Tuesday, June 22, 2010

Anak Tun Razak: Matlamat DEB Masih Relevan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SARANAN eksekutif kanan perbankan, Mohd Nazir Abdul Razak, anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, agar matlamat yang diwarisi daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikaji semula dan diperkuatkan adalah sangat penting dan menarik.

Bukan kerana ia datang daripada anak Tun Abdul Razak dan adik kepada Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tetapi kerana ia mengubah persepsi umum yang beliau kritikal terhadap DEB dan mahu ianya dihapuskan.

Dalam temu ramah eksklusif dengan Mingguan Malaysia 20 Jun, Ketua Eksekutif Kumpulan perbankan CIMB itu, antara lain berkata:

“Bagi saya, matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, tapi pada masa sama kita perlu menambah satu lagi matlamat (iaitu) membina dan mewujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif. Ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu…”

Saranan Mohd Nazir itu selari dengan kenyataan Mohd Najib baru-baru ini bahawa matlamat 30 peratus pemilikan Bumiputera serta penubuhan masyarakat perniagaan dan perindustrian Bumiputera (BCIC) akan diteruskan.

Kenyataan Perdana Menteri itu dikatakan telah menimbulkan kehampaan dan kekeliruan di kalangan sesetengah ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang mahu matlamat DEB dihapuskan dan Malaysia mengamalkan ekonomi kompetitif tanpa subsidi atau kuota di bawah Model Baru Ekonomi (MBE).

Mohd Nazir menolak tanggapan bahawa dia kritikal terhadap DEB. Katanya: “Saya bukan pengkritik DEB kerana saya setuju bahawa dasar berkenaan telah membantu Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh selain kestabilan politik. Apa yang saya tegaskan adalah keperluan kepada kajian menyeluruh daripada aspek pelaksanaan...”

Pelaksanaan DEB Lemah

INILAH yang buat sekian lama diperkatakan. Pelaksanaan dua matlamat peninggalan DEB wajib dikaji semula kerana telah berlaku kekangan yang luas, khasnya daripada aspek pembahagian peluang-peluang ekonomi antara kaum dan wilayah.

Tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan saranan Mohd Nazir agar diwujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif.

Kita wajib akui bahawa faktor-faktor politik, demografi, geografi, budaya dan pendidikan telah bersekongkol untuk melemahkan daya saing Bumiputera. Ramai yang masih hidup di hulu dan caruk tanpa kemudahan asas. Ramai yang masih dibelenggu kemiskinan dan berpaut kepada ekonomi cukup makan (subsistence economy).

Tanpa bantuan rasmi seperti biasiswa, pinjaman pelajaran, subsidi, pelesenan dan kawalan harga, kaum-kaum Bumiputera dan golongan miskin daripada semua bangsa akan menghadapi ancaman peminggiran yang lebih buruk dalam era globalisasi dan persaingan ini.

Majoriti bukan Bumiputera berjaya mengambil kesempatan daripada DEB untuk memanjat tangga kejayaan dalam bidang perniagaan dan profesional kerana dari awal lagi mereka lebih maju daripada Bumiputera. Di pihak yang lain pula, majoriti kaum Bumiputera masih berada di pinggiran ekonomi.

Jurang Antara Kaum dan Kelas Meluas

SEPERTI telah saya sebutkan berulang kali, jurang pendapatan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan antara yang kaya dengan yang miskin telah meruncing sejak sedekad lalu, khasnya selepas krisis kewangan serantau 1997/98.

Jika diukur mengikut skala Gini (Gini Coefficient), jurang pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia. Ini semestinya merisau dan memalukan kita apatah lagi dalam usaha melaksanakan dasar keterangkuman di bawah Model Baru Ekonomi.

Inilah yang selalu diungkit, iaitu yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin.
Inilah akibatnya apabila yang kaya diberikan pelbagai lesen dan francais, termasuk judi, yang mempunyai nilai produktiviti yang rendah tetapi keuntungan yang tinggi bagi pemilik sedangkan industri yang produktif dan membuka banyak peluang pekerjaan terpaksa bersaing di arena tempatan dan global.

Situasi ini akan menjadi lebih buruk jika golongan bawahan tidak diberikan input ekonomi yang lebih besar dan dengan cara yang lebih berkesan bagi membolehkan mereka bersaing.

Inilah yang sedang dibahaskan di peringkat pembuatan dasar, termasuk oleh NEAC, iaitu bagaimana membantu kelompok-kelompok tertentu dalam struktur ekonomi dan pendapatan. NEAC misalnya, telah mengenal pasti tiga kategori pendapatan iaitu 40% yang berpendapatan rendah (low income), 40% berpendapatan sederhana (middle income) dan 20% berpendapatan tinggi (high income).

Malangnya, apa pun dasar yang hendak dilaksanakan, pasti ada yang menyokong dan mementangnya. Inilah yang berlaku dengan cadangan Mohd Nazir. Ada banyak pihak, khasnya dalam media massa bukan Bumiputera, yang memutarbelitkan kenyataan Mohd Nazir dengan memberi gambaran beliau menantang DEB dan mahu ianya dihapuskan.

Mereka ini sama ada buta atau lupa sejarah, tamak, tidak mengenang budi atau memang perkauman (racist) dalam erti kata mereka hanya peduli kaum mereka sahaja. Mereka lupa bahawa negara ini aman dan damai kerana sikap toleransi dan pengorbanan kaum majoriti iaitu Bumiputera.

Mereka bermain dengan api jika mereka berasa bahawa atas nama globalisasi dan persaingan mereka boleh menolak hak kaum majoriti Bumiputera untuk sama-sama mendapat faedah daripada pembangunan negara.

Malangnya, mereka yang anti-Bumiputera dalam arena ekonomi ini termasuklah segelintir Melayu/Bumiputera yang menjadi kaya raya kerana DEB tetapi sudah menjadi kacang lupakan kulit dan kaduk naik junjung. Mereka ini pengkhianat bangsa dan negara.

Kemiskinan Melepasi Politik Kepartian

ADALAH wajar orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera melihat isu ekonomi, atau lebih tepat, kemunduran mereka dalam bidang ekonomi, sebagai isu yang melepasi politik kepartian kerana kelangsungan mereka sebenarnya dalam ancaman.

Kalau dasar ekonomi bebas laissez faire diamalkan semula seperti sebelum 13 Mei, 1969, besar kemungkinan kaum-kaum Bumiputera akan hilang tempat bergantung dan ketika itu kembalilah mereka menjadi buruh dan petani cukup makan sahaja.

Sekarang pun, majoriti Bumiputera berada dalam kategori buruh (labour) dalam struktur pengeluaran kerana modal dan pengurusan umumnya dikuasai oleh bukan Bumiputera. Walaupun Bumiputera menguasai gunatenaga sektor awam, tetapi 80 peratus pekerjaan adalah di sektor swasta.

Hatta tanah milik Bumiputera pun semakin hari semakin berkurangan kerana diambil alih untuk pembangunan atau terlepas ke tangan bukan Bumiputera.

Majoriti daripada 40 peratus dalam kategori berpendapatan rendah yang dikenal pasti oleh NEAC itu adalah Bumiputera.

Jadi adalah amat wajar kita memberi perhatian kepada saranan Mohd Nazir kerana dia adalah contoh Bumiputera yang berjaya, anak orang besar dan pengurus sebuah bank raksasa. Cakapnya bukan cakap kedai kopi.

Kalau beliau berkata matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, saya tidak segan silu menyokongnya 100%.

Apatah lagi saranan beliau agar dibina dan diwujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif demi kelangsungan orang Melayu dan keamanan negara.

Tidak ada negara boleh dianggap bertamadun dan sejagat jika bangsa dan kaum majoriti tertindas dan terpinggir. Keamanan dan toleransi tidak wujud dengan sendirinya.

63 comments:

  1. Roti Planta9:14 AM

    Dato',
    DEB ditentang, ditolak dan dikritik kerana perlaksanaannya yaang lemah. Ianya dikira 'gagal' kerana tidak berjaya mencapai objektif selepas lebih 30tahun dilaksanakan. Adalah lumrah bagi mana-mana dasar yang gagal untuk dibuat kajian samada untuk dibaiki, dihapus atau dibiarkan terus gagal. Paling penting juga ditentukan siapa yang bertanggungjawab diatas kegagalan itu. Bagi saya pemerintah iaitu BN/UMNO yang bertanggungjawab....

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  2. Dato'

    Negara ini dipimpin oleh orang yg x amanah. Sebab itu segala perancangan yang begitu murni seperti DEB ini tidak tercapai. Pemimpin lebih mementingkan kekayaan sendiri dari memajukan bangsa. Setelah dasar DEB ini dilaksanakan selama ini kita dapat lihat yang berjaya dan kaya-raya ialah pemimpin politik dan juga orang-orang yang rapat dengan mereka. Rakyat di kampung dan hulu masih lagi tidak dapat melepasi kepompong kemiskinan. Pemimpin harus beramanah untuk menjayakan apa saja rancangan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  3. Masih menyokong sesuatu ide kerana bulu? Sedih betul saya mendengarnya.

    Memang telah berbuih mulut rakyat marhaein di luar sana menegur kelemahan pelaksanaan telah menyebabkan ramai harimau,dubuk,serigala dan buaya telah merompak hak orang lain dan seterusnya berlaku penyimpangan matlamat, ada sesiapa peduli?Apatah lagi segala binatang jadian itu berselirat di sekeliling sang penguasa, maka dituduh pula sang pengkritik dari rakyat melata sebagai tidak bersyukur dan lebih parah penderhaka kepada 'Mahadewata'.

    Sekonyong-konyong,bila golongan dewa mula melontar ide keresahan rakyat bawahan, maka di angkatlah ide itu ibarat sabda Nabi. Sungguh mengharukan.Tahniah!

    ReplyDelete
  4. berasiam10:03 AM

    Salam Datuk AKJ

    Macam mana mahu tingkatkan ekonomi Melayu kalau nak dapatkan khidmat Streamyx milik TM pun mahu tidak mahu terpaksa melalui agen bukan Melayu walaupun daftar di kaunter TM? Bila kita menolak, terus batal pendaftaran. Besar sungguh kuasa agen-agen ini, sudahlah curi data daripada kaunter TM, boleh pula sesuka hati batalkan pendaftaran bila pelanggan berkeras tidak mahu daftar melalui mereka.

    Pergi ke kaunter Celcom BB pun sama. Bila kita sebut mahu mendaftar khidmat Celcom BB terus diarah kepada agen bukan Melayu di dalam pejabat Celcom itu sendiri.

    Apa pilihan yang kita ada untuk halang duit Melayu daripada tiris kepada bukan Melayu? Bukankah itu asas ekonomi? Mungkin kerajaan abang Nazir ada jawapan yang baik untuk persoalan-persoalan melibatkan GLC ini. Ada banyak lagi tapi cukuplah dengan kes kecil melibatkan TM dan Celcom ini dahulu.

    ReplyDelete
  5. Saranan anak Tun Razak itu penting ketika orang Melayu masih tidak nampak Najib mahu membawa Melayu ke mana di eranya?

    Walaupun ada di katakan, apa yang dibagi kepada orang Melayu tidak perlu dihebohkan hingga menakutkan kaum lain tetapi sampai sekarang pembahagian secara 'diam' jika ada masih masih juga tidak terasa.

    Anak2 ke IPTA/S masih dengan bayaran pendahuluan mencecah ribuan, masih ramai anak Melayu yang berjaya dalam SPM terpinggir tanpa dapat masuk IPTA berbanding kaum lain yang berjaya walaupun tercorot SPM? Dasar apa tu yang dipakai?

    Apakah tidak ada usaha melepaskan ramai usahawan Melayu yang berani tetapi terperangkap lalu muflis untuk mereka sama sama membantu pencapaian DEB?

    Dan kerajaan juga harus disalahkan kerana tidak menggunakan segala kuasa untuk mengekang 'politik' pembangkang yang berlebihan hingga tumpuan ke arah membangunkan dan menyusun ekonomi dan negara tergendala.

    Bagaimana pula dengan kerajaan yang hilang berbilion di tangan individu. Mereka bukan sahaja terlepas dari undang2 malah mereka juga dilihat terlepas dari tanggungjawab.

    ReplyDelete
  6. hashim chonel10:45 AM

    DATUK,


    Kalau setakat menggunakan media untuk bersendiwara bahawa beliau masih menyokong dasar DEB padahal hakikatnya yang sebaliknya di lakukannya di CIMB.

    Cuba Datuk perhatikan di CIMB, berapa keratkah, top managementnya terdiri dari kalangan BUMIPUTERA?
    Pelik dan ajaibnya hanya sekitar 30%, yalah sekadar memenuhkan quota BNM.

    Datuk, tidak ada kah orang melayu yang berkaliber dalam sektor perbankan?.

    Saya berharap agar Datuk dapat perhatikan sekiranya berlaku merger di antara, EON Bank dan Hong Leong, bangsa apa yang akan di berikan VSS, ramai banker melayu yang sudah menjawat jawatan middle and top management yang akan di paksa berhenti, bayangkan kalau mereka-mereka ini dah berumur 40 tahun keatas,ke mana arah tuju mereka?

    Memang senang untuh bercakap dengan media saya menyokong penuh DEB, tetapi organisasa sendiri tidak mengamalkannya.

    Datuk Nasir pun naik sebab dasar DEB, pabdai sangat ke dia dalam perbankan? Kalau dia bukan anak TUn Razak, berjaya kah beliau mendaki puncak CIMB. Tanyalah pada Dr Munir Majid....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Dato KJ,

    Saya menyokong saranan adik PM mengenai DEB.Jika kritik DEB bukan bermakna kita tidak mahu menolong orang Melayu dan Bumiputera.

    Perkara paling penting ialah pelaksanaan dasar yang membantu orang Melayu.DEB tidak lagi boleh disalahgunakan.Janganlah keistimewaan DEB itu hanya berlegar kepada keluarga pimpinan UMNo dan BN.

    Orang Melayu masih ramai miskin.Kalau betul nk tolong Melayu mesti tolong orang Melayu miskin,petani,pekebun,ushawan,peniaga da pelajar Melayu.Bukannya tolong kroni melayu UMNO sahaja.

    berlaku adilah kpd semua.

    ReplyDelete
  8. In order to be competitive the bumiputra community must focus more on getting their children educated.

    Forget about DEB. It is a failure. Who make it fail.It is the bumiputra themselves.Both the govt. agencies and the bumiputras are the "culprit".

    Whatever form of policies introduce by the govt. to help the bumiputras out of poverty will not achieve anything if the children of bumiputra community are not getting the best education.

    The failure of DEB is because the bumiputras are lacking the basic knowledge how to make the DEB successful. The opportunities are there to take advantage but because of lack of knowledge whatever they touch all become ashes.

    So the bumiputra will have to start all over again from scracth ie. to be a knowledgeable bumiputra first in order to be competitive in this globalised world.

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum Dato',

    Membaca pos Dato' secara sambil lalau membuatkan saya teringat cerita "6 orang buta dengan gajah" mereka memberikan gambaran mereka tentang gajah.

    Kesimpulannya kita terutamanya rakyat yang bukan ahli ekonomi tidak memahami langsung tentang nya, kerana kekuranga PENERANGAN dari kerjaan.

    Kami di-butakan dari mengetahuinya --- mungkian ada muslihat disebalik nya ...

    Kemana perginya Jabatan Penerangan?

    Masa dulu-dulu jabatan penerangan masok ke kampong-kampong memberi penerangan. Apakah sekarang ini tak boleh berbuat demikian. Walhal sekarang RTM ada. Tapi RTM lebeh mementingkan siaran komersial.

    Bagaimana kami nak terus menyokong kerajaan ?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Dato’

    “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

    Ayat Al-Quran di atas, sudah amat kerap kita dengar dan diulas. Ayat ini juga lah yang dibaca oleh YB Nga Kor Ming (DAP) sewaktu berkempen di Bukit Gantang, yang mencetuskan kontroversi (bagi UMNO), dan kemenangan berpihak kpd YB Nizar.

    Ayat penuh Surah Ar-Ra’d ayat 11 ini seperti dibawah:

    13:11 "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.

    Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

    Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Ar-Ra’d : 11)

    Kita cuma mengambil maksud dipertengahan ayat. Permulaan ayat dan pengakhiran ayat sebenarnya amat-amat relevan dan signifikan bagi mereka yang mahu berfikir.

    Ya, kita sesuatu kaum perlu berusaha mengubah keadaan kita dari masa ke semasa kearah yang lebih baik. DEB sudah banyak kali diperbahaskan. Dan selama umur DEB, penyusunan semula masyarakat dan pembasmi kemiskinan dilihat kurang berjaya.

    Apabila kita menyatakan “Pelaksanaan DEB Lemah” sebagai punca, apa tindakan kerajaan mengatasinya? Berlaku kekangan yang luas, khasnya daripada aspek pembahagian peluang-peluang ekonomi adalah kerja-kerja pemimpin UMNO khususnya. Yang dibantu dan yang diberi peluang hanya kepada penyokong-penyokong dan ahli UMNO, Melayu yang menentang UMNO langsung tidak diberi peluang! DAN sebagaimana hujah kita sebelumnya, Melayu UMNo ini hanya jadi kan peluang-peluang ini sebagai “projek Alibaba”, akhirnya, golongan kapitalis Cina yang kaya-raya juga yang dapat, bertambah-tambah kaya, Melayu yang ramainya masih papa kedana.

    Jadi, benarkah bagi Kepimpinan UMNO bahawa “Kemiskinan Melepasi Politik Kepartian”? Mereka sebenarnya membiarkan Melayu terus menerus jadi miskin dan papa, yang perlu kaya cuma penyokong UMNo dan ahli UMNO, dengan cara ini mudah bagi mereka berkempen sewaktu pilihanraya, agenda PEMBANGUNAN. Maka disogoklah pekbagai janji agenda PEMBANGUNAN kepada Melayu, kerana Melayu yang majoriti miskin ini yang amat diperlukan adalah PEMBANGUNAN.

    Bayangkan, sepanjang kemerdekaan ini, BERAPA RIBU BILLION sudah dibelanjakan, tapi pegangan ekonomi MElayuBumiputera masih ditakuk lama, jangankan 30%, 20% pun belum tercapai!

    Aset FELDA pada 2004 berjumlah 4.5 Billion, hari ini tinggal 200juta! Kaya-rayakah PENEROKA FELDA???

    Saya amat yakin, kalau diberi 52 tahun lagi kepada UMNO, Ekonomi Melayu takkan berubah, Melayu tetap papa kedana!!!

    Ingatlah amaran Allahswt diatas,

    "Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia".

    ReplyDelete
  11. DAKJ,

    Mintak tolong cadangkan kepada kerajaan: -
    1) untuk menaikkan simpanan maksimum dalam ASB dari RM200k kepada RM500k.
    2) provide soft loan utk pinjaman longterm ASB
    3) membenarkan bumiputera melaburkan simpanan di EPF ke dlm ASB

    Rgds

    ReplyDelete
  12. Salam Dato'

    Bagi saya (Mohd Nazir), matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, tapi pada masa sama kita perlu menambah satu lagi matlamat (iaitu) membina dan mewujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif. Ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu…”

    Komen:

    Satu cara untuk membina masyarakat Bumiputra yang lebih kompititif dalam bidang perniagaan,khasnya ialah melalui pelaksanaan sistem tender terbuka dalam sistem perolehan karajaan yang disokong oleh penghapusan sistem monopoli perniagaan yang berteraskan etnik. Beranikah kerajaan melaksanakanya?

    ReplyDelete
  13. Datuk,

    Apa yang saya nampak melalui pemerhatian, sejak DEB diuar-uarkan sebagai program pembangunan sosio ekonomi negara perkara 30% peruntukan kepada Bumiputera dalam dasar itu dibesar-besarkan hingga tenggelam langsung peruntukan 40% kepada bukan Bumiputera dan 40% lagi kepada pelabur asing.

    Kalau dicongak secara orang kampung Bumputera hanya dapat `satu bahagi' sahaja; sedangkan `tiga bahagi' lagi diberikan kepada orang lain. Malangnya hal ini tidak tertonjol. Lalu ditohmahkanlah yang agihan itu tidak adil dan sebagainya.

    Dan berikutan itu ,sentiasa sahaja ada cadangan agar DEB dihapuskan dan sebagainya.

    Jadi, kenyataan Nazir itu (dengan mengambilkira statusnya dan posisinya itu) saya kira ia memperlihatkan betapa DEB itu sangat tidak wajar untuk dimansuhkan sama sekali, dan relevan sepanjang masa .

    Cuma barangkali sekadar untuk dibaikpulih sahaja; bukan memusnahkannya.

    Harap semua pihak yang tidak senang dengan DEB menerima baik saranan tersebut.

    ReplyDelete
  14. abdullahngah1:30 PM

    cakap kedai kopi mungkin ideal yang tidak baik berbanding cakap dalam bilik dingin.

    Atau dengan kata, cakap kedai kopi tidak boleh pakai dianggap tidak masuk akal.

    Tidak dinafikan, kerana orang yang bercakap dikedai kopi tiada gelaran datuk, tiada gelaran Dr atau tiada ijazah tetapi cakap dalam bilik dingin membuat GLC rugi berbilion ringgit.

    Bukan itu sahaja, malah kedudukan orang Melayu dibawah DEB sah terpinggir dan terhakis.

    Persoalan yang tidak semua yang digubal atau diluluskan baik DEB ke atau apa dasar segala jelas boleh mencelakakan orang Melayu.

    Hanya beberapa kerat sahaja yang mendapat faedah, kerana isinya di monopoli kroni manakala rakyat Melayu yang dapat kuah.

    Memang DEB masih relevan. Pendek kata ia harus diteruskan, kerana faedahnya sangat besar kepada para pemimpin, termasuk adik beradik anak beranak dan keluarg serta kroni kroni.

    korporat sudah tentu setuju seratus peratus, kerana akan dapat faedah yang besar.

    Buatlah apa dasar sekalipun ia tidak akan mencapai kejayaan selagi para pemimpin yang ada sekarang ini buruk duduk dikepala yang hanya tunggu masa saja, nasi yang sudah jadi bubur akan basi bersama DEB yang bakal dikekalkan nanti.

    ReplyDelete
  15. Anonymous1:34 PM

    Assalamualaikum Dato'
    Syabas kerana memperbetulkan putarbelit anti-Bumiputra atas apa yang di perkatakan oleh Nazir. Tetapi pada pendapat saya Nazir sebelum ini penyataanmemang kurang peka atas konsep DEB tetapi kini sudah balik ke pangkal jalan, Alhamdullilah. Langkah selanjut nya ialah untuk terus memperkuatkan lagi ekonomi Bumiputra dgn dengan di terajui oleh orang Melayu. Paling asas ialah pelajaran tingkat professional.

    Melayu Nusantara

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Dato'

    Apakah saranan Nazir ini satu "tekanan" kpd Najib?

    Yang cukup menarik, Brahim nampaknya tak faham apa yang Nazir cakap, melatah melulu-lulu, tak bertempat!

    Pakatan, BN MPs back Nazir’s NEP Remarks. By Shazwan Mustafa Kamal June 21, 2010

    Read this piece from The Malaysianinsider.

    Nazir yesterday called for a review of the NEP, saying that the policy has been unfair to the majority of Malays.

    KUALA LUMPUR, June 21 — Lawmakers from the opposition and ruling coalition were in rare unison today, agreeing with CIMB chief Datuk Seri Nazir Razak’s assessment that the New Economic Policy (NEP) had only benefited a minority of Malays, and providing the prime minister backing for his reform agenda. Members from both sides of the political spectrum argued that the inclusiveness of the New Economic Model (NEM) was the only solution to the NEP’s shortcomings, while pointing out that Datuk Seri Najib Razak’s concessions to conservative critics contained in his Tenth Malaysia Plan (10MP) speech recently was a step backwards.

    “Needless to say that ‘affirmative actions’ intended to eradicate poverty particularly of the needy of the bumiputera Malays, Sabah and Sarawak would surely be supported. But repeating the mistake of using the pretext of ‘affirmative actions’ but in actual fact only to be abused by political elites working hand-in-gloves with business cronies are both counter-productive and criminal”. (Dr Dzulkifli, Kuala Selangor MP)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,

    Pada saya, tubuh la pe sekali pun, DEB...MBE...bantuan itu...bantuan ini...persatuan itu..persatuan ni...semua atas nama melayu...

    tapi tak pulak diceritakan macam mana nak masuk? macam mana nak daptkan peruntukan?

    sudahnya, yang kaya makin kaya... yang miskin tetap miskin..

    sudahnya ahli yang dipilih yang dah pegang macam-macam jawatan

    sudahnya perjuangan tinggal perjuangan

    ReplyDelete
  18. Salam dato,



    Orang melayu dah cukup ramai dah la ni.....




    1.DO IT...dah cukup `we want to do it,we want to do this,we want to do that'......



    2.MELAYU IS NOT IN THE POSITION TO REQUEST ..we want this,we want that anymore!....tokey no 1 melayu,tokey no 2 melayu, ahli kabinet ramai melayu,MP melayu ramai,wakil rakyat melayu ramai,kakitangan kerajaan hampir 95% melayu...SO THAT IS IT, jangan merapu nak minta itu,minta ini...
    DO IT, DO IT and DO IT!.


    BUKAN duit,duit,duit.....



    3.BACA dan PI TENGUK APA MUSTAFA KAMAL ARTATUK dah buat kat turkiye 77 tahun lalu......dia buat `national programmes' dan melakuannya dengan paksaan, dia mati selepas 15 tahun,tetapi programmes dia jalan sendiri sampai sekarang..ORANG TURKIYE MENYANJUNG TINGGI beliau sampai sekarang.....sedangkan Lenin dah bungkus, Soviet Union dah bungkus,Mao Ze Dong dah bungkus,dan communism diChina dah
    berubah arah!.Yang Korea utara tu pun nampak nak bungkus lepas presiden sekarang gol....


    European Union pun dah nampak macam European Disunion la ni...baru berapa belas tahun saja...



    ELOK MENTERIs,MPs dan wakil rakyat pi turkiye tenguk kampung depa,kebun depa,rumah petani depa,bilang jamek(masjid) mereka,bilang mescit(surau) mereka...jangan pengsan teguk kat istanbul saja ada lebih 2000 (dua ribu) masjid dan berpuluh ribu surau...!!! rumah petani depa macam BANGLOWs kat country height dikajang, dan kat Shah Alam dan KL laa..tanaman makanan tak pernah habis dari pandangan....




    4. UBAH TUJUAN pelajaran sekolah ialah to TRAIN PEOPLES TO SELL,SEL, SELL, SELL...

    Bukan train peoples to HAFAL, HAFAL,HAFAL.. .ADMIN,ADMIN,ADMIN...




    5.KALAU MELAYU DI MALAYSIA TAK MAJU....akan runtuh malaysia,akan bergaduh penduduknya,akan lari pedagang luar negara,akan lingkup malaysia...mungkin akan berpecah semua negeri-negeri persekutuan tanah melayu macam 400-500 tahun lalu....SEBAB MALAYU HAMPIR
    70% PENDUDUK MALAYSIA! orang melayu mesti tak puas hati ,tak suka itu,tak suka ini,marah sana marah sini,sakit hati,sakit jiwa.....mungkin setidak tidak nya ada la nanti yang nak jadi wilayah autonomi!...



    SUSAH BETUI KALAU MELAYU RAMAI tapi hati melayu kecik,semangat melayu rendah,pelajaran tinggi, tindakan macam pelajaran tak tinggi,ketua sana ketua sini, tapi melayu ni macam terkapai kapai,tak tentu hala....dah sesat jalan pun tak nampak juga sebab `ketua' kata jalan kat depan tu betui!!



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  19. Anonymous3:27 PM

    Salam Dato',

    Corak status sosio-ekonomi yg melahirkan DEB masih wujud sekarang ini, iaitu kemiskinan dan pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Polarisasi kaum mengikut garis ekonomi juga masih belum banyak berubah. Yang menguasai dunia dagang dan kaya masih lagi Cina manakala yang makan gaji, bertani sara-hidup dan majoriti miskin masih lagi Melayu. Atas dasar itu maka matlamat DEB yg telah berusia 4 dekad tu masih sangat relevan. Sebenarnya tak payah tunggu adik PM buat kenyataan tu, semua orang tahu bahawa DEB cuma capai 60% matlamatnya maka objektif asalnya masih kekal.

    Yang menjadi isu dan cabaran pokok ialah bagaimana merangka plan strategi dan kaedah-kaedah pelaksanaan yang boleh meningkatkan kesedaran dan penyertaan Bumiputra dalam merebut bahagian yang lebih besar kek ekonomi negara ini? Sejak dua dekad kebelakangan ini kita tidak lagi mendengar idea-idea hebat yg telah melahirkan entiti ekonomi berkesan spt Tabung Haji, Felda, ASN/ASB. Yg kita dengar ialah penswastaan itu dan ini, pemberian konsesi, pemberian AP, pemberian pink-form dan yang terkini penggabungan GLC yg kemudiannya dirundung rugi. Oh ya, jangan terlupa, ada juga yang tak kurang kontroversinya spt idea projek tanam padi atas bumbung.

    Zaman idea Tabung Haji dan PNB diwujudkan tidak sampai 10 orang Melayu bergelar profesor. Tapi kini kita ketandusan pemikir bangsa walaupun lebih 80% daripada 1400 profesor negara ini berbangsa Melayu. Kemana perginya keintelektualan kita?

    Dan tak kurang pentingnya juga ialah masalah ketirisan dalam pelaksanaan. Ini adalah persoalan akhlak bangsa kita. Menyedihkan tapi benar... Kemana perginya pegangan agama kita?

    Saya amat setuju dengan Pakbelalang yang menekankan pentingnya pendidikan. Pendidikan di Malaysia, secara relatif adalah percuma tapi keciciran amat sinonim dengan anak-anak daripada keluarga miskin. Tanpa pelajaran yang tinggi mereka akan terus dibelit oleh lingkaran kemiskinan, umpama anjing yang masih bercawat ekor walaupun sudah 10 jong keluar masuk pelabuhan. Secara peribadi, kejayaan dalam pelajaran telah membawa saya keluar dari kehidupan papa kedana kepada kehidupan yang lebih baik sekarang, alhamdulillah.
    Saya sentiasa memberi perangsang dan dorongan kepada anak-anak saya supaya mereka lebih berjaya daripada saya.

    Pak Hj JB

    ReplyDelete
  20. Ada peribahasa Melayu berkata..."Sepuluh jong lalu, anjing masih bercawat ekor". Dah lebih 40 tahun UMNO diberi peluang untuk membantu Melayu; hasilnya - masih tak terlaksana! Pernahkah post mortem dilakukan secara jujur? Atau pun setiap kali post mortem, cuma pak angguk saja yang diajak bersama? Ini masalah negara, negara ini bukan milik UMNO. Bukan ahli UMNO saja pandai, dalam pembangkang pun ramai yang pandai. Perbincangan secara jujur dan ilmiah perlu diadakan pelbagai perdapat dah hujah harus didengar.
    Pertamanya Melayu harus dibebaskan dari belengu fikiran kolot! Melayu harus lebih kritis dan bebas memberi pendapat. Melayu harus diberikan pendidikan bukannya hiburan. Melayu harus masuk keakedemi UM, bukanya akdemi fantasia. Gunakan 800 juta duit peruntukan untuk buat istana dan entah beberapa Billion duit Felda untuk mendidik anak Melayu miskin melalui tuisyen, biasiswa, khidmat kaunseling. Nak buat apa projek besar besar tapi untuk dinikmati seorang dua. Baik gunakan duit itu untuk membantu ribuan Melayu miskin. MP/ADUN perlu keluar dari bilik sejuk dan kerusi empuk untuk pergi kekampung kampung untuk memahami kenapa anak Melayu malas dan gagal dalam pelajaran? Mengapa anak Melayu khayal hisap dadah? Mengapa anak Melayu ketagih seks? Adakan khidmat sokongan untuk ibu bapa Melayu yang miskin.
    Bila Melayu pandai, barulah Melayu maju. Bila Melayu berfikiran kritis barulah kurang Melayu "bertongkat". Barulah dapat megeluarkan pendapat kelas pertama. Bukan macam sekarang, bertaraf menteri, tapi bagi alasan bodoh memanjang seperti bila ditanya mengapa tangkap wartawan dengan ISA? Oh.. "sebab nak jamin keselamatan beliau". Kalau tak jawapan bodoh tah tahu lah saya..

    Tiba masanya UMNO mengaku yang ia telah gagal dan beri pihak lain untuk menerajui negara!

    ReplyDelete
  21. Dato'
    Saya bersetuju dengan Nazir menegenai DEB .DEB telah berjaya melahirkan ramai usahwan dan teknorat Melayu kalau dibandingkan sebelum nya ..dan ia juga tidak merampas peluang bukan Melayu. Ramai kaum bukan Melayu berjaya ketika DEB dilaksanakan .
    Tetapi yang menjadi tanda tanya ia lah peruntukan yang luluskan tidak setimpal dengan hasil yang diperolehi .
    Di mana silap nya ? Apa dasar pun atas.. 'kertas ' tiada cacat cela tapi PERLAKSANAAN nya gagal .
    Siapakah pelaksana DEB ?
    Mereka ialah orang orang UMNO , pegawai pegawai kerajaan ,Menteri Menteri yang berkenaan dan mereka yang terlibat .
    Jadi berlaku lah projek projek untuk kroni,pemberian saham kepada yang tidak sepatut nya , AP kereta diberikepada mereka yang tiada jual beli kenderaan dan banyak lagi scenario ..
    Sebenar nya Menteri Memteri , pemimpin pemimpin UMNO ... mereka tahu MENGAPA DEB GAGAL ..It's in their pocket
    Sekarang mereka warwarkan NEM ...tapi saya kurang yakin ..kerana kerajaan sekarang 'flip flop ' today yes ....tomorrow they say we need the feedback of the rakyat we postphone.Contoh perlaksanaan GST, gaji Security, issue subsidy to mention a few.

    ReplyDelete
  22. Husin5:08 PM

    Selari dengan bancian yang dibuat dulu:-

    The Economy Policy Poll"

    ReplyDelete
  23. Hj Munawir5:22 PM

    Dato Kadir.

    Prisident MCA berkata bahawa semua parti politik dalam BN mempunyai mempunyai hak yang sama.Ini bermaana MCA mahu menuntut bahawa UMNO bukan lagi Perty yang boleh dominisi Party lain.

    Di dalam kabinite Najib juga kita mempunyai Prisident Gerakan yang juga menuntut hak yang sama.Banyak orang percaya yang idea Satu Malaysia merupakan asalnya dari Tsu Koon dan Najib setuju dengan cadangan itu tampa perbincangan yang ditail akan konsepnya.

    Sebeb itu jika kita tanya orang UMNO mengenai satu Malaysia tapsirannya berbeza dengan fahaman orang MCA dan Gerakan.Jika kita tanya Pegawai Kerajaan dia juga mempunyai tapsiran yang berbeza dengan executive syarikat.

    DEB ini samasa dilaksanakan pada tahun 70 an ia mempunyai niat yang murni.Tetapi salepas 30 tahun kita berasa terkejut kerana ramai orang2 Melayu sendiri marah dengan DEB kerana berlakunya banyak penyelewangan.Yang banyak mendapat peluang ia lah orang politik UMNO.

    Orang Melayu kampong yang menjadi tungak kekuatan UMNO telah mula lari dari UMNO dan ini ketara sekali didalam pilihan raya 2008.

    Sekarang ini kita mula dapati NGO saperti Perkasa yang cuba untok memperjuangkan hak Melayu dengan bagitu extreme dan kita dapati ada memteri UMNO saperti Nazri yang berkata UMNO tidak dapat menerima konsep perjuangan Perkasa.

    Pada masa yang sama juga saya berasa keliru kerana Tun Mahathir dengan tiba2 muncul menyokong perjuangan Perkasa dan cuba menimbulkan Malay Ultranya.Bagi saya Tun Mahathir merupakan hyprokrite yang besar dan samasa ia menjadi PM ia menjaDI BAGITU LIBERAL SEKALI sahingga ramai orang Cina dan Hindu sapreti Vincent Tan,Ananda dan YTL menjadi Billionair masanya dan ramai Perniaga Melayu saperti Tajuddin dan Halim Saad di biarkan mati tampa kubor.

    ReplyDelete
  24. "Dalam temu ramah eksklusif dengan Mingguan Malaysia 20 Jun, Ketua Eksekutif Kumpulan perbankan CIMB itu, antara lain berkata:

    “Bagi saya, matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, tapi pada masa sama kita perlu menambah satu lagi matlamat (iaitu) membina dan mewujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif. Ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu…”

    DEB telah dilaksanakan 40 thn dulu.Sehingga skg pegangan saham melayu hanya 19%.Taka boleh nak salahkan kaum lain sebab yang menggagalkan DEB ini bukan bangsa lain tetapi adalah kelembapan dan kekorupan UMNO sendiri.

    Jika kontraktor buat rumah tak buat rumah spt kehendak tuan rumah adalah perkara biasa ianya akan ditendang keluar dan kontraktor baru dipilih.Sama jugalah dengan UMNO.Masa telah tiba utk menendang merek akeluar dan diganti dengan parti politik lain.

    UMNO gagal menjalankan amanah yg diberi.Umat melayu rugi dunia akhirat.Dunia pun kita lingkup,akhirat pun entah kemana..

    Do we still want let UMNO lead us and 100 fail again?

    ReplyDelete
  25. Anonymous8:22 PM

    Datuk,

    Orang2 UMNO dan kroni2 mereka lah yang harus dihukum dalam hal DEB.Itu sebabnya daripada datuk,anak hingga ke cucu nak rebut jawatan; baik dari pemilihan ketua bahagian hingga ke perwakilan.Objektif mereka hanya satu;untuk mendapat projek2 BN.Menter-menteri nya lagi hebat....just declare to the rakyat who got big projects with the likes of all public universities and the value??? It's the minister thru their nominees. I can assure that the profit they reaped "tak habis makan sampai anak cucu".Had they ever thought of the objective of the DEB and the poor malays who live below poverty line??? Datuk please tell me if I am wrong.

    Nasi dagang.

    ReplyDelete
  26. Roti Planta9:41 PM

    Dato',

    Mana-mana ahli politik UMNO yang menyokong DEB hendaklah tunjukkan 'pengorbanan kecil' dengan mengeluarkan anak-anak MP, ADUN, Ketua Bahagian dan Jutawan UMNO serta Pegawai Tinggi Kerajaan daripada MRSM. MRSM untuk membantu anak-anak Bumiputra miskin yang cemerlang bukannya menjadi sekolah asrama anak-anak bangsawan.

    Jika tempat di sekolah asrama pun nak/dah dibolot masakan projek, saham, subsidi dan komisen tak mahu dibedal.

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  27. Anonymous10:54 PM

    Datuk


    Anwar Ibrahim
    Khalid Ibrahim
    Zaid Ibrahim
    Kamaruddin Jaafar
    Azmin Ali
    Rahim Ghouse

    dan lain-lain lagi, adalah contoh kejayaan dasar DEB.

    Ketika mereka berada bersama kerajaan BN, kejayaan mereka ini dianggap sebagai hasil dari dasar kronisme dan nepotisme puak-puak kerajaan yang menindas hak orang lain.

    Tapi apabila mereka ini keluar dari kerajaan dan menjadi pembangkang, kata-kata tuduhan dan kejian yang lalu terhadap mereka langsung jadi lenyap dan sepi.

    Inilah tabiat rasmi kita orang Melayu. Jikalau, orang Melayu lain yang dapat, terus dicap sebagai rasuah dan kronisme. Tapi bila diri sendiri yang dapat, senyum menyengeh sampai nampak gusi dan taik gigi.

    Tapi yang peliknya, kalau bangsa lain yang dapat, tidak pula banyak kutukannya.


    Datuk,

    DEB ni satu hal.
    Tapi yang satu hal lagi, sikap orang Melayu yang suka hasad dengki dengan bangsa sendiri. Ini pun satu masalah besar ni Tok.



    -sinbad-

    ReplyDelete
  28. Dato'
    1/ Dasar DEB yang jelas berjaya ialah pendidikan. MRSM dan kemasukkan ke Universiti dalam tahun 70 an ( contoh ITK/UTM menggunakan pre lim untuk pelajar Melayu yang kurang cemerlang dalam SPM- Tan Sri Ainuddin Wahid memainkan peranan utama) ramai sudah jadi jurutera . Adakah usaha sebegitu terus dijalankan ? Seharusnya semua pelajar Melayu miskin sudah ditempatkan disekolah berasrama bagi meningkatkan peluang kejayaan dalam pendidikan. Pendidikan satu aras utama untuk keluarga miskin keluar dari kitaran kemiskinan.
    2/ DEB wajar memberi ruang orang Melayu bersaing sama sendiri bagi mengendali sebahagian perniagaan/projek tertentu. Rundingan terus satu dari punca mematikan persaingan usahawan Melayu berwibawa.
    3/ Contoh kaunter TM oleh saudara berasiam , ramai yang melaluinya. Ia berlaku bukan sahaja di TM.
    4/ Apa pun retorik, kita wajar salahkan " orang-orang yang menerajui kepimpinan pada pelbagai peringkat" atas tidak amanah dan kesungguhan, untuk meningkatkan keupayaan orang Melayu. Sebahagian kepimpinan yang jujur berusaha keras tidak mencukupi.Wajar sentiasa lawat kembali visi/misi/dasar Tun Razak. Pelaksanaan adalah faktor utama.

    ReplyDelete
  29. Tok Kadiaq

    Terus terang saya anak DEB dan kuota.Belajaq percuma tak payah bayaq balik.Walaupun pas cukup makan saja.

    Zaman saya,kerja gomen tak cool.Nak
    cool punya pasai,Mula mula pi la kerja dgn bank terbesaq milik cina.

    Saya dapat kerja pun pasai kuota.pasai depa nak ambik lagi tiga cina.nak penaik lagi 3 cina.

    Memang DEB tidak adil.Sampai bila pun tak kan tercapai.kuota sepatutnya terbalik.3 bumiputra 1 bukan bumiputra.

    Betui kata Nazir,mesti dikembang dan ditambah.tak masuk akai langsung.30% untuk 60%,mat jenin pun pening nak berangan-angan dengan formula labu dan labi.

    tk

    ReplyDelete
  30. YBhg Dato'

    Assalamualaikum,

    Adakah apabila sesuatu yang diluahkan oleh sesorang yang berpengaruh boleh membawa kebaikan. YAB PM sendiri menyatakan bahawa nasib bumiputra akan dibela tetapi rakyat masih belum puas hati kerana mereka sekarang tidak mahu janji tetapi bukti kukuh yang kerajaan akan melaksanakannya.

    Ada pembahas kita mahu balik ketahap permulaan dengan menekakan menambah gulongan professinal bumiputra. Tidakkah kerajaan telah berbelanja berbilion ringgit untuk tujuan tersebut selama 50 tahun yang lepas. Kita banyak professional sekarang. Yang penting mereka mengamalkan ilmu yang ada pada mereka dan bertindak sebagai pengurus dan bukan sebagai perkerja. Sebagai pengurus mereka sepatutnya mewujudkan sesuatu dan mendapatkan orang melaksanakannya. Dia tidak menunggu tetapi bergerak kehadapan merebut semua peluang yang ada.

    Marilah kita mainkan peranan kita sebagai rakyat yang bersyukur kerana telah dilimpah Allah begitu banyak RahmatNya. Kita bertegaslah memberitahu Kerajaan apa yang kita mahu. Janganlah kita menyerahkan segala-galanya kepada Kerajaan. Kita sudahpun menilai keterbatasan (limit)Kerajaan.Kita mahu Kerajaan bertegas menyatakan akan membantu setiap rakyat mendapat hak mereka dengan adil.Kerajaan tidak akan terlibat dalam perniagaan tetapi memainkan peranan mengikut perlembagaan negara. Equiti yang seharusnya di pegang bumiputra adalah 65% dari kekayaan negara dan kerajaan akan menentukan sekurang-kurangnya 30% equati dimiliki bumiputera dalam masa terdekat mengikut perlembagaan negara yang sedia ada.Ini adalah pilihan kita dan kerajaan hendaklah menyatakan persetujuannya atau sebaliknya untuk membolihkan kita mengambil tindakan selanjutnya.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Pencetus Strategik Vision
    Petaling Jaya

    ReplyDelete
  31. Anonymous9:44 AM

    DAKJ, salam,

    Everybody know that Dato' is close to Tun Daim. You are seen having teh tarik with him at Raju and other Indian restaurants.

    But on the issue of the NEP at this point of time, you and him are not sharing the same views. I read in the Sun today that Daim is not any more in favor of the NEP.

    Interestingly also, both Daim and Nazir are international bankers and they are both Malays. But they have different views. So do you consider your friend Daim a traitor?

    The Sun Report

    "On the dissatisfaction among the Chinese that the government is biased towards bumiputras in its policies, Daim said Malays, too, are now educated, and should be standing on their own feet unless they are lazy.

    "The New Economic Policy (NEP) cannot exist forever, otherwise the Malays will become too dependent as they might feel the government will look after them.

    "The reality is that the world has changed, we (the Malays) should take on the global challenges and stand on our own feet."

    -- theSun

    Ex-Banker

    ReplyDelete
  32. Saya teringat kenyataan Allahyaraham Tan Sri Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Dengan Tugas2 Khas tentang keazaman Kerajaan membentuk kumpulan usahawan Bumiputera yang berwibawa. Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas DEB dilancarkan.Antara soal jawab dengan seorang pemberita adalah seperti:
    Pemberita: Bolehkan hasrat itu dicapai?
    Ghazali : Mengapa tidak?
    Pemberita: Orang Melayu sendiri kata mereka tidak boleh berniaga secara besar2an. Lihat sekarang mana ada syarikat Melayu yang berjaya. Bas Sri Jaya pun kelam kabut.
    Ghaali: Begini, sebagai contoh, pada tahun ini, kita bantu 100 orang Bumiputra.Kalau 80 orang gagal kita sudah ada 20 orang. Tahun berikutnya angka itu akan bertambah, Dan begitulah seterusnya 20x xxxxx.

    Saya tidak tahu sama ada kenyataan itu berasas atau tidak. Apapun pada mata kasar dalam tempoh 10-15 tahun pertama DEB, dasar itu memperlihatkan cahayanya. Sayugia diingat bahawa krisis kewangan 97 merencatkan arah tujunya kerana daya tahan usahawan Melayu mengahdapi cabaran2 mendatang tidak kejab. Mungkin disebabkan mereka naik mendadak dan ketika berada dikemucak terhuyung hayang.Kalau ada yang mati,pewaris bercakaran sesama sendiri.

    Apakah Kerajaan UMNO/BN bersalah sekiranya Bumiputra tidak ramai berjaya selepas pelbagai kemudahan diberi.Cuba sekali sekala tanya diri kita sendiri.Tak perlu saya tulis panjang lebar mengenainya.

    bukan Melayu kata: Kerajaan terlampau memanjakan orang melayu,yakni semua dapat.
    Melayu pula,termasuk yang sudah kaya hasil DEB berkata,UMNO/BN tidak peka,hanya pentingkan diri sendiri. Ada yang tidak peduli langsung nasib Melayu kerana kata mnereka semua bangsa mempunyai hak yang sama, asalkan jangan tempuh soal agama.
    Saya tidak tahu apakah jawab terbaik.
    Dalam memperkatan DEB, kita jangan lupa bidang pelajaran turut terangkai.Hasilnya, kita lihat jumlah kelas menengah dan atasan dikalangan Melayu.Pada tahun 1970 daripada 2,300 pegawai division Satu dalam Perkhidmatan Awam,termasuk dalam sektor pendidikan, Melayu kurang daripada 1,000 orang. Hari ini puluhan atau ratusan ribu.Di mana datangnya kalau tidak DEB.
    Sedih juga apabila memperkatakan bidang pelajaran, hanya terdapat 45 peratus lelaki di insitut2 pengajian tinggi. Mungkin Kerajaan bersalah kerana tidak memantau setiap keluarga Melayu yang mempunyai anak lelaki.

    AKS-

    ReplyDelete
  33. DEB and Najib

    1-Many statement have been made by those responsible to carry out studies on economic policies including New Economic Models. These people take the opportunities, to 'lobby' their own agenda. One wonders whether making public statement about their recommendation is part of their terms.

    2-Many UMNO supporters are worried about DS Najib being very liberal and all inclusive, to the point that his color blind rhetorics
    is being practised fully.

    3-With the 10 Malaysia Plan and this interview it is clear that whoever say anythings about policies, be it ministers or deputy ministers are not firm until DS Najib confirm it.

    4-One wonder whether these 'unconfirm' statement are made before a policy is agreed by the cabinet, so that the originator of the proposed policy do get public support.

    5-The recent 'flop-flop' on policies, especially by the Human Resources Minister, seemed to be statement made before obtaining cabenet approvals. The sports-betting and GST could be one of those.

    One wonders!

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Dato' dan Saudara
    Abu Bakar Ab Rahman.

    Cukup menarik membaca komentar Saudara Ab, secara santai tapi tajam sindirannya.

    Cuma mengenai Kamal Atartuk Turki, bagaimana Kamal Atartuk "memaksa" wanita Turki membuang Jilbab, Burqa dan Tudung?

    Kamal Atartu menguasai sepenuhnya media massa kerajaan, dan dilontarkan propaganda bahawa mana-mana wanita berjilbab,berburqa,bertudung adalah seperti berikut: "They are prostitutes until proven otherwise".

    Kerana takut diganggu si hidung belang zaman sekular baru Turki, maka majoriti wanita Turki menanggalkan pakaian Islam yang diwarisi dari Kerajaan Islam Othmaniah, benteng terakhir kerajaan Islam!

    Kepada Saudara Pak Belalang dan Pak Hj JB,

    Sangat setuju hanya pendidikan mampu melonjakkan Bangsa bersaing di persada dunia. Tahniah Pak Hj JB berjaya mendidik anak-anak berjaya dalam akedemik dan agama InsyaAllah.

    ReplyDelete
  35. Scribe

    Kenyataan anak Tun Razak memang betul bahawa Matlamat DEB Masih Relevan.
    Memang betul Nazir Tun Razak bukan cakap kedai kopi tetapi dia cakap Coffee House di Hotel 5 bintang.

    Scribe,apakah cakap di kedai kopi tiada nilai?
    Saya rasa 40% kaum bumi hanya mampu minum di kedai kopi.Munkin kalau subsidi sudah dibuang langsonglah tak mampu lagi minum di kedai kopi jauh sekali minum di Coffee House di Hotel 5 bintang.

    Kedua-dua anak Tun Razak hendak merubah ekonomi negara supaya menjana pendapatan lebih tinggi.
    Nazir hendak mengujudkan masyarakat bumi yang lebih kompetitif.
    Bagaimanakah cara kerajaan hendak menjadikan impian ini satu kenyataan?
    Adakah dengan perlaksanaan MEB akan menukar kedudukan masyarakat bumi menjadi lebih kompetitif atau akan menjadi ibarat tikus memperbaiki labu?

    Scribe/tukang komen/pembaca-pembaca blog ini tidak dapat berbuat apa-apa apabila kerajaan tetap teruskan dengan agenda barunya i.i. melalui MEB dan RMK10.

    Saya, sebagai hamba ALLAH yang kecil,hanya dapat memberi beberapa nasihat percuma kepada golongan 40% kaum bumi yang dikatakan dalam kategori kurang mampu.

    1.Janganlah kita suka berbalah sesama kaum dan ugama dan dengki berdengki.

    2.Kalau irihati kepada saudara sendiri atau pun kepada bangsa lain yang lebih maju daripada kita, ayuh tunjukkan keazaman secara positif untuk lebih berdaya maju dan berdayasaing daripada mereka.

    3.Buangkan sifat hanya menadah tangan(mengharap subsidi)didalam kesusahan tetapi gigih berusaha kerana ALLAH membenci hambaNYA yang mudah putus asa.

    4.Ingat rezeki itu ada dimana-mana dan rebut setiap peluang yang diberi oleh kerajaan tanpa banyak perbalahan.

    5.Tiada jalan sengkat untuk mengecap kejayaan dan seterusnya kekayaan tanpa usaha dan usaha.

    6.Akhir sekali, jadikan ini satu pedoman hidup,TIADA KEADILAN HIDUP
    DI DUNIA INI,(Nothing is fair in this world).
    Insya ALLAH anda boleh hidup menghadapi segala ranjau dan duri.

    Selamat berjuang!
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  36. ting tong guy3:13 PM

    Assalamualaikum Dato'

    Wonder everytime when are u referring to the PM, u address him as Mohd Najib not YAB Dato' Seri Mohd Najib?

    Why r u also refer his brother as 'Anak Tun Razak' and not YB Dato Nazir Razak?

    Just wanna guess ur state of minds...hmmmm puzzled

    ReplyDelete
  37. Salam Tuan Pak HJ JB

    "Yang menjadi isu dan cabaran pokok ialah bagaimana merangka plan strategi dan kaedah-kaedah pelaksanaan yang boleh meningkatkan kesedaran dan penyertaan Bumiputra dalam merebut bahagian yang lebih besar kek ekonomi negara ini? Sejak dua dekad kebelakangan ini kita tidak lagi mendengar idea-idea hebat yg telah melahirkan entiti ekonomi berkesan spt Tabung Haji, Felda, ASN/ASB. Yg kita dengar ialah penswastaan itu dan ini, pemberian konsesi, pemberian AP, pemberian pink-form dan yang terkini penggabungan GLC yg kemudiannya dirundung rugi. Oh ya, jangan terlupa, ada juga yang tak kurang kontroversinya spt idea projek tanam padi atas bumbung.

    Zaman idea Tabung Haji dan PNB diwujudkan tidak sampai 10 orang Melayu bergelar profesor. Tapi kini kita ketandusan pemikir bangsa walaupun lebih 80% daripada 1400 profesor negara ini berbangsa Melayu. Kemana perginya keintelektualan kita?

    Dan tak kurang pentingnya juga ialah masalah ketirisan dalam pelaksanaan. Ini adalah persoalan akhlak bangsa kita. Menyedihkan tapi benar... Kemana perginya pegangan agama kita?"

    Komen:

    Maaf cakap, apa yang Tuan Pak Hj baru fikirkan di atas telah saya fikirkan 20 tahun lalu.

    Di pendekkan cerita, saya bersama-sama 2 Dr Phd, 2 Dr Profesor dan 2pelajar PHD di USM insyAllah, pada akhir tahun ini, akan menamatkan kajian teks dan implementasi 3 tahun yang bakal menghasilkan sistem pengurusan projek Islam yang, antara objektifnya, ialah seperti berikut:

    a) Mengatasi masalah kronisme dan ali-baba/ ketrisan kontrak kerajaan dalam pelaksanaan projek secara kontraktual.
    b) Memprofesionalkan bidang pembinaan.
    c) Membanyakan profesional Melayu terlibat dalam bidang pembinaan sebagai pengurus projek kontraktor utama dan subkontraktor, khasnya.
    c)Memecahkan monopoli perniagaan berdasarkan etnik dalam industri pembinaan negara.
    d) Menggalakan lulusan agama menceberi bidang pembinaan.
    e) Mengatasi masalah kontraktor kelas F yang terlalu ramai.
    f)Menyokong dan mengkukuhkan pembetukan sistem kewangan dan perbankan Islam dsb.
    g)Mengurangkan kos pembinaan dan meningkatkan kualiti pembinaan daripada yang seadanya.

    ReplyDelete
  38. dato,

    Kalau DEB itu adalah MARA, maka bagi saya agak berjayalah DEB kerana dapat menghasilkan ramai melayu yg maju, berjaya dan sedar diri berbanding mak bapak datuk nenek dia.

    Kalau DEB itu adalah 10% diskaun beli rumah, tak pasti DEB berjaya kerana nampak ramai melayu dapat beli rumah kos rendah aje.

    Kalau DEB itu adalah projek kerajaan untuk bumiputra, maka tak berkesanla DEB itu kerana hanya kroni aje yg dapat projek kerajaan. (tapi masih kira ok kerana pasti para pekerja syarikat ini adalah melayu, jadi kuranglah kadar pengganguran di kalangan melayu).

    Melayu tetap melayu yg mana mereka nak kaya dengan kurang usaha. Bila mereka tak kaya, maka mereka salahkan pemerintah kerana mereka tak kaya. Sebab itu ramai melayu dalam skim cepat kaya dan MLM (member lanyak member).

    Pendapat saya adalah lebih baik kerajaan buat test dengan menghapuskan DEB buat seketika. Kita tengok apa hasilnya. Adakah melayu makin merundum atau melayu makin berjaya. Kalau tak berjaya, aktifkan balik DEB. Bunyi macam senang, tapi perlu di lakukan.

    Apa pendapat dato?

    ReplyDelete
  39. YBhg.
    Yang sesuai dilakukan ialah membantu rakyat Malaysia berada dalam kehidupan yang baik. Walaupun satu negara, oleh itu 1MALAYSIA, rakyat masih terpisah mengikut sempadan bangsa. Usaha telah dijalankan untuk memapar rakyat tanpa sempadan sebegitu. Namun realiti sosial, ekonomi dan politik tidak begitu. Usaha untuk terus membantu kelompok yang tertinggal wajar diteruskan.

    Yang kelihatan menggagalkan ialah usaha yang bersifat "political favours". Wang, Tanah dan Modal mengalir dan terbuang. Kita boleh catat satu demi satu jika kita mahu.

    ReplyDelete
  40. Anonymous9:08 PM

    Assalamualaikum Dato',

    Saya amat bersetuju bahawa DEB masih relevan.Melayu perlu dibantu dalam apa hal sekali pun.Terutama dalam bidang perniagaan dan pendidikan. Bagi kebanyakan bukan bumiputra dan golongan anti-bumiputra dan Melayu Kacang memang menentang DEB.Mereka bukannya cakna sangat kepada bumiputra yang dalam keadaan 'tertekan'oleh kemiskinan dan kekurangan 'pendidikan'.

    Yang menyedihkan banyak pembahas menyalahkan kerajaan dan UMNO di atas kegagalan DEB mencapai matlamat.Bagi saya inilah Melayu Kacang.

    langit biru kata,Aset Felda pada 2004 ialah RM4.5 billion, hari ni tinggal RM200 juta.Kayarayakah peneroka Felda???

    Ayah saya(arwah)menjadi peneroka LKTP pada 1959.Diberi RM 2.90 sehari.Rumah buat sendiri secara gotong royong, kebun tebas tebang dan tanam sendiri.Ibu bapa saya tak kayaraya tetapi anak-anaknya berjaya masuk universiti.Saya masuk Technical College, Maktab Teknik, Institut Teknologi Kebangsaan dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1972/1973.Kerana DEB ramai Melayu berjaya menjadi jurutera,doktor dan peguam.
    Yang kaya raya ialah generasi ke-2 Felda (bukan semua).Merekalah Melayu Kacang.Sebab itu Felda menjadi lubuk pembangkang.Guru2( bukan semua)pun begitu.Walhal mereka semua lahir kerana DEB.Janganlah angkuh dan sombong.Bersyukurlah, nanti hilang sekelip mata.

    Kalau tak ada UMNO adakah nasib orang Melayu akan terbela? Siapa yang nak membela orang Melayu?
    PR.Jauh panggang dari api.

    Salam hormat,

    Lat Juno.

    ReplyDelete
  41. Roti Planta9:27 PM

    Dato',

    Hari ini Hishamudin Menteri dalam Negeri bercakap pasal bilangan pemegang 'Senapang Rela'. Siap statistik ikut kaum. Jika semua nak kira kuata kaum maka huru-hara Malaysia kerana peruntukan kaum India dan Cina kena tambah walaupun mereka tidak berminat. Sekarang bilangan kakitangan awam dan polis kaum bukan melayu hendak ditambah kerana sibuk cakap pasal kuota, kuota, kuota.

    Bilangan penghuni penjara dan serenti tak nak ikut kuota juga ke?

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  42. Assalamualikum Dato'

    1. Saya amat menyokong sekali saranan Nazir itu bahawa matlamat DEB tu masih relevan. Oleh itu dasar DEB ni patut dijadikan asas dalam apa sahaja dasar baru yang hendak diperkenalkan oleh Kerajaan masa kini.

    2. Bagi kaum Bumiputra memang betul DEB belum dapat dicapai sepenuhnya meskipun ia dah berusia hampir 40 tahun. Ini perlu difaham kerana kedudukan tahap ekonomi kaum Bumiputra semasa ia diperkenalkan pada tahun 1970 dulu adalah amat rendah sekali. Bumiputra begitu asing sekali dalam bidang ekonomi kompetitif ini. Sudah tentulah mereka akan tenggelam timbul walaupun diberi bantuan.

    3. Apa yang penting ialah bagi kaum bukan Bumiputra, DEB merupakan "a blessing in disguise" bagi mereka. Apa tidaknya, bagaimana banyaknya sekali peluang yang diberikan oleh Kerajaan kepada kaum Bumiputra dalam berbagai bidang, akhirnya kaum Bumiputra tetap akan mencari perniaga bukan Bumiputra sebagai rakan synergy perniagaan mereka. Malah tahap mencapaian kaum bukan Bumiputra sejak di bawah DEB adalah melebihi 100% dari apa yang diperuntukan untuk mereka. Jadi mereka janganlah tamak sangat hingga nak kaut sama hak yang sedikit dari bahagian Bumiputra. Janganlah mereka menafikan bahawa mereka sebenarnya mendapat lebih dari apa yang sepatutnya.

    4. Oleh itu jika Kerajaan dapat terus mengekal prinsip dan kuota DEB dalam MEB, ia sudah tentu akan memberi peluang kepada kaum Bumiputra untuk terus bersaing dan dapat mengimbangi agihan kekayaan dinegara ini.

    ReplyDelete
  43. Pembahas Hj Munawir, Tuan Hj kata pengerusi Hong Leong bank seorang Melayu.

    Saya layari laman web rasmi HLB. Pengerusinyanya (Tan Sri) Quek Leng Chan.

    Dia tentulah bukan Melayu.

    Atas kesilapan itu, saya tidak akan siarkan komen Tuan Haji.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  44. Salam Dato dan Saudara langitbiru,



    Saudara langit biru,terima kasih.



    Sejak saya menyertai komen diruang blog Dato ini saya dapati hampir kesemua pemberi pendapat adalah dari gulungan berpendidikan tinggi dan saya fikir berumur 50 tahun keatas dari pembacaan tulisan mereka.....kebanyakannya menulis dari HATI,dari`realtime living' dari `actual problem contacts' dll...dan dah berjaya!.



    Saya fikir umur Dato Kadir pun dah tua juga,seperti yang lain-lain....nanti kita semua pun akan dihantaq kealam barzah dan tunggu giliran di bangunkan dan dll, harap tak melalui actual kiamat..TAKUT la bro!...



    OLIH TU SIAPA YANG NAK TULIS komen semasa Dato masih ada ni elok mai cepat sikit nanti menyesai!!



    Olih kerana kita `orang kecik',`cakap tak bolih pakai punya',` tadak visi punya' dan PALING PENTING KITA ORANG-ORANG KECIK NI TAK ADA RUANG DAN TENTU TAK ADA PELUANG,KALAU ADA PUN AKAN
    DIKATAKAN TAK ADA MASA UNTUK sampaikan pendapat kita kepada PM,TPM,Menteri Dalam Negeri dlll....


    MENTERI semua tu kan sentiasa sebuk!...



    HANYA BOLIH TULIS dan HARAPKAN adalah mata mata BESAQ yang nampak tulisan kita,ada otak yang cair DAN BERA'QAL berfungsi sebaiknya...



    OUR GENERATION is the last generation of the actual Malaysia....generasi selepas kita semua dilahir dan dibesarkan selepas Malaysia makin kecik dan sempit dari kehilangan satu wilayah besar(singapura) dan cucu kita lahir didalam Malaysia hilang lagi dua wilayah..batu putih, hilang laut,hilang telaga minyak,hilang minyak,hilang simpanan gas dan hilang pulau pisang (pulau pisang tu elok tukaq nama jadi (PULAU ORANG AMBIK FREE)....


    Pulau South Ledge kat batu Putih tu pun 'ntah hilang jugak......


    Sat ni ada lagi syarikat malaysia hilang tanahnya di perantauan!! keretapi besi dan relnya elok simpan kat muzium...jadi contoh dunia, dimana keretapi besi yang besaq dan besi relnya yang berat dilambung keketempat lain olih badang MELAYU juga...kalau
    betui fikiaq saya nanti ada submarine keretapi, kat hujung johor!!.


    YANG PELIKNYA...takdak perang, takdak rusuhan,takdak drones, takdak tembakan....alih alih HILAAANNNGGGGGG wilayah-wilayah kita!..


    Anak kita kata NGOK PUNYA KETUA......cakap berdegar,slogan melangit,gambar cantik....TETAPI HANYA BERGAYA DAN NAMPAK GAGAH PERKASA sangkut KAT TEPI DINDING
    dan kutip habuk..


    Masa banci 1955 adalah dalam 6 juta penduduk Malaya...CINA kat KL tak sampai 400,000 orang....LAIN tu MELAYU.....


    SEKARANG ADA hampir 29-30 juta orang penduduk,kalau 66% melayu ada
    lebih kurang 19-20 JUTA ORANG MALAYU! dah 3 setengah kali ganda dari tahun 1955...TAPI AWAT MAKIN KECUT TELOQ ni?..


    KALAU dok macam ni, minta tu minta ni,pi kut tu pekena orang ni,pi kut ni pekena orang tu,siang gelembong orang malam kecok orang maka alamat AKAN CONFIRM jadi PEMINTA SEDEKAH LA 19-20 juta melayu ni.......



    TOK SAH dok tengoq kata cina salah ka,india putaq ka....kita kena mai
    sama sama DO IT,DO IT...DO IT THE BEST YOU CAN,DO IT THE BETTER way,let them always be themse-lves... kalau siang kita tenguk muka kita kat ayaq, kalau malam kita tenguq muka kita kat cermin...kalau peram,buh la lotion sikit,kalau merelit gelap gelemat tu dah kerja kuat sangat dah tu,KALAU PUTIH MELEPAK NAMANYA PEMALAS!! tak kena panas,tak bekerja, tak layak nak kata Melayu sebenarnya!......


    ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA PANAS SEPANJANG TAHUN....`suntan' kata orang putih (depa megah kalau `suntan', ada duit lebih pi jalan-jalan dan jemoq panas matahari, maknyanya berjaya la dalam hidup....


    MELAYU AKAN DATANG kalau tak `suntan' makanya awak dah nak mampuis.....



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  45. Salam semua,

    Anak Tun Razak: Matlamat DEB masih relevan..

    Satu lagi khutbah oleh generasi 'sudu perak' seperti anak2 allahyarhm Tun Razak.. khutbah terakhir kot sebelum negara bankrap..

    apa yang mereka faham soal kemiskinan, ditindas, dinafikan peluang? merasa kemiskinan jauh sekali..celik2 dah jd anak PM (silver spooned).

    Kemiskinan itu ibarat terperangkap dalam pasir jerlus..semakin meronta, semakin tenggelam..jasad itu hanya dapat dibantu keluar jika ada yg menghulur tangan untuk membantu..

    DEB relevan?

    CIMB - chinese & indian managed bank..

    DEB relevan?
    Kenapa MEDC (Kementerian Pembangunan Usahawan) dihapus?

    DEB relevan?
    Kenapa penerima tongkat terbesar negara adalah Robert Kwok (subsidi gula, tepung), YTL, Genting (subsidi gas), Ananda Krishnan (subsidi satelit,gas)etc. majoriti bukan Melayu..? yg syed mokhtar dpt pun celah gigi saja..di malaysia, jangankan bela ayam..bela babi pun boleh dpt subsidi..

    Nasihat saya kepada anak2/menantu Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir, Tun Abdullah ..

    ..ubah gaya hidup sendiri sebelum mimpi nak mengubah org lain atau bawa perubahan! org melayu byk dah berubah..terima kasih drpd hasil DEB beri peluang pendidikan..

    Jika tidak, lebih baik diam saja dari terus berkata-kata menyinggung hati bumiputera lain..

    wslm

    (",)

    ReplyDelete
  46. thegreatteadrinkerdownsouth4:23 PM

    Salaam, Dato'

    I have read and re-read your posting, but I am unable to fathom the logic behind it.

    It seems to me, and perhaps I am wrong, that what you are advocating flies squarely in the face of globalisation, competitiveness and meritocracy.

    For a country that is as dependent on external trade as Malaysia is, it is surely in our interest to be open, welcoming and transparent to both investments and talent.

    The Singapore Business Times newspaper carried a report "Malaysia targets 12.8 per cent investment growth" in it's edition of June 22, 2010.

    The report said that International Trade & Industry (MITI) Minister had described the target of expanding private investments by an average 2 per cent currently to 12.8 per cent annually as a "formidable task".

    Out of the RM115 billion required annually under the 10th Malaysia Plan (2011-2015), MITI is aiming to attract at least RM40 billion from new manufacturing investments, with the remainder from services.

    Are you seriously expecting foreign investors to put in a significant portion of the anticipated RM40 billion in new manufacturing investments and RM70 billion in services investments into Malaysia if mixed messages regarding economic policies are put out by the government?

    As the Singapore Business Times report put it: "Investors, put off by red tape and race affirmative action policies, have turned to the more prominent growth markets of China and India, as well as emerging Asean economies Indonesia and Vietnam."

    And when Thailand gets it's internal politics in order, it will be another formidable competitor for foreign investments.

    This is what Nazir Razak is trying to put across. This is what the Malaysian Cabinet has realised, but is in two minds of how to sell the hard facts to Malaysians.

    Sadly, he is being shouted down by economic ignoramuses like Ibrahim Ali of Perkasa. I doubt that the latter can even make a case for foreign investments and the need to keep the Malaysian economy open and welcoming.

    But, then, Ibrahim Ali doesn't have to go out into the wide world and fight tooth and nail for foreign investments now, does he?

    And frankly, Dato', I am surprised (and disappointed) by your view of the world. It appears that you have adopted the mantle of victimisation and dispossession a la Perkasa.

    As a little sidenote - a number of Sarawakian Malaysians have been arrested in Singapore and charged with robbery and murder of Indian nationals in the republic. These Sarawakians were working in Singapore as cleaners and gardeners. Come on, Dato', 50-something years after Merdeka, is this the best that Sarawak (and Sabah, which also exports unskilled labour to Singapore) can do? Where are the cries of outrage in Malaysia about this?

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum Dato dan Lat Juno,

    Lat Juno kata,

    "langit biru kata,Aset Felda pada 2004 ialah RM4.5 billion, hari ni tinggal RM200 juta.Kayarayakah peneroka Felda???

    Ayah saya(arwah)menjadi peneroka LKTP pada 1959.Diberi RM 2.90 sehari.Rumah buat sendiri secara gotong royong, kebun tebas tebang dan tanam sendiri.

    Ibu bapa saya tak kayaraya tetapi anak-anaknya berjaya masuk universiti.Saya masuk Technical College, Maktab Teknik, Institut Teknologi Kebangsaan dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1972/1973.

    Kerana DEB ramai Melayu berjaya menjadi jurutera,doktor dan peguam".

    Saudara Lat Juno,
    Ini bukan pertama kali Dato' AKJ menulis tentang DEB. Jika Saudara Lat Juno baca pendapat saya sebelum ini, saudara akan menemui betapa saya menyokong DEB, matlamat murni, TETAPI ASPEK PELAKSANAAN AMAT LEMAH,TIDAK MENEPATI GOLONGAN SASARAN.

    Soal Felda, itu yang saya bangkitkan, Kayarayakah peneroka Felda???

    BERMAKSUD, Felda menggunakan tenaga empat kerat para peneroka petani Melayu, berhempas pulas membanting tulang meneroka membuka tanah-tanah hutan SEHINGGAKAN FELDA MEMPUNYAI ASET 4.5 BILLION.

    BERMAKSUD, Para Peneroka Petani Melayu lah YANG SEBENARNYA menjana aset Felda mencapai 4.5 Billion.

    AKAN TETAPI, Pengurusan FELDA yang terdiri dari Melayu Elit, yang tidak pernah kenal penat lelah Para Peneroka, benarkan mereka mengurus dan mengawal tadbir aset Felda hingga tinggal 200juta?

    SEDANGKAN Nasib PAra Peneroka masih ditakuk lama!!! Sepatutnya, para peneroka dengan aset sebegitu besar, hidup senang lenang. Bersusah payah dahulu, bersusah payah juga kemudian!!!

    Bermaksud, pengurusan Felda yang tidak amanah, menggunakan tenaga para peneroka untuk kepentingan sendiri, bukan untuk peneroka!

    Soal Saudara Lat Juno dan adik beradik berjaya ke menara gading atas dasar DEB, saya katakan tahniah dan alhamdulillah, kerana itu yang sepatutnya cara DEB dilaksanakan keatas golongan sasaran dan yang berhak menerimanya. TIADA PERTENTANGAN PENDAPAT antara saya dan Saudara di sini.

    ReplyDelete
  48. Anonymous6:12 PM

    Salam Dato',

    Minta masuk sekali lagi.

    Sdr saji, wassalam.

    Sdr menulis (7.37 pm) ...

    "..Di pendekkan cerita, saya bersama-sama 2 Dr Phd, 2 Dr Profesor dan 2pelajar PHD di USM insyAllah, pada akhir tahun ini, akan menamatkan kajian teks dan implementasi 3 tahun yang bakal menghasilkan sistem pengurusan projek Islam yang, antara objektifnya, ialah seperti berikut:.."

    Saya gembira dengannya. Saya akan tambah gembira jika sdr berjaya menghasilkan satu produk yg bersifat konkrit yg boleh menggamit penyertaan Melayu secara massa. Saya jangka sdr melakukan kajian empirikal selama 3 tahun yg disebutkan itu atau paling tidak telah membina model yang boleh diuji keberkesanannya. Atau mungkin juga sdr telah melakukan simulasi mengkaji prestasi "sistem pengurusan" yg sdr bakal rumuskan itu. I am next to ignorant to theory of management, so I know nothing about any simulation sofware to test such system. Poor me. Or, may be you could start designing your own testing using Monte-Carlo simulation technique together with algorithm of your choice such as the Metropolis algorithm. Perhaps your research team could define new random walk generator suitable for Malay decision-making pattern. I am no expert on this, so many "or". Forgive me.

    Good luck bro.

    Pak Hj JB

    ReplyDelete
  49. Anonymous1:45 AM

    Kluangman kata,

    "Dan kerajaan juga harus disalahkan kerana tidak menggunakan segala kuasa untuk mengekang 'politik' pembangkang yang berlebihan hingga tumpuan ke arah membangunkan dan menyusun ekonomi dan negara tergendala."

    Jika kabinet tahu bezakan kerajaan dan parti, tentulah tumpuan tidak akan dialih kearah yang tidak perlu.

    Satu lagi masalah utamanya, terlalu banyak "tidak muktamad" dan "tidak perlu penjelasan" dalam membuat keputusan.

    Saji kata,

    "Satu cara untuk membina masyarakat Bumiputra yang lebih kompititif dalam bidang perniagaan,khasnya ialah melalui pelaksanaan sistem tender terbuka dalam sistem perolehan karajaan yang disokong oleh penghapusan sistem monopoli perniagaan yang berteraskan etnik. Beranikah kerajaan melaksanakanya?"

    Melalui mata kasar saya dari luar, yang utama menyempitkan persaingan bumiputera adalah GLC. Tak bolehkah kerajaan mensyaratkan dalam kontrak, pemegang konsesi dan tender mesti juga membuka tender terbuka untuk "sub"kan kerja mereka?

    Saudara Lat Juno dan Langit Biru,

    Apa beza generasi 1 dan generasi 2.

    Sebagai anak Felda, tidakkah Lat Juno tahu, majoriti generasi 2 yang mengambil alih kebun bukan sekadar belum bebas dari hutang generasi 1 malah ditambah dengan hutang semasa. Ini banyak berlaku terutama semasa tempoh tanam semula.

    Sila juga Lat Juno sebagai generasi 2 semak apa nasib generasi 3 di asrama Felda.

    Bagi saya tidak wajar disalahkan generasi 2 jika mereka mudah didekati pembangkang.

    DAKJ ada sebut dua masalah iaitu jurang ekonomi antara kaum dan JURANG EKONOMI ANTARA YANG KAYA DAN MISKIN.

    Majoriti minat hanya mengulas masalah pertama sahaja. Sedangkan inilah sudut yang diperkatakan pembangkang DEB sekarang.

    Bagi saya, kedua-dua isu adalah sama penting. Walau DEB mengambil kira kedua-dua isu, kebelakangan ini hanya isu pertama ada dalam agenda perlaksanaan. Itupun melalui perlaksanaan, matlamat tidak kesampaian.

    Tidak lama dulu RAfidah Aziz salahkan melayu kerana sesiakan DEB bila mahu cepat kaya dan cepat-cepat menjual saham yang diperuntukan.

    Disini pun agak ramai yang menyalahkan melayu kerana dengki dan lain-lain lalu gagal dalam DEB.

    Yang belum disalahkan adalah pelaksana itu sendiri.

    Mudah bagi saya yang tidak sekolah tinggi untuk faham -

    1.Jika kerajaan mengaku melayu miskin, sama seperti meludah kelangit.
    2.Jika tidak mengaku, makin besarlah jurang politik melayu dan bukan melayu.

    Walaupun pahit, bukankah lebih mudah untuk mengaku kekurangan dalam perlaksanaan lalu menunjukkan usaha membaikinya.

    Jika rakyat nampak ada usaha yang berkesan digerakkan, mereka boleh jadi pemaaf dengan mudah. Sudah lebih 50 tahun, rakyat menjadi pemaaf.

    Jangan pula rakyat diserlah dengan sikap terpinga-pinga pemimpin seperti Menteri Pelajaran yang mahu memansuhkan UPSR dan PMR.

    Ini namanya marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Menyerang simpton tetapi bukan punca penyakit.

    Begitu dangkalkah ilmu pendidikan pengarah-pengarah di Kementerian Pelajaran itu? Sudahkah mereka membaca teks DASAR PENDIDIKAN NEGARA?

    To thegreatteadrinkerdownsouth, I would prefer the government to focus more internally.

    In this case, I will like very much to refer to the success of nowadays giants in China and India. Both started out to be self sufficient food producer to feed their own people.

    Deficit depraved country like Malaysia should only look at FDI as a short term initiatives.

    "Perut kenyang, hati senang". Simple and very practical.

    p/s Please tolerate my english. I'm not that educated, I confess.

    Fed Up

    ReplyDelete
  50. Yangretibase3:08 AM

    Assalamualaikum DAKJ, Sdr. Lat Juno dan semua,

    Siapa kata UMNO membela Melayu? Selama lebih daripada 50 tahun UMNO berkuasa, kalau UMNO benar-benar membela Melayu, sudah tentu pada waktu ini tiada seorang Melayu pun yang miskin dan merempat di negeri sendiri. Sekurang-kurangnya, semua orang Melayu hidup dalam penuh keselesaan, walaupun tidak kaya raya. Malangnya, hidup orang Melayu lebih menderita daripada orang bukan Melayu, padahal Malaysia ini negeri orang Melayu.

    Dengan kata ringkas, saya berpendapat, UMNO telah gagal melaksanakan amanah, tanggungjawab dan kewajipannya sebagai kerajaan pemerintah negara,idak langsung membela Melayu secara menyeluruh, tetapi hanya segelintir Melayu.

    Kegagalan UMNO membela Melayu dari segi ekonomi terus membawa 'kehebatan' yang sangat kronik kepada Melayu sehingga Melayu 'menjuarai' hampir semua sektor jenayah dan kebobrokan sosial.

    Tidakkah itu bermakna UMNO-lah yang bertanggungjawab menjadi petualang memenderitakan Melayu? Oleh itu, baiklah UMNO sekarang, termasuk Tun Dr. Mahathir yang masih ada kesempatan, dan Lat Juno juga, bersedia dengan jawapan tuntas yang akan dipersembahkan di hadapan Allah SWT di alam akhirat nanti.

    Lat Juno bertanya siapa nak membela orang Melayu kalau UMNO tak ada. Pertanyaan itu membayangkan bahawa Lat Juno tidak yakin UMNO akan terus berkuasa selepas PR ke-13 nanti. Kalau UMNO kalah, sudah tentulah PR yang menang.

    Maka, kerajaan PR-lah yang akan mengurniakan keistimewaan yang lebih kepada Melayu, DENGAN IZIN ALLAH SWT.

    Wassalam. Maafkan saya sdr. Lat Juno.

    ReplyDelete
  51. Anonymous4:59 AM

    Salam Sejahtera DAKJ,
    dan pelayar di hormati,

    Memang diakui, dasar yang baik di atas kertas tidak semestinya dapat diterjemahkan sebaik itu di lapangan. Banyak faktor, ransangan dan kekangan yang perlu diambil kira.

    Kejayaan sesuatu dasar seperti ekonomi kalau tidak silap diukur dari segi berapa banyak ianya memberi kebaikan material kepada golongan sasaran tetapi bukannya berapa banyak ianya telah dilaksanakan tetapi golongan sasaran (setelah ditolak dan campur) hanya mendapat keuntungan moral semata-mata.

    Namun, golongan sasaran juga ada kelemahannya. Mereka tidak harus berpeluk tubuh sambil mengharap bulan jatuh ke riba. Golongan sasar akan mendapat faedah tertinggi dari dasar ekonomi kalau mereka turut mengambil bahagian secara aktif. Dengan itu faedahnya apabila diperoleh akan terus berkembang dan bukanya merosot selepas beberapa lama dinikmati.

    Kalau golongan sasar menunjukkan reaksi pasif, impian dasar ekonomi akan terus tinggal sebagai impian. Justeru satu strategi dan usaha komprehensif, bersungguh-sungguh dan iklas perlu dimulakan. Laluan ini tidak ada yang pintas, mahu tidak mahu kenalah lalui jalan yang panjang.

    Harapannya ialah agar golongan sasar akhirnya memiliki bekalan ilmu, kemahiran, latihan, sikap, upaya saing, upaya fizikal dan upaya mental yang secukupnya agar mereka dapat mengambil bahagian dan bukan sekadar menjadi pemerhati yang nikmatnya ialah sekadar menggigit jari sekali lagi.

    ATAS PAGAR

    ReplyDelete
  52. rakyat marhaen6:21 AM

    Salam,

    1 Ya. DEB masih relevan. Yang tak relevan ialh orang2 yg diamanahkan utk menjayakannya agar sampai kpd rakyat, tapi khianat; yg hanya memberi kpd kroni2, antaranya yg menyatakan DEB ini masih relevan; bukan sebab dia anak bangsawan, tetapi kerana banyak yg sepatutnya sampai kpd rakyat, disasar kpd golongan spt ini; yg dapat tongkat besar yg sepatutnya sampai kpd rakyat; tapi yg sampai kpd rakyat tinggal ranting2 kecil yg rapuh, sisa ketirisan.

    2 Kalau jenteranya itu itu juga, sampai 30 tahun lagi, yg bertambah hanya orang2 spt ini, bukan sasaran DEB sebenar - rakyat jelata.

    3 Sesiapa yang menafikan realiti ini, dia sangat naif tentang DEB - dasar ekonomi berpilih.

    ReplyDelete
  53. Anonymous9:45 AM

    Assalamualaikum Dato' dengan izin,

    Terima kasih kepada langitbiru atas penjelasan.

    Saya komen atas perkara yang agak menyentuh perasaan dan yang tersurat.

    Perkara yang tersirat agak sukar nak ditafsirkan.


    Salam hormat,

    Lat Juno

    ReplyDelete
  54. Anonymous10:43 AM

    DAKJ,salam,

    Sekalu bekas pegawai bank, saya ada satu perspektif yang hendak saya kongsi dengan Datuk dan para pembahas mengenai saham yang dikhaskan dan dijual kepada Bumiputera.

    Semasa di bank, saya terlibat uruskan jual beli dan financing Bumi shares dalam syarikat bukan Bumi yang buat IPO. Bukan semua Bumi dapat berjuta-juta saham. Majoriti dapat 5,000 atau 6,000 unit. Paling banyak pun 100,000 unit.

    Dengan jumlah yang kecil, tak guna kita simpan. Kita tidak ada kuasa yang pengurusan syarikat dan dividen syarikat di Malaysia sebenarnya sangat rendah. Jadi lebih baik jual bila harga naik. Bayar hutang bank dan guna keuntungan untuk tujuan lain.

    Ramai pelanggan Bumi saya pinjam duit beli saham. Kemnudian jual saham dan bayar hutang. Lepas tu melalui saya juga mereka guna keuntungan untuk beli rumah atau buka perniagaan sendri dengan pinjaman tambahan dari bank.

    Kesimpulannya, dengan keuntungan jualan saham Bumi itu mereka beli rumah atau buka perniagaan sendiri yang mereka ada kawalan ke atasnya. Jadi mungkin betul saham Bumi dalam korporat hanya tinggal RM2 bilion, tapi aset Bumi yang diwujudkan melalui keuntungan jualan salam IPO ini mungkin lebih daripada RM40 atau RM50 bilion dan bentuk aset seperti rumah, tanah, perniagaan dan unit trust.Lagipun Datuk sekarang ini ramai Bumi mula sedar tentang haram dan halal jadi ramai tidak mahu lagi labor dalam saham yang tidak mematuhi syariah.

    Ex-Banker

    ReplyDelete
  55. Salam Sdr Fed Up dan Pak Hj JB

    "Melalui mata kasar saya dari luar, yang utama menyempitkan persaingan bumiputera adalah GLC. Tak bolehkah kerajaan mensyaratkan dalam kontrak, pemegang konsesi dan tender mesti juga membuka tender terbuka untuk "sub"kan kerja mereka?"

    Komen:

    1. Cadangan sdr Fed Up supaya GLC/pemengang konsesi meng"sub"kan kerja mereka secara tender terbuka memang boleh/ dibolehkan dalam amalan kontrak pembinaan konvensionl/Barat, dan itulah sebahagaian daripada strategi dan kaedah yang diterapkan dalam pelaksanaan sistem pengurusan projek Islam.

    2. Caranya ialah menggunakan dokumen sistem kontrak pembinaan UK yang dipanggil JCT FORM OF MANAGEMENT CONTRACT 1987.

    Maknanya, penggunaan sistem kontrak pembinaan Lump Sum, Bills of Quantities dan Design and Build yang mereka selama ini gunakan kena hentikan.

    3. Apa yang mereka lakukan sekarang ialah mengali-babakan kerja mereka kepada kontraktor lain atas muslihat JV/usaha sama, sama ada Melayu atau bukan Melayu.Kalau mereka Melayu, biasanya mereka akan ali-babkan kepada bukan melayu pula.

    Maksud saya, pertanyaan sdr sudah saya lama fikirkan yang mendesak saya melakukan kajian berkenaan (rujuk perbincangan saya dengan Pak Hj JB di atas).

    ReplyDelete
  56. Sdr Pak HJ JB

    "Saya gembira dengannya. Saya akan tambah gembira jika sdr berjaya menghasilkan satu produk yg bersifat konkrit yg boleh menggamit penyertaan Melayu secara massa. Saya jangka sdr melakukan kajian empirikal selama 3 tahun yg disebutkan itu atau paling tidak telah membina model yang boleh diuji keberkesanannya."

    Komen:

    Untuk maklumat sdr sebuah projek ubah suai dan tambahan kepada rumah sesebuah di Taman Nilai Impian NS akan dijadikan projek contoh bagaimana sistem pengurusan projek Islam dilaksanakan, disamping kajian teks dan empirikalnya. Sekarang masih diperingkat mendapat kelulusan PBT dengan perlantikan juruperunding arkitek dan jurutera dilakukan berdasarkan kontrak Islam.

    ReplyDelete
  57. Salam Sdr rakyat marhaen

    "Ya. DEB masih relevan. Yang tak relevan ialh orang2 yg diamanahkan utk menjayakannya agar sampai kpd rakyat, tapi khianat; yg hanya memberi kpd kroni2, antaranya yg menyatakan DEB ini masih relevan; bukan sebab dia anak bangsawan, tetapi kerana banyak yg sepatutnya sampai kpd rakyat, disasar kpd golongan spt ini; yg dapat tongkat besar yg sepatutnya sampai kpd rakyat; tapi yg sampai kpd rakyat tinggal ranting2 kecil yg rapuh, sisa ketirisan."

    Komen:

    1. Dalam Islam, 'punca' kepada masalah seperti 'punca' kepada masalah kegagalan pencapaian objektif DEB mahupun perkara2 yang terwujud yang menimbulkan masalah tersebut hanya boleh dikesan/dilihat menggunakan pandanagan mata hati iaitu kajian menyeluruh dan sepadu.

    2. Apabila sdr mengatakan yang menjadikan DEB tidak releven ialah orang yang diamanah untuk menjayakan DEB tapi khianat dan hanya memberi kpd kroni2, sdr dianggap telah menggunakan pandangan mata dan akal atau logik akal dalam mengesan punca kapada masalah kegagalan DEB. Hasilnya, sdr hanya dapat melihat apa yang dipanggil 'kesan' pada masalah yang menyebabkan kegagalan DEB iaitu orang yang diamanah untuk menjayakan DEB tetapi khianat dsb itu. Bagaimanapun, 'punca'nya sdr masih tidak temui lagi.

    3. Beza antara 'punca' dan 'kesan' pada masalah:

    'Punca' pada masalah sukar ditemui kerana memerlukan pandangan mata hati, tetapi jika ditemui ia boleh di atasi.

    'Kesan' pada masalah mudah ditemui kerana hanya perlu menggunakan logik akal, tetapi jika diatasi ia bersifat sementara atau masalah lama berulang kembali.

    4. Pandangan mata hati saya mengatakan bahawa, 'punca' kepada masalah kegagalan DEB dalam bentuk projek dan rancangan ialah,penerusan penggunaan sistem2 kontrak pembinaan konvensional jenis Price-in-advance atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Istisnaa/ Tempahan yang dikesan menggalakan budaya rasuah, kronisme dan ali-baba kontrak dalam pelaksanaan projek dan merupakan alat bagi golongan kapitalis mengkayakan dirinya dengan apa jua cara.

    ReplyDelete
  58. Anonymous7:30 PM

    Assalamualaikum Dato'minta izin masuk sekali lagi.

    Yangretibase, kayu ukur sdr. dan saya berbeza bagaimana nak 'mentafsir' adakah UMNO membela Melayu atau tidak.

    Dengan adanya Petronas,UKM,UiTM,UTM dll.Bantuan kpd.Penternak,Petani dan Nelayan.Bantuan kpd.usahawan bumiputra dan banyak lagi.Yangretibase boleh cari sendiri yang lain2.Ini bukti UMNO memang berusaha membela Melayu.Soal berjaya atau tidak itu bukan salah UMNO/kerajaan semata-mata tetapi juga kesilapan/kesalahan raayat itu sendiri.Ini semua orang tahu.Kita harus akui Bangsa Melayu (bukan semua) ialah bangsa yang kurang rajin,kurang usaha, kuat hasad dengki,pendendam(termasuk orang kuat PKR dan PAS)dan kuat bergantung kepada kerajaan(termasuk saya).Sifat2 inilah yang meletakkan bangsa Melayu di belakang bukan bumiputra terutama Cina.Jadi kalau PR memerintah, kita,kalau anda juga orang Melayu,akan menjadi kuda tunggangan DAP, tak terkecuali Melayu PKR dan Melayu PAS.Mereka semua akan layu.Ini yang kita tak mahu.Keadaan ini juga akan menyebabkan negara tak stabil.Pelabur takut nak melabur.Tanpa pelaburan luar ekonomi kita juga akan layu.Dato'Kadir tentu arif tentang perkara ini.Sebab itu saya yakin hanya UMNO sahaja yang mampu membela Melayu.Hancur UMNO alamat Melayu akan merempat di negara sendiri.

    Salam hormat,
    Lat Juno.

    ReplyDelete
  59. Sdr LatJuno

    "Dengan adanya Petronas,UKM,UiTM,UTM dll.Bantuan kpd.Penternak,Petani dan Nelayan.pd.Penternak,Petani dan Nelayan.Bantuan kpd.usahawan bumiputra dan banyak lagi.Yangretibase boleh cari sendiri yang lain2.Ini bukti UMNO memang berusaha membela Melayu.Soal berjaya atau tidak itu bukan salah UMNO/kerajaan semata-mata tetapi juga kesilapan/kesalahan raayat itu sendiri.Ini semua orang tahu."

    Komen:

    Dengan begitu banyak institusi dan bantuan diberikan kepada usahawan dan orang Melayu oleh kerajaan UMNO/BN tetapi orang Melayu masih tak maju2 seperti yang diharapkan, saya menganggp, orang Melayu mempunyai masalah luar biasa, yang mana salah satu cara untuk mengatasinya ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan syumul itu. Bukan tebuk-tebuk seperti yang dilakukan sekarang!

    Sebagai contoh, usaha kerajan UMNO/BN mengwujudkan sistem kewangan dan perbankan Islam suatu ketika dulu sebagai alternatif kepada sistem perbankan konvensional yang berteraskan riba' untuk memajukan orang Melayu dalam bidang perniagaan,tetapi usaha berkaitan tidak dilakukan untuk menghapuskan kegiatan ekonomi lain yang bercanggah dengan ajaran Islam/ syariah meliputi kegiatan ekonomi yang ada unsur garar/letidakpastian, spekulasi dan ketidakadilan seperti tender runding terus/tertutup dan monopoli perniagaan yang berdasarkan etnik. Ini kerajaan UMNO/BN gagal lakukan.

    ReplyDelete
  60. Anonymous2:32 PM

    Salam semua,

    Rata2 pelayar-pelayar disini merupakan pelayar-pelayar yang sudah berumur (40+) dan mungkin kebanyakannya merupakan ahli-ahli akademik & perniagaan.

    Komen saya disini ialah seluruh struktur negara kita adalah rapuh dan DEB adalah salah satu aspek sahaja.

    Semua orang tahu yang cara untuk keluar dari kancah kemiskinan ialah melalui pendidikan. Tetapi apakah kualiti pendidikan negara kita ini? Mungkin kita mempunyai ramai profesor2 hasil graduan negara kita tetapi apakah kualiti yang mereka ada? Maafkan saya sekiranya saya menyinggung perasaan sesiapa disini. (Saya juga merupakan hasil pendidikan negara ini). Kita terlalu fokus kepada jumlah 'A' yang anak2 kita dapat sehinggakan anak2 kita mengambil subjek2 yang tidak relevan.

    Jadi, untuk mengubah tahap kemiskinan, kita haruslah mengubah institusi pendidikan negara kita. Pelajar2 haruslah di berikan pendedahan yang secukupnya mengenai apakah subjek yang diperlukan untuk mereka berjaya didalam sesuatu bidang dan apakah adanya jalan pintas untuk menghabiskan pengajian dalam masa terdekat.

    Sebagai contoh, sekiranya anak2 melayu ingin menjadi akauntan, bukankah lebih cepat sekiranya mereka mengambil peperiksaan professional CAT pada umur 16 tahun dan ACCA pada umur 17-18 tahun. Meraka boleh memperoleh kelayakan professional pada umur 20-21 tahun. Sebaliknya jika kita lihat graduan2 di universiti2 awam dan swasta negara kita hanya habis pengajian di umur 23-24 tahun. Disebabkan itu, anak2 melayu kita akan ketinggalan 2-3 tahun dibelakang bangsa Cina yang lebih bijak mengambil jalan pintas diatas untuk menamatkan pengajian. Hanya disebabkan berbedaan pilihan pendidikan yang ada, anak2 melayu kita telah banyak yang ketinggalan apabila mula bekerja.

    Jadi ayah2 yang merupakan pelayar2 utama disini, fikir-fikirkanlah.

    ak15

    ReplyDelete
  61. Dato
    1.PM telah mempelawa seluruh rakyat untuk bersama-sama beliau dalam menjayakan RMK10 yang di dalamnya menyentuh segala aspek SOSIAL-EKONONMI-POLITIK...dan RMK11 bakal menyusul.
    2.Maka marilah kita bersama-sama memberi khidmat yang luarbiasa sifatnya.
    3.Saya yakin dan percaya kali perlaksanaanya akan BERJAYA...INSYAALLAH.
    4.Kata kuncinya berpretasi TINGGI dalam apa bidang sekalipun.

    ReplyDelete
  62. Anonymous2:25 AM

    Lat Juno kata "Ini semua orang tahu.Kita harus akui Bangsa Melayu (bukan semua) ialah bangsa yang kurang rajin,kurang usaha, kuat hasad dengki,pendendam(termasuk orang kuat PKR dan PAS)dan kuat bergantung kepada kerajaan(termasuk saya)."

    Yang mengaku melayu ni tak bagus, saudara sendiri, bukan saya atau saji atau orang lain.

    Dah berapa tahun TDM kata jangan lagi pakai tongkat. Jika Lat Juno nak terus bertongkat, silalah tukar nama kepada Si Luncai.

    Fed Up

    ReplyDelete
  63. Anonymous4:02 PM

    Assalamualaikum Dato' dgn izin.

    Kepada Sdr.Fed Up,

    Sdr. bukan orang Melayu yg saya maksudkan, sebab itu saya katakan,bukan semua.

    Walaubagaimanapun sdr. kajilah asal usul sdr.Di situ ada jawapannya.

    Saya sentiasa bergantung kepada kerajaan.1959/1960 ayah saya masuk Rancangan Tanah Miskin (LKTP kemudian jadi Felda)kerajaan bagi RM 2.90 sehari.Umur 8 tahun dah mula bekerja menyemai biji getah bersama emak saya.Kami orang sangat miskin.

    Masuk sekolah menengah, kerajaan berikan bantuan duit dan buku2.
    Masuk U kerajaan bagi biasiswa.Keluar U kerja dengan kerajaan, isteri pun kakitangan kerajaan.Persekolahan anak2 kerajaan bantu lagi.Ada yang dapat biasiswa Petronas,JPA dan PTPTN.Kalau tidak ada UiTM mungkin anak2 saya tak ke U kerana pencapaian mereka bukanya cemerlang. Puluhan ribu anak Melayu lain pun sama jugak.Tidak termasuk sdr.tentunya.

    Saya berharap sdr. tidaklah terbawa-bawa dengan kesombongan dan keangkuhan.Kalau sdr. orang yang hebat tolonglah anak bangsa,agar mereka tidak merempat di negara sendiri.Janganlah jadi MALAYU KACANG yg sentiasa lupakan kulit.

    Salam hormat,

    Lat Juno.

    ReplyDelete