A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
KETIKA Perdana Menteri ketiga, Allahyarham (Tun) Hussein Onn, melancarkan Skim Amanah Saham Bumiputera di Ibu Negara pada tahun 1981 saya tidak menghadirinya. Sebaliknya saya berada di Batu Pahat dan sekitarnya bagi membuat liputan sambatan Bumiputera terhadap saham amanah itu.
Alhamdulillah, hari ini berjuta Bumiputera menjadi pelabur ASB dan unit-unit saham lain yang ditaja oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pelaburan saham amanah sudah menjadi kebiasaan kepada ramai Bumiputera. Melaluinya tercapailah sedikit sebanyak matlamat pengagihan kekayaan negara.
Hari ini, saya mendapat pelawaan bidan terjun menghadiri pelancaran Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) di Pusat Konvensyen Sime Darby di Ibu Negara oleh Perdana Menteri, Mohd Najib (Tun) Abdul Razak.
Terima kasih kepada sahabat lama saya zaman New Zealand dan New Straits Times, (Tan Sri) Md Nor Yusof kerana menjemput. Dia adalah Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), pelaksana AHB.
Tahniah dan terima kasih kepada kerajaan kerana menubuhkan PHB pada tahun 2006 yang sejak itu telah membeli beberapa aset hartanah strategik untuk dipegang bagi pihak Bumiputera dan kepada Mohd Najib kerana mengumumkan skim AHB ketika membentangkan Belanjawan 2011 baru-baru ini.
Alhamdulillah, tidaklah sia-sia Bumiputera dari jauh dan dekat menegangkan urat tengkuk mendongak ke langit untuk melihat bangunan-bangun pencakar langit di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya beberapa buah daripadanya adalah “milik” mereka.
Kalau skim pemilikan dan pengagihan kekayaan negara seperti AHB tidak diwujudkan, bukan leher Bumiputera sahaja yang sakit, hati mereka pun turut sakit kerana bangunan-bangunan tersergam itu bukan milik mereka.
Hari ini, dengan pelancaran AHB dapatlah mereka menjadi pemilik sah aset-aset strategik itu dengan melabur sekurang-kurangnya RM500 seorang. Yang banyak simpanan, bolehlah melabur maksimum RM200,000.
Unit-unit saham AHB boleh dibeli oleh semua Bumiputera di 400 cawangan Malayan Banking Berhad dengan syarat bakal pelabur berusia tiga bulan (ya, bulan) ke atas. Skim AHB adalah patuh syariah, berharga RM1 seunit, modal dilindungi, boleh dijual balik sekali sebulan kalau perlukan duit dan akan membayar dividen dua kali setahun. Mohd Najib berkata skim AHB menjanjikan kadar dividen yang kompetitif yang pastinya mengatasi faedah simpanan tetap.
Alhamdulillah, tidak semua aspirasi dan hak kaum Bumiputera dilunturkan atau diabaikan terus atas nama transformasi ekonomi. Kerajaan wajib membuktikan melalui tindakan bahawa hak dan kepentingan kaum induk dan majoriti tidak akan dikorbankan atas nama liberalisasi ekonomi.
Saya tidak pasti kalau Mohd Najib masih ingat, tetapi saya dan beberapa orang wartawan lama Melayu telah bertemu beliau ketika beliau Timbalan Perdana Menteri untuk merayu agar matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyakat diteruskan.
Kita bercakap mengenai jurang pendapatan yang semakin meluas antara yang kaya dengan yang miskin, antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan antara yang kaya dalam satu bangsa dengan yang miskin dalam bangsa yang sama.
Hari ini, Mohd Najib bercakap mengenai keperluan berlaku adil kepada semua pihak dan mengenai bahaya meminggirkan kaum majoriti dalam arus pembangunan negara. Lantaran itu, kita bolehlah melihat pelancaran AHB sebagai salah satu cara menjamin penyertaan dan pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah.
Syabas dan terima kasih kepada semua yang terbabit.
Dato,
ReplyDeleteTerima kasih diatas maklumat yang amat berguna pada kami.Insya Allah saya akan ke Maybank untok dapatkan borang tersebut.
AHB :) Terbaek lah..ade gk utk bumiputera..(benar2 patuh syariah yg ni plg penting)
ReplyDeleteDato..Pada Melayu UMNO ambillah peluang keemasan ini.Jangan pula yang ini pun nak harap bantuan subsisi dari kerajaan.Yang mampu ambil lah.tak mampu tak payah berhutanglah.Jangan bila ada duit tambah bini atau kereta mewah.Melayu terlupa bila senang.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteTerima Kasih. Maklumat berguna. Saya terlepas pandang maklumat tersebut. Satu usaha mampu membina masyarakat kerdil
Salam dato',
ReplyDeleteTahniah lagi....
Apa saja langkah/aktiviti untuk MENAMBAH HARTA ORANG MELAYU/Islam saya sokong...
ISLAM SUKA UMATNYA KAYA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT!...
Bukan umat islam yang `KAYAP'/ PAPA KEDANA dunia dan akhirat....
Kalau PNB NAK BUAT 14 PNB TOWERS diseluruh negara pun saya setuju...
LEBIH ELOK kalau dibuat/adakan pulak AMANAH baitul mal, AMANAH pusat zakat,amanah FARAID,AMANAH
kutipan sedekah masjid-masjid, AMANAH kutipan derma surau,AMANAH WAKAP (kalau ada jumlah yang besar) ..... semua ini dapat menjadi modal orang islam untuk aset kedai,pejabat, kolej, pasaraya, hentian bas,hentian teksi,parking lot,pejabat pos,pejabat kutipan bil setempat, beli bon kerajaan, dlll....
SEMUANYA BOLIH MENDATANGKAN pendapatan untuk orang islam......
Sikit sikit lama lama banyak laa tu...
PNB,TABUNG HAJI dan BANK ISLAM sudah tentu dapat mengurus keewangan pelbagai aset ini....
Abu Bakar Ab Rahman
Berkaitan dengan perkara hartanah saya ingin cadangkan supaya tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Melayu dikampong-kampong traditional tidak boleh dijual kepada orang bukan Melayu.
ReplyDeleteMasaalah masa kini kita telah lihat sudah banyak tanah-tanah di kampong-kampong apabila pemiliknya meninggal dunia si pewaris-pewaris yang hidup menjualkan tanah-tanah milik ibu-bapanya kepada orang bukan Melayu untuk difaraidkan harta pusaka ibu-bapa mereka. Akhirnya nanti dikampong-kampong tidak lagi dihuni oleh orang Melayu tetapi orang bukan Melayu.Sudah terbalik kampong Melayu jadi kampong Cina.
Saya ingin bagi contoh di daerah Muar tempat saya dilahirkan. Sudah banyak rumah-rumah kampong telah kosong terbiar tidak lagi didiami kerana pemilik rumah telah meninggal dunia dan seluruh keluarga mereka telah berhijrah mencari rezeki di bandar-bandar besar dan menjual tanah milik ibu-bapanya kepada orang Cina kerana mereka sanggup membeli tanah dengan harga yang lebeh tinggi berbanding dengan yang di tawarkan oleh orang Melayu. Jika penjualan tanah-tanah dikampong tidak disekat(iaitu hanya boleh di jual kepada orang Melayu sahaja} akhirnya nanti orang Melayu dah tak ada kampong halaman mereka lagi.
Salam Dato dan semua,
ReplyDeleteSatu tindakan yang baik didalam penambahan/pengekalan pemilikan hartanah Bumiputra secara tidak langsung .
Apa yg perlu dilakukan adalah memperbanyakan permilikan secara langsung hartanah oleh pemilik induvidu/syarikat bumiputra terutama hartanah komersial dan industri.
Banyak cara boleh dilakukan didalam pemilikan hartanah bumiputra ini.
Ikhlas,
Salam Dato',
ReplyDeleteelok juga pegangan ekuiti hartanah dlm bentuk amanah saham sebegini..
penguasaan aset oleh majoriti dpt menjamin "equilibrium" pasaran hartanah malaysia sebelum menjadi nazak tersungkur seperti krisis sub-prima USA dek kerana spekulasi keterlaluan oleh pihak2 berkepentingan yg diluar rasional dan kemampuan..
Utk rekod Malaysia di laporkan mempunyai hutang isi rumah tertinggi di asia, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan disiarkan dalam beberapa akhbar utama . Institut tersebut juga menyatakan kebimbangan dengan peningkatan kadar paras hutang isi rumah daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun 2009 berbanding 63.9 peratus pada tahun 2008.
76.6% bersamaan hampir USD163bil. atau RM518 billion! (berdasarkan KDNK 2009)
.. banyak sungguh hutang rakyat kita..mau tidaknya, zaman skrg habis belajar jer bayar hutang walau belum dpt kerja lagi..harga rumah & kereta gilababi..itu belum cerita inflasi serba-serbi..kadar gaji 20thn dulu masih kekal ke kini..inilah bom jangka yg akan meletup jika tersungkurnya ekonomi..lebih dahsyat dari gempabumi..
Adakah dana ini akan digunakan utk membiayai projek warisan merdeka atau "back up" kos pilihanraya? Asetnya dimana? cubalah cerita..sapa2 ada portfolionya..
Sah syariah jika cukup aqadnya..ada projek fizikalnya, ada hartanya, ada nilainya..bukan melabur dlm equiti riba dan pasaran hadapan tak nyata..
wallahualam & wasalam
(",)
Dato
ReplyDeleteApakah jaminan yg ruang niaga dalam premis milik tabung bumi tersebut dapat dimuati dengan peniaga-peniaga bumi yang rata-rata kita nampak masih sekadar di tepi-tepi & tengah-tengah jalan mati?
~ Bais
Salam DAKJ
ReplyDeleteAlhamdulillah, nampaknya persepsi Dato’ terhadap YAB Dato’ Seri Presiden dah semakin lembut sikit. Begitulah sebaik-baiknya. Yg elok kita puji, yg salah kita cakaplah salah. Barulah adil dan nampak adil. Harap-harap ianya berterusan. Bak kata pepatah, sikit sikit lama lama jadi bukit.
Juga eloklah kita ramai-ramai beli syer setakat yg mampu. Kalau tak mampu, bolehlah buat Islamic personnel loan sebab masih lagi untung dengan dividen setahun 6% tu, ini tak termasuk lagi bonus sebelum pilihanraya nanti (agak je).
Mungkin lepas ni bolehlah dibuka amanah saham untuk pelaburan di hospital swasta pula. Barulah orang tak marah-marah bila bil mahal sikit sebab dah ada syer. Akhir kata, saya sebagai rakyat Malaysia berterima kasih kepada YAB PM kerana idea yg sungguh bijak bestari macam ayahandanya juga. Mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak pada nasi. Sekian TQ.
Datok.Tahniahlah pada UMNO dan Dato Najib.Eloklah orang pun kena hebat juga dalam ekonomi dan penguasaan aset ditempat yang strategik dalam negara Tanah Melayu kita ini.Kuasa ekonomi sebanarnya boleh menelan kuasa politik kalau tidak rancang sebaik mungkin terutamanya orang melayu.Kikiskan budaya cepat kaya tanpa berusaha.Berlaburlah sebanyak yang ada.Diharap parti Pakatan Rakyat seperti PAS,PKR tak akan sabotaj agneda UMNO ini.
ReplyDeleteDato.
ReplyDeleteSaya berasa amat sedeh sekali melihat bagaimana bangsa saya Orang Melayu,yang menjadi Tuan di tanah Melayu,hingga hari ini maseh marempek,mengemis dan mengeloh melihat bangsa lain mengeuasai ekonomi
Mari kita lihat apa yang terjadi kapada bumiputra salepas 40 tahun.Mereka maseh lagi di tahap yang lama.Pemilekan harta tanah di Pusat bandar maseh menjadi masaalah dan kechil.
Saya hendak melihat apa yang terjadi di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Dato Harun yang menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 70 an sedar akan masaalah Bangsanya Melayu.Ia mengambil tindakan positive untok menambah Milek melayu dalam harta tanah. Ia ujudkan kampong Kerinchi,kampong Pandan,Dato Keramat,Kamponh Dato Harun ,kampong Medan.Maluri,Melawati.Ampang,Kampong Belacan ,ulu langat dan banyak lagi.
Sabagai Pengerusi bank Raayat ia membena bangunan bank Raayat di Jalan Ampang.Masa itu belum ada lagi KLCC.Pada tahun 2010 bangunan itu di jual kapada Sdr Saorang India. dan kemudiannya kapada Sunrise.Kenapa kah Bank Raayat menjual bangunan itu.Ada kah ia memerlukan suntikan modal.Jawabnya tidak.Bank Raayat membuat keuntongan setiap tahun hampir 1 billion ringgit.Hanya lembaga Pengarah bank Raayat yang 100% Melayu dapat menjawabnya.Kemudian yang jadi lawaknya,Bank Raayat mengunakan want jualan itu dengan membeli sakeping tanah di Briekfield,kawasan little India untok membena Ibu Pejabat Bank Raayat.
Mari kita lihat bangunan LOT 10 dan Star hill dan Hotel Marriot.Ia nya milek Bumiputra,Dato Sulaimam Manan.Semasa krisis ekonomi tahun 1997,ia menghadapi masaalah kewangan.Ia pergi berjumpa dengan UDA,PNB,Tabong Haji untok membeli bangunan itu dan companynya Taiping Con.Semua institusi Bumuputra tidak dapat membantunya.Akhirnya YTL membelinya dengan hanya membayar 50 juta dan mengambil aleh hutang nya sabanyak 80 juta.Pada tahun 2007 YTL menjual LOT 10 dan Starhill kadalam Property Reit dengan hanga 1 billion ringgit.
Mari kita lihat pula Pavilion.Tanah Sekolah ini di beri kapada syrikat bUMIPUTRA.Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang untok memulakan projek ini ia nya di jual kapada Maltom,syarikat Cina.Malton juga tidak mempunyai modal tetapi dia ada otak.Desmon Tan pemilek Povilion menjual 49% sahamnya kapada Qatar Fund dengan harga 700 million dan mereka membelanjakan sabanyak 800 juta lagi untok menyiapkan Pavilion.
Mid Velly development juga di beri kapada Bumiputra.Tanah ini asalnya milek CityHall.Bumiputra ini tidak mempunyai modal untok membangun projek ini.Ia menjemput IGB untok membantu.Akhirnya pemegang saham bumiputra hilang dan milek bangunan ini jatok katangan IGB.
Banyak jika hendak cerita mengenai bagaimana orang Melayu miss the opportunity untok memileki bangunan harta tanah yang prime.Di Selangor,Kelana Jaya asalnya kawasan Melayu,Tanah2 di situ milek PKNS,sekarang apa dah terjadi.Sama juga dengan Tropikana,Kota Damansara,Dataran Sunway.Semua ini tanah milek PKNS.Sekarang semua kawasan ini di penohi oleh peniaga2 Cina.
Jika kitab tidak hati hati,bukan sahaja orang melayu akan hilang kuasa ekonomi tapi kuasa Politik.
Di Selangor olek kerana terlalu banyak tanah2 kerajaan diberikan pada zaman Mohd Taib sabagai manteri besar,sekarang ini kita dapati amat sukar sekali untok mengawal pertumbohan kawasan pembangunan baru.Akhirnya pada pilehan raya 2008 Selangor jatoh katangan Pembangkang.
Dato.saya sudah Tua dan hanya boleh mengeloh sahaja melihat apa yang terjadi.AHB merupakan satu lagi tindakan Najib untok menanbah milek bumiputra dalam harta tanah.Pendapat saya ini tidak cukop dan satu bilion amat sidikit.
Apa kata kita beri Sungai Besi development kapada PNB untok membangunkan sabagai satu township bumiputra.Lupakan sahaja bangunan 100 tingkat yang akan memekan belanja 5 billion.Tidak ada bumiputra yang akan mendapatr feadah.
Salam Dato'
ReplyDeleteMenarik! Saya langsung tak tahu menahu wujudnya PHB sejak 2006!
Apapun, soal hartanah ni, mungkin juga satu 'kegiatan' baru di kalangan Bumiputera.
Pengalaman saya, beli satu unit banglo 1 tingkat RM270K. Dapat jual dengan RM400K. Alhamdulillah. Beli sebuah semi-D, sewa sejak 10 tahun lalu. Sebuah teres 2 tingkat saiz 24'x45' di Shah Alam , sebuah Condo 2476sf di Penang. Itu pelaburan hartanah saya.
Yang menarik pelaburan hartanah bagi bumiputera, adalah adanya potongan harga 'bumi lot' antara 5-7%. Walaubagaimanapun, bagi pelabur, 'bumi lot' pun ada 2 jenis, 1. Dikasifikasikan bumi lot hanya pada harga, dan tidak dicopkan digeran hartanah tersebut.2. Diklasifikasikan bumi lot dan dicopkan digeran hartanah tersebut.
Saya beli jenis 1, sebab boleh dijual kpd semua orang. Jenis 2 hanya boileh dijual kepada bumiputera sahaja.
Bagi pelaburan hartanah, sebaik sahaja dilancarkan, boleh dikatakan 90% non-bumi lot habis dijual pada hari pelancaran. Bumi lot, selalunya bila bangunan dah tersergam indah siap dibina hanya menunggu OC, barulah habis dijual, menunjukkan pelaburan hartanah masih rendah di kalangan Bumiputera.
Mungkin juga menyedari hakikat ini, maka diwujudkan PHB,AHB. Mungkin lah, saya tak tahu,Dato' lebih tahu. Saya sokong 100% kewujudan PHB,AHB. Tapi, macam biasalah, pelaksanaan dan pemegang amanah KENA TELUS DAN AMANAH!
Apapun, pelaburan hartanah, InsyaAllah satu pelaburan yang baik, tak rugi. InsyaAllah.
Salam Dato'
ReplyDelete1. Dari sudut DEB, skim AHB contoh dasar awam memajukan ekonomi Melayu dalam bentuk rancangan atau skim, khasnya.
2. Yang saya tahu, rancangan yang sama telah di mulakan oleh Tabung Haji (TH) membabitkan bangunan di Jalan Tun Razak dekat Kg Baru, KL, antara contohnya yang, ketika ini, disewakan kepada pejabat kerajaan.
Bahkan, sebelum itu, TH terlibat membeli sebuah kompleks membeli belah dan pejabat di TAR, KL yang terbengkalai, di mana sebahagian ruang pejabatnya ketika ini disewakan kepada pejabat kerajaan.
3. Mengenai patuh syariah membabitkan aktiviti muamalat menyewakan hartanah selepas AHB membelinya, ia membabitkan akad/kontrak Islam Ijarah-Sewa yang diharuskan oleh kesemua 4 mazhab Islam.
4. Persoalan muamalat yang sedang dibahaskan ialah mengenai kegunaan penyewaan,yang dalam kes TH di atas, mereka atasinya dengan menyewakannya sebagai pejabat kerajaan.
Maksud saya, bolehkah AHB menyewakan harta bangunannya untuk tujuan aktiviti perniagaan haram seperti hotel yang menjual arak, sebagai contoh.
Saya timbulkan persoalan di atas kerana ada fatwa terbaru yang menghalalkan aktiviti perniagaan dalam bangunan milik umat Islam jika aktiviti perniagaan haram tersebut tidak melebihi 30%.
thanks 4 da info..lepas tengok iklan semalam mcm tertanya2 ape benda ni...uhuuuu
ReplyDeleteSalam pakbelalang
ReplyDeleteBagaimana dengan tanah orang Melayu di Muar yang dijual kepada pemaju Cina yang sebahgian produknya dijual kepada orang Melayu?
Pembahas OKJ, antara lain, menulis:
ReplyDelete"Alhamdulillah, nampaknya persepsi Dato’ terhadap YAB Dato’ Seri Presiden dah semakin lembut sikit. Begitulah sebaik-baiknya. Yg elok kita puji, yg salah kita cakaplah salah."
1. Ini bukan soal persepsi saya saja dan bukan soal suka atau tidak suka kepada Mohd Najib. Ini soal kepentingan negara dan rakyat jelata;
2. Mohd Najib wajib meyakinkan majoriti kalau mahu mandat sendiri yang lebih besar dalam PRU akan datang;
3. Yang baik tetap baik, tapi yang buruk atau meragukan wajib kita persoal dan minta penjelasan;
4. AHB bukan konsep baru. Ia telah wujud dalam bentuk berlainan. Cuma kali ini ia lebih besar dan fokus. Nilai tabung AHB adalah RM1 bilion. Ini memerlukan promosi jualan yang agresif;
5. Saya cadangkan selain individu, koperasi, NGO, syarikat serta enterprise 100 peratus Bumiputera dibenarkan membeli unit-unit AHB;
6. Model Baru Ekonomi menekankan keterangkuman. Jadi amatlah wajar kaum Bumiputera yang berupa majoriti rakyat Malaysia terangkum dalam proses pembangunan dan pengagihan kekayaan negara.
Terima kasih.
saya kurang minat bercakap pasal "saham".
ReplyDeleteMengapa? menurut Profesor Diraja Ungku Aziz, "saham" adalah "judi".
Betul juga, kerana judi itu adalah "pertaruhan" yang memerlukan keuntungan daripad pertaruhan tersebut.
Kerajaan melalui AHB mempertaruhkan wang rakyat untuk yang membuat perlaburan yang dikatakan ikut syariat.
Ikut syariat pasti hanya sebutan saja tidak lebih daripada itu msikipun ada panel syariat yang dilantik dalam kalangan orang yang kar dalam bidang ekonomi liberalisme.
Sebut saja liberalimse semua tahu dan fahaman fungsinya dan disesuaikan dengan leberalisasi ekonomi yang disebut menjana tranformasi ekonomi oleh perdana menteri Najib Razak.
Kita juga tidak lupa dengan apa yang berlaku terhadap hartanah di negara ini yang pendek kata sudah di miliki oleh bukan bumi putera.
Saya nak cerita sudah banyak tanah milik melayu jatuh ketangan orang bukan melayu dek sikap tak apa yang menguasai otak para pemimpin UMNO.
Kebanyakan mereka tak kisah hartanah yang terlepas ketangan bukan Melayu, termasuk kes gadian atau lelongan yang dilakukan oleh pihak Bank.
Kalau para pemimpin Melayu prihatin ndengan hartanah milik Melayu mana mungkin sudah begitu banyak tanah milik Melayu terlepas kepada tangan orang bukan Melayu.
Pihak kerajaan boleh berbuat demikian jika mereka mahu, tetapi mereka tak kisah dan tak aku serta tak peka, malah buat pekak dalam kes ini.
Sebagai contoh, tanah milik melayu Melayu di Wakaf tembesu Kuala Terengganu sebanyak 25 ekar yang tergadai dan disambut lelongannya oleh China Singapapura harga RM 36 juta.
Mengapa boleh terlepas? kerana pihak kerajaan Terengganu tak berusaha untuk memiliki hartanah itu.
Bayangkan pihak majls agama islam Terengganu masuk dalam sebutan lelongan sebanyak RM 11 juta saja yang seolah olah tak mahu memiliki tanah tersebut pada hal ada ruang untuk mendapatkan semula tanah itu setelah Bank buat lelongan.
Inilah malang yang menimpa kepala orang Melayu dek angkara para pemimpin Melayu umno yang hanya pandai bercakap tapi tak pandai melakukannya.
Pakar ekonomi negara sepati Datuk Salleh Majid wajar menasiahti para pemimpin UMNO yang nampak AHB satu satu kaedah untuk memberi sedikit kekayaan negara kepada rakyat yang setakat hari ini tak kena mana dia pertama intan dan mana dia permata yang dibuat daripada kaca botol coca cola.
DAKJ!
ReplyDeleteIt is a fact that if citizens of any nation,are not allowed to own a piece of land/property,on a "sheltered" basis, there is a potential "pot boiler".
Allow free market forces to determine "prices" is totally wrong in principle - scientific & morally.
Hence, the government being the Trustee of the Rakyaat, are duty bound to provide the structure to facilitate such.
Land Grabbing is as old as our civilization and it is usually the "softer" communities that are hard done by.
As Pakbelalang has stated very plaintiffly{and I know the district in Muar he mentions},family heritages must must be preserved{properties}, maintained & upgraded - but always the "charm, ambience & essence has to be preserved.
On account of the recent rumblings, all are getting touchy & sensitive - absolutely no need to for if you do not have a "HOME" , you can call your own - your "CASTLE", there would be gypsies made out us.
The gap in the property ownership market is too wide currently as certain communities are unable to purchase, caught by the "skyhigh" prices.
When I was in legal practice , I had very quietly done a study on the price of condstruction per unit for low cost houses- - The construction costs of a RM25,000/-
low cost house was only RM5,000/-!!! A RM20,000/- profit!!!
DAKJ!
Let us speculate for the sake of unity : if your family plot & home in Kedah & if for some reason , I want to relocate & become a farmer, would you not allow be to "rent" on a jv basis whilst, you rent my home in PJ of course on a favoured basis?
I believe , I would enjoy living in the rural area with the inhabitants, rather than rush to move my community in!!!!!!
There is a very very critical property overhang that has reached dangerous levels.
Recently, there seems to be a very fast evolving of consciousness amongst many Malaysians - it is about time we get out the "racial" nonsense & look at trends & how to overcome social & economic reality.
A Malay,Muslim needed emergency blood transfusion - I am O -ve {Universal Donor} - Indian & Hindu - was called in & donated 2 pints & said person survived & is fully recovered!
Hey - is this what it is all about?
Godspeed!
Jeya
Salam semua,
ReplyDeleteSekadar nak perjelas kekeliruaan yang ada berkenaan takrif judi & saham berdasarkan perbezaan konsep dan modus operandi masing2..
JUDI = Suatu bentuk PERTARUHAN wang/harta yg pulangannya berdasarkan untung NASIB semata-mata..pulangan hanya kepada sitolol yang bernasib baik dan sitauke penganjur judi hasil dari wang/harta rampasan kekalahan si tolol majoriti yang tidak bernasib baik..yang nasib baik untung yang malang rugi..50-50 "probability"
SAHAM = Suatu bentuk muamalat pelaburan wang/harta sebagai modal untuk suatu usahasama perniagaan..pelabur dan pengusaha berkongsi UNTUNG/RUGI dan pelabur dan pengusaha masing-masing mendapat pembahagian berdasarkan % perkongsian untung/rugi (profit/loss sharing) yg dipersetujui dlm aqad.. sama2 susah, sama2 senang..masakan sama dengan judi kerana strategi & hala tuju perniagaan boleh direncanakan dengan input otak & usaha tulang 4 kerat si pengusaha.
Saidina Ali r.a sendiri menegaskan apa yg disampaikan itu adalah lebih penting dari siapa yg menyampaikannya..
Harap kekeliruan dpt dijelaskan & mohon Sdr abdullahngah tidak cuba mengharamkan yang halal atau sebaliknya dgn hujah yg mengelirukan..
wallahualam & wasalam
("/)
Apa yang baik, saya sokong.
ReplyDeleteYang tak baik, saya hentam.
Setuju dengan abdullahNgah, hakikatnya, BANYAK tanah Melayu tergadai dek UMNO yang 'menipu secara sah' orang Melayu!!
Dato' Kadir,
ReplyDeleteSaya berminat untuk melabur AHB.
Tetapi sebelum itu saya ingin tahu :-
1. Adakah AHB jamin pulangan tidak kurang daripada 6%?
2. Adakah pulangan ini dikira dalam masa setiap 6 bulan atau setahun?
3. Adakah wajar melabur dalam hartanah pada masa sekarang memandangkan keadaan pasaran menuju titik tepu(property glut)?
Sekian.Terima kasih.
We don’t need Warisan Merdeka yet, says Dr M
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: Malaysia has no need for the 100-storey Warisan Merdeka as yet, says former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
“I see signs everywhere saying ‘for sale’ or ‘for rent’ in quite a number of places,” he said. (the Star)
comment:
I don't subscribe to Tun M's view on this subject. I think let the market forces determine the growth of building industry in Malaysia. The up and down of property prices are cyclical. But in the long run the supply and demand will achieve its equilibrium. I think our banks are very cautious about extending loan facilities to speculators. They should learn good lesson from the sub-prime crisis. If they don't then the bankers deserve "leher mereka dipancung" !!!!
With regard to the Warisan Merdeka project, I think PNB should proceed with the building of the 100-storey tower. Tun M doesn't have to worry about Petronas Twin Tower being outshined by the new tower.After all it is only one tower instead of two!!
Salam sdr affendi hussain
ReplyDelete" SAHAM = Suatu bentuk muamalat pelaburan wang/harta sebagai modal untuk suatu usahasama perniagaan..pelabur dan pengusaha berkongsi UNTUNG/RUGI dan pelabur dan pengusaha masing-masing mendapat pembahagian berdasarkan % perkongsian untung/rugi (profit/loss sharing) yg dipersetujui dlm aqad.. sama2 susah, sama2 senang..masakan sama dengan judi kerana strategi & hala tuju perniagaan boleh direncanakan dengan input otak & usaha tulang 4 kerat si pengusaha."
Komen:
1. Kawan India saya, Mr Siva selepas berhenti dengan MARA sebagai juruaudit sebelum kegawatan ekonomi 90an membuat pelaburan hartanah dengan membeli 11 buah apartment di sekitar KL dan Selangor menggunakan pinjaman bank.Antaranya di Kepong, Sentul, Bukit Jalil dan Genting. Dia menekankan faktor lokasi stratigik seperti dekat dengan setesen pengangkutan awam dalam membuat pembeliannya.
2. Tujuan pelaburannya ialah untuk melakukan spekulasi, dengan maksud menjualnya ketika harganya tinggi.
3. Nasib tidak menyebelahinya kerana tidak menyangka akan berlaku kegawatan ekonomi berkenaan.
4.Apapun, beliau kata, beliau 'terpaksa' melupuskan 8 daripada hartanahnya itu atas sebab yang saya tidak perlu jelaskan.
Yang tinggal apartmennya di Bukit Jalil, Sentul dan Kepong. Beliau mendudki apartmennya di Kepong. Sementara yang dua lagi itu beliau sewakan.
5.Saya katakan kepada beliau muamalat Islam melarang aktiviti perniagaan yang ada unsur spekulasi dan riba'. Sebaliknya, mengharuskan aktiviti sewaan. Dia percaya dengan apa yang saya katakan kepada dia itu.
salam Dato.
ReplyDeleteAHB pada pendapat saya adalah baik kepada orang melayu.
elok sekali jika ianya diperbanyakan lagi kalau boleh ada satu yang serupa di setiap negeri.
kegagalan orang melayu mengekalkan,meninggi nilaikan serta memaksimakan pulangan mungkin kita kena terima sebabnya.
kegagalan itu sangat berkait rapat dengan masalah modal atau wang serta ilmu.
disebabkan tiada wang ramai menjual harta.disebabkan waris tidak mempunyai wang harta pusaka terpaksa dijualkan,disebabkan tak cukup wang kita tak boleh beli harta.
adalah semulajadi penjual harta hendakan harga yang tinggi.
dalam keadaan ini saya yakin AHB yang diuruskan oleh mereka yang berpengetahuan dalam hartanah adalah salah satu cara yang sesuai untuk orang melayu.
salam dakj,
ReplyDeletelangkah yang baik. lebih baik lagi kalau masyarakat melayu/bumiputera dapat melaksanakan sendiri agenda seperti ini melalui gerakan seperti koperasi.
pasti pulangannya lebih tinggi sebab tak perlu bayar gaji pengurusan yang mahal amat.
pengalaman saya, payah sungguh hendak mengajak rakan-rakan berpadu usaha, modal dan tenaga untuk jihad ekonomi ini. sampai bila hendak harap pada kerajaan pun saya tak tahu. selesa dengan keadaan semasa? prejudis? opportunis? saya pun tak pasti sebabnya.
entahlah.
pada saya kalau masyarakat melayu/bumiputera tak kuat, begitulah pemimpinnya yang akan lahir dari masyarakat itu.
hmmmmm...
-aku bukan politician-
<a href="http://hartanahbumiputera.blogspot.com><b>Sikm Amanah Hartanah Bumiputera</b></a> really appreciate your kind words & visit!
ReplyDeleteSalam Dato,
ReplyDelete1.Jika dulu lagi timbul kesedaran sedemikian,orang melayu sudah lama menjadi pemangkin untuk kemajuan melayu lain nya dari segi peluang pemilikan harta,perniagaan dan pekerjaan.Sudah tentu boleh bersaing hebat.
2.AHB boleh di anggap serampang dua mata-:
i) harta milik melayu
ii) keuntungan pelaburan
Bersegeralah kita semua memiliki harta dan membuat pelaburan !
3.Bila PM sudi mendengar suara-suara rakyat melayu,saham populariti PM akan melonjak seperti lonjakkan Bursa Saham KL. Cuma silap nya akan menurun semula kerana rombakan UMNO dan barisan kabinet - pemulihan tidak di serasikan sebelum pengumuman AHB.
salam, thanks for the info. cuma nak tahu macam mana kiraan unjuran dividen 6%, setahu saya dalam prospectus ada beritahu yang sewa bangunan adalah RM40 juta setahun yang mana melibatkan "beneficiary ownership" sebanyak RM800 juta dan selebihnya digunakan untuk cash +pelaburan dalam pasaran tunai Islam.
ReplyDeleteKalau kita bahagikan RM40+money market profit-fees (i.e. management) dengan saiz dana RM1 bilion boleh ke dapat 6% or macam mana diaorang kira?
Tok,
ReplyDeleteMain SAHAM
Ramai tak FAHAM
Ramai juga mula-mula dok ikut-ikut KAwan
Ada yang timbul, ada yang tenggelam
kalau tak faham, campur was-was boleh jadi haram
Ramai dok kata produk saham ni syariah compliance
Semalam baca Utusan, kata hanya 187 restoran di ibukota dapat HALAL compliance
Saham disebut syariah compliance
Makanan disebut halal compliance
Kedua-duanya nak sebut perkara yang sama, halal dan haram
Yang pasti, SAHAM pun tiada kepastian, tiada ketentuan
Dah ramai jatuh bengkrap kerana dengan sekelip mata merudumnya nilai saham
Saham Gergasi AIG pun jatuh melayang
Apapun, yang arif yang pakar, bolehlah tolong jelaskan prinsip dan pelaksanaan saham syariah compliance. Apa bendanya? Macammana? Bagaimana?
Saya tak beli saham, tak main saham.
Duit yang ada sikit labur dalam hartanah.
Minta diri dulu Tok, nak pergi Alam Impian Shah Alam, ada orang berhajat nak beli rumah saya di sana.
Salam Dato,
ReplyDeleteLangkah bijak kerajaan untuk memajukan ekonomi bumiputra dan dalam masa yang sama akan menggunakan tabungan yang ada utk membina menara warisan. Ini merupakan program serampang bermata-mata BN untuk 'political milleage' dan dengan sambutan yang akan diberi, memberi gambaran bahawa rakyat menyokong projek menara warisan.
Walaubagaimanapun ia merupakan situasi menang-menang untuk rakyat dan kerajaan. Diharapkan pulangan yang tinggi diberikan kepada pelabur yang melabur dalam skim AHB ini.
Salam pak kadir,,, hingga sekarang dah berapa banyak saham telah di lancar oleh kerajaan bn, baik peringkat national atau negeri ??? Adan di kelangan rakyat terpaksa membaut pinjam untuk mendapat saham??? yang di kenal pasti saham amanah bhd telah terbokti memberi pulangan yg baik kepada rakyat di masa pm tun m. durian runtuh..... Kalau kita bicarakan saham yg ada,,, mengapa saham ini tidak boleh di cantumkan supaya lebih berkesan dari modalnya???? Walaupun berapa banyak saham di lancarkan ,,,pokok pangkalnya,,,org melayu memerlukan pengurusan yg cekap dan amanah????? Kita lihat felda,,, apa yg berlaku ??? dan belbagai lagi permasaalah pecah amanah dan salah guna kuasa oleh org2 politik???? Inilah membuat rakyat menjadi pudar dan tidak berkeyakinan apa yg di buat oleh kerajaan bn dan umno.......
ReplyDeletePak Ngah,
ReplyDeleteI wish I could trust what DSN "intends" to do....As usual the suspect is always in the implementation. How would any of us know that whoever is purchasing the property on behalf of the trust holder would not be screwing the trust holder by gettng kickback from the owner of the property and thus pushing the property price "way" above market price?
Given the way DSN keeps appointing top management of GLC and other "trust" companies that is supposedly to undertake the interest of Melayu, I have very little trust as most of them based on reports not on MSM, trust seems to be broken all around.
Do you trust DSN that this is not a means to siphon off duit Melayu that is used to run away in case they loose the next GE?
Keturunan Jebat
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato' dan Pembahas yang dihormati.
Semua program yang dilancarkan Kerajaan baik pada dasarnya. Cuma terdapat peyelewengan disana sini menyebabkan kadangkala matlamat asal tidak tercapai.
Yang pentingnya semua yang berilmu pengetahuan dalam sektor hartanah menolong memantau program ini untuk menentukan 100% berjaya. Kita tidak mahu berlaku dimana hartanah yang berharga puluhan juta RM nilai pasaran dibebeli dengan harga ratusan juta RM. Saham bernilai RM 3.00 dalam pasaran di beli dengan harga RM 8.00 yang dikatakan pernah berlaku perlu dielak dari berlaku.
Janganlah kita wujudkan masalah dengan menimbulkan isu mengikut syariat Islam dan sebagainya. Laksanakanlah ia melalui proses pembelian dan penjualan secara sah cukuplah menjadikan ianya halal.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
Datuk
ReplyDeleteIdea itu bagus dan wajar dilaksanakan.Cuma satu perkara shj lah.Sejauh mana kejujuran org org yg dipertanggungjawbkan menguruskannya.Jika tidak ianya menjadi walhasil balik asal..
Kalu org org UMNO atau org org yg rapat dengan UMNO menguruskanya saya tak percaya
Salam Sdr Saji,
ReplyDeleteMemang dlm muamalat Islam, soal kewujudan mutlak harta & nilai itu tiada kompromi..sebab itu bentuk2 dagangan masa hadapan diharamkan..dlm Islam tiada spekulasi atau kawalan harga, semua ditentukan oleh mekanisma penawaran-pemintaan (demand & supply) pasaran. Sebab itu kita diajar & dituntut bersikap "wasatiah"..itulah kunci "equilibrium" atau ditakrif regulasi hak pengguna & hak peniaga..tak perlu bising2 barang kurang harga naik..itu fitrahnya..kita megah berpuasa tetapi masih gagal kawal nafsu..
AHB dah bagitau senarai harta yg dia ada..harap2 dia dah lantik panel penasihat syariahnya.
Halal/Haram makanan pada bahan & penyediaan..
Haram/haram saham pada perlaksanaan dan jenis perniagaan.
Kalau syarikat buat arak, nombor ramalan, spekulasi dagangan hadapan, rumah pelacuran atau riba pinjaman..
Tak perlulah kita nak beli sahamnya buat pelaburan..
Dah terang bersuluh bawah matahari tak perlu tilik lg bawah sinar rembulan..
Serupa mcm dah tahu ada sumber babi dalam bahan makanan..
Kitalah yang menggaris sempadan batil dan pemisahan..
Dengan ilmu dan aqal fikiran..
Islam menuntut umatnya berfikir, bukan mengikut buta menyondol mcm babi hutan..
Islam itu mudah memudahkan..
Yang masalahnya org kita yg suka ambil arus bertentangan..
yang mudah disusahkan yang senang dimudahkan..
contoh mcm soal hukum jamak solat di R&R dan juga kewajipan zakat & sistem perbankan..
Itulah perlunya kita usaha cari ilmu pengetahuan..
ahlan wa sahlan..selamat makan..
("/)
Salam Dato dan semua,
ReplyDeleteAkan terjadi lagikah saham amanah ini seperti saham2 amanah yang lain.
Atau akan berulangnya sejarah dimana pelabur2 Melayu/bumiputra mengalami kerugian beratus2 juta wang ringgit seperti saham-saham amanah johor , amanah saham selangor, amanah saham sarawak , amanah saham negeri dll.
Yang akhirnya rugi disebabkan Pemimpim2 Politik yg rakus yg tidak meletakan Professionalisma yang tinggi.
Saya percaya AHB akan menjadikan Melayu mangsanya. Bersedialah kita semua.
Seperti diketahui semua orang dan Tun pun mengatakan bahawa hartanah sekarang akan burst..bubble meletup.
Sekiranya pengurusan dibawah PNB atau professionalisme yg tinggi atau tiada campurtangan Politik yg mementingkan peribadi pasti berjaya.
Yang pasti kita masuk apabila orang lain ingin keluar. itulah terjadi pada saham amanah negeri dll.
Salam, sedikit pembetulan Dato'
ReplyDelete"yang mudah disusahkan yang senang dimudahkan."
..sepatutnya berbunyi:
"yang mudah disusahkan, yang payah dimudahkan"
terima kasih
("/)
saya skeptik pasal ahb dan tak akan pecahkan tempayan walau bunyi guruh di langit berdentum2
ReplyDeletezmy
Datuk.
ReplyDeleteKalau semuanya haram yang paling selamat orang Islam patut simpan duit bawah kolong atau bawah bantal !!! Tak payah nak cerita panjang-panjang!!!
Pak Kadok
Salam Semua,
ReplyDeleteAngin pilihanraya dah nak mai.Kita akan di hidangkan macam macam.
Tok sah pikiaq banyak.Apa depa bagi peluang kita sambaq.Walau pun kain pelekat.
Lepas tu kita tekan depa lagi.Kalu tak mintak, tak berebut tak dapat.Tak dak benda mai bergolek.
Lepas tu hangpa nak pangkah sapa pun ,ikut cita rasa masing masing.
tk
Yang peliknya nama Islam menjadi perlindungan.
ReplyDeletemenggunakan nama Islam semakin rancak dan sewenang wenangnya tak kira halal atau haram, hakikatnya keuntungan.
Sebut Islam saja semuanya halal, sedangkan ada yang haram menjadi halal.
Sesiapa yang melakukan sesuatu berselindungan dengan Islam, maka hukum kafir.
Macam mana kita nak percayaan sedangkan mereka ini mahu Islam berselindung dengan islam.
Orang kafir diberi tugas melaksanakan halal dan haram sedangkan mana ada halal haram pada orang kafir.
Yang ada halal dan haram ialah kepada orang Islam dan Islam yang menentukan halal dan haram.
oleh itu segala kegiatan baik dari segi ekonomi apa apa sekalipun bergantung pada niat.
Jika niat hendak kumpulan duit rakyat melalui sahan amanah hartanah bumiputera (AHB) ini jelas bercanggah dengan islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Pelaburan yang akan dibuat juga tak tentu hala tuju lagi. Yang kita nampak demi untuk kumpul duit kaedah menghalalkan cara tetap didukung.
Betul kata Pak Kadok. Simpan duit bawah kolong dan bawah bantal. Macam orang dulu-dulu nak pergi Haji simpan duit bawah bantal. Hujah sudah bermacam-macam hujah tapi semua hujah was-was tentang halal haram apa yang kerajaan buat untuk orang Islam.
ReplyDeleteKalau was-was tak usahlah kerajaan susah payah nak buat itu dan ini. Wal hasil balik asal.
-jintana-
"Kalau semuanya haram yang paling selamat orang Islam patut simpan duit bawah kolong atau bawah bantal !!! Tak payah nak cerita panjang-panjang!!!
ReplyDeletePak Kadok"
Pak Kadok & Jintana,
janganlah pasal duit yg tak seberapa kita terhumban ke dalam neraka.
Saya rasa kita patut fikirkan dan selami idea 'waqaf' yg pernah dipelopori oleh mantan Ketua Eksekutif JCorp iaitu Tan Sri Ali Hashim.
By the way, kata ulama harta kita ialah apa yang kita belanjakan (pada jalan Allah) kerana itulah yg dikira semasa di Mahsyar kelak.
Mana2 harta yg kita simpan selain itu ialah milik orang lain iaitu waris kita apabila kita pergi menghadap Allah swt.
JJ
Salam sdr Zabri Mokhtar
ReplyDelete"Saya percaya AHB akan menjadikan Melayu mangsanya. Bersedialah kita semua.
Seperti diketahui semua orang dan Tun pun mengatakan bahawa hartanah sekarang akan burst..bubble meletup.
Sekiranya pengurusan dibawah PNB atau professionalisme yg tinggi atau tiada campurtangan Politik yg mementingkan peribadi pasti berjaya.
Yang pasti kita masuk apabila orang lain ingin keluar. itulah terjadi pada saham amanah negeri dll."
Komen:
1. Profesionlisme itu Isalmik,dalam ertikata tugas awam dilakukan dengan penuh amanah,tanggungjawapan, mempunyai keahlian yang sesuai, tidak ada kepentingan diri, tidak menimbulkan masalah lain dan berteraskan kaedah, sistem dan tatacara yang diperakui sejagat dsb.
2. Orang Melayu tidak akan menjadi mangsa AHB jika aktiviti jual beli atau sewaan bangunannya dilakukan cara tender terbuka atau maksud Islamnya membabitkan akad jual beli Lelong. Jual beli Lelong berdasarkan kepada kajian pengkaji Islam dikaitkan dengan peristewa Nabi kita melelong sebuah pelana kuda dan sebiji cawan seorang fakir.miskin
Salam Tok,
ReplyDeleteApa yang baik, saya sokong
Apa yang tak baik, saya hentam
Kerap kali niat yang baik, TAPI pelaksanaan tidak telus,tidak jelas, cuma tuan punya kata selaras dengan Islam.
Berapa banyak restoran di ibukota Tok? Majoriti pemilik restoran dakwa makanan mereka HALAL, siap dengan logo HALAL. TAPI AMAT DUKACITA, bila dibuat pemeriksaan, sebenarnya majoriti tidak halal. Pemilik restoran, muslim ada, non-muslim pun ada. NAMPAKNYA, kita tak boleh percaya sangat dakwa pemilik dan logo yang dipamerkan kerana dah terbukti banyak penipuan dan penyelewengan berlaku.
HUB HALAL pulak dikuasai oleh orang Cina. HUB HALAL Pulau Pinang pun hakikatnya dikuasai oleh orang Cina!
Berbalik kepada saham,
2007, Telekom ambil alih CELCOM,share price merudum jatuh dari $ 7.00 to $ 2.80 in 2008.
Saham Maybank pun turun naik.
Apa yang menentukan harga saham turun naik dalam beberapa hari, atau beberapa minggu, atau beberapa bulan? Duit beli saham RM100,000.00 ribu boleh jadi tinggal RM10,000.00 ribu!!!
Saham ni pun, macam rantaian makanan Bangau oh Bangau!
Saham Telekom, Maybank dari segi syariah, halal ke haram Tok? Di mana Telekom Maybank melabur? Dengan siapa Telekom MAybank berniaga? Urusniaga Telekom Maybank bebas dari riba ke Tok? Apa yang menentukan saham halal haram Tok?
Minta maaf la Tok, saya kurang arif pasal saham, bon dsb. Kalau Tok ada maklumat dari Majlis Fatwa lagi cantik!
Bukan bermaksud menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal, tapi sekadar bertanya sebab kurang arif, kurang ilmu!
Saya tak simpan duit bawah bantal, tapi digunakan sedikit untuk melabur dalam haratnah yang saya nampak jelas jualbeli akadnya.
JJ,
ReplyDeleteSimpan duit bawah bantal adalah selamat dan suci berseh dari halal haram untuk diwarisi oleh pewaris kita bila dah mati.
Apa nak difikirkan sangat-sangat jika orang Islam masih meragui segala usaha yang kerajaan buat untuk hendak menaik tarafkan kehidupan orang Islam supaya lebeh selesa hidupnya.
Macam-macam dipersoalkan hinggakan yang baik jadi buruk dan yang halal jadi haram. Orang Islam yang kurang berilmu pun tak tahu yang mana satu betul. Itulah kesimpulannya. Masing-masing buat berbagai hujah (yang qualified dan yang tidak qualified), dan ada yang anti kerajaan dan ada yang pro kerajaan, ada yang bernas dan ada yang tak masuk akal dan remeh-temeh. Kesian orang Islam jadi kelam kabut yang mana satu nak percaya !!!!
Pak Kadok
Salam semua,
ReplyDeleteSaya baru saja labur dalam AHB tadi, sikit saja RM3 ribu.
Musykil betul kalau ikut kiraan Sharinginfoz, memang tak dapat 6%. Pelaburan dalam money market rata-rata dapat 3% sahaja. Kalau RM40 juta daripada modal RM800 juta, boleh dapat 5% saja. Melainkan capital appreciation pun dikira i.e. modal hartanah RM800 juta naik kepada RM820 juta dalam setahun, lebih kurang 2.5% naik harga. Tapi ini 'paper gain' saja, tak boleh diisytihar sebagai dividen melainkan hartanah tersebut telah dijual.
Cara urusan jualan unit di Maybank pun agak pelik sebab kita tak diberi buku pelaburan seperti ASB atau ASN. Saya kena isi borang, original dia simpan, salinan dipulangkan kepada saya sebagai bukti. But the optimist within me was telling me, mungkin ini untuk jimat kos. Dan di MB2U tak ada pula pilihan untuk tambah pelaburan, tak macam tabung haji. Kalau nak memudahkan orang beli, saya rasa AHB perlu juga tawarkan khidmat ini. Saya selalu tambah pelaburan tabung haji ikut MB2U, tapi kena bayar RM2 setiap kali - still way better than going to the branch every time.
Di laman web Maybank ada disebutkan bahawa AHB ini sesuai untuk org yg bertoleransi risiko yang rendah. Macam saya. Kalau AHB beli hartanah yg dah siap, saya setuju. Kalau AHB pun nak sibuk bina hartanah, saya tak setuju sebab risikonya tinggi.
I would also like to suggest that AHB scan the entire nation for all the applications for sale of bumi property to non-bumi. Semua ini ada kat majlis bandaran atau negeri. After every rejection by the state or municipality, AHB boleh cilok masuk, offering to buy at the same price that the non-bumis are offering. There is little risk here because the market is there and the price is at arms-length. But an even better solution is for AHB to come in earlier, when the bumi seller was desperate to look for buyer.
Gombak boy.