Friday, November 23, 2012

Gurindam Seloka Cemburu Buta


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

LAMA juga kita tidak bergurindam seloka. Bermadah pantun bercerita lara tentang gadis jelita dan wanita menggoda. Tiba-tiba ilham menerpa, apabiIa pembahas hang_nadim2 berkata, dalam posting “Bukan Kepada Umno Orang Tak Suka”, yang dia akan pergi bertapa, di atas Gunung Ledang tempatnya kerana hendak berjumpa puteri legenda.

Katanya: “Ini mungkin kali terakhir saya menulis di Blog datuk kerana selepas ini saya hendak bertapa di Gunung Ledang kerana hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.”

Teringat saya kepada si Bunga yang menghias cantik flora dan fauna. Wanita jelita separuh usia, kawan lama yang pandai berniaga. Ada orang kata, Bunga berjaya kerana dia jelita. Pintu dan koridor mudah terbuka. Maklumlah, sifatnya sentiasa ceria. Pakaiannya sentiasa kena – made in France, bukan buatan China. Ada juga yang kata, PRnya kelas dunia. Tetapi ada pula yang bercerita, kononnya dia seorang penggoda.

Maka tercetuslah berita, tentang sang isteri yang cemburu gila. Giler, kata anak-anak generasi muda. Bukan apa, takut dia akan angkara si Bunga. Maklumlah, banyak orang buat cerita. Kononnya si Bunga itu pandai menggoda. Tak tahulah saya. Yang saya tahu, si Bunga bersuami dan anak-anaknya pula sudah dewasa.

Tetapi, sang isteri kalau dia cemburu, setiap penjuru ternampak hantu. Semua perempuan dia cemburu. Kata orang yang tahu, ibu pun dia buat seteru. Maklumlah suaminy Tok Penghulu. Ada kuasa, boleh beri ini dan itu. Tentulah ramai perempuan menanggung rindu.

Ini dunia wahai sahabat-sahabat ku. Kerana cemburu kepala jadi buntu. Otak meracau haru-biru. Lupa pesan ayah dan ibu. Lupa ajaran ustaz dan tok guru. Mulalah bakar kemenyan dan gaharu.

Cari bomoh merata tempat. Dari timur sampai ke barat. Selatan utara disoal siasat. Kiai dan sami tak diambil berat. Sebab cemburu sudah berkarat. Si pengampu pun cucuklah jarum. Dicarilah pawang dan tok nujum. Bomoh dan dukun pun ikut sama. Tak kira kaum atau agama.

Wahai kawan, wahai taulan, kalau cemburu biar berpadan. Kasih dan sayang ada sempadan. Cemburu buta merosakkan badan. Tak lalu makan kurus kering. Terlebih makan hilanglah langsing.

Kepada Hang Nadim Dua, saya ucap selamat bertapa. Makanlah bertih dan air telaga. Tapi jangan sesat akidah. Puja hantu dan buat kerja bidaah. Janganlah percaya yang bukan-bukan. Rosak akal, merana badan. Bunga ada di mana-mana. Tumbuh merata menghias maya. Ada kenanga ada seroja, ada mawar dan bunga kencana. Kalau terlebih rasa cemburu, hilang akal fikiran bercelaru. Setiap penjuru nampak hantu. Hidup merana fikiran terganggu. Hanya Allah yang maha tahu.

34 comments:

  1. Dato'. Pada zaman masakini yang banyak pendedahan Keagamaan pun masih ramai yang memilih jalan hitam.

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum dato AKJ... Waduh gurindam jiwa penghias tulisan komen ditujua kepada siapa orang makan sambal mesti rasa pedasnya...Kalau tak terasa pasti jiwanya sudah punah dik angkara cemburu buta bersarang dihati tak ada ubatnya....hanya iman dan taqwa menjadi ubat agar jiwa tak rosak binasa...aku benci umno kata2 diucap bukan umpat keji atau kata nista tapi sekadar ingatan agar pemimpin yang mengaku bijaksana tidak lupa diri tunduk seketika sudi la berbicara pada insan yang dianggap golongan rendah penyokong kuat sidacing karat...hang nadim pergi bertapa digunung ledang tempatnya apa yang dicari ilmu atau sang puteri yang cantik jelita kalau itu yang dihajat tak payah kesana mari ke PWTC pati terjumpa tunggu diperhimpunan agung pasti sang puteri penghias pintu mempesila sang penguasa untuk masuk berucap apa hang nadim jauh kegunung entahkan sampai entahkan tidak...celoteh saya petang ini untuk DAKJ...WASSALAM...

    ReplyDelete
  3. Haaaa...haaa..kah..kah..pecah perut Dato' tak tahan...

    Drp: zuki

    ReplyDelete
  4. Salam dato'



    Cemburu itu buta, bolih sampai had sasau dan jadi tiga suku tak ketahuan...



    Ada satu kisah tok guru pakai serban satu tan pun bolih jadi SASAU...rasul tambahkan umat islam,dia singlehandedly kurangkan jumlah umat islam...



    Ada lagi satu imam,sampai jadi tiga suku nampak dari doanya...



    Sebab cemburu buta dan dengki dihati,buta dimata dan hitam di mulut dan beram dilidah...



    Teruk la ni dato',dulu rasulrasul dok pulun ajak orang sembah tuhan..sekarang umat dah pulun sungguh tolak orang sembah tuhan.....



    Dulu berkasih sayang berlembut hati, bermadah sakan,minta doa selamatkan umat, sekarang belumba sakan maki orang,jerit sakan kat tuhan, minta tuhan dia geng dengan dia....dah mereng betui.



    Lebih baik sembah Allah dari dok ikut gebang palat diaorang, kurangkan umat islam,jerit songsang, dan doa sumbang....



    Macammana la makmum dia orang ni,macamana la akadnikad yang dilakukan mereka ni,macamana lah dok setubuh bini depa ni,macam mana la nilai anak yang dikandung pengikutnya...



    Alarqam dah buat hai,ayah pin pun dah satu hai, ni lagi yang beberapa orang macam nabi silap zaman ni,APA HAI NI...?



    Dimana la DYMM Yang Dipertuan Agong sekarang ini. ITU LAH kuasa yang dipertanggungjawapkan olih perlembagaan untuk MEMERTABATKAN ISLAM diMALAYSIA...


    ADA ka kuasa ini pengubat cemburu ini?





    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  5. Tumpang (toi) sekaki,
    'KERIS SEMPENA GANJA IRAS,
    RETAK DITURUT PANJUT PUTEH
    BESI DITTIK BESI DITINTING
    SERPAI BESI KHARSANI
    SEBULAN DAGANG MENGGALAS
    JEJAK DITIKAM MATI JUGA
    SETITIK DARAH KE DARATAN
    SETAHUN PADI TAK JADI
    SETITIK DARAH KE LAUTAN
    SETAHUN IKAN TAK MAIN'


    ReplyDelete
  6. Salam DAKJ dan pembahas semua.

    Tak sangka Dato' pandai berpantun, gurindam dan seloka.
    Apakah istilah yg diguna itu dengki, iri atau cemburu memang haram dalam agama Islam niat yg punya diri agar nikmat(tentunya yg diperolehi melalui cara yg baik dan halal di segi agama bukan setakat baik dikacamata pemimpin UMNO) yg sedang di enjoy oleh org yg dicemburu dihilangkan.

    Tapi kalau kita iri dgn perangai org kaya yg suka bersedekah dan org pandai tak kedekut ilmu kerana ingin meniru perbuatan mereka maka dibenarkan dlm agama.

    Iri, dengki dan cemburu spt ini nampaknya semakin berkurang.

    Beritau kalau saya silap.

    Jadilahhamba Allah SAHAJA.

    ReplyDelete
  7. Mustapha Ong8:24 AM

    Salam DAKJ,

    How about Nurul? I think she is a prime minister material and is capable to take over from Najib when he goes. UMNO/BN has lost credibility and no longer good to lead this nation. After all I think LGE also likes her so both DAP and PAS should work together for a two party system of rule. Leave PKR out as they are up to no good! Melayu nak bunuh Melayu and blaming others by exploiting the weaknesses of UMNO/BN. Maybe I should also jump ship but these UMNO warlords think that @ 70 I am useless but age is only a number, whether I am 40, 60 or 70 my speed is consistent.

    ReplyDelete
  8. awangbatuburok11:58 AM


    Salam Sejahtera Dato,


    Nafsu cemburu bermaharaja lela
    Tiada penawar racun berbisa
    Permata berjuta jadi tidak berharga
    Begitulah bahananya tamak haloba.

    Gunong Ledang amat tersohor,
    Puteri cantik pandai bergaya,
    Tulisan Dato berjiwa luhor,
    Teruskan perjuangan hingga berjaya.

    ReplyDelete
  9. tambahan

    Kepada yg kaya raya,senang lenang dan berfoya2 kerana tindas org, dpt kontrek yg rugikan rakyat atau jual projek maka jangan tuduh org lain cemburu atau dengki pulak.

    Rakyat sebenarnya MARAH

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kepada semua
    Merbok times dan awangbatuburuk yang utama
    Marilah sama-sama kita mencuba
    Indahkan bahasa cantikkan bicara.

    Saya adalah hasil Bulan Bahasa Kebangsaan
    Pantun, bahas dan pidato jadi pilihan
    Dari peringkat daerah sampai kebangsaan
    Cintakan bahasa bukan buat-buatan.

    Kini bahasa kita makin layu
    Hendak dengar pun rasa malu
    Campur aduk secara melulu
    Melayu atau Inggeris kita tak tahu.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam DAKJ...Saya menulis kala subuh hari waktu 5 pagi sedang manusia diulit mimpi nan indah dihari minggu saya menyiapkan kerja arahan majikan mesti dituruti kerana saya bukan tauke hanya kuli yang menagih rezeki setiap hari sambil memerhati sepak terajang politik yang bertengkar setiap hari....jemu rasanya bila membaca didada akhbar melayu dedah sana dedah sini semuanya tembelang melayu sudah bahasa nya semakin layu bak kata2 dato sendiri tapi ekonomi nya semacam hancur masih kita buat tak tahu pusaka melayu semakin tergugat dik kerana gara2 aku ada kuasa kau apa ada....waduh macam2 la....bangun pagi masih selera menghirup kopi teh tarik kegemaran kita bangsa bertaburan entah kemana cuma aku bimbang selera tinggi kekuatan nya macam hampas kelapa disimpan tak ada guna nya dibuang busuk keliling.....wahai melayu akan bakal bersidang mencari kata sepakat membina hidup agar terus kuat jangan dok kuat bersorak bertepuk tangan berhujah bagai nak rak dewan tapi isinya macam hampa padi.....salam kepada dato agar menulis cerita hikayat melayu untuk tatapan bangsa yang ada kata semakin maju ada yang semakin layu punah dan membatu namun aku bangga jadi melayu sekurang-kurang nya aku masih melayu islam....jumpa lagi dato yang dikasihi...

    ReplyDelete
  12. Lahuma6:37 AM

    Dato.

    Penyakit cemburu.

    Cemburu ini adalah penyakit semula jadi menusia.Asal dari hati yg keruh.

    Cemburu pada kejayaan orang lain.
    Tapi tak ada cemburu pada kegagalan orang lain.

    Masyarakat jadi celaru kerana cemburu yg berakar umbi nafsu yg teruk.

    Semua kita ada sifat cemburu termasuklah Dato sendiri.

    Cuma Allah suruh kita kawal diri agar sifat ini di jaga sebaiknya agar tidak merosakkan orang lain dan sekelianya.

    Sejarah manusia purba dan manusia moden pun ada sejarah cemburu.Dalam kerajaan,persatuan,perniagaan dan rumah tangga.


    Cemburu dan penghidupan kita adalah darah daging hidup kita.

    Apa yg sedang mengancam bangsa Melayu/Islam ialah ada kaitan dgn cemburu sesama sendiri dan cemburu dari orang lain.

    Tapi apa nak buat.Orang Melayu/Islam sudah ibarat Burung Kakak Tua .Hebat berkata-kata tapi langsung tak faham apa yg diperkatakan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. rahimlpp@yahoo.com11:36 AM

    Y. Bhg Dato
    Mai kita pakat rehat sat. Lagi pun kita dah pencen. Kita gi kelek kampong asal kita di sebelah Tobiar, Pedu, Jeneri atau Kupang. Gi ke bendang. Cari ikan keli, sepat atau ikan apa-apa saja. Buat sambal belacan. Cari pucuk janggus, pucuk putat, kenuak atau jering. Tanak nasi dalam buloh. Dah kenyang, tido di dangau . Mungkin dapat mimpi dan petunjuk untuk tulis bagaimana nak selamatkan bangsa Melayu!

    Iklas,
    Rahim

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum pak Kadir

    Indah kata bersulam madah
    Madah berhelah sumbang bunyinya
    Sudah diduga,bunyinya mudah
    Budak ternganga nak cari isinya.

    Secantik wanita bergelar,jangan didekat sembarangan,kelak menjadi hati tersasar,habis semua pahala di beri percuma dek berita tak tepat disiar.
    Mudah madah disiar tapi belum tau siapa benar, kalau bertutur biarlah sekadar supaya dunia kita tak jadi onar, lihatlah muka sebenar,supaya hati tak menjadi gusar.
    Dalam gurindam juga berseloka, itu dah jadi lumrah manusia,supaya cerita nampak tak ada rahasia,kenapa tak mahu terima sudah pon dipelawa,genderang perang juga yang dipalu, biar nampak diri sempurna?.

    ReplyDelete
  15. Salam DAKJ dan pembahas semua

    Minggu ni minggu paling membosankan sebab belangsungnya pehimpunan agong tahunan UMNO.

    Kalau dalam mesyuarat agong syarikat , koperasi malahan surau sekalipun ALP atau AJK panas telingga mendengar keluhan, teguran malahan kutukan ahli atau pemegang saham.

    Tapi dlm mesy agong UMNO kita akan lihat sekali lagi perhimpunan menghabiskan wang rakyat sambil membuat maksiat memuji hingga kadang kala mendewakan presiden UMNO. Jugak mentang2 mereka kawal media maka mereka ambil peluang hentam PR secara sehala tanpa memberi peluang pihak yg kena hentam menjawab secara langsung.

    Kepada Najib dan yg sekongkol dgnnya, itu sangat MEMALUKAN negara......bukannya idea PR mengundang pemerhati luar pantau PRU 13.

    ReplyDelete
  16. Yangretibase9:49 AM

    Assalamualaikum,

    Seruan murni DAKJ mengajak kita semua mengindahkan bahasa, mencantikkan bicara sangat mengharukan saya. Tambah menghibakan saya 'mendengar' keluhan DAKJ bahawa bahasa kita semakin layu.

    Pada saya, bahasa Melayu kita kini sudah punah sehingga menjadi bahasa cacamarba. Sangat mengaibkan apabila orang Melayu yang bangga dilahirkan sebaga Melayu tidak sedar bahawa mereka tidak mampu berbahasa Melayu dengan betul. Ertinya, mereka belum pandai bercakap Melayu dan menulis dalam bahasa Melayu.

    Sangat menghairankan saya apabila orang Melayu berasa bersyukur dilahirkan sebagai Islam, tetapi tidak sedar bahawa menjahanamkan bahasa sendiri itu satu dosa.

    Oleh yang demikin, seperti DAKJ, saya juga berasa beramanh dan bertanggungjawab mengajak saudara pembahas sekalian berbicara dalam bahasa Melayu yang betul mengikut tatabahasa bahasa Melayu yang persis dan murni.

    Tidak saya nafikan akan kesukaran saudara mengusai bahasa Melayu dengan semurni mungkin, tetapi sekurang-kurangnya, saudara tidak melakukan kesalahan bahasa yang tidak sewajarnya saudara lakukan.

    Sekadar beberapa contoh kesalahan kecil: Sangat memualkan apabila kata 'boleh' diejakan 'bolih' atau 'bulih'; kata 'oleh' diejakan 'olih'.
    Sangat memeluatkan apabila kata 'dibuka' diejakan 'di buka'; kata 'di atas' diejakan 'diatas'.
    (Dan sangat banyak lagi).

    Wassalam.

    ReplyDelete
  17. Salam DAKJ dan pembahas semua

    Melihat kejadian di Egypt sekarang ni saya terkenang beberapa perkara.

    Pertama...selepas diktator mereka yg bernana Hosni Mubarak dipsksa turun tahta maka apakah ptesiden baru harus pejam mata dgn saki baki mereka yg menerajui aparatus penting dan strategik negara atas lantikan mantan presiden?

    Kedua....kalaulah Mubarak masih berkuasa Israel mungkin telah masuk ke bumi Gaza sekali lagi seperti mana tahun 2008 kerana pemimpim yg mendabik dada mengelar diri mereka beragama Islam di Egypt khasnya buat dek je terhadap pencerobohan tentera Israel.Dengan Morsi nampaknya Israel terpaksa fikir banyak kali. Presiden yg lebih islamik ni nampaknya tidak mudah ikut telunjuk Israel.

    Ketiga....apalah beza perangai Mubarak dan yg sama perangai dgnnya di Malaysia yg berdiam diri bila Chua Soi Lek terang2 mengutuk Islam.

    Keempat...apalah yg akan terjadi kepada pegawai tinggi kerajaan di Malaysia yg kepakaran memngampu UMNOnya malah dicemburui oleh orang UMNO sendiri jika ditakdirkan PR menang PRU kali ini.

    Kelima...rakyat Egypt yg selama ini berfikiran bahawa dunia akan kiamat jika Mubarak turun tahta ternyata telah silap besar. Orang Malaysia bagaimana pula?
    Janganlah fikir org PR tak tau memerintah negara.


    ReplyDelete
  18. DAKJ> GURINDAM JIWA SELOKA CEMBURU BUTA....Makan hati ulam jantung aku anak jati kampong cemburu membara melihat suku sakat gembira maka timbul dihati kecil nya hasad dengki untuk memecahbelahkan ikatan yang terjalin sekian lama...faham ke dato maksud saya....pilih kawan yang boleh berbincang masa depan diri dan negara...agar kita terus diberkati ALLAH...WASSALAM.

    ReplyDelete
  19. Tanam padi dibukit Jeram
    tanam keduduk diatas batu
    macammana hati tak geram
    tenggoh tetek menolak baju

    melayu dah banyak rosak aqidah, akhlak
    Dulu television, sekarang handset dan tablet yang jadi pujaan dan pilihan anak muda: bukannya sibuk berbahasa tetapi buat kerja tidak berfaedah dengan Facebook etc.

    ReplyDelete
  20. Lahuma6:54 AM

    Dato.

    Bila cemburu bersarang didada.

    Maka ramailah pejuang Melayu kini bersilat dengan langkah sumbang.

    Pejuang bahasa pun yang kurang iman bersilat dengan langkah sumbang.


    Ada juga pejuang sastera/budaya yang panik membuka langkah sumbang.

    Begitu pejuang parti politik Melayu setiap hari ada sahaja langkah sumbang dan sumbing yang mmembuatkan Melayu makin terperosok ketepi.

    Kerana Pak Lebai Melayu pun semakin menjadi KANGKONG.Sebab itu doa tidak mustajab lagi.Doa hanyalah penghias majlis.

    Inilah angkara cemburu yang tak bertepi.

    Makin ramai perosak Melayu agaknya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Salam DAKJ dan pembahas semua

    Malam tadi Muhyidin beri malu pd org Melayu dan Islam .

    Dahlah berdosa tipu undi dalam pilihan raya buat dosa lagi tuduh org dengki dan pengkhianat semata2 kerana PR minta pemerhati luar pantau PRU kita.

    Melihat kepada banyaknya tanah rakyat yg dikebas oleh pemimpin UMNO dan payong Melayu dan di serah pd toke Cina pd harga tak seberapa, saya terfikir apalah yg tinggal pd anak cucu org Melayu termasuk Melayu penyokong UMNO yg masih tak sedar diri terharap2.

    ReplyDelete
  22. Salam Dato’ A Kadir Jasin

    Izinkan saya bergurindam bersama membahaskan cinta, cemburu dan nafsu. Mengikut tafsiran, cinta adalah nafsu dan cemburu. Bila insan betul-betul dilamun cinta, akan wujudnya perasaan nafsu berahi yg bergelora diantara keduanya. Itulah sebabnya Islam mewajibkan pasangan menikahi supaya kedua-duanya dapat melempiaskan nafsu berahi secara halal.

    Cinta juga mengajar manusia untuk cemburu terhadap pasangannya. Jika tiada langsung perasaan cemburu terhadap pasangannya walaupun aksi pasangannya menunggang dan menodai pelacur telah diketahui umum dan tersebar keseluruh jalur lebar, sahlah memang tiada langsung cinta antara keduanya. Cuma yg ada hanyalah cinta plastik, penuh dgn kepura-puraan.
    Akhir kata, hanya pasangan yg hangat bercinta sahaja akan memahami apakah maksud nafsu dan cemburu. Sekian TQ.

    p/s: diharap Dato’ tidak ambil hati dgn pandangan saya pada posting Dato’ temphari sempena PAU kalini.

    ReplyDelete
  23. Mohon izin Datuk,

    Yang mengerti bahasa, Yangretibase,

    sangat syukur dah masih ramai yang sudi berbahasa Melayu,

    salah silap ... kita sama-sama betulkan

    anak kecil mengajar saya ...

    dalam kereta menuju rumah barunya di sebuah taman perumahan ...

    saya bergurau ... jauhnya rumah (nama disebut) ... dalam hutan!

    ... bukan di dalam hutan ... di tepi hutan ... jawabnya lembut ...

    ... bahasa budi bangsa ...

    Terima kasih, syukran, thank you Datuk.

    p/s: menziarah blog seorang politikus, terperasan seiras Bing Slamat Datuk ni ... "genjer-genjer" ... :)

    ReplyDelete
  24. langitbiru3:52 PM

    Assalamualaikum dato'

    Apa agakya GURINDAM Dato' mengenai PAU yang sedang berlangsung?

    "HEBAT" juga GURINDAM Muhyiddin ya Dato'? Ada pepatah peribahasa Melayu seperti "Melukut di tepi gantang", pepatah moden "mimpi disiang hari", entah apa pepatah "rosak lagi merosakkan" dan banyak lagi.

    Saya tak kisah sangatlah gurindam Muhyiddin tu, cuma kali ini Muhyiddin menghala senapangnya kepada PAS, nampak sangat resah berpeluh dingin Muhyiddin dengan kemaraan PAS.

    ....sebenarnya Muhyiddin lebih resah dan gelisah takut hajatnya nak ganti Najib juga tidak kesampaian.

    ......sama -sama kita tunggu dan tengok nanti siapa yang melukut di tepi gantang!

    ReplyDelete
  25. Yg saya suka pd Dakj ialah walaupun beliau cenderung pd UMNO tapi beliau masih punya pendirian sendiri dalam isu tertentu.

    Agaknya sebab tu lah DAKJ terpelanting dari arus perdana pada zaman Najib yg mahukan ketaatan 110% tanpa soal jawab malah buat muka pun dilarang.

    Ternyata wakil Najib nampaknya ada dikalangan pembahas blog ni kerana sering menegur tulisan Dakj yg dirasakan tidak atau kurang memihak kpd UMNO atau Dakj dilihat tak begitu menyumbang dalam menghentam PR.

    Sayang sekali tak ramai org UMNO macam Dakj.

    Terbaru mantan IGP kata menteri dlm negeri campur tangan secara langsung dlm urusan polis. Yg ni tak payah nak suruh tiga Dato buat video. Yg empunya diri buat press statement.

    ReplyDelete
  26. Hanezam9:53 AM

    Salam,
    Datuk dan pembaca-pembaca Datuk,

    Kalau ada yang tergoda dengan Cik Bunga penjaga flora dan fauna itu, itu bukan kerana Cik Bunga adalah penggoda, tetapi kerana magnetisme yang dipancar oleh aura Cik Bunga. Magnetisme seumpama itu adalah ciri yang ada pada semua mereka yang berjaya. Orang-orang yang berjaya itu dikatakan pandai membendung emosi seks mereka dan menyalurkannya keluar dengan cara yang kreatif dan membina.

    Cuba tuan-tuan baca di sini : http://www.sacred-texts.com/nth/tgr/tgr16.htm

    ReplyDelete
  27. antisyaitan6:55 PM


    Salam Sejahtera Dato KJ,

    Seronok dengar ucapan dasar Presiden UMNO dalam perasmian PAU-2012 pagi tadi.

    Oleh kerana UMNO dikuasai oleh golongan feudal-bangsawan maka ucapan dasar Presiden pagi tadi pun macam skrip drama bangsawan, tiada mesej yang jelas tentang pengisian wawasan negara maju menjelang ketibaan tahun 2020 tak lama lagi.

    wallahualam, terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  28. OKJ, rajin betul ulas pasal skandal pengarah.

    Adegan di bilik x-ray dulu tak nak ulas ke?

    Kalau lagi rajin, ulas la pasal pelawat kena pukul dengan penjaga parking.

    Fed Up

    ReplyDelete
  29. Salam Dakj dan pembahas semua

    Pemikiran pemimpin UMNO jauh dari kebaikan.

    Kepada rakyat dan pencinta UMNOBN anda masih punya masa untuk menyelamatkan masa depan anak cucu cicit dan keturunan andadgn cara menolak UMNOBN.

    Jangan sampai anak cucu kita sebut..".padan muka kalian semua. Dah tau pemimpin UMNO tu penyamun, perasuah, perogol, penipu,pengkhianat dsb, kenapa terus sokong mereka? Sebenarnya kalian tu sendiri orang jahat, sebab tu lah kalian menyokong pemerintah yg jahat"

    ReplyDelete
  30. PWTC tempat berhimpun lelaki melayu wanita melayu melentur kata berbahasa indah bunyi enak didengar sedap dimata....macam2 ragam ada didalam dewan semuanya penuh emosi tak kurang yang menangis tak kurang yang sedih.. katanya mengenang bangsa akan hancur tanpa parti HANG NADIM yang keramat ini...ada yang berpantun seloka baru seminit sedih mengalir air mata sekilat rasa sudah berubah ketawa besar...ini la ragam PWTC dato..tak ada pembahas yang boleh membahaskan secara serius berkenaan ekonomi orang melayu...yang kelihatan jelas dan terang ialah memuji A memuji B terangkat ponggong....aku tidak cemburu sekadar menulis apa yang nampak.....aku nampak pinggang kerengga aku nampak peha putih..wooooo tak tahu nak cerita agak2 tahun depan ada lagi ke...Terima kasih dato...saya hanya pekerja kilang@kuli batak...

    ReplyDelete
  31. Lahuma8:56 PM

    Dato.

    Gurindam politik Melayu.

    Pas/Dap
    Umno/Mca

    Satu perbandingan.
    Apa beza.
    Siapa lebih Islamik.
    Siapa yang untung.
    Siapa yang rugi.
    Kemana hala tuju Melayu/Islam.
    Cerdik yang tak boleh tumpang.
    Bodoh yang tak boleh diajar..
    Melayu digadai.
    Islam sudah pun tergadai.
    Menang sorak.
    Segala kampung,bandar dan negeri tergadai.
    Cerdik pandai kangkong.
    Pak lebai kangkong.
    Pahlawan kangkong
    Retorik pun kangkong.

    Bila Melayu nak satu
    Bukan bersatu.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  32. Salam Dakj dan pembahas

    Patutlah Najib, Muhyidin maupun Khairy beri macam2 alasan takut debat. Sebab fakta tidak memihak pd UMNOBN.

    Belanja melebihi pendapatan negara dah berlanjutan 15tahun berturut2. Belum ada tanda UMNOBN dapat buat bajet berimbang spt zaman Anuar jadi menteri kewangan.

    Hutang negara zaman Anuar cuma rm86b. Tapi angka melambung kepada rm456b pd zaman Najib.

    Dah 15 tahun pertumbuhan ekonomi tahunan cuma sekadar 3-5% berbanding zaman Anuar pernah capai 9%.

    Nasib baik di Malaysia ada 5-6juta pendatang haram. Perbelanjaan mereka ini tentu telah diambil kita dalam perkiraan GDP supaya angka2 kelihatan lebih cantik.Sedangkan secara rasmi penduduk Msia cuma 28 juta.

    Berbekalkan sinario diatas , demi tutup kelemahan sendiri Najib dan Muhyidin menyerang PR secara sebelah pihak dalam PAU.

    Tapi bukan semua rakyat lemah akal atau dilahirkan jahat spt majoriti pemimpin UMNOBN.

    ReplyDelete
  33. http://kedahla.blogspot.com/2012/12/cerita-deepak-makin-panasss-najib-makin_1.html

    Da Carpet Begger N D'Minang Rose
    (friends in deed)

    dear paguh permata
    gen/2 fc bentan
    how did the scribe know
    of the carpet begger expose
    was on the boil

    kudos

    Sekian Terima Kasih Zuruubiyun

    ReplyDelete
  34. Assalamualakum Dato',
    Makna tersirat diketepikan, hati saya tersenyum selepas membaca tulisan dato "literally". Amat menarik. Perasaan begini biasanya terjadi pada saya hasil tulisan/ucapan yang ikhlas. (Saya mengharapkan benda yang sama terjadi pada setiap khutbah jumaat atau di PWTC). Saya baru terdengar tentang kehebatan bahasa Al-Quran ("divine speech by Nouman Ali Khan"). Alhamdulillah, bahasa melayu asli pun bisa meruntun jiwa jika datang dari yang ahli. Terima kasih, ianya masih tersenyum.

    ReplyDelete