A Kadir Jasin
HARI ini, bilangan pengikut tetap (followers) yang membuat pautan blog ini kepada blog mereka melepasi 1,000 orang. Terima Kasih.
Saya harap, sedikit sebanyak tampalan saya dan perbahasan dalam blog ini memberi faedah kepada Saudara dan Saudari sekalian.
Saya jemput Saudara dan Saudari berbahas dengan lebih cergas dalam blog ini. Adalah lebih lagi kalau lebih ramai turut berbahas daripada bergantung kepada pembahas yang sama yang mungkin mempunyai cita rasa dan agenda tersendiri.
Saya perhatikan ramai "followers" adalah orang muda. Tahniah. Justeru itu, saya galakkan pengikut muda blog ini agar memberani dan membiasakan diri dengan perbahasan dan penghujahan.
Masa depan negera ini adalah untuk anda. Jadi Saudara dan Saudari wajib mengambil tahu dan bertindak agar ia terjamin sejahtera.
Jangan serahkan bulat-bulat masa depan Saudara dan Saudari kepada orang lain.
You must learn to take charge of your future wisely and with sense of responsibility, humility and commitment.
Terima kasih.
SALAM DATO'
ReplyDeleteCUMA AKU SAJA ORANG TUA.
Taniah Dato'.
ReplyDeleteDato'
ReplyDeleteWalaupun dalam banyak penghujung(keputusan terakhir yang mutlak untuk situasi politik semasa) "angin" saya dan Dato' tidak sama,tetapi dalam keadaan biasa khasnya pendapat dan rumusan adalah sama.
Kita melihat secara bersama apa yang telah berlaku,sedang berlaku dan mungkin akan berlaku adalah angkara orang orang yang membuat keputusan politik berdasarkan apa yang dia akan dapat dan bukan berdasarkan apa yang rakyat akan dapat.
Kita(Melayu) mahukan demokrasi acuan barat tetapi acuan ini kita tidak gunakan.Dibarat untuk menjadi pemimpin mereka memastikan mereka kaya dahulu tanpa melalui politik,tetapi di Malaysia banyak yang masuk politik untuk kaya.
Islam menyuruh kita melakukan banyak kebajikan dan tidak menyalah guna amanah yang diberi,tetapi apa yang terbentang dihadapan kita,dengan mata kepala kita sendiri saksikan majoriti pemimpin Melayu-Islam tidak mengamalkannya,tetapi kaum lain pula yang melakukannya.Malu kita kalau pada rakyat Korea dan Jepan yang punya maruah diri yang lebih tinggi walaupun mereka bukan beragama Islam.Ternyata amalan harian mereka berjaya mengatasi pesanan khutbah dan kuliah yang kerap kali disampaikan olih mereka yang cakap tidak serupa bikin.
Terima kasih atas usaha Dato' yang mengamalkan tulisan berdasarkan fakta dan bukan merobek minda pembaca dengan paparan catatan yang entah apa apa seperti yang banyak dilakukan olih kebanyakan media utama,tak kira ianya mirip pemerentah atau pembangkang.
Congratulations, Dato'! Your blog has reached almost half a million hits. This reflects that your blog has a big followers and is popular.
ReplyDeleteI have been making several comments in your blog. Some you posted them and some you rejected them. Anyway, it doesn't matter much to me. At least I had contributed something that is of interest to me and hopefully my comments are also of interest to you too. Whatever expression I made in my comments were just layman's comments based on the level of mental capacity that I possess. Sometimes my comments were out of context, sometimes ridiculous and sometimes rather emotional. It all depends on the mood at the time writing.Maklumlah manusia ada kelemahannya. As long as I am conscious that I am not perfect and have weaknesses in me and know my level of intellectual capacity, then it will be comfortable for me not being a hypocrite person or trying to be impressionist.
Ybhg Datuk AKJ
ReplyDeleteTahniah di atas sambutan orang ramai terhadap blog Datuk. Tidak banyak blog yang dapat menarik minat begitu ramai pembaca. Sekali lagi tahniah.
Sepanjang penitian saya di blog Datuk ini, saya dapati datuk suka akan tajuk-tajuk kepentingan Melayu. Tentang ekonomi orang Melayu. Satu lagi yang saya mungkin yang menjadi menjadi genta di hati datuk ialah tentang hubungan Malaysia dengan Singapura.
Saya suka tajutk retro. Tajuk yang lain saya kurang arif. Terima kasih. Blog sebagai sumber ilmu. Blog sebagai pengimbau masa lalu.
Pembahas-pembahas tegar dalam blog ini pun hebat-hebat orangnya. Berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas.
Ramai juga pembahas yang berfokus sempit. Apa jua tajuk tidak diendah. Tetap memfokus kepada agenda sendiri. Orang seperti ini juga sebahagian daripada warna kehidupan. Kita tetap terima.
Melayu Lama
Tok Kadiaq
ReplyDelete'We are not permitted to choose the frame of our destiny. But what we put into it is ours.,'
Dag Hammarskjold
terima kasih bagi ruang melepas perasaan yang terbuku.
Salam Pemblog dan Pelayar,
ReplyDeleteSaranan Dato' agar lebih ramai muda belia memberanikan dan membiasakan diri untuk berdiskusi, melahirkan pandangan dan menyatakan isi hati mereka mungkin sampai pada golongan berkenaan kerana merekalah yang paling ramai melayari laman maya.
Cumanya apakah saranan Dato' itu akan dianggap sebagai satu galakan meskipun realitinya mereka masih amatur yakni bertaraf "newbie" dan dengan itu mereka mendapat keyakinan baru untuk melibatkan diri dalam proses bernegara sebagaimana yang Dato' impi-impikan itu. Satu yang positif akan berlaku.
Atau, saranan Dato' tadi akan sekadar masuk 'telinga kiri keluar telinga kanan' yakni tidak sedikitpun hinggap di minda mereka yang telah terbiasa untuk menggunakan kelantangan bersuara tetapi bukannya kekuatan minda. dengan itu status quo di blog ini akan kekal seadanya?
Kah-Kah-Kah
Sdr Pakbelalang,
ReplyDelete1. "Followers" atau pelawat yang membuat pautan tetap kepada blog ini 1002 sekarang;
2. Yang tak buat pautan tetap, wallahualam;
3. Bilangan kunjungan 4.57 juta. Ertinya, sejak saya mulakan blog ini, ia telah mendapat 4,570,909 lawatan.
4. Tak lah banyak macam Che Det dan Rocky's Bru, tapi Alhamudulillah.
5. Sdr Kah Kah Kah, elok kalau orang muda ikut serta. Tak apa kalau tak bernas. Lama kelamaan pandai juga. Yang penting mencuba dan bersopan santun.
Terima kasih.
Dato',
ReplyDelete4.5 million hits is already a viable and effective marketing tool to promote ones products and services in your blog.
If you apply the law of average you might get at least two confirmed customers to buy your products in every 100 hits. Don't you think so, Dato'?
Salam, Dato'
ReplyDeleteSaya tidak berpaut pada blog Dato', tetapi saya kerap melawat. Sekali-sekala sahaja bersuara. Bukannya apa, kadang-kadang bimbang hendak berkata-kata. Tetapi secara jujur, saya sangat bimbangkan orang Melayu pada hari ini. Walaupun saya bukan seratus peratus Melayu secara genetik (mungkin hampir tak ada langsung), namun hati dan jiwa tetap Melayu yang beragama Islam. Saya juga tidak muda cuma terlalu bimbangkan masa depan orang-orang muda.
Ke manakah arah orang-orang Melayu di masa hadapan? Saya tidak melihatnya. Buat masa ini, saya takut dengan perkembangan politik yang ada, tidak kira parti apa. Bagi saya, tidak ada sesiapa yang ambil serius tentang masa depan orang Melayu. Malah, jangankan tentang politik dan ekonominya, yang penting tentang agamanya. Hari ini, kita taksub dengan soal material dan kuasa, hinggakan tidak tahu ulamak mana yang boleh kita percaya dan anggapkan sebagai tulen dan asli, kerana segala-galanya boleh dijual beli. Tidak dibayar, tidaklah keluar di peti TV.
Terlalu banyak tuduh-menuduh, terlalu banyak hasutan, terlalu besar hasrat dengki, hinggakan tiada ruang bagi mereka yang benar-benar inginkan ketenangan dan kecemerlangan, bukan sekadar di dunia ini tetapi akhirat jua.
Saya bukan dari golongan yang tinggi ilmu agamanya, namun bagi saya sebagai seorang Muslim, saya muliakan agama saya dan saya percaya Islam itu teramat indah dan kalau amalkan secara bijak, tidak ada sesiapa yang perlu berasa sangsi.
Mungkin benar kita tidak ada gempa bumi, tidak diserang tsunami, tidak bergunung berapi, namun jangan kita alpa, Tuhan mampu hapuskan mana-mana ras atau spesies yang tidak tahu menghargai apa yang dianugerahkan buatnya di muka bumi.
Semoga kita akan melihat sesuatu yang positif di masa yang terdekat ini. Semoga ada 'genuine leaders' yang akan membawa kita ke arah yang tepat lagi benar.
Salam Dato
ReplyDeleteorang muda ni kalau setakat mintak izin link dengan blog dato tak cukup mantap.
Dato kena kempen kat dia orang ni mendaftar jadi pengundi sekali, tak kira lah pro belah mana.
bayangkan 4 juta yang layak tapi belum mendaftar lagi - majoriti bumiputera pulak tu.
Nanti komen berjela, tapi nak pangkah tak layak pulak. Jangan bila hak bumiputera terlepas, ternganga macam pak pandir.
PS saja tolong ingatkan hak kita di Tanah Melayu ini.
Sdra Jab sp,
ReplyDeleteDibarat untuk menjadi pemimpin mereka memastikan mereka kaya dahulu tanpa melalui politik,tetapi di Malaysia banyak yang masuk politik untuk kaya.
comment:
Di Malaysia yang dah kaya masuk politik lagi tamak haloba. Dia akan gunakan kekayaannya untuk membeli undi supaya dapat kekal berkuasa. Disamping itu dia akan menyelam sambil minum air mencari peluang untuk "sakau" harta rakyat dengan "menambah nilai" atau "top-up" harta mereka yang telah diagih-agihkan kepada pengundi untuk menyokong mereka.
Wal hasi balik asal. Serupa sahaja. Tiada keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Sdr jap sp
ReplyDeleteSdr, antara lain, berkata, "Kita(Melayu) mahukan demokrasi acuan barat tetapi acuan ini kita tidak gunakan.Dibarat untuk menjadi pemimpin mereka memastikan mereka kaya dahulu tanpa melalui politik,tetapi di Malaysia banyak yang masuk politik untuk kaya.
Islam menyuruh kita melakukan banyak kebajikan dan tidak menyalah guna amanah yang diberi,tetapi apa yang terbentang dihadapan kita,dengan mata kepala kita sendiri saksikan majoriti pemimpin Melayu-Islam tidak mengamalkannya,tetapi kaum lain pula yang melakukannya.Malu kita kalau pada rakyat Korea dan Jepan yang punya maruah diri yang lebih tinggi walaupun mereka bukan beragama Islam.Ternyata amalan harian mereka berjaya mengatasi pesanan khutbah dan kuliah yang kerap kali disampaikan olih mereka yang cakap tidak serupa bikin."
Dalam komen saya sebelum ini, pilihan raya berdasarkan demokrasi acuan barat membabitkan pemilihan dan perlantikan calon wakil rakyat itu merupakan pinjaman hukum/kontrak al Wakalah atau Wakil-mewakil.
Ia mempunyai empat rukun berikut:
Pertama, penerima wakil atau wakil.
Kedua, orang yang mewakil.
Ketiga, perkara yang diwakil.
Keempat, sighah atau ijab dan kabul.
Saya timbulkan semula komen saya di atas, kerana komen sdr yang mengatakan 'orang Malaysia Islam yang masuk politik untuk kaya' atau 'bukan untuk buat kebajikan' di atas dianggap hanya sistem perundangan muamalat Islam mampu menjawabnya atas alasan tidak meletakkan rukun harga di bawah kontrak al Wakalah,berbanding dengan kontrak2 jual beli Islam lain.
Namun ulamak moden telah meletakkan rukun harga di bawah kontrak al Wakalah tersebut yang ada kaitan dengan pembentukan sistem kewangan dan perbankan Islam.
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya suka blog ini sebab dato tulis kata hati,dari hati dan naluri sebagai orang melayu `tua' dah.....tu ikot umoq `paspot'!
TULISAN DARI seorang yang dah lebih 60 tahun,penah idup dipersekitaran kampung ulu banat,tempat jin bertapa,jin bertendang,dah pernah kena patuk ulaq, pi ligan ayam keliling rumah,naik basikal,motor kapcai,pernah pakai seluaq yenki,remois elvis,tengoq wayang pacak,kenduri kendara remaja dan tua pekena dam dan ayaq akaq pinang, sambut jepun mai,kena ligan bintang tiga,pakai baju paling cantik pada 31.8.1957dan pompuan buat bedak sejuk,jemoq dan pakai bedak sejuk bau pandan/ serai........ada derma duit dan barang mas dak masa tu?
TENGUK ramai dah orang orang pajak bendang,pajak lembu,pajak getah, tenguk hamba hamba allah papa kedana tak bertanah dikumpul masuk utan rimba yang sangat jauh, buat rumah atap dan kayu tengah rimba banat,hantu pun takut dok situ,jin jin dan setan setan `bertapa' sebab tak dak orang nak dikacau!...la ni dah jadi felda dan felkra..... dah kena pulas kena rebut kena naya dll...
TENGUK sekolah sekolah dewasa dan kanak kanak macam bangsai lembu...pakai kapoq tulis kat papan hijau,padam dengan daster, sebuk kapoq buh kat muka anak.. buat bedak!, hingga murid kesekolah naik basikal,naik motor, kereta,bas dan paling tidak dihantaq mak bapak la ni....
TENGUK dah budak budak dok rumah tanpa mak bapak,jaga ayam,jaga itik,main selut,berkubang dalam taliayaq dll....laa ni kena ada orang gaji jaga anak,kena ada tadika,taska, permata dan apa apa.....
TENGUK dah ramai sungguh anak bangsa pi kerja pakai tai dan naik motor,naik kereta,dok rumah batu..ada pembantu rumah,mengamuk sakan kalau karan putuih,mengamuk meracau kalau ayaq putuih,meracau mengigau kalau air conditioneer rosak/kipas rosak.....TAK DAK GUNA PUNYA GOMEN!!
LA ni dato.... setan setan dan iblis iblis pun macam dah berpindah randah dari pekan pekan dan bandaq bandaq sebab MANUSIA DAH RAMAI SANAGAT AMBIK tugas tugas depa dah ni !!...
YOUR WRITING IS THE DISTILLATION OF ALL ABOVE!!....
Tahniah Dato'....
Abu Bakar Ab Rahman
1/ Sunggoh selesa membaca komen Datuk ( harap ejaan betul). Saya juga mengikuti komen Datuk dalam Malaysian Business.
ReplyDelete2/ Saya juga orang tua, entah berapa purnama lagi akan melihat dunia ini. Harapan sebelum pejam mata , tidak ada lagi Melayu terpinggir atau dipinggirkan.
3/ Saya ada sedikit masalah untuk "upload" komen, adakalanya ia hilang, mungkin kemahiran IT tidak seberapa dibanding orang muda.
Salam dato
ReplyDeletepandangan saya dato bijak mengutarakan isu2 utk dibahas bersama oleh pembahas yg terdiri drp semua lapisan dan fahaman.
bagi saya yg 99% mengikut drp membahas setiap kali posting dato saya akan mendapat faedah ilmu yg tak mungkin saya dapat di tempat lain.
Salam Dato'
ReplyDeleteMasa dah berubah...dulu-dulu kita nak berinteraksi tak lain janji jumpa di kedai kopi,atau tempat kesukaan santai. Sekarang masih sama cuma boleh lepas geram dan tak puas hati di hujung jari...
Anak-anak muda boleh di didik berhemah tanpa melihat muka,jika sebalik nya kita pula yang di cerca dan bahasakan.Dulu kita tak berani nak angkat muka apatah lagi bersuara.
Perubahan memungkin kan segala-gala nya.Perubahan minda dan iman yang tidak di kawal menuju jalan neraka.
Maka kita amat takut negara akan tergadai dan anak cucu cicit bakal terlerai...
Stereng masih ada di tangan Dato'....
Pak Kadie,
ReplyDeleteJangan lupakan aku dong. I am also one of very good friends and will always remain that way as Hardev said recently at Sri Perdana. Just like you pangkat and duit will not warm my heart or shake my mind and soul.
Thank you anyway for being so accomodating of my stuff in your popular alternative media. I wish I could create one like you though, but too late as I aged towards my early 70. Btw will celebrate my 67 birthday next week.I will be away for 1 month but also do some work lah. Going for R& R after the World Chinese Economic Conference today and tmorow.
i.e Malaysia should be proud of this important and strategic conference jointly organised by ASLI and his Chinese counterpart. Congrats to Michael Yeoh, Jean and their hardworking staff.Best wishes to you and all your positive and negative bloggers park their mind and soul in DAKJ d'Scribe.
Salam DAKJ
ReplyDelete1. Saya mengaku saya ni pengikut setia yg tak berdaftar. Bukan apa, rasanya standard penulisan Dato’ dan saya macam langit dan bumi. Malu-malu kucing pulak jadinya.
2. Saya juga mengaku kadang-kadang ulasan saya tergelincir dari tajuk sikit dan ikut iklim semasa. Biasalah tu, orang dewasa TAPI berdarah muda.
3. Cuma sedikit tak puas hati sebab Dato’ kata dalam TV yg disiarkan seluruh Malaysia dan Brunei (baru ni) mengatakan ‘Pemuda’ sombong. Tak baiklah kata begitu.
4. Bagi sayalah, anak-anak muda pula, sebaiknya timbalah ilmu dulu sampai fellowship atau setaraf barulah berhujah. Bukannya kita tak nak dengar tapi standard tu biarlah sama. Ikutlah resmi padi dan pendekar Laksamana Hang Tuah yg berguru sampai penuh di dada dulu baru bertarung. Tapi janganlah jadi laksa-mana Do Re Mi yg lepas cium keris, bila digertak terus minta maaf dan simpan balik.
5. Hitz blog Dato’ dekat 5 juta tu sebenarnya ‘WOW, hebat sekali dong’. Sekian TQ.
Datuk,
ReplyDeleteHere's a short one.
I appreciate the opportunity to interact with you and with your esteemed commenters here at this blog. This is the place I want to be after a stressful day, and many a time in between the pressing urgencies of the day. And often, I dare not send across my comments before doing some reading and cross-referring, for fear of embarrassing blunders.
Your writings together with your commenters' comments, even when they are hostile, have helped me gather and build up my notion of Malaysian politics.
When I was in primary school reading your column in a malay newspapers I would not think that this kind of interaction could be possible one day.
Thanks Datuk and all contributors.Cheers !
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSalam Takzim,
Tahniah. Teruskan terbitan anda.
Saya tetap mengikuti walau kadang-kadang tak sempat nak komen kerana kesibukan masa.
Teruskan perjuangan dengan cara kita untuk nusa, bangsa, tanah air dan agama.
Assalamualaikum dato'
ReplyDeleteTerlebih dahulu saya ucapkan berbanyak terimakasih juga tidak lupa berbanyak mohon maaf, kerana menerima saya seadanya sebagai pembahas di blog The Scribe.
Saya tidak memberi komen atau pendapat di blog-blog berjenama Politik Kepartian, kerana di sana tiada ruang langsung untuk tidak bersetuju, baik dari tuan punya blog mahupun pengikut tegarnya. Tiada kebebasan berfikir dan melahirkan pendapat di blog-blog sedemikian di sana.
Secara peribadi saya langsung tidak meminati tulisan Dato' di NSTP dulu, tapi minat tulisan Dato' dalam majalah-majalah tertentu. Dato' yang sama dalam dua ruang yang berbeza!
Apapun, saya suka membaca buah fikiran Dato' dalam blog ini yang jelas memacu kelangsungan Melayu KHASNYA (di sini ada titik pertemuan saya dengan Dato') , dan sandaran Dato' kpd UMNO khususnya (di sini jelas titik perpisahan saya dengan Dato') .
Saya banyak bersetuju dengan pendapat Dato' isu-isu kelangsungan Melayu TETAPI jelas saya menyanggah UMNO, itu pun Dato' berlapang dada menyiarkan tulisan saya. Sekali lagi saya ucapkan berbanyak terimakasih dan berbanyak mohon maaf jadi "pengacau" dalam blog The Scribe.
Tidak kurang juga terimakasih kepada para pembahas yang hebat-hebat yang banyak saya mendapai ilmu dari saudara/i seperti Pak Belalang, Ab, OrangUtanPenang, Affendi Hussain, Sinbad,Saji,Fed-Up, Roti Planta,Raju2,mmtg bertam,AbdullahNgah dll.
Terimakasih Dato'.
Bagi saya
ReplyDeleteSaya menyukai perbahasan ilmiah. Tak kisah sokong belah BN atau PR. Yang penting setiap idea ada bukti/fakta dikemukakan bg menyokong.
Teruskan berkarya selagi termampu
p/s: dulu dato' kerap menghentam Najib. Sekarang agak neutral. Benarkah?
Aslkm Tok dan semua..
ReplyDeleteLama tak komen bukan bermakna lama tak jengok. Selang dua hari kalau tak sibuk saya masuk jengok sat blog ni.
Yang muda kadang-kadang tu ketaq nak tulih komen. Pasai apa? Sebab hebat-hebat belaka kaki komen hat sedia ada.
Orang muda macam saya ni, lebih emosi (darah muda) daripada rasional. Lepaih tu, kurang pengalaman hidup berbanding yang tua. Tapi tidak bermakna orang muda tidak matang. Yang tua pun ada jugak yang tak matang-matang. Orang tetua cakap; rebuih tak empuk, jemoq x lekang, rendam x kembang.
Kot mana pun, blog ni walaupun ciptaan barat orang kapiaq, kita boleh gunakan sebaik mungkin untuk memajukan diri kita dengan cara berkongsi dan bercanggah pendapat secara berhemah.
Berbeza pendapat itu tidak salah. Yang salahnya ialah bila bercakap/menulis, asyik nak menang dan dok ingat diri dia saja yang betui, walaupun tau benda yang disokong tu tak betui. Tu salah satu sikap orang munafiq. Hindarilah sikap dan perangai munafiq sebab orang munafiq ni akan jadi bahan bakaq api neraka. Ni pesanan untuk diri saya terutamanya dan juga kepada rerakan blogger/non-blogger secara amnya.
Walau apapun jua, tahniah buat tok sebab boleh maintain kemaskinikan blog tok ni. One of my favourites la kiranya.
Syabas.. syabas.. syabas.. orang tua.
On a lighter note, do you know why I always address you using the word Dato' instead of Datuk?
ReplyDeleteSebabnya saya orang lama dan lebih selesa dengan pengunaan ejaan lama "Dato'".
Pada pandangan saya ejaan Dato' adalah lebih "ori" (original) lagi dari ejaan Datuk.
Saya orang Johor yang suka kekalkan adat-adat dan pertuturan orang-orang lama.
Umpamanya apabila saya berjumpa dengan kawan-kawan orang Johor saya selesa gunakan perkataan "kawan" instead of "saya".
Apabila saya marahkan sesuatu saya selalu gunakan perkataan "taik kucing"!! Ada juga perkataan2 Jawa yang saya sebut dalam pertuturan harian sungguhpun saya dah tak pandai sangat bertutur dalam bahasa Jawa, tidak seperti atuk saya yang berasal dari Solo. Semasa baru kahwin isteri saya kadang-kadang keliru apa yang saya cakap pasal dia asal dari Linggi Negri Sembilan.
Kalau dikampong saya masih panggil orang-orang tua "WAK" instead of Pak Chik.
Ignore critics and build the tower, PNB told
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin has told Permodalan Nasional Berhad (PNB) to ignore critics of the RM5bil Warisan Merdeka development project and concentrate on implementing it.
The Deputy Prime Minister said those criticising the project just wanted to see it fail.
“They are probably jealous that PNB has the capability to embark on such a big project that will benefit the country.
“I see them as having an agenda because they continued spinning stories, including that it (the project) is a waste of Government’s money,” he told newsmen after opening the Malaysian Biotech 2010 Conference and Exhibition here yesterday.
Muhyiddin said the critics had ignored the fact that the project was not funded by the Government.
“PNB has been a successful trust manager and its funds have grown over the years.
“Don’t belittle its ability because millions of unit trust investors have benefited from it and surely it knew how to expand its investments,” he said in response to those who were still against the development despite several explanations by PNB.
comment:
Go ahead and build the tower. PNB is sitting on a "gold mine" land bank. It must utilise the land usage to the maximum in order to add value to the land so that it will generate higher revenue and long term profits and dividends for its small investors.
You will never fail in property development in the prime area of Kuala Lumpur. Look at KLCC Twin Tower. Imagine if the twin tower is to be sold today I think it could fetch 5 times the cost of building the the towers. Foreign investors would be very eager to to grab the towers.
Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju bila Datuk sentuh pasal memberani dan membiasakan diri dengan perbahasan dan penghujahan serta mengaitkannya dengan pembinaan masa depan diri dan negara.
Pada saya, ini adalah salah satu ‘equation’ yang penting terutama di dalam konteks pembentukan barisan pemimpin masa depan yang berkaliber dan hebat. Jika barisan bakal pemimpin yang ada pada hari ini adalah sederhana sahaja kualitinya, negara kita juga yang akan mendapat kesan tidak elok kemudian hari.
Untuk menjayakan ‘equation’ tersebut, saya berpendapat perlunya dua ‘prerequisites’ terhadap aspek perbahasan dan penghujahan, iaitu pembacaan dan penulisan.
Sebagai orang Islam, kita semua maklum betapa pentingnya aspek membaca sehinggakan wahyu pertama Rasulullah s.a.w. adalah Iqraq. Pelbagai tafsir boleh dirungkaikan daripada wahyu tersebut tetapi apa yang significant adalah Islam meletakkan pembacaan sebagai salah satu element yang sangat penting.
Jika kita mahu berjaya di peringkat sekolah mahupun Universiti, membaca adalah wajib. Tanpa membaca, kita tidak berkemampuan untuk memahami sesuatu subject matter apatah lagi untuk menyelesaikannya. Begitu juga halnya jika kita sudah tamat belajar, pembacaan mestilah diteruskan agar mutu kerja kita dapat ditingkatkan. Melalui pembacaan, berbagai jenis “work best practices” boleh dipelajari.
Demikianlah pentingnya membaca sehinggakan bila kita meletakkan ia di dalam konteks harian pun, kita tidak dapat lari daripada membaca..Terlalu banyak manfaat dan faedah yang boleh kita dapat daripada membaca.
Pendek kata, membaca akan membentuk pemikiran. Semakin banyak kita membaca, semakin tulen pemikiran kita.
Manakala penulisan pula adalah saluran untuk meluahkan pemikiran. Pemikiran yang tulen mestilah diluahkan, mesti dituliskan. Pengluahan pemikiran melalui penulisan sedemikianlah yang akan mencetuskan perbahasan yang sihat di mana akan terdapat orang-orang yang bersetuju atau tidak dengan kita. Di sinilah kita memerlukan penghujahan yang bernas untuk menyokong perbahasan kita. Bukan niat untuk sentiasa mencapai 100% betul, tetapi untuk menunjukkan bahawa pemikiran kita bersandarkan kepada ilmu, kepada fakta. Bukan bersandarkan emosi, dendam kesumat mahupun membuta tuli.
Orang putih kata, “writing crystallizes thoughts, and crystallized thoughts motivate actions”.
Walaupun pemikiran boleh juga diluahkan melalui percakapan, tetapi tidak ramai di antara kita yang pandai “bercakap”. Apa yang saya lihat berlaku di dalam masyarakat kita, ramai yang pandai bersembang. Berapi-api sembang mereka sehinggakan topik yang disembangkan entah di mana hujung di mana pangkalnya.Sembang kosong sekadar membuang masa.
Di era internet ini, pembacaan menjadi begitu mudah. Hanya klik sahaja dan macam-macam boleh kita baca. Daripada pembacaan jenis ringan sehinggalah ke jenis-jenis berat, semuanya terdapat di internet. Mahu dengan tidak sahaja yang membezakannya.
Begitu juga dengan penulisan – begitu mudah untuk menulis dan tak memerlukan editor untuk disiarkan.Tulis sahaja dan insyaAllah akan disiarkan. Semakin banyak kita menulis, semakin banyak kita akan pelajari bagaimana untuk menulis.
Jadi, apa yang saya hendak simpulkan di sini adalah, perbanyakanlah membaca dan menulis. Ianya akan membantu meningkatkan kualiti perbahasan dan penghujahan seterusnya membentuk kualiti peribadi dan kepimpinan.
Ibarat air yang bersih, jika ianya bertakung sahaja & tidak mengalir, lama kelamaan akan menjadi busuk dan pekong.
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTahniah DAKJ. Blog Datuk sungguh istimewa. Blog Datuk ini pasti akan menjadi lebih istimewa sekiranya semua pembahas dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik; tetapi malangnya, kebanyakan daripada mereka sekadar memunahkan bahasa Melayu sehingga menjadikan bahasa Melayu bahasa cacamarba.
Saya menaruh harapan, buat masa hadapan, semoga blog Datuk ini menjadi pemangkin kepada kemurnian dan keindahan bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya berasa beramanah dan bertanggungjawab merayu kepada semua pembahas blog Datuk agar mereka berusaha bersungguh-sungguh
untuk berbahasa Melayu yang sebaik-baik mungkin.
Sungguh malang 'nasib' bahasa Melayu kita. Tiada siapa pun yang tampil membelanya dengan serius bagi memartabatkannya pada mercu ketinggiannya. Seingat saya, Perhimpunan Agung UMNO tidak pernah menjadikannya satu agenda penting untuk membicarakannya.
Lebih malang, DBP yang dipertanggungjawabkan bagi menobat dan memartabatkan bahasa Melayu, sekadar 'melepaskan batuk di tangga'. DBP sebenarnya tidak bertanggungjawab dan tidak beramanah.
Saya ingin mengemukakan satu bukti bahawa memang sungguh DBP tidak bertanggungjawab, iaitu apabila DBP tidak mengambil endah,tidak mempedulikannya,dan membiarkan sahaja akan "pengamalan bahasa Melayu yang buruk dan bobrok oleh stesen-stesen radio di negara kita, terutamanya oleh RTM. Radio IKIM juga mengamalkan bahasa Melayu yang tidak gramatis."
Wassalam.
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteTerima kasih daun keladi
Pak Kadir tulis kami hayati
Yang mane baik kami turuti
Bahasa kami kasar arap pak Kadir maafi.
Clinton: Obama 'envious' of her election day trip
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, Malaysia (AP): U.S. Secretary of State Hillary Rodham Clinton joked that President Barack Obama may be jealous of her for being out of the country during hotly contested congressional midterm elections that are expected to see Republicans make big gains.
"I think he was a little envious that I am here," said Clinton, who is barred from partisan political activity as the top U.S. diplomat.
Clinton said she personally thought Obama is doing an "excellent job" in handling complex domestic and foreign policy matters.
"The president inherited a very difficult set of problems and has been persistent and visionary in addressing" them, she said.
comment:
A reflection of how difficult Najib is facing now to turnaround the table after inherited so many problems as a result of "bad govt" by Pak Lah during his administration. (to quote Tun M's remark).
Tahniah Datuk.Yg penting ialah kebebasan bersuara itu wajar dipraktikkan didalam batasan adab dan kesopanan.Jika pembaca melihat ada kebebsan ini maka mereka akan tertarik..
ReplyDeleteDengan Izin Tuan,
ReplyDeleteYour the only one that I have seen so far that make sense out of all the nonsense I've heard this far. No joke, but your analysis is like something that came out from Tom Clancy's triller novels.
Salam Dato'
ReplyDeleteTahniah Dato' kerana mencapai sasaran pelawat!
Kira2 setahun lalu, seorang wartawan (kini editor) media perdana tanyakan saya, "kenapa tak tulis lagi." Saya katakan kepada beliau, pandangan saya sentiasa ada di blog A Kadir Jasin."
Pernah saya disuruh tulis pasal IBS (Industrial Building System) yang, ketika itu, sedang dipromosikan oleh pihak CIDB. Saya menolaknya,atas alasan ia lebih menguntungkan kontraktor Cina kerana menguasai jentera angkut dan pembinaan,khasnya. Di samping IBS yang cuba diperkenalkan CIDB jauh ketinggalan daripada apa yang dilakukan di United Kingdom.
Dato', kadang2 saya cuba mengelak untuk memberi komen dan mengulas di luar tajuk. Tetapi pandangan sesetengah pembahas semacam memaksa saya berikan komen saya atau memberikan pandangan lanjut.
Sebagai contoh pandangan sdr Kah -Kah- Kah yang, antaranya, saya petik di bawah.
"Atau, saranan Dato' tadi akan sekadar masuk 'telinga kiri keluar telinga kanan' yakni tidak sedikitpun hinggap di minda mereka yang telah terbiasa untuk menggunakan kelantangan bersuara tetapi bukannya kekuatan minda. dengan itu status quo di blog ini akan kekal seadanya?"
Komen saya:
Jika kelantangan suara sdr maksudkan retorika ia boleh diatasi dengan mengimbangkan di antara pandangan yang ingin disuarakan yang berkisar dalam aspek dasar, teori, konsep, hukum, strategi dsb atau dari sudut konsep berorganisasi, membabitkan ciri2 aspek kemanusiaan - kepimpinan dan kepengikutan, interaksi dan komunikasi, pengetahuan, resolusi konflik dan sistem nilai dengan pandangan yang berkaitan dnegan ciri2 aspek teknikal iaitu struktur organisasi, kemudahan dan peralatan, sistem dan tatacara.
Sebagai contoh, pandangan mengenai kegagalan usaha kerajaan memajukan kontraktor Mealyu tidak sahaja berkisar dari sudut hak istemewa orang Melayu dan kontraktor Melayu di bawah DEB itu, tetapi perlu membabitkan pandangan mengenai amalan sistem kontrak pembinaan tempatan.
Hillary Clinton said, "We can increase our people-to-people ties through education and student exchanges. President Obama and I admire PM Najib's vision for dramatically improving the English language (in Malaysia). Speaking a common language, the language of computers, technology, business and investment, does create a powerful bond.
ReplyDeleteOn English Language, she said "We will work immediately on how to implement that. As such, we had already begun delivering on the PM's vision by doubling our programme that helps young Malaysians get access to high quality after-school English programmes. We also agree that our team will begin discussing on how to further expand English language learning (in Malaysia)," she said. -(the Star)
comment:
I suggest the US should revive the American Peace Corp programme by providing immediately 1000 English teachers to teach in our schools. After all, the US is now facing very high unemployment rate at almost 10%. This is the best opportunity for the US administration to build cordial relationship with developing and Islamic countries and at the same time reduce the unemployment rate. However, they must send those who are qualified to teach English and are willing to be stationed in remote rural areas and respect our culture.
I benefited from this programme during my school days in early 60s.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati,
Tahniah saya ucapkan kepada Dato' kerana telah berjaya memandu blog ini dengan baik. Pada pemerhatian saya Dato' dengan cara halus telah berjaya mendidik pembahas yang pada mula-mulanya sungguh beremosi mempertahankan pendapat persendiriannya atau kumpulan yang diwakilinya kepada yang rasional. Teruskan usaha yang murni ini.
Kita maklum Universiti kita yang suatu masa dahulu sungguh terkenal sekarang ini terletak jauh kebawah berbanding dengan banyak universiti didunia. Bagaimana tidak berlaku demikian kerana penuntut dan pengajar Universiti dikenakan terlalu banyak kawalan sehinggakan taraf mereka tidak lebih penutut sekolah menengah sahaja.Marilah kita sama-sama usahakan supaya pihak yang bertanggungjawab memahami untuk mengeluarkan graduan yang bertaraf global pendedahan mereka mistilah diperluaskan dan digalakkan berfikir dan mengeluarkan pendapat dan tidak terus-menerus dianggap macam budak kecil.Alhamdulillah Dato' telah membuka ruang kepada mereka untuk menajamkan cara berfikir dengan berbahas dalam blog Dato'.
Adalah penting anakbangsa kita digalakkan berfikir secara strategik sebelum mengeluarkan pendapat.Tidak guna membuat kenyataan terburu-buru dan kemudiannya ditarik balik. Yang terbahru Perkasa dilapurkan menarik balik sokongan mereka terhadap rancangan membangunkan pusat hiburan di Kuala Lumpur.Begitu juga UMNO disuatu masa dahulu menyatakan demontrasi bukan budaya mereka tetapi sekarang setelah hilang kuasa tidak habis-habis berdemontrasi.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya
Sorry to divert Dato'.
ReplyDeleteDAP and the Malays (utusan English version)
While going through the pages of Suara Perkara, Awang was drawn to a statement by a former candidate of Penang DAP, A. Rahman Manap.
According to him, the struggle of DAP was totally for the interest of the Chinese and the party actually works to bring down the Malay political power in the country.
He said although Penang Chief Minister often said that DAP only oppose to UMNO,in reality the party is anti-Malay.
“They only want the Malays to be their tools for their political ambition.”
Rahman became the DAP activist in the 90s and had set up three Malay DAP branches.
Among the post he had held was the DAP Committee members for Bayan and Penang DAP Exco members. He had contested on the party’s ticket in the Permatang Pauh parliament seat in the 1995 general elections but lost.
He had admitted to have been made used by the DAP to face the Malays and government officials.
“They will continue to act as if they are acceptable to the Malays but the fact is they want to see the Malays weak and pathetic.
“Sometimes they are willing to do something better than what the Malay leaders can do, just to deceive the Malay thinking.” That was part of his outpourings.
According to Rahman, he made the revelation because he do not want the Malays to be taken in by the DAP’s trick.
Awang hope that such revelation becomes a good lesson to the Malays and Muslims.
DAP’s strategy to be intimate with the Malays, among others, is because it do not want to rely on Pas and PKR.
DAP is worried that Pas will turn away from the opposition pact. PKR is seen as wobbly.
In actual fact, the DAP is the most racist party in the world. To Awang, the DAP’s treat is far more dangerous than any others in the history of nation.
Their form of colonialism is more discreet, hiding behind democratic slogan and with using arms. However, the implication is far reaching. The Federal Constitution, status of Islam and monarchy institution will be at stake as they turn Malaysia into a republic. Is that what we want?
comment:
That goes without saying. Tapi ada Melayu yang masih "pekak, buta dan bisu" !! DAP tak pekak! DAP tak buta! DAP tak bisu!!
DAP will get what they want sooner or later. Make no mistake about it.
That's their ultimate strategy.
Melayu akan melopong dan terlopong. Percayalah kalau Melayu besikap bodoh sombong!!
Sazali crowned Mr Universe for the sixth time
ReplyDeleteKUALA LUMPUR Nov 1 — National bodybuilding ace Sazali Abdul Samad ended Malaysia”s bodybuilding sports calendar on a high note when he was crowned Mr Universe for the sixth time at World Bodybuilding Championship which ended in Varanasi, India yesterday.
comment:
Tahniah kepada Sazali. Melayu boleh!!
Tapi takkan setakat juara bodybuilding sahaja.
Orang Melayu mestilah jadi juara segala-galanya!!!
Pak Belalang:
ReplyDeleteGelaran DATO' tu menunjukkan anugerah yang dikurniakan oleh seorang Sultan.
gelaran DATUK tu menunjukkan anugarah yang di karuniakan oleh kerajaan persekutuan.
Tak ada kaitan ejaan lama atau ejaan baru.
Betulkan saya kalau saya silap.
Datuk,
ReplyDeleteSetinggi-tinggi tahniah kerana telah berjaya mencapai "milestone" yang terbaru. Saya tumpang gembira dan berbangga.
Namun begitu, angka 4 juta pengunjung atau (hits) sudah agak lama berkarat di situ. Tampak seakan pengunjung semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.
Blog "The Scribe A Kadir Jasin" ini adalah blog terhormat. Diikuti oleh segenap pihak. Dari Pak Menteri hingga ke pembancuh kopi.
Tapi sejak kebelakangan ini, ia seolah-olah dirampas oleh individu-individu tertentu untuk mengetengahkan agenda peribadi mereka. Sering kali komen-komen mereka ini "lebih sudu dari kuah", "berjela-jela macam bagi ceramah", fakta tak tepat malah banyak fitnah dan tuduhan palsu juga.
Letih dan sangat mengecewakan. Nak berbahas pun rasa macam buang masa saja.
Tapi apa-apa pun. Saya tetap sokong blog Datuk ini. Walaupun dah malas nak bagi komen tapi saya tetap baca artikel-artikel Datuk ini.
Terima kasih dan selamat maju jaya, Datuk.
-sinbad-
Salam sinbad
ReplyDelete"Namun begitu, angka 4 juta pengunjung atau (hits) sudah agak lama berkarat di situ. Tampak seakan pengunjung semakin berkurangan sejak kebelakangan ini."
Komen:
Kebanyakan pengunjung blog ini kalangan orang Melayu kita dan golongan muda.
Yang saya tahu, sedikit sahaja golongan muda Melayu kita yang suka berbahas secara berfakta, rasional, membabitkan isu berat, berbau akedimik dan politik. Hatta di kalangan graduan.
Sedangkan itu yang paling banyak dihidangkan dalam blog ini, lantaran mereka memilih blog2 yang sebaliknya.
Mereka boleh kata, itu hak mereka, tetapi ia boleh menjejaskan masa depannya.
Dato'
ReplyDeleteWalau pun saya bukan pengikut tetap(followers)blog ini tapi saya adalah pembaca setia setiap artikel Dato sejak saya mengenali ruangan blog, maklumlah dah berusia baru timbul internet dan blog.
Saya berasa serasi dengan cara penyampaian dan penulisan Dato yang tidak nampak sangat bodek dan ampu nya pada parti pemerintah.
Juga saya menyenangi membaca sesetengah komen dari pembahas.Ada juga komen dari pembahas seperti Tuan Saji yang senantiasa cuba membawa kita untuk mengenali dunia dia.Dunia kontrak!.Agak menjemukan buat saya.Mungkin bukan bidang saya.Mohon maaf Tuan Saji.Walau apa pun itu hak anda,anda berhak menulis apa saja.
KJ!
ReplyDeleteThere are some of us who are not "young" officially,
but hot damn!]
We have the the sprit!
Roti Channai or Scones!
Happy Diwali. KJ!
Godspeed
Jeya
Sophon,
ReplyDeleteSaya tak pasti. Tapi saya selesa gunakan ejaan "Dato'". Walau apa pun, Dato' atau Datuk adalah darjah kurniaan sultan. Nilainya bergantung sama ada seorang yang telah dikurniakan darjah itu benar-benar layak menerimanya. Terpulanglah kepada masyarakat untuk menilainya.
Tok AKJ yang aku hormati jesal dahulu dan kini.
ReplyDeleteShort and sweet pagi ini. Tahniah kepada ASLI and their sponsors for the success and conclusion of the 2nd WORLD CHINESE ECONOMIC FORUM OVER THE LAST TWO DAYS IN SERI KEMBANGAN POGH2.
Ini fasal lawatan Mrs Clinton, Secretary of State yang telah mai dan pi selepas tiga hari lawatan beliau ke negara kita bumi bertuah ini. Sudah ditakdirkan Clinton tak dapat berjumpa dengan Anwar, walaupun kebenaran tidak rasmi sudahpun dibagikan oleh JJ and Nazri.
Itu takdir lah dan Najib pun sakit kerana kena "chicken pox..makan ayam di Kemboja!"
Yang sebenar nya Clinton nak beri Anwar nasihat dan last warning agar dia memilih pilihan nak tetap duduk di Malaysia atau nak berhijrah ke USA.
Ini Mrs Clinton the new "American Iron Lady" Clinton dan bukan sebagai Mrs Clinton atau First Lady semasa President Clinton berkuasa semasa saya berkhidmat di WDC. Mrs Clinton hampir nak cerai dengan playboy itu yang dikatokan beraksi depan dan belakang.That's what we know about the Clintons which were public knowledge.
Lastly, before I go for my small R&R, I predict that BN will win in Galas (walaupun puak UMNO goons hak UMNO Ibu Pejabat dan orang-orang bergaduh dan hampir boykut tahu!) Uncle I KuLi mengamuk, tetapi orang Kelante mengamuk sekejap ajelah. Kuli kan beristerikan orang Cina. Jika BN kalah, pasti ada rukun dan bomoh Siam yang dipakai.
Di Batu Sapi, kito juga harus menang walaupun "Taiko Yong Teck Lee" main depan, belakang dan berpusing2 ala politik beliau sejak kita mengenali corak politik beliau dahulu. Tetapi balu Linda itu sentimental dan cantik orang nya, banyak orang sedang bermimpi lol!
Dato' AKJ,
ReplyDeleteFor an "orang lama" (not orang tua) your blog definitely have the magnetic personality to attract the "orang baru" (not budak-budak)..
Not like our hardcore politicians that treat "org baru" like a bunch of stupid kids..they even treat everybody including the half century baligh as kids too..who are they kidding with when the real stupid kids that can be judge by everybody are they themselves..
The key word is 'equal respect'..like Ali r.a said..
"its what the saying that matter..not the person who said it.."
Knowledge & facts rulez.. with proper verbal manner, the rest just put aside coz we can't even see each other faces..good for some that put their pic like you Dato'..don't be surprised if an anon face suddenly greet you like some celebrity in public places..you already built your influence.
keep up the good work..
("/)
dear dato
ReplyDeletenice one dato.
agree that sometimes, i do not agree in some of on your opinion/views on certain issues
but, this is indeed a good platform to express ourselves on our view and thought processes, whether to support or rebut the issues at hand
regards,
LB
Galas menang dan Batu Sapi pun menang. Tahniah BN. Tapi ini tidak bermakna BN telah pulih semula. Masih jauh lagi perjalanan untuk menambat hati rakyat yang dah terluka kerana kesombongan dan kecuaian pentadbiran Pak Lah dulu.
ReplyDeleteAs part of young M'sian generation, saya mengaku kurang sekali penghayatan dalam sejarah Malaysia. Kalau adapun knowledge, hanya semasa former school days. Kebanyakan sumber these days, if curiosity strikes,I got it from the net. Contohnya, semasa TAR hendak ke London menuntut kemerdekaan bersama MCA & MIC, saya hanya tahu melalui filem Suhaimi Baba. And to me, it's very touching & patriotic for those who blindly donate their belongings for the future of Malaya.
ReplyDeleteOleh itu Uncle Kadir, sejarah seperti ini, hendaklah dibukukan secara ringkas which can trigger the curiosity & spur them to find more detail about it, dan saya berpendapat Uncle Kadir adalah org yang banyak knowledge mengenai sejarah M'sia selain dari Prof. Khoo Kay Kim yg selalu saya tengok kat TV.
Saya juga ramai kawan dari other races, where sometimes spontaneously ask questions on their rights & Malay origin. Sometimes, I just don't know what to tell them. Any ideas??
mie
ReplyDelete"Saya juga ramai kawan dari other races, where sometimes spontaneously ask questions on their rights & Malay origin. Sometimes, I just don't know what to tell them. Any
ideas??"
Komen:
Katakan kat kawan other races mie tu thier right lebih daripada 30% pie kek ekonomi Malaysia. Malah dari ketrisan DEB yang tidak henti2 tu, mereka dapat lebih dari itu. Dan, di bawah gagasan 1Malaysia,Model Baru Ekonomi Baru dan Program Transformasi Ekonomi, saya berani mengatakan saiz pienya akan berlipatganda . Saya timbulkan hal ekonomi kerana itu yang mereka fikiran siang dan malam, lebih dari yang lain.
Bagi orang yang faham mengapa Tuhan jadikan cili besar tak pedas cili tetapi cili api pendas, mereka akan kata sudah cukup adil tu.
Kalau tak faham, anggap orang Melayu di negara ini cili besar dan anggap bukan Melayu di negara ini cili api. Kalu tidak, mengapa orang kata kecil2 cili api.
Mengenai Malay origin ia sudah banyak kali dijelaskan oleh tuan punya blog ini.
Sdr alunbm
ReplyDelete"Ada juga komen dari pembahas seperti Tuan Saji yang senantiasa cuba membawa kita untuk mengenali dunia dia.Dunia kontrak!.Agak menjemukan buat saya.Mungkin bukan bidang saya.Mohon maaf Tuan Saji.Walau apa pun itu hak anda,anda berhak menulis apa saja."
Komen:
Sdr kata, dunia saya (saji) kontrak. Boleh saya tahu apa dunia sdr?
2.
Congrats. It's good to have a platform to voice out, constructively and to read an alternative view that is not bias.
ReplyDeleteI found this blog by accident, and visiting him, I saw that this is a blog of a high cultural level. I then followed him, because it enlarges our culture is always welcome.
ReplyDelete