A Kadir Jasin
[KALAU mengulas menggunakan “anonymously”, tolong tuliskan nama
Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas.
Terima kasih.]
PERLARUTAN bahas
mengenai spectre penyerang balai polis Bukit Kepong sebagai pejuang nasionalis
unjuran Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad bin Sabu aka Mohamad Sabuu, adalah
bukti tambahan kepada kecamukan pemikiran Pas dan usahanya menjadi parti arus
perdana.
Tidak lama selepas
“menggantungkan” matlamat Daulah Islamiah dan digantikan dengan konsep negara
berkebajikan, Pas melangkah setapak lagi ke arah arus perdana dengan percubaan
menarik simpati orang Cina.
Soalnya, berapa
ramai orang Cina yang menyokong interpretasi luarbiasa Mohamad Sabu itu atau
faham dan peduli mengenai peristiwa tersebut. Atau apakah ini satu lagi contoh
keceloparan Timbalan Presiden Pas itu?
Mohamad Sabu
dilaporkan dengan meluas sebagai berkata, antara lain, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong dan
membunuh 25 orang anggota polis dan ahli keluarga mereka pada tahun 1950 adalah
perwira sebenar “kerana mereka berperang melawan British”.
Debat ini sudah
lama. Semua sudah tahu inti patinya. Jadi tidak perlulah saya mengulas panjang
mengenai ketepatan atau kesesuaian kupasan Mohamad Sabu itu.
Lagipun, salah
seorang rakan kongsi terkemuka Pas dalam
Pakatan Rakyat, YB Karpal Singh sudah pun memberi reaksi yang agak
berpatutan.
Karpal yang
terkenal dengan frasa “langkah mayat saya” kalau Pas hendak tubuhkan negara Islam,
antara lain, menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu itu sebagai “ill-advised” –
dibuat tanpa nasihat yang waras dan berfikir panjang.
Soalnya, adakah
Mohamad Sabu jenis orang yang berfikir panjang dan mendengar nasihat?
Wallahualam.
Apa pun, reaksi YB Karpal
itu, bagi saya, sangat bermakna kerana beliau adalah antara pemimpin DAP yang
paling keras dan lantang menentang dasar Daulah Islamiah Pas, dan beliau boleh
dikira berjaya apabila Pas “menggantungkan” matlamat Negara Islam dan
menggantikannya dengan negara berkebajikan.
(Rencana ini elok
dibaca selari dengan posting berjudul “Can Pas Lead A Future Government” yang
ditampalkan pada 16 Ogos lalu).
Keceloparan
percakapan dan kedangkalan pemikiran seperti inilah yang akan mensabotaj usaha
Pas menjadi parti arus perdana yang disokong oleh majoriti orang Islam/Melayu
dan disenangi oleh orang bukan Melayu/bukan Islam.
Sekalipun Mohamad
Sabu begitu “desperate” – terdesak – untuk menafikan peranan pemimpin Umno
dalam perjuangan kemerdekaan, namun adalah sangat tidak patut melabelkan
anggota polis yang mati itu sebagai agen penjajah dan komunis yang membunuh
mereka sebagai perwira.
Mungkin dalam
keghairahan beliau hendak menobatkan dirinya sebagai orang nombor dua Pas dan
dalam usaha menyedapkan hati kaum-kaum minoriti, khasnya Cina, Timbalan
Presiden Pas itu lupa kepada ratusan ribu ahli keluarga dan keturunan anggota
tentera dan polis kita – tak kira bangsa dan agama – yang mati menentang
pengganas komunis.
Kesimpulannya,
kepemimpinan Pas tidak boleh menyalahkan sesiapa kalau keceloparan mulut
Timbalan Presidennya itu menjadi setitik nila yang merosakkan susu sebelanga, dan macam kata beberapa pembahas, menjadi tajuk hangat perbualan Eid Mubarak.
Bagi orang
Islam/Melayu, pemutarbalikan sejarah seperti yang dibuat oleh Mohamad Sabu itu
akan memburukkan lagi ancaman terhadap legitimasi mereka sebagai bangsa induk
dan kaum majoriti negara ini.
Nampak sangatlah
parti-parti Melayu/Islam di Malaysia kini semakin hari semakin ghairah
menyusukan kera di hutan sampai anak di rumah kebuluran. Wallahualam.
kdirjasin..adakah yang menentang british itu semuanya pengkianat kepada negara atau yang menyokong british itu pejuang sebenar....itu cerita sejarah yang rakyat nak tahu..asyik,rahman,hussein, razak je..setiap tahun disebut semasa kemerdekaan..mana dia tok janggut, ahmad bostaman, mat indra..dan ramai lagi..perbetulkan sejarah yang dah disesatkan oleh umno.
ReplyDeleteINSYALLAH MALAYSIA AKAN MENJADI NEGARA ISLAM JIKA KITA SELALU BERDOA SIANG DAN MALAM DARI KECIL HINGGA BESAR YG PENTING NIAT UNTUK BERUBAH KPD ISLAM BUKAN MCM SAUDARA YG TAKUT PADA KAPARL SINGH.....IWAN SENTUL
ReplyDeleteMohamad Sabu memang sangat terkenal dengan pemimpin PAS bersuara lantang dan bercakap apa saja tanpa menyedari bahawa cakap cakapnya yang dilemparkan itu baik atau buruk bagi pas atau sebaliknya.
ReplyDeletesudah banyak cakap cakap yang dilemparkan sepanjang berada dalam PAS mencalar reputasi PAS sendiri.
Sebagai contoh, kata beliau orang asli lebih cerdik daripada orang Melayu pernah dilemparkan suatu masa dulu menjadi kemarahan kebanyakan orang Melayu.
Sekarang ini kelihatan dia nak tolong DAP memerintah negara melalui pakatan rakyat berkata yang bukan bukan dan boleh membuat kebanyakan orang Melayu Marah lagi.
Mohammad Sabu tak pernah berfikir panjang sejak dulu lagi.Banyak perkara dia hanya syok sendiri saja.
Yang peliknya Presiden PAS sekarang turut terikut ikut cara dan gaya percakap yang dilakukan Mohamad Sabu.
Kita tak tahu mengapa boleh jadi begitu. Mungkin inilah tanda tanda PAS akan jatuh dalam pakatan sepertimana pernah jatuh dalam barisan nasional dulu Macam juga parti Islam Indonesia yang sudah jatuh ditimpa tangga.
Mereka ini dah lihat sendiri apa yang telah terjadi kepada parti Ikhwan Muslimin Mesir tapi nak ikut juga jejak langkah itu.
Malang sekali. Kita tunggu dan lihat apakah yang akan terjadi pada PAS kali ini apabila perwakilan pas mengangkat Mat Sabu jadi timblan presiden dalam muktamar lepas.
selamat eidulfitri datuk..Pada saya Mat Sabu diantara contoh manusia yang boleh dibeli dengan "Nilai" tertentu,dan Lim GE berjaya membelinya. kejadian Bkt Kepong adalah rentetan strategi PKM yang ingin menguasai Tanah Melayu ketika itu dengan melakukan Pembunuhan terhadap tokoh Islam,ketua Kampung dan golongan yang dipercayai tidak menyokong mereka.Kisah ini kita boleh lihat didalam kisah Kiyai Salleh menentang komunis dan berapa ramai tokoh agama yang menentang bangun menentang kezaliman Komunis ketika itu termasuklah datuk saya yg bersiap sedia memimpin orang awam lain untuk mempertahan kan diri dari serangan komunis di Seremban.Alhamdulillah tiada pertumpahan darah di Seremban. pada hemat saya, jika generasi baru ini tidak didedahkan kepada sejarah dengan berkesan,maka mereka ini akan mudah dimanupulasi oleh manusia tiada jati diri seperti Mat Sabu ini.
ReplyDeletedatuk,
ReplyDeleteitu retorik.yg nyata,mirzan,mokhzani dan mukhriz semuanya BILLIONAIRE! mustahil anak mahathir terlalu bijak bisnes hingga semua anaknya BILLIONAIRE.
kamaludin paklah,harris husin(he built
and operate DUKE!!)pun millionaire.
PEROMPAK? peerrraaah!
assalamualaikum dato. "soalnya brp ramai org cina yg menyokong intrepretasi Mohd Sabu". soal lain pula brp ramai pula yg menyokong pendapat dato? tidakkah dato dah memboloki kemeriahan dan kesenangan hidup melalui kerajaan yg ada?...kami paham dato. kami = generasi yg mengkaji dan tidak memboloki membabi buta. ini sejarah? salah penafsiran adalah biasa dan bukannya Quran kalamullah...alahaaii dato
ReplyDeletesuperman.
Dato'
ReplyDeleteBanyak fakta sejarah yg perlu di betulkan.Apabila perkara begini di perbincangkan adalah pula versi baru yg akan di fahami oleh jenerasi baru.
Perjuangan kemerdekaan bukanlah milik orang yg menang saja.Walaupun semua kemewahan di kecapi oleh mereka yg menang sedikit sebanyak kepedihan perlu mereka lalui apabila fakta sejarah tidak menyebelahi mereka...
Nas
Faithajar
ReplyDeleteMat sabu seolah olah menjadi golongan negara eropah yg menanggung beban rasa bersalah atas pembunuhan beramai2 puak yahudi di tangan tentera german sewaktu perang dunia kedua..dan sekrg menjadi penyokong kuat yahudi dlm membenarkan apa2 saja kekejaman keatas palestine.
Skru kepala dah longgar agaknya,atau terlalu nak mendapatkan kuasa dan kesenangan malah nampak macam suara dari belakang menggunakan mulut celupar mat sabu.
Manusia yang sanggup berbuat apa shj seperti matsabu mmg ramai cuma nak sampai ketahap matsabu ni mmg memerlukan akal tahap zero..
Wassalam
Salam dan Selamat Hari Raya Dato,
ReplyDeleteSaya sebagai anak Muar lebih arif tentang kesah Mat Indera membantu kominis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.
Bahkan saya pernah mengikuti kesah ini dari mulut Arwah penghulu Bukit Kepong itu sendiri. Seperti yang kita tonton dalam filem bukit Kepong, Arwah adalah orang pertama bersama orang kampung yang datang cuba membantu tetapi apakan daya gerombolan kominis itu terlalu ramai sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang dan beberapa pucuk raifel sahaja.
Tentang Mat Indera pula, beliau belajar ilmu kebal, tetapi tidak seperti Kiyai Salleh yang menentang kominis yang menganiaya orang kampung ( baca kesah Kiyai Salleh dalam buku Dato Onn ), Mat Indera mahu menggunakannya untuk menentang penjajah British dengan cara keganasan dan oleh kerana ideolojinya tidak mendapat sambutan penduduk kampung yang ketika itu baru bebas dari kekejaman Jepun dan juga Kominis bila Jepun menyerah kalah, beliau beralih arah merapatkan dirinya ke golongan kominis yang ramai berpusat di kawasan hutan segamat, bukit kepong, parit sulong, yong peng dan bakri.
Mat Indera akhirnya menyorok di sabuah bukit di Parit Sulong dan akhirnya ditangkap dengan bantuan rakan seperguruannya di situ.
Mat Indera yang tidak berpelajaran tinggi mahu menjadi hero hingga sanggup bersekongkol dengan kominis yang kejam hanya kerana terlalu rakus akalnya untuk menghalau penjajah pada zaman 1940an
Mat Sabu pula cuba menjadi hero dengan mendampingi DAP yang menjadi pencetus keganasan kaum pada peistiwa 13 Mei 1969 dengan ceramahnya di pentas DAP dan menghalalkan perjuangan kominis hanya untuk mengemis undi penyokong DAP.
Apa kita mahu sejarah diatas berulang kembali
saudara fikir lah sendiri.
Itulah dasar PAS agaknya, TALK FIRST, THINK LATER...
ReplyDeleteAs'kum Dato',
ReplyDelete1. Ingatkan Dato' tak hendak komen fasal penyataan biadab Mat Sabu tu. Saya dah pun buat dua komen di dalam entry Dato' sebelum ni mengenai isu ini. Jadi tak nak kokok tambah lagi.
2. Saya cuma nak tunggu tindakan Kerajaan sahajaa, khususnya Menteri Dalam Negeri, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang selama ini hanya sekadar tunggu dan lihat sahaja mengenai beberapa isu sebelum ini tanpa tindakan.
3. Yang nyata ialah dengan isu terbaru ini orang Melayu akan terus berpecah lagi.
Dan Kajang
Mengenai Mohamad Sabu, inilah
ReplyDeleteharga yang perlu dibayar oleh
seluruh ahli Pas yang telah memilihnya sebagai orang no.2 parti.
Sebenarnya, Mat Sabu bukanlah tokoh yang berkualiti dan sesuai sebagai Timbalan Presiden Pas.
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ
Izinkan,
...
Molek juga rencana ini dibaca selari dengan posting Tun Mahathir "KARPAL DAN MAT SABU pada Sep03 2011.
Kami juga ada membuat komen diruang Chedet..antaranya,(copy & paste)
...
Kami pula berasa tidak perlu disangkal kenyataan pemimpin2 PR tu. Lebih baik disokong dengan dipaparkan di ‘Billboards’ diseluruh negara khas untuk pengikut PAS, DAP dan PKR kata2 Nik Aziz, Mursyidul Am PAS dengan fatwanya mengkafirkan pengundi UMNO/BN dan menyatakan Allah ‘mencarut’, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan pujiannya terhadap komunis, Karpal Singh, Pengerusi DAP dengan ugutannya terhadap hudud, Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dengan simpatinya terhadap Chin Peng.. dan supaya ‘janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya.’
Selepas itu baru didakwa mereka…
Nik Aziz kerana dahwah sonsangnya
Mat Sabu kerana menghina YDP Agung kerana Polis itu DIRAJA
Karpal Singh kerana mencabar hukum Hudud PAS
Anwar Ibrahim pula?..cukup sampai disini.. sayang. Tak dapek nak ditolong dah..
Persoalan nya,
Ado ko ‘Pendekar2′ UMNO atau BN yang berani mengambil tindakan yang dicadangkan?
ADO ko?.. wallahualam
MERDEKA! MERDERKA! MERDEKA!
ALFATIHAH, AMIN
Ps. Kita menjunjung falsafah perjuangan Ayahanda Tun.. kini tiada lagi ejekan kata hina… Melayu bodoh!
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ
Izinkan,
'Headline' Mingguan Malaysia Ahad 04.09.11,6 Syawal 1432...
'Wira Sebenar- Najib singkatkan lawatan kePerth untuk sambut jenazah Noramfaizul'
Belum sempat jenazah arwah diterbangkan pulang dan selamat dikebumikan sudah terdengar Suara sumbang menyalahkan Ketua Misi Kemanusiaan dan menyoal..'Adakah perlu si Azeez dan misi nya ke Somalia?... kenapa tak dihantarkan atau diserahkan saja kepada badan dunia yang bertanggung jawab untuk mengendalinya?'
Si Suara sumbang itu menambah..'ini adalah musibah yang diturunkan Tuhan kerana orang UMNO seperti Abdul Azeez hendak menunjuk2 kerana nak cari populariti'
Si Suara sumbang itu juga lah yang pernah dengan panjang lebar menerangkan kepada kami tentang perubahan dasar perjuangan parti PAS dari negara Islam ke negara kebajikan.. tetapi kenapa ye?.. bila parti lawan buat kebajikan, dia kata orang UMNO nak cari populariti... apa jenis penyokong ni?
Nauzubillah...
'Like father (leader), like son (follower)'
Kami beserta dengan seluruh umat Islam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul dan mendoakan agar rohnya aman dan sempurna beserta dengan mereka(roh) yang soleh..
ALFATIHAH, AMIN.
dato kj
ReplyDeletesaya suka untuk membincangkan apa yang mat sabu utarakan iaitu tunku bukan pejuang kemerdekaan sebenar tetapi orang suruhan british. makna ceritanya apa jua perjanjian untuk kemerdekaan tidak di iktiraf atau dipersetujui mat sabu, hadi, nik aziz dan mereka yang sewaktu dengannya. salah satu perjanjiannya ialah memberi kerakyatan secara otomatik kepada bukan warganegara pada masa itu. saya sangat setuju dengan mat sabu dalam hal ini. elok kita kupas perkara ini dan bawa berbincang dengan mat sabu, guan eng, kit siang, karpal dan mereka yang sewaktu dengannya. oleh kerana mereka nak tokok tambah atau ubah sedikit sebanyak sejarah, baik kita ubah juga sejarah yang ini. lepas ubah kita hantar balik mereka yang dapat kerakyatan otomatik ni.
usabukata
* nota: sekadar pandangan saya
Dato'... Dalam ucapan tersebut, Mat Sabu juga beri pndpat tentang bendera Malaysia dan juga lagu Negaraku.. apa pendapat Dato' dalam soal ini?
ReplyDeleteAbdul Syukur
Orangutan Penang,
ReplyDeleteSaya bawa sembang kita dari artikel sebelumnya, ke sini supaya lebih sesuai rumahnya.
Anda kata, "A PAS HERO WOULD BE AN UMNO VILLAIN BUT A MALAY HERO MUST ALWAYS BE OUR HERO COME WHAT MAY!"
Saya pecahkan komen anda kepada dua bahagian.
"A PAS HERO WOULD BE AN UMNO VILLAIN".
Begitu juga sebaliknya. Maka jika didebatkan tidak akan berakhir.
"MALAY HERO MUST ALWAYS BE OUR HERO COME WHAT MAY!"
Saya setuju 100%.
Pada pandangan saya, pengajian sejarah adalah pengajian tentang peristiwa yang sudah berlaku dan yang disokong oleh bukti.
Kesimpulan dari apa yang terbukti telah berlaku pula dikategorikan sebagai pengajian sosiologi. (Jika saya silap ini, harap betulkan. Namun inilah asas hujah saya berikutnya).
Saya telah menyemak youtube ucapan Mat Sabu dan beliau kekal menggunakan istilah pengganas (dan bukan komunis) untuk merujuk kepada Mat Indera. Ini yang mendorong saya untuk bertanya samada di Tanah Melayu ada kumpulan selain PKM yang mengangkat senjata menentang British.
Secara faktanya, British mengambil melayu bekerja sebagai pegawai (seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn) sebagai ADO malah membuka peluang pendidikan kepada orang melayu seperti MCKK, Penang High School dan Malacca High School.
Selain itu, terdapat juga fakta British menggantung mayat Tok Janggut dengan kaki keatas selama beberapa hari. Selain pembunuhan di Batang Kali dan pengeboman kampung-kampung dalam hutan Perak.
Penjajah British ini perlu dilihat ada hitam, ada putihnya.
Kemudian ada pula peristiwa pembunuhan JWW Birch oleh Dato' Maharajalela.
Saya percaya dalam sejarah British, Dato' Maharajalela direkodkan sebagai pengganas.
Saya juga ada menjumpai fakta terbitan Berita Harian yang menyatakan Mat Indera sebagai guru agama bertauliah dari Sultan Johor. Menjadi ahli KMM yang dibelot oleh Ibrahim Yaakob lalu menjadi penterjemah secara paksa oleh pihak Jepun.
Selepas pengunduran Jepun, parti KMM diharamkan oleh British. Ramai ahli KMM yang dipenjarakan, selainnya melarikan diri, masuk hutan atau guna identiti palsu untuk bekerja di Singapura. Ibrahim Yaakob sendiri lari ke Indonesia dan menjadi penyokong kuat Sukarno.
Tampaknya Mat Indera telah melarikan diri dan bersembunyi didalam hutan. Dari situlah Mat Indera mula mengangkat senjata.
Soalnya, dari titik tolak itu, adakah Mat Indera telah menjadi pengganas atau pengganas komunis?
Untuk rujukan Orangutan Penang, saya tidak menafikan, dalam tempuh serangan keatas rumah pasong Bukit Kepung, terdapat korban dikalangan orang kampung.
p/s KMM (Kesatuan Melayu Muda) ditubuhkan pada 1938 dengan slogan "merdeka". Jelas parti ini dibina atas landasan mengumpulkan anak melayu dengan tujuan untuk menentang penjajahan British.
Fed Up
Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteSaya berpendapat isu sebenar yang hendak dimainkan oleh Mat Sabu ini adalah berkisar kepada penolakan perjuangan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Umno. Dari komen dan reaksi beliau, jelas menunjukkan bahawa beliau cuba dengan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terutama para penyokong Pas sentiasa akan melihat acara sambutan Hari Kemerdekaan sebagai ‘hari kemenangan Umno’.
Maklumlah Pas adalah musuh politik Umno. Mana boleh Pas meraikan ‘hari kemenangan Umno’? Orang putih kata “foul”. Mungkin beliau berfikir bahawa strategi “dichotomy” boleh digunakan iaitu bila orang sudah benci kepada Umno maka orang akan sokong Pas. Itu yang hendak disemai agaknya.
Nama-nama seperti Mat Indera, Tok Janggut, Mat Kilau dsb, hanyalah sebagai samaran hujah beliau sahaja. Kalau tidak digunakan nama-nama tersebut, nanti akan nampak ketara sangat beliau sebagai anti-establishment, jika tidak anti-fakta.
Dikaitkan juga nama-nama tersebut sebagai pejuang asal kemerdekaan sehingga filem Bukit Kepong dan Jins Shamsuddin menjadi mangsa putar belit fakta & kebencian melampau terhadap Umno. Bagaimana dengan filem Pasir Salak? Beliau tak nak komen ke?
Tidak dinafikan bahawa terdapat ramai tokoh-tokoh pejuang menentang penjajah yang tidak didendangkan. Datok-moyang saya di kedua-dua pihak ibu dan bapa juga ada berjuang menentang penjajah. Moyang sebelah mak saya dikatakan terbabit juga dengan peristiwa Pasir Salak manakala sebelah bapa terbabit dengan peristiwa dibunuh Jepun di Melaka. Saya percaya semua pembahas di sini juga akan mengetahui mengenai cerita datok-moyang masing-masing jika salur-galur sejarah keluarga digali.
Dendangkanlah cerita-cerita tersebut. Saya rasa tak menjadi kesalahan terutama apabila kita bercerita kepada generasi anak-cucu kita. Kalau kita tak buat, perjuangan datok-moyang masing-masing akan terkubur begitu sahaja.
Namun, sebesar mana sekalipun hasrat kita mendendangkan cerita sejarah datok-moyang kita termasuk ribuan lagi nama pejuang penentang penjajah seperti mana Mat Sabu ingin lakukan, ianya masih tidak dapat menafikan bahawa Umno merupakan satu badan yang berjaya menuntut Kemerdekaan daripada British secara rasmi. Ini adalah fakta, walaupun berbeza ideology politik atau sangat pahit kita nak telan.
Saya berasa sedih kerana di zaman masyarakat berinformasi berkelajuan tinggi sekarang ini, masih terdapat ramai orang yang mudah dibentuk kefahaman & pendirian mereka berdasarkan kepada konteks fakta yang diputar belitkan. Lagi menyedihkan apabila konteks fakta tersebut diceritakan oleh pemimpin-peminpin yang ‘half past six’. Agaknya memang betullah ungkapan ‘a leader is as good as his followers’.
Azman Mohd Isa
Dato AKJ
ReplyDeleteSaya turunkan catitan Allayarham Ismail Adnan penulis buku Pengukir Nama Johor. semoga rohnya ditempatkan bersama sama dengan orang orang yang beriman.
"Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".
Rujukan :http://www.facebook.com/notes/mohamed-hadi-al-majwi/mat-indera-ialah-pejuang-kemerdekaan/389870107918
Mohon baca juga :
http://isbiha.blogspot.com/search?q=mat+indera
Nampak sangat laa Tok hala-tuju pembangkang kat negara kita ni. Tak ke mana ponn. Kerjanya tahu nak memburukkan orang. Macam ni ke nak jadi pemerintah?
ReplyDeleteKisah Bukit Kepong satu hal. Ni kisah reporter yang ikut misi kemanusiaan di Somalia, yang kebetulan pulak disertai Kelab Putera UMNO pun nak dipusingnya. Katanya lagi, kerajaan tak bekalkan bullet-proof vest dan menghantar rakyat Malaysia untuk 'mati' di sana.
Memang betul-betul tak ada kerja lain.
patutnya kau orang yang buat komen (termasuk akj) lahir sebelum atau selepas perang dunia kedua, setakat tahun 1957.
ReplyDeletebarulah dapat tahu, kedudukan sebenarnya.
siapa pejuang, siapa pengkhianat.
kamu semua hanya tau komen saja, fakta elek.
politik sempit.
pohraahh...
- kj terpinggir.
Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera
ReplyDeleteSaya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Siapa Mat Indera
Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.
Continue your reading
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5201-kerajaan-johor-iktiraf-ketokohan-mat-indera
Mat Sabu ini kurang membaca.Dia cuma banyak mendengar.Sumber untuk telinganya pula hanyalah fakta untung politik semata.PAS tak hilang sokongan .Cuma nampak sangat susah payah dan kerja kuat Mat Sabu memutarbelitkan fakta sejarah ibarat cuba menolak sebuah gunung yang sedia ada.Itulah usaha keras Mat Sabu.Mat sabu lepas geram lah agaknya.Lagi pun Mat Sabu cakap bukan rujuk pada pakar sejarah pun.Kalau rujuk nanti UMNO yang dapat nama.Hati kecil Mat Sabu tak jujur dan ikhlas.Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Parti Islam kena cakap yang benar dan fakta.Bukan macam orang jual ubat dalam pekan sahaja.PAS pun ada sumbangan pada negara.UMNO pun ada sumbangan pada negara.Mat Sabu bukan pemimpin rasional dalam politik.Dia cuma RAMBO POLITIK.Apa kah kerana berlainan parti maka kita wajib menafikan walaupun ada kebaikan yang dibuat.PAS akan dilihat sebagai Parti cari makan dan cari kuasa.Ternyata kalau begini punya telatah Mat Sabu bererti PAS masih teraba-raba hala tuju masa depan nya.Dengan sedikit kuasa yang ada setakat kini PAS bimbang takut hilang kuasa dan pangkat .Salah kah atau rugi kah kalau PAS kembali dengan imej asalnya drp imej yang longgar.PAS kena jadi pembangkang yang smart dan kental.Bukan jadi pembangkang yang macam hilang akal.Ternyata PAS sedang mengorak langkah sumbang nya seterusnya.
ReplyDeleteassalamualaikum WBT DAKJ,
ReplyDeleteItulah politik orang Melayu... menggadai maruah bangsa dan menonjolkan sentengnya akal pemimpin Melayu.
Sebaliknya, Karpal Singh sebagai pemimpin bukan Melayu bukan sahaja dengan pantasnya membetulkan fakta, malah mewujudkan satu persepsi di peringkat nasional bahawa pemimpin bukan Melayu mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding pemimpin Melayu. Always serampang dua mata, sambil menyelam sambil minum air.
Perkara ini juga membenarkan lagi pandangan saya yang tidak terlibat dengan politik secara langsung bahawa di dalam Pakatan Rakyat, DAPlah yang memimpin dan PAS hanyalah gurkha manakala PKR adalah boneka.
Wallahualam.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin
Dpd: Pak Hj JB
ReplyDeleteSalam Dato',
Benar sekali spt yg sering kita dengar bahawa "sejarah" ditulis atau dinaratifkan oleh orang yg menang (yg hidup). Kini UMNO yg menang maka sejarah kita ditulis ikut perspektif UMNO. Akan datang jika Pakatan yg menang maka sejarah akan ditulis ikut perspektif mereka.
Saya belajar subjek sejarah setakat SRP saja. Maklum saja pada zaman itu, bila masuk aliran sains kita tak ambil sejarah, malahan tak ambil pun pengajian islam masa SPM. Bila masuk UKM kena ambil subjek Kenegaraan Malaysia, antara komponennya ialah Sejarah Malaysia. Pensyarahnya Zainal Abidin Wahid. Itulah pertama kali saya dengar istilah jus soli dan istilah under duress. Itulah juga pertama kali saya faham bahawa antara penentang British abad ke-20 ialah API, KMM, AWAS dgn nama-nama spt Ibrahim Yaakob, Ishak Mohamad, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh dll mendahului PEKEMBAR dan nama Tunku Abd Rahman. Nama-nama pejuang itu kini bagaikan tenggelam malahan setengahnya terus dilabelkan pengganas. Sebagaimana tegurisnya hati keluarga polis Bkt Kepung dengan kenyataan Mat Sabu maka begitu juga tergurisnya hati kaum keluarga Shamsiah, sekadar menyebut satu nama, dengan label pengganas yg kita berikan padanya dalam buku sejarah. Perbincangan atau polemik ini akan berterusan kerana memang sentiasa wujud lebih dari satu perspektif dalam banyak event yg melibatkan manusia didunia ini.
Di Libya akan wujud usaha menulis semula sejarah negara itu dengan melabelkan Gadaffi sebagai diktator atau pun pengganas walaupun dalam masa empat dekad sebelum ini nama itu, dalam buku-buku sejarah di Libya, adalah dewa penyelamat Libya. Di Singapura sejarah sedang ditulis semula untuk menengelamkan nama Sang Nila Utama tetapi menonjolkan penemuan pecahan tembikar Cina yg berusia 800 tahun di situ. Demikian adanya...
Mat Sabu memang seorang ahli politik. Dia mahukan publisiti. Media massa juga main politik. Mat Sabu mungkin gopoh, tersasul, celupar, tak sensitif atau salah fakta tetapi saya tidak fikir semua poinnya salah.
Pak HJ JB
Polis dan tentera semasa pentadbiran Inggeris adalan Polis dan Tentera Inggeris tak kiralah siapa anggotanya melayu, cina atau india.Oleh kerana mereka polis dan tentera inggeris tentulah kesetiaan mereka kepada ratu inggeris. Jadi adalah adalah sukar bagi kita untuk mengatakan mereka itu pejuang kemerdekaan.Tentulah tidak mungkin polis dan askar yang dibayar gaji oleh Inggeris ditubuhkan untuk menentang inggeris.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteSaya memang beranggapan bahawa "PAS" adelah sebuah parti politik tin kosong saje.(kalau di ketuk tin itu memang akan mengeluarkan bunyi yang nyaring tetapi amat membingitkan teling,dan akan membuatkan sesiape yang mendengarnya akan melarikan diri jauh jauh).
Dalam kiriman pak Kadir yang lepas saye mengulas bahawa pemimpin Pas tidak punya hala tuju yang jelas, mereka hanya sekadar menjadi pak turut saje tanpa dapat memberi cadangan bernas.
Ulasan saye menjadikan ramai dari pengikut totok Pas marah.Mereka mengangan angankan Pas boleh memerintah dan mereka merasekan bahawa rakyat Malaysia perlu memberi Pas peluang itu,tanpa perlu berfikir panjang.
Sedangkan rakan kongsi mereka sendiri merase mual dengan ape yang telah dinyanyikan oleh pemimpin Pas,kenape begitu jadinya?(mungkin kerana nyanyian itu amat sumbang sehinggakan boleh menjadikan orang yang mendengarnya menjadi tuli dan tak akan dapat mendengar lagi ape yang akan diperkatakan kemudian nanti).
Pendapat saye bahawa Pas perlu muhasabah diri dan membuat ketetapan bahawa belum tiba masenya lagi untuk menjadi pemerintah.
Pas bukanlah sebuah parti politik yang boleh diharapkan untuk membela nasib anak cucu cicit kita.
wallahualam.
Dato'
ReplyDeleteSaya mulakan dengan catatan pendek untuk dijawap bersama:
Tan Sri Abdullah Ahmad ,Dato Abdullah Majid(Allahyarham) dan Tan Sri Abdul Samad Ismail(Allahyarham) pernah ditahan dibawa ISA atas tuduhan subversif dan komunis dizaman Tun Hussain Onn.
Di zaman Tun Mahadir TS Abdullah Ahmad menjadi wakil Malaysia ke PBB.
Seorang yang pernah dilibatkan sebagai subversif dan komunis diangkat kejawatan yang amat mustahak.
Adakah betul mereka bertiga komunis( amat merbahaya yang terpaksa di ISA kan),atau ianya mainan politik seperti mainan politik yang berlaku sekarang.
2x5
Dato',
ReplyDeleteKita yang berfikiran waras jangan cepat melatah. Peristiwa Bukit Kepong berlaku sebelum merdeka dimana kita masih dibawah British. Jadi kesemua mereka yang terbunuh bertahan kerana Tanah Melayu atau British, dan Mat Indera menyerang kepentingan siapa.Kita tahu sejarah yang kita belajar disekolah asalnya ditulis olih org British. Sudah tentu banyak fakta-fakta yang disembunyikan.Contoh,pembunuhan JWW Birch adatak disebut salah satu sebab kerana dia mengganggu anak isteri orang. Maka British melabel-kan Mat Indra sebagai pengkhianat sedangkan Kerajaan Johor menyatakan beliau (guru agama sebelum menjadi komunis) sebagai pejuang. Bagi mereka2 yang menentang komunis selepas merdeka, tentu sekali komunis itu pengkhianat. Jadi mereka2 yang terkorban itu berjuang untuk Tanah Melayu, bukan untuk British. Bagi saya komunis (Mat Indera) sebelum merdeka adalah pejuang kerana mereka sama2 berjuang menghalau British tapi komunis selepas merdeka adalah pengkhianat. Akhir kalam saya serah pada pembaca/pembahas untuk menilai.
Has, Putrajaya.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMat Sabu cakap dah meghaban-ghaban. Tak ada substance. Itulah qualiti "istimewa" seorang Timbalan Presiden yang sungguh "menakjubkan".
ReplyDeleteDon
Salam Datuk,
ReplyDelete1.Salam Idilfitri kepada Datuk dan kepada semua pembahas, pembaca, pelawat beragama Islam sekelian.
2.Paling tepat, menikam melayu dari belakang!
3.Sejarah bangsa melayu dan Tanah Melayu pun sanggup hendak di padam dan di tulis semula. Dasar melayu BODOH SOMBONG. Ingat kan melayu semakin bijak dan terdidik dalam ilmu dan agama nya....Rupa-rupa nya masih bertelanjang dan bercawat seperti di gelarkan dalam bias sejarah penjajahan !
4.Ada kah sejarah zalim komunis hanya dongengan? Bintang tiga dan penjajah British juga dongengan? Zaman Jepun juga dongengan? Tanya lah kepada tokoh-tokoh, pejuang-pejuang dan pewaris kita yang derita sengsara nestapa dalam mendapatkan kebebasan untuk bangsa-bangsa melayu ! Tanya apa itu ubi kayu ?
4.Bila yang haram selalu di halalkan, di olah mengikut padanan, maka kebenaran dalam Islam di perdagangkan. Melayu bodoh ini tetap teruja memakan daging saudara-saudara nya. Ada kah ini kemuliaan orang-orang Islam ? Musuh-musuh Islam bertambah mudah urusan nya.
5.Celik tapi buta kedua-dua panca idera nya, bangga pula mendabik dada keujuban.
6.Saya mohon Datuk ceritakan semula zaman di mana Datuk dan ahli-ahli keluarga pernah mengalami peristiwa pahit ini dengan lebih terang dan jelas sebagai peringatan. Orang melayu sudah di jemput secara terhormat oleh bangsa nya sendiri (tidak lagi di halau cara kekerasan oleh komunis moden) membina rumah-rumah dalam hutan, di atas pokok-pokok kayu.....
(ingat lagi terma kata-kata ini dari siapa?)
mus
ReplyDelete1.Penjajah barat menjajah negara hampir 500 tahun, bunuh orang islam,siksa, penjara, buang negara,undang2 islam dihapuskan, pandai2 bahagi2kan tanah, ambik hasil dan menjajah pemikiran juga..memang komunis zalim tapi tolong sebutkan juga kezaliman inggeris yang jauh lebih zalim.
2.Perlu mengambil kira dari sudut zaman penjajah dalam menafsir sejarah... betul komunis bertindak kejam tetapi polis ketika itu mempertahankan kedudukan penjajah inggeris...polis juga membunuh & menangkap melayu muslim yang tak selari dengan inggeris...
3.Dalam sidang media, mat sabu telah menjelaskan pendapatnya dengan adil, pandangannya terhadap pihak polis, keperluan tonjolkan pejuang-pejuang kemerdekaan yang tidask hanya dimonopoli golongan tertentu dan tidak pula menolak pejuang yang sedia ada...
4. yang menentang hukum islam bukan karpal sahaja tetapi juga oleh umno sejak merdeka lagi sebab itu dato' onn fitnah ustaz abu bakar al baqir lebih bahaya dari komunis...hinaan terhadap hukum allah sangat teruk pd 70 an & 80 an.. tak caya cuba laa tengok semula ucapan mereka ketika itu...
5.Penjajah barat hapis sama je modus operandi penjajahannya..Kat negara lain yang dijajah pun sama,bunuh orang yg tentang, suka2 bahagi2kan tanah/negeri, buang negara,asuh golongan sama pemikiran dengan penjajah, jayakan fitnah bhw org yg menentang penjajah itu pengganas dan pertahan penjajah itu hero..macam sekarang juga..
5. Alaaa..datok A Kadir Jasin pun tau...
Assalamu'alaikum Dato'
ReplyDeleteBegitulah hakikatnya ahli politik, tidak kira dari sebelah mana mereka berpihak. Demi meraih sokongan dan undi, tanpa mereka sedari percakapan dan perbuatan mereka boleh menyinggung hati sesetengah manusia lain. Perkara sebegini bukan setakat berlaku di negara kita malah, ahli-ahli politik di negara-negara lain juga sebegitu. Saya tidak hairan jika ungkapan-ungkapan yang tidak wajar diucap oleh ahli politik negara Barat. Mereka berlainan budaya. Yang sensitif bagi kita orang Timur terutama sekali orang Melayu, pada mereka tidak mengapa dipertuturkan malah dibahaskan. Lain padang, lainlah belalangnya.
Namun begitu, apa yang buat saya sedikit kagum dengan ahli politik Barat ialah mereka tidak merasa kekok untuk memohon maaf sekiranya ucapan dan perbuatan mereka didapati menyinggung perasaan sesetengah pihak. Ada juga segelintir dari mereka yang keras kepala dan tidak mahu memohon maaf serta berselindung di sebalik tradisi kebebasan bersuara mereka. Bagi mereka yang sedia memohon maaf ini akan berusaha sedaya upaya agar pengundi atau bakal pengundi mereka melihat kenyataan atau perbuatan mereka dilihat sebagai kesilapan manusia biasa. Setelah mereka memohon maaf secara rasmi melalui media, mereka terus berusaha untuk merapatkan diri mereka dengan pihak-pihak yang telah mereka singgung. Walaupun dilihat seperti hipokrit tetapi sekurang-kurangya ia "nampak beradab".
Jarang sekali kita dapat mendengar ucapan maaf dari mulut ahli-ahli politik di negara kita ini setelah mereka menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya mereka lebih suka menuding jari kepada pihak lain terutamanya pihak media dengan mengatakan bahawa ucapan mereka ini telah "disalahtafsir" ataupun terdapat "konspirasi jahat" untuk menjatuhkan mereka. Ahli-ahli politik di negara kita mempunyai ego yang paling besar yang pernah saya lihat, tidak kira samada mereka berserban, bersongkok mahupun berkot dan bertali leher. Itulah ahli-ahli politik kita!
Kita sebagai orang Timur apatah lagi orang Melayu dikenali sebagai bangsa yang bersopan santun, penuh budi pekertinya. Kita diajar dari kecil lagi agar sentiasa berhati-hati dalam pertuturan dan perbuatan. Ungkapan "rambut sama hitam, hati lain" itu sudah cukup menggambarkan budaya kita mengakui adanya kepelbagaian di antara kita. Namun, itu bukanlah lesen bagi kita melontarkan ungkapan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain. Budaya kita juga yang mengajar tentang "buang yang keruh, ambil yang jernih" pada pendapat saya mengajar kita tentang kemaafan. Saya berharap ahli-ahli politik kita dapat menjadikan asas-asas budaya ketimuran kita ini sebagai kod-kod etika karier mereka. Janganlah segan-silu untuk memohon maaf sekiranya kesilapan dilakukan. Tunjukkan kepada rakyat bahawa ahli politik juga manusia biasa, bukan "anugerah Tuhan". Manusia terakhir yang dilindungi dari kesilapan telah meninggalkan kita kira-kira 1500 tahun dahulu.
Salam Dato'
ReplyDeleteSaya rasa ada baiknya kita buka ruang perbincangan mengenai apa apa perbezaan pendapat kepada orang orang yang ahli dan di waktu yang sesuai, secara ilmiah dan berhemah.
Malangnya pada pandangan pemimpin yang dipilih PAS ini tidak boleh dimasukkan sebagai ahli, atau berilmu dalam Sejarah, atau berhemah. Elok kita semua jangan buang masa dengan orang macam ni. Negara dan rakyat perlu menumpukan tenaga kita kepada perkara perkara yang lebih mustahak -- penguasaan Bahasa Inggeris, tahap Sains dan Matematik di Malaysia berbanding Negara Maju lain, tahap kompetitive Negara untuk menuju Visi 2020....
Emak saya adalah anak bekas polis yang pernah tinggal di Balai Polis Bukit Kepong. Dia dan arwah Atok saya selalu menceritakan dengan terperinci keaadaan kehidupan anggota dan keluarga Polis dan kehidupan sekitar zaman Komunis merusuh, membunuh orang orang kampung. Emak saya bernasib baik keran keluarga beliau pindah ke Balai Polis Lenga seminggu sebelum kejadian. Tapi emak saya kenal dan ingat pegawai pegawai Polis dan keluarga mereka yang terbunuh. Malah mak saya boleh menceritakan dengan 'vivid' keadaan tempat selamat yang anak-anak Polis berlindung semasa serangan. Atok saya adalah antara Anggota Keselamatan yang pertama tiba ke Balai Polis Bukit Kepong masih terbakar.
Keluarga ini tak akan boleh di persendakan oleh orang macam Mat Sabu. Atok saya adalah sepupu Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara yang mati dibunuh pengganas. Seorang lagi sepupu mereka 'survived death railway in Burma', balik dan berkhidmat sebagai Pegawai Polis di kawasan-kawasan hitam sempadan Siam. Kami tinggak di kawasan sempadan yang sentiasa tertedah kepada ancaman ganas Komunis dalam tahun tahun 60an dan 70an. Kami rasa keadaan 'curfew' yang berpanjangan. Betapa susah orang kampung di kawasan Kroh dan Baling nak cari makan pada masa tu. Jadi kami tahu erti keamanan dan nilai keamanan. Mat Sabu boleh teruskan dengan cara dia... Kita patut tutup telinga saja dengan orang macam ni. Buat habis masa.
Sayang Malaysia
MOHAMAD SABU DAN KOMUNIS
ReplyDeleteDato',
Isu ini memaparkan dua fokas utama ia itu PAS dan komunis. Kalau yang bercakap itu Muhyidin Yasin atau MB Johor atau pemimpin umno,sudah pasti isu ini tidak dibesarkan seperti sekarang ini. Sedar ke kita sebenarnya kita yang tak faham sejarah, jangan ikut penulisannya.
Kita mesti faham waktu kejadian Bkt Kepong samada sebelum atau selepas merdeka. Zaman Inggeris tentu sekali Mat Indera dicop pengkhianat dan bagi org yg benci Inggeris dia dianggap hero. Nampaknya umno dan medianya mahu kaitkan PAS dan komunis. Tapi rakyat tetap waras kecuali mereka yang buta. Wallahu a'lam.
Hassan PJ
Dato..
ReplyDeleteManusia ini Dato dia ada dua tiga benda buta:
1.BUTA SEJARAH.
2.BUTA MATA.
3.BUTA HATI.
4.BUTA PERUT.
5.BUTA KAYU.
Ramai manusia termasuk cerdik pandai celik tapi buta.
Terima kasih.Salam aidil fitri.
Dato’-Selamat Hari Raya dan Selamat Berpuasa Nam
ReplyDeletePertempuran di Bukit Kepong adalah fakta sejarah.Satu pihak menyerang dan satu pihak lagi mempertahankannya.Itu juga fakta sejarah.
Dato Abdul Kadir Jasin adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Strait Time Sdn Berhad,penulis undangan Malaysian Business,penulis beberapa buku utama dan kini adalah seorang blogger.Itu adalah fakta.
Selain daripada fakta itu,ia merupakan persepsi sahaja.Samada Mat Indera seorang wira atau penganas,ianya merupakan satu persepsi.Samada juga dengan DAKJ,samada dulunya ia seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim atau kini penyokong Tun Mahadhir juga satu persepsi(jangan marah Dato'-persepsi).Samada apa yang kini ditulis olih DAKJ sekarang tidak memihak juga satu persepsi .Dan penilaian melalui persepsi tidak semestinya benar.
Persepsi ujud kerana ada pandangan dan pendapat yang berlainan.Kesepakatan majoriti membuat persepsi, tidak semesti benar kerana kadang kadang ujud suasana mempengaruh.Hanya UMNO lah satu satu nya parti yang bolih membela orang Melayu,satu persepsi yang diterima satu ketika dulu,tetapi kini tidak begitu.Dan PAS dilihat sebagai alternatif. Jesteru mereka yang awalnya mencanangkan UMNO lah segalanya akan terus dengan pelbagai justikasi bagi penolakan hujah bahawa PAS bolih menjadi alternatif.Dcari pelabagai sebab untuk mengesahkan bahawa apa yang dikatakannya benar walaupun ia mungkin telah tidak benar lagi hasil pendedahan temberang lama yang bolih didapati melalui maklumat dunia siber.Setengah maklumat mungkin tiada disini tapi tersimpan rapi di negera lain,negara pencipta fakta sejarah.Namun kerana mahu menyembunyikan fakta kerana ia tidak memihak padanya,maklumat itu dipendamkan sahaja.
Karpal Singh meminta Mat Sabu menarik balik kenyataannya.Satu permintaan yang amat disukai olih mereka yang tegas menyatakan apa yang diperkatakan oilh Mat Sabu sebagai satu penghinaan pada pejuang Melayu.Apabila rakan Mat Sabu dalam Pakatan bersuara,satu andaian baru muncul bagi mereka yang gemar membuat andaian,Bukan salah mereka kerana membuat andaian,tetapi kerana hasil pemerhatian apa yang ditulis sebelum ini ,belum tentu benar.Ada yang ditokok tambah dan ada yang dihapuskan dari apa yang ada.Contoh terakhir adalah INTERLOK,walaupun ia bukan fakta sejarah,tetapi satu nukilan pengarang ,ianya ndikelam kalibutkan demi memastikan memuaskan hati demi persepsi.
Apakah andaian baru bila Karpal bersuara?.Fakta sejarah mengesahkan ramai Benggali Singh dibawa masuk untuk berkerja dengan British.Mungkinkah ada Benggali Singh terlibat dalam peristiwa Bukit Kepong cumanya ia tidak tercatit sebagai fakta kerana sebab yang dihuraikan sebelum ini iaitu manupulasi sejarah.Jika andaian ini benar,mungkin Karpal pun mahu Benggali Singh yang terlibat juga dipanggil wira.
Dato’
Sebelum Mat Sabu berkata seperti apa yang dikatakan itu(dah berbelas tahun Mat Sabu bercakap macam tu)saya sendiri mempunyai tanggapan yang sama walaupun saya diwaktu itu penyokong kuat UMNO-Tun Daim di Merbok dan menentangnya pula selepas itu.Cuma yang berbedanya saya mempercayai semua mereka yang berjuang menentang British bagi menuntut kemerdekaan adalah PEJUANG,Kiri atau kanan semua pejuang.Penganas?.Ianya hanya label yang diletakan olih British dan dilanjutkan pula olih BN selepas itu(saya tak sebut Perikatan kerana zaman Tunku,apa yang dilakukan olih British tidak dilakukan dengan sewenang wenangnya olih Tunku-itu juga persepsi,persepsi saya).Contoh yang pernah saya berikan ialah KISAH TIGA ABDUL-Abdullah Ahmad,Abdullah Majid,A Samad Ismai
Dato’
Vietcong dikatakan penganas sewaktu Amerika menyerang Vietnam,tetapi kini ia hero banyak negaranya.Di Iraq,senjata kimia ujud waktu sebagai penyebab US bersama NATO menyerangnya dan kini disahkan tiada sbarang senjata nueklar sewaktu serangan dilakukan.Itulah politik yang memungin semua yang tiada boli diadakan dan yang ada ditiadakan.
Dato'-Selamat Berpuasa Nam dan slamat hadir kenduri kahwin yang begitu banyak sekarang ,begitu juga Rumah Terbuka yang tidak terbuka.
Selamat Hari Raya Datuk....
ReplyDeletePada saya Datuk, segala apa jua pertelingkahan antara kita adalah kerja halus Syaitan dan kuncu-kuncu Dajjal.
Tidak ada cara lain untuk menundukkan agenda besar ini kecuali kita semua kembali dan melaksanakan syariat Islam sepenuhnya...sekarang bukan nanti!
Dan siapalah Karpal ataupun Kit Siang untuk menghalang ketentuan ini bila tiba masanya.
kalau kita tak suka orang lain pertikaikan kepercayaan sejarah kita, mengapa dibuka topik ini untuk didebatkan.
ReplyDeletebila didebatkan memang akan keluarlah berbagai macam fakta yang selama ini disembunyikan. awak sendiri pun tak dapat nak menjawabnya.
orang yang rajin membaca dan mengkaji memang dah lama tahu pokok perkara cerita sebenar. tapi orang melayu kan malas membaca dan malas mengkaji. orang melayu hanya rajin nak jadi kaya, nak jadi kaya, dan nak jadi kaya.
taiping.
dato'
ReplyDeleteMkin sejarah kita akan ditulis semula jka ditakdirkan PAKATAN mmerintah nanti .....
PR 168
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Tajuk yang dibincang ini hangat tetapi tidak memberi faedah kepada kemajuan kita dalam dunia yang mencabar ini.Ia hanya membawa rasa kesal kepada keluarga mereka yang terkorban semasa bertugas dengan Kerajaan semasa darurat atau kepada keluarga mereka yang masuk hutan kerana percayaakan diri mereka berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah (mereka yang bukannya dalam lengkongan pengganas komunis)merasakan sumbangan mereka tidak dihargai.Biarlah ini menjadi bahan kajian ahli sejarah dan tidak dipolitikkan. Kepada Pemuda UMNO yang ingin menjelajah negara berdebat perkara ini saya cadangkan berhati-hati kerana takut terbalik court.
Kepada sesiapa yang mejadi pemimpin utama adalah diingatkan supaya berpegang kepada konsep "Jika tiada perkara baik yang hendak dicakapkan adalah lebih baik berdiam." Mereka perlu ingat bahawa mereka sentiasa dipantau dan sebarang salah laku bukan sahaja memudaratkan diri mereka tetapi juga organisasi yang mereka terajui.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
datu kj
ReplyDeletedatuk nampak makin merapu terjena penyakit old age syndrom kot.masing2 boleh memliki pendapat sendiri tatepi fakta sejarah tak berubah benda dah berlaku.nak tafsir sejarah tadfsirlah kut mana pun ,tapi dia tidak mengubah sejarah sebenar.kalau datuk jujur dan faham, betulkah hanya umno yang perjuang kemerdekaan .hanya razak mahathi, husin onn saja yang angkat senjata menentang british.boleh tak datuk cerita bila dan dimana askar melayu pernah bertempur dengan askar british.berapa orang mati.yang disebut dalam tv umno menentang malayan union.pa bendayang ditentang tu,betoike umno menentang malayan union dan banyak tu ajekah umno berjuang untuk merdeka.saya banyak membaca buku sejarah,dan sejarah kita amat banyak menyeleweng .umno tak ada kena mengena dengan sejarah kemerdekaan tanah melayu.umno hanya tempelan dan dalam kategori hal-hal lain aje.
sekian.
mzmy
Dato,
ReplyDeleteApa makna `berbeza pendapat'.
Kalau dalam Islam, perbezaan pendapat pada perkara2 yg bukan aqidah dibenarkan oleh syariat bahkan disebutsebagai rahmat.
Dalam negara kita ada nama jalan dulu `JWWW Birch' dan jalan `Maharahalela'. Sape yg hero dan sape yg jahat di sini?
ASlkum DAKJ
ReplyDeleteKan lebih baik perkara kenyataan Mat Sabu di bahas dlm forum2 terbuka oleh pakar2 sejarah minus professor kangkung spt Ramlah Adam(yg terpalit dgn isu plagiat tapi terlepas sebab terkenal dgn penyokong UMNOBN no wahid).
Janganlah asalkan komen yg dtg dr pemimpin pembangkang terus dihantam.
Takut dosa kering tak pasal2.
Salam Dakj
ReplyDeleteJika benar keceloparan percakapan dan kedangkalan pemikiran seperti inilah (Mohamad Sabu dilaporkan dengan meluas sebagai berkata, antara lain, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong dan membunuh 25 orang anggota polis dan ahli keluarga mereka pada tahun 1950 adalah perwira sebenar “kerana mereka berperang melawan British”)
yang akan mensabotaj usaha Pas menjadi parti arus perdana yang disokong oleh majoriti orang Islam/Melayu dan disenangi oleh orang bukan Melayu/bukan Islam seperti yang Dato' andaikan itu, UMNO kena banyak berterima kasih kepada Mohamad Sabu kerana keberaniannya menimbulkan isu nasional baru ini yang dapat menutup rapat isu kenaikan harga barang awal sebelum dan semasa sambutan Hari Raya.
Salam Dato'
ReplyDeleteKalau betullah puak PKM naungan Parti Komunis Mao Tze Tung ni lah yg konon hero pejuang sebenar kebebasan negara, kenapa masih buat sabotaj & buat kacau bilau sampai 32 tahun lepas negara merdeka?? (sehingga tamat 1989 Rundingan Baling.)
Bom jambatan, bangunan dan landasan..ekonomi negara jadi taruhan, berapa ratus juta habis wang rakyat & negara dibazirkan?? Terencat 3 dekad negara punya pembangunan..USA masa tu pun dah sampai ke bulan, ni betul pejuang ka ataupun setan hutan? Main sondol saja ka macam babi hutan..
Org tak peduli apa pun ideologi janji negara aman dan cukup makan.
Bencikan jin (kapitalis) pun bukan alasan untuk berkawan dgn iblis syaitan (komunis).. dua2 memang bukannya kawan.. jgn perasan diri masing2 jaguh handalan.
Inikah juara merdeka?? ka tembolok nak buat pemerintahan proksi Cina semata-mata? Ka tak puas hati pasal Melayu bersatu di bawah Sultan & Raja sampai Malayan Union tak boleh laksana??
Realitinya sejarah bercerita.. bukan hanya hafalan rentetan fakta-fakta..untuk sajian minda yg perlu dicerna..jauh lebih dari hanya kata-kata.
wasalam
("/)
Tok Kadir,
ReplyDelete1. Saya ambil maklum percubaan Tok nak cerdikkan debat Mat Sabu ni, tapi futile Tok. Tak ada guna sikit pun.
2. Mat Sabu bila pula dia tak merapu. Itulah kerja dia. Dia la Mursyid-ul-merapu Pas. Kami Kamjat-kamjat Penang tau la Tok. Dia budak Penang. Mengaji pun tak tinggi.
3. Dia tak tahu apa apa pun pasai sejarah. mana dia pernah dengar Kiai Mohd Salleh batu Pahat lawan Cina Kominis lepas parang dunia Tok.
4. Dia bukan Cheah Boon Kheng Tok atau Khoo kay Kim. Dia adalah Mat Sabu. Ada satu saja Mat Sabu dalam Malaysia ni Tok. Tu lah Mat Sabu yang baru ini dipilih jadi timb presiden Parti Aslam Semalaysia (Pas).
5. Tok, tok sah dok habis masa bahas pasai Mat Sabu Tok. Tak boleh menang punya pasai merapu dia nombor satu. Tapi geng fanatik Pas tetap ikut buntut dia.
Kamjat Penang
Mat Sabu ni pass sekolah mana Datuk?
ReplyDeleteDia ni patut jadi pelakon komedi macam Mat Sentul.
Terfikir juga kalau Mat Sentul jadi Timbalan Presiden sebuah parti politik. Pengikutnya mungkin nak tiru macam Mat Sentul belakon. Dia akan tiru mimik dan dialog Mat Sentul.
Inilah bahana pemimpin yang mirip macam Mat Sentul. Apa depa cakap memang kelekar tapi HP6! Tak masuk akal!
Markona
Isu Bukit Kepong: PAS sedia debat dengan Umno
ReplyDeleteSeptember 04, 2011KUALA LUMPUR, 4 Sept — PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad Sabu.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.
“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.
“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban menentang penjajah berasa dukacita apabila dilabelkan sebagai komunis.
Terus membaca....
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-bukit-kepong-pas-sedia-debat-dengan-umno/
PASTI TIADA JAWAPAN DARI UMNO DAN UTUSAN AKAN CARI ISU LAIN PULA?
Saya cuba nak berjinak dengan PAS tapi bila Mat Sabu dan pemimpin PAS yang lain dah bersekongkol dengan DAP & PKR dan mengeluarkan macam-macam statement yang bercelaru dan mengelirukan saya dah tawar hati. Terang-terang prinsip PAS dah lari dari perjuangan. Perjuangan PAS dah mengarut!! Tak ada hujung pangkalnya. Saya dah nampak pemimpin PAS memang kejar kuasa dengan apa cara pun sampai sanggup melupakan perjuangan asas untuk membentuk negara Islam. Sekarang dah tukar strategi untuk membentuk negara kebajikan. Negara kebajikan dah lama terbentuk oleh BN. Ini tidak boleh dinafikan. Perjuangan PAS dah tempang!!Mana Islamnya? Mana hududnya? Mana sharianya? Yang tinggal hanya kopiah dan kain pelikat untuk dijaja oleh pemimpin PAS.Adakah hanya itu sahaja perjuangan Islam? Perjuangan PAS tentang Islam dah jadi samar-samar semata-mata nak sedapkan hati DAP. Nampak gayanya PAS terpaksa bermanja dengan kehendak DAP demi untuk hendak mendapat sokongan dari orang Cina. Dah merepek-repek!! Timbalan Presiden cakap pun dah karut-mengarut!
ReplyDeleteMarkona
Mat Indra mcm mat sabu jugak.. berkepalakan orang kafir.. mat sabu melalui bersih Ambiga dan DAP.
ReplyDeleteLepas mat sabu tulis balik sejarah, chen peng kepala komunis dipanggil semula balik ke Tanah Melayu,diberi kerakyatan secara auto..wujudlah Malaysian Malaysia tajaan DAP.
Maka jadilah seperti saudara kita cakap di atas, wujud kekesalan masyarakat Eropah, tanah Palestin diberi kepada Yahudi dan Zionis. Laga-lagakan raja raja arab.. maka wujudlah negara Yahudi.
Aakhirnya, palestin semakin mengecil dan menjadi pelarian di bumi sendiri.
Tok Si
Sdr hairulfitri
ReplyDeleteMacam mana nak bahas hairul kalau takrif dan kriteria bagi rakyat yang memperjuangkan kemedekaan daripada penjajahnya satu pihak kata kena lawan dengan cara angkat senjata dan satu pihak lagi cukup dengan rundingan meja bulat. Apatah lagi disokong dengan hujah yang mengatakan penjajah Inggeris banyak lebih baik dariapda penjajah Belanda di Indonesia.
Tok Kadiaq,
ReplyDeleteKalu nak sangat jadi hero untuk melayu ka..Islam kaa,Mat Sabu tak payah nak korek cerita zaman tok kadok.
DAP TU LEBIH TEROK DARI PENJAJAH DIA TAK SEDAQ TOK!MALAH DIA LAH TALI BARUT PEMUSNAH AGAMA BANGSA DAN NEGARA.
Exco kerajaan Pulau Pinang terdiri dari 8 Cina, 2 Melayu/Islam dan 1 India.Mana wakil PAS?Apa yang Mat Sabu mampu buat hanya lah pi salahguna duit PBA.
Kesian tengok orang PAS kena kencin dengan pemimpin depa.Penjajah pun kurang kurang angkat polis sebagai hero.
DAP siap peleceh Pas depa tak sedaq, Pengerusi dia siap kata Timbalan Presiden PAS "bukan saja tidak benar malah tidak bijak dan perlu tarik balik dakwaan"
PENDEK KATA DIA TUDUH MAT SABU BODO DAN PENIPU!KUMAN DI BUKIT KEPONG DI TAHUN 50 DIA NAMPAK,GAJAH DEPAN MATA BUAT BUAT TAK NAMPAK..PIIIIRAAAAAH!SAPA SAPA NAK TERJUN DALAM LUBANG TAIK...SILAKAN
TK
http://pasmerbok.blogspot.com/2011/09/transkrip-ceramah-hj-mohamad-sabu-di.html
ReplyDeleteYang Berbahgia Dato'
bukan tujuan promote tapi untuk mengetahui apa yang sebenarnya yang diucapkan olih Mat Sabu.
Ada masa bacalah dan cari u-tube untuk sahkan.Ini zaman serba cepat,maklumat dihujung jari.
Kalau nak komen lakukan lah komen yang adil ,tapi kalau nak hantam juga,hantamlah tapi berdasarkan apa yang diucapkan bukan apa yang ditulis olih pihak ketiga.
Sekian terim kasih
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeletejohan 5150:
Kite bercakap biarlah ade fakta ditangan, jangan suke membuat tuduhan melulu tanpa fakta itu fitnah namenya. Saye cabar saudara untuk membuat laporan polis supaya satu sisatan dibuat, dan saudara haruslah bertanggungjawab diatas laporan tersebut.(jangan suke "baling batu sembunyi tangan")itu kerja orang pengecut.
Pejam mata dengan sejarah, sama macam pejam mata dengan akar kita. Dalam mencari akar, tentu ada yang manis, ada yang pahit. Manis atau pahit, ia tetap akar kita. Maka kita kena telan walaupun yang pahit.
ReplyDeleteUMNO ujud pada 1946. Apakah tiada gerakan anti British sebelum perang dunia kedua? Apakah tiada pergerakan anti Jepun semasa pendudukan mereka?
Tidak semudah untuk mengecap penderhaka bila pada masa itu bekerjasama dengan komunis. Ini kerana melalui biografi beberapa pemimpin veteren negara, kita akan mendapati ada yang pernah bekerja dengan Jepun atau belajar disekolah yang ditubuhkan Jepun.
Zaman ubi kayu bukan pada zaman komunis sahaja. Malah pada zaman Jepun, berleluasanya "potong kepala" dan kerahan pembuatan rel keretapi maut Burma.
Malah anak-anak gadis yang diculik dan dijadikan "comfort woman" juga tidak lagi disebut sebagai salah satu babak zaman perang.
Anak-anak muda sekarang tidak mengetahui semua natijah perang ini.
(Ini pendapat saya) Yang mereka tahu, merdeka diperolehi secara aman di meja bulat. Apa perjalanan sebenar kearah merdeka, mereka tidak tahu. Mungkin ini sebabnya anak-anak muda sudah semakin nipis pengisian merdeka mereka.
p/s Pengganas adalah ahli pergerakan fahaman tertentu yang melancarkan serangan gerila bersenjata keatas kepentingan british tanpa memperdulikan collateral damage. Pengganas komunis adalah pengganas yang dirujuk khas kepada pengikut fahaman komunis dengan SOP sebagai pengganas. Itu bezanya yang saya simpulkan bila saya teliti ucapan Mat Sabu.
p/s Jika diteliti gambar-gambar penentangan Malayan Union, bukan sekadar panji-panji UMNO sahaja yang dikibarkan. Panji-panji beberapa parti melayu yang lain juga turut berkibar tetapi mereka kemudiannya diharamkan British. Bagi yang lahir masa atau lepas 80an, silalah cari buku sejarah tingkatan 1,2,3 era 80an. Lebih baik lagi jika dapat buku sejarah zaman peperiksaan SRP (sekarang PMR) masih dipanggil LCE.
Fed Up
Siapa yg memutarbelitkan sejarah sebenarnya ? Cuba buat analisis dan jangan hentam keromo sahaja..
ReplyDeletesalam perjuangan .... mari kita pakai kaedah 4W+1H pristiwa bukit kepong. When/Where/Why/Who+How...ianya berlaku sblum merdeka zaman penjajah inggeris.ketika itu nama negara kita Persekutuan Tanah Melayu.... Mat Indera org melayu menyerang umah pasung kepunyaan inggeris di anggotai balaci inggeris....sedang minum arak n berjudi malam tahun baru cina........ persoalan siapakah petualang negara n pejuang/wira negara. Sape sdg perbetulkn sejarah pejuang kemerdekaan Mat Sabu ke or Utusan Melayu/TV3/TV1/UMno...?
ReplyDelete2).semasa merdeka 1957 nama negara
telah ditukar kpd Malaya ....agak agak kenapa ye... x nak kekal nama Persekutuan Tanah Melayu...adakah Tunku x nak or inggeris yg tak nak n suruh tukar ? bole x kita nak salahkn UMno yg x nak pertahankan nama Persekutuan Tanah Melayu...?
3) 1963..kita pun sekali lagi tukar nama negara kpd Malaysia.... kita hilang singapura bagi kat cina... kita nak salahkan sape pula tunku or inggeris...? kenapa UMno pun senyap tanpa satu suara m'pertahan singapura diberi percuma ?
4)generasi muda merasa pelik kita tukar nama negara sebnyk 3 kali ...what happen....kenapa x kekalkn nama Persekutuan Tanah Melayu....mana dia suara lantang UMno yg berjuang n petahankn melayu ...suara UMno dah hilang ke ...pelik b ajaib?
5) bila Mat Sabu pertahankn Mat Indera wira melayu n negara ...UMno bantai Mat Sabu siang n mlm tapi Persektuan Tanah melayu/Singapura/Pulau Batu Putih/ Empangan Linggiu/ Keretapi Tanjung Pagar/ Royalti Minyak Kelantan dijadikan Wang Ihsan macam tak ada apa apa berlaku terhadap negara... hak n harta rakyat hilang x apa kerna UMno yg buat n kerjakan tapi jgn Mat sabu n Anwar Ibrahim silap skit abis di nyak siang n malam....
apa dah jadi pada UMno cakap aje pejuang melayu tapi kini ..............hanya berjuang untuk perut n
poket kroni ...lu fikirlah sendiri
alfaqir ilaullah
ashaari alfarisi
Saudara Fed Up,
ReplyDeleteTerima kasih pasai hang susah payah menerangkan prihal sejarah.Sebelum ni aku pun tak pernah tau melayu jadi ketua pi serang balai.
Nak debat pun aku rasa hang lagi tau dan lagi tertib .Aku ni lebih kurang Mat Sabu saja sama sama tak kenai sapa tu goh peng tong.
Terus terang 'komunis' pada aku bukan isu,yang sedih UMNO dan PAS dok bercakaran dan punca dia mat sabu.Esok plak,tah ka puak UMNO plak buat melayu semua kacau bilau.
YOU GET WHAT I MEAN?
tk
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam Dakj
ReplyDelete1/ Dulu, sebelum merdeka parti Melayu, KMM bergabung dengan parti Cina, PKM untuk menumbangkan Kerajaan Penjajah Inggeris. Sejarah mengatakan gabungan ini gagal.
2/ Sekarang, parti Melayu, PAS bergabung dengan parti Cina, DAP untuk menumbangkan Kerajaan UMNObn
Apakah pergabungan ini akan gagal juga atau sebaliknya?
Dato Kadir.
ReplyDeleteSaya kira Mat Sabu benar.Pada tahun 1950 mana ada parti kommonist lagi.Mat Indera bukan Koimunist.Dia tak tahu fahamam komonost dan ideologi nya.Mereka hanya marah kapada British yang menjadi Penjajah.
Chin nPeng yang memulakan gerakan Parti Komonist malaya hanya memulakan gerakan nya salepas itu.
Lagi pun KJomonist itu tidak percaya Tuhan.Masakan PAS parti Islam boleh menyokong Komonist.
Kenapa harus UMNO putar belitkan peristiwa Bukit Kepong.Macam orang Islam yang berkerja dengan askar Amerika di Iraq dan Afhagistan.Taget taliban ialah orang Amerika.Jika orang Islam yang berkerja denganAmerika kena bunoh,nasib dia lah.
Sdr IWAN SENTUL
ReplyDeleteSyeikh Muhammad Abduh, seorang pejuang kemerdekaan Mesir ketika melawat England berkata, "saya nampak Islam, tetapi tidak nampak Muslim."
Saya percaya, jika beliau sempat melawat Malaya, beliau akan berkata, " saya nampak Muslim, tetapi tidak nampak Islam.
Dari komen sdr berkenaan, sdr mengharapkan Malaysia akan menjadi negara Islam suatu hari nanti. Saya pun begitu.Insyallah.
Tetapi, jika didasarkan kepada hujah saya di atas, negara mana antara Malaysia dan England yang lebih mudah atau dahulu menjadi negara Islam?
Dalam hal yang sama, mengapa Malaysia sebagai negara yang pernah dijajah bangsa Inggeris yang negaranya, mengikut Muhammad Abduh di atas, namapak Islam, tetapi tidak nampak Muslim itu, gagal diubah oleh penjajah Inggeris untuk menampakan Islamya?
...SAJI
Dato Kadir.
ReplyDeleteSejarah Johor mengatakan Mat Indera sabagai freedom fighter dan bukan komunist.How?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteDato'
ReplyDeleteNatijahnya, ramai orang politik suka bercakap, kurang suka mendengar. Lazimnya oleh kerana banyak bercakap mereka lupa dan berkata sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada diri , dan parti mereka. Ia tidak terhad kepada satu-satu part sahaja. Dato ada menegurnya dalam Malaysian Business terbaru Sept 1st. Jelas teguran Dato itu membezakan pemimpin politik dan pemimpin profesional ( saya anggap ketua organisasi/agensi juga pemimpin)
S.Husin Mohamad
Seorang pembahas yang memperkenalkan dirinya sebagai "Dr Ahmad", antara lain, menulis:
ReplyDelete"Saya kira Mat Sabu benar.Pada tahun 1950 mana ada parti kommonist lagi."
1. Saya tidak pasti sdr "Dr" apa, tapi sila ambil maklum fakta berikut: "The Malayan Communist Party (MCP), officially known as the Communist Party of Malaya (CPM), was founded in 1930 and laid down its arms in 1989." Pada tahun 1930 PKM dah ada;
2. Minta jangan keliru di antara komunis dangan nasionalis. Tapi, pada zaman menentang penjajahan, ada nasionalis yang bersekongkol dengan komunis;
3. Komunis dan nasionalis tak sama. Di Negeri China, perebutan kuasa berlaku di antara komunis pimpinan Mao Zedong dan nasionalis pimpinan Chiang Kai Shek pada tahun 1940an. Komunis memang;dan
4. PKM menyusup masuk ke dalam banyak gerakan nasionalis dan anti-British dan menjadikan mereka sebagai barisan bersatu komunis (Communist United Front).
5. Saya kurang pasti sedalam mana pengetahuan Mohamad Sabu mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan dan pemberontakan komunis.
Terima kasih.
Bagi saya zaman pra-merdeka adalah zaman kegelapan orang2 melayu. Zaman di mana semua org meraba-raba mencari sinar bagi membebaskan diri dari belenggu gelita yang sudah berlangsung selama beberapa ratus tahun lamanya. Di dalam desakan kegelapan ini dan taraf pendidikan yang tak seberapa mcm2 yg terjadi, ada yg ke kiri ada yang ke kanan.
ReplyDeleteBagi saya yg lebih zalim adalah kita yg sekonyong konyongnya membuat pelbagai andaian dan kesimpulan di atas kehidupan mereka...meneruskan cerita mat indra, polis british, komunis atau askar jepun sebenarnya hanyalah membuka pekung di dada kita sendiri, pekung org2 melayu dengan ikhtiar hidup masing2 di zaman pra-merdeka ini. Lagipun sebilangan besarnya sudah meninggal, biarlah Allah shj mengadili mereka tanpa kita menokok tambah lagi.
Biar apapun ikhtiar org2 melayu pada masa itu, saya cukup yakin bahawa intipati utamanya ialah semuanya mengimpikan sebuah kemerdekaan. Oleh itu, lebih baik kita menumpukan kepada kemerdekaan yg kita sudah miliki ini. Barangkali di awal kemerdekaan dulu, pucuk pimpinan negara ada 'bau'2 british tapi kita sudah beransur-ansur meloloskan diri dari asosiasi ini. Kini dengan dokongan melayu gemilang, cemerlang dan terbilang kita sudah mempunyai acuan pemerintahan sendiri tinggal lagi kita harus meneruskannya untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Semangat inilah yang kita harus bangkitkan sebagai membalas ikhtiar org2 melayu zaman kegelapan itu. Jika mat indera itu ikhlas berjuang, jika polis bukit kepong itu gigih mempertahankan negara sudah tentu mereka bangga bahawa anak cucu mereka telah merdeka dan yang lebih penting lagi darah mereka yang mengalir tidak dipersia siakan dengan debat2 kosong sambil berpeluk tubuh dah mendabik dada. Tanah airku tanah tumpah darahku. Selamat menyambut kemerdekaan negara.
Man
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya perhatikan ramai yg mengeluarkan pendapat tanpa sedar kejadian Bkt Kepong itu berlaku sebelum merdeka. Dan ramai yg lupa, bukan UMNO lama shj yg berusaha mendapatkan kemerdekaan tetapi byk lagi pertubuhan termasuk yg diharamkan oleh British serta pejuang2/wira2 yg dilupakan seperti Mat Indera yg di-highlight oleh Mat Sabu. Bg saya tiada fakta sejarah yg diputarbelitkan oleh beliau. Mat Sabu juga merujuk Mat Indera sebagai pengganas seperti yg dicop oleh British. Fikirkan semula dgn waras - tiada bezanya Mat Indera dgn Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau, Rosly Dhoby, Maharajalela dll.
Dan setelah membaca posting Sdr/i arah mengenai biografi yg diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor, kita yg celik sejarah ini patut berfikir semula siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya pengganas dlm konteks SEBELUM Tanah Melayu merdeka?
Mat Sabu mungkin 'over' semasa ceramah tersebut tetapi bg saya beliau tidak silap. Beliau mungkin mengguris perasaan balu2 dan keluarga anggota2 polis Bkt Kepong tapi seperti kata sebahagian diblog ini, tidakkah protes yg melampau ini mengguris balu2 serta keluarga pejuang2/wira2 Tanah Melayu yg dicop dan dituduh sebagai pengganas oleh British sebelum merdeka?
Dlm memperkatakan tentang sejarah, masa atau 'timeline' amat penting. Sama penting dgn membezakan samada Tanah Melayu merdeka atau tidak sebelum, pada dan selepas 31hb Ogos 1957.
ReplyDeleteSaya cuba nak berjinak dengan PAS tapi bila Mat Sabu dan pemimpin PAS yang lain dah bersekongkol dengan DAP & PKR dan mengeluarkan macam-macam statement yang bercelaru dan mengelirukan saya dah tawar hati. Terang-terang prinsip PAS dah lari dari perjuangan....
Markona
Sejak bila PAS pernah selari dengan prinsip perjuangannya? Semua hanya slogan saja. Masuk masjid bagi khutbah pun siap maki hamun lagi.
Seseorang telah mengingatkan saya, suatu ketika dulu, arwah Fadzil Nor (bekas Presiden PAS) telah berkata di dalam ceramahnya, sekiranya PAS dapat memerintah Malaysia, dia akan penjarakan Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah dalam kaca, dipamerkan di Dataran Merdeka, bagi main dengan tahi, kerana Tun Dr Mahathir sudah 'nyanyok'.
Begitulah busuknya hati pemimpin PAS dari dahulu sampai sekarang. Mujurlah zaman sekarang ada YouTube yang boleh merakamkan kedangkalan mereka, supaya dapat menjadi tontonan rakyat.
Alhamdulillah, syukur yang Malaysia terus selamat daripada golongan musyrik dan munafik yang bertopengkan ulamak.
Dato. Assalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteYou have your rights to stake your opinion regarding statement made by Mat Sabu. We as visitors to your blog should respect that. Period.
However I am not in favour politicians involved in this debate. Political parties have their interest to protect or gain which not necessary reflect true account of the history. You are wise to know once they are involved, facts bound to be convoluted and distorted and worst turned out messier than when it first started.
Issue such as this is best left to the historians,academicians and public to decide. After all histories of the world have been rewritten numerous times to suit the time, new facts and perceptions. Ongoing debate on whose right or whose wrong between Hang Tuah or Hang Jebat is prime example.
I cannot help raising Malaysian universities ranking based on most recent QS World University ranking report. UITM primarily to educate Malay ranked 601+ and IIU ranked 451+. UM is ranked 167 and NU S'pore ranked 28. It speaks volume on education disparity between Malaysia and our south neighbour and also need to imaging outsiders perception related to quality of education received by Malays/ Muslims. It is time for Malay fighters and defenders to focus on more pertinent issues and forward thinking other than all politics. Those who protect Malay race dignity via elevating Malay education standards and economy are true heroes.
Orangutan Penang,
ReplyDeletePaham. Paham.
Saya setuju, sembang orang politik pasal hal Mat Sabu ini tidaklah begitu penting.
Yang lebih penting, pengisian sejarah tu.
Setakat cerita mulut, sememangnya ada banyak lagi; malah saya pernah sembang dengan orang tua melayu yang mengaku pernah jadi ahli komunis pun.
Saya masa sekolah menengah rendah sudah belajar pasal sejarah dunia; tamadun awal dan perjuangan kemerdekaan di negara-negara yang diduduki penjajah. Sampai kita boleh lihat dan simpulkan sendiri pengaruh pergerakan kemerdekaan di merata asia (terutama penentangan turki terhadap british) kepada perjuangan kemerdekaan di tanah melayu.
Hujah saya disini terbatas kerana kurangnya bahan rujukan hitam putih atau yang berdokumen.
Tidak mahu dituduh mereka-reka cerita.
Kemana warkah terbuka watak-watak utama seperti Ishak Muhamad, Ahmad Bostamam dan lain-lain yang dulu diterbitkan suratkhabar tempatan sebagai suara menyeru perjuangan.
Secara perbandingan, surat-surat rasmi dan peribadi tokoh seperti George Washington dan Abraham Lincoln dikaji para pelajar di US.
Kita sendiri kalau nak cari teks ucapan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman, kat mana nak cari?
Utamanya, jangan perangai sugar-coating ahli politik berjangkit ke bahan sejarah di sekolah-sekolah.
Kita mungkin kena terima hakikat, makna komunis pada kebanyakan orang melayu dulu-dulu bukan merujuk kepada komunis rusia, komunis china atau komunis di eropah timur. Makna komunis saya jangka pada masa itu lebih merujuk kepada fahaman yang dibawa Sukarno (kemerdekaan Indonesia oleh Sukarno muncul sebagai sebuah negara dengan Islam sebagai agama rasmi).
Tentang UMNO vs PAS, saya cenderung mengatakan ia berasal dari taktik pecah dan belah British dulu lagi yang memisahkan golongan kerabat dan orang besar/hartawan di satu pihak manakala ulamak-ulamak yang datang dari sekolah-sekolah pondok indonesia, tanah arab dan mesir di satu pihak yang lain.
Fed Up
Tok
ReplyDeleteSaya sedih campur hairan. Kalau iapun nak menangkan Mat Sabu yang "champion"-kan Mat Indera tu; puak2 ni janganlah sampai buat kenyataan bahawa Mat Indera serang balai polis sebab polis2 kat balai tu semua tengah mabok & main judi. Nampak sangat fitnah nya! Hangpa dapat fakta dari mana ni hoi! Islam pebenda cakap lagu ni???
Dulu Tunku Abdul Rahman kata kita buat cara berunding dengan British untuk capai merdeka. Tapi Chin Peng kata tak boleh. Kita mesti mau lawan. Untuk raih sokongan, dua2 orang claim benda yang sama iaitu nak capai merdeka. Ini politik. Biasa lah.
Tapi masa Rundingan Baling, Tunku cakap pada Chin Peng; letak kan senjata lah. Buat apa nak gadoh lagi? British dah janji nak bagi kita merdeka.
Chin Peng tak mau. Dia dok kata British auta.
Bila Malaya betul2 merdeka tahun 1957. Chin Peng still tak mau letak senjata lagi. Dia dok kata Tunku ni barua British la. Lembu orang putih la. Kalau mcm ni, merdeka pun tak dak guna.
Pulak dah.
Ramai jugak lah orang Melayu yang termakan racun dengan Chin Peng ni. Termasuklah Arwah Mat Indera yang sampai sanggup serang balai polis tu. Kesian Mat Indera, niat hati mungkin nak merdeka kan pertiwi, tapi cara dia tak kena. Paling malang ... kena kencing dengan Chin Peng saja. Agaknya memang orang Melayu ni asyik kena kencing dengan komunis saja nasibnya.
Sekarang ni Mat Sabu pulak nak jadi Mat Indera. Walaupun dia tak serang guna bom dan senapang, tapi cakap2 yang keluar dari mulut dia tu pun serupa macam serangan dah tu. Hai ... Melayu kena kencing dengan Chin Peng lagi la gamaknya?
Hang pi serang balai polis buat apa Mat Sabu oii??? "Chin Peng" mana yang dah hasut hang ni? Chin Peng anak beranak ka?? Chin Peng Benggali awai2 lagi tekan hand-brake, takmau campur dengan hang. Dulu Mat Indera mati kena gantung. Nampak gayanya lepas ni hang pulak la kena gantung masa Muktamar PAS nanti.
Bye-bye Mat Sabu.
-mee siam-
ReplyDeleteAnonymous said...
salam perjuangan .... mari kita pakai kaedah 4W+1H pristiwa bukit kepong. When/Where/Why/Who+How...ianya berlaku sblum merdeka zaman penjajah inggeris.ketika itu nama negara kita Persekutuan Tanah Melayu.... Mat Indera org melayu menyerang umah pasung kepunyaan inggeris di anggotai balaci inggeris....sedang minum arak n berjudi malam tahun baru cina........ persoalan siapakah petualang negara n pejuang/wira negara. Sape sdg perbetulkn sejarah pejuang kemerdekaan Mat Sabu ke or Utusan Melayu/TV3/TV1/UMno...?
2).semasa merdeka 1957 nama negara
telah ditukar kpd Malaya ....agak agak kenapa ye... x nak kekal nama Persekutuan Tanah Melayu...adakah Tunku x nak or inggeris yg tak nak n suruh tukar ? bole x kita nak salahkn UMno yg x nak pertahankan nama Persekutuan Tanah Melayu...?
3) 1963..kita pun sekali lagi tukar nama negara kpd Malaysia.... kita hilang singapura bagi kat cina... kita nak salahkan sape pula tunku or inggeris...? kenapa UMno pun senyap tanpa satu suara m'pertahan singapura diberi percuma ?
4)generasi muda merasa pelik kita tukar nama negara sebnyk 3 kali ...what happen....kenapa x kekalkn nama Persekutuan Tanah Melayu....mana dia suara lantang UMno yg berjuang n petahankn melayu ...suara UMno dah hilang ke ...pelik b ajaib?
5) bila Mat Sabu pertahankn Mat Indera wira melayu n negara ...UMno bantai Mat Sabu siang n mlm tapi Persektuan Tanah melayu/Singapura/Pulau Batu Putih/ Empangan Linggiu/ Keretapi Tanjung Pagar/ Royalti Minyak Kelantan dijadikan Wang Ihsan macam tak ada apa apa berlaku terhadap negara... hak n harta rakyat hilang x apa kerna UMno yg buat n kerjakan tapi jgn Mat sabu n Anwar Ibrahim silap skit abis di nyak siang n malam....
apa dah jadi pada UMno cakap aje pejuang melayu tapi kini ..............hanya berjuang untuk perut n
poket kroni ...lu fikirlah sendiri
alfaqir ilaullah
ashaari alfarisi
5:21 PM
Saya kasihan betul dengan saudara. Hanya nampak perkara yang tak elok sahaja. Seumpama melihat seorang wanita yang sangat cantik memakai kebaya, tetapi ada tahi lalat sedikit-sebanyak kat muka, lalu saudara 'write-off'.
Saudara, jangan buruk sangka kepada UMNO-BN. Pimpinannya dari dahulu sampai sekarang dah lakukan apa yang terdaya nak bawa pembangunan. Melaksanakan tanggung-jawabnya, menyediakan pendidikan dari kecil sampai boleh bekerja, penjagaan kesihatan yang ditanggung sepenuhnya, dan yang paling penting, meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia sendiri.
Betul saudara, seperti Datuk AKJ cakap sendiri, buat apa berterima-kasih kepada kerajaan, itu memang tanggung-jawabnya. TETAPI saudara, bersyukurlah pada Allah SWT kerana mengurniakan pemerintah yang sentiasa memegang tanggung-jawab menjaga kebajikan rakyatnya.
Segala kepincangan yang berlaku, seperti yang saudara sebutkan tu, memang tiada siapa yang dapat nafikan, walaupun adalah di kalangan pemimpin 'sebelah sana tuu' yang lebih gembira memburukkan lagi keadaan daripada mencari penyelesaian demi rakyat - pendek kata, kerjanya hanya nak 'kondem'.
Berkenaan mat indera ni saudara, kena lah faham sejarah, komunis ni, ada macam-macam jenisnya, ada yang pengganas, ada yang jenis nak berniaga - macam kat China tu. Yang perangai tak senonoh tu, jenis pengganas. Mat Indera ni, adalah jasanya dahulu kepada rakyat Johor, ustaz - pemimpin tempatan. Tetapi, kemudiannya, dia menyertai pengganas komunis, menyerang Balai Polis, di manakah lojiknya?
Seumpama kita mengangkat seorang pemimpin negara, yang menurut al-kisahnya, banyak berjasa kepada negara, namun begitu, kita mendapati dia terlibat dalam aktiviti seks songsang, dan berzina. Contohlah, tak ada rujuk sesiapa. Dah tentu kita tolak pemimpin sebegitu.
aslkum DAKJ dan para pembahas budiman
ReplyDeleteSaya hairan selepas beberapa hari soal Mat Sabu dikatakan memutarbelit sejarah, tiada langsung kenyataan drpd pihak yg lebih autoritatif spt Persatuan Sejarah Malaysia mengenai perkara ini.
Dah terkena sampuk lamgsung jadi bisu atau takut peruntukan tahunan kena tarik, atau anugerah gelaran ditarik balik atau apa?
Begitu Majlis Professor yg juga di anggotai profesor2 sejarah, tak buat apa2 kenyataan ke. Mungkin Majlis ni sama spt majlis2 lain layak jadi majlis perkumoulan pembodek2 UMNOBN.....dah dijangka pun.
Jabatan sejarah U lagi lah tak boleh berbunyi takut kena caj bawah Akta U....daripada habiskan duit rakyat, mungkin lebih baik tutup je.
UMNO...UMNO dulu kini dan selamanya penipu rakyat.
Kan lebih baik AHLI DAN PEMIMPIN mereka fikir bgm nak bangunkan rakyat Melayu yg ramai papa kedana akibat perbuatan dosa pemimpin mereka spt rasuah dll.
Bila lagi ahli UMNO NAK SEDAR?
Saya hairan tidak ada pihak yg meminta Mohd Sabu di buang negeri.
ReplyDeleteKalau benar apa yang Mat Sabu cakap itu fitnah, terus hantar dia ke China.
Mungkin dia akan diberi jawatan tinggi dalam CPC kerana dapat menyumbang didalam pengetahuan Islam untuk mengawal golongan Uighur (yang beragama Islam) yang dianggap musuh kerajaan komunis China.
Sdr ashaari alfarisi
ReplyDeleteBercakap pasal tukar nama negara kita dari Perseketuan Tanah Melayu kepada Malaya dan kepada Malaysia kini, hairan juga kenapa nama parti UMNO tu tak ditukar kepada nama Melayu? Bunyi Melayunya tak sedap? Bahasa Melayu tak standard? Atau, tak komersil?
Jawapannya mungkin diperolehi jika kita tanya mengapa PM tukar nama PUDURAYA kepada PUDU SENTRAL/CENTRAL
Persoalannya, perlukah design bendera Malaysia yang mirip bendera Amerika itu dan dikatakan sebagai punca wratawan Malaysia mati ditembak oleh penganas Somalia ditukar designnya?
...SAJI
Terima kasih Anakbuah,
ReplyDelete1. Betul, bukan Umno saja memperjuangkan Kemerdekaan. Raja-Raja Melayu pun terbabit sama;
2. Secara kasar, British "menyerah balik" neger-negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang kepada Raja-Raja Melayu;
3. Raja-Raja Melayu "mewakilkan" neger-negeri Baginda kepada Kerajaan pilihan rakyat apabila wakil-wakil Raja-Raja Melayu ke rundingan kemerdekaan di London pada tahun 1956 setuju dengan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan;
4. Umno adalah gabungan puluhaan NGO Malayu yang memberikan mandat kepada parti itu bagi mewakili orang Melayu;
5. Tapi ada nasionalis dan golongan agama yang tidak secocok dengan Umno. Mereka berjuang sendiri, dan ada yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya;
6. PKM adalah cetusan pergelutan politik China yang melagakan Parti Komunis China (CCP) dengan Nasionalis Kuomentang; dan
7. Benar PKM menentang British lepas Perang Dunia Kedua. Tapi bila Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, PKM meneruskan keganasan bersenjatanya hingga tahun 1989.
Terima kasih
Salam Dakj
ReplyDelete"Saya kurang pasti sedalam mana pengetahuan Mohamad Sabu mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan dan pemberontakan komunis."
Komen:
Saya belajar sejarah hingga MCE. Saya juga belajar sejarah Islam dan Senibina Malaysia dan di tempat2 lain, termasuk British Architecture. Saya tak nampak susahnya hendak mempelajari dan mendalami sejarah Malaysia sama ada vesi UMNO/Penjajah Inggeris mahupun apa yang dikatkan sebagai sejarah versi alternatif.
Yang saya belajar dari sejarah senibina dunia ialah setiap zaman atau era ada pejuang senibinanya masing2 yang lahir memplopori bentuk/style senibina baru yang sesuai untuk diketengahkan di zamannya atau eranya.
...SAJI
Dato', sila baca buku 'Pengukir Nama Johor' keluaran Yayasan Negeri Johor. Hentikan memfitnah Tn.Hj Mohd Sabu, jangan berimankan Utusan Malaysi, RTM dan TV3, boleh rujuk video2 keluaran Youtube brkenaan ucapan Mohd Sabu pd 21 Ogos tersebut.
ReplyDeleteJgn main politik murahan dgn menulis artikel brsumberkan UMNO semata-mata.
Sy sgt meminati sej. Ucapan Mat Sabu tidak menyentuh langsung brkenaan mndewakan Komunis, PKM atau B3. Hnya RTM dan media murahan UMNO yg brkata begitu.
Mat Indera adalah wira. Walaupun jln prjuangan brhaluan kiri, tdak seperti ank didik British, UMNO yg mmilih secara 'kanan'. Maka, wajar sekali Mat Indera dikenang sbg 'Pejuang Kemerdekaan', selain dr Abu Bakar al-Basyir, Burhanuddin al-Helmi, Ishak Hj Muhammad, Zaaba, Abdullah CD, Ahmad Boestamam, Ganapathi dll.
Mengapa hanya pemimpin2 UMNO shj yg didewakan sbg pejuang kemerdekaan?
Masyarakat sudah bertambah celik. Hatta, sejarah negara sndiri pun UMNO mahu berat sebelah. Patutlah rakyatnya bodoh belaka, ditipu hidup2.
Sy benci si penipu. Dan penulis yg menulis kelangsungan utk menipu. Mari kta adakan 'Seminar Kemerdekaan'. Panggil semua pensyarah2 di Jabatan Sejarah UM, UKM, UIA, USM dll. Bukan wartawan kangkung dn ahli politik yg bodoh sejarah. Adakan seminar, biar rakyat meneliti dr segi ilmiah, bukan adu domba seperti Utusan Malaysia, RTM dan TV3.
Media tak malu. Ambil wang pembayar cukai, tp berita hanya untuk UMNO.
Mati la UMNO...!
Sdr hairulfitri
ReplyDelete"Kan lebih baik AHLI DAN PEMIMPIN mereka (UMNO) fikir bgm nak bangunkan rakyat Melayu yg ramai papa kedana akibat perbuatan dosa pemimpin mereka spt rasuah dll."
Komen:
Setuju jika rakyat Melayu yang ramai papa kedana itu tak mahu bekerja di ladang2, kilang2, restoran2 dsb kerana gaji/upah yang ditwarkan oleh majikan tempatan terlalu rendah atau hanya kalangan pekerja warga asing yang sanggup menerima gaji/upah sedemikian.
...SAJI
Salam Dakj,
ReplyDeleteTak silap saya parti komunis di India tidak diharamkan, mengapa PKM di sini diharamkan?
Dato'
ReplyDeleteIf our country seeks progress then we must continue to challenge the status quo. Be it in politics, education, economics, race relations, etc.
Mat Sabu maybe a crass and crude character and his remarks offensive to some but a lot of educationist especially at institutions of higher learning would welcome someone who could spark a debate and interesting on our history at national level.
Dah ada isu macam ni baru la nak semak buku buku sejarah, kalau tak dok berdebu dalam perpustakaan saja.
P/s come to think of it I never come across any accounts of British atrocities in our history book. What we know is the British profited a lot from our country wealth from natural resources
AZ
"Saya hairan selepas beberapa hari soal Mat Sabu dikatakan memutarbelit sejarah, tiada langsung kenyataan drpd pihak yg lebih autoritatif spt Persatuan Sejarah Malaysia mengenai perkara ini." - hairulfitri.
ReplyDeleteSdr terlepas roket ke bulan agaknya..
Ahli Majlis Persatuan Sejarah Malaysia
Prof. Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim dah pun keluar kenyataan.
Ramlah Adam bukan seorang ahli majlis pun.
wasalam
("/)
ramai penulis yang masih belum lahir lagi kedunia ini tapi becakap seolah olah mereka sendiri mengharungi susah getir zaman jepun dan komunis.
ReplyDeleteKata orang tua, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kami ketika itu bukan sahaja miskin, tiada kemudahan asas, bahkan keselamatan hidup seharian juga menjadi masalah besar setiap hari.
Rakan, saudara, jiran boleh bertukar topeng dalam sekelip mata.
ketika itu, keselamatan keluarga dan makanan mereka sentiasa berlegar didalam kepala.
Bukan kereta baru, internet, wang, telefon bimbit, menonton bola.
andai anak anak ini melalui sendiri kepayahan yang orang Melayu terpaksa lalui ketika itu, baru mereka faham erti kesyukuran.
Kami membina semula Tanah Melayu dari mengenali erti sebenar kesyukuran yang timbul selepas melalui erti sebenar kesengsaraan
Memang tidak ada pemimpin yang sempurna, yang penting wawasannya dan apabila semua bangsa Melayu bersepakat, kesyukuran yang kecil boleh membawa rahmat yang besar kepada negara.
Muga anak cucu bangsa dan Tanah air ku sentiasa diberkati dan di limpahi dengan rasa kesyukuran dan tidak lagi perlu menempuhi kesengsaraan yang kami lalui hingga ke akhirat kelak.
wallah hu'alam.
Salam Dato' AKJ,
ReplyDeleteFikiran saya bila kita nak hurai & kaji sejarah elok kita tengok fakta-fakta kejadian sebelum ikut puak2 yg meraban jauh ke awan, pusing khatulistiwa terjah ke kutub utara selatan, timbul garisan jadi terus ke sartan masuk alam khayalan, berbuih mulut naik sawan, menunggang roket ke bulan...
Dalam insiden pada 23 Feb 1950 , pasukan Rejimen ke-4 PKM diketuai oleh Goh Peng Tun dengan kekuatan 200 anggota dikepalai bersama Mat Indera telah menyerang hendap sebuah balai polis kecil di Bukit Kepong yg hanya mempunyai kekuatan 18 anggota tetap dikepalai Sjn. Jamil Mohd Shah. Kematian: 40 org komunis & semua polis kecuali 4org anggota yg selamat.. tidak termasuk penduduk kampung & keluarga yg menetap di berek.
Semasa serangan, pasukan polis telah dibantu oleh org kampung berdekatan dikepalai Penghulu Ali Mustafa.
Sumber analisa rujukan :- wikipedia
Persoalan2 di minda :-
1) Apakah 200 org komunis itu boleh dipanggil "hero" jika menyerang sebuah balai polis kecil seramai 18 anggota tetap?
2) Adakah fungsi realiti anggota polis Balai Bukit Kepong dianggap menjaga kepentingan British atau orang2 kampung?
3) Adakah perusahaan, perindustrian atau kepentingan British di Bukit Kepong, Muar yg hulu berbanding di Singapura yg perlu dipertahankan disana?
4) Bagaimanakah Mat Indera seorang tersohor belatar belakangkan pendidikan agama, sanggup bersekongkol dgn pasukan komunis anti-agama membunuh orang2 kampung tidak berdosa termasuk wanita & kanak2 yg seagama malah membakar mayat mereka?
5) Jika komunis adalah hero sebenar mengapa orang2 kampung ikut serta bermatian melawan mereka sehingga sanggup berpatah arang menolong pasukan polis?
6) Lebih ramai komunis mati w/pun keupayaan persenjataan & anggota di pihak polis terhad.. apakah semangat yang mendorong Polis bersama org kampung berlawan berhabis-habisan menentang komunis? Mempertahan British atau tanahair (kampung halaman) & keluarga mereka?
7) Adakah tindakan menghina dgn membakar mayat & membunuh wanita & kanak2 itu mulia atau reaksi manusia bacul yg tak dapat menerima tentangan hebat?
latar belakang agama, berguru etc. bukan kreteria jadi seorang "hero"..hasil akhirnya yg dinilai. Kalau ikut lojik tu Ayah Pin pun latar belakang pendidikan agama juga..
Iman tak dapat diwarisi..(lirik nasyid Raihan)..
.. dari seorang ulamak kpd komunis bersenjata..hidup hero isle, hidup negara welfare..
Karpal Singh seorang lawyer dah taruk Mat Sabu "ill-advised" (bahasa mulia bagi takrif bxxxh, lawyer Mat Sabu sendiri nasihat beliau jgn keluar apa2 kenyataan lagi dlm tempoh masa ini berikutan laporan2 polis yg dibuat terhadap beliau..
Berapa org dah korban PAS demi sekutu dlm Pakatan Rakyat..
1)Dr. Harun Din & Ustaz Azamuddin Taib - isu nama Allah diguna Kristian.
2)Hassan Ali - isu JAIS vs DUMC
3) Terbaru Dr Che Rosli Che Mat pasal isu Lynas.
Biasalah Dr. Che Rosli, memang susah kerja dgn org bodoh sombong perasan betul semua.. seperti biasalah, tuan pun dah di 'fatwa' kena beli oleh UMNO mcm Dr. Hassan Ali.. cuma dgn Dr. Harun Din & Ustaz Azamuddin Taib depa tak berani terang2 caci.. kelak mcm sapu tahi ke muka sendiri..
Tengoklah andartu pujaan mereka, pasal isu komunis, DAP ambil pendirian lebih pandai menjauhkan diri dari dekat org2 tak cerdik ni. Menjilat demi nak ambil hati sekutu dia ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong2..tak tau malu..
kesian..
hidup hero isle, hidup negara welfare..
wasalam & wallahualam
("/)
"Tak silap saya parti komunis di India tidak diharamkan, mengapa PKM di sini diharamkan?"
ReplyDeleteSdr Saji,
Lain padang, lain belalang, dgn lojik yg sama, kenapa pula parti demokrasi diharamkan di China? ataupun kenapa komunis tak di benarkan bertapak di EU, Jepun & USA?
Rasanya kalau komunis bertapak di India pun bagus pasal dia menolak konsep agama tak mcm parti BJP/Kongres yg didominasi Hindu.. rahmat kepada beratus juta rakyat berstatus dalit (i.e. kasta pariah) & miskin tegar.
Kalau nak guna operating sistem, biar satu jenis saja, tengok nun China jauh meninggalkan jadi no.2 GDP tertinggi dunia dah mengatasi Jepun dgn kadar %kemiskinan yg jauh rendah berbanding juara demokrasi dunia i.e. India.
kuat betul kari politik India sampai bom2 PM..mereka memang suka bab2 main api ni..mintak simpang lah di Malaysia.
("/)
Salam Dakj
ReplyDeleteSaya tertanya-tanya mengapa Inggeris tidak meletakkan polis impot warga Gurkha sahaja di Rumah Pasong Bukit Kepong, walhal Inggeris tahu tak semua orang Melayu setuju orang Melayu jadi polis Inggeris?
...SAJI
Sdr Saji, sebelum saya cuba menjawab soalan Sdr, saya nak tanya, adakah Sdr serius atau nak sindir sesiapa?
ReplyDeleteSoalan Sdr yang berbunyi "Tak silap saya parti komunis di India tidak diharamkan, mengapa PKM di sini diharamkan?" MEMERANJATKAN saya. Adakah Sdr benar-benar tak tahu?
Sdr mungkin menyindir, tapi oleh sebab Sdr pembahas veteran blog ini, orang yang muda dan baru mungkin keliru.
1. Parti Komunis India (CPI) ditubuhkan pada tahun 1920 di Rusia. Ia parti yang aman dan berpegang kepada prinsip demokrasi; dan
2. PKM menolak perdamaian dalam Rundingan Baling. Ia enggan meletakkan senjata dan masuk semula ke dalam hutan untuk menentang British dan kemudiannya Kerajaan Tanah Melayu/Malaysia yang merdeka.
3. Chin Peng mahu ahli PKM mendapat keistimewaan menjadi warganegara dan anggota bersenjatanya tidak dikenakan hukuman;
4. Perangkaan: Di pihak Kerajaan - tentera dan polis Malaya, terbunuh 1,346 orang. British 519 orang terbunuh. Cedera (British dan Malaya) 2,406 orang. Orang awam, terbunuh 2,478 orang dan 810 hilang. Pengganas komunis - 6,710 terbunuh,1,289 cedera, 1,287 ditawan dan 2,702 serah diri.
Terima kasih.
Mee Siam,
ReplyDeleteSelepas British menyerah kalah di Singapura, Jepun berkuasa sepenuhnya selama tiga tahun.
Dalam tempuh itu, British tidak menghantar askarnya. Sebaliknya menghantar beberapa pegawai (selain dari US dan Australia) untuk melengkapkan pejuang tempatan dengan senjata dan latihan.
Sebab itu, sejurus tidak lama selepas pengunduran tentera Jepun, Chin Peng diberi anugerah kehormatan oleh pihak British.
Mengikut maklumat yang saya dapat, Chin Peng menolak usaha cara meja bulat kerana dibelot British. Kononnya semasa memerangi Jepun, penentang Jepun yang mengangkat senjata dijanjikan kemerdekaan selepas Jepun berundur. Itu sebab Chin Peng kata, British tidak boleh dipercayai.
Saya percaya pada rundingan Baling kedua, Chin Peng telah mula terima hakikat bahawa Malaysia telah benar-benar ditinggalkan British. Selepas itu jugalah berlakunya pengampunan besar-besaran selain berakhirnya operasi komunis di tanah air. (Walaupun perintah darurat sehingga sekarang tidak ditarik balik).
Pada masa yang sama, golongan berpendidikan agama (kecuali majoriti ahli HAMIM yang menyertai UMNO) juga diburu dan dipenjarakan bagi mengekang pergerakan islamiayah yang berputik dari perjuangan Turki menentang British (perang yang berkait dengan pendudukan Israel di Palestin).
Merujuk kepada hansard parlimen British pada masa itu (saya sudah lupa tahunnya), secara rasmi British telah menukarkan klasifikasi semua pejuang kemerdekaan bersenjata dari istilah "bandit" kepada istilah "pengganas komunis" (secara pukal tanpa mengira fahaman ideologi).
Pejuang yang berpendidikan aliran agama yang dapat melepaskan diri ke hutan itulah yang berkerjasama dengan PKM untuk menentang British secara gerila.
Merujuk kepada pengiktirafan oleh kerajaan Johor pada 2004 kepada Mat Indera, saya rumuskan kerjasama tokoh-tokoh islam dan PKM itu bukanlah secara total.
Nampak bukan, kenapa saya bertanya dari awal, adakah ujud penentang British yang mengangkat senjata selain daripada PKM.
Seterusnya, dari UMNO, bekas anggota HAMIM inilah yang meninggalkan UMNO untuk meujudkan parti PAS yang ada dewasa ini.
Jangan kita lupa fakta, antara pra-syarat kemerdekaan yang dituntut British adalah satu sahaja suara untuk setiap bangsa Melayu, Cina dan India.
Tanpa gabungan melayu dibawah satu bumbung (sekali lagi soalannya; samada gabungan sebagai satu entiti atau gabungan sekadar untuk bersekutu), adakah kita akan kecapi kemerdekaan?
Maka saya setuju dengan DAKJ, UMNO asalnya adalah gabungan (gabungan menjadi satu entiti atau gabungan sebagai sekutu?) pelbagai pertubuhan pejuang kemerdekaan melayu. Termasuklah mereka yang kemudiannya menjadi tunjang penubuhan PAS.
Adakah ini bermakna dalam PAS juga ada pejuang kemerdekaan? Tepuk dada tanyalah selera.
Di sinilah saya katakan dalam komen sebelum ini, punca perpecahan UMNO-PAS bermula dari strategi pecah-perintah oleh penjajah British.
Fed Up
Datuk kata:
ReplyDelete1. Betul, bukan Umno saja memperjuangkan Kemerdekaan. Raja-Raja Melayu pun terbabit sama;
comment;
Itu sebab saya fikir Raja-Raja Melayu ada "soft spot" kat UMNO kerana tanpa UMNO Raja-raja Melayu mungkin tidak terlepas dari konkongan penjajah.
Jadi rakyat perlu tahu tentang perjuangan UMNO dulu dan kini.
UMNO sahajalah yang akan dapat mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan orang Melayu. Parti lain semua belum dapat menandingi UMNO dan secara tidak langsung mendapat kepercayaan yang lebeh dari Raja-raja Melayu sungguh pun kedudukan Raja-raja Melayu "is beyond politics".
UMNO adalah parti Istana dan bukan parti di tubuhkan di "jalanan"!!
Markona
Datuk AKJ,
ReplyDeleteDua bapak sdra saya mati dilarikan komunis dan dipancung dan satu lagi kena tembak mati di Bukit Kepong.
Saya rasa si Mat Sabu ni tak layak jadi pemimpin negara. His level of intelligence is GROUND ZERO !! Dia hanya layak jadi "RAJA LAWAK" bukan Timbalan Presiden.
Qualiti peribadinya bukan tahap GLOBAL tapi setakat tukang karut "yes, no, alright" dikedai kopi.
Ramai pemimpin PAS yang mempunyai qualiti seakan Mat Sabu! Dan pengikutnya pun 2x5!!
X-PAS
Dato Kadir.
ReplyDeletePada tahun 1989 kita tanda tangan perjanjian damai dengan PKM.Antara syarat perdamaian kita benarkan ahli PKM pulang samuka ka Malaysia.Salepas mereka letak jawatan kerajaan Malaysia tidak tunaikan janjinya.Ahli2 PKM termasok Chin Peng tidak di benarkan masok Malaysia.
Tan Sri Rahim Noor yang mengepalai rundingan dengan PKM berkata ia amat malu kerana kerajaan tidak tunaikan janji.Ini satu perkaran yang serious.
Sebab itu UMNO dan BN sekarang tungang langang.
Tak ikhlas dan tak jujor.
Salam Dakj,
ReplyDeleteDengan bertambah ramai pengujung dan pembahas blog Dato' ini saya ingin melihat untuk kesekian kalinya pembahasan dalam blog ini diangkat tahapnya ke tahap yang sewajarnya, umpama 'tali yang ditarik di kedua belah hujungnya dipastikan tidak putus atau hingga hadnya sahaja' atau maksud Inggerisnya " stretch to the limit".
Di mana "stretch to the limit" jika dirujuk komen saya sebelum ini merupakan frasa yang digunakan oleh seorang pengkrtik seninina kontemporari bangsa Inggeris untuk menjelaskan pendekatan yang digunakan oleh arkitek kelahiran Italy,Rezo Piano dalam menghasilkan bentuk atau style senibina baru yang luar biasa serta inovatif yang dinamakan tekno organic.
Berdasarkan maksud "stretch to the limit" di atas, apa yang saya boleh kata, katakanlah Dato' nampak 'tali' yang saya 'tarik ' atau pembahas lain yang 'tarik' macam nak putus, Dato' pada bila2 masa boleh menghalangnya daripada 'putus'.
Maka tidak timbul soal sama ada saya serius atau nak sindir sesiapa apabila saya bertanya,
"Tak silap saya parti komunis di India tidak diharamkan, mengapa PKM di sini diharamkan?" atau saya benar-benar tak tahu jawapannya.
...SAJI
AZ,
ReplyDeleteKejamnya penjajah British tidak terdapat dalam buku sejarah di sekolah-sekolah.
Namun jika anda mencari, akan jumpa.
Paling senang nak jumpa, gambar mayat Tok Janggut yang sudah ditembak mati kemudiannya digantung kepala kebawah, kaki keatas selama berhari-hari di tempat awam.
Paling tidak pun kat Astro baru-baru ini ada kesah Rosly Dobi yang terpaksa mengaku salah selepas keluarganya diancam bunuh. Selama bertahun-tahun keluarganya disisih masyarakat kerana British menetapkan rekod dalam sejarah kononnya Rosly Dobi itu pengkhianat.
Dalam suratkhabar 90an, ada berita di dada MSM bagaimana kerajaan British tidak mahu membuka fail berkenaan Batang Kali kepada umum. (peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk kampung oleh tentera British).
Itu belum kisah bagaimana British mengawal tindak-tanduk raja-raja melayu yang "dinasihatnya" atau kisah pembuangan waris kesultanan yang sah untuk digantikan dengan pilihan penjajah.
Carilah. Usaha lebih sedikit.
Fed Up
PAS wants Parliament to review nation’s history
ReplyDeleteBy RAHIMY RAHIM
KUALA LUMPUR: PAS insists on a review of the nation's history in Parliament, following the controversy triggered by party deputy president Mohamad Sabu's remarks over the Bukit Kepong tragedy in 1950.
Party vice-president Salahuddin Ayub said it was urging the Government to establish a committee in the coming Parliament session scheduled for October to review the country's pre-independence history.
comment:
Jangan habiskan masa untuk mengkaji sejarah. Kita sedang menghadapi berbagai masaalah kehidupan yang memerlukan tumpuan yang lebeh untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ini yang patut PAS bagi perhatian.
Masaalah ekonomi, pelajaran dan sosial rakyat mesti diberi keutamaan. Tak guna aleh perhatian kepada zaman sejarah lampau. Tak ada faeadah dan nilai tambahan untuk dibincangkan di Parlimen. PAS must set its priority right.
Biar kisah sejarah silam diperdebatkan oleh ahli akademik yang pakar dalam sejarah. Itu bukan tugas wakil rakyat. Wakil rakyat mempunyai tangong jawab untuk memastikan bahawa keperluan asas rakyat diutamakan.
Biarkan Mat Sabu dengan khayalan sejarahnya. His argument is all rubbish, just to sensationalise and slant the historical evidence in order to be in the political limelight.
Jinah
Tok Kadiaq,
ReplyDeleteKalau boleh la, bagi lah Mat Sabu peluang perjelaskan apa yang dia maksudkan dalam ceramah beliau tempoh hari dulu. Tak silap saya dia akan berceramah dekat Juru dalam minggu nie. Saya akan kesana untuk mendengar penjelasan beliau. Nak harap media arus perdana beri beliau peluang membuat penjelasan, yang saya faham (tak mungkin, sila perbetulkan kalau saya silap). Zaman telah berubah, dulu boleh lah keluar satu berita dari media arus perdana, semua pakat-pakat baca dan setuju saja.
La nie cucu saya plak peringgat kat saya (Tok wan dia?) jangan dok percaya secara membuta tuli nanti kena jual. Ech..ech maklumat tak datang sehala..He3..sender rakyat Jeniang lo.
Dato.
ReplyDeleteNampaknya Kerajaan Bn amat desperate untok mendapatkan sokongan Melayu.
Kenyataan Mat Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong di perbesarkan dan cuban mengambarkan yang Mat Sabu menyokong gerakan komunist.Apabbila PAS menujokkan bukti yang Mat Indera bukan komunist tape merupakan pejuang nasiolist yang menentang Inggeris,saperti yang di siarkan dalam buku sejarah johore yang dikeluarkan oleh kerajaan Johore,maka baru nampak sangat yang UMNO telah membuat kesilapan.
Mat Indera saorang pejuang Bangsa Melayu yang tulin menentang Inggeris.ia saorang yang berugama,saorang Tafiz dan amat di sayangi oleh Sultan Ibrahim Johore.Tak mungkin ia penyokong komonist yang tidak percaya Tuhan.
Bagitu juga dengan peristiwa kematian wartawan Bernama di Somalia yang juga telah dimainkan oleh media sacara besar2an.Najib yang sedang bercuti di Perth terpaksa pulang untok menyambut jenazahnya di Subang.Ada kah mereka betul ikhlas dengan sambutan itu.Jawabnnya tidak.
Rosmah yang merupakan pengerusi Bakti hanya memberi $ 5 ribu kapada keluarga wartawan itu.Ia mempunyai 2 anak.Dato Sharil MP johore baharu berkata ia terpaksa mencari lagi 5 ribu untok diberi kapada anak nya yang dua orang.Persoalannya kenapa BAKTI hanya lah memberi 5 ribu.pada hal jumlah Tabong Wang BAKTI berpuloh juta ringgit.Jika ikhlas kenapa tidaki di beri 50 ribu kapada isterinya.Malu kita apabila Robert Pang melalui NGOnya memberi 50 ribu kapada keluarga.
Salam.
Mat Sabu bila dia berceramah dia tukar nama dia jadi "Mat Syabu"! Itu sebabnya ceramahnya merapu-rapu! Cakap macam orang estet mabuk.
ReplyDeleteSebagai Timbalan Presiden dia patut tukar corak ceramahnya kepada yang lebeh bertangong jawab lagi. Janganlah hentam keromo macam orang jual ubat di jalanan. Dia mesti ingat segala ucapannya sekarang di kira sebagai ucapan pemimpin negara dan rakyat inginkan ucapan yang membawa manfaat kepada negara bukannya ucapan nak "syokkan" pendengar sahaja.
Mat Kerabu
Salam DAKJ
ReplyDeletePenyakit Meroyan
Bagi saya, Dato’ tak perlu buang masa menerangkan fakta yg sebenar kepada puak-puak mereka ni. Sebabnya, cerita Mat Sabu dan Bukit Kepong ni lebih kurang sama macam cerita Lynas dan Fitnahnya. Menipu, memutar belit fakta dan memfitnah dah jadi darah daging dah pun. Kenyataan dari pakar Nuklear ke, pakar Sejarah ke dan macam-macam pakar lagi dibuang masuk longkang je. Ialah, sedangkan Al Quran dan Hadith pun ditafsir ikut sedap sendiri, inikan benda lain. Sebab itulah bini no entry pun dibantainya juga. Bini comel-comel dekat rumah, bini orang dikejarnya juga. Tak senonoh sungguh. Macam kata Tun, kalau hati memang dah busuk, semua benda yg kerajaan buat mesti tak kena punya. Samapai nak halang orang murtad pun dikatanya perbuatan UMNO. Teruk dah penyakit MEROYAN mereka ni. Saya juga cukup bersetuju bahawasanya standard mereka ni macam orang Somalia ‘main bantai tembak dulu baru pikir akibatnya’.Akhir kata, inilah dia Parti “cakap dulu baru pikir”. Sekian TQ.
Salam EidulFitri untuk Dato AKJ dan para pembahas semua,
ReplyDeletesetelah membaca semua hujah-hujah yg dikemukakan saya rasa Persatuan Sejarah Malaysia patut mengadakan satu simposium sejarah pejuang kemerdekaan negara dan membuat satu rumusan supaya semua catatan sejarah negara tercinta dikemaskini
dan diperbetulkan mana yang tidak tepat dan tidak konsisten tanpa mengira kepentingan politik mana-mana pihak.
Kalau sudi simposium itu boleh diadakan di kawasan persisiran pantai Batu Burok yang permai lagi nyaman supaya kita semua boleh berbincang dengan tenang dan berlapang dada.
Bagaimana Dato'? sudi ke Dato' jadi "Champion" kapada usaha yang murni ini?
Assalamualaikum,
ReplyDelete"Wahadaina hunnajdaiin". Bahawa sesungguhnya Allah SWT menunjuki kita DUA jalan; satu jalan benar dan satu jalan sesat. Dan sesungguhnya jalan yang dipilih untuk diikuti oleh PAS ialah jalan benar.
PAS sekali-kali TIDAK pernah dan tidak akan menggantungkan apalagi membatalkan matlamat penubuhan Daulah Islamiah yang diperjuangkannya. PAS tetap istiqomah dalam jihadnya itu, dan aspek ini tidak perlu dinyatakan berulang-ulang kali.
Janganlah kita sengaja berpura-pura tidak mengerti bahwa konsep negara berkebajikan PAS ialah agenda pengisian daulah Islamiah yang dihasrati untuk dilaksanakan apabila tiba saatnya nanti, insya-Allah.
Sebagai sebuah parti Islam, PAS selama-lamanya bersikap antikomunis; maka sudah tentu PKM itu merupakan musuh besar bagi PAS.
PAS juga menentang penjajahan British (walaupun Prof Khoo Kay Kim mendakwa British tidak pernah menjajah kita).
PAS juga menentang penjajahan Jepun, walaupun Jepun jauh lebih baik jika dibandingkan dengan British.
Saya cukup yakin, sekiranya pendudukan Jepun berterusan sampai hari ini, tidak ada seorang pun orang Melayu yang melarat dan menderita hidupnya seperti pada hari ini.
Dengan kata lain, SEMUA orang Melayu hidup dalam keadaan yang selesa dan bahagia, walaupun mungkin tidak semuanya bergelar jutawan.
Wassalam.
ToK Kadiaq,
ReplyDeleteLa ni Tok,segala tumpuan mesti kearah nak dapat gol tapi nampak gaya PR dah hilang punca di masa tambahan.
PAS dok syok sendiri dgn skill gentil Mat Sabu tapi dok tersungkoq bila nak score.UMNO pun terus bertahan ala korea.
PKR dgn ketua yg cedera parah di kerusi simpanan,terus hilang kawalan dan gagal mengepalai PR.Lebih menjadi bebanan kepada PR.
DAP plak yg memang tak sebulu dgn PAS naik angin pasai PAS cantik mengentil namun tendangan basikal di pintu gol terbuka BN,tak masuk.
BN plak semakin yakin untuk menang merehatkan kapten yg sedikit cedera namun tanpa di undang bini dia terus masuk padang.Nak main jugak dia!.
Tup tup riuh rendah gegak gempita stadium merdeka.Penyokong BN terdiam,PR masih ada peluang pasai bini kapten BN dah score gol sendiri.
Lawak la pemimpin politik kita Tok.Dalam kebiulan Mat Sabu,kemunculan bini PM di kaca tv ucap selamat hari raya lebih meloyakan,maaf cakap.
Keputusan pilihan raya ke 13 banyak bergantung pada tahap biul dan aksi meloyakan pemimpin politik kita.
TK
bagaimana anwar ibrahim dan SPR dimanipulasi untuk talian hayat dan balang oksigen UMNO sekarang ini, begitulah PKM dan pejuang kemerdekaan melayu dimanipulasi untuk talian hayat UMNO dahulukala!
ReplyDeleteminah ronggeng
Salam Datuk, Pada pendapat saya pula, Mohamad Sabu tu BETUL. Kita kena nilai dari sudut pandangan yang positif. Jangan letakkan diri kita disebelah UMNO atau PAS bila memberi komen. Teliti dulu ucapan Mohamad Sabu dahulu. Jangan terima bulat-bulat komen media massa atau elektronik. Tiada ungkapan Mohamad Sabu menyokong komunis pun dalam ucapannya. Beliau cuma mahu individu-individu seperti Mat Indera di iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan semasa era penjajahan British.... itu saja.. dan kita harus akui bahawa jika tida orang seperti Mat Indera dan se angkatan dengannya menentang British, pasti Dato' Onn, Tunku, dsb tidak akan beroleh kemerdekaan dengan mudah.. ALIJUSMIN
ReplyDeleteSalam Datuk dan Salam Semua
ReplyDelete1)Di kesempatan ini, saya ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin
2)Perbincangan hangat sekarang ini mengenai kenyataan Mat Sabu adalah menarik perhatian saya. Bagi saya sejarah tetap sejarah biarlah ahli sejarah yang membincangkannya kerana mereka lebih arif.
3)Bagi saya yang penting, bagaimana kita hendak mencipta sejarah. Bagaimana kita hendak menjadikan Malaysia sebuah negara contoh, kepada negara Islam dan bukan negara Islam. Begitu juga, bagaimana kita hendak memajukan Malaysia. Kalau boleh lebih maju daripada Singapura dan Jepun.
4)Dan yang lebih penting, ranking rasuah yang ke-56 Malaysia hendak lah di tukar kepada no-1, iaitu hamper-hampir tiada rasuah. Jadikan Malaysia tanpa jenayah, dadah dan berbagai-bagai penyakit masyarakat. Kalau ini dapat di lakukan, terciptalah Hari Ini Dalam Sejarah.
Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam
Datuk Kadir YM,
ReplyDelete1. Agak lama tidak berdebat, sebelum dan sepanjang Ramadan. Lagipun saya rasa, dengan mohon maaf, kualitas debat blog Datuk sejak lewat ini agak kacau dan rendah pemikirannya;
2. Ini serentak dengan apa yang saya lihat sebagai kemasukan cyber trooper partai-partai politik ke dalam blog Datuk;
3. Nampaknya kelompok politik partisan, khususnya Umno dan Pas, sudah mulai mengiktiraf blog Datuk sebagai berpotensi dan portent, justeru mereka melepaskan trooper mereka. Juga banyak blog yang dulu bebas, dewasa ini banyak yang sudah bertukar menjadi partisan;
4. Saya khuatir kehadiran mereka ini, dengan penghujahan yang dangkal, partisan dan kasar akan merendahkan martabat perdebatan dalam blog Datuk lantas menghambat keluar pembahas non-partisan yang lebih waras dan intelektuil;
5. Namun, ada juga baiknya kerna debat di kalangan cyber trooper dan simpatisan partai ini mencerminkan mentaliti dan daya fikir pendokong-pendokong mereka;
6. Nampaknya semua partai/pemuka politik Malaysia ada bebannya tersendi. Saya terperanjat menonton di kaca TV PM dan Isteri duduk sama-masa ucap eid mubarak. Kemudian kelihatan isteri bersendirian ucap selamat hari raya. Suami keluar sekali, isteri dua kali. Dalam Pas virusnya Mohamed Sabu yakni contoh kedangkalan pemikiran yang mutakir. Dulu Abdullah virusnya banyak; dan
7. Apapun saya mohon maaf kapada Datuk dan para pelawat serta pendebat pada kesempatan Eid Mubarak ini. Salam
Profesor Pencen,
Bangi.
baru lepas membaca memoir shamsiah fakeh...mmg memoir merupakan catitan pengalaman sendiri,so biasnya mmg ada...melihat bagaimana nasionalis ditekan oleh pihak british sehingga akhirnya terpaksa lari ke pinggir kampung dan tiada pilihan terpaksa bergabung dgn PKM, sementara umno dibiar berkembang...sepatutnya nama-nama besar ini perlu ada dalam buku sejarah sekolah bukan hanya satu perenggan sahaja...pandangan dari org muda
ReplyDeletePakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari berkata meskipun negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah oleh British, tetapi pada hakikatnya telah “dijajah kerana pentadbiran negeri dikawal” oleh kuasa Eropah itu sehingga negara merdeka lima dekad lalu.
ReplyDelete“Pendeknya dari segi teknikal memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah... hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British,” kata beliau dalam reaksi kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Secara teknikal memang betul bahawa kita tak pernah dijajah; negeri-negeri Melayu hanya negeri lindungan. Hanya Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang pernah dijajah,” kata beliau.
Bagaimanapun menurut ahli akademik ini, negeri-negeri Melayu bukan negeri yang bebas dan berdaulat kerana mereka tidak bebas mengadakan hubungan luar.
“Raja-raja, contohnya, dipaksa menerima kejatuhan Empayar Uthmaniah yang dihancurkan oleh British dan sekutu-sekutunya pada 1924. Ini semua berlaku kerana Raja-raja di bawah tangan British meskipun mereka tidak dijajah.
Sambungan;
ReplyDelete“Selain itu meskipun di sisi undang-undang, yakni secara teknikalnya, mereka berdaulat kita semua tahu dasar dan undang-undang semuanya ditentukan oleh British,” kata beliau sambil menambah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tidak harus membesar-besarkan kedudukan teknikal itu sehingga menafikan hakikat yang berlaku ketika itu.
Aziz mengulas mengenai kritikan beberapa pihak ekoran pandangan tokoh sejarah itu bahawa negara ini sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British, sebaliknya berada di bawah naungan negara Eropah itu.
Khoo melahirkan pandangan itu dalam satu temu bual dengan akhbar arus perdana kelmarin ketika kontroversi berkaitan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hangat diperkatakan sehingga ada yang mahu fakta sejarah diteliti semula.
Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 bersama hari pembentukan Malaysia — buat julung kali pada 16 September ini.
Menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad bahawa Allaharham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka pegawai British, Khoo berkata: “Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja.”
Sambungan;
ReplyDeleteKatanya, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja.
“Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: ‘They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government’,” katanya lagi.
Kata beliau, dalam undang-undang ada dua keadaan iaitu ‘de jure’ dan ‘de facto’.
“Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Raja masih ada banyak autonomi.
“Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden Umno yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu. Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga Umno untuk menentukan sistem lebih sesuai,” kata Khoo lagi dan menambah, “akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan.”
Mengulas lanjut, Aziz berkata, Khoo perlu faham beza antara kedudukan teknikal dan formal dengan kenyataan atau hakikat, yakni sesuatu yang benar-benar berlaku.
“Sama seperti hari ini, Raja-raja adalah ketua agama. Soalnya apakah mereka benar-benar ketua agama dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah pentadbiran agama dijalankan oleh kerajaan?” kata beliau lagi.
Wasalam
Salam Dato',
ReplyDeleteNak hurai sikit perkara dlm komen Yangretibase,
"PAS juga menentang penjajahan British (walaupun Prof Khoo Kay Kim mendakwa British tidak pernah menjajah kita)."
Prof Khoo betul.. fakta sejarah:-
- British hanya menjajah Melaka, Pulau Pinang & Singapura sahaja di Tanah Melayu.. taraf negeri2 Melayu lain adalah naungan sahaja yg dipaksa terima penasihat British..
Negeri-negeri pertama terima penasihat adalah Perak, Pahang, Selangor & N9..
Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu hanya dibawah naungan British pada 1909 hasil perjanjian Anglo-Siam (48 tahun shj.). Yg terakhir terima penasihat adalah Johor 1914 yg sejarah lebih awalnya berkisar dgn penglibatan British dlm perang saudara takhta kesultanan.
Jika British betul2 menjajah, kita akan terima nasib seperti benua kecil India yg tiada Sultan atau Raja.. cerita2 mereka yg nak menjatuh maruah bangsa kita bahawa terjajah fizikal selama lebih 400 thn yg lazim didengar adalah temberang belaka.. kita bukan bangsa senaif itu jika difikir balik bilangan bangsa kita ketika itu dibanding dgn bangsa India yg jauh lebih ramai tetapi terjajah mutlak..nenek moyang kita betul2 mempertahan maruah.
Sumber yg lazim berkata sedemikian itu sendiri adalah sebenarnya drpd bangsa tak sedar diri yg terjajah selama beribu-ribu tahun oleh bangsa2 dari Utara keturunan Jurchen, Tatar, Mongol & Manchu sehinggalah dibebaskan oleh hero bangsa mereka sendiri iaitu Mao Tze Tung.
"PAS juga menentang penjajahan Jepun, walaupun Jepun jauh lebih baik jika dibandingkan dengan British. "
- Sudah tentu bab "honour" janji ni Jepun jauh lebih baik..Dah tentu dasar pecah & perintah dan monopoli perniagaan mengikut kaum akan berakhir.. meritokrasi..British sayang gila kepada kaum Cina & aristokrat Melayu.. anak emas mereka.
British sendiri lepas Jepun kalah datang balik macam gengster nak buat Malayan Union (sejibik mcm konsep Malaysian Malaysia).. pada fikiran saya ini adalah untuk mengotai janji mereka kpd PKM yg membantu melawan Jepun melalui MPAJA..
Nasib baik Melayu bangsa bermaruah melawan kuat..kalau ikut harini Melayu jadi kuli batak pencacai je keja..tiada DEB alamat maha teruklah jadinya..terperangkap dlm pasir jerlus kemiskinan i.e. kekurangan zat makanan, tiada akses pendidikan dan peluang perubahan.. tiada jln keluar dari neraka dunia mcm kasta dalit di India.
Buat pertama kalinya British takut tengok bangsa yg di stereotype sebagai bodoh & malas bersatu.. kecut! Tak jadi Malayan Union & diganti Persekutuan Tanah Melayu guna sistem demokrasi raja beperlembagaan..
Tu lah dia punca kenapa PKM terus mengangkat senjata w/pun lepas Malaya merdeka..marah gila beb Chin Peng kpd British & Melayu ni..
Keturunan puak2 yg terampun PKM ni rasa2 byk dok kat parti mana hari ni? Onar 13 Mei pun sebahagian drpd sumbangan propaganda mereka juga.
Sekian, wasalam
("/)
Mat Sabu kata: Mat Indra (yang menyerang Balai polis Bkt Kepong) itu hero sebenar yg perjuangkan kemerdekaan. Ramai DILAPORKAN sebagai mendesak Mat Sabu tarik balik.
ReplyDeleteSaya kata: Mahathir Mohd (yg menghina Raja2 Melayu semau-maunya semasa krisis perlembagaan dulu dan juga berbohong dgn mengatakan Anwar mencederakan diri sendiri) adalah seorang yg banyak berjasa kpd Malaysia. Ada yg nak suruh saya tarik balik? Seronok tengok gelagat manusia...
dpd sejarawan
Sdr X-PAS
ReplyDeleteSdr berkata, "Saya rasa si Mat Sabu ni tak layak jadi pemimpin negara. His level of intelligence is GROUND ZERO !! Dia hanya layak jadi "RAJA LAWAK" bukan Timbalan Presiden."
1. Saya nak tanya sdr, tidakkah polimik peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Mt Sabu dan diperbesar2kan oleh UTUSAN MALAYSIA itu telah membuka mata banyak pihak yang berkepentingan hingga saban hari kita dengar banyak cerita yang tidak pernah atau jarang didengar sudah diperdengarkan?
2. Tidakkah tanggungjawab utama ahli politik mencetuskan isu atau masalah masyarakat yang darinya akan diangkat oleh pihak pembuat dasar untuk menjadi dasar baru kerajaan yang memerintah atau dibahaskan di Parlimen, setidak-tidaknya?
3. Atau, sdr menganggap peristiwa serangan Balai Polis Bkt Kepong bukan satu isu lagi kerana kita sudah merdeka?
...SAJI
Sdr Mat Kerbau
ReplyDeleteKerana sdr salah seorang yang kuat menghentam Mat Sabu, saya nak tanya, mengapa para pemimpin dan pendokong UMNO serta media massanya bermati-matian menghentam Mat Sabu daripada pelbagai sudut semenjak beliau diangkat menjadi Timbalan Persiden PAS?
Salam Datuk AKJ.. saya ni salah seorang silent reader blog datuk, tapi bila timbul isu komunis ni tergerak hati nak beri sikit komen.
ReplyDeleteBeginilah, bila diteliti ucapan Mat Sabu memang beliau tak ada sebut pasal komunis.. cuma kita2 sahaja yg melatah melenting tak tentu pasal. Mungkin orang melayu bila tersentuh hal2 sensitif mudah naik darah agaknya.
Mat Sabu hanya sebut pasal pejuang kemerdekaan yg tak di iktiraf kerajaan. Kalau nak sebut semuanya memang ramai. Pada pandangan saya kebanyakan pejuang2 pra-kemerdekaan yg tak diktiraf ini dari golongan bawahan macam saya juga. Cuma susahnya orang dulu2 ini.. orang bawahan tertindas, sukar mengeluarkan pendapat.. yg menindas boleh jadi Inggeris atau golongan bangsawan atau pro Inggeris (barangkali, kerana saya belum lahir waktu itu). Masa sekarang ini pun saya (dan mungkin kebanyakan orang) jika rasa tertindas, tertekan dsbnya mungkin terpaksa memberontak.. walau tak bersenjata macam dulu2. Tapi sekarang ada saluran pilihanraya, boleh 'memberontak' semasa mengundi, yg mana proses pilihanraya masih boleh dipertikaikan ketelusannya... maaf cakaplah.
Jadi cuba bayangkan orang dulu2 yg tertindas, kita gunakan akal berfikir. Azab yg mereka tanggung tak sama dgn susah orang kita sekarang.. tanpa mereka2 yg tak diiktiraf tersebut, mungkinkah semangat utk memerdekakan tanahair dikalangan orang dulu2 timbul...? Kenapa nama2 mereka seolah olah terpinggir? Apa sebab mereka ketika itu memilih berlainan ideologi? Betulkah Mat Indera itu hanya kerana mengangkat senjata berjuang dari hutan sudah tak ada agama? Sedangkan mengikut fakta, saya percaya Mat Indera seorang Islam. Siapa kita hendak mengkafirkan sesiapa..?
Saya peminat sejarah, saya membaca dan cuba cari di internet mengenai perjuangan orang dulu2 seperti Mat Indera, Pak Sako, A.Samad Ismail, Ibrahim Yaakob dsbnya. Kerana asasnya saya orang Melayu, saya cari artikel tokoh2 pejuang yg kurang diiktiraf ini. Betapa simpatinya saya bila nama2 tersebut tak diperkatakan tiap2 kali menjelang kemerdekaan. Mereka memulakan tapi tak dapat menyudahkan... hanya kerana penjajah melabelkan mereka komunis, kita semua sampai sekarang pun percaya. Mungkin ada yg benar2 komunis, mungkin ada yg hanya terpaksa berkerjasama, banyak sebab2 sebenarnya yg kita sekarang tidak tahu pun, tapi kita seolah olah macam hakim menjatuhkan hukuman.. Beri peluang juga pada Mat Sabu menjelaskan..
Saya harap biarlah kita sekarang jangan terlalu cepat menghukum, cuba kaji dahulu dan gunakan akal waras. Tak perlu platform politik kalau nak mengkaji sejarah sebenarnya. Semoga ahli2 akademik buatlah kajian semula, secara jujur... soal peruntukan, kan rakyat bayar cukai? Saya rasa rakyat2 yg bayar cukai bukan hanya dari penyokong pemerintah sahaja... yg berparti atau tak berparti pun bayar cukai.
Entahlah, tapi sedikit sebanyak saya ada rasa terhutang budi dengan pejuang2 kemerdekaan yg terdahulu.... yg tak diktiraf tersebut.. Wallahualam
Orang Muda 76
Sdr hang_nadim2
ReplyDelete"2)Perbincangan hangat sekarang ini mengenai kenyataan Mat Sabu adalah menarik perhatian saya. Bagi saya sejarah tetap sejarah biarlah ahli sejarah yang membincangkannya kerana mereka lebih arif.
3)Bagi saya yang penting, bagaimana kita hendak mencipta sejarah. Bagaimana kita hendak menjadikan Malaysia sebuah negara contoh, kepada negara Islam dan bukan negara Islam. Begitu juga, bagaimana kita hendak memajukan Malaysia. Kalau boleh lebih maju daripada Singapura dan Jepun."
Komen:
Kalau sdr golongan orang seni yang meliputi bidang senibina dan sebagai pengamalnya, sdr akan tahu bukan sahaja sejarah atau pensejarahan itu penting dalam proses mereka cipta produk seni baru, termasuk yang inovatif, bahkan pentingnya penulisan sejarah itu dilakukan secara sistematik dan saintifik atau profesional. Soalannya, adakah pensejarahan kemerdekaan negara kita telah ditulis sedemikian rupa?
...SAJI
Sdr affendi_hussain
ReplyDelete"..British sayang gila kepada kaum Cina & aristokrat Melayu.. anak emas mereka."
Mengapa ye? Maksud saya, mengapa British sayang gila kepada kaum Cina & aristokrat Melayu?
...SAJI
Saya nak tahulah apa jawapan Khoo Kay Kim kepada soalan:
ReplyDelete1.Jika hanya Melaka dan Penang saja yang dijajah, kenapa seluruh semenanjung diletak secara pukal dalam perbincangan kemerdekaan?
2.Kenapa pula dalam cadangan Malayan Union, British memandai-mandai meletakkan negeri-negeri melayu di bawah satu bumbung dan bukan terhad kepada Melaka dan Penang sahaja? Kenapa pula Singapura diasingkan?
3.Adakah kita mula mahu mengkategorikan Tok Janggut, Abdul Rahman Limbung, Mat Kilau dan Dato' Bahaman sebagai penderhaka kepada raja-raja melayu dan bukan penentang British? Maklumlah mereka ini semuanya menentang sistem cukai yang DIKATAKAN "diketengahkan" British dan kemudiannya di "endorse" oleh raja-raja melayu.
Nama saja Khoo Kay Kim ni professor. Kalau budak sekolah, kita boleh kata dia naif. Ini professor. Pakar. Takkan tak nampak yang Perjanjian Bangkok itu sendiri sudah melanggar daulat negeri-negeri melayu yang terbabit malah melampaui batas sebagai seorang penasihat raja.
Pemburuan dan penangkapan pejuang melayu seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbung, Mat Kilau dan Dato' Bahaman itu menggunakan hulubalang istana ke? Tenaga mata-mata British dari kalangan orang tempatan itu ikut arahan British ke arahan Sultan? Berapa cepat askar benggali dari Singapura dibawa?
Jangan sampai nak kata yang raja-raja melayu yang zalim pulak!
Pakar sejarah macam Khoo Kay Kim itu tak tahu ke dalam sejarah, dah berapa kali pewarisan takhta kesultanan melayu di gugat dan di ubah oleh British yang "tidak" menjajah?
Fed Up
Sdr Syafiq Abdul
ReplyDeleteJika sdr orang Melayu, adakah sdr setuju dengan gagasan 1Malaysia DSNajib? Tidakkah gagasan 1Malaysia itu juga tak ubah dasar PAS , TALK FIRST, THINK LATER yang sdr katakan itu?
...SAJI
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSdr Jinah dan yang sependapat dengan beliau.
ReplyDelete"Biar kisah sejarah silam diperdebatkan oleh ahli akademik yang pakar dalam sejarah."
Kalau sdr ikuti debat Dr Zakir Naik dengan padri2 dan pengkaji2 agama Kristian yang juga mengkaji Islam yang meliputi kisah Nabi Isa, khasnya serta soal -jawab selepas debatnya, saya percaya, sdr akan mengatakan kemunculan Dr Zakir selepas Syeikh Ahmad Deedat merupakan petanda jelas bahawa, bidang sesuatu ilmu yang kita kata secara tradisinya dimiliki oleh golongan ilmuan atau pakar tertentu seperti di negara ini Prof Koo Kay Kim dalam bidang sejarah itu ianya sudah mula diambil alih oleh golongan ilmuan atau pakar dalam bidang lain, dengan hujah2 barunya yang sukar ditolak oleh mana-mana pihak.
...SAJI
Tok Kadiaq,
ReplyDeleteBanyak betui tau pasai sejarah dari para pembahas.Cuma Melayu cepat lupa Tok!
Bulan depan baguih mana pun bukti siap dgn video sekali pun ,tak guna seduit.Mat indera tetap bergabung dgn komunis serang balai.
HISTORY IS WRITTEN BY THE VICTORS!saya ulang sekali lagi,HISTORY IS WRITTEN BY THE VICTORS!
Kalu PAS nak tukaq sejarah,tumpukan pada dapat kan pengundi pangkah hangpa!Tu saja cara dan 1 hari pasti berjaya.
TK
Najib : Nampaknya kite berjaya alehkan perhatian rakyat!
ReplyDeleteSPR : betul tu dato'.mmg bijak.buat masa ni kami SPR senang nak daftarkan indon2 kawan2 mismah nih!
Dato Azeez : Dato Jib! I taw rakyat kita ramai yg susah.tapi kalau I tolong rakyat sendiri.tak glamor lah I nanti.of coz la I pergi Somalia.tambahlah glamor tu kami kena serang! nasib baik I sempat elak.bertambahhhh lah glamor I dato sri!
...
Rosmah : Azeez, u jangan tutup lak jasa2 BAKTI.knp depa tak tembak org BAKTI skali.glamor I nanti u....
Dato Azeez : Kak Ros, i taw I salah sebab masuk tak salam dulu dengan dengan tentera Somalia..sebabtu lah depa pikir kita ni org amarika...i tak terfikir..hisshh hisshh!
Najib : Jangan kalot, i dah kawtim dgn ahli kluarganya dah! kita dapat markah lagi! tapii....
Rosmah : Tapi apa bang Jib?
Najib : I susah ati sebab sebelum PRU13 ni I kena letak jwatan...kalau x ltak jwatan BN sure kalah teruk la..
man romeo
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteUntuk makluman.
ReplyDeleteKomen yang saya padam (deleted) adalah komen yang saya siarkan tampa mengetahui ada nama atau tidak.
Apabila saya periksa balik, tidak ada nama (sebenar atau samaran. Jadi saya terpaksa padam.
TOLONGLAH bagi nama. Samaran pun tak apa. No name no posting. Comprende?
Danker schoen.
mat sabu, mat sabu juga.
ReplyDeletemat indra, mat indra juga.
sejarah, tetap sejarah juga.
tapi 8 perkara & bersih 3.0 jangan lupa.
lee kuan yew dah bersuara.
singapura sedia berperang dengan malaysia.
jangan diikutkan sangat cakap si apek tua..
itu satu tektik durjana
untuk alihkan isu jpn, spr, undi pos & dakwat kekal selamanya
bukankah apco penasihat bn/umno?
p/s:
dato...sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang jurnalisma, dalam kamus journalisma, tektik ini dipanggil apa dato'? hehehehe..
- pejuang jalanan
oi..., akj.
ReplyDeletetolong jangan buat fitnah.
mat sabu, tak sebut pun komunis.
yang sebut, utusan meloya.
- benci fitnah.
Salam Datuk,
ReplyDeleteMat Sabu ni memang terkenal dengan meraih cheap publicity. Jangan harap la dia nak guna akal fikiran sebelum berkata2. Saya pelik kenapa dia dipilih sebagai party top brass. Sama ada diorang tersilap pilih dia ataupun memang dasar parti yang suka nyakitkan hati orang.
Orangutan Penang kata, "Bulan depan baguih mana pun bukti siap dgn video sekali pun ,tak guna seduit.Mat indera tetap bergabung dgn komunis serang balai."
ReplyDeleteSaya ni bukan cenderung parti mana-mana. Malah saya selalu sebut dan kempen kat blog ni supaya ramai-ramai pangkah calun dan bukan pangkah parti.
Luangkan masa cerita panjang-panjang ini pun sebab harapkan anak bangsa kita jangan tak kenal akar sendiri.
Gini lah. Bagi orang muda yang memang betul-betul minat, boleh pergi ke Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12). Ini kampung penempatan ORANG MELAYU yang merupakan bekas ahli PKM. Penempatan ini dibina selepas pengamponan beramai-ramai ahli PKM sempena perjanjian damai Malaysia-PKM pada 2 Disember 1989.
Tanyalah, kenapa ramai melayu yang join PKM malah tidak tergugatkah islam mereka.
Di mana? Tanyalah Pak Lebai Google; sebagai tanda anda benar-benar berminat.
Fed Up
Sdr Orang Muda 76
ReplyDeleteKerana sdr minat sejarah, saya cadangkan sdr kaji sejarah lain2 negara yang juga dijajah Inggeris yang sejarah rakyatnya memeprjuangkan kemerdekaan seakan-akan serupa dan buat perbandingan penulisan sejarah di antaranya. Andaikata tiada yang seakan-akan serupa, cuba cari yang dijajah oleh penjajah Barat lain. Tetapi kalau sdr telah melakukannya, saya harap sdr dapat bincangkan hasilnya di sini.
...SAJI
Salam Datuk Kadir,
ReplyDeleteBoleh komen sikit komentar saya ini.
bila timbul isu ni, semua sibuk nak bercakap itu ini. Dia ni hero, dia tu pengganas.
Tapi jika negara tak aman, semua nak serahkan tanggungjawab pada tentera atau polis dan mereka duduk sembunyi dalam rumah.
Yang pergi berperang dengan komunis atau kena serang hendap oleh komunis dulu, samada polis atau tentera.
Memang itu tugas pilihan kami, tapi kalau pembahas tak pernah mengharungi pengalaman berdepan komunis, tak perlu lah jadi lebih sudu dari kuah.
Pergi lah jumpa ahli keluarga yang kehilangan suami atau bapa dan bertanya apa perasaan mereka yang kehilangan tempat bergantung demi keamanan negara.
Bahkan dulu, sebelum pergi operasi pun, isteri dan anak sudah mengalir airmata melihat kami melangkah pergi, entah balik entah tidak.
Jadi, sebelum bercakap, elok lah berfikir dahulu. Jangan jadi seperti Mat Sabu.
KRISIS DALAM GEROMBOLAN
ReplyDeletesetelah satu minggu kempen anti mat sabu
setelah satu minggu lebih kempen anti mat indera
suasana sudah jadi kacau bilau
ramai warga semakin sedar
siapa sebenarnya perjuang kemerdekaan
dan siapa pula yang khianat
akhirnya gerombolan sedang ngelabah
kenapa ngelabah?
dalam kes rumah pasong bukit kepong
serangan gerila ke atas rumah pasong ini berlaku pada 23 Februari 1950
tarikh ini menjadi masaalah
kerana jelas rumah pasong ini
adalah rumah pasong mat saleh
sekali lagi pembohongan ini telah kantoi
ini disambut pula dengan buku
resmi kerajaan negeri johor
dimana mat indera telah iktiraf oleh kerajaan johor sebagai pejuang kemerdekaan
kantoi lagi
lalu seorang mamat bebal bersuara
mat bebal ini ketua penerangan
bukan kecik anak
lalu mamat bebal ini
buat satu teater
mat bebal ini berkata
askar dan mata-mata
yang bertugas ketika rumah pasong ini diserang ialah soldadu dan mata mata negeri johor
nampaknya sebelum 31 ogos 1957
johor telah merdeka
kerana merdeka terlalu lama
maka susahlah otak ketua penerangan gerombolan ini hendak nak merayau rayau berfikr hasilnya keluar lah kenyataan bangang ini!
katanya..
Polis Bukit Kepong adalah POLIS KERAJAAN NEGERI JOHOR, bukan Polis Penjajah British >
Halim Tuah, Peg Penerangan UMNO M'sia."
lagi di:
http://twitter.com/#!/search/halimtuah
halim jebat
semuanya salah penkaji sejarah yang pro pemerintah (senang cerita geng umno la)
ReplyDeletelain kali cuba berfikir secara tengah-tengah, semua pihak termasuk komunis mahu atau tidak ada usaha membebaskan diri dari penjajahan.cuba la rangkumkan dan keluarkan fakta yang bebas. ini banyak mengampu dalam bersejarah.
yang kerjaan sekarang pun sama, baik pentadbiran sosial ke politik ke, sentiasa cuba untuk membuat pengasingan blok antara penyokong dan pembangkang.
dah mcm budak2, kau sokong aku aku kasi seringgit.aku sendiri sebat 9 ringgit.
saya berpendapat kita memasukkan politik dalam semua hal itu yang menjadi punca awal masalah.walhal jelas sepatutnya kita masukkan elemen islam dalam semua hal.
mungkin kita patut hayati sirah sahabat ketika peperangan antara s. aisyah dan s. ali.boleh juga kita rujuk kes dimana terdapat golongan syiah yang mengutuk sahabat nabi yang berjuang dengan nabi dan selepas nabi wafat dll.
Generasi bundle
saya setuju dgn seorang pengomen tentang bisunya 'pertubuhan sejarah malaysia' dan pertubuhan yg sewaktu dengannya tentang isu ini. malah saya langsung tidak tahu pertubuhan sebegini wujud dinegara ini dan apa fungsinya. jika betul ia ujud, inilah masa yang paling sesuai untuk menonjolkan diri dan menjustifikasikan apa-apa peruntukan yang telah dilaburkan kepada petubuhan ini samada dengan duit rakyat atau duit dari sumber lain. walau macamanapun saya yakin pihak yang berupaya dan sudah memutarbelitkan sejarah tentunya dari pihak yang berkuasa dan memerintah kerana mereka sahaja yang mempunyai kuasa dan peruntukan untuk melakukannya. percayalah jika pihak lain pula yg memerintah pasti akan berlaku pengubahsuaian lagi dalam sejarah negara ini.
ReplyDelete
ReplyDeletesaji said...
Sdr Mat Kerbau
Kerana sdr salah seorang yang kuat menghentam Mat Sabu, saya nak tanya, mengapa para pemimpin dan pendokong UMNO serta media massanya bermati-matian menghentam Mat Sabu daripada pelbagai sudut semenjak beliau diangkat menjadi Timbalan Persiden PAS?
1:36 PM
Tak ada sesiapa nak hentam kalau Mat Sabu tak buat kenyataan bodoh, dan menipu. Tak payah tunggu UMNO je nak hentam.
Dah jatuh motor, dituduhnya kena langgar land rover.
Ditipu lagi kepala lutut kena pasang besi. Haii, tanya la doktor, kalau kepala lutut kena pasang besi, dah tentu kena pakai cast.
Dah sertai perhimpunan haram, buat tuntutan perubatan pada agensi kerajaan pulak. Abang kandungnya Lim Guan Eng, pulak defend lagi, perhimpunan haram start pukul 2, dia jatuh motor pukul 12, polis langgar. Haii, memang betul laa kaki penipu belaka.
Dah angkat pengganas komunis jadi wira menentang penjajah, dituduhnya UMNO tipu sejarah. Kalau macamtu, halal kah bunuh dan bakar wanita dan kanak-kanak di Balai Polis Bukit Kepong, atas nama kemerdekaan?
Yang penyokongnya, seperti biasalah, taksub dan sokong membabi-buta. Kesian... kena tipu lagi. Seperti Tudung Saji.
Sdr Saji,
ReplyDeleteBritish memang sayang gila dgn Cina pasal mereka mmg pandai kow tow & ambil hati org yg berkuasa.. (yg ni rasanya org politik UMNO maha faham krn mereka dah ambil alih tempat British). Kalau tak takdak lah bagi subsidi & mcm2 keistimewaan kpd senarai org2 terkaya Malaysia yg 85% bukan Melayu.
Tgk saja Kuala Lumpur yg asalnya dibangunkan oleh Raja Abdullah, last2 yg dpt nama Yap Ah Loy..Yap Ah Loy ni pandai, dia bukan dtg sorang tetapi bawa masuk beratus-ratus Yap Ah Moy..
Aristokrat Melayu ditatang pasal mereka tau org Melayu ni amat setia kpd Raja mereka..pantang durhaka.. sejarah terbukti bila Sultan masuk Islam, automatik rakyat pun ikut masuk Islam, tak perlu paksa2..sebab Raja-Raja Melayu adalah org Melayu sendiri..tak mcm kat China, Maharaja mereka bukan bangsa mereka.. Ada diantara org2 Cina ini adalah pemberontak yg lari kerana diburu semasa Pemberontakan Taiping menentang Dinasti Manchu & dtg bersama British ke Tanah Melayu..
British bijak & faham sgt budaya Melayu & takut kalau Sultan ini marah dan dihina secara terang2 mcm dilakukan kpd Raja2 di India, maka hasilnya akan terbalik makan diri mereka pula..i.e. penentangan bersepadu org Melayu. Mereka tahu lain padang, lain belalang.
Askar gurkha & punjabi ni adalah askar setia British, mereka sendiri tak percaya 100% org Melayu mampu jaga kepentingan & keselamatan mereka mcm puak2 ni..konsep yg sama diambil oleh LKY pemerintah Singapura.. tetapi British tahu dimana nak menggunakan tenaga org Melayu - menjaga keluarga & tanahair mereka sendiri.. tetapi Melayu skrg ni dah terbalik, rela gadai keluarga & tanahair sendiri malah ada yg rela panggil diri pendatang.. (kalau mata biru, 'blonde' asli, gelap pekat, bibir seinci atau mata sepet yg bukan variasi genetik di Nusantara, saya boleh terima pernyataan tu.. mcm lah zaman dulu ada konsep sempadan genetik.. sungguh tolol!)
Sebab tu bila Jepun langgar Singapura pasukan Lt. Adnan di tinggal terkontang kanting lawan Jepun sorang2.. "well, your house.. pls takecare.. tell me once this over..bye2."
Zaman British paling tinggi jawatan tentera boleh dpt Lietenant je kot..
Lepas ni tak tau lah kot2 ada org politik lagi nak kata Lt. Adnan tali barut British juga..
p/s: Dato', Zaman dulu2 tak pernah pun saya tau siapa isteri Tunku Abd. Rahman, Tun Razak & Tun Hussein, zaman Tun Mahathir & Tun Pak Lah pun tak ingat mcm mana nada suara isteri2 mereka..tetapi bila zaman Najib semua org tau mcm mana gaya lengok, penampilan, riak wajah dan suara isterinya.. lebih sudu dari kuah..
wasalam
("/)
Bila buku Pendidikan Islam di punahranahkan, Buka pula buku sejarah, Buku sains dan biologi taknak percaya langsung. Buku geografi bab tanah dan galian tajuk 'Tanah digondol di hulu" - sebab tu ada bloger kata, dulu peneroka lari ke bandar sebab dihalau komunis, sekarang dihalau MB.
ReplyDeleteSekarang buku sejarah kembali hangat.
Kalau budak pro Math, dia gagal dalam sejarah..sebab dia xsuka menghafal.
Kalau nk suruh sebut semua pejuang yg menentang Inggeris sebagai pejuang kemerdekaan.. keturunan tukang buat keris zaman Tok Janggut pun nak nama moyang mereka di letak sama, sebab dia ada sipi2 kearah menghalau Inggeris..
Mazlan Azman
Kalau Prof Khoo Kay Kim salah..camna pula kenyataan Karpal Singh?
ReplyDeleteKalu Khoo Kay Kim di gelar Prof Kangkung..mcm mana pula dengan Karpal Singh
Kerana Karpal juga sanggah kenyataan Mat Sabu yg sokong perihal Mat Indra bunuh bangsanya sendiri di bukit kepong.
Dulu Khoo Kay Kim dipuja dan diangkat melangit kerana mahu sambutan merdeka dibuat pada 16 sept. Takkan tak masuk poket sendiri terus melatah panjang.
Ops..terlupa, mereka kan dipimpin anugerah Tuhan..
Mat CD~
Sdr hang-nadim2
ReplyDelete(sambungan)
"3)Bagi saya yang penting, bagaimana kita hendak mencipta sejarah. Bagaimana kita hendak menjadikan Malaysia sebuah negara contoh, kepada negara Islam dan bukan negara Islam. Begitu juga, bagaimana kita hendak memajukan Malaysia. Kalau boleh lebih maju daripada Singapura dan Jepun."
Komen:
Bagi saya, asasnya sudah ada yang meliputi dasar2 perintah yang seadanya.Tetapi dibelenggu masalah pelaksanaanya. Maksud saya, tumpuan perlu diberikan kepada usaha mengatasi kelemahan aspek2 pelaksanaannya.
...SAJI
Saji,
ReplyDeleteMat Syabu kalau dia ahli Umno dia tidak ke mana. Jadi Ketua Cawangan pun tak merasa. Qualiti kepimpinan dan inteleknya tak sampai ke tahap Ketua Cawangan Umno. Jadi Timbalan Presiden Pas bolehlah!.
Mat Syabu jadi tukang karut bolehlah! He is not the right material to be a national leader. A man who always speaks with zero substance. When he speaks, he speaks so foolishly without using his brain. He is just like a clown,period!
X Pas
isu ini membuat saya merasa ingin tahu apa sebenarnya 'communism'. melalui wikipedia saya dapati komunisma mempunyai banyak cabang, sperti 'marxism', 'leninism', 'stalinsm', 'maoism', 'prachanda path' (nepal), dan beberapa lagi. satu perenggan dari wikipedia menepati isu yg dibangkitkan mat sabu:
ReplyDeleteCommunism and Islam
From the 1940s through the 1960s, Communists and Islamists sometimes joined forces in opposing colonialism and seeking national independence. The Tudeh (Iranian Communist party) was allied with the Islamists in their ultimately successful rebellion against the Shah in 1979, although after the Shah was overthrown, the Islamists turned on their one-time allies.
maaf saya hanyalah orang kebanyakan dan tidak berpelajaran tinggi. pengetahuan saya dalam sejarah negara amatlah cetek dan hanya berpandukan bacaan selamba dan ringkas dari berbagai artikel.
Sdra Saji,
ReplyDeleteKerana sdr salah seorang yang kuat menghentam Mat Sabu, saya nak tanya, mengapa para pemimpin dan pendokong UMNO serta media massanya bermati-matian menghentam Mat Sabu daripada pelbagai sudut semenjak beliau diangkat menjadi Timbalan Persiden PAS?
comment:
UMNO dan media hentam Mat Sabu bukan masaalah saya.
Saya hentam Mat Sabu kerana beliau seorang pembelit dan tidak layak jadi Timbalan Presiden PAS. Seorang tokoh pemimpin besar PAS membuat statement yang janggal dan tidak masuk akal.Saya dikalangan pewaris kepada keluarga Polis yang terkorban di Balai Bukit Kepong dan statement Mat Sabu adalah satu penghinaan kepada kami.
Saya bukan Mat Kerbau! Jangan menghina saya.
Mat Kerabu
Apa nak emosional sangat tentang komunis ni. Kerajaan Malaysia kan tandatangan satu perjanjian dalam tahun 1989 dgn PKM dan Chin Peng. Ini bermakna satu tacit recognition dari kerajaan kpd PKM. Kalau kita tidak yakin dan percaya kpd sesuatu pihak adakah kita sanggup menandatangani perjanjian dgn pihak itu?
ReplyDeletedpd: Kantoi.
Salam...
ReplyDeleteBagi saya, subjek sejarah adalah sangat subjektif. Langsung tidak bersifat objektif. Selama-lamanya nama pun sejarah, setiap orang mempunyai pandangan/ ulasan/ pendirian yang berbeza. Marilah kita raikan perbezaan pendapat dengan saling berbincang, hasilnya mungkin untuk kebaikan bersama walaupun akan menambahkan perbezaan. Azam.
Sdr Sallyaww
ReplyDelete"Saya turunkan catitan Allayarham Ismail Adnan penulis buku Pengukir Nama Johor.
Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".
Ada sdr terjumpa di mana-mana dalam catitan sejarah yang menjelaskan bagaimana penjajah Inggeris mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu dalam semua aspek bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam dan keturunan raja bernama Tunku Abdul Rahman itu adalah seorang yang dicari-cari oleh penjajah Inggeris dan rakyat Tanah Melayu dalam usahanya menagani desakan rakyat Tanah Melayu menuntut kemerdekaan.
...SAJI
Sdr Bekas Tentera,
ReplyDelete1. Dalam masa senang orang lupa polis dan tentera. Zaman darurat, dengar bunyi trak dan kereta perisai tentera dah rasa lega dan selamat;
2. Geng-geng muda mereka tak lalui semua ini. Di Kampung saya ramai orang susah yang pergi pugar hutan kena turun bukit sebab diancam komunis. Mereka tumpang kampung kami buat rumah buluh dan dangau;
3. Ramai suku sakat saya masuk tentera dan polis. Ayah saya masuk Home Guard dan dapat senapang patah;
4. Ramai classmates saya masuk polis dan tentera. Seorang terperangkap semalaman di pangkal pokok diserang hendap oleh komunis di Sawarak;
5. Seorang lagi sangat perkasa dan dapat pingat Paglima Gagah Berani. Masa jadi Lt. Kol dia mati.
6. Tapi orang kita, apatah lagi orang politik, mudah lupa.
7. Saya ucap terima kasih kepada polis dan tentera, walupun seorang pegawai tentera pernah maki saya.
Terima kasih.
Sdr Mad
ReplyDeleteCommunism and Islam
Ada beberapa persamaan di antara doktrin Communism dan Islam yang memungkinkan "Communists and Islamists sometimes joined forces in opposing colonialism and seeking national independence" membabitkan sistem sosio-ekonomi atau muamalat, khasnya seperti menolak perniagaan secara monopoli, kekayaan negara berleggar di kalangan segelitir yang kaya dan mengambil keuntungan berlebihan atau, dalam Islam, keadilan dalam bermuamalat.
Atau, dari sudut lain, ia berlawanan dengan sistem ekonomi penjajah Barat yang berteraskan fahaman kapitalis itu, khasnya dari segi penwujudan golongan pemodal.
...SAJI
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteParti Pas nampaknya tak mampu lagi untuk mempertahankan Mat Sabu,mereke cuci tangan dan nampaknya Mat Sabu akan kesaorangan akhirnya bila kesnya dibawa kemahkamah, masih tidak kedengaran suara Kapal karam nak membela Mat Sabu.Orang pengamal undang undang mesti tau fakta,kerane mereka kuat membaca.
Satu perkara yang bole diiktiraf dengan keceluparan mulot Mat Sabu ni ialah:
1.Kerajaan pimpinan Najib baru nak bukak mate bahawa perlu untok mereke melihat kembali tentang kebajikan ahli keluarga mereke yang terlibat didalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia.
2.Sejarah semestinya dimasukkan kedalam matepelajaran wajib lulus,dan para pakar sejarah perlu berusaha untuk mengemaskini sejarah tanahair untuk perinkat rendah dan menengah,dan peringkat universiti mesti ade tesis berkenaan sejarah.
Pelik campor aneh Tok. Umno dah dok menyawa ikan, pok pak pok pak nak mati.
ReplyDeletePas dok ranggi macam merak jantan. Kembang ekor.
Dok tak dok, Mat Sabu puek selugguh, Pas menyawa ikan, Umno jadi merak jantan.
Najib kena rekemen Tan Sri kat Mat Sabu. Sekali dia kentot, Pas masuk dalam abu.
Malu jadi orang Tanjong Tok. Semua tak buleh pakai. Pak Lah tidor, Anwar dok berjaga, Mat Sabu merapu.
Betoi-betoi macam watak Labu Labi.
Kamjat Penang
Salam Dato'
ReplyDeletePELBAGAI USAHA MEMATIKAN MELAYU DAN ISLAM MALAYSIA:-
1.Biar yang tua tua saja kemasjid dan surau.
2.Galakan yang muda hiburkan hati sepenuhnya ,jikalau bolih sepanjang masa...tak sempat nak kesurau dan masjid.
3. Dapatkan muka muka yang nampak `lebai' sikit untuk cakap hal hal ugama dan caci ugama islam dan orang islam dsb.
4.Dapatkan seramai mungkin melayu melayu yang kecewa,dan gunakan mereka untuk kutuk melayu pemerintah,pentadbir dbs...letak nama melayu liberal ka,melayu baru ka,melayu moden ka dan apa pun,biar sedap didengari.
5.Ramai ramai bantai polis,tentera,
badan kehakiman....untuk senang memporak peranda negara nanti.
6.Ramai ramai kutuk dan kalau bolih hentam dan kuburkan SPR...
7.Ubah dan padam sejarah TANAH MELAYU sebanyak mungkin....
TUJUAN INI SANGAT JELAS PADA SAYA......
HANYA MELAYU BOLIH JAHAHAMKAN MALAYSIA!. GUNAKAN MALAYU SEPENUHNYA UNTUK JATUHKAN MALAYSIA...
HANYA TINGGAL MALAYSIA,IRAN,OMAN, QATAR,BERUNAI DAN INDONESIA...yang lebih besar dan gagah sudah punah dan lingkup diIraq,Mesir,Tunesia, Arab Saudi,Kuwait,Libya dll.
USSR dan lingkup, depa tak dapat bungkus CHINA,depa `corner'dan bantai negara islam...
Tak dapat sekarang depa cuba generasi anak kita,kalau tak dapat juga depa cuba generasi cucu kita.......
TAPI MEALYU TETAP MACAM DULU JUGA.....yang pandai sikit sikit tipu yang ramai bodo bodo!.
YANG pandai sikit sikit ini KENA TIPU OLIH MEREKA sepanjang masa!!
Abu Bakar Ab Rahman
OI MELAYU SEMUA, hampa nak lingkupkan negeri ni betui betui ka?...Anak cucu cicit nak merempat
Mahaguruku yang dihormati Scribe
ReplyDeleteSalaams
In The Abode of Dignity
(bersih cekap amanah amin)
Yang dihormati Bung Ruhanie
Salaamun-salaam
Indah bahasa Menteri Besar Darul Takzim yang bertuah lagi terpelihara kursi singgahsananya. Subhanallah.
Lunak bahasa MB Ghani Jauhar membawa pesan berpautkan peringatan. Merdu bak buluh perindu. Merdu semerdu suara yang tidak akan terasa asing dan janggal. Teringatkan kita mahasiswa meniup seruling - Perindu 4A berpagarkan parit di seberang Tanjung dan Kemboja. Dia kekandaku si peniup seruling itu. Alhamdulillah.
Melayu mudah lupa. Bezanya kita dari mereka. Orang UMNO baik yang lama mahupun yang baru. Sayap kiri dan kanan; kasar dan keras. Kalau zalim itu, tidak mahulah kita. La ilaha illallah, muhammadur-rasuulullah.
Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berpelembagaan.
Orang Islam tahu membeza, baik yang si-miskin mahupun yang kaya. Berdirilah di atas prinsip kebenaran. Allahu akbar.
Terima kasih kembang kemboja
Salam takzim pohon kekwa
Hidup aku hidup beraja
Mati aku mati bertaqwa.
Kepada Allah berserah. Amin.
Terima kasih jaziran wa syakiran
kita hanya nampak British yang sayang gila pada china, tapi kita tak nampak hampir semua pemimpin melayu juga sayang gila kepada china.
ReplyDeleteLihat Najib sekarang, dengar cerita Tauke gula dah beli kapal emas berharga RM 7 bilion.
Untuk siapa? siapa yang berbaik dengan dengan tauke gula sekarang ini.
Kalau dulu Tun Mahathir yang sayang gila kepada cina sehingga tauke china yang kecil kecil jadi kayaraya mengatasi segala.
Siapakah yang memberi harta kepada orang china di negara ini sehingga hampir semua bangunan yang mencangkar langit di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan johor baru semuanya milik china.
British yang ajar pemimpin melayu sayang gila kepada china. sebab itu tanah milik melayu atau rezeb melayau dijual kepada china tak berganti lagi hingga hari ini.
DAKJ, maaf saya tanya.
ReplyDeleteDalam pengalaman DAKJ atau cerita yang DAKJ dengar masa tu, komunis yang ditakuti itu adakah yang berbangsa melayu?
Dalam pengetahuan saya (secara perbandingan), di Temerloh orang kampung jadi susah bila berdepan dengan askar Fiji, Gurkha dan Benggali yang dibawa masuk British.
Saya bercakap khusus berkenaan asal-usul pembentukan Rejimen 10.
Oh ya. Dalam rekod berdokumen, ketua rumah pasong Bukit Kepong tu orang puteh. Mana dia pergi ye masa serangan tu? Dalam movie Jins Shamsuddin itu pun tak ada.
Fed Up
dato,
ReplyDeleteSetuju tak kalau saya katakan sekarang dato' lebih terbuka, dapat berhubung terus dengan 'pelanggan', bersedia menerima kritikan dan teguran dan juga dapat menilai perubahan sentimen masyarakat semasa berbanding dengan ketika bekerja di NST dahulu seolah2 seperti katak dibawah tempurung?
p/s:
x-pas dan mat kerabu a.k.a. kerbau jangan terasa dengan perumpamaan diatas ya..
mat cd...saifool nak jumpa hang malam nie..hehehe
minah ronggeng
Salam Dato',
ReplyDeleteTidak terkejut jika melihat fakulti pemikiran yg julang perjuangan Islam melalui ideologi komunis sbg pejuang sebenar kemerdekaan ini dtg daripada PAS. mereka adalah puak2 yg kecewa dgn "jin kapitalis" sehingga hanyut pendirian perjuangan asal sendiri & rela bersekutu dgn "syaitan komunis" demi mencapai cita2 politik.
Hakikatnya, sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia & iblis syaitan adalah penghulu ahli neraka. Tiada yg lebih baik walau memilih yg kedua utk ke "syurga".
Terbukti puak2 ini berkongsi pemikiran dgn Mat Indera. Sejarah telah berulang kembali.. Negara Islam dah jadi Negara Welfare. Bukankah konsep "welfare" itu acuan komunis? (Jaminan pekerjaan, pendapatan & sosial?)
Didalam Islam, umatnya wajib berzakat & jika difahami konsep ekonominya adalah bersifat "open end".
"man jadda wa jadda, wa man zaroa' hasoda". Maksudnya: Siapa yg berusaha dia akan berjaya, siapa yg menanam dia akan menuai hasil.
Tak terkejut juga jika fanatik puak ni adalah mereka yg mempertikaikan keuntungan Perbankan Islam. Zalim katanya. Para pendita buta minda ini tidak dapat melihat sumbangan zakat itu sendiri berkadaran dgn keuntungan & akan kembali kpd umat selain memberi peluang pendapatan yg baik kpd pekerjanya.(gaji/bonus - pun kena zakat pendapatan, geometrical effect, kesan berganda.)
Lihat sajalah tragedi fenomena 'cinta terlarang' ini :- pergulingan 'syahid'(?), pendokong panji2 roket, membela penzina menjulang panji.
Kaedah pemikiran PAS kini hanya mengikut sentimen semasa ibarat lalang. Tiada objektif jitu & tindakan mereka "do not begin with end in mind". Main sondol jer ke depan..mata di tepi.
Pernahkah mereka berfikir jika PKM yg menang di Malaya, sejarah negara pasti akan berubah seperti berikut :-
1- Chin Peng akan jadi Chairman seperti Mao Tze Tung (China) & Kim Jong Ill (Korea Utara). Apa pula jawatan bakal diberi utk balaci2 Melayu mereka?
2- Apakah pula status Islam di dalam sistem negara yg menolak agama? Bolehkah negara Islam yg dicanang gendang itu bertapak ?? (Mana maruah tokoh2 yg konon berpendidikan Islam & memperjuangkan Islam ni?)
3 - Konsep politik komunis adalah "close end" tak seperti demokrasi.. penukaran pentadbiran & perlembagaan hanya boleh dibuat secara dalaman.. bukan kaedah undi terbuka pilihanraya yg mana semua boleh memilih.. analoginya spt parti 'UMNO Komunis', yg memilih hanya oleh perwakilan.. anda suka kah?
4- Kesamarataan hak w/pun ekonomi tercorot? apakah perkara seperti kes di Perak takkan berlaku? (cina dapat tanah kampung 999 tahun, melayu masih kekal pajakan 99 tahun.. 900thn beza pun ada yg tak reti kira)
5- Komunis adalah anti-intelek & maklumat bebas. Sistem pendidikan sudah tentu takkan dinaiktaraf demi kesinambungan pemerintahan. Rakyat China rata2 tidak tahu ada banyak negara diluar sana & tiada akses bebas maklumat. Google pun angkat kaki. Cth keterukan akut adalah rejim Pol Pot Cambodia.
Lihat, siapa bakal kena kalau bukan Melayu? DAP pandai, subjek komunis ni adalah "soft spot" mereka.. cepat2 dia "cover up" supaya tak diserang... biar PAS yg jadi "human shield" di hadapan.. demi cinta yg sadis & menyedihkan..
p/s: Sejarah adalah untuk ambil pengajaran melalui analisa fikiran..yg dah lama tiada tidak boleh diadakan sama lagi. Bukan untuk diubah ikut citarasa & gaya bahasa.
Percayalah kpd Qadak & Qadar..'kun faya kun' Allah. Wallahualam. & wasalam.
("/)
Pembahas Minah Ronggeng,
ReplyDelete1. Setuju. Tak ada apa yang istimewa. Dulu saya makan gaji. Bila makan gaji,kita bukan tuan. Kita kuli. Bila jadi kuli,kita kena dengar cakap boss kita;
2. Itupun, setakat yang mamou dan di mana boleh, saya tetap tegur dan kritik. Sila baca balik ruangan Other Thots saya dalam New Sunday Times;
3. Di belakang tabir saya tegur, saya kritik dan saya nasihat, termasuklah Tun Dr Mahathir. Itu tugas saya sebagai pengantara. Kalau mereka cakap merapu, saya lapor cakap merepu mereka, orang gelak kepada saya dan tak undi mereka;
4. Mungkin bukan kerja saya, tapi hakikatnya pada masa itu majoriti rakyat undi Dr Mahathir dan BN. Tapi bila perbezaan pendapat di antara Boss saya dengan saya tak boleh diatasi lagi, sayalah yang kena berundur. Jadi pada tahun 2000 saya berundur;
5. Nasib saya baik.Tahu sikit sebanyak main saham dan melabur. Mula main saham tahun 1972 bila buat liputan Pasaran Saham Kuala Lumpur bagi pihak Bernama. Terima kadih Bernama. Berniaga pun boleh sikit-sikit; dan
6. Tapi, kalau saya berniaga dengan Kerajaan atau tulis dengan media arus perdana, saya tak bolehlah bebas macam tulis dalam majalah dan blog sendiri. Kalau asyik dok tegur PM dan Menteri, mana nak dapat projek? Pengarang MAP pun tentu tak berani siar tulisan saya. Salah satu "dosa besar" saya masa jadi pengarang NST ialah saya menyiarkan rencana Ramlah Adam yang kritikal terhadap Kerajaan. Rencara itu terbit pada Hari Raya Puasa dan pada hari yang sama, media massa tanya Tun Dr Mahathir di rumah terbuka beliau sama ada benar khabar-khabar angin saya akan dilucutkan jawatan. Itu cerita lama.
Terima kasih.
Salam Datuk,
ReplyDelete1. Golongan yang lebih muda belajar sejarah dengan ‘benefit of hindsight’, hanya buat ‘armchair analysis’ tanpa pernah disakiti secara fizikalnya walau sedikitpun. Sebab tu ada yang boleh ajak orang lain ‘raikan perbezaan pendapat’ tentang masa lampau. Cuba nafikan ; kalau kita ada pengalaman disakiti, bahawa tanggapan kita terhadap catatan sejarah akan lebih peribadi , ‘emotionally-involved’ dan ‘committed’. Saya tidak mahu disakiti seperti mereka telah disakiti, tetapi alangkah bagus kalau kita boleh ‘empathise’ sengsara mereka supaya kita beroleh kebijaksanaan yang serupa. Pun, kalau kita disogokkan dengan fakta yang tidak betul, tiadalah kita boleh membuat keputusan yang betul, dan tidaklah pula kita boleh mencapai kebijaksanaan itu.
2. Yang mengapi-apikan fahaman marxisme bahawa ‘ agama adalah candu masyarakat‘ itu adalah British, supaya Melayu menolak komunisme. Senanglah kerja mereka. Sedangkan penekanan komunisme lebih kepada menentang ketidakadilan sosial dalam kapitalisme. Yang itu tidak pula dihighlightkan oleh British.
3.Diacuankan oleh sistem pendidikan dan sistem penyebaran maklumat masakini , kita mengecop dan mendendang tanpa ragu siapa wira, siapa pahlawan, siapa pengganas , siapa petualang. Siapa dijulang siapa disanggah. Namun mereka yang melalui zaman sejarah itu tidak ada Google engine search, tidak ada kemudahan telekomunikasi untuk bertukar nota dan pendapat, tidak ada forum ilmiah seperti di sini. Bukankah ada satu masa dahulu Melayu keliru mana satu yang lebih jahat, British atau Jepun ?
4. Kalau Mat Indera keliru, atau tidak tahu, sedang ada setitik darah Mat Indera yang tumpah ke bumi atas niat mempertahankan watannya, saya doakan Allah himpunkan dia beserta orang-orang yang soleh. Yang sama juga untuk mereka di pihak balai polis Bukit Kepong, bila niat mereka adalah untuk mempertahankan watan. Aamiin.
Datuk,
Tidak ada apa yang subversif di dalam tulisan saya di atas ini. Hanya mengingat kembali catatan nota-nota kuliah yang lama. Perbincangan pembahas-pembahas Datuk di forum ini kali ini sangat-sangat ‘enlightening’. Masing-masing berlumba-lumba melapik hujah mereka dengan otoriti. Saya sangat-sangat menghargainya.
para pembahas sekarang ramai yang dah macam pakar sejarah atau pernah lawan kominis
ReplyDeleteMat sabu pulak baru kena kepong kereta polis masa bersih 2 dah tergolek macam tong dram. Tu belum dikerah pergi lawan kominis
Banyak perbezaan antara komunis dengan Islam.
ReplyDeleteKomunis kata Islam ni candu masyarakat. Islam kata komunis ni tak percayakan tuhan , tak ada agama. Komunis bila berkuasa, masjid tak boleh azan, umat tak boleh pergi sembahyang jumaat, manusia tak boleh ada agama.
Parti Islam nak berkuasa, kata apa komunis buat semua "correct, correct, correct".
Orang berpolitik memang gila, tapi politik adalah bersih suci murni.
Sapa bela komunis dia ni musuh awam nombor satu ( public enemy number one) samalah macam bela parti Kominis di Xian yang melarang umatsembahyang Jumaat dan Russia yang tutup terus masjid. Ramai kawan dari Tajikistan dan Uzbekistan, bukan tak tahu story depa.
Salam Dato' AKJ,
ReplyDeleteBerita ini adalah last kopek kemuncak PAS mahu menegakkan benang basah mereka membela Mat Sabu sebelum "surrender"..
Mereka mahu menjulang testimoni drpd adik Mat Indera, Baharom Shah Indera berusia 65 tahun. Nampak cukup solid & mantap.. siaplah kau UMNO kutuk abang tiri dia..
Tetapi, bila fikir2 balik fakta realiti & buat matematik budak sekolah rendah..
Peristiwa Bukit Kepong tahun 1950;
Umur Shah Indera pada 2011 = 65thn;
Justeru, dia lahir pada: 2011 - 65 = 1946!
Maka pada tahun kejadian itu umurnya adalah: 1950 - 1946 = 4 tahun.
Hebat keluarga Mat Indera nih.. umur 4 tahun dah faham apa erti siapa penjajah & pejuang w/pun masih belum mengenal alif ba ta & ABC;
".. Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan."
- dia tau & faham sendiri ka atau baru faham selepas dengar cakap org2 tertentu?
Tahniah PAS..sondol ke depan mata di tepi.. cuba lagi, kantoi.......
Hidup Isle! Hidup Mat Sabu! Mati Mat Indera! (dah meninggal pun, salah ke fakta?)
p/s: Dato' saya percaya ramai puak fanatik PAS diluar sana dah awal2 lagi telan hadam juadah ini tanpa fikir panjang mcm biasa..saya hanya mampu tersenyum simpul..
wasalam
("/)
Dato Kadir.
ReplyDeleteSekali lagi dalam komen Dato ada menyentoh nama Dr Mahathir.kami tahu dato memang baik sekali dengannya.Apa komen dato dengan interview yang di beri oleh Francis Yeo kapada Bloomberg yang mengatakan 30% dari untong projek IPPnya yang di bulldoze oleh Mahathir diberi kapada Mahathir.
Sabenarnya orang yang betul membuat UMNO dan Kerajaan Melayu purak peranda ia lah Mahathir.Masa ia memerentah salama 22 tahun ia tidak ada langsong membentok pemimpin perlapis.Ia hanya baik dengan Anwar dan hendak melepaskan jawatan PM kapada Anwar.Bila Anwar di Pecat tiada ada penganti yang credible.Kita memang tahu Pak Lah memang non performer sebab itu bila ia jadi PM ia memang jadi Joker.
Dato berkata dato buat duit dari pasaran saham.Berapa banyak yang Dato buat.Tak usah temberang la.Dato hanya membeli 10 lot saham
paling max.berapa sangat nak untong.Durian runtoh hanya datang kapada dato apabila dato masok dalam konsotium dengan dato Nazri,Dato Khalid membuat company nama Realmald untok memberi kumpulan NST dan TV 3 dari Halim saad.Kemuadian Realmild juda dapat projek privitise hospital services,ready care.Ini semua dengan berkat pertolongan Anwar semasa ia menjadi Menteri Kewangan.
Sekarang bukan Dato hendak berterima kaseh kapadanya tapi mengutok dia pula.
Hai ini lah Dunia zaman sekarang, banyak sangat kaki temberang.
Dato ,
ReplyDeleteSaya hairan kenapa kita membuang masa mendebat kenyataan Mat sabu mengenai Komunist dan Mat Indera.
Sama ada betul atau salah waallah wa alam.Tapi kita telah menyiarkan banyak fitnah,kenyataan bohong dan mengumpat.
Nabi Muhamad SAW bersabda"Di akhir zaman banyak umat akau yang meminum arak dan berzina,Ini bisa di maafkan oleh Allah.Tapi umat akau tidak akan bercakap bohong dan menfitnah kerana Dosanya amat besar sekali.Susah hendak di maafkan dosanya kerana orang kena fitnah perlu memaafkan dia baru dosa itu bisa di hapuskan"
Sdr Affendi Hussain
ReplyDelete"Tidak terkejut jika melihat fakulti pemikiran yg julang perjuangan Islam melalui ideologi komunis sbg pejuang sebenar kemerdekaan ini dtg daripada PAS. mereka adalah puak2 yg kecewa dgn "jin kapitalis" sehingga hanyut pendirian perjuangan asal sendiri & rela bersekutu dgn "syaitan komunis" demi mencapai cita2 politik."
Nak tanya sikit, maksud cita2 politik tu apa?
Orang Muda 76
ReplyDeleteSalam Datuk AKJ dan pembahas semua
Sdr Hanezam,
Saya tertarik dengan ulasan anda. Sedikit sebanyak membuka minda saya. Benarlah, apa2 juga tujuan kita segalanya bergantung kepada niat.
Saya tak melalui penderitaan dan sengsara semasa zaman penjajahan, cuma merasa kemiskinan semasa zaman saya kecil dan remaja. Lama-kelamaan semakin banyak pengetahuan am dan sejarah yg saya terima, dan juga perkara2 baru di masa sekarang menyebabkan terfikir, apa sebenarya kaitan sejarah dahulu dengan keadaan sekarang. Andai sejarah dahulu yg tak terjadi... andaikan terjadi, apa agaknya yg berlaku sekarang...?
Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur, negara kita aman makmur. Banyak juga kemajuan hasil dari kerajaan. Cuma.... sedikit terkilan dengan "gaya dan tingkahlaku" pemerintahan sekarang... maaf cakaplah.
Terima kasih juga polis dan tentera, tak sanggup saya mempertikaikan jasa2 mereka yg berniat mulia mempertahankan negara.. diulangi, yg berniat mulia sahaja.
Tak kira berhaluan kanan atau berhaluan kiri, andai niat mempertahankan watan... itu sudah cukup mulia asalkan tak terpesong dan membawa lebih banyak kemudaratan. Untuk makluman, saya bukan penyokong mana2 parti, saya mengundi calon yg saya rasa sesuai menjalankan tugasnya. Tapi sekarang melabelkan sesiapa yg berhaluan kiri sebagai penyokong komunis hanya kerana tak sependapat, itu keterlaluan rasanya.
Sdr Saji,
Saya masih lagi belajar sejarah penjajahan kuasa2 besar dahulu. Banyak lagi perlu dipelajari, maklumlah kemampuan terhad atas banyak sebab. Cuma yg pastinya, kuasa2 besar dahulu ikut suka hati mereka membahagi-bahagikan wilayah dunia untuk mereka. Boleh pakat2 pula kuasa2 besar dahulu... haha..sekadar pendapat saya sahaja.
Saya pernah tersinggah di satu blog yg memperihalkan perkampungan di selatan Thai yg dihuni bekas2 radikal penentang penjajahan. Saya percaya mereka2 tersebut adalah umat2 Islam yg masih mengamalkan ajaran Islam dan budaya Melayu. Alhamdulillah. Kepada semua, saya berharap kita dapat berbahas dgn fikiran terbuka... kan kita semua sama2 dewasa..?
Terima kasih Datuk, kalau ulasan saya disiarkan.
Orang Muda 76
Sdr Sha
ReplyDelete"Mat Sabu ni memang terkenal dengan meraih cheap publicity. Jangan harap la dia nak guna akal fikiran sebelum berkata2. Saya pelik kenapa dia dipilih sebagai party top brass. Sama ada diorang tersilap pilih dia ataupun memang dasar parti yang suka nyakitkan hati orang."
Komen:
Tidak ada peliknya kenapa Mat Sabu dipilih sebagai parti top brass, jika sdr ambil tahu sejarah pemilihannya dulu yang menyaksikan Ustaz Nassa yang orang2 UMNO tumpang kempen mahukan Uztaz Nassa menang itu,tetapi Mat Sabu memenanginya. Lebih dari itu, ia suratan takdir.
...SAJI
Bagi sayalah, tak baik kita simpan dendam dan ungkit benda-benda lama ni. Lepas tu hentam kerajaan balik bila hidup dah senang dah sekarang. Kononnya, dengan alasan nak perbetulkan kerajaanlah. Memanglah orang muda-muda ramai yg tak perasan pun kena kelentong, TAPI orang yg diiktiraf ‘LAN’ cakap, sekilas ikan di air dah tahu dah jantan betinanya. Sekian TQ.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato' dan pembahas yang saya hormati.
Adalah harapan saya semua yang memberi pandangan dalam hal ini ikhlas dan keluar dari hati murni mereka dan tidak oleh kerana terpaksa berbuat demikian.
Majlis Profesor Negara (MPN)telah memberi pandangan bahawa Persekutuan Tanah Melayu tidak pernah di jajah British. Ada di antara mereka berpendapat bahawa apa yang kita katakan pejuang anti British sebelum ini bukannya pejuang untuk mendapat kemerdekaan tetapi adalah penderhaka yang hendak mengambil kuasa dari pemerintah.Jika ini adalah suatu kebenaran ingin saya mengetahui apakah sebenarnya kemerdekaan yang kita laungkan tiap-tiap tahun semenjak 31hb Ogos 1957.
Kita juga ingin megetahui pendapat MPN jika pihak kiri dikatakan sebagai penderhaka kerana hendak merampas kuasa pemerintah apa pula halnya dengan peristiwa krisis perlembagaan yang berkesudahan hapusnya kekebalan Sultan.Adakah memperkenalkan konsep 1 Malaysia kemuncak kepada visi British mewujudkan Malayan Union ?.Jika benar barulah saya faham dengan apa yang dikatakan era RAHMAN itu.
Saya harap soalan-soalan saya yang tersebut diatas diambil sebagai untuk mengetahui keadaan sebenarnya yang wujud di negara ini dari bijak pandai kita dan tidak dari desus desas sahaja.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.
Datuk Kadir,
ReplyDeleteBeberapa orang pembahas menyentuh tentang Perjanjian Haadyai tahun 1989. Saya tidak pasti samada mereka ini pernah membaca perjanjian tersebut. Tetapi berdasarkan kepada komen-komen mereka jelas samada mereka tidak pernah membaca atau tidak faham. Akibatnya komen-komen tersebut tersasar dari fakta sebenar.
Baca dulu baru tau.
Tok, nak mudah faham, saya buat analogi berikut:-
ReplyDelete1. Dalam PR, Pas dengar cakap DAP;
2. Kalau Chin Peng menang, orang macam Mat Indera jadi macam Pas dengan DAP;
3. Mat Indera berguling bagi pehak PKM macam Pas berguling lawan Raja di Kuala Kangsar;
4. Tapi kalau MCP menang, dah tak ada Rajalah. Islam pun dikawal macam di Rusia dan China;
5. kalau Chin Peng menang, banyak Melayu jadi kafir. Melayu macam Mat Indera atau Rashid Mydin jadi Chairman MCP, Ching Peng jadi secretary-gerenal. Presiden Melayu, Naib Presiden India, PM China. Pengerusi Presidium PKM (macam MT Umno) China. Ekonomi milik Cina, bahasa kebangsaan Melayu, Cina dan Tamil.
6. Orang macam Mat Indera samalah dengan Melayu2 yang ikut telunjuk DAP, MCA, MIC atau Gerakan. Jadi alat saja; dan
7. Johor tak ada hero, jadi buatlah Mat Indera hero. Desperados.
Awang Besar
Tuan Kadiaq..
ReplyDeleteJgn ada yg jd Prof kangkung sudah.. Smlm ada plak Sorang prof kata Negara Malaysia bulan dijajah.. Apa barang la punya statement.. Abih sambut kemerdekaan tu atas sbb aper..? Negara2 komanwel tu apa plak?
MPN bertegas mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah, kira betul lah tu. Pada sebelum 1957, Malaysia mana ujud lagi.
ReplyDeleteJika maksud MPN, semuah negeri-negeri melayu, kecuali Melaka dan Penang, tidak pernah dijajah, kenapa seluruh negara kita menyambut merdeka pada tarikh 31hb Ogos 1957 sejak tahun 1958.
Kenapa kita tidak sebaliknya merayakan "Hari Persekutuan"?
JIKA TIDAK PERNAH DIJAJAH, KENAPA DI DALAM UMNO LAMA ADA TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN?
Harap Profesor Zainal Keling sebagai kepala MPN atau Khoo Kay Kim sendiri menjelaskan kenapa Tunku Abdul Rahman digelar Bapa Kemerdekaan.
Saya juga berharap orang yang sama dapat jelaskan, kenapa Tunku Abdul Rahman melaungkan seruan merdeka di Stadium Merdeka, Selangor (walhal Selangor tidak dijajah) sedangkan sebelum itu beliau sudah melakukannya di Melaka (negeri yang pernah dijajah).
p/s saya agak orang muda tidak tahu fakta ini, sebab setahu saya padang tempat berkumpul (sudah lupa namanya - dulu tempat pelancung naik kereta lembu) sudah tidak ada lagi.
Fed Up
Sdr markona
ReplyDelete"Negara kebajikan dah lama terbentuk oleh BN. Ini tidak boleh dinafikan."
Bukankah Malaysia seperuh negara kebajikan seperuh negara kapitalis?
...SAJI
assalamualaikum wbt..
ReplyDelete1.seronok tgk org melayu berbahas sesama sendiri. kebebasan bsuara dan berpandangan 'halal' disini
2.tp seperti biasa, kita lebih senang mempertahankan 'tuan' kita dari fakta..kita lg senang bersentimen dari berpegang kpd fakta
3. berbalik kpd mat sabu, mat indera, komunis dan british..
4. demokrasi dan komunis adalah ciptaan yahudi. dua2 ni adalah komponen yg diajarkan dalam islam dan dipecah belahkan yahudi dan diberi tafsiran baru.
5. komunis malaya dibenci kerana KEKEJAMAN mereka kepada ORANG MALAYA/MALAYSIA!!
6. rakyat tempatan dibunuh, diugut, diperas, diculik. british dah balik depa dok bunuh org tempatan lagi. bukan bermakna kita sayang pd british. depa pon sama jahat
7. tak percaya jahatnya komunis, sila tanya org baling etc
8. masakan marah kepada british, org islam ditembak dan dibakar (ada yg dbakar hidup2)..
9. mereka berjuang melawan jepun kerana jepun jajah china ketika itu. mereka melawan british kerana perbezaan ideologi. arahan, latihan dan bantuan senjata datang dari negara komunis
10. mereka berperang bukan utk kmerdekaan malaysia ttp lebih kepada memperthankan paksi komunis (communist pact) sperti mana australia, british, amerika memperthankan paksi mereka
11. jangan samakan mereka dengan tok janggut, datuk bahaman dan pejuang melayu lain. ini satu PENGHINAAN!!!!!
12. dan mereka berjaya menyeludup masuk ke pertubuhan2, parti2 politik melyu, cina utk perjuangan IDEOLOGI mereka. sama seperti british memperkudakan sistem beraja dan elit2 melayu suatu masa dulu
13, seperti biasa, PAS gagah sebagai hero cakap dulu fikir kemudian..
14. mungkin sejarah kita belum dicerita habis. tapi mat sabu lebih kepada memutar belitkan sejarah
15. sayang saya kepada PAS kerana prinsip2 ISlam yg mahu dibawa, benci saya pada PAS kerana individu2 seperti mat sabu ini..
sekian, terima kaseeeeyyyy!!!
H.A.P.R.A.K dari loqstaq...
Salam Datuk....saya merayu kepada datuk untuk menyelesaikan masalah ini. sebagai org lama media sudah tentu datuk ada akses kepada golongan2 yg bercakaran ini baik dipihak pemerintah maupun pembangkang. Dah terlalu banyak andaian dan cerita mengenai kemerdekaan negara kita. dikedai kopi ramai yg mengatakannya termasuk anak sekolahan..mereka keliru..yg peliknya mereka tidak pula komen tentang mat labu tapi lebih kepada berbahas pasal mat indera...sebelum terlambat baik diperbetulkan semua. para ilmuan mereka ini perlu duduk semeja tak kiralah nak berdebatka, nak bincangkanka yg penting satu kebenaran dapat dicapai...sejarah tetap sejarah tapi biarlah selari dan diterima semua warga.
ReplyDeletecucu panglima hitam
Dato AKJ:
ReplyDeleteSaya orang Kulim diselatan Kedah.Saya pernah duduk di kawasan ladang getah anak kulim,ladang getag sg ular dan ladang getah sera.Bapa saya seorang mandur estet tersebut.Selepas merdeka dalam tahun 60an dan awal 70an kami selalu hidup dalam perintah berkurung 24 jam dan curfew sebelah malam.Kedah selatan adalah kawasan hitam.Banyak tentera dan polis hutan kita kena tembak dan terkorban.Ada juga penoreh getah kena tembak.Saya rasai sendiri keperitan hidup waktu itu.Bila hari raya waktu malam tak boleh keluar rumah kerana perintah berkurung.Oleh itu saya harap janganlah ada mana-mana pihak cuba menjadikab kominis sebagai hero pula.Waktu itu kami selalu dengar berita pasukan keselamatran kita terkorban.Pernah satu malam raya tentera bertemabk dgn komunis di jalan mahang.Oarng tua-tua didaerah Kulim masih terasa lagi kepahitan itu.Pernah kami berkurung disekolah kerana dengan tiba-tiba perintah berkurung.Kemudian kami dihantarv pulang oleh kereta tentera.harap insaflah.Janganlah kerana berpolitik sampai maruah bangsa Melayu jadi taruhan dan gadaian.Ingatlah benteng keselamatan negera kita terletak ditangan orang Melayu sahaja.Orang lain berada sebagai dokongan kita.Hari ini kita kondem orang terdahulu maka esok pula anak cucu kita hina kita pula.Bukan kerana menegak kebenaran tetapi kerana hendak cari kuasa politik.Saya nampak orang Melayu sudah menghampiri garisan menang sorak kampung nak tergadai.Orang Melayu jadi rela jadi alat dan hero pada orang lain.Cerdik pandai Melayu pun ada yang bertitle Prof Dr dan laih nya tetapi nampak ego dan riak sombong tersendiri.Kalau tak menongkah arus macam tak intelek dan terpelajar.Bila ada pendapat songsang sikit baru nampak hebat.Sekarang pun Melayu bukan hebat sangat.Kuasa politik pun sudah kendur.Ekonomi pun cukup makan sahaja.Cukup lah janganlah sampai Melayu jadi rugi segalanya.Yang cerdik jangan ego.Yang kurang cerdik pun janganlah somobong.Semoga melayu terus selamat di bumi Tanah Melayu.
anak penorah getah
.
Pembahas Bukit Larut kata beberapa pembahas tidak membaca perjanjian Haadyai 1989. Saya nak tanya beliau bacakah? Mengikut buku yg ditulis oleh Chin Peng, PKM mahu perjanjian tersebut diumumkan kpd semua rakyat tetapi Kerjaan Malaysia menolak. Terbalik pulak, PKM mahu lebih telus dan kerajaan yg kononnya mengamalkan demokrasi menolak.Chin Peng juga ada menyebut beberapa tindak tanduk kerajaan yg tidak selaras dgn perjanjian tersebut. Ini agaknya sebab kerajaan tak mahu orang ramai baca perjanjian itu. Semua dakwaan yg dibuat oleh Chin Peng dalam bukunya itu masih belum dijawab oleh kerajaan sehingga kini dan dgn sendirinya dakwaan-dakwaan tersebut boleh dianggap sebagai benar. Perlu disebut dakwaan-dakwaan Chin Peng itu bukan perkara remeh temeh tetapi merupakan substance dlm perjanjian tersebut.
ReplyDeletedpd: tak mungkir janji
Masya Allah MPN kata Malaysia/Malaya tak pernah dijajah. Nampaknya sama status dgn Thailand lah. Pandai sungguh MPN angkat taraf Malaysia/Malaya. Apa nak jadi dgn profesor-profesor kita. Dah miliki satu kemahiran baru...MEMBODEK. Begitu teruk sekali tercemarnya institusi-institusi di Malaysia. Saya ingat setakat peguam negara, polis, kehakiman, jabatan kimia sahaja yg tercemar.
ReplyDeletedpd: x prof & x bodek
Dato', banyak pengomen sini 'merapu' entah apa-apa kutuk mat sabu yang tak dak peluang bela diri melalui media perdana terutama tv. Kenapa tak diberi peluang setengah jam untuk rakyat menilaikan ucapannya samada dia menyokong komunis atau mat indera? Persoalan pokok tak di bincang. Ulas apa orang kata dan dengar. Saya percaya Dato' pun sudah keliru apabila mendengar dan melihat polimik ini tetapi dek disebabkan mahukan populis mungkin, Dato ulas juga isu yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada bangsa melayu.
ReplyDeleteCuba kita renung sejenak manusia bangsa melayu yang dikatakan penuh dengan hasad dengki baik dari segala serba segi, ekonomi, politik, sosial sentiasa bermain didepan mata.
Bila sesuatu isu bercanggah sikit dengan fakta yang dikatakan hakiki, kita bangsa melayu pun lompat macam kera kena belacan. Bukankah percanggahan pendapatan itu suatu lumrah waimah kita dengan anak kita pun tak lari dari konsep bertelagah demi mencari suatu yang jelas dan benar.
Pernahkah kita tanya kenapa Islam sendiri berlainan mazhab. Semuanya kerana ada perbedaan dan percanggahan tetapi akar Islam itu sendiri tidak reput dimakan anai-anai.
Jadi bila orang berbeza pendapat dan telahan janganlah kita menjadi batu api (terutama orang-orang politik) untuk memecah belah bangsa kita.
Saya hidup dua zaman macam Dato', dari dulu sampai sekarang kita asyik bertelagah pendapat samaada isu Agama sekali pun dari isu-isu yang kecil hinggalah yang ke sebesar-besar gajah kata orang kampung. Yang baca fathihah tak faham pun nak ulas pasai Agama apa tah lagi isu-isu semasa yang dipolitikkan. Orang Cina dan India menggunakan kesempatan ini untuk menekan bangsa melayu yang penuh hasad dengki tak kira PAS, PKR, UMNO. Kerana takut hilang kuasa atau memerintah, kita pula sanggup menggadai apa saja kononnya bersikap toleransi. Melayu hanya pandai berpolitik dan berpolimik sesuatu isu. Semuanya kerana pangkat dan kuasa. Pemimpin ynag hipokrit, talam dua muka bersepah dalam parti-parti melayu.
Kita berpolitik sepanjang tahun. Bangsa lain buat duit. Orang melayu politik 'kaut' sana sini kumpul harta tak jaga bangsa.
Suatu lagi sifat melayu suka mengungkit kesah lama. Yang buruk-buruk tentang kawan dan taulan. Syok bukan main. Tapi habuk pun tarak kata orang utara.
Saya harap Melayu bukan dari keturunan Yafith (anak ke tiga Nabi Noh a.s) yang menjadi Yakjuj dan Makjuj perosak manusia dimuka bumi sekitar 4000SM hingga 2SM. Bila ini terjadi, kita tiada apa lagi yang tinggal macam Makjuj monggol dan tartar di gurun EURASIA sedikit masa dulu.
Apa salah kita jadi bersatu sebagai suatu bangsa melayu islam dengan bertolak ansur dalam segala aspek keagamaan, siasah, ekonomi dan sosial.
Dato', ada lebih baik kita mencari titik persamaan dari mencari kelemahan orang, lebih banyak pahala yang kita dapat. Saya harap Dato' boleh mencetus idea kepesepakatan manusia yang berbangsa melayu ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah untuk menyedarkan manusia-manusia bangsa melayu kaki politik yang tak bertamadun (macam golongan Yakjuj Makjuj tartar dan monggol yang suka menindas, memusnah) itu lebih baik dari kita menyemarakkan isu-isu dan polimik orang-orang politik yang pentingkan kuasa.
Wallahuaklam....
anak mata-mata penjajah/polis Malaysia.
Sdra Saji,
ReplyDeleteApa yang kita persoalkan dan menolak sistem kapitalis?Saya kira dalam zaman globalisasi perkembangan teknologi komunikasi yang semakin canggih dan perhubungan dengan negara-negara lain sudah macam dah tak bersempadan lagi memerlukan pemikiran yang visionary. Kita dah jadi warga antarabangsa yang membolehkan kita berhijrah kemana sahaja didunia ini untuk mencari rezeki. Begitu juga capital. Kita boleh membawa keluar masuk capital dengan sekelip mata
sahaja melalui sistem electronic perbankan untuk
menjalankan urusan perniagaan dengan lebeh cekap dan efisyen lagi.Sistem capitalism adalah baik dan boleh disesuaikan dengan sistem Islam terutama mengenai tentang Hal riba', zakat dan pengagihan kekayaan.
Markona
Sdr Awang Besar
ReplyDeleteCara awak berhujah bunyinya macam negara kita merdeka daripada komunis. Kebetulan MPK kata British tak pernah jajah Malaysia.
...SAJI
Sdr Markona
ReplyDelete" Apa yang kita persoalkan dan menolak sistem kapitalis?Saya kira dalam zaman globalisasi perkembangan teknologi komunikasi yang semakin canggih dan perhubungan dengan negara-negara lain sudah macam dah tak bersempadan lagi memerlukan pemikiran yang visionary."
Sebelum saya jawab pertanyaaan sdr di atas saya nak tahu mengapa sdr tak jawab dulu pertanyaan saya berbunyi,"Bukankah Malaysia seperuh negara kebajikan seperuh negara kapitalis?"
Jika sdr rujuk komen2 saya sebelum ini mengenai isme kapitalis, saya persoal dan menolak sistem kapitalis kerana sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan di negara ini khasnya dikesan bercanggah dengan sistem ekonomi/muamalat Islam, dari segi keadilan dalam melakukan aktiviti muamalat di antara sesama Islam dan bukan Islam, seperti mengamalkan tender direct nego yang bercanggah dengan Sunnah Nabi, amalan monopoli perniagaan atau, takrif klasik Islamnya, menghalang barangan dagagan daripada memasuki pasaran terbuka yang bercanggah dengan prinsip2 muamalat Islam dan penggunaan jenis sistem kontrak pembinaan Barat yang dinamakan Price-in-advance atau maksud Islamnya al-Istisna'/Tempahan tidak diharuskan oleh mazhab Hambalim Maliki dan mazhab kita, Shafie'.
...SAJI
Sdr Saji,
ReplyDeleteMaksud "cita2 politik" itu adalah kura-kura dalam perahu.
Jika politik itu kotor & najis, hairan mengapa ada manusia yg konon suci, alim, bijak & mulia bertaraf "ulamak" masih juga bergelumang dgn permainan yang sama bermain dikubang yg sama tetapi mengutuk rakan sepermainan mereka kotor main najis tanpa melihat wajah mereka sendiri dalam cermin?
Mana yg utama dahulu kalau ikut sunnah Rasulullah s.a.w.. Politik atau Akidah sbg teras utama untuk membangun bersama Islam?
Analogi mudahnya adalah mana yg mudah diurus, boleh harap & tahan lama dlm apa jua keadaan & sempadan utk dua kaedah dibawah?:
a) Dicipline by culture
(mcm org Jepun)
b) Dicipline by enforcement
(mcm org S'pore)
Take your cue bro..
("/)
Salam Dato AKJ,
ReplyDeleteVIDEO
kpd anak mata-mata/polis & sesiapa yg belum pernah tengok video ucapan Mat Sabu, tengoklah kat sini
Ekstrak ucapan kontroversinya:-
"..hat serang bukit kepong tu lah pejuang kemerdekaan.. ketuanya Mat Indera.. melayu..."
Betul ka? lu fikir lah sendiri.. rujuk kembali dgn fakta2 realiti..
Siapa penyerang Balai Bukit Kepong?
"Pejuang kemerdekaan" yg ramai mati tu cina ke melayu?
Meletakkan perjuangan PKM setara dgn Tok Janggut itu suatu penghinaan besar.. Tok Janggut ada maruah, perjuangannya tulen & tidak bersekongkol dgn anasir2 luar mcm Mat Indera..
Mat Indera pimpin apa sebenarnya sampai bunuh & bakar org Islam ni?
Pernahkah mereka terfikir siapa yg membantai org2 Melayu tiada bersenjata ibarat "ethnic cleansing" sewaktu tempoh vakum 3 tahun i.e. 1945-1948 (kekalahan Jepun sehingga British dtg balik ke Malaya)?
Nampak mcm sudah terang lagi bersuluh yg PAS cuba sedaya upaya menegakkan benang yg basah utk pertahan Timbalan Presiden mereka yg mmg diketahui "kurang cerdik"..
PENJAJAHAN
Interpretasi terjajah ni byk perspektif..
Analoginya ibarat sebuah syarikat awam.. w/pun semua pekerja & pengurusnya org asal syarikat tetapi apabila lebih 50% saham dipegang org asing, maka segala halatuju/dasar ditentukan oleh lembaga pengarah ahli2 pemegang saham majoriti.. (penjajahan separa)
Jika pemegang saham asing kuasai hampir 100% saham maka mereka bebas & mudah mengubah struktur syarikat (buang & ambil pengurus baru) & melulus segala dasar2 ikut budibicara satu hala ..(penjajahan mutlak)
Bagi saya status naungan itu samalah mcm "penjajahan separa". Kena jajah juga cuma tak seteruk penjajahan mutlak (fizikal)..lebih kpd interpretasi akademik..hakikatnya jajah tetap jajah.. betullah, kalau tak jajah buat apa ada title merdeka & pejuang merdeka.. kalau betul merdeka, kenapa kena terima syarat "free citizenship" utk 1 juta pendatang di Tanah Melayu.. ada bersyarat2 pula..
p/s; Hishamudin menteri amaran tunggu apa lagi.. gunalah ordinan darurat ka..ISA ka.. LLPK apa2 ka whateva yg relevan dgn peruntukan berkaitan komunis dakwa Mat Sabu..setakat propaganda TV tu mcm sensasi org tiada telur je.. ada brannii ka..? Boring lah lu org..bising saja lebih..NATO!
Tetapi bila fikir2 balik menilai tahap intelek Mat Sabu ni, bukan satu ancaman pun.. dia hanyalah "pain in the neck" ..
Sekian penutup tirai..Selamat maju jaya ke hadapan..
Wallahualam & wasallam.
("/)
Selamat hari Raya dan Selamat Hari Bebas Naungan untuk Dato'..
ReplyDeleteSaya tak sempat nak membaca semua komen yang telah dihantar untuk mengetahui samada sudah ada yang meminta Dato' menonton video penuh ucapan Hj Mohamad Sabu tentang tohmohan yang dilempar kepadanya. Sekiranya Dato' telah melihat saya kira Dato' akan mengetahui kisah sebenar.
Mohamad Sabu sebenarnya hanya menyebut nama Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Dan Dato', saya kira Dato' juga sudah tahu bahawa ada kajian ilmiah walaupun peringkat Ijazah Pertama bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan yang "Islam Agamanya, Nasionalis Perjuangannya, Radikal Tindakannya.."
Saya kira UMNO sengaja mencari pasal dengan isu Mat Indera ini. Saya tak dapat nak menelah apa yang akan berlaku apabila Mohamad Sabu akan mengemukakan saman terhadap utusan dan beberapa susuk tubuh pada hari ini (isnin, 12/9/2011). Tapi saya yakin sekiranya tiada pemain simpanan yang lebih pengaruhnya dari Hakim sendiri, hajat Mohamad Sabu hendak menyaman Utusan sampai muflis akan tercapai.
Sdr Mohd Asri,
ReplyDeleteSaya kira sdr tak faham loghat utara atau bahasa Melayu..saya ada bagi link youtube kat atas tu utk tengok semula..
Sdr kata: "Mohamad Sabu sebenarnya hanya menyebut nama Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan"
ucapan sebenar Mat Sabu:-
"..hat serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan.. ketuanya Mat Indera.. melayu...!"
- Betul ke sdr dah tengok & dengar? atau hanya dengar apa yg sdr rasa nak dengar?
saya kira sdr berfahaman Mat Sabu bermaksud hanya Mat Indera seorg saja yg menyerang Balai Polis & mengetuai angkatan halimunan pejuang kemerdekaan.. tiada komunis Cina yg turut sama menyerang. Tak gitu maksudnya?
Dia nak saman atas dasar apa??
Tempoh 24jam sejak 8/9/11 yg dia bagi kat Utusan tu pun dah habis..apa cerr?? baca sini.
Lawyer tongong mana lah nak ambil kes dia..
Saya kira mungkin sdr boleh jadi lawyer dia pasal terlalu yakin dia cukup fakta & bukti utk menang sedangkan lawyer2 tersohor DAP sendiri fikir dia "badut politik".
Dah lah tu sdr..sudah terang lagi bersuluh..tak usah tegak benang yg basah..
Hari ni dah 13/09/2011.
Salam simpati & takziah saya kpd PAS & Mat Sabu. Wasalam..
("/)
Apa nak heran Ulasan mereka yg pernah bersekongkol dgn UMNO.
ReplyDeleteBahariMustakim
Datuk,
ReplyDeletePenyakit yand dihidapi oleh orang-orang UMNO dan PAS ini adalah masing-masing memilih orang-orang yang akal tiga-suku sebagai pemimpin. Lepas tu masing-masing berdebat pemimpin siapa lebih cerdik.
UMNO hebat sikit sebab mereka ada pemimpin yang punya isteri yang terlebih cerdik. Padanlah dengan PKR yang ada pemimpin yang juga terlebih cerdik. Kedua-dua cerdik untuk diri mereka sendiri sahaja.
Bila lah orang Melayu nak berubah, asyik bergaduh bila mana ketua mereka bercakap pasal hal-hal merepek sebegini?
Jangan cerita pasal bersatu kalau masih sokong orang-orang sebegini.
-Competente-
sekarang apa nak kalut lagi. majlis profesor negara (MPN) kata malaysia tak pernah dijajah, maka tiadalah kemerdekaan maka tiada siapa pun berhak mendakwa mereka pejuang kemerdekaan baik mat indra, datuk onn, tunku abd rahman, umno atau lain2 parti. boleh tutup bukulah ya...
ReplyDeletedpd: pakar historiography.
Salam Dato' Pemblog,
ReplyDeleteIndividu atau pihak yang membantu Portugis untuk takluk Melaka bolehlah dikatakan/tuduh sebagai bersekongkol dengan penjajah. Ia adalah tuduhan yang tepat kerana memenuhi definisi persekongkolan/pengkhianatan dalam ertikata sebenar.
Tetapi apabila Portugis telah memerintah, sudah tentulah penjajah ini akan mentadbir dan oleh kerana pentadbiran tak dapat dipisahkan dengan keperluan guna tenaga manusia, dan kalau rakyat tempatan bekerja bawah penjajah tadi (Portugis) apakah mereka dianggap pengkhianat? Kalau menurut pembangkang, mereka ini pengkhianat!
Kalau beliawan/wanis yang dijajah tidak boleh bekerja dibawah jajahan Portugis kerana akan dituduh sebagai tali barut, apa yang mereka harus buat? Makan pasir? Dan kalau difinisi khianat pembangkang mahu diterima, dan tidak mustahil datuk nenek PR adalah juga bekerja bawah Portugis makanya tidakkah datuk-nenek PR juga adalah pengkhianat?
Dalam konteks British sebagai penjajah, sesiapa yang membantu British agar British dapat menjajah Tanah Melayu bolehlah dianggap pengkhianat. Cumanya siapa pengkhianat yang membawa British ke Tanah Melayu? PATI atau PADI? Atau siapa?
Kalau hujahan dan kesimpulan pembangkang diguna pakai dalam menetapkan hukum-hakam tidakkah ianya akan berbalik kepada pembangkang jua. Maksudnya, setelah British memerintah, apakah rakyat tempatan (iaitu datuk/nenek Dap, Pas PKR dsbnya) yang bekerja dengan British adalah pengkhianat jua?
Dalam konteks politik semasa, hujah cetek dan pukul rata yang pembangkang pakai bagi menuduh warga tanah Melayu (para gadis, belia, Amoi, paderi, agamawan dll) yang bekerja dengan British sebagai pengkhianat adalah berlandaskan perkiraan apa sebenarnya? Bagi pengundi atas pagar seperti kami, kami nampak ianya tidak berlandaskan fakta sebenar tetapi berlandaskan sentimen anti-pihak-lawan semata-mata – persaingan politik aje!
Jika dilihat secara jujur, bukankah pekerjaan berimbuhkan gaji bulanan sama sekali tidak tergolong dalam kategori tali-barut tetapi dikategorikan sebagai PEKERJA dan dengan itu tertakluk bawah undang-undang ILO? Bukankah pihak yang bersekongkol (tali-barut) itu tidak tertakluk bawah peraturan ILO dan mereka mendapat imbuhan dan ganjaran berlainan sekali berbanding pekerja biasa?
Kalau bekerja dengan British dianggap bersekongkol dengan penjajah, bagaimana kedudukan mukmin yang bekerja dengan AS? Oleh kerana AS adalah penjajah teraktif di banyak penjuru dunia, apakah ummah yang berkerja dengan kerajaan AS dianggap pengkhianatan terhadap ummah sejagat? Apa “fatwa” Pas dalam hal ini pula?
Apakah tuduhan yang mukmin pembangkang mahu kenakan terhadap ummah yang bekerja dalam angkatan tentera kafir? Oleh kerana kerana militer AS berada di beberapa negara ummah, apakah ummah berkenaan dianggap tali-barut kafir? Dalam konteks tempatan, apakah muslimat pembangang mahu menuduh para muslimah yang bekerja di kilang elektronik milik AS itu sebagai pengkhianat? Biar betul., Yoep.
Nah, disebabkan taasub dan dalam masa sama mahu menjadi pembela membuta tuli bagi pihak pemimpin Islam yang terlajak kata ini, pembangkang nampaknya sengaja memperbodohkan tahap intelektual sendiri ke tahap memutarbelitkan fakta, hujahan dan sejarah yang telah dimaktubkan sekian lama semata-mata mahu dilihat mampu mematahkan hujah BN?
Cumanya, tanpa mereka sedar, kalau hujahan kesimpulan dan analogi sama digunapakai (yakni dek kerana ramai dari pembangkang adalah juga kuli AS sekarang ini) makanya pencacai PR juga bolehlah digolongkan sebagai bersekongkol dengan penjajah bernama kafir AS! Dan pembangkang juga adalah tali-barut militer AS dan pengkhianat Negara? Wow! bahaya tu!
Pelayar Blog Politik
Isu siapa pejuang kemerdekaan dan siapa penyokong penjajah pada masa silam adalah konflik yang berlaku di zaman silam kita; sewaktu negara kita dijajah.
ReplyDeletePada ketika ini, ia hanyalah isu trivial yang dipermainkan oleh ahli-ahli politik yang terdesak dan mahukan isu untuk meningkatkan populariti. Tidak lebih dari itu.
Walaupun isu berkenaan perlu diterangkan oleh ahli sejarah dan masyarakat akademik kepada orang awam, ia bukanlah modal politik yang cerdik. Hanya orang-orang yang singkat akal fikiran sahaja yang suka akan perkara-perkara sebegini.
Begitu jugalah dengan mereka yang suka memperbesarkan jasa bapa-bapa mereka agar mereka kekal berkuasa, sedangkan diri mereka sendiri hanya menjaga kepentingan diri mereka masing-masing sahaja. Adakah kerana bapa mereka berjasa maka kita harus terus menyokong anak-anaknya yang hanya bergoyang kaki?
Sejarah untuk dijadikan pedoman, namun kita harus hidup untuk hari ini dan esok.
Penyokong-penyokong PAS dan UMNO harus sedar bahawa pemimpin-pemimpin yang hanya bersandar pada jasa orang lain (walaupun orang yang berjasa itu adalah bapa mereka sendiri) adalah orang-orang yang tidak boleh dipakai. Mereka ini tidak ada modal lain sebab mereka sendiri tidak ada jasa untuk diceritakan. Atas sebab itulah, mereka suka bercerita tentang perjuangan orang lain.
Hentikanlah cerita yang merapu ini. Fikirkanlah bagaimana kita harus menghadapi cukai yang meningkat (seperti cukai perkhidmatan telco 6% yang hanya ditangguhkan kerana ia telahpun diputuskan oleh kabinet atas cadangan PM sendiri), harga minyak yang kian meningkat, tarif elektrik yang naik, dan lain-lain harga barangan yang terus naik. Pendapatan harian dan sumber ekonomi masih juga di takuk lama. Semakin menurun adalah.
Pihak pembangkang pula, sudah-sudahlah dengan isu-isu yang merapu sedangkan mereka sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat di negeri-negeri yang mereka pimpin.
Salam Datuk,
ReplyDeleteSaudara Dlines menyatakan:
..adakah yang menentang british itu semuanya pengkianat kepada negara atau yang menyokong british itu pejuang sebenar..mana dia tok janggut, ahmad bostaman, mat indra..dan ramai lagi..perbetulkan sejarah yang dah disesatkan oleh umno.
Pembetulan buat Dlines- Semua yang disebutkan diatas tadi adalah pejuang kemerdekaan walaupun mengikut acuan masing-masing...tetapi tidak termasuk Mat Indera yang ternyata seorang komunis/talibarut komunis...PERIOD!
Jimizul