begini Datuk.
Sekiranya DS Shahrizat ad...Bagi saya begini Datuk.

Sekiranya DS Shahrizat ada unsur salah guna kuasa dan tidak dapat balasan dunia, balasan Akhirat tidak boleh dielak. nanti jawab sendirilah dengan Allah.

Begitu juga sesiapa pun yg memerintah hatta Hj Najib sekalipun, jika ada kamu buat salah samada korupsi atau apapun, kamu jawab sendiri dengan Allah.

Tapi saya tetap akan undi UMNO, kerana UMNO sebagai sebuah organisasi, ialah satu-satunya organisasi yang paling kuat mampu pertahankan hak-hak orang Melayu sekaligus Islam di bumi Malaysia ini.

Tentang PAS, kekuatannya dalam PR tak sampai 50 persen kekuatan UMNO dlm BN. Orang Islam PKR langsung saya tak harap.

Hak-hak kita bila sudah diberi tak boleh diambil balik. Contohnya jika diskaun 7-10% harga rumah Bumi dimansuhkan oleh PR yang memerintah, maka sampai bila-bilalah benda tu mansuh walaupun BN menang semula lepas kalah.

Begitu juga bajet bina dan selenggara masjid dan kemudahan Islam yang memihak Melayu sekarang ini, hak masuk sekolah asrama, uni dan hak biasiswa yang memihak Melayu sekarang ini, pemberian lesen dan kontrak dari sekecil penjaja pada korporat berbilion yang memihak Melayu sekarang ini, pemberian sabsidi, geran, bantuan pertanian, tanah Kerajaan, dan berjuta lagi yang memihak Melayu sekarang ini.

Ya, ramai pemimpin UMNO jelik, tapi masih ada yang boleh pakai. Oleh itu saya masih akan undi UMNO, terutama bila lihat bagaimana PAS dan melayu PKR senang-senang boleh gadai semua hatta kalimah Allah sekalipun untuk undi.

Wallahualam.

www.aboudiabydoo.blogspot.comaboudiabydoohttps://www.blogger.com/profile/08537687486552631709noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-20281198190863392012011-12-27T08:36:05.267+08:002011-12-27T08:36:05.267+08:00Y.Bhg Dato' Kadir@ Masaalah politik Melayu sem...Y.Bhg Dato' Kadir@ Masaalah politik Melayu semakin kusut.PAS pun sama macam UMNO. Pemimpin mula bercakaran bila sudah ada kuasa memerintah dari Majlis Dairah sampai ke Dewan Negeri.Banyak jawatan politik berelaun bulanan tetap boleh diisi. Setengahnya tak perlu lagi berceramah kehulu kehilir kerana rezeki melimpah ruah. Peluang dapat kontrak sudah banyak dari kutip sampah sampai kontrak jahit uniform atau cuci tali air.
2. Sekarang target PAS adalah Putrajaya. Mereka dah mula nampak angka berbillion bukan pulohan juta lagi. Semua mata dah terbeliak melihat banyak peluang nak jadi kaya kalau dapat Putrajaya. Beribu orang akan dapat peluang. Serban pun dah mula longgar bila mulut ternganga luas.Air lior dah mula mengalir.
3. Agenda islam dah hilang bila nafsu menguasai segala-segalanya. Itulah dilema kepada pengundi Melayu untuk menyokong PAS.
4.UMNO pula semakin banyak kes terbongkar. Kes Khir Toyo menyebabkan ratusan ribu undi lari dan susah nak kembali. Kes duit untuk beli lembu dibeli kondo lagi serious. Kerajaan nampak macam tak serious untuk memberi penjelasan yang terperinci.Ini menyebabkan ratusan ribu undi lagi hilang.
5. Kes terbaru pula dilaporkan Awang Adek dapat duit masuk akaun peribadi kononnya bagi khidmat masyarakat dalam kawasan Parlimennya. Sungguh pelik seorang Timbalan Menteri tidak faham prosediur bagi seorang penjawat awam tidak boleh terima sumbangan secara peribadi kecuali sumbangan tersebut dimasukan kedalam akaun disatukan dan menjadi hak Kerajaan. Kes ini mungkin menyebabkan ratusan ribu undi lagi lari ke pihak pembangkang.
6. Memang pengundi Melayu menghadapi banyak dilema untuk turun ke PR13. Nak undi PAS pun risau juga memikirkan pemimpin-pemimpin islan sesama mereka pun dok berkelahi, kata mengata antara satu sama lain. Tak patutlah pemimpin bertaraf ulama pun perangai mereka macam orang jahil.
7. Kesimpulan bagi diri saya adalah terus yakin dengan UMNO sebagai sabuah institusi Melayu yang telah berjaya membawa kemajuan yang banyak kepada orang Melayu.Beberapa isu yang diketengahkan boleh dianggap masaalah beberapa pemimpin yang tetap ada dalam mana-mana organisasi dan Kerajaan.Mereka yang bersalah elok dihumban dalam penjara. Mereka yang dikhuatiri tahap integriti harus dipinggirkan.
Saya percaya kepada kemampuan UMNO sebagai sabuah organisasi politik untuk membangunkan Negara dan bangsa Melayu disamping dasar UMNO yang konsisten dari segi Malysia adalah sabuah Negara Islam saperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan. Sudah berpuloh bilion ringgit dibelanjakan untuk pembangunan berkaitan dengan islam semenjak UMNO menerajui Kerajaan Persekutuan. Berbanding PAS masih lagi tidak pasti dengan agenda sebenar apabila PAS bersatu dalam PKR. Pemimpin PAS takut kehilangan undi untuk memperjuangkan agenda islam.Sebaliknya UMNO amat konsisten dengan agenda islam dan telah diterima rakan lain dalam BN.

iklas,
Rahimrahimlpp@yahoo.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-40367845664997995832011-12-27T07:35:31.377+08:002011-12-27T07:35:31.377+08:00Salam Dato.
Satu persoalan pada PAS .Layakkah Sd...Salam Dato.

Satu persoalan pada PAS .Layakkah Sdr Mat Sabu sebagai penggnti peneraju PAS masa depan.

Isu ini sahaja pun dah nampak PAS tidak ada pilot yg berwibawa.Parti PAS juga ber RETORIK berlebihan.Melayu Lunasnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-89410156174399008932011-12-27T03:06:38.042+08:002011-12-27T03:06:38.042+08:00dato
anwar sudah mempersiapkan nurul izzah sebaga...dato

anwar sudah mempersiapkan nurul izzah sebagai yingluck untuk menggantikan dirnya bila dia ke penjara kelak.

karpal jugak sudah ada 2 anaknya begitu jugak kit siang.

pelapis Umno pula ? nak harap khairi jamaludin??? mana pelapis exco pemuda ? puteri ?

yang nampak cuma YB Hamidah-Adun sungai rapat Perak untuk menandingi Nurul Izzah

pelapis PAS pula ? mana pergi pemuda dan muslimatnya.

memang golongan muda yang bagus dalam Umno dan PAS pasti akan di biar merangkak hanya untuk melukut di tepi gantang.

inilah sikap pemimpim Melayu.budak unoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-7703752877616503422011-12-27T02:45:18.464+08:002011-12-27T02:45:18.464+08:00susah sangat ke minda pengundi Melayu untuk membua...susah sangat ke minda pengundi Melayu untuk membuat keputusan dalam waktu mengundi kelak hingga ia menjadi dilema ?

apakah minda orang Melayu dan bumiputera tak mampu berfikir untuk menilai apakah wakil yang mereka pilih 5 tahun yang lepas bagus atau tidak ?

sedangkan anak anak kita di sekolah rendah pun secara dasarnya tahu mana yang bagus dan mana yang tidak bagus setelah melalui alam persekolahan selama 5 tahun.

apa kah kita harus bergantung 100% kepada pemimpin politik dan janji mereka kepada kita untuk 5 tahun yang akan datang ?

kenapa tidak sahaja kita membuat keputusan dan penilaian keatas pengalaman yang kita lalui 5 tahun yang lepas ?

ternyata minda orang Melayu baik sebelum mahupun selepas merdeka telah di lemahkan oleh puak politik baik kiri atau kanan hingga tidak mampu membuat penilaian sendiri keatas nasib sendiri.wan malaysianoreply@blogger.com