A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]
PADA 31 Ogos ini genaplah 55 tahun negara kita merdeka. Saya ucapkan selamat memperingati Hari Kebangsaan. Buruk baik inilah negara kita.
Sejak dulu lagi, saya tidak begitu mengambil berat hal-hal berkaitan slogan atau lambang Hari Kebangsaan kerana saya ada cara tersendiri memperingati ulang tahun kemerdekaan.
Jadi kali ini pun saya tidak terpengaruh atau tersentuh dengan debat mengenai lambang, cogan kata dan grafik ulang tahun Hari Kebangsaan.
Dalam loghat utara, saya sudah mangli dengan kecenderungan sesetengah orang atau pihak yang suka tunjuk pandai, mengampu dan mencari habuan politik.
Akibatnya, peristiwa yang sepatutnya menyatupadukan rakyat jelata menjadi punca perbalahan dan polemik politik murahan.
Inilah bahana apabila ada pihak yang cuba campuradukkan upacara rasmi negara dengan politik parti dan sebagainya.
Akibatnya muncullah bermacam-macam slogan, simbol dan interpretasi ulang tahun kemerdekaan. Hina sungguh apabila hendak tunjuk kecintaan kepada negara dan patriotisme pun jadi isu dan masalah.
Dalam hal ini, saya rasa saya bernasib baik kerana diajar sejak kecil lagi menyayangi negara dan cara memperingati Hari Kebangsaan. Untuk itu, sekali lagi saya terhutang budi dan terhutang kasih kepada Allahyarham ayah saya.
Dia kata, siapa pun yang memerintah negara ini, kita tetap kena sayang dan pertahan negara. Tiap tahun sebelum sampai 31 Ogos, ayah saya akan naikkan bendera negara menggunakan batang buluh.
Bagi saya, masa menaikkan bendera itulah antara saat paling gembira dan patriotik sampailah ke hari ini.
Jadi, apa pun kecenderungan politik kita, marilah sama-sama kita memperingati ulang tahun kemerdekaan negara kita dengan rasa tanggungjawab dan penuh patriotisme.
Kenangan Peribadi Hari Kebangsaan
Bagi saya, memperingati Hari Kebangsaan adalah memperingati susur-galur hidup saya dan perjalanan negara kita.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, saya berumur 10 tahun tujuh hari dan dalam darjah tiga sekolah Melayu. Waktu itu darurat masih berkuatkuasa kerana pengganas komunis masih cuba merampas kuasa secara kekerasan.
Tentera Komanwel dari United Kingdom, Australia, New Zealand dan Kanada yang membantu angkatan tentera dan polis kita kerap berkhemah di padang sekolah saya. Setiap hari dan malam mereka membedil dan mengebom rimba belantara yang disyaki sarang pengganas.
Bukan mudah membedil dan mengebom pengganas dalam hutan belantara, tetapi bunyi meriam dan letupan bom adalah cara berkesan meyakinkan orang ramai yang keselamatan mereka terjamin. Inilah antara kaedah perang saraf yang British gunakan bagi memenangi hati dan fikiran orang ramai supaya tidak menyokong komunis.
Tetapi hari ini, banyak orang tidak tahu atau sudah lupa sejarah hitam negara seperti darurat (1948-1960) dan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Malah, ramai yang sanggup bakar kelambu dan tilam kerana marahkan nyamuk dan pijat. Atau sudah ramai tidak tahu apa itu pijat? Wallahualam.
Assalamualaikum Dato'. Saya agak berlainan dalam menghayati patriotisme kerana setiap kali jet pejuang melintas, melihat 'tank manoeuvre'dan melihat bangunan di Putrajaya timbul rasa syahdu, bangga dan bersyukur atas anugerah Allah SWT kepada Malaysia. Tatkala destinasi sebahagian rakyat menuju ke kota London, Paris dan New York namun melihat sendiri kesengsaraan di Kemboja, Iraq, Afghanistan dan Timur Leste lebih terkesan di jiwa saya. Hayatilah sejarah penentangan komunis, konfrontasi Indonesia, peristiwa 13 Mei dan tsunami politik 2008 yang telah merubah nasib anak bangsa. Pertahankanlah kesejahteraan, keamanan & keselamatan bumi bertuah ini berpaksikan aqidah Islam. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati bumi Malaysia yang tiada duanya ini.
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 ya Dato... Tapi kini bukan sentimen politik juga yang banyak mencemarkan Hari Kebangsaan, tapi sentimen kenegerian yang melampau juga sedikit sebanyak memberi busuk kepada negara kita yang sudah pun 55 tahun merdeka seperti yang di sini.
ReplyDeleteSalam dato,
ReplyDeleteSelamat menyambut hari kemerdekaan
negara kita ini.
Saya ingat semasa 13mei tu, masa itu kami makan ubi rebus,sebab kedai tutup dan beras habistiba tiba dikawasan kampung dan dengar bunyi tembakan senapang,lebih lebih lagi diwaktu malam....bendera pun tak ada.
Saya menyambut hari 31.8. setiap tahun dengan zikir dan memasang bendera kat rumah..tahun ni lebih sikit gembira sya hati kerana hari ini berada dibulan syawal..
Semuga semua rakyat suka memperingati hari kemerdekaan..bukan banyak hari begitu didalam negara mana pun.
Abu Bakar Ab Rahman
DAKJ,
ReplyDeleteKenapa gunakan istilah Hari Kebangsaan dan bukan Hari Kemerdekaan. Memang begitukah istilahnya? Memang saya silap ke? Adakah ini isu sastera? Atau perlu rujuk kepada pakar sejarah? Atau siapa?
Bagi saya Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan itu dua hari yang berbeza. Mungkin tarikhnya pada hari yang sama tetapi peringatan dan sambutannya tentu sekali berbeza.
DAKJ tentu faham maksud saya.
Fed Up
Salam,
ReplyDeleteDatuk dan pembaca-pembaca Datuk,
Kami berehat sebentar lepas kena tokak dengan pejat kat hujung kuku. Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin dan Happy Birthday to you, Datuk. Diharapkan emak Datuk dalam keadaan sihat, dan Encik Samurai Melayu pun sihat sejahtera hendaknya. Siapa-siapa yang sakit/tidak sihat, kami doakan agar cepat sembuh kesemuanya.
Datuk telah berjaya mendisiplinkan pengomen-pengomen untuk tidak mengomen secara anonymous. Damai rasanya membaca komen-komen daripada pengomen-pengomen yang regular di blog Datuk ini, yang style dan pendiriannya telah dapat kami baca. Di blog-blog lain, komen anonymous bersepah-sepah sehingga kami kadang-kadang rasa blogger-blogger itu sendiri tulis komen-komen tu. He he he..
Moga kita masing-masing temui makna dalam sambutan Kemerdekaan kali ini. Merdeka untuk lebih dewasa.
Pijat dimilennium ini pakai baju pakai minyak wangi. Cantik dan Harum.
ReplyDeleteNak mengenalnya kena buat serious research.
XERONINE
Assalam Datuk. Selamat hari raya dan salam kemerdekaan. Saya sangat setuju bila datuk kata "sapa pun perintah negara ni, kita tetap kena sayang dan pertahankan negara kita ni"
ReplyDeleteCuma satu persoalan dari saya yang bleh kira generasi muda ni. Kenapa asal merdeka kita kaitkan dengan komunis? Kita kaitkan dengan perjuangan menentang komunis dengan "dibantu" oleh tentera-tentera British dan juga lain2 dari negara komanwel. Saya perhatikan Datuk juga menyebutkan perkara yang sama. Apakah British bukan penjajah?
Harap dapat pencerahan dari Datuk. Saya amat mengalu-alukan pandangan dari "otai" macam Datuk supaya kita sama-sama lebih faham sejarah negara kita tercinta ini.
Assalamualaikum Dato'
ReplyDeleteSaya sokong pandangan Dato'.
Harap Dato'tak keberatan menceritakan Peristiwa 13 Mei 1969.
.....hampir 2000 nyawa terkorban!
Salam Dato’ dan para pembahas
ReplyDeleteBercakap mengenai sejarah ni, bagi sayalah, kita tidak cukup dgn hanya mengingati hari Kemerdekaan, tetapi juga harus menghayati perjalanan kearah tersebut. Ini kerana ramai anak-anak muda sekarang tidak mengetahui peristiwa sebenar yg berlaku, seterusnya, tidak dapat menilai dan mengetahui kepentingan peristiwa tersebut seterusnya mengetahui sebab dan akibat daripada peristiwa tersebut.
Selain dari rusuhan kaum 13 Mei 1969, terdapat banyak lagi ketegangan kaum dan ancaman komunis yg terjadi sebelumnya.
Antaranya KEGANASAN 14 hari oleh komunis selepas Jepun mengaku kalah dan meninggalkan Tanah Melayu. Unit tempurnya yg dikenali MPAJA atau ‘tentera bintang tiga’ telah keluar dari hutan dan bermaharajalela di bandar-bandar. Balai polis dikuasai, undang2 sendiri dilaksanakan & macam-macam cukai yg tinggi dikenakan.
Mereka juga menjatuhkan hukuman secara tidak beperkemanusiaan, merampas harta benda org kampong, menculik dan menyiksa org yg dikatakan talibarut Jepun, memBUNUH sesiapa yg dianggap bersalah.
Di Batu Pahat, seorang penghulu diBUNUH, Di Jelebu pula, surau dan masjid telah dicemarkan, pegawai daerah yg hendak berunding juga diBUNUH. Di kampong Bakor dan Sg Manik, Perak, rumah-rumah org kampong diBAKAR bersama–sama dgn penghuninya. Akhirnya, Kiai Salleh Karim bergabung tenaga di Muar dan Batu Pahat dimana rusuhan kaum bakal terjadi. TAPI, dgn kebijaksanaan salah seorang pengasas parti UMNO, Dato’ Onn Jaafar yg menjadi pegawai daerah Batu Pahat dapat menghalang dari berlakunya rusuhan kaum yg ganas.
Akhir kata, sejarah yg sama berulang (1969) dan tidak mustahil akan berulang lagi jika kita tidak mengambil ikhtibar darinya. Soalan kesukaan Sdr Fed Up – apa, bila, siapa, dimana, kenapa dan bagaimana MEMANG patut di tanya oleh setiap anak Melayu yg berdaulat. HIDUP MELAYU!!!! HIDUP UMNO!!!!! & Selamat Hari Merdeka. Sekian TQ.
salam dato,
ReplyDeletekadang-kadang sukar untuk saya memahami ahli-ahli politik yang terlalu kemaruk dengan agenda politik masing-masing baik yang disebelah sini atau pun disebelah sana.
sambutan ulang tahun kemerdekaan pun dipolitikkan.
yang sebelah sini mempergunakan peluang ini semaksima mungkin. semua dikerah dari jabatan kerajaan hingga ke GLC dan lain-lain lagi untuk berhimpun dari jam 6 ptg hingga tengah malam. semuanya TERPAKSA pergi. agak-agaknya marah tak mereka?
yang sebelah sana tak payah nak cerita dah tentu-tentu semuanya dipolitikkan.
tentang kesedaran erti kemerdekaan generasi X & Y, nasi dah jadi bubur tak boleh nak buat apa lagi. mereka tidak akan ada kesedaran dalam erti kata yang sebenarnya. sebab lahir-lahir semua dah ada. tak pernah kenal erti susah
kalau kita tanya generasi X & Y ini mengenai darurat 1948 dan peritiwa 1969 entah berapa kerat yang tahu.
nasi sudah jadi bubur.
usabukata
Dato.
ReplyDeleteSalam kemerdekaan negara kita 55 tahun untuk semua rakan setia di alam maya ini.
Masa depan Malaysia bergantung sejauh mana gandingan mesra pemimpin dangan rakyat yang dipimpin.
Rapatkan jurang kaya miskin.
Rapatkan jurang pemimpin dgn rakyat.
Rapatkan jurang kejahilan ilmu dikalangan rakyat.
Pemimpin perlu amanah.
Pemimpin perlu bersih akhlaknya.
Pemimpin perlu sederhana dalam hidupnya .
Jangan ada penindasan dan kezaliman sama ada disedari atau tidak disedari.
Pastikan solgan Rakyat Diutamakan itu benar-benar diutamakan.Bukan slogan separuh jalan.
Elakkan para pemimpin berebut rezeki dengan rakyat jelata.
Insya Allah Malaysia akan terus harmoni dan sejahtera yang di redai Allah.
Masa depan negara kita di tangan kita antara rakyat dan pemimpin.
Terima kasih.Salam kemerdekaan untuk Dato dan semua rakan-rakan.
adakah dato masih tak dapat menilai slogan janji ditepati @ dicapati.apakah kera jaan umno malaysia mempepolitik slogan tersebut,saya dalam usia 30an boleh berfikir,apakah dato masih berjiwa umno kelat,
ReplyDeleteSalam Datuk,
ReplyDelete1.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 55. Harap kita semua menadah tangan,memohon ampun dan mengingsafi kesusahan dan keperitan Pejuang-Pejuang Kemerdekaan Negara; yang masih hidup dan sedekah fatihah kepada yang sudah pergi...
2.Filem "ROOTS" tetap menjadi tontonan pengajaran. SEJARAH 13 Mei mesti tetap di segarkan dalam ingatan kepada generasi lama dan baru. Masih teringat arwah ayah dan kumpulan orang-orang kampung berkumpul memakai selendang merah hitam, mengasah parang-parang panjang yang kata mereka boleh terbang...Saya masih belum baligh dan kurang faham apa yang mereka perkatakan, tetapi ketakutan untuk terus hidup masih mengimbau hingga saat ini(apabila masih ada lagi puak-puak yang begitu cauvinis dan penuh kerasissan menyegarkan kembali perjuangan bahaya mereka tanpa menghiraukan semarak api yang di nyalakan kini makin merebak) keadaan umpama sergahan hantu jembalang menyergah datang....
3.Sayangilah Negara kita.Tanah tumpah darah kita. Peliharalah Warisan Budaya Bangsa,Berbangsa-Bangsa. Penuhkan semula Ketataan dan Kesusilaan.Perkemaskan semula dengan BUDI BAHASA. Perkasakan semula Negara Bangsa dan BAHASA NYA yang kini ibarat kemboja putih gugur bersepah,layu di mukabumi. Semakin hilang nya nilai dan identiti Malaysia kerana suka sangat melayan momokan KEPURA-PURAAN dan memutarkan KEPALSUAN itu sehingga rakyat menerima menjadi benar!
Jika kita dekat, DIA akan lagi dekat. InsyaAllah. Allah SWT itu MAHA MENGETAHUI.
salam buat dato',
ReplyDeleteselamat menyambut hari kemerdekaan...dulu-dulu hari kebangsaan...mungkin generasi dato' lebih terpakai istilah yang terdahulu itu.......
semangat patriotik...semangat kebangsaan yang ditunjuk rakyat amat dihargai cuma caranya agak tidak berapa molek dipandang.....
bendera kebangsaan adalah satu lambang yang mulia...sacred kata orang putih.....jadi ianya harus diletakkan disatu tempat yang khusus.......bukan dibuat baju, kain sarung, lapik meja, alas kaki, atas topi keledar, belakang ekzos bas, ekzos lori.....bila jatuh di jalan raya, dilenyek-lenyek sampai tiada rupa.........kita di malaysia, indonesia sahaja yang semangat kebangsaannya membabi-buta......
hari kebangsaan adalah hari untuk semua....saya sokong kenyataan dato'.......tapi malangnya saya macam tidak pernah nampak wakil-wakil parti pembangkang bersama di atas pentas dif-dif kehormat bersama meraikannya di dataran merdeka atau di stadium merdeka kalau dulu-dulu....
mungkin kepada sesetengah kita, hari ini adalah satu lagi cuti umum untuk bawa keluarga pergi melancong ke luar negara...........
sejarah dulu tidak perlu diulang-ulang......ianya adalah garis panduan untuk kita membina satu perjuangan pada masa hadapan.....kerana kita hidup untuk terus ke depan bukan meratapi apa yang telah berlaku di belakang....
OKJ kata,
ReplyDelete"Akhir kata, sejarah yg sama berulang (1969) dan tidak mustahil akan berulang lagi jika kita tidak mengambil ikhtibar darinya. Soalan kesukaan Sdr Fed Up – apa, bila, siapa, dimana, kenapa dan bagaimana MEMANG patut di tanya oleh setiap anak Melayu yg berdaulat. HIDUP MELAYU!!!! HIDUP UMNO!!!!! & Selamat Hari Merdeka. Sekian TQ."
Terima kasih kerana mengakui kewujudan saya. Ingatkan saya halimunan kerana begitu banyak soalan saya yang kekal sepi tidak berjawab.
Memang patut setiap anak melayu yang berdaulat terus bertanyakan apa, bila, siapa, dimana, kenapa dan bagaimana.
Begitu juga, anak melayu yang berdaulat perlu menjawab bila benar-benar ada jawapannya; atau jangan memandai-mandai (atau diam sahaja) jika tidak punya jawapan.
Fed Up
Eid Mubarak kpd semua,
ReplyDeleteOgos merupakan bulan yg amat bermakna buat saya - bulan kelahiran saya, bulan kelahiran anak2 saya dan juga bulan ulang tahun perkahwinan saya. Jadi, sambutan Hari Kemerdekaan 31hb Ogos setiap tahun sudah seperti penutup kepada hari2 yg paling bermakna dlm hidup kami sekeluarga.
Saya tiada ritual menaikkan bendera dgn batang buloh sepertimana ayah Dato'. Saya sudah puas menaikkan bendera semasa dlm pengakap dulu2. Malah skrg, tiada sehelai Jalur Gemilang pun di dalam rumah saya.
W/bagaimanapun, bendera dan Rukun Negara sentiasa dlm hati saya, tidak kira samada saya berada di dlm negara atau semasa saya menetap di luar negara dahulu. Jiwa saya jauh lebih patriotik dan sayangkan negara drp mereka2 yg menawarkan RM50 atau mengupah RM100 sekiranya berjaya mengheret pasangan ke upacara sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-55 di Stadium Bukit Jalil hari ini!
Apa makna kemerdekaan kpd murid2 sekolah yg diwajibkan dan dipaksa oleh guru2 mereka atau kpd penjawat awam, kakitangan kerajaan serta GLC utk hadir di upacara tersebut? Hari ini, jiwa dan perasaan mereka dijajah dan dipaksa oleh kehendak guru2 dan ketua2 mereka dlm masa mereka sepatutnya bebas bagaimana cara jua utk menghayati dan meraikan sambutan kemerdekaan seperti juga Dato' dan ayah Dato' dahulu serta siapa2 juga yg lain skrg. Percayalah, kebanyakan drp mereka2 yg dipaksa/diupah ini adalah bangsa kita, Melayu. BAGI SAYA, MEREKA LANGSUNG TIDAK MERDEKA!
Pagi2 nanti anak2 saya akan berlatih bermain tenis semula selepas meninggalkan Ramadhan dan tengah hari kami sekeluarga mungkin akan beraya ke rumah saudara dan rakan berhampiran, manakala sebelah petang saya bercadang akan ke Kuala Selangor bersama rakan utk melihat burung Helang diberi makan dan menikmati permandangan senja di sana, insyaallah. Inilah hari kemerdekaan buat saya.
1. Sdr Anakbuah, sampai hari ini pun saya masih menaikkan bendera guna tiang buluh.
ReplyDelete2. Buluh adalah "tanaman wajib" di atas harta bumi saya. Ada dua tiga jenis saya tanam, sampai boleh makan rebungnya.
3. Buluh juga berguna kerana di kawasan kediaman saya banyak ular. Baru-baru ini ular sawa masuk dalam rumah dan ular tedung masuk aviari dan makan dua ekor burung peliharaan saya - seekor pipit jawa dan seekor budgerigar. Burung-burung ini membiak.
4. Kalau kita jenis manusia yang suka perhati dan teliti, kita akan dapati ular sangat cerdik. Ular tedung itu masuk melalui lubang kecil pada lantai kandang. Apabila telan dua ekor burung, badannya terlalu besar untuk keluar melalui lubang kecil itu.
5. Apabila saya guna sebatang buluh menghalaunya, ia cuba keluar, tapi tidak boleh. Lantas ia memuntahkan isi perutnya dan menyusur keluar. Saya jerat kepalanya dan campakkan di atas fairway. Ke mana ia pergi, ia dikejar dan dipatuk oleh burung kiau atau burung gembala kerbau (myna). Bunuh ular macam satu pantang kepada saya. Ia pun makluk Allah juga.
6. Dalam kompartmen penapisan kolam ikan saya ada "resident" biawak. Dah dua generasi. Apabila besar, ia terpaksa pindah kerana renggang penutup kolam tidak cukup luas lagi baginya.
7. Saya beri makan bijirin, buah-buahan dan roti kepada burung liar. Ada ciak rumah, tekukur, merbuk, murai, burung mata merah (starling) dan sekali-sekala burung pucung pun datang juga. Baru-baru ini datang pula sepasang punai yang makan buah palma yang saya taman keliling rumah.
8. Kemudian ada beberapa ekor "resident" tupai tanah.
9. Itulah cerita "rimba kota" pada pagi hari ulang tahun merdeka ini.
Terima kasih.
Saya nampak dengan jelas yang Datuk sangat kecewa dengan parti politik pasal sambutan hari kemerdekaan negara.
ReplyDeleteSaya dapat bayangkan parti politik pembangkanglah yang dimaksud yang mencemar dengan tajuk "jangan membiarkan politik cemarkan hari kebangsaan".
bermakna politik pembangsaan telah cemarkan sambutan hari kebangsaan tanpa menyedari parti politik pemerintah yang cemarkan kemerdekaaan negara.
Saya tak nafi negara sudah bebas dari belenggu penjajah, tetapi para pemimpin negara masih belum bebas dari belenggu penjajah.
mengapa saya kata begitu? para pemimpin negara utamakan kepentingan diri sendiri menjadi jawatan peluang mengumpul seberapa banyak harta.
Dengan kata lain meletakkan wang dihadepan dan meletakkan Allah dan Rasul di belakang.
Apalah ertinya bagi seorang bapa yang tak berpuasa menyambut "Aidil fitri" apalah ertinya bapa tadi tak solat sunat Aidil fitri.
Inilah punca parti politik pembangkang, terutama PAS mengkritik slogan yang tiada punya erti terhadap hariu kemerdekaan.
PAS mengkritik slogan agar slogan hari kebengsaan bermakna bahawa para pemimpin negara sudah bebas dari belenggu iblis.
Agar para pemimpin yang memerintah negara ini buat yang terbaik untuk untuk semua rakyat rasai sambutan hari kemerdekaan negara dijiwai macam bapa puasa menyambut aidil fitri.
Apalah ertinya maaf zahir dan batin pada mereka yang tak berpuasa dan tak solat sunat aidil Fitri.
Apalah ertinya bagi rakyat janji ditepati jika para pemimpin utamakan wang didepan dan meletakkan Allah dan Rasul di belakang.
Merdekakah kita jika naikkan bendera jalur gemilang dengan tiang bulkuh dirumah kita dan bangunan premis perniagaan.
"Malah, ramai yang sanggup bakar kelambu dan tilam kerana marahkan nyamuk dan pijat. Atau sudah ramai tidak tahu apa itu pijat?" Wallahualam.
ReplyDeleteSalam sejahtera Dato,
Setelah berbillion khazanah dan harta negara(rakyat) lesap kena songlap majoriti rakyat telah sedar masaalah parasit yang dihadapi bukannya sekecil NYAMUK dan PIJAT tetapi lebih besar dari saiz LEMBU NFC+apartment LEMBU NFC+kapalselam.
Harap Dato dapat memahami kekecewaan majoriti rakyat Malaysia pada hari ini. Mereka berhak menuntut Janji Demokrasi dan Janji Kemerdekaan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara dan rukun negara.
Wallahualam dan Salam Kemerdekaan untuk Dato dan keluarga.
Salam Sejahtera Yang Dihormati DAKJ,
ReplyDeleteDato, gelihati saya. Tupai tanah macam mana nak halau?
Serangga perosak(pest) pun ada juga agaknya dalam rimba kota.
Salam Hormat Yg Mulia DAKJ,
ReplyDelete" BAGI SAYA, MEREKA LANGSUNG TIDAK MERDEKA!"~ anakbuah.
Dipakasa atau diarah sama maknanya. Mesti ada sebab-sebab tertentu. Mungkin sudah kehilangan semangat kemerdekaan. Mungkin sikap "mudah lupa". Atau kanak-kanak tidak diberitahu oleh datuk nenek atau ibubapa perihal sejarah kemerdekaan. Jadi mereka terasa dipaksa. Kini ada setengah datuk nenek sudah tiada lagi. Hilanglah kesinambungan semangat kemerdekaan. Kanak-kanak sekolah dipaksa atau diarah, adakah itu untuk menghidupkan kembali semangat kemerdekaan. Kalaulah ibubapa menolak apa maknanya pula?
Saya tertanya-tanya pula apa maknanya sambutan malam sebelum kemerdekaan terselit pesta memijak gambar menteri. Saya rasa itu sudah jauh menyimpang dari fahaman menyambut kemerdekaan, tetapi sebaliknya, "menuntut" kemerdekaan.
Jadi apa sebenarnya berlaku pada tanggal 31 Ogos 1957? Adakah tarikh tersebut hanya lakonan buat para pemimpin ketika itu? Sedangkan selepas tarikh tersebut ada kuncu-kuncu masih lagi bergiat untuk memerdekakan Tanah Melayu dengan kekerasan atau bersenjata. Dan Pengistiharan perletakan senjata memakan masa bertahun-tahun lamanya sekitar dalam tahun 80an. Siapa yang betul?
Berbalik kepada "menuntut kemerdekaan" di Dataran Merdeka pada malam tersebut agaknya membayangkan betapa bersemangatnya mereka sejak datuk nenek moyang mereka lagi. Tidak pernah pudar. Bagaimana dengan Melayu Pak Samad? Dah luntur atau mudah lupa? Lucu, tersangat lucu.
Perbetulkan saya kalau tersalah tafsir dan maaf dzahir batin di bulan yang mulia ini.
Salam,
ReplyDeleteRumah saya tergantung bendera siang malam pagi petang setahun penuh. Rosak ganti. Tak tunggu 31 Agos. Tak patrotik lgi ke? Ini cara saya, lain org lain gaya.
Janji di tepati tu tema apa? desperado. Paksa orang jadi bodoh mcm dia. Org sekarang pakai internet boleh buat perbandingan dan analisa.Bukan semata-mata pakai mainstream media yng bertapis-tapis sampai tinggal hampas.Lepas tu bila ramai tak setuju, dituduh tak patrotik. sya ikut undang2 dan hormati undang2. Tapi ada yng pacak bendera kat kereta sampai 10 bendera, saya tengok dia buang sampah kat jalanraya. Patrotik ke mcmtu. patut le kita kasi merdeka kat singapura mereka jauh lebih maju.Sudut kebersihan pun kita dah kalah. pemikiran kita didoktrin di pasung. Bila berenti tanya dia kenapa buang sampah, dia jawab nanti pemungut sampah nak buat kerja apa?. Sya jawap nanti saya bakar rumah encik, sebab org nak kerja bomba tak dapat kereja lagi, pasal tak ada lagi dah rumah terbakar! Dia tarik muka masam.Saya minta maaf.Kalau terjadi kat singapaura? fikirlah.
Pemimpin kita pun mcmtu gak kepala dia fikir. kalau dia tak rasuah mcmamana org melayu nk kaya?. kalau tak rasuah, SPRM nk buat kerja apa?kalau tak rompak khazanah, nanti org lain pegang jawatan dia sapu, lebih baik aku sapu dulu. Tak lama lagi lingkup le negara mcm ini punya fikiran. Pergi check trend budget negara.Betul tak apa yang saya cakap ni.
Pantang hari merdeka suruh kita cinta negara,untuk tutup pekung mereka. Mereka sedap2 tibai harta rakyat.ingat rakyat bodoh mcm dulu2 lagi. Jangan Dato dok tuduh sebelah pihak sahaja. Jangan menyebelahi org yang zalim, sudah tentu dijilat api neraka. org kita balik dari Haji bersih tanpa dosa mcm bayi, pijak kaki kat KLIA, hancus! jilat di api neraka. Pergi lah Mekah puluhan kali pun tak guna.
Betul ayah Tuan cakap "Tak kira lah siapa memerintah pun", kalau korup tak adil zalim salahguna penipuan dll akan sampai masanya rakyat tahu juga dan akan turunkan kepimpinan yng ada. dari dulu sampai sekarang undang2 FITRAH ini sentiasa benar. You can fool at some people at some times but not all the people and all the time.
Dato ratib le "hidup UMNO" sejuta kali sehari pun tak akan jadi apa2, tapi undang2 FITRAH itu akan kembali jika kita tidak membuang sebab2 untuk dia kembali. Sekian selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.Buatlah sujud syukur itu yng terbaik dunia akhirat.Dan sentiasa cari yg terbaik.
Hari ini saya terbaca ulisan anak Khir Johari yang sekarang ini berkerja dengan LGE dan menjadi alli DAP.Ia melahirkan apa yang diharapkan kita perlu lakukan untok memenohi aspirasi Kemerdekaan.
ReplyDeleteJika mengikut apa yang diharapkan saya tidak tahu sama ada anak anak Melayu dinkampong sudah bersedia menghadapi perubahan yang dicadangkan.
Saya ingat dalam masa dua puloh tahun ramai orang Melayu akan tidur di tepi jalan menjadi homeless.Nak beli rumah tidak mampu.Nak buat rumah tanah tiada,Nak sewa rumah rumah tidak mampu.
Pada saya tak salah dengan sikap rakyat yang dikatakan Datuk, "ramai yang sanggup bakar kelambu dan tilam kerana marahkan nyamuk dan pijat".
ReplyDeleteMengapa mereka bertindak demikian yang pasti merugikan pelakunya.
Tapi pada penulis sikap dan tindakan seumpama itu suatu yang sangat baik dan wajar miskipun mengalami kerugian.
mengapa saya kata begitu?
Pada saya lebih baik semuanya jadi mangsa. Lebih lebih lagi tilam dan kelambu tidak berguna lagi unutk melindungi mereka dari digigit myamuk dan pijat.
Duit boleh dicari tapi bahaya penyakit yang bakal dihidapi lebih buruk berbanding bakar tilam dan kelambui yang sudah lusuh dan buruk.
Mereka membakar kelambu dan tilam diluar rumah. bukan didalam rumah.
Pada penulis banyak perpatah Melayu sudah tidak boleh gunapakai.
Pada saya perpatah ayung bual laju laju sampai pokok sena, nak beli baju baru, belailah dikedai China.
Saya tak tahu siapa yang cipta perpatah ini. sehingga menyebabkan kedai melayu dalam kampung Melayu tutup, manakala kedai orang china dalam kampung melayu bertukar jadi pasar raya.
Begitulah apa yang berlaku ke atas orang melayu, yang orang melayu jadi perdana menteri.
Bagaimana pula akan terjadi apabila Melayu hilang kuasa. Tak mustahil akan berlaku sama sepertimana orang Arab di Palestin.
Atau sudah ramai tidak tahu apa itu pijat?
Inilah hasil daripada sikap tak kisah siapa yang memerintah negara.
1. Jaja, berkenaan tupai tanah (Tupaia dorsalis), haiwan ini lebih kecil daripada tupai yang tiggal atas pokok dan warna bulunya kehitaman. Ia lebih banyak merangkah dan melompat atas tanah.
ReplyDelete2. Hidup, kata orang putih, adalah "give and take". Samalah dengan unkapan campur dan tolak.
Bila ada ular, tikus tak ada. Sama ada dimakan ular atau lari daripada ular.
3. Semalam di Masjid Negara, Imam begitu asyik khutbah mengenai Merdeka, taat kepada pemerintah dan janji ditepati sampai apabila masuk roka'at kedua, mikrofon terpelanting. Kita yang duduk jauh dan tak nampak depan terpakasa main agak-agak.
4. Masa saya belajar berjemaah di kampung dulu, kita tak ada pembesar suara. Kalau iman tua atau iman muda tapi serak kerana sakit tekak, pembantu imam akan aminkan solat kuat-kuat supaya semua boleh dengar dan ikut.
5. Tak tahulah kalau Imam Masjid Negara semalan baca khutbah panjang mengenai merdeka, taat kepada pemerintah dan janji ditepati kerana PM solat di situ. Wallahualam.
6. Mengenai bakar kelambu dan tilam macam Abdullahngah sarankan, saya nasihatkan supaya berhati-hati - takut-takut rumah terbakar sama. Saya rasa lagi elok guna Shieltox sembur nyamuk dan penyembur lipas untuk bunuh pijat.
Terima Kasih.
Dato.
ReplyDeletePRU punya pasal semua maca-merba angkara demam pilihanraya.
Sambut merdeka jadi cemar.
Sambut raya jadi cemar.
Kutip fitrah jadi cemar.
Tazkirah tarawih jadi cemar.
Khutbah raya jadi cemar.
Apa saja di politikkan
Masing-masing punyalah kalut macam kaboi keluar lubang tandas.
Demam pilhanraya.
Orang politik pun demam,
Panas badan.
Mulut jadi pahit,
Makan apa pun tak selera.
Yang jadi kalut Melayu/Islam.
Yang lain tepuk tangan.
Disinilah letaknya nilai akhlak kita.
Hilang kewarasan.
Salam kemerdekaan baru 55 tahun.
Terima kasih.
Assalamualaikum dato
ReplyDeleteSaya bersetuju dgn pandangan dato. Apa saja slogan kemerdekaan, itu tidak penting. Apa yg lebih penting macam mana kita menghayati kemerdekaan, apa erti kemerdekaan buat kita.
salam, Kepada saudaraKu mat Keluang.
ReplyDeleteSekarang ni pun belambak melayu merempat. Tak nanti tunggu tukar kerajaan. BN dah perintah 55 tahun masih ramai merempat?, pening, pening. Apa yg diaorg buat begitu lama. nak tunggu 200 tahun?.Kelantan miskin merempat OK, mereka bukan melayu dan tak sokong UMNO.Jadi tak perlu bantu. Tapi yang kita pelik negeri BN pun sama juga, cuba periksa negeri2 tersebut. berapa persen pemilikan perniagaan org melayu di Penang KL JB Melaka Seremban, Kuantan, alor Star Kampung2 bandar2 kecil setelah BN perintah 55 tahun? Cuba pergi jalan2 kat KB. Oppp silap. mereka bukan melayu jati tak boleh jadikan contoh.
Dalam politik macam business juga kena ada saingan sengit baru ahli politik kerja kuat untuk rakyat, dan mereka takut melakukan kesalahan. Rakyat yng untung. Sudah terang lagi bersuluh LEMBU tidor kat Kondo pun tak mau turun jawatan tak malu. Bos nye(Menteri Perdana cum Wanita cum kewangan cum itu, cum ini, cum bini) pun tunggu rakyat kecoh2 baru tekial2 nak ambil tindakan itu ini kat lembu tu. Too slow too lazy,too corrupt mcm ni ke kerja menteri makan gaji rakyat bayar banting tulang siang malam bayar tax?. Tranform? bagus le transform, tpi Nak tranform apa? yng asas pun terkial2.Macamana nak bersaing dengan negara luar.Jangan dok cakap lagi lah negara kita paling murah tol dalam dunia. Tipu org kampung boleh le mereka tak tahu nak rujuk mana2.kalau kat syarikat MNC alamat dah kena tendang species mcm ni.
kalau niaga produk atau servis tak memuaskan kita tukar produk lain.Baru mereka risau org tak mau beli. Mereka kena ubah produk tu kasi org suka. Tengok syarikat2 pengeluar kereta dunia. Lihat bagaimana samsung menembusi market dimana satu masa dulu segalanya Nokia. KIA, HYUNDAI contohnya. rasanya awal sikit je dari Proton, tapi mereka dah memberikan saingan di persada dunia. Proton tehegeh2.Kenapa? Perlukan undi untuk perintah 200tahun lagi? sure tak cukup punya, pasal? nun anak menantu tak dapat habuan tembolok lagi. Mintak Tmbah lagi 200 tahun ALASAN "perjuangan belum selesai". Pandai belit.kelas!!, Keturunan MelayuBelit.Sejarah pembesar2 melaka berulang kembali zaman sekarang.
Dunia pun dah kiamat kot rasa nya.Kita dok tidor dalam kubur dok dengar anak cucu dok ratib"Perjuangan belum selesai". hemmm, cadangan: tukar le nama Melayu ni ke Mecergas, boleh? orang putih cakap No pain no gain.melayu cakap kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.Kalau kita nak ubah sesuatu akan rasa pergeseran, sakit, pertentangan dan lain2 yng negetif sebelum dapat positif.Org putih kata Old Habits die hard.
Minta maaf terlanjur bahasa.
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteBagi saya politik adalah sebahagian dari proses kemerdekaan,disebabkan kesedaran berpolitiklah baru tercetusnya kemerdekaan.
Orang Melayu berpolitik untuk membebaskan negara dari tangan penjajah,mereka tuntut kemerdekaan.
Orang cina berpolitik terutama Parti kominis,kerana nak jadikan Tanah Melayu negeri Cina kedua.
Terbukti kaum cina nak Tanah Melayu jadi hak mereka,bila 13 may berlaku.(Ini fakta sejarah) sejarah tidak menipu.
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya rasa kerajaan perlu banyak upaya lagi.
Sebagaimana dulu asykar Komanwel berusaha memenangkan hati dan pikiran rakyat mengalahkan komunis.
Kerajaan pun perlu berusaha memenangkan hati dan pikiran rakyat kini.
Jangan terpengaruh dengan hasutan-hasutan politik.
Pada jumaat 31 Ogos 2012 khatib mesjid kampung saya baca khtubah kemerdekaan.
ReplyDeleteTapi khtubah yang dibaca khatib ialah merdeka mengikut perspektif Islam.
khutbah jumaat mesjid kampung saya Bukan atas nama taat kepada pemerintah dan janji ditepati yang semamang tak ditepati.
mengapa saya kata begitu? lihat janji bertulis royalti minyat 5 peratus kepada negeri kelantan yang dibuat kerajaan sendiri sehingga hari ini tak pun ditepati.
Salam Datuk A Kadir Jasin,
ReplyDeleteSambut merdeka tapi nak tukar bendera, pijak gambar pemimpin kerajaan dan sebagainya. Marahkan pijat, kelambu dibakar. Itu memang tipikal jejak jiwa yang terjajah. Hanya orang terjajah minda merasakan dirinya belum merdeka. Jiwa sendiri terjajah oleh propaganda politik, memaksa pula orang lain mengikut mereka. Kononnya itulah kebenaran.
Paksi penentangan terhadap pemerintah terletak pada persoalan kebendaan. Kononnya kekayaan negara disonglap segelintir manusia. Yang kaya raya majoritinya adalah orang keturunan Cina kerana mereka yang berniaga. Orang Melayu selesa makan gaji sebab setiap bulan boleh cucuk dinding, keluar duit macam itu aja. Orang Cina yang berniaga pastikan duit yang keluar dari dinding itu masuk ke kantungnya.
Siapa kata pemimpin politik kaya sangat. Memanglah mereka berada tetapi berapa kerat aja yang betu-betul kaya. Habis tempoh jawatan, berakhirlah kekayaan mereka, kecuali yang menukar kerjaya ke bidang perniagaan. Salahkah orang politik jadi kaya sekiranya mereka berniaga.
Marahkan orang politik yang segelintir dari bangsa sendiri itu menjadi sedikit berada, sanggup nak menukar sokongan. Kononnya mereka itu rasuah, sedang perasuah terbesar ialah kaum Cina yang berniaga. Orang Cinalah yang mengajar kakitangan awam rasuah. Orang Cinalah yang mengajar peniaga Melayu rasuah. Orang Cinalah yang menggalakkan orang politik Melayu rasuah.
Sekarang kuasa ekonomi negara khususnya tidak boleh ditidakkan dipegang oleh orang Cina. Hanya kuasa politik yang masih dipegang oleh orang Melayu melalui perkongsian dalam Barisan Nasional. Itulah benteng kuasa terakhir yang masih dipegang oleh orang Melayu yang secara Perlembagaan beragama Islam. Itulah yang mahu diruntuhkan. Sezalim mana pun pemerintah dari kalangan orang Islam, rakyat tidak boleh menentang secara terbuka. Pesanan Rasulullah saw sejak lebih 1,400 tahun itu semakin dilupakan kerana manusia berasa dirinya semakin pandai. Dan mereka mengaku bahawa merekalah majoriti rakyat.
Selamat Hari Merdeka.....
Dato.
ReplyDeleteApa dah jadi tercemar lagi.
Kalau ya pun janganlah sampai tukar bendera yg nak sama bendera Singapura.
Barangkali askar upahan..
Itulah Melayu sudah terikut parangai Arab.
Baru 55 tahun merdeka.
Terima kasih.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteYbhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Keadaan agak mencemaskan kepada mereka yang bergantung kepada kemenangan politik untuk hidup.Yang saya risaukan kadang-kadang pemimpin kita tidak berfikir panjang sebelum membuat kenyataan yang memberi tafsiran berbeza-beza kepada pendengarnya. Janji ditepati memberi berlainan makna kepada pelbagai peringkat umur. Kepada saya yang berumur lebih 68 tahun janji yang saya harapkan adalah Melayu akan terus memimpin. orang Melayu akan berjaya memegangi equiti tidak kurang dari 30% dan sebagainya.Saya berdoa janji-janji sebelum Merdeka betul-betul boleh ditepati.
Persoalanya adalah cara dan pendekatan pemerintah dlm mengangkat martabat ekonomi melayu. Pada mulanya kita berada dilandasan yg betul sebelum pemerintahan TDM. Tetapi bila tdm mengambil alih segala galanya tergelincir dan menjadi celaru. Namun tdm sehingga hari ini tidak akan mengakui kesilapan beliau dan menganggap beliau yg terpandai. Bangsa lain terus mengambil kesempatan setiap ruang ekonomi yg ada sementara bangsa melayu masih terkapai kapai mencari hala tuju. Hanya segelintir melayu itupun melalui jalan politik mendapat sedikit faedah.
ReplyDeleteSALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ
Izinkan,
Sdr AKU,
Mohon maaf menegur...bukan nya Ayahanda Rakyat Tun tetapi bangsa Melayu yang telah diberi pelbagai ruang dan peluang dalam pembangunan negara untuk memajukan diri yang tergelincir dan menjadi celaru.
Apa kemudahan yang kerajaan BN tak sediakan untuk pembangunan fizikal dan spiritual/mental kaum melayu dan bumiputera?
Hanya dinegara Tanah Pusaka Melayu yang kini bergelar MALAYSIA ini sahajalah kaum peribuminya 'dihadiahkan' berbagai insentif yang boleh dianggap percuma agar jangan tercicir dan hanya mampu mengejar bayang2 kaum mendatang dalam arus pembangunan negara yang sedang membangun.. Dasar Ekonomi Baru cukup sebagai sandaran bukti untuk Melayu seperti Sdr.
Kami setuju jikalau Sdr. katakan TDM ada kelemahan dan membuat kesilapan dan beliau sendiri pernah MENGAKUI nya!
Tetapi mengatakan 'bila tdm mengambil alih segala galanya tergelincir dan menjadi celaru. Namun tdm sehingga hari ini tidak akan mengakui kesilapan beliau dan menganggap beliau yg terpandai' adalah fitnah belaka..
Sekali lagi kami yang mengenali insan yang pernah mengatakan 'kalau orang arab sombong dgn minyak mereka, kita harus sombong dgn air kita' memohon maaf.
Wallahualam.
ALFATIHAH, AMIN
Ps. Falsafah kaum Cina untuk berjaya mendapat kontrak ' Selagi Ayam Makan Gandum'...Melayu Oh Me-Layu..
DENGAN IZIN
ReplyDeleteAttorney-General Chambers View Rape Case Decisions Seriously, Files Appeal
"This aberration of justice for those who most need the protection of the law must be rectified" - The A-G Abdul Ghani
Alhamdulillah.
that does not mean that i m x p-o
Terima Kasih
Did you hear about the american college football coach who was a pedophile - you know what happened to the college football team, Dato'?
Salam Hormat