Thank you for responding to this Weblog (blog). We wish to maintain a high level of integrity and responsibility among our participants. In the spirit of camaraderie of the blogsphere, interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this weblog WITH THE CONDITION that they are credited to akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com to avoid misunderstanding.Thank you.
Friday, July 29, 2011
"Housekeeping", Benda Remeh dan Benda Penting
A Kadir Jasin
DALAM tampalan
(posting) kali ini, saya memohon izin untuk menyebut beberapa hal
penyelenggaraan (housekeeping), khasnya bagi mengatasi masalah yang timbul
akibat penguatkuasaan format baru oleh Blogger.com.
1. Saya mulakan
dengan mengucapkan terima kasih kepada para pelawat, pengikut tetap (followers)
dan pembahas. Lawatan ke blog kita ini tidaklah seramai blog popular umpama Che
Det dan Rocky’s Bru. Lawatan ke blog kita baru menghampiri (4.97 juta). Tetapi
pengikut tetap kita agak ramai – 1,185 orang;
2. Kita ucapkan
selamat datang kepada pembahas baru, tidak kira pembahas bebas, pembahas
berparti atau “laskar siber” (cyber trooper). Semuanya dialu-alukan cuma
diharapkan janganlah terlalu taasub dan emosional sehingga sanggup maki-hamun
dan mencarut; dan
3. Akibat
penukaran format, tugas saya membaca dan menyiarkan komen menjadi lebih sukar,
mengambil masa dan berisiko. Jadi, bagi memudahkan sikit tugas saya di samping
menjamin komen saudara dan saudari disiarkan lebih cepat serta mengurangkan
kemungkinan dipadamkan, saya memohon kerjasama berikut:-
i. Tuliskan nama
saudara – sebenar atau samaran – di permulaan dan akhiran komen;
ii. Saya
bercadang tidak membenarkan lagi pembahas menggunakan pengenalan “anomymous.”;
dan
iii. Tolong
ringkaskan komen. Kalau nak tulis panjang, tolong pecahkan kepada beberapa
bahagian.
Nostalgia Pagi
Berhujan
Pagi ini hujan.
Saya jadi nostalgik. Teringat masa di kampung. Pada hari begini, paling nikmat
berselimut kain sentung sambil minum kopi atau teh susu dengan ubi kayu rebus
atau nasi pulut ikan masin.
Saya juga
nostalgik mengenai zaman Malaya dan Malaysia jaguh bola Asia. Era Abdul Ghani
Minhat, Santokh Singh, Isa Bakar, Soh Chin Aun, Namat Abdullah, Shukor Salleh,
Ooi Hock Kheng dan N. Baskaran.
Tapi saya
langsung tidak tersentuh dengan kekalahan Malaysia di kaki Singapura semalam.
Yang saya bimbang ialah kalau Malaysia menang, mungkin ada politikus yang
kemaruk perbatuan politik (political milage) akan isytihar cuti atau buat
kerja-kerja tak masuk akal yang lain. Alhamdullah.
Teringin juga nak
cadang supaya kita “kasi” Harimau Malaya. Mana tahu, mungkin Harimau Malaya
akan jadi kuat macam Laksamana Cheng Ho yang terkenal itu. Dia berketurunan
Mongol dan dikasi oleh Maharaja China apabila Mongol kalah. Dia menjadi seorang
hulubalang yang sangat hebat dan melayari lautan hingga ke Afrika.
Terfikir juga
mengenai tukar seks. Tapi itu tak dibenarkan oleh Islam dan dalam sukan pun tak
diterima. Kalau tidak, skuad Harimau Malaya boleh cuba masuk bertanding Piala
Dunia Wanita FIFA. Itu pun belum tentu cemerlang.
Lebih berpotensi
kalau kita “paksa” pendatang Afrika yang ada dalam penjara dan pusat tahanan
pendatang kita main bola. Kalau mereka tunjuk bakat, kita beri mereka
kewarganegaraan dan wakili kita.
Kemudian kita
“paksa” lanun-lanun Somalia berlatih dan ambil bahagian dalam larian maraton.
Kalau mereka berbakat, kita ampunkan kesalahan mereka dan berikan
kewarganegaraan.
Mengenai semester
universiti disesuaikan supaya pelajar Hindu boleh rayakan Deepavali, saya tak
mahu komen. Dulu pun pelajar Hindu rayakan Deepavali juga. Tapi yang saya tahu,
di India hanya pelajar tahun pertama dapat cuti semester 20 hari setahun. Lepas
itu tak ada cuti semester lagi. Kalau mahu cuti, kena mohon syaratnya hadiri 80
peratus kuliah.
Kita di Malaysia
ni dah jadi negara cuti, negara ambil hati dan negara pancing undi. Takut-takut
kaum majoriti menjadi mangsa kepada tirani oleh minoriti (tyranny of the
minority). Wallahualam.
Tuesday, July 19, 2011
Tegur Pemimpin Hak Rakyat Jelata
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
KITA belajar
daripada ibu bapa kita. Bernasib baiklah anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang
sempurna – akal, tubuh badan, kesihatan, iman dan moral. Jadi, benarlah kata
pepatah, bapa borek anak rintik. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
Saya adalah anak
emak dan ayah saya. Salah satu ilmu dan panduan yang ayah saya ajarkan ialah
“dengar teguran dan jangan takut menegur.”
Dulu kita jaga
tepi kain orang. Apabila di masjid atau surau, kita memang jaga tepi kain
orang. Kalau tepi kain orang kena najis dan lumpur atau carik sehingga dedah
aurat, kita tegur. Kita tidak mahu najis dan kekotoran seorang jemaah mencacat
solat berjemaah.
Kita jaga tepi
kain jiran-jiran kerana kita tidak mahu anak-anak mereka jadi budak jahat dan
ganggu ketenteraman kampung.
Kita bagi tahu
mereka dan kita tegur anak-anak mereka. Mereka tidak marah kepada kita. Silap
hari bulan, anak yang diadukan itu yang kena tempeleng. Saya pun pernah ditegur
atau, dalam bahasa jalanan hari ini, kena sound, oleh jiran-jiran kerana buat
bising, curi buah rumia (kundang) Pak Su Salleh atau kurang sopan di majlis
kenduri. Saya terhutang budi kepada mereka kerana menjaga tepi kain keluarga
saya.
Hari ini, jaga
tepi kain menjadi ungkapan kotor. Silap-silap kena maki atau penumbuk di muka.
Dulu kita jaga tepi kain orang demi kebaikan kerana adat berjiran saling
tegur-menegur dan ingat-mengingati.
Hasil ajaran itu,
saya tidak berasa bersalah menegur, apatah lagi menegur orang yang kita pilih,
kita upah dan kita restui untuk memimpin kita.
Sama ada secara
sulit atau secara terbuka, secara lisan atau melalui tulisan, saya sentiasa
menjaga tepi kain mereka kerana kalau kain mereka penuh najis, bagaimanakah
mereka boleh “mengimamkan” kita.
Tidak kira Dr
Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin, Abdullah Ahmad Badawi, Mohd
Najib Abdul Razak, Muhammad Muhammad Taib, Abdul Rahim Tamby Chik atau Dr Khir
Toyo dan ramai lagi saya tegur.
Saya mulakan dengan
“menegur” mereka secara sulit. Seelok-eloknya secara bersemuka kerana saya
perlu menjaga air muka mereka. Ada kalanya saya mengutus surat.
Ketika pilihan
raya umum 1999 dan selepasnya saya “menegur” pendekatan dan cara kerajaan dan
Barisan Nasional menangani isu Anwar.
Saya terpaksa
“menegur” kerana selama hampir 16 tahun – sebagai wartawan dan pengarang –
antara tugas wajib saya adalah mempromosikan Anwar.
Ketika di puncak
kemasyhurannya, Anwar adalah “untouchable” dan “could do no wrong” – tidak
boleh dicuit dan tidak mungkin melakukan kesalahan. Segala bisikan saya –
seperti bisikan ramai orang lain – ditolak sebagai iri hati dan fitnah.
Apabila saya
menulis sebuah pojok mengenai Brutus menikam Julius Caesar dari belakang dalam
kolum “Kunta Kinte” Berita Harian, ia diberhentikan serta-merta. Waktu itu,
media massa difrancaiskan kepada Anwar. Pengarang lantikan Anwar amat berkuasa.
Menegur dan Ditegur
Saya “menegur”
mengenai beban peribadi pemimpin BN akibat gerak-geri mereka, campur tangan
ahli keluarga mereka dan perniagaan anak-anak mereka.
Selepas PRU 1999, giliran saya pula “disound”
kerana “menegur” kaedah kempen iklan BN dan ingkar arahan. Turut kena “sound” adalah Quek Leng Chan
yang ketika itu menguasai kumpulan akhbar Nanyang.
Menjelang
pertengahan tahun 2000 saya mendapati saya tidak dapat lagi meneruskan tugas
sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP tanpa kehilangan saki-baki kredibiliti
saya. Maka saya pun meletakkan jawatan. Quek pula menjual kepentingannya dalam
Kumpulan Nanyang.
Apabila Anwar
berucap kepada badan pemikir swasta Amerika, Council on Foreign Relations di
New York ketika Krisis Kewangan Asia sedang memuncak (September, 1998 ), saya
berada di situ dan “menegur” beliau.
Saya berkata,
walaupun penghujahan beliau mengenai teori “constructive destruction” ciptaan
Joseph Schumpeter dalam tesisnya mengenai kapitalisme, sosialisme dan demokrasi
pada tahun 1942 mendapat sambutan hangat daripada audiens Amerika, ia mungkin
tidak disenangi bosnya di Kuala Lumpur.Ringkasnya, Anwar dan penulis ucapannya menganggap Krisis Kewangan Asia 1997/98 sebagai kemusnahan yang membina.
Kemudian, ketika
saya bersama beliau di dalam kamarnya di hotel JW Marriott, Washington DC,
Anwar mendapat panggilan daripada kawan akrabnya, Michel Camdessus, yang ketika
itu menjadi Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). Sekali lagi
saya “sound” beliau dengan mengatakan yang bosnya di Kuala Lumpur tidak begitu
senang hati dengan percubaan campur tangan IMF.
Saya “sound”
Abdullah mengenai cara beliau mengawal media massa, Mohd Najib mengenai rumah
tangganya (seperti pernah saya katakan, saya kenal Mohd Najib sejak 1977),
Muhammad Taib dan Dr Khir Toyo mengenai pengagihan tanah negeri untuk
pembangunan dan Abdul Rahim mengenai gaya hidupnya.
Saya mengingatkan
Muhammad Taib dan Dr Khir Toyo mengenai pendahulu mereka yang jatuh kerana
skandal dan rasuah.
Tegur Bukan Kerana Benci
Saya tegur kerana saya berasa itu tanggungjawab saya. Sebagai
wartawan dan pengarang media arus perdana ketika itu, beban mereka adalah beban
saya.
Tentulah tidak
semua mereka suka saya menegur mereka. Apatah lagi apabila teguran itu
menyentuh hal-hal peribadi dan keluarga mereka. Dan kita tentulah tidak popular
dengan membuat teguran itu.
Tetapi bagi saya
mudah saja, seorang pemimpin yang tidak bersedia ditegur atau tidak
mengendahkan teguran lambat-laun akan tersesat jalan, ditolak oleh rakyat
jelata dan mungkin juga diheret ke muka pengadilan, lebih-lebih lagilah apabila
berlaku pertukaran parti yang memerintah.
Lihatlah apa yang
berlaku di Thailand dan Taiwan, dan kini di negara-negara Arab. Lihatlah apa yang
terjadi kepada Hosni Mubarak di Mesir dan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia. Atau yang lebih dekat,
Suharto di Indonesia.
Pendek kata,
pendirian saya mudah saja dan saya kerap mengulanginya. Kita pilih pemimpin
melalui pilihan raya. Kita beri mereka kepercayaan. Kita beri mereka upah. Kita
bayar cukai. Kita tidak pernah pilih isteri, anak-pinak, suku-sakat dan
sahabat-handai mereka.
Kita beri kuasa
kepada mereka bukan untuk difrancaiskan kepada kaum keluarga, sahabat-handai
dan FOPM.
PS: Mengenai Mohd Najib menjalin perhubungan
diplomatik dengan Vetican, saya dapati berita pesanan rungkas The Star yang
berbunyi “Najib meets Pope and announces diplomatic ties with the Vetican to
help promote values of moderation and harmony” sangat memeranjatkan.
- Adakah selama ini kita tidak mempromosi dan mengamalkan nilai-nilai sederhana dan harmoni?
- Apakah Islam, agama rasmi Persekutuan, dan budaya Melayu, teras budaya kebangsaan, tidak menekankan kesederhanaan dan keharmonian;
- Apakah kita memerlukan bantuan Vetican untuk mempromosikan nilai-nilai sederhana dan harmoni?; dan
- Bukan semua orang Kristian Malaysia berkiblatkan Vetican. Bancian penduduk tahun 2000 menunjukkan ada 9.1 peratus penganut Kristian yang terdiri daripada Anglican, Baptist, Bretheren, Lutheran, Methodist, Presbyterian dan Roman Katolik.
Wallahualam.
Monday, July 11, 2011
Father & Son, Government & People
A Kadir Jasin
[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]
[WHEN commenting, please state your name/pseudonym at the beginning of your comment. Also please make it as brief as possible or break it up into parts and send separately. I am having difficulty mastering new blog format. Apologies and thank you.]
CAT Stevens (now Yusof Islam) - the father - in the song “father and son”, said:
”It's not time to make a change,
Just relax, take it easy.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to know.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.”
Those were the words that came to mind when I saw the images of young people battling the police during the weekend’s Bersih 2.0 demonstration in Kuala Lumpur.
I was once like them. Back when I was a poor youth “battling” the ruling class and the capitalists of my kampung, I wrote a poem damning my father for his fanaticism towards Umno and his calm acceptance of the “takdir”, which in those days meant abject poverty and marginalisation.
Then, at 26 I became a father and lived on a salary of under RM800 a month. I had little choice but to conform to the demands of fatherhood. Idealism gave way to reality, but it remained in my subconscious. Thanks to the New Economic Policy, hard work and luck, I am better off now and far away from the poverty and deprivation of my youth.
My father had been gone two years now. My mother, Alhamdulillah, is doing well. In his final months my father said no to newspapers, preferring the Quran instead.
So now, like Cat Stevens, I can tell my children and their peers that:
“I was once like you are now, and I know that it's not easy,
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot,
Why, think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.”
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot,
Why, think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.”
For good or evil, right or wrong, I believe, I have done my part for my family, my society and country. It’s now for my children and the children of people of my generation to take over. All that I can do is to tell the stories of my past as a guide for them to plot their future.
As such, I don’t blame young people for pursuing their political and ideological ideals, more so at the time when, the general consensus says, idealism is dead. I wish to disagree and I hope fervently that the youthful idealism is alive and well.
And the older people must not take youthful idealism and rebelliousness for granted. Let them speak out. Let them express themselves beyond “Akademi Fantasia”, “Raja Lawak” and devotion to Manchester United.
Yes, there’s a price to pay and, for that, I consider myself lucky. I received spirit-lifting poems and I also received damning letters and emails from my children. Until today, when I am past 60 and my eldest child is nearly 40, we still laugh and, occasionally, cry together.
Listen to what the “son” in Cat Stevens’ song has to say:
“How can I try to explain, when I do he turns away again.
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.”
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.”
The biggest mistake a parent could do is not to listen. If you want your children to listen to you, you must listen to them. Feeding, clothing, sheltering and educating them are your responsibility. They are not the things that bind them to you to eternity, but love and affection do.
The same applies to the government. Providing platforms and the right environment for the people to feed, cloth, shelter and educate themselves are the responsibilities of the government. The government is elected and funded by the people. In return, government is supposed to do good for the people.
So, when the government does a good deed, the people don’t have to say thank you or be grateful. That’s what the government is for – to do good things. Of course, out of courtesy and decency, it’s good to say thank you. We should instead be grateful to God for His guidance and blessings.
But if the government does wrong, it must be condemned. We do not elect the government to do bad or wrong things. If the government makes no restitution or we are unhappy with its apology, our ultimate respond is not to vote for it in the general election.
And neither the father nor the government can keep telling the younger generation “it’s not the time to make a change.” The government cannot, on the one hand tell the people to change their lifestyles to cope with rising cost of living, while on the other continuing with its extravagance in personal spending.
The father: “It's not time to make a change,
Just sit down, take it slowly.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to go through.
Find a girl, settle down,
if you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.”
Just sit down, take it slowly.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to go through.
Find a girl, settle down,
if you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.”
The son: “All the times that I cried, keeping all the things I knew inside,
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree, but it's them you know not me.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.”
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree, but it's them you know not me.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.”
There’s a limit to what we, as parents, and by extension government, can do to tell what the young should do. After all, it’s their future that’s at stake. And not all of them wish to migrate or can do so even if they want. Malaysia is still their future – good or bad.
An Bob Dylan said:
"Come gather 'round people
Wherever you roam
And admit that the waters
Around you have grown
And accept it that soon
You'll be drenched to the bone.
If your time to you
Is worth savin'
Then you better start swimmin'
Or you'll sink like a stone
For the times they are a-changin'."
"Come gather 'round people
Wherever you roam
And admit that the waters
Around you have grown
And accept it that soon
You'll be drenched to the bone.
If your time to you
Is worth savin'
Then you better start swimmin'
Or you'll sink like a stone
For the times they are a-changin'."
He also told Sin Chew Daily, registration assistants appointed by DAP were the most active, followed by PAS, UMNO and PKR, while the assistants appointed by Gerakan and MIC were the least enthusiastic in registering new voters.
The times the are a changing.
Friday, July 01, 2011
Antara Hak Asasi dan Ketenteraman Awam
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
LATEST, July 9 - (Reuters/Malaysian Insider/Malaysiakini) POLICE set up roadblocks, deployed trucks mounted
with water cannon and sealed off parts of Kuala Lumpur today as
hundreds of anti-government protesters took to the streets in a show of
strength against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
A massive turnout could signal that the ruling National Front coalition was losing ground and may spur Najib to reconsider a snap election and delay painful economic reforms seen as essential to woo substantial foreign investment.
Polls are not due until 2013 but analysts have said Najib is likely to seek an early mandate after economic growth accelerated to a 10-year high in 2010.
Bersih has vowed to bring together tens of thousands of supporters this afternoon in the city’s downtown area to demand electoral reforms. It could be the biggest anti-government demonstration since Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sacking as Deputy Prime Minister in 1998 led to violent street rallies.
Malaysiakini reported that 400 protesters had been arrested, suggesting that they were supporters of Bersih and the Umno youth. Bernama had so far not reported about the demonstration, instead it reported about distruption to businesses and traffic congestion. The Star Online reported lockdown of the City and the firing of teargas, adding that police have sealed off all major roads leading to the heart of the capital, telling people to stay away from any rally Saturday.
MUTAKHIR, 5 Julai - KETUA Bersih, Ambiga Sreeneasan, berkata selepas mengadap Yang Dipertuan Agong, yang tunjuk perasaan di ibu negara 9 Julai ini dibatalkan. Sebaliknya, satu perhimpunan akan diadakan di dalam sebuah stadium. Junjung kasih Tuanku. Terima kasih Pak Lah. Harap-harap segala pahat karat tidaklah berbunyi kerana rumah sudah elok dibina. Macam saya kata, hak berhimpun secara aman termaktub dalam Perlembagaan. Kita hormatilah Perlembagaan.
MUTAKHIR, 2 Julai - Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram - seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.
“Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai (semalam),” kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman hari ini. - Malaysian Insider
Posting Asal
BEBERAPA orang pembahas dan kenalan kedai kopi bertanya mengapa saya tidak menulis mengenai cadangan tunjuk perasaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Sebenarnya, saya sudah menulis mengenainya beberapa bulan lalu dalam majalah ekonomi dan perniagaan Malaysian Business. Pertama, saya berkata, adalah kesilapan bagi kerajaan dan Barisan Nasional bercakap mengenai pilihan raya umum (PRU) terlalu awal.
Kedua saya berkata, saya sedikit pun tidak ragu-ragu Pakatan Rakyat dan barisan bersekutunya akan mengambil kesempatan daripada khabar angin pilihan raya itu untuk mengadakan demonstrasi jalanan.
Saya berkata lagi, pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga 2013 dan membuat spekulasi mengenai kemungkinan ia diadakan lebih awal akan menyebabkan tunjuk perasaan jalanan seperti yang berlaku pada 2007 berulang lagi.
Walaupun ramai antara kita mudah lupa – mungkin kerana menderita sindrom awalan Alzheimer - tentu tidak semua sudah lupa tunjuk perasaan haram Bersih dan protes haram pertubuhan haram Hindu Rights Action Front (Hindraf) pada tahun 2007.
Kedua-dua protes yang mengganggu ketenteraman dan keselesaan awam itu diadakan sebaik sahaja pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi membuka mulut bercakap mengenai PRU.
Pakatan Sudah Merasa Darah
Dalam rencana Malaysian Business itu, saya juga berkata pembangkang dan barisan bersatunya “sudah merasa keenakan darah” dan akan mengulanginya kerana protes 2007 membantu mereka dalam PRU 2008.
Jadi, manakala kerajaan dan BN seronok bercakap mengenai kemungkinan PRU awal kerana hanya mereka tahu tarikh sebenar bila ia akan diadakan, PR dan barisan bersatunya sudah bersedia untuk bertindak. Maka tidak hairanlah PR dan parti-parti komponennya teguh di belakang demonstrasi Bersih.
Haram atau halal tidak menjadi masalah. Kalau haram, penganjur dan pesertanya mungkin dikenakan tindakan. Itulah yang dinanti-nanti kerana ia memberi peluang kepada mereka menuduh kerajaan dan BN sebagai tidak menghormati Perlembagaan, tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi dan takut kepada reaksi massa.
Itulah yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Beliau sudah pun membuat tuduhan terbuka bahawa pemimpin BN yang “korup dan jahat” (corrupt and wicked) akan melakukan apa saja untuk terus berkuasa – tidak mengapa jika korupsi moral dan “wickedness” juga berlaku di pihak pembangkang.
Kerajaan dan BN mungkin berasa lega dengan kutukan massa terhadap penganjur tunjuk perasaan seperti yang dicanangkan oleh media massa arus perdana dan blog-blog partisan prokerajaan, pro-BN dan pro-Umno. Tetapi kerajaan dan BN tidak akan menjadi lebih kuat hanya dengan memburukkan pembangkang dan penunjuk perasaan.
Ya, tindakan mereka akan mengganggu ketenteraman, keselesaan dan keselamatan awam. Tetapi kerajaan dan BN juga wajib melihat ke dalam diri mereka sendiri.
Siapakah yang membuka pintu kuala atas nama keterbukaan, liberalisasi, globalisasi dan pelbagai jargon lagi kalau bukan kerajaan BN pada era Abdullah?
Siapakah yang menyebabkan begitu ramai orang Melayu, termasuk ahli dan penyokong Umno, meluat, menyampah dan benci kepada Umno dan BN? Orang Melayu marah kerana berasa kepentingan mereka diabaikan manakala beberapa kerat “lembu suci” diberikan keutamaan dan perlindungan.
Orang bukan Melayu pula marah kerana berasa janji-janji kepada mereka tidak ditunaikan.
Abdullah membebankan Umno, BN dan kerajaan dengan beberapa kerat suku sakat, sahabat dan budak-budak Tingkat Empat. Soalnya, apakah Umno, BN dan kerajaan pasca-Abdullah bersih daripada ciri-ciri yang memualkan ini?
Siapa Yang Menonjolkan Ambiga?
Siapakah Ambiga Sreeneasan ini kalau bukan “ciptaan” era Abdullah kerana kononnya dia ini sederhana dan bersimpati dengan kerajaan? Dia ditimang ibarat minyak yang penuh oleh budak-budak Abdullah ketika dia menjadi Presiden Majlis Peguam.
Jadi, jangan marah kepada Ambiga jika hari ini dia begitu berkuasa, berpengaruh, dicintai pembangkang dan diyakini oleh Melayu, Cina dan India, haji dan lebai.
Benar PR juga mempunyai masalah. Kepemimpinannya juga sedang dilanda pelbagai kemelut moral dan intelektual, korup dan “wicked”.
Tetapi, adakah kita, sebagai pengundi dan pembayar cukai (dan mungkin juga patriot), sedia menerima situasi di mana kita terpaksa memilih yang terbaik daripada kalangan yang buruk untuk memimpin dan memerintah kita?
Saya bernasib buruk melihat dan mendengar kesan dahsyat peristiwa 13 Mei, 1969 (saya mula bekerja di Kuala Lumpur sebulan selepasnya). Tapi saya bernasib baik dapat belajar daripada peristiwa itu. Maka, biar seoptimistik mana pun saya mengenai Malaysia pasca-13 Mei, namun tertanam di dalam “subconscious” saya kebimbangan mengenai kemungkinan peristiwa seperti itu berulang.
Kalau orang lain tidak takut, itu hak mereka. Mungkin mereka berani. Mungkin mereka kebal – tikam tak mati, tembak tak lut. Atau mungkin juga kerana mereka buta sejarah atau seronok datang percuma ke ibu negara.
Saya takut bila timbul cakap-cakap ada pihak lain bercadang mengadakan tunjuk perasaan balas bagi menjawab tunjuk perasaan PR/Bersih.
Ini tidak mustahil. BN, khasnya Umno, tentu sedar jika ia tidak bertindak balas, ia akan rugi. Ia akan dianggap pengecut oleh penyokongnya sendiri. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mungkin telah menyedari hal ini.
Dan jika Perkasa turut sama, keadaan akan menjadi lebih kacau bagi Umno dan parti-parti Melayu/Islam dalam PR. Mereka mungkin hilang lebih banyak sokongan dan keyakinan orang Melayu.
Tidak mengapa kalau hendak mengutuk dan memperkecilkan Ibrahim Ali, tetapi cuba tanya diri sendiri mengapa begitu ramai orang Melayu, termasuk cendekiawan dan ahli profesional, menyokong beliau dan pergerakannya?
Awas Kesan Aksi dan Reaksi
Tindakan dan tindak balas seperti inilah yang membawa kepada ketegangan masa lampau. Peristiwa pada 13 Mei 1969 bermula dengan perarakan kemenangan DAP yang dibalas oleh perarakan kemenangan Umno.
Operasi Lalang 1987 bermula dengan agenda pendidikan Cina yang dijuarai Pemuda MCA dan dilarikan oleh DAP menyebabkan orang Melayu dan Pemuda Umno bertindak balas.
Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tentu belum lupa kerana beliaulah yang mengepalai protes balas Melayu di Kampung Baru yang berkesudahan dengan ramai penyokongnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri walaupun beliau sendiri terselamat.
Ada orang berkata, Malaysia sudah berubah dan lebih toleransi. Malah mereka begitu yakin peristiwa seperti 13 Mei, 1969 tidak akan berulang dan sesiapa yang bercakap mengenainya berhasrat menghasut dan menakut-nakutkan.
Tetapi saya berkata, lebih baik berhati-hati daripada menyesal kemudian hari. Saya tidak boleh dan tidak akan menghalang sesiapa pun mengadakan perhimpunan aman (peaceful assembly) kerana ia dijamin oleh perlembagaan, tetapi saya juga tidak boleh dan tidak akan menghalang polis daripada menjalankan tugas seperti yang mereka fikirkan wajar.
Kebebasan Tidak Pernah Mutlak
Kalau kita memahami Perlembagaan dan berpegang kepada prinsip demokrasi, kita pasti akui bahawa menangani ancaman demonstrasi Bersih atau mana-mana juga tunjuk perasaan adalah lebih rumit daripada yang digambarkan oleh media massa kedua-dua belah pihak.
Pertama, Perlembagaan menjamin hak rakyat jelata berhimpun secara aman. Perkara 10(1) memberikan hak bersuara, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan. Tetapi hak itu tidaklah mutlak. Perkara10 (2), (3) dan (4), dengan jelas membenarkan Parlimen mengenakan sekatan demi keselamatan negara, perhubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam, moral, melindungi keistimewaan Parlimen, menghalang penghinaan mahkamah, mencegah fitnah dan hasutan.
Kedua, Perlembagaan memberi hak kepada polis menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Polis berkewajipan melindungi orang ramai. Dan orang ramai itu termasuklah penunjuk perasaan sah dan aman.
Hari ini, antara frasa yang kerap dimanterakan oleh kedua-dua belah pihak – BN dan PR – ialah “rakyat sudah matang”. Tetapi dalam jargon partisan mereka, rakyat hanya matang jika menyokong dan memangkah mereka.
Dalam menghadapi dan menangani demonstrasi partisan khasnya dan ketidakpatuhan sivil amnya, kedua-dua belah pihak hendaklah berhati-hati agar rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Tidak semua matlamat unggul dan tidak semua cara halal. Matlamat tidak semestinya menghalalkan cara. Dan tidak semua manusia waras, sabar dan cintakan ketenteraman.